"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Jurucakap ADUN nafi spekulasi pilihan raya kecil

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pembantu khas ADUN Pelabuhan Klang, yang tidak mahu namanya dipetik memberitahu Malaysiakini, wakil rakyat itu gagal hadir pada satu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 11 November atas masalah kesihatan.

NONEKatanya, surat ketidakhadiran telah dimaklumkan kepada Teng.

Beliau juga menafikan wakil rakyat itu gagal hadir selama enam bulan kerana beliau sendiri mencatatkan kehadirannya.

"YB hubungi saya malam ini sambil (menyatakan rasa) terkejut dan beritahu apakah benar beliau tidak hadir selama enam bulan menerusi laporan Malaysiakini dan saya beritahu tidak benar sama sekali," katanya.

Ulanginya, Badrul Hisham hanya rmat gagal hadir pada persidangan bajet sahaja atas masalah kesihatan, manakala yang lain dihadiri beliau.

"Pertama pembukaan dewan rakyat dihadiri Sultan Selangor (hadir), kedua sesi persidangan soal jawab (hadir) dan ketiga persidangan bajet pada November tahun lalu, " katanya merujuk di Selangor ada tiga kali persidangan.
-malaysiakini-

117 orang ahli UMNO sertai PKR

DI KAMPUNG Ulu, Lagud Seberang, Tenom 117 orang ahli UMNO dengan sukarela menyertai Parti Keadilan Rakyat Cabang Tenom serta memberikan borang keahlian mereka kepada Ketua Cabang PKR Halik Zaman petang tadi, 14 januari 2011.
 
Mereka secara beramai-ramai telah keluar daripada cawangan mereka di kawasan DUN Melalap, Tenom setelah memikirkan para pemimpin UMNO/BN cuma bekerja untuk mengayakan diri sendiri sahaja.

Dalam ucapan alu-aluannya, Halik Zaman berkata, Kerajaan UMNO/BN kini berdalih bertanggungjawab berhubung kenaikan kos hidup rakyat yang begitu tinggi di Sabah, pada hal punca kenaikan harga barang keperluan rakyat berpunca daripada kenaikan harga minyak petrol ron97 dan ron95 yang mendadak dan tidak pun diberitakan oleh media Kerajaan BN seperti TV1 dan TV3 kepada rakyat Malaysia.

“Apa yang rakyat harapkan bahawa Kerajaan BN sepatutnya mencari jalan keluar untuk mengatasi masalah kos hidup rakyat yang terlalu tinggi dan bukan memberi seribu alasan murahan untuk menggelapkan mata rakyat. Jangan sekali membuat alasan, tapi Kerajaan UMNO/BN mesti mengatasi permasalahan rakyat,” tegas Ketua Cabang PKR Tenom itu.

Kata Halik lagi, keperluan rakyat seperti jalan kampung, air bersih, elektrik, jambatan, balairaya dan telefon awam sewajarnya dibina di setiap kampung tetapi sebaliknya semua keperluan ini dilupakan.

Tambah Halik lagi, Kerajaan UMNO/BN mesti ditukar dengan Kerajaan Pakatan Rakyat. Jika rakyat mahu berubah, ubah sekarang sebelum terlambat kerana PRU13 nanti rakyat akan menjadi hakim yang paling besar kuasanya kerana undi rakyat adalah penentu nasib BN berkuasa atau tidak? 

“Kita semua tahu apa peranan para pemimpin BN? Kalau tidak mengaut kekayaan diri dan kroni tentu rakyat sudah kaya raya dalam masa hampir 48 tahun Sabah merdeka bersama Malaysia,” jelas Halik mengakhiri ucapannya.

Turut hadir Timbalan Ketua Cabang, Lampag Kurias, Setiausaha Cabang Masri Raisimin.

Peluang Teresa Dedah Sifat Rasis Utusan

SHAH ALAM, 15 JAN : Ahli Exco kerajaan negeri Selangor Teresa Kok menganggap perbicaraan saman Utusan Melayu terhadap beliau sebagai peluang untuk mendedahkan sifat rasis akhbar itu di mahkamah.
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menetapkan 21 Mac untuk perbicaraan kes saman Utusan Melayu (M) Berhad terhadap ahli parlimen Seputeh itu.

Teresa yang didakwa mengeluarkan pernyataan berunsur fitnah terhadap akhbar terbitan syarikat itu.

Pada Februari 2009, Utusan Melayu Berhad menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan kepada Teresa kerana didakwa mengeluarkan pernyataan berunsur fitnah terhadap akhbar Utusan Malaysia.

Ia berikutan dakwaan ahli parlimen itu bahawa utusan memutar-belitkan pernyataan-pernyataan beliau berhubung makanan yang disajikan kepadanya semasa beliau berada dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 2008.

Utusan sebelum ini dituduh oleh pelbagai pihak sebagai bersikap rasis demi mendokong kenyataan-kenyataan pemimpin Umno dalam menyerang Pakatan Rakyat, yang dianggotai oleh Parti Keadilan rakyat, DAP dan PAS.

Malah akhbar itu kerap dicela oleh rakan komponen BN sendiri seperti MCA kerana ghairah memainkan isu-isu seperti ketuanan Melayu dan pendatang.

Teresa berkata beliau menyambut baik peluang mempertahankan diri di mahkamah dan mendedahkan sifat rasis Utusan.

"Memang ada sifat rasis kerana dia yang menuduh saya buat dakwaan yang bukan-bukan, dimana saya tak buat dakwaan tersebut. Ini menunjukkan yang surat khabar ini tak ada kredibilti dan tidak bertanggungjawab, dia patut juga diadili di mahkamah," katanya.
-tvsnews-

10,000 Hadir Untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat

KEMAMAN, 15 JAN: PAS mahukan rakyat Melayu di negara ini menolak dakyah bahawa UMNO memperjuangkan nasib mereka sedangkan hakikat adalah sebaliknya. Itu teras mesej pemimpin-pemimpin yang berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat! PAS ganti UMNO yang dilancarkan di Kampung Geliga Kecil, Kemaman, Terengganu hari ini.

Dalam tazkirah khas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, beliau menceritakan sebab sebenar beliau melibatkan diri dalam bidang politik, iaitu selepas melihat penindasan UMNO terhadap golongan agama dan orang Melayu sendiri.

"Saya cerita dengan masyarakat semua, saya masuk PAS tahun 1967. Salah satu sebabnya ialah UMNO tangkap Tok Guru Pondok masuk ISA. Kalau masuk lokap boleh cerita, ada peguam boleh bicara ini ISA. Yang dia tangkap bukan Cina tapi Tok Guru ni Melayu Islam. Kalau kata Komunis tangkap Tok Guru ni tak pa ni orang kata bela Melayu, Islam," kata beliau yang telah menerajui kerajaan Kelantan sejak 20 tahun lalu.

Himpunan ini dihadiri hampir 10 ribu orang dari seluruh Terengganu dan negeri-negeri lain. Mereka sanggup berpanas dan duduk bersila mendengar Tazkirah Nik Aziz.

Menurut Presiden PAS, Datuk Hadi Awang, Himpunan Kebangkitan Rakyat ini akan dipanjangkan ke seluruh Terengganu bertujuan membangkitkan gelombang rakyat terhadap UMNO-BN pada pilihanraya umum akan datang.

Hadi dalam sidang media selepas pelancaran menganggap rakyat kini boleh menilai betapa perbezaan pentadbiran PAS dan UMNO negeri ini.

"Kita pernah pegang negeri ini tahun 1999. Kita dah buktikan dalam masa empat tahun, kita lakukan apa yang UMNO tak boleh lakukan dalam masa 50 tahun walaupun menguasai Kerajaan Persekutuan.

Oleh kerana Terengganu ada hasil pada waktu itu, kita mansuhkan cukai rumah. Tol Jambatan Terengganu dihapuskan. Kerajaan Persekutuan tak boleh buat. Yang lain bantuan untuk atasi masalah kemiskinan," kata beliau kepada wartawan.

Hadi berkata kerajaan pimpinan Pas di Terengganu ketika itu juga menyelesaikan masalah pemilikan tanah peneroka kampung yang gagal diselesaikan UMNO sejak mereka.
Selepas Umno mengambil alih, isu itu kembali menjadi antara masalah utama di negeri berkenaan. Hadi menyifatkan pentadbiran PAS yang telus dan tidak korup selari dengan corak Pakatan Rakyat sehingga dapat menjimatkan perbelanjaan dan membantu rakyat walaupun ditekan kerajaan Pusat.

"Yang menariknya sewaktu Royalti minyak ditarik kembali, kami masih tidak perlu menarik kembali pengecualian cukai pintu kerana ada cara tersendiri untuk memerintah," kata beliau yang menjadi Menteri Besar Terengganu di waktu itu.
-tvsnews-

Pilihan raya kecil ke-15 di Selangor?

Khabar angin bahawa kemungkinan negara bakal menyaksikan pilihan raya kecil ke-15 bertiup kencang apabila dakwaan mengatakan bekas ADUN PKR, Badrul Hisham Abdullah (bawah, bersongkok) telah gagal menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

selangor mb adun and parliament rep gatherng badrul hisham abdullah 130209 02Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

Akhbar harian Cina, Sin Chew hari ini melaporkan Badrul Hisham dikatakan gagal menghadirkan dirinya ke sidang DUN sejak enam bulan lalu dan menimbulkan kemungkinan pilihan raya kecil diadakan.

ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN.

NONESebelum itu, beliau juga 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita yang beliau akan berpaling tadah.

Pada sidang media 29 Oktober 2009, Badrul Hisham mengumumkan hasratnya untuk mengekalkan kerusinya sebagai ADUN Bebas dan berkata beliau tidak dipaksa sesiapun dalam membuat keputusan berkenaan.

Dia memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.

azlanBadrul Hisham mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.

Teng tidak tahu


Sementara itu, speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim ketika dihubungi Malaysiakini berkata khabar angin itu bukan berpunca daripadanya.

“Apa yang anda sampaikan adalah berita bagi saya. Saya tidak tahu kerana bukan saya yang mengeluarkan kenyataan mengenai Badrul Hisham. Berita itu bukannya datang dari saya,” kata Teng.

Ditanya sama ada benar Badrul Hisham gagal menghadiri sidang DUN lebih enam bulan, Teng berkata beliau perlu menyemak rekodnya sebelum mengesahkan perkara berkenaan.

Sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 14 pilihan raya kecil. Yang terakhir akan diadakan di Tenang, Labis, Johor berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha.
-malaysiakini-

Lagi Skandal Puteri Umno Sabah?

PEMERHATI POLITIK SEMPORNA (PPS)
SKANDAL Pembantu Menteri dengan Ketua Puteri UMNO Kudat sudah malap namun isu Skandal Seks yang melibatkan pemimpin UMNO kembali membadai UMNO Sabah apabila Ketua Puteri UMNO di Pantai Timur Sabah dikatakan sedang ligat bercinta dengan suami orang.

Seorang ahli Puteri UMNO yang tidak mahu namanya didedahkan telah meminta bantuan Sabahkini.net supaya dapat menyelamatkan pergerakan itu daripada skandal seks yang sedang melanda mereka dan bakal menjahamkan masa hadapan perjuangan Puteri UMNO kerana Ketua mereka terlibat dengan cinta terlarang.

“Kami tidak mahu Skandal di Kudat yang merebak ke Lahad Datu kini singgah di tempat kami. Kami kasihan isteri kekasih Ketua kami yang sedang sarat mengandung tetapi suaminya bermain kayu tiga,” ujar Puteri UMNO berkenaan.

Menurut Puteri UMNO itu, Ketua Puteri dan kekasihnya, seorang pegawai kanan kerajaan telah bercuti di Pulau Mabul baru-baru ini bagi melepaskan perasaan rindu rendam mereka, tanpa segan silu menjalinkan hubungan cinta terlarang.

Sabahkini.net juga turut membuat intipan dan mendapati kesahihan percintaan mereka berdua, sehingga pegawai itu tidak segan silu menghubungi Ketua Puteri berkenaan di hadapan isterinya sendiri melalui SMS.
-sabahkini.net-

2 wanita Myanmar ditemui mati dibunuh

MELAKA: Dua wanita warga Myanmar berusia sekitar 30-an, ditemui mati dipercayai dibunuh di dalam rumah di Taman Malim Permai dekat sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, polis yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima aduan pukul 2.15 petang, menemui mayat isteri kepada tuan rumah itu di ruang tamu, manakala mayat pembantu rumahnya di ruang dapur.

"Anak wanita itu yang berumur enam bulan ditemui di sebuah bilik di tingkat atas rumah itu, tidak dicederakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah itu.

Beliau berkata, semasa kejadian suami wanita itu yang dipercayai seorang peniaga rakyat Myanmar tiada di rumah, dan menurutnya kematian kedua-dua wanita itu disedari oleh adik kepada wanita tuan rumah itu yang datang ke rumah tersebut tengah hari tadi.

Katanya, siasatan awal polis mendapati berlaku pergaduhan dalam rumah itu sebaik sahaja dua lelaki memasuki rumah tersebut pagi tadi.

Raja Shahrom berkata, sebilah pisau dan satu penukul yang dipercayai digunakan dalam insiden itu ditemui di tempat kejadian, dan polis sedang menyiasat sekiranya ada barang berharga yang hilang dari rumah itu. 
-Bernama-

Mayat gadis tanpa seluar

MELAKA: Bau busuk yang dikatakan bangkai haiwan sejak dua minggu lalu oleh penduduk di Lorong 1 Taman Bukit Beruang Utama, dekat sini, membawa kepada penemuan menggemparkan mayat seorang gadis separuh bogel di sebuah rumah, di situ, pagi semalam.

Mayat mangsa, Charlene Sivasakkti, 24, ditemui tertiarap di atas tilam di biliknya kira-kira jam 10 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Bukit Baru, dekat sini, semalam selepas dihubungi orang awam yang tidak tahan dan curiga terhadap bau busuk itu.

Mangsa dipercayai meninggal dunia sejak dua minggu lalu dan ditemui di dalam satu daripada bilik di dalam rumah teres berkenaan.

Jiran mangsa, Hoh Peck Ha, 48, mendakwa dia dan keluarganya terhidu bau busuk sejak dua minggu lalu, tetapi menyangkakan ia bau bangkai haiwan.

Katanya, dia bertanya kepada beberapa jiran yang mengadu perkara sama.

“Selepas mencari dari mana bau busuk itu akhirnya kami mendapati ia berpunca daripada rumah di sebelah sini. Tetapi, rumah berkenaan bertutup rapat dan tiada penghuni.

“Sehingga dua hari lalu baunya semakin teruk dan kami mengesyaki sesuatu pelik,” katanya ketika di temui di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri (Perundangan), Superintendan R Gunarajan berkata, ketika tiba di rumah terbabit ia didapati berkunci dan polis terpaksa memotong kunci mangga untuk masuk ke dalam dan melakukan siasatan.

Katanya, ketika pemeriksaan, polis menemui mayat mangsa yang hanya berbaju tertiarap di bilik bahagian tengah rumah itu.

“Hasil pemeriksaan awal pada mayat itu kami mendapati tiada unsur jenayah terhadap mangsa, selain tiada kesan pecah masuk ke rumahnya.

“Mangsa tinggal seorang diri sejak beberapa tahun lalu selepas kematian ibu bapanya.

“Kali terakhir mangsa dilihat berada di hadapan rumahnya pada pertengahan bulan lalu dan jirannya memberitahu mangsa pernah dibawa menaiki ambulans ke hospital,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Beliau berkata, polis akan menyemak rekod kesihatan mangsa yang menghidap asma di samping menjalankan bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi mencari punca kematiannya.

“Setakat ini polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah,” katanya.
-hmetro-

Alhamdulillah! Hasan Ali Bersuara Juga

korban
Saya ingat Hasan Ali sudah serik nak pertahankan prinsip perjuangan parti. Setiap kali dia bersuara, ada saja suara sumbang menghentam dia kembali. Seolah-olah dia digambarkan nak mengeruhkan hubungan sesama pakatan rakyat.

Tetapi akhirnya dia jugalah yang berani untuk tampil mempertahankan prinsip parti walaupun tidak popular dan mungkin boleh menjejaskan karier dan kedudukannya.

KENYATAAN AKHBAR YB DATO’ DR. HASAN MOHAMED ALI
Berhubung dengan isu orang-orang Islam yang dilarang bekerja di tempat-tempat menjual minuman keras seperti yang dikuatkuasakan di Majlis Perpandaran Subang Jaya (MPSJ), saya sebagai exco yang menjaga hal ehwal Islam di negeri Selangor mendapati bahawa tindakan tersebut adalah wajar dengan alasan-alasan berikut :  

a)      Di bawah Seksyen 18 (2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 peruntukan dibuat tidak membenarkan orang-orang Islam melibatkan diri di dalam urusan penjualan minuman keras. 

b)      Di dalam undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga terdapat persyaratan yang boleh menggunapakai peraturan yang serupa di dalam urusan pemberian lesen kepada pengusaha-pengusaha penjualan minuman keras tersebut. 

Kedua-dua peruntukan di atas dengan sendirinya boleh digunakan untuk mencegah orang-orang Islam daripada terjebak dengan hal-hal yang berkaitan dengan minuman keras yang diharamkan oleh agama Islam. 

Perlu disebutkan larangan ini terkhusus kepada orang-orang Islam tanpa mellibatkan orang-orang yang bukan Islam. Oleh itu tidak perlu ada kebimbangan daripada mana-mana pihak tentang perlaksanaan peraturan-peraturan seperti di atas. 

Saya mengucapkan syabas dan terimaksih kepada pimpinan MPSJ yang telahpun menguatkuasakan peraturan ini. Saya difahamkan peraturan ini telah melalui tiga proses perbincangan diperingkat jawatankuasa yang telah mendapat pengesahan dan kelulusan dari semua pihak termasuk ahli-ahli majlis yang bukan Islam.  Penguatkuasasan ini merupakan salah satu usaha mengekang kegiatan maksiat melibatkan minuman keras yang begitu menjadi- jadi terutamanya yang melibatkan masyarakat Islam di negeri ini. 

Harapan saya agar semua pihak menerima pendekatan ini dengan dada yang terbuka dan tidak ada mana-mana pihak yang tampil mempolitikkan perkara ini.   

YB DATO’ DR. HASAN MOHAMED ALI
 
EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu,
 
Infrastruktur dan Kemudahan Awam 
 
14 JANUARI 2011

Dr Asri: Azan harus bacaan lain tak perlu di pembesar suara

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan -selain azan - yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan Islam sehingga mereka menyangka ia azan.

NONESesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah 'perjuangan mempertahankan Islam'. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

• Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

• Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan Islam dan lain-lain.
Keliru antara azan dan bacaan lain
NONE• Ramai orang bukan Islam keliru antara azan dan bacaan-bacaan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

• Sebenarnya, Nabi sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Baginda, kata Abu Sa'id al-Khudri:

“Ketika Nabi Muhammad SAW beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).


Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain.

australia media visit 290107 mosqueJika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).
Dosa menyakiti sesiapa di sekeliling
“Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

“Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).


meccaBayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua beragama Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita?
Tipu daya iblis

• Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

pas demo 250205 mosqueIni adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

• Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.

dr asri mufti perlis 081008Penulis adalah bekas mufti Perlis. Profesor Madya Dr Asri adalah juga pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia.
-malaysiakini-

PAS doakan kemenangan rakyat Tunisia

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 15 Jan: “PAS mendoakan kemenangan rakyat di Tunisia dan akan mendapat perlindungan Allah SWT,” kata Pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Katanya, PAS mengikuti dengan teliti perkembangan di Tunisia dan melahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh rakyat Tunisia yang telah menggulingkan rejim Ben Ali yang merupakan rakan akrab Amerika Syarikat dalam menentang 'terroris Islam'.

“Kekejaman berpuluh-puluh tahun rejim Ben Ali dengan membunuh serta memenjara ribuan para ulama serta para cendekiawan adalah kemuncak kezaliman rejim yang mendapat sokongan kuasa Barat ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Tegasnya, rakyat Tunisia dinafikan hak bersuara, kebebasan dan keadilan sepanjang pemerintahan 'kuku besi' Ben Ali.

“PAS yakin dengan kebangkitan rakyat ini akan menjadi pengajaran kepada mana-mana rejim yang zalim dengan menafikan hak serta kebebasan termasuk di Malaysia dan kepada setiap suara rakyat,” ujarnya.

PANAS : Pendedahan Eksklusif 'First Lady Of Malaysia' -F.L.O.M. Bhg 1

Kegilaan F.L.O.M ini harus ditamatkan segera!!!! sedarlah wahai Datin Sri Rosmah Mansor dan ketahuilah seluruh rakyat Malaysia .............


BAHAGIAN F.L.O.M.

Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod
Pegawai Khas

Saleha binti Mohd Rabani
Pembantu Peribadi

G. Vimala
Pen. Pegawai Tugas Khas

Siti Zaiton binti Abdul Ghani
Pembantu Peribadi

Rizal bin Mansor
Pen. Pegawai Tugas Khas

Nurul Rosemiemmy binti Khasimi@Mohamed
Pen. Pegawai Tugas Khas

FIRST LADY oF MALAYSIA - F.L.O.M


Kegilaan ini harus ditamatkan segera!!

Siapakah sebenarnya 'First Lady' dalam negara sistem raja berpelembagaan? Bukankah ianya hak milik kepada YTM Permaisuri Agong??

Satu persoalan yang kerap ditanya-tanya dan jawapan sebenar masih kelabu. Tetapi sejauh mana kelabunya jawapan kepada persoalan siapakah Wanita Pertama Negara, ia tidak pernah menjadi satu kebenaran untuk digunakan samada secara rasmi ataupun tidak rasmi ke atas sesiapa sahaja dalam negara ini waima isteri kepada Perdana Menteri.

Apabila istilah 'First Lady' ini digunakan walaupun secara tidak rasmi, ia satu pengkhianatan ke atas institusi Agong. Apatah lagi jika istilah tersebut digunakan secara rasmi, pasti si 'pencuri' istilah diraja itu harus dihukum dan dibuang negeri!

F.L.O.M Divisyen - Apakah fungsinya bahagian ini apabila ia diletakkan sebaris dengan bahagian lain dalam carta organisasi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Apakah ianya untuk 'menjaga' kebajikan isteri kepada Perdana Menteri? 
 
Sepertimana yang tertera dalam laman web rasmi Perdana Menteri Malaysia, FLOM adalah satu penghinaan yang jelas bukan sahaja ke atas Tuanku Agong, tetapi ia juga penghinaan dan penganiayaan terhadap seluruh rakyat Malaysia apabila buat pertama kali dalam sejarah satu division dibangunkan hanya semata-mata untuk pengurusan seorang isteri Perdana Menteri.

Ia termasuklah mengurus untuk mendapatkan bajet-bajet yang tidak masuk akal seperti berlangsungnya Sidang Kemuncak "First Ladies" yang diadakan pada 11 hingga 13 Oktober tahun lalu di sebuah hotel terkemuka negara. Apabila konvensyen yang dihadiri oleh kebanyakkan Wanita Pertama negara-negara Afrika itu menelan belanja RM4.5 juta untuk period 3 hari, apakah ia masuk dek akal?

Tidak cukup dengan PERMATA, peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isteri perdana menteri juga disifatkan sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan segelintir pihak. Apakah ianya berkait rapat dengan penubuhan FLOM dan menjadi jalan kepada apa jua bentuk 'perniagaan'. Hapuskan kegilaan ini segera!!

Dari Tunku Abdul Rahman Putra sehinggalah kepada Paklah, belum pernah kita dengar setiap isteri-isteri Perdana Menteri mempunyai satu pejabat rasmi yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen. Bahagian FLOM ini adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana. FLOM atau nama panjangnya First Lady of Malaysia adalah sepatutnya disebut sebagai Pejabat Isteri Perdana Menteri.

Hari ini, ketika Najib mengarahkan rakyat marhein mengubah cara hidup dengan mengurangkan pelbagai jenis subsidi sebagai isyarat, sepatutnya berasa malu kerana membenarkan tertubuhnya sebuah pejabat Isteri Perdana Menteri. Penubuhan FLOM Divisyen ini juga menunjukkan betapa urusan pentadbiran negara sedikit sebanyak telah bercampur-aduk dengan perihal rumah tangga. Adalah lebih baik Najib mengumumkan satu jawatan menteri khas untuk isterinya.

Bilakah FLOM ditubuhkan? Untuk pengetahuan semua, nama Prof. Dato' Hj. Khairil Annas bin Jusoh cukup terkenal kerana terlibat dalam perjumpaan Saiful Bukhari untuk memohon biasiswa di Pejabat Perdana Menteri. Anda melihat nama Khairil Anas sebagai salah seorang pegawai tertinggi dalam carta laman web JPM, tetapi adalah menjadi pelik apabila tidak seorang pun perasan kewujudan FLOM yang cartanya sedikit atas dari kedudukan nama Prof. Dato' Hj. Khairil Annas bin Jusoh sedangkan nama Khairil Anas merupakan satu nama yang mempunyai kekerapan tinggi dalam enjin carian ketika namanya meletup satu masa dulu.

Sehingga hari ini, berapakah bajet yang telah dibelanjakan oleh FLOM tidak diketahui. Untuk apa bajet dikeluarkan? Apa yang dibelanjakan? Adakah ianya perlu dan berkepentingan? Sekadar mana keperluan Bahagian FLOM ini relevan? Apakah penubuhan Bahagian FLOM ini menjadi punca akan perbelanjaan dan peruntukkan untuk JPM jauh meningkat pada tahun ini ??

Justeru, kita sebagai rakyat harus mendesak agar bahagian yang tidak perlu seperti FLOM ini dibubarkan segera kerana tidak nampak akan keperluannya untuk kepentingan negara, selain daripada suatu pembaziran yang nyata. Kerajaan terpaksa menanggung pembayaran gaji yang lumayan terhadap setiap staf-staf yang bekerja di bawah pentadbiran bahagian FLOM. Ia termasuk juga gaji untuk pegawai-pegawai tertingginya yang pasti ada yang mencecah belasan ribu. Semua pembayaran ini untuk apa jika tidak untuk isteri Perdana Menteri dan kroninya?

Kepada wartawan, sila jalankan tugas anda untuk membuat terjahan ke Pejabat Bahagian FLOM di bawah Jabatan Perdana Menteri ini. Cuba tanya Najib apakah fungsinya Department First Lady of Malaysia dan tanya sama Rosmah, betulkah bajet FLOM melebihi bajet untuk pembangunan orang asli dan pembangunan Islam di negara ini? Sedikit keberanian pasti mengubah segala-galanya. Saya menunggu wartawan berani untuk memecah kebuntuan FLOM!!

Last but not least, mungkin ada yang bertanya, apakah kaitnya FLOM dengan isteri Perdana Menteri? Mungkin ada yang mempersoalkan, benarkah FLOM ini benar-benar ditubuhkan untuk Rosmah?

Harap sedikit lagi bersabar, akan saya bentangkan dalam satu lagi sesi pendedahan Divisyen First Lady of Malaysia! FLOM belum berakhir di sini dan akan diteruskan sehingga Department FLOM dibubarkan !!

Lihat Laman Rasmi JPM di Sini- http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1947

mode menyerang !

Kekuasaan Allah di Gaza

blalang
Photobucket
Sambungan dari entri pertama terdahulu.
Banyak ayat-ayat Allah terbukti di Perang Gaza. Karamah Allah turun untuk membantu orang yang membela agamanya. Itu yang dialami oleh mujahidin Palestin, para syuhada Gaza. berikut data-datanya

http://tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=6553 

1. Dr. Muawiyah Hassanein, Pengarah Darurat dan Departmen Kesihatan di Gaza menceritakan:
“Syuhada yang meninggal berhari-hari, bahkan berminggu-minggu masih menitiskan darah segar dari tubuhnya. Kami dan semua orang di sini sangat terkejut…”
Subhanallah….
Photobucket
2. Syahid ‘Iyan berkata: “Saya menyaksikan orang yang gugur syahid tersenyum, meskipun keadaan tubuhnya hancur, darahnya masih segar.”
3. Beberapa doktor Jordan yang menjadi sukarelawan di Gaza memberi bukti:
PhotobucketDr Hisam Az Zighah memberi bukti itu di acara Festival Ikatan Doktor Yordan beberapa hari yang lalu. Kepada wartawan Hisam menunjukkan bukti iaitu sebutir peluru, Al-Quran serta buku kumpulan doa-doa, Hishnul Muslim.
Semasa itu datang seorang mujahidin yang cedera di hospital As Syifa’. Doktor-doktor tersebut melakukan pemeriksaan. Doktor itu dikejutkan dengan sebutir peluru yang ditemui di dalam kocek pejuang tersebut.
4. Ada lagi pengakuan Abu Qudamah, salah seorang komandan lapangan Hamas di wilayah Timur Az Zaitun, Kota Gaza:
“Saya dan beberapa mujahidin mengintai kereta kebal Israel. Kami berdoa agar Allah menurunkan tentaraNya dari langit membantu kami. Mendadak turunlah awan tebal menyelimuti kawasan kami. Kami menyelinap di antara puluhan kereta-kereta kebal itu tanpa diketahui oleh musuh. Anehnya tidak terlihat oleh kapal-kapal terbang pengintai yang lalu-lalang di udara. Kami mampu meletupkan tangki kereta-kereta kebal itu, akibatnya 5 orang tentera Israel mati dan berpuluh-puluh yang lain cedera.”
Ketika kapal terbang-kapal terbang Israel membedil bom di salah satu kota Gaza, turunlah hujan lebat di wilayah itu saja. Pesawat-pesawat itu tergendala berjam-jam dan tidak boleh meneruskan pengebomannya..
Photobucket
5. Syeikh Abu Bilal di perkemahan Rafah menuturkan:
“Kamu jangan mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu mati, mereka bahkan hidup, tapi kamu tidak mengetahui.” Al Baqarah:154.
Allah swt. berfirman:
Beliau menambahkan bahawa “Jasad para syuhada masih segar, kerana roh mereka selayaknya memakan buah di syurga, ini juga yang menyebabkan semerbaknya bau wangi. Darah masih segar, janggut tumbuh. Sebagian syuhada yang dua tahun lamanya, atau berpuluh tahun bahkan beradab-abad tidak rosak jasadnya dan tidak dimakan oleh cacing tanah.”
Wangi semerbak minyak kasturi juga keluar dari jasad perajurit Al Qassam, Muhammad Abu Sya’r. Mereka adalah sebahagian mangsa serangan bom kapal terbang Israel. Bau harum itu tercium oleh orang yang menjumpainya. Khabar kesyahidannya tersebar ke semua pelosok masjid.
Para pemuda masjid ramai datang untuk melihat. Mereka bertahmid, bertahlil dan bertakbir mengagungkan Asma Allah atas keajaiban para syuhada.
Photobucket
6. Petugas perubatan menceritakan, kami berangkat untuk menolong orang yang luka-luka di sebelah Utara Gaza, ketika itu tentera Israel menembak sekeliling kaki kami. Kami katakan:
“Kenapa kalian melakukan ini, kami bukan tentara, kami tidak bawa senjata apalagi bom.”
Salah seorang tentara Israel berteriak: “Kalian orang Arab, kalian memakai pakaian putih, kalian malaikat, kalian berperang bersama Hamas.”
7. Ada juga tentara Israel sedang diwawancara oleh media Israel, ia mengatakan kehilangan penglihatan kerana seorang pemuda, melemparkannya dengan segenggam debu. Pemuda itu berbaju putih. Seketika itu buta.
8. Tentara Israel lainnya menceritakan, bahawa mujahidin memberikan perlawanan memancing mereka dalam banyak pertempuran laksana memancing ayam dan itik.
Pengakuan tentara Israel yang lain, ia melihat tentara Israel terluka dan ditembak dari arah kanan dan kiri. Bingung, tidak dijumpai dan tidak diketahui dari mana tembakan itu berasal.
9. Sejumlah wartawan yang melaporkan perang di Gaza menceritakan, kami bersembunyi dari bom. Ketika situasi reda, kami dikejutkan oleh seorang yang keluar dari runtuhan bangunan sambil membawa pelancar roket. Dia hadir, menyerang dan menghilang, seperti ditelan bumi.
Demikian, Allah SWT telah menampakkan ayat-ayatnya, melalui para pejuang yang ikhlas dan taat. Allah pasti selalu memberi perindungan kepada hamba-hambaNya yang membela agamanya. Janji Allah datang bersama kesabaran. Allah tak akan mengingkari janjinya!
Wallahualam. Posted @ www.isuhangat.net

Anwar: Cabaran debat Ummi Hafilda "soal nyamuk"

"Itu hanya soal nyamuk", kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas cabaran Ummi Hafilda Ali untuk berdebat dengannya berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau.

NONEUmmi Hafilda yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998.

Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran debat itu ketika ditemui pada majlis "Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno" di Kampung Geliga, di Kemaman, hari ini yang dirasmikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai cabaran debat yang dibuat oleh Ummi Hafilda pada Khamis lalu itu, Anwar berkata beliau menyerahkan kepada Presiden PAS untuk menjawab isu berkenaan.

NONEAbdul Hadi sebelum itu ketika ditanya berhubung kenyataan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar, Azmin, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, peguam Karpal Singh dan parti PAS kerana salah laku mereka terhadapnya pada 1997, berkata:

"Itu nyamuk saja yang dilepaskan, jadi biarlah nyamuk yang jawab".

Daripada jumlah RM700 juta itu, Ummi Hafilda berkata saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu berhubung skandal seks.

Ummi Hafilda berkata saman berjumlah RM200 juta terhadap Karpal, RM100 juta terhadap Wan Azizah dan RM100 juta lagi terhadap PAS.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.
-Bernama-

Pusat khidmat ADUN Sri Muda diserbu polis

Polis menyerbu pusat khidmat ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dan merampas peralatan komputer milik beliau bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina Sultan Selangor melalui blognya.
Menurut akhbar Sinar Harian hari ini, serbuan jam 11.30 pagi semalam dilakukan oleh sekumpulan anggota polis dari ibu pejabat kontinjen (IPK) Selangor.

NONE"Polis merampas satu unit pemprosesan pusat (CPU), monitor, papan kekunci dan beberapa kad nama. Mereka cadang hendak ambil semua, saya kata tidak boleh sebab aduan ke atas saya. Jadi ambil komputer sayalah. Saya tidak tahu apa yang diambil tetapi saya berharap mereka bertindak dengan profesional, fokus kepada isu yang berbangkit,” kata Shuhaimi.

Menurutnya, serbuan berkenaan tidak disertakan waran, tetapi beliau memberikan kerjasama penuh kerana merasakan pegawai polis yang ditugaskan juga bekerja di bawah tekanan dan arahan tertentu.

Beliau berkata beliau diberitahu petugas pejabat, polis akan datang pada 11.30 pagi mencari komputer yang dikatakan digunakan untuk memuat naik bahan seperti mana yang dibuat dalam aduan polis ke atasnya.
Profesional

"Polis tidak hubungi saya tetapi hubungi pejabat saya. Inilah tindakan yang kita katakan tidak sepatutnya berlaku. Kalau saya yang disiasat, maklumkan kepada saya kita akan memberikan kerjasama penuh. Kita minta polis juga profesional," katanya.

NONEBeliau berkata, serbuan dilakukan oleh 13 anggota polis dari unit Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) termasuk anggota yang berkawal di pintu pejabat serta tiga CSI.

Dalam pada itu katanya, sehingga kini tiada perkembangan lanjut berhubung kenyataan yang dikeluarkan melainkan rampasan komputer milik beliau.

Shuhaimi juga akan mempertimbangkan dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan Awang Selamat.

"Saya minta polis segera menyiasat Awang Selamat yang memfitnah dan memutarbelitkan kenyataan, mengambil separuh daripada artikel yang ada di Internet, menggunakan itu untuk menimbulkan keadaan seolah-olah saya menderhaka (kepada sultan)," katanya.

Menurut Shuhaimi, walaupun akhbar tersebut lidah rasmi Umno, Utusan seharusnya lebih beretika dalam mengeluarkan pandangan supaya apa yang disiarkan boleh menyedarkan masyarakat dan memberikan manfaat bukan memburukkan keadaan.
-malaysiakini-

Akhirnya presiden NUJ kena gantung

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akan digantung kerja mulai Isnin ini hingga proses siasatan dalam oleh majikannya Utusan Melayu Bhd berhubung komen-komennya di media selesai.

“(Saya) dah kena gantung kerja tak boleh pergi pejabat lagi dan tak boleh keluar dari rumah gua,” tulis Hata dalam SMS kepada Malaysiakini, pagi ini.

NONEHata enggan mengulas lanjut tetapi menghantar Malaysiakini sesalinan surat penggantungan kerja yang bertarikh 11 januari lalu.

“Setelah mengambilkira keadaan sekeliling dan keseriusan dakwaan salah laku tuan, maka Syarikat akan menggantung perkhidmatan tuan bermula dari 17 Januari 2 011 hingga proses siasatan dalaman terhadap tuan selesai,” petik surat yang ditandatangani oleh pengurus besar, jabatan sumber manusia, Utusan Melayu.

Menurut surat itu lagi, sepanjang tempoh penggantungan kerja, Hata tidak dibenarkan memasuki mana-mana premis Utusan Melayu kecuali jika beliau dikehendaki hadir untuk memberi penjelasan atau mendapat kebenaran pihak syarikat terlebih dahulu.
Berada di tempat boleh hubungi

“Sila maklumkan kepada syarikat alamat terkini surat menyurat serta nombor telefon kediaman dan telefon bimbit sebelum tuan meninggalkan kawasan syarikat kepada ketua jabatan tuan.

azlan“Sepanjang tempoh penggantungan perkhidmatan ini, tuan diminta sentiasa berada di tempat yang boleh dihubungi oleh pihak syarikat dan tuan tidak dibenarkan keluar daripada lingkungan tempat tinggal,” petik surat itu lagi.

Siasatan dalaman ke atas Hata dijadualkan bermula pada Isnin ini, jam 10 pagi. 

Sebelum ini, Hata diberi surat tunjuk sebab dan dikenakan siasatan dalaman kerana didakwa menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai akhbar, terutama portal berita, antaranya mengkritik Utusan Malaysia.

Selepas dipilih menjadi presiden baru NUJ, Hata membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'. Kesatuan itu mempunyai keanggotaan daripada kira-kira 1,300 wartawan.

Pandangan dan kritikan terbukanya - seperti isu pemilikan Umno, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' pengarang Utusan - dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang.

Jika dipecat, Hata bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian. Ini kerana pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
-malaysiakini-

Isu First Lady: Semua MP BN wajar tinggalkan BN segera..!

hazik
First Lady of Malaysia (FLOM) yang dijolok kepada Rosmah Mansor isteri PM Najib Razak mesti diberi perhatian utama buat rakyat Malaysia amnya dan MP BN khususnya. Wujudnya FLOM dalam divisyen khusus di JPM sudah keterlaluan sehingga memakan jumlah belanja YANG BESAR mengguna wang rakyat. Rakyat perlu merasa cemburu dan sakit hati atas perkembangan ini dan sewajarnya MP BN yang bertanggungjawab menaikkan Najib Razak sebagai PM agar segera INSAF dan keluar segera meninggalkan BN untuk memusnahkan FLOM secara automatik.

Tabiat Rosmah Mansor yang boros mengguna wang rakyat berbelanja di luar negara jangan dianggap perkara kecil. Selama ini telah dimaklumkan oleh semua pihak (pegawai JPM khususnya) yang resah dan gelisah agar segera dihentikan, namun PM Najib Razak masih gagal bertindak. PM Najib Razak sememangnya bertanggungjawab penuh akan perkara ini dan MP BN yang setia dan patuh terus meng"ia"kan sahaja apa-apa sahaja yang dibuat oleh Najib dan isterinya semata-mata menjamin survival kedudukan masing-masing.

Sudah sampai masa dan ketikanya semua pihak yang terus memberikan sokongan kepada PM Najib Razak selama ini dapat memikirkan semula akan bahaya besar bakal melanda negara. Dengan kemerosotan pertumbuhan ekonomi, harga barang semakin menaik, rakyat dibeban dengan bayaran cukai serta saman ekor semata-mata untuk menambah kantung negara, ada pula pihak (khususnya Rosmah Mansor) sewenang-wenangnya menghabiskan duit negara untuk memenuhi nafsu pemborosnya.

Ingatlah wahai MP BN.... hanya tuan-tuan sahajalah suara rakyat yang masih setia dengan PM Najib Razak sehingga menjadikan Rosmah Mansor "gila berkuasa" yang jelas satu penyakit bahaya buat seluruh rakyat dan negara. Dan kepada tuan-tuan (MP BN) semua yang mampu menghapuskan kedurjanaan ini dengan KELUAR SEGERA meninggalkan BN untuk bersama-sama dengan PAKATAN RAKYAT menghapus dan menghancurkan FLOM sama-sekali....

Isu Interlok: Puak tak sependapat duduk semeja

Satu lagi 'pertemuan muhibah' akan diadakan oleh Pemuda PAS dengan persatuan penulis, budayawan dan NGO bagi membincangkan serta mencari jalan meleraikan kontroversi yang melanda novel "Interlok".
NONEPada pertemuan pertama Khamis lalu, ketua penerangan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata kedua-dua pihak berjaya mencapai beberapa keputusan bersama - antaranya membantah pembakaran novel tersebut.

Mereka juga bersepakat menggunakan kaedah dialong untuk menyelesaikan polemik yang timbul.

“Pertemuan di PKNS Bangi petang Khamis bersetuju menghormati karya seni tulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussin yang mengandungi unsur-unsur sejarah dan imiginasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Suhaizan, keputusan pertemuan itu juga menggesa semua pihak harus berhati-hati kerana khuatir dengan perangkap politik di sebalik polemik novel berkenaan.

"Pertemuan bersejarah ini merupakan kali pertama diadakan bagi membincangkan isu novel Interlok yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

NONE"Perbincangan dalam pertemuan ini berjalan dengan lancar . Setiap wakil mengemukakan pandangan dengan penuh kematangan.

"Mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun membincangkan isu yang sensitif," katanya .

Antara persatuan penulis dan budayawan yang hadir adalah Seniman Paksi Rakyat Malaysia(PAKSI), Budayawan Bertindak (BB), Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), dan Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa & Pustaka.

Manakala kumpulan NGO masyarakat India yang turut hadir antaranya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Makkal Sakti, Malaysian Indian Voice (MIC) dan Indian Movement serta individu seperti peguam dan pensyarah universiti.

NONESuhaizan yang bertindak sebagai moderator bagaimanapun menjelaskan terdapat beberapa yang menemui jalan buntu akan dibincangkan dalam pertemuan kali kedua berhubung kewajaran Interlok menjadi buku teks sastera tingkatan lima sekolah menengah.

Sehubungan itu, setiap kumpulan diminta menyediakan asas yang kukuh mengenai hujah masing-masing dengan penuh hikmah kerana "ia melibatkan maruah kedua-dua pihak".

"Bagi sebahagian masyarakat India perkataan “paria” pada muka surat 211 dan isu kasta muka surat 219 boleh menyebabkan suasana tidak harmoni di kalangan para pelajar sekolah, (ia juga) memberi pandangan negatif terhadap masyarakat India dan didakwa menjatuhkan maruah mereka.

azlan"Sedangkan di pihak kumpulan budayawan pula berpendapat bahawa menarik balik Interlok daripada menjadi buku teks sekolah merupakan penghinaan terhadap Sasterawan Negara Abdullah Hussain, menghina karya seni dan menjatuhkan maruah budayawan," katanya.

Dalam pertemuan berkenaan, Suhaizan berkata kumpulan budayawan mengemukakan beberapa cadangan untuk mempertahankan novel berkenaan sebagai buku teks dengan membuat penyesuaian.
Antaranya:
  • Membuat penerangan perkataan-perkataan yang sensitif Interlok dalam ruang glosari,
  • Menyediakan buku ulasan terhadap novel bagi mengelakkan sebarang kekeliruan
  • Melatih guru-guru untuk memberi penerangan yang sebenar terhadap Interlok.
NONEManakala cadangan kumpulan NGO masyarakat India pula, kata Suhaizan adalah supaya perkataan dan kandungan sensitif dalam novel tersebut dikeluarkan atapun menggugurkan novel berkenaan daripada menjadi buku teks sekolah.

Mesyuarat kali kedua dijadualkan di tempat yang sama pada Rabu 19 Januari ini, jam 2.30 petang.
NONEKemelut Interlok menjadi parah, apabila beberapa NGO India yang didalangi beberapa parti politik tertentu membakar novel berkenaan.

Ini disusuli dengan beberapa laporan polis oleh badan-badan seperti, Gapena dan PENA yang membantah tindakan itu kerana dianggap menghina sasterawan negara, membangkitkan kemarahan orang Melayu, malah boleh mencetuskan ketegangan kaum. 
-malaysiakini-

Bakar jangan tak bakar!

tokpepijat
Bakar jangan tak bakar!
Dulu Malaysia alami jerebu yang mendahsyat akibat kebakaran hutan. Kini udara kita alami tahap "jerebu" lebih dahsyat akibat pembakaran "politik" oleh orang yang tidak puas hati.

Bermula patung ADUN Sri Muda, buku Interlok dan kini tiba giliran patung peguam Cina pula di bakar.

Patung ADUN Sri Muda dibakar kerana "menghina" Raja Melayu, buku Interlok dibakar kerana "menghina" kaum India dan patung peguam Cina dibakar kerana kadar bunyi azan diperlahankan.

Bila lagi mahu bakar patung Ronnie Liu kerana arah tarik balik arahan pengharaman orang Islam kerja di disko?

Bakar jangan tak bakar. Malaysia bumi bakar membakar!

Melihat aksi Ronnie Liu tentang isu arak ini menghairankan kita. Mengapa Ronnie campurtangan dalam masalah orang Islam?

Adakah Liu mahu cari glamour dan pengaruh setelah kalah teruk dalam pimpinan DAP Selangor kepada kem Teresa Kok tempoh hari?

Kita menyedari dalam DAP ada dikalangan ahlinya yang berfikiran "jumud" macam Liu. Sepatutnya Liu belajar dari Islam dari Lim Guan Eng, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Isu arak di Selangor adalah hal ehwal orang Islam. Bagi Islam, arak adalah ibu kejahatan. Maka apabila MPSJ melarang orang Islam bekerja dengan majikan yang jual arak ianya membabitkan hal ehwal orang Islam dan berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah.

Mengapa Liu sibuk-sibuk? Adakah Liu sedang dipergunakan oleh Sister in Islam atau UMNO yang terkenal sebagai pihak yang menghalalkan kilang arak di bumi Selangor?

Kita melihat dahsyatnya moral dan penyakit umat Islam di Selangor. Mengapa? Kerana dengan larangan ini, maka presmis-presmis hiburan di Selangor bakal kehilangan ramai pekerja yang majoritinya orang Islam!

Maknanya, selama ini hidup dan untungnya premis hiburan adalah dari titik peluh pekerja Islam dan pengunjung Islam! Seterusnya mengakibatkan jenayah, penceraian, zina, buang anak, dadah dan sebagainya.

Itu masalah yang dialami umat Islam sekarang akibat pemerintahan UMNO selama 50 tahun di Selangor.

Kini, PAS selaku bertanggungjawab untuk menyelamatkan umat Islam berperanan untuk "membaik pulih" umat Islam.

Sepatutnya Ronnie Liu juga bersama membantu PAS dalam soal ini.

Untuk pengetahuan Liu, orang Cina juga sedang mengalami keruntuhan akhlak yang serius dengan kebanjiran pelacur dari China. Banyak institusi kekeluargaan mengalami kehancuran dan keruntuhan. Semakin parah dengan bertambahan perjudian yang diluluskan oleh Kerajaan pimpinan Najib.

Ramai pimpinan DAP menyedari hakikat ini. Malangnya Ronnie Liu masih berada dalam dunianya tersendiri!

Karpal dan Lim Kit Siang sudah berubah pemikiran terhadap Islam. Ronnie Liu bila lagi?

Kita harimau tak perlu diajar mengaum

Asrol
JOHOR BAHRU, 15 Jan: Lebih 300 mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memeriahkan Majlis Pelancaran Jentera Pro Mahasiswa UTM walaupun hujan renyai-renyai turun membasahi bumi UTM Skudai.

Majlis yang pada asalnya dirancang untuk diadakan di hadapan bilik 24 jam PSZ telah ditukar ke Dataran Agora bagi menghormati permintaan pejabat Hal Ehwal Mahasiswa.

Walau bagaimanapun, disebabkan hujan turun, tempat majlis itu dipindahkan sekali lagi di hadapan Masjid Sultan Ismail.

Hujan yang turun tidak menghalang warga kampus termasuk staf dan pensyarah untuk hadir mendengar ucapan pemimpin mahasiswa.

Dalam majlis ringkas itu, Pengerusi Pro Mahasiswa UTM, Leftenan Muda Ku Abdul Muhyi telah menyampaikan penerangan berkenaan moto ‘Pro Mahasiswa Pro Universiti’ yang akan diguna pakai oleh jentera Pro Mahasiswa dalam pilihan raya kampus akan datang.

“Kita kena sedar bahawa kita sekarang mendokong aspirasi universiti, mendokong gagasan Datuk Naib Canselor dalam memacu UTM ke mata dunia. Kita akan menyokong apa yang baik dan mengkritik apa yang tidak baik,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, Pro Mahasiswa Pro Universiti bukan bermaksud pro kepada mana-mana pihak sebaliknya akan bersama-sama semua pihak yang ingin menjayakan gagasan universiti yang ada pada hari ini.

Beliau juga mengingatkan kepada seluruh mahasiswa agar tidak takut untuk bersama Pro Mahasiswa atas dasar gagasan yang dibawa oleh Pro Mahasiswa tidak bercanggah dengan visi dan misi universiti.

Berikutan kes ugut senior yang disahkan sebagai salah seorang penggerak utama Evolusi UTM ke atas aktivis ProM Tahun 1, Ku Abdul Muhyi juga mengingatkan kepada mana-mana pihak agar tidak mencabar Pro Mahasiswa dengan bertindak sesuka hati tanpa mengikut peraturan.

“Jangan cabar kita. Kita adalah harimau yang tidak perlu diajar untuk mengaum,” tegasnya.

Turut berucap petang tadi ialah dua orang wakil duta Pro Mahasiswa yang baru dilantik iaitu Munzir Musa dan Saudari Khairulwafa’.

Sokongan mahasiswa kepada Pro Mahasiswa dilihat semakin meningkat dan dijangka memberi harapan cerah untuk gelombang oren menawan UTM.

Natang MPK, apa dia ingat Chukai pusaka tokki dia?

senik 
Assalamualikum,

Kisah bangang dan sikap natang pekerja MPK terjadi lagi di bandar Chukai hari ini, jumaat 14/1/2011,pada ketika seluruh jabatan kerajaan dan swasta bercuti hujung minggu di Terengganu.Tindakan seperti natang (binatang) pekerja MPK boleh dilihat pagi tadi ketika memcabut bendera PAS yang dipasang disepanjang jalan utama bermula dari sekolah SIS sehingga Geliga.

Bendera yang dipasang oleh petugas petugas PAS malam tadi adalah sempena menyambut program himpunan rakyat PAS ganti UMNO yang bakal berlangsung pada esok hari, 15/01 2011. MPK sudah sekian lama menunjukkan sikap natang terhadap PAS sedangkan hasil masyur MPK selama ini disumbangkan sebahagiannya oleh ahli-ahli PAS dan paling malang apabila MPK secara terang terangan menunjukkan sikap double standard ketika berdepan dengan parti politik utama di Chukai ia itu UMNO dan PAS atas nama menegakkan undnag undang kepala otak mereka. Sejak sekian lama, UMNO diberi kebebasan untuk memasang bendera mereka sehingga banyak kali kelihatan bendera UMNO di pagar pejabat MPK tanpa ada tindakan mencabutnya.Tetapi banyak kali juga bendera PAS yang dipasang di sepanjang jalan di sekitar bandar Chukai dicabut oleh pekerja MPK tanpa sedikitnya mahu mengambil kira perasaan dan sensitiviti ahli PAS terutama yang terlibat dalam kerja kerja pemasangan itu.

Apa kah undang undang memberi kuasa yang begitu kepada MPK sehingga mereka menjadi bongkak dan bangang setiap kali berdepan dengan bendera PAS?Apakah jenis undang undang ini kalau hak sebagai rakyat dan warganegara ahli ahli PAS dinodai dengan begitu mudah?Lagipun, selama ini MPK dan lain lain majlis tempatan tidak pernah produktif selain dari memerah wang dari rakyat termasuk juga dari ahli ahli PAS.Dan semua kemudahan yang dibina termasuk penghadang jalan dibina dengan wang rakyat yang bermakna kemudahan ini adalah milik bersama rakyat dan boleh digunakan rakyat tanpa sebarang sekatan yang boleh menafikan hak rakyat.

Kemudahan ini tidak dibina dengan duit pesaka tokki MPK dan bandar Chukai juga bukan peninggalan tokki MPK jadi kenapa MPK boleh begitu berkuasa ke atasnya.Begitu juga pekerja pekerjanya yang gaji mereka dibayar oleh rakyat termasuk ahli PAS boleh bertindak biadap dengan mengambil bendera dan meninggalkan tiangnya bersepah di tengah bandar?

MPK sebaliknya membiarkan UMNO berleluasa memasang bendera mereka di mana sahaja mereka kehendaki sehingga pagar pejabat MPK sering kali dilihat mengibarkan bendera UMNO.Di manakah keadilan yang hendak dibuat MPK dengan alasan menjaga undang undang?

Barangkali berbaloi kata kata seorang petugas PAS malam itu, biarlah kalau MPK nak cabut bendera kita kali ini tetapi mereka perlu mengambil risiko di cabut dengan bangunan bangunannya sekali sekiranya PR menang pilihanraya nanti.Mungkin apa yang dimaksudkan oleh petugas PAS ini ialah MPK dan majlis tempatan lain tidak berfungsi untuk membela rakyat tetapi hanyalah sebagai barua politik UMNO dan perlu dibubarkan apabila PR mengambil alih negara nanti.Bandar Chukai dan lain lain bandar di negara ini bukan pesaka peninggalan tokki MPK dan majlis tempatan lain jadi tidak adil dan tidak mendatangkan apa apa faedah kepada rakyat untuk meneruskan apa yang sedang dibuat MPK dan majlis tempatan lain.