"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Caught on CCTV: Diwanitakan untuk mencuri

modayu
Walaupun rumah itu dinamakan rumah Allah, dan kita yakin Allah akan menjaga rumahnya,tetapi sebarang kejadian didalam rumah itu tetap menjadi perhatian AJK masjid dan surau. Walaupun kita disuruh bertawakkal dalam semua perkara,usaha dan ikhtiar adalah sendi dalam bertawakkal.

Berbekalkan sepasang baju kurung, seorang hamba Allah yang tidak dikenali telah menceroboh kesebuah surau di bandar pinggiran subang shah alam selangor. Surau yang bernama surau Arrazi ini,tempat dimana para jemaah disekeliling menunaikan solat jumaat mereka disini. Kejadian yang cukup menggemparkan ini betul-betul membuka mata AJK surau disitu...

Video ini berjaya dirakamkan melalui CCTV yang baru dipasang di surau tersebut.Tarikh itu pun masih belum diubah lagi akan tetapi pencuri jelmaan wanita ni begitu bersungguh-sungguh untuk mengambil duit sedekah orang ramai disitu..Mari kita lihat apa sebenarnya berlaku disitu.

Saksikan

Semoga menjadi pengajaran kpd semua AJK masjid dan surau diseluruh malaysia agar sentiasa mengawasi harta berda yang didermakan oleh orang ramai.Itu adalah amanah orang ramai kepada kita sebagai AJK masjid dan surau.Jangan dipersiakan amanah mereka.Kuncilah tabung-tabung itu seelok-eloknya..

Semoga bermanfaat.

md daud yusri alhutan melintangi.

subscribe my channel for more at www.youtube.com/user/modayu73

Ceburi Dunia Locksmith @ www.dadiydoo.com (entrepreneur).

Business for Beginers

Fathul Bari tak salah kahwin di Thailand

PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya mempertahankan keputusan beliau berpoligami dengan wanita dari Filipina.

“Saya tidak melakukan kesalahan. Buktikan saya lakukan kesalahan.

Yang salah apabila kahwin orang Malaysia di luar. Kemudian balik, baru daftar. Itu kena saman RM1, 000. Saya tak kena saman pun,” jelas Fathul dalam satu video Youtube yang dikeluarkan semalam.

Beliau telah bernikah dengan seorang wanita Filipina Kristian yang memeluk Islam dalam bulan Mei di Songkhla, Thailand ekoran kesukaran untuk mendapatkan pengesahan bahawa isteri kedua beliau seorang Islam di Malaysia.

Beliau berbuat demikian dengan persetujuan isteri pertamanya.

“Saya terdesak untuk mendapatkan surat pengesahan Islam untuk isteri saya. Tambahan visa isteri hampir tamat,” katanya lagi.

Beliau menjelaskan bahawa beliau turut menghadapi masalah kerana pihak imigresen bertegas untuk surat pengesahan tersebut.

Pengesahan perkahwinan kedua dibuat dalam bulan Ramadhan yang lalu, sekitar bulan Julai dan Ogos tahun lepas ekoran kesibukan beliau yang berceramah di atas pentas Umno.

“Saya bawa isteri pertama dan kedua saya di hadapan ketua mahkamah syariah Terengganu kerana isteri pertama saya orang Terengganu,” kata Fathul.

Sementara itu bekas mufti Perlis, Profesor Mdya Dr Mohd Asri Zainal Abidin menggesa kerajaan agar memudahkan urusan kahwin poligami di Malaysia.

“Mereka yang berpoligami itu mulia kerana mencari yang halal. Malaysia patut mudahkan urusan ini. Ulul amri negara ini patut beri perhatian.

“(Tindakan) rakyat kita yang terpaksa ke Siam untuk berkahwin halal adalah kesilapan kerajaan,” kata Asri menerusi laman Twitter hari ini.

Ex Suhakam: 'Bersih dulu pengundi hantu sebelum PRU'

Ahmad Fadli KC
police abuse suhakam pc 050808 simon sipaunPerkembangan terbaru siasatan suruhanjaya diraja (RCI) menyiasat dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk undi di Sabah memerlukan daftar pemilih dibersihkan seboleh yang mungkin sebelum pilihan raya umum ke-13, kata bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Tan Sri Simon Sipaun.
Katanya, ia adalah langkah terbaik yang boleh dilakukan sekarang, walaupun langkah yang lebih sempurna, ialah menangguhkan pilihan raya untuk membersihkan daftar pemilih sepenuhnya.

