"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Kemaruk seks dengan kucing

Boise (Idaho): Seorang lelaki yang gemar memakai pakaian seperti anjing ditahan bukan kerana kostum itu, sebaliknya akibat kemaruk melakukan hubungan seks dengan seekor kucing.

Ryan Havens Tannenholz, 28, dituduh mendera secara seksual haiwan peliharaannya itu beberapa kali selama setahun. Polis menahan Tannenholz, pada 1 Ogos lalu dan kini berdepan enam pertuduhan jenayah luar tabii dan satu salah laku kezaliman terhadap haiwan. Tannenholz dikenali sebagai “si bulu” gelaran diberikan penduduk tempatan terhadap individu yang memakai kostum haiwan.

Menurut Flayrah, laman web “golongan si bulu”, dia mempunyai pelbagai kostum termasuk anjing, serigala, anjing putih dan musang. Foto di laman media sosial dimuat naik Tannenholz menunjukkan dia memakai kostum untuk watak makhluk bergelar Bubblegum.

Tannenholz kini ditahan reman sebagai ganti jaminan AS$250,000 (RM820,388) dan berdepan hukuman penjara lima tahun jika disabitkan.

Waran tangkap dikeluarkan pada 31 Julai lalu dan dia ditahan pada keesokan harinya.

Bagaimanapun polis tidak menjelaskan bagaimana kegiatannya itu terbongkar.

Di laman web Bubblegum Husky milik Tannenholz, dia menjelaskan minatnya terhadap kucing dan memberitahu nama kucing peliharaannya ialah Einstein. Tannenholz menulis: “Pernahkah anda melayari Internet dan melihat video kucing? Bubblegum Husky pasti ada dan anda tahu, ia benar-benar menyeronokkan! “Kucing haiwan yang sangat berbulu, lembut dan manja. “Hanya Bubblegum Husky yang benar-benar menghargai bagaimana hebat sebenarnya haiwan berbulu ini,” katanya dalam satu kenyataan./Agensi

Asal usul Raja Saudi adalah Yahudi Bani Al-Masalikh

merong
Moyang mereka bernama Mordakhai bin Ibrahim bin Monshe berasal dari Bani Al Masalikh hidup sekitar 851 H dari suku kaum Anza. Terlibat di dalam perniagaan gandum dan Jagung dari Iraq.
Beliau sememangnys bercita-cita untuk kembali dan menguasai di bumi Najd. Di awalnya beliau terpaksa berhadapan dengan Syaik Shaleh Salman Abdullah Al- Tamimi seorang Ulama yang berdakwah di sekitar Najd, Yaman dan Hijaz. Beliau menukarkan namanya kepada Markhan bin Ibrahim Musa.

Ditempat tinggal beliau, Al-Qatef, beliau menguatkan kedudukkan beliau dengan cerita2 palsu tentang kehebatan kaum Yahudi. Beliau mempergunakan kaum Arab Badwi lalu mengangkat beliau menjadi ketua/Raja. Beliau di tentang oleh kabilah Bani Khaled dan melarikan diri ke Al Arid(Riyadh) mencari perlindungan.

Beliau di beri perlindungan di Riyadh oleh sebuah keluarga, namun keluarga tersebut dibunuh beliau. Beliau membuat cerita keluarga tersebut dibunuh pencuri dan rumah dan tanah tersebut telah dibeli beliau. Disinilah beliau mengatur strategi dengan menubuhkan pasukan perang untuk membunuh Shaik Shaleh Salman Abdullah Al-Thamimi yg akhirnya dibunuh di sebuah masjid di Al-Zhafi.

Di Riyadh inilah beliau mengamalkan poligami dengan menikahi puluhan gadis dan melahirkan banyak anak yang diberikan nama-nama Arab. Salah seorang anak Mordakhai bernama Al-Maqaran(didalam yahudi di panggil Mack-Ren). Al Maqaran mempunyai anak bernama Muhammad dan Sa’ud. Melalui keturunan Saud inilah berasalnya Dinasti Saud.

Dinasti Saud menganggap semua penduduk Najd menghina Tuhan. Darah mereka halal, harta benda mereka dirampas dan kaum wanita dijadikan hamba. Tidak ada seorang muslim pun di kira benar kecuali pengikut ajaran Muhammad bin Abdul Wahab (keturunan Yahudi Turki). Mereka yang menentang akan di bunuh.

Doktrin Wahabi memberikan autority kepada Keluarga Saudi untuk menghancurkan perkampungan dan penduduknya, termasuk anak-anak dan memperkosa wanitanya, menusuk perut wanita hamil, memotong tangan anak-anak, kemudian membakarnya. Selanjutnya mereka diberikan kewenangan dengan ajarannya yang kejam (brutal doctrin ) untuk merampas semua harta kekayaan milik orang yang dianggapnya telah menyimpang dari ajaran agama karena tidak mengikuti ajaran Wahabi.

Seorang munafik bernama Muhammad Amin Al-Tamimi – Direktor Perpustakaan Kontemporari Kerajaan Saudi menyusun garis keturunan (Family Tree) untuk keluarga Saudi ini kepada Nabi Muhammad SAW. Sebagai imbalan pekerjaannnya itu, ia menerima imbalan sebesar 35.000 (Tiga Puluh Lima Ribu) Pound Mesir dari Duta Besar Saudi Arabia di Kairo pada tahun 1362 H atau 1943 M. Nama Duta Besar Saudi Arabia KETIKA itu adalah Ibrahim Al-Fadel.

Keluarga Yahudi yang jahat dan mengerikan ini melakukan segala jenis kekejaman atas nama agama palsu mereka (Wahhabi) yang sebenarnya diciptakan oleh seorang Yahudi untuk menaburkan benih-benih keganasan di dalam hati penduduk.

Pada tahun 1163 H, Dinasti Yahudi ini mengganti nama semenanjung Arab dengan nama keluarga mereka, menjadi Saudi Arabia, seolah-olah seluruh wilayah itu milik pribadi mereka, dan penduduknya sebagai bujang atau budak mereka, bekerja keras siang dan malam untuk kesenangan tuannya, yaitu Keluarga Saudi.

Raja Faisal Al-Saud tidak mampu menyanggah bahwa keluarganya adalah keluarga Yahudi ketika memberitahukan kepada The Washington Post pada 17 September 1969, dengan menyatakan bahwa: “Kami, Keluarga Saudi adalah keluarga Yahudi. Kami sepenuhnya tidak setuju dengan setiap penguasa Arab atau Islam yang memperlihatkan permusuhannya kepada Yahudi, sebaliknya kita harus tinggal bersama mereka dengan damai. Negeri kami, Saudi Arabia merupakan sumber awal Yahudi dan nenek-moyangnya, dari sana menyebar ke seluruh dunia”.

