"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Pengundi terpilih terima tunai di pejabat Umno lepas mengundi


Kira-kira 100 pengundi dilihat beratur di luar pejabat Umno Tanjung Karang selepas mengundi bagi kerusi pilihan raya kecil Sungai Besar ketika pusat pengundian hampir ditutup petang ini.

Menurut sesetengah mereka, mereka dimaklumkan melalui telefon semalam untuk hadir sendiri di pejabat itu selepas mengundi.

Di pejabat Umno Tanjung Karang itu, beberapa kaunter khas didirikan mengikut saluran mengundi dan pengundi perlu memeriksa jika nama-nama mereka berada dalam senarai sebelum dibayar.

Menurut seorang pengundi, jumlah wang bergantung kepada tempat kediaman seseorang itu.

"Saya bekerja dan tinggal di Shah Alam tetapi alamat saya boleh mengundi di Sekinchan, maka saya dapat RM200," katanya kepada Malaysiakini tetapi tidak mahu namanya disiarkan.

"Saya dapat telefon dan mereka suruh saya datang ambil wang," katanya.

Seorang lagi pengundi wanita yang menghuni di Kuala Selangor tetapi mengundi di Sekinchan berdasarkan alamatnya di Sungai Besar yang tertera di MyKad menerima RM100.
Ditanya sama ada beliau mengundi Umno, beliau menjawab bukan.

"Tak apa, mereka tak tahu pun kita mengundi siapa, hanya perlu tunjukkan jari dakwat kepada mereka dan mendapat telefon daripada mereka semalam," katanya.


Walau bagaimanapun, bagi sesetengah pengundi Sungai Besar seperti lelaki yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Arif kecewa kerana gagal mendapat sebarang bayaran.

"Saya datang cuba tetapi nama tiada dalam senarai mereka," katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar untuk ulasan tetapi setakat ini belum berjaya mendapat sebarang reaksinya.
-malaysiakini

Analisis peti undi Parlimen Sungai Besar

Calon AMANAH kalah teruk di kawasan Melayu Sungai Besar dengan sesetengah peti undi tidak lebih daripada 20 undi.

Manakala peti undi PAS di kawasan Melayu masih boleh menyaingi BN. Beza undi keduanya antara 50 hingga ratusan undi sahaja.

Contohnya, peti undi bagi salah satu saluran di Kawasan Melayu Sungai Leman Kampung Darat, AMANAH mendapat 25 undi, BN (275) dan PAS (105).

Manakala peti undi bagi salah satu saluran di Kawasan Melayu Sek Keb Tok Khalifah pula seperti berikut: AMANAH 7, BN (157) dan PAS (100).

Bagi kawasan Cina, peti undi pula kelihatan berpecah kepada AMANAH dan BN dengan bezanya kebanyakan tidak lebih daripada 50 undi.

Hal ini menunjukkan BN masih boleh bertanding dengan Amanah dan mengaut hampir separuh undi di kawasan Cina.

Hal ini juga menunjukkan terdapat undi Cina berbalik kepada BN.

Contohnya, peti undi salah satu saluran bagi pusat daerah mengundi Sekinchan Selatan masing-masing bagi AMANAH sebanyak 150, BN (106) dan PAS (2).

Manakala bagi peti undi salah satu saluran di pusat mengundi SMJK Yoke Kuan adalah AMANAH mendapat 171 undi, BN (154) dan PAS (33).


PAS jauh tertinggal di kawasan Cina Sg Besar

PAS hilang sebahagian besar sokongan di Sekinchan, kawasan majoriti Cina.

Ia berdasarkan keputusan tidak rasmi di lima kawasan majoriti Cina dalam kawasan itu – Sekinchan, Sekinchan Selatan, Sekinchan Tempatan Selatan, Sekinchan Tempatan Tengah dan Sekinchan Tempatan.

Data-data itu menunjukkan PAS hanya mendapat 292 undi, jauh di belakang AMANAH yang mendapat 3,502 undi. BN mendapat 2,909 undi.

Calon AMANAH: Lebih baik dari jangkaan

Calon AMANAH Azhar Abdul Shukur rasa lega walaupun beliau berada di tempat kedua.

“Hebat, lebih baik daripada yang dijangkakan,” katanya
-malaysiakini

Keputusan Resmi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar

Rasmi: BN menang di Kuala Kangsar juga

9.55pm- Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai pemenang bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Pegawai pengurus Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria berkata Mastura berjaya mendapat 12,653 undi.

Kemenangan Mastura disambut tepukan gemuruh daripada hadirin di dewan itu, yang juga termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Berikut keputusan rasmi:

Izat Bukhary Ismail Bukhary 54
Dr Najihatussalehah Ahmad 5,684
Mastura Mohd Yazid 12,653
Ahmad Termizi Ramli 4,883
Undi rosak 239
Majoriti 6,969

Rasmi: BN menang di Sg Besar, majoriti melonjak

9.55pm: Sg Besar – Keputusan rasmi:

BN: 16, 800
AMANAH 7,609
PAS: 6,902

Majoriti: 9,191

Keputusan Resmi PRK Sungai Besar

Sg Besar
BN 16800
PAS 6902
Amanah 7609
AMANAH teruk di kawasan Melayu Sg Besar

9.49pm – Sg Besar 


Analisis peti undi


Calon AMANAH kalah teruk di kawasan Melayu Sungai Besar dengan sesetengah peti undi tidak lebih daripada 20 undi.


Manakala peti undi PAS di kawasan Melayu masih boleh menyaingi BN. Beza undi keduanya antara 50 hingga ratusan undi sahaja.


Contohnya, peti undi bagi salah satu saluran di Kawasan Melayu Sungai Leman Kampung Darat, AMANAH mendapat 25 undi, BN (275) dan PAS (105).


