"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Kisah penguatkuasa DBKL belasah peniaga keropok lekor (Gambar)

Rakaman Gambar Seorang Peniaga Keropok Lekor Dan Pisang Goreng Yang Berlesen Dibelasah Dan Di Gari Penguatkuasa DBKL

"Pada 4/2/15 jam lebih kurang 1900 petang saya dan suami sedang menjalankan perniagaan di tapak menjual keropok lekor dan goreng pisang yg dilesenkan oleh DBKL di Jalan Bulan 1 berhadapan Bangunan Amoda, Bukit Bintang K.Lumpur. Seramai 30 orang pegawai DBKL telah datang di tapak perniagaan saya dan bertindak menyita barangan perniagaan saya dan mencampakkan makanan sehingga bertaburan serta menyepak meja besi sy tanpa memberikan apa-apa penjelasan. 

Suami saya sudah memberitahu dengan baik kepada pegawai tersebut untuk mengemas barangan perniagaan kami tapi tidak dihiraukan. Semasa suami saya cuba memasukkan generator ke dalam lori bagi mengelakkan kerosakan atau kehilangan namun tiba-tiba dua orang pegawai DBKL(gambar akan disertakan) bertindak agresif mengeluarkan kata-kata kesat dan menumbuk muka suami saya yang telah mengakibatkan pendarahan di dahi dan lebam di pipi.

Seorang lagi anggota DBKL bernama Othman menyepak suami saya di bahagian kaki. Saya cuba untuk berbincang dengan pegawai DBKL namun tidak dihiraukan sama sekali. Terdapat beberapa pegawai polis disitu namun tidak diambil apa-apa tindakan untuk meleraikan perselisihan faham tersebut. 

"Lori saya juga telah disita berserta dengan kunci lori dan semasa saya meleraikan perselisihan faham tersebut. Lori saya juga telah disita berserta dengan kunci lori dan semasa saya sedang mengemas barangan saya di dalam lori untuk dibawa pulang seorang anggota DBKL wanita cuba menarik saya."

Begitulah keluhan dan runggutan isteri mangsa kena gari dan belasah penguatkuasa DBKL ini. Malas nak kupas dan ulas lebih panjang sekadar menjemput para pembaca yang budiman cuitkan sedikit otak untuk berfikir dan menilai .. Itu sahaja.

sumber: Omakkau!!

PAS Kota Baru diramal calonkan tokoh presiden baru

ZULKIFLI SULONG  
Ketika PAS memulakan mesyuarat agung tahunan peringkat kawasannya hari ini, kawasan Kota Baru dijangka menamakan seorang calon selain Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menduduki kerusi nombor satu parti itu.

Dan, mengikut ramalan awal, jawatan itu tidak akan dipertandingkan.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, nama tokoh berkenaan dibincangkan sejak sekian lama sebagai calon alternatif bagi menyelesaikan kemelut dalaman PAS.

Mesyuarat hari ini akan menentukan sama ada calon itu diterima semua perwakilan atau tidak.

Yang Dipertua PAS Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan hal tersebut kepada perwakilan dalam mesyuarat itu nanti.

Katanya, PAS Kota Baru berazam menjadi pelopor dan membentuk pemikiran ahli PAS di seluruh negara menjelang Muktamar PAS ke-61 pada Jun depan.

Mesyuarat agung ini katanya akan memberikan hak sepenuhnya kepada perwakilan menentukan calon kepimpinan PAS di masa depan, termasuk bagi kedudukan presiden.

Dalam pertemuan beliau dengan semua ketua dan setiausaha cawangan di Kota Baru minggu lalu, beliau meminta mereka melaksanakan hak menentukan pucuk kepimpinan parti di semua peringkat.

"Biarlah semua jawatan dipertandingkan. Ia bagus untuk memberikan hak sepenuhnya kepada ahli menentukan siapa pilihan mereka. Menang tanpa bertanding setiap masa ini ada negatifnya," kata Rahim.

Khabar angin menyatakan PAS Kota Baru akan mencalonkan tokoh selain Hadi sebagai presiden bertiup sejak sekian lama.

Rahim sendiri sebelum ini pernah mencadangkan nama Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden bagi menggantikan Hadi demi menyatukan kembali PAS.

Beliau yakin Hadi tidak akan mempertahankan jawatan itu demi kepentingan PAS yang sedang berpecah teruk sekarang ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yakin tidak ada pencabar yang berwibawa menggantikan Hadi buat masa ini.

Sejak memangku jawatan itu susulan kematian Datuk Fadzil Noor pada 2002, kedudukan Hadi tidak pernah dicabar.

Manakala bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar pula berkata, beliau tidak terkejut jika ada kawasan yang mencalonkan tokoh lain untuk jawatan kepimpinan tertinggi PAS, termasuk jawatan presiden, memandangkan apa yang berlaku dalam PAS sekarang.

Mesyuarat agung PAS kawasan Kota Baru buat pertama kalinya akan diadakan di Dewan Zulkefli Mohamad, Bangunan PAS Kelantan, tempat di mana bekas Mursyidul Am Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan kuliah Jumaatnya saban minggu sebelum ini.

"Biasanya dewan ini untuk kuliah sahaja. Kami pilih untuk mengadakan mesyuarat di sini buat pertama kalinya sempena 50 tahun pembinaannya," kata Rahim, bekas ahli Parlimen Kota Baru.

Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kota Baru mengadakan mesyuarat agung pada Jumaat, sehari sebelum mesyuarat agung peringkat kawasan.

Pertandingan untuk merebut kepimpinan juga dijangka berlaku di peringkat kawasan Kota Baru.

Pada masa ini, Rahim merupakan yang dipertua kawasan, sementara Datuk Takiyudin Hassan (ahli Parlimen Kota Baru), timbalan yang dipertua manakala Datuk Anual Tan Abdullah (exco kerajaan negeri Kelantan), naib yang dipertua.

Takiyudin dikatakan akan mencabar Rahim kali ini untuk jawatan yang dipertua manakala Dr Rosli Ahlani, ketua Pemuda kawasan sekarang, dikatakan akan bertanding merebut jawatan timbalan yang dipertua.
-malaysianinsider-

Akhbar "The Straits Times" Hanya Empat muka Surat

Abu Hassan Adam
Kini rakyat di Malaysia ‘heboh’ bercerita tentang keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi yang berjaya mendapat keputusan cemerlang tentulah ‘mengelekek’ (loghat Perak membayangkan keadaan yang amat mengembirakan). Namun bagi yang tidak begitu bernasib baik tentulah merasa dukacita menerima keputusan yang sedemikian. Walau bagaimana pun bagi yang gagal tidak bermakna sudah tertutup semua jalan untuk berjaya dalam hidup ini.

Banyak lagi ruang-ruang yang boleh diterokai. Dan yang penting untuk difikirkan ialah tentang hikmah yang terselindung. Mungkin ada hikmahnya disebalik sesuatu keadaan yang berlaku itu.

