"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Kisah munafik larang kuliah Ustaz Azhar di surau dan masjid sebaliknya orang kafir menyediakan tapak seluas 20 ekar

MUHAMMAD YUSRI AMIN 
KOTA BHARU: Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus berkata walaupun ada larangan ke atasnya untuk mengadakan kuliah di masjid dan surau di lokasi tertentu tetapi ada pihak menyediakan tempat mengadakan kuliah termasuk bukan Islam.
“Mereka menyediakan tapak seluas 20 ekar, yang siap segera dibersihkan seawal hari hendak diadakan kuliah walaupun tapak itu sebelum itu digunakan menyimpan jentera bagi kerja-kerja berat.

“Pemilik bukan Islam itu telah beri guna secara percuma untuk saya mengadakan kuliah agama.

“Alhamduliilah, kira-kira 30,000 orang hadir mendengar kuliah saya itu,” katanya ketika menyampaikan kuliah di Madinah Ramadhan, Dataran Stadium di sini petang semalam.

Sementara di Kulai, Johor pula, kata Ustaz Azhar, sebelum diadakan kuliah, sejak awal lagi surat telah dihantar oleh pihak berkuasa kepada pihaknya yang tidak membenarkan beliau mengadakan kuliah agama di masjid dan surau.

Ekoran itu, seorang bukan Islam telah bermurah hati memberikan tapak miliknya untuk digunakan dengan sewaan yang sangat rendah dan kuliah Ustaz Azhar itu berjaya diadakan dengan dihadiri lebih 10,000 orang.

“Larangan supaya tidak mengadakan kuliah agama di masjid dan surau itu menggambarkan sikap sesetengah muslim di negara kita,” ujarnya. 

Pencuri bodoh

Geneva: Seorang pencuri telefon bimbit ditahan selepas polis menemui gambarnya melalui telefon bimbit miliknya yang tercicir di tempat kejadian.

Menurut jurucakap polis, lelaki warga Romania yang berusia kira-kira 20-an tahun itu mencuri telefon bimbit di sebuah kedai di tengah Geneva yang ditinggalkan untuk dibaiki.

Tetapi kerana tergesa-gesa untuk meninggalkan tempat itu dia tertinggal telefon miliknya.

Pemilik kedai berkenaan berjaya mengenalpasti suspek menerusi telefon yang ditinggalkannya, sekali gus membolehkan polis menangkapnya di sebuah kafe, Rabu lalu.

Lelaki berkenaan yang juga disyaki menetap di Switzerland secara haram, menafikan melakukan sebarang kesalahan.
- AFP

Dua penjenayah cabut lari digertak seorang wanita

Kuala Lumpur: Tindakan berani seorang wanita menggertak dan mengambil gambar dua penjenayah cuba mencuri kenderaan yang menyamar sebagai pekerja agensi tarik kereta menyebabkan suspek melarikan diri.

Dalam kejadian jam 2 petang semalam, mangsa yang berusia 32 tahun hampir dirompak penjenayah ketika berada di kawasan meletak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Selayang, Gombak.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zeti, berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang memandu kereta Perodua Kelisa bersendirian untuk membeli barang dapur.

Menurutnya, kereta dipandunya secara tiba-tiba dipintas dan dihadang sebuah kereta Perodua Viva dinaiki dua suspek terbabit.

Dia berkata, dua lelaki yang dianggarkan berusia pertengahan 30-an itu secara tiba-tiba mengarahkannya keluar daripada kenderaan dan menyerahkan kunci kereta.

“Seorang suspek memberitahu bahawa dia ditugaskan pihak bank untuk merampas kereta itu kerana saya gagal membayar ansuran bulanan. “Saya yang terkejut dengan arahan lelaki itu terus mengajaknya berbincang di pintu masuk pasar raya itu. Saya berasa sangsi kerana kereta itu tidak lagi terikat dengan pinjaman bank berikutan semua baki ansuran sudah dijelaskan,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Sentul di sini, semalam.

Tidak puas hati dengan tindakan suspek yang cuba memperdayakannya, Zeti meminta suspek menunjukkan surat arahan dari bank bagi menarik kereta itu selain memberitahu nama pemilik sebenar kenderaan dipandu.

“Malangnya suspek gagal menunjukkan sebarang bukti dokumen selain memberitahu nama sebenar pemilik kereta ini,” katanya, Bagaimanapun, tembelang kedua-dua penjenayah terbongkar apabila seorang suspek berpura-pura menelefon seorang `pegawai bank’ dan bertutur dalam bahasa Tamil.

“Dia mendakwa mendapatkan maklumat daripada pegawai bank yang mengarahkan kereta saya ditarik. Namun saya tambah pelik apabila dia memberitahu bahawa pegawai bank itu bernama Faizal sedangkan dia berbual dalam bahasa Tamil.

“Saya kemudian bertindak berani mengeluarkan telefon bimbit dan merakam gambar suspek dan kereta dipandu. Tindakan saya itu menyebabkan penjenayah tersentak seketika,” katanya.

Terkejut dengan tindakan mangsa, suspek kemudian terus melarikan diri dari lokasi kejadian.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan berkata siasatan lanjut akan dijalankan pihaknya berhubung kejadian itu.
-hmetro-

Dibelasah kerana raba punggung wanita

KAJANG: Seorang penganggur diserang oleh penduduk yang marah selepas dia didakwa meraba punggung seorang wanita di Sungai Jelok, di sini.