Manakala peti undi bagi salah satu saluran di Kawasan Melayu Sek Keb Tok Khalifah pula seperti berikut: AMANAH 7, BN (157) dan PAS (100).


Bagi kawasan Cina, peti undi pula kelihatan berpecah kepada AMANAH dan BN dengan bezanya kebanyakan tidak lebih daripada 50 undi. 


Hal ini menunjukkan BN masih boleh bertanding dengan Amanah dan mengaut hampir separuh undi di kawasan Cina.


Hal ini juga menunjukkan terdapat undi Cina berbalik kepada BN.


Contohnya, peti undi salah satu saluran bagi pusat daerah mengundi Sekinchan Selatan masing-masing bagi AMANAH sebanyak 150, BN (106) dan PAS (2).


Manakala bagi peti undi salah satu saluran di pusat mengundi SMJK Yoke Kuan adalah AMANAH mendapat 171 undi, BN (154) dan PAS (33).



PAS jauh tertinggal di kawasan Cina Sg Besar 


9.30PM: Sg Besar – PAS hilang sebahagian besar sokongan di Sekinchan, kawasan majoriti Cina. 


Ia berdasarkan keputusan tidak rasmi di lima kawasan majoriti Cina dalam kawasan itu – Sekinchan, Sekinchan Selatan, Sekinchan Tempatan Selatan, Sekinchan Tempatan Tengah dan Sekinchan Tempatan.


Data-data itu menunjukkan PAS hanya mendapat 292 undi, jauh di belakang AMANAH yang mendapat  3,502 undi. BN mendapat 2,909 undi.


Calon AMANAH: Lebih baik dari jangkaan


9.10pm: Sg Besar – Calon AMANAH Azhar Abdul Shukur rasa lega walaupun beliau berada di tempat kedua, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini.


“Hebat, lebih baik daripada yang dijangkakan,” katanya

-malaysiakini

Calon Amanah K Kangsar terbukti sangat popular di hari pengundian

BORHAN AHMAD
Dr Termizi menjadi kegilaan pengundi dan petugas hatta petugas BN. Gambar diambil di pusat mengundi Taman Bunga Raya.

Populariti calon Amanah di Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi terbukti di hari penamaan calon hari ini apabila beliau menjadi seumpama selebriti apabila melawat pusat-pusat pengundian.

Bukan sahaja penyokong Amanah bahkan juga penyokong Pas dan Barisan Nasional (BN) juga menyambut baik beliau.
Dr Termizi dengan petugas Pas di pusat pengundian di Taman Bunga Raya. Di pusat mengundi Taman Bunga Raya, sekumpulan petugas BN kelihatan berebut-rebut untuk iberselfie dengan calon Amanah itu.

Begitu juga petugas Pas. Mereka menerima salam Dr Termizi dengan penuh mesra.

Ilham Centre, sebuah pusat kajian bebas dalam laporan mereka malam tadi berkata, calon Amanah di Kuala Kangsar merupakan calon paling menonjol dan mempunyai faktor 'wow' kepada pengundi yang ditemui.

Latarbelakang anak tempatan Kampung Suak Petai Manong, keluarga yang besar di sana dan disokong dengan kelayakan akademik yang luar biasa bagi pengundi memberi kekuatan hampir 5 peratus atas faktor peribadi calon.

"Jika berlaku kejutan kepada BN di Kuala Kangsar, boleh dianggap berpunca daripada pemilihan calon yang salah dan Amanah meletakkan calon yang tepat," kata Hisomuddin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre dalam laporan akhir menjelang pengundian hari ini.

Bagi beliau, calon PAS dan strategi PAS hanyalah untuk mengekalkan sokongan pengundi mereka daripada beralih sokongan kepada Amanah semata-mata.

"Tidak lebih daripada itu," kata Hisomuddin.
-

Pucuk pimpinan tertinggi Pas diharap jangan terguris 'harumanis' Pas sokong Amanah di dua PRK

Jangan terguris 'harumanis' Pas sokong Amanah di dua PRK
ARIF ATAN
Shazni Munir Mohd IthninPucuk pimpinan tertinggi Pas diharap dapat menerima kecenderungan ahli-ahli parti itu yang menyokong Amanah dengan penuh lapang dada, ujar Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin.

Beliau yang juga Penyelaras Jentera Induk Pemuda Amanah di Sungai Besar berkata, segala ugutan, tohmahan, kata-kata nista dan kejian kepada kelompok berkenaan harus dihindarkan dalam konteks politik matang dan sejahtera.

"Ini memandangkan mereka juga mempunyai anak-anak, ayah, ibu dan keluarga yang perlu dipelihara hati dan perasaan sebagai manusia biasa," jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau mengulas kehadiran secara terbuka pimpinan kawasan dan cawangan Pas Kawasan Sungai Besar dalam pelbagai program penerangan anjuran Amanah selepas calon Pas, Dr Rani Osman menghadiri majlis iftar Amanah, Selasa lalu.

Menurut Shazni, kehadiran mereka dilihat sebagai sokongan tidak langsung kelompok yang digelar 'harumanis' ini kepada parti diterajui bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu itu.

"Politik seharusnya ditanggap sebagai salah satu daripada proses menentukan halatuju negara. Sebarang persengketaan berasaskan emosi, sentimen kepartian melampau dan ketaksuban membuta-tuli sewajarnya tidak berlaku dan wajib ditegah jika perlakuan-perlakuan jelek ini sedang bermaharajalela.

"Anggota setiap parti perlu ditertibkan dengan akal budi yang sihat dan tidak terjebak dengan pertelingkahan yang tidak membangun agama dan negara," ujarnya.

Sehubungan itu, Shazni mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersungguh-sungguh menggerakkan sokongan kepada calon Amanah dan Pakatan Harapan pada pilihanraya kecil kali ini.

"Marilah sama-sama kita berdoa agar kemenangan bakal memihak kepada calon Amanah/ Pakatan Harapan. Pesanan buat seluruh jentera, usah berhenti hingga garis akhir perlumbaan. Terus bergerak dan maju," tegasnya lagi.
-malaysiadateline

HANGAT!!! Penyokong PAS dan BN bergaduh di Kuala Kangsar, seorang cedera dan dua laporan polis dibuat (Gambar&video)

pas-gaduh
KUALA KANGSAR: Pergaduhan tercetus antara penyokong PAS dan penyokong BN di sini petang tadi, menyebabkan seorang penyokong BN cedera di kepala.

Faizul Fadli Yaakob, 31 tahun, cedera di kepala sehingga terpaksa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar akibat didakwa dipukul dengan kayu oleh seorang penyokong PAS.

Dalam rakaman yang dikongsikan di halaman Facebook Friend of PAS, pergaduhan itu tercetus di hadapan Bilik Gerakan PAS UPU Taman Bunga Raya petang tadi.

Dalam rakaman itu, sejumlah sepuluh penyokong BN bertikam lidah dengan penyokong-penyokong PAS.

“Jangan kacau markas kami. Kami tak kacau markas kamu. Biarkan,” kata seorang perempuan dipercayai penyokong PAS, cuba meredakan keadaan.

Menurut adik mangsa, Mohd Faris Solehin Yaakob, 23 tahun, yang terlibat dalam pergaduhan, ia bermula apabila rombongan yang diketuai MB Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman singgah ke markas PAS ketika berkempen di rumah sekitarnya.

“Kebetulan kami baru selesai melawat rumah di sekitar. Kami mahu mengagihkan nasi dagang kepada mereka tapi mereka tidak mahu terima.

“Pertelingkahan tercetus. Seorang daripada mereka menolak ayah saya sehingga jatuh. Saya pukul balik, takkan nak biarkan mereka buat ayah saya macam itu.
“Pergaduhan pun tercetus, dan ada seorang yang memegang bendera PAS memukul kepala abang saya dengan kayu bendera sehingga berdarah,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Kangsar tadi.

Pergaduhan terlerai tidak lama kemudian kerana perlu membawa Faizul Fadli ke hospital untuk dirawat.
Bapa mangsa, Yaakob Saarih, 63 tahun membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Mereka ceroboh tempat kita

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata, pihaknya turut membuat laporan polis di IPD Kuala Kangsar berhubung insiden itu.

“Ia bermula kerana mereka (BN) ceroboh tempat kita. Malah seorang petugas kami juga ditendang.

“Sekarang kami sedang buat laporan polis, dan kita serahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

FMT sedang menunggu pengesahan polis berhubung kedua-dua laporan itu.

Sokongan terhadap calon Amanah kini 55% dahului BN - Mohamad Sabu

Mohamad Sabu memberitahu calon Amanah kini berada di depan berbanding BN dan PasMenjelang hari pengundian esok, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu memberitahu sokongan pengundi terhadap calon Pakatan Harapan kini melepasi 50 peratus mendahului calon Barisan Nasional (BN) dan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar kali ini.

"Kita harap menang sahaja, sekarang ni 55/45 peratus, BN dibelakang kita, Pas dah jauh terkebelakang.

"Kalau kita menang, Amanah akan teruskan keyakinan politik di kalangan pengundi dan penyokong baru yang akan menambah bilangan ahli kita kelak," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline.

Beliau ditemui ketika menghadiri siri Kempen Tun Mahathir bersama grup Deklarasi Rakyat di Tali Air Lapan, Sekinchan pagi tadi.

Dalam kempen yang berbaki hanya sembilan jam lagi sebelum malam ini,Pakatan Harapan katanya akan terus berkempen seperti yang telah dijadualkan.

"Daripada hari penamaan calon kita (Amanah) hanya underdog, orang lihat calon kita terkebawah kerana Amanah parti yang belum lagi setahun usianya.

"Bila bermula kempen kita tonjolkan calon Amanah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan kerja keras dalam kempen sudah nampak sokongan itu.
Mohamad Sabu bertemu penyokong Amanah bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka.
Mohamad Sabu bertemu penyokong Amanah bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka.
"Esok nak mengundi harapan kita begitu memberangsangkan untuk memotong BN kali ini di dua PRK," ujarnya.

Mohamad mengakui kekuatan calon Amanah kerana kerjasama semua pihak terutama daripada NGO dan penyokong Deklarasi Rakyat.

"Provokasi mengenai calon Amanah itu perkara biasa. Dalam keadaan BN yang terdesak mereka boleh provok apa saja, kerana mereka anggap polis tidak akan menunjukkan sikap yang adil.

"Jika kami yang buat (provokasi) sama seperti mereka buat sudah ramai yang masuk dalam lokap sepanjang tempoh kempen ini," ujarnya.

Pagi hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Malaysia Dateline hari ini melaporkan, Parlimen Sungai Besar menyaksikan wujudnya taktik kotor memfitnah Amanah dan Pakatan Harapan.

Tinjauan Malaysia Dateline selepas Subuh tadi mendapati empat kain rentang tersebut digantung di persimpangan Jalan Parit 1 Barat berdekatan Masjid Makmuriah.

Kain rentang bersifat provokasi itu dilihat rentetan daripada propaganda yang mengaitkan Amanah sebagai diperalat oleh DAP.

Tertera ungkapan, "Pakatan Harapan? Pakatan DAP (Pan + DAP + PKR)", kain rentang itu turut menampilkan enam gambar tokoh pimpinan ketiga-tiga parti Pakatan Harapan.

Mereka ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Turut ditonjolkan Penasihat Amanah, Ustaz Ahmad Awang; Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli serta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Pakatan Harapan meletakkan calon Azhar Ab Shukur di Sungai Besar dan Dr Ahmad Termizi Ramli di Kuala Kangsar.
-malaysiadateline

Tinjauan terakhir Ilham Centre: Amanah mengekori dekat BN di Kuala Kangsar

Jangan bazir undi, undi protes boleh kalahkan BN, kata Ilham Centre
BORHAN AHMAD
Keputusan kajian untuk parlimen Kuala Kangsar oleh Ilham Centre.
Keputusan kajian untuk parlimen Kuala Kangsar oleh Ilham Centre.

Calon Barisan Nasional (BN) boleh dikalahkan dalam dua pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar jika pengundi tidak membazirkan undi mereka dengan mengundi Pas yang sudah pasti kalah atau undi protes di kalangan ahli Umno mengundi Amanah dalam pilihan raya kecil esok.

Demikian kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kajian yang dilakukan oleh penyelidik bebas Ilham Centre, kata Pengerusi Eksekutifnya, Hisomuddin Bakar.

Bagi beliau, ketika keputusan hampir menjadi milik BN, keputusan upset boleh berlaku saat-saat akhir sekiranya jentera BN gagal menangani elemen protes senyap dalaman parti Umno.

"Malapetaka kepada BN ini boleh disumbangkan oleh undi protes dalaman Umno tinggi, undi bukan Melayu solid kepada Amanah, undi kelompok anti BN dan undi 'fence sitter' beralih mengundi pembangkang," kata Hisomuddin dalam analisisnya terhadap kajian mereka.

Kajian Ilham Centre berbeza dengan kajian oleh Amanah sebagaimana yang dumumkan oleh presidennya Mohamad Sabu yang mendapati sokongan sudah memihak kepada mereka. Menurut Ilham Centre, peratusan besar respondan yang menjawab 'Tidak Tahu' menyebabkan BN berada di depan berbanding dengan Amanah.

Hisomudin mengaku, perubahan pola kesan daripada kempen agresif oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sedikit sebanyak menggoncang titik kekuatan Umno di kawasan pedalaman yang mempunyai nilai sentimental dengan negarawan itu mengheret mereka membuat analisa sehingga saat akhir tempoh pengundian.

"Ketika fasa awal kajian sebelum penamaan calon, kami mendapati BN selesa di hadapan manakala PAS mengekori rapat di dua-dua kawasan ini dan Amanah hampir tidak dikenali oleh majoriti pengundi.
Keputusan kajian Sungai Besar oleh Ilham Centre
Keputusan kajian Sungai Besar oleh Ilham Centre
"Ketika kami meninjau pergerakan kempen selepas penamaan calon, prestasi Amanah dilihat berkembang dengan mendadak.

"Kehadiran Menteri Besar Selangor memberikan sokongan kepada calon Amanah telah melenyapkan teka-teki pendirian beliau yang dilihat seolah-olah tidak mahu memihak kepada Amanah mahupun PAS," katanya.

Menurut Hisom, kemuncak gegaran kempen di pihak Pakatan Harapan yang diwakili Amanah apabila Tun Mahathir bersedia untuk turun berkempen.

"Kehadiran beliau di Sungai Besar dan Kuala Kangsar merubah trend politik tradisi pengundi tegar BN.

"Bagaimanapun kajian kami menunjukkan Amanah masih bergelut untuk mengatasi kubu tradisi Barisan Nasional di Sungai Besar dan Kuala Kangsar terutamanya di kawasan majoriti Melayu," katanya.

Kajian ini dilakukan serentak di dua kawasan pilihanraya melibatkan 420 responden di Sungai Besar dan 402 responden di Kuala Kangsar. Kajian akhir dilakukan bermula 11 hingga 16 Jun 2016. Laporan kajian disiapkan pada 17 Jun 2016.

Faktor Tun Mahathir Signifikan di Dua Kawasan PRK
Menurut Hisomuddin, dapatan kajian mendapati sebanyak 73 peratus di Sungai Besar dan 81 peratus di Kuala Kangsar bersetuju bahawa gerakan Tun Mahathir mampu mengubah sokongan pengundi kepada BN.

Kuala Kangsar mencatatkan penerimaan positif pengundi Umno terhadap kempen Tun Mahathir kerana digerakkan secara intensif oleh Datuk Hamidah Osman dan Datuk' Kamilia Ibrahim untuk meningkatkan undi protes kepada BN.

Ini ditambah lagi dengan protes senyap di kalangan pemimpin Umno Bahagian Kuala Kangsar yang kecewa dengan pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon, katanya.

Manakala di Kuala Kangsar, penerimaan kempen Tun Mahathir agak sederhana ekoran kesukaran untuk menembusi kubu kuat BN di DUN Sungai Panjang. Limitasi kadar penetrasi kawasan Daerah Mengundi Melayu terutama kawasan tegar Umno membezakan penerimaan kempen Tun Mahathir berbanding Kuala Kangsar.

Namun begitu, persamaan juga wujud dari aspek suara-suara ketidakpuasan hati beberapa kumpulan di dalam Umno Bahagian Sungai Besar yang mempertikaikan pemilihan ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi sebagai calon BN.

"Kesemua elemen ini kami kategorikan elemen luar kawal dan ramal dan untuk dibuat tafsiran sejauhmana memberikan kesan kepada undi Barian Nasional," kata Hisomuddin.

Kesan tiga hari kempen Tun Mahahir diterima baik khususnya di semua lokaliti Daerah Mengundi Melayu yang menjadi kubu kuat Umno masih belum dapat dibaca sama ada akan berlaku protes senyap terhadap BN dalam bentuk mengundi calon pembangkang, merosakkan undi ataupun tidak keluar mengundi. Kesemua senario itu berpotensi merugikan BN.

Tambahan lagi, semua pihak yang anti Barisan Nasional kelihatan berdiri di belakang Amanah menjadikan Amanah menerima sokongan mendadak di saat-saat akhir kempen.

Luka Umno di Kuala Kangsar berdarah lagi

HANYA satu hari lagi penentu parti-parti Melayu yang bertarung di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Dua parti berakar sejak sebelum merdeka dan sebuah lagi belum mencapai usia setahun jagung.

Kalau kayu ukur pengalaman diambil kira, parti baharu seperti awal-awal lagi berada di luar radar perlawanan. Regu sebenar di pentas kelihatan PAS dan BN. PAN baharu dan staminanya belum lasak.

Di saat DAP bermati-matian menjulang PAN bagi mengukuh cengkaman di Sungai Besar, tiba-tiba Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali pula mendoakan untuk Dr Rani Osman.

Biarpun kata orang Terengganu ‘berat nanang’ namun Menteri Besar Selangor itu sudah lama mengenali calon PAS.

Adun Meru tersebut menjadi rakan Azmin di Dun Selangor sejak 2008. Berbeza dengan Ustaz Azhar Ab Shukur, biar pun anak tempatan namun khabarnya bermestautin di Temerloh.

Malah dakwaan itu bukan lagi was-was. PAN Sungai Besar sendiri mendakwa calon itu menetap di Pahang.

“PAN meletakkan calon yang kami sifatkan ‘Touch N Go’ kerana tak bermestautin di sini dan bukan dikira anak tempatan kerana menetap di Pahang,” kata bekas Timbalan Ketua penaja PAN Sungai Besar, Mohd Sapigni Tulus.

Lebih ngilu lagi apabila Sapigni dan PAN Sungai Besar menolak Azhar. Dakwa mereka calon PAN memiliki ciri-ciri bongkak, angkuh dan sombong.

“Sejak merampas kepimpinan PAN Sungai Besar secara kotor, semua pemimpin yang menghidupkan parti tersebut disingkirkan,” katanya seperti dilapor media.

Berikutan itu 32 ahli penaja PAN Sungai Besar menolak Azhar. Isyarat itu begitu mengaibkan ketika PAN mengharap hayatnya bersisa lagi.

Penduduk tempatan memberitahu kempen PAN hanya digerak DAP. Tanpa DAP maka tiada PAN di PRK Sungai Besar.

DAP menahkodakan semua gerak kempen. Sehinggakan kemunculan iklan yang bersifat perkauman tidak disedari PAN. Ketua Penerangan PAN Abdul Khalid Samad mengakui papan iklan itu tidak disedari pihaknya.

Papan iklan kempen bermesej perkauman dipasang bagi menempelak BN dan PAS di Sekinchan. Pengerusi DAP Selangor Tony Pua mengakui papan iklan tersebut didirikan parti terbabit.

Di saat PAN mengharap ihsan pengundi Melayu tiba-tiba Adun DAP Sekinchan, Ng Sue Lim dikatakan merancang meraikan kemenangan PAN dengan minum arak.

Biar pun mesej itu disampaikan kepada orang bukan Islam, namun pengundi Melayu menguasai 67 peratus majoriti di Sungai Besar.

Ketika calon Pakatan semakin hilang harapan, sebuah akhbar pula mencongak BN bakal juara di Sungai Besar. Diberinya score majoriti 1,200 undi.

Namun bagi Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat Dr Wan Nik Wan Yussof isu harga padi dan getah boleh diterjemahkan petani Cina dan Melayu bagi menolak calon BN.

Begitu juga isu jeti pendaratan ikan di Sekichan dikenakan bayaran boleh mencacat imej kerajaan Selangor. Ia juga mungkin diterjemahkan PRK kali ini.

Bayaran dikenakan membebankan nelayan. Ia boleh memberi kesan kepada Pakatan Harapan. Ini kerana Azmin dan PKR tanpa berselindung menyokong calon PAN.

“Di tengah-tengah kemelut PAN dan BN, peluang PAS makin terbuka. Ditambah pula jasa dan khidmat Dr Rani di Meru disenangi rakyat,” katanya.

Kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mahfodz Mohamad, calon itu diangkat PAS Sungai Besar sebelum dipersetujui Majlis Syura Ulamak.

Umno bergolak di Kuala Kangsar

Kalau di Sungai Besar pemberontakan berlaku membabitkan PAN, di Kuala Kangsar isu serupa mengocak rumah tangga Umno.

Seperti kata bekas Ketua Umno Kuala Kangsar, Datuk Ramly Zahari beliau tak merajuk cuma terkilan.

Dilaporkan media dia terkilan dengan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid yang bersikap dingin terhadapnya.

Ujarnya, ketika majlis bacaan tahlil Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad beliau diminta beredar oleh keluarga Mastura.

“Saya terkejut sebab Datin Mastura jadi calon,” katanya dipetik sebuah media.

Tanpa berselindung pernah berlaku pertembungan dengan Wan Mohammad Khair-il Anuar ketika pemilihan Ketua Umno Kuala Kangsar.

Protes serupa juga didengari di sayap Wanita dan Pemuda Umno serta bahagian. Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail pernah mengugut mahu bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar.

Beliau kecewa tindakan BN menurunkan isteri arawah. Datin Mastura berasal dari Negeri Sembilan.

“Saya amat kecewa dengan kepimpinan parti kerana gagal meletakkan calon anak tempatan yang jauh layak,” ujarnya.

Retak rumah tangga Umno di Kuala Kangsar tidak mampu disembunyikan lagi. Nasib menimpa Umno Kuala Kangar mengulangi apa yang menimpa PAN di Sungai Besar.

Biar pun tidak dilapor meluas media perdana, namun dendam segenap sayap Umno tidak berakhir di situ. Biar pun ditutup mulut dengan projek dan wang ringgit, namun luka lama akan muncul lagi Sabtu ini.

Janji jambatan Manong bernilai RM43.5 juta seperti diumumkan Datuk Seri Najib Razak tidak mampu mengubat hati yang kecewa. Janji projek jambatan sentiasa muncul di musim pilihan raya.

Janji jambatan disebut Tan Sri Rafidah Aziz sejak berpuluh tahun lalu.

PAN pula tampil dengan lima agenda di Kuala Kangsar. Calonnya Dr Ahmad Termizi Ramli ketika mengumumkan manifesto Suara Wakil Kuale mendesak kerajaan membina plaza tol.

Seperti dilapor sebuah akhbar plaza tol untuk memberi kemudahan kepada penduduk sekitar Manong serta merancakkan pembangunan. Agak aneh bunyinya.

Belum pun Dr Termizi pergi jauh, adiknya Dzorif Ramli yang juga Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar berada di pentas yang berbeza.

Sekarang pilihan akhir buat pengundi iaitu Dr Najihatussalehan Ahmad. Dr Kak Jiha menawarkan 10 agenda demi kesejahteraan rakyat Kuala Kangsar.

Kalau di Sungai Besar peluang PAS makin melebar, di Kuala Kangsar pula PAS tambah dekat di hati pengundi.

“Penguasaan jentera kempen PAS di bulan Ramadan semakin meninggalkan Umno dan PAN di belakang,” ujar Dr Wan Nik.
-detikdaily

Warkah mahasiswa Al-Azhar untuk Tuan Guru Haji Hadi

AL-FILFILANY
Tuan Guru yang mulia, kami para mahasiswa sangat tertanya-tanya tentang tindakan, perancangan, strategi, dan hala tuju apa dan ke mana yang Tuan Guru sedang halakan kapal yang sedang dinakhoda.

Apabila Pakatan Harapan di bawah Datuk Seri Dr Wan Azizah bersama semua Ahli Parlimen pembangkang utama dalam Parlimen membawa usul menolak belanjawan yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tuan Guru dan semua Ahli Parlimen PAS kecuali beberapa orang bertindak berkecuali.

Begitu juga, apabila saya membaca jawapan Tuan Guru, ketika dipelawa Tun Dr Mahathir untuk gerakan Deklarasi Rakyat bagi menyingkir Najib Razak, Tuan Guru juga tidak bersetuju.

Saya juga membaca tulisan Tuan Guru sebelum ini yang berpedomankan fatwa Al-Azhar dan ulama Syria yang menolak gerakan menjatuhkan pemimpin, kerana akan menggugat keamanan dan kestabilan negara.

Bukankah situasi Mesir, Syria, dan negara Timur Tengah yang terlibat dengan ‘Arab Spring’ merupakan situasi yang berbeza dengan keadaan Malaysia?

Satu persoalan pokok di dalam warkah ini, mengapa Tuan Guru tidak menentang isu 1MDB secara terang-terangan hingga memberi isyarat kepada Perdana Menteri bahawa rakyat menyampah dengan skandal syarikat bermasalah ini.

Skandal 1MDB sedang disiasat oleh berbilang agensi antarabangsa, dan terkini telah mengundang saman arbitrasi di London, menuntut jumlah keterhutangan yang amat besar.

Sekiranya Tuan Guru inginkan keamanan dan kestabilan negara, mengapa tidak menentang syarikat yang merosakkan dan menjatuhkan ekonomi dan maruah negara?

Saya ingin menarik perhatian Tuan Guru terhadap apa yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tentang penjualan aset negara kepada China, persetujuan menandatangi TPPA, dan pelbagai kerosakan yang terjadi pada era Najib Razak yang menggugat keamanan dan kestabilan negara. Ramai melihat, mengekalkan Najib Razak lebih berpotensi menghancurkan negara.

Namun kenapa Tuan Guru masih bertegas dengan pendirian untuk tidak kita turunkan Najib Razak dengan pelbagai kaedah dalam kerangka demokrasi yang boleh kita pilih tanpa kita bertindak seperti Arab Spring?

Dalam keadaan harga barang meningkat naik, nilai Ringgit naik turun tidak menentu, kos sara hidup yang membebankan rakyat, 1MDB, hutang negara, kenapa perlu kita dahulukan berbincang soal perundangan? Bukankah lebih baik kita pilih fatwa penangguhan hudud yang dipilih oleh negara umat Islam lain bagi membangunkan kehidupan rakyat kepada satu keadaan selesa.

Saya juga terkejut melihat di media sosial, apabila ada yang disaman oleh ‘polis syariah’ kerana berpakaian ketat dan sebagainya. Kenapa harus dilakukan pendidikan melalui penguatkuasaan undang-undang? Kenapa tidak dengan pelbagai kaedah dakwah lain yang sangat banyak untuk dipilih bersesuaian dengan keadaan rakyat dan negara ini.

Sedangkan saman trafik dan polis rakyat tak mampu bayar, ini ditambah pula dengan saman oleh polis syariah. Akhirnya, rakyat hidup dalam keadaan susah hati dengan saman yang pelbagai, adakah ini keamanan yang dituntut?

Maka saya mohon dengan kebijaksanaan, pengalaman, dan keilmuan Tuan Guru untuk memilih kaedah, fatwa dan mengistinbat ayat ahkam yang bersesuaian dengan waqi’ atau situasi negara kita.- Roketkini.com

*Al-Filfilany tidak menggunakan nama sendiri kerana masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir. Tulisan asal disiarkan oleh Roketkini.

Zahid Hamidi mesti minta maaf dan pulangkan wang kepada keluarga tebusan

K'jaan perlu pulangkan wang kepada keluarga tebusan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berhak untuk menyalurkan RM12 juta yang dikutip untuk tujuan membebaskan tebusan Sarawak dan seharusnya mengembalikan wang berkenaan kepada keluarga mangsa dan orang ramai.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Jacob George berkata, wang itu milik keluarga serta orang awam yang membantu keluarga tebusan sebelum ini.

"Ini bukan wang kerajaan, jadi siapakah Ahmad Zahid yang membuat keputusan untuk menyalurkan wang tersebut kepada badan Islam? Ini adalah kemuncak sikap tidak bertanggungjawab dan ia tidak boleh diterima.

"Ini juga memalukan Islam dan semua agensi Islam," berkata Jacob kepada Malaysiakini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri bahawa wang yang dikumpulkan untuk membayar tebusan berkenaan telah disalurkan kepada badan Islam tertentu di Filipina.

Pada masa yang sama, Zahid turut mengesahkan wang yang diperolehi itu adalah sumbangan orang ramai dan jualan aset keluarga mangsa.

"Kerajaan memutuskan untuk tidak membayar wang tebusan berkenaan, dan polis akur perintah ini," kata Zahid, memetik laporan Berita Harian, semalam.

Namun, kata Jacob, keputusan kerajaan untuk menyalurkan wang hanya akan merangsang lebih banyak penculikan di perairan Sabah.

Tambah beliau, orang ramai tidak akan percaya Kementerian Dalam Negeri selepas itu berikutan 'tindakan' sedemikian.

"Bagaimana anda boleh harapkan kita untuk mempercayai orang seperti ini dalam soal keselamatan negara selepas apa yang mereka lakukan.

"Ahmad Zahid harus meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia dan berterus terang mengenai apa yang sebenarnya telah berlaku, siapa yang membuat keputusan berikan wang kepada pertubuhan tersebut. Kami mahu kebertanggung jawaban." katanya.

Beliau turut mendesak para pemimpin untuk berhenti mengeluarkan kenyataan sehingga mereka telah mendapat semua maklumat yang betul bagi mengelakkan kekeliruan.
-malaysiakini

Selepas S Manickavasagam, Seorang Lagi Orang Kuat Azmin Bakal Dicekup SPRM ?

Tranungkite
Selepas S Manickavasagam, seorang lagi orang kuat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Captain M, individu yang dimaksudkan itu ialah Zuraidah Kamaruddin, Timbalan Pengerusi PKR Selangor yang juga Ketua Wanita PKR Pusat.

Pendedahan lengkap Captain M adalah seperti berikut :

[#BERITA PANAS] SELEPAS MANIKAVASAGAM, AYAM TAMBATAN AZMIN ALI ZURAIDA KAMARUDDIN MP AMPANG PULA BAKAL DISIASAT SPRM?

S. Manikavasagam mantan Ahli Parlimen Kapar ayam tambatan PKR untuk menjatuhkan Bekas MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah ditangkap SPRM semalam (15 Jun 2016) setelah mengambil rasuah bernilai RM30 ribu dari seorang Kontraktor sebagai imbuhan Sykt tersebut mendapat Tender (Peruntukkan Marris) bernilai hampir RM1juta. Manikavasagam kini Penyelaras DUN Bukit Melawati (N10) selaku Ketua Cabang PKR Kuala Selangor

Selepas pendedahan Rafizi mengenai rasuah dan juga upah perempuan di Negeri Selangor nampaknya satu persatu orang-orang Azmin bakal terdedah.

Menurut sumber Zuraidah Kamaruddin orang harapan dan amat rapat dengan Azmin Ali MB turut disiasat dan diintai lama oleh SPRM. Zuraida dikatakan proksi Azmin Ali menguasai semua projek dan tender Peruntukkan Marris yang disalurkan kepada PBT untuk kos bawah RM 3 juta. Zuraida bukan sahaja menguasai projek PBT MPAJ tetapi seluruh negeri Selangor.

Di Ampang kroni Zuraidah dan Azmin Ali dalam projek MPAJ bukan lagi rahsia. Semua kontraktor mencari Zuraida jika mahukan projek.

Kisah kekayaan Zuraida turut pernah kecoh satu ketika dalam blog dan media sosial mengenai kekayaannya yang dianggap luar biasa selepas empat tahun bergelar Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Ampang ini mengaku memiliki beberapa buah kenderaan dan termasuk yang terbaru khabarnya sebuah mercedes S350 hasil kroninya di Selangor.

Menurut Tian Chua Naib Presiden PKR, Zuraida memiliki kekayaan luar biasa selepas menguasai projek Kerajaan Negeri bawah RM3 juta. Atas arahan dan kuasa MB Selangor itu semua dalam tangan mereka sekarang.

“Saya dan lain-lain pejuang reformasi awal dalam PKR. Kami sanggup berpanas, bergolek atas jalan dan ditangkap dalam demonstrasi. Apa kami dapat? Zuraida mak lampir tu juga yang Azmin Ali beri kekayaan” katanya.

Sebelum di pilih sebagai Ahli Parlimen Ampang pada tahun 2008 Zuraida adalah seorang penjual buah di kawasan Ampang. Selain menjual buah beliau juga secara sampingan turut menjual ubat-ubatan tradisional termasuk minyak angin.

Sebelum menjadi wakil rakyat di negeri yang diperintah oleh PKR, Zuraida hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi yang dibelinya pada tahun 2005. Itulah satu-satunya kenderaan yang dimiliki beliau pada masa itu.

Dengan tertangkapnya S. Manikavasagam oleh SPRM apakah Zuraida bakal menerima nasib sama? Azmin Ali MB Selangor pasti akan menyelamatkan dirinya dari dikaitkan dengan pemimpin PKR yang terlibat rasuah ini.
- AIDC

PRK ini referendum buat Amanah dan PAS

Yunus Tasim
sungai-besar_kuala-kangsar_amanah_pas_600Banyak sudah diperkatakan tentang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Malah ramai yang meramalkan Barisan Nasional (BN) akan menang mudah dengan majoriti lebih besar.

Sebenarnya Umno/BN tak perlu kempen. BN boleh tarik nafas lega bila Suruhanjaya Pilihanr Raya (SPR) mengumumkan pertandingan tiga-penjuru biar pun calonnya tidak segah mana.

PRK ini tidak membawa erti yang besar kepada BN/Umno dan Malaysia. Siapa yang menang sekali pun, kedudukan Umno/BN di parlimen dan kerajaan persekutuan tidak tergugat.

Seperti Sarawak, Umno/BN pasti ingin mendapat petunjuk sokongan rakyat Semenanjung terhadapnya. Apakah 1MDB dan kes-kes yang melibatkan perdana menteri mempengaruhi keputusan rakyat terutama rakyat luar bandar?
Umno/BN juga ingin menguji betapa pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad mampu menggugat kedudukan Najib dan Umno/BN di Malaysia.

PRK ini bukan untuk Umno/BN. Dan Umno/BN tahu penyertaan PAS menguntungkan mereka kerana undi “orang Islam” berpecah sedang undi orang ultra-Melayu kukuh untuk mereka. Apatah lagi sejak kebelakangan ini pimpinan PAS banyak didakwa “menyokong dan mengampu” Najib.

Yang ada pun bunyi kokok sumbang timbalan presidennya berbeza dari arus perdana pimpinan PAS.

Jadi apakah penglibatan PAS dalam PRK ini hanyalah “dummy” dan perosak untuk memastikan Umno/BN menang?

Atau untuk pastikan saingan Umno/BN iaitu Pakatan Harapan (PH) tidak menang?

Atau lebih rasis, untuk pastikan DAP tidak menang dan berkuasa?

Yang pasti PRK ini adalah referendum untuk PAS dan juga Amanah. PAS yang mengaku kembali solo setelah talak dari Pakatan Rakyat, mahu menguji popularitinya sebagai kuasa ketiga.

Tentu tidak ada masalah di kalangan ahli dan penyokong tegar PAS yang wala sekian lama. Tetapi kemenangan dalam pilihanraya tidak hanya bergantung kepada ahli dan yang simpati sahaja. Lainlah kalau Pas menyertai pilihanraya bukan untuk menang tetapi hanya sekadar untuk redha Allah dan untuk menjadi penasihat seperti yang digembar-gemburkan sebahagian pemimpinnya.

Apatah lagi dengan sokongan talian hayat dari Umno, PAS rasa tidak perlu bersusah payah untuk mencapai cita-cita utama perjuangannya melaksanakan hudud di Malaysia.

PAS juga berfikir kemenangannya pada PRU12 dan PRU13 bukanlah kerana gabungan mereka dengan Pakatan Rakyat.

Malah ada suara dalaman PAS yang mendabik dada mengatakan kemenangan PR adalah kerana jentera pilihanraya PAS yang kuat. Dan undi bukan Melayu kepada PAS pada PRU yang lepas adalah kerana mereka memang menyokong perjuangan PAS, bukan kerana kerjasama dalam PR.

Apakah telahan PAS ini satu realiti? Atau cuma mimpi di siang hari? Hari Sabtu adalah penentunya.

PRK ini juga untuk mengukur penerimaan rakyat kepada parti baru Amanah. Parti “serpihan PAS” ini dari awal menyatakan pendiriannya yang tegas dan jelas.

Untuk membetulkan kebobrokan dan menghancurkan kemungkaran yang dilakukan oleh Umno/BN sejak azali terutama kerosakan yang menjadi pengetahuan rakyat dan dunia akhir-akhir ini, rakyat dan Malaysia memerlukan sistem dua parti di mana parti yang memerintah dan parti pembangkang mestilah sama kuat.

Malangnya parti pembangkang dilihat terus bercakaran sama sendiri. Sesuatu yang dipersetujui mudah saja diruntuhkan dan ini mengelirukan rakyat dan pengundi.

Di harap parti pembangkang sedar dan dengan talaknya PAS dari PR dan penubuhan PH dengan ahli baru Amanah, pembangkang boleh bersatu dari segi tujuan dan tindakan walaupun di sana kita tahu politiking di kalangan ahli politik PKR terlalu tinggi dan boleh merosakkan.

PRK ini adalah medan yang terbaik untuk PH dan Amanah membuktikan mereka boleh memberi harapan baharu kepada rakyat Malaysia.

Yang pasti, tidak ada lagi tikam dari belakang. Tidak ada presiden sesebuah parti akan veto bercanggah dengan keputusan Majlis Presiden.

Untuk Amanah, menang PRK ini amat tipis, tapi tidak mustahil. PBS yang baru ditubuhkan boleh kalahkan Berjaya dan Usno. Jika pengundi bukan Melayu beri sokongan padu diikuti dengan ahli PAS yang dah insaf dengan “kecelaruan pemimpinnya” terutama persekongkolan mereka dengan Umno dan kemungkaran pemimpin Umno.

Faktor Dr Mahathir dan surat terbuka beliau kepada pengundi dalam PRK ini mungkin memberi impak akan keputusan Sabtu ini.

Kalau pun tak menang, tetapi jika undi Amanah melepasi undi PAS sebenarnya sudah memenangkan Amanah, dan bibit kemenangan PH di PRU akan datang tidak boleh dipandang enteng.

Yunus Tasim adalah pembaca FMT.