"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Dihukum gantung kerana murtad

KHARTOUM - REPUBLIK SUDAN. Sebuah mahkamah di Sudan, kelmarin menjatuhkan hukuman gantung ke atas seorang wanita yang sarat hamil kerana didakwa murtad.

Tertuduh, Meriam Yahia Ibrahim Ishag, 27, didapati bersalah di bawah undang-undang Syariah yang telah dikuatkuasakan di negara itu sejak 1983.

Hakim Abbas Mohammed Al-Khalifa memberitahu, keputusan itu dibuat selepas Meriam enggan kembali memeluk agama Islam walaupun telah diberi tempoh selama tiga hari oleh mahkamah lapor AFP.

Ketika prosiding perbicaraan tersebut, Meriam turut menafikan dia telah murtad.

Difahamkan, wanita tersebut dibesarkan oleh ibunya yang merupakan penganut Kristian Orthodox, selepas bapanya meninggalkan mereka.

MH370: Selepas 71 hari, khabar angin masih kuat berlegar

ISMAIL AMSYAR MOHD SAID
KUALA LUMPUR: Tujuh puluh satu hari telah berlalu tetapi khabar angin mengenai nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 370 masih 'berlegar' dalam ruang media.
 
Yang terbaru ialah berpandukan Alat Pemancar Lokasi Kecemasan (ELT), yang didakwa tidak pernah dibincangkan sejak kehilangan pesawat dan oleh sebab ia tidak pernah memancar apa-apa isyarat, timbul spekulasi bahawa MH370 tidak terhempas di selatan Lautan Hindi dan masih dalam keadaan baik.
 
ELT ialah suar (api isyarat) kecemasan yang digunakan dalam pesawat untuk menyuruh pihak berkuasa penyelamat berada dalam keadaan berjaga-jaga dan memberi petunjuk tentang lokasi dan jenis pesawat yang mengalami masalah.
 
Dalam temubual eksklusif dengan Bernama, bekas Ketua Juruterbang MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, walapun pelik bahawa ELT MH370 tidak menghantar apa-apa isyarat, seseorang harus faham bahawa ELT akan memancarkan isyarat bergantung kepada hentaman.
 
"Sudut hentaman amat penting untuk membolehkan alat itu aktif secara automatik. Sebab mengapa mereka mempunyai petunjuk hentaman tertentu ialah supaya apabila pesawat membuat pendaratan dalam situasi sukar di landasan, ELT tidak akan berfungsi.
 
"Jika ELT benar-benar sensitif, setiap kali pesawat hendak membuat pendaratan dalam situasi sukar, ELT akan aktif secara automatik. Oleh itu, ia memberi nilai prapenentuan untuk alat itu berfungsi," beliau menjelaskan.
 
Beliau berkata dalam insiden pesawat Air France (AF), ELT tidak aktif dan pesawat itu terhempas pada kelajuan perlahan, kira-kira 100 kilometer sejam, dan tidak memberi tindak balas yang mencukupi untuk mengaktifkan ELT.
 
ELT direka khusus untuk aktif secara automatik akibat ledakan tertentu seperti hentaman atau tersentuh dengan air, serupa seperti alat pengesan kotak hitam.
 
"Walaupun pesawat (Air France 447) tersentuh air, tetapi ia kemudian tenggelam, isyarat tidak dipancarkan. Sentuhan air akan menjejaskan jarak,  trajektori, daya kekuatan ELT. Oleh itu, jarak pemancaran ELT mungkin terbatas akibat air," kata beliau dan menambah bahawa Sistem Pelaporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) yang memancarkan isyarat.
 
Menurut Nik Ahmad Huzlan, sebelum AF447 terhempas ke dalam Lautan Atantik, pelbagai isyarat dipancarkan oleh ACARS kerana ia telah mengesan satu demi satu kerosakan yang memudahkan lokasi pesawat di dasar laut dikesan.
 
Nik Ahmad Nuzlan menjelaskan bahawa ELT tidak berkaitan dengan alat transponder pesawat sambil berkata ia berfungsi sendiri dan jangka hayat bateri boleh bertahan hanya 48 jam selepas aktif secara sendiri kerana isyaratnya yang kuat dan keupayaannya dikesan dari jarak jauh, tidak seperti isyarat ping.
 
ELT, apabila aktif secara sendiri, akan memancarkan isyarat kepada tiga frekuensi yang boleh dikesan oleh mana-mana pesawat atau kapal yang membuat pemantauan melalui satelit.
 
Yang pertama ialah frekuensi 243-MHz bagi kapal. Mana-mana kapal yang melalui kawasan itu boleh mengesannya melalui radio. Yang kedua ialah frekuensi 121.5-MHz, iaitu bagi pesawat, kata beliau.
 
"Dan satu lagi isyarat akan dipancarkan ke satelit melalui frekuensi 406-MHz. Jadi, ada tiga frekuensi dan tiada satu pun daripadanya yang dapat dikesan," katanya.
 
Mengenai empat isyarat ping yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada 5 dan 8 April lepas, beliau berkata sebab mengapa tiada lagi isyarat ping dikesan selepas itu ialah jangka hayat bateri kotak hitam hampir berakhir pada masa itu.
 
"Oleh itu, keempat-empat isyarat ping yang dikesan ialah dari kotak hitam. Tetapi mengapa amat sukar untuk menemui bangkai pesawat? Ini kerana isyaratanya tidak tidak cukup kuat untuk melingkungi kawasan segi tiga. Jika isyaratnya kuat dan boleh dikesan pada setiap penjuru kawasan pencarian di laut, garisan persilangan boleh dikenal pasti dan usaha mencari akan lebih mudah," katanya.
 
Ditanya kemungkinan MH370, yang berdasarkan analisis berakhir di selatan Lautan Hindi, masih tidak terjejas, Nik Ahmad Huzlan berkata ada kemungkinan kerana pesawat berat dan direka khusus untuk tidak terapung di atas permukaan air.
 
"Air boleh memasuki ruang peralatan pendaratan, enjin dan harus ingat, enjin pesawat amat berat. Oleh itu, air boleh masuk dan menenggelamkan pesawat. Paling lama pesawat boleh terapung di atas permukaan air ialah lima minit,” tambah beliau.
 
Sementara itu, ketika ditanya tentang perlunya mengkaji dan membuat penghuraian semula analisis oleh firma satelit United Kingdon, Inmarsat dan Badan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB), katanya ia harus dilakukan walaupun tiada isu mengenai analisis mengenai kesan doppler berdasarkan isyarat ping.
 
