"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Panas! 28 ADUN BN Sarawak akan lompat parti?

odah
Berita ini diperolehi daripada Twitter salah seorang blogger gerombolan songkok tinggi yang terkenal. Bagaimanapun nama blogger tersebut tidak disiarkan di sini memandangkan beliau tidak mahu perkara ini dihebohkan.


Menurut blogger ini, 28 ADUN Barisan Nasional yang telah memenangi Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini terdiri daripada kaum Iban dan Bidayuh, akan bertindak keluar BN untuk menyertai parti lawan sekiranya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud merangkap perompak wang rakyat tidak mahu meletak jawatan.

Di bawah ini screenshot yang diambil daripada akaun Twitter blogger tersebut.
 

Bagaimanapun, ReJaM© menganggap berita ini hanyalah sekadar cakap-cakap atau khabar angin yang tidak perlu digembar gemburkan. Barangkali ada gesaan dari "orang dalam" Barisan Nasional yang mahu Taib Mahmud segera meletak jawatan kerana menyedari beliau selama ini jelas menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional. Ini jelas kerana salah laku beliau sudah menjadi bangkai gajah yang tidak mampu ditutup dengan tudung saji.

Salah seorang orang dalam BN yang bersungguh-sungguh mahu Taib Mahmud meletak Jawatan adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saudara Khairy Jamaluddin. Beliau dilihat begitu bersungguh-sungguh mahu Taib meletak jawatan meskipun keputusan PRN Sarawak belum lagi diketahui secara rasmi [MsianInsider]./MS

Azmin dakwa tidur malam Rosmah tak lena

NONETidak dapat dipastikan bagaimana timbalan presiden PKR Azmin Ali mengetahuinya tetapi dakwanya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai masalah untuk tidur malam sejak kebelakangan ini, terutamanya selepas pilihan raya Sarawak.

Azmin, yang juga ahli parlimen Gombak mendedahkan bahawa Najib pula bergelut dengan dilema sama ada untuk membubarkan parlimen ataupun terus menunggu sehingga tahun 2013.

Justeru, katanya, penyokong Pakatan rakyat perlu bersiap sedia sama ada pilihan raya umum ke-13 negara diadakan tahun ini ataupun tidak.

"Sama ada awak adalah rakyat Malaysia, ahli parti, ADUN ataupun ahli parlimen, bersiap-sedialah,” katanya kepada kira-kira 500 hadirin pada majlis makan malam bagi mengutip derma di cawangan PKR Bukit Gelugor di Pulau Pinang, malam semalam.

Azmin berkata beliau yakin jika rakyat bersiap sedia, maka menjelang pilihan raya umum akan datang, Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya yang kini diduduki oleh BN.

najib and rosmah 250608 01"Ada orang kata pilihan raya umum akan ditangguhkan... tetapi ramai pula kata jika tangguhkan keputusannya mungkin lebih teruk kepada BN,” katanya.

"Sebab itu Najib dalam dilema dan Rosmah pula tidak lena tidur malam,” katanya.

Azmin berada di Pulau Pinang bagi mewakili Anwar yang tidak dapat menghadiri lawatan dua harinya ke negeri itu kerana masalah kesihatan.

Beliau kemudiannya bergegas ke ceramah perdana 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' bertempat di Dewan Sungai Tiram, Batu Maung.

Antara yang berucap selain Azmin adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Isu yang disentuh ialah pembaziran emel 1Malaysia yang menelan kos RM50 juta, muslihat slogan 1Melayu, 1Bumi' yang dibangkitkanUtusan Malaysia, sebuah akhbar milik Umno-BN dan banyak lagi.
NONE
Dalam ucapannya, Azmin menyelar sikap sikap hipokrit Najib dalam isu 1Melayu, 1 Bumiputera yang dicanangkan Utusan Malaysia yang konon untuk menyatukan semua Melayu sedangkan akhbar itu sebenarnya memecah belahkan perpaduan Melayu.

Azmin berkata Najib secara tiba-tiba semalam menafikan hubung kait antara Utusan Malaysia dan pimpinan Umno BN yang selama ini menjadi lidah rasmi parti itu.

“Inilah hipokrit Barisan Nasional pimpinan Najib. Najib kata: 1Melayu, 1Bumiputera pandangan editor Utusan Malaysia.

“Wahai Najib dan Rosmah, kita tahu Utusan Malaysia disokong Umno. Kita tahu Utusan Malaysia surat khabar milik Umno. Kita juga tahuUtusan Malaysia hidup kerana Umno yang memainkan politik perkauman,” kata Azmin.

-malaysiakini-

Kes Rasuah : ADUN Behrang Bebas, ADUN Changkat Jering diarah Bela Diri

IPOH, 23 APRIL: ADUN Behrang, Jamaludin Radzi diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh atas tuduhan menerima rasuah, manakala ADUN Changkat Jering, Osman Jailu diperintahkan membela diri atas tuduhan yang sama.

Hakim Teo Say Eng memutuskan Osman membela diri berikutan bukti yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak kukuh.

Osman dan Jamaludin didakwa kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar.

Bagaimanapun kes mereka digugurkan oleh Mahkamah Seksyen pada 23 April 2010. Pihak Pendakwa Raya bagaimanapun tidak berpuas hati dan ingin kes mereka ini disebut semula.

Kes mereka disebut semula 22 April 2011 Mahkamah Tinggi Ipoh.

Jamaludin dibebaskan kerana rakaman video dan audio yang dijadikan bukti oleh pihak pendakwa raya tidak jelas.

Transaksi rakaman perbualan telefon Jamaludin dikatakan tidak jelas dan seringkali terputus.

Osman dan Jamaludin adalah bekas ADUN Pakatan Rakyat Perak sebelum melompat ke parti UMNO BN setelah disabitkan kesalahan terlibat dengan kes rasuah.

Tindakan melompat parti 2 ADUN ini dan ADUN Jelapang, Hee Yit Fong dikatakan didalangi oleh UMNO BN sehingga membolehkan mereka melakukan rampasan kuasa dinegeri Perak.
-tvsnews-

Fokus jatuhkan BN, bukan pemimpin PAS- Husam

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 23 April: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Husam Musa menegaskan bahawa PAS perlu fokus dalam usaha menumbangkan BN bukannya menjatuhkan kepimpinan PAS sedia ada.

Katanya, kepimpinan parti yang diterajui Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang masih diperlukan dan Abdul Hadi sendiri adalah paling layak menerajui PAS buat masa ini.

“Isu presiden dicabar atau tidak, kita tidak perlu memberi respons secara berlebihan, nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah Barisan Nasional bukan PAS,” katanya.

Beliau yang juga Bekas Naib Presiden PAS berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Batu di sini hari ini.

Tambahnya, apa yang penting kepada PAS sekarang adalah proses "penyegaran" semula dengan dibawa elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Justeru kata beliau, usaha yang perlu diberi perhatian ialah sasaran menjatuhkan Barisan Nasional (BN), bukannya Abdul Hadi selaku salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

Abdul Hadi juga disifatkannya sebagai "terbukti" layak untuk terus menyandang jawatan Presiden kerana sudah menghadapi banyak cabaran.

“Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti... mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS,” kata beliau.

Sebelum ini PAS kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan beliau bertanding jawatan Presiden PAS pada Muktamar parti itu yang akan diadakan 3 hingga 5 Mei ini.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya menyatakan kepada Abdul Hadi untuk terus menerajui kepimpinan PAS.

Gaji kakitangan kerajaan naik 1 Mei

Abu qayyum
As-salamualaikum, Saya cuba mendaftar tetapi tidak berjaya, mungkin pendaftaran telah ditutup atau saya tidak layak. Saya nak respons topik "Gaji Kakitangan Kerajaan Naik 1 Mei"
Saya juga dengar desas-desus itu tetapi, bukan naik begitu sahaja. Khabarnya sekarang jumlah kakitangan akan diaudit untuk mengurangkan jumlah kakitangan kerajaan.

Jawatan yang kosong tidak diisi akan dilupuskan. Kakitangan yang mohon berhenti atau bersara opsyen akan diluluskan. Jelas, kerajaan sedang cuba mengurangkan beban penggajian kakitangannya. Tetapi apa akan jadi kepada nasib kakitangan dan pelajar di universiti apabila mereka tamat pengajian nanti.

Khabarnya juga Kerajaan sedang membuat anggaran harga beberapa fasilitas kerajaan seperti hospital, universiti dsb untuk dicagarkan kepada negara luar khususnya timur tengah. Ini bertujuan mendapatkan dana bagi tujuan sesuatu oleh pihak tertentu. Dalam kata lain fasilitas ini akan dijual kepada negara luar bermakna rakyat akan membayar untuk mendapatkan perkhidmatannya nanti.

Jika dilihat strategi ini sama seperti mana MAS disusun semula dahulu yang mana penyusunnya itu kini mengetuai PEMANDU.

Cubalah siasat maklumat ini, terima kasih.

Abu qayyum

Gimnasium bogel di Sepanyol


BEBERAPA pengguna berbogel semasa menggunakan peralatan bersenam di gimnasium Easy Gym di Arrigorriaga, Sepanyol baru-baru ini.
ARRIGORRIAGA: Para pengguna gimnasium Easy Gym di sini, Sepanyol dibenarkan berbogel termasuk wanita semasa mereka menggunakan peralatan untuk bersenam, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemilik gimnasium itu, Mercehe Laseca memberitahu Perbadanan Penyiaran Britih bahawa keputusan itu dibuat adalah kerana untuk mendapatkan lebih ramai pengunjung.
"Ekoran krisis (ekonomi), kami mengetahui hanya terdapat sejumlah kecil orang yang menggunakan gimnasium.
"Namun, inisiatif (membenarkan pengguna berbogel) adalah kerana wang," kata Laseca.
Namun, dia berasa kecewa pada hari pertama para pengguna dibenarkan berbogel kerana hanya empat orang sahaja termasuk wanita yang tidak memakai sebarang pakaian semasa bersenam.
Walaupun sambutan kurang menggalakkan, seorang guru yoga sudah menawarkan untuk membuka kelas untuk para pelajarnya berbogel di gimnasium tersebut.
-Agensi-

Keluarga Tunggu Respons AG Tentukan Kes Sarbani

KUALA LUMPUR, 23 APRIL: Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed mahu melihat respons Peguam Negara berhubung laporan siasatan polis mengenai kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu bagi menentukan tindakan susulan pihaknya.

Peguam keluarga itu Ghazali Mohd Ramli berkata, sebarang tindakan lanjut bergantung pada keputusan Peguam Negara setelah menilai kertas siasatan yang akan diserahkan polis berhubung kematian Ahmad Sarbaini.

Ahmad Sarbaini ditemui meninggal dunia di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan pada 6 April lalu dan punca kematian adalah disebabkan kecederaan pada bahagian kepala.

“Tindakan sewajarnya akan diambil apabila diputuskan oleh pihak Peguam Negara berdasarkan laporan hasil siasatan polis.

“Setakat ini saya masih tidak boleh nak cakap apa-apa lagi, saya pun tidak tahu apa laporan itu... jadi kita tunggu keputusan Peguam Negara dulu,” kata Ghazali kepada The Malaysian Insider.

Jelas Ghazali, beliau tidak mahu memberikan apa-apa kenyataan bagi mengelakkan berlaku sebarang campur tangan dalam siasatan polis.

“Kita tidak tahu apa yang berlaku, apa yang kita tahu Allahyarham jatuh dari tempat tinggi tapi sebab apa dia jatuh kita tidak tahu.

“Apa yang kita tahu banyak spekulasi sahaja, kita tidak ada maklumat dan saya percaya polis tahu apa yang berlaku... apa-apa kita tunggu sahaja keputusan Peguam Negara,” kata beliau.

Kelmarin, polis berkata kematian Ahmad Sarbaini disebabkan kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan SPRM.

Justeru kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, kini terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan.

“(Dengan ini) saya minta semua spekulasi dihentikan kerana siasatan sudah dilengkapkan.

“Kertas siasatan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negeri minggu ini atau paling lewat minggu depan,” katanya.

Kata beliau, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang.

Zulkifli juga berkata punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia.
-tvsnews-

Apa kaitan video seks dengan buat bom? - OKU mangsa ISA

NONE
Tidak jauh daripada daripada beberapa bangunan kodominium mewah yang dinamakan Bangsar South, ada sebuah rumah usang yang dibina menggunakan papan lapis dan beratapkan zink,. Beberapa tulisan dalam bahasa Arab menyambut kehadiran tetamu di ruang masuk.

Di dalam rumah itu, menurut pihak berkuasa dihuni seorang lelaki yang mengancam keselamatan negara.

Pada 1 April lalu, beberapa anggota polis menyerbu rumah kecil itu dan mengheret seseorang yang dipercayai mereka seorang pembuat bom - iaitu seorang lelaki kurang upaya - Kadir Hashim yang berusia 43 tahun.

Dan menurut lelaki yang kudung pergelangan tangan kirinya dan tidak membunyai ibu jari kanan sejak hari tersebut beliau ditahan dan disoal siasat selama 21 hari di mengikut Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

NONE“Saya memang bersedia untuk pergi (dipenjarakan) selama dua tahun atau lebih. Saya tahu saya tidak buat apa-apa kesalahan dan akhirnya saya mesti dibebaskan. Dan selepas dua tahun itu saya bersedia untuk menjawap untuk dua tahun lagi.

“Tetapi sudah tentu saya terfikirkan keluarga saya. Perkara paling saya benci jika dipenjarakan selama dua tahun jika tidak dapat menyertai kebangkitan rakyat di Malaysia seperti di Timur tengah... jika ia berlaku,” katanya.

Kadir yang ditemui ketika dikunjungi oleh pemuda PKR semalam berkata soalan-soalan yang dilemparkan kepadanya oleh polis seolah-olah satu bentuk jenaka,

“Mereka tuduh saya hendak bom Suruhanjaya Pilihan raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, polis, sistem maklumat mereka... Saya rasa ini agak lucu dan mereka yang mengenali saya juga akan berpendapat yang sama.

“Saya cacat. Macam mana nak buat bom?” soalnya di rumah yang dikongsinya bersama ibunya yang uzur.

Main mercun
NONEMalah, beberapa rakannya bergurau paling hampir Kadir yang bersaiz kecil itu mendekati bahan letupan ialah ketika berumur lapan tahun, apabila beliau hilang tangan dan separuh ibu jarinya akibat bermain mercun.

Meskipun menafikan beliau tahu sebab polis menangkapnya, Kadir membayangkan kemungkinan ia ada kaitan dengan tulisannya di Facebook yang sesetengahnya menyokong perang gerila.

Antaranya, Kadir yang bekerja secara penuh masa mengendalikan sebuah warung tomyam secara berjenaka menulis bahawa kerja beliau adalah 'gerila sambilan'. Namun dakwanya beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan berhubung senjata api.

“(Semasa disoal) polis membawa tiga kotak senjata api dan minta saya kenalpasti jenisnya dan jenis peluru yang diperlukan oleh setiap satu senjata itu. Saya hanya pernah tengok senjata api di televisyen,” katanya.

NONEMenurut Kadir, matanya ditutup apabila dibawa dari satu balai polis ke satu balai polis yang lain. Pakaiannya juga ditanggalkan bagi pemeriksaan sebelum beliau dibawa ke pusat tahanan yang tidak diketahui lokasinya.

“Tak ada tilam atau bantal, kena tidur di lantai saja. Apabila dibawa untuk mandi, mata saya juga ditutup. Saya juga naik empat tingkat tangga ke bilik pegawai penyiasat (IO) untuk disoal setiap hari.

“Kemudian, mereka pindahkan saya ke sel di bangunan yang sama dengan pejabat IO. Di situ ada tilam dan bantal.

“Mata saya juga tidak lagi ditutup apabila meninggalkan bangunan itu, saya diberi makan di pejabat IO... makan baik, biryani dan macam-macam. Tetapi saya tidak ada selera,” katanya sambil menambah beliau tidak dicederakan secara fizikal.

-malaysiakini-

1,000 hadir dengar Azmin dedah muslihat ’1Melayu, 1Bumiputera’

Ucapan Azmin bukan sahaja membakar semangat hadirin, bahkan mendedahkan tembelang muslihat politik Umno BN
PULAU PINANG: Lebih 1,000 orang membanjiri ceramah perdana ‘Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia’ bertempat di Dewan Sungai Tiram, Batu Maung malam ini.
Mereka, kebanyakannnya keturunan Melayu mengikuti pelbagai isu semasa yang disampaikan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Antara isu yang disentuh ialah pembaziran emel 1Malaysia yang menelan kos RM50 juta, muslihat slogan 1Melayu, 1Bumi’ yang dibangkitkan Utusan Malaysia – sebuah akhbar kawalan Umno Barisan Nasional (BN) dan banyak lagi.
Dalam ucapannya, Azmin menyelar sikap sikap hipokrit Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1Melayu, 1 Bumiputera yang dicanangkan Penolong Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan, konon untuk menyatukan semua Melayu sedangkan akhbar itu sebenarnya memecah belah perpaduan Melayu.
Hadirin khusyuk mengikuti ucapan pimpinan Pakatan Rakyat. (Gambar lebih jelas akan dimuat naik kemudian)
Ahli Parlimen Gombak itu kesal kerana Najib secara tiba-tiba menafikan hubung kait antara akhbar Utusan Malaysia dan pimpinan Umno Barisan Nasional (BN).
“Inilah hipokrit Barisan Nasional pimpinan Najib. Najib kata: 1Melayu, 1Bumiputera pandangan Editor Utusan Malaysia.
“Wahai Najib dan Rosmah, kita tahu Utusan Malaysia disokong Umno. Kita tahuUtusan Malaysia surat khabar milik Umno. Kita juga tahu Utusan Malaysiahidup kerana Umno yang memainkan politik perkauman,” kata Azmin.
Selain Azmin dan Guan Eng turut berucap ialah Exco Pulau Pinang, Abdul Malek Abul Kassim dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.
Azmin menggantikan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat hadir pada saat-saat akhir berikutan masalah kesihatan yang tidak serius.
Terdahulu, Azmin hadir ke majlis makan malam KEADILAN Cabang Bukit Gelugor di Tapak Pesta Sungai Nibong pada jam 8 malam sempena ulang tahun ketiga penubuhan cabang berkenaan.
Pada majlis itu, seramai 30 orang menyertai KEADILAN (Untuk berita itu, klik ini)

Kritik Hadi Tidak Bermakna Saya Orang Suruhan Anwar - Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 23 APRIL: Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari yang awal minggu ini menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada PAS dan agar parti itu menerima perubahan kepimpinan menafikan beliau bertindak sebagai “orang suruhan Datuk Seri Anwar Ibrahim.”

Sebaliknya, ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa ini menegaskan, beliau hanya membuat pandangan sedemikian berdasarkan pengamatannya, selain menerima input daripada pelbagai pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

“Faktanya ialah saya tidak menjalankan arahan DSAI (Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Ini fitnah, ini tak betul sebab ia tidak wujud. Persepsi orang itu soal mereka. Tetapi mereka tak boleh kata saya ini orang suruhan DSAI.

“Sebab ini memang tidak wujud. Saya komen sendiri tanpa diarah atau berbincang dengan DSAI,” kata beliau mengulas kenyataan bekas pemimpin Angkatan Muda PKR Johari Md Yassin semalam, yang mendakwa penganalisis itu nenerima arahan daripada Ketua Umum PKR itu.

PR dianggotai PAS, PKR dan DAP.

Sehubungan itu kata Aziz, beliau berani menggertak mereka untuk mengambil tindakan undang-undang jika merasakan tidak betul.

Laporan media sebelum ini memetik Aziz, yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS menegaskan, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Hadi yang kini dilihat sebagai liabiliti.

Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Lebih-lebih lagi pandangan ini dilontarkan selepas PAS sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi di Sarawak apabila tewas di kesemua lima kerusi yang ditandinginya Sabtu lalu.

Dalam reaksi balasnya ini, Aziz berkata beliau membuat pandangan berdasarkan pengamatan dan juga menerima maklumat daripada pimpinan tertinggi dalam PAS.

“Tapi saya tak boleh dedahkan mereka. Saya buat pemerhatian berdasarkan kajian yang dibuat oleh pelbagai pengkaji yang disahkan oleh keresahan dalam parti contohnya Bukit Bintang. Maklumat yang saya perolehi itu hanyalah secebis tip,” katanya sambil menambah, sebab itu media termasuk akhbar arus perdana menghubunginya untuk komen dan ulasan.

Bagaimanapun kata beliau, apa yang diperkatakan oleh bekas pemimpin PKR itu “bukan ‘fair comment’, yakin mengada-adakan sesuatu yang tidak wujud.”

Susulan komen Aziz, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Rabu lalu, mempertahankan Hadi dengan berkata, PAS tidak perlu mengubah pemimpin hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi di Sarawak minggu lalu.

Sambil menegaskan tindakan menukar pemimpin hanya kerana pilihan raya sebagai “langkah kurang tepat”, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, “pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.”

Malah Rabu lalu, Hadi berkata, beliau sedia ditentang pada pemilihan pusat Jun ini.

“Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selama-lamanya.

“Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis,” kata beliau dipetik media.

Kata Hadi, PAS juga mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin selain memantapkan kepimpinan parti.

“Pertandingan digalakkan bukan sahaja bagi jawatan parti peringkat cawangan dan kawasan, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi melibatkan jawatan presiden, timbalan dan naib,” kata beliau.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata pemimpin, ahli dan penyokong perlu sambut baik jika ada pencalonan daripada pemimpin PAS untuk jawatan tertentu daripada latar belakang dan pendidikan yang berbeza.
-tvsnews-

Ikan paus gergasi jinak di lagun Mexico



SEBUAH bot pelancong mendekati seekor ikan paus gergasi di lagun San Ignacio, Mexico baru-baru ini.
BANDAR RAYA MEXICO: Para pelancong kini boleh melihat beberapa ekor ikan paus kelabu gergasi seberat 40 tan di barat pantai Mexico, lapor sebuah akhbar semalam.
Sejumlah pelancong dari seluruh dunia bermain dengan sekumpulan keluarga ikan paus tersebut yang tinggal di lagun San Ignacio, Mexico dengan menyentuh lidah dan menggosok badan haiwan tersebut.
Seorang ahli zoologi Mark Carwardine berkata: "Jika anda tidak menggaru dan mengeletek haiwan itu, kumpulan ikan paus tersebut akan mencari sebuah bot lain yang membawa pelancong untuk berbuat demikian."
Pihak berkuasa Mexico menetapkan kawasan yang boleh dilalui bot pelancong untuk melihat ikan paus tersebut yang sebahagian haiwan berkenaan sepanjang 13.71 meter.
-Agensi-

Kereta hibrid terhangat di pasaran

AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN  
“BRADER, kereta ini guna dua enjin? Berapa cc? Macam mana nak caj semula bateri kalau sudah habis? Kereta ni memang tak guna minyak? Berapa laju boleh lari?”
Itu antara soalan yang biasa ditanya apabila perkataan kereta hibrid timbul. Walaupun teknologi hibrid bukanlah penemuan baru dalam industri pemotoran, hakikatnya masih ramai yang belum faham sepenuhnya tentang kenderaan hibrid.
Ditambah pula dengan teknologi pembikinan kereta yang begitu pantas berkembang. Pengguna juga dilihat semakin keliru dengan pelbagai istilah yang digunakan oleh pengeluar kenderaan. Sedangkan ada antara istilah itu merujuk kepada teknologi yang sama.
Paling jauh perbatuan
Secara ringkasnya, kenderaan hibrid ialah jentera yang menggabungkan sistem enjin konvensional dan motor elektrik untuk bergerak. Matlamat utama penghasilan sebuah kenderaan hibrid adalah untuk mencatatkan perbatuan paling jauh dengan penggunaan bahan api paling sedikit di samping meminimumkan pelepasan gas-gas berbahaya daripada ekzos ke atmosfera.
Jika dilihat pada pasaran tempatan, segmen kereta hibrid dimulakan dengan model Civic Hybrid keluaran Honda pada tahun 2007. Betul, ia kurang mendapat sambutan berikutan harganya yang mahal dan kesedaran terhadap teknologi hibrid masih belum meluas ketika itu.
Kemudian, UMW Toyota turut serta dengan memperkenalkan model hibrid popularnya Prius, sebelum diikuti oleh jenama lebih mewah, Lexus. Situasi semakin meriah apabila kerajaan memansuhkan cukai import dan duti eksais ke atas kenderaan hibrid dalam Bajet 2011, sekali gus membuatkan harganya lebih mampu milik.
Jadi, tidak hairanlah jika generasi kedua model hibrid daripada Honda ini menjadi begitu popular. Bagi sebuah negara yang cukai kenderaannya antara tertinggi di dunia, Insight boleh dianggap sebagai sebuah kereta hybrid yang sempurna untuk orang kebanyakan di Malaysia.
Pada harga RM98,000 seunit (di atas jalan), anda sudah boleh memandu sebuah kenderaan hibrid yang tidak kalah dari aspek reka bentuk, praktikaliti dan teknologi. Paling penting, anda membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Untuk sebuah kereta yang memang direka untuk pemanduan di bandar, kuasa daripada enjin bersesaran 1.3 liter tidak mengecewakan. Jadi, kalau ada sesiapa kata Insight kurang power, beli sahaja kereta lain kerana Insight tidak direka untuk tujuan itu.
Biarpun begitu, Insight masih mampu memecut sehingga 190 kilometer sejam (km/j). Tetapi angka itu hanya diperoleh ketika menuruni bukit dan sangat tidak digalakkan demi keselamatan.
Sistem IMA
Enjin SOHC i-VTEC tersebut dipadankan dengan sistem Integrated Motor Assist (IMA) generasi baru yang lebih cekap berbanding sistem IMA sebelum ini. IMA terdiri daripada motor elektrik berkuasa 10-kilowat (13 hp) dan satu Intelligent Power Unit (IPU) kompak.
IPU berperanan menarik dan menyimpan tenaga kinetik yang terhasil daripada tindakan membrek dan nyahpecutan selain membekalkan kuasa tambahan ketika memecut apabila diperlukan.
Anda juga boleh mengharapkan pertukaran gear yang lancar menerusi aplikasi transmisi automatik CVT (continuously variable).
Insight hadir dengan ciri yang interaktif dan berfokuskan kepada pemandu. Teknologi yang membantu menjimatkan penggunaan bahan api itu dikenali sebagai Ecological Drive Assist System (Eco Assist).
Tekan butang ECON
Caranya mudah, pemandu hanya perlu menekan butang ECON berwarna hijau di sebelah kanan stereng. Ciri ini mengoptimumkan kawalan CVT, enjin dan komponennya untuk meningkatkan kecekapan penggunaan minyak.
Pertukaran lampu latar speedometer memberitahu pemandu sama ada mereka memandu dalam keadaan yang menjimatkan atau sebaliknya. Jika hijau, anda memang mesra alam sekitar. Kalau biru, anda mungkin perlu lebih berlembut ketika memijak pedal minyak. Tetapi, jangan leka pula melihat lampu itu bertukar warna sampai tidak sedar apa yang berlaku di atas jalan raya.
Honda mendakwa Insight mampu mencatat perbatuan sejauh 30 kilometer untuk setiap liter petrolnya (km/l). Namun, sewaktu sesi pandu uji baru-baru ini catatan terbaik yang berjaya dilakukan ialah 27km/l. Itu pun setelah memandu dalam keadaan paling berhemah dan ‘berlindung’ di belakang sebuah lori.
Motivasi
Sebagai motivasi untuk mencapai perbatuan terbaik, pemandu yang memandu dalam cara menjimatkan akan dihadiahkan dengan simbol daun. Daun itu kemudian akan ’tumbuh’ sebelum membentuk sebuah trofi. Kalau boleh dapat trofi, anda memang pemandu paling mesra alam di Malaysia.
Demi menggalakkan penggunaan jentera hibrid di Malaysia, Honda Malaysia melanjutkan tempoh jaminan bateri Insight kepada dua tahun lagi, tambahan kepada jaminan selama tiga tahun yang diberikan oleh Honda Motor, Jepun.
Ini bermakna jaminan yang diberi adalah selama lima tahun atau perbatuan sehingga 140,000km (yang mana tiba dahulu).
Bukan itu sahaja, Honda Malaysia akan mengurangkan harga alat ganti Insight sehingga lebih 40 peratus terutama baterinya. Tidak perlu bimbang dengan bateri itu kerana jangka hayatnya ialah selama kereta tersebut boleh digunakan.
“Insight sememangnya satu pakej menarik untuk pengguna yang mengutamakan alam sekitar,” akui Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Rohime Shafie.
-kosmo-