Lelaki berusia 48 tahun itu dikatakan menyentuh seorang suri rumah selepas dia keluar dari keretanya dan berjalan ke pasar kira-kira pukul 9.30 malam Selasa.

Wanita berusia 35 tahun itu menjerit meminta pertolongan dan bapanya, yang memandu kereta itu keluar dan mengejar lelaki terbabit.

Kejadian itu menarik perhatian orang awam yang berdekatan yang turut bertindak menangkap lelaki itu.

Ketua Polis Daerah ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata polis diberitahu bahawa lelaki itu mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh ke dalam longkang ketika cuba melarikan diri.

Tetapi beliau berkata polis akan menyiasat jika lelaki itu dipukul oleh orang yang menangkapnya.

"Kami percaya bahawa berlaku pergelutan di antara dia dan orang yang menagkapnya, menyebabkan kecederaan di kepalanya.

"Beliau telah dimasukkan ke wad di Hospital Kajang untuk rawatan," katanya.

Beliau berkata suspek adalah seorang 'kaki botol' dan telah ditangkap beberapa kali dalam kes perjudian haram.

Kes itu disiasat kerana mencabul kehormatan.
-mstar-

Datuk Sharifah Aini meninggal dunia 1.26 pagi tadi..

KUALA LUMPUR: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru.


Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953. -Astro Awani

-Al-Fatihah

Pen berkarat dalam perut (gambar)

Taipei: Doktor yang melakukan X-ray ke atas seorang wanita yang mengalami sakit perut sejak enam bulan lalu terkejut apabila menemui sebatang pen di dalam perutnya.

Shing Fang, 20, menjalani pemeriksaan di hospital di Taipei selepas mengalami sakit perut yang berpanjangan sehingga menyebabkan dia tidak boleh makan.
Malah Shing turut disahkan menghadapi kemurungan selepas doktor gagal mencari punca penyakitnya.

Apabila doktor melakukan endoskopi - memasukkan kamera melalui mulut hingga ke perutnya, mereka menemui objek panjang berkarat.
Foto
FotoKEPUTUSAN X-Ray menunjukkan pen dalam perut Shing.

Selepas gambar yang diambil oleh doktor dengan melakukan X-ray, mereka terkejut mendapati objek itu pen.

Tanpa berlengah, Shing dibedah untuk mengeluarkan objek berkenaan.

Shing bernasib baik kerana jika dibiarkan lebih lama ia boleh menyebabkan kematian.

Wanita itu berkata, dia tidak ingat pernah tertelan pen itu.

Bagaimanapun, Shing mengaku dia mungkin tertelan pen itu ketika mabuk semasa meraikan keputusan peperiksaannya. - Agensi

YB Pakatan diusir oleh macai umno ketika ziarah bazar Ramadhan (video)

gangster_bazar_halang_ziarahKLUANG, 2 JULAI: Sekumpulan petugas yang memakai vest berlogo Umno menghalang dan menghalau rombongan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan Adun Mengkibol Tan Hong Pin ketika melawat bazar Ramadhan bandar Kluang.
Menurut Hong Pin, kumpulan tersebut yang mendakwa mereka adalah petugas keselamatan bazar bertindak menengking serta menghalau dengan kasar rombongan Pusat Komuniti Kluang (KCC).
Dalam kejadian yang berlaku 30 Jun lalu, mereka mendakwa rombongan KCC tidak memiliki surat kebenaran daripada pihak pengurusan dan menceroboh kawasan bazar.

“Mereka mengherdik dan menghalau kami dengan cara yang tidak beradab di depan khalayak ramai.

“Kami adalah wakil rakyat yang membuat lawatan rutin sambil mengedar buah kurma kepada pengunjung untuk meraikan bulan Ramadhan. Mengapa kami diperlakukan begitu?” soal Hong Pin yang juga Ketua Pemuda DAP Johor.

Ketika berlaku pertikaman lidah, salah seorang anggota kumpulan yang menghalang lawatan KCC mendakwa dirinya sebagai wakil penganjur daripada Yayasan Majlis Perbandaran Kluang.

“Kumpulan ini mendakwa mereka daripada Yayasan Majlis Perbandaran Kluang, tetapi beberapa anggota mereka memakai vest berlogo Umno.

“Kita nak tahu, adakah Majlis Perbandaran Kluang (MPK) menyerahkan mandat kepada sebuah badan dan parti politik untuk mengendalikan bazar Ramadhan?” soalnya.

Difahamkan, peniaga kecil di bandar Kluang sebelum ini pernah membuat aduan akibat masalah yang ditimbulkan penganjur bazar yang sama.

“Apakah peruntukan undang-undang membolehkan petugas menghalang lawatan Ahli Parlimen atau Adun dan bertemu rakyat yang terdiri daripada peniaga kecil dan orang ramai?

“Kami menuntut penjelasan MPK. Dan kami mahu Umno Bahagian memohon maaf secara terbuka atas tindakan kasar ala samseng oleh petugas-petugas mereka,” tegas Hong Pin.

Akibat pertelingkahan itu, rombongan KCC mengambil keputusan beredar dari bazar Ramadhan bagi mengelakkan ketegangan berterusan. – Roketkini.com

JAIS didakwa salah guna kuasa dalam tangkapan kes khalwat

Ahmad Fikri 
jais007_300PETALING JAYA: Tiga wanita dan seorang lelaki mendakwa telah menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) dalam membuat tangkapan berhubung kesalahan khalwat terhadap mereka.
Mangsa, Hanisha Abdul Rahman bersama dua lagi wanita telah didakwa berkhalwat bersama seorang lelaki yang bertugas sebagai pemandu ketika sedang berkemas untuk berpindah rumah.

