"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

UBN Najib Altantuya: KPN S'gor disaman "tak bayar" tiket penerbangan

Sebuah syarikat pelancongan menyaman Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan isterinya kerana didakwa 'tidak membayar" tiket penerbangan pergi-balik kelas perniagaan Kuala Lumpur-London berjumlah RM41,868.

Selain harga tiket tersebut, Global Holiday Sdn Bhd juga menuntut faedah 8 peratus dari tarikh saman itu dikeluarkan dan juga kos dan pampasan lain yang munasabah.

Bagaimanapun, Khalid mendakwa beliau telah membayar sepenuhnya jumlah tersebut kepada ejen jualan tiket yang dibelinya dua tahun lalu.

Ketika itu, Khalid adalah timbalan pengarah 1 Jabatan Siasatan Jenayah. Dalam jawapan balasnya, Khalid berkata, kos sebenar tiket tersebut ialah RM15,000 dan bukannya RM41,868 seperti yang didakwa oleh agensi berkenaan.

Khalid mendakwa beliau membeli tiket itu pada 2007 dari ejen jualan tiket pada harga diskaun kerana ia merupakan sebahagian daripada kuota tiket untuk kakitangan Malaysia Airlines (MAS).

Dalam jawapannya, Khalid juga berkata kawan karibnya, The Kok Wei telah memperkenalkannya kepada ejen jualan tiket, Tim Lu Yew Huat, yang merupakan wakil sah bagi beberapa agensi pelancongan serta sebagai pengurus Global Holiday, yang rapat dengan kakitangan MAS.

Sehubungan, Khalid turut menuntut gantirugi, pampasan, kos guaman dan faedah lapan peratus dari mula hingga tamat perbicaraan.

-malaysiakini.com-

Selsema Babi: Semua petugas Istana Abdul Aziz dikuarantin

KUANTAN: Semua petugas di Istana Abdul Aziz di sini dikuarantin sehingga Ahad ini berikutan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan lima anakanda baginda dijangkiti influenza A (H1N1).

Kaum kerabat termasuk kakitangan istana itu juga tidak dibenarkan sama ada keluar atau masuk ke kawasan istana itu sejak Tengku Puan Pahang dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas dijangkiti penyakit itu Sabtu lepas.

Perkara berkenaan disahkan oleh Tunku Azizah Aminah Maimunah ketika dihubungi dari Wad Diraja HTAA Jumaat.

"Tiada siapa dari dalam istana dibenarkan keluar, pekerja dari luar pun tidak dibenarkan masuk sehingga 16 Ogos ini," kata baginda menerusi khidmat khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemberita di sini semalam.

Bagaimanapun jumlah kakitangan istana berkenaan yang dikuarantin tidak dapat dipastikan.

Jumaat lepas, lima anakanda baginda, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14; Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah, 12; pasangan kembar, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9, serta Tengku Puteri Jihan Khalsom Athiyatullah, 7, dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif H1N1.

Tunku Azizah Aminah Maimunah pula dimasukkan ke wad yang sama sehari kemudian kerana dijangkiti virus berkenaan semasa menjaga kelima-lima anakanda baginda.

Adinda baginda, Tunku Mariam Zaharah Sultan Iskandar turut dimasukkan ke wad berkenaan Selasa lalu setelah menunjukkan simptom H1N1.

Tunku Azizah Aminah Maimunah berkata baginda bersama lima anakandanya yang semakin pulih masih berada dalam pengawasan doktor di Wad Diraja HTAA.

Menurut baginda, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah juga tidak dibenarkan melawat keluarganya yang dikuarantin di wad tersebut.

"Kami yang berada di Wad Diraja ini tidak dibenarkan keluar, begitu juga orang luar tidak dibenarkan datang melawat kami bagi mengelakkan H1N1 menjangkiti orang lain," katanya.

-BERNAMA-

Selsema Babi: WHO anggar 5 juta rakyat Malaysia dijangkiti jika abai kesihatan

BUKIT MERTAJAM: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi.

"Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini hari ini.

Katanya wabak itu dijangka merebak lebih cepat pada musim tengkujuh.

"Pada musim tengkujuh, kita lebih terdedah dengan selesema, batuk-batuk dan demam. Tempoh ini amat penting untuk semua rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mengambil mudah isu kesihatan," katanya.

Liow berkata kajian WHO juga menunjukkan jumlah sebenar penduduk yang dijangkiti H1N1 adalah 20 kali ganda daripada jumlah pesakit yang direkodkan menerima rawatan akibat jangkitan virus tersebut.

"Ini bermakna jika kita merekodkan 3,574 kes jangkitan H1N1 setakat ini, jumlah sebenar yang dijangkiti adalah sekitar 70,000 orang," katanya.

-BERNAMA-

UBN Najib Altantuya: Bukan Islam guna lambang PAS PRU akan datang

Oleh Mohd Sabri Said
BUTTERWORTH, 15 Ogos: Orang bukan Islam yang menyertai Kelab Penyokong PAS akan berpeluang bertanding atas tiket PAS dan menggunakan lambang parti itu, bulan purnama, dalam pilihan raya ke 13 nanti.
Demikian beritahu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali ketika membentangkan kertasnya dalam munaqasyah ucapan dasar Presiden PAS peringkat negeri Pulau Pinang hari ini.

Dengan pendekatan ini, dipercayai ramai orang bukan Islam akan bertanding atas tiket PAS dalam pilihan raya umum akan datang, sesuatu yang sangat baru kepada parti Islam itu.

Sebelum ini, PAS juga membuat keputusan mencalonkan wanita sebagai calonnya dalam pilihan raya. Ekoran itu, ramai wanita dicalonkan PAS dalam pilihan raya umum. Ia hanya berlaku di awal penubuhan PAS namun sudah lama tidak belaku.

Kini, orang bukan Islam pula bakal menjadi calon PAS. Buat masa ini, kira-kira 20,000 orang Cina dan India yang bukan Islam menjadi ahli KPP di seluruh negara. PAS juga sedang mengkaji semula perlembagaannya untuk membolehkan mereka menjadi ahli PAS.

Menurut Mustafa, pada pilihan raya umum lalu perkara ini tidak diputuskan lagi walaupun ada permintaan yang bertubi-tubi dari orang bukan Islam.

"Pada pilihan raya umum akan datang PAS bercadang membenarkan ahli Kelab Penyokong PAS yang diamanahkan bertanding menggunakan lambang bulan purnama. Walaupun ianya masih dalam perancangan namun saya yakin ia akan menjadi kenyataan, " jelasnya ketika membentangkan ulasan kepada Ucapan Dasar Presiden bertajuk 'Islam Pemimpin Perubahan' di Dewan Datuk Ahmad Badawi, Butterworth.

Ujar beliau lagi, peristiwa sebegitu pernah terjadi di Johor di mana salah seorang ahli KPP meminta menggunakan lambang bulan pada pilihan raya umum lalu tetapi setelah dipersetujui bersama akhirnya beliau diberikan kebenaran menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Atas permintaan ramai itu sambungnya, menunjukan sokongan mereka terhadap PAS terus menjadi agenda utama ekoran ketidak percayaan mereka terhadap Umno yang menjadi teras Barisan Nasional (BN).

Menyentuh mengenai perancangan aktiviti beliau yang juga bekas Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat menambah, melihatkan senario sedemkian maka PAS amat memerlukan ahli yang kreatif bagi menjulang imej PAS menjelang pilihan raya umum kelak.

Tanpa percaturan politik yang tersusun PAS tidak boleh meningkat naik sebaliknya berada di tahap lama dan sukar untuk dibaik pulih.

"PAS amat memerlukan ahli yang kreatif kerana sikap itu dapat menjulang nama PAS pada masa depan, " tegasnya di hadapan kira-kira 100 orang peserta.

Majlis yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man itu turut dihadiri Setiausaha PAS Negeri, Fazhil Kemi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Rosidi Husin, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Ustaz Shuib Mohd Amin, Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Ustazah Rahmah Mat Isa.

PRK DUN Pmtg Pasir: DAP dan PKR lancar jentera bantu PAS di Permatang Pasir

Oleh Mohd Sabri Said

ImagePERMATANG PAUH, 15 Ogos: Calon PAS di Permatang Pasir, Mohd Salleh Man nampaknya akan mendapat sokongan penuh dari rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP.

Pagi tadi, DAP melancarkan jentera kempennya untuk membantu PAS manakala PKR pula akan melancarkan jentera kempennya malam ini.

Mungkin kekompakan mereka diperolehi selepas Bengkel Memperkasakan Pakatan yang diadakan sehari suntuk di Petaling Jaya baru-baru ini.

DAP melancarkan jentera gerakan di Taman Ciku, Bukit Mertajam pagi tadi untuk memulakan langkah menyerang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir.

Pelancaran itu dilakukan oleh Setiausaha Agung parti berkenaan, Lim Guan Eng bersama Calon PAS N11, Mohd Salleh Man.

Semasa berucap Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengingatkan media pro Umno dan BN jangan terlalu mendewa-dewakan kepimpinan BN seolah-olah mereka semuanya berkuasa.

Sepatutnya, media yang ada tidak terlalu mirip kepada dasar-dasar atau aktiviti BN sebaliknya membanyakan sama program Pakatan Rakyat yang juga merupakan pemerintah di lima buah negeri.

Media langsung tidak menonjolkan aktiviti Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetapi mencari kesalahan untuk diburuk-burukkan supaya rakyat di negeri ini lebih keliru.

"Jangan terlalu ego menyiarkan berita yang merendah-rendahkan Pakatan Rakyat tetapi dalam masa yang sama memuji usaha kerajaan walaupun ianya menyalahi undang-undang, " katanya di hadapan ratusan petugas yang senantiasa menanti arahan mengerakkan serangan ke atas BN.

UBN Najib Altantuya:Jangan ulangi pilihan raya tempat buli rakyat - Presiden PAS

Ali Hashim
PERMATANG PAUH, 15 Ogos: Barisan Nasional telah menjadikan pilihan raya sebelum ini sebagai alat untuk membuli rakyat dengan pelbagai penipuan, rasuah, sogokan dan propaganda dengan menggunakan media serta agensi kerajaan dan wang untuk mengugut dan menipu rakyat.

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan pilihan raya kecil kali ini berjalan dengan penuh berdisiplin tanpa melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya.

Demikian dinyatakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang media selepas mengumumkan calon PAS, Mohd Salleh Man bagi kerusi N.11 Permatang Pasir malam tadi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Mustaffa Ali dan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat daripada PKR dan juga DAP.

Sebelum itu Abdul Hadi berucap di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang membanjiri perkarangan pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.

Abdul Hadi dipercayai mengulas pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini di mana BN membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk memujuk dan merasuah pengundi.

ImageSelain wang, jentera kerajaan digunakan sewenang-wenangnya untuk membuli rakyat bagi memastikan mereka mengundi BN. Namun sehingga kini, hanya pilihan raya kecil Batang Ai sahaja yang memihak kepada BN.

Dalam ucapannya Presiden PAS itu berkata, dalam musim pilihan raya di negara yang diperintah oleh Umno dan Barisan Nasional rakyat disogok dengan pelbagai-bagai rasuah.

"Rakyat ditipu dengan penjelasan media sebelah pihak yang diamalkan di negara ini.Perkara yang benar tidak akan mendapat liputan kerana ia tidak menyebelahi pemerintah.

"Oleh kerana itu dalam demokrasi ala Umno dan Barisan Nasional hanya media yang menyebelahi mereka sahaja akan dibiarkan menipu dan memutarbelitkan fakta supaya rakyat dapat dibohongi dan dibuli.

"Oleh kerana demokrasi ala Umno dan Barisan Nasional yang telah memerintah negara melebihi 50 tahun, maka rasionalnya mereka dalam memerintah sudah tidak dapat memanfaatkan rakyat dalam jangka masa panjang.

"Oleh itu rakyat harus memberi satu kesedaran kepada Umno dan Barisan Nasional dengan menolak mereka dari terus membuli rakyat termasuklah di Dun Permatang Pasir ini,"katanya.

UBN Najib Altantuya: Dr Khairul anak Murid Gani Patail pelindung Penjenayah Umno!!

Oleh Reformis Muda

Ramai yang tidak tahu bahawa Dr Khairul Azman saksi kes Teoh Beng Hock bukan sahaja seiras Gani Patail tetapi perangai juga hampir sama, dan ramai yang tidak tahu Dr Khairul juga antara saksi yang menyiasat mayat Sujathayang mati (juga dikatakan Bunuh Diri) melibatkan anak Sammy Vellu. yang lebih pelik ramai yang mempertikaikan mengapa jenayah/kematian yang berlaku di Kuala Lumpur tetapi mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat,

malah Mayatnya tidak dibedah siasat pada mulanya dan disini mayat Sujatha diklasifikasikan sebagai bunuh diri.,kes ini sangat pelik kerana tidak dibuat bedah siasat. semua orang tahu kes ini melibatkan
anak lelaki Sammy Vellu jadi Hospital di Klang tempatnya semua kes boleh di "kaw tim" dibawah seliaan Dr Khairul Azman.

Tidak hairanlah bila berlaku kes pembunuhan Teoh Beng hock, Polis dengan pantasnya memanggil Dr Khairul sebagai Doktor yang Bertanggung jawab dalam hal berkaitan bedah siasat dan Forensik. jadi bila Dr Khairul mengatakan dia berat mengatakan
Teoh bunuh diri selepas demam sehari selepas memberi keterangan pada hari pertama, ia sebenarnya bukan demam tetapi merencana skrip bersama Gani Patail perancang segala kejahatan. itulah sebabnya saya telah mengatakan dari awal Inkues Teoh hanya satu drama arahan Gani Patail menutup kes dan motif kejadian. anda boleh lihat sendiri bertapa peliknya siasatan Polis dan keterangan Polis. sehinggakan buku Log SPRM itu kosong. kes dimulakan dengan siasatan DNA yang selalunya bukti ini hanya bukti terakhir sebagai pengesahan kepada bukti yang lain. untuk menyakinkan 1Malaysia, lebih 156 sampel DNA diambil dari tukang sapu sampah sehinggalah jaga didepan pintu, namun tidak ada satupun yang sepadan seperti mana kes "air mani" yang bertakung dalam dubur dalam kes Norita Shamsudin yang dibunuh. apa yang perlu dan mudah dan tidak perlu berdoalak dalih, apa yang kita nak tahu dan sepatutnya perbicaraam itu bermula dengan mengetahui siapakah yang bertugas pada malam tersebut? jadinya ia lebih jelas. apa yang berlaku ketika ini perbicaraan hanya membicarakan apa yang berlaku selepas Teoh itu mati.

Nampaknya Dr Khairul bukan sahaja seiras Gani Patail, tetapi bersedia menjadi Barua Penjenayah Umno seperti gani Patail. Negara kita dibawah Najib sudah menjadi satu regim dimana Polis,SPRM,Peguam Negara dam Doktor menjadi barua kepada Kerajaan yang Zalim.

1 Malaysia sekali lagi akan ditipu oleh regim Najib Razak.


Lawan Tetap Lawan

Reformis Muda
-tranungkite.net-

UBN Najib Altantuya: Bengkel kepimpinan Pakatan Rakyat bincang konspirasi jahat BN rampas Selangor

Oleh SAIDAH HAIRAN

PETALING JAYA: Pimpinan Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan KeADILan) mencapai kesepakatan agar pakatan itu diurustadbir dengan lebih menyakin
kan dan akan berusaha keras bagi pengukuhkan dalaman parti.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menjelaskan bengkel kepimpinan sehari itu di sini 13 Ogos lalu, amat penting kerana ia lebih menjurus pada perbincangan untuk menjadikan negeri yang telah diperintah oleh Pakatan Rakyat sebagai satu pangkalan untuk mencapai kejayaan lebih besar.

Selama 16 bulan Pakatan Rakyat memerintah di empat negeri (Perak dirampas secara tidak bermaruah oleh Umno-BN pada awal tahun ini) katanya, apa juga kegagalan mentadbir negeri telah dianalisis dan diakui sejujurnya.

Dalam bengkel itu juga tambah beliau terdapat beberapa cadangan bagi penambahbaikan yang perlu disegerakan untuk memastikan pengukuhan Pakatan Rakyat.

Manakala dalam tempoh terdekat pula katanya, Pakatan Rakyat perlu mendepani cabaran semasa serta menghadapi bahaya mendatang.

Bengkel diadakan di Tropicana Golf Club, Petaling Jaya itu menghimpunkan hampir 100 orang pemimpin utama Pakatan Rakyat. Antara yang hadir Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Ketua Umum, Anwar Ibrahim serta pimpinan tertinggi PAS, KeADILan dan DAP.

Selain itu Salahuddin turut menjelaskan bengkel sehari juga membincangkan tentang isu yang melibatkan komunikasi dalaman parti yang perlu diselaraskan.

Katanya, ini amat penting katanya supaya tidak ada lagi sebarang kenyataan yang keluar daripada pimpinan Pakatan Rakyat sehingga mudah dieksploitasi oleh musuh (BN).

Menurut beliau, peserta bengkel turut membincangkan tentang perancangan dan konspirasi jahat BN yang mahu merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat sebagaimana yang dilakukan di Perak.

Mengulas tindakan rakus BN itu katanya, ia merupakan satu tindakan yang cukup tidak demokratik kerana menggunakan taktik jahat lagi kotor dengan menunjukkan kekuasaan mereka.

Sebenarnya tambah beliau, BN yakin dan percaya dengan cara itu saja mereka boleh mendapatkan Selangor.

"BN bimbang untuk berhadapan dengan rakyat dalam menghadapi pertarungan yang sebenarnya dalam pilihan raya," tegas beliau.

-detikdaily.net-

UBN Najib Altantuya: Akibat PPSMI Umno Tak faham Kiasan Bahasa Tok Guru Nik Aziz

Oleh Angkasanuri

Seperti dijangka pemimpin Umno dan sewaktu dengannya memanipulasi kenyataan terbaru YAB Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat berkaitan dengan Islam. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pun buat-buat terkejut dengan kenyataan Tok Guru berkenaan.

Semalam beberapa orang yang menurut media pro Umno cendiakawan ( cendawan?) turut menegur kenyataan Tok Guru.

Apa kenyataan Tok Guru sehingga pemimpin Umno 'ribut-ribut' tu?Menurut Tok Guru....Beliau tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana berpendapat parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam. Tetapi kalau pemimpin Umno yang beragama Islam menentang Islam itu lebih teruk dari DAP.

Bab ayat yang akhir tu tak pulak disiarkan oleh media pro Umno. Itu pun payah nak faham ke? Kalau orang bukan Islam menentang Islam tu itu kita tak boleh nak salahkan. Masaalahnya orang Islam sendiri yang tak faham Islam atau menakut-nakutkan orang bukan Islam tentang Islam.

Saya masih ingat lagi semasa saya menetap di sebuah negeri di Pantai Timur, setiap kali pilihanraya umum orang Umno akan berkempen pada orang asli supaya jangan undi 'bulan'. Kalau sokong 'bulan', nanti kena 'potong', tak boleh lagi joget 'sewang', tak boleh bela anjing, tak boleh makan H1N1(he..he..) ...Puas nak terangkan kembali pada orang asli tentang kempen Umno yang memberikan imej negatif pada Islam.

Inilah padahnya apabila mengagung-agungkan Bahasa Inggeris dalam PPSMI sehingga generasi Umno hari ini semakin tak faham (buat-buat tak faham) bahasa Melayu.

http://angkasanuri.blogspot.com/

UBN Najib Altantuya: PAS dan pengharaman penjualan alkohol

Oleh DR DENISON JAYASOORIA

Hasrat PAS untuk mengharamkan secara total penjualan alkohol di semua daerah yang mempunyai penduduk majoriti Islam di Selangor kini memberi peluang kepada kita untuk melakarkan garis panduan berkaitan penjualan alkohol. Walaupun seruan PAS itu kelihatan agak drastik, namun ia mesti dilihat bukan sahaja melalui sudut moraliti atau perspektif Islam semata.

Seruan supaya mengharamkan penjualan alkohol ini merupakan peluang kepada kita untuk mengenal pasti masalah berkaitan penyalahgunaan alkohol, yang diakui oleh semua agama utama di dunia.

Terdapat masalah sosial dan kesihatan yang besar berhubung penyalahgunaan alkohol di kalangan penduduk asli di Sabah dan Sarawak, dan di kalangan Orang Asli serta sebahagian masyarakat India di Semenanjung. Terdapat juga banyak pengidap dalam diam di kalangan wanita dan kanak-kanak, yang menjadi mangsa peminum alkohol serta lain-lain masalah tingkah-laku berhubung pengambilan alkohol.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang telah menjalankan banyak kajian berkaitan perkara ini dan mereka telah membuktikan bahawa terdapat kesan yang besar ke atas masyarakat berhubung penggunaan alkohol. Justeru, sementara PAS bercakap kepada komuniti Islam, kebanyakan isu sosial dan penyalahgunaan berlaku di kalangan masyarakat bukan Islam.

Masyarakat telah lama menerima hakikat bahawa tingkah-laku tertentu seorang manusia boleh memberi kesan kepada seseorang atau orang lain. Dalam kes merokok, Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa yang lain telah mengambil banyak langkah untuk mengehadkan tempat-tempat awam yang boleh merokok, dan penajaan serta iklan syarikat-syarikat rokok. Semua inisiatif ini dilakukan atas kepentingan dan kebaikan umum.

Pengharaman total penggunaan alkohol tidak berkesan pada masa lampau. Bagaimanapun, masih terdapat keperluan segera bagi masyarakat Malaysia untuk membincangkan lebih lanjut isu-isu yang timbul daripada aspek negatif dan salahguna akibat penjualan alkohol yang tidak terhad atau mudah didapati.

Setakat ini memang terdapat banyak bentuk syarat yang dikenakan berkaitan alkohol. Sebagai contoh, seseorang tidak boleh minum alkohol dan memandu; alkohol hanya boleh dijual di kedai yang berlesen; alkohol tidak boleh dijual kepada individu di bawah umur; dan terdapat waktu-waktu terhad bagi tempat yang menjual dan menyediakan alkohol. Terdapat juga undang-undang untuk membanteras pembuatan dan penjualan produk alkohol yang tidak berlesen.

Masalah yang kita hadapi selalunya berkait dengan penguatkuasaan yang lemah di kalangan pihak berkuasa tempatan. Orang ramai mesti bersuara mengenai perkara ini kerana penyalahgunaan alkohol mempunyai impak yang besar kepada masyarakat.

Syarat-syarat serta had-had tertentu perlu dibuat ke atas tempat yang menjual alkohol. Sebagai contoh, adalah perlu alkohol tidak dijual di kawasan perumahan dan sekolah. Ini termasuk semua jenis kawasan tempat tinggal.

Tempat-tempat yang diperuntukkan untuk menjual dan dibolehkan meminum alkohol perlu sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa tempatan. Sebagai contoh, adalah tidak sihat untuk meminum alkohol di taman awam atau sewaktu menonton perlawanan bola sepak.

Walaupun cadangan ini dikemukakan oleh PAS, kepentingan saya adalah dari sudut sosiologi dan persekitaran kerja sosial. Saya seorang yang menganut ajaran dan kepercayaan Kristian. Oleh itu, adalah lebih baik jika kita tidak membincangkan isu sosial sebegini dari sudut yang memisahkan kita. Mari kita cari kesamaan dan kebaikan bersama melalui agama-agama ini.

Pembuat alkohol, promoter dan peruncit tidak pernah berusaha mendidik masyarakat mengenai ketagihan alkohol. Kerajaan pula tidak berusaha secukupnya untuk menyedarkan masyarakat mengenai masalah kesihatan dan tingkah-laku akibat bahaya alkohol. Setakat ini tidak program kaunseling, dan jika ada sekalipun ia tidak mencukupi. Tidak ada perkhidmatan pemulihan seperti pemulihan dadah.

Saya cukup bersetuju dan turut mencadangkan supaya pembuat alkohol dan industri berkaitan membayar levi daripada pendapatan tahunan mereka untuk mendidik masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dan ketagihan alkohol. Mereka juga perlu memikul tanggungjawab yang lebih besar untuk memulihkan penagih-penagih alkohol. Beberapa program sistematik perlu diadakan untuk membantu wanita dan kanak-kanak yang menghadapi penyalahgunaan dan keganasan. Agensi persekutuan dan negeri perlu mengatasi masalah ini.

Barangkali kerajaan Selangor boleh memimpin dan menyediakan garis panduan yang perlu bagi kehidupan yang sihat dan menjamin semua tanggungjawab bakal meletakkan kehidupan insan lebih tinggi daripada keuntungan.

---
Artikel Pesuruhjaya Suhakam, yang juga Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Etnik UKM ini diterjemah oleh MUHAMMAD NOR ABD SAMAD.

-detikdaily.net-

UBN Najib Altantuya: Konvensyen bahasa di Pahang bincang kegagalan Umno

Oleh Zukri Aksah

Kerana melihatkan betapa tidak seriusnya sikap kerajaan pimpinan Umno dan BN dalam memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam semua sektor sepanjang 52 tahun pemerintahan mereka semenjak merdeka, PAS Pahang merasa terpanggil untuk menganjurkan Konvensyen Memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi dan Pembudayaan Bangsa.

Kenyataan dari Setiausaha Penerangan PAS Negeri Pahang, Hashim Abdullah memaklumkan yang konvensyen ini akan diadakan pada Ahad, 16 Ogos 2009 bertempat di Kompleks Imam As Syafie (KIAS), Temin, Jerantut bermula pada jam 2.00 petang.

Sebelum ini, ekoran demonstrasi besar-besaran membantah Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kerajaan Malaysia telah mengumumkan pemansuhannya pada tahun 2012.

Namun, apabila menerima pelbagai tekanan termasuk dari bekas Perdana Menteri yang memperkenalkan dasar ini, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan, pelajar boleh meneruskan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris.

Konvensyen kali ini, menurut Hashim adalah penting untuk membincangkan secara serius perkembangan bahasa mutakhir ini yang kelihatan terancam dengan polisi polisi kerajaan, termasuk aspek-aspek pembudayaan dalam Dasar Pendidikan Negara.

Ini terbukti dengan dasar kerajaan melaksanakan PPSMI, kemudiannya atas desakan kuat rakyat mengumumkan pembatalannya, tetapi kemudiannya melanjutkan perlaksanaan sehingga 2014. Ini semua bagi Hashim adalah pengkhianatan terhadap Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

PAS Pahang akan cuba mengumpulkan tokoh-tokoh utama bahasa dalam konvensyen ini nanti. Yang pasti, konvensyen ini akan disertai oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.

Acara konvensyen yang bermula pada jam 2.00 petang dijangka akan dipenuhi dengan pembentangan kertas kerja termasuklah dari A. Samad Said sendiri. Tokoh-tokoh lain yang turut disahkan akan membentangkan kertas kerja mereka ialah bekas Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan, Cikgu Abas Awang dengan tajuk kertas kerjanya, “Perubahan Dasar Pendidikan (Bahasa) Memberi Kesan Psikologi Terhadap Minat Pembelajaran dan Perkembangan Ilmu.”

Selain tokoh bahasa, PAS Pahang mengalu-alukan kehadiran aktivis budaya, jawatankuasa PIBG, pertubuhan bukan kerajaan dan kalangan media untuk datang membuat liputan. Pada akhir konvensyen, satu deklarasi bahasa akan dikeluarkan, dan akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Acara konvensyen ini akan berlarutan ke waktu malam dengan penganjuran ceramah umum oleh PAS Pahang yang juga berfokuskan tentang isu bahasa. Hashim dalam kenyataannya menyeru orang ramai untuk hadir ke ceramah tersebut yang akan diadakan pada jam 9.00 malam, bertempat di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau. Ceramah ini turut bakal dibarisi oleh A. Samad Said, Cikgu Abas Awang dan pimpinan-pimpinan PAS.

-detikdaily.net-

UBN Najib Altantuya: SPRM tahan pembantu khas Ronnie Liu

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Wong Chuan How, pembantu khas kepada Exco Selangor, Ronnie Liu selepas berlaku pergelutan pagi tadi.

Kedua-dua pihak membuat laporan polis berikutan insiden itu.

SPRM mendakwa Wong yang merupakan ahli Majlis Perbandaran Sepang dan juga seorang kontraktor, cuba mengelak daripada ditangkap dan melepaskan diri ketika insiden pada pukul 9.30 pagi tadi di pusat perkhidmatan Sungai Pelek di Sepang.

SPRM sedang menyiasat dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan negeri Selangor oleh beberapa wakil rakyat negeri itu.

Sumber memberitahu The Star, pegawai SPRM telah datang berjumpa Wong pagi tadi dan mengatakan beliau telah "hilang" selama beberapa minggu walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menghubunginya berhubung dakwaan beliau telah diberikan lebih 230 projek bernilai hampir RM500,000.

Sumber memberitahu, SPRM telah menahan dua lelaki pada minggu lalu yang mana syarikat mereka digunakan oleh kontraktor untuk mendapatkan projek-projek tersebut.

Ketika dihubungi tengah hari tadi, Liu sedang membawa Wong, 50, ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan bagi kecederaannya.

Liu berkata, pada mulanya, Wong diberitahu yang beliau akan disoal siasat sebagai saksi tetapi sebaliknya tiga pegawai SPRM yang datang ke pusat perkhidmatan itu pagi tadi memberitahu Wong adalah suspek dan akan ditahan serta dibawa ke pejabat SPRM untuk disoal siasat.

"Bila saya mengetahuinya, saya menghubungi pegawai atasan SPRM dan bertanya jika mereka boleh menjamin keselamatan peribadi Wong.

"Bila mereka tidak melakukannya (memberi jaminan), saya memberitahu Wong supaya membuat laporan polis sebelum pergi bersama mereka.

"Kerajaan negeri Selangor tidak akan mengambil risiko lagi jika berkaitan dengan keselamatan kakitangan, berdasarkan kes Teoh," katanya.

Setiausaha politik seorang exco Selangor, Teoh Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai lalu di bangunan Plaza Masalam, tempat yang menempatkan pejabat SPRM, sehari selepas dibawa ke pejabat itu untuk disoal siasat. Inkues kini sedang dijalankan untuk mengetahui punca kematian.

Liu berkata, pegawai SPRM sepatutnya menjalankan soal siasat di pusat perkhidmatan Sungai Pelek.

"Undang-undang tidak mensyaratkan di mana SPRM perlu menjalankan soal siasat mereka, jadi tidak perlu bagi mereka untuk membawanya ke pejabat mereka," kata Liu yang mendakwa pergelutan pagi tadi berlaku disebabkan Wong keluar dari pejabat untuk membuat laporan di balai polis.

Liu berkata, berlaku tolak menolak yang menyebabkan Wong terjatuh.

"Beliau tidak boleh berjalan buat masa ini dan seluruh kaki kanannya bengkak," katanya.

Liu berkata, beliau telah meminta pegawai SPRM membenarkan Wong ditahan di hospital untuk dirawat.

"Bagaimanapun pegawai atasan SPRM tidak bersetuju dan berkata, mereka akan membenarkan Wong menerima rawatan pesakit luar dan soal siasat akan diteruskan," katanya.

-mstar.com.my-

DAP akan saman akhbar isu agama Islam

PULAU PINANG: DAP akan mengambil tindakan mahkamah terhadap syarikat media yang memfitnah pemimpin parti itu berhubung isu agama Islam sehingga mencetuskan kontroversi.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tindakan itu perlu berikutan terdapat beberapa syarikat media terutama akhbar Utusan Malaysia yang cuba memfitnah pemimpin DAP membabitkan isu agama sehingga menimbulkan rasa kurang senang masyarakat di negara ini.

"Saya telah arahkan pemimpin-pemimpin DAP yang terlibat untuk mengambil tindakan segera dengan menyaman media yang telah menfitnah mereka.

"DAP ditomah dan mereka (media) kata kita telah hina Islam sedangkan pemimpin parti tidak pernah persendakan mana-mana agama termasuk agama Islam," katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata DAP menghormati semua agama di negara ini.

"Kita tidak mahu panjangkan isu ini nanti lagi banyak kenyataan yang menfitnah DAP, jadi kita jumpa saja di mahkamah," katanya.

Sementara itu, Lim berkata kerajaan negeri mensasarkan dapat mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal kira-kira RM33 juta bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Ini berikutan kerajaan negeri telah menetapkan kadar baru bagi kontraktor yang terlibat dan ia merupakan satu penjimatan yang sangat besar, katanya tanpa menyatakan kadar berkenaan.

-BERNAMA-

UBN Najib Altantuya: Gambar; Tanda-Tanda Syahid..?

Oleh usinwafer

"
Kalimat takbir, Allahu Akbar, menggema di kampung Brengosan menyambut kedatangan janazah Air Setiawan dan Eko Peyang. Doa para warga dan pendukungnya seperti yang tertulis dalam spanduk di depan rumah duka seolah tak bertepuk sebelah tangan. Betapa tidak, kedua "syuhada" tersebut sangat jelas menampakkan tanda-tanda sebagai syahid seperti yang biasa ditemui di kancah peperangan sabilillah. Tanda inipun mengingatkan pada trio syuhada Bom Bali.

Tanda-Tanda Syahid Lagi-Lagi Muncul Pada Jenazah Air dan Eko Peyang







Muslimdaily.net memperoleh laporan dari beberapa kerabat dan saksi mata yang telah melihat kondisi kedua jenazah.Berikut adalah bukti dan persaksian kepada Muslimdaily di lapangan.
Salah satu pelayat menyaksikan ketika keranda jenazah masuk, sontak tercium bau wangi yang menyebar ke seluruh ruangan. Kejadian ini sempat membuat keheranan para pelayat, karena didalam ruangan yang sempit tersebut udara sangat pengap dan pengunjung berjubel dalam satu ruangan.

Terlihat jelas bulir-bulir keringat menempel di tubuh keduanya. Keluarnya keringat ini sama seperti seseorang yang masih hidup dan dalam kondisi kegerahan, ingat !!! mereka berdua sudah enam hari meninggal.

Aliran darah juga terlihat keluar dari telinga dan kepala jenazah seperti yang terjadi dengan seseorang yang masih hidup ketika terluka.

UBN Najib Altantuya: Penyokong Anwar pula demo bantah Muhyidin

Ali Hashim

PERMATANG PAUH, 14 Ogos: Selepas para pengikut Umno berdemonstrasi menyokong kenyataan timbalan presiden mereka, Tan Sri Muhyidin Yasin, para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berdemostrasi hari ini bagi membantah Muhyidin.

Mereka mengadakan demonstrasi secara aman itu di hadapan Masjid Kubang Semang, Permatang Pauh selepas solat Jumaat tadi.

Demonstrasi yang disertai para penyokong Pakatan Rakyat (PR) itu diadakan bagi membantah tindakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kepimpinan Umno yang menggelarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.

Sepanduk dengan pelbagai luahan rasa oleh penyokong-penyokong PR seperti 'Siapa Pengkhianat', 'Siapa Yang Sebenarnya Mengkhianati Bangsa' dan juga laungan takbir turut memenuhi ruang.

Demonstrasi tersebut turut disertai oleh penyokong-penyokong bukan Melayu yang turut bersimpati dengan kenyataan yang tidak sepatutnya dihemburkan oleh seorang pemimpin negara.

ImageWalau bagaimana pun demonstrasi aman ini tidak tercalar dan tiada berlakunya kekecohan kerana tiada anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) yang datang mengganggu dan menyebabkan kekecohan.

Terdapat juga suara-suara yang berkata sekiranya ada pasukan polis atau FRU yang hadir sudah pasti keadaan aman akan menjadi kelam-kabut dan dipenuhi dengan kacau bilau sepertimana yang berlaku dalam program ceramah Mansuhkan ISA di Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam baru-baru ini.

PRK DUN Pmtg Pasir: Erti kemenangan untuk Pakatan

Mohd Nazri Abdullah, Ali Hashim & Shukri Mohamad
Image

PERMATANG PASIR, 14 Ogos : Bagi PAS, kemenangan di Permatang Pasir nanti adalah untuk orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, kemenangan nanti bererti sokongan kepada kerajaan pimpinan Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng di negeri itu. Bagi PKR, kemenangan di sini bererti sokongan terus menerus kepada anggota Parlimennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Inilah perspektif yang ada kepada semua parti-parti dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir nanti.

Perspektif inilah yang bakal menyatukan mereka dengan satu tujuan iaitu memenangkan calon PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat melawan calon Umno yang akan mewakili Barisan Nasional (BN).

Walaupun siapapun mewakili PAS, perpekstif ini jelas di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat yang berbengkel sehari suntuk semalam di Petaling Jaya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof menyatakan bahawa kemenangan Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir adalah kemenangan bagi orang Melayu dan umat Islam di Pulau Pinang.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, adalah menjadi keperluan supaya kerusi Dun Permatang Pasir kekal kemenangannya di tangan PAS kerana ia adalah satu keperluan walaupun hanya dengan satu kerusi yang ada di Pulau Pinang.

"Dengan kemenangan tersebut walaupun dengan satu kerusi yang ada maka PAS dapat memberi pandangan, teguran dan memberi pembelaan kepada nasib orang Melayu dan umat Islam khususnya di negeri ini.

Image"Perkara ini bukan hanya setakat amalan soleh sahaja malah ia adalah suatu keperluan untuk membela dalam banyak perkara dan isu yang berkaitan dengan orang Melayu dan umat Islam di Pulau Pinang.

"Tetapi sekiranya ia di menangi oleh pihak yang lain maka mereka tidak dapat memberi pembelaan apa-apa kepada orang Melayu dan umat Islam kerana mereka itu bukannya parti yang memerintah di negeri Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Masjid Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh iaitu dalam kawasan pilihan raya Permatang Pasir.

Tidak boleh 'over confident'

PAS juga mengarahkan seluruh jenteranya meletakkan keputusan Pilihan Raya Umum 2004 sebagai kayu ukur yang hanya menang 500 lebih kerusi berbanding PRU 2008 dengan memperolehi lebih 5000 majoriti undi.Image

Demikian dinyatakan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad pada satu pertemuan dengan kesemua jentera kempen bagi Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir malam tadi.

"Kita turun bukan dalam keadaan selesa. Kita mesti turun dengan semangat 2004 bukan 2008. Kita tidak boleh 'over confident' sangat," ujarnya kepada seluruh jentera.

Oleh itu katanya, jentera PAS perlu bekerja kuat menggunakan segenap ruang sepanjang tempoh berkempen untuk menarik pengundi baru dengan tidak mengabaikan pengundi sedia ada.

Melihat kepada senario dan politik semasa, PAS yakin isu pengkhianat melayu akan terus dicanang habis habisan oleh Umno BN pada pilihan raya kali ini.

"Kita yakin isu pengkhianat melayu akan dimainkan Umno BN, sebab itu kita perlu bersedia awal berdepan dengan serangan itu," tambah Ustaz Idris.Image

Dalam pada itu, Majlis pengumuman calon PAS bagi pilihanraya kecil N.11 Permatang Pasir akan diumumkan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang jam 9 malam ini dalam satu majlis yang akan berlangsung di Pusat Khidmat DUN Permatang Pasir.

Dijangka kesemua pemimpin utama pakatan rakyat akan hadir kecuali Penasihat Parti KeADILan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana mempunyai urusan di luar negara.

Tinjauan wartawan ke tapak majlis pada malam ini mendapati, persiapan rapi sedang giat dijalankan oleh jentera khususnya bagi menerima kehadiran ramai penyokong tempatan dan dari luar.