"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Shabery Cheek hanya bernasib baik?

LANGKAH TV1 menyiaran secara langsung ucapan kempen Mahathir Mohamad dari Bukit Gantang Perak pada 6 April lalu kurang disenangi oleh para pemimpin Umno, khususnya mereka yang bertanggungjawab untuk merampas kerusi Bukit Gantang. Perdana Menteri juga dikatakan tidak begitu senang dan tidak percaya ucapan secara langsung itu membantu memulihkan semangat Umno.

Tetapi kerana ia langkah diputuskan oleh RTM, dan telah pun disiarkan tanpa dirujuk kepada mana-mana pihak lebih atasan, siaran langsung itu terpaksa ditelan juga. Penoton dihadapkan juga dengan ucapan Mahathir yang entah-entah di Bukit Gantang itu dan dikatakan menjadi faktor menambahkan kekalahan UBN dalam pilihan raya itu.

Penyiaran ucapan Mahathir itu juga dianggap satu kesalahan besar menterinya, Ahmad Shabery Cheek. Katanya kesilapan itu dijadikan alasan besar untuk menyingkirkan Shabery bukan saja dari kementerian itu tetapi dari Kabinet baru itu juga.

Tentunya cadangan untuk singkir Shabery itu bukan saja kerana itu melainkan menteri itu gagal mereformkan RTM seperti mana dijanjikan. Bahkan RTM masih lagi ditakuk lama meneruskan kerja-kerja yang dimainkan menterinya sebelum ini, menjadi perkakasa kelas kaki lima kepada UBN.

Bagaimana pun Shebery bernasib baik. Dia masih lagi dikekalkan dalam Kabinet apabila orang yang dicadangkan untuk di bawa masuk ke Kabinet bagi memenuhi kuota dari Terengganu ditolak oleh Yang di-Pertuan Agung.

Nama yang dibawa oleh Najib untuk menjadi menteri dari Terengganu ialah bekas MB, Idris Jusoh. Nama Idris Jusoh sudah pun disenaraikan sebagai seorang senator. Malangnya nama Idris ini katanya tidak direstui oleh yang di-Pertuan Agong. Kemalangan Idris itu memberi nasib baik kepada Shabery, selepas nama-nama lain yang diselidiki dan direnung Najib tidak membawa tuah kepadanya.

Jadi kemasukan Shabery dalam Kabinet Najib dengan memegang porfolio Belia dan Sukan itu boleh dianggap sebagai satu yang bernasib baik saja. Sekiranya Idris Jusoh diterima sudah tentu Shabery kini hanya ahli Parlimen biasa yang mungkin aktif di meja BBC untuk mengkritik Pas dan menghentam PKR.

Makanya Shabery hendaklah berterima kasih atas apa yang berlaku dan perlu berkerja dengan baik. Ingatlah prestasi anda sedang diteliti bukan saja oleh Najib tetapi mereka di Terengganu juga. Semoga Shabery selepas ini sekali lagi akan bercakap untuki mereform Belia dan Sukan pula.

http://zulmamakpng.blogspot.com/

KEMENANGAN BUKTI MELAYU TETAP UNDI PR



Jika orang Melayu tidak mengundi Pakatan Rakyat pada PRK Parlimen Bukit Gantang dan PRK DUN Bukit Selambau, pastinya PR akan kalah. Undi orang India dan Cina sahaja tidak mencukupi untuk menjulang PR.

Orang Melayu PADA MULANYA seakan termakan dengan isu sembah derhaka di Bukit Gantang, boneka DAP dan pemberian tanah kepada Cina. Namun TERBUKTI, setelah dijelaskan mereka memahami bahawa Cina juga adalah rakyat Malaysia dan Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin bukan penderhaka.

Sebagai rakyat, orang Cina dan India juga mempunyai hak dan PR berusaha untuk tidak mengabaikan mereka dalam usaha memberikan keadilan, di samping memelihara hak Melayu.

Oleh itu pastinya, jika diterjemahkan kemenangan PR di dua bukit itu, maka akan terbuktilah majoriti Melayu mengundi PR. Ini menunjukkan bahawa majoriti Melayu terus menolak Umno/BN kerana tidak berpuashati dan perubahan pucuk pimpinan kepada DS Najib Razak sekadar menambah luka.

Calon anak tempatan Umno/BN, Ismail Saffian juga gagal menyaingi Nizar. Ismail bukan saingan Nizar. Sebelum diumumkan Nizar sebagai calon, pengundi dikatakan memberi sokongan 50-50 pada Ismail, tetapi selepas sahaja nama Nizar disebut, peratusan sokongan pada PR terus melonjak naik.

Faktor pengundi Cina banyak mempengeruhi kemenangan kerana ia menjadi penentu dan mereka benar-benar menyenangi Nizar. Undi simpati dan protes juga mempengaruhi situasi, rakyat tidak dapat menerima atau menyokong rampasan kuasa Umno.

Sokongan pengundi Cina yang meliputi 27 peratus daripada keseluruhan 56,462 pemilih berdaftar memberi kesan besar pada PR059 Bukit Gantang. Walaupun dua tiga hari sebelum pengundian seakan ada tanda seolah-olah angin perubahan melanda khususnya kalangan pengundi Cina ekoran janji-janji manis Dr Zambry AK berhubung dengan hal ehwal pemilikan tanah, tetapi realitinya TIDAK MENJADI.

Zambry cuba memancing dengan berusaha meluluskan hak pemilikan tanah kepada orang Cina dan India. Semasa Nizar membuat dasar ini, Zambry menentang keras. Orang Cina dan India tentunya tidak mudah termakan dengan janji manis ini. Mereka sedar ia mainan politik pilihan raya Umno/BN sahaja.

Sambutan hangat kehadiran pada program Pengarah Pilihan Raya BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Sepetang, ternyata menipu Umno/BN. Kalangan Umno menterjemahkan kehadiran orang ramai sebagai perubahan, sedangkan hakikatnya yang hadir ialah kalangan anggota Pakatan Rakyat.

Memang ramai kalangan Umno/BN yang hadir tetapi memang begitulah sifat mereka yang sering bermuka-muka, apatah lagi pada saat Ds Najib akan melantik barisan kabinetnya yang baru.

Tanda-tanda awal, Umno/BN akan kalah jelas terbayang apabila peti saluran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sepetang dibuka. Dun Kuala Sepetang mempunyai 6,276 orang atau 31.8 peratus pemilih berdaftar kaum Cina. Pada PRK Bukit Gantang kali ini, ia mencatatkan jumlah keluar mengundi tertinggi iaitu 15,411 pengundi atau 78.14 peratus. BN terpukul kalah dengan majoriti lebih 2,000 undi di kawasan ini.

Ini bermakna BN mengalami majoriti kekalahan lebih 100 peratus berbanding pada PRU12 yang hanya mencatat 564 undi, majoriti kepada PR.

BN juga kalah dalam DUN Changkat Jering yang diwakili pakar lompat Kapt (B) Osman Jailu dengan mencatat peratusan keluar mengundi 73.79 peratus atau 18,418 pengundi. Ertinya di Dun ini, pengundi telah menolak Osman Jailu.

BN hanya menang di DUN Trong – daerah terbesar dengan jumlah pengundi terkecil iaitu 10,796 orang. Itupun dengan majoriti berkurangan daripada PRU12. Sebanyak 7,928 orang atau 73.8 peratus keluar mengundi.

Keseluruhannya 41,757 orang atau 75.34 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil ini, pertambahan 2.69 peratus berbanding 72.65 peratus atau 40,299 orang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

PAS telah mendapat sokongan 100 peratus daripada parti pakatan pembangkang DAP dan PKR, menang dengan majoriti 2,789 undi iaitu pertambahan 1,223 undi berbanding pilihan raya umum tahun lalu.

Pada PRU-12, calon BN, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi kalah majoriti 1,566 undi kepada calon PAS, Roslan Shaharum yang memperolehi 20,015 undi. Calon Bebas, Morgan mendapat 872 undi.

Sedarlah BN, bahawa MCA dan Gerakan tidak relevan lagi, politik yang dibawa Umno juga sudah merudum popularitinnya. Orang Cina sudah perit dengan MCA dan Gerakan yang lebih banyak berusaha mengenyangkan perut masing-masing, kedua-duanya bersekongkol dengan Umno. Kedua-dua parti komponen BN itu juga mengiktu rentak Umno.

Orang Cina telah menyimpul mati dalam hati bahawa MCA dan Gerakan sudah gagal melaksanakan tanggungjawab setelah diberi tempoh puluhan tahun untuk membuktikan keihklasan memperjuangkan nasib mereka.

MIC pula ternyata menambah bebanan sahaja kepada BN. Ia tiada impak lagi malahan menuju kehancurannya. Namun kesalan rakyat pada UMNO/BN akan berterusan setelah tsunami 2008... sokongan pada UMNO/BN tidak pulih dan tidak akan pulih lagi.

Keputusan BN untuk melantik badan bebas melakukan bedah siasat punca kekalahan parti itu hanya lah omongan kosong. Selepas kalah pada tsunami 2008, BN juga berbuat seumpama itu tetapi apabila kajian dan analisis mengena hidung kalangan pemimpin besar mereka sendiri, ia dibakul sampah kan.

Umno/BN tidak akan berubah lagi. Ia akan berubah tetapi berubah ke arah lebih teruk lagi. Ayuhlah ramai-ramai menyertai PAS, kosongkan UMNO.

Kenyataan TS Muhyiddin Yassin sebagai rekasi pada kekalahan itu jelas membayangkan segala: “Walaupun kita bekerja keras dengan turun ke bawah memberi penjelasan kepada pengundi tetapi tidak berjaya meyakinkan mereka untuk menerima kita.”

Sokongan terhadap BN semakin merosot dan keputusan PRK Bukit Gantang adalah gambaran pendirian seluruh rakyat Perak terhadap BN, terutama Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.
PRU Ke-13 bukan jauh. Pemilihan saf pimpinan Umno di bawah Najib sudahpun menunjukkan tanda-tanda negatif dan jika turut diterjemahkan dalam perlantikan barisan kabinet barunya, maka UMNO/BN menanti rebah tidak terbangun lagi.  

PASCA BUKIT SELAMBAU - Banjir Di Mergong, Di mana Pakatan Rakyat?

Hujan lebat sejak beberapa hari lalu telah mengakibatkan banjir di beberapa perkampungan sekitar kawasan Mergong Alor Setar petang semalam.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 150 rumah di kawasan sekitar Mergong di tenggelami air mulai jam 6 petang semalam dengan ketinggian air mencecah 0.5 meter.

Banjir kali ini juga dipercayai akibat dari pembangunan di kawasan sekitar yang menyebabkan laluan air tersekat dan tidak dapat mengalir ke Sungai Kedah.

Namun apa yang menjadi persoalan kini, apakah tiada wakil rakyat dari kerajaan Pakatan Rakyat yang datang membantu mangsa-mangsa banjir ini selepas Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya kecil Bukit Selambau beberapa hari lalu?

Jika benar seperti yang dilaporkan maka ini tentulah sesuatu yang amat mendukacitakan. Terbuai dengan kemenangan tetapi kemudian alpa terhadap penderitaan rakyat akan pastinya mengundang bencana di dalam pilihanraya akan datang.

Malah sudah ada laporan sewaktu pilihanraya kecil Bukit Selambau yang lalu, diberitakan ADUN Lunas dan Ahli Parlimen Kulim tidak turun membantu untuk calon Pakatan Rakyat, S.Manikumar.

Jika benar seperti dilaporkan sesuatu patut dilakukan sebelum Pakatan Rakyat menerima hukuman dari rakyat Kedah. Atau masing-masing sudah selesa dengan jawatan dan gaji yang kemudiannya mengambil sikap "apathetik" terhadap amanah dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan?



http://greenboc.blogspot.com/

Rosmah "Marie Antoinette" Malaysia

 
 

Pakaian dan barang kemas yang digunakan oleh Wanita Pertama Malaysia ini tidak selari dengan slogan pentadiran Datuk Najib sebagai perdana menteri baru Malaysia, yakni 'Rakyat Didahulukan'.

Ekonomi sedang merudum, banyak rakyat dibuang kerja, harga komoditi rendah, tetapi Rosmah Mansor mempamerkan mutiara besar-besar di rantai leher, gelang tangan, cincin di jari kiri dan kanan, anting-anting di telinga, serta pakaian yang dihiasi batu-batu semi-berharga.

Imej Rosmah Mansor yang seperti ini tidak sesuai dengan slogan 'Rakyat Didahulukan'. Malah ia boleh menyebabkan Rosmah dilihat sebagai bayangan Mary Antoinette, isteri Raja Lois ke-14, iaitu raja Peranchis terakhir akibat dijatuhkan dari tahtanya dalam Revolusi Peranchis. Mereka berdua dihukum mati oleh rakyat dengan dipenggal kepalanya di gelotin.

Semasa rakyat menunjuk perasaan di luar istana kerana tidak cukup makan, dari tingkap istananya yang tinggi, Mary Antoinette nampak di bawah rakyat miskin bising-bising, lalu dia bertanya kepada pekerja istana.

"Mengapa mereka bising-bising?" tanya Permaisuri Mary Antoinette.

"Mereka tidak mempunyai roti buat dimakan, tuanku," jawab pekerja istana.

"Apa pula susahnya?" tanya Wanita Pertama Peranchis itu. "Suruhlah sahaja mereka makan kek!" - universitipts.com

Semua Kaum Tolak BN Kata Muhyiddin

 

Setelah lebih setahun dilanda tsunami politik yang menamatkan kuasa majoriti dua pertiganya di Parlimen akhirnya Umno dan Barisan Nasional mengaku gagasan politik itu kini ditolak oleh semua kaum di negara ini dan menuju ke ambang kepupusan pengaruh.

Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin dalam satu komennya berkata bukan sahaja Umno dan BN gagal meraih undi dan sokongan politik pengundi Melayu seperti mana yang ia pernah menikmati satu ketika dahulu malah kaum Cina, India dan lain-lain kaum juga telah menolak BN.

Kenyataan beliau itu berdasarkan kepada keputusan tiga pilihan raya kecil yang diadakan serentak 7 April lalu di kerusi Parlimen Bukit gantang, Perak dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri masing-masing di Bukit Selambau, Kedah dan Batang Air, Sarawak.

Pakatan Rakyat memenangi Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan peningkatan ketara undi majoriti sementara BN mengekalkan Batang Ai walaupun calon Pakatan Rakyat, Jawah Gerang mendakwa beliau menang dengan kelebihan majoriti lebih 400 undi.

Di kerusi Parlimen Bukit Gantang Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat , Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi pilihan raya kecil kawasan itu dengan memperoleh majoriti 2,789 menewaskan calon dari BN, Ismail Saffian.

Pada PR Umum ke 12 pada tahun lepas majoriti yang di menangi oleh calon PAS, Roslan Sharom ialah sebanyak 1566 undi.

"Kalau ikut formula di situ pengundi majoritinya Melayu dan kalau ikut formula biasa majoriti Melayu kita menang tapi sekarang majoriti Melayu tidak boleh pastikan kemenangan kita kerana Melayu sudah berpecah.

"Dan kita pada waktu kempen mengharapkan mudah-mudahan undi dari kaum bukan Melayu akan berubah dan bertambah tetapi bila undi Melayu telah berpecah, undi dari bukan Melayu tidak berubah malah makin berkurang dan akhirnya kita kalah.

"Harap ini tidak merupakan satu trend tetapi ia nampak seperti itu. Sebab itu kita berhadapan dengan satu senario yang agak serius dan justeru proses pembaharuan harus dilaksanakan secepat mungkin," katanya ketika berucap pada majlis bersama petugas Umno dan Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) semalam.

Kenyataan Muhyiddin yang baru dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran mendedahkan ketakutan mendalam yang dialami Umno dan BN dan kekalahan di dua kerusi yang ditandinginya meneruskan mimpi ngeri berpanjangan yang menghantui mereka.

Seruan Muhyiddin agar bangsa Melayu kembali bersatu di bawah perjuangan Umno kerana katanya Umno merupakan satu-satunya parti yang relevan dalam memperjuangkan nasib Melayu mungkin agak terlambat kerana rakyat telah pun membuat keputusan menolak BN setelah memberi peluang memerintah negara selama lebih lima puluh tahun.

Yang paling mengejutkan penguasa-penguasa Umno dan BN trend penolakan ini masih belum reda malah gelombang penolakan terhadap hegemoni politik BN bertambah kuat dan meningkat.

Ini boleh dilihat dengan kemenangan di luar jangkaan yang diperolehi Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh Julai tahun lalu dikuti pula oleh kekalahan BN pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.
   
"Walaupun kita perjuangkan nasib Melayu tetapi kita juga adil pada kaum lain tetapi ada yang kata kita tidak adil kepada mereka. Justeru kita perlu bertindak sekarang sebelum terlewat,"kata Muhyiddin lagi.

-TVAntara.com.my-

Amy Search Nafi Sertai PAS

KOTA BAHARU: Ikon rock negara, Amy Search menafikan telah menyertai parti PAS berikutan sering hadir pada majlis yang dianjurkan parti pembangkang itu termasuk pada Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda PAS Kelantan yang diadakan di sini, hari ini.

Desas desus penyanyi rock terkenal itu telah menyertai PAS timbul apabila rakan artisnya Renggo, penyanyi utama kumpulan Arrow, mengumumkan secara rasmi menyertai parti itu dan turut menyerahkan borang keanggotaan PAS kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan pada majlis itu.

"Tidak...saya belum menyertai PAS dan kehadiran saya pada majlis politik ini adalah atas jemputan untuk membuat persembahan sama seperti Renggo.

"Apa yang saya buat perlu difikirkan dengan lebih teliti kerana ia akan menjadi ikutan kepada peminat setia saya.

"Saya memang peminat Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tapi belum terfikir untuk menyertai PAS," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata beliau telah beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu pada beberapa majlis formal dan tidak formal dan bakal mengadakan konsertnya di sini pada Jun depan.

Beliau berkata atas dasar profesional, kehadirannya pada majlis politik seperti itu tidak perlu dipolitikkan dan sebagai artis ia merupakan satu penghargaan apabila diminta membuat persembahan di hadapan Nik Abdul Aziz.

Pada majlis itu Amy dan Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli turut menyampaikan beberapa lagu popular mereka.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz mengakui begitu tersentuh hati apabila mendengar nyanyian Amy terutama mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan.

"Sampai mengalir air mata saya mendengar Amy menyanyikan lagu-lagu begini dan apabila artis rock menyampaikan lagu-lagu ketuhanan ia telah menolak tanggapan negatif terhadap mereka," katanya.

Beliau berkata untuk menyampaikan mesej keislaman tidak semestinya hanya para ulama dan tok guru tetapi penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama.

"Apa pun kepada penyanyi saya nasihat jangan salah gunakan suara ke jalan yang tidak baik," katanya

.-BERNAMA-

Razaleigh tidak keluar Umno, sedia bantu bentuk kerajaan perpaduan

KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan, beliau tiada sebarang hasrat untuk keluar Umno buat masa sekarang, sebaliknya bersedia untuk membantu usaha pembentukan kerajaan perpaduan jika diperlukan.

"Saya tidak akan keluar Umno buat sekarang," kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu, yang beberapa kali pada sidang media sebentar tadi, menekankan yang beliau adalah penyokong Umno.

Ketika ditanya mengapa beliau berkata "tidak buat masa sekarang", bekas Naib Presiden Umno itu menjelaskan, tidak tahu apa akan berlaku esok.

Desas-desus muncul semula sejak minggu lalu bahawa Razaleigh yang pernah menubuhkan Parti Semangat 46 selepas keluar Umno dua dekad lalu akan menyerai Partik Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau kembali ke Umno tahun 1995.

Desas-desus sedemikian pernah muncul tahun lalu tetapi telah dinafikan oleh bekas Menteri Kewangan itu.

Mengenai idea kerajaan perpaduan yang pernah diutarakan oleh beliau tahun lalu dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, beliau bersedia untuk memainkan peranan jika dikehendaki.

"Kalau saya dikehendaki, saya bersedia untuk membantu... saya bersedia untuk itu," kata Razaleigh yang awalnya berkata, "beliau tidak penting" dan ada pemimpin-pemimpin lain yang boleh memainkan peranan ke arah itu.

Bagaimanpun beliau juga menekankan bahawa pembentukan kerajaan perpaduan adalah penting bagi negara ketika ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalaman dan luaran seperti krisis ekonomi global.

Langkah sedemikian pernah diambil oleh bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak sehingga membawa kepada pembentukan Barisan Nasional (BN) pada 1974.

Ketika ditanya sama ada Perdana Menteri baru, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak perlu mengorak langkah ke arah kerajaan perpaduan, Razaleigh memberitahu:

"Saya rasakan beliau (Najib) harus ambil langkah itu."

Katanya, PAS telah memberikan respons dengan baik berhubung idea tersebut.

Najib, anak Tun Razak, dilantik menjadi Perdana Menteri yang keenam pada 3 April lalu.

Najib ketika menyampaikan ucapan penerimaan jawatan Presiden Umno dan dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri ada menyentuh keperluan semua pihak termasuk parti politik bekerjasama ke arah pembangunan negara dalam keadaan yang mencabar ini.

Pandangan yang sama turut disentuh ketika membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua di Parlimen bulan lalu.

Razaleigh turut menyentuh tentang kegagalan BN mendapatkan balik dua kerusi iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau dalam pilihan raya kecil minggu lalu.

BN hanya mempertahankan kerusi DUN Batang Ai.

Tegas beliau, BN pernah kalah dalam pilihan raya kecil tetapi tidak seperti yang disaksikan sejak Ogos 2008.

Oleh itu, segala sumber perlu digandingkan untuk mendapatkan balik sokongan rakyat, jika tidak dalam tiga atau empat tahun akan mengalami situasi buruk.

Ketika ditanya sama ada Najib perlu menjalankan pembaharuan, Razaleigh berkata: "Ya, ya."   

-mstar.com.my-

MIC timbang keluar dari kabinet

MIC sedang menimbang untuk menarik keluar wakil parti itu dalam kabinet baru ekoran banyak lagu isu-isu yang belum diselesaikan, terutama berhubung layanan pentadbiran baru terhadap masyarakat India, kata sumber dalaman parti itu hari ini.

Walaupun senario itu dilihat sukar berlaku, tetapi beliau berkata, MIC bersedia melakukannya bagi menumpukan kepada usaha menyatu padukan masyarakat India terlebih dahulu.

"Keputusan itu dijangka dibuat dalam masa terdekat ini, mungkin dalam mesyuarat jawatankuasa pusat MIC yang akan datang lewat bulan ini," katanya.

Bagaimanapun, parti itu akan kekal menganggotai gabungan BN.

Sumber tersebut berkata, sungutan utamanya ialah "masyarakat India masih dilayan sebagai rakyat kelas dua, malah seperti kelas tiga di negara ini".

Di samping itu, katana, wakil MIC dalam kabinet tidak diberi jawatan menteri kanan walaupun parti itu berulangkali merayu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya melantik Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu menganggotai semula kabinet.

dr s subramaniam interview 210308 05Mengikut tradisinya, MIC akan mengisi jawatan menteri kerja raya. Bagaimanapun ianya berubah selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, apabila Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi parlimen Sungai Siput.

Menteri tunggal MIC dalam kabinet baru ialah Setiausaha Agungnya, Datuk Dr S Subramaniam yang dilantik semula sebagai menteri sumber manusia. Parti itu juga diberi dua jawatan timbalan menteri - M Saravanan (Wilayah Persekutuan) dan SK Devamany (Jabatan Perdana Menteri).

Kementerian sumber manusia, kata sumber tersebut, dianggap sebagai bukan jawatan kanan dalam kabinet dan MIC merasakan ini tidak mencerminkan status parti sebagai parti komponen ketiga terbesar dalam BN.
 -malaysiakini-

Usul Undi Tidak Percaya : DUN Terengganu Bakal Bergolak

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said hari ini berkata mana-mana Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau bakal berdepan tindakan disiplin termasuk dipecat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin yang mengatakan terdapat usul undi tidak percaya terhadap beliau akan dikemukakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama tiga hari bermula Isnin ini yang akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri serta ADUN Kijal berkata, mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap seorang Menteri Besar dalam persidangan dewan adalah satu perkara serius.

"Jika usul itu datang dari pihak pembangkang, kami di dalam kerajaan akan menolaknya. Jika ia dikemukakan oleh wakil BN, dia akan dipecat, itu biasalah.

"Kalau mendapat sokongan, bubar dewan itu sahaja. Kita terpaksa menerimanya kalau dia nak buat..apa nak kata," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Bukit Takal di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas khabar angin bahawa akan berlaku perubahan beberapa jawatan Menteri Besar termasuk Terengganu di bawah pentadbiran Perdana Menteri baru Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahmad berkata, beliau tidak mengetahui apa-apa tentang hal itu.

"Itu saya tidak tahulah....Terengganu kena tanya Tuankulah," katanya. sambil menyelar pihak media yang disifatkannya sebagai suka mengembar-gemburkan isu yang tidak diketahui kesahihannya. 

-BERNAMA-

Kes Adi Anwar : Balai Polis Bukan Lagi Tempat Selamat

Ibu Adi Anwar buat laporan polis - anaknya dizalimi

   

Belumpun reda kes A Kugan yang dibelasah hingga mati dalam lokap polis USJ awal tahun ini, satu lagi kes menggemparkan rakyat mengenai tindakan zalim yang dipercayai dilakukan oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang.

Kali ini, Adi Anwar Mansor dibelasah dan dipercayai diberi minum pelarut hingga menyebabkan dia koma dan dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang 8 April lalu.

Adi Anwar, 25 tahun kini dalam keadaan stabil dan menceritakan kejadian yang berlaku kepada ibunya, Jiknah Harun yang mendapati banyak kesan lebam di beberapa bahagian badannya.

Disebabkan tidak puashati terhadap layanan pihak polis di lokap berkenaan, Jiknah hari ini membuat laporan di IPD Klang. 

Dia ditemani peguam N Surendran, ADUN Kapar, S Manikavasagam, Ahli Parlimen Klang, Chales Santiago, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar, Ketua Pemuda Pas Selangor, Solehan Muhi dan pemimpin Hindraf, Jayath ass. 

Dalam laporan itu, antara lain Jiknah meminta pihak polis membebaskan anaknya dan menyiasat punca kejadian yang menyebabkan anaknya terpaksa menerima rawatan kecemasan.

“Saya baru balik ke rumah, anak saya cakap, mak abang ada kat hospital wad ICU. Saya bersiap dan terus pergi, bila saya sampai ada guard tak bagi saya naik. Saya kena tunggu sampai puluk 12, saya sampai pukul 10, berapa jam saya nak tunggu. Bila saya naik tengok, saya dah tak boleh cakap apa-apa, saya sebagai ibu, saya yang bela dia, janganlah pukul dia macam tu, kalau dia bersalahpun,” Jiknah menceritakan keadaan ketika dia menemui anaknya di hospital.

Peguam yang mewakili beliau, N Surendran berkata, Adi Anwar memberitahu bahawa dia dipukul di dalam kereta polis dan kemudian dibawa ke balai dan dipukul lagi di bahagian kepala, ditendang di belakang dan dipukul dengan host getah sehingga dia tidak tahan kesakitan.

Ahli Parlimen Klang, Chales Santiago mahu pihak polis menyiasat bagaimana Adi Anwar boleh meminum pelarut berkenaan.

“Apa yang mendesak sampai saudara Adi Anwar terpaksa minum tinner, menjadi persoalan penting. Mengapa? Adakah dia tak boleh tahan kena pukul oleh itu dia terpaksa minum tinner atau apakah sebab lain dia minum tinne. Itu mesti disiasat,” katanya.

Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar pula berkata, pihak polis tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan seperti ini kerana Adi Anwar hanya disyaki.

“Tidak boleh dikenakan tindakan mengikut selera, untuk menghukum atau menzalimi sesiapa kerana belum tentu seseorang yang ditahan itu bersalah.

“Saya ingin mendesak Najib supaya mengutamakan perlaksanaan refomasi terhadap pasukan polis bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

“Selagi tidak ada badan seperti IPCMC yang memantau perkara ini, saya percaya dan yakin kes ini akan berterusan. Mula-mula Kugan India, hari ini Melayu, besok cina, lusa mungkin iban, tulat mungkin kadazan,” tegas beliau.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kapar, S Manikavasagam meminta supaya satu siasatan bebas diadakan dan menghukum mereka yang terlibat dalam kes berkenaan.

“Kita tak membela mana-mana penjenayah, kita mempunyai mahkamah, pihak polis boleh tangkap, boleh dakwa, kita boleh, tapi bukan macam ini,” katanya.

Adi Anwar ditahan kira-kira jam 11.30 malam Selasa lalu kerana disyaki terbabit dengan kes dadah, tetapi tiada sebarang bukti ditemui.

Jiknah berkata, tiada sebab anaknya melakukan kesalahan sedemikian kerana dia baru mendapat bayi berusia tiga bulan dan hidupnya sekeluarga gembira.

Ketua polis daerah ACP Mohamad Mat Yusop dilaporkan berkata empat anggota polis berada di dalam lokap ketika Adi Anwar dikatakan minum pelarut berkenaan.

"Apabila anggota-anggota polis itu menyedarinya, ia sudah terlambat kerana kejadian tersebut berlaku dalam masa kurang 10 saat," New Straits Times memetik Mohamad sebagai berkata. 

-TVAntara.com.my-

Tuanku Sultan perkenan S. Manikumar jadi Exco

 Oleh: AMELIA HASHIM


ALOR SETAR, 8 April: S Manikumar yang baru sahaja memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau kelmarin, akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit pada 13 April ini.

Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini.

Katanya, majlis angkat sumpah sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri itu diadakan serentak dengan Istiadat Pengurniaan Bintang-bintang Pingat-Pingat Kebesaran sempena sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan yang ke-81.

Manakala angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri akan diadakan pada 19 April serentak dengan Mesyuarat Kali Ke Lima Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-12.

Sehubungan itu lagi ujarnya, KDYMM Tuanku Sultan sudah dimaklumkan dan berkenan dengan pelantikan S Manikumar sebagai Ahli Exco yang baru.

“Saya sudah menghadap KDYMM Tuanku Sultan dan memaklumkan kemenangan S Manikumar dalam pilihanraya kecil kecil Bukit Selambau kelmarin dan Tuanku Sultan berkenan untuk melantik S Manikumar sebagai Ali Exco yang baru,” katanya.

S. Manikumar 35 tahun, akan menggantikan tempat V Arumugam yang telah meletak jawatan pada 8 Februari lalu berikutan ugutan dan ancaman oleh pihak-pihak tertentu supaya beliau meninggalkan Pakaran Rakyat demi keselamatan keluarganya.

Sebelum ini portfolio yang dipegang oleh V Arumugam telah dipangku oleh YB Mohamad Radzhi Salleh iaitu ADUN Lunas yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri.

Dalam rombakan portfolio baru-baru ini YAB Dato’ Seri Usyaz Azizan sengaja mengosongkan portfolio itu menanti untuk diisi oleh calon dari Parti Keadilan Rakyat juga.

Dalam pilihan raya kecil Bukit Selambau S Manikumar telah menang dengan majoriti 2,403 undi lebih tinggi majoriti 2,362 yang diperolehi oleh V Arumugam yang bertanding atas tiket Bebas.

S Manikumar mendapat 12,632 undi menewaskan calon terdekat Datuk S Ganesan yang mendapat 10,229. Selain itu turut bertanding bagi DUN Bukit Selambau ini 13 calon Bebas yang semuanya hilang wang pertaruhan.  

Putera Katak Sedang menunggu Ciuman

Ibrahim Ali 'tunggu' dipinang Umno
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menunggu 'pinangan' daripada pimpinan Umno, untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas.

"Saya tidak akan meminang Umno, kecuali Umno yang meminang saya. Hingga kini saya tidak ada ilham lagi (bila ia akan berlaku)," katanya kepada pemberita ketika ditanya kedudukannya sama ada mahu mengekalkan status sebagai satu-satunya ahli Parlimen Bebas atau ingin kembali semula kepada Umno.

ibrahim ali 231105Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak akan terburu-buru menerima pinangan itu, sekiranya ada, dan akan mempertimbangkannya terlebih dahulu, lapor Bernama.

"Saya akan timbang semasak-masaknya terlebih dahulu kerana sebarang keputusan yang dibuat secara tergopoh-gapah akan menyebabkan seseorang cepat jatuh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-7, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) semalam.

Ibrahim, 57, digugurkan daripada jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas pada pilihanraya umum ke-11, Mei 2004. Beliau bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Ismail Noh.

Beliau sebelum ini membayangkan akan membuat 'satu kejutan' terhadap senario politik dan menunggu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melakukannya terlebih dahulu.

Dr Mahathir mengumumkan menyertai semula Umno semasa perhimpunan Agung Umno 2008 Mac lepas.
-malaysiakini-

Ekonomi dunia semakin tenat

Malaysia perlu bersiap sedia untuk menghadapi keadaan ekonomi dunia yang semakin tenat, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi.

"Malaysia tetap akan terkena kesan ekonomi dunia sebab kita negara perdagangan dan ekonomi kita bergantung kepada eksport. Sekiranya rakan dagang kita menghadapi masalah ekonomi, eksport akan terjejas," katanya semasa berucap di majlis Malam Anugerah Keusahawanan Dewan Perniagaan Melayu 
Malaysia Kuala Lumpur.

mahathir pc 080409 01Beliau berkata Malaysia tidak boleh mendabik dada yang ia tidak mengalami kesan seteruk negara lain, lapor Bernama

"Jika mereka miskin, kita juga miskin," katanya, sambil mengingatkan para hadirin tentang pergantungan Malaysia terhadap negara lain.

Bagi menghadapi masalah ekonomi sekarang, beliau berkata Malaysia boleh menggunakan kaedah yang sama seperti ketika krisis kewangan 1997.

Pada masa itu, semua maklumat dan data dikaji dengan teliti dan dilihat perubahannya setiap hari, dan cara yang terbaik dipilih untuk mengatasinya.

'Belum pulih'

Beliau juga mengingatkan rakyat Malaysia supaya jangan leka kerana negara sebenarnya belum pulih dari krisis kewangan 1997.

Untuk pulih dari krisis ekonomi, katanya akan mengambil masa yang lama.

"Kita belum betul-betul pulih dari krisis 1997 walaupun sesudah 10 tahun," katanya, yang merujuk kepada nilai ringgit yang sekarang berada pada sekitar RM3.60 untuk setiap dolar AS berbanding dengan RM2.50 pada sebelum krisis 1997.

"Demikianlah. Walau pun sesudah lebih 10 tahun, keadaan (nilai) ringgit masih belum kembali seperti keadaan sebelum serangan mata wang 1997," katanya.

Beliau menjangka negara barat seperti Amerika Syarikat juga tidak akan pulih walaupun (untuk) 10 tahun akan datang.

Beliau berkata pendapatan per kapita mereka yang tinggi bukan menggambarkan keadaan yang sebenar dan merupakan penipuan besar-besaran oleh peniaga matawang mereka.
 -malaysiakini-

Khairy akui Pemuda Umno 'syok sendiri'

Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya kini menyedari bahawa program-program yang dianjurkan oleh pergerakan itu sebelum ini adalah ‘program syok sendiri'.

"Kita buat program untuk orang yang sama, orang yang sudah totok sokong Umno dan BN," katanya ketika melancarkan program exco turun padang di Rawang malam tadi.

khairy jamaluddin interview 230209 17Sehubungan itu, katanya, fokus utama pergerakan itu untuk memperkuatkan parti ialah dengan mendekati golongan muda dan yang tidak berparti.

Menurutnya, beliau akan melantik ketua Pemuda Umno negeri tidak berapa lama lagi.

"Minggu depan saya akan melantik setiausaha, bendahari dan ketua penerangan Pemuda Umno sebelum pelantikan ketua Pemuda negeri dibuat," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Khairy yang juga ahli Parlimen Jerlun berkata pelantikan naibnya, Datuk Razali Ibrahim dan Datuk Mukhriz Mahathir dalam kabinet sebagai satu pengiktirafan kepada Pemuda Umno.

Mukriz yang mencabarnya bagi jawatan ketua Pemuda, dilantik sebagai timbalan menteri perdagangan antarangbangsa dan industri, manakala Razali dilantik sebagai timbalan menteri belia dan sukan.

Program pertama

Ditanya mengenai dirinya yang tidak dilantik dalam kabinet, Khairy berkata: "Kalau semua pemimpin berada dalam kerajaan, siapa yang hendak jaga parti.

"Saya meminta ahli Pemuda menerimanya dan jangan membuat spekulasi dan cerita yang bukan-bukan,"katanya.

Khairy juga mengulangi bahawa beliau tidak dipilih menganggotai kabinet kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memerlukan beliau memimpin pergerakan Pemuda sepenuh masa.

Katanya, ini pendekatan yang baik kerana bukan semua pemimpin perlu berada dalam kerajaan.

Khairy sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak kecewa kerana tidak dipilih dalam kabinet Najib walaupun memenangi jawatan ketua Pemuda Umno.

Difahamkan program anjuran Pemuda Umno bahagian Selayang itu merupakan yang pertama selepas Khairy memenangi jawatan ketua Pemuda Umno akhir bulan lalu.
-malaysiakini-

Mari Kenali Siapa Mejer Jeneral (B) Jamil Khir

Confirm Mejer Jeneral (B) Jamil Khir Umno. Kawan lama saya sewaktu di Maktab Mahmud Alor Setar. Kemudian beliau belajar di Akademik Islam Universiti Malaya. Dia senior saya 2 tahun. Bapa dan adik beliau Pas totok. Ayah pernah menjadi AJK Pas Kawasan Jerai. Adiknya pula pernah menjadi Ketua Pemuda Pas Kawasan.

Saya pernah diberitahu oleh Kapten (B) Ustaz Jamsari (Pengarah Unit Amal Pusat), bahawa Jamil Khir ini kaki mengampu dalam KAGAT. Kami yang berfikrah Pas dalam Kagat, cukup menyampah dengan beliau dan mereka beritahu kepada saya memang dia Umno.

Masalahnya biasalah ustaz Umno ini dia jumpa dengan kita tidak mengaku dia sokong Umno. Jamil Khir pernah beritahu kepada saya, orang kampung duduk kata dia akan bertanding atas tiket Umno, orang Umno kata akan bertanding atas tiket Pas. Saya pun kata dekat dia, inilah anta tidak jelas dalam penderian politik. Dan saya beritahu kepada dia jangan cemarkan keluarga anta yang terkenal sebagai orang kuat Pas.

Mungkin PM baru letak beliau sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk lawan kekuatan Pas di Kedah. Beliau berada di kawasan Dato’ Seri Azizan Razak, MB Kedah kubu kuat Pas di Kedah. PRU 13 beliau akan lawan di Parlimen Jerai atau lawan Ustaz Azizan Razak di DUN Sungai Limau.

Tidak tahulah saya apa yang Jamil Khir hendak cari. Tidak cukup lagikah gaji dalam Kagat. Kaya macam mana pun mana boleh makan ikan siakap sekali makan tujuh ekor.

Patut beliau kena fikir semua orang agama dalam Umno macam daun kari sahaja. Waktu hendak bagi gulai bau sedap maka daun kari digunakan. Waktu hendak makan, daun kari ditolak ketepi. Macam itulah nasib ustaz dalam Umno dan saya yakin itulah juga akan menimpa beliau sikit hari lagi. Umno guna waktu dia menjadi seleberiti di kaca TV sahaja. Selepas tidak laku lagi balik kampung bawa mesin padi dekat Yan.

Beliau menyertai cabinet masuk waktu kapal Umno sudah hendak karam yang dipimpin Datuk Seri Najib dan mentolnya Tun Dr Mahathir yang merosakkan seluruh sistem negara selama 22 tahun. Terima jawatan waktu PM yang sampai hari ini tidak berani hendak saman akhbar Perancis yang menuduh beliau dalam kes Antatuya.

Mana pergi tokoh agama dalam Umno di persada politik tanah air. Tokoh-tokoh seperti Dr Hamid Osman, Dr Yusuf Nor, Dr Abdullah Mohd Zin, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Datuk Awang Jabar, Datuk Ikhwan Nasir, Datuk Firdaus Ismail al-Hafiz, Nakhaei Haji Ahmad, Mustafa Taib, Datuk Dasuki, Mohd Nor Idris, Wan Mokhtar, ustazah Sharifah Dora. Tidak ada seorang pun tokoh agama yang dipilih dalam MKT Umno. Semua mereka ini sudah menjadi “kupang tembaga”. Jelas memang orang agama dalam Umno, hanya “boneka Umno” dan “kuda tunggangan Umno”

Eloklah wahai Jamil Khir anta tolong baca talqin bersama dengan Tun Dr Mahathir yang mengiringi Datuk Seri Najib di kubur Umno tidak berapa lama lagi. 

 http://idrisahmad.wordpress.com/

BERTAMBAH LAGI SEORANG ULAR DALAM SEMAK

Teringat dan terkenang ceramah Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Nor dalam mentafsirkan ulama-ulama yang menjadi pengampu kerajaan yang tidak berani berkata benar di depan 'boss' mereka.

Kata Almarhum, itu bukan Ulama' itu Ulaq (ular) dalam semak, bila depa kenyang depa dok diam tak kata apa-apa. Begitulah kiasan Almarhum kepada sikap Ulama'-ulama Umno yang mendiamkan diri sahaja walaupun terbukti kerajaan BN/Umno melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam.
Kini koleksi Ular Dalam Semak bertambah lagi seorang. Terbaru ialah Mejar Jeneral (B) Jamil Khair Baharom, orang Yan yang kampungnya tidak jauh dari Menteri Besar Kedah. Keluarga terdekat beliau pula memang pimpinan dan aktivis PAS. Ayah beliau pernah menjadi AJK PAS Kawasan manakala adiknya pernah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan.
Kalau sebelum ini sudah ramai Ular Dalam Semak ini yang bila bisanya telah habis mereka dibuang bagaikan perumpamaan habis madu sepah dibuang. Antaranya Ular Dalam Semak ini ialah Abdullah Mat Zin, Hamid Zainal Abidin, Hamid Osman, Yusof Noor, Wan Mokhtar, Awang Jabar, Nakhai'e Ahmad, Dusuki Ahmad, Zainal Abidin Sakom, Syarifah Dora, Mustafa Taib, Nor Deris dan lain-lain. Kemana mereka ini sekarang semuanya sudah menjadi kupang tembaga dan dilupakan setelah 'jasa' mereka mengHALALkan semua yang dilakukan oleh BN walaupun jelas ianya bertentangan dengan Islam.
Kini Jamil Khair pula masuk kategori Ular Dalam Semak yang sekarang ini bergandingan dengan Mashitah Ibrahim seorang lagi Ular Dalam Semak yang sudah 2 penggal bergelumang dengan dosa BN memerintah Malaysia.
Mereka ini akan tahu suatu hari nanti bahawa 'jasa' mereka mengHALALkan yang HARAM akan dibalas dengan sehina-hinanya oleh BN.
Seperkara yang saya ingin nyatakan di sini sanggup Jamil Khair ini duduk di sebelah sana menentang Tuan Guru Nik Aziz, Prof Dr Haron Din, Tuan Guru Abdul Hadi, Ustaz Taib Azamuddin dan rakan-rakannya sendiri senior atau junior seperti Ustaz Mohamad Hussin, Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Nasir dan lain-lain.

DS Nizar menziarahi keluarga arwah Roslan Shaharum




IPOH (10.4.09): Hasrat pertama selepas memenangi kerusi Parlimen di Bukit Gantang iaitu untuk berkunjung hormat ke rumah Allahyarham Roslan Shaharum untuk berjumpa keluarganya tercapai jua malam ini setelah beberapa hari sebelum ini, balu Allahyarham, Puan Safiah tidak berada dirumah kerana menjalani kursus.

Kehadiran DS Nizar serta isteri didalam hujan disambut tetamu yang telah sedia ada. Keluarga terdekat, pimpinan Pas, PKR dan DAP, pihak media dan juga bloggers.

Puan Safiah menyambut kedatangan DS Nizar dengan rasa senang hati terutama apabila Bukit Gantang dapat dipertahankan oleh Pas.

Bacaan tahlil untuk Allahyarham Roslan juga telah disempurnakan oleh DS Nizar serta hadirin.

"Allahyarham Roslan seorang yang benar-benar memahami dan mendekati rakyat. Oleh sebab itulah saya sendiri yang melantik Allahyarham untuk jawatan Pengerusi Yayasan Perak bagi membantu rakyat yang miskin", mula cerita DS Nizar tentang Allahyarham Roslan Shaharum
selesai bacaan tahlil.

Hasrat terakhir Allahyarham Roslan adalah untuk membantu dua keluarga miskin yang sangat memerlukan bantuan.

Sebuah keluarga di Air Kuning yang mempunyai dua orang anak kurang upaya yang cukup berminat dengan komputer. Janji Allahyarham untuk menghadiahkan 2 buah komputer kepada anak-anak tersebut akan dilaksanakan oleh DS Nizar di masa terdekat ini.

Sebuah keluarga lagi yang berketurunan India, seorang nenek yang kurang pendengaran akan dibekalkan dengan alat pendengaran sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allahyarham.

Dua minggu sebelum meninggal dunia, Allahyarham datang berjumpa dengan DS Nizar untuk memohon cuti kerana mahu ke Syria untuk melawat anaknya di sana.

Allahyarham juga biasa mengadakan temujanji dengan DS Nizar untuk membincangkan pelbagai masalah rakyat. Tidak pernah masalah dan perkara peribadi dibawa kedalam pertemuan.

DS Nizar bertekad untuk meneruskan kerja-kerja yang telah dimulakan dengan baik oleh Allahyarham di Parlimen Bukit Gantang. Kesemua petugas-petugas untuk ketiga-tiga dun didalam Bukit Gantang yang sebelum ini bekerja bersama Allahyarham akan dikekalkan.

DS Nizar juga merasakan bahawa Bukit Gantang masih ketinggalan jauh kebelakang berbanding tempat-tempat lain di Perak dan berjanji akan berusaha keras untuk memperbaiki serta membangunkan Bukit Gantang dengan sebaiknya.


DS Nizar disambut hadirin sebaik tiba dirumah Allahyarham Roslan Shaharum.

Ketua Kampung Changkat Larang, Sdr Parvis mengiringi DS Nizar.


DS Nizar menyampaikan rasa sukacitanya kerana dapat berkunjung hormat kepada balu Allahyarham.


Berbual bersama keluarga terdekat Allahyarham.



Bapa mertua (kiri baju putih) dan abang Allahyarham Roslan.

DS Nizar menceritakan pengalamannya selama 10 bulan bekerja bersama arwah.

Datin Seri Fatimah Taat bertanya khabar kepada Puan Safiah.

Bacaan tahlil yang diketuai oleh DS Nizar.

Kesemua yang hadir turut bertahlil sama.

Bacaan doa oleh DS Nizar.


Amin daripada muslimat.


Adik ini meminta tandatangan dibukunya daripada DS Nizar. 

Jamuan buat hadirin.


Bergambar bersama keluarga Allahyarham Roslan.



Bertanya khabar tentang pelajaran anak-anak Allahyarham Roslan.

Bergambar bersama kenalan dan sahabat Allahyarham Roslan Shaharum.   

http://ajijoi.blogspot.com/