Cerita mengenai Peperiksaan SPM kini mungkin sudah ‘basi’ berbanding dengan kisah ‘Peperiksaan SPM” zaman dulu. Zaman aku dulu-dulu. Bukan Sijil Pelajaran Malaysia namanya. Senior Cambridge pun dia. School Certificate pun dia. Malaysia Certificate of Education (MCE) pun dia. Semuanya cakap orang putih. Sekali masuk peperiksaan, dua sijil diperolehi. Cambridge School Certificate dan Malaysian Certificate of Education (MCE).

Pada ketika itu ( tahun-tahun 1950an) tak ramai anak Melayu yang belajar di sekolah orang putih. Kebanyakan orang Melayu tinggal di kampung-kampung terpencil yang tidak dihubungi dengan jalan raya. Aku dikira bernasib baik disebabkan kampung aku terletak tidak jauh dari Kuala Kangsar. Dihubungkan dengan jalan raya, walaupun tidak bertar. Dan Kuala Kangsar pada ketika itu boleh dikatakan sebagai salah satu pusat perkembangan pendidikan di Tanah Melayu.

Apa tidaknya. Pada ketika itu di Kuala Kangsar sudah pun ada tiga sekolah orang putih. Premier school. Malay College Kuala Kangsar, Clifford School dan untuk pelajar perempuan pula ada Government English Girls School ( kini Sekolah Yang Kalsom). Sekolah persendirian pun ada. Public School Kuala Kangsar. Jadi tidak timbul masalah bagi anak-anak di kawasan ini untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah orang putih berbanding dengan tempat-tempat lain di Tanah Melayu. Walaupun terdapat banyak sekolah orang putih di Kuala Kangsar, berapa ‘kerat’ saja anak Melayu yang berpeluang belajar sekolah orang putih.

Banyak kekangan yang dihadapi oleh orang Melayu untuk meneruskan persekolahan anak mereka. Yang akan aku ceritakan ialah pengalaman peribadi aku sendiri. Dan aku merasakan bahawa apa yang aku ceritakan nanti adalah juga merupakan pengalaman orang lain yang seangkatan dengan aku. Dan yang ingin aku tegaskan di sini ialah sekiranya ibu bapa kami tidak gigih dan betul-betul bersemangat untuk memberi pelajaran kepada anak-anak seperti kami, maka pastinya aku dan rakan-rakan yang ‘sewaktu’ dengan aku akan terus senasib dengan rakan-rakan lain yang ada di kampung kini.

Untuk pengetahuan anak-anak,

Untuk ke sekolah, aku terpaksa bangun pagi pada pukul 4.30 pagi. Mandi di telaga ( bukannya di bilik mandi yang pakai shower) yang agak jauh dari rumah, bersarapan pagi ( rebus pisang atau rebus ubi atau bikut kering atau nasi sejuk berlaukkan ikan kering) dan selepas itu bersiap untuk ke sekolah. Pukul 5.15 pagi keluar dari rumah ke pekan Padang Rengas melalui batas sawah padi, melalui kampung Lalang, melalui Kampung Pondok dan akhirnya sampai ke sebatang sungai berdekatan dengan stesen keretapi (lama) Padang Rengas. Di sungai berkenaanlah aku membasuh kaki ( yang berselut lumpur ) dan memakai kasut ( yang dipikul dalam perjalanan). Kemudian meneruskan perjalanan ke pekan Padang Rengas untuk menunggu bas ke Kuala Kangsar.

Sampai tempat menunggu bas ( kedai Cina Moh Khaw) pukul 6.15 pagi. Bas pertama ( Red &Yellow dari Taiping ) akan sampai ke Padang Rengas pada pukul 6.30. Dari Padang Rengas ke Kuala Kangsar mengambil masa 30 minit. Sampai setesen bas Kuala Kangsar pukul 7.00 pagi. Berjalan kaki pula ke sekolah (Clifford School) selama 15 minit.

Itu baru cerita kesusahan yang dialami untuk ke sekolah. Belum lagi kesengsaraan dan keazaban lain yang dideritai yang mesti ditempuhi untuk mencapai kejayaan. Keadaan kemiskinan yang menyelubungi kebanyakan keluarga Melayu pada ketika itu telah menyebabkan orang Melayu kurang mendapat kejayaan berbanding dengan pelajar-pelajar bukan Melayu yang lain. Istilah ‘buku rujukan’ adalah amat asing bagi aku dan kawan-kawan yang lain. Sekiranya dapat kami meiliki buku teks pun sudah cukup bertuah. Ramai kawan-kawan aku yang hanya menggunakan buku teks yang telah terpakai (mungkin sudah berusia beberapa tahun) dibeli dengan separuh harga dari pelajar yang terdahulu.

Kami hanya mengharapkan nota yang diberikan oleh guru dan buku teks semata-mata sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan. Jika dibandingkan dengan persediaan anak-anak kini (apatah lagi persediaan yang disediakan untuk cucu-cucu) adalah ibarat langit dengan bumi, ibarat siang dengan malam. Namun begitu dengan berkat ketabahan dan kegigihan kami berjaya juga sampai ke peringakt sebagaimana yang diharapkan oleh ibu bapa kami. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Alfatihah…….

Apbaila sampai hari pengumuman keputusan peperiksaan OSC/ MCE atau HSC seperti yang berlaku kini, agak berbeza sedikit dengan keadaan masa kini. Pada hari berkenaan, sekolah berkaitan meletakkan juga nama-nama pelajar yang berjaya dengan kelulusan setiap mata pelajaran, namun sekiranya ada pelajar yang agak ‘malas’ untuk melihat keputusan peperiksaannya di sekolah, maka bolehlah melihat keputusan peperiksaannya melalui akhbar ‘The Straits Times’.

Melalui akhbar berkenaan akan tercatat nama calon-calon yang lulus samada Gred 1 atau 2 atau 3. Kebiasaannya tidak ramai yang lulus apatah lagi untuk mendapat Gred Pertama. ‘Memang berdarah biji mata’ (ungkapan orang Perak) untuk mendapat gred berkenaan. Untuk mendapat Gred A matapelajaran pun terlalu sukar. Mungkin seorang sahaja dari sesebuah sekolah yang boleh mendapat enam atau tujuh A. Amat berbeza dengan keadaan sekarang. ‘ Macam tembikai jualan di tepi jalan’ kata kawan aku.

Untuk seluruh Tanah Melayu hanya empat atau lima muka surat akhbar ‘The Straits Times’ diperlukan untuk memuatkan senarai pelajar-pelajar yang lulus OSC/MCE. Mungkin hanya beberapa ribu sahaja calon yang berjaya dalam peperiksaan pada ketika itu berbanding dengan keadaan kini yang meningkat kepada ratusan ribu.

