"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Jawapan saya ditanya tentang Sumpah Laknat Eskay?

Dr Dzulkefly Ahmad
Kenapa Dato Eskay terdesak untuk bersumpah laknat?
Setelah hampir dua bulan video seks ini didedahkan, rakyatMalaysiaterbelah kepada 3 kelompok: yang tak percaya, yang percaya dan yang tidak kisah. Mungkin dia fikir itu cara paling baik dan berkesan untuk membuktikan bahawa dia benar. Kononnya dia bersama dua lagi rakan tahu siapa pelaku sebenar. Dia mendakwa dia bersama. Dia mahu seluruh rakyat khususnya ummat Islam percaya tuduhannya bahawa sipelaku lelaki dalam video seks yang didedah itu adalah DS Anwar Ibrahim.

Keduanya dia tahu dan kini sedar bahawa pihak berwajib tidak lagi dapat melindungi ketiga-tiga mereka kerana mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan seksyen 5(1) Akta Penafisan Filem. Mereka tertekan untuk membuat sesuatu yang tergempar sebelum tindakan diambil terhadap mereka. ‘Sumpah laknat’ mahu memintas semua ini dan membuktikan mereka benar.

2.   Benarkah sumpah laknat yang mahu Eskay lakukan itu diperuntukkan dalam Islam
Perkara ini yang kita tunggu-tunggu dari para Ulama dalam Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka membisu seribu bahasa. Namun peribadi alim seperti bekas Mufti Perlis dan Mufti Perlis sekarang ini telah menyatakan sikap mereka. Ini yang ditunggu rakyat khususnya ummat Islam.

Bagi fahaman saya, prosedur sumpah, memang ada dalam peruntukan syariat Islam dalam hal mengendalikan kes pertuduhan seperti ini atau undang-undang prosedur. Prinsipnya berbunyi: Pembuktian adalah atas orang yang membuat pertuduhan, dan sumpah adalah bagi mereka yang tertuduh. Adapun “sumpah laknat” adalah khas untuk kes pertuduhan zina di antara suami isteri sahaja dan mempunyai kaedah dan cara yang khusus di sebut dalam Al-Quran (Li’an atau prosedur Mula’anah-Surah An-Nur 6-10).

Ringkasnya, kenapa Eskay ini pulak yang nak bersumpah ini, yang membingungkan ramai pihak, terutama alim ulama. Tambahan beliau mangajak dan mencabar sama supaya Ketua pembangkang itu pun bersumpah. Sumpah laknat katanya.

Apa yang perlu Eskay tahu bahawa dia dan dua rakannya sekarang ini tertakluk kepada tuduhan Qazaf kalau perundangan Islam yang dirujuk, apabila dia gagal mendatangkan 4 saksi. Undang-undang sivil tidak punya peruntukan dalam mengendalikan kes di antara dua orang dewasa yang melakukan seks di luar nikah secara rela (illicit sexs between 2 consenting adults).

3.   Apakah kesudahan semua perkara ini pada pandangan Dr?
Saya amat insaf dengan pergolakan politik jelek dan hodoh sekarang ini yang mewarnai dan menjadi budaya politik tanah air kita. Kalau ini berterusan menjadi cara dan tata-orde dan gelagat pelaku politik di negara ini, tidak mustahil rakyat seluruhnya akan benci dan bosan kepada orang politik dan politik sendiri.

Politik yang sepatutnya menjadi urusan kepimpinan, pentadbiran dan tata-kelola yang baik dan berkesan di segi menyemak dan mengimbang sesebuah kerajaan, samada di Pusat atau Negeri, telah menjadi pentas dan ruang untuk melakukan ‘character assasination’ dan sarat perbuatan jelek dan membinasakan ummat. Lebih parah lagi kerana setiap kali ia tampil semakin lebih hodoh dan jelek, khususnya yang membawa implikasi Qazaf, zina dan pelbagai perbuatan sumbang yang merosak akhlak dan budaya masyarakat, khususnya yang golongan remaja dan bahkan anak-anak yang terdedah kepada segala ini. Sekarang ini ianya didedah dalam media seeprti TV3, akhbar-akhbar dsbnya. Ini mengaibkan dan merosakkan akhirnya seluruh ummat dan negara! Ini adalah politik yang menghancurkan – ‘destructive zero-sum game’ yang dinamakan sebagai Gutter or Smute Politics! Hentikan semua politik jelek dan keji ini!!

Video seks: Mufti gesa Anwar sumpah balas

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah balas bagi menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam video seks seperti didakwa Datuk T.

"Saya amat setuju Anwar segera besumpah untuk nafikan tuduhn kotor kepada beliau, walaupun pilihan di tangan beliau sendiri," kata Dr Juanda (kiri).

Setelah mencabar Anwar bermubahalah, semalam Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.

Beliau ditemani bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim. 

Anwar seperti dijangka tidak hadir sama dalam upacara itu.

Dalam pesanan SMS daripada Mekah, Dr Juanda yang juga mufti termuda di Malaysia berkata, cadangannya itu dibuat kerana mahukan "kes yang memalukan umat Islam" itu selesai segera.

Mahkamah syariah kena proaktif

Bagaimanapun, menurut Dr Juanda lagi, tidak perlu bersumpah laknat dan memadai bagi Anwar dengan menyebut: "Wallahi tuduhan itu palsu!" 

NONEMengulas sumpah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam, Dr Juanda berpendapat perkara itu tidak patut dilakukan.

"Kaedah hukum Islam dalam kes jenayah, pendakwa kena bawa bukti tuduhan. 

"Yang kena dakwa, kena bersumpah kalau dia nafikan tuduhan. Datuk Eskay tidak patut bersumpah," katanya.

Dr Juanda juga berkata, mahkamah syariah wajib proaktif dengan memutuskan hal itu segera untuk metutup aib umat Islam. 

"Bukan (mereka) jadi penonton saja. Semua pihak kena jaga imej Islam terutama mereka yang perjuangkan Islam," katanya yang kini menghadiri program bersama mufti di seluruh dunia atas undan kerajaan Arab Saudi.

-malaysiakini-

Ahli Parlimen Kapar Persoal Kewujudan CD Seks Dari Thailand

KUALA LUMPUR, 30 APRIL: Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam mahu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyiasat bagaimana sebuah cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh dari Thailand yang diterimanya semalam boleh disebarkan sedangkan polis telah mengambil salinan asal video tersebut.

Manikavasagam menyatakan video itu merupakan video sama diwar-warkan media arus perdana yang didakwa sebagai mirip ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengesahkan telah menonton CD itu empat kali, dan menegaskan lelaki yang dimaksudkan bukan Anwar.

“Saya telah melihat VCD ini tiga kali dan saya juga menonton sekali lagi pagi ini. Tetapi, sah si pelakunya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupa bentuk fizikal dan rambutnya semua berbeza. Ini adalah CD penuh, jadi mahu minta polis menyiasat dan saya juga ada menyatakan dalam laporan polis bahawa Datuk T telah memberi CD asal kepada polis, tetapi kemudian CD ini masih disebarkan?" soal beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pagi tadi dan turut ditemani Naib Presiden PKR, N. Surendran, yang juga seorang peguam.

Manikavasagam yang juga Ahli Parlimen Kapar kewujudan CD itu membuktikan bahawa polis tidak boleh dipercayai dan mahu satu badan bebas menyiasat kes ini.

“Saya tidak yakin dengan polis (lagi) kerana jika CD asal sudah diserahkan, maka bagaimana (salinan) boleh ada untuk disebarkan? Saya telah minta supaya sebuah badan bebas dibentuk untuk siasatan,”

Sementara itu, Surendran menambah, sampul surat yang mengandungi CD itu hantar dari Thailand kerana berdasarkan setem dan cop yang terdapat pada sampul surat terbabit.

“Tanda pos pada sampul surat adalah dari Thailand, jadi adalah jelas mereka di belakang cuba untuk mengelak pergerakan mereka dikesan. Mereka sangat takut bahawa kami akan mengesan siapa di belakangnya kerana jika anda ikut kesemua kaitan ini, anda akan lihat bahawa ia menunjukkan Umno dan BN," kata beliau lagi.
-tvsnews-

Wahai Jamil Khir Baharom dimana kau bersembunyi?

Umat Islam dalam negara ini sudah tentu tertanya-tanya apa yang terjadi denngan menteri yang menjaga halehwal agama Islam, masih hidup atau sudah matikah dia?

Sejak video fitnah tersebar takada pulak rasanya dia memberi ulasan. Adakah dia reda dengan peyebaran video lucah tersebut?

Semalam kecoh dengan sumpah laknat dia masih tak muncul menyatakan pendirian.

Hari ini pula Najib kata semua orang ada hak membuat sumpah laknat untuk memfitnah orang lain. Nampaknya masih tak nampak bayang si Jamil ni.

Wahai menteri nikahkahwin keluarlah dikau dari pertapaan untuk menyatakan pendirian. Adaka kamu reda dengan gerombolan pemfitnah ini?

Sumpah Laknat - Najib Sanggah Mufti

KUALA LUMPUR 30 APRIL: Perdana Menteri Najib Razak mendakwa setiap orang ada hak untuk melakukan sumpah laknat, sekali gus menolak pandangan mufti dan tokoh agama bahawa lafaz itu tidak harus diguna untuk menuduh dan menfitnah seseorang.

Perdana Menteri mengulas langkah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam melakukan sumpah laknat kononnya pelaku adalam video itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam "nasihat" yang mungkin ditujukan kepada mufti dan tokoh agama, Najib yang juga presiden Umno berkata, orang perseorangan dan parti-parti politik seharusnya mengambil pendekatan yang sama seperti beliau.

