"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Salah guna kuasa (Pegawai Polis) ?

Mohd Fahmi
http://i893.photobucket.com/albums/ac131/admin-s/MT1/DSC01911.jpgPegawai ini adalah SUPT JAAFAR BIN MAT (K/P NO: G/11545) iaitu Ketua Jabatan Narkotik di IPK Melaka sekarang. Bersama ini saya lampirkan gambar rumah barunya yang pernah diceritakan/dikhabarkan kepada semua oleh isteri beliau bernilai RM4Juta dan senarai aset berserta detail yang mana sedang di "update" oleh saya dari masa ke semasa.

http://i893.photobucket.com/albums/ac131/admin-s/MT1/DSC01911.jpg
http://i893.photobucket.com/albums/ac131/admin-s/MT1/DSC01914.jpg 
Dia mempunyai sehingga 15 syarikat kawalan keselamatan yang mana kesemua pengarah & pemegang saham di syarikat-syarikat tersebut terdiri daripada isteri, anak, adik, adik ipar, sepupu, anak saudara, rakan, jiran dan isteri rakan (bekas pengarah - meletak jawatan kerana pernah seseorang ingin melaporkan kepada KPN) iaitu isteri kepada Datuk Khalid Abu Bakar (Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam KDN/KA).
 
Maklumat ini boleh dirujuk dalam lampiran yang saya berikan. Dia memperolehi lesen-lesen tersebut adalah daripada adanya "connection" dia dengan salah seorang panel/orang kanan yang meluluskan lesen kawalan keselamatan selain daripada kerani yang bekerja di KDN. Memang diketahui umum di KDN dan dipercayai dia ada membayar (memberi rasuah) secara bulanan kepada mereka-mereka tersebut. Bukti tidak dapat diberikan kerana dia dipercayai memberikan mereka secara tunai.
 
Ramai yang beranggapan bahawa modal awalan untuk kesemua syarikat beliau datang dari duit rasuah yang mana mudah diperolehi daripada tugas hakikinya kerana dia bukan datang dari keturunan yang kaya atau berada. 

Suatu ketika dahulu dia pernah ditahan oleh BPR (SPRM) untuk siasatan dan kemudian pengadu telah menarik balik laporan atas rasa kasihan terhadap dia. Kerana dia pernah berjanji tidak akan menganiaya sesiapa lagi selepas itu. Hasil daripada tahanan terhadap dia oleh BPR dahulu, kini dia sudah mempunyai kenalan (pegawai penyiasat) yang rapat dimana setiap bulan dia akan membayar sekurang-kurangnya RM1000 kepada pegawai penyiasat tersebut. 

Saya tidak ada masalah untuk tampil apabila PDRM, SPRM atau apa-apa badan yang ingin menyiasat malah saya tidak keberatan untuk memberikan maklumat yang saya ada. Tujuan saya mengedarkan maklumat ini kepada media adalah kerana tidak mahu nanti jika maklumat ini diadukan pada SPRM @ PDRM, mereka hanya akan simpan atau buang kes sahaja. Ini adalah kerana dipercayai dia mempunyai hubungan yang baik dengan pengarah-pengarah atasan PDRM & SPRM. Kerana pada tahun lalu ada individu yang telah membuat laporan terhadap dia dan ada surat telah dihantarkan kepada Ketua Polis Negara akan tetapi ia hanya sampai ditangan P.A KPN kemudian tiada apa-apa tindakan diambil. Laporan/surat yang telah dihantar akan didedahkan jika ada keperluan nanti. 
 
Yang benar,

Mohammad Fahmy
 
NAMA-NAMA SYARIKAT MENGGUNAKAN ISTERI (GURU), ADIK BERADIK, IPAR DUAI, ANAK-ANAK SAUDARA DAN PEKERJA-PEKERJA YANG DIJADIKAN PROKSI DI DALAM SETIAP SYARIKAT YANG DIMILIKI.

SUPT JAAFAR BIN MAT (K/P NO: G/11545)
KETUA JABATAN NARKOTIK, IPK MELAKA.
LOT 8701, JLN NAKHODA DALAM, KG.NAKHODA,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.

1) JAYAPADU BERSATU KAWALAN SDN BHD
2) BERTAM SECURITY SERTVICES SDN BHD
3) JERAI SECURITY SERVICES SDN BHD
4) PROGRESSIVE SECURITY SERVICES SDN BHD
5) JW KAWALAN SDN BHD
6) TIARA FORCE SECURITY SERVICES SDN BHD
7) IQ SECURITY SERVICES SDN BHD
8) ASAS SECURITY SERVICES SDN BHD
9) SASA SECURITY SERVICES SDN BHD
10)QUALITY GUARD SERVICES SDN BHD
11)INLAND SECURITY SERVICES SDN BHD
12)JUNARIANG TRAVEL & TOURS SDN BHD
13)AYU EDISI SDN BHD
14)EXCELLENT SECURITY NETWORK SDN BHD
15)PRIMA PLATINUM SDN BHD
16)SPLENDID TACTIC SDN BHD
 
ASET-ASET YANG DIMILIKI ATAS NAMA SENDIRI, ISTERI, IPAR DUAI DAN JUGA ANAK-ANAK SAUDARA.