"Kita kesuntukan masa, sekurang-kurangnya perlu ada usaha untuk membersihkan pengundi hantu yang jelas dari daftar pemilih," kata bekas setiausaha negeri Sabah itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini, dua bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara - dalam keterangan mereka kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah - mendakwa menerima arahan untuk mengeluarkan resit sementara kad pengenalan kepada warga asing di Sabah untuk membolehkan
mereka mengundi.

Mereka mengaitkan dua orang kanan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai orang atasan yang mengeluarkan arahan tersebut.

Semalam, dua rakyat India dan Pakistan menceritakan pengalaman mereka menjadi warganegara dalam masa dua tahun selepas tiba di Sabah.

Menurut Simon, beliau gembira dengan perjalanan RCI setakat ini walaupun keterangan yang diberikan saksi-saksi RCI adalah perkara yang telah sekian lama 'diketahui' penduduk Sabah.

Menurutnya, beliau tidak menafikan sesiapa sahaja untuk menjadi rakyat Malaysia namun kebanjiran warga asing dengan status kewarganegaraan yang meragukan memberi kesan buruk kepada lanskap ekonomi, sosial, dan politik Sabah.

Kita turun ke jalan raya lagi jika SPR terus tipu – Hishamuddin Rais

Aisha Geoffrey
KUALA LUMPUR, 18 JAN: Rakyat akan sekali lagi turun ke jalan raya jika penipuan yang didalangi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berterusan, kata Hishamuddin Rais.

Aktivis sosial itu menyifatkan kehadiran 500,000 rakyat ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu hanya amaran kepada SPR dan Umno.

“Kali ini bukan hanya sejuta, janji kita akan turun kembali ke jalan raya. Ini janji, kita akan keluar ke jalan raya!” katanya pada forum Pasca HKR, malam tadi.

Hishamuddin berkata, berita tentang pemberian kad pengenalan di Sabah yang kini menjadi topik hangat menunjukkan wujud petanda penipuan oleh SPR bakal berulang.

“Sekarang dah boleh nampak penipuan itu. Dengan berita yang kita dengar dari Sabah mengatakan bagaimana pengundi disusun untuk mengundi Umno BN,” katanya.

Beliau berkata, sokongan rakyat melangkaui agama dan kaum terhadap HKR tempoh hari melambangkan keberanian rakyat melawan penindasan sejak 55 tahun.

“Kalau zaman reformasi, kita lihat hanya satu bangsa saja yang turun ke jalan raya tetapi melalui Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0, semua rakyat sudah berani keluar melawan,” katanya.

“Dan, tamparan paling hebat kepada Umno ialah laungan kemerdekaan 7 kali yang diketuai (Datuk Seri) Anwar Ibrahim disambut dengan penuh semangat,” katanya.

“Saya begitu yakin akan berlaku perubahan, ombak untuk berubah telah sampai!” katanya disambut tepukan hadirin.
-keadilandaily-

Isteri Shamsubahrin miliki 6 kereta, elaun bulanan RM10-15 ribu

KUALA LUMPUR: Isteri kepada ahli perniagaan Shamsubahrin Ismail memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa beliau memiliki enam buah kereta termasuk tiga buah kereta baharu yang didaftarkan atas namanya.

Suzana Abdul Aziz, 45, berkata beliau memiliki tiga buah kereta iaitu Perodua Kenari, Naza dan Mercedes yang dibeli sebelum Disember 2011 dan tiga buah kereta lagi dibeli selepas tarikh tersebut.

Beliau berkata suaminya mempunyai dua buah kereta model sama, iaitu Suzuki Swift.

Menurutnya, beliau menerima elaun bulanan antara RM10,000 dan RM15,000 selaku pengarah syarikat Awana Travel dan Tours (M) Sdn Bhd.

Beliau berkata demikian dalam pemeriksaan utama oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa, semasa perbicaraan kes Shamsubahrin.

Bagaimanapun, Suzana bersetuju dengan soalan Abdul Razak bahawa beliau tidak memerlukan tiga kereta baharu tersebut memandangkan beliau hanya seorang suri rumah sepenuh masa.

Shamsubahrin menghadapi 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti penggubahan wang haram membabitkan wang sejumlah RM1.755 juta dan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Dia, yang diwakili peguam Afifuddin Hafifi, turut berdepan lima pertuduhan menipu bekas pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.75 juta.

Ketika menjawab soalan Abdul Razak, Suzana memberitahu suaminya telah memasukkan wang sejumlah RM500,000 ke dalam akaunnya sebanyak tiga kali antara bulan November dan Disember 2011.

"Suami saya telah memasukkan RM50,000, RM200,000 dan RM250,000 melalui tiga keping cek pada 25 Nov, 6 Dis dan 9 Dis,"katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau hanya mengetahui mengenai kemasukan wang tersebut selepas diberitahu oleh suaminya tetapi tidak mengetahui secara terperinci mengenai wang tersebut kerana suaminya sangat sibuk dan tidak ada masa untuk bercakap mengenai perkara itu.