Hanisha berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 12.10 pagi di Salak Tinggi apabila mereka didatangi oleh dua orang pegawai JAIS dan ditangkap mengikut Syeksyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor (EJSS).

“Kami terkejut kerana ditahan begitu saja tanpa diberitahu alasan kukuh. Mereka datang terus beritahu yang kami ditahan kerana berkhalwat,” katanya.

Hanisha menyifatkan tindakan pengawai JAIS itu merupakan satu penyalahgunaan kuasa dan berunsur ugutan dengan bertujuan untuk mengaibkan mereka.
“Ketika ditahan kami tidak berada dalam keadaan yang mencurigakan dan hanya sedang membuat pemindahan barang dari rumah lama ke rumah baru”, katanya.

“Saya bertanya berapa lama kamu telah memantau kami dan pengawai JAIS tersebut berkata sudah lama tetapi apabila saya bertanyakan semula ketika di balai polis, mereka hanya kata lima minit sahaja sebelum membuat tangkapan”
Ujarnya lagi, hanya kami (wanita) yang berada di dalam rumah dan Mukamil (pemandu lelaki) berada di luar kawasan rumah.

Jabatan Agama Islam Selangor turut mengarahkan kami untuk membuat bayaran sebanyak RM12,000 (RM3,000 seorang) dan perkara tersebut dimaklumkan oleh pegawai JAIS walaupun kami belum dituduh melakukan kesalahan tersebut.

Peguambela, Latheefa Koya berkata tindakan ini merupakan satu salah laku yang telah mengaibkan mereka.

Beliau berkata, pegawai JAIS mengambil jalan yang terlalu mudah untuk membuat tangkapan khalwat dan percaya bahawa ini bukanlah cara yang sesuai untuk mencegah salah laku khalwat.

“Secara asasnya, kami percaya bahawa tindakan dan kaedah JAIS dalam mencegah maksiat perlu dinilai semula”, katanya ketika sidang media di Petaling Jaya, hari ini.

Menurut Seksyen 29, Enakmen Syariah Selangor, bahagian kesalahan yang berhubung dengan kesusilaan, sekiranya seorang lelaki didapati bersama dengan seorang wanita yang bukan isteri atau mahramnya atau orang perempuan yang didapati bersama seorang atau lebih lelaki yang bukan suami atau mahramnya di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah, atau bilik yang dalam keadaan boleh menimbulkan syak adalah satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak supaya pihak JAIS mengambil tindakan kepada pegawai mereka yang telah menyalahgunakan kuasa dalam membuat tangkapan seperti ini.

Latheefa juga meminta pertuduhan tersebut dibatalkan dan permohonan maaf dibuat kepada mereka kerana telah memalukan dan mengaibkan mereka.

Bagaimanakah cara solat tarawih sendirian

USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Soalan:

Saya ada dua soalan;
1. Bagaimana nak buat solat tarawih bersendirian?
2. Adakah selawat selepas setiap dua rakaat solat tarawih itu perlu dan bagaimana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)?

Jawapan;

1. Solat terawih sama seperti solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula daripada takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat tarawih atau qiyam Ramadan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat tarawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh sebab solat tarawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat tarawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit daripada amalan Nabi SAW secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

FBI menawarkan RM16 juta untuk kepala Zulkifli @ Marwan (Gambar)

KUALA LUMPUR: Pengganas antarabangsa yang juga rakyat Malaysia, Zulkifli Abd Hir masih belum meninggal dunia.

Dia masih hidup dan menjadi individu paling dikehendaki di dunia dan pengganas yang sukar ditangkap.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) menawarkan RM16 juta sebagai bayaran untuk mendapatkan kepala Zulkifli dan agensi keselamatan itu meningkatkan operasi mereka dalam menjejaki individu berbahaya ini, terutamanya selepas melihat insiden keganasan di Syria dan Iraq.

Mereka khuatir dengan kebangkitan keganasan berikutan seruan Abu Bakar Baghdadi - kini dianggap sebagai pengganas paling berbahaya di dunia - kepada kumpulan radikal Islam di seluruh dunia untuk bangkit dan berjuang demi negara Islam.

Agensi keselamatan serantau berkata mereka kini sedang meneliti semula pergerakan Zulkifli berikutan insiden di Timur Tengah dan kesannya terhadap Asia Tenggara.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan mengesahkan Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Marwan masih hidup, walaupun laporan terdahulu mengatakan beliau terbunuh dalam serangan udara pada 2 Februari 2012.

"Kami menyedari laporan yang mengatakan dia terbunuh beberapa tahun lalu. Itu tidak benar. Kami percaya dia masih bersembunyi di selatan Filipina," katanya pada Khamis.

Ayob berkata, pasukannya kini sedang mengesan Marwan dan memantau individu yang rapat dengannya.

Ketika ditanya sama ada Zulkifli mungkin terlibat dalam gerakan kumpulan militan di negara ini dan menghantar pejuang ke Syria dan Iraq, beliau berkata, polis tidak menolak sebarang kemungkinan.

Difahamkan Zulkifli, anak jati Muar, Johor mempunyai seorang isteri di Malaysia tetapi berkahwin dengan tiga warga Filipina sepanjang tempoh persembunyiannya.

