"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Manafaat Membaca Ayat Kursi Menjelang Tidur

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.

Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"

Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahwa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahwa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.

"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."

Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu saja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahwa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.

Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.

"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.

"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.

Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"

"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.

"Itulah syaitan."

Petikan : link

Ni nak bagi tau kat penyokong2 dan Mufti umno: Dulu Umno/BN RM10 juta bina 1 masjid tapi sekarang PR dapat 2 masjid

KUALA SELANGOR 3 MEI: Amalan tender terbuka dalam setiap projek pembangunan membolehkan Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai projek pembangunan pada harga lebih menjimatkan bagi projek mempunyai spesifikasi projek sama.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini termasuk kos projek membina masjid dengan Kerajaan Negeri ketika ini mampu membina dua buah masjid pada kos RM10 juta berbanding sebelum ini hanya sebuah masjid.

“Projek ini diadakan tender terbuka dan dimenangi oleh syarikat yang memberikan harga terendah. Kita tidak memilih orang yang kita kenal tetapi kita memilih orang yang boleh memberikan harga yang rendah dengan kos sebanyak RM5,399,729.57 bagi projek Masjid Darul Ibadah ini.

“Jadi, sebab itu saya jaga setiap sen duit rakyat, tetapi ada orang marah pula,” kata Abul Khalid selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Siap Masjid Darul Ibadah di Kampung Harmoni, Simpang Tiga Ijok di sini, semalam.

Ketika menyentuh pembinaan Masjid Darul Ibadah, Abdul Khalid berkata masjid yang mampu menampung 1,500 jemaah pada satu masa itu berjaya disiapkan dengan mengikut jadual bagi menggantikan masjid lama yang agak uzur.

Projek itu diluluskan Kerajaan Negeri pada 2012 dan dibina oleh syarikat pembinaan Santun Tegas Sdn Bhd dengan pengawasan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor.

Abdul Khalid turut berharap agar penduduk Kampung Harmoni dan kampung berhampiran dapat mengimarahkan Masjid Darul Ibadah itu.

“Berhubung dengan bangunan Masjid yang didirikan, Nabi Muhammad S.A.W lantas memberikan pencerahan terhadap firman Allah S.W.T dalam Surah At-Taubah, ayat 107 dan 108 itu supaya umat Islam mendirikan solat di Masjid yang dibina kerana takwa kepada Allah bukan kerana masjid dibina itu untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah.

“Sabda Nabi Muhammad S.A.W , riwayat Muslim; sesiapa yang mendirikan masjid kerana Allah, nescaya Allah binakan untuknya rumah di syurga,” kata Abdul Khalid lagi.

Rahsia di sebalik kunjungan Muhyiddin ke atas Tokguru - MSO


Mohd Sayuti Omar
MEMAHAMI PERISTIWA

Najib Razak berhak untuk merasa curiga dengan kedatangan tidak diundang Muhyiddin Yassin ke Pulau Melaka untuk bertemu Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat minggu lepas. Sekiranya pemergian Muhyiddin itu diluar pengetahuan Najib, wajar sekali untuk Najib memanggil Muhyiddin dan bertanya apakah maksud dan tujuan pertemuan itu. Kerana pertemuan berserampang dua mata itu sedikit sebanyak seakan membelakangi Najib. Walaupun ia dalam terang tetapi maksudnya seakan terselindung kepada Najib.
Senyum termewek Muhyiddin bila dapat jumpa Tokguru.
Pencemaran kaki pertama kali Muhyiddin ke Pulau Melaka sejak timbalan perdana menteri itu dilahirkan di dunia agak memelikkan. Apa lagi sebelum ini Muhyiddin dilihat pemimpin Umno lebih sadis mengkritik Nik Aziz berbanding dengan Najib.

Najib tidak pernah sampai membuat tuduhan Nik Aziz sebagai orang yang menyesatkan Pas dengan fatwa-fatwa sonsangnya. Tetapi Muhyiddin di zaman marahnya ada mengeluarkan kata-kata demikian; Pas sesat kerana fatwa Nik Aziz.

Sewaktu Nik Aziz terlantar sakit di hospital, Najib sudi melawat Tokguru, sebaliknya bayangan Muhyiddin langsung tidak kelihatan. Apakah matlamat sebenar Muhyiddin di sebalik kunjungan secara tiba-tiba itu?

Kalau pun boleh dianggap istimnewa apa yang Najib perolehi dari melawat Tokguru sakit, ialah gambar beliau sedang ziarah Tokguru di katil hospital kemudian gambar itu dijadikan modal politik pada setiap kali pilihan raya kecil. Ertinya kunjungan Najib semasa Tokguru sakit adalah untuk dijadikan modal politik bagi menunjukkan dia seorang yang baik dan penuh simpati.

Apakah Muhyiddin juga mahu bergambar dengan Tokguru atas pengertian sama bagi dijadikan kenangan kemudian dapat dijadikan modal politik? Atau beliau akan gah menceritakan kepada orang lain bahawa beliau boleh mendekati Nik Aziz yang bagi Umno seorang tokguru seekor singa yang keras dan pongah. Jadi Muhyiddin ingin bermegah dengan kunjungan itu kerana ia dapat menjinakkan sang singa bengkeng? Berita Harian yang dikenali dengan akhbar kroni Muhyiddin memberi laporan luas tentang kunjungan itu. Biasanya apabila sesuatu isu dimainkan dalam media demikian rupa adalah matlamat dan tujuan yang terselit di sebaliknya.

Apabila tiba-tiba Muhyiddin terbuka hati untuk mengunjungi Tokguru walaupun tanpa diundang(?) ia boleh dipersoalkan. Bahawa kedatangan Muhyiddin itu mungkin ada sebab-sebab dan tujuan tertentu. Kalau tidak ada sebab-sebab tertentu tidak mudah untuk Muhyiddin memohon 'maaf' kepada Tokguru. Jadi kunjungan itu bolehlah dianggap sebagai suatu apolegitk bagi Muhyiddin.

Muhyiddin mengunjungi bekas MB Kelantan itu selepas beliau mencadangkan agar diadakan jawatankuasa teknikal mengenai perlaksanaan hukum hudud. Kedatangan Muhyiddin itu dengan membawa semangat menyokong hukum hudud tentulah mengembirakan orang yang sudah sekian lama inginkan hukum Allah itu dilaksanakan. Lagi pun dalam Islam menganjurkan agar tetamu dan musafir diberi layanan yang baik. Dan Tokguru Nik Aziz sangat menitik beratkan hal ini.

Bagi saya, kalau kunjungan itu bermotifkan politik, ia sedikit pun tidak akan menjejaskan pendirian dan prinsip Tokguru. Kalau ada rasa bimbang Tokguru terpedaya dengan terjahan politik Muhyiddin ia adalah ilusi yang jahat. Anti bodi politik Tokguru begitu kuat dan sudah teruji sejak berdekad lalu. Dalam melayani Umno Tokguru bersifat macam jinak-jinak merpati, yang boleh didekati tetapi tidak boleh dijamah.

Bagi saya penerimaan Tokguru itu tidak perlu dibimbang langsung kerana Tokguru tahu dan arif mana bayangan dalam cermin dan mana bayangan dalam air yang jernih. Beliau masih waras dan dapat menilai perbezaan di antara tebu dengan teberau, ikan keli dengan limbat dan ayam dengan itik.

