"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Gabungan Tun M, Anwar bakal hasilkan tsunami besar, kata penganalisis

MALAYSIA DATELINE

Gabungan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menghasilkan gelombang besar

Gabungan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menghasilkan gelombang besar perubahan ke atas negara ini khasnya dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.

Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kali terakhir negara menyaksikan 'tsunami Melayu' adalah ketika Tun Mahathir selaku perdana menteri bertindak ke atas timbalannya Datuk Seri Anwar.

Dzulkefly Ahmad"Nah, adalah menasabah dan tidak mustahil untuk kali ini, ketika kedua mantan PM dan TPM bergabung pula dan kali ini demi 'Selamat Rakyat dan Negara' maka bukan sahaja segmen 'pengundi Melayu pro-perubahan' bahkan rakyat patriotik yang merentasi semua kaum, agama dan budaya bahkan afiliasi politik, akan mencetuskan satu gelombang besar perubahan," katanya kepada Malaysia Dateline.

Beliau mengulas pertemuan dan berjabat tangan erat antara Tun Mahathir dengan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 5 September lalu.

Ia diikuti dengan gabungan antara peguam kedua-dua pihak menentang Akta Majlis Keselamatan Negara yang dilaksanakan tanpa mendapat kelulusan dari Majlis Raja-raja Melayu itu.

Bagi beliau, pertemuan 5 September itu satu peristiwa ajaib yang tentunya menjanjikan satu permulaan baru buat naratif politik Malaysia.

Ia satu titik mula kembali bagi meneruskan gandingan kepemimpinan dua tokoh besar ini, katanya.

"Saya yakin rakyat teramai mahu menyaksikan pertautan dua tokoh negarawan ini, yang saling menunjukkan jiwa-besar mereka, demi mengangkat agenda memakmurkan rakyat dan menyelamatkan negara," kata Dr Dzulkefly.

Oleh itu, katanya, mereka tidak mempunyai waktu lagi untuk berlengah bagi membicara perihal 'titik-bengit kesilapan silam'

"Ya, sememang tidak mudah dipadamkan sejarah hitam yang juga satu tragedi buat kelangsungan kepimpinan negara.

"Pun begitu, apakah akan kita saksikan erti dan makna kata-kata hikmah orang-orang tua kita, 'Bidok Berlalu, Kiambang Bertaut?" soalnya.

Bagi beliau, yang terlebih penting dari kesemua peristiwa bersejarah ini adalah menterjemahkannya kepada satu perubahan.

"Ia yang amat dinanti-nantikan sebahagian besar rakyat Malaysia amnya dan segmen pengundi Melayu pro-perubahan khasnya, yang sangat mendambakan penanambahbaikan serta penamatan kepada segala kebobrokan kepimpinan yang tempang mutakhir ini," katanya.

Katanya, peristiwa ini berlaku ketika penguasa politik eksekutif sudah sampai kekemuncak keangkuhannya sehingga sanggup memperkosa dan menjerut segala cabang kuasa Judisiari dan Kehakiman, bahkan membelakangi Majlis Raja-Raja.

"Maka tersimpan di dalam benak hati-nurani segenap rakyat teramai, adalah keinginan dan impian menyaksikan natijah ajaib dalam pilihanraya ke-14 akan datang," kata bekas ahli parlimen Kuala Selangor itu.

Beliau yakin penyatuan aura kedua-dua tokoh ini "memastikan segala kebobrokan yang telah merendahkan negara-bangsa dan membebankan rakyat ini ditamatkan segera."

Dengan itu, katanya, maruah, martabat dan kedaulatan negara serta institusi-institusinya akan kembali diperteguhkan dan diberdayakan dengan izin AlLah jua.

"Saya yakin bahawa saya mewakili suara rakyat teramai yang mendambakan kepemimpinan dua peribadi hebat ini ketika usia masih berbaki ini dan sebelum mereka kembali dipanggil llahi.

"Ayuh..kami sedia membantu kalian dengan segala-galanya!" janji Dr Dzulkefly kepada kedua-dua tokoh ini.

Bayi terkecil dunia lakar keajaiban (Gambar)


Berlin: Bayi terkecil di dunia, Emilia Grabarczyk melakar keajaiban apabila masih meneruskan hidup sejak dilahirkan sembilan bulan lalu walaupun doktor meramalkan dia tidak akan hidup lama.

Ketika dilahirkan di Witten dekat barat Jerman, Emilia hanya memiliki berat 226 gram dengan ukuran 22 sentimeter, fizikal yang terlalu kecil untuk bertahan lama.

Namun berdasarkan perkembangan terbaharu, Emilia yang digelar sebagai “pejuang kecil” oleh doktor yang merawatnya, membuatkan ramai pihak kagum dengan semangat bayi itu untuk meneruskan hidup.

Kini dia memiliki berat kira-kira 3.17 kilogram, berat yang sihat seorang bayi, sekali gus menjadi bayi pramatang paling kecil yang masih hidup.

Rekod sebelum ini dipegang oleh Rumaisa Rahman yang dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Loyola di Chicago ketika usianya di dalam kandungan baru mencecah 25 minggu.

Ketika dilahirkan, Rumaisa berukuran 20 sentimer tinggi dengan berat 243 gram.

Doktor yang merawat Emilia, Brahman Gharavi berkata, kekuatan bayi itu untuk terus hidup merupakan satu keajaiban walaupun sebelum ini beliau merasakan bayi tersebut tidak mampu bertahan lama.

“Kebiasaannya bayi yang lahir dengan berat 396 gram sukar untuk terus hidup, tetapi Emilia melakukan sebaliknya.

“Malah berdasarkan pemeriksaan perubatan, Emilia tidak menunjukkan tanda-tanda kecacatan padanya,” katanya seperti dilaporkan portal Mirror.
–mstar

Bayi 11 bulan diculik, dirogol

India – Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan diperlakukan seperti binatang oleh seorang jiran lelakinya yang bertindak menculik sebelum merogolnya dalam sebuah kawasan semak di Vikaspurti, New Delhi, Jumaat lalu.