"Saya berpegang kepada beberapa perkara. Yang pertama, lingkaran jarak keupayaan pesawat berdasarkan bekalan minyak yang masih ada. Yang kedua, ialah mengenal pasti lokasi terbit subuh kerana sesiapa yang mengemudi MH370 pada masa itu akan mencari kawasan matahari terbit.
 
"Jadi di mana faktor subuh berkaitan dengan isyarat ping, berkaitan dengan lingkaran jarak, iaitu di situlah MH370 berada. Mengapa mendarat pada siang hari? Jadi, lautan boleh dilihat dan lebih mudah untuk mendarat di atas permukaan laut," katanya

Fosil dinasour paling besar ditemui (Gambar)

Fosil dinasour paling besar ditemui
 Fosil dinasour paling besar ditemui
ARGENTINA: Sebuah fosil dinasour dipercayai milik dinasour terbesar pernah hidup di muka bumi ditemui oleh sekumpulan paleontologist yang melakukan proses cari gali di kawasan tersebut.

Menurut pakar paleontologi, fosil tersebut merupakan spesies dinasour herbivor terbaru yang dinamakan sebagai Titanosaur.

Dinasour tersebut seberat 77 tan bersamaan dengan 14 ekor gajah dewasa dan tujuh tan lebih berat daripada pemegang rekod sebelum ini iaitu Argentinosaurus.

Hidup dalam ketakutan diganggu api misteri

Keluarga ketakutan diganggu api misteri
Keluarga ketakutan diganggu api misteri
Keluarga ketakutan diganggu api misteri Sebahagian daripada barang elektrik dan pakaian yang terbakar secara tiba-tiba.
SELAMA - Sebuah keluarga di Kampung Sungai Kuning, Rantau Panjang, di sini, mendakwa hidup ketakutan kerana sering mengalami kejadian pelik selepas kematian ketua keluarga itu Mac lalu dan gangguan tersebut dikatakan semakin menjadi-jadi sejak dua minggu lalu.

Nor Hafizah Ahmad, 29, berkata, kebelakangan ini kehidupan mereka kerap terganggu dengan kehadiran api misteri yang tiba-tiba muncul dalam rumah mereka.

Anak kelima daripada sembilan beradik itu berkata, pada mulanya ahli keluarganya termasuk ibunya sering kehilangan wang.

“Pada mulanya saya fikir, wang hilang berpunca daripada kecuaian saya sendiri, namun lama-kelamaan kerap pula duit hilang hinggakan kami sekeluarga berasa pelik," katanya ketika ditemui semalam.

Nor Hafizah berkata, untuk mengelak insiden sama berulang, ibunya berikhtiar dengan menaburkan lada hitam dan garam di sekeliling rumah mereka.

Katanya, selepas mencuba petua tersebut, kejadian pelik tidak lagi berlaku, namun ia hanya seketika apabila mereka kehilangan duit lagi pada hujung April lalu.

“Ibu cuba 'pagar rumah' semula guna kaedah sama tetapi kali ini ia tidak berhasil dan ‘makhluk’ yang mengganggu kami mula mengamuk,” katanya.

Barang mula terbakar

Nor Hafizah berkata, selepas percubaan terakhir ibunya itu, barang-barang dalam rumahnya termasuk buku, pakaian dan barang plastik terbakar secara tiba-tiba.

Katanya, insiden misteri itu sering terjadi pada waktu siang dan berlaku empat hingga lima kali sehari.

“Paling banyak adalah 11 kali dan sejak itu, rumah ini tidak boleh ditinggalkan kerana kami bimbang kebakaran lebih besar akan berlaku.

“Setakat ini kebakaran masih boleh dikawal tetapi kami sentiasa berjaga-jaga kerana khuatir sesuatu yang lebih buruk berlaku,” katanya.

Wanita itu berkata, dia kini tinggal bersama ibu, dua adik dan seorang anak saudara di rumah tersebut.

Katanya, alatan persekolahan anak saudaranya musnah terbakar dan mereka terpaksa membeli kelengkapan baharu untuk kanak-kanak itu.

“Selain kebakaran tercetus secara tiba-tiba tanpa diketahui puncanya, beberapa barangan di dalam rumah ini juga pernah disepahkan,” katanya.

Nor Hafizah berkata, sejak diganggu api misteri itu, dia dan ahli keluarganya berusaha mendapatkan bantuan daripada pakar perubatan Islam untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Walaupun kejadian itu kini berkurangan, namun ia masih berlaku. Kejadian terbaharu adalah semalam (kelmarin). tiga kebakaran berlaku dan sejak kejadian ini kami sekeluarga sentiasa berasa cemas dan fobia apabila terhidu bau hangit,” katanya.

6 Syarat aurat solat tanpa telekung [MESTI BACA...]

matuse68
6 SYARAT AURAT SOLAT TANPA TELEKUNG

Terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping Kompleks. Alasannya tak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan tak menyenangkan. Yang agak beragama pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama mana yang dijadikan sandaran.

Sebenarnya, Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja,termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar( malah sesetengah ulama menghukumnya sebagai kafir). Pelakunya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu sesegera mungkin. Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai pakaian yang memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.

SYARAT 1 : Mestilah Menutup Dagu.
Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia. Kalau pakai tudung bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung sarung, kena la pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah style apapun, yang penting mesti tutup. Jangan lupa pin kan belakang tudung dengan baju! Nanti time sujud, boleh terselak tudung. Nanti nampak leher, batal pulak. Jangan lupa bab tu.
Isu dagu ni terdapat khilaf, canggah pendapat. Jadi, ikutlah mana yang rasa betul.

SYARAT 2 : SEELOK-ELOKNYA PAKAI HANDSOCKS!
Yes, sebab time melakukan pergerakan solat, ada kemungkinan baju lengan kita boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh cepat-cepat betulkan, tapi solat kita akan jadi sangat tak selesa dan kita tak sedar kalau terbukak aurat So, kenalah pakai ok. Handsocks ni memang digalakkan.

SYARAT 3 : Memakai Baju Lengan Pendek Dengan Handsocks.
Ingat, syaratnya MENUTUP AURAT, bukan MEMBALUT AURAT. Kalau handsocks nya ketat, maka tak dikira menutup aurat sebab ketat. Paling selamat kalau pakai baju lengan pendek ni dipakai 3 lapis. Baju luar lengan pendek, baju lagi kat dalam lengan panjang, dan handsocks. Sanggup?
Jadi, tak boleh. Baju kenalah longgar semuanya. Tak boleh ada yang ketat, walaupun lengan tangan.