Berdasarkan penyata bank yang dikemukakan, Suzana mengakui bahawa beliau telah melakukan transaksi pengeluaran wang sebanyak 40 kali bermula 25 Nov hingga 6 Dis.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rozilah Salleh bersambung 5 dan 6 Feb depan.
-Bernama-

Harun Taib: Saya tidak akan tinggalkan Pas

Harun Taib: Saya tidak akan tinggalkan Pas
KUALA TERENGGANU – "Saya tidak akan tinggalkan Pas. Tidak ada sebab untuk saya tinggalkan parti ini!"


Demikian tegas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib ketika menafikan dakwaan dalam sebuah blog bahawa beliau dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din akan meninggalkan Pas.

Beliau berkata, dakwaan itu sama sekali tidak benar kerana Pas adalah platform beliau untuk memperjuangkan agama Islam sejak dulu lagi.

“Mana boleh tinggal Pas. Pas perjuangan saya, wadah perjuangan saya," kata Adun manir itu.

Artikel yang diterbitkan 10 Januari lalu dalam blog terbabit menyebut, kedua-dua pemimpin Pas itu akan mengumumkan tindakan keluar parti sedikit masa lagi kerana membantah sokongan Pas terhadap permintaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar Bible berbahasa Melayu dibenarkan menggantikan perkataan tuhan kepada ALLAH.

Memetik blog terbabit, Haron Din dilaporkan telah bercakap kepada beberapa orang rakan rapat beliau, bahawa beliau secara serius mempertimbangkan untuk keluar dari Pas dan menumpukan sepenuhnya kerja-kerja dakwah beliau.

Sementara Harun Taib telah dinasihatkan rakan-rakan rapat beliau agar kekal dalam Pas, walaupun tidak sependapat dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka juga berharap Harun Taib harus kekal dalam Pas bagi mengimbangi sokongan ahli Pas yang masih mempercayai perjuangan menegakkan Islam parti tersebut.

Artikel bertajuk ‘Dua Harun bakal tinggalkan Pas?’ itu dipercayai diterbitkan semasa kontroversi isu kalimah ALLAH, sebelum ia diputuskan Majlis Syura Pas yang tidak membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam kitab Injil pada 13 Januari lepas dan mendapat lebih 150 komen daripada pelawat blog.

Mengulas isu kalimah ALLAH, Harun berkata, kenyataan yang dibuat beliau sebelum keputusan Majlis Syura dikeluarkan langsung tidak bercanggah dengan pendirian Abdul Hadi dan juga Nik Aziz.
-sinarharian.com

Rosmah sumpah cincin tidak ada di tangan je

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau berani bersumpah kepada Allah bahawa beliau tidak ada cincin bernilai RM24 juta seperti yang didakwa oleh pembangkang.
Bagaimanapun, Rosmah mengakui beliau ada melihat cincin tersebut apabila ia dibawa masuk ke Malaysia untuk dipamerkan "kepada orang yang ada duit".

"Saya berani bersumpah, saya berani bersumpah kepada Allah, saya tak ada cincin itu di tangan saya langsung.

NONE"Memang cincin itu masuk untuk dipamer kepada orang yang ada duit. Saya tak ada duit tapi saya tengok saja, very nice, very nice, habis cerita," katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Bersama Balu-balu Tentera dan Perasmian Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

Rakaman ucapan Rosmah itu telah dimuatnaik di Youtube oleh portal berita KLPos.
Walaupun Rosmah tidak menyatakan secara khusus tetapi dipercayai beliau merujuk kepada dakwaan bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin pada 2011.

Badrul Hisham, yang juga dikenali oleh nama blognya - Chegubard - membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa beliau menerima maklumat bahawa sebentuk cincin bernilai RM24,458,400 telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan Rosmah sebagai penerimanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz kemudian menjelaskan bahawa walaupun cincin itu dibawa masuk ke negara ini, ia tidak dijual dan akhirnya dikembalikan kepada syarikat yang memilikinya.

Rosmah kemudian menafikan dakwaan tersebut, dan menyifatkannya sebagai fitnah, tetapi tidak mendedahkan sama ada beliau pernah melihat cincin itu sebelumnya.