Dari segi ramainya pelajar yang mengambil peperiksaan, bolehlah dikatakan sebagai satu kejayaan orang Melayu…..

abuhassanadam

http://abuhassanadam.blogspot.com/

Sepak Anak Hendak Solat, Pengawal Keselamatan Dipenjara Empat Bulan

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pengawal keselamatan menyepak anaknya berusia lapan tahun yang hendak menunaikan solat dibalas dengan hukuman penjara empat bulan, Jumaat oleh Mahkamah Majistret, di sini.

Majistret Zuraini Abd Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap Hasrol Azhar Rahmat, 36, setelah dia mengaku bersalah dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap, 14 Januari lepas.

Ketika menjatuhkan hukuman, Zuraini sempat menasihati Hasrol Azhar supaya mengambil pengajaran atas apa yang berlaku.

"Saya memandang berat kes ini kerana setiap hari ada kes dera anak yang dibawa ke mahkamah. Walaupun anak sendiri tidak boleh pukul," katanya.

Hasrol Azhar didakwa mendera anaknya berusia 8 tahun dengan menyepak mangsa di sebuah rumah pangsa, Wangsa Maju di sini, kira-kira pukul 7.19 malam, 3 Disember lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.

Menurut fakta kes, tertuduh menyepak anaknya sewaktu mangsa hendak membentang sejadah untuk menunaikan solat Maghrib.

Perbuatan itu diketahui kakak tertuduh pada 5 petang, 7 Januari lepas yang kemudiannya turut dimaklumkan oleh mangsa bahawa dirinya sering didera tertuduh.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut, manakala bapanya ditangkap pihak polis.

Ketika rayuan, tertuduh, yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan selain memohon maaf kepada mahkamah atas kesalahan yang dilakukannya.

"Saya juga mahu mohon hukuman ringan kerana anak-anak sedang menunggu saya di luar sana," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal agar tertuduh insaf selain dapat menjadi ikhtibar kepada masyarakat.
-mstar-

Dakwaan Dr Maza bersandarkan twitter palsu

PETALING JAYA: “Apabila kita meminta kemukakan bukti, bawa bukti daripada akaun palsu, apa ini? Main tangkap muat sahaja,” soal Datuk Mohd Kazim Elias terhadap “bukti” yang dikemukakan oleh Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Sehubungan itu Kazim mempersoalkan kredibiliti Mufti Perlis, Dr. Asri atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza di akaun Facebooknya yang bersandarkan kepada akaun Twitter palsu sebagai bukti dirinya mengeluarkan hadis palsu.

Kazim menerusi Facebooknya telah memuat naik ‘printscreen’ yang memaparkan Facebook Dr. Maza telah menggunakan Twitter palsu yang menggunakan nama “Ustaz Kazim Elias” sebagai bukti dakwaan Kazim mengeluarkan hadis palsu.

Menerusi ‘printscreen’ itu, Dr. Maza menyatakan buat sementara waktu, bagi yang meminta bukti segera, mereka boleh melawati Facebook Ustaz Mohd Kharil Anwar dan Ustaz Kadir Sahak terlebih dahulu memandang dirinya sedang sibuk.

Dalam khutbah Jumaat di surau Institut Jantung Negara hari ini, Dr Asri turut menimbulkan penggunaan ayat-ayat palsu yang disandarkan dengan Islam.

Walaupun tidak mengaitkan tindakan membuat kenyataan sebagai berkaitan hadis dengan ustaz atau guru agama semasa, beliau mengingatkan ia merupakan kesalahan besar dalam Islam.

Kazim turut mempersoalkan bagaimana seorang mufti boleh mengeluarkan bukti bersandarkan kepada akaun Twitter palsu yang menggunakan namanya.

Sebelum ini, sekeping surat rasmi dalaman Jabatan Mufti Perlis kepada pengurusan penganjuran satu forum agama telah tersebar secara meluas di laman Facebook sehingga menimbulkan pertikaian di kalangan pengguna laman sosial itu.

Isi kandungan surat tersebut menyatakan ketidaksetujuan jabatan itu terhadap jemputan seorang ahli panel pada program sempena Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis yang ke-72 sehingga mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.

Surat yang ditandatangani oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abdidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza itu menjelaskan pihaknya tidak bersetuju sekiranya penganjur mahu menjemput Datuk Kazim Elias sebagai panel jemputan.

Bagaimanapun, tulis Dr. Maza di dalam surat itu bahawa pihaknya menyambut baik hasrat penganjuran forum tersebut, namun, panel yang diundang itu dianggap terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.

Dr Asri akan beri bukti riwayat palsu setelah dicabar oleh Ustaz Kazim


PETALING JAYA: Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan bahawa beliau akan memberikan bukti berkenaan riwayat palsu yang diminta oleh pendakwah bebas yang terkenal dengan program popular ‘Kalau Dah Jodoh’, Datuk Mohamad Kazim Elias.
Beliau berkata, kes itu sepatutnya berhenti setelah penjelasan berkenaan tujuan surat dalaman rasmi berkenaan.

“Namun, nampaknya tokoh berkenaan (Mohamad Kazim) terus mencabar meminta bukti walaupun bukti-bukti telah diberikan oleh pelbagai pihak.

“Bagi memenuhi hasrat beliau, In Sha Allah FB (Facebook) ini dalam masa terdekat akan memberikan bukti-bukti yang beliau minta itu,” tulisnya dalam Facebook rasmi milik beliau, DrMAZA.com hari ini.

Isu tercetus apabila sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Perlis tersebar di laman-laman sosial yang menyatakan tidak bersetuju Mohd Kazim menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-72.

Dalam surat tersebut, Jabatan Mufti Perlis memberikan sebab kerana Mohamad Kazim ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’.

‘Riwayat’ atau hadis palsu dimaksudkan dalam surat Jabatan Mufti Perlis adalah mengenai rakaman YouTube sedutan daripada satu ceramah Mohamad Kazim yang menyatakan ‘kenduri Rasululluah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari’.

Mohamad Kazim berkata, dalam ceramahnya beliau hanya mengatakan perbandingan bahawa di Malaysia, roti jala dicicah dengan kuah kari juga masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.

“Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham.

“Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa. Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan,” katanya. 
-fmt-

Kemalangan sayu dan pilu: Seorang ibu sempat menyusukan bayinya walaupun cedera parah sebelum menghembuskan nafas terakhir

Tranungkite
Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah.

Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan.

Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau.

Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan.

Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir.

Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu…menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah… KREDIT SUPERPOWER83.

* Gambar diatas adalah sekadar hiasan

Bakar kereta dan pukul: 'Pihak ketiga cuba tingkatkan konflik untuk pecahbelahkan PAS?'

Sesetengah pemimpin PAS percaya bahawa tindakan keganasan terhadap ahli-ahli PAS baru-baru ini adalah satu petanda bahawa ada pihak ketiga yang cuba untuk meningkatkan konflik antara ahli parti itu.
Ahli jawatankuasa pusat PAS, Khalid Samad percaya serangan ke atas rakannya Dr Dzulkefly Ahmad, semalam tidak membabitkan sesiapa dari PAS.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Khalid berkata, beliau tidak percaya ada ahli PAS yang berkelakuan sedemikian.

