"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video: Raja bomoh main golf buah limau depan penjara tempat Anwar Ibrahim ditahan


Pengamal perubatan alternatif Ibrahim Mat Zain sekali lagi cuba mencetus kontroversi apabila dikesan muncul di luar Penjara Sungai Buloh yang menempatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mejar Zaidi akan menyertai PAS sebaik mendapat kad pengenalan biasa

Bekas mejar Tentera Udara Diraja Malaysia Zaidi Ahmad (tengah) bersama 50 orang berdemonstrasi untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Zaidi akan menyertai PAS selepas menerima MyKad sebagai rakyat biasa. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 14 Februari, 2015.
Bekas mejar Tentera Udara Diraja Malaysia Zaidi Ahmad (tengah) bersama 50 orang berdemonstrasi untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Bekas mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad, yang mula menimbulkan isu mengenai dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), akan menyertai PAS sebaik memperolehi kad pengenalan baru sebagai rakyat biasa.

Bercakap kepada The Malaysian Insider pada majlis pelancaran buku terbaru kartunis Zunar di Petaling Jaya hari ini, beliau mengakui berminat dengan PAS kerana parti itu menegakkan Islam.

"Saya akan menjadi ahli PAS. Saya sedang menunggu MyKad saya sebagai rakyat biasa," katanya yang ditamatkan perkhidmatan serta-merta pada 12 Januari lalu selepas didapati bersalah atas dua dakwaan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tentera.

"Saya lebih (cenderung) kepada Islam, sebab itu saya pilih Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Saya mahu menyumbang dengan cara ini," katanya merujuk kepada nama penuh parti pembangkang yang merupakan sebahagian Pakatan Rakyat (PR) itu.

Zaidi dipecat dari TUDM kerana melanggar dua perintah tetap iaitu tidak bercakap dengan media sebelum mendapat kebenaran Menteri Pertahanan dan kerana berkongsi maklumat sulit tentang perintah tetap dengan media tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera mengikut Seksyen 50 Akta Angkatan Tentera 1972.

Beliau didapati bersalah melanggar protokol dengan membuat pengumuman terbuka mengenai dakwat kekal yang digunakan semasa PRU13 tetapi boleh dibasuh dengan mudah, menimbulkan persoalan mengenai integriti PRU.

Selepas dibebaskan, Zaidi menyuarakan hasratnya memberi ceramah dan meningkatkan kesedaran politik di kalangan orang ramai.

Hari ini beliau menyatakan harapan memainkan peranan menyatukan PR yang ketika ini dilihat seperti berada di ambang perpecahan kerana beberapa isu dan konflik dalaman sesama tiga ahlinya – PAS, PKR dan DAP.

"Saya ni 'middle ground' (pertengahan)... Saya bukan ustaz, insyaAllah saya cuba main peranan untuk satukan PR untuk menghadapi PRU14.

"Cabaran itu memang besar, terutamanya dengan ketiadaan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), kita terpaksa menghadapinya, harap-harap pemimpin baru akan muncul," katanya.

Katanya, rakyat memerhatikan tindakan Putrajaya dan dasarnya, dan ini akan menentukan bagaimana mereka akan mengundi dalam PRU berikutnya.

"Apa saja yang mereka lakukan diawasi rakyat. Rakyat tahu siapa benar, siapa salah.

"Apa saja yang kerajaan mahu lakukan, biarkan mereka lakukan. Di pihak kami, kami akan terus berjuang. Kita mohon pertolongan Allah. InsyaAllah, pada PRU14, akan ada perubahan."

Zaidi juga mengulas mengenai pemergian Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkannya satu kehilangan besar.

Beliau yang sepatutnya melancarkan buku Zunar bertajuk "ROS in Kangkongland" yang menampilkan kartun isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor itu berkata, kartunis satira itu tidak sepatutnya dihukum kerana hasil karyanya.

Sejumlah 200 naskhah buku itu dirampas polis ketika ia sedang dalam perjalanan di bawa ke lokasi majlis pelancaran.

"Zunar seorang yang unik, kerana beliau berjuang melalui kartun. Secara tidak langsung beliau membantu perjuangan kami menegakkan keadilan," katanya.  
-malaysianinsider-

Gambar Ustaz Azhar Idrus yang turut mengusung jenazah Allahyarham TGNA


Ustaz Azhar Idrus berpeluang bersama-sama mengusung jenazah Allahyarham TGNA

Betulkah gambar lelaki berketayap putih bersila mengadap kubur Allahyarham TGNA ini adalah Sultan Kelantan?

Sekeping gambar menunjukkan seorang lelaki dikatakan Tuanku Sultan Kelantan sedang menziarahi kubur Allahyarham TG Nik Abdul Aziz.

Gambar bawah adalah ketika kubur yang baru siap digali diawal pagi untuk upacara pengkebumian Allahyarham TGNA

Banyak sejarah pahit dilalui bersama Nik Aziz – Husam

aziz musa
PULAU MELAKA: Banyak pengalaman pahit yang dilalui sepanjang bekerja dengan Allahyarham Nik Aziz Nik Mat sebelum tahun 1999 dan disambung kembali pada 2004 hingga 2013, kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Menurutnya, sepanjang bertugas dengan Nik Aziz beliau bertindak sebagai ‘budak suruhan’ bagi menyelesaikan masalah, antaranya termasuk yang berbangkit dengan pihak Istana, mahkamah mahupun parti-parti lain.

“Semua itu telah membimbing saya menjadi lebih matang dan memahami falsafah politik dan dakwah beliau,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tanah perkuburan Pulau Melaka hari ini.

Perjuangan Nik Aziz juga berbeza dengan pemimpin politik lain kerana dasar kepimpinannya adalah mendekatkan diri dengan pelbagai kaum bagi memastikan rakyat Malaysia didekati dengan Islam dan perjuangan itu perlu diwarisi pemimpin PAS dan generasi muda yang lain.

“Saya ada menyimpan tulisan tangan Tok Guru Nik Aziz mungkin tiada siapa yang pernah melihat. Catitan itu mengambarkan pegangan politik dan falsafah beliau dan ianya merupakan perkara berharga yang saya pelajari,” katanya.

Husam yang juga bekas EXCO kerajaan Kelantan menyifatkan pemergian Nik Aziz pada malam Jumaat merupakan penghargaan paling bermakna yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit ditambah pula dengan puluhan ribu rakyat yang hadir.

“Ini penghargaan Allah, saya bahagia diberi seorang pemimpin seperti ini oleh Allah, dengan penghormatan seperti ini saya harap dapat ikut jejak langkah beliau sampai saya meninggal,” ujarnya.

Sementara itu, Datuk Takiyuddin Hassan yang merupakan Ahli Parlimen Kota Baharu, menjelaskan Allahyarham Nik Aziz merupakan pemimpin seluruh umat tanpa mengira bangsa dan agama, yang sukar dicari ganti.

“Saya harap beliau mendapat keberkatan dan ditempatkan dalam kalangan orang yang baik di sisi Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan Nik Aziz sebagai individu yang banyak berjasa dan berharap segala jasa dan pengorbanan beliau mendapat ganjaran di sisi Allah.

Ketiga-tiga pemimpin itu hadir ke Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Nik Aziz.

Pemergian Nik Aziz juga turut ditangisi puluhan ribu penyokong beliau yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada tokoh politik dan agama itu.

Mereka bukan saja dari Kelantan, sejak pemergian Allahyarham kira-kira 9.40 malam tadi, orang ramai mula berpusu-pusu menuju ke Kelantan daripada pelbagai pelosok negara.
-fmt-

2 Video Awan Mendung Turut Mengiringi Jenazah TGNA Subhanallah!!

Tranungkite

Sebelum ini kita telah mendengar seorang bekas pilot bukan beragama Islam beralih kepada Islam setelah beliau mengalami sendiri satu kejadian dimana awan mengiringi jenazah Al Marhum Ustaz Fadhil Mohd Nor.

Hari satu rakaman video secara sepontan oleh seorang facebooker menggunakan nama Solehhuddin Al-Ayyubi telah merakam awan mendung mengiringi jenazah Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Saya tak mahu komen panjang sekadar membuat pengkongsian video rakaman fb berkenaan.

Petikan pada FB berkenaan:

Video jenazah beliau di ampu org ramai smpai ke pusara beliau.. Apa yg menarik dlm video ini, kelihatan awan mendung berarak bersama jenazah beliau.. Sy perhatikn awan mendung ini sentiasa berada tepat di atas jenazah beliau di usung.. Beruntunglah wahai tuan guru.. Betapa Allah memuliakan jasad pejuang agama ini.. Allahu rabbi.. First time nmpak awan mendung berarak n sy record sendri..

Rakaman dengan quote "Alam pun turut berduka dan seakan memahami..

Bah besar membanjiri Malaysia baru-baru ini..
Beratus burung berterbangan di atas rumah beliau pagi ini...
Dan kini... sekelompok awan besar yang redup menaungi upacara pengebumian.. memberi kenyamanan pada hadirin...

Allahuakbar.. matikan kami semua dalam husnul khatimah dan istiqamah dalam perjuangan Islam.. Aamiin" - Syahadatul Hafizah UmmiSolehah

-----------------------------------
Suasana mendung tatkala Nik Aziz dikebumikan
Faiz Zainudin
KOTA BAHARU: Suasana sayu ketika jenazah Datuk Nik Abdul Aziz Bik Mat dikebumikan pada pukul 11.30 pagi tadi dikejutkan dengan kejadian awan mendung secara tiba-tiba tanpa setitik hujan pun seolah-olah melindungi jenazah daripada terkena sinaran panas terik.

Persekitaran yang turut menjadi dingin dengan angin kencang itu disambut dengan laungan ‘Allahuakbar’ berkali-kali oleh orang ramai beragama Islam di tanah perkuburan yang menganggapnya sebagai satu kejadian luar biasa.

Tidak ketinggalan ramai daripada mereka yang tampil merakam gambar foto dan video berdurasi lebih dua minit yang sedang menjadi viral di laman sosial.

Video bertajuk “Awan mendung mengiringi jenazah TGNA” itu sedang menerima ratusan komen dalam laman sosial menyatakan ia sebagai tanda Allah cintakan beliau.
-fmt-

Adakah lagu ‘Lelaki’ Siti Nurhaliza dituju bagi Nik Aziz?

Perginya murabbi ummah TGNA ke rahmatullah










Panduan Solat Jenazah Ghaib
Diatas kepulangan TG NIK ABD AZIZ BIN NIK MAT dan kaum muslimin yg telah kembali ke rahmatullah, terutamanya untuk warga kelantan, marilah kita memberikan penghormatan kepada beliau dengan menunaikn solat jenazah GHAIB. boleh dilakukan SELEPAS jenazah TGNA dikebumikan, dalam tempoh 3 hari seperti berikut:

Setelah mengambil wuduk dengan sempurna

1. Niat "sahaja aku solat jenazah lelaki ghaib 4 takbir kerana Allah ta'ala"

2. Mengangkat takbir pertama dn membaca surah ALFATIHAH

3. Mengangkat takbir yg ke 2 dan membaca SELAWAT
اللهم صلى على محمد وعلى ءال محمد

4. Mengangkat takbir ke 3 dan membaca DOA KHUSUS kpd almarhum:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ،

5. Mngangkat takbir yg ke 4 dan sunat membaca DOA umum kpd seluruh arwah muslimin dn muslimat

6. Memberi salam

* sunat membaca doa selepas solat jenazah

* bagi muslimat dan muslimin yg tidak sempt/dapat solat berjemaah boleh menunaikan solat jenazah secara sendirian walau dalam rumah atau pejabat.

Wallahu'am.


Solat Ghaib

Hadith:
Dari Abu Hurairah r.a katanya:Pada hari kematian raja Najasyi (Raja Habsyah), rasulullah s.a.w mengumumkannya kepada orang ramai. Sesudah itu baginda pergi ke tempat solat, lalu baginda takbir empat kali (solat ghaib).

Huraian Hadith:

Mayat yang ghaib boleh disembahyangkan walaupun telah dikuburkan. Yang lebih utama menyembahyangkan mayat ialah walinya, iaitu bapanya kemudian datuknya dan seterusnya ke atas, kemudian anaknya, cucu-cucunya dan seterusnya ke bawah.

Di antara syarat-syarat untuk mengerjakan sembahyang jenazah ialah:

1. Orang yang hendak menyembahyangkan jenazah mestilah sudah akil baligh, suci daripada hadas kecil dan besar , menutup aurat dan mengadap kiblat.

2. Tidak disyaratkan masuk waktu, terutama jika ditakuti tubuh mayat itu rosak, maka hendaklah disegerakan sekalipun dalam waktu yang tidak baik (makruh)

3. Jenazah itu mestilah telah selesai dimandikan serta dikafankan.

4. Imam solat jenazah wajib menjelaskan rukun-rukun dan cara-cara sembahyang jenazah itu kepada para makmum kerana ditakuti ada di antara yang hadir tidak mengetahuinya atau terlupa.

JAKIM







Jenazah dibawa ke masjid untuk solat jenazah
  


Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat


Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.

_ _ _ _ _ _

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh TGNA. Amin.

Biadab: Ibrahim Ali sampaikan ucapan takziah dengan memperlekehkan Almarhum TG Nik Aziz

Tranungkite
Agak biadab dan kurang ajar cara Ibrahim Ali sampaikan takziah pada orang yg sudah meninggal dunia, lebih2 lagi pada ulamak yg disegani seperti Tn Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mana pergi sifat berperi kemanusiaan dalam diri dia?

Hari2 menyalak di media sebagai pejuang melayu.. tapi bila melayu islam yang meninggal dunia, dia yg tiada hormat pada Allahyarham.. semoga Allah berikan keinsafan pada dia..

"Di saat negara Malaysia bersedih dengan kematian TGNA

ada seekor Syaitan yang cuba menyakitkan hati umat.."

Facebook Jkkk Fan Club

Kenyataan Penuh

Gambar suasana di rumah TGNA





Orang ramai mula membanjiri kediaman allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, Kelantan bagi menzahirkan penghormatan terakhir kepada tokoh politik dan agama itu.

Bukan hanya daripada Kelantan, sejak pemergian allahyarham kira-kira 9.45 malam tadi, orang ramai mula berpusu-pusu menuju ke Kelantan daripada pelbagai pelosok negara.

Seawal waktu Subuh, kenderaan memenuhi sekitar kawasan itu sehingga kereta terpaksa diletakkan sejauh kira-kira 2 kilometer.
Ramai lagi dijangka hadir awal pagi ini.

Solat jenazah dijadual dilangsungkan pada jam 10 nanti sebelum jenazah tokoh itu disemadikan.

LAPORAN LANGSUNG



9.35am: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak memasuki perkarangan rumah.

9.30am: Semakin ramai menuju ke Pulau Melaka dan berkumpul di sepanjang Jalan Long Sulaiman.

Menurut agensi berita nasional Bernama, jumlah hadirin mencecah "puluhan ribu".

9.20am: Berlaku sedikit kekecohan di dalam masjid ketika pengacara menggesa orang ramai dan media supaya tidak mengambil gambar atau membuat rakaman video jenazah Nik Aziz.

Katanya, ia adalah atas pemintaan keluarga Nik Aziz.

Ekoran itu ada yang menjerit terhadap mereka yang membuat rakaman di dalam masjid, sehingga mendorong pengacara campur tangan dan menggesa supaya bertenang.

9.15am: Lim Guan Eng dijemput untuk berucap kepada orang ramai.

Guan Eng berkata Nik Aziz menjadi mentor kepada ketua menteri dan menteri besar Pakatan Rakyat.

Nik Aziz, tambahnya bukan sahaja dihormati oleh orang Islam tetapi juga dikagumi oleh orang bukan Islam.

9.05am: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berucap kepada hadirin dari dalam masjid.

Beliau berkata Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut hadir selepas tiba dari Pulau Pinang pagi ini.

Beliau juga berkata pemergian Nik Aziz secara kebetulan dengan pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Anwar Ibrahim.

"Apa juga yang berlaku kepada kita, kita akan terus berjuang," katanya sambil mengingatkan mereka tentang nasihat Nik Aziz bahawa walaupun tiada lagi pemimpin, mereka mesti meneruskan perjuangan.

Ucapannya itu disambut dengan laungan "Allahuakbar"

9.00am: Jet yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak membuat pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

8.30am: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berucap kepada orang ramai. Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang datang.

Beliau yang kelihatan sedih berkata, Kelantan telah kehilangan seorang pemimpin besar.

Sebelum itu, pengumuman dibuat, memaklumkan bahawa jenazah Nik Aziz akan dibawa keluar dari masjid pada pukul 10 pagi.



8.20am: Suasana di dalam rumah suram dan sugul. Pada ketika ini, jenazah Allahyarham Nik Aziz sedang dimandikan.

8.15am: Sekurang-kurangnya tiga ribu orang berada di sekitar rumah Allahyarham Nik Aziz.

Terdapat sebuah masjid yang terletak di dalam kawasan kediamannya. Mereka menunggu untuk menunaikan solat jenazah.

Di Jalan Long Sulaiman pula, orang ramai sedang beratur - dianggarkan sepanjang dua kilometer - menuju ke rumah Nik Aziz.

8.00am: Suasana di lapangan terbang Sultan Ismail Petra sesak dengan kehadiran orang ramai untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz

Kerajaan negeri turut menyediakan perkhidmatan van khas untuk ahli politik dan media dari lapangan terbang ke kediaman Nik Aziz di Pulau Melaka. Kenderaan khas yang disediakan sebanyak kira-kira 10 buah, digunakan bagi memasuki jalan-jalan yang ditutup antaranya di persimpangan untuk memasuki kawasan Masjid Tok Guru di mana jenazah dijangka akan disolatkan di situ.

Antara yang dilihat tiba dengan penerbangan awal dari Kuala Lumpur ialah ahli jawatankuasa PAS pusat Dzulkefly Ahmad dan Hanipa Maidin.
-malaysiakini-



Solat Subuh di Masjid Pulau Melaka Kelantan.. Subhanallah... Ribuan manusia dari Seluruh negara.... Orang ramai melimpahi masjid.





Kumpulan Ke-2 Solat Subuh di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka. (Gambar di bawah)
 




Suasana di kediaman Mantan MB Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.



YAB Menteri Besar serta beberapa pimpinan PAS turut berada di kediaman Mantan MB Kelantan bagi memberikan penghormatan terakhir
Orang ramai tidak kira bangsa dan agama berkunjung di Pulau Melaka.



Pulau Melaka terus dibanjiri orang ramai ketika ini. Sila patuh arahan yang dikeluarkan untuk memudahkan urusan.






















Dari Abdullah bin Amru bin Ash radhiyallahu ‘anhuma dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda: “Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jum’at atau malam Jum’at kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad no. 6582 dan At-Tirmidzi no. 1074)

اللهم أغفرله و ارحمه و اعفو عنه و أكرمه
اللهم وسع مدخله و ادخله الجنة و غسله بالثلج و الماء والبرد
اللهم يمن كتابه و هون حسابه و لين ترابه و ثبت أقدامه و ألهمه حسن الجواب
اللهم طيب ثراه و اكرم مثواه واجعل الجنة مستقره و مأواه