Portal Metro.co.uk melaporkan, insiden menyanyat hati itu berlaku ketika bayi tersebut sedang tidur nyenyak bersama ibunya di sebuah tempat perlindungan sementara di kompleks perumahan polis, sebelum diculik sekitar jam 10 malam.

Ibu bayi berkenaan hanya menyedari kehilangan anaknya itu sekitar pukul 11.00 malam dan memaklumkannya kepada polis.

Dengan menggunakan unit anjing pengesan, pihak polis berjaya menjejaki bayi tersebut yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi sebuah longkang dengan kemaluannya mengalami pendarahan teruk.

Bayi malang tersebut segara dikejarkan ke unit jagaan rapi di Hospital Dayal Upadhyay.

Menurut polis, perogol tersebut berjaya dijejaki selepas telefon bimbitnya tercicir di lokasi kejadian.

“Hasil penemuan telefon bimbit suspek, kami berjeya mengesan lokasi tempat tinggal lelaki berkenaan yang terletak di sebuah kem pekerja.”

Suspek yang juga bekerja sebagai buruh binaan mengaku melakukan jenayah tersebut dan kini ditahan di Penjara Tihar.

Lelaki itu kini dituduh merogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan India dan Seksyen 6 Akta POSCO dan ditahan di penjara Tihar, lapor laman Metro.

Bapa bayi yang enggan dikenali itu berkata, keluarganya masih dalam terkejut melihat keadaan anak mereka yang masih kritikal.

“Saya tidak mampu berkata apa-apa. Bagaimanana seseorang boleh melakukan sedemikian rupa terhadap bayi kecil seperti ini? Saya hiba melihat darah, kesan cakaran dan baju anak saya yang koyak rabak,” katanya.
-kualalumpurpost

Rela dipenjara elak hidup dengan isteri

Kansas City – Seorang lelaki merompak bank di sini semata-mata mahu masuk penjara kerana tidak sanggup tinggal bersama isterinya lagi.

Menurut dokumen mahkamah, lelaki itu, Lawrence John Ripple, 70, bergaduh dengan isterinya pada 2 September lalu.

Dalam pertengkaran berkenaan, Ripple berkata kepada isterinya, ”Saya lebih rela berada di dalam penjara daripada tinggal bersama kamu.”

Ripple kemudian menulis satu nota yang memberitahu dia membawa pistol dan mahukan wang sebelum masuk ke sebuah bank dan menyerahkan kertas berkenaan kepada juruwang.

Juruwang berkenaan yang terkejut terus menyerahkan wang tunai berjumlah lebih AS$3,000 (RM12,129) kepada Ripple.

Selepas mendapatkan wang, Ripple tidak melarikan diri sebaliknya duduk di lobi dan menunggu kedatangan pihak berkuasa.

Ripple turut memberitahu seorang pengawal keselamatan dia yang merompak bank berkenaan.

Selepas beberapa minit satu pasukan polis yang tiba di bank berkenaan terus menahan Ripple.

Ketika disoal siasat Ripple memberitahu polis, dia mahu dipenjara kerana mahu menjauhkan diri daripada isterinya.

Lelaki itu didakwa atas tuduhan merompak di sebuah mahkamah di sini pada Selasa lalu dan ditahan di penjara sementara menunggu perbicaraan seterusnya.

Sehingga kini Ripple belum melantik peguam dan dokumen mahkamah juga tidak mendedahkan punca dia bergaduh dengan isterinya.
-kualalumpurpost.

Pengurus nafi kemaluan Zaskia Gotik dicium peminat

Baru-baru ini, peminat hiburan Seberang kecoh ekoran tersebarnya foto penyanyi dangdut, Zaskia Gotik, yang dirakam ketika membuat persembahan di Lombok, Nusa Tenggara Barat.

Apa yang lebih hangat, foto tersebut menunjukkan bahagian peribadi (kemaluan) penyanyi berusia 26 tahun itu dicium seorang peminat lelaki.

Memetik laporan Detik.com, gambar tersebut merupakan hasil screenshoot dari video amatur yang dirakam oleh seorang penonton lain.

Sebaik saja ia tersebar di laman internet, penyanyi yang cukup sinonim dengan aksi ‘goyang itik’ ini menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak.

Bagaimanapun, pihak pengurusan penyanyi itu iaitu dikenali sebagai Cici, menafikan perkara insiden tersebut sekaligus menegaskan tidak berlaku adegan bahagian peribadi Zaskia dicium ketika dia berada di atas pentas.

“Tidak ada cium-cium. Ketika itu juga kan ada banyak ibu-ibu di sana,” tegas Cici.

Menerusi video yang beredar itu menunjukkan seorang lelaki, dipelawa Zaskia naik ke pentas.

Namun menurut Cici, Zaskia hanya sekadar menunjukkan aksi ‘goyang itik’ yang menjadi trademarknya itu kepada peminat tersebut.

“Soalan lain saja. Kalau tentang itu, saya no comment,” tuturnya.
-kualalumpurpost

Darihal derma RM90 juta Umno pada PAS? - Subky Latif

Subky Latif
DUIT RM2.6 bilion yang pernah didepositkan dalam akaun bank PM Najib adalah derma untuk Umno tetapi tidak diketahui Umno sempat rasa derma itu atau tidak kerana ia dikatakan sudah dipulangkan Najib kepada pendermanya.

Kisah itu terus jadi cerita dongeng seperti Haji Bakhil yang pacak papan tanda beritahu dia tidak tanam hartanya ditempat papan tanda itu dipacak. Dan si fulan yang larikan harta itu pacak pula papan tanda baru bagitahu Si fulan tidak ambil harta itu. Jika dunia tidak kiamat 200 tahun lagi derma RM2.6 bilion itu akan jadi dongeng seperti Haji Bakhil juga.

