"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Laporan: Pintu asrama tahfiz dikunci sebelum api dinyala

Lima suspek ditahan polis hari ini berhubung siasatan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Dato Keramat, Kuala Lumpur yang mengorbankan lebih 20 orang kelmarin.

Mereka berusia antara 16 hingga 18 tahun dipercayai tinggal di kawasan berhampiran.

Laporan BH Online menyatakan tiga pelajar tahfiz itu diambil keterangannya bagi membantu siasatan.

Memetik sumber, portal itu menyatakan penahanan itu dibuat hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah stesen minyak di Jalan Dato Keramat.

"Dalam rakaman itu terdapat kelibat dua lelaki menaiki motosikal membeli minyak petrol jam 1.30 pagi, beberapa jam sebelum kebakaran pusat tahfiz berkenaan.

"Mereka dipercayai menggunakan minyak petrol itu untuk membakar pusat tahfiz berkenaan," katanya.

BH Online melaporkan suspek dipercayai menceroboh masuk pusat tahfiz terbabit membawa tong gas, tilam ke tingkat tiga.

"Mereka juga dipercayai mengunci pintu bilik asrama sebelum meletakkan tilam dan menghalakan muncung tong gas ke arah pintu bilik asrama pelajar dan guru sebelum membakar minyak petrol," katanya.

Difahamkan kejadian berkenaan tercetus daripada perselisihan faham dan ejek-mengejak sekumpulan remaja dengan pelajar tahfiz berkenaan.

Sementara itu memetik kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur agensi berita Bernama melaporkan tujuh remaja ditahan setakat ini.

Dalam kejadian awal pagi 14 September itu 21 pelajar dan dua guru tahfiz meninggal dunia dan sejumlah yang lain cedera apabila sebahagian daripada bangunan Darul Quran Ittifaqiyah terbakar.

Pada awalnya pihak berkuasa menjangkakan insiden itu berpunca daripada litar pintas namun siasatan lanjut mendapati wujud unsur khianat di sebaliknya.

Ia adalah kejadian kedua terburuk membabitkan pusat pengajian Islam di negara ini selepas kebakaran bangunan asrama perempuan Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah dijilat api di Padang Lumat, Yan di Kedah pada Pada 22 September 1989.

Insiden malang itu mengorbankan nyawa 27 pelajar.

Ikuti laporan langsung Malaysiakni dari Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur ini.

Pesawat Malaysia Airlines patah balik, penumpang telan mata pisau cukur

FMT Reporters
PETALING JAYA: Sebuah penerbitan di United Kingdom melaporkan pesawat Malaysia Airlines MH3 yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur, terpaksa berpatah balik ke London selepas juruterbangnya dimaklumkan seorang penumpang menelan beberapa keping mata pisau cukur.

Menurut News In Flight, juruterbang terbabit membuat keputusan kembali ke Lapangan Terbang Heathrow, selepas dimaklumkan mengenai kecemasan perubatan dalam pesawat A380 itu yang sedang terbang di ruang udara Jerman, Jumaat lalu.

“Kapten membuat keputusan berpatah balik ke Lapangan Terbang Heathrow di London untuk rawatan perubatan,” kata syarikat penerbangan itu menerusi satu kenyataan.

Malaysia Airlines berkata, pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Heathrow pada jam 8.10 malam (waktu Malaysia) dan sepasukan paramedik sudah bersiap sedia merawat penumpang terbabit.

Waspada dengan rampasan kuasa gaya Perak selepas PRU14, kata Zaid

FMT Reporters 

KUALA LUMPUR: Bekas menteri persekutuan Datuk Zaid Ibrahim meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), namum beliau menjangka ia akan mencuba “rampasan gaya Perak” untuk kekal berkuasa.
Dalam blog terbarunya, bekas anggota Umno dan anggota DAP memberi amaran kepada rakan-rakan Pakatan Harapan (PH) agar berhati-hati dengan manipulasi BN.
Bermula dengan memuji Perdana Menteri Datuk Ser Najib Razak dalam “rampasan” mendapatkan jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk melawat Rumah Putih, beliau terus bercakap mengenai senario pasca-PRU14.
Beliau juga menyindir lawatan itu, sebelum menyatakan apa jua alasan atas jemputan itu, Najib berjaya difoto dan dilihat bersama ‘syarikat’ Trump.
“Najib kini boleh pergi ke seluruh negara, memberitahu rakyat Malaysia bahawa beliau tidak mempunyai masalah dengan AS. Implikasinya, oleh kerana itu, beliau juga tidak mempunyai masalah dengan Jabatan Kehakiman AS, jadi mari kita memberi kredit kepada Najib atas rancangan kemasnya dalam mendapatkan undangan Donald.”
Malangnya bagi Najib, Zaid berkata, ia terlambat untuk menyelamatkan kerjaya politik beliau.
Beliau meramalkan BN tidak akan mendapat lebih daripada 90 kerusi parlimen dalam PRU14 dan walaupun PAS memberi sokongan.
BN masih akan kekurangan 112 kerusi yang perlu untuk mentadbir, katanya.
“Di sinilah PH dan Parti Warisan Sabah akan menghadapi cabaran paling sukar. Cabaran sebenar ialah mengekalkan jeneral harimau mereka sebaris. Bolehkah mereka kekalkan sekitar 20 orang ahli parlimen yang setia kepada mereka?
“Saya mempunyai keraguan. Saya melihat 1 rampasan kuasa gaya Perak akan berlaku… Najib (yang, atas kesilapannya, adalah pencatur politik yang pandai dan bijak) melancarkan serangan subuh ke atas 20 orang anggota Parlimen dari Pakatan/Warisan, selepas itu mereka semua akan bersumpah kepadanya.”
Zaid merujuk kepada peristiwa pada tahun 2009 apabila 3 daripada ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat (PR) menentang, menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri. Menteri Besar PR Mohammad Nizar Jamaluddin meminta Sultan Perak membubarkan dewan perundangan negeri dan mengadakan pilihan raya baharu tetapi ia tidak berlaku. Sebaliknya, BN, dengan sokongan dari 3 ADUN, membentuk kerajaan negeri baharu.
“Sekiranya Pakatan dan Warisan mempunyai rancangan untuk mengelak kemungkinan ini, mereka akan membuat kesilapan besar dalam menolak kebimbangan seperti spekulasi kosong.”
Beliau berharap perhimpunan PH pada 14 Oktober ini akan menjana “kepercayaan yang cukup di kalangan mana-mana penyokong atas pagar yang tinggal yang boleh kita mentadbir negara ini.”
Ia perlu bagi PH, katanya, untuk memobilisasi rakyat Malaysia dari seluruh negara untuk bergerak ke Kuala Lumpur dan mengadakan “perhimpunan terbesar di Kuala Lumpur sejak Hari Kemerdekaan.”
Beliau menambah, mood untuk “mengambil alih pemilikan negara kita mesti sangat kuat dan sangat menarik” di mana pemberian wang tidak akan mewujudkan perbezaan.
Justeru, beliau menggambarkannya sebagai “pertempuran amat penting dalam menentukan sama ada wang adalah raja.”

'Saya dimusuhi PAS sejak dulu'

Selepas beberapa dekad Tun Dr Mahathir Mohamad berubah angin. Daripada sekuat-kuat penyokong kerajaan kini beliau menjadi sekuat-kuat penentangnya.

Pada masa sama PAS menampakkan komitmen mereka untuk menjadi seteru kepada bekas perdana menteri itu. Pedulilah sama ada Dr Mahathir dalam kerajaan atau luar, PAS melihat beliau bukan individu yang boleh dijadikan rakan sekutu.

Dr Mahathir sepertinya lawan nombor wahid untuk PAS hari ini.

"Yalah, saya ni dari dulu pun memang musuh utama dia (PAS). Mereka cakap saya buat benda-benda yang bertentangan dengan Islam.

"Tetapi apabila saya (suruh) tunjuk kenapa bertentangan dengan Islam, dia tak dapat jawab. Sekarang pun dia tak dapat jawab," katanya.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu ditemui wartawan Malaysiakini dalam temu bual eksklusif di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya Rabu lalu.

Selain mempunyai jawatan penting dalam BERSATU Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu juga dilantik menjadi pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) yang menggabungkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

BERSATU menjadi anggota paling bongsu dalam gagasan berkenaan.

BERSATU pernah cuba menjadi penghubung untuk memujuk PAS menyertai PAKATAN namun gagal. Ketika ada sebahagian pemimpin PKR meneruskan usaha berkenaan - di sebalik pelbagai tempelakan dan sindiran pemimpin PAS - Dr Mahathir kekal menjadi satu daripada seteru parti berkenaan.

Ia berkait dengan sejarah silam ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri dulu.

Kerana Amanat Haji Hadi

Kata Dr Mahathir sebelum ini PAS menganggap Umno 'kafir' kerana boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam namun mereka kemudian menjalin persefahaman dengan DAP - sebuah parti pelbagai kaum di atas kertas namun didominasi masyarakat Cina.

"Dia kafirlah (sebab bekerjasama dengan DAP). Lepas tu dia Islam balik (kerana memutuskan hubungan dengan DAP), lepas tu dia kafir balik. Sekarang ni nak Islam balik," katanya.

Sikap itu kata Dr Mahathir berlaku disebabkan PAS mentafsir Islam "mengikut kepentingan politik" parti berkenaan.

Justeru kata Dr Mahathir PAS memusuhinya kerana menganggap parti berkenaan tidak beramal dengan ajaran sebenar Islam.

"Kalau PAS guna Islam dengan cara yang betul, OK-lah. tapi bila kata saya ni kafir, apa hak dia nak kata saya kafir? Dalam al-Quran dilarang, tak boleh mangkafirkan orang Islam melainkan saya ni sembah berhala (atau perbuatan seumpamannya).

"Saya mengucap macam orang Islam lain. Kita mungkin kurang beramal sedikit di sana sini, berdosa banyak, tapi masih Islam, tak boleh kata kafir.

"Tapi PAS mengkafirkan orang sehingga sanggup mengkafirkan ibu bapa, sanggup hingga cuba bunuh orang bukan Islam. Itulah yang berlaku di Memali.

"Memali berlaku kerana ajaran dari Amanat Haji Hadi yang berkata bahawa kalau mereka mati cuba nak menjatuhkan kerajaan kafir ini, mereka mati syahid," katanya.

Dalam keadaan begitu, tidak nampak ada jalan mudah untuk PAS dan Dr Mahathir boleh berlembut bagi mencari titik tengah ketika pilihan raya umum (PRU) ke-14 semakin hampir.

Ramai tak suka PAS

Sebahagian penganalisis membaca perkembangan berkenaan akan menguntungkan HARAPAN, terutama apabila kemungkinan pertandingan lebih dua penjuru hampir pasti berlaku di kebanyakan kerusi.

Namun Dr Mahathir tetap optimis.

"Saya tidak fikir PAS akan perform dengan baik.

"Di pantai barat, PAS menang (semasa PRU ke-12 dan 13) kerana sokongan daripada DAP dan orang India, juga Melayu PKR.

"Di pantai timur pula, mungkin PAS dapat sokongan banyak (daripada orang Melayu) tetapi sekarang ini PAS sudah pecah dua dengan adanya AMANAH.

Walaupun ia parti baru, mungkin tidak begitu popular, tapi kita lihat ramai orang yang tak suka kepada pas.

"Dan pada mereka, kalau parti AMANAH bertanding mewakili HARAPAN, ramai akan HARAPAN," katanya.

Dengan andaian majoriti pengundi bukan Melayu tidak lagi memberi undi kepada PAS - terutama di pantai barat - mereka dilihat bakal menjadi parti paling rugi pada PRU ke-14 nanti.

"Mungkin ada tempat-tempat tertentu PAS akan hilang deposit," kata Dr Mahathir.

Diminta menjelaskan bacaan sifir politiknya Dr Mahathir berkata ketika ini perpecahan undi (sokongan) kepada pembangkang hanya berlaku di kalangan orang Melayu.

"Undi Cina tak berpecah, boleh dikatakan 100 peratus atau sekurang-kurangnya 80 peratus sokong DAP dan HARAPAN.

"Apabila HARAPAN berdepan cabaran tiga penjuru antara BN dan PAS, mungkin BN dapat sokongan yang banyak juga daripada pengundi Melayu, tapi HARAPAN juga akan dapat (sebahagian) undi Melayu.

"Undi PAS akan berkurangan kerana sokongan orang Melayu pun akan kurang. Orang Cina dan India juga tidak akan bagi, jadi di pantai barat sokongan untuk mereka akan berkurangan.

"Jadi, dalam pertembungan tiga penjuru undi PAS yang akan di bawah sekali. Kalau orang Cina, India dan sebahagian Melayu beri bagi undi kepada HARAPAN, maka HARAPAN yang akan mengatasi BN," katanya.

Sementara itu diminta mengulas kenyataan dibuatnya dalam blog sebelum ini, Dr Mahathir berkata ada syarat yang sangat sukar diterima BERSATU ditetapkan PAS sebelum kedua-dua parti boleh bekerjasama.

Kata Dr Mahathir, PAS mahu mereka membentuk pakatan yang berbeza daripada HARAPAN.

"PAS suruh kami buat pakatan dengan mereka saja, tetapi BERSATU sudah ada pakatan dengan tiga parti lain. Kita tak bolehlah tolak parti rakan kita.

"Di satu tempat HARAPAN bertanding kita (BERSATU) kena sokong PAS dan di tempat lain HARAPAN tak mengapa tak sokong PAS (kerana PAS tidak meletakkan calon).

"Macam mana nak buat? Itu ta bolehlah. BERSATU tak boleh ada dua gabungan yang berbeza.

"Di satu kerusi PAS nak ada satu lawan satu, tetapi di kawasan lain pula PAS mahu ada tiga penjuru. Jadi ia memang tak boleh dilakukan," katanya.

Mereka mahu kami buang DAP, AMANAH baru nak sertai pakatan dengan PKR. Kita tak boleh buat macam tu," katanya.

Siapa biayai kos rombongan keluarga PM ke New York?

Husin Mahat 
Banyak perkara menarik didedahkan ekoran kunjungan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat untuk bertemu presiden Donald Trump, antaranya penginapan ahli rombongan beliau di Menara Trump, New York.

Menara Trump atau Trump Tower bukanlah sebuah hotel tetapi menawarkan kondominium mewah yang boleh disewa atau dibeli.

Carian dilakukan naib presiden PKR Rafizi Ramli mendapati sewa kondominium mewah di Trump Tower bermula pada harga USD6,000 (RM25,000) semalam bagi kondominium satu katil dan USD9,000 (RM37,000) semalam bagi kondominium dua katil.

Trump Tower juga, ujar Rafizi terletak berhampiran gedung-gedung membeli belah mewah yang terkenal di New York seperti Bergdorf Goodman dan Tiffany’s.

Malah beliau dberitahu, pertemuan di antara keluarga Najib dan Presiden Trump diadakan di Trump Tower.

“Dalam keadaan Trump Tower menawarkan kondominium mewah yang sesuai bagi keluarga dan membolehkan apa-apa pertemuan berlaku tanpa tumpuan media Amerika Syarikat, tiadanya penafian atau kenyataan menguatkan lagi kredibiliti maklumat yang diberikan oleh sumber sulit itu mengenai pertemuan di antara keluarga Datuk Seri Najib dan Presiden Trump,” ujar Rafizi.

Beliau turut mendedahkan kehadiran seorang individu yang dikenal pasti pernah memasukkan sejumlah RM2 juta ke akaun peribadi isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah di dalam delegasi Malaysia itu.

Individu bernama Roslan Sohari itu, ujar Rafizi pernah dikaitkan dengan siasatan oleh Jawatankuasa Khas Siasatan 1MDB pada 2015.

Sehubungan itu beliau menuntut perdana menteri mengesahkan mengenai pertemuan peribadi di antara keluarga beliau dan Rosmah dengan Presiden Trump di Trump Tower; mengesahkan sama ada satu kondominium mewah telah disewa di Trump Tower bagi tujuan itu dan berapa kos sewaan keseluruhannya dan siapa yang menanggung kos itu; mengesahkan siapa lagi ahli keluarga beliau dan Rosmah yang ikut serta; siapa yang menanggung keseluruhan kos lawatan ahli keluarga Najib dan Rosmah; dan kenapa Roslan Sohari menyertai delegasi ini sehingga sebuah limosin ditempah khusus untuk beliau.

“Saya pasti timbulnya kembali individu bernama Roslan Sohari ini membolehkan rakyat membuka kembali kes bagaimana RM2 juta wang tunai dimasukkan ke akaun Datin Seri Rosmah yang belum mendapat sebarang penjelasan memuaskan dari Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah,” katanya.

Ada individu berlegar-legar sebelum tahfiz terbakar - Rakaman CCTV premis PPIM

Nabihah Hamid
Ada individu berlegar-legar sebelum tahfiz terbakar, dakwa PPIM
Ada individu berlegar-legar sebelum tahfiz terbakar, dakwa PPIMRakaman CCTV premis PPIM bersebelahan pusat tahfiz terbabit menunjukkan beberapa individu mencurigakan berlegar-legar di hadapan pusat tahfiz terbabit sejak malam sebelum tragedi itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 September, 2017.

ADA beberapa individu yang kelihatan mencurigakan berlegar-legar dekat kawasan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada malam sebelum kebakaran menjelang Subuh yang membunuh 23 nyawa itu, kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Pengerusi PPIM, Nadzim Johan merujuk pada imej yang dirakamkan oleh sistem kamera litar tertutup di pejabat persatuan itu yang terletak bersebelahan dengan pusat tahfiz berkenaan.

“Orang kata (kejadian) ada kaitan dengan aktiviti PPIM yang mungkin orang nak balas dendam. Kita tidak berfikiran ke arah itu tetapi tiada yang mustahil. Kita tidak tahu," katanya kepada media hari ini.

Jelas Nadzim, pihaknya telah bekerjasama dengan polis untuk meneliti rakaman daripada 20 CCTV yang ada di sekitar bangunannya.


Sementara itu, aktivis PPIM Muhamad Zharif Johor yang menguruskan pejabat tersebut berharap maklumat daripada rakaman CCTV dapat membantu pihak polis menjalankan siasatan.

"Kawasan ini kawasan taman dalam antara pukul 7 petang itu memang ada individu-individu yang berlegar.

"Tetapi maklumat itu masih pada polis dan polis yang meneliti maklumat itu. Maksudnya kalaulah ada berlaku kejadian mungkin kita akan dapat suspeknya.

"Sebab CCTV kita boleh nampak pintu depan tahfiz. Jadi diharap ada sebarang petunjuk sekiranya berlaku kejadian khianat," katanya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman sebelum ini tidak menolak kemungkinan ada unsur khianat dalam kebakaran semalam, berdasarkan cara api marak terlalu pantas.

Katanya, keamatan api dalam kejadian itu tidak mungkin berpunca daripada litar pintas.

“Ia bukan berpunca daripada litar pintas Sekiranya memang daripada litar pintas, ia memerlukan 30 minit untuk menjadi marak,” katanya dan menambah, api marak terlalu cepat.

Dalam pada itu, Nadzim turut menggesa satu akta khas diwujudkan bagi mengawal insitusi pengajian tahfiz di seluruh negara.

"Adakah ia perlu berlaku. Kita tidak tuding jari. Siapa yang nak ambil tanggungjawab sebenarnya. Kalau kita yang cuai maknanya kita yang mengundang takdir.

"Kerajaan perlu serius. Sama ada bawah Jakim atau Kementerian Pendidikan. Kita ingin mendesak kerajaan adakan satu akta untuk mengawal pusat tahfiz," katanya lagi.

Beliau mendakwa lebih 10,000 pusat tahfiz yang beroperasi di seluruh negara. – 15 September, 2017.

---------
Polis tahan seorang individu, tunggu laporan forensik kebakaran sekolah tahfiz
Muzliza Mustafa

Polis tahan seorang individu, tunggu laporan forensik kebakaran sekolah tahfiz
Mohamad Fuzi Harun berkata, polis masih belum dapat mengesahkan sama ada kebakaran itu berpunca daripada perbuatan jenayah. – Gambar PDRM, 15 September, 2017.

POLIS menahan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat Kuala Lumpur yang meragut 23 nyawa, pada Khamis.

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum dapat mengesahkan sama ada kebakaran itu berpunca daripada perbuatan jenayah dan masih menunggu laporan forensik untuk membantu siasatan.

“Setakat ini kami masih tidak pasti. Kami melihat dari semua sudut berhubung isu ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada lawatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhamad V malam ini.

Beliau turut menggesa kepada masyarakat awam untuk memberi masa kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.


“Beri kami masa, kami perlukan laporan forensik dan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya.

Harian Metro melaporkan, polis membawa seorang individu ke lokasi kejadian untuk membantu siasatan.

Polis sebelum ini bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya berhubung perkara itu.

Polis turut mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada bangunan bersebelahan pusat tahfiz terbabit berikutan terdapat maklumat beberapa individu mencurigakan dilihat berlegar di hadapan pusat tahfiz itu kira-kira jam 7 malam Rabu.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendedahkan terdapat beberapa individu mencurigakan dilihat berlegar-legar di kawasan premis bersebelahan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sebelum kejadian itu.

Ini berdasarkan rakaman CCTV daripada pejabat PPIM yang terletak bersebelahan pusat tahfiz terbabit.

Bagaimanapun, PPIM berkata sukar untuk menguraikan rakaman berkenaan kerana ia di kawasan perumahan, motif individu yang berlegar itu tidak jelas. – 15 September, 2017.

Sebalik api maahad tahfiz

Hasmi Hashim
MAAHAD tetap sebuah sekolah! Sesungguh-mungguh istilah “maahad” tidak mengabsahkan kecuaian apa pun.

Setiap nyawa ada harga dan hak keadilan. Sesebuah institusi sekolah walaupun namanya ditempek istilah Arab, Mandarin, Tamil atau apa jua bahasa, tetap wajib ada ciri-ciri keselamatan sepertimana perlu dan layaknya bagi sebuah sekolah di negara ini.

Keteraturan masyarakat bermula daripada keteraturan sekolah. Kalau bercelaru sekolahnya, maka bercelarulah masyarakatnya.

Kebakaran maahad tahfiz di Keramat semalam adalah satu daripada ratusan tragedi sekolah persendirian yang dilaporkan terbakar dalam tahun-tahun belakangan. Maknanya “tragedi Keramat” bukan kebakaran pertama.

Ada tangisan yang bertukar jeritan menjemput ajal. Dalam video yang tular, selain suara sayup tapi nyaring murid-murid meminta tolong, turut kedengaran azan berkumandang. Tak termampu kita membayangkan ketakutan anak-anak kala api sampai di hujung kuku kaki, di dalam kamar yang penuh asap dan tanpa pintu. Kecuali satu-satunya di bahagian tengah.

Kesemua tingkap dimatikan dengan geriji besi. Kamar itu ibarat bilik maut di sebuah penjara. Tak ada pintu kedua sebagai laluan keselamatan. Tak ada alat pemadam api. Hanya tilam dan kayu siling yang jadi bahan untuk api lebih cepat membakar tubuh-tubuh mereka.

Semuanya rentung. Bertindih-tindih. Di akhir malam yang sepatutnya memberikan mimpi, anak-anak itu syahid seperti kata pengetua. Mereka telah di syurga.

Tragedi “tahfiz terbakar” berlaku pada subuh, semalam: 14 September 2017. Bukan di abad ke-19 di Tanah Jawa sepertimana yang boleh kita tonton dalam filem “Sang Pencerah”.

Di sana, yakni di Jogjakarta, baru habis perang Diponegoro (1867-1912). Kala itu masyarakat Jawa termasuk Muslim berada dalam era yang disebut sebagai “zaman kalabendu”. Lebih kurang maksudnya haru-biru.

Agama hanya digunakan untuk menutup sesuatu yang buruk dalam masyarakat. Agama juga telah menjadi sejenis barang dagang, alat untuk mengawal selain tiket memperoleh kedudukan dan kekayaan. Sehinggalah ada pemuda-pemuda yang pulang belajar dari wilayah Arab. Mereka memulakan pembaharuan.

Paling terkenal di antara reformis atau pembaharu itu adalah Kiyai Dahlan. Dia pendiri Muhammadiah: satu antara dua kelompok agama terbesar di Indonesia sehingga kini. Di sepanjang cerita secara halus dititipkan pesan bahawa jalan perubahan yang terbaik adalah melalui pendidikan. Bukan konfrontasi.

Hari ini, kita dapat mendengar kembali bilamana ada agamawan yang tidak kalah berusaha menonjolkan diri sebagai sang pencerah, pembaharu dan reformis. Ceramah atau kenyataan mereka ada kalanya begitu berkonfrontasi — tidak kalah keras dan garang berbanding pihak ‘lawan’ mereka. Tetapi apabila tahfiz terbakar, cukupkah hanya dengan mengeluarkan kenyataan sahaja? Cukupkah hanya dengan kemaruk mengumpul like di Facebook atau Youtube semata?

Kita percaya, golongan pembaharu juga tahu bahawa pendidikan adalah jalan terbaik untuk membawa perubahan kepada bangsa. Namun sayang sekali, di tengah-tengah beredarnya ceramah kaum pembaharu baru di Malaysia hari ini, kenyataannya ialah sistem dan sarana pendidikan yang berteraskan Islam kelihatan kembali mundur mendekati apa yang wujud di Jawa dalam abad ke-19 dahulu.

Maka terjadilah dewan tidur yang tak ada ciri keselamatan — hanya ada satu pintu! Tanpa ayat Quran, hadis atau pandangan mazhab mana sekalipun, logik berkenaan boleh difikirkan dengan mudah. Wabak hilangnya common sense dalam kalangan agamawan nampaknya adalah masalah yang sangat-sangat serius.

Pada tahun 2017 ini juga, kita kembali dapat melihat begitu banyak madrasah atau maahad tahfiz yang murid-muridnya duduk bersila ketika belajar. Keadaan ini samalah seperti pada zaman Kiyai Dahlan apabila kerusi-meja dianggap sebagai “barangan orang kafir”. Dibawa dari Barat. Dibawa oleh penjajah.

Saya tak faham sama sekali, bagaimana dalam perkara sekecil dan semudah ini pun nampaknya pendidikan Islam berputar ke belakang. Hari demi dari. Tanpa segan-silu.

Lebih mendukacitakan, setiap kali adanya musibah, foto kedaifan sesebuah madrasah pun beredar dan derma kilat dilakukan. Apa lagi istilah lebih sesuai kalau bukan “jual agama” namanya?

Sementara setiap kali ada kematian, ia juga menjadi kesempatan sang penguasa dan politikus untuk berlegar-legar menempek muka di halaman maahad tanpa menyedari persoalan pokok dalam lapangan pendidikan itu sendiri.

Dan masalah tak juga selesai. Mungkin tak juga berkurang. Masyarakat makin tertekan. Hidup meruncing dan huru-hara. Jalan singkat untuk menyelamatkan anak-anak adalah dengan mengirimkan mereka ke institusi pendidikan agama seperti maahad tahfiz yang tumbuh bagai cendawan.

Inilah zaman kalabendu yang baru — zaman ketika mana sekolah seperti maahad tahfiz dipandang tak lebih hanya persis “pusat pemulihan” sahaja. – 15 September, 2017.

* Hasmi Hashim atau Budi Hekayat adalah penulis lirik dan antara pendiri kelompok kebudayaan Jalan Telawi.

Mahathir pilih Putra Jaya atau Langkawi jika bertanding

Beliau mengakuinya beberapa kali. Usia yang sudah lanjut dan terlalu lama bergelumang dalam politik.

Menjadi perdana menteri saja Tun Dr Mahathir Mohamad sudah menghabiskan masa selama 22 tahun. Itu belum mengambil kira pembabitannya sebelum itu yang bermula dari bawah.

Namun ketika bahang pilihan raya umum (PRU) semakin dirasai, cakap-cakap bahawa Dr Mahathir akan kembali ke Dewan Rakyat kembali diperkatakan.

Dalam pertemuan eksklusif dengan Malaysiakini semalam, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menyatakan keterbukaannya terhadap sebarang kemungkinan, termasuk menjadi calon Pakatan Harapan (HARAPAN).

Itu pun dengan beberapa syarat.

"Saya dah tua, saya tak mau bertanding lagi, tapi kalau terdesak sangat, kalau semua parti bersetuju, saya bertandinglah.

"Tapi kalau ada parti dalam HARAPAN yang tak bersetuju, saya tak akan bertandinglah," katanya.

Ditanya lebih lanjut jika HARAPAN bertegas mahukan beliau menjadi calon semula, ahli politik berusia 92 tahun itu menjelaskan - buat kali pertama - kerusi yang mungkin menjadi taruhannya.

"Buat masa ini saya menjadi ketua bahagian BERSATU Langkawi.

"Saya fikir saya boleh (bertanding) ke situ, atau di Putrajaya," katanya di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam.

Untuk rekod kedua-dua kawasan berkenaan memang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Dr Mahathir.

Semasa menjadi perdana menteri, Langkawi banyak menerima pembangunan daripada kerajaan, manakala Putrajaya dibangunkan oleh Dr Mahathir daripada sebuah kawasan luar bandar menjadi petempatan yang tersusun ketika ini.

Bagaimanapun semasa menjadi perdana menteri kerusi yang diwakili Dr Mahathir ialah Kubang Pasu, Kedah.

Di sebalik kenyataan terbuka itu ketajaman sifat sinisnya tetap menyerlah.

"Tetapi saya tidak akan pergi ke kawasan Najib, sebab ia sebuah kawasan yang sangat pelik.

"Suatu ketika dulu, dia menang dengan majoriti hanya (241) undi dan jumlah pengundi di situ cuma 35,000 orang.

"Pilihan raya berikutnya dia menang dengan 22,000 undi dan jumlah pengund (kemudian) menjadi 80,000," katanya merujuk kepada keputusan PRU sebelum ini.

Pekan menjadi kerusi yang dimiliki Datuk Seri Najib Razak sejak 1976. Malah pada kali pertama dipertandingkan Najib memenangi kerusi berkenaan tanpa dicabar sesiapa.

Bagaimanapun pada PRU ke-10 (pada tahun 1999) undi majoriti yang diperolehi Najib turun mendadak iaitu 241 undi. Bagaimanapun pada PRU selepas itu Najib menguasai Pekan dengan majoriti besar.

Pada PRU ke-13 lalu Najib mempertahankan kerusi berkenaan dengan memperoleh 51,278 undi berbanding lawannya, Fariz Musa (PKR) yang mendapat 15,665 undi.

"Dari mana semua orang ini datang? Saya tak tahu.

"Adalah jelas berlaku banyak penipuan dan saya fikir Najib akan menggunakan penipuan untuk menang nanti," katanya.

Sementara itu dengan nada yang lebih sederhana Dr Mahathir berkata, andai dia tidak bertanding pun, ada satu permintaan daripadanya jika HARAPAN berjaya membentuk kerajaan melaui PRU ke-14 nanti.

"Saya harap diberi peluang untuk memberi sedikit pendapat kepada kerajaan kerana saya berpendapat, saya menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

"Pengalaman saya banyak dan saya terpaksa tangani banyak masalah dan berjaya menyelesaikannya.

"Justeru mungkin sebahagian nasihat saya berguna untuk kerajaan baru itu nanti," katanya.


Temu bual ini dikendalikan bersama oleh Al-Abror Mohd Yusuf, Andrew Ong, Zikri Kamarulzaman dan Annabelle Lee.

‘Kawan saya terjun dalam keadaan badan terbakar’


KUALA LUMPUR - Detik cemas yang begitu singkat menjadi igauan ngeri buat salah seorang pelajar yang terselamat dari insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyah apabila menyaksikan sendiri bagaimana salah seorang dari rakan pelajar terjun dalam keadaan terbakar.

Muhd Izzarudin Roslan, 15, yang sudah dua tahun di pusat tahfiz berkenaan, berkata, dia menjadi antara yang terawal terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi gas bocor.

Menurutnya, sebaik sahaja terjaga api sudah marak di bahagian pintu utama keluar masuk asrama itu.

"Saya mula kejutkan kawan-kawan lain termasuk ustaz keadaan menjadi kelam kabut kerana tidak dapat keluar dalam masa sama katil juga sudah mula terbakar.

"Saya dan beberapa yang lain ke tingkap hujung dan turun melalui batang paip tetapi dalam masa sama ada yang sudah terbakar di bahagian badan terjun ke bawah sementara yang lain terperangkap," katanya kepada Sinar Harian.

Kesan kimia ditemui di kawasan bilik asrama, bomba syak khianat

Khirudin-Drahman-3
PETALING JAYA: Bomba sedang menyiasat kemungkinan kebakaran sekolah tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang meragut 24 nyawa hari ini mungkin kerana perbuatan khianat.

Pengarah Bomba Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata bukti dan keterangan saksi menyangkal teori awal yang mengesyaki kebakaran disebabkan litar pintas.

“Selepas pemeriksaan secara teliti dan dengan menggunakan anjing pengesan, kami dapati kebakaran bermula di luar bilik asrama di tingkat 2.

“Anjing turut terhidu kesan kimia sekitar kawasan itu, jadi kita bawa ke makmal,” katanya kepada FMT.

Khirudin menambah mereka yang terselamat dalam tragedi itu memberitahu pihak berkuasa yang mereka tidak dapat melepaskan diri dari bilik asrama itu melalui pintu.

“Ada 2 silinder gas masak di kawasan itu,” katanya.

“Silinder itu sepatutnya berada di dapur di aras bawah.”

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh pagi tadi berkata polis mengesyaki litar pintas punca kebakaran itu.

Namun menurut Khirudin, Suruhanjaya Tenaga yang turun ke sekolah hari ini mendapati tiada tanda-tanda litar pintas atau beban lebih pada output elektrik.

Ditanya sama ada beliau mengesyaki kebakaran berpunca daripada seseorang yang bekerja atau belajar di sekolah tu, beliau berkata bomba belum menyiasat kemungkinan itu.

“Kita perlu tunggu sehingga ujian makmal selesai dijalankan, dan kita akan serahkan kepada polis untuk siasatan. Bila berlaku begitu (khianat), kita anggap jenayah dan jenayah di bawah bidang kuasa polis.

“Kita nak cepat sebab kes ini sudah menjadi perhatian negara, dan semua orang mahu tahu punca kebakaran,” katanya.

Menurut AFP, kebakaran tercetus di sekolah tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terletak di Jalan Keramat Ujung, awal pagi tadi.

Bomba bergegas ke tempat kejadian dan api dapat dipadam dalam tempoh 1 jam tetapi kebakaran itu menyebabkan kesan bencana yang buruk. Pegawai bomba di tempat kejadian berkata kebakaran tercetus di bilik tidur awal pagi tadi, dan bomba dari balai berhampiran berada ke tempat kejadian dalam masa beberapa minit.

HARAPAN Kelantan umum formula 5-4-1-1

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan, Datuk Husam Musa mengumumkan barisan kepimpinan gabungan itu dengan formula 5-4-1-1 di antara empat parti komponennya.

Parti Amanah Negara (AMANAH) memegang lima jawatan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) diberikan empat jawatan. Manakala DAP dan PKR masing-masing memegang satu jawatan dalam struktur kepimpinan baru itu.

Bercakap pada sidang media di Wisma Tok Guru, di Salor hari ini, Husam melantik empat timbalan pengerusi yang terdiri daripada Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah (AMANAH), Datuk Kamaruddin Md Noor (BERSATU), Ab Aziz Ab Kadir (PKR) dan Chua Chin Shui daripada parti DAP.

AMANAH juga dibarisi Mazlan Abdul Rahman sebagai setiausaha dan Mohamad Husin sebagai pegarah jawatankuasa tawaran dan Pengarah Undang-undang, Hisham Fauzi.

Sementara itu, dua lagi pimpinan BERSATU diisi oleh Pengarah Pilihan Raya, Datuk Sazmi Miah (BERSATU) dan Ketua Sekretariat, Soberi Shafii.

Bagi jawatan pengerusi pilihan raya pula dipegang oleh Wan Abd Rahim.

Setakat ini, HARAPAN Kelantan belum memutuskan pelantikan bendahari dan menetapkan kepimpinan pemuda dan wanita yang akan dibincangkan kemudian.

Mengulas mengenai pembetulan majlis kepimpinan HARAPAN negeri itu, Husam berkata, Kelantan adalah sebuah negeri penting kerana mereka akan berhadapan dengan parti daripada kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Menurutnya, kerana itu kemajuan kedudukan politik HARAPAN di Kelantan banyak akan menentukan senario Malaysia.

"Kelantan satu negeri yang ditadbir oleh PAS dan kerana itu kami mempunyai tanggungjawab penting.

"Pembentukan HARAPAN Kelantan akan memberi keyakinan kepada rakyat mengenai parti-parti dalam HARAPAN di peringkat negeri dan ini boleh menyumbang kejayaan HARAPAN di peringkat nasional," katanya yang juga anggota dewan undangan negeri (ADUN) Salor.

Tambah beliau, Kelantan yang mempunyai 14 kerusi parlimen dirasakan perlu dikuasai pada pilihan raya umum akan datang untuk membolehkan HARAPAN mentadbir Malaysia.
-malaysiakini

Polis siasat kes orang awam dipukul 2 pegawai penguat kuasa

Bernama
IPOH: Polis sedang siasat kes gaduh melibatkan pegawai imigresen dan polis dengan orang awam yang tular di media sosial baru ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dakwaan pihak polis tidak mengambil tindakan berhubung perkara itu tidak benar.

“Pengadu, seorang setiausaha persatuan taman perumahan, hanya datang memberi percakapan petang semalam setelah menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Setakat ini, polis merakam 6 percakapan termasuk beberapa saksi,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sum berkata mangsa membuat laporan di Balai Polis Tanjung Rambutan pada 11 September lepas menyatakan dia dipukul beberapa lelaki antaranya seorang pegawai imigresen Ipoh dan seorang polis berpangkat Koperal dari Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta.

Beliau berkata, pengadu mengatakan pegawai imigresen yang juga anggota Persatuan Silat Waris Gayung memukulnya setelah ditegur lelaki yang mengatakan rasa tidak puas hati penduduk taman tersebut mengenai gelanggang Silat Waris Gayung yang terabai dan usang serta penuh sampah sarap.

“Atas teguran itu, suspek bertindak memanggil beberapa rakannya ke rumah pengadu dan mengugut membakar rumahnya dan tembak pengadu.

“Semasa pengadu hendak keluar dari rumahnya untuk berbincang masalah berkenaan, tiba-tiba suspek menumbuk serta menendang seluruh badan pengadu sehingga lebam pada badan dan kakinya,” katanya.

Sultan Johor: Jangan ganggu wanita dalam video itu









    •   
      Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menitahkan orang ramai agar tidak mengganggu wanita yang didakwa cuba memeluk dan mencium baginda.
      Tegas baginda, wanita itu tidak menciumnya dan perkara itu jelas sebagai mana dalam rakaman video.
      “Beliau cuba berkata sesuatu di telinga kiri saya tetapi saya tidak dapat mendengar kerana keadaan persekitaran yang bising,” titah baginda pada sebuah majlis di Johor Bahru, hari ini.
      Laporan itu dimuatkan di laman Facebook rasmi baginda hari ini.
      Sebelum ini, beberapa portal melaporkan gadis itu yang pernah cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan polis kerana mencium Sultan Johor di Taman Medan Putra, Ayer Hitam sempena program Kembara Mahkota Johor 2017.
      Mengulas kejadian itu, baginda bertitah wanita itu tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah dan meminta polis supaya lebih bijaksana dalam mengendalikan kes berkenaan.
      Menurut laporan daripada portal-portal itu, wanita berkenaan memeluk bahu kanan dan cuba mencium pipi kiri baginda sebelum ditahan pihak polis untuk diambil keterangan .
      Wanita itu turut didakwa membuat bising malah mewujudkan suasana tegang dengan menjerit-jerit semasa majlis berlangsung

    Warga Afrika cuba lemaskan budak perempuan ditahan

    Puchong – Seorang lelaki warga Afrika seolah-olah dirasuk apabila mencekik seorang kanak-kanak perempuan sambil cuba melemaskan mangsa ke dalam kolam renang di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Puchong, Puchong di sini.

    Kejadian itu yang dipercayai berlaku jam 5 petang Sabtu lalu menjadi tular hingga mencemaskan orang ramai.

    Rakaman dipercayai diambil menggunakan telefon pintar itu turut menunjukkan lelaki berusia lingkungan 30-an menjerit dan bertindak gila.

    Bagaimanapun, jeritan mangsa menarik perhatian pengawal keselamatan di kediaman itu sebelum mereka membelasah lelaki Afrika itu.

    Penjenayah ditahan dan diserahkan kepada polis.

    Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari mengesahkan menerima panggilan daripada pengawal keselamatan pangsapuri itu yang menahan suspek.

    “Polis menerima laporan seorang lelaki Afrika yang kurang siuman membuat kacau di lokasi. Lelaki itu kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Bukit Puchong.

    “Suspek kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari sama. Sehingga kini pihak polis tidak menerima laporan daripada pihak pengurusan pangsapuri atau mangsa berhubung kejadian itu,” katanya.
    -hmetro

    Tipu helah RCI Najib terdedah pula

    Kelemahan strategi Datuk Seri Najib Razak semakin terserlah - Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian pertukaran asing (forex) yang ditubuhkan beliau dengan tujuan mahu memalukan Tun Dr Mahathir Mohamad sebaliknya menjadikan seteru politiknya semakin kukuh.

    Bulan September ini akan berlalu sebagai sebuah bulan yang mendedahkan kelemahan Najib – kalaulah beliau tahu yang pembangkang dan rakyat Malaysia semua sudah tahu permainan dan percaturan beliau.

    Berkenaan RCI - Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, salah seorang tokoh Bank Negara Malaysia (BNM) yang penting pada tahun 1980-an, menegaskan yang “Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dimaklumkan” tentang kerugian forex.

    Sebaliknya, Nor Mohamed memperjelaskan secara berhati-hati tetapi berobjektif dalam kenyataan bertulisnya beberapa kejadian yang memaksa BNM untuk berkecimpung dalam perdagangan forex.

    Pertamanya, peningkatan nilai mata wang Yen Jepun meningkat lebih 50 peratus selepas Plaza Accord 1986, di mana ahli-ahli G7, membenarkan Yen Jepun untuk arah alir ke atas. Oleh kerana Malaysia meminjam Yen Jepun daripada pelbagai projek infrastruktur, BNM memasuki pasaran mata wang asing untuk mengurangkan kerugian Malaysia.

    Benar, menjangkaui pemeliharaan nilai mata wang Ringgit Malaysia, juga untuk menguatkan lagi rizab, BNM telah melompat masuk ke pasaran yang sentiasa bergolak bagi membantu Malaysia untuk meningkatkan lagi keuntungan, mengurangkan kerugian dan mengukuhkan lagi rizab.

    Selamatkan ekonomi

    Bukan seperti 1MDB, kerugian forex dimotivasikan dengan beban untuk menyelamatkan ekonomi negara daripada kebejatan situasi kewangan antarabangsa, di mana Bank of England pun telah tersilap langkah dengan Pound British mereka sendiri.

    Keduanya, kenyataan Nor Mohamed mengesahkan yang polisi tentang kerugian telah diserap dan dipelajari bagi menghadapi krisis kewangan Asia pada 1998-1999 – pada waktu itu Mahathir berjaya mengawal Malaysia daripada kerugian berbilion-bilion ringgit.

    Sehingga hari ini, Bank Negara dan International Monetary Fund (IMF) mengakui tindakan Mahathir adalah wajar. Sehinggakan George Soros juga terpaksa mengalah dengan Mahathir.

    Senjata RCI Najib kini sedang menikam beliau dan kerajaan dari belakang lebih daripada beliau bayangkan. Daripada menyelar reputasi utuh Mahathir, sebaliknya RCI mengukuhkannya lagi.

    Dan kita perlu ingat, Anwar Ibrahim pun tidak dimaklumkan akan kerugian yang berlaku, kerana beliau tidak pegang apa-apa bidang kuasa perbankan semasa beliau memegang porfolio menteri kewangan, kata Nor Mohamed Yakcop.

    Najib kini terperangkap dengan RCI dan tipu helah beliau telah didedahkan.

    Sehingga beliau mempertahankan GST, Tun Dr Mahathir gelar ia satu tipu helah juga. Mengapa perlu adakan GST sedangkan sudah ada cukai jualan? Mengapa harga minyak naik 4 sen lagi sedangkan Najib berjanji GST akan menyelamatkan kewangan Malaysia?

    Jelas sekali, Najib telah kalah. Beliau tidak sedar dirinya terkena tikaman dari belakang akibat penubuhan RCI forex itu.

    DATUK RAIS HUSSIN merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar BERSATU.