Bekas jurutera berusia 48 tahun yang mendapat latihan di AS turut dikaitkan dengan kumpulan Abu Sayyaf yang kini aktif di Filipina.

Beliau juga merupakan pakar dalam membuat bom.
Sumber perisikan berkata, ketua Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM) itu dianggap sebagai pembekal bom kepada kumpulan radikal dan juga seorang pelatih kepada ahli kumpulan tersebut.

"Oleh itu penangkapannya amat penting dalam usaha kita memerangi keganasan. Dia adalah sebahagian daripada kumpulan Jemaah Islamiyah yang bertanggungjawab dalam serangan bom di Bali yang menyebabkan 200 orang maut," kata seorang penganalisis.

Adiknya, Rahmat Abdhir, seorang warga AS, kini ditahan di Guantanamo, berikutan penangkapannya di California kerana terlibat dalam konspirasi menyediakan bekalan sokongan kepada pengganas.

Zulkifli, sama seperti ahli KMM yang lain, dilaporkan berlepas ke Afghanistan pada lewat 1980-an untuk menyertai misi menentang Rusia.
Sekembalinya ke Malaysia, Zulkifli menubuhkan KMM bertujuan untuk membentuk negara Islam serantau melalui keganasan.

Ahli KMM dikaitkan dengan pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Dr Joe Fernandez pada 2002, penggeboman di sebuah gereja dan sebuah kuil Hindu serta serangan di balai polis Guar Chempedak pada 4 Februari 2001.

Mereka yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri termasuk pemimpin PAS di peringkat akar umbi iaitu Zainon Ismail, Noorashid Sakid, Ahmad Tajuddin dan Nik Adli Nik Aziz, anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan.

Felixia Yeap menggunakan nama Raisha Rania

Raisha Rania. Cantik nama itu. Berdasarkan pemeriksaan sebentar tadi, Raisha membawa maksud “pemimpin raja/agung“, sementara Rania pula membawa maksud ‘mempersona‘. Kiranya gabungan nama Islam Felixia Yeap ini membawa maksud ‘pemimpin raja yang mempersona‘. Cantik. Sesuai dengan orangnya. Panggil Raisha pun sedap didengar, panggil Rania pun best jugak.

Seperti yang kita sedia maklum, Felixia Yeap telah pun selamat memeluk agama Islam semalam. Bertempat di sebuah masjid di TTDI, Felixia telah mengucap dua kalimah syahadah kira-kira jam 6.30 petang dengan ditemani oleh ahli keluarga dan rakan-rakan. Tiada media yang hadir kerana Felixia enggan mendapat liputan di hari penuh bersejarahnya itu.
felixia yeap
Selamat datang diucapkan kepada Raisha Rania/Felixia Yeap. Selamat menikmati keindahan menjadi seorang muslimah. Jangan pedulikan kata-kata negatif orang ramai. Anda tahu pilihan ini adalah yang tepat. Selamat berpuasa sebagai seorang Muslimah buat pertama kali juga diucapkan kepada Felixia Yeap.

Tali 3 segi petanda rumah akan dirompak?

http://realitiabadi.blogspot.com | 03 Julai 2014.
Tali Tiga Segi Terikat Di Pagar Petanda Rumah Bakal Dirompak?
Selain ilmu yang bermanfaat, ada juga yang memilih untuk belajar ilmu tidak sepatutnya dengan tujuan untuk hidup senang.

Ilmu dimaksudkan termasuklah ilmu hitam untuk tujuan memukau dan merompak harta benda orang lain.

Untuk pengetahuan bersama, terdapat satu cara untuk mengetahui sekiranya kediaman kita menjadi sasaran pengamal ilmu hitam untuk merompak atau disihir.

Perkongsian tentang perkara ini giat dikongsikan di laman-laman sosial sekarang dengan sumber dikatakan daripada ‘Ustaz Zamri’.
Menurut perkongsian tersebut, jika terlihat ada lilitan tali berbentuk tiga segi diikat pada pagar atau mana-mana tempat di rumah kita atau taman perumahan, maka tali tersebut hendaklah segera dibakar sebelum ia diambil semula oleh pihak yang berniat jahat.

Menerusi cara itu kediaman kita atau orang lain tidak sempat menjadi mangsa perompak atau dituju dengan ilmu sihir.

Kami berkongsikan pos ini dengan tujuan mudah-mudahan ia memberi manfaat. Sejauh mana kebenarannya, wallahualam.

Sumber: mynewshub

Awie mengaku tidak bersalah mencederakan isteri

Penyanyi Rock, Awie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya.

Awie, yang nama sebenarnya Azhar Othman, didakwa melakukan kesalahan itu pada 2 Jun di sebuah rumah di Jalan UP 5B, Ukay Bestari, Taman Ukay Perdana, Ampang.

Isterinya, Rozana Misbun yang juga adik kepada pelakon Haliza Misbun, mempunyai tiga orang anak dengan Awie.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan ikat jamin RM9,000 dan menetapkan 11 Ogos untuk sebutan seterusnya.
-malaysiakini-


Bagaimana Pasaraya Terbiar Bertukar Jadi Kolam Ternak Ikan (Gambar)

Pasaraya ini punyai dahulunya berketinggian 11 tingkat tetapi pada tahun 1997, tujuh tingkat atas bangunan ini terpaksa dirobohkan atas sebab undang-undang.
Pada tahun 1999 pula, berlaku kebakaran yang mengakibatkan kematian. Sejak dari itu, bangunan itu dibiarkan begitu sahaja tanpa bumbung.