1) PEJABAT PROGRESSIVE SECURITY SERVICES SDN BHD
NO. 103-1, JALAN SBC 1, TMN SRI BATU CAVES,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
(ATAS NAMA: SUPT JAAFAR BIN MAT)

2) PEJABAT JAYAPADU BERSATU KAWALAN SDN BHD
NO. 89-2, JALAN SBC 1, TMN SRI BATU CAVES,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
(ATAS NAMA: SUPT JAAFAR BIN MAT)

3) PEJABAT JERAI SECURITY SERVICES SDN BHD
NO. 77-2, JALAN SBC 1, TMN SRI BATU CAVES,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
(ATAS NAMA: SUPT JAAFAR BIN MAT)

4) PEJABAT BERTAM SECURITY SERVICES SDN BHD
NO. 75-2, JALAN SBC 1, TMN SRI BATU CAVES,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
(ATAS NAMA: SUPT JAAFAR BIN MAT)

5) PEJABAT IQ SECURITY SERVICES SDN BHD
NO. 11-1B, JALAN SBC 1, TMN SRI BATU CAVES,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
(ATAS NAMA: SUPT JAAFAR BIN MAT)

6) PEJABAT ASAS SECURITY SERVICES SDN BHD
NO. 11-1A, JALAN SBC 1, TMN SRI BATU CAVES,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
(ATAS NAMA: SUPT JAAFAR BIN MAT)

7) PEJABAT QUALITY GUARD SERVICES SDN BHD
17-1, JALAN MEDAN SELAYANG 1, MEDAN SELAYANG,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
(ATAS NAMA: SUPT JAAFAR BIN MAT)

8) PREMIS NO.17 G DAN 17-2, JALAN MEDAN SELAYANG 1, MEDAN SELAYANG,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
(ATAS NAMA: SUPTJAAFAR BIN MAT)

9) PEJABAT SASA SECURITY SERVICES SDN BHD
SUITE 1026-C, JALAN SAMUDRA UTAMA,
TAMAN SAMUDRA, FASA 2B-2,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
(ATAS NAMA: SUPT JAAFAR BIN MAT)

10) PREMIS NO. SUITE 1026, SUITE 1026 A DAN SUITE 1026 B
JALAN SAMUDRA UTAMA,
TAMAN SAMUDRA, FASA 2B-2,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
ATAS NAMA:………………………………………..

11) 314, BLOCK MELUR D, GUGUSAN MELUR,
JALAN CAMAR 4/5 A, KOTA DAMANSARA, SEKSYEN 4,
47810 PETALING JAYA, SELANGOR.
ATAS NAMA:………………………………………..

12) A 07-07-18 PANGSAPURI ANGSANA, SUBANG MEWAH,
SUBANG KAYA, SELANGOR.
ATAS NAMA:………………………………………..

13) BLOK E, E26, APARTMENT LAKSAMANA,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
ATAS NAMA:………………………………………..

14) NO. 19, JALAN GP 3/7, GOMBAK PERMAI,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
ATAS NAMA:………………………………………..

15) NO. 32-3A, JALAN PINGGIRAN 2/2, PINGGIRAN BATU CAVES,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
ATAS NAMA:………………………………………..

16) NO. 16, JALAN SM 5, SUNWAY BATU CAVES,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
ATAS NAMA: DSP JAFAR BIN MAT)

17) NO. 6, JALAN SM 5A, SUNWAY BATU CAVES,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
ATAS NAMA:………………………………………..

18) LOT 8694, JALAN NAKHODA DALAM, KG NAKHODA,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
ATAS NAMA:………………………………………..

19) LOT……........JLN NAKHODA KANAN, KG. NAKHODA,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
(RUMAH SEWA 4 PINTU / UNIT)
ATAS NAMA:………………………………………..

20) LOT 9237, JALAN TERATAI, SG. TUA BHARU, SG. TUA,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
ATAS NAMA:………………………………………..

21) DUSUN BUAH2AN DI ULU YAM BARU

22) RUMAH BUNGALOW 3 TINGKAT DI KG.SG.TUA, BT CAVES, SELANGOR.

23) RUMAH TERES 2 TINGKAT DI MELAKA (BERHAMPIRAN IPK MELAKA)
 
KENDERAAN – KENDERAAN YANG DIMILIKI OLEH DSP JAAFAR BIN MAT

1) SS 50 J- KERETA MERCEDES E 200
2) WQP 5959 - KERETA TOYOTA FORTUNER
3) WMG - KERETA BMW 318i (3 SERIES)
4) WQB 8701 - KERETA HONDA CIVIC
5) MBF - KERETA NISSAN FRONTIER
6) WGW - KERETA PAJERO (COLOR HIJAU)
7) WHA 8410 - KERETA PRODUA KANCIL (DAH BUAT KERETA SYKT)
8)- KERETA BMW 5 SERIES (NO. PLAT MELAKA)
9) - SUPERBIKE

HUBUNGAN NAMA-NAMA DIATAS DENGAN DSP JAAFAR BIN MAT

BIL.     NAMA HUBUNGAN / STATUS
1. - ISTERI SUPT JAAFAR BIN MAT
- SEORANG GURU DI SMK DARUL EHSAN, SELAYANG.
- PENGARAH SYKT JUNARIANG TRAVEL & TOURS SDN BHD
- PENGARAH & PEMEGANG SAHAM SYKT PRIMA PLATINUM SDN BHD
  
2.NOR AMIRAH BINTI HUSSAIN - ADIK IPAR SUPT JAAFAR
- ADIK ARINA BINTI HUSSAIN
- PENGARAH & PEMEGANG SAHAM SYARIKAT JAYAPADU BERSATU KAWALAN SDN BHD
- BEKERJA DI SYARIKAT SUPT JAAFAR
 
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT JAYAPADU BERSATU KAWALAN SDN BHD
- PROKSI LELAP
 
4.        HJ. BAHARUDIN B. BASAR- KAWAN SUPT JAAFAR (BEKAS POLIS)
&- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT JAYAPADU BERSATU KAWALAN SDN BHD
- PROKSI LELAP
 
5.        NORAINI BINTI IDRIS                                  - PEKERJA DAN JIRAN SUPT JAAFAR
- PENGARAH & PEMEGANG SAHAM JAYAPADU BERSATU KAWALAN S/B

6.        MUHAMMAD SAIFULLIZAN BIN ABU BAKAR     - ANAK SAUDARA SUPT JAAFAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT BERTAM SECURITY SERVICES SDN BHD

7.        NORHAMITA BINTI SABARUDIN- ANAK SAUDARA SUPT JAAFAR
- ISTERI PERTAMA MUHAMMAD SAIFULLIZAN B. ABU BAKAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT BERTAM SECURITY SERVICES SDN BHD
- BEKERJA DI SYKT SUPT JAAFAR

8. DATO’ AZIZ JAMALUDIN BIN HJ. MOHD TAHIR- KAWAN SUPT JAAFAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT BERTAM SECURITY SERVICES SDN BHD
- PROKSI LELAP

9.DIVAKARAN A/L SUBRAMANIAM - KAWAN SUPT JAAFAR (BEKAS PEGAWAI POLIS)
&- PENGARAH SYKT BERTAM SECURITY SERVICES SDN BHD
- PROKSI LELAP

10. NURULHANIM BINTI ABDUL MUTALIB- ANAK SAUDARA SUPT JAAFAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT JERAI SECURITY SERVICES SDN BHD
- BEKERJA SEBAGAI PEMBANTU MAKMAL (KERAJAAN)
- PROKSI LELAP

11. ACP ABDUL TALIB B. YAACOB - KAWAN SUPT JAAFAR (BEKAS PEGAWAI POLIS)
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT JERAI SECURITY SERVICES SDN BHD
- PROKSI LELAP

12. MOHD. ANUA B. ABDUL RAHMAN- KAWAN SUPT JAAFAR
- BEKERJA SEBAGAI AKAUNTAN (KERAJAAN)
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT JERAI SECURITY SERVICES SDN BHD
- PROKSI LELAP

13 JULIZAWATI BINTI AHMAD - ORANG KAMPUNG SUPT JAAFAR
PENGARAH SYKT JERAI SECURITY SERVICES SDN BHD
- BEKERJA DI SYKT SUPT JAAFAR

14. MOHAMED SOHAIMI BIN ZAKARIA - KAWAN DAN JUGA SUB-CON SUPT JAAFAR
- PENGARAH & PEMEGANG SAHAM SYKT PROGRESSIVE SECURITY SERVICES SDN BHD

15.      TAYIB BIN CHE ON- SEPUPU SUPT JAAFAR
& PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT PROGRESSIVE SECURITY SERVICES SDN BHD
- PROKSI LELAP

16.ZAINAB BINTI AHMADSEPUPU ISTERI SUPT JAAFAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYKT PROGRESSIVE SECURITY SERVICES SDN BHD
- PROKSI LELAP

17.      AZLINDA BINTI HUSSAIN - ADIK IPAR SUPT JAAFAR
&- ADIK ARINA BINTI HUSSAIN
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT JW KAWALAN SDN BHD
- BEKERJA DI SYKT SUPT JAAFAR

18 AZMAN BIN HUSSAIN - ADIK IPAR SUPT JAAFAR
- ADIK ARINA BINTI HUSSAIN
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT JW KAWALAN SDN BHD

19. JAAFAR BIN BAHARAMKAWAN SUPT JAAFAR
- BEKAS PEMILIK ASAL JW KAWALAN
AZIZ BIN AWANG  - PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT TIARA FORCE SECURITY SERVICES SDN BHD
- SUB-CON SYKT SUPT JAAFAR

21.SHAFEI BIN AWANG& - KAWAN DAN SUB-CON SYKT SUPT JAAFAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT TIARA FORCE SECURITY SERVICES SDN BHD

22.      DATIN IMRAN BINTI IBRAHIM- ISTERI KEPADA BEKAS BOS SUPT JAAFAR: DATO’ KHALID BIN ABU BAKAR (KETUA POLIS SELANGOR)
- PROKSI LELAP

23. ZURAINI BINTI ALI MUSA - ANAK SAUDARA SUPT JAAFAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARAIKAT IQ SECURITY SERVICES SDN BHD

24. KOMANDER YAACOB - KAWAN SUPT JAAFAR BIN MAT
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT IQ SECURITY SERVICESSDN BHD

25. ADANAN BIN DIN- ANAK SAUDARA SUPT JAAFAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT IQ SECURITY SERVICES SDN BHD
- PROKSI LELAP

26.AZMAN BIN DIN- ANAK SAUDARA SUPT JAAFAR
- PEMEGANG SAHAM SYARIKAT ASAS SECURITY SERVICES SDN BHD

27.HASSAN BIN MAT - ADIK SUPT JAAFAR BIN MAT
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT ASAS SECURITY SERVICES SDN BHD

28. MOHD. MUKREEK B. MAHZAN- PEKERJA DI SYARIKAT SUPT JAAFAR
- ANAK KEPADA KAWAN ISTERI SUPT JAAFAR BIN MAT
- PENGARAH DI SYARIKAT ASAS SECURITY SERVICES SDN BHD

29.& DATO’ MOHD. YUSOFF BIN HAMID - KAWAN SUPT JAAFAR
- SEPUPU KEPADA BAPA AZMAN B. DIN
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT ASAS SECURITY SERVICES SDN BHD

30.MUHAMMAD SYAHRIL BIN ABU BAKAR- ANAK SAUDARA SUPT JAAFAR
PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT SASA SECURITY SERVICES SDN BHD
- BEKERJA DI SYKT SUPT JAAFAR
- CONSULTANT SEMUA SYARIKAT SUPT JAAFAR (JA GROUP)

31.JAMALUDDIN- ANAK SAUDARA SUPT JAAFAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT SASA SECURITY SERVICES SDN BHD
- PROKSI LELAP
 
32.KOL. (B) MUSTAPHA BIN ISMAIL- KAWAN SUPT JAAFAR
- BEKAS PEGAWAI TENTERA
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT QUALITY GUARD SERVICES SDN BHD
- PROKSI LELAP

33. MOHD. NURZAWANI BIN ABU BAKAR          - ANAK SAUDARA SUPT JAAFAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT QUALITY GUARD SERVICES SDN BHD

34.- KAWAN SUPT JAAFAR
- BEKAS ANGGOTA POLIS
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT QUALITY GUARD SERVICES SDN BHD
- PROKSI LELAP

35.NURZAIHA BINTI IDRIS- PEKERJA DAN JIRAN SUPT JAAFAR
- PENGARAH & PEMEGANG SAHAM SYKT QUALITY GUARD SERVICES SDN BHD

36. SITI NOORHAZLIANA BINTI ABU BAKAR- ANAK SAUDARA SUPT JAAFAR
- PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYKT INLAND SECURITY SERVICES SDN BHD
- BEKERJA DI SYKT SUPT JAAFAR

Salah guna kuasa (Pegawai Polis)

Video : Hotel Helicopter Mewah Pertama Di Dunia


Hotel Terbang ini diberi nama 'The Hotelicopter',Merupakan Hotel Terbang Mewah Pertama di dunia.'The Hotelicopter ini dilengkapi dengan 18 Bilik Mewah Kedap Suara.Hotel Terbang ini dibina untuk Pencandu-Pencandu Adrenalin yang ingin kelainan dan berani mencuba sesuatu perkara yang baru. 

Hotel Helicopter ini dibina daripada Helicopter buatan Soviet,Helicopter Mil V-12,Syarikat Hotelicopter membeli salah satu Prototype Helicopter Mil Leontyevich Mikhail di Kilang Panki-Tomilino,Rusia.

'Hotelicopter' ini dilengkapi  dengan Bilik Mewah,Private entertainment System,Bilik Mandi yang dilengkapi Tab Mandian Air Panas,TV LCD dengan Digital Remote Control,Akses sambungan Internet,Mesin Pembuat Kopi,Mini Bar dan pelbagai Perkhidmatan Mewah yang lainnya.

Specifikasi:
Dimensions Length: 42 m (137 ft) 
Height: 28m (91 ft) 
Maximum Takeoff Weight: 105850 kg (232,870 lb) 
Maximum speed: 255 km/h (137 kt) (158 miles/h) 
Cruising speed: 237 km/h (127 kt) (147 miles/h) 
Original Mi Range: 515 km (320 mi) 
Our augmented Mi Range - 1,296 km (700 mi)
Sumber:LikeCool
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Berikut pula video mengenai Hotel Helicopter.
 
 
Video kedua mengenai Hotel helicopter.
 

Bank Negara Naik Premium Insurans Kenderaan


KUALA LUMPUR, 26 FEB: Bank Negara Malaysia akan menaikkan premium insurans kenderaan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai tahun depan. 

Penolong Gabenornya, Abu Hassan Alshari, berkata ia antara langkah yang akan dilaksanakan menerusi cadangan Rangka Kerja Baru Perlindungan Pemotoran dengan matlamat memudahkan pengguna kenderaan mendapatkan perlindungan serta meningkatkan kecekapan proses tuntutan insurans.

"Kadar kenaikan premium itu masih belum dimuktamadkan, bagaimanapun ia tidak akan membebankan pengguna selepas mengambil kira maklum balas dan input pelbagai pemegang kepentingan," katanya semalam. 

Hadir sama Pengarah Jabatan Kewangan Sektor Kewangannya, Abdul Rasheed Ghafur. 

Abu Hassan berkata, sebagai contoh, bagi perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif. 

Untuk perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan komprehensif. 

Abu Hassan berkata, pihaknya sudah pun mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pemegang kepentingan serta pandangan majlis ekonomi mengenai perkara berkenaan. 
-tvsnews-

Mari teka: Menteri Mana Terlibat Dengan Gay?

Mohd Sayuti Omar
SAYA tidak percaya dengan berita ini tetapi itulah yang saya dengar. Seorang menteri kabinet terlibat dengan kegiatan gay. Berita menggemparkan ini akan disiarkan dalam sebuah tabloid minggu depan.

Kita harap selepas akhbar berkenaan mendedahkan isu ini ia akan mendapat perhatian Najib Razak. Laporan ini kena siasat tidak boleh dibiarkan begitu saja. Kabinet Najib tampaknya begitu mengambil besar mengenai kebersihan batang tubuh para menterinya. Baguslah...

Seperti mana yang diberita tahu oleh pengarang akhbar berkenaan isu ini sebenarnya sudah lama. Ia sudah banyak ditulis oleh bloger Umno sendiri. Tetapi terus terang saya katakan saya tidak pernah menemuinya secara konkrit. Munkin pengarang akhbar berkenaan bekas orang Umno mengetahui hal itu. Maklumlah Umno dalam parti itu semua jenis manusia ada.

Cuma tidak lama dulu memang ada terdengar mengenai seorang menteri kabinet yang terlibat dengan gay. Katanya dia membeli sebuah kereta sport berharga lebih RM100 ribu untuk pasangannya seorang lelaki. Kalau tidak silap juga ada pihak yang cuba menafikan dakwaan berkenaan.

Dengan terdedahnya kisah menteri gay ini nanti pihak tertentu akan membuat siasatan, terutama Najib sendiri. Kalau Najib begitu conscions dengan kes liwat Anwar kenapa beliau tidak mengambil sikap sama terhadap jemaah menterinya itu. Bukan saja liwat pelru dibelasah gay juga perlu dihentam sama.

Kita tidak mahu kalau ada elemen-elemen gay dalam kabinet Najib. Hendaknya jangan berulang kisah yang sama. Sebelum ini pernah kecur kisah seorang menteri di zaman Abdullah dikatakan terlibat dengan kegiatan lesbian. Untuk maklumat penjenguk blog Merah Tinta kedua-dua menteri dan bekas menteri yang dikatan terperosok dalam kegiatan menjijikklan itu asalnya dari Selatan tanah air.  

Tujuh siswa iblis rogol rakan sekuliah

KANGAR: Dua penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, diburu polis manakala lima rakan mereka ditahan kerana disyaki merogol seorang penuntut perempuan yang juga rakan sekuliah dua daripada suspek, baru-baru ini.

Tujuh suspek berusia 19 tahun itu didakwa merogol mangsa berusia 19 tahun di sebuah rumah di Taman Seri Mawar, Arau dekat sini, 15 Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, dua siswa diburu itu dikenali sebagai Muhammad Naim Mohd Kamaruzzaman, 19, dan Ahmad Amirul Amin Rosley, 19, yang kini menghilangkan diri.

Menurutnya, dua suspek yang diburu itu bersama lima lagi rakan mereka disyaki merogol mangsa yang juga penuntut IPTA secara bergilir-gilir di rumah disewa seorang daripada suspek di Taman Seri Mawar.

“Kami sudah menahan lima suspek dari IPTA di sini dalam operasi khas dilancarkan selepas menerima aduan daripada penuntut perempuan berkenaan. Bagaimanapun, Muhamad Naim dan Ahmad Amirul melarikan diri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis di sini, semalam.

Beliau berkata, alamat terakhir Ahmad Amirul Amin ialah Jalan Raja Dewa Hilir, Kota Bharu, Kelantan manakala Muhammad Naim pula berasal dari Kampung Bonggol Kemian, Paloh Rawa, Machang, Kelantan.

“Mangsa dalam keadaan trauma akibat kejadian itu,” katanya sambil memaklumkan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Nashir meminta kedua-dua suspek menyerah diri dan orang ramai yang ada maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Arau, Asisten Superintendan Jamalulail Ibrahim di talian 012-520 3977 atau menghubungi balai polis berhampiran.

Polis turut mengedar gambar kedua-dua suspek untuk siaran media.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya turut memburu tiga lelaki bagi membantu siasatan kes mencuri dan menyeludup kenderaan ke negara jiran serta kes menyebabkan kecederaan parah.

Katanya, dua daripada tiga lelaki berkenaan ialah Mohd Saidi Man, 44, dari Kampung Tersusun Padang Besar dan rakannya, Mariswandy Mohamad, 32, dari Rancangan Perumahan Awam (RPA) Chuping, disyaki aktif menjalankan kegiatan mencuri dan melupuskan kenderaan ke negara jiran.

“Kedua-dua suspek disyaki sudah menyeludup beberapa kenderaan mewah jenis Toyota dan Honda ke negara jiran selepas mencurinya di sini. Seorang daripada suspek adalah anggota penguat kuasa sukarela di sini,” katanya.

Beliau berkata, turut diburu seorang lelaki, Lim Yew Thong, 47 dari Pekan Sayur, Padang Besar yang didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang awam di pekan itu, Januari lalu.
-hmetro-

Penoreh getah beratur panjang dalam kebun untuk khidmat seks Nina Monto

RAMPAS...Abd Majid (kanan) menunjukkan barang yang dirampas daripada wanita terbabit.
RAMPAS...Abd Majid (kanan) menunjukkan barang yang dirampas daripada wanita terbabit.
SEGAMAT: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.

Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu.

Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.

“Ketika serbuan, wanita itu melayan seorang pelanggan manakala lima lelaki membabitkan dua warga tempatan dan tiga warga asing berada di tepi pondok berkenaan dipercayai menunggu giliran.

“Kedua-dua lelaki tempatan terbabit yang berusia 42 dan 51 tahun serta semua warga asing yang berusia 22 hingga 40 ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati Nina Montok turut menghantar SMS secara rawak kepada beberapa penoreh getah di kebun berkenaan untuk mempromosi khidmat seksnya.

Abd Majid berkata, polis turut menemui tiga peket kondom yang belum digunakan di dalam beg tangan wanita itu, telefon bimbit dan selain wang RM394 dipercayai hasil kegiatan pelacuran.

“Pemeriksaan mendapati wanita itu masuk ke negara ini secara sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.
-hmetro-

Calon BN terus bergelut dengan isu sijil akademik

Calon BN bagi pilihan raya kecil Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad terus bergelut dengan isu berhubung sijil akademiknya.

Selepas selesai proses penamaan calon tadi, soalan mengenainya masih dilontarkan oleh pihak media kepadanya.

Beliau didakwa tidak lulus semasa belajar di Universiti Al-Azhar dan dituduh membeli ijazah dari universiti berkenaan.

Menurut laporan, Syed Ibrahim yang juga naib ketua Umno bahagian Kuala Krau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kuala Krau dan di Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Temerloh sebelum menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar pada 1989 hingga 1996.

Syed Ibrahim menepiskan isu tersebut dengan menyifatkannya sebagai satu 'serangan peribadi'.

Katanya, oleh kerana tiada isu besar yang di kawasan itu, maka isu itu ditimbulkan di Kerdau.

Sementara itu, calon PAS pula, Hassanuddin Salim berkata, beliau hari ini bangun pada jam 5 pagi dengan perasaan optimis.

Bagaimanapun, beliau masih mahu merahsiakan pendekatan dan strateginya.

"(Strategi saya) menawan hati semua orang," katanya ringkas sambil senyum lebar.

Ketika SPR mengumumkan mereka berdua sah bertanding, suasana di Dewan Tun Razak dan sekitarnya di Temerloh bingit dengan sorakan penyokong dan pemimpin kedua-dua parti.

BN melaungkan 1Malaysia manakala PAS pula rancak bertakbir. Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir sempat menyindir BN dengan mengangkat isyarat jari nombor dua, sebagai parodi kepada slogan 1Malaysia.

Antara pemimpin Pakatan yang hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Fuziah Salleh.

Di pihak BN pula, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Di luar dewan, kedua-dua penyokong yang dipisahkan kawat berduri kira-kira 40 meter.

Hasanudin diringi kira-kira 2,000 penyokong manakala Syed Ibrahim pula berarak bersama 1,000 orang.

Bagaimanapun, kelihatan di kawasan BN lebih berwarna-warni apabila penyokongnya membawa pelbagai kain rentang dan poster berbanding PAS yang rata-rata hanya membawa benderanya.

Tiada insiden tidak diingi berlaku.
-malaysiakini-

DAP usaha tambah undi Cina pada PAS

Harakahdaily
TEMERLOH, 26 Feb: DAP akan berusaha untuk memastikan undi pemilih Cina kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Kerdau dapat ditingkatkan.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, walaupun jumlah pengundi Cina di Dun Kerdau sekitar 450 orang atau 3.6 peratus, namun pertambahan walaupun satu undi adalah penting.
Katanya, DAP akan menerangkan kepada mereka mengenai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa sama ada kerajaan negeri dan Pusat dalam usaha untuk menambahkan sokongan kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada PRK Kerdau.

“Kami akan menerangkan kepada mereka keadaan negara dalam semua segi, politik, ekonomi bagi menambah undi kepada calon PAS kerana semua adalah penting,” katanya ketika ditemui semasa menunggu pengisytiharan calon yang akan bertanding pada PRK Kerdau di perkarangan Dewan Majlis Daerah Temerloh, di sini sebentar tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong menambah rakyat mesti didedahkan dengan penyelewengan kerajaan BN seperti penyalahgunaan wang rakyat, rasuah, nepotisme, pilih kasih dalam pembahagian projek dan tender kerajaan dan sebagainya.

“Kita akan menerangkan isu-isu berkenaan kepada mereka,” ujarnya.

Berdasarkan statistik Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Dun Kerdau mempunyai 8,721 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu 88.36 peratus atau 7,706 orang adalah pengundi Melayu, 455 pengundi Cina (3.6 peratus), India (3.4 peratus) dan 260 orang daripada lain-lain kaum (2.98 peratus).

Berada kira-kira 20 kilometer dari bandar Temerloh, Kerdau mempunyai penduduk yang rata-ratanya menjalankan kegiatan pertanian kelapa sawit dan getah di bawah program Felda dan Felcra selain usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Terdapat tiga tanah rancangan dalam Dun Kerdau iaitu Felda Jengka 22, 23 an 25, selain mempunyai beberapa penempatan Orang Asli.

Pertandingan 2 penjuru di Kerdau, Merlimau

Harakahdaily
TEMERLOH, 26 Feb: Pilihan raya kecil (PRK) Kerdau yang akan berlangsung pada 6 Mac ini menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS, Hassanuddin Salim dengan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Pengawaii Pengurus bagi PRK itu, Datuk Tarif Abd Rahman mengumumkan perkara itu jam 11.30 sebentar tadi.
Beliau berkata, pihaknya menerima satu bantahan daripada calon-calon yang bertanding sepanjang tempoh bantah dari jam 10 hingga 11 pagi ini.

Namun, katanya tiada calon yang ditolak pencalonannya dan calon-calon yang bertanding adalah antara Hassanuddin dengan Syed Ibrahim.

Di JASIN, Pegawai pengurus pilihan raya Roslan Eusoff mengumumkan pihaknya menerima tiga bantahan tetapi kedua-dua pencalonan diterima.

Beliau turut mengumumkan pertandingan dua penjuru antara calon BN, Roslan Ahmad dengan calon PAS, Yuhaizad Abdullah pada PRK Merlimau.

PRK Merlimau juga berlangsung pada 6 Mac ini.

Sepanjang perarakan dan menunggu masa pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada kedua-dua PRK itu, ianya berlangsung dalam suasana harmoni.

Perbicaraan Liwat: Dahulu Dan Sekarang

KULOP MIKO 
Perbicaraan mahkamah kes liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sedang lancar berlangsung sekarang. Setiap hari teman baca di internet lapurannya. Suratkhabar tak main dah. Teman tak sentuh pun suratkhabar sebab tak boleh harap langsung. Berat sebelah bebenor, bak kata orang Perak. 

Masa kes liwat DSAI yang pertama dulu, rajin juga teman pergi ke mahkamah. Memang susah nak dapat masuk ke bilik mahkamah. Kalau tak datang awal, jawabnya tak dapat masuklah sebab barisan orang yang menunggu nak masuk dah panjang dan ruang terhad. Ada kawan-kawan teman sanggup tidur di perkarangan mahkamah untuk masuk keesokan harinya. Jadi teman lebih kerap habiskan masa berlegar-legar di kawasan Masjid Jamek, tunggu DSAI masuk dan keluar bilik mahkamah sebab nak lambai dan jerit ‘Reformasi’ kat dia. Itulah sokongan moral namanya. Memang ramai orang masa itu. Boleh dikatakan setiap hari macam itu. Tujuannya tak lain dari nak beri sokongan moral kepada seorang insan yang pada pandangan kami sedang dizalimi.

Jadi teman hairan jugak baca semasa perbicaraan kes liwat 2 DSAI, tidak ramai orang yang hadir. Nampak gayanya tidak lagi seperti dulu. Lapuran portal berita pun sering menyatakan galeri awam tidak dipenuhi penuntun. Kenapa boleh jadi begitu? Orang tak mahu beri sokongan moral lagikah? Teman pun termenung: apa yang berbeza, apa yang sama antara liwat 1 dan liwat 2? 

Dahulu DSAI di dalam penjara, tidak dibenarkan ikat jamin bagi satu pertuduhan yang lazimnya diberi ikat jamin. Sebab itu, ketara sungguh kezaliman yang dilakukan ke atas DSAI. Dan siapakah kepala konspirasi zalim itu? Rata-rata dikatakan Mahathirlah dalangnya. Jadi teman pun selain dari nak beri sokongan moral kepada DSAI, ada insentif tambahan untuk berkumpul di luar mahkamah: untuk memberi isyarat biadap dan kurang sopan kepada Mahathir sebab ada khabar yang mengatakan lagi ramai orang berkumpul luar mahkamah, lagi Mahathir sakit hati. Haaa... biar dia sakit hati banyak-banyak! 

Sekarang DSAI tidak dalam penjara. Dia Ketua Pembangkang di Parlimen, bebas bergerak di mana-mana. Mungkin sebab itu ramai orang rasa tak perlu hadir atau berkumpul di mahkamah untuk beri sokongan moral. Lagipun, kalau orang ramai atau sedikit di mahkamah, jadi halkah kepada Najib? Rasa-rasanya dia tak ambil kisah pun orang berkumpul atau tidak untuk memberi sokongan moral kepada Anwar. 

Ini satu hal lagi. Dahulu, Mahathir dibenci ramai sebab dia dikata bapak konspirasi. Sekarang ni siapa bapak konspirasinya? Kes bermula semasa Abdullah Badawi masih PM. Diakah kepalanya? Sekarang dia bukan PM lagi, Najib yang PM. Bolehkah konspirasi dipass-pass seperti bolasepak daripada satu PM ke satu PM? Mungkinkah apa yang berlaku sekarang bukan konspirasi? Heeeeesh... tak tahulah teman. Yang nyata perasaan meluat orang ramai kepada Mahathir tidak ada pula kepada perdana menteri yang ada sekarang. Mungkin juga itu salah satu sebab tak ramai orang di mahkamah. 

Satu perkara lagi yang teman bingung dan hairan pasal kes liwat 2 ni: kenapalah Anwar biarkan jantan-jantan muda tinggi handsome ni berkeliaran di sekitarnya? Kalau dulu dah jadi mangsa fitnah hubungan intim dengan orang-orang sedemikian, bukankah lebih baik berwaspada dan elakkan dari orang macam itu menjadi pembantu pejabat lah, personal assistant lah, pembancuh kopi lah. Ini tidak. Dilantik orang macam si Saiful tu pula jadi staf pejabat. Bukan tu saja – dibawa pula ke hulu hilir luar negeri. Tak serik-serik kah Anwar ni? Haaa... tengok. Sekarang apa dah jadi? 

Satu lagi pasal perbicaraan sekarang ni yang buat teman tercengang: ada pula sesi soaljawab dengan saksi yang tertutup. ‘In camera’ bak kata orang putih. Maksudnya, tidak boleh dilapurkan oleh media atau dituntuni oleh orang awam. Haaa... sahlah ini satu konspirasi, teman pikirkan. Banyak perkara yang pihak pendakwa tak mahu orang ramai tahu dan mahu disorokkan. 

Alangkah terkejut beruknya teman bila dapat tahu yang minta sesi ‘in camera’ adalah ketua pihak pembelaan, Karpal Singh, the Tiger of Jelutong himself! Sungguh aneh dan mengecewakan. Apa pula yang hendak ditutup atau disorok oleh pihak pembelaan? Apatah lagi sesi yang tidak dibenarkan dilapur adalah soaljawab saksi utama pihak pendakwa iaitu Saiful sendiri. Kenapa Karpal bertindak sedemikian? Cukup lama teman dan ramai lagi tertunggu-tunggu untuk dia menyoal Saiful di hadapan mata dunia melalui soalan-soalannya untuk memburaikan rahsia busuk Saiful bahawa tuduhan dia terhadap Anwar adalah rekaan semata-mata. Itu semua tinggal fantasi.... sungguh malang. 

Dan juga menghampakan. Oleh sebab sesi ‘in camera’ itu, banyak fakta-fakta kes yang dibongkar berkenaan apa yang telah berlaku tidak diketahui umum. Teman baca keterangan dari doktor-doktor, pakar DNA dan kimia dan sebagainya dan tak tahu hujung pangkal jawapan yang mereka beri. OK lah, banyak benda teknikal yang mereka sentuh. Tapi tergaru-garu kepala jugak teman bila terbaca sampel DNA diambil dari dada Saiful. Haaa...kalau dah liwat macam mana boleh sampai DNA ke dada kawan tu pulak? Hairan... cukup hairan. 

Pernah teman bertanyakan seorang doktor kenalan teman: macam mana pula kes ini boleh dibawa ke peringkat pendakwaan sekiranya lapuran doktor dah mengatakan “tidak ada tanda konklusif penetrasi telah berlaku”? Bukankah itu bermakna liwat telah tidak berlaku? 

Jawab doktor itu: jangan terlalu gopoh membuat kesimpulan sedemikian. “Tidak ada tanda konklusif penetrasi telah berlaku” tidak bermakna “Ada tanda konklusif penetrasi tidak berlaku”. Terus beliau, “Sekiranya sebutir gelas tidak ada tanda jari, pakar yang memeriksa paling lebih akan lapurkan tidak ada tanda konklusif gelas telah disentuh. Adakah itu bermakna sah bahawa gelas tidak disentuh? Sudah tentu tidak sebab ia boleh disentuh dengan cara yang tidak meninggalkan tanda jari seperti memakai sarung tangan atau menggunakan pengepit dan lain-lain alat. Itu hanya boleh dimaklumkan oleh pakar sekiranya disoal dengan lebih lanjut dalam mahkamah, misalannya. Setakat lapuran awal, etika professional membenarkan dia menulis sesuatu yang tidak akan mempengaruhi siasatan, iaitu sesuatu yang neutral seperti “tidak ada tanda konklusif gelas telah disentuh”. 

Oh begitu, jawab teman. Tawar hati teman nak pergi ke mahkamah sekarang. 

KULOP MIKO

Presiden PAS gesa Najib bertaubat

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 26 Feb: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera bertaubat ekoran melabel Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi sebagai pengganas.

Presiden PAS itu dalam satu kenyataan berkata, beliau berasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan Najib terhadap gerakan Islam antarabangsa itu.

"Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Najib sewaktu berucap pada satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu.

Tambahnya, tuduhan yang dibuat Najib itu juga merupakan satu fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan barat yang memekakkan telinga kepada kebenaran.

Beliau menegaskan, tindakan mengambil sikap dan pandangan setiausaha negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu
sendiri.

Ikhwan katanya, ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan perjuangannya secara
jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga ke hari ini.

Mereka menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan
pemimpinnya dizalimi.

Manakala Al Qardhawi pula adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan.

"Dia berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang mengikut ajaran Islam yang sebenar," katanya.

Malah Malaysia sendiri katanya pernah memberikan Anugerah Maal Hijrah kepada beliau.

"Saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu," cabarnya.

11.55am Lintas Langsung penamaan calon PRK N27 Merlimau, N28 Kerdau - Harakahdaily


Harakahdaily
Sekitar proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil dun Merlimau, Melaka dan dun Kerdau, Pahang.
 11.45 am: MERLIMAU - Yuhaizad dalam sidang media selepas selesai pengumuman oleh SPR berkata, beliau bersedia untuk berkhidmat untuk rakyat dan yakin dapat memenangi Dun berkenaan.

"Saya tak janjikan apa-apa sebab saya bukan kerajaan tapi saya bersedia untuk menyumbang dan bagi PAS, rakyat sentiasa di hati kami," katanya
.


11.38 am: MERLIMAU -Pegawai pengurus pilihan raya Roslan Yusuf mengumumkan menerima dua borang pencalonan masing-masing dari PAS dan BN.

Terdapat tiga bantahan terhadap borang pencalonan BN namun semuanya ditolak.

Oleh itu SPR mengumumkan satu lawan satu di Merlimau. PAS diwakili Yuhaizad Abdullah manakala BN diwakili Roslan Ahmad.
11.00 am: MERLIMAU - Pegawai pengurus pilihan raya Roslan Yusuf mengumumkan tempoh bantahan bagi borang pencalonan tamat.

10.42 am: MERLIMAU Penyokong PAS dan Pakatan Rakyat masih setia berkumpul di hadapan sekatan polis di luar bangunan pusat penamaan calon sambil berselawat dan bertakbir.

Manakala penyokong Umno Barisan Nasional pula semakin berkurangan kerana ada yang telah beransur meninggalkan kawasan berkumpul menjadikan mereka sekitar lebih 100 orang sahaja.

10.30 am: MERLIMAU Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, PAS bertanding di Dun Merlimau untuk menang meskipun mengakui kawasan berkenaan kubu kuat Umno BN.

"Di Merlimau kita akui persaingan sangat sengit tapi tak patahkan semangat PAS untuk bertanding," katanya.

Beliau berkata, PAS meletakkan Yuhaizad sebagai calon kerana yakin dengan pengaruhnya terhadap masyarakat setempat memandangkan beliau seorang anak tempatan.
10.10 am: MERLIMAU - Borang pencalonan dipaparkan oleh SPR di papan kenyataan. Borang pencalonan pertama dari calon PAS, Yuhaizad Abdullah.

10.00 am: KERDAU - Pegawai pengurus pilihan raya, Datuk Tarif Abdul Rahman mengumumkan tempoh penyerahan borang tamat dan masa bantahan dibuka sehingga jam 11 pagi.

9.15 am: MERLIMAU - Di luar Politeknik Merlimau, ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat tidak berganjak.

Mereka berkumpul di hadapan sekatan polis sambil berselawat, bertakbir, melaungkan slogan 'Hidup Islam, Hancur kezaliman' berselang seli.

9.15 am:
 MERLIMAU - Lebih kurang 2 ribu penyokong PR menyertai perarakan.

9.06 am: KERDAU Calon PAS, Hassanuddin Salim menyerahkan borang pencalonan.

9.00 am:
 MERLIMAU Pegawai pengurus pilihan raya Dun Merlimau mengumumkan masa untuk menyerahkan borang pencalonan dibuka.

8.49 am: MERLIMAU Perarakan calon telah tiba di pusat penamaan calon.

Turut mengiringi calon adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan isteri calon.

8.35 am:
 MERLIMAU Calon PAS, Yuhaizad Abdullah tiba di tempat berhimpun dan perarakan bermula. Calon PAS diapit Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Perarakan diiringi laungan selawat dan keadaan terkawal.

8.30 am: 
KERDAU - Tiba di pintu masuk tempat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh.

8.25 am: MERLIMAU Bob Lokman turut menyertai perarakan hari ini.

8.13 am: MERLIMAU Pimpinan PR dan calon PAS serta penyokong sudah mula berkumpul di Padang Sime Darby Merlimau Utara sebelum memulakan perarakan.

Antara pimpinan PR yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Pengarah Pilihan Raya Kecil Dun Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mat Akin.
7.57 am: MERLIMAU - Pihak polis semakin memperketatkan sekatan jalan di persekitaran jalan Masjid Asy-Syuja'ah, tempat laluan utama perarakan calon ke pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau.
7.34 am: MERLIMAU - Suasana di persekitaran Masjid Asy-Syuja'ah, tempat laluan perarakan calon mula sibuk.