Maka sekarang selepas Umno terima derma RM2.6 bilion, maka didongengkan pula PAS diberi RM90 juta oleh Najib. Bahasa baik yang saya suka gunakan tentang duit RM90 juta itu ialah derma Umno atau Najib kepada PAS.

Itulah yang dirasakan dongeng yang Sarawak Report laporkan dan PAS sifatkan sebagai fitnah yang PAS umumkan akan failkan saman kepada Sarawak Report melalui mahkamah England.

Ketika komen ini dibuat, reaksi Sarawak Report belum tarik balik laporan itu tetapi tidak pula beri ia ada bukti kukuh tentang dongeng itu.

Sementara kes ini belum lagi jadi kes mahkamah, komen saya ialah satu sekatan politik yang mahu meruntuhkan wibawa politik PAS yang terkenal sejak dari mula sebagai parti yang berdikari atas duit yang ada dalam poket baju/seluar ahl-ahli dan penyokongnya.

Jika dikatakan dana PAS adalah atas derma para dermawan, maka dermawan itu adalah ahli dan penyokongnya.

Ketika saya ditanya oleh pelajar Malaysia di Mesir lebih 30 tahun lalu, dari mana PAS dapat dana bagi membiayai perjuangannya, saya jawab ia tersimpan dalam saku baju dan seluar ahlinya. Apabila PAS perlukan duit itu ia sebutkan kepada ahli-alinya dan mereka pun keluarkan dari saku masing-masing.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor sebut dalam ceramah tentang duit PAS yang saya sebut di Mesir itu, semuanya disimpan dalam saku baju ahli-ahlinya.

Jika ada yang hendak menderma RM90 juta, PAS tidak akan berani terima jika ada yang hendak menyampaikan baik secara terang atau secara sulit. Bukanlah manusia PAS tidak ada nafsu keinginan kepada duit yang banyak, tetapi hingga setakat ini mereka dapat mengawal hawa nafsu.

Jika ia gagal mengekang hawa nafsunya, maka nescaya hanyut perjuangannya yang suci dan mulia itu. Mulianya PAS bukan kerana lambakan duit yang banyak, tetapi adalah atas perjuangannya yang suci yang berpaksi atas sokongan ahli-ahli yang mustadafin. Ia mengausai Kelantan dan pernah menguasai Kedah dan Terengganu, bukan kerana hujan dan salji duit dari langit, bahkan ia merebut kuasa itu dari Umno yang memiliki duit berguni-guni.

Itulah memalukan parti dan pemimpin yang siang malam berselimut duit.

Jika ada orang yang hendak menderma RM90 juta, mungkin limpahan daripada derma RM2.6 bilion yang tidak tahu macam mana ia hendak dibelanja, maka jangan beri terus kepada mana-mana pemimpin atau jangan masukkan ke dalam mana-mana akaun bank secara sulit dan secara terang tetapi ambil peluang semasa PAS melancarkan pungutan derma kilat dalam ceramah-cemahnya.

Masukkan senyap-senyap duit tunai yang ada di tangan petugas pungutan derma itu. Derma yang berpahala dan besar pula wajar dibuat secara senyap, biar tangan kanan yang memberi tidak diketahui oleh tangan kiri.

Keterlanjuran report dari Sarawak itu tanda ia dungu dengan maruah PAS dan untuk kemahuan siapa ia buat dongeng itu? 

Budak Perempuan 6 Tahun Selamatkan Pekerja Kedai Bapa Dari Perompak (video)

AUCKLAND: Seorang budak perempuan berusia enam tahun digelar kanak-kanak paling berani di negara itu selepas tindakan beraninya berdepan perompak bersenjatakan kapak di kedai bapanya dan membawa pekerja ke tempat selamat.

Dalam kejadian petang Isnin lalu, kedai elektronik milik Suhail Patel diceroboh enam perompak yang turut mengancam kakitangannya menggunakan kapak.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan anak Patel, Sarah lari dan terjatuh sebelum meluru ke arah perompak memegang kapak yang sedang mengancam seorang kakitangan.

Lelaki terbabit yang nyata terkejut terpaku dan Sarah mengambil peluang itu untuk berlari serta menarik pekerja lain keluar dari premis itu.

Ketika ditemu ramah TVNZ, Patel berkata, dia amat bangga dengan Sarah.

“Dia sungguh berani. Memang saya sangat bangga dengannya.

“Mungkin dia menyangka mereka mahu memukul pekerja terbabit dan berusaha membantunya.

“Sebenarnya kami tidak tahu peranannya sehingga melihat rakaman CCTV,” katanya.

Katanya, Sarah masih terkejut dengan kejadian itu tetapi semakin pulih.

Perompak terbabit kemudian melarikan diri menaiki kereta, tetapi lima yang semuanya berusia 16 tahun berjaya ditahan.
-Agensi

Di sebalik pertemuan Mahathir-Anwar di mahkamah

ZAMZURI MOHAMED TAHIR


Mahathir kekal menyatakan bahawa pemecatan Anwar dari kabinet Malaysia dan parti Umno bukanlah suatu kesilapan.

Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang memerlukan Pakatan Harapan ada kebenarannya dengan kunjungan Mahathir ke mahkamah semalam bagi menyokong saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kerajaan Malaysia.

Mahathir yang dikenali sebagai Perdana Menteri 10 peratus di kalangan pembangkang pada zamannya kelihatan begitu terdesak meraih sokongan Pakatan Harapan bagi menumbangkan Perdana Menteri Malaysia.

Dakwaan pembangkang bahawa peruntukan sebanyak 10 peratus perlu disediakan sebagai bayaran rundingcara,komisen atau sagu hati bukanlah suatu rahsia, malah menjadi bualan di kalangan ahli politik, pemaju projek mega dan konglomerat.

Kehadiran beliau dilihat ramai rakyat Malaysia sebagai usaha terdesak meraih simpati dan sokongan banduan tersebut, sejak 18 tahun lampau.

Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, Mahathir tidak pernah mengeluarkan permohonan maaf terhadap Anwar dan tidak pernah menafikan bahawa tangkapan dan pendakwaan ke atas Anwar suatu ketika dahulu merupakan sesuatu yang salah, silap atau bertentangan dengan etika dan undang-undang.

Sehingga kini Mahathir kekal menyatakan bahawa pemecatan Anwar dari kabinet Malaysia dan parti Umno bukanlah suatu kesilapan. Hakikat yang sebenarnya kita serahkan kepada Tuhan yang Maha Mengetahui. Namun Anwar telah melalui suatu proses kehakiman yang cukup panjang

Mahathir adalah lambang pengorbanan seorang bapa yang mahu menobatkan anaknya sebagai Perdana Menteri sementara Wan Azizah adalah lambang pengorbanan seorang isteri yang mahu menobatkan suaminya sebagai seorang Perdana Menteri.

Untuk mencapai cita-citanya, Mahathir berusaha keras mahu menumbangkan Najib sementara Wan Azizah berusaha keras mahu menumbangkan Mahathir.

Wan Azizah dan suaminya telah disahkan gagal untuk menumbangkan Mahathir sementara Mahathir dan anaknya terus mengalami kegagalan demi kegagalan untuk menumbangkan Najib.

Kedua-duanya sama ada Mahathir atau suami kepada Azizah merupakan punca kepada pelbagai masalah politik dan sosio-ekonomi di Malaysia memandangkan mereka mempunyai jaringan yang sangat kuat dan dana yang sangat banyak sepanjang berada di puncak kekuasaan parti dan kerajaan, suatu ketika dahulu.

Apabila Mahathir hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim menyaman Kerajaan Malaysia berhubung Akta MKN, ada segelintir kecil rakyat Malaysia melihat ia suatu permulaan sebuah pakatan baharu yang bakal memberi saingan kuat terhadap kepimpinan Negara.

Hakikat yang perlu difahami adalah agenda peribadi Anwar sangat bertentangan dengan agenda peribadi Mahathir.

Penulis Zamzuri Mohamed Tahir adalah seorang Aktivis dan Perunding Media Sosial.

Pas perlu bersedia dikenang sebagai parti pengkhianat rakyat, tegas Mejar Zaidi

ARIF ATAN

"Pas perlu bersedia dikenang sebagai parti pengkhianat rakyat kerana bersekongkol dengan kezaliman dan jenayah rompakan terbesar dalam sejarah negara oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan konco-konconya."

Itu kritikan bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad terhadap Pas sekiranya parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu masih terus memakan ‘umpan’ yang ditaburkan Umno-BN.

Kecaman pegawai penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu berlaku selepas bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim memanggil Pas sebagai parti politik Melayu yang tidak berguna.

Zaidi menyifatkan isu Rang Undang-Undang (RUU) persendirian mengenai pindaan Akta 355 yang dimainkan adalah ‘senjata’ agama selepas isu hudud bagi memusnahkan perpaduan pembangkang yang paling ditakuti Umno seperti pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Haji Hadi tak ikut saranan Dr Yusuf Qardawi; perundangan Islam bukan keutamaan. Tarbiyah dan penerangan adalah lebih utama. Bagaimana nak jalankan tarbiah dan penerangan jika belum jadi pemerintah?

“Sebab itu keutamaan sekarang ialah bersatu tak kira bangsa dan agama untuk jatuhkan kerajaan Umno-BN yang zalim dan merompak berbilion-bilion wang rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berpendapat perpaduan pembangkang berantakan apabila Pas menyambar ‘umpan’ yang dihulurkan Umno-BN iaitu pembentangkan pindaan RUU 355 itu.

“Logiknya jika Umno-BN mahu meminda sebarang undang-undang maka mereka boleh terus melakukannya dengan mengarahkan menteri mereka membentangkannya di Parlimen.

“Pakatan Rakyat pecah dan Pas sendiri juga berpecah. Ini satu kejayaan yang amat besar buat BN. Itu sebelum isu 1MDB terbongkar, kini apabila isu 1MDB terbongkar maka Pas amat wajar menyemak balik pendiriannya,” tegasnya.

Mengulas lanjut Zaidi berkata, usaha menumbangkan Najib dan BN perlu digiatkan kerana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) boleh dikatakan sebagai satu pertarungan "hidup mati" bagi negara ini.

“Jika Najib menang lagi maka sudah pasti beliau akan terlepas dengan jenayahnya dan paling dibimbangi akan terus merosakkan negara ini.

“Oleh itu, jika Pas benar-benar sayangkan negara ini, mereka perlu ketepikan ego mereka dan kembali bersatu bersama parti pembangkang lain,” tambahnya lagi.

Tembe­lang selebriti terbongkar

Kuala Lumpur: Tembe­lang seorang selebriti laman sosial yang selama ini dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran kelas tinggi terbongkar apabila dia diberkas bersama pelanggannya di sebuah suite hotel mewah di Damansara, dekat sini kelmarin.

Wanita berusia 20-an itu ditahan bersama lelaki terbabit yang merupakan seorang ahli pernia­gaan yang sudah beristeri kira-kira pu­kul 10 pagi oleh pihak berkuasa hasil maklumat awam.

Dia dan pelanggannya kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa agama untuk tindakan lanjut.

Menurut sumber, wanita berke­naan yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan kerabat diraja terlibat dengan kegiatan tidak bermoral itu sejak tahun lalu dan mencari pelanggan terdiri daripada golongan VVIP.

Katanya, wanita itu dikatakan menerima bayaran sehingga RM30,000 semalam daripada pe­langgannya.

“Wanita ini begitu licik dan pandai menyembunyikan kegiatan tidak bermoral itu di sebalik perniagaannya yang terletak di Lembah Klang,” katanya.

Tambah sumber itu, wanita berkenaan dan pelanggannya akan diambil tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah
-Utusan

ROS luluskan parti Bersatu tapi dengan nama lain

NAMA TAK PENTING, YANG PENTING PPBM BAKAL JADI KERAJAAN BARU MENGGANTIKAN UMNO
Shahbudin Husin
Pendaftar Pertubuhan, sebagaimana yang dijanjikan oleh Zahid Hamidi,  meluluskan parti baru yang diinisiatifkan oleh Tun Mahathir Mohamad dan diketuai oleh Muhyiddin Yassin hari ini iaitu genap sebulan selepas pendaftarannya dikemukakan pada 9 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak dibenar menggunakan singkatan nama BERSATU, sebaliknya akan dikenali sebagai PPBM.

Tambah Zahid, nama BERSATU tidak dibenar untuk digunakan kerana sudah terdapat enam parti dan organisasi lain yang menggunakan nama "Bersatu" pada nama pertubuhan mereka.

Walaupun mungkin ada yang kecewa dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan tidak membenarkan penggunaan nama BERSATU itu, sekurang-kurangnya kini sudah ada wadah yang sah yang untuk menyertai pilihanraya dan menggiatkan lagi usaha menyingkirkan Najib Razak.

Apa pun nama tidaklah sepenting PPBM itu sendiri yang sudah diluluskan. Apa juga nama boleh disebut dan dikenali, tetapi yang penting ialah perjuangan yang dibawanya.

Tidak guna mempunyai nama yang indah dan baik-baik jika akhirnya menjadi penyangak atau penjenayah. Kadang-kadang nama yang terlalu  indah juga boleh menjadi  suatu tekanan. Baik kepada parti atau manusia, nama yang biasa-biasa sudah memadai sebenarnya.

Asalkan nama yang diberi atau diluluskan itu tidak terlalu buruk dan maksudnya pula tidak mengelirukan, PPBM harus diterima seadanya.

UMNO, PKR, DAP, MCA, MIC, PBS dan lain-lain parti juga menggunakan singkatan berdasarkan nama penuhnya. Maka, tidak ada yang peliknya dengan nama PPBM yang diluluskan itu.

Mungkin pada permulaan ini, nama PPBM agak janggal dan susah disebut berbanding BERSATU, tetapi  lama kelamaan ia akan jadi biasa akhirnya.

Selain nama PPBM yang harus dibiasakan, yang lebih penting mesti ditekankan ialah perjuangan PPBM itu sendiri ingin membersihkan kekotoran dalam negara yang diakibatkan oleh Najib dan UMNO selama ini.

Ia tidak seperti UMNO yang cenderung mempertahankan Najib meskipun kekotoran dan onarnya menjadi perbualan seluruh dunia, PPBM sebaliknya bersama Pakatan Harapan bakal menjadi sebuah kerajaan baru menggantikan BN.

Jika keyakinan itu dapat diterapkan dengan sebaik-baiknya kepada rakyat, apa pun namanya tidaklah penting sangat sebenarnya. Yang mana ingin keluar UMNO dan mahu melihat Najib disingkirkan bolehlah mulakan langkah dari sekarang.  (SH 08/09/2016).

Tip elak bil telefon bimbit tinggi ketika tunaikan haji

Warga Malaysia yang menunaikan haji dinasihatkan supaya tahu mengenai perkhidmatan perayauan antarabangsa dengan telefon mudah alih bagi mengelak menerima bil telefon yang tinggi bila pulang ke tanah air

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) berkata mereka perlu memahami bagaimana panggilan suara dan data perayauan antarabangsa berfungsi serta tahu caj bagi perkhidmatan berkenaan menggunakan pelan mudah alih mereka.

"Ini penting oleh kerana pengguna bertanggungjawab atas semua caj dikenakan semasa di luar negara oleh kerana perkhidmatan ini tidak saja melibatkan pembekal perkhidmatan di Malaysia tetapi juga rakan perayauan di negara yang mereka lawati," kata CFM dalam satu kenyataan hari ini.

Mengenai tip berhubung perayauan antarabangsa, CFM berkata jika pengguna hanya mahu menerima panggilan dan SMS semasa di luar negara, mereka boleh menutup terus data perayauan antarabangsa.

Pengguna hendaklah juga menyahaktif 'Sambungan automatik ke rangkaian' dan pastikan mereka sentiasa dihubungkan ke rakan perayauan pembekal perkhidmatan bagi menikmati kadar utama ini.

"Jika anda ingin terus berhubung hanya menggunakan Wifi, anda boleh memilih menukar mod telefon pintar ke mod 'Airplane' atau 'Flight', dan gunakan sepenuhnya WiFi awam yang boleh didapati," kata CFM.

Ia berkata pilihan lebih murah ialah mendapatkan kad SIM Saudi dan memilih pakej terbaik yang menepati kegunaan yang dirancang semasa di luar negara.
Ia juga menasihatkan pengguna membuat salinan semua maklumat kenalan dan data penting dalam telefon mereka, untuk kegunaan jika mereka kehilangan telefon pintar mereka.

"Ia turut menasihatkan pengguna sentiasa berbincang dengan pembekal perkhidmatan tempatan sebelum melawat ke luar negara agar mereka tahu dan faham sepenuhnya tentang semua caj yang dikenakan," ujar CFM.
-Bernama

Hanya Keajaiban Boleh Selamatkan Najib

Shahbudin Husin
Beberapa jam setelah berlangsungnya pertemuan bersejarah antara Tun Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim semalam, walaupun ketika itu berita dan gambar kedua-dua tokoh berkenaan bersalaman telah tersebar luas di media sosial, pemimpin UMNO dan penggiat media sosial berbayar yang selama ini aktif, kelihatan senyap sunyi dan seakan terdiam seketika.

Hanya menjelang malam, barulah terdengar banyak komen, reaksi dan ulasan mereka mengenai pertemuan tersebut. Kemudian satu demi satu pemimpin-pemimpin UMNO mula mengulas berkenaan detik Tun Mahathir dan Anwar yang kini bertemu, bersalam dan berbaik semula setelah terpisah selama 18 tahun 3 hari lamanya.
Rata-rata pemimpin dan penggiat media sosial UMNO menganggap pertemuan itu sebagai tindakan terdesak Tun Mahathir untuk menjatuhkan Najib. Ada juga yang menganggap bekas Perdana Menteri itu kini umpama "menyembah" Anwar demi mencapai cita-cita politiknya.

Selebihnya, komen-komen yang diberi lebih berbentuk cecehan yang menggambarkan "jiwa kacau" dan "resah gelisah" yang semakin menggelodak dalam diri mereka. Kesian....

Sementara Anwar membuktikan dirinya seorang pemimpin berjiwa besar, tidak berdendam dan pemaaf yang tiada duanya di antara kita, pertemuan itu juga memperlihatkan Tun Mahathir seorang negarawan tulen yang sanggup bekerjasama serta berurusan dengan sesiapa saja demi menyelamatkan negara ini.

Jika tidak kerana angkara dan kerosakan lebih besar kepada negara yang diakibatkan oleh kepimpinan Najib, tiada sebab untuk kedua-dua mereka saling tertaut hati untuk bertemu serta menjalin semula hubungan demi kebaikan dan masa depan negara.

Pertemuan ini adalah langkah pertama ke arah banyak langkah-langkah lain yang akan digarap selepas ini. Ia juga mengingatkan kita bagaimana gandingan Tun Mahathir - Anwar suatu waktu dahulu yang pernah menggemilangkan negara dan menjadi kebanggaan kita, sedang menjelma menggamit semula memori lama,

Secara langsung juga, di pihak pembangkang sekarang sudah ada seorang bekas Presiden dan dua bekas Timbalan Presiden UMNO yang sedang bekerjasama erat untuk menyingkirkan Najib Razak.

Muhyiddin Yassin yang sebelum ini diberi pesanan oleh Anwar agar lebih agresif menggerakkan parti baru BERSATU, sudah pun mula turun padang menjelajah ke seluruh negara berkaitan kepincangan 1MDB bersama Dr Wan Azizah, Azmin Ali dan lain-lain pemimpin PKR.

Dalam program turun padang pertama Muhyiddin bersama PKR di Sabak Bernam baru-baru ini, beliau mendedahkan bagaimana berdasarkan kajiannya terdapat 67 kerusi Parlimen BN, 45 daripadanya milik UMNO, sedang terumbang-ambing berikutan pelbagai kemelut dalam negara yang diakibatkan oleh Najib dan hanya memerlukan "swing" sebanyak 4 peratus saja untuk mengalahkannya.

Berapa agaknya "swing" pengundi yang akan berlaku selepas bertautnya kembali hubungan Tun Mahathir dengan Anwar ini?

Dalam keadaan ini, pemimpin-pemimpin UMNO boleh berkata apa saja atau terus berazam melipatgandakan usaha untuk mempertahankan Najib dan kerajaan, tetapi mereka juga tentunya sedar bahawa mereka kini mengharapkan lebih keajaiban untuk menjadi memenangi pilihanraya akan datang.

Apa yang berlaku ini hampir mengesahkan hukum Tuhan bahawa mana-mana pemimpin yang terlibat dalam skandal kewangan atau pencurian wang rakyat, lambat atau cepat, sejak dulu dan di mana-mana celah dunia sekali pun, tidak pernah selamat akhirnya.

Dalam buku-buku sejarah, di beberapa negara Timur Tengah, malah di Filipina, Indonesia dan Thailand sebelum ini, itulah yang yang Tuhan telah berikan peringatan kepada kita.

Sejarah itu sedang menghampiri untuk kita sama-sama saksikan detiknya, Insha Allah.
http://shahbudindotcom.blogspot.my

“Tiada lagi jaminan Najib terima sokongan ahli biasa Umno” – Dr Ariffin Omar

KUALA LUMPUR,: Tiada lagi jaminan sokongan kepada Umno dari ahli-ahli biasa parti itu jika pertemuan ‘dua seteru’ semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuka ruang kerjasama yang lebih konstruktif kepada gabungan oposisi negara ini.

Pertemuan antara bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah mengejutkan ramai pihak yang tidak menyangka ia boleh berlaku setelah bermusuhan hampir dua dekad.

Senator Dr. Ariffin Omar, berkata pertemuan dua tokoh politik itu semalam merupakan petanda positif dalam usaha memulihkan negara dari kemelut kewangan dan ketirisan mega di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Walaupun amat susah untuk mengaku salah-benar bagi dua-dua pihak (Anwar atau Mahathir), tapi (pertemuan) itu mungkin langkah pertama yang mampu memulihkan permusuhan antara penyokong dan pembangkang bagi kedua-dua pihak,” katanya kepada Roketkini.

Menurut beliau, pertemuan bersejarah semalam memberi tekanan yang lebih kuat kepada Umno dan Najib ditambah dengan skandal mega 1MDB yang telah merosakkan imej negara.

“Sudah pasti (tertekan). Sokongan Najib dalam Umno-Baru pun tidak lagi terjamin di kalangan ahli biasa,” ujar beliau.

Kehadiran Tun Mahathir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang semalam adalah bagi menyatakan sokongannya terhadap permohonan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pertemuan itu,Tun Mahathir dan Anwar dirakam bersalaman, mesra dan bertegur.

Anwar juga dilaporkan menggenggam tangan Tun Mahathir ketika berjabat tangan dan bekas Perdana Menteri itu pula dilaporkan menepuk bahu pemimpin de facto PKR itu.
-Roketkini.com

Payung Ajaib Untuk Jemaah Haji Ciptaan Palestin (video)

JEDDAH - Lebih tiga juta jemaah dari serata dunia berhimpun di tanah suci setelah melakukan perjalanan melalui pesawat, kapal laut waima berjalan kaki di bawah panas terik matahari demi menunaikan ibadah haji.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi dalam pada itu menasihati para jemaah untuk menggunakan payung bagi melindungi diri mereka daripada terdedah kepada sinaran terik matahari secara berlebihan sepanjang mengerjakan Rukun Islam kelima tersebut.

Namun sebuah syarikat Palestin yang berpangkalan di Arab Saudi dipanggil sebagai Knowledge-Base mendapat perhatian luas seluruh dunia setelah berjaya mencipta sebuah payung ‘ajaib’ yang dikatakan boleh melakukan lebih daripada sekadar fungsi biasa.

Dinamakan “Kafya” sempena kain penutup kepala tradisional masyarakat Palestin, payung ‘bijak’ itu mampu mengumpulkan pancaran kuat dari matahari dan menukarnya kepada tenaga elektrik menerusi panel-panel solar yang dipasang di bahagian atas payung.
Tenaga elektrik yang disimpan di dalam bahagian pemegang payung boleh menyalakan lampu suluh, kipas dan sistem pengesanan global atau GPS yang dipasang pada payung itu, sekali gus membantu jemaah untuk mencari anggota keluarga mereka jika sesat jalan.

Ia juga boleh digunakan untuk mengecas telefon dan komputer riba menerusi tiga penyambung USB yang ditempatkan di bawah pemegang, demikian dijelaskan oleh pencipta Manal Dandis, seorang konsultan dari Palestin, kepada agensi berita antarabangsa Reuters.

“Kami memulakan idea ini daripada pengalaman urusan haji itu sendiri,” menurut Dandis. “Rakan niaga saya pula secara kebetulan merupakan seorang sukarelawan haji selama 40 tahun dan dia benar-benar tahu apa yang diperlukan para jemaah haji dari seluruh dunia.

Di Makkah, memang tiada alat penyesuai soket atau ‘adapter’ bagi pelbagai kepala suis elektrik selain masalah remeh apabila ada tiga hingga empat juta orang yang perlu mengecas telefon bimbit mereka setelah kehabisan bekalan kuasa bateri.

Produk ini bakal berguna untuk 10 tahun akan datang, apabila musim haji jatuh antara bulan Jun dengan September. Semasa bulan-bulan tersebut, suhu di kawasan itu boleh cecah ke paras sangat tinggi dan kes keletihan akibat cuaca panas dan strok haba dijangka meningkat.

Terdapat lebih 1,000 kes keletihan akibat cuaca terlalu panas yang dilaporkan berlaku semasa musim ibadah haji pada 2015 lalu, dengan sekitar 700 kes strok haba serta lebih 1,700 kes masalah berkaitan cuaca panas yang lain.

Dandis dan rakan niaganya, seorang saintis dari Arab Saudi bernama Kamel Badawi, sedang mencipta prototaip untuk payung mereka itu. Mereka memberitahu laman The Media Line bahawa payung itu belum dapat siap digunakan pada musim haji kali ini.

Mereka memaklumkan Reuters bahawa syarikat tersebut sedang berusaha untuk mendapatkan paten bagi ciptaan tersebut, dan mencari pelabur sebelum mereka boleh mula memasarkannya secara lebih komersial pada harga berpatutan.

Buat masa ini, mereka akan memulakan ‘crowdfunding‘ atau mengumpul dana modal sendiri dan terlebih dahulu hanya memasarkannya secara online kepada orang yang memang ingin membeli payung tersebut secara eksklusif.

Mereka berharap untuk menghasilkan sekurang-kurangnya sejuta unit payung itu untuk pasaran rantau Timur Tengah dan kosnya dijangka adalah lebih murah, menurut Dandis yang bagaimanapun tidak mendedahkan harga sebenarnya.

Kafya hanyalah satu daripada beberapa ciptaan teknologi seperti aplikasi telefon bijak dan gelang elektronik yang dicipta untuk menepati keperluan jemaah, dan meningkatkan kecekapan di Makkah semasa musim haji yang sibuk. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kenapa Safiey Ilias Kembali semula kepada kehidupan lama, Mak Nyah

Tranungkite
KUALA LUMPUR: Bekas mak nyah, Safiey Ilias, mengesahkan dirinya telah kembali kepada kehidupan lama, selepas mengambil keputusan untuk merubah cara hidup dengan menjadi lelaki sejati.

Menurut Safiey, 22, yang juga merupakan seorang usahawan, keputusan untuk kembali menjadi mak nyah dibuat ekoran terlalu penat berdepan dengan tohmahan dan penghinaan sejak dia memutuskan untuk menjadi lelaki sejati pada April lalu.

Katanya, ramai orang mempertikaikan kehidupannya ketika dia kembali pada fitrah asal, selain mendakwa ada yang menuduhnya menggunakan agama untuk menggaut keuntungan dalam perniagaannya.

“1-2 kali tohmahan mungkin saya boleh tahan tapi kalau beratus kali ia beri kesan pada mental dan emosi saya . Saya dah jadi lelaki pun orang tanya mana misai dan janggut saya. Entahlah... saya fedup (menyampah).

“Saya ambil keputusan untuk jadi pondan semula sebab saya dah terlalu penat melalui dugaan yang tak pernah putus-putus. Saya dah penat nak layan dan hadap tohmahan anda semua, bila saya jadi baik pun orang bercakap . Biarlah saya menjadi diri sendiri dan gembirakan diri saya ikut cara saya,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, lewat malam tadi.
Kata Safiey, sebagai seorang manusia, dia juga mempunyai perasaan dan tidak kuat untuk berdepan dengan segelintir individu yang masih tidak puas hati dan terus menerus melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.

“Dah tak ada gunanya saya menjadi baik kalau saya terus dilemparkan dengan pelbagai kata-kata hinaan. Saya pun ada perasaan tipu kalau saya kata saya tak sedih dengan semua ni.

“Sumpah saya penat sangat-sangat. Sana sini orang fitnah dan orang tak habis-habis kaitkan penghijrahan saya dengan bisnes. Memang agaknya korang tak boleh pisahkan dua benda ni daripada saya,” jelasnya lagi.
Safiey dalam entri yang sama pagi ini turut meluahkan perasaan lega selepas keputusan untuk kembali menjadi mak nyah dan menjelaskan perkara tersebut kepada umum.

“Ini yang saya nak, ketenangan. Dalam hidup ini kita kena tunjuk yang kita jahat, baru orang tak ambil tahu dekat ikat dah. Maaf semua, tapi saya masih tetap dengan keputusan saya (kembali menjadi mak nyah)

“Saya rasakan suatu beban hilang pagi ini lepas bangun tidur pagi tadi. Beban yang saya tanggung lama dan dan berat,” katanya.

Semakan di laman Facebook, Safiey turut memuat naik sekeping foto menunjukkan dia ‘berhijab’.

Safiey juga pernah membuang payudara implan untuk kembali menjadi lelaki normal.

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah, sebagai masyarakat, kita harus mendoakan yang terbaik kepada Safiey, dan bukannya mengecam tindakannya.

Apalah yang ada pada manusia yang hanya mampu menilai luaran, sedangkan yang mengetahui isi hati seseorang hanya Yang Maha Esa.
-mD

Video viral: Dua orang polis mengasari seorang guru yang menyebabkan tanganya patah



Bekas wartawan/sukad cakna Kota Bharu, Sheikh Ashrof (kiri). Sheikh sekarang ni dah jadi chegu, mengajar di sekolah di Lenggong, Perak. Dia alami cedera patah tangan kiri akibat dipulas oleh dua anggota polis berpakaian biasa.

Kisahnya, pada hari kejadian, Sheikh baru balik dari kelas tambahan utk anak muridnya yg menduduki UPSR semalam. Sebaik keluar dari sekolah, dia nampak ada dua lelaki memakai topi keledar mendekatinya.

Sheikh sangka lelaki itu orang jahat@kaki gaduh, lalu cuba larikan diri. Tapi dia dikejar dan nasib Sheikh tak berapa baik. Dia dapat ditangkap dan berlaku pergelutan. Dalam pergelutan itu, Sheikh digari. Situlah, dlm keadaan sakit Sheikh tahu dua lelaki itu anggota polis cawangan dadah.

Tapi apa kesalahannya? Dua ekor polis tu kata Chegu Sheikh disyaki mengisap dadah. Cikgu Sheikh kemudian dibawa ke balai polis dlm keadaan cedera (tangan patah).. Selepas soal siasat dan air kencing diambil (negatif), Sheikh minta hubungi guru besarnya. Selepas guru besarnya dtg balai mengesahkan Sheikh adalah guru di sekolahnya, barulah polis membebaskannya.

Tapi polis tak minta maaf pun, apatah lagi nak hantar Sheikh ke hospital. Guru besar lah yg hantar Sheikh ke hospital utk rawatan. Bertabahlah sahabat. Kita ni sentiasa menjadi mangsa atas syak wasangka pihak berkuasa. Kalau mereka siasat tanpa mencederakan, kira okeylah. Ni tidak.. tumbuk, sepak, repih tangan dulu baru nak soal siasat.

Isteri, perempuan simpanan mengamuk di hospital (Gambar)


Isteri, perempuan simpanan mengamuk di hospital Sedutan video yang viral di laman YouTube.
SEORANG suami mendapat pengajaran dengan cara paling memalukan apabila isteri dan perempuan simpanannya melawatnya serentak di hospital.

Seorang pelayar laman sosial yang mendakwa dirinya seorang jururawat telah memuat naik rakaman tersebut ke YouTube semalam.

Dalam video berdurasi 2 minit itu, dua wanita dilihat saling menarik rambut dan bergelut.

Seorang lelaki yang memakai pakaian pesakit hospital dipercayai suami salah seorang wanita terbabit kemudian cuba meleraikan pergaduhan itu.

Walaupun pergelutan berjaya dileraikan, salah seorang wanita itu mula mengambil peralatan dan barangan hospital untuk dibaling ke arah wanita yang didakwa perempuan simpanan suaminya.

Video tersebut yang telah ditonton berpuluh ribu pelayar bagaimanapun hanya menimbulkan rasa geli hati di kalangan mereka yang menonton.

Lokasi sebenar kejadian gagal diketahui.
-sinarharian

Pasangan kekasih 'wheelie' jatuh terkangkang patah kaki

Pasangan kekasih 'wheelie' sampai patah kaki Antara sedutan video yang viral di laman Facebook.
BAGAIKAN kisah cinta tragik merpati sejoli, Romeo dan Juliet, sepasang kekasih yang yang melakukan aksi motorsikal merbahaya akhirnya menemui kemalangan bersama-sama.

Kejadian tersebut yang dirakam dan dimuatnaik di Facebook pada 29 Ogos lepas menjadi viral selepas orang ramai mempertikaikan kesahihan rakaman berkenaan.

Dalam sebuah rakaman, seorang wanita melakukan aksi 'wheelie' menggunakan sebuah skuter sambil dibonceng oleh seorang lelaki yang didakwa teman lelakinya.

Aksi tersebut berterusan selama beberapa saat sebelum disambung oleh sebuah lagi video.

Video kedua menunjukkan pasangan kekasih tersebut mengalami kemalangan dengan pembonceng lelaki terbaring tidak sedarkan diri.

Penunggang wanita pula mengerang kesakitan sambil kakinya bengkok di bahagian paha, dipercayai patah.

Pelayar laman sosial bagaimanapun mempertikaikan kesahihan video berkenaan kerana pakaian yang dipakai oleh pasangan kekasih tersebut berbeza dalam kedua-dua video.

Sehingga kini, lebih 5 juta pelayar sudah menonton video-video berkenaan.
-sinarharian