Hujan yang turun menyebabkan air bertakung lalu tingkat bawah menjadi kolam mengakibatkan banyak nyamuk membiak di kawasan itu dan menyebabkan ketidakselesaan pada penduduk sekitar.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, penduduk sekitar meletak beberapa ekor ikan dalam kolam itu untuk mengawal pembiakan nyamuk. Hasilnya? Berkesan!

Sejak dari itu, ikan-ikan mula membiak. Namun kisah kolam ini hanya diketahui oleh penduduk kawasan itu sahaja. Entah bagaimana ia boleh tersebar di Facebook.

Semenjak perkhabaran mengenai kolam itu tersebar di laman sosial, ramai orang luar datang dan hal ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa tempatan.

Pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup kawasan terbabit atas faktor keselamatan.

SEGERA!!! Anda ada nampak gadis ini, tolong hubungi polis

Penyamar polis culik Atiqah
KUALA LUMPUR: Seorang gadis lepasan STPM yang hilang di Kuala Krai sejak 28 Jun lalu disyaki diculik oleh sekumpulan sendiket yang menyamar sebagai polis.

Abang mangsa Zailani Ibrahim tidak menolak wujudnya sendiket untuk menculik anak gadis dengan cara memukau mereka.

Nurul Atiqah Ibrahim, 19, dilaporkan hilang di hadapan sebuah bank di bandar Kuala Krai.

Menurut Zailani, mereka menyamar sebagai perisik polis dan mensasarkan anak-anak gadis yang bekerja di kedai-kedai menjual kain sekitar bandar itu.

"Mereka akan pergi kedai-kedai sambil sembang-sembang dengan budak-budak perempuan. Mereka cakaplah kalau ada apa-apa masalah (kena kacau) bagitahu abang," katanya

Sebaik sahaja Nurul Atiqah hilang, Zailani berjaya menghubungi adiknya melalui telefon bimbit tetapi adiknya tidak mahu bercakap sebaliknya seolah-olah mahu berhubung melalui SMS sahaja.

"Dia balas SMS menggunakan bahasa standard bukannya loghat Kelantan, jadi saya mengsyaki sms itu bukan dari adik saya. Dalam SMS itu dia maklum adik saya lari ikut lelaki terbabit.

"Dan mesej akhir, adik saya hantar kepada sepupunya beritahu, 'aku pening aku tak tahu apa-apa'," katanya.

Ekoran kejadian itu, beliau telah membuat laporan polis pada 29 Jun lalu.

Menurut Zailani, adiknya itu seorang yang baik dan tidak berkawan dengan mana-mana budak liar sekali gus menolak adiknya hilang kerana mengikuti kawan seperti itu.

"Tauke tempat dia kerja pun cakap dia budak yang baik, dengar kata. Jadi saya tidak percaya dia ikut budak-budak liar, saya tahu siapa adik saya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagaimanapun beliau melahirkan rasa bimbang terhadap situasi adiknya yang mula bekerja di bandar itu sebaik selepas tamat peperiksaan STPM.

"Saya pun pernah meminta dia berhenti kerja kerana tidak sedap hati dan dia dengar apa yang saya cakap, jadi dia pun berhenti,"katanya.

Apa yang dikesalkan, katanya, selepas lima hari beliau membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Krai sehingga kini satu pun maklumat tentang perkembangan adiknya belum diterima.

Sehingga kini, beliau dan ahli keluarga tidak dapat menggambarkan bagaimana perasaan mereka sejak Nurul Atiqah hilang tanpa khabar berita.

"Saya minta jasa baik tuan puan di luar sana mendoakan keselamatan adik saya dan dihantar pulang dengan selamat, "ujar Zailani yang tidak putus-putus berikhtiar termasuklah mengadakan solat hajat.

Beliau turut memuat naik gambar adiknya itu di laman facebooknya dan maklumat kehilangan adiknya itu mula di kongsi oleh pengguna media sosial itu.

Beliau juga meminta orang ramai menghubungi beliau di talian 017-9750151 atau 017-3730151 sekiranya ada yang menjumpai adiknya. 
-HARAKAHDAILY

Video: Juri Cium Tangan Hafiz Yang Berumur 5 Tahun Kerana Terharu

Seorang juri program menghafaz Al-Quran di Indonesia iaitu Hafiz Indonesia begitu sebak dan kagum kepada seorang kanak-kanak berusia 5 tahun mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran.

Juri berkenaan Abi Amir Faisol Fath kemudiannya datang ke arah kanak-kanak itu yang bernama Musa dan mencium tangan Musa mengambil keberkatan mukjizat Al-Quran yang dihafal oleh kanak-kanak itu.

Musa yang berasal dari Bangka, Indonesia membuatkan penonton rancangan Hafiz Indonesia menangis menitiskan air mata tatkala mampu menjawab soalan demi soalan yang diberikan oleh juri serta para penonton.

Program itu disiarkan di stesen televisyen RCTI dan juga ada dimuatnaikkan di laman YouTube, dan episod melibatkan Musa dimuatnaik pada 29 Jun lepas.

Menurut Abi Amir, kanak-kanak itu membuatnya begitu kagum kerana Allah sendiri telah memuliakannya biarpun umurnya masih mudah dengan mengindahkan jiwanya dengan Al-Quran.

“Saya tidak punyai bahasa.. Subhanallah.