20 hari lagi Najib Kena Bubar Parlimen.

mohdnoorawang
Walaupun tarikh pilihanraya umum di Malaysia menjadi teka teki dan hak peribadi setiap perdana menteri Hakikatnya parlimen wajib dibubarkan dalam tempuh yang terdekat. Negeri Johor tempuh akhir DUN BN/UMNO berkuasa sekitar 12/3/March2013. 
Untuk rekod tempuh kerajaan korup BN/UMNO akan tamat atau terbubar 28/April 2013. Suruhanjya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah bersedia untuk menipu rakayat Malaysia dalam setiap pilihanraya umum. Ahmad Mazaln ketua penerangan UMNO/BN telah mengarahkan membuka/mengerakkan semua kawasan peti undi dan cawangan UMNO melalui penegrusi JKKKKK yang mendapat gaji bulanan RM800.00

Bersiapsiagalah semua parti parti yang bertanding, PRU13 bakal diadakan sekitar bulan awal Mar 2013 sebelum tempuh DUN negeri Johor terbubar dengan sendirinya pada pertengahan March 2013.

Dari kaca mata bebas UMNO/BN masih ada peluang berkuasa semula selepas PRU13. BN/UMNO yang penipu dan korup hanya menang dengan majoriti yang paling tipis dalam sejarah Malaysia.

BN/UMNO yang jahat dan penipu menang dengan mudah majoti mudah sekitar 115 hingga 120 kerusi parlimen. Jangkaan ini dibuat berdasakan daftar pemilih 2013 masih lagi tidak bersih dan SPR masih lagi menjadi cawangan UMNO.

Terbukti SPR adalah watak utama dalam memberi kemenangan kepada UMNO/BN dalam seriap pilihanraya umum di Malaysia. *****uh dan bukti terkini ialah di Sabah.

Suruhanjaya penyiasatan diraja (RCI) yang sedang bersidang sekarang dalam mencari bukti penyelewenagan kad pengenalan dan kewarganegraaan Malaysia.

Dalam RCI tersebut salah seorang dari pegawai JPN cawangn Sabah memberi tahu kepada RCI , Pehak SPR mengarahkan memberi dan mengeluar kad pengenalan kepada pendatang asing bagi tujuan untuk didaftar dalan buku mengundi SPR.

Pakatan Rakyat dan semua rakyat Malaysia yang mahu perubahan dan mahu meruntuhkan kerajaan BN/UMNO yang jahat menghadapi KESUKARAN YANG TERAKHIR.

SPR sehingga kini belum lagi bersih dan adil. Malag daftar mengundi masih lagi kotor dan penipu. SPR adalh tangan tangan jahat yang bertopengkan syiatan yang dikenali.

PRU13 UMNO/BN bergantung harap pada SPR sebagai cawangan UMNO nombor wahid.

Selagi daftar pengundi dan SPR menjadi kuda dan aning kerajaan BN/UMNO selagi itu rakyat dan pakatan rakyat atau parti parti pembangkang di Malayia sukar menang dan berkuasa.

Saya cukup setuju pandangan yang dilontarkan oleh pejuang reformasi suadar Hisamuddin Rais, Halangan yang terakhir ialah SPR, Jika daftar pemilih tidak bersih sepenuhnya dan SPR masih lagi menjadi cawangan UMNO kita menghadi kesukaran dan rintangan untuk menang PRU13.

Fathul Bari meludah kena pada diri sendiri!!

ALBA
Semalam Falthul Bari and The Geng telah post satu video menjawab isu pertanyaan tentang perkahwinannya dengan warga Filipina Maria Joy Erlando (Nama Islam Fathul Bari tak sebut pun dalam video penjelasannya kira-kira 14 minit mungkin tak penting kot!)

Yang paling menarik dalam video itu ialah pada minit ke 11.13 Fathul Bari mendoakan kesecelakaan sesama Islam. Ini amat bercanggah dengan ceramah-ceramhnya sebelum ini. Orang lain mendoa tak boleh tapi dia boleh doakan KECELAKAAN kepada sesama Islam. Inilah ulamak cari makan.

Semasa sebelum masuk Umno, dulu selalu kutuk dan menyumpah kepada Umno kerana pernah kena sekat akaun dia dan bini dia. Pasal rezeki tersekat! Tapi sudah berubah cakap bila dah jadi Umno, boleh kahwin lebih daripada satu, ini mesti banyak duit!! Banyak lubang REZEKI!!

Aku tak lihat pun ada yang nak kutuk, sekadar orang nak tahu sahaja betul atau tidak kahwin pada 29 Mei 2012?? Laman TranungKie ada siar artikel, apa yang salahnya? (baca di sini)

Yang marah sana-sani apa pasal? Kalau UMNO siar berita fitnah di akhbar dan TV setiap hari tak ada pun komen si Fathul Bari ulama cari makan ini?

Akhbar dan TV siar cakap pemimpinan pembangkang sekarat-sekat tak ada pun si Fathul Bari ini buat komen? Kalau kena atas kepala sendiri baru nak baca hadis dan al Quran!!