SYARAT 4 : Kain Tak Jarang Dan Nampak Dalam.
Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki semua lagi yakin tertutup. Cuma, pakailah seluar kat dalam kain. Nanti time solat tersingkap kain tu, susah jugak. Baju rasanya tak perlu risau. Cuma perlu labuh dan longgar. Kalau pakai tudung labuh, lagi mudah. Dan tudung bawal ni kadang-kadang boleh nampak bayang-bayang leher kita, jadi pastikan takde bayang-bayang semua sebelum solat, ok. Nanti terbatal solat, sayang je kita solat. [Baca selanjut...]

Mati berebut nak tengok berita TV

Samburu: Kadang-kadang siaran berita boleh membawa kepada berita yang lain. Di sebuah pusat peranginan di Kenya, seorang lelaki dibunuh rakannya gara-gara bertengkar mengenai siaran berita yang wajar ditonton dan berebut alat kawalan jauh televisyen.

Media semalam melaporkan, lelaki warga emas itu bertugas sebagai kurator di sebuah kem pelancong di daerah Samburu.

Dia terbunuh kerana dipukul pengawal keselamatan yang bertugas di kem sama.

Saksi berkata, kurator dan pengawal keselamatan itu bertengkar kerana tidak bersependapat dalam isu menonton berita yang disiarkan di televisyen pada jam 7 malam.

Gagal mengawal perasaan, kata saksi, pengawal keselamatan terbabit memukul kepala warga emas itu sebatang kayu menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

“Mereka bertengkar ketika siaran berita itu baru bermula dan berebut memilih saluran yang digemari,” katanya.

Komandan Polis Daerah Samburu, Patrick Wambane berkata siasatan dijalankan bagi mencari punca kematian lelaki berkenaan dan suspek kini ditahan untuk membantu siasatan.
- Agensi/hmetro-

Hanya Ahmad Said Boleh Ajar Najib

Mummy Rokiah

Ahmad Said bukanlah jejaka yang hensem atau tampan sangat jika di bandingkan dengan MB-MB lain dalam negara ini. Tetapi Ahmad Said berjaya menarik perhatian politik Malaysia dan mungkin pejabat Obama apabila beliau pandai melentur besi ketika masih panas (Strike the iron while its hot).

Ahmad Said tahu di dalam politik khasnya UMNO tidak pernah ada kesetiaan dan kenang jasa kepada pemimpin mereka yang sudah tidak ada jawatan. Kerapkali berakhir menjadi kupang tembaga. Perjuangan adalah istilah ritorik semata-mata setelah pemimpinnya galak dengan mainan politik wang.

Baik dari ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi hinggalah ke pemimpin atasan. Kesetiaan ahli akar umbi juga boleh berubah pada bila-bila masa apabila mereka meluat dengan keangkuhan pemimpin mereka yang sering lupa daratan apabila berkuasa. "Ada wang semua jadi, tidak ada wang lu pi mati".

Ketika ini dan hari ini harga politik Ahmad Said tidak ada nilai nya dalam pasaran malah tidak mampu dijual beli. Jika Ahmad Said dan dua lagi rakannya berdegil mahu keluar parti tidak mustahil bakal berlaku pilihanraya kecil di Teranganu dan belanja prk bukan sedikit. Di samping itu belum tahu samada BN/UMNO akan menang atau terguling tunggang-langgang.

PRK satu hal, sebaliknya yang paling tidak ada taranya nilainya ialah harga maruah kepimpinan Najib dalam pasaran. Sanggupkah Najib berselfie dengan muka hitam legam diconteng arang oleh Ahmad Said rakan politik seanggkatan dengannya sejak dari pemuda UMNO lagi?

Jika patut diberi angpow kepada Ahmad Said ia bukan suatu tindakan yang bodoh tetapi ia adalah tindakan yang bijak malah Ahmad Said "deserved it" daripada berakhir dengan kerjaya politik menghitung syiling kupang dan tembaga. Wasallam.

Lindungi TNB: Pertanyaan Dr Maza untuk Najib

DrMaza
Pertanyaan Dr Maza untuk Najib, “Maaf saya rakyat marhaen yang kurang faham. Boleh huraikan untuk hilangkan kekeliruan?” dengan memaparkan laporan keuntungan TNB sebanyak RM1.7 bilion.

Laporan Berita hari ini;

Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik baru-baru ini bagi melindungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada berdepan kerugian, sekali gus menjejaskan masa depan 34,900 pekerjanya.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, ia juga langkah jangka panjang bagi memastikan TNB terus menjadi nadi menjamin tenaga eletrik negara, selain mengelakkan syarikat defisit. – Berita Harian

Elok..kalau ia dijawab Najib secara telus!!

AWAS!!! Enjin: ‘Water pump’.. pembunuh senyap!

Water pump atau pam air enjin
WATER pump atau pam air enjin pada kenderaan adalah komponen penting dan perlu diberi perhatian.

Ia bertindak sebagai pengalir kitaran air ke dalam enjin untuk sistem penyejukan dan suhu ini akan disukat melalui kepanasan air oleh pengesan tolok suhu yang terletak di bahagian intake manifold.

Tolok akan memberi isyarat untuk mengaktifkan kipas pada radiator apabila suhu air mencapai tahap kepanasan.

Jika terdapat kebocoran, pam air akan pengepam keluar semua air dalam enjin. jika ini berlaku, tolok suhu enjin pada bahagian meter kenderaan tidak akan menunjukkan sebarang perubahan kerana gagal mengesan tahap kepanasan enjin disebabkan ketiadaan air di dalam enjin.

Ini amat merbahaya kerana pemandu tidak menyedari kebocoran pam ketika memandu. Sebarang perubahan yang berlaku adalah seperti enjin akan menghasilkan bunyi lebih kasar diikuti dengan prestasi enjin menurun dengan ketara misalnya menjadi berat ketika memandu.

Jika pemanduan diteruskan, kepanasan yang melampau akan terbentuk dan bagi sesetengah kenderaan, situasi ini menyebabkan minyak enjin terbakar dan menjadi kering seperti tar.

Pada sesetengah kenderaan pula, minyak enjin akan menyembur keluar atau mengalir ke lubang air melalui retakan dalaman enjin atau gasket yang terbakar akibat kepanasan melampau.