“Ayah bonda semua, inilah sebuah nilai bahawa anak kecil sekalipun dia masih sangat lemah kemampuannya, ketika dia menjadi mulia kerana Al-Quran maka semua kita tunduk kerana Allah telah memuliakannya,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa wang kertas tetap bernilai biarpun ia dipijak kerana manusia telah menetapkan satu nilai untuk sekeping wang kertas.

Bagi Musa, Allah telah menetapkan nilai yang mulia ke atasnya kerana dia sudah pun menghafaz Al-Quran biarpun masih muda.

Seorang lagi juri program itu, Syeikh Ali Jaber pula menjelaskan bahawa ayat Al-Quran yang diturunkan Allah membenarkan segala-galanya apabila Allah sendiri berfirman bahawa Al-Quran itu merupakan sebuah kitab suci yang mudah dipelajari.
Sumber mynewshub.my

Dicekup khalwat ketika orang bertarawih (Gambar )

Seorang model tudung fan juga pakaian dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar malam tadi ketika umat Islam sedang gigih melakukan solat tarawih dan amal ibadat.

Gadis berusia 24 tahun itu yang dipercayai berasal dari Selangor dikatakan datang ke Kedah semata-mata untuk menemui kekasihnya yang berusia 25 tahun yang menetap di Langgar, Alor Setar.

Pasangan itu mereka bercadang untuk berkahwin pada penghujung tahun ini dan memberi alasan mereka sedang bersiap untuk menonton bola sepak Piala Dunia di sebuah restoran 24 jam sebelum mereka dicekup berkhalwat.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud menyatakan pasangan itu ditahan dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 2 pagi tadi.

Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah.
-tranungkite-

Inilah gambar diplomat yang dikatakan terlibat dengan kes rogol di NZ

Putrajaya tidak akan memberi pelepasan kepada suspek diplomat penyerang seks, Muhammad Rizalman Ismail, 38, di New Zealand (NZ) melainkan "ia betul-betul dikehendaki".

Perkara itu diumumkan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini pada sidang media di Wisma Putra, selain satu lembaga siasatan juga ditubuhkan Kementerian Pertahanan (Mindef) hari ini.

"Jika ia betul-betul dikehendaki, di mana kami fikir jalan terbaik untuk melepaskan imuniti, kami akan lakukannya tanpa teragak-agak," kata Anifah pada sidang media hari ini.

Anifah berkata hasil siasatan oleh pihak Mindef akan disalurkan kepada pihak berkuasa NZ.

"Tapi kami mempunyai keyakinan yang tinggi dalam lembaga inkuiri Mindef dan mereka akan berkomunikasi dengan pihak berkuasa New Zealand," katanya.?

Apabila ditanya mengenai "dikehendaki", Anifah berkata ia bermakna apabila pihak NZ meminta Rizalman supaya kembali ke negara tersebut atas dasar dipercayai siasatan di Malaysia tidak dijalankan secara sepatutnya.

Anifah juga menjelaskan pihak berkuasa New Zealand yang membenarkan Rizalman dibawa pulang ke Malaysia pada Mei lalu.

"Kementerian Luar sedia menyediakan pelepasan imuniti diplomatik terhadap tertuduh untuk membolehkan pendakwaan dibawah undang-undang NZ diteruskan.

"Semasa perbincangan 12 Mei lalu, pihak NZ menawarkan alternatif kepada tertuduh untuk dibawa balik ke Malaysia... ia tidak bermaksud untuk mengambil ringan perkara itu," katanya.

Anifah juga memberitahu perbincangan dijalankan antara Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington, Timbalan Ketua Protokol Menteri Luar dan Perdagangan New Zealand (MFAT) dan pegawai dari polis NZ.

Rizalman, Pegawai Waran Kedua Kementerian Pertahanan yang berkhidmat di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ditahan pada 9 Mei lalu atas tuduhan 'memecah rumah dengan tujuan merogol'.

Beliau mengikut wanita berusia 21 tahun itu ke rumahnya di Brooklyn pada 9 Mei ketika kejadian itu berlaku.

Anifah berkata Mindef tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas Rizalman di bawah Akta Angkatan Tentera 1972 dan didakwa di mahkamah tentera.

"Kerajaan Malaysia mengetahui insiden itu adalah perkara serius dan kami tidak cuba untuk menyembunyikannya," kata beliau.

Menurutnya lagi, Mindef juga melakukan pemeriksaan fizikal ke atas tertuduh sebaik pulang ke Malaysia dan keputusan diperoleh memuaskan.

Rizalman kini sedang menjalani ujian psikiatrik dan dipantau di Hospital Tentera Tuanku Mizan Military Hospital.

"Insiden ini walaupun kes terpencil, kerajaan Malaysia melihat isu ini dengan serius dan tidak mungkin mencerminkan tingkah laku yang boleh diteladani dan integriti pegawai- pegawai diplomatik Malaysia yang berkhidmat di luar negara.

Beliau tidak memberitahu tempoh siasatan akan berjalan, tetapi menjelaskan pihak berkuasa New Zealand bersedia untuk memberi kerajaan Malaysia semua bukti membabitkan Rizalman.

"Mereka (Mindef) akan bekerja rapat dengan pihak berkuasa New Zealand, khususnya polis untuk dapatkan bukti. Yang penting individu itu dibawa ke muka pengadilan," kata Anifah.

Bagaimanapun, pada awalnya Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington berharap NZ dapat menggugurkan semua pertuduhan ke atas Rizalman.
-malaysianinsider-

Selamat Tinggal Pulau Mutiara....tiada harapan lagi.

tokpepijat
BN jual tanah seluas 3,661 ekar
dapat hasil sebanyak RM 1.06 bilion.
Jual murah untuk kroni.Komisen bagi sesama kroni.