Persoalan kenapa Muhyiddin datang. Bukahkah dia tahu pendirian dan sikap Tokguru? Dan dia juga tahu bahawa hudud itu bukan sesuatu yang menjadi agenda Umno. Malahan Najib sendiri sudah menegaskan bahawa "no hudud in Malaysia," dan semasa berucap di satu himpunan dihadiri para ustaz dan lebai di Alor Star, Najib berkata, dia tidak menolak hudud, tetapi masa untuk melaksanakannya masih belum sampai.

Apakah Muhyiddin tidak dapat membaca mesej Najib itu? Bukahkah penjelasan Najib itu menjawab hiru pikuk mengenai cadangan kerajaan Pas hendak membawa RUU persendirian (private bill) ke parlimen untuk memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Umno juga akan berdepan dengan MCA dan Gerakan yang menentangnya sekiranya Najib menyokong hukum. MCA dan Gerakan juga sudah memberi kata dua kepada Najib kalau RUU itu diterima, kedua parti itu akan mengkaji balik kedudukan dalam BN. Najib dan Umno akan menerima padah besar. Justeru kehadiran Muhyiddin itu bukan sangat untuk menyokong hudud, tetapi ada maksud lain di sebaliknya. Dia tahu Najib tidak akan tukar di antara hudud dengan sokongan politik bukan Islam.

Bagaimana pun kunjungi Muhyiddin yang lengkap dengan berkopiah putih itu sambil mencadangkan supaya ditubuhkan jawatankuasa teknikal, disanjungi oleh sesetengah orang dalam Pas. Orang Pas yang mengira dengan terlaksananya hudud semua masalah akan selesai, menyambut kedatangan Muhyiddin itu bagaikan dewa. Dan sebagai tetamu Muhyiddin hari itu dijamu dengan kueh jala, akak di rumah Tokguru.

Muhyiddin sudah tentu disanjung oleh mereka yang mahu melihat hudud tertegak dengan cara berkongsi dengan Umno. Pihak yang membawa Muhyiddin ke Pulau Melaka, percaya Muhyiddin ikhlas dengan hudud. Muhyiddin telah mendapat untung politik untuk dirinya. Muhyiddin sangat mengharapkan itu kerana dalam masa sama beliau mahu memberi tekanan psiologi kepada Najib. Dalam era pertarungan Muhyiddin teringin sangat dirinya dilihat lebih Islamik dari Najib. Imej itulah yang hendak diguna pakai bagi menekan Najib.

Tidak boleh ditolak pemergian Muhyiddin ke rumah Tokguru itu mungkin atas cadangan Dr Mahathir Mohamad. Umum tahu di dalam Umno sendiri apa yang sedang Mahathir rancang dan gerakan bersama Muhyiddin iaitu untuk menumbangkan Najib.

Kerana memahami situasi itu kedatangan Muhyiddin ke Pulau Melaka itu kononnya atas inisitiaf Muhyiddin perlu dipertikaikan. Ia adalah kedatangan yang diatur dan dirancang demikian rupa. Sudah tentu sudah ada persiapan dan jadual rapi untuk tujuan itu. Kalau mengikut Tokguru Nik Aziz yang mengatur kedatangan Muhyiddin itu adalah anaknya Nik Abduh sendiri.

Ini tidak menghairankan kerana apabila dipadan dengan sebuah cerita dari Kuala Lumpur, ada sekumpulan orang Pas berjumpa dengan Muhyiddin lebih dari empat kali. Apakah perjumpaan itu sebahagian daripada rancangan untuk membawa Muhyiddin ke Pulau Melaka. Dan lebih tidak seronok lagi, terdengar pula khabar ada kata-kata sekiranya projek hudud itu sukses dua orang ahli parlimen dari Kelantan akan diberi sagu hati besar?

Cerita-cerita yang belum terdedah dan sampai ke telinga saya, kunjungan Muhyiddin itu bukan disengajakan. Ia adalah satu penjadualan yang lengkap yang diatur dari Kuala Lumpur.

Persoalannya kini bagi rakyat jelata sejauh manakah kunjungan Muhyiddin itu berjaya? Apa jadi sekiranya Najib memberi pandangan lain bertentangan dengan apa yang Muhyiddin sebutkan kepada Tokguru dalam pertemuan empat biji mata itu? Najib boleh mengubah kata-kata Muhyiddin kepada Tokguru dan janjinya kepada pihak lain kerana Najib masih berkuasa dan dia adalah perdana menteri.

Sekiranya Najib menyedari ini dan tidak tahu bahawa Muhyiddin sedang memasang jarum untuk melalaikan menerusi Pas (hudud) atas nasihat Mahathir sendiri, maka satu keadaan kucar kacir akan berlaku. Tunggulah. [wm.kl.11:50 am 03/05/14]

Ni lagi sekor mufti yang cuba mengelirukan orang Islam mengenai GST dan Perhimpunan Bantah GST

KUALA LUMPUR: Kenyataan dan kaedah menilai hukum oleh Mufti Kerajaan Pahang mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sangat mengelirukan dan tersasar daripada kaedah pengeluaran hukum.

“Penetapan sesuatu hukum percukaian dalam Islam tidak hanya melihat kepada bagaimana hasil cukai dibelanjakan tetapi juga kepada bagaimana kaedah cukai itu diperolehi,” ujar Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kepada Harakahdaily.

Beliau menyatakan demikian merujuk kepada pandangan Mufti Kerajaan Pahang sebagaimana dilaporkan Berita Harian Sabtu hari ini di halaman 10 berhubung isu GST dan hukum demonstrasi menurut Islam.

Kenyataan penuh beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus sebagaimana di bawah.

Pandangan Sahibus Samahah Dato' Mufti Kerajaan Pahang sebagaimana dilaporkan oleh Berita Harian Sabtu 3 Mei di halaman 10 berhubung isu GST dan hukum demonstrasi menurut Islam sangat mengelirukan.

KAEDAH KUTIPAN CUKAI GST SELARAS DENGAN ISLAM?

Sahibus Samahah dipetik berkata bahawa "apa sahaja bentuk kutipan cukai, tidak menyalahi hukum selagi hasil diperolehi disalurkan kepada golongan yang layak untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan dan pembangunan ekonomi."

ULASAN:

1. Kenyataan dan kaedah menilai hukum oleh Sahibus Samahah Mufti ini sangat mengelirukan dan tersasar daripada kaedah pengeluaran hukum. Penetapan sesuatu hukum percukaian dalam Islam tidak hanya melihat kepada bagaimana hasil cukai dibelanjakan tetapi juga kepada bagaimana kaedah cukai itu diperolehi.

2. Kaedah umum yang ditetapkan oleh Islam ialah hasil dan cara perbelanjaan akan dipersoal di hari Qiamat. Dalilnya ialah Sabda Nabi SAW:
لا تزال قدما عبد يوم القيامة حتى يسأل عن أربع عن ماله من أين اكتسبه وفيما أنفقه
Maksudnya: Tidak berganjak dua kaki anak Adam pada hari Qiamat sehinggalah dia disoal tentang 4 perkara....(antaranya) tentang hartanya DARI MANAKAH DIPEROLEHI dan PADA APAKAH DIBELANJAKAN."

3. Jelas daripada hadis di atas bagaimana sesuatu hasil pendapatan termasuk pendapatan negara diperolehi mesti dipersoalkan adakah menepati Syarak atau pun tidak. Sekiranya ia menyalahi Syarak maka ianya adalah haram meskipun dibelanjakan untuk maslahat umat.

4. Isunya ialah adakah kaedah kutipan cukai GST bertepatan dengan Islam?

5. Saya berhujah bahawa kaedah kutipan cukai GST adalah bercanggah dengan Islam dari dua sudut iaitu;

Pertama:

A. Kaedah cukai yang dibenarkan dalam Islam ialah dikenakan kepada golongan berkemampuan yang mempunyai lebihan pendapatan untuk akhirnya digunakan untuk maslahah golongan tidak berkemampuan.
خذ من أغنيائهم وتعطى فقراءهم

B. Cukai GST tidak dikenakan berasaskan pendapatan rakyat tetapi dikenakan berasaskan perbelanjaan rakyat.
Ini bercanggah dengan konsep percukaian Islam. Cukai yang dibenarkan oleh Islam mestilah diambil berasaskan pendapatan dan bukan perbelanjaan.

C. Ini kerana cukai yang diambil berasaskan perbelanjaaan tidak akan membezakan tahap kemampuan kewangan pembayar cukai. Ini menjadikan golongan yang tidak berkemampuan juga dikenakan cukai atas perbelanjaan mereka.

D. Sementelah lagi Islam meletakkan antara syarat-syarat bagi membolehkan cukai dikenakan kepada rakyat yang berkemampuan ialah tidak berlaku sebarang ketirisan dan pembaziran dalam perbelanjaan wang negara yang membawa kerajaan kepada krisis kewangan.

HIMPUNAN BANTAH GST HARAM?

Sahibus Samahah Dato' Mufti dilaporkan berkata: "kalau lihat dari segi syarak, tindakan membantah kerajaan adalah seperti berpaling tadah dan haram. Saya tengok lebih daripada 100 hadis menceritakan bahawa haram menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi"

ULASAN

1. Kenyatan Sahibus Samahah ini sangat mengelirukan. Saya teruja untuk melihat 100 hadis yang dikatakan menceritakan bahawa haram menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi sekiranya ada.

2. Saya bimbang Sahibus Samahah terkeliru memahami hadis-hadis yang tidak membenarkan rakyat menentang pemerintah menggunakan senjata atau disebut dalam kitab Fiqh sebagai "bughah" tetapi sebaliknya menegaskan kewajipan rakyat mengengkari dengan hati dan lidah.

3. Antaranya Nabi saw bersabda dalam Hadis Sahih Muslim:

ستكونُ أمراءُ . فتعرفونَِ وتُنْكرونَ . فمن عَرِف بَرِئ . ومن نَكِرَ سَلِمَ . ولكن من رَضِي وتابعَ قالوا : أفلا نقاتلهُم ؟ قال : لا . ما صلوا
Maksudnya: "nanti akan ada pemerintah-pemerintah. Kamu suruh mereka melakukan makruf dan kamu bantah kemungkaran mereka. Maka sesiapa yang membenci (dengan hati) dia terlepas (dari dosa). Sesiapa yang membantah (dengan lidah) dia selamat (dari dosa). Tetapi sesiapa yang redha dan menurut (dia tidak terlepas dan selamat)."

Para Sahabat pun bertanya: "apakah tidak boleh kami memerangi mereka?

Tegas baginda: "Tidak boleh selagimana mereka solat."

4. Hadis di atas sangat jelas menunjukkan 2 hukum:

A. Pemerintah yang melakukan kemungkaran perlu ditegur dan dibantah. Mereka yang membantah dengan hatinya terlepas dari dosa. Mereka yang membantah dengan lidahnya terselamat dari dosa.

B. Memerangi pemerintah yang melakukan kemungkaran dengan senjata tidak dibolehkan selagi mana mereka solat dan menegakkan ibadah solat dalam masyarakat Islam sebagaimana sabit dalam satu riwayat hadis yang lain

5. Maka hadis di atas menjadi dalil keharusan dan tanggungjawab membantah pemerintah menggunakan lidah apabila berlaku kemungkaran. Sekiranya tidak mampu dengan lidah perlu dibantah sekurang-kurangnya dengan hati. Himpunan Bantah GST adalah himpunan bantahan dengan lidah bukannya dengan senjata. Maka hukumnya adalah diharuskan bahkan disunatkan. Namun, membantah dengan hati tetap menjadi kewajipan.

6. Salah seorang Tabi'i besar iaitu Abu Muslim al-Khaulani rahimahullah pernah membantah secara berdepan di khalayak ramai tindakan Khalifah Mu'awiyah radiayallahu anhu (r.a) sahabat Nabi yang menjadi pemerintah negara Islam, membekukan agihan wang negara yang sepatutnya kepada rakyat. Tindakannya tidak dianggap sebagai penderhakaan terhadap Mu'awiyah r.a. selaku pemerintah negara umat Islam malah Mu'awiyah r.a. memperakui teguran terbuka Abu Muslim lalu menarik kembali polisi pembekuan agihan itu.

7. Sementelah pula Himpunan GST adalah himpunan yang berlangsung secara aman yang dibenarkan menurut lunas undang-undang negara sebagai satu mekanisma rakyat menyampaikan pandangan dan bantahan terhadap dasar-dasar kerajaan.

8. Saya secara peribadi dengan rendah dirinya bersedia jika berpeluang untuk berbincang secara akademik dan ukhuwwah bersama Sahibus Samahah Dato' Mufti yang saya hormati keilmuannya dan jasanya kepada umat Islam di Pahang bagi merungkaikan dua isu ini bagi kebaikan umat Islam.

Ini bukti peserta Himpunan Bantah GST adalah bughah (Gambar)

Peserta Himpunan Bantah GST Bahwa Pistol..!!

Heboh di alam siber mengenai rakaman gambar seorang "peserta" Himpunan Aman Bantah GST semalam bawa pistol.

Pakai baju T merah bantah GST tetapi ada pistol dipinggangnya ... apakah ini nanti akan dijadikan bahan bukti oleh pihak tertentu untuk mengeluarkan fatwa "BUGHAH"?????

Yang pasti ini bukan peserta himpunan bantah GST tetapi petugas menjaga keselamatan dan ketentraman awam semasa Himpunan Aman GST di adakan. -omakkau

Bolehkah pramugari MAS melakukan seperti yang dilakukan pramugari Garuda Indonesia Airlines ini (Gambar)

"Don't judge a book by its cover"
Jurufoto kelahiran Malaysia, Eddie Putera berkongsi 3 keping gambar menarik melalui Facebooknya yang menunjukkan tingkah laku seorang pramugari yang amat jarang sekali dilihat dalam sebuah pesawat yang dinaiki olehnya.

Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur menaiki kapal terbang Garuda Indonesia Airlines, Eddie menceritakan pengalamannya memerhatikan seorang pramugari yang mengerjakan sembahyang ketika berada di udara.

Dalam caption gambar yang dikongsikan oleh Eddie itu, dia berseloroh yang mana dia sengaja mengambil tempat duduk paling belakang kerana percentage untuk memikat pramugari di tempat itu adalah tinggi.

Namun, sebaliknya yang berlaku.
Kredit Gambar: Facebook Eddie Putera

“Fokus Kita Hanyalah Kepada ALLAH” – Titah Sultan Brunei

Memang bergetar hati apabila mendengar ucapan Sultan Brunei di majlis perasmian perlaksanaan fasa pertama Perintah Hukuman Kanun Jenayah Syariah 2013 yang diadakan pada 30 April 2014.

Betapa keazaman kerajaan Brunei Darus Salam untuk melaksanakan hukum ALLAH begitu jelas terpancar dari ucapan Baginda Sultan Brunei. Berikut sebahagian petikan ucapan tersebut:

“Ingat, fokus kita hanyalah kepada ALLAH jua!

Untuk mencari redhaNYA semata-mata. Bukannya melihat ke kiri atau ke kanan untuk mencari-cari siapa yang suka dan siapa yang tak suka.

Kita tidak pernah melihat orang orang lain dengan kaca mata yang buruk kerana itu adalah hak dan pilihan mereka. Kita juga tidak mengharapkan mereka menerima atau mempersetujui kita. Tapi memadailah jika mereka menghormati kita sahaja sebagaimana kita juga menghormati mereka.

Adapun andaian2 dan pelbagai teori adalah perkara lumrah yang tidak pernah berkesudahan. Kita tidak boleh berpegang kepada teori yang statusnya tidak lebih dari teori, berbanding dengan apa yang kita pilih ialah tuntutan ALLAH.

Sesungguhnya tuntutan ALLAH itu bukanlah ia teori, tetapi ia hukum wajib yang tidak ada keraguan padanya. Kalau teori mengatakan undang-undang ALLAH kejam dan tidak adil, ALLAH sendiri telah menegaskan undang-undangnya itu adil.

Maka di manakah harga teori itu di sini berhadapan dengan wahyu ALLAH?

Dengan ikhlas kita tegaskan bahawa keputusan untuk melaksanakan Perintah Hukuman Kanun Jenayah Syariah 2013 ini bukanlah untuk suka-suka. Tetapi adalah atas dasar mematuhi perintah ALLAH sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran dan As-Hadith.”

- sebahagian petikan ucapan Sultan Brunei pada 30/4/2014 dalam majlis perasmian melaksanakan fasa pertama Perintah Hukuman Kanun Jenayah Syariah 2013.
Baginda Sultan juga ada memetik terjemahan ayat ALLAH dari surah Muhammad, ayat ke-7 bagi mengingatkan kita semua akan kebaikan kita menegakkan hukum ALLAH. Firman ALLAH `Azza wa Jalla:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

(Surah Muhammad, 47:7)
Ucapan penuh Baginda Sultan boleh diikuti melalui video ini: 

Semoga kita semua terutama para pemimpin negara kita dapat menghayati ucapan tersebut seterusnya mencontohi negara jiran kita iaitu Brunei Darussalam.

ALLAHU AKBAR!

——
Baca juga laporan sebelum ini:

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan Di Jari Manis

Selatanonline
Satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar).


Permainan dimulai. 5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....

1.cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3.sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.selanjutnya,tutup jari kelingking  anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.

*kalau masih belum paham,cuba baca ayat diatas sekali lagi.

Yakinlah Pakatan Rakyat tidak berpecah

Subky Latif
Gara-gara isu hudud meledak semula seperti yang berlaku awal 1990-an, hampir hendak hancur Pakatan Rakyat oleh bahangnya.

PAS berhajat benar hendak melaksanakannya di Kelantan. Apa jadi pun rang undang-undang persendirian bakal dibentangkan di Parlimen tahun ini juga.

PKR tidak tertarik dengan perkembangan itu. DAP seperti yang diwasiatkan oleh mendiang Karpal Singh tidak akan menyokong usul itu.
PAS mahu juga ia dibentangkan. Maka DAP melalui Setiausaha Organisasinya, Antony Loke cabar PAS keluar PR. PAS tidak mahu keluar PR tetapi hudud hendak dilaksanakan juga di Kelantan.

Macam PR hendak berpecah gara-garanya. Siapa yang seronok? Tentulah Umno dan Barisan Nasional melihat kerabat PR beramok sama sendiri. Seronokkah Umno bila PR macam hendak berpecah.

Seronoknya cuma beberapa hari saja kerana PAS tidak akan keluar Pakatan dan DAP serta PKR tidak akan membiarkan PAS keluar kerana isu itu. Mereka berkelahi saja tetapi tidak pecahkan bahtera yang mereka bina.

Berkelahi tidak elok, tetapi mungkin ada elok juga berkelahi sekali sekala supaya masing-masing lebih kenal budi dan hati antara satu sama lain. Atas perkelahian itulah mereka akan membangunkan muafakat yang lebih kuat.

Awal 1990-an ketika Pilihan Raya Kecil Bukit Payong, Terengganu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cabar PAS supaya laksanakan hudud di Kelantan setelah Angkatan Perpaduan Ummah menang semua kerusi di Kelantan.

Mungkin cabaran Dr Mahathir hendak menjauhkan bukan Melayu daripada PAS kerana politik Tengku Razaleigh Hamzah melalui Parti S46 boleh jadi jambatan yang boleh mendekatkan PAS dan DAP jika dibiarkan.

PAS sahut cabaran itu lalu meluluskan Enakmen Jenayah Syariah 2 di Kelantan. Bila hendak dilaksana, Dr Mahathir hantar surat kepada kerajaan Kelantan, kalau laksana dia akan bertindak. Mungkin Dr Mahathir menyesal mencabarnya dulu kerana puak pro hudud ini tidak boleh dicabar.

PAS tawakuf pelaksanaan itu. Tetapi hudud itu tidak menghalang DAP bermuafakat dengan PAS melalui Barisan Alternatif. Mereka berpecah sekejap. Tetapi atas perpecahan sekejap itu mereka bangkit dengan perantaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menegakkan Pakatan Rakyat.

Apabila Brunei Darussalam mengumumkan mendaulatkan syariat setahun sebelum Malaysia menguatkuasakan Cukai Barangan dan Perkhidmata (GST), Kelantan tidak mahu ketinggalan dengan hududnya. Umno pula cabar PAS bawa ia ke Parlimen nescaya ia akan mereka sokong. PAS pun terima positif atas cabaran itu.

Puak yang tidak boleh dicabar tentang hudud ini lemparkan cadangan untuk bentangkan ia ke Parlimen.

DAP melenting tetapi buat masa ini DAP bukan musuh PAS dan PAS bukan musuh DAP. Mereka berbalah tetapi mereka tidak berecah.

Sama ada Umno/BN sokong usul PAS itu di Parlimen, Umno adalah musuh yang kekal setakat ini buat semua kerabat Pakatan Rakyat. Umno boleh sokong hudud tetapi Umno tetap musuh PAS. DAP dan PAS mungkin berkelahi sekejap tetapi musuh kedua-duanya ialah Umno.

Baguslah kalau Umno sudah dapat hidayah tentang hudud. Hidayah itu masih teka teki. DAP masih takutkan hudud. PKR tunggu dan lihat.

Takut DAP tentang hudud itu seperti ia takutkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Seolah-olah DEB itu untuk Melayu saja. Tetapi yang banyak untung atas DEB ialah bukan Melayu. Majoriti Melayu dapat kuah. Beberapa kerat Umno dan bukan Melayu dapat isi DEB.

Hudud itu akan menguntungkan bukan Melayu seperti bukan Melayu mengaut keuntungan DEB. Baiknya hudud nanti ia menguntungkan Melayu dan bukan Melayu. Kalau usul PAS itu kalah kita tidak dapat buktikan bukan Islam untung dengannya kerana ia tidak dilaksanakan. Tunggulah untungnya daripada pelaksanaan hukum itu di Bandar Seri Begawan.

Kenapa Ibrahim Ali sangat gembira apabila Anwar hendak dimasukkan ke penjara?

Lagi cepat Anwar masuk ke penjara, lagi baik.
Ibrahim Ali AnwarPETALING JAYA: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali paling gembira kerana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimasukkan ke dalam penjara tidak lama lagi atas kesalahannya.
“Lagi cepat Anwar masuk ke penjara, lebih baik. Baik untuk rakyat dan juga negara, bahkan baik juga untuk pihak keselamatan kerana pening dengan karenah dan tingkah laku Anwar,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Menurutnya, Anwar secara terang telah menghina mahkamah, tetapi pihak kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan.

“Karenah Anwar menyebabkan pelbagai pihak susah hati, sehinggakan Amerika Syarikat terpaksa masuk campur.

“Tindakan Anwar itu menyebabkan kedaulatan negara terancam dan telah dimalukan kerana mempamerkan akhlak yang buruk, selain Anwar sering ikut hawa nafsu yang tidak terkawal,” katanya.

Ibrahim turut mempersoalkan tindakan Anwar yang sering melampaui batas.

“Anwar ingat Malaysia ini negara mak ayah dia yang punya, sehinggakan dia boleh buat sesuka hati dan seolah-olah dia kebal dari daripada sistem undang-undang negara. Semua orang tidak betul bagi Anwar kecuali dirinya.

“Saya berdoa, cepatlah Anwar ke penjara, sepertimana yang dia sendiri war-warkan, saya orang pertama yang gembira dan bersyukur.

“Mungkin saya akan adakan majlis kesyukuran sebaik sahaja Anwar ke penjara. Saya berpegang kepada prinsip keluhuran undang-undang dan perlembagaan yang merupakan salah satu prinsip Rukun Negara,” kata beliau lagi.

Ujar Ibrahim, Anwar awal-awal lagi telah membawa kesnya kepada rakyat bagi membolehkan rakyat bangun, bangkit membelanya.

“Tuduhan yang dilemparkan Anwar tetap sama iaitu Datu Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor yang mengheret beliau ke penjara, konspirasi Barisan Nasional (BN), hakim tidak adil, dan bermacam-macam lagi,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Ibrahim turut mempersoalkan layanan dan semangat keprihatinan masyarakat terhadap mangsa liwat Anwar iaitu bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Bagaimana dengan nasib Saiful, tiada siapa yang peduli?” soalnya.

Bahkan Ibrahim turut merasa geli hati, kerana masih ada yang sokong, simpati dan mempercayai Anwar, tetapi Saiful dibiarkan.

“Akhirnya betullah, jerung nak dilepaskan, ikan bilis jadi mangsa. Sebagai kawan sewaktu tahanan pada tahun 1974 dan ditahan selama 2 tahun serta lama mengenali siapa Anwar sebenarnya, saya bersyukur dan gembira Anwar akan ke penjara atas kesalahan yang dilakukannya.”

Ibrahim berkata demikian bagi membalas kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Anwar yang dalam ceramahnya mengatakan bahawa beliau akan dipenjarakan dalam tempoh satu bulan lagi.

Hal ini ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Anwar bersalah dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara.

Tiada solat sunat qabliah waktu jumaat?

ABU HUSAYN
Sebarang pertanyaan untuk ruangan Anda Bertanya Ustaz Menjawab ini bolehlah di emel terus ke alamat editorharakahdaily@gmail.com

Soalan:
Saya ada satu kemusykilan mengenai solat sunat qabliah dan bakdiah pada waktu Jumaat. Baru-baru ini saya mendapat tahu ada seorang ustaz mengatakan tidak ada solat sunat qabliah dan bakdiah pada waktu jumaat kerana pada zaman Nabi SAW tidak ada. Pada zaman Nabi SAW cuma ada satu azan sahaja bukan dua seperti sekarang, sebab apabila Nabi SAW datang ke masjid dia terus naik ke atas mimbar dan bilal pun terus azan selepas itu Nabi SAW terus berkhutbah. Jadi tidak ada solat sunat tersebut.

Jadi solat sunat apakah yang dikerjakan selepas azan pertama sebelum khatib naik keatas mimbar untuk berkhutbah.

Ini menyebabkan saya jadi keliru sebab melalui pembacaan saya dalam buku-buku agama ada menyatakan ada solat sunat tersebut jadi mana satu yang betul, adakah boleh kita mengerjakan solat sunat tersebut.

Mohon pencerahan daripada Ustaz

Jawapan:
Diriwayatkan dari as-Sa’ib bin Yazid, ia berkata, “Sesungguhnya azan pada hari Jumaat pada awalnya ketika imam duduk di atas mimbar pada hari Jumaat, iaitu pada zaman Rasulullah SAW, Abu Bakar, dan Umar r.anhuma. Pada zaman khalifah Utsman RA (ketika jumlah mereka semakin ramai), dia memerintahkan untuk mengumandangkan azan kedua (iaitu azan tambahan) pada hari Jumaat. Ia memerintahkan untuk mengumandangkan azan dari atas az-Zaura’, lalu hal itu terus berlangsung dan tidak ada seorang pun yang mencelanya. Padahal mereka telah mengkritiknya (sebelumnya), ketika dia menyempurnakan solat di Mina.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 916, Abu Daud, no. 1087, at-Tirmidzi, no. 516, an-Nasa’i, 3/101, dan Ibnu Majah, no. 1135)

Dapat difahami melalui hadis ini bahawa:

1 – Azan pada hari Jumaat dilakukan ketika imam duduk di atas mimbar.

2 – Disunnahkan satu kali azan pada hari Jumaat, iaitu ketika imam duduk di atas mimbar.

Diriwayatkan dari Jabir, ia berkata, “Seorang laki-laki masuk ke dalam masjid pada hari Jumaat (ketika Nabi SAW sedang berkhutbah), maka beliau bertanya, “Apakah engkau sudah solat?” Ia menjawab, “Belum”. Beliau SAW berkata, “Kalau begitu, solatlah dua rakaat”.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 930, dan Muslim, no. 875)

Menurut Abu Malik Kamal di dalam Kitabnya, Sahih Fiqh Sunnah:

“Tidak ada solat sunnah qabliyah sebelum solat Jumaat. Jika azan telah dikumandangkan, maka tidak boleh seorang pun bangkit mengerjakan solat. (Kecuali jika dia datang setelah azan dikumandangkan, maka ia boleh mengerjakan solat sunnah Tahiyatul Masjid, kemudian duduk. Ataupun ia lupa solat Tahiyatul Masjid, maka dia boleh bangun untuk mengerjakannya) Ini adalah pendapat ulama yang paling sahih. Ini adalah pendapat yang dipilih oleh Abu Hanifah, Malik, asy-Syafi’i dan majoriti sahabatnya (kecuali imam Nawawi) serta inilah pendapat yang masyhur dari mazhab Ahmad. (al-Fatawa al-Kubra, Sheikhul Islam, 2/433, dan Tharh at-Tatsrib, 3/41) Inilah yang selaras yang bertepatan dengan sunnah. Kerana Rasulullah SAW keluar dari rumahnya, menuju ke masjid, dan setelah beliau naik ke mimbar, Bilal memulai azan Jumaat. Setelah azan selesai, Nabi terus sahaja berkhutbah tanpa ada pemisah. Hal ini (situasi ini) disaksikan dengan jelas, jadi, bilakah masanya mereka mengerjakan solat sunnah (Qabliyah Jumaat)? Oleh itu, barangsiapa mendakwa bahawa mereka semua (para sahabat di hadapan nabi ketika berkhutbah – tamb.) berdiri untuk mengerjakan solat dua rakaat, setelah Bilal selesai mengumandangkan azan, maka ia adalah orang yang tidak melihat kepada sunnah.

Malah hal ini dikuatkan lagi dengan hadis Ibnu Umar, ia berkata, “Aku solat bersama Rasulullah SAW dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Zohor, dua rakaat setelah maghrib, dua rakaat setelah Isya’, dan dua rakaat setelah Jumaat.” Ini adalah nas yang sangat jelas bahawa solat Jumaat adalah berbeza dengan solat Zohor. Kerana tidak disebutkan bahawa solat Jumaat memiliki solat sunnah, kecuali setelahnya, maka diketahui bahawa tidak ada solat sunnah Qabliyah Jumaat. (Shahih Fiqih Sunnah, jil. 2, m/s. 310)

Imam asy-Syafi’e rahimahullah menyatakan berkenaan hal ini, “Maka setelah matahari tergelincir dan imam telah duduk di atas mimbar, serta mu’azzin mengumandangkan azan, maka tidak ada lagi ruku’ (solat). Maka janganlah seseorang ruku’ (solat), melainkan seseorang yang datang (ke masjid) dalam keadaan belum ruku’ (solat), maka hendaklah dia ruku’ (solat Tahiyatul masjid).” (al-Umm, jil. 1, m/s. 202)

Berkata Ibnu Taimiyah rahimahullah:

Adapun Nabi SAW tidak pernah mengerjakan solat Qabliyah Jumaat atau apa-apa pun selepas azan Jumaat. Tidak pernah dinukil berkenaannya walaupun walaupun dari seorang. Sesungguhnya di zamn Nabi SAW tidak pernah dikumandangkan azan kecuali setelah baginda di atas mimbar. Setelah Bilal azan, Rasulullah lantas meneruskan dengan dua khutbah. Setelah itu Bilal iqamah, maka Nabi SAW bersolat bersama sekalian manusia (yang ada). Oleh halnyang demikian, maka tidak mungkin Baginda dan juga walau salah seorang dari kaum muslimin yang solat Jumaat dengan Baginda SAW melakukan solat selepas azan. Tidak pernah seorang pun menukil bahawa Baginda solat di rumahnya sebelum keluar ke masjid di hari Jumaat.” (Majmu’ al-Fatawa, jil. 24, m/s. 188)

Berkata ‘Abdullah ‘Abdur Rahman al-Bassam, “Tidak ada sunnah untuk solat Jumaat sebelumnya (Qabliyatul Jumaah). Itulah kata-kata ulama dan dengannyalah petunjuk sunnah.” (Taudhihul Ahkam min Bulughul Maram, 2/345) Katanya lagi, “Tidak ada sunnah rawatib sebelum solat Jumaat, sesungguhnya Nabi SAW setelah keluar dari rumahnya terus naik ke mimbar, lantas Bilal terus mengumandangkan azan, setelah sempurna azan, Nabi SAW terus berkhutbah tanpa berlengah.” (Taudhihul Ahkam min Bulughul Maram, 2/345)

Solat Sunnah Qabliyah Jumaat Menurut Mazhab asy-Syafi’e

Di sisi al-Imam asy-Syafi’e rahimahullah (204H) sendiri, menurutnya tidak ada solat sunat Qabliyah Jumaat. Pendapat beliau dalam bab ini adalah selari dengan sunnah Rasulullah SAW, di mana beliau berkata:

Aku menyukai apabila azan pada hari Jumaat dilaungkan ketika imam sudah memasuki masjid dan beliau duduk pada tempat yang beliau berkhutbah di atasnya dengan posisi yang agak tinggi seperti kayu atau pelepah kurma, mimbar, pelantar atau selainnya, atau di atas tanah itu sendiri. Apabila (imam telah) melakukan (sedemikian), muazin melaungkan azan. Apabila telah selesai, imam berdiri lalu menyampaikan khutbah. Tidak ada tambahan ke atas itu. (al-Umm (Tahqiq: Ahmad Badr al-Din; Dar al-Qutaibah, 1996), jld. 3, m/s. 60)

Sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dan dipraktikkan oleh para sahabat, al-Imam asy-Syafi’e juga menyukai agar orang-orang yang sampai awal ke masjid melaksanakan solat-solat sunat mutlak sehinggalah imam menaiki mimbar. Setelah menerangkan kelebihan orang yang pergi awal ke masjid sempena solat Jumaat, beliau berkata:

Apabila orang ramai pergi melaksanakan solat Jumaat, hendaklah mereka bersolat sehinggalah imam menaiki mimbar. Apabila imam berada di atas mimbar, mereka yang mendirikan solat dua rakaat dan berkata-kata hendaklah berhenti supaya imam dapat memulakan khutbah. Apabila imam berkhutbah, mereka diam memerhatikannya. (al-Umm, jil. 3, m/s. 73)

Al-Hafiz Abu Syamah rahimahullah (665H) menerangkan:

Bahawa kebiasaan Nabi SAW ketika keluar dari rumahnya pada hari Jumaat, maka baginda terus naik ke mimbar lalu muazzin melaungkan azan. Setelah muazzin selesai melaungkan azannya, maka baginda terus menyampaikan khutbahnya. Seandainya pada solat Jumaat tersebut wujud solat sunat qabliyah, tentu sesudah azan selesai dilaungkan baginda akan menyuruh para sahabat mendirikan solat sunat tersebut. Bahkan baginda sendiri akan mendirikannya terlebih dahulu sebelum menyuruh para sahabatnya. Pada zaman Nabi SAW, tidak dikenali solat sunat pada hari Jumaat yang didirikan setelah azan dilaungkan dan didirikan di hadapan khatib. (Bid‘ah yang Dibungkus Dengan Hadits Palsu (Judul Asli: al-Ba’its al-Ingkar al-Bida’ wa al-Hawadits, Tahqiq: Basyir Muhammad Uyun),Terbitan Pustaka Azzam, m/s. 225-226)

al-Hafiz al-‘Iraqi rahimahullah (806H):

Yang sedemikian adalah kerana tidak dilaungkan azan pada hari Jumaat kecuali di hadapan baginda dan baginda pada ketika itu di atas mimbar. Maka tidaklah baginda bersolat untuknya (sesudah azan). Dan demikian juga para sahabat radhiallahu 'anhum, di mana apabila keluarnya imam mereka terus memberhentikan solat. (Tharh al-Tsarib fi Syarh al-Taqrib (Muassasah al-Tarikh al-‘Arabi, Beirut, 1996), jil. 3, m/s. 41)

Adapun yang dimaksudkan oleh al-Hafiz al-‘Iraqi sebagai solat yang dihentikan oleh para sahabat ketika keluarnya imam, ia adalah solat-solat sunat mutlak seperti solat sunnah Tahiyatul Masjid, dan selainnya.

Berkata Abu Syamah lagi, Sesungguhnya solat-solat sunnah adalah solat yang dinukil (diterima) dari Rasulullah SAW, melalui perkataan atau amalan, namun solat Qabliyatul Jumaat (solat sebelum Jumaat) tidak pernah terdapat walau satu pun riwayat dari Nabi SAW yang membuktikan bahawa ia perbuatan sunnah.” (al-Ba’its al-Ingkar al-Bida’ wa al-Hawadits, m/s. 195)

Kemusykilan Dan Pencerahannya

Kemusykilan Satu:

Di antara setiap dua azan ada solat, di antara setiap dua azan ada solat (kemudian baginda bersabda pada kali ketiga):

“Kepada sesiapa yang mengingininya.” (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no. 627)

Pencerahan:

Hadis di atas memang dijadikan hujah oleh para imam Mazhab al-Syafi’e yang mensabitkan solat sunat qabliyah Jumaat. Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani membongkar hakikat ini:

Yang paling kuat dijadikan pegangan bagi mensyari‘atkan (solat sunat) dua rakaat sebelum Jumaat adalah keumuman daripada apa yang disahihkan oleh Ibn Hibban daripada hadis ‘Abd Allah bin al-Zubair secara marfu’: “Tidak ada solat fardhu melainkan ia didahului oleh dua rakaat”, juga hadis semisal daripada ‘Abd Allah bin Mughaffal dalam bab “Waktu Maghrib”: “Di antara setiap dua azan ada solat.” (Fath al-Bari, jil. 3, ms. 96)

Kata-kata al-Hafiz Ibn Hajar di atas bukanlah untuk membenarkan penggunaan dua hadis tersebut sebagai dalil, sebaliknya mengisyaratkan kelemahannya. Isyarat ini dapat ditangkap daripada perkataan beliau “…adalah keumuman daripada apa yang…”, kerana dalil yang umum tidak boleh digunakan bagi mengkhususkan sesuatu amalan jika amalan itu sendiri telah dinafikan oleh dalil khusus yang lain.

Di antara yang berhujah dengan hadis ‘Abd Allah bin Mughaffal ialah al-Imam al-Nawawi rahimahullah (676H) dimana beliau berkata:

Dan adapun sunat sebelumnya (qabliyah Jumaat) maka asasnya adalah hadis ‘Abd Allah bin Mughaffal yang telah disebut dalam perbincangan sebelum ini: “Di antara setiap dua azan ada solat” dan juga diqiyaskan kepada solat Zohor. (al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, Tahqiq: M. Najib; Dar al-Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, Beirut, 2001), jil. 3, ms. 349)

Menggunakan hadis di atas sebagai dalil adalah tidak tepat. Selain daripada sifatnya yang umum, ia juga dipandang tidak tepat kerana:

1 - Yang dimaksudkan dengan “dua azan” bukanlah dua azan solat Jumaat sebagaimana yang wujud sekarang. Hal ini kerana pada zaman Rasulullah SAW, hanya ada satu azan bagi solat Jumaat. Maka yang dimaksudkan sebagai “dua azan” ialah azan dan iqamat. Demikian jelas al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani: “Maksudnya ialah azan dan iqamah. Tidak sah mengambil (kefahaman) hadis ini secara zahir.” (Fath al-Bari, jil. 2, ms. 315)

2 - Azan dan iqamat berlaku pada zaman Rasulullah SAW ketika melaksanakan solat Jumaat. Akan tetapi – sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini – tertib perlaksanaan solat Jumaat pada zaman baginda tidak memungkinkan perlaksanaan solat sunat qabliyah Jumaat.

Oleh itu pendapat al-Imam al-Nawawi di atas telah ditolak oleh Al-Hafiz al-Busyiri rahimahullah (840H):

Dan di antara yang terbaik yang dijadikan dalil dengannya (dalam bab solat sunat qabliyah Jumaat) ialah apa yang sabit daripada dua kitab sahih daripada hadis ‘Abd Allah bin Mughaffal daripada Nabi qabliah: “Di antara setiap dua azan ada solat”.

Padahal ini mustahil berlaku pada solat (Rasulullah) SAW kerana sesungguhnya baginda di antara azan dan iqamat berkhutbah, maka tidak ada solat pada ketika itu di antara kedua-duanya (azan dan iqamat).

Benar, bahawa sesudah itu Utsman (ibn ‘Affan radhiallahu 'anh) mengadakan azan di atas al-Zawra (sebagai azan pertama manakala azan kedua di dalam masjid), memungkinkan solat sunat Jumaat sebelum keluarnya imam untuk berkhutbah. (Mishbah al-Zujajah fi Zawa‘id Ibn Majah, Tahqiq: Kamal Yusuf; Dar al-Jinan, Beirut, 1986), jil. 1, ms. 213)

Oleh itu, tidaklah tepat menggunakan hadis “Di antara setiap dua azan ada solat” sebagai dalil kerana tertib perlaksanaan solat Jumaat pada zaman Rasulullah qabliah, khasnya dari azan hingga iqamat, tidak memiliki selang masa untuk melaksanakan solat sunat qabliyah Jumaat.

Kemusykilan Kedua:

Apakah boleh mengqiyaskan solat sunat qabliyah Jumaat kepada solat sunat qabliyah Zohor sebagaimana kata-kata al-Imam al-Nawawi yang dinukil di atas?

Pencerahan:

Kata-kata atau pendapat al-Imam Nawawi untuk menggunakan kaedah qiyas dalam persoalan ini telah ditolak oleh seorang tokoh Mazhab al-Syafi’e yang sezaman dengan beliau, iaitu al-Hafiz Abu Syamah:

Alasan tidak adanya solat sunat qabliyah Jumaat adalah bahawa yang dimaksudkan dengan solat sunat dalam pandangan kami adalah solat yang didasarkan kepada petunjuk Rasulullah SAW, sama ada petunjuk itu dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan. Berkenaan solat sunat qabliyah Jumaat, tidak ada satu petunjuk jua daripada Nabi SAW yang menunjukkan bahawa solat tersebut disunnahkan. Disamping itu tidak dibenarkan melakukan qiyas dalam menetapkan dalil syar‘i yang berkenaan dengan solat. (al-Ba’its al-Ingkar al-Bida’ wa al-Hawadits, m/s. 224)

Sebenarnya terdapat banyak perbezaan antara solat Jumaat dan solat Zohor. Di antaranya, solat Jumaat wajib berjamaah manakala solat Zohor hanya sunat muakad, wajib meninggalkan jual beli apabila dilaungkan azan Jumaat, solat Jumaat adalah dua rakaat manakala solat Zohor adalah empat rakaat, solat Jumaat didahului dengan khutbah manakala solat Zohor tidak, bacaan surah dalam solat Jumaat adalah kuat manakala dalam solat Zohor adalah perlahan dan sebagainya. Perbezaan-perbezaan ini menutup pintu yang membolehkan perhubungan antara solat Jumaat dan solat Zohor melalui jalan qiyas. Bahkan dalam bab ini terdapat dalil yang menunjukkan perbezaan solat-solat sunat bagi solat Zohor dan Jumaat. Dalil tersebut ialah hadis ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma dimana beliau berkata:

Bahawasanya Rasulullah SAW bersolat sebelum zohor dua rakaat dan sesudah zohor dua rakaat, sesudah Maghrib dua rakaat di rumahnya dan sesudah Isya’ dua rakaat. Dan baginda tidak bersolat sesudah Jumaat sehinggalah meninggalkan masjid dan baginda bersolat dua rakaat. (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jumuah, hadis no. 937)

Perhatikan bahawa apabila Ibn ‘Umar menerangkan solat-solat sunat Rasulullah, beliau membezakan antara solat Zohor dan solat Jumaat. Dua perbezaan yang paling nyata adalah:

1 - Solat Zohor memiliki sunat qabliyah dan ba’diyah manakala solat Jumaat hanya memiliki sunat ba’diyah.

2 - Sunat ba’diyah Zohor dilaksanakan di masjid manakala sunat ba’diyah Jumaat dilaksanakan di dalam rumah.

Justeru pendapat al-Imam al-Nawawi untuk menggunakan kaedah qiyas dalam bab ini adalah pendapat yang lemah. Hal ini kerana peranan qiyas adalah menghubungkan satu persoalan baru dalam kehidupan manusia kepada persoalan asal yang sudah sedia wujud hukumnya pada zaman Rasulullah berdasarkan kesamaan illat (sebab di sebalik hukum). Adapun ibadah, maka tidak boleh ada satu jua ibadah yang baru melainkan apa yang sudah disyari‘atkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Dengan itu, qiyas tidak memiliki peranan untuk mewujudkan hukum ibadah yang baru, seperti mewujudkan ibadah “solat qabliyah Jumaat” dan menghukumnya sebagai “sunat”.

Lebih dari itu, syarat utama bagi qiyas ialah wujudnya sebab yang sama antara kedua-dua persoalan yang ingin dihubungkan. Syarat ini tidak dapat dipraktikkan dalam persoalan ibadah kerana manusia tidak mampu mengetahui “sebab di sebalik” sesuatu ibadah untuk dikaitkan kepada ibadah yang lain. Sebab di sebalik semua ibadah adalah ketaatan kepada Allah semata-mata. Namun, dikatakan boleh mengamalkan qiyas untuk ibadah, ia tetap tidak boleh digunakan dalam persoalan solat sunat qabliyah Jumaat kerana terdapat banyak perbezaan antara solat Jumaat dan solat Zohor sepertimana yang diterangkan di atas.

Kemusykilan Ketiga:

Jika dikaji semua hadis dalam bab ini, ditemui bahawa sebahagian sahabat ada yang melaksanakan solat sunat sebelum solat Jumaat. Kenapakah hadis ini tidak dijadikan dalil bagi solat sunat qabliyah Jumaat?

Pencerahan:

Benar bahawa terdapat hadis yang menerangkan bahawa para sahabat melaksanakan solat sunat sebelum solat Jumaat. Namun solat sunat tersebut bukanlah solat sunat qabliyah Jumaat tetapi adalah solat sunat mutlak semata-mata.

Ringkasnya, solat sunat (tathawwu’) terdiri daripada dua jenis:

1 - Solat sunat mutlak, ia adalah solat-solat sunat yang didirikan secara bebas.

2 - Solat sunat khusus, ia adalah solat-solat sunat yang terikat dengan peraturan syari‘at. Contohnya ialah solat Id al-Adha, solat Id al-Fitri, solat Jenazah, solat Witir, solat Dhuha, solat Istikharah dan sebagainya.

Solat sunat sebelum atau selepas sesuatu solat wajib juga duduk di dalam kategori ini.

Maka, yang dilakukan oleh para sahabat, ia adalah solat sunat mutlak. Ia bukan solat sunat qabliyah Jumaat yang duduk di dalam kategori solat sunat khusus yang sedang kita bincang dalam pencerahan ini. Para pembaca sekalian perlu membezakan antara dua bentuk solat sunat ini dengan pembezaan yang sejelas-jelasnya, umpama siang dengan malam. Hal ini kerana banyak kekeliruan timbul dalam bab ini, termasuk di kalangan sebahagian tokoh dan ilmuwan, disebabkan kegagalan untuk membezakan dua bentuk solat sunat ini.

 Al-Hafiz Abu Syamah berkata:

Solat sunat tersebut dibolehkan dan tidak dikategorikan sebagai perbuatan mungkar jika dilihat dari sudut ibadah solat. Namun kemungkaran ibadah tersebut terletak pada keyakinan orang-orang di antara mereka dan sebahagian orang yang memiliki pengetahuan, yang menganggap solat tersebut sebagai solat sunat qabliyah Jumaat, seperti solat sunat qabliyah Zohor. (al-Ba’its al-Ingkar al-Bida’ wa al-Hawadits, m/s. 223)

Adapun melaksanakan solat sunat secara mutlak sebelum Jumaat, maka ia disunnahkan oleh hadis berikut daripada Salman al-Farisi radhiallahu 'anh bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Tidaklah seseorang itu mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampu dirinya, meminyakkan rambut atau menyapu minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju ke masjid) dan dia tidak memisahkan dua orang (yang telah sedia duduk di saf hadapan masjid), kemudian dia bersolat menurut apa yang ditentukan oleh Allah baginya (yakni sekadar mampu), kemudian dia diam apabila imam berkata-kata (berkhutbah), kecuali diampunkan baginya (dosa-dosa) antara Jumaat itu dan Jumaat berikutnya. (Shahih al-Bukhari, Kitab al-Jumuah, hadis no. 883)

Maka berdasarkan hadis di atas, para sahabat berusaha untuk pergi awal ke masjid dalam keadaan berseri-seri. Kemudian mereka melaksanakan solat-solat sunat mutlak sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW sehinggalah masuknya waktu solat Jumaat. Solat sunat mutlak yang dilaksanakan oleh para sahabat berbeza-beza jumlah rakaatnya, semuanya bergantung kepada kemampuan masing-masing.

Penjelasan al-Hafiz Abu Syamah sekali lagi menjadi rujukan:

Abu Bakar al-Munzir berkata: “Kami telah meriwayatkan daripada Ibn ‘Umar bahawa beliau biasa mendirikan solat sunat sebelum Jumaat sebanyak 12 rakaat. Dalam riwayat lain daripada Ibn ‘Abbas bahawa beliau biasa mendirikan solat sunat (sebelum Jumaat) sebanyak 8 rakaat.”

Keterangan di atas menjadi dalil bahawa solat sunat yang dilaksanakan oleh mereka (para sahabat) adalah semata-mata solat sunat (mutlak) menurut pandangan mereka sendiri dan bukan didasarkan kepada petunjuk (yakni contoh praktikal daripada) Nabi SAW. Demikian juga dengan jumlah rakaat yang diriwayatkan daripada mereka, yakni jumlah rakaatnya berbeza-beza. Hal ini semata-mata sebagai solat sunat (mutlak) tanpa dikaitkan dengan solat Jumaat.

Selanjutnya berkenaan waktu perlaksanaannya, bahawa para sahabat sebagaimana yang disebut di atas, mendirikan solat tersebut sebelum dilaungkan azan dan sebelum masuknya waktu solat Jumaat. Ini kerana mereka datang ke masjid pada pagi hari sebelum imam tiba (sebagaimana yang dianjurkan oleh hadis Salman al-Farisi di atas), maka mereka biasa mendirikan solat sunat (mutlak).

Solat sunat (mutlak) seperti ini biasa juga mereka dirikan pada solat Id (Hari Raya) padahal mereka juga mengetahui bahawa dalam solat Id tidak ada solat sunat qabliyah dan ba’diyahnya. (al-Ba’its al-Ingkar al-Bida’ wa al-Hawadits, m/s. 223)

Al-Hafiz al-‘Iraqi turut menjelaskan:

Terdapat kemusykilan di dalam masalah ini, disebabkan oleh satu bab yang disusun oleh (al-Imam) Ibn Abi Syaibah di dalam (kitab) al-Musannafnya, iaitu “Bab solat sebelum Jumaat” dimana di dalamnya terdapat riwayat daripada ‘Abd Allah ibn Mas‘ud bahawanya beliau bersolat empat rakaat sebelum Jumaat, daripada Ibn ‘Umar bahawa beliau mengasingkan diri pada hari Jumaat untuk bersolat dengan panjang sebelum keluarnya imam, daripada ‘Umar bin Abd al-Aziz iaitu beliau bersolat sebelum Jumaat sebanyak 10 rakaat, daripada Ibrahim al-Nakha’e dimana beliau bersolat sebelum Jumaat empat rakaat, daripada Abi Majlazin bahawa beliau bersolat dirumahnya dua rakaat pada hari Jumaat dan daripada Thawus dimana beliau tidak akan mendatangi masjid pada hari Jumaat sehinggalah beliau bersolat di rumahnya dua rakaat.

Tidaklah daripada semua itu menjadi dalil ke atas solat sunat (sebelum) Jumaat kerana yang sedemikian dilaksanakan sebelum gelincir matahari (sebelum masuk waktu Jumaat). (Tharh al-Tsarib, jil. 3, ms. 43)

Kesimpulan:

1 - Solat Qabliyah sebelum perlaksanaan solat Jumaat adalah tidak sunnah dan tiada contohnya dari Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat yang lainnya.

2 - Apa yang ada selepas atau sebaik sahaja selepas azan Zohor pada hari Jumaat (ketika di masjid), hanyalah solat sunnah mutlak atau pun Tahiyatul Masjid iaitu bagi mereka yang belum melaksanakannya.