TIP PENJAGAAN :

Pastikan air radiator selalu diperiksa sebelum melakukan perjalanan. Jika sudah berkarat, hantar ke bengkel yang bertauliah untuk diselenggara dan membersihkan tangki radiator.

Jika menggunakan coolant, perubahan warna cecair itu perlu diberi perhatian serius. Gantikan cecair ini pada setiap 20,000 km perjalanan atau enam bulan sekali.

Ganti water pump pada setiap kali penggantian timing belt bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Sumber: http://mytipsbox.wordpress.com/

Ahli PKR jerit penipu kepada Khalid Ibrahim depan Amwar

Ikhwan Zulkaflee 
PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima kejutan hari ini apabila disergah oleh seorang lelaki yang mendakwa menteri besar Selangor itu terlibat dalam penipuan dalam pemilihan PKR di cabang Kuala Selangor.

Abdul Khalid menerima kejutan itu sejurus selepas tamat satu sidang di di Ibu Pejabat PKR yang turut disertai oleh ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan presiden parti Azmin Ali dan setiausaha agung parti Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

“Penipu!” jerit lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zulkifli Abdullah.

Khalid kemudian kelihatan terpinga-pinga sebelum bergegas ke keretanya.

Anwar yang berada berdekatan Khalid kemudiannya menasihatkan semua ahli untuk bertenang.

Apabila ditemui oleh wartawan, Zulkifli yang mendakwa ahli PKR Kuala Selangor yang turut sama keluar mengundi 11 Mei lalu berkata perbuatan Khalid itu memalukan cabang tersebut.

“Dia buat strategi supaya benda (pemilihan) ini dibatalkan. Kita ada bukti yang memang orang dia hantar habuan berbentuk rasuah,” katanya.

Menurut Zulkifli bukti-bukti ini telah diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) untuk siasatan lanjut.

Laporan polis

Satu laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Jeram, kata Zulkifli.
Terdahulu, bekas ahli parlimen Kapar S Manikavasagam menyerahkan surat rayuan kepada Jawatankuasa Disiplin PKR untuk membenarkannya bertanding dalam pamilihan kali ini.

Manikavasagam yang mencabar Khalid bagi jawatan ketua cabang PKR Kuala Selangor digantung keahlian serta-merta bersama tujuh lagi anggota parti kerana melanggar tataetika pemilihan parti.

“Ini surat ketiga saya tulis kepada JPP dan jawatankuasa disipilin untuk panggil saya dan ambil keterangan saya sebelum menggantung saya.

“Benarkan saya bertanding untuk jawatan ketua cabang, tak perlu takut. Semua orang ada ke (pada) media, janganlah gantung saya,” katanya kepada wartawan.

Walaupun bertegas untuk terus bertanding, namun Manikavasagam berkata beliau akan menerima dengan hati terbuka sekiranya rayuannya itu ditolak.

Manikavasagam didapati bersalah melanggar Perkara B.7 Tataetika Pemilihan PKR iaitu “Sebarang perselisihan berkaitan dengan pemilihan parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum” kerana membuat kenyataan media yang mendakwa Khalid terlibat dengan politik wang dalam pemilihan cabang Kuala Selangor.

Ada ustaz berminat terhadap saya - Felixia Yeap

HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Felixia Yeap mengakui banyak lelaki yang mendekatnya yang terdiri daripada lelaki Melayu termasuk dalam kalangan ustaz setelah berhijab.
Berbanding dahulu, katanya lelaki yang mendekati beliau pada kali ini mengajak berkahwin, bukan sekadar mahu memuaskan nafsu.

"Ada juga ustaz yang berminat terhadap saya,” ujarnya dipetik Kosmo online.

Menurut bekas model berusia 27 tahun itu, seperti mana memakai hijab bukan kerana seorang lelaki, justeru dia juga tidak mahu memeluk Islam kerana mahu dinikahi seorang lelaki Islam.

“Sebaliknya, saya lakukan semua perkara atas kerelaan sendiri,” katanya yang mahu memeluk Islam pada Ramadhan ini.

Sehubungan itu, jika tiba waktu berkahwin kelak, beliau berdoa agar iman suaminya lebih tebal daripadanya untuk membimbingnya menjadi isteri dan muslimah yang baik.

"Saya tidak mahu Allah membalikkan hati saya semula dengan tidak mempunyai kepercayaan terhadap agama," ujarnya lagi.

Justeru, Felixia memerlukan seorang lelaki yang benar-benar beriman kerana Allah SWT.

Kalimah Allah terukir di telinga kiri bayi ini, Siti Nurdini

Muhamaad Razis Ismail
Foto
TELINGA kiri Siti Nurdini yang menyerupai kalimah Allah
Kota Bharu: Ketika usianya baru 23 hari, Siti Nurdini Dalili Shahrizul mencuri tumpuan ramai apabila dilahirkan dengan cuping telinganya dikatakan menyerupai kalimah Allah SWT.

Ibunya, Maizatul Akma Mohamad Kholid, 28, dari Kampung Pasir Hor, di sini, berkata tidak menyedari cuping telinga anak sulungnya itu begitu, sehinggalah ditegur orang kampung yang datang melawat.

“Sebelum ini saya dan ibu bapa pelik kenapa bentuk telinga Siti Nurdini Dalili kelihatan lain dan kami menyangka itu satu jenis kecacatan.

“Seminggu kemudian selepas dibenarkan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), ada penduduk kampung datang ke rumah untuk melawat anak dan menegur mengenai perkara itu.

“Malah, seorang ustaz yang berkunjung juga memberitahu anak saya bertuah kerana telinganya bertanda seperti kalimah Allah.

“Saya terkejut, namun bersyukur kerana ia kurniaan Allah SWT,” katanya.

Siti Nur Maizatul Akma berkata, dia tidak mahu memikirkan perkara yang tidak elok, sebaliknya mahu Siti Nurdini Dalili menerima didikan Islam yang sempurna.
-hmetro-

Wanita seksi masuk bilik ajak 'masjit'

MUHAMAD MAT YAKIM
BERCERITA hal ke luar negara, bila-bila pun pasti akan menghangatkan perbualan. Bagi orang perempuan, hangatnya adalah berkait dengan kegilaan semula jadi mereka - membeli-belah. Bagi lelaki, lain pula kesukaannya.

Orang lelaki paling gemar bercerita hal wanita apabila menyentuh topik kunjungan ke luar negara. Tak kira siapa. Seorang kawan saya yang selalu ke masjid, pun sangat suka bercerita topik ini. Tetapi ceritanya tidaklah macam geng hidung belang.

Tersangat geli hati saya apabila mendengar dia bercerita hal wanita pelayan rumah makan di Indonesia yang katanya, jari mereka runcing-runcing belaka.

Sambil itu, dia turut menggayakan cara mereka menyenduk makanan yang menurutnya, tersangatlah indah dipandang! "Yang datang ke sini, jangan kira. Itu dari pulau-pulau. Nak tengok rupa sebenar perempuan Indonesia, jom pergi sana. Kita pergi Bandung, Jakarta atau Surabaya. Yang berselisih di jalan saja pun, kalau kat sini dah boleh jadi film star," katanya.

Seorang lagi kawan, lain pula ceritanya. Tatkala kawan yang tadi bersungguh-sungguh bercerita hal kecantikan wanita seberang, dia pula galak menempelak. "Ah! Mana adalah... yang aku nampak semua gemuk-gemuk je. Tak cantik langsung. Bedaah la haji ni," katanya. Kami yang mengelilingi meja warung tengah malam itu terbahak-bahak ketawa. Seorang kata cantik, yang seorang lagi kata tidak.

Memang, kedua-duanya dari kelompok yang suka melancong ke luar negara dalam pakej eksklusif untuk lelaki sahaja. Jadi, tidak boleh mudah buat kesimpulan bahawa rakan yang mengatakan wanita Indonesia gemuk-gemuk belaka itu jujur dalam kenyataannya. Itu mungkin hanya ayat pelindung!

Akhirnya setelah puas mereka bertekak, baharulah rakan ini mengatakan, dia mungkin sudah kena 'mandrem' dengan isterinya. "Aku teringat, setiap kali aku nak ke sana, bini aku selalu kata, mata tu jaga ye bang!" "Ayat tu dia tak pernah tinggal.

Mungkin juga dia ada 'mandrem' semua perempuan yang aku tengok di sana, aku nampak gemuk-gemuk belaka," katanya langsung mengundang ketawa kami jadi lebih kuat tengah malam itu.

Sekarang memang ramai orang kita yang berulang alik ke negara jiran, naik kapal terbang sudah macam keluar ke pekan. Penerbangan ke beberapa bandar di Indonesia dari KL sudah ada seawal jam 6 pagi. Pukul 8 sudah boleh sarapan di sana. Selesai urusan, petang sudah ada di KL semula. Bukan Indonesia sahaja, ke Vietnam, pun sama.

Sebab itu, antara urusan yang masyhur bagi lelaki di negara jiran ini selain wanitanya, adalah untuk tempah sut yang harganya berkali ganda lebih murah dari di negara kita. RM300 sudah boleh dapat sepasang sut yang tempahannya boleh siap dalam masa sehari.

Ada juga tukang jahit di sana yang simpan rekod ukuran kita untuk ditempah lagi pada bila-bila masa tanpa perlu ke sana. Dengan hanya merujuk rekod yang ada, tempahan disiapkan dan dihantar terus kepada kita melalui pos. Demikianlah cara mereka berniaga yang sekali gus membuatkan saya berasa hairan, mengapalah di negara kita sepasang sut teramat mahal harganya? Paling murah pun RM1,600.

Bercerita hal Indonesia, teringat cerita seorang ustaz perihal geng masjid di negara kita yang buat lawatan ke negara jiran itu. Ketika mereka sedang berehat di hotel, datang seorang lelaki bertanya: "Pak, apa bapak mau masjid?"

Mereka langsung mengiakan ajakan itu. Elok jugalah, boleh buat solat sunat tahiyat masjid dan tengok orang setempat berjemaah. Lalu lelaki itu minta mereka tunggu di kamar kerana katanya, nanti akan ada orang datang ajak mereka ke masjid. Tidak berapa lama menunggu, pintu bilik mereka diketuk. Sebaik dibuka, alangkah terkejut mereka masing-masing kerana yang mengetuk adalah wanita yang hampir tidak berpakaian. Sedikit sangat tutupnya.

Wanita itu pula pantas menarik tangan mereka masuk ke bilik, lalu menutup pintu. Kecohlah jadinya apabila wanita itu dihalau keluar!

Mereka pun mengadu kepada si penjaga. Apabila lelaki itu datang, dia bertanya: "Bapak-bapak, kenapa jadi ribut ya? Tadi bapak sendiri bilang mau masjid!"

"Tak ribut apanya, tadi awak ajak kami ke masjid. Tahu-tahu, mereka ni yang datang, masjid apa ke jadahnya?" kata ahli geng masjid itu. "Ya pak, emangnya masjit ya pak, massage sama pijit (picit), masjit. Saya nggak ngajakin bapak ke masjid tempatnya solat itu ya pak!"

Jutawan minyak mengurung dan menjadikan sembilan model wanita sebagai hamba seks sehingga melahirkan tujuh orang anak

MARBELLA, Sepanyol: Seorang jutawan warga Britain ditahan pihak berkuasa Sepanyol kerana didakwa mengurung dan menjadikan sembilan model wanita sebagai hamba seks sehingga melahirkan tujuh orang anak, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Jutawan tersebut, Shoja Shojai, 56, didakwa menggoda wanita terbabit dengan mendakwa dia seorang usahawan minyak dan mempunyai hubungan baik dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Semua wanita tersebut yang berasal dari Eropah dan Asia termasuk Rusia, Jerman, Mongolia dan Kazakhtan memberitahu bahawa mereka menemui Shojai ketika belajar di sebuah sekolah fesyen di London.

Satu sumber berkata, sembilan wanita tersebut mendakwa mereka berjumpa dengan Shojai beberapa tahun lalu dan lelaki terbabit mempelawa mereka ke Sepanyol untuk mengembangkan karier sebagai model.

Bagaimanapun, apabila tiba di Sepanyol, semua wanita tersebut dikurung di dalam sebuah rumah mewah yang mempunyai 10 buah bilik di Marbella dan bergilir-gilir tidur dengan mangsa.

Wanita tersebut memberitahu polis, mereka hanya dibenarkan keluar dari rumah tersebut dengan diiringi seorang pemandu.

Kata sumber itu lagi, semua wanita terbabit terpaksa mengikuti arahan Shojai kerana dia mengancam untuk mencederakan anak serta keluarga mangsa.

Bagaimanapun, tindakan Shojai itu akhirnya terbongkar selepas salah seorang wanita tersebut menghubungi polis untuk meminta bantuan.

Semua wanita dan anak mereka yang berusia sembilan bulan hingga tujuh tahun kini di bawah jagaan pihak berkuasa.

Shojai yang dibebaskan dengan ikat jamin selepas disoal siasat oleh polis atas tuduhan melakukan keganasan domestik menafikan dakwaan wanita-wanita tersebut. - Agensi/kosmop

Kembar lahir berpegang tangan (Gambar)

Si kembar lahir berpegang tangan
Kelahiran sepasang bayi kembar perempuan yang berpegang tangan semalam menyentuh hati doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran mereka.
OHIO – AMERIKA SYARIKAT. Kelahiran sepasang bayi kembar perempuan yang berpegang tangan semalam menyentuh hati doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran mereka.

Lebih ajaib, bayi tersebut mampu bernafas dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan alat pernafasan.

Ibu pasangan kembar itu, Sarah Thistlethwaite berkata, kelahiran ini lebih istimewa kerana mereka lahir pada Hari Ibu, lapor AFP.

"Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perasaan ini apabila mendapat tahu bahawa bayi saya berada dalam keadaan baik, " katanya.

Bayi kembar tersebut berkongsi kantung amnion dan plasenta. Kelahiran sedemikian itu dipanggil monoamniotik atau " mono mono " dan doktor mengatakan ia berlaku dalam kira-kira satu daripada setiap 10,000 kehamilan.

Mereka dilahirkan pada Jumaat di Pusat Perubatan Besar Akron, dekat sini.

Misteri hantu air jeram Titi Cina

SEDIM - Kejadian misteri di Arus Deras Sedim berterusan dan terbaru seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sempat diselamatkan rakan selepas nyaris terjatuh ke jeram itu.

Menurut mangsa, dia sedang merendamkan kakinya di dalam air sehingga terasa sesuatu menariknya ke dalam air di sekitar jeram Titi Cina.

Kenyataan mangsa tidak dinafikan penduduk tempatan yang menyatakan kawasan itu turut didiami makhluk halus.

Sinar Harian membuat tinjauan di kawasan jeram Titi Cina kira-kira jam 6 petang dan mengambil gambar di sekitar kawasan dilaporkan meragut tiga nyawa tahun lalu.

Bagi pengamal perubatan Melayu, Rosli Ahmad, selain makhluk halus, kawasan arus deras itu juga kemungkinan terdapat penempatan orang bunian.

"Pernah ada pengunjung dirasuk atau mengalami histeria. Kawasan hutan merupakan tempat bagi kebanyakan makhluk halus ini bersembunyi dan ada antaranya yang berkampung di situ.

"Kita jangan sesekali terlalu bergembira sebaliknya harus sentiasa berjaga-jaga," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Penguat kuasa, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab berkata, kewujudan syaitan, iblis dan jin adalah benar bagaimanapun kita tidak seharusnya mempercayai kemalangan yang berlaku berpunca daripada tindakan mereka.

"Mereka ini wujud, bagaimanapun kita tidak seharusnya takut kepada mereka kerana kejadian manusia adalah lebih tinggi darjatnya kerana kita diciptakan sebagai khalifah di dunia ini. Apa yang berlaku di Sedim itu hanya kebetulan sahaja dan ia merupakan kecuaian yang dilakukan manusia itu sendiri.

"Pihak berkuasa mengambil inisiatif maklumkan kepada pengunjung bahawa ada beberapa kawasan di arus deras itu merbahaya bagaimanapun pengunjung enggan mematuhinya sehingga mengakibatkan lemas. Kalau dah ada larangan tidak boleh mandi, jangan mandi," katanya.
sinaharian

PAS tolak pinangan Mat Said, itu punca dia buat ‘turn back’?

Zabidi Saidi
ANALYSIS
Ahmad SaidPETALING JAYA: Semalam segala-galanya berakhir apabila tiga ADUN yang buat onar, Datuk Seri Ahmad Said (Kijal), anak sepupunya, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) tak jadi meninggalkan Umno. Di saat-saat Umno Terengganu sedang nazak, Umno memerlukan mereka bertiga.
Tahniah kepada mereka bertiga yang menyokong Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman. Razif bersetuju menyediakan bas percuma kepada rakyat Sabtu ini di setiap daerah di Terengganu untuk pergi ke rumah Ahmad Said kerana mengenang jasa beliau sebagai menteri besar Terengganu selama enam tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula merendahkan diri memohon maaf kepada Ahmad Said kerana menganggap majlis perkahwinan anaknya Sabtu ini sebagai masalah peribadi dan bukannya masalah kerajaan. Ahmad Said sebagai manusia biasa tidak sempurna bertindak emosional apabila menyentuh soal perkahwinan anaknya.

Malah beliau mengakui anaknya trauma selepas Najib enggan menangguhkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar walaupun beliau tahu kontraknya berakhir pada 9 Mei lalu. Alasannya beliau memilih tarikh Sultan Terengganu lapang maka majlis itu diadakan pada 17 Mei dan bukannya dia sengaja melengah-lengahkan majlis perkahwinan anaknya.

Ada yang menganggap penangguhan peletakan jawatan itu adalah helah Ahmad Said untuk membeli Exco-Exco yang ada. Ramalan ini tepat apabila seorang Exco yang enggan menyebut nama mengesahkan kepada FMT bahawa bekas menteri besar itu memang berhasrat membawa beberapa exco ke luar negara selepas 12 Mei. Apabila info ini diketahui oleh Najib, maka Najib bertegas supaya Ahmad Said tetap meletakkan jawatan sebagai menteri besar pada hari yang sama.

Sebab itu Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dihantar ke Kuala Terengganu pada petang yang sama untuk memaklumkan peletakan jawatan Ahmad Said dan pada malam yang sama diadakan majlis angkat sumpah menteri besar baharu seolah-olah ia diadakan secara tergesa-gesa.

Malah ada sumber yang rapat dengan Ahmad Said berkata bekas menteri besar itu tidak dimaklumkan majlis angkat sumpah itu. Sebab itu Ahmad Said tidak hadiri majlis tersebut.

Sumber yang rapat dengan PAS memberitahu FMT, dua hari sebelum majlis angkat sumpah menteri besar yang baharu, Ahmad Said telah menghantar Bendahari Umno Bahagian Kemaman, Abdul Sidek atau lebih dikenali sebagai Haji Dol menemui pemimpin PAS.

Haji Dol beritahu pemimpin PAS bahawa Ahmad Said akan bawa enam orang Exco keluar dari Umno dan sanggup mengadakan kerajaan campuran dengan PAS di Terengganu. Maka PAS negeri membuat mesyuarat tergempar pada hari yang sama.