Tiada anehnya kenapa Kerajaan Saudi sekarang menghalang kebangkitan IKHWAN MUSLIMIN Di MESIR.

Tiada anehnya kenapa kerajaan Arab Saudi boleh berkongsi kekayaan dengan USA untuk membantai kebangkitan muslim seluruh dunia dengan bersembunyi disebalik PBB dan OIC.

Benarlah dengan sepotong hadis yg bermaksud....diakhir zaman umat Islam akan mengikut Yahudi walau mereka masuk ke lubang biawak sekalipun.

WALLAHU'ALAM

Ustaz Azhar Idrus Kemalangan di Pengadang Baru Sebentar Tadi (Golf Gti vs Saga)

lensahandphone
Ustaz Azhar Idrus eksiden pagi tadi di Pengadang Baru, Terengganu. Golf Gti vs Saga. Syukur alhamdulillah ustaz dan yg lain selamat. Dang lagi ustaz senyum "mewek".
Mengikut sumber kejadian di trafik light hadapan Desa Murni. Ustaz Azhar dan Isteri (keberapa??) tak ada sebarang kecederaan, dan pemandu Saga hanya cedera ringan sahaja.
OrangMuda Dungun

Pegawai tertinggi tentera mesir ini dibunuh kerana enggan melakukan serangan di medan raba'ah

Picture2U
Pegawai tertinggi tentera mesir yg telah dibunuh kerana enggan utk melancarkan serangan di medan raba'ah dn nahdah smlm.
____

Keberanian Nazri Aziz Melantik Anaknya Seharusnya Diberi Pujian

Shahbudin Husin
Meskipun BN hanya menang tipis 133 kerusi Parlimen dan cuma meraih 47 peratus undi popular dalam pilihanraya lalu, Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan serta sahabat karib Najib sejak zaman Pemuda UMNO lagi, telah melantik anaknya sendiri, Nedim sebagai pegawai khas di kementerian yang diterajuinya itu.\
Tindakan beliau itu segera mengundang kritikan serta cemuhan banyak pihak pihak, termasuk dari dalam UMNO sendiri. Nazri dilihat tidak berselindung ingin menyuburkan amalan kronisme dan nepotisme dalam kementeriannya sedangkan amalan itu begitu ditentang di seluruh dunia, bahkan antara punca kejatuhan banyak kerajaan di negara Arab dan Afrika Utara adalah disebabkan alaman itu begitu berleluasa sehingga menimbulkan kebencian yang tak terbendung lagi di hati rakyat.

Di Malaysia pula, walaupun ada parti-parti politik yang membenarkan anak dan menantu turut berada dalam hireaki parti tertentu tetapi amat jarang membenarkan mereka memegang jawatan dalam kerajaan. Kalau ada pun yang berbuat demikian, ia pasti mengundang kecaman ramai dan akhirnya anak atau menantu itu dilepaskan kedudukannya dalam kerajaan.

Di dalam UMNO juga, walaupun ramai menteri yang mempunyai anak, adik-beradik, menantu atau sebagainya yang berkebolehan serta layak, mereka biasanya mengelak untuk melantiknya memegang apa-apa jawatan di kementerian yang diketuainya bagi mengelakkan kecaman ramai serta membebankan lagi kedudukan parti.

Baik di zaman UMNO kukuh dan rakyatnya masih tertutup dengan tembusan maklumat, apatah lagi era mendatang ini di mana UMNO mungkin menjadi batu atau sabut, melantik anak, menantu atau adik-beradik bukanlah pilihan yang terbaik. Ini kerana perbuatan itu akan menimbulkan pelbagai persepsi yang tidak baik, sama ada kepada menteri terbabit, kerajaan atau UMNO itu sendiri.

Selama ini, apa yang sering kita dengar hanyalah anak, menantu, adik atau isteri menteri-menteri yang menjadi proksi kepada syarikat perniagaan tertentu dan membolot banyak peluang perniagaan di sesebuah kementerian itu. Ramai di kalangan mereka ini yang hidup mewah dan bergaya ranggi ke sana-sini hanya dengan menumpah tuah seperti itu.

Bukan juga asing kedengaran bilamana di sesebuah kementerian itu, sebahagian besar kontrak perniagaan hanyalah dimonopoli oleh anak, menantu, adik-beradik, ipar-duai dan mereka yang ada kaitan dengan isteri-isteri menteri sahaja.

Perkara ini bukanlah menjadi rahsia lagi atau diperbualkan di kedai-kedai kopi dan lobi hotel saja, bahkan ada yang sampai di bangkitkan di dalam Parlimen. Tetapi oleh kerana perbuatan ini agar sukar dikesan buktinya secara kukuh atau hitam putih, selalunya ia berakhir begitu sahaja seiring dengan perjalanan masa.

Namun, dari semasa ke semasa, amalan kronisme dan nepotisme di kalangan menteri-menteri sebenarnya terus berlaku seolah-olah tiada titik penamatnya. Amalan ini masih kedengaran di di mana-mana, sama ada kedengaran daripada mulut ahli UMNO mahupun daripada kakitangan kerajaan.

Seharusnya apabila pilihanraya umum ke 13 lalu hanya meletakkan 23 kerusi Parlimen sebagai pemisah dengan pihak pembangkang, para pemimpin UMNO dan kerajaan mengambil iktibar serta merenung kembali punca-punca kemerosotan sokongan rakyat selama ini.

Lebih-lebih lagi laungan rebah jika tak berubah, sudah begitu kerap dilontarkan dan hampir semua pemimpin sudah bercakap mengenainya. Tetapi jika dilihat dari segi perbuatan atau tindakan menteri-menteri ini, mereka sebenarnya tidak pernah mahu berubah.

Hari ini, bukan saja amalan memberi kontrak dan konsesi perniagaan kepada anak, menantu, adik-beradik dan ipar-duai terus berleluasa, bahkan keberanian Nazri melantiknya anaknya sendiri sebagai pegawai khas di kementerian yang diterajuinya menyerlahkan lagi hakikat tidak mahu berubah itu.

Tambahan lagi, anaknya ini juga sebelum ini dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, termasuk hubungannya dengan seorang usahawan balak, Michael Chia serta kehidupan mewahnya yang penuh warna-warni.

Kini dengan dilantik pula sebagai pegawai khas di kementerian bapanya, walaupun menurut Nazri tidak melibatkan pembayaran gaji oleh kerajaan, ia tentunya mengundang lebih banyak kritikan serta cemuhan ramai. Nazri pasti akan dikaitkan dengan amalan nepotisme sedangkan ramai anak-anak muda serta lepasan ijazah masih terbelenggu dengan isu pengangguran serta ketiadaan peluang pekerjaan.

Bagaimanapun, di sudut yang lain, tindakan Nazri ini seharusnya juga dipuji dan patut diberi kalungan tahniah kerana beliau nampaknya tidak menyembunyikan hakikat dirinya sebagai pengamal kronisme dan nepotisme dalam kerajaan yang sedang dipimpin oleh Najib.

Mungkin juga lebih baik jika selepas ini lebih ramai lagi menteri turut melantik anak, menantu, adik-beradik atau sesiapa saja yang rapat dengannya untuk membolot semua jawatan penting di kementerian yang mereka terajui. Pastikan juga selepas ini semua kontrak-kontrak perniagaan hanya berlegar di kalangan kroni-kroni sahaja.

Dalam tempoh tidak sampai lima tahun sebelum pilihanraya akan datang, buatlah sesuka hati di kementerian masing-masing dan janganlah sekadar mengambil kesempatan tetapi ambillah juga apa-apa yang sempat.

Inilah yang sebaik-baiknya dilakukan oleh menteri dan para pemimpin UMNO supaya akhirnya rakyat tidak perlu lagi berfikir dua kali untuk menolak mereka dalam pilihanraya nanti.

Kudeta Mesir cuba padam bukti kekejaman

Harakahdaily
(Jenazah yang sempat diselamatkan dari dibakar dan ditempatkan di Masjid Al_Iman)
MESIR: Kerajaan kudeta Mesir yang dikuasai tentera dilaporkan sedaya upaya cuba memadamkan kekajaman mereka yang telah membunuh ribuan penyokong legitimasi di beberapa kawasan di Kaherah khususnya di Medan Raba'ah Adawiyah, semalam.

Beberapa sumber termasuk Ikhwan Muslimin mendedahkan, pihak tentera cuba untuk menghapuskan bukti dengan sebolehnya menipu angka korban semalam pada kadar paling rendah.


Tindakan terdesak dilakukan bagi mencapai tujuan itu termasuk dengan membakar mayat-mayat penyokong Morsi di Medan Raba'ah semalam selepas menembak mereka.


(Keadaan Masjid Raba'ah selepas dibakar oleh pihak tentera)
Pecubaan kedua, mereka membakar jenazah yang dikumpulkan di tingkat bawah Hospital Awam di Medan Raba'ah semalam.

Di tingkat itu, terdapat ribuan jenazah penyokong Morsi yang terkorban ditempatkan disitu.

Bagaimanapun hanya 350 mayat sahaja sempat diusung keluar dari hospital itu manakala selebihnya hangus terbakar.

Kesemua mayat yang berjaya dikeluarkan itu kemudian dikumpulkan di Masjid Al-Iman, kawasan Makram 'Abid.

Percubaan ketiga pula, pihak keselamatan didakwa enggan mengeluarkan surat kelulusan untuk pengebumian tersebut, dan diubah sebab kematian adalah kerana bunuh diri.

Percubaan keempat, para petugas perubatan di Pusat Nasr diarah mengeluarkan laporan perubatan palsu terhadap mangsa korban di Rabaah.

Pengerusi Kesatuan Farmasi wilayah Qalyubiyah mendedahkan para petugas perubatan di Pusat Nasr ditekan oleh pihak berkuasa agar merekodkan punca kematian penyokong Morsi itu akibat seksaan dalam tahanan, bukan ditembak ketika serangan polis di Rabaah.

Tekanan ini diberikan oleh pihak berkuasa melalui Kementerian Kesihatan kepada anggota keluarga mangsa korban yang ingin menuntut mayat keluarga masing-masing. Sebagai contoh, Rumah Mayat "Zenhom" enggan membenarkan mayat mangsa dikeluarkan sehingga keluarga mangsa menandatangani surat akuan bahawa mangsa mati akibat membunuh diri.

Percubaan kelima, pihak tentera melepaskan gas pemedih mata ke dalam Masjid Al-Iman -masjid yang dijadikan tempat pengumpulan jenazah penyokong Morsi - bagi menyuraikan ahli keluarga mangsa yang sedang mengecam jenazah di dalamnya.


Tindakan tentera itu dipercayai bertujuan untuk mencuri jenazah di Masjid itu bagi mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan bukti dengan mendakwa hanya sedikit yang terkorban dalam serangan semalam.


(Anggota keluarga meneliti senarai nama mereka yang terkorban)
Dalam pada itu, sumber R.N.N menyebut kiraan pertama angka syuhada' sehingga kini melebihi 3,000 orang di seluruh negara sepanjang operasi ketenteraan semalam.

Mereka yang terkorban di dua lokasi utama himpunan iaitu Raba'ah dan Nahdhah sahaja melebihi 2,500 orang.

Lebih 300 orang lagi dilaporkan terkorban di beberapa wilayah lain dalam perhimpunan yang diadakan sejurus pembunuhan di Raba'ah dan Nahdhah.

Di pihak kerajaan kudeta pula, mereka hanya menyebut jumlah kematian hanya ratusan, malah tidak lebih dari 1000 orang.

Mereka pula lebih membesarkan kes beberapa orang polis terkorban dalam inseden semalam.

Terpanas ! Yang Dipertuan Agong Murka Terhadap Mukhriz Isu KUIN?

Tranungkite

YDPA telah murka terhadap mukhriz. Baginda memberi tempoh kepada mukhriz sehingga bulan 12 ini untuk menyelesaikan segala kemelut yang melanda KUIN, jika mukhriz tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, baginda akan menggunakan kuasa veto yang ada untuk mengarahkan semua pelajar dan staf KUIN dipindahkan semula ke kuala ketil.

YDPA akan memantau perjalanan pentadbiran KUIN dan kerajaan kedah bagi memastikan nasib pelajar dan KUIN khususnya kampus kuala ketil terbela...


p/s: jangan pernah berhenti bermunajat dan beruzlah kepada Allah...

ISBIRU WASOBIRU WARABITHU
Keadaan Asrama Farabi.

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendesak Kerajaan Kedah dan pengurusan tertinggi Kolej Universiti Insaniah (KUIN) agar menyemak keputusan untuk memindahkan semula KUIN kembali ke kampus Mergong.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid mempersoalkan langkah pemindahan itu dan kedudukan sebenar kampus KUIN Kuala Ketil yang masih disembunyikan oleh pihak kerajaan negeri sama ada ia akan dijual atau disewa kepada pihak lain.

Katanya, langkah untuk menyembunyikan kedudukan sebenar masa depan kampus KUIN Kuala Ketil adalah suatu tindakan yang membelakangi hak mahasiswa dan rakyat Kedah sebagai pendukung kepada pembinaan kampus ini.

“Tindakan untuk menjual atau menyewa Kampus KUIN Kuala Ketil yang tersergam indah dan kembali ke kampus lama Mergong adalah suatu usaha langkah ke belakang yang sangat merugikan dan mengecewakan rakyat negeri Kedah,” katanya dalam satu kenyataan media.

Kenyataan media bersama Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA), Ustaz Ahmad Yahya, Naib Pengerusi Salimah Kedah, Masadah Sajadi, Yang Dipertua ABIM Kedah, Zulazri Mohd Sani, Presiden Pertubuhan Darul Mustafa Kedah, Hafiz Mustafa Lubis dan Pengarah Pusat Santuni Rakyat (PSR) Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman itu sebagaimana di bawah.

Umum mengetahui bahawa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) merupakan institut pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri Kedah yang telah berkembang pesat sejak penubuhan lebih 15 tahun.

Ia adalah pusat pengajian tinggi yang membanggakan seluruh rakyat negeri Kedah dan ianya menjadi pemangkin kepada pengembangan dunia pendidikan dan keilmuan di negeri ini.

Dalam fasa 5 tahun lepas, dalam mencapai prestasi yang cemerlang untuk dianugerahkan mandat Universiti penuh, pihak KUIN telah melaksanakan pelbagai program pembangunan sama ada dalam bidang akademik, pembangunan syahsiah dan kelengkapan kampus pembelajaran.

Pihak MAPIM telah menerima memorandum dari mahasiswa KUIN Kampus Kuala Ketil yang mendesak pihak Kerajaan Negeri Kedah untuk terus kekalkan Kampus Kuala Ketil sebagai pusat pembelajaran mahasiswa KUIN.

Memorandum itu juga meminta Kerajaan Negeri Kedah yang bertanggungjawab penuh keatas pentadbiran KUIN untuk membatalkan hasrat mengarahkan mahasiswa berpindah ke kampus lama Mergong.

MAPIM bersama beberapa NGO Islam negeri Kedah termasuk Teras Pengupayaan Melayu (TERAS),Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA), Abim negeri Kedah, Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah), Pusat Santuni Rakyat (PSR) Sik dan Pertubuhan Darul Mustafa Negeri Kedah dengan ini menyokong penuh tuntutan mahasiswa KUIN Kuala Ketil yang terkandung dalam memorandum tersebut.

MAPIM juga bersetuju diatas langkah Jawatankuasa Bertindak Mahasiswa untuk bertemu mengadap bagi menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah selaku Cancelor KUIN yang telahpun pada 29 Januari 2013 lalu menjunjung kasih hadir perkenan merasmikan kampus KUIN Kuala Ketil.

Hasil pemantauan dan tinjauan yang telah dilakukan oleh pihak MAPIM, beberapa faktor penting yang menjadi pemasalahan besar kepada kebajikan mahasiswa sekiranya mahasiswa kampus Kuala Ketil dipindahkan ke kampus Mergong.

Mahasiswa berdepan dengan risiko keselamatan yang sangat kritikal di kampus Mergong dan Asrama Farabi.

Seperti yang sedia maklum keadaan bangunan yang sangat uzur dan serba kekurangan dari segi kelengkapan dan kemudahan.Kehidupan seharian mahasiswa terpaksa berada dalam keadaan bahaya, infrastruktur bangunan asrama dan kuliyyah kampus Mergong adalah tidak memenuhi syarat kelulusan (CF) seperti yang disyaratkan oleh pihak berkuasa tempatan(PBT).

Seharusnya pihak pentadbiran mengambil cakna dengan keadaan bangunan yang sangat tidak selesa untuk diduduki dan risiko berlakunya kebakaran sangat tinggi. Selain daripada itu, kawasan kampus Mergong yang terlalu kecil tidak mampu menampung kuantiti pelajar yang ramai dan semakin bertambah.

2. Mahasiswa akan mengalami gangguan emosi dan mental dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sekiranya keputusan perpindahan ini diteruskan juga, ianya sangat menggangu emosi mahasiswa yang telahpun berpindah tiga kali sebelum ini di pelbagai lokasi bermula daripada kampus Mergong ke kampus Stargate Alor Setar kemudian ke kampus Kuala Ketil dan akhirnya kembali ke kampus Mergong semula .

Proses jadual kelas yang tidak teratur, bebanan tugasan pembelajaran bagi menghabiskan silibus yang tergesa-gesa dan pembelajaran dalam masa yang singkat akan mengganggu emosi dan mental pelajar untuk belajar dengan tenang dan teratur.

3. Mahasiswa terpaksa menanggung bebanan kewangan yang tinggi.

Situasi ini berlaku apabila kebanyakkan mahasiswa yang telah mengikat perjanjian sewa rumah dengan tuan rumah untuk menyewa rumah di kawasan Kuala Ketil.
Ini menyebabkan deposit serta kos perbelanjaan yang tinggi perlu ditanggung oleh mahasiswa berdasarkan perjanjian yang telah dibuat. Berdasarkan soal jawab yang telah dibuat sewaktu perjumpaan mahasiswa Kuliyyah Muamalat, seorang mahasiswa telah memaklumkan meraka terpaksa membayar hampir RM4,000 baki sewa rumah sekiranya ingin meningglkan rumah tersebut sebelum tamat tempoh perjanjian selama setahun yang ditetapkan oleh pemilik rumah.

4. Tempat belajar yang kurang kondusif di kampus Mergong.

Penilaian MQA bagi setiap kursus yang telah dipohon mewajibkan pentadbiran sesebuah IPTS menyediakan kemudahan-kemudahan bagi melancarkan proses P&P (Pengajaran dan Pembelajaran). Jika perlu dibandingkan antara kelas yang cukup untuk menampung keperluan dengan kelas yang besar dan selesa, pastilah kelas yang besar dan selesa yang akan dipilih.

MAPIM mendapati kelas yang akan digunakan oleh pelajar apabila berpindah ke kampus Mergong sangat tidak kondusif untuk proses pembelajaran yang selesa dan baik. Sedangkan kelas pembelajaran di KUIN Kuala Ketil adalah terbaik dan setanding dengan kampus IPT terbaik di Malaysia.

5. Penginapan pelajar yang tidak selesa dan bebanan kos deposit rumah.

Situasi di bangunan Asrama Al-Farabi, kampus Mergong yang telah dipetik dari kenyataan rasmi pengerusinya menyatakan bangunan tersebut adalah banggunan rumah flat empat (4) tingkat. Setiap rumah akan dihuni oleh lapan (8) orang pelajar. Untuk menampung bilangan pelajar dari Kampus Kuala Ketil ke Mergong, pentadbiran telah menyediakan 200 tempat untuk pelajar lelaki dan 600 tempat untuk pelajar perempuan di bangunan asrama yang bersebelahan dengannya.

Malangnya, bangunan tersebut yang di laporkan; tiada Certificate Safety (CS), sistem pendawaian dan air yang perlu diselenggara kembali, sudah pasti akan memakan masa yang lama dan menelan sejumlah kos yang tinggi serta mengganggu kosentrasi pelajar untuk belajar dengan lebih selesa.

6. Kampus KUIN Kuala Ketil adalah terbaik, strategik dan kondusif dari segi kemudahan prasarana dan tempat pembelajaran yang telah dan sedang dibangunkan bagi memenuhi syarat-syarat sebuah universiti berbanding kampus KUIN di Mergong yang masih di tahap lama.

Cadangan Mapim Untuk Peningkatan Kualiti P&P Dan Usaha Penafaran Mahasiswa Kuin Sebagai Mahasiswa Bertaraf Mumtaz.

Memohon agar dikekalkan kampus KUIN Kuala Ketil dan menjadikan ia sebagai kampus tetap kerana Infrastruktur yang telah dibangunkan memenuhi syarat-syarat sebuah universiti jauh lebih baik, selesa dan lengkap dengan kemudahan berbanding kampus KUIN di Mergong.
Memohon agar penempatan asrama dalam kampus KUIN Kuala Ketil yang telah diberhentikan operasi pembinaanya diteruskan.

Mencadangkan agar pihak pentadbiran KUIN mencari penempatan sementara untuk menunggu asrama di dalam kampus Kuala Ketil siap sepenuhnya.

Pentadbiran perlu mengariskan pelan jangka masa panjang kolej untuk mencapai taraf universiti penuh.

Meningkatkan usaha pemasaran dan publisiti untuk peningkatan kuantiti pelajar pada masa akan datang dengan jumlah yang kompetatif untuk kampus Kuala Ketil.

Meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti kakitangan dalam fasa menjadikan KUIN sebagai tapak medan dakwah Islamiah yang memerlukan daya usaha yang tinggi dan bersungguh-sungguh.

Meningkatkan inisiatif kebajikan dikalangan mahasiswa dan seluruh kakitangan dan tidak menafikan hak untuk mereka menyuarakan sebarang pandangan dan teguran kepada pihak pengurusan tertinggi KUIN.

Menjadikan kampus Kuala Ketil sebagai kampus utama dan tunggal sebagai langkah ekonomik untuk mengurangkan bebanan kos pembiayaan dua buah kampus.

MAPIM mendesak pihak Kerajaan Negeri Kedah dan pihak pengurusan tertinggi KUIN untuk menyemak semula keputusan untuk memindahkan semula KUIN kembali ke kampus Mergong.

MAPIM mempersoalkan langkah pemindahan ini dan kedudukan sebenar kampus KUIN Kuala Ketil yang masih disembunyikan oleh pihak Kerajaan Negeri Kedah sama ada ia akan dijual atau disewa kepada pihak lain.

Langkah untuk menyembunyikan kedudukan sebenar masa depan kampus KUIN Kuala Ketil adalah suatu tindakan yang membelakangi hak mahasiswa dan rakyat Kedah sebagai pendukung kepada pembinaan kampus ini.

Tindakan untuk menjual atau menyewa Kampus KUIN Kuala Ketil yang tersergam indah dan kembali ke kampus lama Mergong adalah suatu usaha langkah ke belakang yang sangat merugikan dan mengecewakan rakyat negeri Kedah.

Kami dengan ini mengesa agar isu kampus KUIN di Kuala Ketil diselesaikan dengan bijak dan keutamaan diberi kepada mengekalkan kampus yang telah dibina di Kuala Ketil.

Kedahkini

Himpunan Munajat 100K, Dataran Merdeka, esok

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Satu himpunan besar-besaran akan diadakan esok bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman kerajaan kudeta Mesir yang bertindak kejam membunuh rakyat mereka.

Himpunan yang dinamakan Himpunan Munajat 100k itu akan diadakan di Dataran Merdeka bermula jam 4 petang hingga 9 malam esok.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan beberapa lagi pemimpin dijangka memimpin munajat ini.

Himpunan ini anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama parti-parti politik serta badan bukan kerajan (NGO).

Sehubungan itu, penganjur mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk sama hadir memohon doa kepada Allah SWT agar menyelamatkan rakyat Mesir dari tindakan zalim pemerintah pimpinan tentera yang telah merampas kuasa.

Mayat wanita tinggal separuh dimakan kucing peliharaan

London: Seorang wanita Hampshire ditemui dengan tubuhnya tinggal separuh selepas dimakan oleh kucing peliharaannya berikutan mayatnya tidak ditemui selama dua bulan.

Mayat Janet Veal ditemui di dapur kediamannya, dua bulan selepas dia meninggal dunia bersama sebilangan besar kucing dan anjing yang hidup dan juga yang sudah mati.

Haiwan berkenaan terperangkap dalam ruang sempit bersama mayatnya dan kemungkinan tidak diberi makan sejak beberapa bulan. Pegawai polis yang berkunjung ke kediamannya menjelaskan bahawa mayat wanita berusia 56 tahun itu sudah “digigit dan dimakan” oleh haiwan peliharaannya.

Jiran tetangga dikatakan sudah memaklumkan kepada polis mengenai Janet selepas mereka tidak melihatnya sejak beberapa lama. Polis mengesahkan Janet mati secara semula jadi. Rekod perubatannya mendedahkan Janet menghidap masalah sakit dada dan walaupun bedah siasat ternyata sukar kerana mayatnya yang sudah reput dan anggota badan yang hilang, pakar patalogi menyimpulkan bahawa kematian Janet mungkin akibat penyakit pulmonari kronik.

Pegawai polis Dave Ivey menemui mayat Janet dan menyatakan haiwan peliharaannya tidak dapat keluar dari tempat di mana mayat wanita itu ditemui.

Koroner Keith Wiseman berkata, haiwan berkenaan mungkin terkurung di tempat mayat ditemui selama beberapa bulan.

“Jelas sekali bahawa bahagian tertentu mayat Janet hilang dan mungkin digigit serta dimakan haiwan berkenaan.

“Kita dapat bayangkan bagaimana perasaan pegawai polis itu apabila bertemu dengan mayat Janet,” katanya.

Selepas mengesahkan bahawa wanita itu mati secara semula jadi, Wiseman berkata, tiada tanda menunjukkan bahawa Janet diserang oleh haiwan itu ketika dia masih hidup. “Saya yakin Janet mati secara semula jadi kerana tiada bukti menunjukkan dia diserang oleh haiwan peliharaannya itu,” katanya.
-Agensi-

Belasah isteri dalam lif: Berang gara-gara anak enggan ikut bersiar-siar

Mangsa dibelasah suami.BUKIT MERTAJAM: Berang kerana anak-anak enggan mengikutnya keluar bersiar-siar, seorang suami sanggup melampiaskan kemarahan terhadap isterinya walaupun ketika berada di hospital.
Wanita yang teruk dibelasah dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda di sini, berkata suami memintanya agar memberi kefahaman kepada anak-anak yang dia jarang pulang dan ingin membawa mereka keluar.
Kes lelaki belasah isteri: Wanita mahu dakwa suami
"Anak kedua merengek dan enggan mengikutnya. Mungkin ini membuatkan dia menjadi marah," ujar wanita yang memiliki tiga orang anak berusia antara empat hingga sembilan tahun, hasil perkongsian hidup selama 12 tahun dengan suaminya itu.

Video penyokong Mursi yang dibakar hidup-hidup

Sifat Celaka Polis Mesir Pro Presiden Rampasan Kuasa

CNP
Wanita dipukul berkali-kali di kepala dan tubuh dengan cotal logam. Seakan tak puas dengan pukulan berkenaan, seorang tentara menginjak kepalanya berulang kali. Perempuan itu dengan lemah mencoba untuk melindungi kepalanya dari pukulan tanpa henti itu dengan tangannya. Namun, dia kemudian tak sadarkan diri dalam serangan yang memalukan itu, dan dia dibiarkan tergeletak tak bergerak dengan aib aurat terdedah.

Perempuan yang tak disebutkan namanya itu, tidak mahu tampil karena merasa malu dengan perlakuan yang dialaminya. Rekaman video dan fotonya ketika dipukuli, ditendang, dan akhirnya tersungkur di tanah di Tahrir Square, Kairo, itu telah menjadi berita utama di seluruh dunia.

- Maaf saya tak mahu letak video berkenaan kerana terlalu aib!!

Lebih 2,000 terkorban, hospital dibakar, jurufoto ditembak

Harakahdaily
MESIR: Menurut sumber Ikhwan, lebih 2000 penyokong legitimasi yang berkampung di Medan Raba'ah Adawiyah terkorban digempur pihak tentera sejak pagi semalam.

Seorang peserta himpunan, Tahaluf Wathani berkata, berdasarkan kiraan jenazah yang dikumpulkan, terdapat 2600 jenazah sehingga kini di Medan Raba'ah Adawiyah.

Selain jumlah korban itu, dianggarkan kira-kira 15,000 lagi mengalami cedera dan luka akibat serangan tersebut.

Dalam pada itu serangan oleh pihak tentera sejak semalam turut mensasarkan jurugambar dan wartawan di lapangan yang menyaksikan beberapa orang daripada petugas media turut terkorban.

Jurugambar bagi saluran Misr25, Ahad Abelgawad, turut ditembak mati dalam pembunuhan beramai-ramai semalam.

Seorang lagi jurugambar Mus'ab Asy Syami juga terkorban. Beliau digelar sebagai hero jurugambar di kalangan rakannya kerana sentiasa berjaya merakam gambar-gambar terbaik sepanjang berlakunya perhimpunan.

Selain itu, anak perempuan kepada seorang tokoh Ikhwan Muslimin turut menjadi mangsa kekejaman tentera rejim semalam.

Asmaa Mohamed El Beltagi, 17, anak perempuan El-Beltagi maut selepas terkena tembakan peluru hidup yang dilepaskan pihak tentera.

Tidak cukup dengan itu, pihak tentera juga dilaporkan turut membakar bangunan hospital di lapangan dalam keadaan ribuan jenazah ditempatkan dan mereka yang cedera sedang menerima rawatan.

Menurut laporan TV Al-Quds, pasukan tentera dan polis telah membakar Hospital Lapangan di Medan Rabiatul Adawiyah yang terdapat di dalamnya jenazah-jenazah penyokong Morsi dipercayai bagi melupuskan bukti pembunuhan.

Tentera juga turut menggunakan jentolak dan kereta perisai merobohkan khemah-khemah penyokong Morsi yang didirikan di medan Raba'ah itu.

Malah ada diantara khemah dibakar oleh pihak tentera dalam keadaan ada di kalangan penyokong khususnya kanak-kanak dan wanita masih berlindung di dalamnya.

Setakat ini, Medan Raba'ah sepenuhnya telah dikawal oleh pihak tentera, manakala penyokong Morsi kini bergerak ke Medan Alf Maskan sebagai pusat baru himpunan.

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden Mesir lantikan kudeta, Dr Mohammed El Baradei juga mengumumkan meletakkan jawatan.

Jabatan Presiden Sementara (kerajaan haram kudeta) Mesir juga telah mengeluarkan kenyataan bagi perintah darurat yang berkuat kuasa selama sebulan bermula dari waktu asar hari semalam.

Kalau Najib Masih Peduli

Blog kadirjasin.blogspot.com
MUNGKIN saya ketinggalan zaman. Mungkin saya haiwan purba (dinosaur) yang tidak pupus. Mungkin kerana itu dari awal-awal lagi saya mementang pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat (EO) dan Akta Buang Negeri.

Saya berpegang kepada falsafah bahawa undang-undang tahanan perlindungan terbukti berguna. Ia bukan sahaja melindungi 99% rakyat jelata yang mematuhi undang-undang dan hidup aman damai malah ia juga melindungi penjenayah, ahli kongsi gelap, samseng jalanan dan anarkis daripada membunuh satu sama lain.

Cuba tanya, berapa banyakkah ahli kongsi gelap, samseng jalanan dan anarkis yang mati atau cedera kerana saling tembak menembak ketika dalam tahanan perlindungan?

Bandingkan pula dengan bilangan mereka yang dibunuh dan membunuh selepas Perdana Menteri Mohd Najib bin Abdul Razak dan Parlimen dengan begitu gembira sekali memansuhkan undang-undang perlindungan di atas pada tahun 2011.

Saya rasa Mohd Najib, ahli Kabinet beliau dan Ahli Parlimen yang menyokong pemansuhan ISA, EO dan Akta Buang Negeri wajib bertanggungjawab ke atas rakyat jelata yang menjadi mangsa tindakan mereka.

Alhamdulillah, nampaknya sebahagian daripada mereka yang ikhlas, peduli dan berani telah menyedari “folly” mereka dan, secara tersurat atau tersirat, mula mengakui bahawa pemansuhan undang-undang berkenaan telah membawa mudarat kepada negara dan rakyat jelata yang cintakan keamanan.

Ahmad Zahid Bersuara

Yang terbaru “menyalahkan” pemansuhan EO sebagai punca peningkatan mendadak jenayah adalah orang kuat Mohd Najib sendiri, Ahman Zahid Hamidi, Menteri (Keselamatan) Dalam Negeri.

Cuma saya hendak tahu, apakah yang Ahmad Zahid buat waktu cadangan pemansuhan itu dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet?

Beliau dilaporkan oleh akhbar Mingguan Malaysia sebagai berkata pemansuhan EO berpotensi menghasilkan 260,000 penjenayah. Mengikut unjuran beliau, tiap seorang daripada 2,600 tahanan EO yang dibebaskan mempunyai purata 10 pengikut yang apabila dicampurkan menjadi 26,000 dan mereka ini pula mencari 10 pengikut setiap seorang bagi menjadikan jumlahnya 260,000. Masuk akal.

[Mingguan Malaysia dibaca oleh ahli dan penyokong Umno, oleh anggota polis dan tentera dan oleh orang Melayu yang banyak jadi polis dan tentera.]

Laporan akhbar The Star 12 Ogos pula mengatakan kongsi gelap, kumpulan samseng dan geng jenayah mencari ahli baru ketika mereka di bangku sekolah lagi.

Seorang pemandu India yang pernah bekerja dengan saya berkata “perang kawasan” sangat sengit di kalangan bekas tahanan EO keturunan India. Katanya, yang keluar tahanan cuba mendapatkan balik kawasan operasi mereka dan yang diambil alih oleh lawan mereka. Maka berlakulah serang menyerang, bunuh membunuh. (Baca di sini).

Pembangkang Turut Bersekongkol

Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menyangkal unjuran Ahmad Zahid.

Saya langsung tidak hairan. Pembangkang terpaksa menyembunyikan peranan mereka dalam pemansuhan ISA dan EO serta sikap negatif mereka terhadap pasukan polis.

Merekalah yang mendesak, mengasak, menekan dan mengenjut Mohd Najib sehingga beliau naik takut (takut hilang undi) hingga tergesa-gesa menghapuskan akta-akta itu.

Sekarang Guan Eng sudah gelabah sebab negeri perintah beliau sendiri, Pulau Pinang, adalah antara yang paling teruk dilanda jenayah. Dari dulu lagi Pulau Pinang adalah kawasan panas kongsi gelap tetapi telah berjaya dikurangkan. Kini, tanpa EO dan tangan polis pula terikat, jenayah nyawa dan harta benda meningkat semula.

Seorang Ahli Parlimen pembangkang dari PKR (dan bekas tahanan ISA) yang mengunjungi saya untuk beraya, berkata mereka pun terkejut dengan kepantasan Mohd Najib memansuhkan ISA, EO dan Akta Buang Negeri.

Soalannya, di manakah Ahmad Zahid dan anggota Kabinet lain ketika cadangan pemansuhan ISA, EO dan Akta Buang Negeri itu dibincangkan?

Jangan lepas tangan mengatakan Kabinet tidak bincang dan bahas hal itu. Habis apa tugas dan peranan Kabinet? Jangan juga beritahu bahawa itu semua kerja budak-budak liberal dan budak-budak lautan biru Tingkat Empat. Habis, masakan Kabinet “yes sir” saja? Tidak masuk akal. Mustahil.

Kesimpulannya kalau Mohd Najib, ahli Kabinet dan Ahli Parlimen - tidak kira Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat – telah terlanjur, silalah mengaku kesilapan dan berpatah balik.

Kalau mereka masih peduli kepada 99% rakyat jelata yang cintakan keamanan dan perlukan perlindungan, mereka WAJIB segera membuat undang-undang baru yang lebih tegas bagi menggantikan akta-akta yang mereka mansuhkan.

Tidak perlulah saling salah menyalahkan, sanggah menyanggah dan mencari “milage” politik murah atas linangan air mata rakyat. Cukuplah buat kerja naif dan main politik.

Negara kita sudah sama teruk dengan negara-negara jiran yang dulu kita cemuh dan kita hina kerana kononnya dipenuhi jenayah.

Wallahualam.

Ustaz Zaharuddin membuat penjelasan perkahwinan keduanya 'Saya & Poligami'

Ummu Habibah r.a (salah seorang isteri nabi s.a.w) pernah berdoa meminta dikurniakan suatu nikmat dunia hasil dari perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w. Namun nabi menasihatinya dengan kata baginda
قَدْ سَأَلْت اللَّه عَزَّ وَجَلَّ لِآجَالٍ مَضْرُوبَة , وَأَيَّام مَعْدُودَة , وَأَرْزَاق مَقْسُومَة , وَلَنْ يُعَجِّل شَيْئًا قَبْل حِلّه , أَوْ يُؤَخِّر شَيْئًا عَنْ حِلّه , وَلَوْ كُنْت سَأَلْت اللَّه أَنْ يُعِيذك مِنْ عَذَاب فِي النَّار , أَوْ عَذَاب فِي الْقَبْر كَانَ خَيْرًا وَأَفْضَل
Ertinya: Engkau telah meminta dari Allah tentang ajal maut yang telah ditentukan, hari-hari kita yang telah dihitungkan, rezeki-rezeki yang telah Allah bahagikan, dan pasti tiada diawalkan sesuatu dari masanya, atau dilewatkan dari masanya.....(Sahih Muslim)

Justeru,
1. Perkahwinan adalah dalam rezeki dan ketentuan Allah yang pasti sampai bila tiba masanya.
2. Rezeki isteri sedia ada dan yang baru menjadi isteri juga adalah ketetapan Allah swt. Tiadalah patut poligami dianggap penyebab hak dan rezeki isteri sedia ada dirampas. Menurut hadis sohih, masing-masing tidak boleh merampas hak dan rezeki khususnya apabila ia dilaksanakan mengikut neraca, prosedur dan tatacara hukum Shariah.
3. Perkahwinan ini hanya berkait dengan tiga keluarga terdekat bagi mereka (suami, isteri sedia ada dan yang baru). Justeru, jika kalian tidak termasuk dalamnya, seeloknya doakan sahaja pasangan ini atau kamu mengulas sesuatu yang di luar urusanmu yang menjadi sebab menjadi muslim yang buruk akhlak (berdasarkan kepada hadis من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه)
4. Tiada perlu membuat dosa umpatan, sangka buruk, spekulasi sebab atau bertanya cara kenal, umur, latar belakang pasangan, sebab, jumlah mas kahwin atau apa jua. Kerana ia bukanlah urusan yang mampu kalian ketahui dengan perincian yang tepat lagi sohih. Rumahtangga orang lain yang terbina jangan pula menjadi sebab susahnya fikiran kalian atau lebih bahaya, penambah dosa.
5. Maka apa jua sebab dan alasan, jika kalian membencinya, kalian turut membenci ketetapan Allah ke atas seorang hamba Allah yang berkahwin secara halal lagi menurut tatatertibnya.
6. Jika kalian ingin tahu, prosedur ringkas poligami yang SAYA turuti adalah:

a. Istikharah dan doa istikharah di Mekah dan Madinah serta tanahair beberapa bulan. Keputusan saya khususnya bukan hanya dari logik dan aqal tetapi ilham dan kemudahan dari Ilahi.
b. Sentiasa Istisharah (berbincang) dengan isteri sedia ada dan menyakinkan beliau akan manfaat dunia akhirat dari perkahwinan kedua yang dirancang buat kesemua kami yang terlibat.
c. Meminang bakal isteri kedua dengan kehadiran isteri sedia ada yang bersama-sama menjelas dan menerangkan hatta bebas mencadangkan tarikh pernikahan.
d. Mendapat restu dan redha bakal mertua dan keluarganya.
e. Memaklumkan kepada mertua sekarang dengan jelas serta terang lalu mendapat restu dan redha mereka.
f. Memaklumkan dan menjelaskan kepada anak-anak (2 dalam usia remaja dan 2 dalam usia kanak-kanak) akan tujuan berkahwin buat kali kedua sebagai langkah awal untuk memahamkan mereka tentang poligami yang baik menurut syarak.
g. Memulakan proses undang-undang, iaitu perlu memohon izin dari Mahkamah Syariah (di negeri masing-masing). Hakim akan meneliti semua sebab musabbab serta kedudukan kewangan pemohon. Permohonan saya telah DILULUSKAN Mahkamah Tinggi Shariah Selangor. Nasihat saya, jadikan bernikah di Thailand sebagai pilihan terakhir setelah semua proses tanahair disekat secara salah atau tidak adil atau terlalu menyusahkan.
h. Menetapkan perincian nafqah, giliran dan pembahagian harta sepencarian bagi isteri sedia ada. Juga bagi anak-anak sedia ada. Ini penting agar kedudukan dan jasa isteri sedia ada terjaga serta keadilan material dan fizikal terjaga. Pembahagian ini TELAH diluluskan oleh mahkamah.
i. Bersabar dan menangani cemburu yang fitrah bagi wanita secara hikmah, sabar serta rasional. Ini perlu ilmu, tanpa ilmu kita tewas.
j. Bersikap kasih sayang, lembut serta konsisten dalam komunsikasi
k. Kemudian, bernikahlah secara terbuka dengan walimah serta jemputan.
l. Peka terhadap perasaan isteri-isteri serta meraikannya dan tambahkan kerohanianmu dan solatmu justeru bertambahlah sabarmu.

‘Say No’ kepada poligami rahsia dan dibuat secara sembrono. Bersabar hadapi cacian mereka yang cemburu di luar sana, kerana mereka hanya menambah pahalamu dan menempah tiket ke azab Allah. Bersabar juga dengan pujian yang merupakan ‘pembunuh senyap’ keikhlasan niatmu.

Kalau sebelum ini kita kagumi Rasulullah dan sifat sabarnya, bila berpoligami, pastilah bertambah fahamnya kita akan MAHA AGUNGNYA SIFAT SABAR baginda Nabi dan isteri-isterinya.

Baginda cemerlang di dalam rumah dan luar rumah. Fizikal dan spiritual.

Bantulah kami dengan mendoakan kami, itu jutaan kali lebih baik dari berspekulasi dan bersangka-sangka serta ‘terlebih mengambil berat’ dengan bertanya itu dan ini kepada isteri-isteriku yang dicintai.

Tiadalah bertambah mulia atau cela dengan poligami dan monogami. Pokoknya adalah bagaimana kamu menjalankannya.

Berhentilah dari hasrat ingin menghubungi isteri-isteri saya bagi menyampaikan rasa TIDAK PUAS HATI kalian atau cuba menyampaikan sangsi, 'racun amarah masing-masing' dan keraguan kalian. Tiada faedahnya dan perhatikanlah diri dan keluargamu, saya pula pasti bertanggungjawab atas keluarga saya. Insha Allah.

Bagi yang bujang, tidak perlu resah..tidak habis wanita solehah di luar sana..rezekimu akan sampai pada waktunya asalkan kamu bersedia dan soleh juga.

PADAMLAH gambar-gambar yang DISEBARKAN dan disensasikan TANPA izin kami. Inilah gambar yang kami rasakan sesuai dikongsi bersama masyarakat awam. Semoga catatan ringkas ini mampu menarik keberkatan buat kami dan kalian.

Akhir sekali, TIADA PERLU cemburu, dengki atau hasad dengan kami kerana BAHAGIA kalian BUKAN terletak pada URUSAN kami ATAU kucar kacirnya kami tetapi pada hati dan diri kalian sendiri. Janganlah mencari bahagia dengan PERKARA DOSA.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
6 Syawwal 1434

(Gambar) Bayi terbakar sendiri 4 kali

Bayi terbakar sendiri 4 kaliNew Delhi: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dilaporkan kian pulih selepas badannya didakwa terbakar tiba-tiba empat kali.
Rahul dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital di Chennai minggu lalu akibat melecur teruk pada seluruh badannya.

Doktor di hospital itu berkata, Rahul mengalami “pembakaran spontan.”

Kakitangan perubatan mendakwa buat kali keempat dalam hidupnya, tubuh Rahul terbakar tanpa sebab seperti cucuhan atau percikan luaran.

Kata doktor, kejadian itu mungkin berpunca daripada pembuangan gas pada kulitnya dan menyebabkan dada dan kepala bayi terbabit terbakar.

Ketua pediatrik hospital tempat Rahul dirawat, R Narayana Babu berkata, keadaan bayi berkenaan stabil dan masih dirawat akibat melecur.

“Rahul dibantu dengan sistem pernafasan di unit rawatan rapi,” katanya.

Dia memberitahu rancangan IBN Live bahawa Rahul masih di bawah pemerhatian dan akan keluar hospital selepas dua minggu bergantung pada keadaannya.

Rahul berasal dari Villupuram kira-kira 100 kilometer dari Chennai mengalami kejadian pertama ketika berusia sembilan hari.

Ibunya Rajeswari berkata, orang ramai menyangka dia yang sengaja membakar anak lelakinya itu.
“Penduduk kampung memulau kami dan keadaan Rahul menyebabkan kami sekeluarga kehilangan segala-galanya,” katanya ketika ditemui.

Rajeswari mendakwa Rahul sudah mengalami empat episod terbakar dengan insiden terakhir berlaku bulan lalu.

Bagaimanapun, doktor di Hospital Kolej Perubatan Kilpauk di Chennai yang merawat Rahul berkata, mereka hanya bergantung kepada keterangan ibunya kerana bayi itu tidak mempunyai rekod perubatan.
Profesor Jabatan Pediatrik di Hospital Kolej Perubatan Kilpauk R Jayachandran berkata Rahul perlu dipantau dengan rapi.

“Kami akan menyiasat sama ada penyakitnya itu berpunca daripada genetik dan akan menjalankan ujian bagi mengetahui jenis gas yang dikeluarkan bayi itu,” katanya. 
-Agensi