"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Remaja lakukan hubungan seks dengan ayah

Remaja lakukan hubungan seks dengan ayah
Tuduhan terhadap Denzel Murray dan Ethan Phillip (gambar) dan tiga yang lain digugurkan
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang remaja yang mendakwa dirogol oleh lima remaja lelaki ketika bersiar bersama bapanya mengaku dia sebenarnya melakukan hubungan seks secara rela dengan bapanya, awal Januari lalu.

Gadis yang identitinya tidak didedahkan mendakwa dia bersama bapanya yang berusia 39 tahun berada di taman berkenaan untuk minum pada jam 9 malam pada 7 Januari apabila didatangai sekumpulan remaja berkenaan.

Dia berkata, kumpulan remaja berkenaan menyuruh bapanya meninggalkan mereka sebelum bertindak merogolnya.

Ekoran dakwaan itu, Denzel Murray, 14, Shaquell Cooper, Ethan Phillip, masing-masing berusia 15 tahun dan Onandi Brown serta Travis Beckford berusia 17 tahun didakwa.

Dakwaan tersebut kini digugurkan selepas gadis tersebut mengaku mengadakan hubungan seks secara rela dengan mereka dan bapanya.

Peguam daerah Brooklyn, Ken Thompson berkata, pengadu serta bapanya membuat kenyataan yang tidak konsisten kepada pasukan penyiasat.

"Pengadu telah menarik balik dakwaan serangan seksual dan penggunaan senjata api dan tidak akan meneruskan sebarang dakwaan jenayah terhadap mana-mana defendan," katanya dipetik Metro.uk

Pada mulanya, gadis berkenaan memberitahu penyiasat bahawa apabila bapanya kembali semula ke tempat kejadian dan melemparkan botol pada mereka, salah seorang daripada mereka mengacukan pistol dan mengarahkan dia pergi.

Ketua Polis Robert Boyce berkata pada masa itu, gadis berkenaan memberi laporan yang sangat boleh dipercayai, sambil menambah dia mengalami kecederaan fizikal pada masa itu dan trauma.

Bapanya menahan dua pegawai polis yang berada disitu dan memberitahu dia takut anak perempuanya akan dibunuh dan 'histeria'.

Gadis itu turut mendakwa dia mempunyai gangguan bipolar dan gangguan tekanan serta trauma, tetapi tidak mengambil sebarang ubat.

Selepas suspek didakwa, dua daripada mereka memberitahu penyiasat mereka percaya perhubungan seksual adalah diatas persetujuan," kata polis

Mereka mendakwa gadis itu telah mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki itu yang ternyata adalah bapanya, di taman sebelum dia beredar dari tempat kejadian, meninggalkan anaknya bersendirian dengan kumpulan remaja berkenaan.

Salah seorang dari remaja berkenaan mendakwa meminta kebenaran bapa gadis berkenaan untuk melakukan hubungan seksual.

Sementara itu, Thompson berkata, dia kini berharap gadis itu akan 'mendapat semua sokongan yang diperlukannya untuk masa hadapan.'
-sinarharian-

Ibu muda dirogol selepas bersalin

India: Seorang ibu muda berusia 23 tahun mengalami detik hitam akibat diserang dan dirogol selepas beberapa jam melahirkan anaknya di sebuah hospital, di sini.

Memetik laporan portal Metro.co.uk, wanita itu sedang berehat di katilnya di dalam wad ketika didatangi suspek.

Mangsa kemudiannya diserang dan dirogol oleh suspek apabila keadaan di sekitarnya agak lengang.

Difahamkan, mangsa terlalu lemah untuk melawan kerana baharu melahirkan anak melalui kaedah pembedahan.

Perbuatan jenayahnya itu dirakam menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) hospital.

Suspek dipercayai melarikan diri selepas merogol mangsa dan merayau di hospital berdekatan untuk mencari mangsa seterusnya.

Difahamkan lagi, suspek berjaya melepasi kawalan ketat sekuriti dengan menyamar sebagai doktor.

Bagaimanapun, cubaan kedua suspek gagal apabila mangsa keduanya berjaya melepaskan diri dari suspek dan menekan butang penggera kecemasan, menyebabkan suspek melarikan diri.

Pihak berkuasa akhirnya mengeluarkan amaran terhadap kesemua hospital di daerah tersebut dan turut menyebarkan foto suspek yang diperoleh menerusi rakaman CCTV
-kualalumpurpost-

Peperangan kini bermula, kata pemberontak UMNO

Nawar Firdaws
anina-khai-1
KUALA LUMPUR: Pemberontak UMNO kini mengisytiharkan perang keatas parti itu dan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak selepas menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Bekas Naib Ketua Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah mengabaikan pandangan akar umbi sehingga tergamak menggantung Muhyiddin yang bersuara demi kepentingan rakyat dan negara.

“Saya setuju dengan penggantungan ini, dan dia (Muhyiddin) tidak lagi mempunyai alasan untuk terus berdiam diri. Dia boleh buat apa sahaja sekarang ini.

“Peperangan kini telah bermula. Jika ini yang mereka (UMNO) mahukan, ia perkara yang baik memandangkan kami kini bebas untuk berkata apa-apa sahaja.

“Muhyiddin dan kami tidak lagi terikat dengan undang-undang dan peraturan parti. Saya berpegang pada kata-kata saya, kami akan pergi ke seluruh negara untuk menyedarkan masyarakat mengenai rasuah dan kelakuan salah yang Najib lakukan,” katanya ketika dihubungi FMT.

Bekas ahli UMNO, Anina Saaduddin pula menyatakan Najib dan MT UMNO telah melakukan kesilapan besar dengan menggantung Muhyiddin. Hal ini kerana, mereka terpaksa berhadapan dengan 30 juta rakyat Malaysia.