Sebaliknya, kata beliau, ia boleh jadi kerja pihak ketiga yang cuba untuk meningkatkan konflik antara ahli PAS, terutamanya menjelang pemilihan parti itu.

Katanya, ini kerana "sentiasa ada kemungkinan" wujud gangguan pihak ketiga, terutama sejak debat dalaman parti itu, telah terdedah di media sosial.

Oleh itu, katanya, tidak mustahil ada pihak yang akan mengambil kesempatan daripada keadaan itu.
Pandangan ini juga turut dipersetujui oleh Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat, yang berkata ada pihak ketiga yang cuba untuk memecahkan PAS dengan mengambil kesempatan daripada perbezaan pendapat antara ahli parti.

Katanya, beliau tidak menuduh sesiapa, tetapi percaya mereka yang bertanggungjawab terhadap insiden itu ialah mereka yang mempunyai niat untuk memecah belahkan PAS.

Menurutnya lagi, perbezaan pendapat akan sentiasa wujud dalam mana-mana parti politik.

Sebaliknya, pengarah pilihan raya PAS Hatta Ramli, berharap serangan terhadap Dzulkefly itu, dan juga kejadian keretanya dibakar, tidak ada sebarang kaitan.

"Saya juga berharap ia tidak berkaitan dengan keadaan politik semasa, sama ada dalam negara atau dalam PAS," kata Hatta yang juga ahli Parlimen Kuala Krai.
Hatta berkata, apabila keretanya dibakar, beliau tidak membuat sebarang rujukan kepada mana-mana situasi politik, tetapi hanya bergantung kepada pihak polis untuk menyelesaikan siasatan.

Beliau berharap pihak polis menjalankan siasatan rapi dan menentukan pelakunya (dalam kes Dzulkefly) bagi meyakinkan semua orang bahawa ia adalah satu insiden terpencil.

Sebelum ini, kereta pacuan empat roda Hatta telah dibakar di hadapan rumahnya bulan lepas oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Dalam insiden terbaru semalam, Dzulkefly diserang oleh individu yang tidak dikenali ketika ia pulang dari solat subuh.
-malaysiakini-

Ramai tentera Israel jadi gila?

Tentera Israel jadi gila?
Tentera Israel jadi gila? Reaksi askar Israel selepas berjaya keluar dari wilayah Palestin ketika Perang Gaza pada 2014.
TEBING BARAT - PALESTIN. Beratus-ratus tentera Israel yang terlibat dalam Perang Gaza tahun lalu dilaporkan menjalani kaunseling dan rawatan psikoterapi.

Menurut Israel Today, lebih 350 anggota tentera telah menerima rawatan untuk gejala berkaitan tekanan selepas trauma, produktiviti rendah serta mengalami mimpi buruk yang berulang-ulang.

Malah, ada di antara mereka mengalami tekanan yang teruk selepas perang berakhir.

Peperangan yang mengorbankan 2,200 rakyat Palestin itu berakhir Ogos, tahun lalu. - Press TV
-sinarharian-

Dr maza pertahan TGNA dari pihak yang hentam secara terbuka

HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Adapun hentaman terbuka pihak berkenaan terhadap TGNA rahimahullah dalam banyak video juga adalah salah dari segi fakta.

"Pendapat TGNA tentang Allah memilih Nabi s.a.w dari kalangan hamba-hamba-Nya yang didapati terbaik itu ada dalil yang sahih," tulis Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi facebook sebagaimana di bawah.

Kepada pihak yang berkaitan, saya sekali lagi ingin jelas begini:

1. Telah ditegaskan dari awal, surat tersebut adalah surat dalaman pentadbiran yang khusus untuk pihak dalaman yang berkaitan sahaja. Tiada siapa ingin memalukan sesiapa tapi ia adalah hak penganjur menentukan pemilihan panel. Ia kes khusus untuk satu program yang membabitkan keberangkatan pihak istana dan kehadiran Mufti Negeri.

2. Isu-isu riwayat palsu termasuk isu roti jala telah timbul sejak tahun lepas. Banyak pandangan terutama mereka yang terbabit dalam bidang hadis telah dilontarkan mengenai isi-isi ceramah pihak berkenaan. Maka, dalam pemilihan panel forum pihak jabatan setelah berbincang melihat tidak sesuai untuk program itu, bukan mengeluarkan fatwa khas menghukum dan melarang sepenuhnya pihak terbabit.

3. Pihak saya sejak hari awal isu timbul telah menyampaikan salam kepada pihak berkenaan melalui wakil JAKIM Ustaz Zakaria pengerusi forum. Saya telah tegaskan tiada isu peribadi dan bukan larangan mutlak.

4. Pihak saya juga semalam mengelakkan sidang media dan enggan menjawab soalan wartawan tentang isu ini supaya tidak mengeruhkan keadaan.

5. Pihak saya dukacita apabila pihak berkenaan membuat sidang media dan mencabar bukti. Bukan tiada bukti, tapi elokkah cabar mencabar di media sedangkan laluan perbincangan terbuka? Jika surat itu ditujukan kepada awam, mungkin boleh diterima rasional cabaran itu, tapi hal ini hanya urusan pentadbiran dan bukan larangan mutlak.

6. Dalam contoh 'roti jala', alangkah baiknya jika pihak berkenaan membetulkan hal itu. Ini kerana jika tidak dibetulkan ia boleh membawa anggapan 'sunnah Nabi s.a.w. makan roti jala'.

7. Adapun hentaman terbuka pihak berkenaan terhadap TGNA rahimahullah dalam banyak video juga adalah salah dari segi fakta. Pendapat TGNA tentang Allah memilih Nabi s.a.w dari kalangan hamba-hambaNYA yang didapati terbaik itu ada dalil yang sahih. Sementara hujah pihak berkenaan menolak TGNA atas alasan Nabi Muhammad lahir dalam keadaan sujud, berkhatan dan menyebut alhamdulillah, riwayat-riwayat itu banyak pertikaiannya. Itu juga wajar diperbetulkan, jangan sampai orang menganggap pendapat TGNA dalam hal itu salah. Ketepikan isu politik dalam hal ini.

8. Alangkah baiknya, jika pihak berkenaan hentikan perbalahan di media massa kerana itu mendesak pihak saya yang terbabit dengan pentadbiran sebuah negeri menjawab secara terbuka juga seperti ini.

9. Alangkah baik, jika pada hari pertama surat itu diviralkan, pihak berkenaan tidak siarkannya dalam FB sebaliknya hubungi saya dan tanya terlebih dahulu.

10. Apapun, atas dasar ukhuwwah dan dakwah, pintu pejabat dan jantung hati saya sentiasa terbuka untuk berbincang serta 'minum dan tersenyum'. 

Che Ta kini bertudung (Gambar)

Rozita Che Wan kini bertudung
PELAKON cantik Rozita Che Wan kini tampil dengan imej baharu selepas pulang dari mengerjakan umrah bersama suaminya, Zain Saidin.