PR jual tanah seluas 106 ekar
dapat hasil sebanyak RM 1.11 bilion.
Jual mahal untuk dapat hasil tertinggi digunakan buat rumah rakyat mampu milik sebanyak 20,000 unit dengan kos RM500 juta.

Kalau beginilah cara DAP perintah Pulau Pinang,apa lagi harapan GERAKAN,MCA jauh sekali UMNO untuk ambil balik.

Satu lagi renungan mudah :
Jika negeri majoriti umat Melayu juga negeri tempat kediaman Ustaz Azhar,Terengganu meletakkan Ustaz Azhar berceramah di gelanggang futsal setelah melarang beliau berceramah di masjid milik kerajaan UMNO.

Manakala negeri majoriti Cina diperintah DAP meletakkan Ustaz Azhar di Masjid Negeri bahkan diadakan bas percuma untuk ke ceramah beliau.

Apa lagi Melayu mahu?

Selamat Tinggal Pulau Mutiara....tiada harapan lagi.
-tranungkite-

Model tudung terkenal dicekup berasmara ketika orang bertarawih (Gambar )

Seorang model tudung fan juga pakaian dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar malam tadi ketika umat Islam sedang gigih melakukan solat tarawih dan amal ibadat.

Gadis berusia 24 tahun itu yang dipercayai berasal dari Selangor dikatakan datang ke Kedah semata-mata untuk menemui kekasihnya yang berusia 25 tahun yang menetap di Langgar, Alor Setar.

Pasangan itu mereka bercadang untuk berkahwin pada penghujung tahun ini dan memberi alasan mereka sedang bersiap untuk menonton bola sepak Piala Dunia di sebuah restoran 24 jam sebelum mereka dicekup berkhalwat.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud menyatakan pasangan itu ditahan dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 2 pagi tadi.

Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah.
-tranungkite-

Kanak-kanak mati selepas lehernya dikelar bapa saudaranya dengan parang

TELUPID: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mati selepas lehernya dikelar bapa saudaranya dengan parang di restoran milik ibu mangsa di Kampung Gambaron dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt V. Sivanathan berkata lelaki berusia 23 tahun itu yang dipercayai sakit mental menggunakan parang memotong daging untuk mengelar leher Mohamad Khairul Aize Abdullah.

Kejadian berlaku kira-kira 6 petang.

Beliau berkata suspek yang merupakan adik kepada bapa mangsa telah memanggil mangsa yang sedang bermain di dalam restoran itu lalu membawanya ke belakang restoran sebelum mengelar leher mangsa.

"Mangsa yang cedera parah telah menjerit kesakitan yang jeritannya disedari keluarganya. Mereka kemudiannya membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Telupid, namun mangsa tidak dapat diselamatkan, katanya.

Sivanathan berkata suspek yang tidak melarikan diri selepas kejadian telah ditahan oleh anggota keluarga mangsa sebelum dia diserahkan kepada polis.

Katanya polis turut menemui sebilah parang yang digunakan untuk mengelar mangsa.

Beliau berkata tidak diketahui punca lelaki itu bertindak demikian dan dia kini direman.
-mstar-

Gara-Gara Daging Babi

Detik Islam
Waktu baru menunjukkan pukul 10.00 pagi di Beijing. Waktu solat Jumaat masih tiga jam lagi. Seorang lelaki sedang mendekati masjid.
Lelaki itu berdiri sejenak di depan masjid. Ada rasa enggan untuk melangkahkan kaki ke dalam masjid, apalagi setelah melihat tulisan di pintu gerbang masjid yang ditulis dalam bahasa Cina, Inggeris dan Arab berbunyi "Hanya untuk Muslim."

Tapi lelaki itu menepis keraguannya dan memberanikan diri memasuki masjid.

"Ada yang boleh saya bantu?" Tiba-tiba seorang lelaki menyapanya, imam masjid itu.

"Saya ingin menjadi seorang Muslim," ujar lelaki itu.

Imam masjid tersenyum dan menyambut lelaki yang ingin masuk Islam itu. Dia membawanya ke pejabat "Komuniti Muslim" yang terletak berhampiran bangunan masjid. Imam mengeluarkan tiga buku kecil tentang Islam. Dia mahu lelaki itu mempelajari tentang agama Islam, agama yang ingin dipeluknya.

Lelaki muda itu ternyata bukan hanya membaca semua buku tersebut, tapi telah membaca banyak buku lain tentang Islam. Dia sering mengajak beberapa imam di masjid untuk berdiskusi untuk membuktikan bahawa dia tahu apa yang ingin dia lakukan.

Akhirnya, seorang imam membawa beliau mengucapkan dua kalimah syahadah dan lelaki muda itu secara rasmi menjadi seorang Muslim.

Lelaki itu adalah Jang nama asalnya sebelum Islam dan kini menukarkan namanya kepada Salim. Setelah bersyahadat, Salim menceritakan mengapa dia ingin menjadi seorang Muslim.

"Semuanya bermula dari daging babi," kata Salim sambil tersenyum.

Ajaran Islam untuk makan makanan secukupnya, termasuk larangan makan daging babi, mencetuskan rasa ingin tahu Salim dan mendorongnya untuk jawapan.

"Saya meneliti jurnal-jurnal perubatan dan membaca banyak buku untuk mencari jawapannya," ujar Salim.