“Rakyat dan akar umbi sayangkan Muhyiddin. Mereka tahu bahawa keputusan menggantung beliau bukan kerana beliau melakukan sebarang kesalahan, tetapi hanyalah Najib cuba menutupi kesalahan sendiri.

“Hanya kerana seorang individu yang panik, ramai tergugur. Muhyiddin tidak perlu bersedih kerana beliau tidak dihukum oleh orang yang ikhlas, tetapi seorang penjahat,” ujarnya kepada FMT.

Penyokong Ahli Parlimen Pagoh itu juga tidak perlu bersedih dengan penggantungan itu, sebaliknya ia harus menjadi pembakar semangat buat mereka.

“Ini bukan perjuangan Muhyiddin seorang atau perjuangan pemberontak, tetapi perjuangan rakyat,” katanya.

Bye-bye Umno

Muhyiddin digantung timbalan presiden, Zahid memangku

Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung jawatan sebagai timbalan presiden Umno berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata penggantungan Muhyiddin itu berkuat kuasa sehingga pemilihan parti akan datang.

Katanya, keputusan dibuat secara sepakat pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.

Bagaimanapun katanya, jawatan lain Muhyiddin dalam parti masih kekal.

"Keputusan itu diambil selepas MT berpuas hati Muhyiddin gagal menjalankan tugasnya sebagai timbalan presiden mengikut fasal 9.8.1 Perlembagaan parti," katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu.

Muhyiddin tidak hadir dalam mesyuarat hari ini dan dikatakan berada di luar negara.

Tengku Adnan juga berkata memandangkan tiada pemangku jawatan timbalan presiden dalam perlembagaan parti, MT memutuskan supaya Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memangku tugas Muhyiddin sehingga pemilihan parti akan datang.

Umno terus mara

Menurutnya, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah perdana menteri dan Zahid telah memohon meninggalkan mesyuarat MT itu kerana tidak mahu terlibat dalam perbincangan usul pergantungan itu.

"MT bersetuju permintaan kedua-dua pemimpin itu dan melantik Datuk Seri Hishammuddin untuk mempengerusikan sementara mesyuarat bagi membincangkan usul itu," katanya.

Hishammuddin pada sidang media yang sama berkata keputusan dibuat berdasarkan konsensus tadi diharap dapat membantu parti Melayu itu untuk terus mara.

“Hakikat bahawa keputusan telah dibuat oleh majlis tertinggi dan keputusan dibuat ini bersandarkan (kepada sebab) kita nak melihat ke hadapan (dalam) satu pasukan bagi berhadapan dengan rakyat.

“Dan harapan peribadi saya, dengan keputusan yang dibuat secara konsensus ini dapat membantu kita bergerak ke hadapan tanpa kita mempertikaikan gerakan-gerakan yang saya tengok penting ketika kita berhadapan dengan rakyat,” katanya kepada pemberita di lobi PWTC.

Muhyiddin sebelum ini digugurkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri setelah lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Kuatkan cengkaman

Langkah itu dilihat sebagai gerak terbaru Najib menguatkan cengkamannya dalam parti setelah Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali membersihkan beliau daripada sebarang salah laku.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhkriz Mahathir, yang juga kritikal kepada pentadbiran Najib seperti bapanya, juga telah berjaya ditukar sebelum ini.

Seorang anggota MT Datuk Seri Nazri Aziz baru-baru ini mengumpamakan tindakan Muhyiddin kebelakangan ini “ibarat anjing yang sibuk menggigit kaki” sehingga menyukarkan Umno melaksanakan tanggungjawabnya.

Beliau sebelum ini berkata mahu membawa cadangan kepada jawatankuasa disiplin parti pada mesyuarat MT Umno hari ini agar Muhyiddin digantung jawatannya.


---------
Singkir Muhyiddin 'paku akhir untuk keranda Umno'

Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, sekiranya benar Tan Sri Muhyiddin Yassin akan digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno, ia bakal menjadi paku terakhir buat keranda parti Melayu berkenaan.

Katanya, langkah itu juga akan menguburkan nilai dan prinsip yang "menjadi tunggak kekuatan Umno selama ini".

Jelas ADUN Ayer Hitam itu lagi sekiranya Muhyiddin disingkirkan ia akan menghampakan rakyat Johor kerana beliau dilihat berpotensi untuk dinaikkan pangkat sebagai perdana menteri.

“Semua itu hilang apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan tersebut,” kesalnya.

Kata Mukhriz, ada kemungkinan juga desas-desus penyingkiran Muhyiddin daripada jawatan Umno disebarkan jentera propaganda Presiden Umno untuk melihat reaksi ahli parti itu dan rakyat.

Mesyuarat Tertinggi (MT) Umno akan bermesyuarat petang ini dan difahamkan salah satu agendanya ialah membincangkan kedudukan Muhyiddin.

Tak dapat diterima

Bekas Menteri Besar Johor itu digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri pada Julai tahun lalu selepas beberapa kali membuat teguran kepada pemimpin atasan berhubung cara kerajaan mengendalikan isu 1MDB.

Turut digugurkan bersama Muhyiddin adalah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang ketika itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Ketika isu itu masih panas, Mukhriz dilihat berpihak kepada Muhyiddin dan Mohd Shafie. Selain itu bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menjadi antara pengkritik Najib paling lantang.

Mukhriz berkata, apa jua alasan yang diberikan oleh MT Umno untuk menyingkirkan Muhyiddin, ia tidak boleh diterima memandangkan Ketua Bahagian Umno Pagoh itu dipilih dalam pemilihan parti.

"Dakwaan bahawa timbalan presiden tidak membantu presiden, malah mengkritik presiden cukup untuk dijadikan alasan supaya diambil tindakan, tidak boleh diterima sama sekali.” katanya.

Malah Mukhriz mengegaskan perlembagaan Umno tidak menghalang ahli dan pemimpinnya mempersoalkan isu yang dibangkitkan rakyat.

“Ia adalah tunjang kepada perkhidmatan kepada rakyat. Maka, tindakan mempersoalkan isu besar untuk diperhalusi secara bersama tidak boleh dianggap salah,” katanya.

Bakal jadi pendakwa

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata tanpa melihat diri sendiri, sebilangan pemimpin tertinggi Umno tanpa segan silu memperlekehkan teguran akar umbi sebaliknya ia dilihat sebagai cubaan memecahbelahkan kekuatan parti.

“Hakikatnya, gerombolan pemimpin kaki ampu inilah sebenarnya merupakan pengemudi yang sedang membawa haluan Umno tersasar dari perjuangan asal dalam membela dan mempertahankan kepentingan Rakyat,” katanya.

Walaupun berharap MT Umno tidak mengambil tindakan terhadap Muhyiddin, Mukhriz berkata beliau "tidak menaruh harapan tinggi" kepada mereka kerana menganggapnya sebagai "kaki ampu" atas alasan kononnya melakukan demi kebaikan Umno.

“Ini kerana kenyataan-kenyataan dikeluarkan beberapa ahli MT kebelakangan ini yang lebih bersifat mengampu presiden dan menghalalkan kebatilan.

“Saya percaya sebilangan mereka bakal menjadi 'pendakwa-pendakwa' yang juga ingin membuktikan jasa dan peranan dalam mempertahankan presiden,” katanya
-malaysiakini-

Pelakon filem ini mengaku ketagih bahan lucah

Pelakon filem mengaku ketagih bahan lucah
PELAKON filem The Expandable, Terry Crews mengaku ketagihan bahan lucah hampir merosakkan perkahwinannya dengan penyanyi, Rebecca King Crews.

Terry membuat pengakuan tersebut dalam beberapa siri video dan memuatnaik ke laman sosial Facebook tentang keburukan ketagihan bahan lucah.

"Orang akan kata, tak ada masalah besar jika anda tonton bahan lucah," kata Terry dalam sebuah videonya.

"Tapi anda ada masalah besar jika anda tonton bahan lucah dari siang hingga malam, seperti saya pada satu ketika dahulu," jelasnya lagi.

Terry mengaku bahan lucah menyebabkan beliau menganggap manusia sebagai satu objek (untuk memuaskan nafsu) dan bukannya untuk disayangi.

Menurut CNN, Terry menyembunyikan tabiat buruknya tersebut dari Rebecca semenjak berkahwin pada tahun 1990.

"Isteri saya kata, dia sukar mengenali saya lagi. Saya berubah.

"Dan saya tahu saya harus berubah," kata aktor berotot pejal tersebut.

Untuk meredakan ketagihan dan sekaligus menghapuskan tabiatnya, Terry mendaftar masuk ke pusat pemulihan.

Perkongsian Terry tersebut juga mendapat pujian kerana 'ikhlas' berkongsi dan cuba mewujudkan persekitaran yang baik dalam hubungan suami isteri dan masyarakat.

"Saya tidak merokok, saya tidak minum arak, saya tidak menyalahgunakan dadah. Tapi saya sudah 'bergusti' dengan ketagihan bahan lucah saya selama bertahun-tahun.

"Saya bersyukur kerana saya sudah 'bersih' sekarang. Saya juga berusaha keras setiap hari untuk melawan ketagihan," jelas Terry lagi.

Terry juga menasihatkan mana-mana pasangan wanita yang mempunyai pasangan yang bermasalah yang sama supaya bersama-sama cuba menyelesaikan masalah berkenaan.

"Wanita, anda jangan takut. Anda berbincang dengan pasangan anda tentang masalah ini. Anda dan pasangan tidak perlukan sebarang bahan lucah dalam hidup (sebagai suami isteri)," akhiri Terry.
-sinarharian-

Ular sawa gigit kepala anak ketika sedang tidur (Gambar)

Ular sawa gigit kepala anak sedang tidur
Keadaan luka di kepala Tyle setelah digigit ular.
MACKSVILLE - AUSTRALIA. Bagaikan mimpi ngeri apabila seorang ibu yang terbangun akibat dikejutkan jeritan anaknya mendapati ular sawa sedang menggigit kepala kanak-kanak tersebut.

Wanita berkenaan, Tammy bertindak pantas merentap ular sawa berkenaan dari kepala anaknya, Tyler dalam kejadian Khamis lepas.

Tammy memberitahu paramedik bahawa anaknya juga luka akibat gigitan di bahagian tangan dan digigit beberapa kali di bahagian sebelah kiri kepala.

Kejadian terebut juga dikongsikan ke Facebook bersama foto seorang lelaki memegang bangkai ular tersebut yang telah dibunuh.

Keluarga Tammy juga menafikan dakwaan bahawa ular tersebut merupakan binatang peliharaan mereka dalam perkongsian berkenaan.
-sinarharian-

Islam haramkan jual beli kucing

Kucing
SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr Fathul Bari Mat Jahaya memberitahu ramai di kalangan masyarakat Islam tidak mengetahui bahawa hukum jual beli kucing adalah haram.

Menerusi rakaman video programnya, Fokus Kitab Ahli Sunnah (Fokas) Fathul yang juga merupakan Exco Pemuda Umno berkata, larangan itu adalah berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W.

"Ini contoh mungkin mengejutkan kita, tapi memang betul pun dalam Hadis, nabi larang jual beli kucing, jadi kita perlu mengelak berurus niaga dalam hal ini," katanya.

Dalam pada itu, katanya orang Islam dibolehkan untuk membela haiwan tersebut cuma larangan itu hanya ke atas urusan jual beli haiwan itu sahaja.

"Soal kita hendak bela, hendak jaga, hendak ambil tepi jalan ambillah," katanya.

Katanya lagi, larangan ini adalah perintah ALLAH, jadi apa yang perlu kita lakukan adalah cuma mentaati perintahNYA.

"Kenapa dilarang, apa masalahnya? Ini bukan soal kita suka atau tidak tetapi ia soal larangan daripada ALLAH," katanya.
-sinarharian-

Mencari ganti Zeti di bank negara

SUBKY LATIF
KITA sekarang sedang mencari siapakah yang akan menggantikan Tan Sri Dr. Zeti sebagai Gabenor Bank Negara yang baharu? Perkhidmatannya akan tamat April ini. Boleh disambung tetapi beliau tidak mahu lagi dan kalau mahupun kemungkinannya tidak akan disambung.
Rakyat prihatin mahu gantinya ialah sama tegas dan sama wibawa dengannya. Dia tahu kerjanya dan dia tidak mahu orang luar suruh buat apa yang mesti dibuatnya.

Selepas Gabenor yang pertama, Almarhum Tun Ismail Ali, telah ada beberapa gabenor sebelum Dr. Zeti. Tetapi Dr. Zetilah yang terbilang dan dihormati di persada dunia.

Bank Negara ada Timbalan Gabenornya tetapi seingatnya belum ada yang jadi Gabenor. Zeti saja dari warga bank itu yang jadi Gabenor. Tentu ada yang kanan bersamanya, tetapi mengapa dia dipilih sedang dia orang perempuan? Ada tanyaan.

Mungkin orang perempuan senang disuruh dan diacu. Tetapi dia tidak mudah ikut apa orang luar mahu dan dia mengikut acuan yang ditetapkan oleh bank pusat. Dasar sudah ditetapkan dan gabenorlah yang wajar mentafsir dan mentadbirkan dasar itu.

Zeti berwasiat gantinya biarlah bukan orang politik, bukan seperti ganti Peguam Negara dan buka jadi seperti Pengerusi Tabung Haji. Satu wasiat yang ada 1001 pesanan yang tersirat.

Jika ganti yang tidak tepat jadi Zimbabwe negara anggota TPPA itu.

Tidak salah orang politik jadi Gabenor Bank. Tetapi biarlah dia seorang politik yang bermaruah. Nabi Yusuf di samping seorang Rasul adalah orang berotak politik. Politiknya yang bermaruah menyelamatkan Mesir purba daripada ancaman ekonomi dan kebuluran.

Kita ada orang politik yang tidak dicucuk hidungnya seperti Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam. Jika orang politik seperti ini ada maruah dan kelas, mereka tidak jadi orang politik yang hidung dicucuk.

Masyarakat umum adalah berkongsi husnuzzan dengan Zeti kemungkinan Gabenor yang baru itu nanti adalah dari spesies yang hidungnya dicucuk. Semuanya, dalam dan luar negeri, amat syak kerajaan Malaysia mahukan seorang gabenor yang hidungnya dicucuk.

Persepsi umum sekira tiga dasawarsa ini kita ada Peguam Negara yang ditambat lehernya. Apabila ada tanda-tanda dia hendak melepaskan leher dari tambatan, cepat-cepat dia digantikan.

Semua jabatan profesional berketuakan orang yang tengkuk berkalung besi berkaran. Bila-bila kalung itu akan disambar karan. Yang tidak ada kalung itu pada masa ini ialah Gabenor Bank Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM. Suhakam juga tiada kalung besi itu.

Sebelumnya Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara tidak pakai kalung itu. Dia dijadikan menteri dan gantinya diserahkan kalung itu tetapi tidak pasti dipakainya atau tidak. Apa pun PAC sekarang dirasakan tidak sama dengan yang sebelumnya.

Kini kita menunggu Gabenor baru Bank Negara. Mungkin hidungnya tidak dicucuk. Tetapi orang tidak percaya. Yang pertama yang patut dia buat, buktikan hidungnya tidak dicucuk. Inilah cabaran besar bagi ganti Dr. Zeti. Dia bukan abdi tetapi adalah Gabenor yang ada wibawa dan kemerdekaan diri.

Selepas merantai besi leher Gabenor baru, tidak mustahil rantai besi itu dihantar pula ke SPRM justeru Tan Sri Abu Kassim pun uzur dan membilang minggu saja untuk menamatkan perkhidmatan.

Oh Malaysia Tanah Airku!

Budak lelaki dilayan macam haiwan

FMT Reportersg
layan-macam-anjing
ANKARA: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang mengalami masalah mental dilayan seperti haiwan oleh keluarganya apabila diikat pada jeriji di luar rumah mereka.

Kejadian dilapor berlaku di bandar Siverek, wilayah Sanliurfa, lapor Mail Online.

Menurut laporan tersebut, kanak-kanak yang dikenali dengan nama Salih berasal dari sebuah keluarga pelarian Syria di Turki.

Laporan itu yang turut disertakan dengan rakaman video menyebut, ia telah dilepaskan oleh bapanya sendiri selepas jiran mereka melahirkan rasa simpati dan mahu agar mereka melepaskannya.

Namun, selepas ikatan itu dibuka, Salih dilapor telah menghilangkan diri.
Berdasarkan keterangan keluarga, Salih pernah cuba untuk melarikan diri sebelum ini dan disebabkan faktor itu ia telah diikat.

Selain itu, keluarganya turut mendakwa, agak sukar untuk mengawalnya yang sering bertindak diluar kawalan.

Dalam pada itu, Kementerian Keluarga dan Dasar Sosial Turki menyatakan, pihaknya sedang mencari Salih selepas kanak-kanak tersebut didera keluar­ganya.

Tambah kementerian itu, pihaknya juga bersedia menempatkan kanak-kanak berkenaan di sebuah pusat perlindungan demi menjaga kebajikan Salih.

Kek kemaluan lelaki pula!! tak tahu nak kata apa dah pompuan sekarang takda perasaan malu langsung (Gambar)

Tinjauan Perkembangan Semasa PAS

Hisommudin Bakar
Sepanjang dua bulan kebelakangan ini, pihak Ilham membuat tinjuan rambang terhadap perkembangan Pas di kawasan lingkaran Melayu di utara semenanjung iaitu di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Utara Perak. Tinjauan dilaljukan dengan menemui pimpinan yang memegang jawatan secara temu bual mendalam dan dilakukan secara rawak dan terpilih.

Dapatan kajian ini didapati sudah berlaku rungutan dan kebimbangan pimpinan bawahan parti seperti di peringkat cawangan mahupun kawasan terhadap perkembangan Pas mutakhir.

Kebanyakan mereka yang ditemui ialah penyokong kem UG semasa Muktamar lepas. Kami dapat simpulkan dapatan tak rasmi adalah seperti berikut:
1) Pimpinan Pas peringkat tertinggi termasuk Ajk Pas Pusat sekarang kurang dikenali sejak menang dalam pemilihan muktamar lalu sehingga sekarang ini.

Jika dibuat perbandingan antara AJK Pas Pusat terdahulu dan diukur pada tempoh masa yang sama di dapati pimpinan sebelum ini lebih menonjol dan rajin memenuhi ceramah anjuran kawasan.

Pimpinan sekarang, tidak turun ke bawah dan tidak menonjol di media menyebabkan kewujudan mereka tidk dirasai. Sifat lebih elitis dan sukar memenuhi undangan untuk berceramah di kawasan-kawasan. Jika adapun, nama pimpinan tersebut tidak bersifat crowd puller. Ceramah hanya kepada ahli Pas sahaja. Gagal menarik minat pihak yang lain. Lebih malang, nama sebesar Ketua Pemuda, Ketua Penerangan, kehadiran sekadar mereka yang hadir ke majlis tahlil sahaja.

Selain itu, Lujnah yang ditubuhkan juga tidak berfungsi, malah tidak dirasai kewujudannya.

2) Pesuruhjaya Negeri tidak dikenali dan diyakini untuk memimpin negeri dan pilihan raya. Sbg contoh PJ Kedah, Dr Fakhruddin ini tidak dikenali oleh ahli Pas akar umbi dan tidak faham kenapa Presiden memilih individu seperti itu.

Persoalan mengapa tidak Mahfuz, Amiruddin ataupun Nasir Kubang Rotan yang berstatus YB, lebih senior dalam politik Kedah.

Razman, PJ Perak. Lebih mengundang kontroversi daripada reputasi mengangkat imej parti di negeri yang mempunyai komposisi demografi Mini Malaysia.

3) Kerjasama Umno; rata2 sukar menerima pendirian parti terbaharu atas konsep taawun. Tiada penjelasan tuntas terhadap satu polisi besar ini. Ahli di bawah berbalah dan bertengkar atas perkara yang tidak difahami dgn jelas. Lebih malang pimpinan tertinggi tidak membuat pekeliling atau penjelasan rasmi parti.

Bagi sesetengah kawasan atau kampung yang sebelum ini memperlihatkan pertembungan ever green struktur sosial antara Pas dengan Umno seperti surau, kedai kopi, khairat kematian, tadika/pasti kini berada dalam dilema.

Bayangkan selama ini ahli Pas bertembung sengit dengan ahli Umno di kedai kopi, tiba-tiba sesi ini diminta 'bekerjasama' dengan Umno yang dahulunya musuh politik kepada mereka. Sebahagian memberikan gambaran akan tawaqquf sementara daripada gerak kerja parti ekoran pendirian Pas dengan Umno ini.

4) Gerak kerja pilihan raya: Setakat ini, jentera pilihanraya Pas masih belum bergerak ke arah pilihan raya. Ada beberapa sebab antaranya aktivis atau penggerak sebenar jentera sudah berhijrah ke Parti Amanah Negara. Berbaki mereka yang tiada pengalaman dari aspek mengurus kendali modus operandi pilihan raya.

Organisasi pilihan raya negeri bermasalah dari peringkat pusat, negeri, kawasan dan cawangan. Semua individu penting sama ada dari aspek menyusun strategi, taktikal, teknikal, penjanaan dana parti kelihatan tidak menjiwai atau memahami peranan. Nama hanya pada kertas untuk membuktikan ego Pas bahawa Pas masih belum lumpuh sepenuhnya walaupun pada hakikatnya, jentera pilihan raya Pas amat bermasalah.

5). Kenyataan bercanggah antara pimpinan adalah antara kekurangan paling ketara kepimpinan Pas kali ini. Kenyataan media yang kontradik antara satu sama lain sama ada antara Presiden dan Timbalan Presiden, Naib Presiden sesama Naib Presiden, Setiausaha Agung yang kelihatan bercanggah dan gagal diurus dengan baik.

Mesej yang dihantar kepada massa menggambarkan Pas tidak mempunyai pendirian rasmi terhadap sesuatu isu, tetapi lebih kepada pandangan peribadi yang kemudiannya bercanggah sesama sendiri.

Hisommudin Bakar
ILHAM Centre

MH149 pula hilang dari radar?

MH149 pula hilang dari radar: Tapi DCA nafi
KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini menafikan khabar angin kononnya pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH149 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Melbourne, Australia malam tadi telah hilang dari radar dan tidak dapat dikesan.

Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata pesawat berkenaan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10.07 malam tadi telah selamat mendarat di Melbourne pada 8.21 pagi waktu tempatan (5.21 pagi waktu Malaysia).

"Ia merupakan satu laporan palsu yang tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan keresahan kepada awam," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai maklumat di laman sosial bahawa pesawat MH149 telah hilang dari radar.
-Bernama-

Kerajaan mungkin bertukar lepas PRU14 - penganalisis

Barisan ahli panel perbincangan hasil Laporan Edelman 2016 Trust Barometer Malaysia semalam di mana kajian menunjukkan kepercayaan rakyat Malaysia kepada kerajaan pada tahap 40%. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Februari, 2016.
Barisan ahli panel perbincangan hasil Laporan Edelman 2016 Trust Barometer Malaysia semalam di mana kajian menunjukkan kepercayaan rakyat Malaysia kepada kerajaan pada tahap 40%.

Rakyat Malaysia, tidak kira tahap pendidikan mereka, semakin hilang kepercayaan terhadap Putrajaya, memungkinkan keadaan di mana kerajaan persekutuan digulingkan pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis.

Mengulas mengenai Laporan Edelman 2016 Trust Barometer Malaysia yang dikeluarkan semalam, mereka berkata, ia menunjukkan rasa tidak percaya itu boleh mencerminkan bagaimana rakyat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

Walaupun terdapat jurang antara 2 segmen penduduk – lepasan universiti dan tidak – dalam kepercayaan mereka terhadap kerajaan, jurang ini makin mengecil, kata pemungut suara bebas Ibrahim Suffian.

Internet sebagai sumber maklumat

Kajian Edelman menunjukkan kepercayaan keseluruhan terhadap kerajaan adalah pada 40%.

Mereka yang dikategorikan sebagai “bermaklumat”, yang berpendidikan universiti dan menyumbang kepada 25% teratas daripada kumpulan umur mereka, kurang mempercayai kerajaan.

Hanya 34% daripada mereka yang mempercayai kerajaan, berbanding dengan 39% daripada kalangan “orang awam”, menurut kajian itu.

Sebab utama kemerosotan kepercayaan ini ialah merebaknya Internet yang kini mendemokrasikan akses kepada maklumat.

Internet, serta skandal kewangan seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), derma politik RM2.6 bilion dan pandangan yang Putrajaya melakukan salah urus ekonomi, membawa kepada kemerosotan kepercayaan ini, kata penganalisis politik Dr Lim Teck Ghee.

Pakar media Prof Zaharom Nain berkata, peningkatan penggunaan Internet sebagai sumber maklumat berkebetulan dengan hakisan terhadap kredibiliti institusi di negara ini, seperti badan kehakiman dan media.

Trend ini bermula sejak zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Zaharom dari Universiti Nottingham (Malaysia).

“Ia semakin teruk sejak beberapa tahun lepas dan sejak kebelakangan ini, apabila banyak institusi dan kakitangannya terang-terangan mempamerkan ketiadaan profesionalisme, kebebasan dan neutraliti,” kata Zaharom, yang mengajar kajian media dan komunikasi.

Tetapi, perbezaan 4% antara kepercayaan rakyat bermaklumat dan kepercayaan orang awam adalah kecil dan semakin berkurangan kerana lebih ramai rakyat Malaysia mendapat akses kepada Internet, kata Ibrahim dari Merdeka Center.

Ibrahim berkata, kadar keseluruhan penembusan Internet pada 80% di seluruh negara manakala 60% daripada rakyat Malaysia kini menggunakannya sebagai sumber berita.

Perbezaan antara kedua-dua kumpulan itu, daripada segi kepercayaan mereka terhadap kerajaan, adalah dalam butirannya, kata Ibrahim.

"Sebagai contoh, seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pemandunya mungkin mempunyai anggapan lebih kurang sama terhadap kerajaan, walaupun seorang lebih berpendidikan daripada seorang lagi.

"Ini kerana, kedua-duanya mendapat maklumat daripada Internet dan media sosial."

Perbezaannya adalah, CEO itu mungkin memahami butiran mengenai 1MDB, tetapi pemandu itu tidak, kata Ibrahim, sambil menambah, pemandu itu bagaimanapun, tetap tahu yang isu itu ialah satu skandal besar.

Perbezaan pendapat kini merebak

Kemerosotan dalam kepercayaan di kalangan mereka yang dikategorikan sebagai "orang awam", termasuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, adalah satu perkembangan kritikal, kata Lim.

"Ia menunjukkan, perbezaan pendapat, yang bermula di kawasan bandar, kini merebak ke kawasan luar bandar."

Pada PRU13, Barisan Nasional dapat terus berkuasa walaupun mengutip hanya 47% undi popular kerana mendapat sokongan terutamanya di kawasan luar bandar di utara semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Ibrahim berkata, walaupun penduduk luar bandar masih bergantung kepada televisyen dan media tradisional untuk maklumat, mereka masih boleh mendapatkan pandangan alternatif daripada anak mereka yang pergi ke bandar untuk bekerja.

"Tidak ramai lagi masyarakat yang benar-benar terpencil di Malaysia ini dan sudut pandangan alternatif juga kini merebak, terima kasih kepada Internet," kata Ibrahim.

Sekiranya tahap ketidakpercayaan terhadap kerajaan juga rendah di kalangan penduduk luar bandar, kata Lim, dan keadaan ini tidak bertambah baik, mungkin akan ada kerajaan baru di Putrajaya dalam pilihan raya akan datang. 
-malaysianinsidet-

Lelaki bogel mengejutkan orang ramai di lapangan terbang (Gambar)

Bogel
Seorang lelaki mengejutkan orang ramai di Lapangan Antarabangsa Nashville selepas berkeliaran dalam keadaan bogel di situ.

Dia bagaimanapun telah ditangkap oleh polis kerana melakukan perbuatan keji di khalayak ramai.

Lelaki itu, yang berbadan gempal berjalan secara selamba dan tidak kisah berbogel meskipun aksinya itu dirakamkan oleh orang ramai..

“Ia berlaku di lapangan terbang Nashville. Saya berjalan ke arahnya dan berkata `awak menakjubkan’ dan kemudian dia membalas `terima kasih’.

“Namun saya teruja dengan Nashvillee. Walaupun beberapa orang ternganga mulut (melihat lelaki bogel) namun urusan berjalan seperti biasa.

“Ia merupakan permulaan yang baik untuk Nashville,’’ demikian tulis Tod Brilliant yang menaiki pesawat dari California dan mendarat di situ.

Ini bukan kali pertama lelaki itu ditangkap.

Menurut kakitangan lapangan terbang itu, mereka pernah melihatnya berjalan di luar lapangan terbang terbabit tanpa seurat benang tetapi ini adalah kali pertama dia berada di dalam terminal.
-kualalumpurpost-

Mahfuz Omar tempelak pemimipin tertinggi PAS

Laksana Kerajaan Teknokrat di Kelantan dahulu- Mahfuz
Mohamad Fadli

Datuk Mahfuz Omar
PETALING JAYA: Cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai pembentukan Kerajaan Teknokrat dalam negara sepatutnya dilaksanakan di Kelantan terlebih dahulu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata cadangan itu seharusnya diteroka oleh kerajaan PAS di Kelantan dengan meminda perlembagaan atau undang undang tubuh negeri Kelantan bagi membolehkan kuasa politik yang diperolehi dalam pilihan raya melantik menteri besar dan Exco Kerajaan Negeri daripada kalangan profesional yang bukan daripada kalangan ADUN dengan berasaskan kelulusan akademik untuk mentadbir dan membangun negeri Kelantan.

“Ini supaya menjadikan Kelantan sebagai guru politik di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahfuz akui ia satu cadangan yang baik tetapi tidak boleh dibiar tanpa sebarang permulaan supaya membolehkan rakyat yakin terhadap idea baharu politik matang itu.

“Oleh itu, adalah diharapkan pimpinan PAS akan meneroka perlaksanaannya di Kelantan. Jika tiada usaha untuk Kelantan melaksanakannya, ini akan dilihat cadangan tersebut hanya sekadar permainan di bibir sahaja,” tekannya.

Mahfuz juga berkata pelaksanaan Kerajaan Teknokrat sukar dilaksanakan dalam kerajaan Barisan Nasional dan UMNO kerana kebanyakan pemimpinnya menanggap pelantikan dan memperolehi apa-apa jawatan dalam kerajaan seperti mendapat lombong emas.

“Cadangan yang baik ini sukar diterima oleh pemimpin politik bebal seperti Najib (Datuk Seri Najib Razak) dan UMNO/BN. Ini yang sedang berlaku di dalam negara.

“Perebutan untuk menduduki apa-apa jawatan dalam kerajaan di kalangan pemimpin politik, sedangkan negara dan negeri terabai serta rakyat menanggung penderitaan yang sangat malang,” jelasnya.
-.freemalaysiatoday-

DAP-PKR, jangan sampai rakyat meluat!

Wan Ji Wan Hussin
Dalam laporan berita, 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR ditamatkan perkhidmatan mereka dalam GLC kerajaan Pulau Pinang.
Dilaporkan juga, penamatan itu punyai kaitan sikap berkecuali mereka daripada mengundi menentang usul Umno untuk menghentikan semua projek penambakan di Pulau Pinang sewaktu sidang Dewan Undang Negeri (DUN) pada November lalu.

Kesan daripada berita ini, berlaku serangan balas daripada pihak PKR yang dikepalai timbalan presiden, dan disambut sebilangan pimpinan tertinggi dalam AMK.

Dari sudut pandangan penyokong Pakatan Harapan, kejadian sebegini bukan perkara yang selesa. Terutama, melihat perpecahan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini berpunca daripada peperangan media antara parti-parti dalam PR tanpa berjaya diselesaikan dalam mesyuarat ekoran keegoan setiap wakil parti untuk atasi perbezaan secara matang.

Kerosakan yang berlaku tidak wajar berulang kembali. Justeru, perbezaan yang melahirkan pertembungan perlu diatasi dalam mesyuarat Pakatan Harapan, bukan melalui serangan media.

Pihak setiap parti perlu menampilkan sifat yang matang dan sikap berjiwa besar dan berhujah berdasarkan kebijaksanaan sehingga melahirkan keputusan yang matang dan ternyata memberi kebaikan kepada rakyat.

Jika pihak parti-parti dalam Pakatan Harapan tidak bertindak sebegini, walaupun kegagalan seperti PR dahulu mungkin tidak berulang kembali, kebimbangannya rakyat yang melihat akan melahirkan perasaan meluat kepada gabungan ini. Sudah pasti, ia tidak menguntungkan kepada Pakatan Harapan juga.

Setiap pimpinan parti perlu ingat, cukup-cukuplah angkuh dan ego dalam permainan politik. Yang paling penting, usahalah agar tindakan memberi kebaikan kepada rakyat, bukan sebaliknya.

Warga emas 81 tahun tumpaskan dua perompak

Warga emas 81 tahun tumpaskan dua perompak
 William Hayhurst, 34, dan Erin Van Matre, 30
PENNSYLVANIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang warga emas berumur 81 tahun membuktikan usia bukan penghalang apabila berjaya menumpaskan perompak yang mencuri dompetnya.

Polis berkata, warga emas berusia 81 tahun itu mengejar, melanggar kereta perompak sehingga remuk sebelum pihak berkuasa berjaya menahan keduanya.

Memetik AP, semasa insiden, warga emas itu duduk di dalam keretanya di Mount Pocono sebelum didatangi oleh seorang lelaki dan wanita.

Semasa dia sedang bercakap dengan kedua perompak tersebut melalui tingkap yang terbuka, salah seorang dari perompak tersebut menyambar dompetnya dan melarikan diri dengan kereta.

Polis Wilayah Pocono Mountain berkata, mangsa kemudian mengejar kedua perompak tersebut dan melanggar kereta tersebut sehingga remuk dan meninggalkan kesan bagi membolehkan polis mencari kedua perompak tersebut.

Kedua-dua perompak tersebut berjaya ditahan selepas polis menemui kereta mereka yang remuk teruk itu di sebuah tempat letak kereta di deretan kedai runcit.

William Hayhurst, 34, dan Erin Van Matre, 30, akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merompak dan beberapa kesalahan lain.

Polis berkata, mangsa menjadi sasaran selepas melihat warga emas itu membawa sejumlah wang tunai ketika di sebuah farmasi.
sinarharian

Syiah ugama seks: Fatwa Ulama Syiah boleh memperkosa wanita sesuka hati (Mesti baca)

Fatwa Syiah: Ulama Syiah boleh memperkosa wanita sesuka hati
Ali Sistani

Muhammad Abdurrahman Al Amiry

(Arrahmah.com) – Anda tidak akan menjumpai agama seperti ini kecuali agama yang bernama syi’ah. Jika seorang ulama syi’ah memasuki rumah siapapun tanpa izin kemudian memporkosa seorang wanita yang berada di rumah atas nama mut’ah, maka wali perempuan tersebut tidak memiliki hak apapun untuk melarang ulama syi’ah tersebut memperkosa anak gadisnya atau istrinya atau adik perempuannya atas nama mut’ah.

Mari kita saksikan, bagaimana seseorang penganut syiah marah ketika adik wanitanya dirampok kehormatannya oleh ulama syi’ah atas nama mut’ah. Ternyata ulama syi’ah yakni “As-Sistani” malah berfatwa menyeleneh.

Seseorang meminta fatwa atas kejadian pemerkosaan ulama syi’ah:

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
مولاي السيستاني أطال الله بعمرك لدي سؤال محرج قليلاً
يا ريت ترسل لي الرد بأسرع وقت لأني نفسيتي جداً سيئه
قبل أسبوع وفي أحد اليالي ذهبت الى منزلنا وكان المنزل خالي إلا انا واختي فعندما دخلت المنزل سمعت حركات في أحد الغرف التي لا يسكنها احد فعندما دخلت شفت اختي مع رجل غريب اتضح لي انه سيد فمسكته وضربته ضرب مبرح فقال لي (( انا متزوج اختك متعه شتريد )) فضربت اختي وانا الأن ساجنها في غرفه واخذت سكينه وكنت اريد ان اقتل السيد , انحره فحبسته بالغرفه ورحت اجيب السكين فلما رجعت لقيته هرب من الشباك .
وانا عندي عنوانه هل اقتله ام ماذا افعل ؟

“Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Tuanku As-Sistani, semoga Allah memperpanjang umurmu. Saya memiliki persoalan yang kurang mengenakkan. Alangkah baiknya engkau mengirimkan jawabannya secepat mungkin, karena perasaanku sangat tersakiti.

Minggu yang lalu, pada suatu malam aku pulang ke rumahku. Dan rumahku tidak ada yang menempati kecuali aku dan saudariku. Dan ketika aku masuk rumah, sontak aku mendengarkan suara gerakan-gerakan dari dalam suatu kamar yang pada asalnya tidak ditempati siapapun. Dan ketika aku masuk kedalam kamar tersebut, aku melihat saudariku bersama seorang lelaki yang asing. Maka ternyata, baru terlihat jelas bahwa itu adalah sayyid ulama syi’ah. Maka aku tahan dia dan aku pukul dia dengan pukulan yang melukai. Maka ulama syi’ah tadi berkata kepadaku: “Aku memut’ah saudarimu”. Maka aku pukul saudariku dan aku kurung dia dalam kamar. Dan aku mengambil sebuah pisau dan aku ingin membunuh As-Sayyid tadi maka ingin aku sembelih dia. Maka aku kurung juga dia dalam kamar kemudian aku pergi dan aku tinggalkan pisau. Dan setelah aku kembali ke dalam kamar aku dapati dia telah kabur melalui ventilasi. Dan saya memiliki alamat rumahnya. Apakah boleh aku membunuhnya atau apa yang aku perbuat?”

As-Sistani menjawab:

بإسمه تعالى
ليس لك ولاية على اختك حتى لو اتت بالحرام لا يجوز لك ان تضربها او ان تسجنها إلا بإذن مرجع أما السيد فحسب كلامه لم يفعل حراماً وحتى لو فعل فليس لك ان تقتله

“Dengan menyebut nama Allah ta’ala..

Kamu tidak memiliki wilayah terhadap saudarimu walaupun dia melakukan perbuatan yang haram. Dan engkau tidak boleh memukulnya dan mengurungnya kecuali dengan izin ulama syi’ah. Adapun As-Sayyid ulama syi’ah tadi maka dia tidak melakukan perbuatan yang haram sesuai perkataannya. Walaupun dia melakukan suatu yang haram, engkau tidak boleh membunuhnya”

(Selesai)

Fatwa diatas menunjukan bahwa dalam agama Syiah, ulama-ulama Syiah ini boleh sesuka hati memperkosa wanita yang mereka inginkan. Bukti kisah dan fatwa yang sudah ditanda tangi oleh Al-Maktab As-Sistani bisa dilihat di bawah:
Fatwa Sistani
Beginikah agama syiah??

Orang yang masih selamat akalnya pun akan marah jika saudarinya diperlakukan sedemikian rupa walaupun dia adalah penganut syi’ah.

Jika orang awwam saja sangat tercela jika melakukan hal tersebut, terlebih jika yang melakukannya adalah As-Sayyid dari ulama syiah.

Namun begitulah As-Sistani berfatwa dengan sekehendak perutnya. Bagaimanapun penganut syiah mencari-cari cara untuk membantahnya, namun nyatanya ulama syiah banyak memiliki fatwa yang sangat menyimpang. Allahu Al-Musta’an.

Sumber: alamiry.net

(adibahasan/arrahmah.com)