Pengurus Rozita, Afeeq Abdul Wahab di portal berita Astro Gempak mengesahkan perkara tersebut menerusi laman sosial Instagram dan Facebooknya.

Afeeq memberitahu Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta akan kekal dengan imej bertudung.

“Berkat doa para peminat dan suami, Che Ta kini bertudung dan akan terus kekal dengan imej tersebut. Ahamdulillah, sebelum ini dia memang ada berniat untuk memakai tudung.

“Saya tidak terkejut dengan keputusan yang dibuat Che Ta kerana sebelum ini dia pernah ‘hint’ akan bertudung, cuma tidak sangka ia dilaksanakan sebaik sahaja dia selesai mengerjakan umrah,” katanya.

Tambah Afeeq, setakat ini pihak endorsement menerima perubahan Che Ta dengan baik dan tidak mempunyai masalah dengan imej baharu pengacara Primadona itu.

Che Ta dan suami berangkat menunaikan umrah pada minggu lalu dan selamat tiba dari tanah suci Makkah pada tengah hari semalam.

Terdahulu Che Ta pernah memberitahu kepada media akan menunaikan umrah bersama suami sebagai memenuhi nazarnya.

Pelakon dan pengacara cantik itu juga pernah berhajat menunaikan umrah jika dia mengandung selepas mendirikan rumah tangga dengan Zain pada penghujung 2013.
-sinarharian-

Seorang Tahanan Kes Rogol Dibogelkan Dan Dibelasah Sampai Mati Oleh Penduduk Yang Berang (Gambar)

suspek rogol
INDIA: Kejadian ini bukan lakonan tetapi benar-benar berlaku dan ia amat mengejutkan apabila orang ramai melaksanakan undang-undang rimba bagi menghukum seorang lelaki yang didakwa merogol seorang pelajar perempuan.

Mereka memecah masuk ke dalam penjara di Dimapur, lalu membogelkan lelaki tersebut sebelum mengheretnya sejauh empat batu.

Lelaki berusia 35 tahun itu turut dibelasah di depan orang ramai yang bersorak.
filem1
Mereka juga membaling batu menyebabkan suspek yang merupakan seorang peniaga kereta terpakai, meninggal dunia.

Suspek didakwa merogol berulang kali seorang pelajar perempuan di sebuah kolej pada bulan lepas. Namun dia hanya ditangkap beberapa hari lalu.

Dalam kejadian itu, orang ramai dilaporkan telah membakar dua pintu pagar penjara berkenaan sebelum memecah masuk ke dalam bilik sel dan mengheret suspek hingga ke pintu menara di penjara tersebut.

Mereka turut membakar rumah dan kedai di mana suspek menjalankan perniagaannya.

Beberapa orang yang lain cedera selepas polis menggunakan baton dan melepaskan tembakan ketika cuba meleraikan kejadian berkenaan.

Keadaan di bandar itu kini dilaporkan tegang. – MYNEWSHUB.cc

-------------

Penduduk Pecah Masuk Penjara, Pukul Suspek Rogol Hingga Mati

NEW DELHI: Keganasan seksual yang semakin menghantui penduduk India ketika ini mendorong sekumpulan masyarakat di timur laut negara itu untuk memecah masuk sebuah penjara bagi mendapatkan suspek kes rogol yang ditahan pihak berkuasa.

Lelaki berusia 35 tahun itu yang didakwa merogol seorang gadis berulang kali sebelum ditahan pada 24 Februari lalu telah diheret keluar dari penjara di Nagaland sebelum dipukul sehingga mati.

"Satu perhimpunan besar-besaran oleh pelajar dan penduduk telah diadakan di Dimapur (ibu negeri Nagaland) pada pagi Khamis, mereka kemudian telah memecah masuk penjara dan mengheret suspek keluar," lapor akhbar tempatan.

Dalam laporan lain pula mendakwa, peserta demonstrasi itu berjaya memecah pintu pagar utama penjara sebelum menceroboh untuk mendapatkan suspek.

Suspek yang dipukul sehingga mati telah diheret dan digantung di bandar itu bagi memberi peluang kepada peserta demonstrasi melepaskan geram dan bergambar.

"Keadaan amat tegang, kami cuba mengawal keadaan," jelas polis bandar itu, Supritendan Meren Jamir.

Kemarahan penduduk terhadap pesalah seksual di negara itu meruncing dan tidak dapat dikawal apabila sebuah saluran televisyen asing menyiarkan dokumentari melibatkan kes rogol yang mendapat perhatian baru-baru ini.

Pesalah dalam dokumentari berkenaan turut menyalahkan gadis yang suka keluar malam tanpa menyesal akan kesalahan yang telah dilakukan.

-mstar-

Ustaz Ahmad Awang PAS tegur 'perosak' Pakatan

USTAZ AHMAD AWANG
Saya mengikuti dengan penuh kehairanan dan kebimbangan, perkembangan mutakhir hubungan antara anggota parti-parti Pakatan Rakyat.
Ia kelihatan seolah-olah perbalahan antara ketiga-tiga parti lebih diutamakan pemimpin-pemimpin tertentu berbanding dengan berbalah dengan Umno/BN!

Sedangkan Umno/BN adalah merupakan musuh bersama, yang mana untuk menghadapi mereka, Pakatan dibentuk.

Saya tidak tahu sama ada perbalahan bersama ini ditimbulkan atas sebab adanya agenda tertentu mereka yang berbalah, atau atas sebab mereka menganggap perbalahan adalah cara terbaik untuk mengukuhkan Pakatan.

Sekiranya mereka berbalah dengan penuh kesedaran bahawa perbalahan ini akan merosakkan Pakatan, maka saya anggap mereka gagal memenuhi tugasan mereka sebagai pemimpin yang bijak dan berhemah.

Sebagai pemimpin tanggungjawab dan kewajipan utama kita, dalam suasana politik semasa, adalah untuk mengukuhkan Pakatan.

Ini adalah kerana usaha membebaskan rakyat dari penindasan dan kezaliman Umno/BN akan hanya mampu dilaksanakan melalui Pakatan buat masa ini.

Ini kerana Pakatan adalah entiti gabungan politik yang mampu mencabar Umno/BN.

Kekuatan Pakatan tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak dan ia diakui Umno/BN sendiri.

Dan membawa perubahan pemerintahan adalah bukan sekadar harapan dan kehendak tetapi keperluan rakyat yang amat mendesak.

Cengkaman Umno

Saya menyeru semua pimpinan Pakatan untuk menumpukan kepada usaha mengukuhkan Pakatan dan seterusnya menjadi pembela nasib rakyat.

Rakyat sentiasa dilaga-lagakan oleh Umno/BN melalui fahaman perkauman mereka sehingga rakyat sentiasa dihantui oleh ancaman perbalahan kaum dan ketidakamanan.

