"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Serah memo kepada KPN,keluarga mangsa tuntut keadilan

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Keluarga tiga individu yang ditembak mati polis termasuk seorang remaja berusia 15 tahun pada awal pagi Sabtu, 13 November, 2010 di Glenmarie menuntut polis membuat penyiasatan segara dan membawa pesalah ke muka pengadilan.

Mangsa Mohd Shamil Hafiz Shafie, 15 tahun, Mohd Hairul Nizam Tuah, 20 tahun dan Mohd Hanafi Omar, 22 tahun ditembak mati kerana polis mengesyaki mereka sebagai sebahagian daripada kumpulan penjenayah ‘Geng Minyak’ yang merompak beberapa stesen petrol dan Pemangku Ketua Polis Selangor pada masa itu, Datuk A Thaiveegan membuat tuduhan liar mengatakan mereka sebagai ‘penjenayah tegar’, tetapi tiada seorang pun mangsa yang mati pada malam itu mempunyai rekod jenayah lampau.

Peguam Lawyers For Liberty (LFL), N Surendran yang mewakili para keluarga mangsa menghantar satu memorandum kepada Ketua Polis Negara di Ibupejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur pagi tadi berkata, beliau menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu pembunuhan dan bukannya ditembak polis kerana mempertahankan diri.

“Kita berkumpul disini hari ini kerana para keluarga mangsa telahpun membuat laporan polis pada 20 November tetapi sehinga hari ini tiada tindakan telah diambil.

Sebelum polis memulakan siasatan, Ketua Polis Negara telah mengeluarkan kenyataan yang memihak anggotanya. Sejak awal lagi kita sangsi mereka akan cuba menutup kes ini dan mereka memang berbuat demikian. Saya dapat beritahu hari ini, pasti ini adalah pembunuhan kerana polis mendakwa mangsa telah menyerang polis dengan parang, dan jika begitu kenapa kesemua mangsa mengalami luka tembakan di dahi dan di dada?,” soal Surendran.

Memorandum yang diserahkan kepada Ketua Inspektor Saipul Anwar Razali yang menerimanya bagi pihak KPN, antara lain meminta polis menjalankan siasatan yang telus, efektif dan adil serta mengambil tindakan undang-undang ke atas anggota-anggota polis yang melepaskan tembakan hingga mengakibatkan kematian ketiga-tiga mangsa.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta Ahli Parlimmen Subang, Sivarasa Rasaiah turut hadir bagi memberikan sokongan kepada LFL dan keluarga mangsa.

Norhafizah Mad Razali, ibu salah satu mangsa, Shamil, berkata beliau hanya mahukan keadilan terhadap kematian anaknya dan berharap agar perkara sebegini tidak berlaku kepada mana-mana keluarga selepas ini.

“Dia ditembak kat dada dan tepat di dahi dia, tak boleh nak bayangkan sampai sekarang bagaiman keadaan anak saya masa itu. Saya nak orang yang bertanggungjawab atas pembunhan anak saya ditangkap, diihukum,” kata beliau sambil menangis.

Kakak kepada Hairul, Norhaliza Tuah, 27 tahun yang mengenal pasti mayat adiknya di hospital menyuarakan rasa sangsi beliau bahawa adiknya mungkin telah dipukul oleh polis sebelum menembak mati adiknya dari jarak dekat.

“Kami terkejut dengan apa yang terjadi dekat dia (Hairul) dan saya nak tahu kenapa, cara tembakan dia tak munasabah sebab cara tembakan menjunam ke bawah, tembus.

“Dan kecederaan pada mayat, mata dia lebam dan dua tembakan. Atau dia dipukul dulu ke macam mana saya pun tak tahu,” jelas beliau.

Manakala bapa kepada Hanafi, Omar Abu Bakar, 58 tahun menyatakan berdasarkan kesan tembakan yang dialami oleh anaknya, alasan polis bahawa ketiga-tiga mangsa telah menyerang polis adalah tidak munasabah.

“Jadi saya memang tak puas hati sebab dia kena tembakan dia kena sebelah kanan; polis kata cuba serang polis, kalau macam itu mesti (kena tembakan) berdepan, ini maknanya dia (berada) di dalam kenderaan (semasa ditembak),” tegas Omar.

Surendran berkata, inilah sebabnya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) diperlukan sebagai satu alat untuk mengawal tingkahlaku polis sekalugus dapat mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

“Kita bimbang kerana setiap  kali insiden seperti ini berlaku, remaja tidak bersalah ditembak mati. Aminulrasyid, 14 tahun, dan kini anak lelakinya (Norhafizah), 15 tahun! Apa yang berlaku di negara ini? Polis perlu dikawal, kita perlukan IPCMC. Kita berkumpul bukan sahaja untuk membela mereka yang telah ditembak mati tetapi juga untuk kesemua remaja yang kini berada dalam bahaya kerana polis kini bertindak liar,” tegas beliau lagi. 
-selangorkini-

Lelaki maut jatuh dari tingkat 21

BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita warga emas terkejut apabila seorang lelaki yang ditegurnya kerana berdiri di tepi koridor tingkat 21 Rumah Pangsa Teluk Indah dekat sini akhirnya ditemui mati dipercayai terjatuh dari bangunan itu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.35 petang semasa Janet Tan, 56, yang berjalan pulang ke rumahnya di tingkat sama, terlihat seorang lelaki sedang termenung dalam keadaan resah sambil menghisap rokok.

Janet berkata, ketika itu dia menasihati lelaki berkenaan agar tidak berada di tepi koridor berkenaan kerana perbuatan itu membahayakan keselamatannya.

“Tapi teguran saya tidak diendahkan oleh lelaki berkenaan, sebaliknya dia hanya diam dan terus menghisap rokok dengan keadaannya seperti orang dalam kesusahan.

“Melihat sikapnya yang mencurigakan, saya menghubungi seorang penduduk lain memaklumkan perkara itu dan saya kemudian masuk ke dalam rumah,” ujarnya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian semalam.
-kosmo-

Pak Lah nafi arah tutup kes rogol amah Indonesia

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan beliau pernah mengarahkan supaya menutup insiden pembantu rumah Indonesia, didakwa dirogol oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, empat tahun lalu.

Abdullah (gambar) juga berkata beliau tidak tahu-menahu insiden seumpama itu ketika era pentadbirannya.

Laporan semalam juga menyebut pembantu rumah berkenaan menafikan dia diperkosa oleh Rais, yang turut berada dalam Kabinet Abdullah ketika itu.

“Saya tidak tahu (perkara itu). Saya tidak fikir adanya kejadaian itu,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Kuliah Peringatan Abdullah Yusuf Ali di Kolej Universiti Mahsa di sini.

Dakwaan itu muncul dalam blog pro-Umno bulan lalu mendakwa Rais merogol pembantu rumah berkenaan pada 2007 ketika Abdullah masih merupakan perdana menteri.

Abdullah melepaskan jawatan perdana menteri pada April 2009 dan beberapa blogger menuduh beliau menutup kes tersebut.

Kes itu didawa didedahkan oleh pertubuhan bukan kerajaan Indonesia Migrant Care.

Laporan Migrant Care yang mengandungi temu bual dengan pembantu rumah berkenaan juga diedarkan menerusi internet.
-malaysianinsider-

Rais Yatim Raja Lawak @ Penglibur Lara

mohdnoorawang
Robengah amah Indonesia menafikan dirogol oleh Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim. Selepas kenyataan penafian Rais. Malah Robengah memuji majikannya cukup baik dan selalu memberi wang dan hadiah.Rais Yatim anak yang baik. Malah PM Datuk Najib Razak berkokok menyokong penafian yang dibuat menteri kabinetnya Rais Yatim.

Seperti atau naratifnya sebuah cerita kartun. Mungkin lebih tepat Rais Yatim dan kabinet Najib Razak dinobatkan program raja lawak, namun lawaknya lawak bodoh dengan dipenuhi watak penglibur lara cerita dongeng atau karut.Untuk mencari keadilan dalam media tanpa sempadan, Rais Yatim dan RTM termasuk TV milik media prima jangan menuduh parti pembangkang.

Berlaku atau tidak rogol atau sex terlarang antara Robengah dengan Rais Yatim hanya Rais Yatim ada jawapan.

Berdekad RTM dan media sama spesis dengan RTM dan Rais Yatim menabur fitnah kepada pembangkang dan pemimpin pakatan rakyat siang dan malam.  Maka fitnah dan kerja yang terkutuk terkena diatas kepala Rais Yatim dan pemipin UMNO.

Hampir tiga minggu cerita rogol. Rais Yatim bertindak mebuat penafian. Macam betul atau tidak betul. Atau ada timbal balik diantara yang terkena dengan yang dikenakan. 

Jangan perbodohkan fikiran rakyat dengan menyebarkan berita berbau hasutan (RTM/TV Media Prima).  Kita tabalkan Rais Yatim sebagai Raja Lawak dan penglibur 2011.

MB Selangor cabar Umno sokong pindaan, buktikan ikhlas pertahan raja

SUBANG JAYA, 8 Jan: Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mencabar Umno menyokong pindaan perlembagaan jika ia benar-benar ikhlas dalam menjunjung institusi diraja, yang dialung-laungkannya selama ini.

Menteri Besar (gambar) merancang untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas hujung bulan ini bagi menyelesaikan kemelut ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

Sidang itu akan membincangkan pindaan perlembagaan negeri.

“Umno (mengatakan bahawa) ia memandang tinggi (kedudukan) Sultan. Mereka (mengatakan) mereka yang mempertahankan raja,” kata beliau sambil menggesa Umno menunjukkan keikhlasan jika benar parti teras Barisan Nasional itu mempertahankan institusi diraja.

Pakatan Rakyat mempunyai 35 anggota di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 56 kerusi.

Pindaan perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga untuk diluluskan.

Khalid juga berkata, beliau tidak pernah memberi kuasa kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud agar bertindak bagi pihak beliau untuk melantik penggantinya Datuk Mohd Khusrin Munawi.

“Pertama, biar saya mengatakan bahawa menteri besar dan Exco tidak pernah memberi arahan kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri untuk bertindak bagi pihak saya ataupun Exco untuk berurusan dalam soal pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri,” kata Khalid.

“Jika beliau bertindak (dalam soal itu), beliau bertindak sendiri,” katanya.

Hari ini, Khalid juga menolak tanggapan bahawa krisis yang berlarutan akan menghakis sokongan orang Melayu.

“Pengundi mesti tahu bahawa apa sahaja keputusan kami buat, mereka perlu menilai, sama ada ia akan memanfaatkan mereka,” kata Khalid, menteri besar penggal pertama.
Sambung bacaan anda di sini
-malaysianinsider-

Menteri Umno Semua, Baca Pendedahan Panas ni

amkns
Dari Blog Singalautmetro

DUKACITA SEORANG MELAYU MISKIN: BAHASA DUKANYA MENITISKAN AIR MATA! 

"Bang...sardin tin besar ni minggu dulu hargnya RM5.70, tapi sekarang dah RM6.20!" dia meletakkan semula tin sardin jenama popular di rak sebuah pasaraya di Shah Alam tadi petang.

Kemudian anak kecilnya barangkali enam atau lima tahun saya terdengar merengek beberapa kali. "Abah...nak aiskrim!" Si ibu yang sejak awal mengekori si suami memerhatikan harga pada setiap kali barangan dipegang, akhirnya separuh bersuara:"

Adik...ibu tengok tadi aiskrim tu dah naik 30 sen. Nanti ibu buatkan aiskrim sirap kat rumah ya..." lembut suara si ibu separuh memujuk. Si ayah tersenyum tawar memandang saya. "Belikanlah..." beritahu si ayah mengarah isterinya, barangkali tidak sampai hati melihat wajah anak kecil yang sayu itu.

Sebelum ke baris sebelah untuk membelikan ais krim untuk anaknya, si ibu berbisik. Saya tidak mendengar langsung apa yang dicakapkannya kepada suaminya itu. Hanya selepas isterinya pergi, si suami tanpa berselindung memberitahu saya. "Orang rumah saya tanya tadi, cukupkah duit yang saya bawa!" dan dia tergelak dua tiga kali tetapi kekehnya tawar dan hambar.

"Tak jadi nak belilah sardin ni!" katanya seolah-olah sedikit kecewa. "Nak tengok tempat lain nanti," jawapnya. Saya bertanya kenapa dia membeli sardin. "Bukan apa bang. Orang susah macam saya ni kena simpan stok lauk. Nak beli ikan mahal..simpan lama pun tak boleh. Tapi kalau sardin ni, beli lima tin boleh tahan sebulan. Kalau dipanaskan tiga hari boleh makan lagi," jawapnya selamba.

Saya terus tertunduk sebelum saya angkat muka memandangnya. "Sekarang kerja kat kilang lama ke?" saya tanya. Dia mengangguk. "Dah berumur ni tak berani nak pindah kilang. Cuma gajinyalah. Dah 20 tahun kerja baru seribu lebih sikit ajer"

Saya tunduk semula memandang lantai simen pasaraya. "Anak yang dua orang tu belajar lagi ke?" saya tanya lagi. Dia mengangguk laju-laju. "Seorang kat Unisel, seorang lagi kat Politeknik. Itu yang saya kena berjimat tu bang," jawap lelaki yang saya kenal sejak berbelas tahun lalu.

Kami tidak lama bersama. Sebelum pulang, saya sempat pelawanya untuk minum malam sebab lama kami tidak berjumpa. Nak tahu apa jawapnya? "Maaflah bang...sebenarnya saya sibuk sangat. Bukan tak sudi. Lepas Maghrib nanti ada kerja! Saya buat part time jaga kat depoh bas, nak cari tambah-tambah duit," katanya.

Sambil bersalam dia menyambung cakapnya. "Dapat empat ratus lagi bang sebab kerja part time ajer..Tapi badan ni dah rasa tak larat sangat. Tengok kaki ni.." dia menyelak pangkal seluarnya. "Ni bengkak dah bertahun ni. Entahlah...doktor cakap gout..." dia mengerutkan keningnya. 

Memang saya tidak boleh berlama. Bukan saya tidak punya waktu untuk bersama dengan kenalan lama saya itu. Tapi dalam hati saya pedih, luka dan sebal. Kasihan fikir saya. Kasihan sangat drama kehidupan ini. Bolehkah kami berdepan realiti kehidupan sebuah negara maju

Sumber: Blog Singalautmetro

Rogol Amah : Surat Penafian oleh Mangsa Rogol?

AnakSgDerhaka
Aku tak tahu bagaimana sekeping surat yang dikatakan ditulis oleh Robengah ini (lihat diakhir entry) bagi menafikan akan dakwaan beliau dirogol oleh seorang Menteri di Malaysia ini boleh sampai ketangan seorang blogger Pro-UMNO yang dikatakan bertaraf Doktor begitu cepat sekali.

Nak dikatakan dihantar melalui e-mail rasanya tak mungkin kerana Robengah dikatakan tinggal di pendalaman Indonesia, nak katakan dikirim melalui fax.. juga tak mungkin rasanya pasal tak nampakpun sebarang tanda-tanda surat itu telah difax..

Nak dikatakan melalui pos.. takkanlah 07.01.2011 surat diposkan dari pendalaman Indonesia boleh diterima pada hari yang sama oleh penerimanya di Malaysia tak sampaipun 24 jam..

Waduh!! pening aku memikirkan.. hebatya pos Indonesia.. 

Surat berkenaan sila lihat di SINI

Majlis Peguam, Suhakam mahu suruhanjaya turut siasat punca kematian Teoh

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Majlis Peguam dan Suhakam turut menyertai desakan agar Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja yang boleh menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock tanpa hanya mengehadkan kepada skop meneliti prosedur siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Semalam. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan meneruskan keputusan dibuat 17 Julai 2099 untuk mewujudkan suruhanjaya diraja, dengan terma-terma khusus, bagi mengkaji kaedah soal siasat yang diguna pakai SPRM dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap mendiang Teoh.

Suruhanjaya itu yang akan diwujudkan di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 akan menyiasat perjalanan dan pengurusan SPRM serta di mana sesuai, menyiasat kelakuan mana-mana pegawai SPRM.

Susulan pengumuman itu semalam, peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo memberitahu, pembentukan suruhanjaya diraja tanpa turut menyiasat persekitaran yang membawa kepada kematian Teoh tidak ada sebarang makna dan ia satu langkah membazir wang rakyat.

Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan juga berpendapat demikian. “Apa yang penting, dia (Teoh) mati ketika berada dalam tahanan SPRM. Beban adalah pada SPRM untuk menjelaskan apa yang berlaku,” kata Ragunath (gambar) kepada The Malaysian Insider.

“Mengenai soal kebersalahan, adalah penting untuk difahami bahawa Teoh merupakan seorang saksi. Adakah dia telah berhadapan dengan tekanan ketika disoal siasat?

“SPRM mesti mengambil tanggungjawab,” kata beliau. Ragunath yang sebelum ini melahirkan pendapat bahawa inkues itu tidak bermakna selepas koroner memberikan keputusan terbuka menambah, kerajaan bertanggungjawab kepada keluarga Teoh untuk memberi keadilan.

“Koroner memutuskan tidak bunuh diri ataupun dibunuh, jadi bagaimana dia mati? Mereka mesti datang dengan rumusan,” kata beliau.

Justeru, kata Ragunath, apabila Najib menggariskan terma rujukan kepada suruhanjaya beliau sewajarnya memberikan kuasa untuk melihat punca yang membawa kematian Teoh dan tatalaku pegawai-pegawai SPRM.

Malah kata beliau, pentadbiran Najib mesti memberi kuasa kepada suruhanjaya diraja untuk meneliti protokol kesemua badan penguat kuasa, bukan hanya SPRM bagi membuktikan bahawa kerajaan persektuan serius untuk mendapatkan keyakinan rakyat ke atas institusi-institusi awam.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi semalam bagi semakan terhadap keputusan terbuka dalam inkues kematian Teoh.

Koroner Azmil Muntapha Abas pada Rabu lalu memutuskan kematian setiausaha politik Exco Selangor itu pada 2009 bukan disebabkan bunuh diri ataupun homisid.

Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha’ani Abdullah juga menyokong gesaan agar suruhanjaya diraja diberikan kuasa meluas.

“Skop kerja suruhanjaya diraja tidak wajar dihadkan... jadi, syor-syornya akan menjadi panduan komprehensif bagi SPRM untuk bergerak ke depan,” kata ketua bahagian aduan dan pertanyaan Suhakam ini.

“Jika mereka mahu menyiasat prosedur, bukannya prosedur-prosedur dalam buku tetapi teliti penggunaan prosedur yang sebenar, mereka harus meneliti dengan terperinci.

“Jika penemuaan menunjukkan pegawai-pegawai (SPRM) bersalah, ia akan membantu kerajaan membersihkan badan penguta kuasa,” katanya lagi.

Sebagaimana ditekankan oleh Ragunath, Muhammad Sha’ani berkata, Teoh hanya seorang saksi yang dibawa untuk membantu siasatan SPRM. Kata beliau, undang-undang dalam prosiding jenayah memberikan lebih perlindungan kepada suspek berbanding saksi.

“Sekarang orang ramai takut untuk membuat laporan, mereka tidak akan tampil untuk membuat pendedahan,” katanya lagi.

“Ramai yang sudah jadi mangsa. Ia sesuatu yang sudah diketahui (ramai), bukannya persepsi awam,” kata beliau sambil menambah, terdapat banyak aduan mengenai dakwaan intimidasi terhadap pegawai-pegawai SPRM.

Katanya, perbicaraan membabitkan bekas pengurus besar Sime Darby dan juga peguam terkenal Datuk Rosli Dahlan adalah antara beberapa kes dakwaan intimidasi semasa siasatan SPRM.
-malaysianinsider-

Kronologi perlantikan SUK Selangor

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 7 Jan: Berikut adalah kronologi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

26 Oktober 2010

PSM memberi Nota Amalan kepada Dato’ Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa:

i) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.

ii) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.

iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

26 Oktober 2010

Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Dato’ Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baharu dan menyenaraikan 8 nama yang dicalonkan untuk pelantikan.

8 November 2010

Pejabat Menteri Besar menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang telah dicadangkan.

22 November 2010.

Jawatankuasa memulakan proses menemubual semua calon .

1 Disember 2010.

Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan yang akan menggantikan beliau.

2 Disember 2010

Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

3 Disember 2010

Jawatankuasa telah memaklumkan kepada pejabat Dato’ Menteri Besar bahawa 3 nama telah dipilih untuk dilantik serta memberitahu bahawa 2 calon tidak mahu mengambil bahagian

8 Disember 2010

Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

9 Disember 2010

Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

15 Disember 2010

Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menggantikan beliau.

16 Disember 2010

2pm: Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menganti beliau.

9pm: Majlis Persaraan untuk Dato’ Ramli Mahmud dan dihadiri oleh Dato’ Menteri Besar serta Setiausaha Politik. Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau

17 Disember 2010

Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir telah dipilih dan Dato’ Menteri Besar terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat. Ini selepas pemeriksaan teliti terhadap tiga calon ini.

20 Disember 2010

Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan Menteri Besar telah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan belum menerima maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu Dato’ Menteri Besar akan bercuti sehingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Menteri Besar.

21 Disember 2010

Istana menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato’ Muhamad Munir Bani menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato’ Menteri Besar, Haji Mustapha.

Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato’ Ramli Mahmud sebagai balasan surat yang dihantar Dato’ Ramli bertarikh 3 Disember.

Surat 3 Disember itu memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor tiga calon yang layak.

Manakala surat 10 Disember memaklumkan kepada Dato’ Ramli bahawa DYMM Sultan Selangor telah berkenan dengan pelantikan Dato’ Muhamad Khusrin Munawi. Surat itu juga menyatakan Dato’ Ramli boleh membuat pengumuman pada 16 Disember 2010.

24 Disember 2010

Pejabat Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato’ Mohamad Munir bahawa Dato’ Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang telah dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

27 Disember 2010

Dato’ Menteri Besar menerusi surat memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

3 Januari 2011

Dato’ Menteri Besar menghadap DYMM Sultan Selangor. Dato’ Menteri Besar juga menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri menolak pelantikan Dato’ Mohamad Khusrin dan tidak mengadakan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia sehingga perkara ini selesai.

4 Januari 2011

Pejabat Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri dan SPA menyelesaikan perkara ini.

6 Januari 2011

Dato’ Menteri Besar dan barisan Exco hadir ke majlis angkat sumpah di Istana Bukit Kayangan sebagai taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan DYTM Raja Muda tetapi tetap tidak menerima pelantikan Dato’ Mohamad Khusrin.

SEKRETARIAT AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR

8,000 burung merpati jatuh dari langit


SEBAHAGIAN burung merpati yang jatuh dari langit di bandar Faenza, Itali pada Rabu lalu.
 FAENZA: Kematian haiwan secara besar-besaran berlaku lagi tetapi kali ini melibatkan 8,000 ekor burung merpati di bandar ini yang terletak di Itali, lapor sebuah akhbar semalam.

Burung itu dipercayai mati disebabkan keracunan atau kekurangan oksigen selain cuaca sejuk.

Haiwan itu jatuh ke tanah dan di atas bumbung rumah serta kereta pada Rabu lalu.

Penduduk di sini menyatakan, bangkai burung merpati itu mempunyai tompok biru pada paruhnya yang dipercayai pakar-pakar sebagai tanda hipoksia atau kekurangan oksigen.

"Burung-burung merpati itu jatuh dari langit satu demi satu dan kemudian dalam kumpulan 10 atau 20 ekor serentak," kata seorang penduduk tempatan.

Keputusan ujian makmal bagi mengenal pasti punca kematian burung-burung merpati itu hanya akan diketahui dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu lagi.

Insiden terbaru itu berlaku selepas dua juta ikan ditemui mati di Teluk Chesapeake, Maryland, Amerika Syarikat (AS) beberapa hari lalu.

Pakar-pakar percaya ikan-ikan itu mati akibat tertekan cuaca sejuk dan pembiakan berlebihan.

Setakat ini, sekurang-kurangnya sembilan insiden kematian besar-besaran haiwan berlaku di seluruh dunia yang antara lain melibatkan 40,000 ekor ketam setan merah mati di Kent, Britain pada Rabu lalu.

Di AS, beribu-ribu ekor bangkai ikan ditemui terapung di sungai Spruce, bandar Port Orange, Florida pada Selasa lepas.

Pada Selasa lalu juga beratus-ratus ekor ikan siakap ditemui mati di perairan New Zealand dengan 50 ekor burung ditemui mati di sebatang jalan raya di bandar Falkoping, Sweden manakala 200 ekor burung ditemui mati di sebuah lebuh raya di Texas, AS .

Di Brazil pula, sebanyak 100 tan metrik ikan sardin, sejumlah ikan keli dan gelama telah ditemui di pesisir pantai Parana. 
-Agensi-

Catriona Ross Tak Mahu Buka Tudung

KUDisuruhALA LUMPUR: Pelakon Catriona Ross mengakui kecewa dengan sikap segelintir pengarah yang mendiskriminasikan pelakon-pelakon bertudung dengan watak yang diberikan terlalu stereotaip.

Katanya, sejak tampil dengan penampilan baru dia hanya mendapat tawaran watak-watak yang kecil dan sampingan sahaja biarpun pada asalnya pihak produksi menawarkannya watak utama.

"Saya kecewa sebab pada asalnya mereka tawarkan watak yang berat dan mencabar tapi bila saya terangkan bahawa saya sudah bertudung, mereka akan tukar watak tersebut kepada watak lain yang kurang mencabar.

"Ada juga yang terus tidak hubungi saya apabila mengetahui saya sudah bertudung," katanya mengakui sukar meyakinkan pihak produksi dengan keupayaannya membawakan watak mencabar.

Dalam pada itu, menurut Catriona, terdapat juga pihak produksi yang meminta dia untuk membuka tudung bagi melakonkan sesebuah watak.

"Bila saya cakap saya bertudung, mereka akan bertanya sama ada saya boleh buka atau tidak untuk watak tersebut. Saya kecewa sebab mereka ambil remeh tentang perkara ini.

"Mereka ingat saya pakai secara suka-suka dan samakan saya dengan pelakon lain yang boleh buka tudung. Pendirian saya tetap untuk tidak membuka tudung," katanya.

Selain itu, Catriona yang menganggap kemunculan pertama dalam drama terbaru Sakti Delima akan membuka mata produksi lain tentang penampilan seseorang tidak membataskan bakat yang ada.

"Selepas bersalin banyak juga tawaran yang saya tolak sebab bagi saya tidak bersesuaian dan tawaran yang datang oleh JS Pictures Sdn Bhd tepat pada masanya,

"Dalam drama ini saya melakonkan watak antagonis iaitu seorang ahli sihir yang menjadi penghalang kepada Siti Melur mendapatkan rantai Sakti Delima " ujarnya.

Menurut Catriona, kali pertama menerima tawaran tersebut, dia begitu teruja dan menganggap ia sebagai peluang baik untuknya kembali berlakon.

"Ketika mendapat tawaran memainkan watak ini, saya terus terima tanpa berfikir lama. Bagi saya ini peluang terbaik untuk kembali ke depan televisyen dengan memberi watak yang boleh diingati," katanya.

Drama Sakti Delima merupakan drama adaptasi daripada filem Pancha Delima yang mengisahkan tentang kesaktian seutas rantai sakti yang menjadi rebutan ramai. Drama di slot Legenda 20 episod ini telah mula ditayangkan pada 3 Januari lalu, setiap Isnin hingga Khamis.

Antara pelakon lain yang menjayakan ialah Bienda, Iqram Dinzly, Sheila Rusly, Safura, Ungku Ismail, Aida Khalida dan Liza Hanim.
-mstar-

Apakah Niat Umno?

Nurul Izzah
Setiap perbuatan akan dinilai dengan niat atau nawaitu di sebalik perbuatan itu. Oleh demikian, rakyat harus menilai apakah niat sebenar Umno didalam beberapa peristiwa dan tindakan yang berlaku kebelakangan ini. 

Adakah niat Umno untuk memartabatkan kedaulatan raja-raja melayu khususnya di dalam isu perlantikan SUK Negeri Selangor yang dikatakan diperkenankan oleh Sultan sendiri atau sekadar menggunakan institusi raja-raja melayu (secara retorik#) untuk kepentingan kelangsungan hayat Umno?

Adakah niat Umno untuk berbincang dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan diambang hari Natal di Istana Terengganu demi kepentingan kaum Melayu atau untuk kepentingan sempit Umno sahaja? Adakah niat Umno melaungkan 1Malaysia untuk perpaduan rakyat atau untuk perpecahan rakyat demi kepentingan Umno sahaja? 

Adakah niat Umno untuk mendahulukan rakyat didalam memberhentikan subsidi rakyat atau mendahulukan kepentingan ekonomi Umno sahaja? 

Adakah niat Umno untuk membangunkan hartanah penduduk Kampung Baru atau untuk membangunkan hartanah menguntungkan Umno sahaja? 

Adakah niat Umno untuk mencanangkan peningkatan pendapatan rakyat dengan Model Eknomi Baru atau sekadar mencari peluang mengkayakan kroni dengan projek-projek mewah lagi mahal? 

Adakah niat Umno untuk menjamin demokrasi rakyat dengan membiarkan proses pilihanraya yang berat sebelah sehinggakan perkara mudah dan dasar seperti menggunakan dakwat untuk jari mereka yang sudah mengundi dilarang demi untuk menjamin kemenangan ‘curi ayam’ Umno sahaja? 

Adakah niat Umno untuk mempertahankan hak rakyat dengan terus memanjangkan pengisytiharaan darurat serta undang-undang anti-demokratik seperti ISA atau untuk sebenarnya mempertahankan ‘hak’ Umno terus memerintah? 

Adalah tidak salah kalau tindakan Umno berniat untuk kepentingan Umno sahaja tetapi ia harus berlaku jujur dan berterus terang kepada rakyat bahawa segala yang dilakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan Umno secara ekslusif dan bukan inklusif untuk semua rakyat sehinggakan Raja-Raja melayu, kakitangan kerajaan dan institusi kerajaan dijadikan sekutu bersubahat didalam agenda Umno sahaja. 

Seandainya Umno benar-benar berniat memperjuangkan hak rakyat, Umno seharusnya menyambut tawaran membentangkan satu rang undang-undang dwi-partisan bersama Pakatan Rakyat didalam satu sidang parlimen tergempar yang boleh dipanggil oleh Presiden Umno pada bila-bila masa sahaja, bernama AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI yang bertujuan untuk membatalkan pengisytiharan darurat, memansuhkan undang-undang anti-demokratik, menunaikan perjanjian Sabah dan Sarawak, menjamin pilihanraya yang telus lagi bersih, mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan dan menjaminkan kebebasan media dengan kadar segera. 

Biarlah AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI ini menjadi ujian kejujuran niat Umno serta niat Pakatan Rakyat dengan memberikan peluang sebenar untuk rakyat menentukan siapa yang dipilih memerintah Negara dan memperjuangkan hak rakyat secara adil. 

Memang benar, niat menjadi penilai segala perbuatan dan rakyat mesti membuat penilaian serta pilihan jika Umno berniat ikhlas dan suci untuk rakyat atau sebaliknya?

Robengah nafi diperkosa

Harakahdaily
JAKARTA, 8 Jan: Bekas pembantu rumah Datuk Seri Rais Yatim, Robengah menafikan beliau diperkosa oleh bekas majikannya itu.

Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan TKI (BNP2TKI) menyebut TKI Robingah (46) tidak diperkosa Menteri Malaysia, Rais Yatim.

Robingah mengatakan mantan majikannya baik hati dan tidak ada masalah dengan dirinya.

Hal ini jelas menafikan keterangan Migrant Care dan media Malaysia, lapor Detik News, satu laman Indonesia.

Robingah menceritakan kisahnya kepada wartawan di rumahnya di RT 03 RW 02 Desa Pagelak, Kecamatan Madukara, Kabupaten Banjarnegara, Jawa Tengah, Jumat (7/1/2011).

"Datuk Rais Yatim orang yang baik. Bahkan pemberitaan yang selama ini menyebutkan saya sudah diperkosa sama sekali tidak benar. Saya juga sering diberi uang serta oleh-oleh dari beliau," jelasnya.

Migrant Care dalam sidang medianya hari ini mengesahkan satu laporan yang dipetik oleh laman web di Malaysia termasuk Harakahdaily sebagai dari mereka.

Bagaimanapun Migrant Care berkata pihaknya tidak pernah memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menyiarkan laporan itu.

Laporan itu, katanya, dihantar kepada Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Indonesia.

Migrant Care memaklumkan, kes itu tidak dibawa ke tindakan seterusnya kerana mangsa tidak bersedia.

Berikut kenyataan penuh Migrant Care hari ini di Jakarta.

Siaran Media Migrant CARE

Menyikapi Perkembangan Kasus Dugaan Perkosaan terhadap PRT Migran oleh Menteri di Malaysia Pada tahun 2007.

Dalam sepekan terakhir ini, masyarakat Indonesia dikejutkan oleh Wikileaks yang mengungkap beberapa dokumen rahasia dan salah satunya adalah perihal dugaan perkosaan yang dialami oleh PRT migran Indonesia oleh seorang Menteri di Malaysia pada tahun 2007 silam. Di dalam dokumen tersebut, juga menyebutkan tentang Migrant CARE.

Migrant CARE pada pertengahan bulan Juli 2007 silam, memang telah melakukan investigasi mengenai kasus dugaan perkosaan yang dialami oleh RB dengan pelaku majikannya selama menjadi PRT migran di Malaysia. Dan majikannya adalah seorang menteri. Namun pihak korban tidak mau kasus tersebut diungkap ke publik dan tidak menuntut secara hukum. Dan Migrant CARE kemudian menyerahkan hasil investigasi tersebut kepada pihak pemerintah yakni, Mabes Polri dan KBRI Kulalampur.

Hingga kasus ini diungkap oleh Wikileaks pada akhir Desember 2010, Migrant CARE tidak pernah mengungkapkan kasus ini sesuai dengan permintaan korban. Dengan terungkapnya kasus ini, Migrant CARE berharap agar Pemerintah RI bisa menuntaskan kasus ini yang memenuhi rasa keadilan bagi korban. Kasus ini juga memberikan pelajaran kepada pemerintah Indonesia dan Malaysia untuk segera menuntaskan revisi MoU antara Indonesia-Malaysia tentang perlindungan PRT migran. Diharapakan revisi MoU tersebut akan menjadi inastrumen hukum yang melindungi sekaligus meminimalisir kerentanan-kerentanan PRT migran Indonesia terhadap berbagai bentuk pelanggaran HAM, seperti kekerasan fisik, kekerasan seksual dan perkosaan.

Jakarta, 7 Januari 2011

Anis Hidayah, Direktur Eksekutif.

Wahyu Susilo, Policy Analist

Modus Operandi UMNO di Selangor.

LeeSlimShady
Krisis besar telah sampai ke Selangor. Sekali pandang ianya datang secara tetiba seperti banjir melanda kerana empangan pecah. Apakah betul bencana ini sampai dengan tetiba? Apakah betul ianya sampai kerana Setiusaha Kerajaan Selangor yang lama ingin bersara dan yang baru perlu dilantik? Tidak. Di belakang semua ini ada perancangan licik. Ada wayang Pak Dalang.

Umum mengetahui - sesiapa yang belum tahu sesudah membaca tulisan ini akan tahu bahawa negeri Selangor adalah yang terkaya di Malaysia. Malah antara yang terkaya di Asia tenggara setaraf dengan German, United Kingdom atau Korea Selatan. Belanjawan tahunan untuk Majlis Perbandaran Petaling Jaya sahaja lebih banyak dari belanjawan tahunan kerajaan Negeri Kedah. Ini fakta saheh.

Selama lebih dari 50 tahun warga Selangor merasa mereka telah ditipu. Pada 8 March 2008 dahulu warga Selangor tidak mahu lagi dibodohkan justeru mereka telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat dan menghumbankan kerajaan Barisan Nasional yang di kepalai oleh United Malays National Organisation. Dari fakta sejarah - ini adalah kali kedua warga Selangor mengambil sikap sedemikian. Kali pertama pada tahun 1969 dahulu.

Sikap pintar dan kesedaran warga Selangor ini telah menjadikan United Malays National Organisation hilang punca. Sesudah 8 March yang lalu gerombolan yang selama ini merompak dan mengganas di Selangor telah kehilangan peti emas. Penyamun yang memiliki pin number akoun bank tetiba angka pin ini berubah. Ini samalah seperti Raja Bersiong yang menjaga Bank Darah tetiba dihalau ke hutan.
Untuk memahami apa yang berlaku di Selangor hari ini kita wajib melihat kembali apa yang berlaku pada 8 March 2008 dahulu. Kini sedikit demi sedikit secara umum telah mula mengetahui bagaimana pada malam 8 March 2008 yang lalu Khir Toyo telah membuat beberapa panggilan talipon untuk bersubahat dengan beberapa anasir dalam PAS(Hasan Ali dan Ustaz Nasha) untuk mengagalkan terdirinya pentabiran kerajaan baru di Selangor. Ini bukan desas bin desus. Ini fakta sejarah.

Kenapa ini berlaku? Ini berlaku kerana mangkuk ayun - mangkuk ayun yang telah hilang kuasa ini tidak mahu menerima hakikat yang mereka telah hilang kuasa. Dalam masa yang sama ada pula haram jadah - haram jadah yang bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar yang baru. Kepentingan kuasa ini telah mengikat dua anasir yang bermusuhan ini untuk bekerja sama. Kini babak sejarah malam 8 March 2008 itu telah tesebar untuk menjadi cerita-cerita rakyat yang boleh ditokoh tambah dengan aji-no-moto.

Apa yang jelas awal-awal lagi pada malam 8 March 2010 itu lagi United Malays National Organisation sanggup melakukan apa sahaja untuk kembali berkuasa di Selangor. Bukan kerana gerombolan ini ingin meneruskan khidmat suci mereka , tidak!. Hilang Selangor dari kawalan bermakna United Malays National Organisation akan hilanglah punca pencarian. Selama ini Selangor adalah tempat para geromboan mencari makan ,Selangor lombong emas mereka.

Ingatkan kembali kesah lagenda Abang Zek(Datuk "Z") - dari seorang penjaga pintu laluan keretapi , seorang yang tidak ada pelajaran dan ilmu pengetahun telah menjadi kaya raya kerana dipilih oleh United Malays National Organisation untuk menjadi Adun dan ahli Majlis Perbandaran Klang .
Ini satu contoh kecil. Bagaimana pula dengan projek mega perlabuhan Klang yang dananya lesap berbilion-bilon ringgit? Malah amat banyak lombong emas terletak di Selangor tetapi kini di bawah pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Justeru apa yang jelas disini ialah United Malays National Organisation akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kembali Selangor. Gerombolan ini sanggup bersekongkol dengan siapa sahaja. Gerombolan ini akan bersubahat dengan siapa sahaja asalkan Selangor kembali di bawah naungan mereka.

Bayangkan hari ini banyak program gerombolan terbengkalai kerana duit putus. Limpahan fulus yang biasanya datang dari kerajaan Selangor telah kering. Lubang lubang kontrek telah tertutup. Duit komisyen sama ada jual projek atau melobi untuk mendapatkan projek kini tidak ada lagi. Kering dan kontang.

Ingat? Bagaimana heboh riuh gempita dipertengahan tahun lalu kerana pelancaran kempen : Tawan Selangor . Diberitakan Mat Ezam, Noh Omar dan Khir Toyo akan gila babi berkempen ke hulu ke hilir dengan ‘road show ‘ mereka. Lepas tiga empat ceramah ,tayar pancet,semua potong stim. Tak ada sesiapa berminat untuk datang mendengar kempen Mat Ezam atau Khir Toyo. Untuk menambah sedih dan pilu, ahli-ahli gerombolan kalau tak ada fulus tak akan mengalihkan punggung mereka ke mana-mana.
Asas dan latar belakang semua ini ialah kenyataan Ketua Perhubungan Selangor Najib Razak yang telah berkata : Selangor wajib diambil kembali. Ini adalah satu arahan untuk melakukan apa sahaja demi memastikan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan jatuh. Justeru kita melihat bagaimana Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan pelbagai bentuk operasi untuk memerangkap Adun-adun atau Ahli-ahli Majlis Pakatan Rakyat.

Pelbagai taktik telah dijalankan. Taktik perangkap dengan duit telah dijalankan. Seorang Adun PKR telah tewas dan berpaling tadah. Perangkap lendir China Doll yang berjaya digunakan di Perak telah juga digunakan di Selangor.,Tetapi gagal. Akhirnya apabila perangkap tak menjadi maka taktik siasat sampai mati pula di jalankan,ini telah di buat terhadap Teoh Beng Hock. Semua ini adalah taktik dan strategi untuk menumbangkan kerajaan Selangor.

Selaras dengan operasi SPRM ini juga – kacau bilau kecil terus diadakan. Mengheret kepala lembu, membuat laporan polis kiri dan kanan, baling kepala babi dalam masjid, menyebar fitnah disana sini menjadi sebahagian dari perang saraf puak gerombolan. Sayangnya walau pun songkok yang gerombolan pakai tinggi mengawan dan lilitan serban mereka tebal membuncit tetapi tidak banyak warga Selangor yang tertarik dengan puak gerombolan ini.

AkhirnyaIsrael Zionis APCO penasihat yang digaji oleh Najib Razak telah mencadangkan satu taktik baru perlu dijalankan di Selangor. Kalau di Israel rejim Zionis telah memilih Abbas dari Al-Fatah untuk menjadi pemimpin walhal yang menang dipilih oleh warga Palestin ialah parti Hamas. Taktik - pecah dan perintah ala Israel inilah yang sedang dijalankan oleh Najib Razak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Kerajaan Pakatan Rakyat secara resmi telah menemu duga calon-calon baru untuk dijadikan Setiausaha Kerajaan. Nama calon yang dipilih telah dihantar ke pihak berwajib untuk disahkan. Tetiba Sultan Selangor dikatakan telah membuat pilihan. Ini betul betul sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Israel Netanyahu dahulu. Rejim Zionis tetiba memilih Abbas dan mengenepikan Hamas yang dipilih rakyat. Apa yang berbeza - di Israel tidak ada Sultan hanya kita di Selangor yang ada Sultan. Kita pula di Selangor tidak ada Netanyahu tetapi kita ada Najibyahoo.

Disini umum wajib disedarkan bahawa Sultan dan Raja di Malaysia ini bukan Sultan dan Raja dizaman Hang Tuah dan Hang Jebat. Itu enam ratus tahun dahulu. Hari ini mereka hanyalah Raja Perlembagaan bukan BerSultan di mata dan berRaja di hati. Zaman apa sahaja Sultan dan Raja buat adalah betul telah lama berlangsung.

Umum juga perlu diingatkan bahawa United Malays National Organisation pada tahun 1993 telah meminda perlembagaan. Pindaan perlembagaan tahun 1993 ini membawa banyak perubahan dalam segi pemikiran orang Melayu terhadap sistem Raja Perlembagaan. Hari ini 18 tahun kemudian rakyat Malaysia terutama orang Melayu sama seperti warga Selangor tidak mahu lagi di tipu oleh sesiapa pun baik oleh politikus atau pun oleh Sultan.

Rancangan jahat Najib Razak untuk menimbulkan perbalahan antara kerajaan Selangor dan Sultan ini akan berterusan. Kes Khusrin ini sedang dijadikan peluru untuk menimbulkan kacau bilau. Ini adalah penerusan strateji untuk merampas kembali Selangor dan meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Warga Selangor wajib berhati-hati dan berwaspada. Harus dingatkan anasir –anasir yang pernah ditalipon oleh Khir Toyo pada malam 8 March 2008(Hasan Ali) dahulu pasti sedang mencari-cari peluang untuk menjual Viagra di Lorong Haji Taib. Musuh-musuh dalam selimut sedang berkeliaran mencari peluang untuk mendapat pangkat dan kuasa. Gerombolan amat senang dikenali tetapi musuh dalam selimut ini tak tahu bila ianya akan menikam kita.

Dimana akhirnya krisis ini? Semuanya terpulang kepada warga Selangor sendiri. Jika mereka ingin membawa perubahan maka mereka akan terus menyokong Pakatan Rakyat. Jika mereka ingin terus ditipu dan diperbodohkan , tidak ada siapa yang dapat menolong. Hingga hari ini masih belum ditemui lagi satu suntikan yang mujarab untuk mencerdikan mereka yang suka dibangangkan dalam sekelip mata.

Mahathir Masih ‘Cerdik'

ulitmayang
"..............Jika Yang di-Pertuan Agong memperkenankannya maka ia akan menjadi sebahagian daripada undang-undang yang sah. Jika tidak diperkenankan ia akan menjadi sah selepas genap 30 hari........"

Dulu dia pinda perlembagaan persekutuan tahun 1993 , klausa yang digunapakainya berbunyi

“ 3. Setelah menerimanya Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan mempunyai dua pilihan, iaitu:
* Baginda memberi perkenan kepada Rang Undang-Undang tersebut dalam tempoh 30 hari; atau
* Baginda memulangkan balik kepada Parlimen dengan menyatakan mengapa Rang Undang-Undang tersebut tidak diperkenankan untuk dipertimbangkan semula atau diubahsuaikan oleh Parlimen.


4. Kini Yang di-Pertuan Agong telah mengembalikan Rang Undang-Undang tersebut dengan cadangan beberapa pengubahsuaian untuk dipertimbangkan semula oleh Parlimen.Jika Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang ini, sama ada dengan pengubahsuaian atau tidak, ia akan dikembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong. Jika Yang di-Pertuan Agong memperkenankannya maka ia akan menjadi sebahagian daripada undang-undang yang sah. Jika tidak diperkenankan ia akan menjadi sah selepas genap 30 hari. ………………………………….”

Hari ini   UMNO [ dibaca mahathir ] berhadapan dengan cadangan MB Selangor untuk meminda undang – undang tubuh negeri , katanya  “Kerajaan Selangor Perlu Dapat Perkenan Sultan Selangor” , ianya sudah menjadi dilema pertama berikutan pindaan Perlembagaan 1993 , hasil buah tangannya.

Pertembungan sudah bermula. Adakah  undang – undang yang memusatkan kuasa di tangan Presiden UMNO akan runtuh satu persatu selepas ini. Mungkin kah Mahathir akan dapat melihat sendiri semua [ kalau tidak pun 100% ] kemusnahan apa yang dibinanya selama berkuasa 22 tahun. Kadang kala teringat akan doa Almarhum Ustaz Fadhil Nor, bekas Presiden PAS , suatu ketika dulu supaya Allah swt memperlihatkan sebelum Mahathir mati semua kerosakan yang dibuatnya selama ini. Alfatihah buat almarhum.

Begitulah kejayaan yang ‘ditempa’ oleh nya selama bertakhta , apa yang ditanam dikepala nya , apa yang beliau percaya iaitu hanya dia yang cerdik di Malaysia , semua rakyat negara ini bodoh [ bukan bermaksud tidak cerdik ].

Adalah sesuatu yang amat malang , dalam keadaan sedar atau tidak  , majoriti rakyat Malaysia menganggap beliau seorang yang cerdik , genius dan terbilang. Kalau setakat untuk membelanjakan kekayaan negara [ tanpa ada pihak yang boleh menghalang dan membangkangnya ] , hampir boleh dikatakan sesuka hati , tidak lah perlu kepada pemimpin yang ‘cerdik’ semacam dia. Pendek kata kalau diberikan kepada TGNA atau pun TGHH untuk mengurus dan menatdbir negara dengan membelanjakan khazanah negara , rasanya Malaysia jauh lebih maju berbanding dengan apa yang ada sekarang ini.

Selanjutnya kata Mahathir

1.       Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor perlu mendapatkan perkenan Sultan Selangor meskipun berjaya meminda Undang-undang Tubuh Negeri untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif negeri itu kepada Sultan dan Menteri Besar.

2.       Perkara itu akhirnya terpulanglah, jika kerajaan negeri mendapat tandatangan Sultan Selangor ataupun sebaliknya kerana tanpa tandatangan dan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah, pindaan itu tidak boleh menjadi undang-undang.

3.       "Kerajaan Selangor memerlukan undi majoriti dua pertiga ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) dalam sidang DUN (Dewan Undangan Negeri) untuk membolehkan Undang-undang Tubuh Negeri dipinda. Sama ada mereka dapat undi itu ataupun tidak, saya tak tahulah. Walau apapun, kalau tak dapat tandatangan daripada Raja, pindaan itu tidak boleh jadi undang-undang (meskipun ia diluluskan denganmendapat majoriti dua pertiga di peringkat DUN).

4.       "Perkara ini akhirnya terpulang sama ada Raja bersetuju ataupun tidak,"

5.       Beliau juga menasihatkan sesetengah pihak agar jangan mempolitikkan isu pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK baru.

6.       "Sepatutnya Raja tidak terlibat (dalam pelantikan SUK) tetapi isu ini dipolitikkan. Apa yang dilakukan oleh Raja (dalam memberi perkenan kepada pelantikan SUK) adalah berkenaan dengan pentadbiran.

7.       "Itu adalah tanggungjawab baginda. Perkara ini dipolitikkan seolah-olah pegawai kerajaan mestilah memihak kepada parti dan sebagainya. Dia (pegawai kerajaan) hanya menjalankan tugas dan apa juga keputusan kerajaan, dia terpaksa melakukan dan tidak boleh bertindak secara bersendirian " . KLIK  DI SINI

Catatan

Kalau lah MB Selangor nanti hendak membelakangkan DYMM Sultan Selangor pun , dengan mudah beliau boleh meggunapakai klausa di paragraph 3 dan 4 di atas seperti yang terkandung dalam ucapan Mahathir semasa membaca usul Pindaan Perlembagaan 1993.

Tetapi , TS Khalid Ibrahim seperti yang beliau sebut , tiap – tiap minggu beliau berjumpa dengan DYMM Sultan , dan tak kan Sultan  tidak berkenaan untuk mendapatkan semula kuasa yang dirampas oleh Mahathir yang telah melantik diri nya yang dikatakan berasal dari wilayah dan benua kecil India bernama Karala , sebagai Ketua kepada Sultan - Sultan di negara ini.

Penting! Solat Hajat Perdana "Selamatkan Selangor dan Malaysia"

Datang beramai-ramai. Kalau anda baca Utusan 1Malaysia, tengok RTM dan jegakan mata depan TV3, nampaknya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor macam akan jatuh sehari dua lagi. Umno lagakan MB Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Sultan Selangor terang-terang dalam siang. Rakyat jelas melihat ini. Rakyat nampak mainan jahat Umno-BN.
Apa lagi cara Najib nak berkuasa semula di Selangor? Lubang pasir sudah dikorek sehingga bu mi ke tujuh. Adun Sekincan telah ditumbuk lesut muka oleh geng Noh Omar. Khir Toyo yang tidak disangka-sangka akan dipanggang jadi "kambing golek" yang tak hitam lagi, untuk perlihat kepada rakyat Umno telus, mulus dan kudus dalam memerangi rasuah


Apa lagi cara Najib nak berkuasa semula di Selangor? Najib jadi Pengerusi Umno Perak, Kerajaan PR Perak berantakan. MB Nizar Jamluddin gagal "menendang" SUK itu. Angkaranya, kerajaan PR tak dapat diselamatkan dengan bantuan PDRM, SPRM, SPR dan SUK itu. Adakah Najib mahu lakukan modus operandi yang sama di Selangor? 

Bukankah Najib juga Pengerusi Umno Selangor? Justeru itu, PAS akan mengadakan Solat Hajat Perdana dan Ceramah Mega pada Ahad, 9 Jan 2011, di Stadium Tertutup Shah Alam jam 8 malam. 

Kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, tujuan program ini diadakan untuk memohon kehadrat Allah SWT supaya dapat menyelamatkan negara ini daripada kerakusan mereka yang tidak bertanggungjawab ketika menguruskan negara. 

"Negara ini perlu diislahkan daripada gejala yang merosakkan seperti pengurusan ekonomi, kehakiman, pencabulan terhadap demokrasi," ujarnya kepada Sanggahtoksago.Com.

Antara pemimpin utama Pakatan Rakyat yang akan hadir, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Semua rakyat Malaysia dialu-alukan hadir.