Seorang pemimpin PAS kanan tidak setuju dengan tindakan Ahmad Said itu. Dia bertanya jika bekas menteri besar itu boleh dipercayai. Dengan Umno sanggup dia kencing, apatah lagi dengan PAS nanti. Katanya, lebih baik buat kerajaan campuran dengan Umno daripada kumpulan Ahmad Said.

Sebab itulah pada malam 13 Mei Ahmad yakin enam orang Exco akan keluar bersamanya. Sebaliknya dua orang sahaja yang ikut – Ghazali Taib dan Roslee Daud (Bukit Besi). Tiga orang lain menafikan keluar dari Umno iaitu Datuk Mat Jidin Shafie (Permaisuri), Nawi Mohamad (Hulu Besut) dan Ir Rosli Othman (Kemasik).

Misi Haji Dol gagal sebab itu Ahmad Said kata ada orang PAS melamarnya supaya beliau masuk PAS padahal PAS Terengganu tidak setuju kumpulan Ahmad Said buat kerajaan campuran dengan PAS.

Apabila dua ADUNnya “turn back” iaitu Roslee Daud dan Ghazali Taib, maka Ahmad Said tidak ada pilihan terpaksa kembali menyertai Umno, jika tidak kes SPRM terhadapnya akan diteruskan.

Sumber SPRM memberitahu FMT failnya masih dalam penyiasatan dan berkata ia bukan masa yang sesuai untuk mendakwa Ahmad Said sekarang. Tetapi apabila beliau “turn back” maka fail itu sudah tentu tidak akan dibuka lagi.

Maka pilihan Ahmad kembali ke pangkuan Umno dapat menyelamatkan dirinya. Mungkin jawatan Duta sedang menanti beliau selepas ini. Tindakan Ahmad Said, Ghazali Taib dan Roslee Daud tidak jadi keluar dari Umno menyebabkan BN kekal memerintah Terengganu dengan BN 17 kerusi dan 15 PAS.

Ahmad Said menyatakan sokongan penuh kepada Ahmad Razif sebagai menteri besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang baharu. Semalam penasihat utama Ahmad Said, Datuk Wan Ahmad Wan Muda ditukarkan dari jawatan CEO Terengganu Incorporated ke jawatan “peti sejuk” di pejabat SUK.

Wan Ahmad yang selama ini dianggap sebagai MB Terengganu kedua yang menghuru-harakan pentadbiran Ahmad Said selama enam tahun. Maka tindakan Setiasaha Kerajaan Terengganu, Datuk Mazlan Ngah adalah tepat.

Petugas Hospital Umum Sarawak terkejut apabila kepala mangsa kemalangan tertinggal di lokasi nahas (Gambar)

Kota Samarahan: Pasukan petugas Hospital Umum Sarawak (HUS) terkejut apabila mayat seorang wanita mangsa kemalangan dihantar ke situ tanpa kepala sebelum dimaklumkan ia tertinggal di lokasi kemalangan di Kampung Meranek, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa, Ninie Asmida Hasbi, 20, maut di tempat kejadian dengan kepalanya terputus dipercayai dilanggar sebuah motosikal dari arah bertentangan.

Menurut sumber, mangsa membonceng motosikal ditunggang teman lelaki bersama seorang lagi rakan menaiki motosikal berasingan dipercayai dalam perjalanan ke Kampung Mang.

Katanya, motosikal mangsa dipercayai dilanggar sebuah kereta menyebabkan kedua-duanya terjatuh dengan wanita terbabit tercampak ke laluan bertentangan.
Foto
TEMAN lelaki mangsa menangis sambil memeluk mayat mangsa di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, mangsa tidak bernasib baik apabila sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki dari arah bertentangan merempuhnya.
-hmetro-

Tengku Adnan gagal misi MB terengganu, Ali Rustam Setiausaha Agung Umno yang baru?

Ali Rustam
PETALING JAYA: Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dijangka dilantik sebagai Setiausaha Agung Umno yang baru menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut sumber, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat pengumuman tidak lama lagi.

Sumber itu menambah, ramai ahli Umno kecewa cara Tengku Adnan mengendalikan proses pertukaran menteri besar Terengganu yang menyebabkan beliau perlu digantikan.

Jika beliau pandai berdiplomasi dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, maka dua ADUN, Ghazali Taib dan Roslee Daud tidak keluar dari Umno mengikut jejak langkah ADUN Kijal itu.

Bagaimana pun semalam mereka bertiga kembali semula ke pangkuan Umno yang menyebabkan krisis Umno Terengganu selesai dalam masa 48 jam.

“Tambahan pula Tengku Adnan sibuk dengan tugas sebagai menteri, pengerusi perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dan ahli parlimen Putrajaya yang menyebabkan beliau tidak dapat beri tumpuan sepenuh masa di ibu pejabat Umno,” kata sumber itu kepada FMT.

Ali yang tewas dalam PRU lalu kini dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang tidak ada kuasa eksekutif.

“Justru itu jika beliau dilantik sebagai setiausaha agung, beliau dapat beri tumpuan sepenuh masa di ibu pejabat Umno,” kata sumber itu lagi.

BONGKAR !!! Cuci buah pinggang dengan hanya RM1.00

matuse68
Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya.

Kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00 anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini.

Caranya mudah sahaja beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih, potong kecil2, masukkan kedalam periuk, masukan air bersih, didihkan untuk sepuluh minit sahaja.

Kemudian sejukkan, tapis dan masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk. Amalkan meminumnya segelas sehari, insyaaallah anda akan rasa perubahannya.

Segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

Selamat mencuba, SHARE & LIKE untuk SAHABAT anda."

Mat Said mudah dijinakkan oleh Najib, MB Pahang, Negeri Sembilan dan Perak mula kecut?

HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Drama politik di Terengganu yang pada awalnya dijangka akan menjadi sebuah telenovela panjang yang ada babak menangis, ketawa, merajuk, gembira, dendam dan sebagainya, akhirnya hanyalah menjadi sebuah cerita pendek yang paling tidak menarik.

Datuk Seri Ahmad Said yang pada mulanya dianggap bengkeng dan gedebe, terkulai hanya tidak sampai 48 jam selepas mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi Adun Bebas, tulis Shahbudin di dalam blognya.

Menurutnya, sebelum pengguguran Ahmad menjadi isu, turut dikaitkan sama ialah pertukaran beberapa pemimpin negeri lain seperti Pahang, Negeri Sembilan dan Perak.

