"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Usul Hadi ‘dijual’ untuk melariskan PAS dalam PRK?

Mujahid Yusof Rawa
Dalam tulisan-tulisan saya yang lalu, saya menyentuh soal memperundangkan syariah dengan melihat halangan-halangan perundangan yang menyekat proses memperundangkan hukum hudud.
Ada dua isu iaitu, dalam konteks mafhum Syariat ia perlu dilihat luas mencakupi aspek pencegahan, pendidikan dan infra perundangan.

Kedua ialah, melalui proses memperundangkan syariat ia perlu melalui legaslatif dan kemudian diadaptasi ke peringkat negeri.

Apa yang berlaku di Parlimen hari ini ialah aspek kedua iaitu dalam meminda seksyen 355 Akta Mahkamah Syariah 1965 dibentangkan secara bil persendirian oleh wakil Marang.

Bagi saya ia peluang untuk dibahas secara demokratik dan proses menerima atau tidak juga melalui proses demokratik.

Pihak ahli legaslatif diberi ruang mengkritik dan membahas isu syariah dalam kerangka memperundangkan dari sudut kerangka perlembagaaan dan halangan-halangan secara perlembagaan dan bukan sentimen menerima atau menolak secara emosi.

Malangnya usul persendirian yang jarang mendapat perhatian Speaker disiakan dengan Marang sendiri minta ditangguhkan perbahasan.

Ini bermakna kenyataan bil persendirian diizinkan untuk dibentang dalam hal undang-undang syariah seksyen 355 tanpa bahas boleh terdedah kepada berbagai manupulasi.

Yang menentang akan jadikan ini sebagai muqaddimah pada hudud manakala yang menyokong akan menjadikan isu ini sebagai bahan kempen PRK dan untuk konsumsi ahli parti manakala yang betul-betul mahu melihat perincian dan penjelasan tidak dapat membuat apa-apa rumusan kerana proses ini masih tergantung.

Apapun diharapkan akta berkenaan dengan hak muslim untuk mengikut hukuman jenayah syariah tidak dieskploitasikan untuk tujuan politik sempit apatah lagi untuk tujuan kempen PRK yang terdekat ini.

Jikalau ini berlaku maka agama akan ‘dijual’ sekali lagi untuk ‘melariskan’ sokongan yang bakal diraih.

Saya menunggu perincian Marang dan mahu membahasnya dalam korum Parlimen supaya peranan demokrasi tidak membelakangkan keperluan perundangan syariah sebagai sebahagian daripada atur mainan demokrasi.

Sebagai demokrat yang muslim, saya akan menyokong perbahasan yang bebas, adil dan bertanggungjawab yang akhirnya menelurkan satu keputusan seperti mana-mana rang undang-undang.

Tetapi saya bantah jika usul Marang dibuat sebagai bahan kempen untuk mengukuhkan kedudukan partinya atau untuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Semua pihak yang berkolaborasi untuk tujuan politik sempit atas nama memperundangkan syariat bukan sahaja tidak ada moral tetapi telah ‘menjual agama’ untuk tujuan politik.

Saya harap ianya tidak begitu walaupun sejarah ‘jual agama’ sinonim dengan beberapa kelompok umat beragama termasuk Islam.

Sememangnya RUU persendirian pindaan Seksyen 355 Akta Mahkamah Syariah 1965 masih lagi dalam kekaburan.

Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa adalah Ahli Parlimen Parit Buntar dan Naib Presiden AMANAH

Anak TGNA 'U-turn' takut kena marah

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
SHAH ALAM - Anak sulung bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar memberitahu Allahyarham ayahnya itu seorang yang garang namun masih tetap didekati orang lain.

Hinggakan ada ketika mereka adik beradik sanggup membatalkan niat untuk bertemu dengan Allahyarham gara-gara takut dimarah.

Akui sukar untuk bertemu dengan si ayah, Nik Omar berkata mereka adik beradik telah berpakat untuk pulang setiap minggu pada hari yang sama demi meluangkan masa bersama.

"Kesibukan beliau, kita adik beradik memang rasa. Nak jumpa, bercakap memang susah. Kami pakat balik malam Khamis setiap minggu.

"Masa itulah kita boleh bercakap dan di depan kami yang bercakap itu bukan Musyidul Am Pas, Menteri Besar (Kelantan) tapi seorang ayah kepada anak yang perlukan kasih sayang.

"Tapi kadang-kadang memang rasa takut sebab Tok Guru ini bekeng (garang). Tapi bekeng bekeng dia, orang nak pergi (jumpa). Ada sekali itu kita nampak dia, kita pusing balik sebab takut dia marah," katanya ketika perkongsian pada 'Wacana : Dunia Pendidikan Tok Guru' di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Mengimbau kembali kenangan bersama Allahyarham, Nik Omar yang juga merupakan Pengetua Kompleks Pendidikan Darul Anuar berkata, walaupun ayahnya itu kurang sihat, jika topik politik dibuka, ayahnya itu kembali segar.

"Kami bercakap tentang banyak perkara termasuk sukan, isu antarabangsa, pertanian, isu semasa dan dia akan respons

"Tapi kami memang pakat tak cakap hal politik sebab politik ini kalau dia letih pun dia jadi segar. Tapi lepas itu dia demam balik," katanya.

Katanya lagi, ada Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang pelik dengan cara Allahyarham menutup lampu dan kipas sendiri sebelum meninggalkan pejabatnya.

"Tapi kita (keluarga) tidak pelik sebab di rumah juga dia buat begitu. Semua dia tutup sendiri sebelum meninggalkan bilik. Kehidupan dia begitu sederhana.

"Saya pun baru tahu bila Galeri Tok Guru dibuka, dalam bilik air dia ada baldi buruk usia puluh tahun pun masih digunakan.

"Guna air untuk mandi pun sangat minima. Apa Nabi amalkan, Allahyarham ikut. Nasi sebutir pun dia habiskan," katanya.
-sinarharian-

Lelaki buta bawa motosikal, isterinya membonceng di belakang (Gambar)

Lelaki buta bawa motosikal, isteri bagi arahan
Lelaki buta bawa motosikal, isteri bagi arahan
Beijing: Melihat seorang suami menunggang motosikal sementara isterinya membonceng di belakang bukanlah sesuatu yang pelik.

Bagaimana jika si suami itu yang membawa motosikal berkenaan buta?

Ini yang berlaku di bandar Yichun di wilayah Jiangxi.

Seorang lelaki sempat merakam seorang suami buta membawa motosikal dengan isterinya di belakang.

Si isteri dilihat menjerit dengan kuat, memberi arahan kepada suaminya sementara si suami dengan yakin dan tanpa takut, terus memandu motosikalnya.

Apabila tiba di tempat yang dituju, pasangan itu turun dan kelihatan selesa, seolah-olah ini bukan kali pertama mereka berbuat demikian.

Apabila rakaman video itu viral di media sosial minggu lalu, polis bertindak menjejaki lelaki buta itu.

Selepas disiasat, polis mengesahkan dia bekerja di sebuah rumah urut.

Untuk menjimatkan wang, dia rela menunggang motosikal bersama isterinya. Dengan demikian, mereka tidak perlu mengeluarkan wang untuk membayar tambang bas atau teksi ulang alik dari tempat kerja.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada polis bertindak ke atas lelaki itu dan isterinya.
-kualalumpurpost-

Pembangkang porak perandak kerana usul pindaan Akta 355?

Amanah Kelantan anggap usul pindaan bertujuan porak perandakan pembangkang
ZIKRI ABDULLAH

Amanah Kelantan menyifatkan usul pensendirian yang dibawa presiden Pas berkaitan Pindaan Akta 355 bagi mengubah kadar hukuman di mahkamah syariah hanyalah satu perancangan memporak perandakan parti-parti pembangkang dan sama sekali tidak berkaitan dengan perlaksanan hudud dan qisas seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Jenayah Syariah II negeri Kelantan (1993) 2015.

"Usul persendirian Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 telah mengundang berbagai reaksi dan polemik.

"Ada pihak yg mendakwa kejayaan membentang usul ini membuka ruang kearah pelaksanaan hukum hudud, manakala pihak yang lain pula menafikannya.

"Ada pihak bangkit membantah kerana hukum hudud, selain ada yang tidak bersetuju kerana bercanggah dengan perlembagaan negara," kata Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed pada satus facebooknya.

Bagi beliau, Akta 355 tidak ada kaitan degan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (2015) kerana cadangan pindaannya hanya sekadar menambah kuasa hukuman bagi bidangkuasa jenayah yang sedia ada dalam Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985, bukannya bagi membolehkan mahkamah syariah membicarakan kesalahan-kesalahan hudud dan qisas seperti yang diperuntukkan dalam KJS II (1993) 2015.

"Cadangan meminda Akta 355 bukanlah suatu yang pelik kerana semenjak diluluskan tahun 1965, akta ini sudah dua kali dipinda iaitu tahun 1984 dan 1988, cuma pindaan kali ini dicadangkan oleh pihak pembangkang, memang suatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara," katanya

Gaya bahasa dan teknik pindaan yang dikemukakan dalam draf RUU MP Marang juga katanya agak kelainan dan nampak pelik berbanding dengan format yang lazim digunakan dalam draf pindaan undang-undang termasuk penggunaan istilah " Undang Undang Persekutuan" kepada Perlembagaan Persekutuan.

"Cadangan pindaan dengan memansuhkan Seksyen 2 dalam Akta Ibu dan menggantikannya dengan Seksyen 2 yang baru tidak menampakkan apa-apa perubahan atau pindaan kapada bidangkuasa asal mahkamah syariah seperti yang diperuntukkan dalam Butiran Satu, Senarai II Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan kecuali sekadar mengubah struktur ayatnya yang asal, seolah-olah menampakkan pindaan ini tidak ada apa-apa perubahan undang-undang.
.
Beliau turut menyentuh cadangan memansuhkan Perenggan Dua dlm Seksyen 2 Akta Ibu dan menggantikannya dengan Seksyen 2A yang baru menjadikan Akta tersebut semakin bercelaru dan tidak jelas di segi kuasa hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah syariah kerana ianya hanya diperuntukkan secara umum " mengikut hukum syarak", cadangan ini tidak mencapai matlamat pengkanunan undang-undang yang sepatutnya disebut secara jelas bentuk dan kadar hukuman yang hendak diperuntukkan.

"Semua ini menjadikan saya beranggapan draf RUUP ini telah dibuat secara tergesa-gesa dengan kesilapan yang disengajakan untuk memerangkap Presiden Pas dan pemimpinnya yang lain dslsm polemik isu pelaksanaan hukum hudud yang sengaja dicipta untuk memporak perandakan parti-parti pembangkang.
-malaysiadateline

Polis buru 30 lelaki disyaki terbabit merogol seorang gadis berusia 16 tahun secara beramai-ramai

Rio De Janeiro: Polis Brazil memburu lebih 30 lelaki yang disyaki terbabit merogol seorang gadis berusia 16 tahun secara beramai-ramai hujung minggu lalu.

Penyerang juga menyiarkan gambar dan video serangan terhadap remaja yang tidak sedarkan diri itu di Twitter.

Polis memberitahu, gadis itu diserang lelaki bersenjata pada Sabtu ketika melawat kawasan setinggan di barat Rio de Janeiro.

Mangsa memberitahu pihak berkuasa beliau baru sedarkan diri pada pagi Ahad.

Video serangan itu kali pertama dilihat di media sosial Brazil pada Selasa.
-kualalumpurpost-

Dua Adun bertembung di Sungai Besar

Malaysia Dateline
Dr Rani (tengah) diumumkan sebagai calon Pas di Sungai Besar.
Dr Rani (tengah) diumumkan sebagai calon Pas di Sungai Besar.

Dua Adun iaitu Adun Meru dari Pas, Dr Abdul Rani Othman dan Adun Sungai Panjang dari Umno, Budiman Zohdi akan bertembung di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Kedua-dua dijangka akan bertembung dengan calon dari Pakatan Harapan yang akan diumumkan namanya 1 Jun ini.

Nama Budiman diumumkan naib presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi manakala nama Dr Rani diumumkan oleh Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Di Kuala Kangsar pula, bekas calon Pas di Parit, Dr Najihatulsalehah Ahmad diumumkan sebagai calon parti itu dalam PRK berkenaan.
Dr Najihatul adalah ketua muslimat Pas Perak.

Sehingga kini, BN dan Pakatan Harapan belum mengumumkan calon mereka untuk PRK kawasan ini.

Pas ketandusan pemimpin terpaksa letak Abdul Rani Osman ADUN Meru sebagai calon parlimen Sungai Besar

PAS mengumumkan Abdul Rani Osman ADUN Meru sebagai calon parti itu pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen Sungai Besar pada 18 Jun depan.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan kira-kira 500 penyokong parti itu di Markaz PAS Simpang 5, Sungai Besar, sebentar tadi.

Turut hadir naib presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, anggota parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang juga ketua pemuda PAS dan Presiden IKATAN Tan Sri Shiekh Kadir Fadzir.

"Ini pilihan raya kecil dan kita memerlukan tokoh yang terjun bersama rakyat.

"Calonnya adalah Dr Abdul Rani Osman. Saya difahamkan, beliau ada darah Banjar dan Jawa. Semua anak Adam," kata Hadi disambut laungan takbir.

Abdul Rani merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan ADUN Meru sejak 2008.

Sebelum mencerubi politik, Rani menjalankan sebuah klinik swasta 'Fitrah' di pekan Meru.

Sungai Besar memiliki 67.18 peratus pengundi Melayu, pengundi Cina (31 peratus), pengundi India (1.91 peratus dan kaum lain (0.23 peratus).

Kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar diisytihar kosong selepas penyandangnya Datuk Noriah Kasnon meninggal dunia dalam kemalangan helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Sementara itu, Abdul Rani sewaktu berucap berjaya memukau hadirin yang hadir apabila dalam ucapannya turut diselitkan dengan bahasa Jawa.

Malah, Abdul Rani turut menjelaskan bahawa beliau seorang yang penyabar dan berjanji “tidak akan mencampak mikrofon sewaktu berucap”.

"Saya bukan orang yang senang marah. Saya tak akan baling mikrofon," katanya.

Tidak jelas beliau merujuk kepada siapa.

Bagaimanapun Presiden serpihan PAS Parti Amanah Negara (Negara) Mohamad Sabu sebelum ini mencuri perhatian selepas membaling mikrofon (gambar) di atas pentas.

Mohamad antara nama disebut-sebut sebagai calon PAS dalam dua pilihan raya kecil akan datang. AMANAH masih belum mengumumkan calon mereka setakat ini.

Dalam pilihan raya umum (PRU) 13 Noriah menguasai kerusi Sungai Besar dengan mengetepikan Mohamed Salleh Husin (PAS) dengan kelebihan 399 undi sahaja.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Sungai Besar dijalankan serentak dengan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini manakala tarikh penamaan calon pula diadakan pada 5 Jun depan.

Pakatan Harapan sehingga kini masih belum menentukan parti serta calon yang akan bertanding bagi kedua-dua PRK tersebut.

Sementara itu, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi pula diumum sebagai calon BN bagi Sungai Besar.
-malaysiakini-

Video wanita paksa peragut berlari bogel

Colombia: Seorang peragut mendapat malu besar apabila wanita yang cuba disamunnya telah memaksa lelaki berkenaan berbogel dan berlari di sekeliling jalan di Bogota di Colombia.

Dalam kejadian berkenaan, wanita itu telah menarik rambut di peragut selepas lelaki tersebut cuba menyamunnya dengan menggunakan pisau.

Dia kemudiannya memukul peragut itu dan memaksa lelaki tersebut berlutut sebelum mengarahkannya berbogel.


Lelaki itu telah dipaksa berlari di sekeliling jalan dalam keadaan memalukan sambil disaksikan oleh orang ramai.

Seekor anjing telah ditugaskan untuk mengejar lelaki itu dari belakang ketika dia berlari.

Sekali-sekali wanita itu memukul punggung si peragut terbabit.

Kejadian itu dirakamkan dan videonya telah dimuatnaik dalam LiveLeak. Mungkin ia menjadi pengajaran paling besar dan memalukan kepada peragut terbabit.

-kualalumpurpost-

VIDEO: ADUN UMNO KEDAH BERTUMBUK, REMAJA DAN TEMAN WANITA CEDERA

ARIANNA
azmi che husain gaduh
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Kedah, Datuk Azmi Che Husain didakwa bergaduh dengan pasangan remaja di khalayak umum sehingga mencederakan seorang wanita dalam satu kejadian di bandar Alor Setar baru-baru ini.

Insiden tersebut berlaku pada 15 Mei lalu di hadapan pusat beli belah Aman Central dimana Adun tersebut memberhentikan keretanya disebelah kereta mangsa dan kemudiaan disusuli dengan pergaduhan.

Satu laporan polis juga dibuat dan dalam laporan tersebut, teman wanita lelaki tersebut memandangkan teman wanitanya, Nur Shahirah Mokhti mengalami kecederaan selepas cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Remaja tersebut bernama Alif Adam juga memuatnaik status dalam akaun Facebook miliknya (Adam Hoonigan) berserta video insiden pergaduhan tersebut.

“Tiba tiba lelaki 50-An dari kereta tersebut telah turun dari keretanya dan membuka pintu kereta saya dan menarik kunci kereta saya.

“Lelaki 50-An telah menumbuk saya di bahagian mulut saya. Akibat dari itu, mulut saya mengalami luka. Kemudian lelaki 50-An tersebut telah menarik tangan saya untuk keluar dari kereta dan apabila saya keluar dari kereta saya telah menumbuk lelaki 50-An tersebut….

….Datang pula (2) lelaki 20-An dari kereta tersebut dan mereka bertiga memukul saya,” kata Adam dalam laporan polis yang dibuatnya sejurus selepas insiden tersebut.

Menurut Adam, selepas beberapa hari kejadian baharu beliau mengetahui lelaki 50-an yang menumbuknya adalah seorang VVIP dan berjawatan tinggi dalam kerajaan negeri.

“Selepas beberapa hari dari hari kejadian, barulah saya mendapat tahu dari rakan ayah saya yang bekerja di Wisma Negeri Kedah yang lelaki berusia 50-an tersebut adalah Datuk Azmi Che Husain, seorang Timbalan speaker Negeri Kedah.

“Tujuan saya kongsikan perkara ini adalah untuk beliau tampil memberi keterangan kepada pihak polis agar kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Saya amat tidak berpuas hati kerana saya dan teman wanita saya dipukul oleh 3orang samseng jalanan yang berpangkat (VVIP),” tulis Adam dalam status akaun Facebooknya.

Menurut mangsa tersebut, individu didakwa Adun Umno tersebut beredar dari tempat kejadian dan beliau terpaksa membawa teman wanitanya ke Kedah Medical Center (KMC) ekoran kecederaan dialami teman wanitanya itu.

“Kemudian kereta tersebut terus beredar dari tempat kejadian. Saya telah membawa teman wanita saya ke KMC Alor Star Kedah kerana telah mengalami sesak nafas yang sangat teruk,” kata Adam dalam laporan polis.
adun umno gaduh Datuk Azmi Che Husain
Adam juga menunjukkan salinan laporan polis dan perubatan sebagai bukti insiden tersebut berlaku. – 27 Mei, 2016.

Nota Editor : The Malaysian Mirror masih cuba mendapatkan maklum balas daripada Azmi berhubung insiden pergaduhan yang membabitkan beliau dengan remaja tersebut.
-malaysiastylonews-

Kantoi: Pencuri tertinggal motosikal di tempat kejadian

FMT Reporters
cuir
PETALING JAYA: Gara-gara terlalu gembira berjaya mencuri lima utas rantai dari sebuah kuil Hindu, dua perompak terlupa motosikal yang ditinggalkan di luar tempat kejadian.

Mereka akhirnya dicekup apabila kembali untuk mengambil motosikal di kuil itu sejam kemudian.
Menurut laporan China Press, kejadian itu berlaku pada jam 12.45 pagi 16 Mei lalu di sebuah kuil di Setapak.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, penjaga kuil itu dihubungi bapanya yang memaklumkan ternampak dua individu tidak dikenali keluar dari pintu belakang kuil terbabit.

“Penjaga kuil mendapati lima utas rantai emas dalam kuil itu hilang dan kerugian dianggarkan kira-kira RM5,000. Ia dipercayai dicuri dan mereka turut mendapati ada sebuah motosikal diletakkan berhampiran kuil,” katanya semalam.

Menurut laporan polis yang dibuat penjaga kuil terbabit, dua lelaki India pergi ke kuil itu kira-kira sejam kemudian dan mengatakan mereka hendak sembahyang di dalam kuil itu.

Penjaga kuil yang curiga dengan dakwaan kedua-dua suspek itu kononnya hendak sembahyang pada awal pagi akhirnya mendapati mereka sebenarnya hendak mengambil motosikal yang ditinggalkan di luar kuil.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat yang diberikan dua suspek berusia 16 tahun serta 22 tahun itu, polis menjumpai tiga utas rantai emas itu dalam sebuah rumah di Setapak pada jam 11.30 pagi kelmarin.

Sehubungan itu, mereka turut menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang mempunyai 15 rekod jenayah lampau dan merupakan dalang kumpulan jenayah itu.

Katanya, polis masih mencari baki dua utas rantai emas itu dan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Guru nyaris dirogol hanya kerana RM10

FMT Reporters 
PETALING JAYA: Seorang guru nyaris dirogol kerana beliau hanya mempunyai RM10 ketika dirompak dua penjenayah bersenjatakan pisau di luar pangsapurinya.

Menurut laporan China Press, kejadian itu berlaku pada jam 1 pagi Sabtu lalu di sebuah tempat letak kereta terbuka di Danau Kota, Setapak ketika seorang guru berbangsa Cina yang mengajar bahasa Jepun keluar mengambil barang di keretanya.

Tiba-tiba mangsa berusia 28 tahun itu didatangi dua perompak yang bersenjatakan pisau dan mengarahkan beliau menyerahkan barang miliknya.

Difahamkan, perompak yang berang kerana mangsa ketika itu hanya mempunyai RM10 bertindak memukul mata dan muka wanita itu dengan seorang daripada penjenayah terbabit cuba merogolnya.

Menurut laporan itu, mangsa mula menjerit meminta tolong dan dua lelaki India yang tinggal berdekatan tempat kejadian tampil membantu mangsa.

Kedua-dua suspek itu bagaimanapun berjaya melarikan diri manakala mangsa yang cedera terpaksa menerima 12 jahitan di dahinya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif mengesahkan telah menerima laporan mangsa dan giat mengesan kedudukan dua suspek itu.

'Saya boleh lepaskan Adun Salor, tapi…' - Husam Musa

'Saya boleh lepaskan Adun Salor, tapi…'
Husam pada sidang media khas di kediamannya di Kota Bharu hari ini. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU - Datuk Husam Musa menegaskan beliau sedia melepaskan jawatan Adun Salor dengan syarat Pas membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi membenarkan wakil rakyat yang meletak jawatan boleh bertanding semula.

Beliau turut mendakwa, tindakan Pas ‘mendera’ beliau apabila meminta melepaskan jawatan Adun Salor selepas baru sahaja memecat daripada ahli Pas.

“Pada saya ini adalah penderaan berkali-kali, kamu sudah dera dan pecat, mungkin ada motif politik pecat saya, dan kemudian bila saya dipecat saya kena letak jawatan tak boleh bertanding,

“Jadi Pas telah mendera saya sebanyak dua kali, saya bersedia letak jawatan tapi kalau saya letak jawatan tak boleh bertanding macam mana saya nak lawan,” katanya dalam sidang medianya, hari ini.

Sementara itu, pemecatan Husam sebagai ahli Pas adalah sah, walaupun bekas Naib Presiden Pas itu mendakwa masih belum menerima surat rasmi berkenaan keputusan tersebut.

Sebelum ini, Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sumpah baiah yang dibuat pemimpin Pas bukan sahaja menyertai parti lain, tetapi wakil rakyat yang keluar atau dipecat daripada parti juga perlu meletak jawatan sebagai Yang Berhormat.
-sinarharian

Pilihan Raya Kecil: Pemimpin PKR jumpa Haron Din bincang kerusi Sg Besar?

Mohd Sayuti Omar
Ada maklumat yang sampai kepada saya, malam tadi pemimpin tertinggi PKR berjumpa dengan Murysidul Am Pas, Dr Haron Din dipercayai untuk mencari formula bagi menghadapi pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Pemimpin PKR berkenaan katanya datang bersendirian dengan memandu kereta ke rumah Haron di Bangi. Tidak dapat dipastikan apakah butiran perbincangan mereka berdua. Saya difahamkan pemimpin PKR itu bersungguh menyakinkan Haron Din supaya memberi laluan kepada PKR bertanding di kerusi Sungai Besar.

Kerusi Sungai Besar menjadi rebutan di kalangan pembangkang khasnya Pas dan Amanah. Kedua-dua mendakwa mempunyai peluang mampu menumbangkan BN kalau diberi laluan. Kedua-dua parti itu "bergagah" antara satu sama lain.

Beberapa perbincangan mencari persefahaman antara pembangkang dilakukan, tetapi gagal mencari kata putus. Difahamkan hasil pertemuan pemimpin PKR dengan Haron itu akan menjadi kata pemutus dan dilaporkan dalam mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan.

Menyedari sukar penyelesaian itulah mungkin menyebabkan pemimpin tertinggi PKR mengambil inisiatif berjumpa dengan Haron Din. Haron dianggap boleh memberi pencerahan bagai menyelesaikan pertikaian di Sungai Besar itu kerana beliau dianggap pemimpin spiritual dalam Pas

Siapa yang bohong: Demi Allah saya tak kenal dia – Ratu Naga

Aedi Asri
ratu nagaPETALING JAYA: ‘Ratu Naga’ menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau pernah berhubung dengan pengaturcara komputer separuh masa Azharuddin Othman @ Abdullah, apatah lagi membeli pengkalan data 900,000 nama dan kad pengenalan untuk Deklarasi Rakyat daripadanya.
“Dengan nama Allah saya tak kenal dia langsung. Ini fitnah. Tapi saya tergamam sebab dia boleh bersumpah kenal saya,” kata Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah ketika dihubungi FMT.

Beliau juga berkata tidak pernah memiliki sebarang perkaitan dengan inisiatif Deklarasi Rakyat yang diketuai bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

“Saya mana ada kaitan dengan Deklarasi (Rakyat). Salam dengan Tun pun tak pernah,” katanya lagi.

Ditemani Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, seorang individu bernama Azharuddin Othman @ Abdullah hari ini tampil dengan akuan berkanun mendakwa didatangi ‘Ratu Naga’ yang ingin membeli pangkalan data 900,000 nama pada harga RM5,000.

“Pada 27 April 2016, saya dihubungi oleh Ratu Naga untuk membeli pangkalan data warganegara Malaysia dengan tujuan mengumpul 1.2 juta tandatangan untuk Deklarasi Rakyat, yang disokong oleh Tun Mahathir (Mohamad),” katanya dan mendakwa hanya menerima RM1,000 dan bukannya seperti yang dijanjikan.

Azharuddin mendakwa memiliki data tersebut memandangkan kerjanya sebagai pengaturcara komputer separuh masa dengan parti-parti politik bagi tujuan pilihan raya.

Sebelum ini, Ratu Naga menerusi akaun Facebooknya meluahkan kemarahannya dan berkata tidak akan berdiam diri dengan dakwaan tersebut.

“Saya akan buat PC (sidang media) jawab balik. Saya akan diam? No (tidak), biar saya pula lawan,” katanya.

Bayi paling berat di dunia (Gambar)

Bayi perempuan paling berat di dunia lahir di India
Bayi perempuan paling berat di dunia lahir di India
Karnataka – Seorang remaja dari wilayah Hassan di sini telah melahirkan bayi perempuan seberat 6.8 kilogram (kg), menjadi yang paling berat pernah dilahirkan di dunia sehingga hari ini.

Bayi perempuan seakan berat enam bulan itu dikatakan bersaiz dua kali ganda daripada bayi normal.

Menurut laporan The Telegraph hari ini, bayi perempuan yang masih belum diberi nama itu dilahirkan melalui kaedah pembedahan caesarean oleh ibunya yang berusia 19 tahun dan dikenali sebagai Nandini.

Pihak doktor mempercayai berat bayi perempuan itu sudah mengatasi pemegang rekod semasa, Carisa Rusack yang lahir dengan berat 6.5kg di Massachusetts pada tahun 2014.

Seorang pegawai kesihatan tempatan, Dr. Venkatesh Raju berkata, selama pengalamannya 25 tahun dia belum pernah melihat mana-mana bayi yang sebesar itu.

“Dia adalah satu keajaiban. Saya percaya dia bukan sahaja bayi paling berat lahir di India tetapi bayi perempuan yang paling berat pernah dilahirkan di dunia,” ujarnya.
-kualalumpurpost-

Husam minta presiden Pas tarik balik surat pemecatan

ZIKRI ABDULLAH
Datuk Husam Musa dalam sidang media berkata sudah menerima surat pemecatannya.
Datuk Husam Musa dalam sidang media berkata sudah menerima surat pemecatannya.

Bekas naib presiden Pas Datuk Husam Musa telah menerima surat pemecatan beliau daripada Pas dan telah menulis surat khusus kepada presiden Pas meminta pemecatan beliau dibatalkan.

"Hujah-hujah yang dinyatakan dalam surat pemecatan itu ada beberapa perkara yang sama sekali tidak dapat diterima dan saya yakin kalau presiden Pas menelitinya beliau patut membatalakan pemecatan saya," kata Husam pada satu sidang media di rumahnya hari ini.

Menurutnya, beliau tidak mencabar parti kerana memecat beliau tetapi hujah-hujah yang dijadikan sebab pemecatan adalah tidak benar dan sebahagiannya mungkin bercanggah dengan undang-undang.

"Misalnya satu ucapan saya di Kedai Mulong telah digunakan sebagai hujah untuk menyatakan saya bersalah, sedangkan bila saya teliti semula transkrip ucapan itu ia sama sekali tidak betul seperti dinyatakan dalam pertuduhan," katanya.

Satu lagi contoh pertuduhan kononnya beliau bersalah kerana menjadi saksi di mahkamah berkaitan saman satu syarikat terhadap kerajaan Kelantan berhubung pembatalan kontrak pembinaan lebuhraya.

"Saya sama sekali tidak memohon jadi saksi, penetapan saya jadi saksi kes diputuskan pihak mahkamah dan sudah tentu dalam maklum pihak plaintif dan defendan.

"Bila pihak mahkamah berpuas hati saya wajar dipanggil sebagai saksi saya disapina untuk hadir dan tentu sa ya tidak boleh ingkar kerana ia telah menjadi kewajipan undang-undang," katanya.

Adalah pelik katanya apabila kehadiran beliau di mahkamah kerana mengikut ketetapan undang-undang dijadikan bahan bukti kepada parti Pas untuk memecatnya.

Beliau mengingatkan pihak Pas bahawa sekiranya pemecatan beliau tidak dibatalkan perkara ini terpaksa dibawa ke mahkamah.

"Saya memang tidak ada hak untuk persoal pemecatan saya di mahkamah, tapi sebab pemecatan itu jelas mengandungi unsur fitnah dan saya sedang berunding dengan pengumuman untuk membuat saman malu (defamation suit)," tegasnya.

Husam turut menegaskan beliau sedia melepaskan jawatan Adun Salor dengan syarat Pas membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi membenarkan wakil rakyat yang meletak jawatan boleh bertanding semula.

Beliau turut mendakwa, tindakan Pas ‘mendera’ beliau apabila meminta melepaskan jawatan Adun Salor selepas baru sahaja memecat daripada ahli Pas.

“Pada saya ini adalah penderaan berkali-kali, kamu sudah dera dan pecat, mungkin ada motif politik pecat saya, dan kemudian bila saya dipecat saya kena letak jawatan tak boleh bertanding,

“Jadi Pas telah mendera saya sebanyak dua kali, saya bersedia letak jawatan tapi kalau saya letak jawatan tak boleh bertanding macam mana saya nak lawan,” katanya.

Majlis kesyukuran yang mengorbankan seekor lembu dan seekor kerbau di rumahnya di Salor hari ini, dihadiri pelbagai lapisan masyarkat temasuk pemimpin Pas pelbagai peringkat.

Ilham Centre cadang Amanah bertanding di Sungai Besar sahaja


Hisomudin Bakar
Parti Amanah Negara (Amanah) dicadangkan bertanding di Sungai Besar sahaja dalam pilihan raya kecil kali ini manakala Pas pula dicadangkan bertanding di Kuala Kangsar sahaja.

Cadangan ini dikemukakan oleh pengkaji bebas Ilham Centre selepas turun beberapa hari di lapangan dan membuat kajian rekod pilihan raya yang lalu.

"Jika pun Pas mahu meneruskan hasratnya bertanding di kedua-dua kerusi, saya cadangkan Amanah kekal bertanding di Sungai Besar sahaja.

"Amanah berpeluang menang dengan sokongan penuh undi Cina di Sekinchan, dalam kawasan Sungai Besar sedangkan dalam masa yang sama undi Cina tidak lagi akan bersama Pas dalam pilihan raya ini.

"Oleh itu Amanah lebih berpeluang menang di Sungai Besar dan jika Pas masuk ke sini, mereka akan menjadi parti ketiga selepas BN dan Amanah," kata Hisomuddin Bakar, Pengerusi Eksekutif Ilham Centre kepada Malaysia Dateline.

Menurut beliau, dalam pilihan raya lalu, calon Pas mendapat 70.3% undi Cina di Sungai Besar iaitu kira-kira 8000 undi sedangkan purata undi Cina untuk calon-calon Pakatan Rakyat di Selangor dalam PRU 13 adalah 88%.

"Jika Pas bertanding di sini, saya jangkakan Pas akan hilang undi Cina hingga 5,000 dari 8,000 undi dahulu.

"Jika ini berlaku, Pas hanya berharap kepada undi Melayu sahaja," kata Hisomuddin yang mempunyai rekod yang sangat baik dalam kajian pilihan raya.

Dalam pilihan raya umum 2013, Allahyarrham Datuk Noriah Kasnon yang meninggal dalam kemalangan hekopter di Sarawak baru-baru ini mendapat 18,695 undi mengalahkan calon Pas Mohamed Salleh Husin, yang mendapat 18,296 undi dengan majoriti kecil 399 undi.

Sejumlah 33% pengundi Sungai Besar adalah Cina yang kebanyakannya tertumpu di Dun Sekinchan yang dimenangi calon Dap, Ng Sue Lim.

Ramalan Ilham Centre dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang lalu hampir tepat berbanding dengan keputusan sebenar pilihan raya itu.

Sebaliknya, kata Hisomuddin, Pas lebih berpeluang untuk menang di Kuala Kangsar berbanding dengan Amanah kerana peratusan undi Cina di sini hanya 24% sahaja.

"Jika Amanah masuk juga ke Kuala Kangsar bersama Pas dan BN, Amanah hanya akan menjadi parti ketiga sahaja," kata beliau.

Jika pertandingan hanya antara Pas dan BN, Pas berpeluang menang di Kuala Kangsar jika mendapat sokongan padu dari parti-parti pembangkang yang lain melawan BN.

"Jika Amanah hanya bertanding satu sahaja, pengundi akan melihat parti baru itu tidak sombong dan bakal mendapat simpati dari masyarakat.

"Begitu juga Pas. Jika bertanding di kedua-dua kawasan, Pas akan dilihat sombong dan nama baik di mata rakyat akan tercalar," katanya.

Jual 900,000 nama untuk Deklarasi Rakyat: ‘Ratu Naga’ buat laporan polis esok, ada pihak guna namanya

FMT Reporters 
Untitled-1
PETALING JAYA: Berang selepas dikaitkan dengan pembelian pangkalan data 900,000 nama dan nombor kad pengenalan untuk Deklarasi Rakyat, ‘Ratu Naga’ dikatakan akan membuat laporan polis esok.

Melalui laman Facebooknya, beliau berkata tidak akan berdiam diri dengan begitu sahaja berhubung dakwaan tersebut.

“Saya dapat tahu nama saya di gunakan untuk kerja memfitnah, saya nak jumpa budak yang guna nama saya ini (dan minta) dia bersumpah kenal saya atau tidak.

“Saya akan buat PC (sidang media) jawab balik. Saya akan diam? No (tidak), biar saya pula lawan,” katanya menerusi akaun Facebook dengan nama ‘Ratu Naga’.

Ditemani Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, seorang individu bernama Azharuddin Othman @ Abdullah hari ini tampil dengan akuan berkanun mendakwa didatangi ‘Ratu Naga’ yang ingin membeli pangkalan data 900,000 nama dengan harga RM5,000.

“Pada 27 April 2016, saya dihubungi oleh Ratu Naga untuk membeli pangkalan data warganegara Malaysia dengan tujuan mengumpul 1.2 juta tandatangan untuk Deklarasi Rakyat, yang disokong oleh Tun Mahathir (Mohamad), katanya dan mendakwa hanya menerima RM1,000 dan bukannya seperti yang dijanjikan.

Beliau mendakwa memiliki data tersebut memandangkan kerjanya sebagai pengaturcara komputer separuh masa dengan parti-parti politik bagi tujuan pilihan raya.

Azharuddin juga mendakwa 300,000 daripada 1.2 juta penandatangan bukan daripada senarainya.

----------------------------------
Lelaki dakwa jual 900,000 nama untuk Deklarasi Rakyat
Radzi Razak 
Man-claims-Save-Malaysia-bought-1.2-million-signatures-from-him
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tampil mendakwa telah menjual pangkalan data yang mengandungi 900,000 nama dan nombor kad pengenalan untuk Deklarasi Rakyat.

Lelaki itu, Azharuddin Othman @ Abdullah, hari ini dibawa ke depan oleh aktivis PKR yang juga penentang Deklarasi Rakyat, Badrul Hisham Shaharin (Chegubard).

Azharuddin menunjukkan salinan akuan berkanun yang mendakwa didatangi seorang wanita yang menggunakan nama samaran “Ratu Naga” di Facebook.
Azharuddin mendakwa 300,000 daripada 1.2 juta penandatangan bukan daripada senarainya.

Selainnya adalah nama daripada pangkalan data pilihan raya yang digunakannya dalam kerjanya dengan parti-parti politik bagi tujuan pilihan raya sebagai pengaturcara komputer separuh masa.

“Pada 27 April 2016, saya dihubungi oleh Ratu Naga untuk membeli pangkalan data warganegara Malaysia dengan tujuan mengumpul 1.2 juta tandatangan untuk Deklarasi Rakyat, yang disokong oleh Tun Mahathir (Mohamad).

“Beliau sedia maklum bahawa saya mempunyai pangkalan data yang mengandungi maklumat jutaan rakyat Malaysia yang boleh disesuaikan untuk pelbagai tujuan,” katanya dalam sidang media di sebuah restoran di Lembah Pantai hari ini.

Azharuddin mendakwa wanita itu menawarkan RM5,000 untuk maklumat daripada pangkalan data tersebut dan memberitahu Mahathir tidak mahu namanya dilibatkan dalam projek itu.

Bagaimanapun, Azharuddin berkata dia hanya dibayar RM1,000 bulan lalu. Beliau juga mengatakan mempunyai salinan komunikasi WhatsApp dengan Ratu Naga.

Azharuddin, yang berasal daripada Terengganu, menghentikan pendedahan setakat ini dan membuka ruang kepada Chegubard untuk mengemudi sidang media.

Chegubard berjanji akan meneruskan pendedahan ini tidak lama lagi.


“Kita dedahkan banyak ini dahulu. Kita tunggu respon daripada mereka (penyokong pro-Deklarasi).”

Wajah terkini bayi diselamatkan anjing

Bayi
Riyadh: Sebelum ini terdapat cerita viral ‘Anjing selamatkan bayi’ di akbar media sosial dan pada hari ni portal memuat naik gambar wajah bayi itu telah dewasa.

Anjing ini bertindak menyelamatkan bayi baru lahir dan hantar ke rumah penduduk berhampiran gambar seekor anjing ‘menggonggong’ seorang bayi yang baru lahir ini tersebar meluas di laman sosial.

Kejadian yang berlaku di Jordan itu, bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ini dibuang oleh ibunya di sebuah rumah kosong yang terbiar tanpa sebarang pakaian.

Bagaimanapun, mujur seekor anjing bwerwarna coklat terang ini menjumpai bayi berkenaan dan menggonggong keluar dari rumah terbiar itu dan membawanya ke rumah seorang penduduk berhampiran.

Netizen di media sosial pula tidak putus-putus memuji tindakkan anjing yang dianggap lebih berperikemanusiaan daripada ibu bayi itu.

Menurut gambar tersebut, telah menjadi viral di laman sosial di Arab Saudi beberapa bulan lalu di mana ia mungkin terjadi di dalam salah satu negara “Gulf Kingdom”. Tetapi Pada hari ini terdapat cerita tentang gambar bayi itu sudah membesar dan ini adalah gambar bayi tersebut.
-kualalumpurpost-

Lelaki nyaris maut, kemaluan digigit ular dalam tandas (Gambar)

FMT Reporters 
ular-sawa-1
PETALING JAYA: Seorang lelaki di Thailand nyaris maut apabila kemaluannya digigit seekor ular sawa sepanjang 3.5 meter dalam tandas.

Kejadian ngeri itu berlaku di wilayah Chachoengsao, timur Bangkok kira-kira jam 6.30 pagi semalam ketika Atthaporn Boonmakchuay, 38, duduk di atas mangkuk tandas sebelum diserang reptilia itu.

Akhbar The Sun yang berpangkalan di United Kingdom memetik laporan Bangpakong News sebagai berkata, lelaki itu segera memanggil isterinya yang meminta bantuan jiran-jiran untuk menyelamatkan mangsa.
Tandas
Mereka kemudiannya berjaya mengikat kepala ular sawa itu.

Namun, mangsa yang terpaksa bergelut dengan reptilia berkenaan pengsan akibat kehilangan terlalu banyak darah sebelum dikejarkan ke hospital.

Anggota kecemasan terpaksa memecahkan mangkuk tandas itu untuk mengeluarkan ular sawa yang bersembunyi di dalamnya sebelum dilepaskan ke hutan.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan bagi mengetahui cara reptilia itu masuk ke dalam mangkuk tandas di rumah mangsa.

Unta gigit kepala tuan hingga putus

Unta
New Delhi – Seorang lelaki maut apabila kepalanya terputus selepas seekor unta miliknya menggigit tengkuknya.

Harian Metro melaporkan, ketika kejadian haiwan itu ditambat di kawasan panas terik sepanjang hari.

Lelaki itu sedang leka melayan tetamu di rumahnya di Barmer, Rajasthan pada Sabtu sebelum dia teringat untanya ditambat di tengah halaman yang panas terik sepanjang hari.

Ketika cuba membuka ikatan pada kaki, unta tersebut mejadi agresif dan menyerangnya.

Menurut saksi yang juga jiran lelaki terbabit, untuk itu mengigit tengkuk tuannya sehingga menyebabkan kepala lelaki itu terputus.

“Unta itu menggigit tengkuk dan mengangkatnya sebelum mencampakkannya ke tanah dan mengunyah badannya sehingga kepalanya terputus,” katanya.

Penduduk kampung berkata, 25 orang berusaha keras selama enam jam untuk mengawalnya.

Sebelum ini, haiwan itu juga pernah menyerang pemiliknya.

Rajasthan mengalami peningkatan suhu dahsyat di India sehingga 51 celsius dengan 17,000 perkampungan mengalami kekurangan air dan 16 dilaporkan maut.

Pada masa sama, askar yang mengawal sempadan dengan Pakistan juga berdepan masalah unta yang menjadi agresif akibat cuaca panas melampau.

Unta biasanya tidak ganas, malah suka bermanja dengan manusia.

Bagaimanapun, unta jantan mampu menjadi agresif terutama ketika bergaduh sesama mereka.
-kualalumpurpost.net-