Pada tahun 1999 apabila majoriti orang Melayu inginkan perubahan, Umno/BN tanamkan ketakutan di kalangan bukan Melayu dan kekal berkuasa melalui sokongan majoriti bukan Melayu.

Pada 2008 dan 2013, apabila bukan Melayu pula inginkan perubahan, Umno/BN pula menakut-nautkan orang Melayu sehingga melalui perasaan ini, mereka sekali lagi mengekalkan kekuasaan.

Ini merupakan bukti bahawa soal kaum hanya merupakan alat dalam percaturan politik Umno/BN.

Kebebasan dari cengkaman Umno/BN akan membebaskan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu yang beragama Islam, dari minda assobiyyah qaumiyyah (perkauman) yang ditolak Rasulullah SAW.

Inilah sebabnya PAS selama ini hendak menjatuhkan Umno/BN supaya politik orang Islam tidak lagi berasaskan politik Melayu yang memperalatkan Islam, tetapi politik Islam yang membela nasib Melayu dan seluruh kaum di negara kita!

Oleh itu, amat pelik sekiranya ada yang menganggap Pakatan tidak menguntungkan PAS dan perjuangan politik Islam.

Sebaliknya saya beranggapan bahawa demi menyemarakkan kefahaman politik Islam di kalangan umat Islam, maka PAS pihak paling beruntung dengan kekalahan Umno/BN.

Pada masa yang sama, kebebasan dari cengkaman Umno/BN akan juga bermakna segala kerosakan yang menimpa negara daripada sudut politik, ekonomi, pendidikan dan sosial akhirnya dapat dibenteras.

Menjelang GST

Ia tidak dapat diatasi selagi Umno/BN memerintah kerana mereka melaksanakan dasar-dasar yang membawa kerosakan ini.

Maka saya menyeru kepada pimpinan Pakatan, dan pimpinan PAS khususnya, untuk utamakan penyelesaian masalah rakyat dengan menggandakan usaha mengukuhkan gabungan itu.

Rakyat bakal ditimpa kos kehidupan yang semakin mencengkam dengan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Mereka akan terus kehilangan berbilion-bilion ringgit melalui dasar kronisme dan rasuah – amalan Umno/BN sehingga ekonomi yang sepatutnya memecut pantas ditimpa bebanan, menyebabkan hanya mampu berjalan terhingguk-hingguk.

Rakyat akan ditimpa sistem perundangan yang semakin mencekik kebebasan dan hak melalui penggunaan sewenang-wenangnya akta hasutan dan akta antikeganasan.

Sambil campur tangan eksekutif dalam urusan kehakiman menjadi semakin ketara hingga Malaysia dijadikan bahan lawak dunia!

Rakyat tidak mahu melihat harapan mereka untuk perubahan ini berkecai dan mereka tidak akan memaafkan kita yang diamanahkan sebagai pemimpin sekiranya tindak tanduk kita menjadi sebab utama Pakatan berpecah atau hilang keyakinan rakyat.

Mereka semakin bosan dengan perbalahan dan percanggahan antara pimpinan parti-parti Pakatan yang seolah-olah tidak lagi mengutamakan penyelesaian masalah rakyat.

Sebaliknya hanya sanggup mengutamakan perbalahan dan percanggahan demi politik jangka masa pendek.

Ini yang paling menyeronokkan Umno/BN dan tidak hairanlah bagaimana Umno/BN masuk campur dan berperanan untuk melaga-lagakan kita satu sama lain.

PAS sepatutnya menjadi parti yang memahami awlawiyyat atau keutamaan politik dan menzahirkannya kepada rakan-rakan Pakatan.

Adab beza pandangan

PAS sepatutnya menjadi rakan yang pertama mengenepikan perbalahan dan sengketa sampingan demi mengutamakan persoalan yang perlu diutamakan.

Zahirkan kebijaksanaan politik Islam supaya terus membina kekuatan pengaruh dalam Pakatan dan di kalangan rakyat sepertimana dilakukan selama ini sejak tahun 90-an!

Melalui kebijaksanaan mengenali keutamaan ini, PAS berjaya berada di arus perdana politik Malaysia dan tidak lagi berperanan hanya di kawasan Pantai Timur semata-mata.

Pada masa yang sama, saya ingin menyeru pimpinan PAS untuk membina kembali kesatuan dan semangat ukhuwah dan persaudaraan dalam parti itu sendiri.

Tidakkah pimpinan menyedari bagaimana perbalahan dalaman PAS semakin meruncing sehingga menghasilkan suasana berpuak-puak dan saling benci membenci sesama ahli?

Perbalahan dalaman PAS ini akan melemahkan dirinya sendiri dan apabila ini berlaku maka Pakatan akan turut terjejas.

Apabila Pakatan terjejas maka rakyat akan merasai bahawa PAS adalah punca mereka gagal diselamatkan daripada penindasan dan penganiayaan Umno/BN.

Pada masa yang sama kelebihan Islam yang mengutamakan ukhuwah sesama Islam tidak mampu dizahirkan oleh PAS.

PAS seolah-olah menjadi parti yang memperjuang ‘Islam dan syariatnya’ tetapi tanpa adanya akhlak yang mulia di kalangan ahli-ahlinya.

Amalan adabul ikhtilaf (adap berbeza pandangan) serta ‘berlemah-lembut dan kasih sayang’ antara orang-orang yang beriman akan hanya menjadi ungkapan kosong yang tidak mampu dihayati.

Perancangan Yusuf Rawa, Fadhil Noor

‘Islam tanpa akhlak’ sebegini tidak akan mampu memikat hati manusia dan sebaliknya akan menjadi sebagai penghalang kepada manusia lain mengenali kebenaran Islam.

Saya harap pimpinan akan bertindak segera membetulkan suasana ini dan mengembalikan akhlak jemaah Islam sepertimana yang pernah wujud dulu.

Keadaan ini hasil kemasukan budaya asing selepas 2008.

Pengaruh perosak ini perlu dibendung oleh pimpinan PAS supaya PAS boleh terus maju mengikut perancangan yang ditetapkan pimpinan terdahulu, khususnya almarhum Yusuf Rawa dan Datuk Fadhil Mohd Noor.

Matlamat dan wawasan mereka untuk menjadikan PAS sebuah jemaah Islam yang kukuh, bersatu padu dan berperanan di tengah-tengah masyarakat membela seluruh rakyat perlu sentiasa diusahakan.

Hanya dengan itu akan pengaruh PAS bertambah kukuh dan PAS menjadi parti yang dihormati dan disegani.

Kehormatan dan kedudukan mulia di mata masyarakat perlu diusahakan, diperjuangkan bukan dituntut.

Saya dengan ini menyeru pimpinan PAS untuk memenuhi kewajipan mereka terhadap PAS dan masyarakat jelata dengan penuh keikhlasan dan bertanggungjawab.

Saya juga menyeru semua pimpinan Pakatan, terutamanya pimpinan PAS, berusaha bersungguh-sungguh untuk membina kembali kesatuan dan kekuatan Pakatan demi membela keadilan dan kepentingan rakyat.