Dia mahu mencari jawapannya mengapa Islam mengharamkan daging babi. Islam memandang babi adalah najis kerana haiwan itu pemakan segala macam makanan. Babi tidak membezakan antara daging atau tumbuhan dalam kebiasaan makannya. Berbeza dengan lembu atau kambing misalnya, yang hanya makan tumbuhan. Ramai ilmuwan juga bersetuju bahawa apabila memakan daging babi, boleh menyebabkan sekurang-kurangnya 70 macam penyakit pada manusia.

"Saya mendapati kesimpulan yang sama dalam rawatan tradisonal Cina yang tidak mengesyorkan makan daging babi dan menyebutnya sebagai daging yang paling tidak sihat dan berbahaya," tutur Salim.

Atas pengalamannya itu, Salim tertarik dengan agama Islam dan memutuskan untuk masuk Islam. Dia kini menjadi sebahagian daripada komuniti Muslim di China yang menurut data rasmi jumlahnya lebih dari 30 juta orang.

Islam tersebar ke negeri China melalui pedagang pada era Dinasti Tang sekitar 1300 tahun yang lalu. Bahkan catatan sejarah ada menyebutkan sahabat-sahabat Rasulullah Muhammad Saw pernah melawat China.

Meski komuniti Muslim di China cukup besar, mereka kerap menjadi sasaran penindasan dan diskriminasi kerajaan China yang berhaluan komunis. Tetapi siapa yang boleh menghalang cahaya Islam dan hidayah yang Allah swt berikan pada umatnya. Jang atau Salim adalah salah satu contohnya. Dia mendapatkan hidayah itu dengan latar belakang yang unik, hanya kerana masalah daging babi.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eraMuslim.com

Peragut Teruk Dibelasah Kerana Menikam Muka Mangsa (video)

Patutlah orang ramai marah dan memukul peragut semalam kerana peragut berkenaan telah menikam mangsa ragutnya seorang perempuan di muka. Video sambungan daripada kes semalam telah membuktikan kemarahan orang ramai terhadap peragut berkenaan.
Walau bagaimanapun dalam memukul peragut emosi kena kawal kerana apa pun ia tetap salah. 
-tranungkite-

Hangat!!! Diplomat Malaysia di New Zealand terlibat dengan kes rogol

Wisma Putra berkata ia akan membuat penjelasan esok berkaitan seorang diplomat Malaysia yang dituduh oleh pihak berkuasa New Zealand melakukan serangan dengan niat merogol.
Rakyat New Zealand berang semalam selepas pihak berkuasa mendapati lelaki berkenaan, dalam lingkungan usia 30-an, telah mengekori seorang wanita berusia 21 tahun pulang ke rumah dan menyerangnya.

Akhbar di New Zealand dihalang daripada mendedahkan nama suspek atau negara asalnya selepas seorang hakim New Zealand mengeluarkan perintah melarang butiran dirinya didedahkan.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan bahawa lelaki itu adalah seorang diplomat Malaysia yang bekerja di Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang berpejabat di Wellington.

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman ketika diminta mengesahkannya,
memberitahu Malaysiakini dalam mesej teks bahawa sidang akhbar mengenainya akan diadakan esok.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama lelaki itu sementara menunggu respons rasmi dari Wisma Putra.

Menurut Associated Press, polis menahan diplomat itu pada 9 Mei dan mendakwanya atas tuduhan memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol, kedua-duanya membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Bagaimanapun, lelaki itu mendapat kekebalan diplomatik dan telah meninggalkan negara itu.

Perdana Menteri New Zealand John Key mendedahkan pagi ini bahawa kerajaannya telah menuntut kekebalan diplomatik lelaki itu diibatalkan, tetapi telah ditolak.
-malaysiakini-

Kera baca surah Yasin di Masjid Gadong, Rembau?

rozmal
Ramadhan pertama 1435 H, Alhamdulillah disamping dapat ziarah pusara abah, dapat melawat makcik sebelah emak di Gadong dan makcik sebelah abah di Tanjong. Sempat juga solat jemaah Asar di Masjid Kariah Kg Gadong.
Bila nak solat, imam ialah yang tukang azan, makmum saya, dan ada seorang anak kecil lelaki yang masih tadika rasanya, anak tukang azan. Selesai azan saya tanya tukang azan, dia Imam, Bilal atau Siak ke. Dia kata dia ahli kariah saja.

Di veranda masjid kelihatan bungkusan surah Yasin telah dibuka dan beberapa surah bersepah sedikit, tetapi tidak koyak, masih elok.

Ahli kariah masjid tadi kata, ini kerja kera-kera yang ada di kampung tersebut.
Kerusi pun sedikit tidak tersusun dengan beberapa putik rambutan, mungkin angkara kera.

Apakah senario yang sama juga berlaku di masjid-masjid lain di Rembau dan kampung-kampung lain di Negeri Sembilan?

Apabila manusia, orang Melayu, orang Islam tidak mahu lagi berjemaah di masjid di bulan Ramadhan ini, ALLAH kirimkan kera-kera sebagai peringatan.

Sebelum buka puasa ini, marilah kita sama-sama berdoa agar seluruh masjid di Negeri Sembilan ini makmur dengan solat jemaah pada setiap waktu dan makmur dengan majlis ilmu.

Alhamdulillah, insyaAllah selepas ini berbuka puasa dengan emak pula.
Selamat Berbuka Puasa