"Ini adalah isu peribadi dan tidak membabitkan Umno ataupun kerajaan. Jika sesiapa merasakan mahu melakukan sumpah laknat, maka terpulang kepada mereka. Kami tidak menggalakkan dan tidak akan menghalang mereka," katanya lagi.

"Saya merasakan setiap orang mesti ada sikap yang sama. Parti-parti politik mesti ambil sikap bahawa ini adalah urusan peribadi," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di sini semalam.

Dua tokoh agama – Mufti Perak Datuk Harunsani Zakaria dan Badrolamin Baharom berkata cara terbaik menyelesaikan isu video lucah adalah mengikut syarak Islam iaitu dengan menfailkan pertuduhan qazaf.

“Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja, ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini,” kata Datuk Harunsani kepada TvSelangor.

“Selepas dia membuat tuduhan orang itu berzina, dia perlu kemukakan bukti bukannya bersumpah. Dia tuduh orang berzina itu maknanya Qazaf, qazaf ini bukan bersumpah tetapi kena bawa bukti,” tambah beliau.

Semalam, pendakwah bebas Firdaus Supri turut memberi amaran kepada Eskay bahawa beliau tidak harus menggunakan sumpah laknat untuk menfitah seseorang dan memberikan ahli perniagaan itu senaskah hukum qazaf.

Dalam sidang akhbarnya semalam, Najib juga mengkritik penyokong PKR yang membantah langkah Shazryl melakukan sumpah laknat itu semalam kerana ia bukan Islamik. Beliau juga mempertahankan mempertahankan tindakan media arus perdana menyiarkan sedutan klip video seks itu.

"Ini bukan perkara baru. Berita video seks telah dilaporkan sebelum ini. Sudah tentu akhbar perlu melaporkan apabila ia melibatkan pemimpin tetapi ia tiada kaitan dengan Umno," katanya.
-tvsnews-

Eskay Tiada Pilihan, Terpaksa Bersumpah Juga, Kerana Apa?

wfauzdin_ns
SYABAS dan tahniah kepada sebilangan besar jemaah Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul hari ini kerana berani meluahkan kebenaran dan hak agar kelakuan sesat dapat dihindarkan berlaku di dalam Rumah Allah itu. Sejurus selepas Solat Jumaat, wajah Eskay tidak kelihatan untuk mengadakan perbuatan karut iaitu Sumpah Laknat, melainkan yang lebih awal muncul adalah Pengarah JAWI

Petikan dari Malaysiakini, keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong PKR pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini (Malaysiakini).<

Apa yang penting kita patut bersyukur masih ramai yang sedar dan insaf bahawa perkara sumpah di dalam Islam tidak boleh dipersendakan. Masih ramai yang tidak sejahil puak mereka yang mahu agar tuduhan zina ini boleh diatasi dan diselesaikan dengan sumpah. Eskay sedar, beliau tidak mampu untuk menghadapi kes Qazaf kerana hukum tersebut akan memberi keadilan yang sebenar. Adakah Eskay mahu kepada keadilan Islam ataupun hanya mahu mengaibkan musuhnya?

Pelik bin ajaib, permohonan untuk membicarakan kes Qazaf terhadap isu ini lebih awal dipohon bagi pihak DS Anwar melalui Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar bahkan beliau telah pun dipanggil untuk memberi keterangan di Pejabat JAWI. Tetapi, mengapa Pengarah JAWI memilih untuk hadir lebih awal ke Masjid berkenaan semata-mata untuk upacara sumpah tersebut? Mengapa beliau memilih membelakangkan kes Qazaf tetapi segera malah lebih awal dari Eskay untuk menyaksikan sumpah laknat?

Kita masih ingat kes sumpah laknat oleh Saiful dahulu, siapakah Pengarah dari Jabatan Agama Islam yang terlibat memaksa Imam Raml;an Poringgi mengadakan sumpah laknat buat Saiful? Alhamdulillah, akhirnya Imam Ramlan sedar betapa beliau telah dipergunakan oleh bosnya yang berkepentingan politik. Apa jadi pada Imam Ramlan selepas itu? Beliau digantung dan akhirnya ditamatkan perkhidmatan. Itulah cabaran bagi sesiapa sahaja yang ingin menegakkan kebenaran. 

Saya tetap yakin Eskay akan terus bersumpah lagi kerana beliau tahu tiada jalan lain untuk beliau menghilangkan rasa malu akibat fitnahnya yang kini ditertawakan orang. Siapa mahu percaya cerita Eskay yang pada awalnya menyebut beliau tahu kes zina tersebut apabila terjumpa kamera tersembunyi sewaktu beliau ingin mengambil jam DS Anwar yang tertinggal. Beliau pun memanggil beberapa rakannya terlebih dahulu untuk menontonnya bagi memastikan kebenaran siapa pelaku di dalam video yang kununnya beliau jumpai itu sebelum ditayangkan kepada para wartawan. Tetapi kelmarin beliau membuat pengakuan berbeza dengan menyebut bahawa beliau tahu watak lelaki tersebut adalah DS Anwar kerana beliau ada bersamanya ketika kejadian.

Dari segi fakta fizikal lelaki di dalam klip video siri I hingga setakat Siri II yang disiarkan oleh youtube dan dipanjangkan juga oleh media porno kita, jelas penipuan mereka. Tambahan pula apabila Eskay berbelit di dalam ceritanya. Sebab itu Eskay terlalu ingin untuk bersumpah kerana beliau tidak perlu menjawab apa jua kemusykilan. Apabila beliau bersumpah, nah, terserlah kita lihat siapa Eskay. Baca Bismillah.... mengucap dua kalimah syahadah pun tidak betul...Kalau sudah mengucap pun tidak boleh, fikir-fikirkanlah siapa Eskay ini...

Kita tidak pelik berapa ribu kali Eskay mahu bersumpah kerana yang kita inginkan adalah kes ini mesti mengikut apa yang Allah ajar pada kita. Sebelum itu, kita juga mahu tindakan ke atas Eskay dan juak-juaknya yang telah mengaku menayangkan video lucah berkenaan agar didakwa segera. Eskay boleh bersumpah setiap hari, ada kita kisah?

Kisah azab mayat seorang polis Melayu

Selatanonline

gambar hiasan

Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar.Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut.

Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.

Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.

Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam.
Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.
Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur.
Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa.
Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu.
Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri.
Cintai Allah, Cintai Islam.
Moral cerita:
1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa. Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit.
2. Jika inilah tahap polis Melayu, maka apa yang dihairankan polis berkelakuan seperti anjing membelasah rakyat tanpa belas semata-mata menurut kehendak tuannya. Sudah tentu bukan semua polis berkelakuan begitu.
Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti mayat orang Islam juga.
Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.
Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.”
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim
Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.
Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak. Fikir-fikirkan.
Ummu Abbas-keranacinta/tulahan
Wassalam

Paderi Kutuk Tayangan Video Lucah di TV3

Kiriman -NSA-
PETALING JAYA: Pemimpin Gereja Katolik telah mengutuk satu tayangan klip video seks yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim di TV3.

Paderi Paul Tan, yang juga Presiden Persidangan Paderi Katolik Malaysia, mengecam langkah penayangan itu sebagai satu“penghinaan tidak dapat dimaafkan.”

Semalam, stesen TV kerajaan telah menayangkan satu klip video pendek yang juga disebut sebagai video bahagian kedua yang menunjukkan pertemuan di antara ketua pembangkang dengan seorang pelacur.

“Daripada mula lagi, satu sikap permisif (tidak berakhlak) telah ditunjukkan pihak berkuasa dalam cerita lucah ini,” kata Tan, yang juga Ketua Paderi Melaka-Johor.

“Sekarang kerana sifat tidak berakhlak ini telah menyebabkan berlakunya penghinaan : menayangkan bahan yang keji dan dahsyat di dalam TV awam kepada penonton yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

“Ini ialah satu penghinaan tidak dapat dimaafkan kerana kelemahan pihak berkuasa yang tidak bertindak tegas dalam menghalang benda-benda seperti ini menjadi satu kesalahan serius.

“Tidak ada seorang pun di dalam hatinya yang tidak terdetik merasa kesal terhadap penayangan video tidak berakhlak ini kepada tontonan kanak-kanak” dia menambah.
Tan mendesak pihak berkuasa bertindak dengan pantas dan membawa orang yang melakukan kesalahan menayangkan video seks itu dibawa ke muka pengadilan sebelum “melahirkan lebih banyak kejahatan.”

“Sikap tidak berakhlak ini, menyebabkan terjadinya penyumbang kepada perbuatan-perbuatan tidak bermoral yang dapat kita lihat hari ini.


“Penguatkuasa undang-undang dan moral tidak boleh memandang ringan terhadap kejahatan biadab ini. Mereka mesti bertindak atau masyarakat akan menanggung risiko yang serius,” dia mengingatkan.

Tayangan video seks bahagian kedua telah dikeluarkan walaupun video bahagian pertama masih dibincangkan, yang telah dikeluarkankan bulan lepas.

Anwar, yang sedang menghadapi satu pertuduhan liwat, telah menolak video itu sebagai satu lagi cubaan oleh pesaing-pesaing politiknya menghina dirinya.

Isterinya yang juga Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail juga telah menafikan suaminya adalah lelaki di dalam video itu.

-selatanonline-

Anwar : PR Tetap Dengan Perjuangan, Soi Lek Pengecut

KUALA LUMPUR, 30 APRIL: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat(PR) tidak akan sesekali tunduk kepada saranan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek bagi membolehkan beliau menjadi orang pertama yang mengundi PKR jika parti itu sanggup memansuhkan keistimewaan orang-orang Melayu.

Malah katanya, PR langsung tidak terfikir, berniat atau merancang untuk merubah serta meminda sebarang peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Sebaliknya, PR sentiasa jelas dengan perjuangan mereka untuk mempertahankan setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang nyata berbeza dengan kepimpinan Umno-Barisan Nasional(BN) yang hanya melindungi dan mementingkan kekayaan keluarga masing-masing.

"Kita tetap akan mempertahankan perkara 153 mengenai hak dan kedudukan orang Melayu,ini peruntukan perlembagaan kita. Tetapi, beza kita dengan UMNO kita apa? Kita ambil hak istimewa itu untuk orang Melayu yang miskin, terpinggir dan tercicir. Itu tanggungjawab kita," tegas Anwar dalam Ceramah Perdana di Ampang semalam.

Tambah Ketua Umum itu lagi, PR yang dianggotai PKR, PAS dan DAP jelas dengan kedudukan mereka yang tetap mendukung prinsip Malaysia dalam mengamalkan kebebasan beragama dan perkara yang sewaktu dengannya.

"Tidak akan ada sesiapa pertikaikannya. Islam agama rasmi Persekutuan yang mesti kita martabatkan, itu tidak dipertikaikan. Yang kita mahu, jamin kedudukan Islam terus dimartabatkan. Hak dan kebebasan agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian perlu dipelihara.Tidak ada percanggahan sama sekali," tegasnya.

Semalam, dalam satu mesej menerusi rakaman YouTube, Dr Chua berkata beliau akan menjadi orang pertama yang akan mengundi PKR jika PR sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu. “Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR,” kata presiden MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya.

Ekoran kenyataan Dr Chua itu, Anwar menyifatkan dan melabelkannya sebagai seorang yang pengecut dan hanya mahu melaga-lagakan komponen Pakatan Rakyat.

Menurut Anwar lagi, PR tidak akan mudah dipedaya dengan tipu muslihat jahat Dr Chua yang hanya menjadi alat perkakas komponen Umno-Barisan Nasional(BN).

"Saya nak beritahu Chua Soi Lek. Kita takkan lompat atau buat kenyataan ikut selera anda (Chua). Anda tidak ada keberanian untuk berhadapan dengan pemimpin Melayu yang korup. Pemimpin-pemimpin MCA tiada keberanian.

Kami (PR) akan bangun dan lawan kedua-dua pemimpin Melayu dan Cina yang rasuah,” tegas Anwar.
-tvsnews-

Politik Fitnah Mencemar Rukun Negara

Wira Arjuna
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa rakyat kini bingung dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Semuanya berpaksi kepada video seks yang cuba dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Media arus perdana, Utusan Malaysia, Berita Harian dan Tv3 serta RTM mengangkat Shazryl Eskay kerana mahu melafazkan sumpah laknat untuk menyokong dakwaan bahawa Anwarlah pelaku zina dalam video itu.

NONE
Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula mewakilkan Eskay untuk melafazkan ikrar itu bagi pihaknya yang mendapat sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.


Nasihat mufti-mufti seperti Tan Sri Harussani Zakaria bahawa isu itu harus ditangani secara qazaf dan bukan sumpah laknat ditenggelamkan oleh media arus perdana.

“Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja, ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini,” kata beliau kepada Tv Selangor kelmarin.

Di Kelantan, Parti Keadilan Rakyat mendedahkan seorang pegawai polis kanan memberitahu guru-guru kononnya pelaku dalam video itu adalah Anwar. Kempen “pencerahan isu Anwar” oleh pegawai polis berkenaan berlarutan sejak awal bulan ini.

Di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri Mansor Othman pula mendedahkan penduduk setempat di Penanti dijemput menonton video itu di pejabat Kemas. Video itu juga disajikan semasa kursus Biro Tata Negara untuk mahasiswa.

Untuk mereka, (termasuk kanak-kanak) yang tidak dapat mengikuti video seks menerusi You Tube atau suratkhabar dan blog-blog pro-Umno, jangan khuatir kerana gambar-gambar video itu dicetak dalam bentuk risalah dan diedarkan di merata tempat.

Ke mana hala tuju Negara? Jika ini bukan “politik longkang” yang menghakis nilai-nilai keagamaan dan peradaban yang kita junjung sebagai rakyat bersopan yang tahu menjaga maruah diri dan jiran kita, amalan politik apa namanya ini? Ke mana semangat Rukun Negara yang menggariskan soal KESOPANAN DAN KESUSILAAN?

Apakah segala-galanya boleh dihalalkan semata-mata untuk mencari keuntungan politik?

Apakah benar Polis dan Biro Tata Negara membantu mencaci dan menfitnah supaya generasi muda menolak pemimpin pembangkang? Kenapa Peguam Negara pula yang menentukan rentak siasatan polis?

Semua persoalan ini mempunyai jawapan mudah jika seseorang mengambil kira hakikat Perdana Menteri Najib Razak sendiri menggunakan “jam Omega’ sebagai modal politik ketika pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.

Walaupun beliau cuba memberi gambaran kononnya segala yang melanda Anwar ketika ini tidak ada kaitan dengan Umno dan kerajaan, ramai yang sangsi, curiga dan amat tidak mempercayai Najib.

Malah, satu lagi kes Anwar bersabit isu moral menyebabkan kewibawaan polis, Peguam Negara dan Biro Tata Negara pula menjadi persoalan utama mengenai kredibiliti kita sebagai rakyat yang bermaruah.

Berdasarkan perkembangan semasa, isu ini juga akan mengheret Badan Kehakiman yang masih tercalar imejnya daripada pusingan pertama perbicaraan fitnah terhadap Anwar pada tahun 1998.

Rakyat tertanya-tanya, sampai bila institusi-institusi awam negara akan terus diheret ke kancah fitnah dan bukti rekayasa semata-mata untuk membenamkan Anwar Ibrahim.

Tindakan terbaru akhbar-akhbar berbahasa Melayu, Tv3 dan RTM menyembunyikan kenyataan-kenyataan mufti dan tokoh Islam bersabit isu fitnah dan kemungkaran mencerminkan bagaimana rendahnya kewibawaan media kawalan kerajaan.

Namun mereka tidak mempunyai pilihan kerana berfungsi di bawah telunjuk Umno dan Barisan Nasional (BN).

Mereka ditugaskan untuk mewarnakan Anwar sebagai seorang peliwat, kaki perempuan, ejen CIA, agen Yahudi dan apa sahaja asalkan Ketua Pembangkang itu diaibkan sehingga terpaksa berundur dari politik buat selama-lamanya.

Media massa ini mahu rakyat beragama Islam di Malaysia percaya bahawa orang-orang seperti Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim adalah bebas daripada dosa besar dan layak membuat sumpah laknat untuk menuduh pihak lain.

Umno pula mengharapkan sumpah laknat Eskay akan berjaya setelah sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan gagal mencapai matlamatnya dalam kes liwat fitnah.

Dalam mengejar matlamat masing-masing, Umno, mahupun media massa tidak harus lupa bahawa rakyat mempunyai kewarasan dan iman untuk membezakan antara kebenaran dan fitnah.

Kebenaran akan sentiasa menzahirkan diri dan menyerlah dengan peredaran masa serta mempunyai ketahanan untuk mengatasi apa sahaja kemungkaran yang cuba disebarkan.

Fitnah sebaliknya tidak lebih daripada rekayasa jijik yang akhirnya akan terpalit kepada pihak yang mencetuskannya.

Sumpah Laknat: Utusan, BH berniat jahat kata NUJ

NONEKesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini menyelar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang enggan melafazkan sumpah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah bersabit isu video lucah.

Presidennya Hata Wahari dalam wawancara dengan TV Selangor berkata laporan dua akhbar itu melanggar etika kewartawanan dan jelas berniat jahat di samping bertujuan menyembunyikan kebenaran.

"Apa yang dibuat oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian merupakan satu propaganda jahat yang dimainkan oleh akhbar-akhbar milik Umno cuba memperlihatkan bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengikut hukum Islam.

"Anwar sebagai bekas pemimpin Abim yang mengetahui hukum Islam secara mendalam dan tahu mubahalah tidak boleh memberikan impak kepada sesiapa sebab itu Anwar tidak mahu bersumpah. Bila angkat sumpah, itu antara kita dan Allah dan belum tentu perkara itu dapat dibuktikan lagi,” kata Hata.


Justeru Hata bersetuju dengan tindakan Anwar mahukan pihak berkuasa Islam menyiasat fitnah terhadapnya mengikut hukum qazaf.

NONEPemuda PKR sebelum ini membuat laporan Qazaf ke atas Datuk T tidak mendapat perhatian media arus perdana.

Mengikut Al-Quran, sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh seorang suami yang menuduh isterinya berzina dan tidak mempunyai bukti lain selain daripada bersumpah. 

"Kalau dia (Eskay) hanya bersumpah untuk memberitahu bahawa ini adalah perkara benar jadi saya rasa itu bukan perkara pokok yang paling penting sekarang dia perlu membuktikan perkara ini perlu dibawa ke Mahkamah Syariah dan buktikan dengan membawa empat orang saksi."

Hata tidak menolak berita yang dimainkan oleh media arus perdana termasuk Utusan dan Berita Harian adalah bertujuan membunuh karektor politik ketua pembangkang itu. 

NONEMalah kata Hata, beliau berpandangan bahawa media kawalan Umno-BN kini sudah terkeluar dari landasan tanggungjawab sebenar dengan menabur fitnah serta menjatuhkan kredibiliti pemimpin yang tidak memihak kepada mereka. 

"Jelas membuktikan bahawa media sekarang ini tidak mempunyai prinsip dan pendirian tetapi sebagai satu alat kepada kerajaan dan bukan media yang ingin mencari kebenaran atau melaporkan kebenaran tetapi sebagai sebuah media yang menyebarkan fitnah dan perkara-perkara tidak benar.


"Saya melihat mereka ini tiada kredibiliti langsung," katanya

Tambah beliau lagi sebagai Presiden NUJ Malaysia yang menaungi 1,300 wartawan di Malaysia yang kebanyakkannya berkhidmat di media arus menyeru mereka kembali kepada prinsip asas media dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat.


Malah beliau juga turut menyeru editor-editor Utusan dan Berita Harian agar menilai sendiri prinsip dan tanggungjawab mereka dan kembali kepada prinsip media sebenarnya.
-malaysiakini-

Masalah di T'gganu? Najib adakan perjumpaan tertutup

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan perjumpaan tertutup dengan semua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Parlimen Terengganu serta beberapa pimpinan parti komponen BN Negeri, malam ini.

Hadir sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal yang juga Naib Presiden Umno, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Anggota Parlimen Kemaman.

Turut serta dalam mesyuarat itu Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN tiba di Ri-yaz Heritage di Pulau Duyong, di Kauala Terengganu pada kira-kira pukul 10.30 malam, dan perjumpaan itu berakhir pada kira-kira pukul 12 tengah malam.

Semua 24 ADUN dan enam anggota Parlimen BN hadir pada perjumpaan itu.

Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam rangka lawatan kerja sehari ke Terengganu dalam Program Turun Padang Bersama Rakyat yang menyaksikan jadual padat sepanjang hari ini.
-Bernama-

Tindakkan Kurang Bijak Ketua AMK di Masjid BB Sentul !!

edyesdotcom
KUALA LUMPUR: Suasana kecoh menyelebungi majlis angkat sumpah lakmatsalah seorang trio 'Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dijadual diadakan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini, Jumaat.ak.

Suasana menjadi tidak terkawal sekitar pukul 2.10 petang apabila jemaah dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) masuk ke ruang solat utama di hadapan mimbar masjid dengan laungan takbir sambil dipercayai bagi menghalang majlis angkat sumpah diadakan.
Bagaimanapun Shazryl Eskay yang pada mulanya dijadual turut sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan masih belum hadir ketika berita ini ditulis.

Kekecohan seterusnya berlaku apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin masuk ke ruang solat ditengah-tengah kekecohan berkenaan.

Shamsul Iskandar kemudiannya dijulang oleh penyokong PKR sambil menunjukkan buku 'Qazaf' - hukum Islam.

Ketegangan terus berlaku apabila penyokong yang dipercayai di pihak Shazryl Eskay bertindak mengganggu ceramah ringkas Shamsul Iskandar.

Penyokong PKR kemudiannya menunaikan solat sunat hajat. - mstaronline

EDYES wrote:

Aku tak paham apa yang ketua AMK cuba buat? Adakah Shamsul Iskandar cuba untuk menjadi hero??

Kenapa harus buat kecoh dalam masjid sedangkan si sesumpah belum kelihatan lagi? Sepatutnya dari semalam AMK melalui ketuanya yang lauyar itu harus desak para mufti, JAKIM, dan menteri berkaitan supaya keluar kenyataan mengenai keperluan sumpah laknat Eskay. Atau sekurang-kurangnya mengarahkan jawatankuasa Masjid bertindak mengikut hukum agama. Bukan dengan menjadi samseng dalam tempat ibadah !!

Aku tak setuju dengan apa yang dilakukan oleh ketua AMK! Nampak seolah-olah kita semua takut Eskay bersumpah laknat sedangkan selama ini banyak sudah sumpah laknat dilakukan dan menjadikan rakyat ramai yang tidak percaya dengan sumpah cara sebegini - Sumpah yang tidak mengikut hukum syarak!

Daripada ramai rakyat yang langsung tak percaya apa yang cuba dilakukan oleh Trio jahanam, termasuklah yang terbaru berupa sebuah sumpah laknat, kini apa yang dilakukan oleh Shamsul Iskandar di atas kapasiti ketua AMK telah menyebabkan rakyat buntu dan suspen - Apa yang ditakuti sangat oleh PKR sehingga sanggup menjadi samseng masjid untuk menghalang sumpah Eskay?

Aku harap dengan tindakkan yang ternyata sangat tidak cerdik ini, Shamsul Iskandar disaran agar melepaskan jawatan Ketua AMK yang disandang hampir 5 tahun ini. Lebih baik Shamsul tumpu kepada negeri Melaka dan serahkan jawatan itu kepada yang lebih berkelayakan dan punya idea politik baru berasaskan nilai !

Undurlah Shamsul, tindakkan tidak cerdik ini tidak harus berlaku jika AMK dipimpin dengan bijak.


salam, mohon taruk space... sy dah cuba tak berjaya.. tq

16 Mei: Anwar ke Penjara… PR ke Putrajaya!

Saiful Bahri
Rakyat menanti tarikh baru 16 Mei. Bukan lagi 13 Mei sebagai tarikh pertembungan perkauman terancang untuk kekuasaan UMNO-BN tetapi mayday baru ini rakyat ingin melihat bahawa sejauhmana permainan catur yang dikelolakan Team Najib bersama pakar strategiknya, Mahathir Mohamed untuk cheakmate Anwar Ibrahim.

Semua orang tahu bahawa nyawa UMNO berada dihujung tanduk. Kegagalan UMNO-BN dalam pru-13 nanti merupakan kiamat buat mereka. By hook or by crook Anwar perlu direhatkan dari medan politik di Malaysia. Bagi mereka Abdullah Badawi telah melakukan kesilapan besar apabila membebaskan Anwar dari penjara. Kesilapan itu PakLah terpaksa bersara dari PM.

Untuk kembalikan Anwar ke penjara. Ulangkan siri jenayah seks kedua atau ketiga. Apa peduli dengan maruah atau kehormatan. Nyawa UMNO lebih penting. Apa bicara dengan undang-undang dan syariah kerana matlamat politik adalah segalanya. 3M (Money, Media, Missionary) tetap menjadi senjata yang berkesan kini. Sebagai kata Najib.." ia tetap berjuang mempertahankan Putrajaya sehingga darah terakhir".

Dalam kegawatan UMNO-BN nak mempersiapkan jentera menghadapi PRU-13. Dengan bantuan dan penasihat APCO Worldwide sudah pasti mereka mengambil kira dan menghitung baik-buruk strategi yang diambil. Masing-masing akan menyerang dan bertahan. Pilihanraya kali ini akan menjadi pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah. Bagi UMNO yang penting adalah kemenangan. Meskipun mereka sudah mendapat 2/3 kemenangan di Sarawak, tetapi kenapa UMNO-BN yang pening kepala. Nampaknya Taib Mahmud relax aje…

Sekarang giliran Najib dan pimpinan UMNO memerah keringat demi memastikan kemenangan UMNO buat kali pertama dibawah kepimpinan beliau. Pelan dan strategi masih berjalan mengikut rentaknya. Tetapi malangnya skrip itu seolah dibaca oleh rakyat. Apabila Isu liwat-2 dan akhbar mengumumkan "DAN Y adalah Anwar". Ingatkan kiamatlah politik Malaysia tetapi seolah-olahnya rakyat diam membisu. Seolah tiada apa-apa. Seolah mereka juga sudah tahu apa yang menjadi keputusan akhir. Bagi rakyat 16 Mei ini mereka sudah baca skripnya. Hanya pelik bin ajaib jika Anwar diumumkan tidak bersalah dan tidak diperintah membela diri pada 16 Mei ini.

Selepas keputusan tersebut berapa bulan lagi akan terheret naik-turun mahkamah sehingga tarikh pilihanraya. PR akan disibukkan dengan isu lucah ini dan anwar akan disibukkan dengan mahkamah hingga pilihanraya. Apatah lagi timbul isu video seks pula. Sejauhmana ketahan Anwar dalam menghadapi pelbagai isu ini. Nampaknya tak berkurang. Mengikut Umi Hafilda ada 18 lagi video. Fuh!!! Kalau buat syarikat mengedarkan VCD lucah ni dah jadi kaya. Yelah!!! Sekarang ni nampaknya tayangan seperti ni dah halal dan tidak berlawan dengan undang-undang lagi.

16 Mei ini akan disabitkan Anwar dengan berapa tahun jel? Berapa kali sebatan? Persoalannya kita tidak nampak Anwar akan dipenjarakan sebelum pilihanraya. Pengalaman 1998 telah menunjukkan kebangkitan rakyat sehingga merubah percaturan politik. Adakah kini, kalau Anwar dihumban kepenjara, rakyat sudah lali dan muak? Mungkin itu bacaan pemimpin UMNO.

 Tetapi mungkin rakyat juga muak dengan kejahatan dan kezaliman UMNO. Kalau dulu PR masih lemah. PKR masih baru bernafas. Kerajaan Pakatan hanya Kelantan sahaja. Orang Cina bersama dengan MCA & Gerakan dan orang India bersama MIC. Berbeza kini. Orang cina sudah tak bersama dengan BN lagi.

 Jika UMNO buat musuh dengan orang cina dan Umno hanya mengharapkan sokongan melayu tegar sahaja maka Melayu PKR dan PAS takkan bersama mereka. Jika sikap UMNO-BN dan pemimpin kerajaan berterusan memalukan keluarga Anwar dan Wan Azizah, Simpati rakyat akan berganjak kepada PR.

 Apatah kalau mereka memenjarakan Anwar sebelum pilihanraya ini, orang melayu juga akan bangkit menyokong PR dan senang-senang akan ke Putrajaya.

Mungkin tujuan mereka hanya untuk memalukan Anwar sehingga pilihanraya ini.. tapi kena ingat juga yang merancang sebenarnya adalah Allah yang Maha Kuasa. Kalau sudah ditakdirkan Allah PR ke Putrajaya… apa usaha UMNO-BN???