AHMAD AWANG mantan naib presiden PAS dan mantan presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Maruah saya tercalar - Kazim

Ipoh: Penceramah bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim meminta Jabatan Mufti Perlis mengemukakan bukti dan mengharamkan semua jenis medium dakwahnya di negeri itu sekiranya benar dakwaan dia sering meriwayatkan hadis palsu.

Menurutnya, secara peribadi dia merasa malu dan terkilan dengan tuduhan liar dibuat Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tanpa mendengar penjelasannya kerana perbuatan menuduhnya secara terbuka itu menjejaskan maruah serta kredibilitinya sebagai penceramah bebas.

“Sekiranya benar saya ini periwayat hadis palsu, buktikan dan haramkan juga semua buku saya daripada dijual di negeri itu,” katanya mengulas mengenai penyebaran surat rasmi Jabatan Mufti Perlis di Internet yang ditandatangani Mohd Asri selepas tidak bersetuju Mohd Kazim menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena hari keputeraan Raja Perlis.

Mohd Asri dalam Facebooknya turut menyatakan keputusan itu dibuat dengan mendakwa penceramah bebas itu sering menggunakan hadis palsu dalam ceramahnya selain turut memuat naik teks ceramah Mohamad Kazim yang didakwa riwayat palsu, namun tidak menghalang penceramah berkenaan berceramah di Perlis.
-hmetro-

Demokrasi jadi alat 'serang' Islam

Mohd Izani Mohd Zain
bhrencana@bh.com.my
Tragedi serangan terhadap WTC beri tekanan kepada kumpulan Al-Qaeda yang didakwa AS sebagai pencetus siri keganasan atas nama Islam.

Pernahkah kita terfikir bagaimana Islam boleh berkonflik dengan Barat? Islam adalah agama sedangkan Barat adalah blok atau kumpulan negara dan bukannya agama. Begitu juga dalam konteks politik dan pemerintahan, penggunaan istilah Islam dan demokrasi digunakan. Ada yang mempersoalkan bagaimana Islam boleh digandingkan dengan sebuah sistem politik ciptaan manusia yang terdedah dengan kekurangan?

Tidak dinafikan, terma Islam dan Barat atau Islam dan demokrasi sering kali dipilih bagi menggambarkan sebuah hubungan, juga pertembungan antara kedua-dua belah pihak. Ini kerana antara Islam dan Barat atau demokrasi, ia mewakili sejarah, pemikiran, budaya dan nilai yang berbeza. Lebih-lebih lagi demokrasi yang lahir di bumi Barat, telah membawa segala idea kemajuan yang berpaksikan kepada pembangunan dan pemodenan.

Dalam konteks masa kini, demokrasi telah menjadi satu jenama Barat yang semakin diterima baik, malah di beberapa tempat, bersikap tidak demokratik dianggap sebagai satu kesalahan besar, berbanding tidak menjalankan tuntutan agama. Demokrasi disinonimkan dengan hak dan kebebasan, manakala agama pula amanah dan tanggungjawab yang dianggap membebankan. Malah, jika demokrasi sekalipun, ia mesti mengikut acuan dan selera Barat. Bukan demokrasi yang diubah suai, tetapi demokrasi salinan Barat.

Demokrasi acuan kita

Demokrasi sering kali dilihat mempunyai satu bentuk sahaja iaitu yang ditentukan oleh falsafah dan ideologi Barat. Dalam hal ini, hegemoni demokrasi Barat yang liberal amat kental dan mempengaruhi dalam konteks pelaksanaannya seperti soal hak asasi manusia dan kebebasan individu. Malaysia tidak terlepas dalam soal ini apabila sering disorot dan dibandingkan pelaksanaan demokrasinya mengikut perspektif Barat.

Sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, majoriti rakyatnya Melayu dan beragama Islam SERTA masih sensitif dengan nilai dan budaya tempatan, demokrasi ala Barat tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Di sinilah letaknya kepentingan demokrasi diterjemahkan dalam konteks Islam yang meletakkan al-Quran dan as-sunah sebagai panduan, bukannya telunjuk dan ideologi Barat. Dalam erti kata lain, hegemoni terhadap demokrasi oleh Barat yang berpaksikan fahaman liberal dan kebebasan individu hendaklah dilunturkan dan diganti dengan prinsip dan nilai Islam.

Islam perlu memimpin demokrasi agar demokrasi terpimpin ini tidak terpisah dengan agama dan tradisi Islam. Dalam hal ini, Al-Maududi pernah memperkenalkan konsep theo-democracy iaitu demokrasi yang berasaskan agama. Konsep ini jelas menonjolkan peranan agama dalam memandu demokrasi, dan ia berbeza dengan demokrasi ala Barat yang lebih mengutamakan kehendak manusia dan kebebasan individu.

Maududi percaya bahawa demokrasi hanya boleh diterima jika sistem politik dari Barat itu berlandaskan agama atau 'lingkungan' yang telah ditetapkan oleh Islam.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna umat Islam dihalang untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri. Mereka boleh mencari jalan penyelesaian atau hukum terhadap sesuatu perkara yang tidak diputuskan secara langsung dalam al-Quran mahupun as-sunah. Malah dalam Islam, perkara yang dikategorikan sebagai siyasi iaitu cara untuk memerintah kerajaan dan menyelesaikan konflik, umat Islam diberikan kebebasan untuk mencari jalan penyelesaiannya dengan syarat ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-sunah.

Berbeza dengan perkara yang dikategorikan sebagai adini iaitu hal yang berkaitan dengan akidah (kepercayaan), ibadah (penyembahan) dan akhlak (tingkah laku), umat Islam mesti menerima apa juga ketetapan yang telah diputuskan dalam al-Quran dan as-sunah. Mereka tidak diberikan kebebasan untuk menentu dan mengubah tentang apa yang telah diputuskan berkaitan tentang ketiga-tiga perkara itu.

Sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam pada kedudukan yang tinggi dalam perlembagaan negara, Malaysia wajar mendefinisikan demokrasi mengikut acuan Islam selain mengambil kira tuntutan nilai timur dan budaya tempatan. Pandangan ini sebenarnya pernah dilontarkan oleh John L Esposito dalam buku Islam and Democracy, apabila beliau melihat demokrasi adalah satu sistem politik yang sentiasa berubah, boleh diperdebatkan dan tidak hadir dalam satu bentuk sahaja.

Malah, beliau menyarankan demokrasi perlu digabungkan dengan nilai dan budaya tempatan termasuk faktor Islam dalam konteks ini. Pendekatan ini pastinya akan menjadikan demokrasi itu lebih 'dekat' dengan aspirasi Islam dan relevan dalam konteks pelaksanaannya di Malaysia.
Kemenangan Ikhwanul Muslimin di Mesir walaupun melalui proses pemilihan secara demokrasi, dihalang untuk terus memerintah.

Tolak idea kemajuan Barat

Tragedi 11 September 2001 telah memperkukuhkan kedudukan demokrasi selain Amerika Syarikat (AS) di peringkat global. Hegemoni Barat yang didalangi oleh AS telah dirobek selepas serangan terhadap World Trade Centre (WTC) dan sebahagian bangunan Pentagon. Ketika itu, AS tanpa mengambil masa yang panjang telah melancarkan kempen Perang Global Menangani Keganasan atau 'Global War Against Terror' (GWAT).

Meskipun kempen ini pada awalnya mahu memberi tekanan kepada kumpulan Al-Qaeda yang didakwa menjadi pencetus kepada siri keganasan atas nama Islam, tetapi kesannya menjalar kepada pergerakan Islam yang mengambil pendekatan sederhana, juga keseluruhan umat Islam. Situasi ini sebenarnya didorong oleh pendirian Barat yang melihat umat Islam adalah kumpulan yang bersifat monolitik atau seragam.

Sikap pukul rata ini memberi gambaran buruk kepada Islam sehingga agama dilihat sebagai satu elemen yang mendorong kepada keganasan. Dasar dan pendekatan beragama dianggap satu langkah berbahaya dan terkebelakang yang akan menolak keadilan dan kebebasan manusia.

Bagi Barat, demokrasi tidak hanya datang membawa pilihan raya, sebaliknya, ia datang bersama idea kemajuan yang mencabar peranan agama dengan mengagungkan proses rasionalisasi, konsep kekayaan material, pembebasan daripada kongkongan adat, pemisahan politik daripada agama SERTAkemampuan sains dan teknologi yang berjaya membekalkan manusia dengan keupayaan untuk menguasai dirinya dan alam sekeliling. Mana-mana negara yang menerima demokrasi, tetapi menolak idea kemajuan ini akan dianggap tidak membawa aspirasi asal Barat.

Justeru, kemenangan parti Islam dalam pilihan raya di beberapa negara dinafikan kerana mereka menggugat nilai demokrasi asal dan selera Barat. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Ikhwanul Muslimin di Mesir dan sebelum itu Parti Refah di Turki, Front Islamique Salvation (FIS) di Algeria dan Hamas di Palestin. Hak mereka untuk memerintah dihalang walaupun telah menggunakan proses demokrasi melalui pilihan raya yang sah.

Faktor demokrasi yang tidak berisiko memperlihatkan kerajaan hanya menerima demokrasi selagi demokrasi itu tidak membawa risiko apa-apa terhadapnya. Sebagai contohnya, kerajaan tidak bersedia menerima kemenangan daripada parti Islam meskipun pada awalnya menerima penyertaan parti itu dalam proses demokrasi melalui pilihan raya.

Sikap tidak adil ini bukan sahaja tidak demokratik, malah lebih buruk daripada itu, ia mendorong kepada kelahiran kumpulan pengganas yang sudah tidak lagi mempercayai demokrasi dan pilihan raya. Apabila demokrasi disekat, keganasan politik akan berlaku dan inilah sebenarnya yang mahu dilihat oleh Barat, iaitu Islam menganjurkan keganasan.

Pluralisme demokrasi dan kepelbagaian agama

Barat amat konsisten mempromosikan kebebasan atas nama demokrasi. Kini Barat tidak perlu lagi runsing kerana agenda itu dilakukan sendiri oleh umat Islam, khususnya golongan intelektual. Sebahagian mereka ditaja melalui dana penyelidikan antarabangsa yang besar dengan tujuan mempromosikan demokrasi, kebebasan dan keadilan yang mutlak dan meminggirkan peranan agama.

Kumpulan intelektual ini sememangnya digemari oleh Barat dan melalui suntikan dana penyelidikan, mereka menjadi jurucakap dan diberi pentas yang besar dalam mempromosikan 'Islam'. Kumpulan ini bukan semua berlatarbelakangkan agama, tetapi dengan kemampuan berbahasa Inggeris, berketrampilan dan sikap toleransi yang melampau, mereka mentafsir Islam menggunakan logik akal tanpa menggunakan sumber tertinggi, iaitu al-Quran dan as-sunah.

Fenomena pluralisme demokrasi dan kepelbagaian agama masa kini memburukkan lagi keadaan. Bagi mereka, sudah tidak ada kebenaran mutlak dalam Islam dan semua boleh disanggah dan diberi penafsiran yang pelbagai. Lebih malang, atas nama meraikan kepelbagaian, umat Islam dikelirukan dengan hujah dan logik akal mereka.

Ini termasuk memperjuangkan hak atas nama kebebasan dan demokrasi. Anehnya, mereka langsung tidak bercakap soal tanggungjawab atau sekurang-kurangnya mencari keseimbangan antara hak dan tanggungjawab. Sebaliknya, mereka melihat menuntut hak itu lebih besar dan mulia daripada memperingatkan soal tanggungjawab.

Sedangkan dalam konteks Islam, kita dilahirkan dalam keadaan berhutang kerana dianugerahkan nyawa dan kehidupan oleh Allah SWT. Kita sepatutnya malu kerana melebihkan soal hak dan melunakkan soal tanggungjawab. Bersuara soal hak tidak salah, tetapi ia mestilah seiring dengan tanggungjawab kita sebagai makhluk Allah SWT yang mempunyai batas dan sempadannya.

Apa yang penting, kita perlu cerdik mendefinisi dan menilai demokrasi mengikut acuan kita, bukan mencedok bulat-bulat dari Barat. Kenapa kita perlu tunduk dengan pendirian Barat sedangkan kita sendiri boleh membuat pilihan? Jika benar demokrasi bercakap soal hak dan kebebasan, kenapa kita tidak boleh menunaikan hak dan kebebasan itu untuk membuat pilihan?

Kebebasan bukanlah kunci utama memahami demokrasi, sebaliknya ilmu dan kebijaksanaan. Keghairahan kita mengejar kebebasan tidak akan membawa ke mana kerana suatu masa nanti, kita akan rebah dan tersungkur. Kebebasan tanpa had dan batas akan merosakkan kita.

Islam bukanlah agama yang mengekang umatnya daripada berfikir dan menyelidik. Jika Islam menghalang, maka tidak lahirlah tradisi ilmu Islam yang kekal sampai sekarang. Islam juga tidak menolak penolak pembaharuan, tetapi agama yang bersifat sejagat dan dinamik yang menjawab persoalan sepanjang hayat. Tugas kita adalah mencungkil kebenarannya dan apa juga kaedah penyelesaian mesti kembali kepada tanggungjawab kita mendaulatkan kesucian dan ketinggian agama.

Barat tidak memerlukan satu lagi tragedi selepas 11 September 2001 untuk melemahkan umat Islam. Ia boleh datang secara proksi dan kejahilan umat Islam sendiri yang melihat Islam itu hanya satu anutan bukan cara hidup yang sempurna.

* Penulis ialah Profesor Madya di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM).