"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jam tangan keju ini dijual RM4.78 juta

Zurich – Sebuah syarikat jam Switzerland semalam mempamerkan jam tangan ‘Swiss Mad’ berharga 1 juta euro dengan bekasnya dibuat daripada keju musim sejuk tempatan sementara permukaannya berwarna merah putih, warna bendera negara itu.

Jam yang dihasilkan syarikat H Moser itu bertujuan menyindir peraturan baru yang ketat terhadap syarikat pembuat jam yang menggunakan label ‘Swiss Made’ (Buatan Swiss) yang kini perlu menggunakan 60 peratus komponen domestik, berbanding 50 peratus sebelum ini.

H Moser menggugurkan perkatan ‘Swiss Made’ dari semua produknya dan menggantikannya dengan ‘Swiss Mad’ kerana membantah undang-undang baru itu yang disifatkannya sebagai tidak bermakna
-kualalumpurpost

Demi kepentingan politik PAS guna Dana kebajikan Ladang Rakyat biayai peserta 'roadshow' Himpunan 355

Surat Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Kelantan yang mewajibkan peserta Ladang Rakyat menghadiri roadshow Himpunan RUU 355.
Surat Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Kelantan yang mewajibkan peserta Ladang Rakyat menghadiri roadshow Himpunan RUU 355.

Surat daripada Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan yang menjadi tular di media sosial memaklumkan program anjuran Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) Negeri Kelantan itu akan berlangsung di Padang Majlis Daerah Machang malam ini.

Ditandatangani Ketua Pegawai Operasi perbadanan berkenaan, Mohd Khairil Hazmie Yusof, agensi terlibat diminta menguruskan kehadiran peserta Ladang Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) ke tapak program tersebut.

"Keperluan pengangkutan peserta ke tempat program boleh dibiayai oleh peruntukan Tabung Tindakan Kebajikan Peserta Ladang Rakyat Dun masing-masing.

"Kehadiran adalah DIWAJIBKAN dan akan dicatat oleh pihak Dun dan akan dikemukakan kepada pihak pengurusan Perbadanan," dipetik daripada surat bertarikh 10 Januari itu.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen menganggap program dengan kerjasama Sekretariat Tetap Hudud Negeri dan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan itu sebagai bermotif politik.

Tidak kurang juga menyifatkan tindakan kerajaan Pas negeri Kelantan itu memaksa peserta Ladang Rakyat hadir ke program tersebut seperti saling tidak tumpah dengan apa yang dilakukan Umno-BN selama ini kepada agensi dan jabatan kerajaan.

Dalam hal berkaitan, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Disember tahun lalu dilapor Harakahdaily, berharap agar setiap peserta Ladang Rakyat dapat berperanan sebagai "jentera pilihan raya yang komited mempertahankan pemerintahan Islam."

Dipetik dari portal rasmi Pas itu, Che Abdullah yang juga Ahli Lembaga Perbadanan Ladang Rakyat berkata demikian ketika menyerahkan dividen saham kepada 300 peserta projek tersebut di Parlimen Kubang Kerian merangkumi 100 peserta bagi setiap Dun di kawasan tersebut iaitu Demit, Pasir Tumbuh dan Salor.

Pas pada 7 Januari lalu mengumumkan untuk menggembleng 'Himpunan 355' secara besar-besaran di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini dengan mengundang semua parti politik termasuk Amanah dan DAP.

Himpunan tersebut susulan daripada kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa partinya akan mengadakan perhimpunan raksasa bagi menerangkan Rang Undang-undang (RUU) 355 selepas menangguhkan huraian pindaan akta itu di sidang Dewan Rakyat,  24 November tahun lalu.
-malaysiadateline

Polis siasat Guan Eng kerana laporan dibuat remaja 13 tahun

Predeep Nambiar
GEORGE TOWN: Polis hari ini mengambil keterangan ketua menteri Pulau Pinang berdasarkan laporan polis dibuat seorang remaja berusia 13 tahun berhubung kenyataan Lim Guan Eng yang dimuat naik ke blognya, November lalu.

Dua anggota polis berpakaian biasa dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang tiba di pejabatnya di Komtar, kira-kira jam 11 pagi tadi untuk merekodkan keterangan Lim yang ditemani peguamnya, R S N Rayer.

Menurut laporan polis itu, pelajar tingkatan 1 dari Ampang itu membuat laporan kerana merasakan Lim menentang rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawakan PAS di Dewan Rakyat.

Setiausaha agung DAP itu melalui kenyataan yang turut dimuat naik ke blog dan Facebooknya pada 23 November lalu, meminta MCA, MIC, Gerakan dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) keluar dari BN kerana menyokong RUU 355.

RUU 355 pertama kali diusulkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 26 Mei lalu untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dengan lebih banyak kuasa.

Pada 24 November lalu, Hadi meminta Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan RUU 355 ke sidang seterusnya untuk memberi laluan kepada pindaan yang mencadangkan hukuman “penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan”.

Lim akan mengadakan sidang akhbar hari ini berhubung siasatan polis itu.
-freemalaysiatoday

Lindsay Lohan cetuskan spekulasi lagi, tulis 'Alaikum Salam' pada status di laman Instagramnya

Tindakan bintang Hollywood Lindsay Lohan menulis 'Alaikum Salam' pada status di laman Instagramnya sekali lagi mencetuskan spekulasi dia telah memeluk Islam.


Pelakon itu dilihat memadamkan semua gambar di laman Instagram dan hanya meninggalkan perkataan Arab yang bermaksud 'salam sejahtera ke atas kamu'.

Beberapa hari lalu, bintang filem 'Mean Girls' itu juga menjelaskan kepada DailyMail.com bahawa dia kini 'dalam fasa pembaharuan' dan sangat teruja memasuki tahun baru.

"Saya sangat teruja untuk membuka lembaran baru dalam hidup saya!" katanya memberitahu akhbar berkenaan.

Bercerita mengenai perubahan diri Lindsay, pengurusnya Scott Carlsen berkata mereka sangat gembira dengan reaksi orang sekeliling terhadapnya.


Dikatakan, pelakon berusia 30 tahun itu menghabiskan masa menjadi sukarelawan di kem-kem pelarian di Turki dan menubuhkan sebuah syarikat penerbitan sendiri di Dubai.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Lindsay benar-benar telah memeluk Islam sepertimana digembar-gemburkan beberapa portal dan blog.

Lindsay sebelum ini pernah menimbulkan tanda tanya apabila dilihat memakai tudung dan memuatnaik petikan ayat Al-Quran di Instagramnya.

April lalu, Lindsay ditangkap lensa kamera sedang membawa kitab suci itu dan lantas menimbulkan khabar angin dia telah memeluk Islam.

Pelakon yang membintangi filem Disney Herbie Full Loaded itu kemudian mengaku kepada media bahawa dirinya sedang mempelajari agama Islam, namun masih belum menjadi seorang muslim.

"Saya adalah seorang yang sangat beragama dan saya sangat terbuka untuk belajar (agama lain)," terang Lindsay.

"Saya sedang membacanya (Al-Quran). Tapi belum selesai. Perlu waktu lama untuk selesai membacanya," katanya.
-malaysiakini

Pelajar sekolah pondok dan 3 pelajar IPTA ditangkap khalwat

Kuala Terengganu – Dua pasangan remaja yang terdiri daripada tiga pelajar institusi pengajian tinggi awam dan seorang pelajar sekolah pondok ditangkap khalwat di dua lokasi berasingan di Kuala Nerus dalam operasi yang dijalankan sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) semalam.

Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Wan Mohd. Wan Ibrahim berkata, serbuan yang bermula pada pukul 9 malam itu berjaya menahan keempat-empat suspek yang berusia dalam lingkungan 22 hingga 25 tahun.

Beliau berkata, serbuan pertama berjaya menahan pasangan pelajar sebuah IPTA yang kedua-duanya berusia 22 tahun di sebuah rumah di Gong Badak, Kuala Nerus.

“Pada mulanya mereka enggan membuka pintu rumah dan akur dengan arahan anggota penguatkuasa JHEAT kira-kira 20 minit kemudian.

“Sewaktu ditemui kedua-dua didapati lengkap berpakaian namun sewaktu disoal-siasat mereka mengaku telah melakukan hubungan seks sewaktu berada di dalam rumah terbabit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 
-Kosmo

Remaja 19 tahun mengaku ada empat isteri, betul ke? (Gambar)

Tranungkite
Vp
KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun mendakwa dirinya memiliki empat orang isteri, viral di media sosial hari ini.

Video pengiklanan berdurasi 1 minit 23 saat yang dimuat naik laman Roti Kaya itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen akan dakwaan remaja lelaki bernama Ikhwan.

"Keempat-empat ini isteri saya. Semenjak saya join dengan produk Armina ini, saya boleh buat duit untuk menampung keempat-empat isteri saya dengan menjual produk ini.

"Produk booster inilah yang boleh meningkatkan/merapatkan zahir dan batin antara keempat-empat isteri saya," kata Ikhwan.

Rata-rata netizen mendakwa video tersebut adalah taktik murahan pihak berkenaan untuk mempromosikan produknya.

"Yang dikata isteri nombor dua itu macam budak baru nak ambil PT3 saja. Jil*ke punya marketing strategy. Sanggup mempergunakan budak-budak wicet," kata Ebal Abqarie.

"Kau umur baru 19 tahun tak payah makan ubat booster bagailah. Anak-anak ikan lagi, adoi. Siap ada empat isteri. Marketing bodoh tahap gaban apa ni?" kata Hakim Azmi.

99% netizen mengecam tindakan remaja terbabit cuba mempromosikan produknya dengan cara yang salah. Apa pula kata anda? - The Reporter

Abang Johari ketua menteri ke-6 Sarawak

Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, 66, hari ini dilantik sebagai Ketua Menteri baru Sarawak menggantikan Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia Rabu lepas.


Timbalan presiden parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu yang lengkap berpakaian Baju Melayu hitam, mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua menteri Sarawak keenam di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di Astana, kediaman rasmi ketua negeri di Kuching pada jam 4.10 petang.

Upacara itu disaksikan isteri beliau Datin Amar Jumaani Tuanku Bujang, anggota-anggota Kabinet negeri, anggota Dewan Undangan Negeri dan kakitangan kanan awam.

Abang Johari atau dikenali mesra dengan nama Abang Jo, merupakan seorang daripada tiga timbalan ketua menteri di bawah pentadbiran Allahyarham Adenan, selain Datuk Amar Douglas Uggah dan Tan Sri Dr James Masing.

Merupakan seorang ahli politik veteran, Abang Johari berkecimpung dalam politik lebih daripada 30 tahun. Beliau merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Satok selama sembilan penggal.

Abang Johari yang berkelulusan ijazah pentadbiran perniagaan dari Universiti United Kingdom, pertama kali bertanding bagi kerusi itu, pada 1981.

Beliau mempunyai 10 orang adik beradik daripada keluarga ternama Sarawak yang mempunyai sejarah panjang di negeri ini.

Allahyarham bapanya Tun Abang Haji Openg merupakan Yang Dipertua Negeri Sarawak pertama selepas Sarawak mencapai kemerdekaan daripada Britain dan selepas pembentukan Malaysia pada 1963.

Adenan yang memegang jawatan ketua menteri selama hampir tiga tahun, meninggal dunia Rabu lepas kerana komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak, Hospital Umum Kota Samarahan.
-Bernama

Dipenjara 22 tahun kerana curi alat kawalan TV

ILLINOIS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 22 tahun selepas didapati bersalah mencuri alat kawalan televisyen.

Menurut laporan Chicago Tribune, Eric Bramwell, 35, didakwa sering mencuri sebelum ditangkap.

Dalam kejadian Ogos 2015, Eric mencuri alat berkenaan dari bilik televisyen yang dikongsi oleh semua penduduk apartmennya.

Eric berjaya dikesan selepas tercicir sarung tangan yang mengandungi DNA dirinya dalam bilik tersebut.

Kata hakim, Eric sering mencuri sambil berjaya mengelak tindakan undang-undang dan akan dihukum.
-sinarharian

Padah belasah isteri guna ekzos, batang penyapu (Gambar)

ADILA SHARINNI WAHID


KOTA BHARU - Seorang suami yang membelasah isterinya dengan menggunakan besi rak pinggan, batang penyapu dan ekzos motosikal menerima padah apabila dihukum penjara selama dua tahun di mahkamah sesyen, di sini, hari ini.

Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Azzimualif Mohamad, 25, selepas tertuduh mengaku bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Penganggur berkenaan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Siti Nor Adilah Yusoff, 21, dengan menggunakan besi rak pinggan, sebatang penyapu jenis pvc dan sebatang ekzos motosikal sebagai senjata yang boleh mendatangkan kecederaan parah atau kematian kepada mangsa.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Che Deris, Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini, pada jam 8.30 pagi, 9 Januari lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd Arshad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 9 Januari lalu.

Dalam kejadian itu, isterinya yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit luka pada belakang kepala dan lebam seluruh badan. Mereka mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

Ini srategi Najib untuk menang PRU14

RUMAH UNTUK GENERASI KEDUA FELDA MESTI DIBINA DENGAN SEGERA
Felda guna 'orang tengah' dapat dana dari China biayai projek perumahan
MALAYSIA DATELINE
Adakah Felda menggunakan orang tengah untuk mendapatkan dana daripada China bagi mendanai projek perumahannya?
Adakah Felda menggunakan orang tengah untuk mendapatkan dana daripada China bagi mendanai projek perumahannya?

Carian dan semakan yang dilakukan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli di beberapa sumber mendapati syarikat yang bakal mendanai projek perumahan Felda bernilai RM1 bilion tidak mempunyai rekod dalam bidang kewangan dan dipercayai hanya menjadi pihak ketiga bagi mendapatkan dana daripada China.

Syarikat bernama Putra Star Investments Holdings Pte Ltd itu, ujar Rafizi akan memberi dana melebihi RM1 bilion untuk membolehkan Felda membina rumah-rumah generasi baru Felda seperti dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Walaupun Felda belum memberi sebarang maklumbalas, Malaysiakini semalam memetik wakil dari Putra Star Investments Holdings Pte Ltd mengesahkan perkara itu dan memaklumkan sebarang reaksi kepada pendedahan saya diserahkan kepada Felda.

"Sudah tentu persoalan yang paling besar adalah siapa sebenarnya Putra Star Investments Holdings Pte Ltd ini dan kenapa syarikat yang tiada rekod kukuh di dalam industri kewangan ini yang memeterai perjanjian pendanaan dengan Felda?" soal Rafizi yang juga Naib Presiden PKR.

Rafizi menambah, individu utama di belakang syarikat tersebut ialah warga negara Singapura, Ng Peter Titan yang menjadi pemegang saham dan juga pengarah syarikat manakala pemegang saham lain dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan beliau.

Carian yang dibuat oleh beliau mendapati Ng Peter Titan mempunyai jaringan perniagaan yang luas dengan bank dan industri di China manakala syarikat yang dimilikinya, Titan Petrotrade (2007) Pte Ltd menjalankan perniagaan menjual beli bahan mineral, minyak dan produk-produk lain.

Ng Peter Titan, ujarnya ialah jurujual yang menjadi orang tengah kepada urusan jual beli pelbagai produk di rantau Asia.

Carian beliau juga mendapati Ng Peter Titan mempunyai (atau terlibat) dengan 11 syarikat sejak tahun 1977 yang kebanyakannya telah ditutup atau tidak aktif.

"Secara umumnya syarikat-syarikat beliau terlibat di dalam urusan jual beli sebagai ejen. Beliau juga pernah mempunyai syarikat yang menjalankan aktiviti kewangan tetapi tidak diketahui statusnya sama ada masih lagi aktif (iaitu Putra Star Credit), sementara dua lagi perniagaan kewangannya telah ditutup (iaitu Crown Credit Entreprise ditutup tahun 1982 dan Japan Trade-Link ditutup tahun 2008).

"Beliau juga mempunyai syarikat yang menganjurkan konsert dan mengendalikan acara bernama Love Entertainment Group," jelasnya.

Rafizi juga mendedahkan bahawa Titan Petrotrade tidak aktif selama 6 tahun sebelum dihidupkan semula pada 22 Ogos 2016; sebulan sebelum perjanjian pendanaan dengan Felda ditandatangani.
Beliau turut menyemak nama syarikat Titan Petrotrade di pangkalan data syarikat-syarikat pesisir luar pantai yang didedahkan oleh Panama Papers dan mendapati kewujudan sebuah syarikat bernama Titan Petrotrade International Pte Ltd yang sahamnya dimiliki Sino Swiss Energy Ltd.

"Sino adalah rujukan kepada syarikat China. Salah seorang pemegang saham Sino Swiss bernama Celin Tanardi, seorang warga negara Indonesia," dedahnya.

Rafizi menambah, maklumat yang diperolehinya menunjukkan bahawa pemilik Putra Star Investments Holding, Ng Peter Titan tidak mempunyai sebarang bank atau syarikat kewangan besar yang mampu memberikan pinjaman RM1 bilion kepada Felda.

Namun jelas beliau, Ng Peter Titan mempunyai rangkaian perniagaan yang baik dengan bank-bank dari China dan sudah biasa menjadi ejen kepada urusniaga bagi pihak penjual dan pembeli.

Berdasarkan kepada fakta-fakta tersebut, beliau menggesa Najib, Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad dan Pengerusi Felda Global Venture (FGV) Tan Sri Isa Samad menjawab soalan-soalan berikut:

1. Adakah Felda merancang untuk mengambil pinjaman dari bank-bank China dengan menggunakan Putra Star Investments sebagai orang tengah, untuk mengelakkan dari menjadi satu lagi kontroversi baru yang melibatkan urusniaga bersabit tanah dan anak syarikat kerajaan China?

2. Adakah Ng Peter Titan yang berkemungkinan menjadi orang tengah ini mempunyai kaitan dengan Titan Petrotrade International Pte Ltd yang dinamakan di dalam Panama Papers?

3. Adakah Felda telah melakukan semakan menyeluruh melalui “due diligence” untuk memastikan Felda dan peneroka tidak terpalit dengan rangkaian pengubahan wang haram (money laundering) yang menggunakan syarikat pesisir luar pantai seperti yang didedahkan oleh Panama Papers?

"Jika segala kepincangan sebelum ini mengejutkan, jika benar Kerajaan Malaysia dan Felda berurusan untuk mendapatkan dana dari pihak ketiga dengan menggunakan sebuah syarikat kecil sebagai ejen, itu adalah sesuatu yang mencemaskan yang memerlukan tindakan segera Bank Negara Malaysia untuk memulakan siasatan," tegas beliau.

Maklumat mengenai Syiah di Malaysia yang wajib kita tahu

Semua ajaran Syiah di Malaysia adalah menyeleweng - JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan semua ajaran mahupun fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.

Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata sehubungan itu beliau menafikan sekeras-kerasnya sekiranya ada dakwaan mengatakan terdapat fahaman Syiah yang mempunyai persamaan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.

Beliau berkata berdasarkan kajian JAKIM, dakyah Syiah sebagai sebuah Mazhab berasaskan aliran Syiah Imamiyyah Ithna 'Ashariyyah atau Imam Dua Belas mula aktif di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada 1979.

"Jadi ajaran Syiah yang diamalkan oleh pengikut di Malaysia sehingga kini adalah aliran Imam Dua Belas ini yang bercanggah dengan ajaran Islam," katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Othman berkata antara penyelewengan aliran Syiah Imam Dua Belas itu adalah:

* Meyakini imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada sebarang dosa.

* Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.

* Tidak ada Solat Jumaat.

* Mengharuskan jamak solat fardu dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab.

* Menghalalkan nikah Muta'ah.

* Menolak Ijmak Ulama.

* Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali sehingga disama tarafkan dengan Rasulullah S.A.W.

* Menambah nama Saidina Ali dalam kalimah syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W.

Dengan memberi contoh nikah Muta'ah, Othman berkata ia bukan satu pernikahan dalam Islam malah merupakan amalan jahiliah yang amat jelas bertentangan dengan Al-Quran, hadis Rasulullah S.A.W dan Ijmak Ulama.

Katanya nikah Muta'ah telah diharamkan Nabi Muhammad S.A.W buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadis-hadis sahih sebelum baginda wafat dan salah seorang perawi hadis itu ialah Saidina Ali sendiri.

"Ini menunjukkan dengan jelas bahawa ajaran mahupun fahaman Syiah ini bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak sebagaimana yang digariskan dalam undang-undang Islam," katanya.

Beliau berkata merujuk kembali kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 2 dan 3 Mei 1996 bersetuju bahawa memperakukan ajaran Islam yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.

"Pada 24 Julai lepas, KDN (Kementerian Dalam Negeri) telah pun mengisytihar Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.

"Bukan sebagai ajaran sesat sahaja daripada aspek agama iaitu sekiranya melanggar fatwa akan dikenakan tindakan mengikut Akta/Enakmen Jenayah Syariah Negeri, malah aspek keselamatan negara pun turut diambil kira pihak oleh KDN yang mana pertubuhan Syiah ini tidak boleh bergerak aktif dalam negara ini kerana salah daripada sudut undang-undang," katanya.

Mengulas lanjut, Othman berkata pengaruh ajaran mahupun fahaman kumpulan Imam Dua Belas itu menular ke negara ini menerusi bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat segelintir pensyarah universiti tempatan memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman itu secara serius kepada golongan pelajar di institusi pengajian tinggi.

"Selain itu, daripada segi ideologi juga, umat Islam negara ini mungkin nak jalan yang mudah dalam agama dan tertarik dengan tawaran serta ganjaran yang ditawarkan Syiah.

"Faktor-faktor menarik masyarakat Islam ialah dengan tawaran beberapa kemudahan seperti Solat Jumaat tidak ada, boleh solat tiga waktu sahaja dan nikah muta'ah...boleh kahwin dengan isteri orang, mahar terlalu remeh, dengan selipar pun ada kita dapat maklumat, benda-benda macam itu, mereka hendak ambil mudah dalam soal beragama," katanya.

Apabila ditanya mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia yang dikatakan menjangkau ratusan ribu, Othman berkata hasil dapatan Jakim menerusi sumber risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati setakat ini bilangan sebenar pengikut Syiah yang terdiri daripada rakyat Malaysia ialah kira-kira 2,000 orang.

"Ini angka kita (JAKIM) dengan berasaskan laporan polis, kalau kata 10 orang, maka lengkap dengan namanya, alamatnya...saya cuba pertikai dengan pembentangan angka ini yang dibuat pegawai saya kerana dalam majlis pembentangan yang besar, majlis tidak setuju dengan angka yang Jakim bagi ini.

"Kemudian saya suruh pegawai itu semak semula dengan pihak polis, adakah kita boleh ubah angka ini, tetapi pihak polis kata 'tidak boleh' ubah angka ini, kekal...jadi masih kuat angka kira-kira 2,000 orang ini. Bukan seperti yang digembar-gemburkan sehingga 250,000 pengikut Syiah," katanya.

Othman menegaskan jumlah besar yang sengaja digembar-gemburkan itu adalah permainan pengikut Syiah yang mahu menunjukkan mereka ramai dan kuat serta kukuh bertapak di Malaysia.

Beliau berkata hakikatnya bilangan yang pernah dimaklumkan sebelum ini mencecah ratusan ribu itu adalah mengambil kira pelancong Iran dan pelajar luar negara yang belajar di Malaysia.

"Justeru, saya ingin mengingatkan pihak media dan masyarakat Malaysia supaya jangan mudah melatah dengan angka berkenaan. Daripada segi jumlah pengikut Syiah ini, pihak Jakim masih lagi berterusan menjalankan kajian bersama-sama pihak berkuasa keselamatan.

"Mereka dilihat ramai dalam aktiviti mereka contohnya apabila berkumpul dari seluruh negara dalam menjayakan aktiviti pengajian mereka sehingga menjadikan jumlah mereka mencecah 500 orang," katanya.

Bagaimanapun, Othman berkata penyebaran ajaran Syiah dalam kalangan umat Islam di Malaysia berada di tahap membimbangkan namun masih terkawal.

Beliau menegaskan penyebaran Syiah boleh diumpamakan sebagai 'barah' di negara ini dan perlu dibanteras sebaik mungkin sebelum merebak dengan lebih teruk sehingga menjadi ancaman kepada perpaduan ummah dan keutuhan agama sekaligus memecahkanbelahkan perpaduan umat Islam negara ini.

"Sebab itu kita minta agensi yang berkaitan mengambil berat daripada segi penyebaran ajaran Syiah ini. Pengikut Syiah di Malaysia tidak ramai, ada lebih kurang 2,000 sahaja tetapi mereka ini seolah-olah semakin berani...macam barah," katanya.

Sehubungan itu, Othman berkata pelbagai pendekatan dan usaha yang telah dilakukan Jakim untuk menangani isu Syiah di negara ini supaya tidak terus berkembang meluas dalam kalangan umat Islam negara ini.

"Kita telah membuat jerayawara...bahagian fatwa telah mengadakan siri seminar, ceramah pendidikan fatwa kepada masyarakat di seluruh negara yang melibatkan penyertaan semua golongan.

"Selain itu, usaha terbaharu Jakim adalah mewujudkan program menangani Syiah seperti bengkel yang dilaksanakan secara bersepadu dan dianggotai oleh agensi penguatkuasa agama seluruh negara, PDRM, Imigresen, pihak universiti dan kementerian," katanya.

Othman berkata bengkel menangani Syiah itu dilaksanakan untuk merancang modus operandi bagi menangani penyebaran fahaman itu di negara ini.

Selain usaha yang dilakukan Jakim untuk membanteras Syiah, Othman berkata peranan individu menolak fahaman itu juga penting iaitu umat Islam di negara ini perlu berhati-hati dengan pengaruh fahaman Syiah yang boleh menghancurkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Saya menyeru umat Islam di Malaysia agar menolak ajaran selain dari Ahli Sunnah Wal Jamaah ini, termasuklah menolak Syiah, Bahai, Qadiani dan ajaran sesat lain khususnya yang telah difatwakan sesat oleh Muzakarah Fatwa," katanya.

Di samping itu, katanya, pada masa sama semua pihak juga perlu bijak memilih badan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak terjebak dengan NGO yang berorientasikan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) dan kebebasan beragama.

Othman juga meminta umat Islam negara ini menolak pemimpin dalam sesebuah organisasi yang berfahaman Syiah atau fahaman lain yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Pihak kerajaan juga menyedari adanya pengaruh fahaman Syiah di kalangan masyarakat, pemimpin parti-parti politik, NGO sama ada secara langsung atau tidak langsung," katanya.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai jenis-jenis ajaran Syiah yang ada di negara ini, beliau berkata di Malaysia hanya terdapat dua jenis Syiah iaitu Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra) dan Syiah Ismailiyah Agha Khan yang dibawa masuk oleh pendatang India pada satu masa dahulu.

Bagaimanapun, Othman berkata pengikut kedua-dua jenis Syiah yang merupakan kelompok asal Syiah di negara ini didapati tidak menjalankan dakyah kepada masyarakat Sunnah Wal Jamaah sebaliknya hanya berkembang dalam kalangan generasi baru mereka sendiri sahaja.

"Syiah Dawood Bohra dikenali sebagai golongan yang memiliki Kedai Bombay manakala Syiah Agha Khan dikenali dengan pemilik Kedai Peerbhai. Pengikut jenis Syiah ini bergerak di sekitar Lembah Klang sehingga kini.

"Pengikut dua jenis Syiah ini merupakan keturunan asal Syiah yang ada di negara ini. Mereka tidak ekstrem dan tidak berlawan dengan Sunnah Wal Jamaah. Mereka hanya menjalankan dakyah dan berkembang dalam kalangan anak-beranak mereka sahaja kerana mereka kahwin pun sesama sendiri, ada kubur dan masjid sendiri," katanya.

Menceritakan mengenai sejarah perkembangan kedatangan ajaran Syiah di negara ini, Othman berkata terdapat pelbagai teori mengenai kedatangan Syiah ke Malaysia atau secara umumnya Nusantara.

Namun begitu, beliau berkata pandangan yang paling tepat adalah unsur aliran Syiah secara jelas mula dikesan sejak abad ke-12 menerusi Dakwah Syeikh Abdullah Arif berasaskan kitabnya Bahr al-Lahut.

"Ini menjelaskan aliran Syiah yang pertama sampai ke alam Melayu ialah fahaman Batiniah, bukannya aliran Imamiyyah.

"Ia adalah pemikiran Syiah Batiniah yang meresap ke dalam pemikiran tasawuf teosofi seperti doktrin wujudiyyah, hulul waittihad, Nur Muhammad, Insan Kamil, Rijal al-Ghayb (Imam Mahdi) dan beberapa aspek lain yang dibawa oleh ulama tasawuf seperti Sunan Kalijaga, Syeikh Siti Jenar, Hamzah Fansuri, dan Syamsuddin al-Sumaterani," katanya.

Kanak-kanak dirogol, ditanam hidup-hidup dalam lumpur (Gambar)

Lagi kisah pembunuhan sadis dan menyayat hati dari negara seberang, Indonesia.

Kali ini menimpa kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dipercayai dirogol lalu ditanam secara hidup-hidup di sebuah sungai berlumpur, di Kompleks Kokoda, Kilometer 8, Kota Sorong, Papua Barat.

Mayat kanak-kanak malang bernama Kasia Mamangsa dilaporkan ditemui tertanam dalam lumpur dengan keadaan tangannya diikat, kira-kira jam 2.30 petang, pada Selasa.

Mayat mangsa kemudian dikeluarkan dari sungai berlumpur itu oleh pihak polis dengan bantuan penduduk tempatan.

Menurut laporan Harian Papua, kanak-kanak itu sebelum dibunuh dipercayai telah diperkosa berdasalkan kesan pendarahan di bahagian kemaluan korban.

Susulan itu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Sorong untuk bedah siasat.

Terdahulu, mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah menyebabkan ibu mangsa, Yuli berusaha mencarinya namun gagal. Namun, kakak mangsa, Grece dikatakan sempat melihat mangsa dibawa oleh seorang suspek ke kawasan lumpur berkenaan, sebelum menjadi petunjuk utama dalam siasatan tersebut.

Sementara itu, pihak polis telah berjaya menahan tiga suspek yang juga merupakan jiran mangsa.
-kualalumpurpost

Annuar Musa kena gasak teruk oleh TMJ

TMJ ingatkan Annuar, jangan kejutkan rimau tidur
Pemilik kelab bola sepak JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi tampil membidas Tan Sri Annuar Musa gara-gara tindakan pengerusi MARA itu yang 'mengejutkan harimau sedang tidur'.
Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu mendakwa, Annuar sentiasa tidak berpuas hati dengannya dan ini perlu diselesaikan.

"Sebelum menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa tidak Tan Sri (Annuar) tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan MARA dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors (TRW).

"Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan TRW yang mana Tan Sri sendiri merupakan pengerusi MARA.

"Tidak cukup dengan pelaburan MARA yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa.

“UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016," katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi JDT, hari ini.

Tunku Ismail turut mendedahkan beberapa dokumen berkaitan penyaluran wang tajaan MARA dan UniKL kepada pasukan Kelantan.

Beliau menggesa Annuar menjelaskan ke mana hala tuju pelaburan MARA dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat.
Terdahulu, timbul perdebatan secara di Facebook antara kedua-dua tokoh tersebut susulan kejayaan pemain bola sepak Pulau Pinang, Faiz Subri yang berjaya merangkul Anugerah Puskas Fifa 2016, Selasa lalu.

Tunku Ismail mendakwa Faiz bakal dipergunakan pihak-pihak tertentu demi mencapai populariti.

Bagaimanapun, Annuar semalam mengkritik prestasi skuad Harimau Selatan yang dikatakan bernasib baik berjaya melangkah ke saingan akhir Piala AFC 2015.

Pada masa sama, ketua penerangan Umno itu memuji kejayaan Faiz yang juga bekas pemain Kelantan sebelum ini, manakala Tunku Ismail dilihat memilih untuk memberi peringatan agar kejayaan pemain itu tidak dipergunakan pihak tertentu.

Sementara itu TMJ berkata, beliau telah menjangka lebih awal lagi kemenangan Faiz pasti akan mendapat perhatian individu-individu, terutama sekali ahli-ahli politik yang ingin melonjakkan kembali reputasi mereka yang sedang merudum.

Tunku Ismail turut menempelak Annuar yang dikatakan sentiasa tidak berpuashati kepadanya dan seorang lagi menteri yang didakwa menganggap beliau seorang yang angkuh.

"Saya akan suruh menteri yang pernah mabuk datang mengadap saya untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia siapa wanita yang berkerja di sebuah syarikat di Johor.

"Ingat, jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur. Saya tidak kacau orang, jadi jangan menggangu saya," katanya.

Malaysiakini Sukan sedang cuba menghubungi Annuar bagi mendapatkan reaksi beliau susulan dakwaan Tunku Ismail itu.

Remaja 12 tahun bunuh diri secara ‘live’


Seorang remaja perempuan berusia 12 tahun, Katelyn Nichole Davis nekad mengambil nyawanya sendiri dengan menggantungkan dirinya di sebuah pokok di hadapan rumahnya, baru-baru ini.

Sebelum membunuh diri, Katelyn yang berasal dari California, Amerika Syarikat menyiarkan proses persediaan saat kematiannya itu secara langsung menerusi aplikasi Live.me.

Dalam video asal berdurasi lebih 40 minit itu, Katelyn menunjukkan proses dia mengikat tali di pokok sebelum akhirnya mengambil nyawanya sendiri.

Sebaik bergayut di tali sambil berdiri di atas baldi, Katelyn yang kelihatan ketakutan akhirnya mengucapkan selamat tinggal dengan menendang baldi tersebut sebelum dirinya bergayut di pokok.

Menurut sumber YouTube, Katelyn berkemungkinan mengambil jalan singkat sedemikian kerana mengalami masalah kemurungan yang melampau.

Menerusi diari online dan posting di laman Instagram, Katelyn pernah mendakwa dirinya sering didera dan pernah hampir dirogol oleh bapa tirinya.
-kualalumpurpost

FAM gagal fahami hasrat Faiz Subri, kepentingan negara

ARIF ATAN
FAM dikatakan kurang pekaPemuda Amanah Nasional menyifatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengabaikan kepentingan pemain dan negara apabila penerima Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Faiz Subri gagal berucap dalam bahasa kebangsaan dalam majlis berprestij itu.
Timbalannya, Faiz Fadzil berkata, kejayaan penyerang Pulau Pinang itu dilihat sedikit terjejas apabila beliau terpaksa mengambil masa 30 saat untuk mencari teks ucapan dalam bahasa Inggeris melalui telefon bimbitnya.

"Seharusnya, pihak FAM telah bersedia daripada awal tentang perkara ini kerana umum sudah mengetahui melalui majlis anugerah yang lepas bahawa penerima anugerah akan memberikan ucapan.

"FAM sebagai ahli FIFA boleh sahaja menghubungi pihak penganjur untuk memaklumkan bahawa seorang penterjemah akan disediakan bagi membolehkan Faiz Subri bercakap dalam Bahasa Melayu kerana Faiz Subri sejak awal sudah menunjukkan keinginannya untuk memartabatkan budaya Melayu dan bahasa kebangsaan di dalam majlis tersebut," ujarnya.

Berbangga dengan pencapaian Faiz Subri yang telah berjaya mengharumkan nama negara, beliau bagaimanapun mengingatkan FAM harus terlebih dahulu membuat persediaan awal dengan menyediakan seorang 'tutor' bagi melatih Faiz Subri.

Menurutnya, langkah tersebut bagi membolehkan Faiz Subri menyampaikan ucapan dalam bahasa Inggeris tanpa sebarang gangguan jika benar FIFA tidak membenarkan bahasa Melayu diguna dalam majlis tersebut.

"Kegagalan FAM dalam perkara ini menunjukkan FAM gagal memahami hasrat Faiz Subri dan menjaga kepentingan beliau dan negara yang sudah berjaya mengharumkan nama negara dalam sukan bola sepak antarabangsa," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Mengulas lanjut, Faiz turut menganggap FAM seolah-olah tidak yakin jaringan 'cantik' pemain berasal dari Kedah itu sehingga mampu mengetepikan dua calon lain iaitu pemain tengah Corinthians, Marlone dan penyerang skuad kebangsaan wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.

"Walaupun boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia tidak berhenti menyokong dan begitu yakin beliau akan memenangi anugerah Puskas tersebut, namun FAM pula tidak menyediakan persediaan terbaik dan rapi kepada Faiz Subri dalam majlis tersebut.

"Adakah FAM pula tidak yakin dengan keunikan gol jaringan Faiz Subri untuk memenangi anugerah Puskas? Kepada saudara Faiz Subri, kami mendoakan kejayaan anda di masa depan dan mengharapkan anda akan bermain di peringkat yang lebih tinggi termasuk mewakili pasukan kebangsaan bagi mengangkat mutu dan pencapaian bolasepak negara.

"Kemenangan ini adalah suatu pencapaian luarbiasa bagi pemain bolasepak Malaysia kerana walaupun mutu pasukan bolasepak negara masih dipersoalkan, namun negara dapat melahirkan seorang pemain yang mempunyai kemahiran yang tinggi sehingga berjaya meletakkan nama beliau di kalangan pemain terkemuka dunia.

"Kejayaan ini juga menunjukkan bahawa kualiti dan kemenangan boleh dicapai melalui merit dan bukannya kuota," tambah Faiz lagi.

Tukang urut dipenjara tiga tahun kerana mencabul pelancong lelaki warga British

Kota Kinabalu: Seorang tukang urut dipenjara tiga tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku salah mencabul seorang pelancong lelaki warga British.

Pendatang asing tanpa izin, Faizal Sintaan, 19, didakwa mencabul Maedb Joy Orsborn Fitchie, 18, ketika diurut di sebuah pusat beli-belah di sini, jam 7 malam, 4 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Tertuduh didakwa meraba kemaluan dan dada mangsa, selain memeluk serta mencium lehernya hingga meninggalkan kesan.

Ketika kejadian, mangsa cuba menolak tertuduh tetapi tidak menjerit kerana takut sebelum ke kaunter untuk membuat bayaran dan meninggalkan pusat urut berkenaan.

Mangsa memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapanya sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu.

Tertuduh yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, ditahan pada hari sama.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh sama dijatuhkan hukuman penjara empat tahun mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan pengenalan diri.

Kedua-dua hukuman terhadap tertuduh dijalankan secara berasingan, bermula dengan hukuman mengikut Akta Imigresen.
-bharianonline

Pemimpin Bersatu sindir PAS: Dari bermukah, baik bernikah

MALAYSIA DATELINE
Kenyataan Nik Amar datang dari pemimpin berjiwa tikus, kata Zahid Mat Arip.
Kenyataan Nik Amar datang dari pemimpin berjiwa tikus, kata Zahid Mat Arip.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mencadangkan agar Pas terus 'bernikah' sahaja dengan Umno, bukannya 'bermukah' sebagaimana sekarang.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Zahid Mat Arip berkata, "Dari bermukah dengan Umno, baik bernikah terus, tak baik cara begini."

Zahid menjawab kritikan Naib Presiden Pas, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah yang berkata, Pas sedia bekerjasama dengan PPBM, tetapi tidak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Nik Amar memberikan amaran, Pas akan kerjasama dengan PPBM tetapi bukan dengan Pengerusi PPBM.Kata Nik Amar, kerjasama politik sekiranya berlaku sekalipun hanya melibatkan Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), bukan Dr. Mahathir meskipun beliau merupakan pengerusi parti itu.

Nik Amar memberikan amaran, Pas akan kerjasama dengan PPBM tetapi bukan dengan Pengerusi PPBM.
“Kena beza itu, kerjasama kalau berlaku hanya antara Pas dan PPBM bukan dengan Mahathir sebab kita tahu dia tidak boleh bekerjasama. Dan, kita juga sama sekali tidak akan mendengar apa-apa pandangan Dr. Mahathir.

“Dr. Mahathir ini, tidak boleh bekerjasama dengan sesiapa pun. Kalau betul nak kerjasama, Dr. Mahathir mesti ubah sikapnya. Dr. Mahathir kena ingat dia bukan lagi Perdana Menteri atau Presiden Umno,” katanya.

Tindakan ini sama dengan apa yang dibuat DAP terhadap Pas sebelum ini, sedia bekerjasama dengan Pas tetapi tidak dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Zahid, apa yang dibuat oleh Pas sekarang benar-benar menguntungkan Umno.

Bagi Zahid, kenyataan ini Nik Amar ini membayangkan kegembiraan pemimpin Pas yang sudah selesa berada dalam dakapan Umno dan BN.

Bagi beliau, Pas lebih baik bernikah terus dengan Umno dari bermukah, bersekedudukan dan melakukan 'persetubuhan haram' sebegini.

Bagi beliau, Tun Mahathir mempunyai banyak jasa selepas memerintah negara ini selama 22 tahun.

"Isu sebenar yang negara hadapi adalah isu 1MDB, SRC, RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Najib.

"Ini Pas tak cakap, ia isu rakyat yang boleh digunakan untuk tumpaskan Umno," katanya.

Menurut beliau, apa yang berlaku sekarang adalah jika Umno berbangga dengan 'Jamal', Pas pula berbangga dengan Nik Amar.

"Saya harap lepas ini tidak ada pula pihak yang memanggil dia Nik Amar Jamban pula sebagaimana yang dikenakan kepada Jamal," kata Zahid merujuk kepada Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos