"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Pemangku Raja Kelantan hadiri tahlil juruterbang Pilatus

KOTA BAHARU, 27 Mac: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra malam ini berangkat menyertai majlis tahlil untuk Allahyarham Mejar Muhammad Zulrihan Jusof, yang terkorban dalam nahas pesawat ringan Pilatus di Sintok, Kedah, Khamis lalu.

Baginda dan rombongan hadir di rumah keluarga Allahyarham di Kampung Pasir Kasar, Sering di sini pada pukul 9 malam.

Lebih 500 orang menghadiri majlis tahlil berkenaan yang pembacaan doa diketuai Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Hanafizi Abdullah.

Sebelum berangkat pulang baginda berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada balu allahyarham, Wizana Abdul Ghani.

-Bernama-

Nik Aziz bahagia jika tak lagi dilantik

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan merasa bahagia jika tidak lagi dilantik sebagai Mursyidul Am PAS.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata bahawa dalam PAS, ramai calon yang layak untuk menggantikannya dan bukan hanya diri beliau sahaja yang layak.

NONEIa ditambah pula dengan pengakuan beliau sendiri bahawa rekod kehadiran beliau tidak memuaskan untuk menghadiri program di luar Kelantan termasuk menghadiri mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS yang lebih banyak diwakilkan kepada timbalannya Datuk Dr Harun Din.

"Rekod kehadiran saya memang buruk dan mungkin barangkali timbullah ... lebih baik ambil orang yang sihat," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas mengenai spekulasi bahawa beliau dijangka tidak akan dikekalkan sebagai Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun lagi, yang keputusan mengenainya akan diputuskan Majlis Syura Isnin ini.

Ditanya bagaimana pula sekiranya beliau terus dipilih, beliau berkata "jika dilantik lagi, ambo (saya) terima, tetapi itulah saya payah nak hadir mesyuarat."

azlanBeliau turut menyambut baik saranan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya ditukar prinsip pertama Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan kepada Kepercayaan Kepada Allah.

Nik Aziz berkata perkataan Allah lebih jelas maksudnya.

"Semua agama guna Tuhan dan Allah itulah Tuhan yang sebenar," katanya.

Mengulas mengenai pendedahan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin bahawa Zulkifli ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, beliau berkata Zulkifli wajar membuat laporan kepada polis dan bukan sekadar membuat pendedahan.

"Kalau saya tahu perkara macam itu, saya akan buat laporan polis dan serah sahaja kepada polis untuk menyiasatnya," katanya.

-Bernama-

Siapa bos MCA esok?

Siapa di antara tiga calon yang akan dilantik dan diberi kepercayaan oleh perwakilan untuk menerajui MCA melalui zaman paling gawatya?

Bagi peganalisis politik, Ooi Kee Beng beliau yakin bekas presiden, Tan Sri Ong Ka Ting akan berjaya merampas semula jawatannya pada pemilihan parti itu esok.

“Sekurang-kurangnya, dia adalah pemimpin tunggal BN yang meletakkan jawatan selepas perkara yang memalukan pada 8 Mac itu,” kata Ooi dalam wawancara menerusi e-mail dengan Malaysiakini.

8 Mac 2008 yang juga dinamakan 'tsunami politik' menyaksikan BN hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat dan kehilangan lima negeri.

“Apa yang baik bagi MCA ialah menjadi pemimpin berkredibel untuk masyarakat Cina - dengan kata lain berani untuk berdepan dengan Umno,” kata Ooi yang berpangkalan di Singapura.

Malangnya, semua mereka tidak mampu berbuat demikian.

Ka Ting membuat keputusan untuk turun semula ke gelanggang politik dan akan berdepan dengan presiden sekarang, Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalan presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Bagi penganalisis politik, James Wong, pengamatannya mendapati kebanyakan masyarakat Cina lebih gemarkan pemimpin muda.

Jika perkiraan itu diambil, maka ia bererti Ka Ting atau Tee Keat akan dipilih mereka mempunyai usia yang sama berbanding Chua yang lebih tua.

Menurut Wong, Tee Keat bagi sesetengah orang dilihat sebagai pemimpin yang agak individualistic dan egoistic.
-malaysiakini-

Pertembungan Tiga Kerajaan

IZMAS
PEREBUTAN jawatan Presiden MCA pada 28 Mac ini bakal menemukan tiga tokoh yang dikatakan mewakilli 3 kerajaan (kingdom). Pertandingan kali ini bakal menemukan tiga maharaja dari tiga latarbelakang yang mewakilli tiga generasi.

Seorang tokoh dari bekas presiden yang sudah bersara tetapi berhasrat memasukki semula gelanggang dengan matlamat mahu memulih dan menstabilkan parti setelah didesak oleh pelbagai pihak serta pemimpin veteran.

Tokoh kedua, penyandang sekarang yang disifatkan bertindak keseorangan (lone ranger) dan tidak ramai pengikut setia tetapi mempunyai visi besar untuk mentransform parti kepada suasana baru setelah ditinggalkan dengan beban debu dan warisan masalah oleh ketua sebelumnya.

Calon ketiga, seorang bekas menteri kabinet juga timbalan presiden yang dipecat setelah terlibat dalam skandal seks. Tokoh ini dikatakan mempunyai ramai penyokong dan berhasrat besar menjadi ketua parti walaupun masalah krisis moralnya boleh menjejas peluang beliau untuk menang.

Tokoh pertama yang dimaksudkan Tan Sri Ong Ka Ting. Beliau secara mendadak menawarkan diri bertanding setelah dua tahun melepaskan sebagai jawatan presiden parti setelah MCA kalah teruk dalam PRU 12 lalu. Kesediaan beliau bertanding disifatkan boleh membawa ketenangan dan kestabilan dalam parti yang terus bergolak dan bermasalah walaupun berbagai usaha perdamaian sudah dilakukan.

Ka Ting dibawa masuk ke gelanggang dengan harapan beliau berupaya menyelesaikan krisis dalaman kepimpinan parti di bawah presiden sekarang yang gagal menyatupadukan semua puak yang bertelagah. Bekas presiden itu didesak bertanding bagi meleraikan kekusutan panjang yang masih terus tersimpul dan belum menemui jalan penyelesaian muktamad seperti yang diharapkan kebanyakan ahli parti dan perdana menteri.

Kekusutan dan kecelaruan dalam parti sudah menjejas kredibilit kepimpinan MCA dalam memenangi hati dan undi masyarakat Cina yang amat kritikal dalam konteks pilihan raya ke 13 nanti. Krisis dalaman parti sudah menjejas teruk keyakinan kaum Cina terhadap kebolehan pemimpin parti komponen kedua terbesar BN itu menyelesaikan kemelut dalaman mereka kerana pemimpin yang bertelagah sibuk mengerakkan agenda peribadi masing-masing menatasi agenda kepentingan menyatupadukan parti.

Pemimpin yang bertelagah lebih mementingkan agenda perjuangan peribadi dan jawatan tanpa memperduli apa yang terjadi pada parti. Masing-masing pemimpin cuba mempertahan pendirian dan puak masing-masing tanpa menghiraukan kestabilan dan keutuhan parti yang amat diperlukan PM Najib dalam memenangi semula undi kaum Cina yang ketara sudah memihak DAP dan PKR dalam PRU 12 lalu.

Di sinilah kehadiran Ka Ting dikatakan amat kritikal bagi memulihkan MCA keluar dari kemelut politik yang sudah berlanjutan begitu lama. Kehadiran beliau dikatakan boleh mententeramkan situasi dan mengembeling puak-puak yang bertelagah supaya kembali kepada agenda memperkuat parti demi kepentingan MCA sendiri dan BN seperti yang dikehendakki oleh Najib.

Calon kedua yang bertanding ialah Presiden sekarang, Datuk Seri Ong Tee Keat, dikatakan gagal mengawal situasi sehingga krisis dalaman MCA terus bergolak dan berterusan sehingga mengakibatkan parti semakin berpecah. Keupayaan beliau mengendalikan parti sudah dipertikai sehingga ramai kawan-kawannya dalam parti membawa haluan sendiri dan setengahnya mengambil keputusan melawan beliau.

Menurut pemerhati politik, peluang beliau untuk kekal mempertahan jawatan dikatakan tidak begitu cerah kerana tidak mempunyai ramai penyokong setia. Beliau disebut sebagai pemimpin lone ranger yang bergerak keseorangan tanpa pengikut ramai kerana mempunyai falsafah tidak mahu menimbulkan puak-puak dalam parti. Kegagalan beliau mengambil hati dan bekerjasama dengan pemimpin lain yang bertelagah disifatkan sebagai kelemahan beliau sebagai presiden parti yang gagal mengambil tindakan bijak bagi menamatkan isu.

Hal itu sudah diekspolit oleh lawannya untuk mencabar beliau dengan dakwaan sebagai ketua parti yang lemah dan tidak berkeridebel meneruskan kepimpinan parti.

Namun, Ong pula berpendapat kewibawaannya sebagai ketua parti sedikit terjejas akibat warisan beban masalah ditinggalkan presiden sebelum beliau yang cukup mencabar. Isu PKFZ yang tidak selesai dan kekalahan teruk calon MCA dalam PRU 12 lalu adalah beban cukup berat yang terpaksa dihadapi sebagai ketua parti yang baru mengambilalih kepimpinan. Beliau cuba bertindak tegas dan melakukan sesuatu perubahan drastik tetapi tindakannya tidak mendapat sambutan ahli parti yang menyebabkan beliau kehilangan sokongan.

Calon ketiga yang menawarkan diri bertanding ialah Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, bekas Menteri Kesihatan di era kepimpinan Tan Sri Ong Ka Ting sebagai presiden MCA. Dr Chua agak sudah berusia tetapi didakwa berbakat, boleh memimpin parti dan mempunyai penyokong setia yang ramai terutama di selatan tanah air. Namun, krisis moral yang dihadapinya didakwa sudah menjejas kredibilitnya sebagai pemimpin yang bersih dan berwibawa.

Peluang beliau untuk menang dikatakan masih ada berdasarkan kepopulariti dan sokongan ramai penyokong ahli yang berusia. Walaupun isu moral boleh menghantui sokongan ahli perwakilan terhadapnya, namun pemerhati berpendapat isu itu sudah hampir dilupakan dan mereka melihat Dr Chua sebagai pemimpin yang boleh bekerja dan mesra dengan semua ahli akar umbi. Menurut pemerhati, Chua dikatakan boleh bekerja dengan semua puak dalam parti dan mempunyai kebolehan memujuk pihak yang bertelagah mengenepikan perbezaan mereka untuk parti.

Peluangnya lebih baik dibandingkan presiden sekarang, tetapi agak sukar jika dikaitkan dengan rekod bekas presiden Ka Ting yang dilihat cemerlang dan tidak bermasalah. Chua belum mempunyai rekod cemerlang sebagai ketua dibandingkan dengan Ka Ting yang sudah memimpin parti tanpa banyak masalah lebih sepenggal dan berjasa besar mendamaikan Tem A dan Team B yang bergolak ketika itu..

Kelemahan Ka Ting barangkali boleh dilihat pada kegagalan beliau memimpin MCA dalam PRU 12 lalu di mana kaum Cina menolak teruk parti itu dan menyokong kuat DAP dan PKR. Setengah pihak berpendapat kegagalan itu bukan kerana MCA, tetapi lebih kepada faktor kepimpinan tertinggi Umno ketika itu yang lemah dan diselubung banyak masalah.

Namun, menurut setengah pemerhati, hubungan mesra Chua dengan pelbagai lapisan pemimpin akar umbi dan kesediaannya bertolaknasur bekerjasama dengan semua pihak merupakan fakor yang boleh membantu kemenangan beliau. Dalam situasi terkini, dikatakan MCA memerlukan pemimpin yang boleh diterima dan boleh berkrompomi dalam pelbagai isu oleh semua pihak yang bertelagah.

Kemenangan calon presiden yang bartanding juga dikaitkan dengan siapa regu timbalan presiden yang bertanding. Dua calon sudah memastikan bertanding jawatan itu, iatu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Kong Ha sudah dikaitkan sebagai orang Dr Chua sementara Tiong Lai dikatakan dari kem Ka Ting. Sokongan yang diberikan perwakilan kepada calon presiden yang menjadi pilihan biasanya akan diberikan juga kepada regu timbalannya. Demikian juga sebaliknya. Undi yang dihulurkan kepada calon timbalan presiden dari team yang sama akan dihulurkan juga kepada calon presiden yang menjadi regunya.

Dengan kata mudah, undi yang bakal diterima oleh Ka Ting akan diterima juga oleh Tiong Lai kerana mereka dari team yang sama. Dan undi yang diberikan kepada Dr Chua sudah pasti dihulurkan juga kepada Kong Ha yang berada dalam team yang sama.

Dalam situasi ini, Ong Tee Keat tinggal keseorangan tanpa regu timbalannya yang boleh membantunya secara langsung atau tidak. Ini sudah memberi isyarat bahawa beliau bakal melalui jalan berliku dalam usahanya untuk merebut jawatan presiden. Tanpa calon timbalan presiden yang mengiringi beliau sebagai regunya menyukarkan laluannya untuk merebut jawatan tertinggi parti apatah lagi terpaksa bersaing dengan dua calon sedia ada yang sudah didakwa mempunyai penyokong yang ramai.
Namun, apapun boleh berlaklu dalam politik. Perwakilan mungkin boleh membuat perhitungan di luar dugaan yang boleh mengubah situasi.

Adalah sukar diramal team mana yang boleh menang mudah kerana calon-calon bertanding mengakui sudah mendapat sokongan yang cukup dan yakin boleh menang. Peperangan saikologi sudah bemula dan mereka sudah bekerjakeras berkempen di serata negara bagi maraih undi seramai 2,378 perwakilan bagi menyokong pencalonan mereka.

Beberapa pemerhati berpendapat, kemenanagn calon yang bertanding pada 28 Mac nanti tidak membawa makna besar kerana perwakilan akan mengundi sekali lagi dalam pemilihan resmi pada Oktober 2011.

Kemenangan mana-mana calon disifatkan dalam pertembungan 28 Mac ini sebagai sementara - pemilihan resmi pada Oktober 2011. Dan tidak semestinya pemimpin yang menang boleh menjadi natural choice (pilihan semulajadi) perwakilan pada pemilihan 2011 nanti. Banyak insiden dan peristiwa boleh mempengaruhi situasi dalam tempuh setahun yang boleh mengubah pendirian dan pernilaian ahli terhadap kemampuan pemimpn yang terpilih itu.

Umno tanding di Hulu Selangor ?

Chegu Bard
Berdasarkan logik akal permainan sentimen Ketuanan Melayu sudah hampir pasti kerusi Hulu Selangor ini akan ditandingi oleh Umno. Itupun jika Umno tidak hipokrit dengan sentimen ketuanan Melayunya. Ini kerana mana mungkin atas nama ketuanan Melayu Umno kerusi tersebut yang majoriti pecahan pengundinya Melayu diserahkan oleh 'geng ketuanan Melayu' kepada kaum lain.

Pecahan peratusan pengundi Hulu Selangor ialah 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum. kalau ikut pecahan kaum jika tidak meletakkan Umno maka Mca (parti perkauman Cina) lah yang paling layak bertanding.

Meletakan calon bagi Bn amat rumit kerana ini akan membuktikan 'belang hipokrit' sebenar Umno Bn. Nak jaga undi India di seluruh negara maka kena letak calon India tetapi berdepan dengan kekalahan dan maka terbukti juga perjuangan ketuanan Melayu hanya retorik kerana menghantar calon bukan Melayu di kerusi majoriti Melayu pengundinya. Nak hantar calon Melayu sudah tentu Bn akan lebih jauh dari orang bukan Melayu dan protes parti dalam Bn pasti lebih kuat kerana Umno akan dikatakan merampas kerusi komponen lain.

untuk baca lanjut sila klik
http://chegubard.blogspot.com/2010/03/bn-akhirnya-terpaksa-berdepan.html

Dr M: Orang Melayu Tidak Yakin Umno Berupaya Lindungi Mereka

KUALA LUMPUR 27 MAC: Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis, kata bekas Perdana Menteri dan mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Bercakap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), beliau berkata, orang Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri.

Dr Mahathir menyifatkan kewujudan banyak NGO Melayu kebelakangan ini yang memberi tumpuan masalah orang Melayu berlaku akibat terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka.

Mengikut Malaysia Kini, prestasi Umno pada pilihan raya 2008 terlalu buruk dan Barisan Nasional (BN) hanya mampu menubuhkan kerajaan yang lemah dan dilihat tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu.

“Kita lihat seolah-olah kerajaan memberi layanan kepada mereka daripada apa yang ada pada kita. Saya tak kata kerajaan berat sebelah tetapi lemah kerana ada sipolan yang tak tau Umno dan BN hampir kalah.
-tvselangor-

TG Nik Aziz sokong guna 'Allah' pada Rukun Negara

Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU, 27 Mac:
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dangan gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar kalimah Allah digunakan bagi menggantikan perkataan Tuhan dalam prinsip pertama Rukun Negara.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, penggunaan kalimah Allah itu mampu merungkai kekeliruan dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.

"Sekarang ni rakyat keliru, Allahpun Tuhan, Nabi Isa pun Tuhan, kubur keramat pun tuhan, jadi hak mana sebenarnya tuhan, tapi kalau kita pakai satu nama Allah sahaja, yang mereka tertanya-tanya tu, kita sedia bagi penjelasan yang mana satu tuhan sebenarnya," ujarnya pada sidang media di Majlis Ramah Mesra Warga Orang Kurang Upaya (OKU) di Perdana Resort hari ini.

Turut hadir di majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood dan Pengarah Urusetia, Abdul Aziz Yunus, Setiausaha Sulit khas, Rosdi Abdullah dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Isu pindaan perkataan Allah pada prinsip Rukun Negara dibangkitkan Abdul Hadi sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ujar Tuan Guru Nik Aziz lagi, jika masih timbul kekeliruan berhubung penggunaan perkataan Allah itu, PAS bersedia mengambil tanggungjawab memberi penjelasan kepada masyarakat.

Mengulas kedudukannya sebagai Mursyidul Am PAS pula, beliau sedia memikul amanah tersebut jika terus diberi kepercayaan oleh parti.

Namun, beliau juga menyatakan kesediaan untuk berundur jika parti mempunyai pengganti yang lain.

Ketika ditanya Jom Heboh di Kelantan pula, Nik Aziz berkata, kerajaan negeri akan sentiasa membuat apa yang sedia ada,namun akan dipantau dan diselaraskan dengan undang-undang dan berkaitan yang wajib mematuhi enakmen hiburan Kelantan.

"Tuan-tuan kena ingat, Islam ni orang lain kata tak boleh, tapi kita kata boleh, mereka pula akan kata adanya huru-haralah bila Islam memerintah, kemunduran dan sebagainya, ertinya walaupun mereka ini Islam, mereka ini mengatakan Islam tidak boleh,"katanya lagi.

Nik Aziz berkata pembentukan kerajaan Kelantan masa kini adalah hasil daripada kepercayaan rakyat dan akan diselaraskan dengan kehendak Islam termasuklah dalam hiburan.

"Alhamdulillah, Jom Heboh dapat berjalan dengan baik, tetapi kita baiki apa yang ada dalam program mereka ini agar selari dengan peraturan hiburan dalam negeri kita.

"Kita akan terima jika Jom Heboh ingin diadakan pada tahun hadapan sekiranya mereka akur dengan kehendak kerajaan," kata beliau.

Jadikan Artis Sebagai Imam Solat

Muhammad Fakhruddin Ismail

akhilhayykembarasufikch8Rasullah banyak kali menegaskan kepentingan solat berjemaah sehingga pernah merancang membakar beberapa rumah milik kaum Muslimin yang tidak mengerjakan solat berjemaah seperti mana yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

Sesungguhnya solat yang paling berat atas kaum munafiqin adalah solat Isyak dan Fajar, sekiranya mereka mengetahui keutamaannya, nescaya mereka akan menghadirinya meskipun dengan merangkak. Sungguh betapa ingin rasanya aku memerintahkan orang-orang untuk solat kemudian aku memerintahkan seseorang untuk mengimami mereka. Lalu aku pergi bersama beberapa orang laki-laki dengan membawa kayu bakar menjumpai orang-orang yang tidak menghadiri solat berjemaah, lalu aku bakar mereka bersama rumah-rumah mereka dengan api."(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Maka menjadi tanggungjawab mencari imam yang disukai oleh makmum dan pilihan makmum itu bukanlah terhad kepada golongan berusia sahaja tetapi mestilah yang disukai oleh remaja juga kerana itulah faktor-faktor yang mendorong remaja untuk solat berjemaah maka secara tidak langsung dapat membawa kepada satu tajdid untuk mencapai suruhan yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya . Malah juga Rasulullahshallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda:

" Ada tiga orang yang pahala solatnya tidak naik meskipun sedikit di atas kepala (maksud ini adalah kiasan bahawa solat mereka tidak dapat diterima oleh Allah dan tidak mendapat pahala): Yang pertama adalah, solat seseorang yang mengimami solat sedangkan makmumnya membencinya………".[ H.R Ibnu Majah, "Hadis ini Hasan"]

Maka imam dalam solat semestinya dipilih daripada orang-orang yang disukai oleh makmumnya. Secara waqi’nya kebanyakan remaja hari ini meminati 'artis' idola mereka daripada imam-imam disurau mereka . Bukan mereka membenci imam disuraunya tetapi tiada daya aura tarikan untuk mereka bersama solat secara berjemaah.

Ini kerana ciri-ciri seorang imam dalam solat berjamaah tidak hanya bacaan dan tajwid yang perlu baik tetapi juga perlu mempunyai aura tersendiri untuk menarik perhatian di kawasan penduduk mereka supaya ia dapat bergerak dan melakukan solat secara berjamaah dengan begitu ramai. Maka seorang Imam perlu memiliki tanggungjawab untuk membawa jemaahnya menghadap Allah s.w.t.

Penulis ambil contoh seperti ustaz Akhil Havy berapa ramai anak-anak muda termasuk remaja lelaki "rock", yang datang mendengar ceramahnya. Ini kerana tarikan ustaz tersebut yang memiliki keistimewaannya tersendiri menyebabkan remaja-remaja berlumba-lumba kearahnya. Bukan maksud penulis kita menukar imam yang sedia ada tetapi perlu ada seorang imam yang dapat menarik perhatian remaja-remaja sekarang.

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://addeans.blogspot.com/

Ir Nizar: Nilai Sendiri Krisis Politik Perak

Muhaimin Sulam

London: Muhammad Nizar Jamaluddin meminta agar rakyat Malaysia di UK menilai sendiri krisis politik di Perak secara bijaksana. Beliau yakin dengan kemampuan rakyat Malaysia menilai secara rasional dan mendapat maklumat yang secukupnya. Krisis politik Perak yang membawa kes ke mahkamah tidak akan menyelesaikan masalah politik. Sebaliknya, isu itu akan berlanjutan dan merugikan pembangunan negeri Perak secara keseluruhannya.

Dalam ucapan beliau yang bertajuk, `The Challenges of Islam and Democracy in Malaysia’ di Pippard Lecture Theatre, Imperial College London, beliau menyeru agar masyarakat Malaysia lebih memahami konsep ketaatan raja dan keluhuran perlembagaan secara lebih terbuka. Konsep pemisahan kuasa dan juga federalisme yang sewewang-wenangnya diceroboh oleh kerajaan BN menunjukkan bahawa jalan demokrasi di Malaysia semakin sempit dan sukar. Keadaan ini bukan sahaja memerlukan kerberanian tetapi kesungguhan dan kecekapan rakyat membuat keputusan tepat di luar musim pilihanraya.

Beliau juga menyentuh tentang kecenderungan pendekatan politik perkauman yang digunakan oleh BN hanya akan menyebabkan memberi tanggapan buruk terhadap Islam dan orang Melayu. Formula politik yang dibangunkan oleh Pakatan Rakyat kini dianggap sebagai ancaman kepada hegemoni politik perkauman sempit Barisan Nasional.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan haram BN Perak hanya akan melahirkan perkara-perkara haram lain yang menjadikan sistem politik tanahair semakin rumit pada masa akan datang. Sekiranya kegagalan usaha membubarkan DUN Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin berkata bahawa PAS Perak sudah menyediakan jentera pilihanraya bagi pilihanraya umum ke 13. Lawatan Badan Perhubungan PAS Perak ke UK/Ireland turut disertai AJK PAS Pusat, Asmuni Awi yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dan beberapa pimpinan PAS Perak lain.

http://muhaiminsulam.blogspot.com/

Kemelut istana: Kerajaan negeri tiada masalah

Mohd Nor Yahya
PENGKALAN CHEPA, 27 Mac:
Menteri Besar,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri tidak menghadapi sebarang masalah dengan kemelut istana kini kerana apabila dilihat kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengelola Istana Diraja, Datuk Abdul Halim Hamad ianya sentiasa berlandaskan undang-undang.

"Ini masalah perlembagaan, saya serah kepada orang yang berkenaan iaitu Abdul Halim dan saya ucap terima kasih kepada beliau kerana buat kenyataan sebelum ini.

"Apa yang penting Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra masih gering, kalau tuan-tuan berasa hendak ziarah atau menghadap sendiri sila lakukan, tengok sejauh mana tahap kesihatan tuanku, boleh buat kerja atau tidak," katanya.

Baginya, krisis yang melanda institusi Kesultanan Kelantan kini hanyalah kerana adanya pihak yang tidak merujuk kepada Perlembagaan Negeri dan sengaja membawa kekalutan apabila membuat sesuatu tindakan.

Tambahnya, dan ia akan semakin merebak sekiranya masih berpegang kepada pandangan peribadi.

Mahathir: Buktikan Melayu ‘rampas’ hak bukan Melayu

G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa satu kajian menyeluruh dijalankan bagi menjawab tuduhan bahawa orang Melayu telah merampas kekayaan negara dengan menafikan hak bukan Melayu.

Kajian itu boleh dijalankan oleh kerajaan ataupun mana-mana pihak bagi menyangkal tuduhan dan persepsi sedemikian.

“Saya minta kalau hendak buat tuduhan, biar buat tuduhan yang berasas, jangan berlaku tidak adil (kepada orang Melayu).

“Saya bukan rasis, saya sayangkan kepada negara, kita bukan rasis... kalau kita tidak berlaku adil kepada orang Melayu, kita tidak akan berlaku adil kepada kaum lain,” kata perdana menteri dari 1981 hingga 2003.

Dengan lebih 10 kali dengan nada kecewa meminta “buatlah kajian, buatlah bancian”, bekas presiden Umno itu berkata, “kalau saya salah buktikan kepada saya, buktikan kepada semua.”

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia yang pertama di sini hari ini.

-malaysianinsider-

Pakatan akui sukar pertahan Hulu S'gor

Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad sudah lama menderita akibat kanser dan telah menjalani tiga pembedahan sebelum ini, kata ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Himpunan Selamatkan Malaysia di Hulu Selangor malam semalam.

Pendedahannya itu sekali gus mengesahkan bahawa kerusi parlimen yang disandang allahyarham telah lama diketahui berada dalam keadaan 'tenat.'

BN telahpun mendahului Pakatan dalam menjalankan usaha untuk merampas semula kerusi tersebut, yang dimenangi PKR dalam pilihan raya umum 2008.

BN memilih Bukit Sentosa sebagai tapak untuk melancarkan program Juara Rakyat pada awal tahun ini, manakala Pakatan pula baru berkira-kira untuk melancarkan Himpunan Selamatkan Malaysia sejak beberapa hari lalu.

"Dan dalam tempoh itulah Datuk Zainal meninggalkan kita," kata bendahari pusat PAS Dr Hatta Ramli pada ucapannya terdahulu.

Tambahnya, program pelancaran pada malam semalam itu sebenarnya telah dirancang sejak lebih dua hari lalu.

Namun pada malam semalam terpaksa ditukar kepada acara belasungkawa untuk memperingati Allahyarham yang meninggalkan jasa paling besar dengan memenangi kerusi itu.

"Sejak merdeka PAS tidak pernah tidak bertanding di kerusi ini tapi tidak pernah menang.

"Tapi pada 2008 Datuk Zainal berjaya buat keputusan upset dengan mengalahkan G Palanivel.

"Tiada orang yang boleh buat sebelum ini, tapi Datuk Zainal boleh buat," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga yakin Pakatan akan dapat mengekalkan kerusi itu walaupun BN juga tampak selesa dengan kemampuan mereka kali ini.

"Muhyiddin kata mereka ada banyak senjata untuk lawan kita. Dia tidak sebut senjata apa, jangan (bom) C4 sudahlah," katanya yang cuba berjenaka.

Pengunjung yang memenuhi lebih separuh daripada ruang di Stadium Mini Kuala Kubu Baru itu bagaimanapun nampaknya masih belum bersedia memberikan tindakbalas kepada modal ceramah pilihanraya seperti itu.

Hanya beberapa orang yang memakai baju parti yang ketawa dan bersorak.

Tidak
berputus asa, Hatta terus menguji hadirin dengan membangkitkan isu keselamatan dalam negara.

Beliau menyebut pendedahan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan mengenai dakwaan wujudnya 'pihak ketiga' dalam mengatur selia PDRM.

Turut dibangkitkannya ialah peranan syarikat Apco Inc, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan gerakan Zionis, sebagai salah sebuah perunding kepada negara.

Selain Hatta, program ceramah berkenaan turut membariskan tiga pemimpin Pakatan dalam kerajaan Selangor -- Adun Bukit Tunku Lau Weng San, exco Azmin Ali dan juga menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Umumnya, ketiga-tiga mereka menggariskan pencapaian oleh kerajaan negeri dan juga bantuan serta kemudahan yang disediakan kepada rakyat.

Mereka juga menjual mesej yang sama -- kerajaan Selangor kini berkhidmat kepada rakyat tanpa mengenal kaum dan warna kulit dan pentadbiran baru ini lebih baik daripada yang terdahulu.

"Tan Sri Khalid tak buat mahligai (bernilai) RM24 juta macam kawan kita itu," kata Azmin dalam ucapannya, yang jelas disasarkan kepada pemimpin Umno.

Pada itu, beliau turut menyenaraikan beberapa peruntukan khas yang disalurkan Selangor kepada setiap golongan kaum.

Khalid Ibrahim dalam ucapannya pula berkata antara pencapaian utama sepanjang 750 hari beliau menjadi menteri besar ialah bekalan air percuma yang diberikan kepada seluruh warga negeri itu.

"Umno dan BN tidak terfikir tentang air percuma sebab tidak fikirkan rakyat.

"Umno bagi hutang tapi tak kutip. Boleh jadi juga dah kutip tapi kutip untuk poket dia," katanya lagi.

Bagaimanapun, tarikan utama hadirin kemudiannya tetap tertumpu kepada Anwar Ibrahim yang mengolah semula idea-idea yang ditanam oleh penceramah sebelumnya.

Malah, jenakanya tentang pesawat pejuang yang kehilangan enjin dan kapal selam yang gagal menyelam juga lebih berkesan berbanding cubaan sebelum itu oleh Dr Hatta Ramli.

Acara malam semalam menjadi pembuka tirai kepada pilihan raya kecil yang bakal diadakan bagi Hulu Selangor.

Kesannya masih terlalu awal untuk diteka. Kehadiran sekitar 5,000 di ceramah tersebut jauh lebih kecil berbanding kira-kira 10,000 yang hadir di program Juara Rakyat pada 9 Januari lalu.

BN juga dilihat berada dalam kedudukan lebih selesa, berbanding Pakatan. Beberapa ahli parlimennya 'membebaskan' diri dan seorang lagi pula dengan rela hati dipecat daripada parti.

Namun, menurut Azmin Ali: “Angka bukan segalanya, tapi kita perlu angkat perjuangan rakyat.

Kita tunggu angka yang sebenarnya masuk ke dalam peti undi.”
-malaysiakini-

Pagar Makan Padi

Zaid Ibrahim

Awang Selamat marah benar. Kepada orang Melayu yang tidak mahu bersekongkol dengan Ibrahim Ali dan Mahathir Mohamad dalam mesyuarat agung pertama Perkasa pada Sabtu ini, Awang yang kerdil itu berkata, "Usahlah menjadi Melayu di tanah air ini, jika kita terlalu takut dan mengikut telunjuk pihak yang sedang pun menghakis kedudukan Melayu". Kalaulah saya Sultan Selangor, tentu terguris hati saya dengan sindiran yang biadab dan bodoh ini

Awang naik berang kerana menurutnya, Perkasa patut disanjung dan disokong kerana begitu lantang mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang dikatakan sedang dihina. Yang anehnya sejak bila pula institusi Raja-Raja Melayu kita dihina? Saya belum terbaca atau mendengar mana-mana pihak yang mencabar institusi Raja. Kalau pun Karpal Singh itu dikatakan mencabarnya, bukankah kes itu belum lagi selesai?

Itu pun kes perundangan. Kenapa Awang, Ibrahim Ali dan Mahathir tak sabar-sabar hinggakan perlu memanggil 10,000 orang Melayu berhimpun? Kalau setakat nak beri orang ramai makan percuma dalam dewan yang empok, 20,000 orang pun boleh dicari. Tetapi Melayu sekarang tidaklah sebodoh yang difikirkan oleh Awang. Lebih baik Awang bagi contoh-contoh siapa dan apa yang mencabar Raja-Raja kita? Saya sangka orang akhbar ini bijak dan pintar, dan kenyataan pun biasanya berasas dan ada minat ke arah mencari kebenaran. Itu sepatutnya menjadi kriteria utama wartawan cemerlang.

Awang juga mendakwa kepentingan Melayu diasak begitu hebat selepas pilihanraya umum 2008 dan hanya Perkasa yang mempertahankan hak orang Melayu. Wah! Bila UMNO dan Barisan Nasional hilang banyak kerusi, maka itu bererti menghina Melayu? Ini rupanya punca kemarahan Awang dan Utusan Malaysia. Sebenarnya, itu bukan menghina Melayu, cuma rakyat membuat pilihan mengikut selera mereka. Takkanlah kalah sikit, sudah nak marah. Itu gila kuasa namanya. Bagaimana nak ada demokrasi macam itu? Awang perlu sedar banyak juga orang Melayu yang mengundi Pakatan Rakyat? Bukan setakat pilihanraya umum 2008, malah dalam banyak pilihanraya kecil selepas itu pun orang Melayu memilih Pakatan Rakyat. Malah lebih ramai yang mengundi Pakatan daripada UMNO. Jadi Melayu mana yang Awang wakili?

Untuk pengetahuan Awang, biarlah dijelaskan di sini bahawa yang menghakis kedudukan Melayu ialah golongan Melayu atasan UMNO kerana merekalah yang memerintah. Tak ada kumpulan lain pun yang mentadbir negara ini kecuali mereka, sejak merdeka dahulu. Jika Awang kata kedudukan Melayu terhakis, maka kumpulan Melayu atasan inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya. Tapi Awang berani kutuk Pakatan saja. Awang kecut perut dan takut nak berdepan dengan "political masters" dia. Kalau benar anak jantan, tanyalah kepada orang seperti Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Najib Razak mengapa Melayu masih ketinggalan, mengapa tanah rezab Melayu makin berkurangan, mengapa jurang di antara Melayu kaya dan Melayu miskin bertambah besar? Salah siapa?

Masalah Melayu dan bumiputra bukan kerana Melayu/bumiputra tidak ada hak atau keistimewaan Melayu dicabar. Soal hak tak timbul. Masalah sebenar ialah orang Melayu selama ini telah mengharapkan pagar tapi pagar itu pula yang telah makan padi. Sampai hari ini pagar itu masih tak berhenti-henti makan padi milik orang Melayu. Itulah punca kemunduran Melayu sabenar. Takkan lah ini pun tak faham?!

*Tulisan ini dipetik dan disunting daripada blog Zaid Ibrahim, bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri yang kini menyertai Pakatan Rakyat.

-detikdaily-

Sandiwara Si Keletung (2) : Belajarlah Dari P Ramlee

Mohd Sayuti Omar

P RAMLEE sudah mengajarr kita semua kalau nak menipu setakat dua atau tiga kali saja. Kalau lebih daripada itu akibatnya naaslah yang akan diterima nanti. Ingat tidak bagaimana P Ramlee mengajar kepada Ibrahim Pendek yang meminjam buah dadunya. P Ramlee berpesan kepada Ibrahim supaya main setakat dua kali saja.

Kenapa P Ramlee memberi ingatan begitu kerana kalau Ibrahim membaling lebih daripada dua kali dadu itu nescaya Ibrahim akan kena belasah oleh orang ramai. Sebab apa, sebab buah dadu itu telah diubah di mana semua sudutnya mempunyai nilai dua sahaja. Kalau main lebih dari dua kalai tembelang penipuan itu akan pecah.

Balinglah kok mana-mana pun nombor dua akan naik. Manakala Ibrahim pula awal-awal lagi telah tander nombor berkenaan, tidak ada sesiapa lagi boleh menikamnya. Itulah penipuan menerusi buah dadu.

Ibrahim mendengar dan patuh pesanan gurunya itu. Sebab itu selepas membuat dua kali balingan dia gulung dadunya dan pulang dengan membawa wang keuntungan besar. Orang lain yang menikam atas nombor lain semuanya kalah kerana nombor dua sudah dikontrak oleh Ibrahim. Semua orang yang menikam dadunya kena tipu hidup-hidup oleh Ibrahim Pendek.

Pengajaran dari filem
Ali Baba Bujang Lapok Dengan 40 Penyamun itu cukup besar ertinya. Ia sepatutnya diamati dan dihayati oleh para kaki tipu negara ini. Apa yang hendak disampaikan P Ramlee, kalau nak buat jahat jangan lebih daripada dua kali. Sekali dua mungkin boleh sebab orang tidak dapat mengesaninya, tetapi kalau hari-hari bohong, lentung, ampu sana ampu sini lama kelamaan pembohongan itu akan makan diri.

Teringat saya kepada apa yang terjadi kepada
Hussein Serama di Kelantan. Hussein ini seorang pemidato yang hebat dan bijak memikat hati rakyat. Dia boleh mempengaruhi orang ramai dengan kelincahan ceramahnya. Dia boleh menukarkan orang bernama Dollah kepada bernama Mamat. Lantaran lena dengan ceramah Hussein di Dollah boleh melupai namanya sebagai nama Mamat. Itulah kehebatan Hussein Serama.

Bagaiman pun kerana bohongnya kuat sangat akhirnya tembelang Hussein pecah juga. Setiap kampung yang dia masuk dia mengakui dia berasal dari kampung berkenaan. Untuk didua buah kampung tidak menjadi masalah. Orang boleh menganggap mungkin emaknya berasal dari kampung satu lagi manakala ayah dari kampung yang satu lagi. Tetapi bila setiap buah kampung dia mengaku berasal dari kampung itu menyebabkan orang konfius. Masakan semua kampung adalah kampungnya? Di sinilah orang mulai tidak mempercayai Hussein dan tembelangnya pecah.

Maka kalau nak berbohong setakat dua kali saja.

Nampaknya ahli parlimen yang mencuri simbol PKR, di kerusi Kulim Bandar Baru,
Zulkifli Nordin tidak mempelajari daripada yang diajar oleh P Ramlle itu. Mungkin beliau melihat filem itu tetapi gagal untuk mengambil filsafahnya. Kerana kalau dia belajar dari P Ramlee dan Ibrahim Pendek dia tidak akan mencampak dadunya lebih daripada dua kali sehingga meletakkan dirinya dalam keadaan tidak dipercayai oleh orang ramai kini. Wibawanya sebagai seorang ahli politik berwajah Islam dipertikaikan.

Hari ini apa yang berlaku kepada Zulkifli semua orang tidak mempercayainya lagi. Walaupun cantik dan tersusun cerita penipuannya itu namun orang sudah dapat mengesannya. Ia adalah kelentung semata-mata. Walaupun apa yang diceritakan itu ada sejuring kebenaran, namun kebenaran itu hilang lenyap bersama sikap melampau dan melebihi-lebihnya.

Sebelum ini mereka yang terpesona dengan wajah Islamnya tidak akan mempercayai kalau dadu Zulkifli semuanya bernombor dua. Mereka tidak fikir orang yang sering bercakap menggunakan Quran dan Hadith Nabi berani dan tergamak untuk menipu. Saya pernah menulis dan menceritakan mengenai dadu Zulkifli berwajah sama, menyebabkan saya dimarah, dikecam dan dituduh sebagai sengaja mahu memfitnah wakil rakyat ini.

Awal-awal lagi saya sudah meramalkan berdasarkan maklumat dan fakta saya bahawa dia akan meninggalkan PKR. Dia hanya mencari seribu helah saja untuk berpaling tadah kerana mengejar kedudukannya, untuk menyelamatkan elaunya sebagai wakil rakyat RM12,000.00 sebulan. Malahan itu pun yang dia sebutkan kepada saya.

Sekarang apa sudah terjadi, apa yang saya perkatakan itu benar. Saya berharap mereka yang sebelum ini mengecam saya, dan membela Zulkifli bertaubat kembali dan insaf bahawa mereka sudah ditipu oleh Zulkifli secara hidup-hidup.

Walaupun saya dikecam dan dituduh macam-macam, suka membuat fitnah dan sebagainya tetapi saya tidak kisah. Saya berpegang kepada prinsip; kebenaran itu akan hadir di kemudian hari. Sementara kebenaran itu menjelang maka sesiapa juga yang membawa kebenaran akan dimarah, dikecam dan dituduh dengan macam-macam. Sunah ini telah dialami oleh Muhammad semasa menyampaikan syariah Allah di Makkah. Apa yang orang tidak kata dan lempar kepada Muhammad yang hendak menyampaikan kebenaran. Tetapi apa jadi akhirnya, Muhammad menang juga.

Inilah kelemahan rakyat mudah sangat mempercayai apa yang diucapkan oleh orang bernama pemimpin. Cukup pemimpin berjabat tangan, memeluk dan mencium pipi mereka akan melihat keseluruhan pemimpin itu putih dan bersih, walhal hati mereka berkarat dan gelap zulmat. Ingatlah tidak semestinya dia wakil rakyat, ahli Exco atau menteri kata-katanya benar sepanjang masa. Banyak wakil rakyat yang berlindung di sebalik jawatan dan wajah politik untuk menipu dan mempermainkan rakyat.

Demikianlah apa yang berlaku kepada Zulkifli hari ini. Apa yang dia dedahkan di parlimen kelmarin adalah pembohongan dengan niat ingin menyusahkan orang lain. Pendedahan itu beliau cuba menunjukkan dirinya sebagai hero dan pembawa kebenaran. Seorang yang berintergriti kononya. Pendeknya cerita, kita minta Zulkifli mendedahkan apa yang dimaksdukan itu. Siapakah orang yang cuba mengupahnya agar mefitnah Najib dan Rosmah.

Beliau perlu bertanggungjawab dan tidak boleh meninggalkan pendedahan itu bergantung tanpa pendedahan seterusnya. Kalau beliau hanya melontarkan persoalan tanpa mendedahkan ia boleh menganiyaan orang lain. Orang akan beranggapan pihak ketiga dalam konteks ini Anwar terlibat. Begitu juga pendedahan itu memberi implikasi kepada Perdana Menteri, Mohd Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor juga. Orang boleh beranggapan bahawa kalau pendedahan beliau itu ada asas benarlah Najib dan Rosmah terlibat dengan pembunuhan Altantuya.

Bukan itu saja pengkaitan yang dibuat berkenaan dengan anak Nazri Aziz yang terlibat dalam pembunuhan juga menyebabkan orang akan membuat berbagai tafsiran. Justeru elok kalau beliau mendedahkan oknum-oknum yang beliau maksudkan itu. Dan atas dasar untuk menjernih dan membersih nama semua pihak, wajar kalau polis menahan dan menyoal siasat Zulkifli Nordin untuk beberapa minggu. Mungkin lokap boleh memberi kelegaan kepadanya dan menyebabkan beliau akan mulai bercakap benar dan tidak gila memutarkan kata-kata selepas ini

http://msomelayu.blogspot.com/

Raja Petra bersedia bersumpah dengan al-Quran bahawa akuan bersumpahnya benar

Penarik Beca

Raja Petra Kamarudin bersedia bersumpah dengan al-Quran di hadapan imam masjid bahawa apa yang dinyatakannya dalam akuan bersumpahnya di sini adalah benar, seperti yang dinyatakan kepadanya (lihat tulisannya semalam yang bertajuk "Friday jottings")

Sambil itu, betul kata Raja Petra, ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu 22/8/08 lalu, dia tak kata dia tak kenal dan tak ada kaitan dengan Altantuya Shaariibuu.

Berikut ialah sumpahnya seperti dilaporkan Bernama dalam berita bertajuk "Najib bersumpah tidak kenal dan tiada kaitan dengan Altantuya":

Dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan perempuan Mongolia.

Perempuan Mongolia amat umum. Kita mahu dinyatakan secara khusus Altantuya Shaariibuu yang dibunuh di negara ini dan mayatnya diletupkan dengan C4.

Saya yakin ramai yang ternanti-nanti untuk mendengar Najib bersumpah dengan kalimah qasam seperti di atas bahawa semua yang dinyatakan dalam akuan bersumpah Raja Petra yang saya pautkan di atas tidak benar sama sekali.

Oleh kerana Najib dah membiasakan dirinya bersumpah dengan kalimah qasam yang diajarkan oleh Islam, waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi, kita teringin sungguh nak melihat dia bersumpah dengan kalimah yang sama dan menyatakan semua yang terkandung dalam akuan bersumpah Raja Petra bertarikh 18 Jun 2008 itu semuanya tidak betul sama sekali.

Kalau saya yang kena tuduh lagu tu, tak sabar-sabar saya nak bersumpah dengan kalimah qasam menafikan itu semua (Kawan-kawan dari Umno yang ingin memberikan komen boleh berbuat demikian dalam blog anda sendiri).
http://penarikbeca.blogspot.com

Sudah kena pecat baru nak repot polis

W Fauzdin NS
BERITA NTV 7 pukul 7 petang tadi menyiarkan ulasan YB Zul Kulim tentang kenyataan KPN untuk menyoal siasat YB Zul atas ucapannya di dalam Parlimen baru-baru ini.

Di dalam perbahasan di Parlimen baru-baru ini MP Kulim Bandar Baru yang baru dipecat dari PKR telah mendedahkan kununnya ada pihak yang cuba `mengupah'nya untuk membuat Akuan Sumpah melibatkan Najib dan Rosmah di dalam kes pembunuhan Altantuya.

Pendedahan beliau itu mendapat liputan hangat oleh media-media pencacai yang sentiasa lapar kepada apa jua cerita walaupun cerita murahan dan cerita dongeng asalkan dapat memburukkan PR khususnya tokoh utama PR iaitu DS Anwar.

Pendedahan itu mendapat reaksi daripada beberapa pimpinan PR yang mencabar YB Zul untuk mendedahkan siapakah yang cuba mengupahnya termasuk juga siapakah `orang ketiga' yang campur tangan sehinggakan beliau menarik diri dari menjadi Peguambela kepada salah seorang tertuduh di dalam kes Altantuya. Cabaran itu sehingga kini gagal disambut oleh MP Bebas itu.

Berikutan daripada pendedahan yang dipandang `serius' oleh Musa Hassan kerana mengaitkan Najib dan Rosmah, maka pihak Polis akan menjalankan siasatan.

Tahniah, pihak Polis semakin pantas bertindak dan memang wajar diberi berbagai imbuhan dalam tahun ini sahaja termasuk yang baru diumumkan oleh Najib sempena Sambutan Hari Polis siang tadi.

Apabila ditanya kepada YB Zul samada bersedia untuk disoal siasat oleh pihak Polis atas dakwaannya dalam Parlimen tersebut, YB Zul menyatakan sepatutnya tidak wajar siasatan dilakukan oleh pihak Polis.

Namun apabila didesak adakah beliau sanggup untuk memberikan keterangannya kepada pihak Polis, YB Zul seperti tidak pasti dan sekadar menyatakan beliau akan tengok keadaan dahulu apakah yang ingin diketahui oleh pihak Polis di dalam siasatan tersebut.

Saya tidak pasti juga adakah apa yang diucapkan oleh MP di Parlimen tidak lagi punyai kekebalan, tetapi sekiranya benar tindakan boleh diambil ke atas isu seperti ini mengapa tidak YB Zul mengalu-alukan siasatan tersebut?
Mengapa ada keraguan untuk memberikan kerjasama? Dan, sepatutnya sejak dari awal lagi YB Zul sendiri sudah melaporkan kejadian tersebut ke pihak Polis jika benar beliau seorang tokoh ugama dan pejuang Islam yang ikhlas.

Mengapa perlu menunggu sehingga dipecat baru ingin menjadi `Mujahid' ?

Zaid bakal calon PKR?

Zulkifli Sulong
Ketika para pemimpin Barisan Nasional (BN) saling berebut antara satu sama lain siapakah bakal diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, PKR nampaknya memberikan tanda yang jelas dalam majlis mereka malam tadi.

Ia semacam disahkan pula oleh Twitter yang disebarkan oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika majlis itu bermula. Ada empat pemimpin PKR yang menyertai majlis perhimpunan 'Selamatkan Malaysia' di Stadium Kuala Kubu malam tadi, selain beliau sendiri.

"Alhamdulillah.. sambutan hangat. Sen SHusin, ybAzmin TSKhalid, ybSiva, DZaid." bunyi Twitter Anwar.

Ekoran itu, nama Datuk Zaid Ibrahim semakin jelas akan menjadi calon PKR dalam pilihan raya kecil ini kerana selain beliau semua pemimpin PKR yang disebutkan sudah menjadi wakil rakyat di samping senator.

Datuk Zaid, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, dilihat antara tokoh nasional PKR yang perlu kembali ke Dewan Rakyat. Jika tidak, suara beliau sukar untuk diberi perhatian sewajarnya.

Dipihak BN pula, ramai yang menyerang MIC selepas nama timbalan presidennya, Datuk G Palanivel diumumkan bakal menjadi calon BN sekali lagi di situ selepas kalah dalam pilihan raya umum lalu.

Umno Hulu Selangor sendiri mahukan tokoh veteran Selangor Tan Sri Muhamad Muhd Taib menjadi calon kononnya untuk mengulangi kejayaan mereka dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang. Bekas MB, Datuk Dr Muhamad Khir Toyo juga membantah cadangan MIC itu.

Menambahkan lagi kecenderungan ke arah itu adalah apabila Datuk Noh Omar dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil tersebut dan ketua Umno bahagian berkenaan, Datuk Mohamed Idris Bakar dilantik sebagai timbalannya.

Dalam pilihan raya Bagan Pinang, Umno berjaya mengekalkan kerusi itu bahkan berjaya menambahkan undi majoriti apabila bekas MB Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad diletakkan.

"Jika kita mahu mengembalikan kegemilangan di Bagan Pinang, tokoh veteran Umno perlu diletakkan di sini. Kita yakin, kemenangan mudah bakal dicapai," kata seorang pemimpin Umno Bahagian sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah laman web.

Namun begitu, risiko yang dihadapi Umno adalah 'merampas' kerusi MIC ketika parti yang mewakili kaum India dalam BN itu sedang 'luka'. Sedangkan dalam masa yang sama, 19 peratus pengundi di sini adalah dari kaum India. Pengundi Melayu adalah kira-kira 53 peratus manakala Cina 28 peratus.

Dalam pilihan raya umum 2008, calon BN, Datuk G Palanivel tewas kepada kepada calon PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia semalam akibat barah otak.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan memanggil pilihan raya kecil bagi kawasan tersebut dalam tempoh 60 hari. SPR pula akan bermesyuarat Jumaat depan untuk memutuskan tarikhnya.

Walaupun ia merupakan kerusi majoriti Melayu, tetapi ianya telah diperuntukkan kepada MIC sejak sekian lama. Jika mencari kerusi majoriti India nescaya tidak adalah calon MIC yang dapat bertanding. G Palanivel menang pada pilihan raya 1999 dan 2004, tetapi tewas kepada Zainal Abidin pada 2008. Zainal Abidin mendapat 23,177 undi untuk menang tipis dengan 198 undi. Palanivel pula mendapat 22,979 undi.

Pujukan yang dibuat Umno kepada MIC adalah parti itu akan diberikan kerusi lain dalam pilihan raya umum nanti. Tetapi, kerusi manakah itu, belum disebutkan lagi. Ini menyebabkan ramai pemimpin MIC beranggapan ini janji kosong Umno sahaja.

Walaupun tuntutan agar PKR juga meletakkan calon India dalam pilihan raya ini berkumandang juga namun jika PKR terus dengan calon Melayu ia tidak berapa sukar. Ini kerana, kerusi ini dimenangi dalam pilihan raya 2008 lalu melalui calon Melayu iaitu Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad. Jadi jika

Datuk Zaid yang bertanding, ia bakal diterima dengan baik. Tambahan pula, jika Zaid yang terpilih, ia lebih senang kerana dia sangat diterima baik oleh India, Cina maupun Melayu di negara ini.

Zaid pula dikatakan sudah mula 'bekerja' untuk menjadi wakil rakyat kawasan ini setelah Dr Zainal sekian lama tidak mampu untuk menjalankan tugasnya dengan baik kerana skit barah otak yang dialaminya itu.

"Walaupun Zaid orang Kelantan tetapi dia sudah lama menjadi 'rakyat Selangor' selepas bekerja dan tinggal di sini sejak sekian lama," kata seorang pemimpin kanan PKR.

Halangan besar beliau dalam memenangi kawasan ini adalah empat kawasan Felda yang ada dalam kawasan Hulu Selangor Felda Gedangsa, Soeharto, Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan. Ia bakal menjadi kubu Umno.

Namun sejarah 13 tahun lalu di mana ke empat-empat kawasan Felda ini mahu dijadikan zon industri oleh bakal calon Umno kini, iaitu Tan Sri Muhamad, bakal menjadi mimpi ngeri untuk Umno. Sekurang-kurang 70 keluarga kakitangan Felda yang terpaksa bersara awal untuk menyambut kawasan industri itu tentu masih merasa peritnya.

Jika Zaid dan PKR dengan sokongan penuh PAS dan DAP boleh berbuat sesuatu di sini, sudah pasti angan-angan Umno untuk menjadikan Hulu Selangor sebagai Bagan Pinang kedua bakal meleset.

Menyukat degup jantung negara di Memali

A SAMAD SAID
DUA minggu lalu saya kembara ke Kedah. Saya ke Memali sebenarnya. Saya menyukat degup jantung negara. Rancangan awalnya saya hanya ingin ke sebuah madrasah di Padang Lumat — berceramah syahdu sambil menderma buku. Tapi, terlanjur dekat, saya terindu ke Memali.

Selama ini saya hanya mendengar sejarah pilunya. Sekelompok pendakwah di situ diwarnakan sebagai penyebar ajaran sesat yang jati.

Dakwaan pedih itulah yang mendorong saya untuk mencari setitis kebenaran seputarnya. Kisah peristiwa Memali berdarah itu sebenarnya tertinggal di simpang jalan. Kita dipamerkan dua buah lukisan abstrak yang sangat berantakan. Dari sisi pemerintah, kelompok pendakwah ini 'sah' penyebar ajaran sesat. Tapi, dari sisi keluarga Allahyarham Ibrahim Libya, kelompok itu diluhuri perjuangan syahid.

Saya cuma ingin menaati pesanan Ka'ab bin Malik. Kebenaran sangat utama. Sahabat Rasulullah s.a.w itu bercakap benar. Ka'ab mengakui kesilapannya terlupa menyertai rombongan pejuangan syahid ke Tabuk. Allah Yang Maha Kuasa memaafkan dosa hambanya itu kerana ketulusan pengakuan hamba tersebut. Saya coba mengunyah iktibar di sebaliknya.

Dalam negara kita kini memang banyak kecuaian sedemikian. Lihatlah - terhidu wabak menyonglap dana; tersebar istilah berubah makna; terpercik ghaib enjin 'jet' sendiri; tertular pejuWang melelong diri.

Apabila kita mula ghairah menimbus kebenaran sebagai kepalsuan — dan serentak — menggali kepalsuan sebagai kebenaran, kita mereputkan akar peribadi bangsa. Jika berlanjut, kita bakal menjadi bangsa yang sebal.

Lihat, kita sudah jarang mengingati Visi 2020. (Adakah lagi wawasan itu?) Kita semakin jarang menyebut agenda pertingkat penduduk ke 40 juta. (Memang adakah dasar rasminya?) Kita mula melupai Islam Hadhari. (Apakah kini memang harinya terhad?)

Sebaliknya, dalam rahsia, kita mula mempertanya tentang kerugian bilionan di bawah kuasa dua orang bekas Perdana Menteri; berhujah tentang pencemaran makna 'royalti'; berdebat tentang mengapa selepas 6 Perdana Menteri Melayu berkuasa kita masih juga terpaksa menjerit Melayu terancam?

Pemimpin kita hanya duduk semeja sejak Merdeka. Mereka sangat selesa saling berdusta. Dan gemar menyebut "Melayu mudah lupa!"

4 Ahli Parlimen Bebas akan diperalat di Hulu Selangor

WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR:
Umno/Barisan Nasional (BN) akan menggunakan 'talian hayat' empat ahli Parlimen Bebas yang baru sahaja keluar dari KeADILan bagi berkempen dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan dalam masa terdekat berikutan kematian penyandangnya, Dato' Zainal Abidin Ahmad.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar berkata, pastinya Umno/BN akan menggunakan talian hayat itu kerana sebelum ini di Parlimen juga, empat wakil Bebas bekas ahli KeADILan itu menyerang Pakatan Rakyat dan beberapa pemimpin utama pakatan.

"Kita kena hati-hati dengan strategi ini.Namun kita yakin rakyat dapat menilai sejauhmana dakyah mereka ini benar," katanya ketika mengulas persediaan PRK Parlimen Hulu Selangor pada 26 Mac lalu.

Firdaus yang juga ahli Parlimen PAS Jerai berkata, rakyat perlu menolak calon BN tidak kira dari MIC atau Umno yang akan diletakkan kerana, pentadbiran BN hari ini sudah 'hancur'.

Malah katanya, pentadbiran BN hari ini langsung tidak mementingkan rakyat, sebaliknya membuat sesuatu dasar mengikut selera pemimpin sahaja.

Lihat sahaja dalam isu pelantikan Apco Worldwide sebagai syarikat perunding komunikasi 1Malaysia dan isu kegawatan ekonomi, judi dan pertahanan negara yang terdedah kepada maklumat asing, katanya.

"Ini semua menunjukkan kegagalan kerajaan Umno/BN/.Sedangkan rakyat di Selangor hari ini mendapat khidmat yang bagik dari kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.Banyak perubahan yang mesra rakyat dibuat, ini perlu dipandang oleh pengundi," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani pula berkata pihaknya telah menubuhkan sekretariat petugas khas untuk menyelia pusat khidmat Hulu Selangor dengan mempertimbangkan situasi bahawa Zainal kurang sihat dan tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya ke atas Hulu Selangor.

“Jadi kami sudah bergerak dan mengadakan gerak kerja dari awal-awal lagi. Oleh itu saya lihat tiada masalah untuk menghadapi pilihan raya kecil ini apabila diadakan,” kata beliau.

Zainal, 71, meninggal dunia di kediamannya di Batu 9½, Jalan Cheras, Kajang, kira-kira 9.27 malam tadi akibat barah otak.

Allahyarham memenangi kawasan Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum Mac 2008 di atas tiket PKR dan pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor ketika dalam Umno.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, Zainal pernah menjawat jawatan Exco negeri, antaranya Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G. Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.

Mengulas lanjut, Abdullah memberitahu pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas jentera pilihan raya Selangor untuk membincangkan strategi menghadapi pilihan raya kecil Ahad ini.

Bagaimanapun beliau memberitahu, mesyuarat khas itu tidak akan membincangkan soal bakal calon bagi kerusi itu.

“Soal calon kita serahkan kepada pucuk kepimpinan,” kata beliau di sebalik desas-desus Dato' Zaid Ibrahim kemungkinan diturunkan di sana.

Nama Zaid, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri dan anggota Majlis Pimpinan Pusat KeADILan, disebarkan menerusi Internet sejak berita Zainal meninggal dunia muncul malam tadi.

Pakatan mula kempen di Hulu Selangor

Pakatan Rakyat memulakan kempennya malam tadi untuk mempertahankan kerusi parlimen Hulu Selangor dengan perhimpunan kira-kira 5,000 penyokongnya di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu.

Majlis yang dinamakan "kempen selamatkan negara" itu, menyaksikan Kuala Kubu Bharu sesak dengan kenderaan orang ramai yang datang, termasuk dari luar Kuala Kubu Bharu.

pakatan gathering hulu selangor02Ada yang datang dari Tanjung Malim dan sejauh Sungai Besar, Perak. Mereka termasuk 50 orang yang menyewa bas dari sebuah ested di Tanjung Malim untuk datang menghadiri majlis malam tadi.

Pemimpin utama Pakatan termasuk timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali; naib presiden PKR, Azmin Ali; pengarah strategi PKR, Tian Chua; ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Hatta Ramli dan ADUN DAP bagi Kampung Tunku, Lau Weng San adalah antara mereka yang menghadiri majlis tersebut.

Turut hadir ialah penyelaras Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim, yang disebut-sebut mungkin dipilih sebagai calon PKR untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Manakala ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tiba sejurus sebelum jam 11 malam.

pakatan kkb talks anwarPara pemimpin Pakatan itu berucap dengan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad - wakil rakyat Hulu Selangor yang meninggal dunia kelmarin kerana barah otak.

Menurut Tian Chua, Zainal Abidin yang pernah menjadi timbalan menteri besar Selangor ketika di bawah pentadbiran BN, telah bekerja keras berkhidmat untuk rakyat sehingga ke akhir hayatnya.

Mereka yang berucap malam tadi kemudiannya beralih kepada nada kempen, dengan masing-masing menyentuh isu-isu panas, antaranya kes kehilangan enjin pesawat pejuang TUDM, kontrak kapal selam Scorpene, rasuah dan lain-lain lagi.

Khalid pula menegaskan bahawa dalam pilihanraya umum lalu, rakyat Malaysia telah membuat keputusan untuk membawa perubahan.

pkr gathering in hulu selangorDi Selangor, katanya, Pakatan telah diberi mandat untuk memerintah dan "kami membalasnya dengan memberi perkhidmatan yang terbaik", dengan diikuti tepukan gemuruh para hadirin.

Difahamkan perhimpunan malam tadi dirancang lebih awal sebelum Zainal Abidin meninggal dunia.

Menurut Dr Hatta, Pakatan sedang membuat persiapan untuk mengadakan perhimpunan tersebut apabila Zainal Abidin menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ekoran itu, "kempen selamatkan negara" telah bertukar menjadi kempen untuk pilihan raya kecil.

Azmin yang juga ahli parlimen Gombak pula, dalam ucapannya berkata, PKR mahu meletakkan seorang calon yang boleh menrealisasikan impian Pakatan.

Katanya, kerajaan Selangor di bawah Pakatan telah berjaya membawa masuk pelaburan berjumlah RM7 bilion dalam tempoh dua tahun.

Pada tahun 2009 sahaja, katanya, Selangor telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 20,753 orang.

pakatan kkb talks anwar and crowdMenteri besar Selangor, tegasnya, menggunakan harta kerajaan negeri untuk rakyat dan "bukan membina istana bernilai RM24 juta untuk dirinya".

Anwar mula berucap mulai jam 11.45 malam. Mengambil kira jumlah pengundi kaum India yang besar di Hulu Selangor, beliau menegaskan bahawa dua aktivis utama Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kini bersama Pakatan.

“(T) Vasanthakumar, yang menyertai PKR, berada di sini," kata Anwar sambil menambah, V Ganabatirau, yang turut hadir, telah menjadi ahli DAP.
-malaysiakini-

Duda, amah ditahan bersekududukan

SEORANG duda (kiri) memberi keterangan kepada pihak berkuasa manakala pembantu rumahnya menidurkan anaknya ketika diserbu di sebuah kebun ubi di Alor Gajah semalam.


ALOR GAJAH: Tindakan seorang duda yang membawa pembantu rumahnya bersembunyi di sebuah kebun ubi di belakang rumah mereka nyata sia-sia apabila kedua-duanya dapat ditahan sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam satu serbuan di Paya Rumput, Masjid Tanah di sini semalam.

Ketika ditahan pukul 12.30 pagi itu, duda berusia 49 tahun tersebut didapati memasang ubat nyamuk bagi mengelakkan anak wanita Indonesia berusia enam bulan yang dibawa bersama ke kebun tersebut menjadi mangsa gigitan serangga berkenaan.

Sebelum itu, pasangan tersebut telah melarikan diri dari rumah mereka selepas menyedari kehadiran JAIM.

Lebih jelik apabila lelaki itu sanggup meninggalkan dua anak lelakinya berusia enam dan lapan tahun yang sedang tidur di rumah bersendirian.

Dua beradik itu kemudian terpinga-pinga apabila mendapati rumah mereka diserbu anggota JAIM dan bapa mereka pula lesap.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa JAIM, Rahimin Bani memberitahu, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai yang curiga mengenai status seorang wanita berkenaan yang tinggal di situ sejak setahun lalu.

-kosmo-