Baginya, dengan menggugurkan Ahmad dan kemudian dapat menjinakkannya, Najib kini tentulah dapat menarik nafas lega untuk melakukan perubahan yang seterusnya.

Sambil membayangkan Adnan Yaakob, Zambry dan Mohamad Hassan bukanlah seorang gedebe, keras kepala dan lebih mudah akur saja jika diarahkan berhenti, hasrat Najib mahu mewujudkan beberapa kerajaan negeri yang "benar-benar putih bersih" serta tiada cacat cela di pandangan rakyat pastilah menjadi lebih mudah selepas ini.

Gambar Perodua Viva merempuh bahagian bawah pesawat MAS MH740

Pesawat MAS dilanggar kereta
Keadaan Perodua Viva yang merempuh bahagian bawah pesawat MAS MH740
SEPANG: Negara dikejutkan dengan satu lagi insiden melibatkan pesawat MAS apabila penerbangan MH740 dilanggar oleh sebuah Perodua Viva di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Memetik laporan portal Malaysiakini, pemilik kereta tersebut mengakui tidak menarik brek tangan kenderaan terbabit sehingga kenderaan terbabit bergerak sendiri menuju ke arah pesawat sebelum merempuh bahagian bawah pesawat.

Kesemua penumpang yang berada di dalam pesawat terbabit berjaya dipindahkan sepenuhnya dan menaiki penerbangan lain pada jam 10.45 pagi tadi.

Pesawat yang dijadualkan berlepas pada jam 10.05 pagi ke Yangon terpaksa menangguhkan penerbangan dan berlepas semula ke destinasi yang ditetapkan pada jam 12.30 tengah hari tadi.

BONGKAR !!! Kisah Warga Asing Bergaji 'RM5,900' Sebulan di Malaysia

matuse68
Zaheer atau lebih dikenali sebagai Saddam Hussein baru berumur 23 tahun. Datang ke Malaysia dengan sebuah syarikat yang menawarkan khidmat potong rumput di sekitar Subang Jaya. Kerja beliau dari 8 pagi sehingga 2 petang setiap hari dan dibayar sebanyak RM1000 sebulan dengan cuti setiap hujung minggu.

Beliau menggunakan masa selepas 2 petang untuk memotong rumput dan berkebun di rumah-rumah sekitar USJ. Tiada harga tertentu ditetapkan tetapi purata setiap hari antara 2 petang hingga 7 malam beliau mampu untuk memotong rumput di 5 buah rumah bersaiz sederhana. Puratanya beliau dibayar sebanyak RM25 untuk sebuah rumah. Anggaran beliau memperolehi sekitar RM125 sehari (hari biasa) dan RM300 sehari untuk hari hujung minggu.

Anggaran pendapatan seminggu beliau RM625 (weekdays) + RM600 (weekend) = RM1225 seminggu (untuk kerja partime ini).

Anggaran pendapatan sampingan sebulan = RM4,900
Pendapatan kerja tetap sebulan = RM1000
Anggaran Pendapatan Sebulan RM5,900

Dengan rumah berkongsi 10 orang, kenderaan hanya basikal dan beliau telah tinggal di Malaysia selama lebih 3 tahun. Saya rasa beliau mempunyai simpanan kewangan yang lebih banyak berbanding dengan kebanyakan graduan universiti ternama luar negara yang telah bekerja di Malaysia selama 3 tahun.

Undi tidak percaya terhadap MB Negeri Sembilan

FAIZ ABDULLAH
SEREMBAN: Mesyuarat Agung Tahunan Umno Cawangan Pantai dan Pantai Setia, di sini, membuat satu kejutan apabila sebulat suara meluluskan usul tergempar membabitkan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Mohamad Hasan, yang didakwa menyalahgunakan kuasa.
Ketua Umno Cawangan Pantai, Dato’ Ishak Ismail mendakwa Mohamad telah melakukan perbuatan sedemikian dalam urusan pemilihan Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Batu 7, Batu 8 dan Batu 9, Pantai, di Lenggeng, Negeri Sembilan.

Ishak yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng berkata, jelas sekali, keputusan tersebut dibuat tanpa merujuk dan mempedulikan segala cadangan dikemukakan oleh pihak Umno Cawangan Pantai dan Pantai Setia.
“Beliau (Mohamad) selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri langsung tidak mahu mendengar dan mengambil kira suara ahli Umno yang lain.

Maka, tiada gunanya kita bertuankan orang seperti ini lagi,” katanya kepada pemberita di Dewan Masyarakat Pantai, dekat sini.

Susulan itu, beliau berkata, Mesyuarat Agung Tahunan Umno berkenaan turut membahas dan meluluskan usul bagi menolak perlantikan jawatan Pengerusi dan Setiausaha JKKK yang telah dibuat oleh kerajaan negeri, baru-baru ini.

“Kita menolak pelantikan terbabit berikutan mendapati individu yang dipilih tidak memenuhi kriteria ditetapkan seperti mempunyai rekod jenayah, bukan ahli Umno tempatan, tidak menetap dalam kawasan jagaan dan membantu pembangkang berkempen semasa Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu.

“Justeru, kita akan bawa perkara ini ke Mahkamah Sesyen Seremban. Kita mahu mahkamah membatalkan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri dalam pelantikan jawatan JKKK terbabit,” katanya yang bersedia menerima sebarang risiko, termasuk kehilangan jawatan dimiliki sekarang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, MK Ibrahim Abdul Rahman pula bertanya jika Mohamad tidak berlaku adil pada ahli Umno sendiri bagaimana pula ingin berlaku adil pada rakyat biasa?

“Jika benar dakwaan Ishak berhubung perlantikan Pengerusi dan Setiausaha JKKK itu, maka ini menunjukkan Mohamad tidak berlaku adil dan tidak menghormati ahli Umno sendiri. Bagaimana pula beliau hendak berlaku adil dan menghormati pada rakyat biasa?

“Malah jika dakwaan ini benar, ini juga menunjukkan kepincangan pentadbiran Mohamad yang mengamalkan kronisme.

Sepatutnya Mohamad perlu dengar suara akar umbi dan memilih Pengerusi dan Setiausaha JKKK berdasarkan merit atau menepati kriteria tertentu seperti yang dinyatakan oleh Ishak.

“Secara logiknya mestilah melantik orang yang menetap di dalam kawasan jagaan seperti kata Ishak,” ujar MK Ibrahim yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Seremban -Harakah