"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Kepimpinan Tuan Guru Nik Abd Aziz menurut pakar sains

ABD SHUKUR HARUN
KETIKA duta baru Amerika ke Malaysia, Paul W Jones mengunjungi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat di pejabatnya di Kota Bharu baru-baru ini, sebuah pertanyaan menarik telah diajukannya kepada Tuan Guru.

"Bagaimanakah Yang Berhormat memulakan kehidupan setiap hari," begitu sekira-kira bunyi pertanyaan itu.Tuan Guru segera menjawab bahawa seperti juga umat Islam yang lain, dia memulakan kehidupan setiap hari dengan solat Subuh, selepas itu dia memastikan tiba di pejabatnya pada jam 8.00 pagi, sama seperti kakitangan kerajaan yang lain.

Rupanya jawapan ringkas itu serta mengetahui kehidupan Tuan Guru yang serba sederhana itu, duta tersebut merasa kagum. Kemudian mereka berbincang mengenai politik di mana Tuan Guru mengkritik dasar Amerika terhadap Palestin.

Demikianlah Tuan Guru Nik Abd Aziz dan kepimpinannya, kesederhanaannya, wawasannya, pemikiran dan segalanya menjadi perhatian bukan saja di dalam negeri bahkan di luar negara.

Pernah suatu masa dulu seorang wartawan Jerman yang bertemu Tuan Guru di rumahnya di Pulau Melaka begitu kagum apabila mendapati Tuan Guru - seorang yang bertaraf menteri – menjalani kehidupan sebagai orang kampung dengan membela kambing serta ayam di belakang rumahnya.

Kini, kepimpinan beliau menjadi fokus kepada seorang pakar sains dan matematik, Prof Dr Shaharil Mohd Zain yang menulis buku ‘Kepimpinan Tok Guru Nik Abd Aziz Mengikut Pandangan Sarjana Kepemimpinan Besar Sepanjang Zaman’, sebuah analisis menurut perspektif sains dan matematik, iaitu kajian yang belum pernah diadakan di Malaysia sebelum ini.

Tentu saja buku ilmiah ini, mungkin sedikit sukar untuk difahami oleh orang biasa, tetapi jika diteliti dan menggunakan formula tertentu, tidaklah begitu sukar memahaminya.

Baru-baru ini Pusat Kajian Strategik Kerajaan Kelantan telah menganjurkan Majlis Diskusi Buku tersebut di mana Prof Dr Shaharil sendiri menjelaskan pandangannya dengan diulas oleh penyair dan dramatis Dinsman daripada Paksi. Majlis berlangsung di Kota Bharu dihadiri oleh para Adun PAS dan pegawai Kerajaan Kelantan serta orang ramai.

Menurut Prof Dr Shaharil, bukunya itu mengenai kepimpinan Tuan Guru Nik Abd Aziz yang dinilai dengan menggunakan pandangan sarjana kepimpinan (besar) sepanjang zaman. Iaitu bermula dengan sarjana tidak bernama di Alam Melayu yang menulis mengenai cakravantin (pemimpin sejagat) di batu bersurat kerajaan Melayu-Champa, 1080 Masehi (di Vietnam), diikuti dengan pandangan sarjana Barat yang terkenal, Nicolo Machiavelli yang menulis buku ‘The Prince’, 1532 dan seterusnya hingga yang terkini, sarjana Barat bernama Kirkeby, tahun 2000.

Dr Shaharil menggunakan konsep dan kaedah ‘aksiom’ dalam membuat analisis mengenai kepimpinan Tuan Guru, berdasarkan pandangan sarjana besar berkenaan. ‘Aksiom’ bermaksud ciri-ciri atau sifat-sifat mengenai seorang pemimpin yang dipadatkan dalam beberapa ciri saja, untuk memudahkan analisis.

Pengarang buku ini memulakan analisisnya dengan menjelaskan perbezaan makna antara istilah ‘lead’ (Inggeris) dengan istilah ‘pimpin’ (Melayu). Kemudian dia menganalisis kepimpinan Tuan Guru berdasarkan ciri-ciri yang dirumuskan daripada pandangan sekumpulan sarjana Islam yang terdiri dari al-Baqilani, al-Mawardi, al-Juwaini, al-Qurtubi dan Ibnu Khaldun. Dari Alam Melayu pula Prof Shaharil memilih pandangan Bukhary al-Jawhary, berdasarkan buku karya kepimpinannya yang terkenal, Taj al-Salatin.

Sebenarnya para sarjana besar itu tidak membicarakan kepimpinan Tuan Guru Nik Abd Aziz. Mereka hanya membicarakan ciri-ciri kepimpinan yang unggul setiap zaman mengikut pandangan mereka. Prof Shaharil lalu memadankan pandangan para sarjana tersebut dengan kepimpinan Tuan Guru. Ini dengan tujuan untuk menilai kepimpinannya dan meletakkannya di atas neraca pandangan sarjana besar dunia tersebut, iaitu berdasarkan apa yang telah diusahakan oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz sepanjang 20 tahun mentadbir Kelantan. Dengan demikian secara tidak langsung juga Prof Shaharil telah mengangkat kepimpinan Tuan Guru Nik Abd Aziz ke taraf universal.

Dinsman dalam ulasannya mengenai buku tersebut dan kepimpinan Tuan Guru merasakan betapa perlunya imej dan kepimpinan Tuan Guru di Kelantan ini dieksport ke luar Kelantan, khususnya ke negeri-negeri yang masih diperintah oleh Umno-BN. Ini supaya rakyat di luar Kelantan itu mengetahui kejayaan Negeri Kelantan di bawah pentadbiran Tuan Guru. Sekali gus, katanya, rakyat di negeri-negeri tersebut mendapat maklumat jelas dan jujur akan kejayaan kepimpinan Tuan Guru.

Selama ini musuh politik PAS, tambahnya, memberikan gambaran sangat negatif mengenai Kelantan dan kepimpinan Tuan Guru. Mereka menggambarkan Kelantan mundur, miskin, pentadbirannya kucar-kacir, Tuan Guru lemah dan pelbagai lagi, padal hal hakikatnya tidak begitu. Memanglah apa yang boleh diharapkan daripada musuh politik PAS.

Bayangkan setiap hari berduyun-duyun rakyat di luar Kelantan melancong, membeli belah dan makan minum semahu-mahunya di negeri itu. Oleh itu, mereka telah menyaksikan pembohongan propaganda musuh politik PAS. Sepatah kata Almarhum Bunyamin Yaakub, ada berbelas-belas jenis nasi dan berpuluh-puluh jenis lauk-pauk dan makanan lain dihidangkan oleh restoran dan hotel-hotel siang dan malam di negeri Kelantan.

Tidak syak lagi, Tuan Guru Nik Abd Aziz telah menjadi sebuah legenda, sementara Kelantan sendiri telah menjadi negeri contoh bagaimana ia membangun bersama Islam. Inilah menjadi hujah kuat Dinsman supaya imej Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru dieksport secara meluas keluar Kelantan.

PAS sendiri, secara umumnya, telah memiliki sebuah negeri – Kelantan – yang terbukti menjadi ‘role-model’ sebuah pemerintahan berdasarkan Islam tetapi telah berupaya menyerlahkan perpaduan kaum, toleransi beragama yang tinggi dan pemerintahan yang bersih dan telus.

Inilah, barangkali, menyebabkan Prof Dr Shaharil, yang secara kebetulan anak kelahiran Pasir Putih, Kelantan dan penyair/dramatis Dinsman memberikan fokus istimewa kepada Tuan Guru Nik Abd Aziz, mengetuai sebuah kepimpinan yang dilihat luar biasa oleh mereka.

Inilah persepsi terhadap Kelantan dan kepimpinan Tuan Guru. Ketika penulis dan Dinsman bertemu sebentar dengannya, Tuan Guru berkata, "Saya sedikit letih, banyak program, tapi saya gembira."

Johari Abdul hendak cakap apa di Mersing?

21Halim 
Jika angin baik dan cuaca molek, PASTI Al Iman di Mersing Kanan akan dikunjungi oleh Dato' Johari Abdul, MP Sungai Petani. PAS Mersing mengundang beliau bagi sesi ceramah pada Rabu, 18 Mei 2011 ini, jam 9.00 malam. 

Kita tentu maklum bahawa beliau adalah di antara orang yang terawal diajak menonton video seks milik Dato' T. Lalu kehadiran beliau berkemungkinan menjadikan video seks itu sebagai maudhu' ceramah beliau.

Penulis rasa tidak sabar menunggu hari tersebut. Mudah-mudahan tiada hujan tiada ribut dan permohonan permit tidak tersangkut. Selain itu mohon disediakan kerusi yang cukup agar tidak penat berdiri dan tidak perlu berebut.

Beliau akan berceramah bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor yang baru iaitu Ustaz Mohd Azam Abd Razak, TYDP PAS Mersing. Setelah beberapa bulan menyepi PAS Mersing mengocak lagi persekitaran politik Mersing.

Dua minggu lepas Muhyiddin datang ke Mersing merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Mersing. Sempena lawatan tersebut beliau mengambil kesempatan meniup motivasi kepada petugas UMNO. Dr Latif tersenyum apabila Muhyiddin mengambil kesempatan memperkehkan Anwar Ibrahim.

Ketika isu video seks makin berserabut, UMNO mainkan pula isu agama. Dan dicelah-celah isu ini tiba-tiba harga gula dinaikkan 20 sen menggunakan alasan rasionalisasi.

Adakah Dato Johari akan ulas isu gula dan isu Kristian jadi agama rasmi? Entahlah. Apakah gimik ceramah pada malam itu? Penulis harap PAS Mersing buatlah apa-apa agar lebih ramai orang akan datang.

Walau bagaimanapun, marilah datang ke Mersing kita sama-sama dengar apa yang beliau akan perkatakan. Sekiranya audien ramai tentu majlis ceramah di tepian Sungai Mersing itu makin seronok.

Anwar : 'Kesilapan Besar Ugut Keluarga Saya'

SHAH ALAM, 14 MEI: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pihak yang mengancam beliau dan keluarganya melakukan kesilapan besar, jika beranggapan mereka akan tunduk kepada ugutan sebegitu.

Semalam anak sulung Anwar, Nurul Izzah membuat laporan polis terhadap sistem pesanan ringkas (SMS) yang mengancam "sesuatu yang tidak elok" ke atas kepada anaknya jika beliau terus menyokong ayahnya.

“Saya boleh tahan. Ini kemudian isteri, anak dan terbaru cucu. Tapi saya rasa orang yang telah cuba untuk membuat ugutan ini telah melakukan kesilapan yang besar. Jika mereka ingin menumpulkan semangat, mereka silap dan kita akan terus menumpukan gerak kerja kita,” kata Anwar.

Nurul Izzah mempunyai dua orang anak - Raja Nur Safiyah Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 3 tahun setengah dan Raja Ahmad Harith Raja Ahmad Shahrir Iskandar, yang berusia 1 tahun 10 bulan.

Bulan lalu, isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail turut berada dalam keadaan membahayakan apabila kereta yang dinaikinya terbabas dalam perjalanan pulang dari memberi ceramah di Chemor Perak.

Pemeriksaan oleh mekanik mendapati sistem brek kereta Mercedez Benz itu dipercayai disabotaj oleh pihak tertentu.

Anwar menambah, pihak mekanik juga telah mengeluarkan surat hitam putih mengesahkan bahawa kereta yang dinaiki Azizah disabotaj.

“Memang benar, selain kepada saya, Azizah juga terlibat dengan satu kemalangan. Mekanik mengesahkan, hitam putih bahawa itu adalah satu sabotaj. Itulah sebab kita membuat laporan polis,” katanya.

Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdullah Sani Said membuat laporan polis itu.

Beliau yang menjadi pemandu keluarga Anwar selama 28 tahun, percaya kereta itu dirosakkan dengan niat jahat dan mahukan polis menyiasat.
-tvsnews-

Awas bila minum air di gerai tepi jalan!!

MohdZaid

Korang semua dah tengok tak video ni? video ni aku tengok semalam ada kawan post kat Facebook, katanya dalam video ni seorang peniaga air soya di Bangi telah meludah kedalam air soyanya untuk dijual kepada pelanggan setempat. Apa tujuan peniaga ni ye sampai sanggup buat sebegini rupa kat pelanggannya. Insaf betul aku tengok kelakuan peniaga ni, mungkin ini adalah pelaris untuk memajukan perniagaan, tapi takkan la sampai nak meludah kedalam minuman. Berniaga tu dah bagus dah tapi kalau berniaga secara bersih Insyaallah ramailah pelanggan.

'Tak logik' isytihar negara Kristian depan Muslim

NONE
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng merpersoalkan logik di sebalik dakwaan terdapatnya konspirasi Kristian-DAP sedangkan pertemuan kontroversi sekumpulan pastor itu turut dihadiri orang Islam.

Katanya, tuduhan terhadap wakil rakyat parti itu dan pastor -- untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan memastikan perdana menteri daripada penganut agama itu -- 
tidak berasas kerana Jeff Ooi seorang Buddha.

Lim (kiri) menegaskan bahawa adalah" tidak boleh diterima akal" untuk mengisytiharkan hasrat itu dihadapan penganut agama Islam.

"Adakah kamu bermaksud untuk berkata pastor berbohong. Ini sudah melampau. Kamu boleh mencurigai Ooi - tetapi beliau seorang penganut Buddha, kenapa pula beliau mahukan negara Kristian?" tanya Lim dalam sidang media di Pulau Pinang.

"Kita bukan hanya bercakap tentang seorang pastor tetapi beberapa orang, termasuk mereka yang mewakili pertubuhan dan kesatuan, untuk menuduh mereka berbohong adalah isu yang sensitif," tambahnya.

"Nampaknya Utusan seperti cuba menutup pembohongannya sendiri. Satu pembohongan dizahirkan, lebih banyak pembohongan diperlukan untuk menutupnya."

-malaysiakini-

Hata tekad 'rampas' Utusan dari kongkongan Umno

Hazayani Zakaria
GOMBAK, 14 Mei: Presiden Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari bertekad untuk terus berjuang merampas akhbar Utusan Malaysia daripada kongkongan Umno.

Beliau mendakwa, perjuangan Utusan sudah jauh tersasar daripada perjuangan asal iaitu untuk menuntut kemerdekaan dan membela nasib kaum Melayu di tanah air.



Utusan sebaliknya kini lebih berperanan sebagai suara Umno.

"Masa Utusan Melayu diterbitkan Umno tak ada lagi. Akhbar ini diterbitkan untuk menuntut kemerdekaan,untuk menyatakan suara orang Melayu.Sebab itu dipanggil Utusan Melayu, untuk menyatakan pendapat dan pendirian orang Melayu ketika itu.

"Saya berpendirian bahawa saya perlu berjuang untuk merampas kembali akhbar ini daripada Umno.

"Saya memang tak layak digelar pejuang kebebasan media. Baru 7-8 bulan saya bersuara untuk kebebasan media berbanding pejuang kebebasan media sejak 50 tahun dahulu," kata Hata di majlis ceramah bertajuk "Membongkar Konspirasi Utusan huru-harakan negara" anjuran bersama PAS Kawasan Batu dan Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) di Taman Melewar,dekat sini malam tadi.

Ia merupakan kemunculan pertama bekas wartawan kanan Utusan Malaysia itu di pentas PAS selepas dipecat daripada Utusan Melayu Berhad.

Hata dipecat 1 Mei lalu,dua hari sebelum Hari Kebebasan Akhbar sedunia yang disambut pada 3 Mei setiap tahun.

Pemecatan itu atas alasan Hata memburukkan imej majikannya itu dengan mengeluarkan beberapa kenyataan media yang mengkritik pengurusan editorial Utusan.

Tampil di hadapan kira-kira 500 orang yang hadir, Hata memulakan ceramahnya dengan mengakui "gementar" berada di atas pentas PAS.

"Kalau ditanya adakah saya gementar, ya memang saya gementar," katanya disambut gelak ketawa hadirin.

Orang ramai kelihatan teruja dengan kemunculan Hata di pentas. Ada yang pada mulanya hanya berdiri di tepi-tepi dataran tempat ceramah mula mengambil tempat yang lebih selesa dan yang yang berada di gerai-gerai jualan mula menghampiri kawasan ceramah.

Hata berkata, beliau juga berasa malu kerana sudah bertahun-tahun bekerja di akhbar yang mempunyai imej yang sangat buruk."Saya teragak-agak juga nak terima jemputan pihak penganjur ke program ni.Bukan kerana takut tapi imej Utusan itu sendiri yang berada dalam keadaan yang teruk bagi diri saya.

"Nasib baiklah saya berada di pentas PAS.Kalau berada di pentas DAP dah lama saya digelar "pengkhianat Malayu",katanya.

Menceritakan kisah-kisah sepanjang bergelar wartawan kanan Utusan, Hata mengulangi dakwaannya bahawa Utusan mempunyai agenda tetap untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat.

Apa yang berlaku di Utusan sekarang ini, mereka mempunyai agenda untuk terus kekal berkuasa, bukan memperjuangkan Melayu lagi.

"Agenda yang wajib,menyerang PAS kerana menolak kerajaan perpaduan untuk bergabung dengan Umno,menyerang DAP di Pulau Pinang berkaitan anti Melayu dan anti macam-macam lagi dan mereka sentiasa menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu agenda Utusan sekarang ini," katanya.

Hata yang diatakan akan menguruskan sebuah akhbar baru, Utusan Rakyat juga mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan laporan Utusan yang disifatkan sebagai "membahayakan".

Berhati-hati dengan laporan Utusan kerana agenda mereka hanya untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

"Apa yang membuatkan saya berasa benci sangat dengan Utusan bila mempermainkan isu agama.Saya bimbang kerana majoriti yang membaca Utusan adalah orang Melayu.Kalau hari-hari isu agama dimainkan, akan mempengaruhi pembaca terutamanya di kawasan luar bandar," katanya.

Sokong Pakatan Rakyat

Sementara itu, menyeru orang ramai agar terus menyokong Pakatan Rakyat dan tidak terus membiarkan Umno BN terus bermaharaja lela di negara ini.

"Bagi saya tuan-tuan perlu terus menyokong Pakatan Rakyat.Saya memang tak terlibat dengan parti politik tapi kalau kita benar-benar ingin memastikan media bebas, inilah yang perlu kita lakukan," katanya.

Hata sebelum ini pernah menganjurkan program "makan nasi lemak beralaskan Utusan dan menerima reaksi yang pelbagai.

"Utusan hari ini digelar Utusan porno, menjijikkan, dan sebagainya. Sampaikan saya buat perogra makan nasi lemak beralaskan Utusan, ada yang marah.

"Saya tanya kenapa marah, salah ke apa yang saya buat. Dia kata, makan nasi lemak beralas Utusan menjijikkan nasi lemak aku," ceritanya dan sekali lagi disambut gelak ketawa hadirin.

Hata dalam satu temubual dengan satu portal berita mendedahkan bahawa Perdana Menteri,Seri Najib Razak terlibat secara langsung dalam mesyuarat bagi menentukan agenda mingguan Utusan.

Ini katanya termasuklah serangan terhadap Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Turut menyampaikan ceramah malam tadi peguam PAS, Hanipa Maidin dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

imej-imej yang mencurigakan!

Sarawak Report
Sarawak Report telah memperolehi beberapa keping gambar mengenai peti-peti undi yang telah dicerobohi seperti yang terdapat di pusat pengiraan undi berkontroversi di Senadin. Semasa pilihanraya itu kisah kesalahan rasuah dan pembelian undi di kawasan Miri itu telah terbongkar.

Calon PKR, Dr Michael Teo, yang pada mulanya telah mendahului dalam bilangan undi sehingga pada saat-saat akhirnya, tiba-tiba pusat tersebut telah mengalami gangguan bekalan elektrik dan menimbul rasa cemas dan keliru, di mana akhirnya calon SUPP-BN telah disahkan sebagai pemenang dengan kelebihan undi 58.

Dr Michael seterusnya telah mengambil keputusan untuk membawa kes itu ke mahkamah.

Jika Dr Teo meneruskan niatnya dan  bertanding semula, dia mempunyai banyak bukti untuk menyokong aduan dan bantahannya itu. Sebagai contoh, undi pos telah menunjukkan peratus sebanyak 103% melebihi kertas undi yang dikeluarkan. Dr Teo juga melaporkan bahawa 20 keping dari kesemua kertas undi telah tidak dikembalikan. Seperti yang direka-reka, 1,134 dari undi-undi itu berpihak kepada SUPP dan hanya 58 kepada Teo – PKR dikatakan mendapat hanya 5% dari 20% keseluruhan undi pos.

Pegawai Pilihanraya, Chai Ko Het, pada malam itu telah memburukkan lagi keadaan di pusat itu dengan tidak membenarkan pengiraan semula, walaupun beza pada keputusan itu adalah sekecil 0.4%. Peraturan jelas mengatakan jika perbezaan keputusan adalah kurang dari 2%, maka pengiraan semula dibenarkan. Chai Ko Het telah diketahui bersungguh-sungguh berpihak kepada SUPP. Para pekerja SUPP juga diketahui dibenarkan memasuki beberapa tempat mengundi, bertentangan dengan peraturan-peraturan, bagi membolehkan mereka menentukan pengundi telah hadir (suatu cara transaksi di mana BN akan membayar pengundi, sebahagiannya dijelaskan dahulu, dan selepas pengundian bakinya dijelas!)

Maka, bagaimana pula dengan gambar-gambar foto yang telah kami paparkan di bahagian atas laman ini? Ianya telah membuktikan bahawa terdapat keadaan luarbiasa berlaku pada hari Isnin, iaitu dua hari selepas pengundian, di mana, ketika kontrovesi Senadin masih berlaku, seorang agen PKR telah dipanggil bersama-sama seorang lagi agen BN, bagi menyaksikan sendiri peti-peti undi yang terlibat, dengan kehadiran seorang pegawai pilihanraya.

Butir-butir amalan tidak dijelaskan dan calon PKR, Dr Teo, tidak diberitahu mengenai tindakan-tindakan yang akan diambil kemudian! Semasa pertemuan yang agak luarbiasa itu, yang telah menimbulkan lebih banyak keraguan mengenai kemurnian amalan pilihanraya yang telah berlalu itu, pegawai pilihanraya telah mengeluarkan peti-peti undi untuk diteliti oleh kedua-dua agen yang telah diundang itu.

Agen PKR yang dijemput ke pejabat itu, telah secara kebetulannya membawa sebuah kamera bersamanya, telah merakamkan beberapa gambar yang membuktikan keluarbiasaan yang terdapat pada peti-peti undi, yang disahkan dan dipersetujui bersama agen BN dan juga pegawai pilihanraya. Terdapat 8 sampul merah kertas-kertas undi yang disimpan di dalam peti-peti undi plastik, yang dibungkus dengan pembungkus plastik berwarna kuning, tidak ditutup dengan kemas dan tidak terdapat sebarang tandatangan bagi mengesahkan bahan-bahan bukti itu disemak dengan teliti atau terperinci.

Tambahan pula, 4 buah daripada peti-peti undi itu tidak ditutup atau dilakri dengan sempurna. Terdapat 2 buah peti undi ditutup secara salah bagi membolehkannya mudah dibuka. Di dalam sebuah lagi peti undi, sampul berwarna merah telah dipotong dan kertas-kertas undi telah disimpan secara tidak kemas!

Ketika agen PKR sibuk merakamkan gambar-gambar mengenai tanda-tanda penipuan pengundian, tiba-tiba pegawai pilihanraya itu telah membuat suatu pengumuman yang mengejutkan. Dia telah mengarahkan supaya semua kertas undi dikeluarkan dari peti-peti undi, yang diterima dari kesemua 40 buah pusat pengundian itu, untuk dimasukkan ke dalam satu beg untuk disimpan semula!

Kenapakah pegawai pilihanraya, yang bertugas di bawah seliaan Ketua Pegawai Pilihanraya Chai Ko Het yang tidak hadir itu, telah memutuskan untuk mengengkari arahan-arahan dan peraturan-peraturan pilihanraya sedemikian?

Jika Dr Teo memutuskan untuk menentang kes penipuan pilihanraya itu, maka dia sedar bahawa dia sebenarnya menentang sistem kehakiman yang dikawal oleh Taib yang korup dan tidak adil.

Walaupun pihak pemerintah telah bekerja keras melaksanakan penipuan dalam pilihanraya itu, namun umum kebanyakannya telah juga berjaya meraih 45% dari keputusan undi rasmi. Angka tersebut memberikan gambaran rasa tidak puas hati rakyat negeri ini terhadap pimpinan korup Taib selama 30 tahun dan juga jangka masa separuh abad pimpinan BN.

Video Lucah 'Datuk T' Ditabur di Masjid

SHAH ALAM, 14 MEI: Video lucah fitnah Datuk T yang dimuat naik di Youtube selain di pos kepada pemimpin politik tertentu dan diedar di kawasan perumahan, kini di sebarkan di masjid-masjid pula untuk mengaibkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pihak yang tidak dikenali meletakkan rakaman seks itu di Masjid Al-Hadiyah Telok Panglima Garang Kuala Langat pada Ahad lalu.

Nazir Masjid Al- Hidayah, Rahman Amir berkata video berkenaan dijumpai semasa jemaah masjid bersarapan selepas mendengar kuliah subuh di masjid itu.

"Nasib baiklah saya yang menemui dan tidak jemaah lain yang menjumpainya. Saya dengan tindakan sendiri sebagai seorang nazir tidak mahu bersubahat dengan perkara yang mana mungkin membolehkan terjadinya keadaan yang huru hara, kerana benda ini kita tonton kerap di TV. Tidak cukup di TV, disebar luas pula di masjid, tempat suci umat islam beribadah," kata beliau

Rahman kesal terhadap kesanggupan pihak yang tidak bertanggungjawab mencalar kesucian masjid dan agama untuk tujuan politik jahat dengan menyebarkan video itu.

Dewan Pemuda PAS Kuala Langat (DPPKL) turut mengutuk tindakan itu dan menyifatkannya sebagai “tidak bertamadun”.

Ketua DPPKL, Hairul Nizam Tohar berkata pengedaran video lucah di masid bukan sahaja menghina kesucian agama Islam tetapi turut menyuburkan budaya fitnah di kalangan rakyat.

“Penyebaran VCD lucah ini dilihat sebagai agenda politik sempit dan kotor yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang cuba menangguk di air keruh. Tidak mustahil ada lagi VCD yang disebarkan di masjid lain,” kata beliau kepada TVSelangor.

Mengulas isu yang sama, ADUN Sijangkang, Ahmad Yunus Khairi menegaskan rakyat harus menolak fitnah seks tersebut berikutan Islam menggariskan hukum yang jelas sebelum menuduh seseorang itu melakukan zina.

"Islam meletakkan 4 orang saksi. Ini bukan main- main. Saksi mestilah cerdik, adil, muqallaf," katanya.

Beliau turut mempertikaikan tindakan ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah yang membuat sumpah laknat dalam usahanya membabitkan Anwar dalam pertuduhan itu.

"Dalam Islam sumpah laknat di dalam zina hanya dibenarkan apabila suami menuduh isterinya berzina dan perkara tersebut berlaku di dalam mahkamah," jelasnya.

Tindakan Eskay membuat sumpah laknat sebelum ini dibidas oleh beberapa pihak termasuk mufti-mufti yang menegaskan hukum qazaf adalah cara terbaik untuk menangani isu- isu fitnah.

Video seks 21 minit itu ditayangkan oleh Eskay, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim.

Sebelum ini video seks fitnah dan risalah memalukan Anwar dikesan diedarkan secara meluas dari rumah ke rumah di daerah Klang.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Klang, Yew Boon Lye semalam membuat laporan polis berhubung pengedaran risalah dan cakera padat (CD) rakaman video seks itu ke rumah-rumah di Teluk Gadung Indah Klang.

Boon Lye mensyaki perbuatan itu didalangi oleh kumpulan pro Umno. Mereka mula mengedarkan risalah dan video itu dari rumah ke rumah sekitar jam 10.00 malam Sabtu lalu.

Menurut Boon Lye lagi, kegiatan mengedarkan bahan lucah itu juga turut aktif sewaktu Ceramah Perdana Anwar di Klang baru-baru ini dimana ia dilihat bertaburan di sekitar kawasan perumahan.
-tvsnews-

Pemimpin UMNO tonton video seks bersama isteri

Selatanonline
Umno menyambut ulangtahun ke 65nya semalam dalam keadaan masih taksub dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau sudah 13 tahun meninggalkan parti itu .


Serangan ke atas Ketua Pembangkang itu menjadi tumpuan utama di Pusat Dagangan Dunia Putra dengan perwakilan diberikan naskah percuma buku berjudul Tuhan, Politik dan Seks' yang menfitnah Anwar dengan tuduhan jijik, menggunakan bahasa lucah.

Buku setebal 555 halaman adalah hasil penulis upahan Syed Hussein Al Attas. Ia diberikan kepada semua hadirin sebagai cendermata yang dimasukkan dalam sebuah beg.

Pada muka hadapan buku itu tertera gambar palsu Anwar yang berambut panjang perang, bergincu serta berkuku merah dan lasa bel “18SX”.

Turut dihentam dalam bukunya ialah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Syed Hussein memperuntukan satu bab dengan tajuk “Nik Aziz: Ulamak Nyanyuk”.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan memberitahu hadirin di satu forum bahawa beliau dan isterinya menonton video lucah Datuk T dan “yakin” pelaku itu adalah Anwar.”

Maslan tidak menerangkan keperluan beliau mengajak isterinya untuk sama-sama menonton video lucah 21 minit itu.

“Saya telah saksikan video itu dan yakin pelaku dalamnya adalah Anwar,” kata Ahmad Maslan di depan beberapa ulama Umno yang menyertai sebuah forum sempena ulangtahun ke 65 parti itu.

Sebelum itu ulama muda Fathul Bari Mat Jahya berkata dakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam.

Fathul berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu adalah dosa besar dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.

"Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," kata beliau.

Namun segala pengamatan Fathul itu ditolak oleh Ahmad Maslan yang mendakwa Umno tidak terlibat dalam fitnah sebegitu.

Namun Ketua Penerangan itu alpha dan tidak menerangkan kenapa buku seks Syed Hussein yang menfitnah Anwar diberikan kepada perwakilan Umno.


Ulasan Tok
Sifat orang munafik memang begitu. Mulut kata sayang Islam tapi hukum Islam di sepak ke dalam longkang. Semalam kata lain hari ini buat lain. Memang patut Umno ni parti orang munafik, munafik pada diri, keluarga, bangsa, negara dan agama. 

Negara Kristian - Razali Jadi Alat Polis ?

NONEKUALA LUMPUR, 14 MEI: Pada 8 Mei lalu, Ahli DAP Mohamad Razali Abdul Rahman hadir sama dengan Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi membuat laporan polis bahawa Utusan Malaysia menyiarkan berita fitnah kononnya wujud konspirasi paderi mahu menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia.

Laporan polis itu memaksa Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein mengeluarkan pelbagai kenyataan untuk “melindungi” Utusan Malaysia yang dimiliki oleh Umno.

Hishamuddin, khususnya, diserang dalam laman-laman blog kerana masih mempertahankan Utusan, sungguhpun Ooi dan paderi berkenaan menafikan mesyuarat mereka menjurus kepada penubuhan negara Kristian.

Secara tiba- tiba, semalam Razali membuat laporan polis memberikan versi lain mengenai mesyuarat paderi itu. Kehadiran semua beliau di balai polis kali kedua diberi liputan penuh oleh Utusan dan media arus perdana lain.

Laporan polis Razali itu kemudian dipergunakan oleh Hishamuddin untuk mengeluarkan kenyataan kononnya berita "Negara Kristian" yang disiarkan Utusan mempunyai asas.

Laporan polis oleh Razali bertambah mencurigakan apabila didapati beliau adalah saudara kepada seorang pegawai polis Cawangan Khas di kawasan parlimen Jelutong.
utusan mohamed razali report police 140511 02
Ooi tidak menolak kemungkinan Razali dipujuk atau dipaksa membuat laporan polis yang boleh diguna oleh pihak berkuasa termasuk Hishamuddin bagi menghalalkan laporan Utusan itu.

Razali adalah ahli jawatankuasa DAP Bukit Tumba. Beliau tidak dapat dihubungi sejak semalam oleh pimpinan DAP untuk mendapatkan penjelasan.

Apa yang jelas ialah Hishamuddin kini mempunyai alasan untuk menghalalkan tindakan KDN untuk hanya memberi surat teguran kepada Utusan bersabit laporan itu. Surat teguran itu dikeluarkan kelmarin, sehari sebelum Razali membuat laporan polisnya.

"Kami diberitahu Mohamed Razali dan anggota polis itu ada pertalian keluarga dan anggota itu yang dikatakan berperanan membantu Utusan Malaysia mendapatkan berita itu. Saya harap polis juga boleh mula siasat dari sudut ini dan adil serta bebas dalam siasatan kes berkenaan," kata Ooi kepada wartawan.

"Kita tidak tahu motif atau niatnya membuat laporan polis lima hari setelah kami membuat laporan polis menafikan dakwaan yang dibuat di Utusan... (yang) juga diiringi oleh beliau,” kata Ooi sambil menunjukkan sekeping gambar Mohamed Razali bersamanya ketika membuat laporan polis pada 8 Mei lalu.

Semalam, polis mengesahkan mereka menerima laporan yang mempunyai 'variasi lain' berhubung apa yang terjadi. Bagaimanapun kedua-dua Mohamad Razali dan pihak berkuasa juga enggan mendedahkan apa yang terkandung dalam laporan itu.

"Kami berharap Mohamed Razali mengulangi apa yang dilaporkannya kepada polis supaya kami boleh mengambl tindakan undang-undang jika kenyataannya mengancam kedudukan DAP dan masyarakat Kristian,” kata Ooi.

jeff ooi on utusan mohamed razali report 140511 03Utusan pada 7 Mei lalu, bersandarkan pendedahan di dua blog pro-Umno menyiarkan tajuk utama mendakwa paderi Kristian bercadang menukar agama rasmi persekutuan dan melantik seorang pemimpin di kalangan penganut agama itu sebagai perdana menteri.
Ooi berkata tindakan Mohamed Razali, yang tampil bagi membuat laporan untuk membolehkan Hishamuddin menyatakan laporan Utusan itu “ada asas kebenaran” sebagai tidak logik.

"Jika wujud konspirasi, kami tidak akan menjemput sesiapa, apa lagi seorang Islam.

"Ini common sense dan bagi mendakwa saya adalah penganjur supaya ikrar (negara Kristian) seperti ini diadakan juga tak masuk akal. Mereka harus tahu, saya beragama Buddha dan mengamalkan ajaran itu,” kata Ooi.

Menurut Ooi, kali terakhir beliau berhubungan dengan Mohamed Razali adalah pada 8 Mei lalu dan kedua-dua mereka mempunyai hubungan rapat selepas beliau meninggalkan Umno Pulau Pinang untuk menyertai DAP pada 2008.

Ahli parlimen itu berkata beliau cuba menghubungi lelaki itu yang disifatkannya sebagai “penyokong setia DAP” tetapi gagal.
-tvsnews-

Lelaki 87 tahun pernah berkahwin 107 kali

BELLO MAASABA duduk bersama tiga orang isterinya.
BIDA: Seorang lelaki di Nigeria, Bello Maasaba berusia 87 tahun telah berkahwin dengan 107 wanita dan memiliki 185 orang anak, lapor sebuah akhbar kelmarin. Anak bongsunya baru berusia sebulan.

Bekerja sebagai seorang pengamal perubatan Islam, Bello kini memiliki 86 isteri berusia dari 19 tahun hingga 64 tahun. Sembilan isterinya telah meninggal dunia manakala dia menceraikan 12 yang lain.

"Saya mendapat ilham daripada Tuhan yang memberitahu saya wanita yang mana patut saya berkahwin," kata warga emas tersebut.

"Tanpa ilham tersebut, saya tidak akan mengahwini lebih daripada dua isteri," tambahnya. Dia tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah yang memiliki 89 bilik di sini.

Seluruh keluarganya termasuk mertua, ipar, sepupu dan anak saudara kini berjumlah sekitar 5,000 orang.

Bello pernah dipenjara tiga tahun lalu apabila dia enggan menceraikan semua isterinya kecuali empat isterinya seperti yang diarahkan pihak berkuasa agama Islam Nigeria.

Semasa kes itu dibicarakan, puluhan isterinya memberi keterangan bahawa mereka berkahwin dengan ikhlas. Selepas mendengar keterangan 57 wanita, hakim mahkamah terbabit mengarahkan supaya Bello dibebaskan.

Mengenai kehebatannya di ranjang, Bello memberitahu, ia adalah anugerah Tuhan. "Sekiranya saya gagal memuaskan isteri-isteri saya, mereka akan meninggalkan saya," ujarnya. 
-Agensi-

Lelaki gila potong kepala wanita

ORANG ramai dan anggota polis melihat lelaki yang menotong kepala seorang wanita di Los Cristianos, Tenerife, semalam.
LOS CRISTIANOS, Tenerife: Seorang lelaki kurang siuman bersenjatakan pisau menggemparkan para pelancong apabila memegang satu kepala wanita yang dipotongnya di lokasi pusat peranginan terkenal Sepanyol iaitu Los Cristianos, Tenerife di kepulauan Canary, lapor sebuah akhbar semalam.

Pembunuh itu dikatakan menyerang mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an atau 60-an dan melarikan kepalanya di sebuah pusat beli-belah yang sibuk kira-kira pada pukul 10.25 pagi waktu tempatan.

Saksi-saksi memberitahu melihat suspek berlari dari pusat beli-belah dengan memegang kepala mangsa dan darah menitis ke tanah.

Beberapa pengawal keselamatan mengejarnya sebelum menjatuhkannya ke tanah dan menunggu kehadiran anggota-anggota polis.

Penyerang tersebut dilaporkan telah mengekori mangsa yang bekerja di sebuah pasar raya dalam pusat beli-belah Valdes selama beberapa hari sebelum pembunuhan ngeri itu berlaku.

Dia didakwa telah keluar dari Hospital de La Candelaria pada Februari lalu untuk menjalani rawatan berkaitan keganasan.

Namun, timbul kekeliruan dalam laporan mengenai senjata yang digunakan suspek sama ada parang, pedang atau penyodok tanah. 
-Agensi-

Imej misteri dalam jentera bomba

GAMBAR ahli keluarga Rozaidi yang dirakam di hadapan sebuah jentera bomba yang memaparkan imej misteri wanita berambut panjang (dalam bulatan) di Dataran Merdeka baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu peribadi, Rozaidi Ahmad, 42, terkejut dengan kemunculan imej misteri di dalam gambar yang dirakamnya semasa mengunjungi Hari Bomba Malaysia di Dataran Merdeka di sini baru-baru ini.

Menurutnya, imej tersebut yang menyerupai seorang wanita berambut panjang dikesan pada gambar yang dirakam menggunakan kamera digital pada 7 Mei lalu.

“Kami sekeluarga menyedari imej pelik berkenaan dua hari selepas itu semasa anak sulung saya memasukkan gambar-gambar daripada kamera ke komputer riba.

“Kami terkejut apabila ada imej lain yang menyerupai seorang wanita berambut panjang di dalam jentera bomba,” ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.
-kosmo-

Lelaki putus cinta disimbah asid



Mohamad Hanif yang melecur dimuka akibat disimbah asid dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah semalam. Gambar kecil Mohamad Hanif sebelum melecur.
KANGAR: Kebiasaannya wanita kerap menjadi sasaran disimbah asid gara-gara cemburu namun lain pula yang berlaku di Kampung Sentang, Utan Aji dekat sini semalam apabila seorang lelaki disimbah asid oleh dua lelaki tidak dikenalinya.
Semasa kejadian pada pukul 1 pagi, Muhamad Hanif Sunaid @ Shuib, 24, yang bekerja sebagai pemandu lori berada di rumah seorang diri sebelum dia membuka pintu rumahnya selepas diketuk dua lelaki.
Sebaik pintu dibuka, seorang daripada lelaki itu terus menyimbah asid ke arahnya menyebabkan mangsa melecur 50 peratus pada muka dan sebahagian pinggang.
Akibat terkena cecair itu, Muhamad Hanif dikatakan menggelupur dan meraung kesakitan.
Muhamad Hanif yang bergegas keluar mencari pertolongan ditemui di tepi jalan kira-kira 30 meter dari rumahnya oleh seorang penunggang motosikal. Semasa ditemui mangsa dalam keadaan separuh bogel kerana pakaiannya melecur.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, motif serangan dua lelaki itu berkemungkinan disebabkan cemburu atau dendam.
-kosmo-