"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Bantah makan daging: Seorang wanita bertelanjang bulat dipusat bandar


Liverpool: Seorang wanita bertelanjang bulat di pusat bandar ini dan berlingkar di atas pinggan sebagai membantah pemakanan ayam belanda sempena sambutan Krismas.

Dengan pisau besar dan garfu di sebelahnya, wanita itu berlingkar, menggambarkan dirinya ayam belanda dengan kacang pea, lobak dan kubis bersebelahannya di atas pinggan itu dalam kempen menggalakkan orang ramai berhenti makan daging, sebaliknya beralih kepada sayur.

Pengarah Kumpulan Layanan Beretika Terhadap Haiwan (PETA), Elisa Allen memberitahu akhbar Liverpool Echo, pihaknya berusaha menggalakkan orang ramai tidak memakan daging haiwan sempena sambutan Krismas ini.

Bagaimanapun, kajian yang dilakukan media tempatan berkata, tunjuk perasaan itu tidak akan mengubah pendirian orang ramai.

Seorang pembaca berkata: “Saya tidak percaya ia akan mengubah tradisi Krismas. Daging ayam belanda memang menyelerakan.”

Seorang lagi menambah: “Saya tidak sabar menanti makan malam dengan ayam belanda di atas meja diikuti daging lembu panggang keesokannya.” 
-hmetro

Pakatan Harapan sepakat pilih Wan Azizah PM wanita pertama

FMT Reporters
PETALING JAYA: Malaysia akan memiliki perdana menteri wanita pertama, jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memangku jawatan nombor 1 negara itu sehingga suaminya dibebaskan dari penjara, kata penasihat DAP.

Lim Kit Siang yang dipetik China Press berkata, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan dilantik sebagai pemangku timbalan perdana menteri, jika PH berjaya merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

“Selasa lalu kami capai kata sepakat, jika berjaya kalahkan BN pada PRU akan datang, Muhyiddin adalah calon pemangku timbalan perdana menteri paling sesuai,” katanya ketika menghadiri majlis makan malam kutipan dana anjuran Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Bukit Gelugor, semalam.

Ketua Parlimen DAP itu berkata, daripada Pakatan Rakyat sehingga PH, pembangkang selama ini menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, bagaimanapun beliau sedang dipenjarakan ketika ini.

Selasa lalu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mencadangkan satu rancangan menyerupai “Langkah Kajang” dengan harapan dapat menjadikan Anwar sebagai perdana menteri, sekiranya PH memenangi PRU14.

“Salah seorang wakil rakyat PKR yang baharu menang boleh kosongkan kerusinya dan seawal 2 minggu selepas hari mengundi PRU14, Anwar boleh memenangi sebuah kerusi Parlimen dan seterusnya mengangkat sumpah sebagai perdana menteri,” kata Rafizi dalam satu kenyataan minggu lalu.

Rabu lalu, Anwar berkata, beliau akan berbincang dengan peguamnya bagi mencari cara lain untuk mendapatkan kebebasan selepas gagal dalam cubaan terakhir menggunakan mahkamah untuk membebaskan diri daripada sabitan kes liwat apabila Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan kesnya.

Pilihan yang tinggal untuknya ialah memfailkan permohonan kepada Lembaga Pengampunan.

Pada 6 Disember lalu, Lim menafikan beliau akan dilantik sebagai perdana menteri dan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi timbalannya, jika PH memenangi PRU akan datang.

Senarai Kabinet bayangan itu turut menamakan 7 pemimpin DAP memegang portfolio kanan, termasuk menteri kewangan (Lim Kit Siang), menteri di Jabatan Perdana Menteri (Lim Guan Eng) dan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (Teresa Kok).

Pemimpin PH lain seperti Rafizi Ramli sekadar diberikan jawatan menteri pelancongan, Presiden PKR, Dr Wan Azizah diberikan portfolio menteri pembangunan wanita dan keluarga, serta Khalid Samad daripada Amanah diberikan portfolio baharu, iaitu menteri kesenian, kebudayaan dan sejarah.

Sementara itu, Lim yang juga ahli Parlimen Gelang Patah mencabar Umno menunjukkan bukti beliau anti-Melayu dan Islam, jika benar selama 51 tahun menyertai arena politik, beliau mempunyai niat itu.

Dalam perkembangan lain, Lim memuji 4 bekas perdana menteri pertama negara, termasuk Dr Mahathir yang pernah menghantarnya ke penjara.

Lim dalam satu kenyataan hari ini berkata, memalukan untuk Parlimen dan Perhimpunan Agung Umno mengambil bahagian dalam “penipuan besar dan kepura-puraan”, merujuk kepada isu 1MDB.

“Ini tidak akan berlaku di bawah 4 perdana menteri pertama – Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Dr Mahathir yang mengetuai kerajaan persekutuan pada 46 tahun pertama sejarah negara.”

Katanya, Abdul Rahman sebaliknya bekerja dengan DAP untuk mewujudkan sebuah kerajaan lebih demokratik, bersih dan bertanggungjawab, manakala kesederhanaan dan integriti Abdul Razak terkenal kepada semua, serta komitmen Hussein dalam memerangi rasuah.

“Bantahan Dr Mahathir terhadap skandal 1MDB tidak perlu diperkenalkan,” katanya.

Polis tahan Zunar sekali lagi petang ini, rampas komik dan t-shirt (5 Gambar)






Kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, sekali lagi ditahan oleh pihak polis.


Kali ini, beliau ditahan oleh lima pegawai polis berpakaian biasa semasa majlis amal "Minum Teh Bersama Zunar" yang diadakan di Dewan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) hari ini.

Isterinya, Fazlina Rosley mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa suaminya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

"Pegawai-pegawai polis berada di sini sejak pukul 2.15 petang dan sejam kemudian datang ke tingkat atas dan beritahu Zunar bahawa dia perlu hentikan acara ini dan ditahan," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak pasti di bawah akta apa suaminya ditahan.

Sekurang-kurangnya 1,000 buku kartun Zunar dan T-shirt yang mengandungi perkataan 'dedak' juga dirampas.

Selain Zunar, aktivis Lawrence Jayaraj, anggota DAP James Wong dan dua tetamu lain juga ditangkap.

Wong ditahan kerana "menghalang polis menjalankan tugas mereka".

Dalam salah satu video yang diperolehi Malaysiakini, salah seorang pegawai polis dilihat bertanya mengenai siapa penganjur acara itu dan meminta kad pengenalan mereka yang bertanggungjawab.

Beliau kemudian berpaling kepada seorang lelaki dan memberitahunya untuk membiarkan polis melakukan kerja mereka.

Lelaki itu menjawab bahawa mereka tidak mengganggu polis dan bertanya mengapa dia tidak dibenarkan untuk berada di situ.

Berikutan itu pegawai polis itu menjawab: "Tolong lah, jangan. Saya beritahu kamu, saya akan tangkap kamu".

Beliau turut meminta seorang anggota polis yang lain untuk menangkap lelaki itu jika dia melawan.

"Jika dia buka mulutnya lagi, tangkap dia kerana halang penjawat awam," katanya yang kemudiannya mengarahkan pegawai polis yang lain menahan lelaki itu.

"Tangkap sesiapa sahaja yang halang dan bawa mereka terus ke lokap," katanya.

Berdasarkan gambar-gambar dan video lain, peguam Ambiga Sreenevasan, aktivis Wong Tack, kolumnis KJ John dan Anggota Parlimen PKR G Manivannan turut hadir pada majlis itu.

Dalam video yang lain, Wong dilihat memberitahu pegawai polis bahawa ini adalah satu "penyalahgunaan kuasa".

Zunar, bulan lepas, ditahan kerana menghasut ketika mengadakan pameran kartun yang didakwa menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau ditangkap di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan berkaitan penghinaan yang disengajakan dengan niat mencetus pecah keamanan.

Zunar ditangkap polis selepas pameran di Komtar yang diganggu sekumpulan anggota Umno Pulau Pinang diketuai oleh Ketua Pemudanya, Rafizal Abdul Rahim.

Beliau dibebaskan daripada tahanan sehari kemudian.
-malaysiakini

Air mata, doa rakyat jembel iringi pertabalan Sultan Muhammad V


Allahuakbar. Allahuakbar, laungan takbir bergema di mana -mana, membesarkan sang penggenggam nasib, pencipta buana yang maha perkasa. Ribuan rakyat Kelantan yang berdesakan di kiri kanan jalan raya menuju ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dengan seribu keterujaan pada pagi di mana hari bersejarah dilakarkan.
Ada yang memisat-misat mata, cuba menyeka air mata yang mengalir perlahan dan menahan sebak. Perasaan bercampur baur, gembira dan sedih melihat Sultan yang merajai hati rakyat itu berdesut di aspal dengan diiringi skuad pengiring. Kesedihan itu mungkin bertandang sekali gus dengan ingatan pada almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sangat rapat dengan Tuanku Sultan Muhammad V.

Tak sukar membaca perasaan rakyat Kelantan pada Sultan mereka. Satu-satunya Sultan yang paling hampir dengan denyut nadi rakyat, memancing pesona masyarakat siber dengan visual-visual kezuhudan Sultan dan tidak membina tembok kaca dengan rakyat. Syukur ya Rabb, kini dalam sejarahnya negara ini mempunyai YDPA yang solat berjemaah di masjid, melazimi majlis-majlis ilmu, membaca mathurat pagi dan petang, rapat dengan asatizah, mampu menyembelih binatang korban, mampu menjadi imam solat dan mempunyai fikrah Islam.

Sultan Muhammad V lahir pada tahun 1969 dan beliau merupakan anak sulung, ditabalkan sebagai Putera Mahkota pada tahun 1985. Semasa hayat almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz, baginda sering bertamu ke Pulau Melaka dan berdamping dengan ulama kesayangan ummat itu. Dengan penampilan sederhana, Tuanku sering muncul di mana-mana masjid untuk solat berjemaah tanpa protokol dan skuad pengiring. Guratan wajahnya tenang berdoa dan membaca al Quran usai solat dan tak pelik jika rakyat Kelantan yang kental beragama menyayangi Baginda.

Kadang sosok ini muncul tiba-tiba di teratak rakyat miskin, menziarahi yang uzur terlantar. Tak kekok menurunkan jenazah rakyat jembel ke liang lahad serta mendoakan rakyat dalam pelbagai situasi. Semasa Kelantan diterjah banjir pada penghujung Disember 2014, Baginda turun ke medan operasi untuk membantu tanpa sorotan lensa. Dalam rintik hujan, mencicip kopi hangat daripada cawan polistrine, menenangkan rakyat yang diuji dengan bah besar kedua selepas banjir Merah 1926.

Harapan kepada Tuanku Sultan Muhammad V sangatlah besar, rakyat yang terdera dengan pelbagai kesusahan hidup akibat polisi dan salah urus negara oleh politisi yang rakus. Citra dan harapan untuk melihat tanah leluhur ini dipayungi angin kesejahteraan Islam, apatah lagi dengan serangan pelbagai kumpulan anti Islam yang semakin berani memunculkan wajah tengik mereka.

Semoga tanah air ini semakin membaik dengan roh pengamalan Islam dan membumikan Syariah. Sultan Muhammad V menaiki takhta dengan iringan doa seluruh rakyat yang cintakan kedamaian dan pemberdayaan segenap upaya untuk melaksanakan Islam yang syumul. Selasa 13 Disember, laungan takbir menggema di mana-mana belahan negara ini, di jalanan, masjid, kedai makan, warung pisang sesikat sehinggalah ke Istana Negara Kuala Lumpur. Ada segunung harapan dan sebanjaran nuansa untuk melihat tanah watan ini dalam pengampunan dan kerahmatan Tuhan.

Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi Lujnah Kesenian dan Kebudayaan Pusat.

Pengusaha restoran nasi kandar di dakwa guna daging anjing ganti daging kambing

Pengusaha restoran nasi kandar nafi guna daging anjing
BUKIT MERTAJAM: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) hari ini menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab kononnya restoran nasi kandar di negara ini menggunakan daging anjing bagi menggantikan daging kambing.

Timbalan Presiden Presma Datuk Khadhar Shah Abdul Razak berkata perkara itu menjadi viral di laman sosial terutama Facebook sejak semalam selepas seorang lelaki yang menggunakan nama ‘Udin Di Raja’ memuat naik berita serta gambar berhubung dakwaan itu.

“Sebenarnya berita dan gambar yang digunakan lelaki itu dalam laman Facebooknya adalah berita yang dikeluarkan menerusi satu saluran televisyen dan portal di Tamil Nadu, India yang memaparkan mengenai nasi beriani daging anjing di sana.

“Udin Di Raja telah menggunakan gambar berkenaan termasuk gambar anjing disembelih dan mendakwa restoran nasi kandar di Malaysia menggunakan daging anjing bagi menggantikan kambing,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata perkara itu terus menjadi viral dan dikongsi oleh pelbagai pihak sehingga memberikan imej buruk kepada restoran-restoran nasi kandar di Malaysia dan menerima kecaman daripada orang ramai.

Khadar Shah yang juga Pengarah Urusan Nasi Kandar Nasmir Sdn Bhd berkata ekoran tersebarnya berita dan gambar itu, pengusaha-pengusaha nasi kandar di Malaysia kesal, kecewa serta marah kerana perkara itu tidak benar dan memberikan kesan kepada perniagaan mereka.

Beliau berkata orang ramai terutama pelanggan tidak perlu khuatir atau bimbang tentang makanan yang dijual di restoran nasi kandar kerana 80% daripada 320 anggota Presma memiliki sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau turut meminta orang ramai agar berhenti menyebarkan dan mengabaikan berita yang menjadi viral itu.

“Pihak kami juga mahu Udin Di Raja iaitu lelaki yang memaparkan perkara itu menerusi laman sosial Facebooknya agar tampil memohon maaf secara terbuka dan jika gagal berbuat demikian dalam tempoh 3 hari, kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,” katanya.

Katanya Presma juga mahu pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebar perkara itu sehingga menjejaskan imej Malaysia sebagai negara Islam.
-fmt

Berebut mayat: Dua pemilik rumah mayat bertumbuk


Beijing – Dua pemilik rumah mayat bertumbuk di sebuah hospital kerana berebut hak untuk membakar mayat seorang pesakit – yang ketika itu masih belum mati.

Kejadian berlaku di Hospital Bandar Dalian di wilayah Liaoning, timur laut China, semalam.

Kedua-duanya bertumbuk dan menendang satu sama lain sebelum pekerja masing-masing menyertai pergaduhan itu ketika doktor berusaha merawat pesakit yang tenat itu di pusat trauma hospital berkenaan.

Kedua-dua pemilik rumah mayat itu, Cong dan Cui tiba di hospital jam 7 pagi selepas mengetahui keadaan pesakit terbabit.

Mereka cuba mempengaruhi anggota keluarga pesakit untuk mendapatkan hak menjalankan khidmat membakar mayat.

Syarikat pengurusan mayat di China meraih keuntungan besar dengan menjalankan kegiatan itu.

Menurut laporan, Cong dan Cui serta lima yang lain bertumbuk serta menendang satu sama lain sehingga mereka dileraikan oleh polis.

Pihak berkuasa kemudian menahan semua lelaki tamak itu atas tuduhan mencetuskan kekacauan di tempat awam.

Mereka kemudian dipenjara selama 15 hari.
-kualalumpurpost

Bertanding di kawasan majoriti Cina, niat Pas pertahan BN semakin jelas

KHAULAH MUHAMMAD
Cadangan Pas untuk bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina yang kini diwakili DAP menjelaskan hasrat sebenar parti itu untuk memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa dan tidak mengalami kekalahan dalam PRU14 akan datang.

Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan Datuk Husam Musa berkata sikap Pas untuk bertanding semula di semua kawasan yang ditandingi parti itu dalam PRU13 masih boleh difahami kerana perundingan untuk pembahagian kerusi di kalangan parti-parti pembangkang belum pun bermula.

"Di kawasan-kawasan majoriti Cina yang bertanding melawan DAP ialah komponen-komponen BN selain Umno termasuk MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain.

"Motif Pas jika bertanding di kawasan seperti ini tentulah sama sekali bermatlamat untuk menang sebaliknya satu percubaan untuk memecahkann undi di kalangan pembangkang dan secara tidak langsung berusaha memenangkan parti komponen BN," katanya ketika berucap di majlis dialog bersama pimpinan Amanah di rumah Mejar Zaidi, depan rumah pam Kemubu, Ketereh semalam.

Dengan cadangan baru persempadanan semula yang dicadangkan SPR katanya, keadaan menjadi lebih teruk kerana kawasan-kawasan majoriti Cina yang dulu hanya kebanyakannya sekitar 60 peratus, kini boleh meningkat sehingga 80 peratus ke atas.

"Boleh tuan-tuan bayangkan Pas meletakkan calon di kawasan seperti ini dan mereka berkata kita akan menang dengan kehendak Allah.

"Sedangkan semua orang akan faham bahawa tujuan permainan seperti ini adalah untuk mengukuhkan BN," katanya.

Husam berkata, BN kini sedang menghadapi situasi amat kritikal dan tentulah tindakan Pas ini akan membuatkan mereka cukup gembira.

"Skandal 1MDB yang sedang diburu oleh pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat dan Singapura kini diheret pula dengan perjanjian pelaburan pembinaan pakej keretapi laju dengan negara China.

"Semua penganalisa di dalam danluar negara menganggap perbezaan harga antara harga sebenar dan harga yang dipersetujui yang dianggarkan melebihi RM25bilion adalah bertujuan untuk pihak 1MDB membayar sejumlah wang yang tersalah bayar kepada sebuah syarikat di Dubai," katanya.

Menurutnya tindakan seperti ini adalah memperjudikan nasib masa depan negara terutama dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu beberapa tahun akan datang.

"Najib dalam keadaan ini akan berbuat apa saja termasuk memastikan wujud parti tertentu yang merosakkan cita-cita rakyat untuk melihat semua parti-parti pembangkang bersatu dan menentang secara satu lawan satu dengan BN," katanya.

Menyentuh perkembangan politik Kelantan, Husam yakin dengan perjanjian antara Pakatan Harapan(PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditandatangani Selasa lalu akan memberi impak besar dalam PRU14 nanti.

"Kini pengundi Pas sedang bergerak keluar menyertai Amanah manakala pengundi Umno berpusu-pusu menyertai PPBM.

"Kalau kedua-dua kumpulan ini "berkacuh" (bekerjasama), tentulah kerajaan yang ada sekarang akan bertukar kepada satu kerajaan baharu dan Pas dan Umno akan dihanyutkan rakyat," katanya.

Agong buat kejutan di Masjid Kem PGA Cheras (4 Gambar)

Tranungkite
Agong solat Maghrib di Masjid Kem PGA Cheras. Dikatakan memandu sendiri kereta tanpa protokol dengan hamparan sejadah khas.





--------------
Kisah Agong baru memandu sendiri ke masjid kini viral
BORHAN AHMAD
Kisah Yang Dipertuan Agung yang baru, Sultan Muhamad Ke V datang menunaikan solat di masjid dengan memamndu sendiri keretanya kini menjadi viral di laman sosial.
Yang Dipertuan Agong bersalaman dengan jamaah Masjid WP selepas solat Subuh.
Mula-mula gambar baginda datang solat Subuh di Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta, Kuala Lumpur menjadi viral.

Selepas itu gambar baginda datang solat Maghrib di Masjib Kem PGA Cheras dengan memandu sendiri keretana malam tadi pula menjadi viral.

"Agong solat Maghrib di Masjid Kem PGA Cheras tadi....ALLAHUKBAR..tanpa hamparan sejadah kuning dan protokol bawa kereta sendiri tu...Allahukbarrr," tulis seorang facebooker sambil menyiarkan gambar dan video baginda pulang dengan memandu kereta sendiri.

Ia disambut dengan begitu positif sekali di kalangan pengguna media sosial khasnya facebook.

"Bila rakyat berasa tertekan dengan pemerintahan Najib .. Allah hantarkan kepada kita seorang Raja yg menyenangkan hati kita .. syukur #alhamdulillah," tulis A'fif Danial Takaful Insurans.

Sila luangkan beberapa minit untuk tonton video ini


'Jika tak nak pembangkang, PAS kena pilih Umno' - Datuk Mahfuz Omar

Mengikut sifir politik, jika PAS dan Umno mahu kekal selamat mengharungi pilihan raya umum akan datang, kedua-dua parti perlu merangka strategi yang betul untuk memanfaatkan keadaan semasa.

Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata pertembungan tiga penjuru yang melibatkan Umno, PAS dan pembangkang lain secara umumnya akan merugikan kedua-dua parti.

Bercakap kepada Malaysiakini, Mahfuz berkata PAS tidak ada pilihan selain bekerjasama dengan pembangkang lain, atau Umno.

Namun kemungkinan yang dihadapi PAS jika menolak kerjasama dengan pembangkang ialah, parti itu mungkin kehilangan undi daripada bekas penyokong mereka yang kini beralih ke Parti Amanah Negara (AMANAH) atau Pakatan Harapan (HARAPAN).

Umno pula, katanya, berdepan risiko kehilangan undi penyokong parti itu dengan munculnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

"Justeru apa yang tinggal, kalau nak menang Umno kena ada strategi untuk tarik undi PAS. PAS pula kena ada strategi untuk tarik undi Umno.

"Sebab itu untuk elak berlaku pertembungan (antara PAS dan Umno) kedua-dua parti perlu bekerjasama. Tak perlu pun PAS menyertai BN," katanya.

Mahfuz dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataannya berkaitan pendirian BERSATU masih mahu berunding dengan PAS menjelang PRU ke-14.

Pembangkang masih bergelut untuk membentuk barisan yang mantap sebagai persediaan menghadapi BN pada PRU yang dijangka akan diadakan seawal suku pertama tahun depan.

Ketika BERSATU sudah menandatangani persefahaman dengan HARAPAN, PAS masih menjarakkan diri dengan pembangkang lain kecuali PKR dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

PAS juga menyatakan beberapa syarat untuk parti itu bekerjasama dengan pembangkang.

Kata Mahfuz, kerjasama antara PAS dan Umno - jika terjadi - akan menggabungkan undi untuk kedua-dua parti dan membantu kemenangan mereka.

Dalam jangkaan keadaan menjadi begitu, kata Mahfuz, ada orang yang bertanya kepada beliau sama ada anggota PAS boleh mengundi Umno berdasarkan sejarah permusuhan panjang kedua-dua parti.

Kata Mahfuz, pada pandangannya keadaan semasa sedang digunakan oleh kepimpinan PAS untuk meyakinkan anggota parti menerima dan mengundi Umno.

Bagaimanapun beliau mengakui kerjasama mengelak pertembungan secara langsung antara PAS dan Umno itu masih pada tahap hipotesis.

Sementara itu mengenai usaha BERSATU memujuk PAS, Mahfuz menjelaskan ketika ini parti berkenaan tidak keliru seperti didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Pihak yang keliru ialah parti pembangkang lain yang tidak memahami mesej tersirat PAS.

"Mesej PAS ialah mereka tidak bersedia bekerjasama dengan HARAPAN, sebab itulah PAS letak bermacam alasan yang diketahui sukar diterima parti pembangkang lain.

"Antara syarat ditetapkan PAS ialah, parti itu mesti menjadi ketua dalam gabungan berkenaan, atau tiada satu pun daripada 70 kerusi ditandinginya sebelum ini boleh diserahkan kepada parti lain.

"Siapa yang nak berunding kalau belum bertemu syarat sudah ditetapkan lebih awal," katanya.


Sementara itu Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata, parti itu tidak mengadakan sebarang perbincangan untuk bekerjasama dengan Umno.

Setakat ini, katanya, kerjasama yang disertai PAS adalah melalui Gagasan Sejahtera dengan IKATAN.

"Kita tak ada bincang. Kerjasama yang PAS ada sekarang ialah dengan (melalui) GAGASAN sahaja, iaitu dengan IKATAN," katanya.
-malaysiakini

Padah rogol anak rakan

Kuala Lumpur – Seorang bapa dua anak menerima balasan lebih berat atas perbuatan merogol anak rakan baiknya apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meningkatkan hukuman penjara daripada 10 tahun kepada 15 tahun.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk meningkatkan hukuman dijatuhkan Mahkamah Sesyen ke atas J Ravichandran, 43, seorang penyelia keselamatan, sebelum ini.

Azman turut mengekalkan hukuman lima sebatan dijatuhkan Mahkamah Sesyen selepas mendapati Ravichandran bersalah merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun 11 bulan, empat tahun lepas.

Keputusan menambah hukuman dibuat selepas mengambil kira mangsa yang ketika kejadian masih di bawah umur, faktor kepercayaan ibu bapa yang merupakan rakan baik tertuduh yang meninggalkan mangsa dalam jagaan tertuduh dan trauma yang dialami mangsa.

“Mahkamah meneliti fakta dan kes dalam perbicaraan penuh yang telah dijalankan. Mangsa dalam keadaan trauma cuba bunuh diri dengan mengelar tangan dan makan panadol dalam jumlah yang banyak.

“Tertuduh juga adalah pihak yang diamanahkan menjaga mangsa, mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam, hukuman pemberatan perlu diberikan bagi memberi pengajaran bukan saja kepada tertuduh malah kepada masyarakat.

“Mahkamah membenarkan rayuan pendakwaan dan meningkatkan hukuman penjara 10 tahun kepada 15 tahun dan mengekalkan hukuman sebat lima kali,” katanya.

Azman bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan dan jaminan RM20,000 terhadap tertuduh dikekalkan.

Pada 3 Oktober 2014, Mahkamah Sesyen Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan terhadap tertuduh selepas didapati bersalah merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Taman Bukit Mewah, Kajang, pada 2.30 petang, 23 Mac 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat.

Seramai enam saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang prosiding perbicaraan kes itu yang bermula pada 30 Julai 2012.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar.
Bernama

Polis wanita dan suami bersama dua orang lagi direman bantu siasatan seludup pistol

Bernama
Seorang anggota polis wanita berumur 26 tahun direman tujuh hari bermula 12 hingga 18 Disember berhubung kes penyeludupan sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup di KM 9.7 Lebuhraya Utara-Selatan di Changlun dekat Alor Setar pada malam Ahad lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusof berkata turut direman, suami anggota polis wanita itu yang berumur 31 tahun dari Kamunting, Perak dan satu lagi pasangan suami isteri berumur 41 dan 35 tahun dari Selangor.

"Pihak polis akan menjalankan siasatan terperinci dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti tujuan senjata api dan peluru tersebut dimilik, sama ada untuk melakukan jenayah di negara ini (atau tujuan lain)," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Alor Setar, hari ini.

Katanya siasatan polis juga mendapati, dua daripada empat suspek juga positif dadah jenis methamphetamine iaitu suami kepada anggota polis wanita itu dan seorang lagi lelaki.

Asri berkata, keempat-empat suspek disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1972) dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.

Katanya, bagi kesalahan pertama mereka berdepan hukuman penjara hingga tempoh 14 tahun dan sebat tidak kurang enam kali sebatan.

Bagi Sekyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 mereka boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Isnin lalu media melaporkan dua pasangan suami isteri berumur 26 hingga 41 tahun yang berkonvoi bersama ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Kedah dan Bukit Aman selepas menemui sepucuk pistol jenis Luger bersama tiga butir peluru hidup 9mm di dalam sebuah daripada kereta berkenaan.

Pistol dan peluru itu ditemui di dalam beg galas di bahagian belakang kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki anggota polis wanita itu dan suaminya.

Ekoran itu, pasangan suami isteri yang berkonvoi bersama suspek turut ditahan bagi membantu siasatan. 
-Bernama

Mahfuz Omar sekolahkan pemimpin-pemimpin PAS (video)

Saifuddin: Pesanan terakhir Anwar Ibrahim


Saifuddin: Pesanan terakhir Anwar Ibrahim Saifuddin ketika berucap di luar bangunan mahkamah. – Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA - "Keep on the good work (teruskan usaha baik anda)," berikut merupakan pesanan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas keputusan sebutan kes liwat beliau diumumkan.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau sempat berjumpa dengan Anwar d kawasan berdekatan Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, hari ini.

Beliau kelihatan tenang mendengar keputusan tersebut yang disampaikan oleh hakim," katanya ketika memberi ucapan di Himpunan Kebebasan Anwar.

Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak permohonan bekas Ketua Pembangkang itu untuk semakan semula sabitan kesalahan meliwat dan mengetepikan hukuman penjara lima tahun yang sedang dihadapinya.

Keputusan sebulat suara itu diumumkan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel lima hakim kerana mendapati permohonan tersebut tidak mempunyai merit.

Selain itu, beliau juga sempat menyampaikan pesanan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sewaktu bertemu dengannya semalam.

"Semalam, keluarga Datuk Seri (Anwar Ibrahim) ada membuat solat hajat dan kak Wan (Wan Azizah) sempat berkongsi tiga pesanan dengan saya.

"Pertama, Anwar tidak pernah menyerah kalah, keduanya saya tidak akan menyerah kalah dan terakhir, saudara/saudari jangan sesekali menyerah kalah," katanya lagi.
-sinarharian

Ini padahnya rakam video punggung gadis


Keadaan suspek cedera teruk di bahagian kepala dan muka selepas dibelasah orang ramai. - Sumber foto dari Facebook
JOHOR BAHRU – Tindakan seorang juruadit yang merakam video bahagian punggung seorang gadis bawah umur mengundang padah apabila dia cedera dibelasah orang ramai ketika cuba melarikan diri berdekatan KSL City Mall, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, suspek berumur 27 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tidak senonoh itu menggunakan telefon bimbit sebelum kejadian tersebut disedari seorang rakan mangsa.

“Rakan mangsa yang menyedari kejadian tersebut telah menegur suspek. Namun, suspek kemudiannya bertindak melarikan diri. Tetapi, orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu berjaya menangkapnya.

“Suspek telah dipukul oleh orang ramai dan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan muka. Suspek telah ditahan di wad Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk menerima rawatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana cuba mengaibkan kehormatan seseorang. Sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali ,” katanya kepada Sinar Harian.

Justeru, Sulaiman menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan kekerasan yang melampau dengan sewenang-wenangnya ketika membuat tangkapan.

“Polis mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang ramai membantu membuat tangkapan. Bagaimanapun, orang awam tidak boleh meletakkan undang-undang ditangan sendiri dengan memukul mangsa.

“Ini kerana sepatutnya mangsa atau tangkapan hendaklah diserah kepada pihak polis untuk siasatan. Sekiranya dalam siasatan, dapat membuktikan ada individu yang bertanggungjawab menggunakan kekerasan yang melampau, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 3 tahun atau denda atau dengan sebab atau dua daripada hukuman berkenaan.

“Dalam melakukan tangkapan, orang ramai dinasihat tidak mengambil tindakan mengikut perasaan dan melampaui batasan. Tangkapan yang dibuat oleh orang awam hendaklah diserah kepada pihak polis.

“Pihak polis akan menyiasat dengan telus dan mengambil tindakan mengikut undang-undang yang telah diperuntukkan,” katanya.

Terdahulu, tindakan gambar suspek yang dipukul orang ramai telah diviralkan di laman sosial Facebook serta mengundang pelbagai komen dari nitizen.

Keluarga Anwar cadang mohon pengampunan Agong

MALAYSIA DATELINE
Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong baru, Sultan Muhammad V, sekiranya keputusan semakan semula di mahkamah tidak berpihak kepada Ketua Umum PKR itu.

"Ia adalah salah satu pilihan, tapi kita perlu bincang dengan Anwar terlebih dulu.

"Kami harap keputusan esok akan menjadi pilihan yang lebih mudah," kata Presiden PKR yang juga isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, memetik laporan Malaysiakini.

Percubaan Anwar mendapatkan pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, telah ditolak oleh Lembaga Pengampunan.

Peguam Sivarasa Rasiah bagaimanapun menjelaskan bahawa tidak ada had kepada usaha mendapatkan pengampunan diraja.

Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan keputusan terhadap permohonan semakan oleh Anwar ke atas sabitan Liwat II esok.

Ini adalah saluran undang-undang terakhir Anwar untuk mencabar hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan pembebasannya.

Jika Anwar berjaya dalam usahanya, mahkamah tertinggi itu akan membuat keputusan sama ada membebaskan pemimpin PKR itu atau memerintahkan perbicaraan semula di Mahkamah Tinggi.

Jika sabitan kekal, beliau akan berada di penjara sehingga pertengahan 2018.

Terdahulu, Wan Azizah memberitahu orang ramai yang berkumpul di rumahnya bahawa semasa berada di majlis pertabalan Agong, beliau merasa baginda akan memberi pengampunan kepada kepada Anwar.

"Mungkin Agong baru akan mempunyai cara yang baru (untuk melakukan sesuatu)," katanya.

Beliau berkata Anwar sebelum ini keberatan mendapatkan pengampunan kerana ia akan menjadi satu pengakuan bersalah. Bagaimanapun Anwar mengubah fikiran dengan berpendapat pengampunan itu dibuat atas alasan ketidakadilan.

Lebih 50 orang, kebanyakannya anggota PKR, berkumpul di rumah Anwar malam ini untuk menunaikan solat hajat bagi mendoakan beliau dibebaskan hari ini.

Nak potong kayu, terpotong kemaluan jiran


Tertuduh menceritakan kejadian yang berlaku.
IASI - ROMANIA. Seorang lelaki secara tidak sengaja memotong kemaluan rakannya ketika mereka sedang memotong kayu bersama-sama.

Kedua-dua lelaki yang juga jiran itu menikmati minuman di perkampungan Vanataory di Romania sebelum insiden berlaku.

Jiran yang berusia 49 tahun itu memberi amaran kepada mangsa supaya berhati-hati dan kemudian menghayun gergaji berkenaan ke arah mangsa untuk berjenaka.

Namun tanpa disengajakan, gergaji berkenaan terkena pada kemaluan mangsa yang berusia 53 tahun itu.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Parhon dan berada dalam keadaan serius namun stabil.

Pakar pembedahan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan kemaluan lelaki berkenaan.

Sementara itu, isteri mangsa yang yang juga saksi kejadian itu bersama dengan anak lelaki berusia 14 tahun, kini mahu membuat dakwaan terhadap rakan suaminya itu.

"Kami memotong kayu dan kemudian meminta pertolongan jiran. Namun secara tiba-tiba saya lihat suami dalam keadaan berlemuran darah," katanya dipetik Mirror.uk.

Bagaimanapun, tertuduh menegaskan dia tidak sengaja melakukan demikian dan hanya berniat untuk berjenaka.

"Saya memengang gergaji berkenaan dan berkata, berhati-hati, saya boleh memotong lutut kamu.

"Semua yang terjadi bukanlah disengajakan, saya hanya mahu berjenaka. Saya tidak berniat untuk memotong kemaluannya dan hanya mahu membantu untuk memotong kayu. Saya bukan penjenayah," ujarnya

Lelaki itu berharap dia tidak akan dipenjarakan berikutan insiden yang tidak disengajakannya itu
-sinarharian

SAH!!! Pakatan Harapan,PPBM jalin kerjasama hadapi PRU14, DOKUMEN SUDAH DITANDATANGANI (Gambar)

HAZAYANI ZAKARIA
(Dari kiri) Mohamad Sabu, Wan Azizah.Lim Guan Eng dan Muhyiddin  menunjukkan dokumen bersama ditandatangani mereka mewakili parti masing-masing menyatakan  kesediaan parti masing-masing untuk bersama menjatuhkan Umno-BN dalam PRU 14 nanti.
(Dari kiri) Mohamad Sabu, Wan Azizah.Lim Guan Eng dan Muhyiddin menunjukkan dokumen bersama ditandatangani mereka mewakili parti masing-masing menyatakan kesediaan parti masing-masing untuk bersama menjatuhkan Umno-BN dalam PRU 14 nanti.
Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili gabungan itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan mana-mana pilihan raya.

Ia akan ditetapkan setelah pembahagian kerusi ditentukan melalui perundingan di antara kedua pihak berdasarkan prinsip kebolehmenangan (winnability).

Perkara itu dipersetujui dalam perjanjian kerjasama dan kerangka bersama Pakatan Harapan dan PPBM yang ditandatangani keempat-empat parti di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.

Perjanjian tersebut turut membenarkan keempat-empat parti berunding dengan parti yang belum berada dalam perjanjian ini untuk memastikan seboleh mungkin satu lawan satu dengan BN.

Kerjasama ini juga sepakat untuk mewujudkan gabungan parti-parti politik pembangkang sebelum PRU14 dengan tujuan untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya.

Selain itu, mereka juga akan menggunakan manifesto bersama dalam PRU14.

Perjanjian juga menyebut akan menggunakan satu logo bersama dalam PRU14 tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

Perjanjian tersebut yang dibacakan oleh Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah juga bersetuju mewujudkan Jawatankuasa Teknikal Bersama untuk membincangkan pembahagian kerusi pilihan raya, manifesto bersama dan merangka gerak kerja pilihan raya secara bersama.

"Atas semangat setiakawan dan kerjasama, parti-parti dalam rangka perjanjian ini hendaklah mengelakkan daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik antara satu sama lain dan menyelesaikan sebarang pertikaian menerusi perundingan bersama," katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada PPBM akan meneruskan perbincangan dengan Pas, presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rundingan akan diteruskan hingga ke suatu masa.

"Kita telah mengadakan perbincangan sebelum menandatangani perjanjian ini dan saya telah maklumkan kepada pimpinan Pakatan Harapan.

"Kita masih meneruskan rundingan yang telah dimulakan itu sehingga ke satu masa.

"Seperti dinyatakan dalam perjanjian tadi kita masih boleh meneruskan rundingan sampai satu peringkat," katanya.

Perjanjian itu ditandatangi oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Setiausaha Kebangsaan DAP Lim Guan Eng dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Esok peluang terakhir Anwar bebas dari tirai besi

Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusan mengenai permohonan semakan yang dibuat oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sabitan Liwat II, esok.

Ia merupakan saluran undang-undang terakhir bagi Anwar mencabar hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan yang kemudiannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dengan mengetepikan pembebasannya.

PKR akan mengadakan himpunan di luar Istana Kehakiman untuk menunjukkan solidariti bersama pemimpin mereka yang terpenjara.

Keputusan itu akan disampaikan oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Empat hakim lain dalam panel itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Hakim Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Tan Sri Hasan Lah, Hakim Tan Sri Abu Samah Nordin dan Hakim Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang mewakili Anwar memberitahu, terdapat konspirasi politik terhadap anak guamnya.

Pembelaan mendakwa Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan mengenai sabitan Anwar kira-kita 15 minit selepas penghakiman dibuat tetapi sebelum hukuman dijatuhkan.
-malaysiakini

Krisis kewangan akhbar Harakah: Jualan merudum lewat bayar gaji pekerja

Kelantan catat hutang paling tinggi dengan Harakah
ARIF ATAN
Edaran dan jualan akhbar rasmi Pas, Harakah
Edaran dan jualan akhbar rasmi Pas, Harakah
Laporan prestasi semasa pengedaran dan jualan akhbar Harakah pada November lalu mendedahkan kesemua 14 kawasan Pas di Kelantan yang melanggan organ parti tersebut dilihat paling bermasalah dalam melangsaikan hutang walaupun mencatat langganan tertinggi dengan 3,690 naskhah.

Kerajaan negeri Kelantan yang dikuasai Pas lebih 20 tahun itu didapati menanggung baki hutang langganan Harakah sebanyak RM 305,548.40 sekaligus menjadi negeri yang paling banyak berhutang dengan Harakah.

Penelitian Malaysia Dateline mendapati rekod hutang tersebut merangkumi 83 peratus daripada jumlah keseluruhan baki hutang RM368,599.25 walaupun Kelantan satu-satunya negeri yang mendapat peruntukan Dun.

Maklumat itu tercatat dalam ruangan 'Nota' pada jadual yang dimaklumkan dibentang pada Seminar Pemasaran Harakah 2016 tetapi kemudiannya viral di media sosial sejak semalam.

Perak seterusnya menduduki rekod tempat kedua paling banyak hutang dengan Harakah sehingga mencecah RM16,372.40 diikuti Selangor (RM9,691.77) dan Terengganu RM7,857.25.

Jumlah keseluruhan langganan Harakah juga dicatat hanya berjumlah 15,850 naskhah dengan Selangor menjadi negeri kedua tertinggi dengan 1,981 naskhah diikuti rapat oleh Perak (1,976) dan Pahang 1,834 naskhah.

Negeri-negeri lain yang mencatat langganan lebih 1,000 naskhah lidah rasmi Pas itu adalah Kedah, Pulau Pinang dan Johor manakala paling sedikit Sabah dan Sarawak dengan kedua-duanya sekadar 160 naskhah sahaja.

Walaupun Wilayah Persekutuan dilihat sebagai 'lubuk' kepada akses media dengan populasi penduduk yang tinggi, namun cuma 343 naskhah Harakah sahaja dilanggan dengan hanya dua daripada enam kawasan yang melanggan dicatat sebagai 'OK' pada ruangan 'Nota' di jadual itu.

Walaupun pemimpin nombor satu Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tahun lalu memberitahu keahlian Pas sudah mencecah seramai sejuta orang tetapi hanya 51 peratus iaitu 99 daripada 194 kawasan di seluruh negara yang melanggan Harakah.

Krisis kewangan ditanggung Harakah telah lama diperkatakan dengan pengedaran dan jualan akhbar itu semakin menjunam terutama selepas ramai pemimpin, ahli dan penyokong Pas memilih untuk memasuki Parti Amanah Negara (Amanah).

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysia Dateline difahamkan berlaku kelewatan gaji kepada kakitangan Harakah dengan baru-baru ini hanya diterima selepas hampir seminggu memasuki bulan Disember.