"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


RON95, diesel kini RM1.70 seliter

Harga baru bermula Februari: RON95 RM1.70 seliter, RON97 RM2, Diesel RM1.70

Harga baru itu ekoran penurunan 21 sen daripada harga asal untuk RON95, 23 sen untuk diesel dan 11 sen untuk RON97.

Perkara itu disahkan oleh timbalan menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam tulisan di Twitter.

Katanya, penjimatan daripada penurunan harga bahan api itu akan dapat digunakan untuk perbelanjaan pengguna.

"Wang lebih untuk belanja lain atau tambah pelaburan," katanya.

Harga bahan api itu ditetapkan mengikut sistem pengapungan terkawal sejak Disember tahun lalu.

Sistem apungan itu diperkenal selepas kerajaan memansuhkan sistem subsidi bagi menghadapi trend kejatuhan harga minyak mentah.

Sementara itu, laporan Bernama menyebut, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata harga itu akan diselaras lagi mengikut perkembangan semasa.

"Harga baharu bagi petrol dan diesel dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Januari 2015 dan kadar pertukaran matawang," katanya

Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

"Semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baharu yang ditetapkan kerajaan ini," katanya.

Bahaya lelaki bunga digeruni oleh polis (Gambar)

Abha, Arab Saudi: Mereka memakai kalungan bunga dan herba pada badan, nampak tidak berbahaya, tapi sebenarnya puak yang tinggal di kawasan pergunungan Habala itu digeruni polis tempatan.

Terentang di kawasan sempadan Arab Saudi - Yaman, mereka hidup dengan peraturan sendiri, tidak tunduk kepada sesiapa - termasuk kerajaan.

Komuniti berasal dari Tihama dan Asir itu digelar “lelaki bunga” kerana masih mempertahankan amalan tradisi memakai kalung bunga yang diamalkan lebih dua milenium lalu.

Seorang pengembara dan jurugambar, Eric Lafforgue berkata, komuniti itu pernah menyebabkan pergolakan di rantau berkenaan, terbabit dalam peperangan rentas sempadan dan mengganas terhadap pihak yang cuba memasuki kawasan mereka.

“Dulu orang asing langsung tidak dibenarkan memasuki kawasan mereka.
“Beberapa kampung hanya boleh diakses melalui tali,” katanya.

Golongan wanita pula, kata Lafforgue, biasanya menyembunyikan diri jika tempat itu didatangi pelawat.

Katanya, kalungan bunga di kepala lelaki Habala sebenarnya menyembunyikan keganasan mereka.

“Untuk kali pertama dalam hidup, saya melihat polis lengkap bersenjata begitu takut kepada orang awam di kawasan terpencil,” katanya.

Seorang pakar antropologi dari Perancis, Thierry Mauger, yang melawat puak terbabit pada 1990-an mendakwa dia hampir menjadi mangsa rogol lelaki bunga.
-hmetro-

Guan Eng lari apabila ditanya oleh wartawan tentang isu debat dengan Mustafa Ali

BUTTERWORTH: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terus menamatkan sidang akhbar apabila para pemberita mendesaknya memberi respons sebagai setiausaha agung DAP terhadap cabaran PAS agar beliau berdebat tentang isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), Sabtu.

Sidang akhbar itu diadakan selepas beliau melancarkan Cafe Sains Pulau Pinang di sini.

Pemberita beberapa kali meminta Lim memberi responsnya terhadap cabaran setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk berdebat tentang isu pilihan raya PBT, tetapi Lim mengulangi kata-kata 'ada soalan lain tak?' Apabila pemberita terus bertanya tentang perkara itu, Lim menamatkan sidang akhbar itu dengan ucapan 'terima kasih'.

Sebelum itu, beliau menyentuh tentang beberapa perkara lain, termasuk kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

Mustafa dilaporkan mencabar Lim berdebat tentang isu pilihan raya PBT.

Rabu lepas, pemimpin PAS itu menyelar Lim kerana didakwa berkata beliau (Mustafa) bersetuju pilihan raya PBT diadakan, sedangkan beliau tidak berkata demikian. --

Sebelum itu, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan lagi jurang ekonomi antara golongan berada dan tidak berada serta boleh mencetuskan pergaduhan kaum seperti Peristiwa 13 Mei 1969.

Pada khamis, setiausaha penganjur DAP Loke Siew Fook mengeluarkan kenyataan yang mempersoal sama ada Mustafa cuba membakar jambatan yang menghubungkan PAS dan DAP apabila beliau mencabar Lim untuk berdebat.

Beliau berkata cabaran Mustafa itu sama seperti melayan DAP sebagai musuh politik dan mendakwa Mustafa tidak pernah bertindak demikian terhadap UMNO yang menjadi musuh politik PAS.

Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya PBT.
-mstar-

Saya ingin menjadi seperti Ratu Inggeris - Erdogan

HARAKAHDAILY 
PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan menepis kritikan bahawa dia dikhabarkan berusaha untuk menjadi seorang sultan atau khalifah, beliau berkata hanya ingin seperti layaknya Ratu Inggeris Elizabeth II.

Erdogan menyatakan perkara itu di TRT channel, siaran TV milik kerajaan pada hari Khamis bahawa keinginannya untuk memperluaskan peranan presiden dengan tidak merosakkan pakem demokrasi - dengan merujuk kerajaan Inggeris sebagai contoh.

"Menurut pendapat saya, Inggeris adalah semi presiden. Unsur dominannya adalah Ratu," kata Erdogan dipetik Eramuslim.com.

Inggeris adalah raja berperlembagaan, diatur oleh sistem berparlimen, tapi raja memegang kuasa hanyalah simbolik.

Komen Erdogan itu muncul selepas kritikan daripada pembangkang bahawa beliau akan bertindak seperti khalifah 'Sultan Uthmaniyyah'.

Erdogan mengatakan bahawa kenapa para pemimpin dari sistem presiden seperti di Amerika Syarikat, Brazil, Korea Selatan, Mexico dan lain-lain, mereka semua tidak dituduh bertindak seperti raja.

"Maksud saya, mengapa hanya monarki saja yang disebut ketika idea seperti ini diwacanakan di Turki?" tanya Erdogan.

Erdogan menjadi presiden pada bulan Ogos selepas lebih daripada satu dekad sebagai perdana menteri tetapi pembangkang menuduhnya mengubah negara dengan mengenakan Islamisasi secara beransur-ansur dengan mengindahkan demokrasi.

Pemilihan Ogos adalah pertama kalinya untuk memilih seorang presiden Turki dan telah dipilih langsung oleh rakyat. Erdogan menegaskan ia kini mempunyai mandat rakyat untuk menjadi pemimpin yang aktif dan kuat.

Turki mengadakan pilihan raya Parlimen pada bulan Jun, dengan majoriti parlimen adalah pro Erdogan iaitu Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang bertujuan mengubah perlembagaan dan meningkatkan kuasa presiden Erdogan.

"Sebuah perlembagaan baru adalah suatu kemestian untuk Turki yang baru," kata Erdogan. (Arby/Dz)

Gambar 2 beradik khalwat 2 beradik dicekup di hotel bajet

Jitra: Sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) yang melakukan serbuan ke sebuah bilik hotel bajet di sini, semalam terkejut apabila mendapati dua pasangan dicekup kerana disyaki berkhalwat adalah pasangan adik-beradik.

Difahamkan, si abang berusia 27 tahun dan adik lelakinya berusia 25 tahun dari Kuala Nerang membawa pasangan masing-masing yang juga adik-beradik berusia 18 dan 17 tahun dengan menunggang motosikal ke hotel berkenaan.

Lebih mengejutkan apabila dua beradik perempuan berasal dari Pokok Sena itu dikatakan baru berkenalan dengan pasangan mereka sejak sebulan lalu.

Mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat dalam sebuah bilik di hotel berkenaan kira-kira jam 3.15 pagi selepas sepasukan anggota penguat kuasa PADKP menerima maklumat berhubung kegiatan itu.

Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Radzi Abd Mutalib berkata, sepasukan anggota penguat kuasa PADKP bergegas ke hotel itu sejurus menerima maklumat dan hasil pemeriksaan mendapati keadaan pintu bilik tertutup dan berkunci dari dalam.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu hampir 10 minit, seorang lelaki berpakaian lengkap membukanya dan membenarkan pemeriksaan dilakukan dalam bilik itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki dan dua remaja perempuan berada dalam bilik itu juga dengan berpakaian lengkap.

“Mereka memberi alasan hanya bermalam dengan menyewa bilik berkenaan disebabkan sudah lewat untuk pulang ke rumah masing-masing.

“Bagaimanapun, tindakan mereka tinggal bersama tanpa sebarang ikatan sah atau mahram boleh mengundang maksiat dan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, si abang yang bekerja di sebuah syarikat pelupusan sampah sepatutnya menjaga adik lelakinya dengan baik, manakala si kakak pula sepatutnya memberi contoh kepada adik perempuannya yang sudah tidak bersekolah supaya menjaga maruah masing-masing.

Berikutan itu, menurutnya, keempat-empat mereka ditahan bagi membantu siasatan.

dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk laporan tangkapan.
-hmetro-

Mitos tentang saiz alat sulit lelaki

Dua orang pengkaji seks dari laman The Daily Dot, EJ Dickson dan Nico Lang merampaikan tujuh fakta dan mitos tentang saiz alat sulit lelaki.

Saiz besar? Tak sanggup

Lang berpendapat, alat sulit lelaki yang sebesar sembilan inci adalah ibarat kereta berperisai.

Namun beliau sendiri tidak sanggup membuat hubungan seks dengan individu seperti itu, katanya.

"Ia cantik untuk dilihat, tetapi jika ada lelaki memikirkan yang mereka boleh memarkirnya di garaj saya, dia gila," katanya dengan berkias.

Katanya, lelaki yang memiliki "kereta perisai besar" tidak semestinya mampu mengendalikan alat tersebut dengan baik.

Wanita suka saiz sesuai

Menurut Lang, kajian Australian National University menunjukkan wanita lebih menyukai saiz alat sulit lelaki yang sesuai mengikut ketinggian badan.

Lelaki rendah dengan alat sulit yang besar dan panjang dianggap tidak menarik oleh sekumpulan wanita yang menjadi subjek kajian itu, katanya.

Tidak perlu saiz besar

Pengkaji itu menyebut, fantasi ke atas saiz yang besar berpunca daripada pengaruh pornografi.

Menurut mereka, fantasi tidak perlu menjadi realiti kerana ia ibarat mengharapkan semua wanita adalah seksi.

Harapan terlalu tinggi

Wanita akan kecewa jika berharap agar lelaki yang mempunyai alat sulit besar mempunyai prestasi luar biasa di ranjang.

Seks bukan hanya untuk penetrasi

Menurut mereka, hanya 25 peratus wanita mampu mencapai orgasme menerusi rangsangan faraj.

Justeru, wanita kebiasaannya memerlukan rangsangan lain untuk memperolehi rangsangan di luar faraj.

Saiz besar akan menyakitkan

Bukan semua perempuan mahu mengadakan hubungan badan dengan lelaki yang beralat sulit besar.

Mereka memberi amaran, ia akan menyebabkan golongan wanita akan berasa sakit.

Pilihan berkurangan

Kajian menunjukkan saiz purata alat sulit apabila tegang adalah di antara 5.1 dan 5.9 inci.

Golongan wanita akan hilang peluang untuk bertemu lebih ramai lelaki jika mengkhususkan untuk mengadakan hubungan badan dengan pasangan yang mempunyai alat sulit bersaiz sembilan inci ke atas sahaja.
-malaysiakini-

'Seperti ada sesuatu tolak saya masuk masjid’

Danny bergambar dengan latar belakang sebuah masjid.
Danny bergambar dengan latar belakang sebuah masjid. Danny bergambar dengan latar belakang sebuah masjid.
PEMAIN bola sepak dari Jerman Danny Blum, 24, telah mengisytiharkan dirinya memeluk agama Islam selepas ‘menemui sesuatu yang baharu’.

Memetik laporan OnIslam.net, Danny berkata, agama baharu anutannya itu (Islam) memberi harapan dan kekuatan terhadapnnya.

“Kadangkala hati dan perasaan tidak menentu dan saya pun tidak faham dengan diri saya ketika itu…hingga saya kenal Islam. Islam beri harapan dan kekuatan, solat menenangkan jiwa saya,” katanya.

Jelas Danny, antara keinginannya untuk memeluk Islam tercetus apabila beliau terfikir akan hidup di dunia ini yang tiada arah tujuan.

“Tinggal dalam kemewahan, setiap hujung minggu boleh bercuti, tiada tanggungjawab untuk apa pun dan apa yang akan terjadi ?,” katanya.

Danny menyertai FC Nürnberg Bavaria pada Julai lalu.

Pasukan itu bermain di Divisyen Dua bola sepak profesional di Jerman, Bundesliga.

Tidak lama selepas menyertai pasukan itu, dia mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat selama enam bulan.

Jelas Danny, ketika melawat masjid, ada sesuatu yang menolaknya untuk mengetahui tentang isinya.

"Saya telah melawat masjid, dan saya terus berdebar-debar. Saya rasa ada sesuatu yang ingin saya tahu,” ujarnya.

Semenjak itu, dia berdoa lima kali sehari dan makan makanan halal. Lantas memberitahu ibu bapanya tentang keputusannya untuk memeluk Islam.

"Mereka adalah orang Kristian yang taat. Tetapi tidak lama lagi mereka berkata yang saya perlu berbuat demikian jika saya percaya bahawa ia adalah betul," katanya.

"Islam adalah agama yang aman. Iman saya mengatakan: tidak pernah memaksa sesiapa untuk melakukan apa yang dia tidak mahu. Jika anda berfikir, ia perlu datang secara sukarela dari hati! " ujarnya

Jerman dianggarkan terdapat hampir 4 juta umat Islam, termasuk 220,000 di Berlin.
-sinarharian-

Selesai Saja Solat Pertama, Patricia Zahra Pal Menangis

Patricia Zahra Pal berusia 15 tahun saat keluarganya berhijrah dari Hungary ke Austria. Disana, keluarganya menetap di Villach.

Bagi Patricia, tidak mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Ia harus menguasai bahasa Jerman, bahasa yang banyak dipakai warga Austria.
"Jujur, aku rindu dengan tempat tinggalku sebelumnya. Ramai teman, yang membuatku mudah menghilangkan mood tidak enak," kata dia seperti dilapor onislam.net, Selasa (12/11).

Suatu hari, perempuan asal Chenchya mendatangi Patricia. Senyum ramah terlepas dari perempuan berhijab itu. Ini adalah pertemuan pertama Patricia dengan seorang Muslim.

Di kampung halamannya, Patricia tidak pernah bertemu seorang Muslim. Ini kerana ia sibuk dengan rutin. Namun, Austria begitu berbeza, di sini banyak komuniti agama berbeza, seperti Yahudi, Buddha dan Islam. "Maklumat soal Islam hanya didapatnya melalui media. Jelas, pemberitaannya begitu negatif. Tapi saya acuhkan itu," kata dia.

Seiring pertemannya dengan perempuan Chechnya, Patricia semakin paham kalau seorang Muslim itu sama seperti umat agama lain. Mereka tidak seburuk yang digambarkan media massa. "Malah mereka membantunya menguasai bahasa Jerman. Mereka memberi perlindungan dari teman-teman yang meledeku," kata dia.

Yang menarik perhatian Patricia ketika bersosial dengan kawannya yang Muslim, adalah bagaimana mereka berinteraksi satu dengan yang lain. "Mereka punya tata cara bergaul antara lelaki dan perempuan, seperti ada batasan. Tentu ini ada maksudnya. Tapi saya kagum bagaimana lelaki Muslim melindungi rakan mereka yang perempuan dengan cara yang santun," kata dia.

Minat Patricia semakin menjadi ketika ia diajak makan tengah hari bersama di rumah salah seorang temannya yang Muslim. Di sana ia menemukan sebuah keluarga besar. Mereka solat bersama-sama. "Mereka begitu bahagia, bersatu dan mereka seperti bersyukur dengan apa yang dimiliki," kata dia.

Patricia lalu membandingkan situasi itu dengan kebanyakan keluarga di Hungary. Di bekas negeri komunis ini, hanya ada dua anak setiap keluarga. Kebanyakan orang tua sibuk bekerja, sehingga anak diserahkan kepada pengasuh. Tahap stres keluarga di Hungaria juga tinggi. "Beda dengan mereka, keluarga Muslim," katanya
.
Sejak makan tengah hari bersama itu, Patricia mula berfikir untuk lebih mendalami ajaran Islam. Namun, satu hal yang difikirkannya, bagaimana reaksi keluarga dan persekitarannya. Perasaan "galau" ini membuatnya tertekan. Ia pun kembali mengambil alkohol di kelab malam. "Aku kenakan pakaian seksi, yang membuat banyak lelaki meliriku. Lalu, aku mabuk setiap minggu. Wangku habis untuk itu," kata dia.

Pada titik klimaks, Patricia merasa jenuh dengan itu. Ia ingin hidupnya lebih bermakna. Kembali ia teringat dengan ajaran Islam. Ia cari lagi maklumat tentang Islam, hingga akhirnya ia mencari satu keluarga yang begitu hangat, dan membantunya mendalami Islam. "Aku merasa inilah saatnya. Alhamdulillah, aku menjadi seorang Muslim. Aku pun melaksanakan solat pertamaku, dan aku menangis sejadi-jadinya," kenang dia.

Usai bersyahadat, Patricia memberitahu keluarganya soal keputusan menjadi Muslim. Keluarganya marah besar, ibunya menangis sepanjang hari. Adiknya tak lagi mau berbicara dengannya. Mereka pun tak mau memandang Patricia yang telah berhijab. "Aku menangis, dan mengadu kepada Allah. Alhamdulillah, Dia mendengar keluhanku, ia mendapatkan pekerjaan yakni mengajar disebuah sekolah kerajaan," kata dia.

Sejalan seiring waktu, keluarganya tak lagi menjauhinya. Mereka menerima Patricia apa adanya. Bahkan, ibunya tak lagi memasakan daging babi. Kebahagiaan Patricia kian lengkap ketika ia mencari pendampingnya. "Alhamdulillah, aku panjatkan rasa syukur kepada Allah atas hidayah dan rahmat-Nya," kata dia.

“Jari saya ‘jammed’ doktor!” – Dr. Ahmad Mahyuddin

Tranungkite
Pernahkah jari anda tiba-tiba menjadi ‘jammed’ atau tidak boleh diluruskan semula setelah anda membuat genggaman?

Anda mungkin mempunyai masalah yang dikenali sebagai ‘Trigger Finger’. Ia seolah-olah jari anda bersedia untuk memetik picu senapang atau pistol bukan? Biasanya pesakit boleh membengkokkan jari mereka ketika menggenggam tangan, namun apabila mereka membuka genggaman, jari yang bermasalah ini ‘jammed’ atau tersekat dan gagal diluruskan.

Punca masalah ini terjadi masih belum diketahui sepenuhnya. Namun, kajian menunjukkan proses keradangan (inflammation) pada lapisan luar urat jari atau tendon (flexor tendon pulley) yang menyebabkan ia menebal dan seterusnya menyempitkan laluan tendon tersebut ketika berlaku pergerakan.

Masalah ini lebih kerap berlaku di kalangan pesakit wanita yang berusia antara 40 hingga 60 tahun. Pesakit kencing manis turut mempunyai risiko yang lebih tinggi bagi mendapat masalah ini. Saya juga kerap mendengar rintihan permasalahan di atas berlaku pada pesakit-pesakit yang pekerjaan mereka melibatkan penggunaan tangan yang kerap seperti menjahit dan menaip. Ia biasanya berlaku pada tangan dominan mereka.

Pesakit biasanya datang dengan rasa sakit pada bahagian hujung tapak tangan. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, masalah ini akan berlarutan sehingga menyebabkan jari menjadi ‘lekat’ atau ‘jammed’. Pada peringkat awal, pesakit mungkin masih boleh meluruskan jari tersebut dengan menggunakan tangan beliau yang sebelah lagi, namun pada peringkat yang teruk, jari ini tidak akan dapat diluruskan langsung.
Sumber: www.msdlatinamerica.com
Sumber: www.msdlatinamerica.com

Rawatan bagi ‘Trigger Finger’ bergantung kepada keadaan pesakit ketika mendapatkan rawatan. Sekiranya pesakit datang awal, ia boleh dirawat secara konservatif, iaitu tanpa pembedahan dan hanya memadai dengan rawatan fisioterapi dan ubat anti-radang. Suntikan steroid kadang-kala berguna bagi merawat pesakit yang gagal dirawat dengan fisioterapi.

Sekiranya jari pesakit telah pun ‘jammed’ dan tidak dapat diluruskan, maka pembedahan perlu dilakukan. Setelah ubat bius setempat diberikan, satu torehan kecil sepanjang 1sm akan dibuat pada tapak tangan pesakit bagi memotong ‘A1 pulley’ (rujuk gambar) yang sempit. Dengan cara ini, tendon akan kembali bebas berfungsi.

Sekiranya anda mempunyai masalah ini, sila dapatkan rawatan segera di hospital berhampiran.

Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Mahyuddin, seorang pakar bedah ortopedik yang bertugas di sebuah hospital di Pahang. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

Rujukan:

Pertelingkahan dalam MIC semakin berat, dah main pistol-pistolan?

Satu gambar menunjukkan seorang timbalan menteri Datuk M Saravanan dengan satu senjata api tersentil di pinggang seluarnya menjadi perhatian meluas di Facebook hari ini.

Gambar berkenaan dirakam di luar ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur pada hari Rabu lalu, yang menjadi tempat sidang media Saravanan.

Sidang media itu berlangsung dalam suasana yang dilaporkan tegang.

Sebelum sidang media itu, seramai kira-kira 20 orang individu yang didakwa diupah oleh pihak lawan Saravanan cuba menyekat beliau daripada memasuki bangunan berkenaan, yang menimbulkan kekecohan.

Gambar itu juga menunjukkan bahagian pemegang pistol yang diperbesarkan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Saravanan berkata beliau memiliki lesen untuk pistol jenis Glock itu dan tidak pernah mengacukannya kepada sesiapa.

"Saya membawa senjata api berlesen sejak 15 tahun lalu atas sebab keselamatan. Tiada apa masalah. Saya perbaharui lesen setiap tahun.

"Senjata itu biasanya disimpan di dalam kereta saya.

"Tetapi pada hari itu, ia berada dalam sarung dan saya percaya dalam kekecohan itu kot saya bergerak sedikit yang mendedahkan hulu pistol tersebut.

“Saya tidak mengacukannya kepada sesiapa,” katanya.

Malaysiakini difahamkan bahawa polis akan berbincang dengan timbalan menteri itu berhubung cara beliau membawa senjata api tersebut.

Menurut polis, senjata api tersebut perlu dibawa dengan amat berhati-hati untuk mengelakkan keadaan berbahaya seperti diragut dalam pergelutan atau sebagainya.
-malaysiakini-

Tips Penjagaan Tayar Kereta Yang Betul

Tayar merupakan komponen yang sangat penting bagi sesebuah kenderaan.

Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.

Oleh itu, tayar ini perlu dijaga dengan sempurna agar pergerakan anda tidak terbatas disebabkan allignment tayar kereta anda tidak seimbang, bunga tayar botak, pancit dan sebagainya.

Cuba periksa tayar kereta anda, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung.

Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.

Berikut merupakan empat ciri penting penjagaan tayar kereta.

1. Pemilihan saiz tayar yang bertepatan

Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta anda. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

Anda boleh perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

2. Periksa tekanan angin tayar kereta.

Anda dinasihatkan supaya rajin memeriksa tekanan angin (tyre pressure). Lakukan tekanan angin tayar kereta anda mengikut spesifikasi yang betul. Jika angin terlebih atau terkurang, ia akan memberi kesan kepada tayar kereta anda.

Antara kesannya adalah jika tekanan tayar kereta terlalu tinggi, tayar kereta anda bermasalah di bahagian tengah dan jika angin tayar terlalu kurang atau tidak sekata berkemungkinan bahagian tepi tayar bermasalah berlaku.

3. Lakukan pelarasan tayar (allignment & balancing)

Lakukan pelarasan tayar anda (allignment & balancing) di pusat servis kereta untuk setiap 10,000km interval. Dengan melakukan pusingan tayar kereta ini, anda boleh mengekalkan kesamarataan tayar dihadapan dan dibelakang.

Ini mengelakkan tayar kereta anda bergegar jika dipandu dengan kelajuan yang agak tinggi. Malah, untuk pengujian allignment pula bagi mengelakkan kereta anda tidak tertarik sebelah jika anda lepas tangan dan berada seimbang ketika memandu.

4. Elakkan letak tayar bertampal di hadapan kereta

Jika anda ada masalah tayar bertampal seperti bocor, pancit atau bunga haus, elakkan daripada diletakkan dibahagian depan kereta kerana tayar depan yang memacu kenderaan anda. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya tayar meletup atau mengundang bahaya ketika anda sedang memandu dalam keadaan yang laju. Jadi, ia boleh dikurangkan masalah ini dengan meletakkan tayar kereta dibelakang. 
-MYNEWSHUB-

Inilah lakaran wajah perogol bersiri terlebih berahi kepada warga emas

Nakhon Pathom: Ancaman perogol bersiri yang mengganas di wilayah Nakhon Pathom menyebabkan golongan warga emas - yang kebiasaannya berasa lebih selamat - dibayangi ketakutan sentiasa.

Dalam kalangan wanita berusia 70-an, mereka sentiasa bimbang dan tertanya-tanya siapakah bakal menjadi mangsa perogol itu seterusnya.

Kebimbangan itu tercetus selepas polis - tanpa sebab yang jelas - memaklumkan suspek masih diburu walaupun media kelmarin melaporkan dia sudah ditangkap.

Peniaga buah-buahan di pasar Thana di Nakhon Chaisi, Sunant Thongtabtim berkata perogol terbabit mengganas dua kali di daerah itu baru-baru ini.

“Kejadian pertama berlaku Disember tahun lalu sebelum dia muncul lagi baru-baru ini,” katanya.
Polis sebelum ini mendedahkan seorang lelaki diburu kerana merogol sekurang-kurangnya 12 wanita - kebanyakannya berusia 70-an - dan membunuh dua daripada mereka.

Kata polis, perogol itu mula mengganas sejak 2011.

Sebagai langkah pencegahan, polis mengedarkan lakaran wajah suspek di seluruh wilayah Nakhon Pathom.

Seorang sami, Manop Sapsaendee berkata, pihaknya didatangi ramai wanita warga emas yang mengadu ketakutan menjadi mangsa terbaru perogol terbabit.

“Kami meningkatkan kekerapan rondaan di kawasan berisiko, terutama rumah di tepi terusan dan wanita warga emas yang tinggal bersendirian,” katanya.

Penduduk Lan Tak Fa, Mon Sangbonnrue yang tinggal berhampiran rumah mangsa yang diserang Ahad lalu berkata, dia amat bimbang dengan keselamatan ibunya.

“Saya terpaksa membawa ibu ke tempat kerja walaupun dia sudah berusia 82 tahun,” katanya.
-hmetro-

Kanak-kanak mengandung 7 bulan dirogol oleh datuknya

SELANDAR: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba merahsiakan dia dirogol akhirnya terbongkar apabila dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapat rawatan lanjut semalam.

Difahamkan sebelum kejadian mangsa yang bakal menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mengadu mengalami sakit perut ketika di sekolah sebelum pihak sekolah membawanya untuk mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Selandar.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kelmarin.

Menurutnya dalam laporan itu, mangsa yang berusia 12 mendakwa dirogol seorang lelaki berusia 63 tahun yang dikenali sebagai datuk tiri mangsa.

“Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa disahkan mengandung 7 bulan,” katanya.

Hasil daripada laporan itu polis menahan seorang warga emas di kediamannya di Selandar pada hari sama laporan diterima.
-sinarharian-

Mengapa Daim jadi sasaran?


Secara tiba-tiba, bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin menjadi tumpuan serangan media kem kerajaan dan juga pemimpin PKR.

Perkembangan itu menimbulkan tanda tanya, lebih-lebih lagi apabila media tersebut menyiarkan kenyataan pemimpin PKR berkenaan.

Sedangkan, kenyataan pemimpin parti berkenaan diketahui sukar muncul di media yang dikawal kerajaan.

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tangkas menyatakan kesudian untuk menyiasat tokoh perniagaan tersebut juga mengejutkan banyak pihak.

Daim, orang kuat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kini beralih arah dengan mengambil sikap menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Teori konspirasi itu tercetus abila BN dan PKR kini sama-sama bersatu menentang Daim.

Mengulas perkembangan itu, MP DAP, Datuk Ariff Sabri menimbulkan spekulasi bahawa ia Najib mungkin membentuk persefahaman dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menunggu rayuan ke atas hukuman penjara bagi kes Liwat II.

Namun, PKR melalui Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad bertegas bahawa Anwar konsisten dalam membangkitkan mengenai kesalahan yang didakwa dilakukan oleh Daim sejak 1998.

Tapi Anwar juga secara konsisten membidas Dr Mahathir, bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail sejak sedekad yang lalu.

Mengapa tokoh tersebut tidak mendapat liputan media, dan diserang oleh kerajaan dan pembangkang seperti Daim?

Teori konspirasi

Jadi, adakah teori konspirasi itu betul? Untuk memahaminya isu Daim ini, kita perlu melihat bagaimana isu ini timbul daripada awal lagi.

Daim, dalam wawancaranya dengan KiniBiz yang disiarkan akhir Februari tahun lalu, menyifatkan Anwar "lemah" ketika menghadapi pilihan raya kecil Kajang.

Anwar menyerang balas pada 3 Mac dengan mendakwa Daim terlibat dengan kes rasuah dan mempunyai dana berbilion di Afrika dan Eropah Timur.

MP Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin seterusnya meneruskan asakan dengan kempen anti-Daim dan mendesak pihak berkuasa menyiasat bekas menteri itu.

Bagaimanapun, desakan Shamsul itu tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa dan menjadi hambar selepas pilihan raya kecil itu.

Beliau kemudiannya membangkitkan semula di Dewan Rakyat pada November tahun lalu dan sekali lagi pada bulan ini, sebelum disambut oleh jentera kerajaan yang turut serta menyerang Daim.

Shamsul, yang juga naib presiden PKR, berkata beliau menganggap penglibatan BN menyerang Daim hanya "secara kebetulan" dan menyifatkannya sebagai satu "bonus".

Beliau menolak andaian bahawa Anwar membentuk perjanjian dengan Najib demi mendapat kebebasannya.

Menurut Shamsul, PKR telahpun menyerang Daim ketika Anwar belum lagi dijatuhi hukuman – dan ketika itulah perseterusan terbuka di antara Mahathir dan Najib bermula.
-malaysiakini-

Model Scotland Ini Akhirnya Jatuh Cinta Pada Alquran...


HARI sudah larut. Tapi kehidupan di Loft Nigth Club baru saja berdenyut. Kelab malam paling sohor di negara bahagian United Kingdom, Skoland, itu mula gaduh-gaduh. Muda-mudi kelihatan bergegas beratur masuk ke pub. Seolah tak sabar untuk menghabiskan malam seraya ditemani dentuman muzik dan minuman keras.

Di antara mereka yang beratur, terselit seorang wanita muda bertubuh jenjang. Tubuh badan yang kurus semampai. Ia mengenakan pakaian mini dibalut jaket kulit hitam. Begitu bertemu rakan-rakan di mini bar. Kecerian dan tawanya langsung pecah. Rutin pesta hura-hura pun bermula.

Eunice Olumide, nama wanita itu, akan larut dalam hingar bingar muzik. Ia asyik menari sambil sesekali minum minuman keras. Rasa penat sebagai model sirna sejenak. Di pub itu sekurang-kurangnya dia tidak perlu menjaga imej sebagai model seperti ketika dia berada di antara bunyi dan kilat kamera disiram cahaya lampu pentas catwalk.

Olumide tidak penah hadir di pub itu. Tapi kini sekurang-kurangnya dua kali tiap seminggu ia datang ke sana, Berpesta hingga pagi. Pergaulannya sungguh bebas. Hidup Olumide memang sudah seperti di awang-awang. Sebagai model, ia tersohor ke mana-mana. Wangnya banyak, boleh membeli rupa-rupa kesenangan. Selalu bergaya hidup glamor dan menjadi buruan ramai lelaki kaya dan kacak.


Tapi, sampai di suatu titik, ia merasa jenuh. Setiap pesta usai ia merasa jiwanya selalu kosong. Sepi. Gelisah. Berpesta dengan menghabiskan malam beserta minuman keras tidak membuat jiwanya tenteram. Padahal, dia hanya ingin hidup tenang. Lahir batin.

Lama dia gelisah. Mencari ketenteraman yang sejati. Selepas pesta usai, dia masih selalu mencari dengan rasa gelisah. Sampai akhirnya dia berkenalan dengan Islam. Mesyuarat Olumide dengan Islam tidak terjadi begitu saja. Itu bermula ketika dia belajar falsafah di universiti.

SEBAGAI mahasiswi falsafah, model dari Edinburgh, Scotland, ini adalah sosok kritis dan haus akan jawaban atas pertanyaannya. Di benaknya sering muncul pelbagai soalan seperti; jika ada Tuhan dan dia adalah penyayang dan penuh kasih, maka mengapa ada penderitaan di muka bumi ini?

Semua jawapan yang diperolehi dari aspek agama yang diyakininya saat itu rupanya belum membuat Olumide puas. Di dalam kelas kuliah, ia sering berbincang soal agama, termasuk tentang Islam. Bagi wanita yang pertama kali berkecimpung sebagai model di usia 15 tahun, Islam bukanlah perkara asing buatnya.

Keluarga Olumide adalah pendatang asal Afrika Barat di mana Kristian dan Islam tumbuh berdampingan. Dibesarkan sebagai non-muslim ia sedikit tahu bagaimana kehidupan muslim. Olumide sempat bingung kenapa di dunia barat, Islam begitu dibenci. Islam diidentitikan sebagai pengganas yang melakukan penindasan dan kekerasan. Ini berbanding terbalik dari apa yang ia lihat di tanah kelahirannya.

Dari situlah ia mula tertarik mencari tahu, apakah Islam memang seperti yang digambarkan dunia barat? Sekaligus mengetahui apa jawapan Islam soal soalan tentang Tuhan. Ia mula mencari maklumat tentang Islam. Ia membeli beberapa buku tentang Islam dan melakukan penyelidikan melalui internet.

Kemudian, dia meminjam Al-Quran terjemahan Bahasa Inggeris dari seorang rakan muslimnya. Dari kitab Al-Quran inilah, Olumide mengakui ia seperti sedang membaca kata-kata Tuhan. Hatinya begitu tersentuh. Meski hanya boleh membaca terjemahannya, kebenaran Allah dan Al-Quran menjadi jelas baginya.

Al-Quran telah menolong dia dalam memahami segala sesuatu secara ilmiah.

"Fikiran saya benar-benar terbuka. Teori-teori tentang alam dan ilmu pengetahuan ada di sana (Al-Quran). Saya merasa terang," kata Olumide.

Olumide juga membaca tentang banyak hal. Mulai dari pengertian Islam, bagaimana cara salat, bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, puasa, zakat, berziarah ke Mekah dan sebagainya.

"Dalam Islam, wanita yang telah dewasa diwajibkan menutupi kepalanya (hijab) dan pakaian mereka sangat sopan. Hal itu membuat orang tidak menilai wanita muslim dari rupa," katanya kagum.


Dia pun menyedari betapa ramai dari kita yang menghargai orang lain jika masyarakat menilai mereka cantik. Sementara perempuan, baik dia cantik atau tidak, begitu dihormati dalam Islam.

OLUMIDE sedar jawapan tepat yang dicari sudah ditemui dalam Islam. Jiwanya yang kosong pun pelan-pelan mulai tenang. Jiwanya telah terasuki oleh ajaran Islam. Pada akhirnya, ia mantap mengucapkan dua kalimah syahadah. Ia memutuskan menjadi ISLAM pada 2009 dan menukar namanya menjadi Ayesha.

Meski sudah menjadi muslim, Ayesha memutuskan melakukan secara beransur-ansur dalam memperaktikkan Islam di kehidupannnya. Misalnya, meski dia telah berhijab, namun belum boleh memakainya sepanjang masa kerana dia seorang model. Ia juga berjanji tidak akan memperagakan fesyen-fesyen yang tak sesuai dengan prinsip Islam.

Perempuan yang dulu sering mabuk di kelab malam itu kini menukar malam-malamnya dengan beribadah. Dia yang tidak pernah hadir salat, kini hadir ke masjid untuk beribadah secara teratur. Ayesha sangat bangga dan bahagia dengan ke-Islamannya.

Ia selalu istiqomah menjaga agamanya. Baginya, Islam adalah rahmatan lil 'alamin, agama yang membawa rahmat dan kesejahteraan bagi semua seluruh alam semesta.

Ayesha memang telah menjumpai ketenteraman batin yang dulu dia cari. Dulu ia mencarinya dari pesta semalam suntuk. Ia ttdak menemuinya. Juga tidak menemuinya di gelas-gelas tinggi alkohol. Ia justru mencari jawapannya di dalam Al-Quran.

Di situlah, pelan-pelan jiwa gelisahnya mencari kedamaian ... Al-hamdulillah!

(IH/Sumber: The Sun, OnIslam.net)

Razak Baginda: Kami semua mangsa permainan politik?

razak-bagindaPETALING JAYA: “Kami semua mangsa permainan politik,” kata bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda mengenai insiden pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan isu pembelian kapal selam buatan Perancis.
Beliau menjelaskan, Altantuya tidak mempunyai kaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene seperti yang didakwa dan dipercayai oleh orang ramai, dan menambah, dakwaan adanya wang komisen AS$500,000 adalah tidak benar.

Menurut beliau, Altantuya hanya meminta wang sebanyak AS$5,000 dan RM8,000 dan menyifatkan dakwaan wang komisen AS$500,000 sebagai “sesuatu yang baru”.

Katanya, wanita Mongolia itu bukan penterjemah kerana dia tidak tahu langsung berbahasa Perancis dan “seluruh episod bahawa dia seorang penterjemah adalah lawak.”

“Kami semua jatuh ke dalamnya (permainan politik). Ia adalah naratif sejak mula – pembunuhan, Najib (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak), Razak (Abdul Razak Baginda) dan urusan jual beli kapal selam,” jelasnya dalam temuramah dengan portal berita The Malaysian Insider.

Beliau menambah, “Naratif ini disuapkan kepada rakyat Malaysia sejak hari pertama dan setiap orang seperti sekawan kerbau, mengikut.”

Mengenai dakwaan Altantuya seorang penterjemah, Razak menjelaskan, orang Perancis adalah sofistikated dan boleh berbahasa Inggeris dengan sangat baik.

Sehubungan itu beliau bertanya kenapa tidak ada pihak yang mahu mempersoalkan keperluan untuk mendapat seorang penterjemah bahasa Perancis keturunan Mongolia.

“Fikirkan ini. Jika saya mahukan seorang penterjemah, saya akan dapatkan penterjemah Perancis atau penterjemah British-Perancis. Kenapa perlu saya mahukan seorang Mongolia?

“Adakah dia pernah datang ke Perancis serta tinggal dan belajar bahasa Perancis? Tetapi semua orang percaya dia penterjemah bahasa Perancis dan dia dibayar. Tidak ada orang mempersoalkannya,” ujarnya.

Beliau mengakui kedatangan Altantuya menemuinya dengan tujuan memeras ugut atas perkara yang bersifat peribadi dan hubungan mereka.

Katanya, pada peringkat awal beliau membayar wanita Mongolia itu sejumlah wang tetapi bertindak tidak mahu tunduk pada tekanan peras ugut sehingga menyebabkan Altantuya marah terhadapnya.
-fmt-

‘Terpakai tetapi elok’: Wanita ini mengiklankan dirinya di ebay

London: Seorang ibu beranak dua mengambil tindakan drastik ‘menjual’ dirinya di eBay dengan harapan dapat menemui jejaka kacak warga Greece semata-mata mahu memenuhi impiannya tinggal di negara itu.

Lois Curtis, 49, meletakkan iklan menawarkan “wanita, bersaiz baju 10” dengan huraian mengenai dirinya sebagai “terpakai tetapi masih berkeadaan elok.”

Malangnya dia terpaksa menurunkan iklan itu selepas 24 jam selepas gagal mendapat lelaki idamannya, walaupun menerima dua tawaran termasuk yang tertinggi sebanyak £205 (RM1,100).

“Saya mahu hidup di Greece, memang itu impian sejak kecil. Jadi rakan saya Apostolos yang tinggal di sana mencadangkan saya membuat tawaran itu di eBay dan dia berjanji menyebarkannya memandangkan dia ramai kawan.

“Kami sengaja mahu melihat jika ada yang berminat jadi saya membiarkannya selama 24 jam, malah mendapat tawaran dari Australia serta Puerto Rico. ‘Kembang’ juga apabila tawaran diberikan jauh menjangkaui sangkaan saya.

“Malangnya, tiada sesiapa dari Greece yang menghubungi saya sedangkan itu yang diimpikan,” katanya.

Malah, katanya, dia masih mendapat tawaran walaupun iklan itu sudah diturunkan apabila kira-kira tujuh orang menghantar e-mel bertanya sama ada masih boleh membida.

Disebabkan itu, Lois tidak menolak kemungkinan akan membuat tawaran sama pada masa akan datang.

“Tetapi saya akan mengkhususkan tawaran hanya boleh dibuat dari Greece,” katanya.
-Agensi/hmetro-

Perogol yang berahi warga emas dan telah merogol 12 nenek akhirnya masuk perangkap

Nakhon Pathom, Thailand: Lelaki yang dipercayai bertanggungjawab melakukan lebih 10 kes rogol - kebanyakannya ke atas wanita warga emas - ditangkap Isnin lalu di daerah Nakhon Chaisi.

Setakat ini, menurut polis, wajah suspek sepadan dengan gambaran diberikan mangsa.

Timbalan Komander Bahagian Pencegahan Jenayah Nakhon Pathom, Akkaradet Pimolsri berkata, DNA suspek juga sedang diuji bagi mendapatkan padanan.

“Maklumat lanjut akan dimaklumkan tidak lama lagi,” katanya.

Polis mula memburu seorang lelaki ganas yang sangat bernafsu terhadap wanita tua.

Dia dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 12 kes rogol dan dua pembunuhan.

Suspek dikatakan mula mengganas di Nakhon Pathom dan Sumut Songkhram sejak 2011.

Kali terakhir dia mengganas ialah di Nakhom Pathom pada Ahad lalu, membabitkan wanita berusia 73 tahun yang diserang ketika tidur.

Sebelum mengganas suspek didakwa memotong talian telefon di rumah itu sebelum membunuh seekor anjing.

Selain dirogol, mangsa juga kehilangan beberapa barang berharga dari rumahnya.
-hmetro-

Bapaku suamiku

Great Lakes (Amerika Syarikat): Seorang remaja yang merancang untuk berkahwin mungkin menghadapi masalah untuk meminta ibunya hadir di majlis itu kerana yang akan menjadi suaminya ialah bapa kandungnya sendiri.

Remaja berusia 18 tahun yang tidak dinyatakan identitinya itu baru-baru ini mendedahkan secara terperinci mengenai hubungannya selama dua tahun dengan bapanya dalam wawancara dengan Science of Us, bermula dari detik mereka jatuh cinta dan pertama kali melakukan seks hinggalah rancangan masa depan mereka.

Satu daripada rancangan itu yang pasti berlaku ialah kedua-duanya akan mempunyai anak.

Remaja yang berasal dari wilayah Great Lakes itu bertemu semula bapanya ketika berusia 16 tahun, selepas 12 tahun berpisah.

Dia dilahirkan selepas bapa dan ibunya mengadakan seks selepas satu majlis tarian, dan sejak itu dibesarkan oleh ibunya.

Bapanya menjejakinya menerusi Facebook ketika dia masih bersekolah dan selepas bertemu buat pertama kali, dia tinggal bersama bapanya selama seminggu.

Hubungan mereka bertambah erat dan pada minggu itu juga, mereka mengadakan seks buat kali pertama.

Ayah dan anak itu tidak menyembunyikan hubungan mereka, malah ramai yang rapat dengan mereka mengetahui hubungan itu.

“Keluarga sebelah ibu saya melihat kami sebagai bapa dan anak. Mereka mengetahui dia bapa saya dan tahu kami sudah bertunang, termasuklah datuk dan nenek saya.

“Mereka dapat melihat kami bahagia bersama dan tidak sabar untuk melihat kami mempunyai anak. Mereka melayan kami sama seperti pasangan lain,” katanya.

Majlis perkahwinan sudah dirancang dan gadis berkenaan bercadang memberitahu ibunya selepas mereka berpindah ke New Jersey.

“Kami merancang berpindah ke New Jersey kerana di sana tidak ada undang-undang melarang perkahwinan hubungan anak dan bapa.

Sebaik tiba di sana, saya akan memberitahu ibu saya bahawa kami bercinta dan akan mempunyai anak. Jika dia berminat untuk melihat cucunya, kami akan mengirimkan wang dan dia boleh datang melawat kami,” katanya.
-hmetro-