Engkau tengok sendiri video Fathul Bari.
Pesan aku satu aje, bila dah jadi penceramah tu maknanya kita dah jadi public.
Kalau jadi public buat kerja jangan sembunyi-sembunyi.
Nabi pun suatu malam bila orang lalu dia cakap ini bini dia!
Takkan itu pun tak tahu!!

Komando di Stadium, TMJ guna nama bapak!!

laniismaa
Askar-Johor-VS-Kelantan
Johor Military Force -JMF isu terkini melibatkan pasukan bola sepak Johor. TMJ merasakan FRU tidak cukup untuk menjaga Sultan Johor sehinggakan terpaksa mengerah 6 orang lengkap beruniform dan bersenjata rifle M4 carbin JMF @ TSN – Askar Timbalan Setia Negeri Johor ketika berlangsungnya perlawanan Johor VS Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke IV sebelum ini.
Mereka dikatakan menggunakan uniform Regimen Gerak Khas (RGK) untuk melakukan tugas amat-amat berbahaya tersebut!! Baca juga Sultan Muhammad V Turut Bersama di Liang Lahad!!

“Bagi saya kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata api dalam perlawanan bola sepak adalah tidak perlu.

“Ia adalah salah dari segi peraturan. Saya berharap perkara ini tidak berulang dan ia sama sekali tidak patut berlaku,” kata PRESIDEN KAFA, Tan Sri Annuar Musa.

Kenyataan TMJ kepada Bernama;

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan mereka yang lengkap bersenjata itu merupakan anggota tentera daripada pasukan Timbalan Setia Negeri Johor (TSN).

“Mereka (anggota Gerak Khas) berada di stadium kerana menerima arahan yang menyatakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan mencemar duli menyaksikan perlawanan itu,” titah baginda pada sidang media di kediaman baginda di sini hari ini.

Baginda bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan persediaan keselamatan sekiranya Sultan Johor, yang juga Kolonel Komandan GGK menyaksikan perlawanan terbabit.

Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan prosedur biasa yang telah ditetapkan dan tidak perlu dijadikan isu oleh mana-mana pihak. Lagi Koleksi gambar mereka di stadium

Najib sudah tahu UMNO kalah

sakmongkol AK47
Saya sedang duduk diluar Stadium Negara pada 12 Januari yang lalu. Ye, mahu cakap lagi. Sebab perhimpunan ini menimbulkan ketakutan yang amat sangat dalam hati pemimpin UMNO.
Masa ini tentu semua orang sudah tahu karakter Naib Tun Razak- anak bangsawan yang gembira tengok ramai rakyat miskin.

Sebab jika ramai yang masih miskin, barulah sah rasa seorang feudal melihat rakyat menadah tangan meminta pertolongan. Baru ada rasa kick melihat seorang insan lain merayu rayu.

Ketika saya sedang duduk di bingkai pavement stadium merdeka, seorang berbangsa India, warga negara kita datang menghampiri saya. Dia memperkenalkan diri. Orang dari Perak, dari Sungai Siput. Kita gelar dia Mr Sungai Siput. Encik SS.

Dia pembaca blog saya. Terima kasih lah- kenalah baca sebab blog ini kepada blogging adalah seperti stadium Lumpini kepada Muay Thai, Madison Square Garden kepada boxing dan Wimbledon kepada pertandingan tennis. Tidak perlu setuju dengan apa yang saya tulis. Hanya kongsikan bersama dengan kawan2. Bawa mesej ini. Ini kalilah kita singkirkan UMNO. UMNO berketuakan Najib macam Ayam berak kapur. Teringat saya kata2 Tun Daim- Najib hasn’t got what it takes to run the country.

Encik SS cerita pada saya. Pertemuan dengan seorang Ketua UMNO Bahagian. Ketua Bahagian meminta dia menggembelingkan sokongan masyarakat India Sungai Siput untuk UMNO. Encik SS kata- ini kali, orang Yindia mahu dengar denyut hati rakyat.

Maka jika ketua UMNO tidak bingung, dia mesti sedar bahawa orang India bukan lagi berlari mendapatkan dakapan maut UMNO. Takde orang nak layan UMNO dah. Padan muka.

Apa dah jadi? Apa nak jadi? Sampai sekarang masih memilih? Masaalah UMNO bukan masaalah ahli. Yang membawa celaka dan malapetaka kepada UMNO ialah pemimpin mereka. Tunku Abdul Rahman pernah berkata- hampa tengoklah nanti- yang akan bawak kehancuran kepada UMNO dan merosakkan orang Melayu adalah Dr Mahathir. Lebih baik orang Melayu berkawan dengan syaitan yang kita kenal daripada malaikat yang kita tak kenal. Ertinya, lebih baik bersahabat dengan orang jahat daripada berkawan dengan orang baik dan mulia? Emak bapak jenis apa yang beri nasihat sedemikian?

Sifat syaitan ialah (1) ingkar (2) sombong (3) takabbur (4) berbangga kerana asal usul. Bila Najib ingkar hadir ke Parlimen setelah membentangkan bajet terbaik nya sejak zaman nabi Adam, dia ikut perangai siapa? Iblis dan syaitan. Bila dia pergi ke Pulau Pinang cakap besar bahawa bajet Pakatan Rakyat tidak senilai kertas ianya dicitak- Najib ikut perangai siapa? Sombong dan takabbur- perangai syaitan. Bila orang UMNO berlagak kerana ahli mereka 3 juta dan mereka berasal usul golongan yang berjuang untuk merdeka- mereka ikut perangai siapa? Syaitan.

Sebab itu dalam AlQuran kita ada sebut yang ikut syaitan dan iblis ialah mereka yang bernaung dibawah syaitan dan golongan yang musyrik.

Semua pemimpin UMNO dari atas sampai kebawah, semua korap. Bukan saya kata, Dr Mahathir kata. Dr Mahathir bercakap mengenai rasuah sedangkan dia dikatakan bernilai USD44 billion atau RM 132 billion? Gila kita orang Melayu nak dengar cakap orang seperti ini.

Bagaimana nak benteras rasuah jika wang dan merangkak, merayap, berlari dan memanjat sehingga nombor 1? Bukan saya kata. Tun Daim beritahu. Yang nombor satu ada skendel beli kapal selam. RM5 billion beli kapal selam dapat komisyen RM500 juta. Terima sogokan dari kontraktor negeri Cina buat landasan berkembar Gemas-JB. Ada pula dakwaan dengan skendel Altantuya.

Isiu Altantuya tidak akan reda. Jangan kita mengentengkan pembunuhan ini kerana Altantuya bukan orang Melayu, agama Islam atau wanita yang dianggap tidak mulia. Ketika isiu pembunuhan ini mula2 timbul dulu, orang UMNO kata apa sangat nak kisahkan seorang kafir dan pelacur dibunuh? Sebab yang meniduri wanita itu ialah Melayu, Islam dan yang dibunuh itu manusia. Jadi kita kena kisahkan.

Rakyat naik berang dan tanya. Apa yang susah sangat nak buat Razak Baginda cerita kepada rakyat Malaysia? Razak Baginda terang2 mengaku wanita Mongolia girlfriend dia dan dia bercucuk tanam dengan bumi Mongolia. Balasubramaniam sebut, gadis Mongolia itu Najib Razak yang kenalkan kepada Razak Baginda. Najib Razak suruh dia jaga Altantuya baik2. Kalau nak pakai boleh. Depan atau belakang pun boleh.

Padan muka orang UMNO kena tipu- Razak Baginda seronok bersuaka di England bawak kereta Ferari, bawak Aston Martin. Hidup Melayu. Hidup UMNO. Kamu berkeringat membanting tulang semata mata membiayai kehidupan pemimpin kamu yang mewah.

Apa yang susah sangat nak buat dua orang polis tertuduh, cerita siapa suruh mereka tembak dan bom Altantuya? Mustahil suka2 dan seronok, bangun pagi- hari ini aku nak tembak, rogol dan bom? Apa yang susah nya pendakwa raya mendedahkan ini semua? Mereka ni lulus university mana? Betulkah ada sijil peguam?

Yang merunsingkan orang Melayu hari ini ialah kedudukan orang Melayu? Pertama nya, soalan ini tidak perlu ditanya pun. Jumlah orang Melayu dalam Negara ini ialah majority. 18 juta dari 28 juta. Ahli UMNO , 3 juta. Mati semua ahli UMNO pun, ada 15 juta orang Melayu terus hidup tanpa perlukan ujudnya UMNO. Jadi apa perlu pemimpin UMNO yang rasuah dan korap? Kita tak boleh jadi jurucakap sendiri menjuarai kepentingan kolektif bangsa Melayu?

Kedudukkan, keistimewaan dan kepentingan orang Melayu dilindungi oleh perlembagaan dan undang. Undang2 kekal. UMNO sifat nya sementara. Kedudukan dan kepentingan orang Melayu tidak boleh diperlakukan sesuka hati. Mesti dapat persetujuan Majlis Raja2 Melayu. Hanya jika Majlis Raja2 Melayu tiba2 jadi Majlis Raja Kapur- maka ketika itu, mungkin kita orang Melayu akan rasa cemas. Itu pun mungkin, sebab fakta nya ialah kita ni majority. Dan kita boleh mempertahankan dan menjuarai kepentingan kita secara sendiri tanpa memerlukan bantuan UMNO yang bingung itu.

Kenapa perlu kita beri Najib mandate untuk 5 tahun lagi? Apa yang boleh dia lakukan dalam masa 5 tahun yang dia tidak lakukan dalam masa 55 tahun? Kamu beri satu undi kepada UMNO bererti kamu melanjutkan usia parti dan pemimpin yang merompak dan melanun negara ini atas nama agama, bangsa dan tanah air? Kamu ingat orang UMNO yang membela agama Islam? Orang UMNO berebut nak jadi pengerusi masjid dan surau. Yakni berebut jawatan. Bukan berbakti dan memberi maksud kepada jawatan tersebut.

Budaya berkerja ikhlas dan jujur tidak ada dalam budaya atau piagam hidup orang UMNO. Sebab itu, pemimpin besor UMNO Tanya- lu tolong gua, wa tolong lu yang sekarang dah jadi, lu tolong gua dulu, baru wa tolong lu.

Sakmongkol AK47 is the nom de guerre of this blogger. His name is Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz. He was ADUN of Pulau Manis, Pekan.( 2004-2008) From 2000-2004, he was Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, under Dato Sri Najib. Studied Economics at University Malaya and University of Manchester(Owens). Sakmongkol was a legendary Muay Thai fighter. AK 47 is the Russian made firearm. He can be reached at the following e mail: ariff.sabri@gmail.com

Kisah Wanita Tidak Boleh Pijak Masjidil Haram

SUDAH lebih sepuluh tahun saya mengumpul pengalaman dalam menguruskan jemaah haji dan umrah, pelbagai kerenah yang saya temui. Tak kiralah sama ada sebelum berangkat ke Tanah Suci ataupun sewaktu berada di sana. Apa yang boleh saya katakan, mereka yang berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan ibadah adalah golongan yang dipilih Allah. Jika Allah tidak menjemput, jemaah itu tidak akan berjaya sampai ke Tanah Suci.

Wang bukan segala-galanya. Saya sering melihat kes di mana jika orang itu banyak duit sekali pun, tetapi ada saja halangannya sejak di tanah air sehingga menyebabkan dia gagal menjadi tetamu Allah di Mekah. Ada kalanya, kerana fikir dia kaya dan banyak wang, maka itu menjadi lesen untuk meminta apa saja bertaraf first class bagaikan melancong ke luar negara lagaknya. Pernah saya bawa seorang jemaah wanita, boleh dikatakan dari golongan elit. Sebelum pergi lagi dah minta macam-macam. Lepas tu, langsung tak mahu bercampur dengan jemaah lain. Kononnya orang lain tak setaraf dengannya. Sikapnya sungguh sombong dan suka memerintah orang.

Semasa di Madinah, dia sudah mula tunjuk rasa tak puas hati. Kononnya makanan tak sedap, persekitaran tak selesa dan macam-macam lagi. Saya sendiri tidak faham tujuannya datang ke Tanah Suci untuk beribadah atau melancong. Sudahlah begitu, dia suka melaga-lagakan orang dengan fitnah hingga ada jemaah yang bermasam muka angkaranya. Bila sampai di Mekah, kami bawa ke hotel penginapan. Walaupun hotel itu tidak secantik mana namun ia selesa dan segala kemudahan disediakan. Semua jemaah suka dan amat bersyukur kerana dapat penginapan yang paling dekat dengan kawasan Masjidilharam. Ini memudahkan mereka berulang-alik mengerjakan ibadah.

Macam Kandang Babi

TAPI berlainan pula dengan wanita elit itu. Mula-mula dia membebel kerana tak puas hati dengan hotel itu. Katanya hotel itu buruk. Lama-kelamaan amarahnya mula berpanjangan. Daripada membebel, akhirnya dia terjerit-jerit marah dan memaki hamun di depan jemaah lain hanya kerana tidak mahu menginap di hotel tersebut. “Hotel ni macam kandang babi? Aku tak mahu tinggal kat tempat kotor macam ni!” jerit wanita itu. Habis pintu hotel ditendangnya. Saya hanya geleng kepala. Jemaah lain turut malu dengan sikapnya hamun dalam ihramnya itu.

Kami memujuk, tapi dia terus memarahi dan memaki hamun kami semua. Hampir setengah hari habis masa kami memujuknya. Tidak mahu jemaah lain terganggu kerana kerenahnya itu, akhirnya kami tempatkan dia di sebuah hotel mewah yang jauh dari Kaabah. Kalau diikutkan, tak layak pun dia duduk di hotel itu. Bayangkanlah, bayar pakej untuk kelas pertengahan, tapi minta layanan bagaikan dia membayar pakej kelas pertama. Tapi kerana malas mendengar suaranya yang tak habis membebel dan mengganggu Jemaah lain, kami turutkan saja kemahuannya.

Lepas itu, mutawif minta wanita tersebut membayar dam kerana sudah banyak melanggar syarat dalam ihram. Lebih kurang RM400 dendanya. Tak sampai 15 minit lepas dia bayar, dia boleh marah semula mutawif dan berkeras minta dipulangkan semula duit damnya itu.

Dia sanggup tinggal seorang diri di hotel berlainan yang jauh daripada jemaah lain. Saya dapat, tahu selepas itu dia langsung tidak dapat mengerjakan ibadah umrah di Mekah. Sebabnya tiba-tiba haidnya datang tak menentu. Kejap ada, kejap tiada. Sehari suci, esoknya ‘kotor’ semula. Semasa dalam ihram, haidnya datang lagi. Akhirnya, sepanjang 10 hari di Mekah, memang dia lebih banyak duduk di hotel saja, langsung tak dapat buat ibadah. Betapa ruginya orang seperti ini.

Gagal Pijak Masjidilharam

SELAIN itu, saya teringat juga satu kes seorang lelaki berusia 60-an yang mengerjakan umrah ditemani anak lelakinya. Semasa di Madinah, semuanya berjalan dengan baik. Tapi, sampai di Mekah lain pula jadinya. Lelaki itu tak boleh memasuki kawasan Masjidilharam. Tiap kali dia jejakkan kaki ke dalam kawasan itu, dia akan menjerit-jerit kepanasan. Badannya rasa nak terbakar sampai nak dicabutnya kain ihram kerana tak tahan berasa panas. Begitulah setiap kali mahu memasuki kawasan Masjidilharam.

Lebih haru, bila kami tanya mana Kaabah, dia boleh tunjuk arah belakang. Maknanya, Kaabah yang besar pun langsung dia tak nampak! Anak lelakinya menangis melihat keadaan itu. Setelah puas bertanya, barulah lelaki itu bercerita dia ada membela hantu raya. Tujuannya untuk membantunya melakukan kerja dan menjaga rumah semasa ketiadaannya sewaktu zaman mudanya dulu. Kami tanya di mana dia simpan benda pemujaan hantu raya itu. Setelah dia menyebutkan lokasinya, anaknya menelefon keluarganya di tanah air dan minta dibuang benda itu dengan bantuan pengamal perubatan tradisional.

Setelah hantu raya itu dibuang, barulah lelaki itu boleh memijak kawasan Masjidilharam. Barulah dia boleh melihat Kaabah. Kerana itu semasa memberi kursus pada jemaah yang mahu berangkat ke Tanah Suci, saya selalu mengingatkan mereka jika ada sebarang amalan ilmu hitam atau yang menyalahi syariat, lebih baik ‘dibersihkan’ dahulu dan bertaubat sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Betulkan tauhid kita sebelum berangkat ke sana. Jika tidak, itulah yang terjadi seperti kes pakcik tadi. Selain itu, akhlak kita sesama manusia juga harus dijaga. Sebaiknya kita minta ampun dan maaf pada mereka yang pernah kita zalimi atau sakiti hatinya, apatah lagi jika kita ambil haknya.

Akibat Alih Batu Sempadan

PERNAH berlaku seorang jemaah lelaki yang saya bawa tak boleh buat ibadah sepanjang berada di Mekah. Badannya sentiasa terasa panas dan tidak keruan hingga dia langsung tak boleh beri tumpuan untuk beribadah. Dia mengadu pada saya lalu saya bertanya jika dia ada buat apa-apa kesalahan sebelum ini. Akhirnya dia teringat semasa di kampung dia suka mengambil tanah hak orang. Dia dengan sengaja mengalihkan batu sempadan agar tanahnya lebih luas dengan ‘mencuri’ hak orang lain. Selepas dinasihatkan, dia menelefon jirannya di tanah air dan meminta maaf atas perbuatannya itu. Selepas itu barulah dia dapat melakukan ibadah dengan tenang di Mekah.

Sebenarnya, cerita-cerita yang saya bawakan tadi sepatutnya menginsafkan kita. Apa saja ujian atau balasan yang kita lalui semasa berada di Tanah Suci, terimalah dengan dada terbuka. Jangan takut, jangan gentar. Setiap ujian dan balasan di sana adalah salah satu pengampunan dosa kita. Jika kita tidak dapat menerimanya dengan redha, bermakna kita adalah manusia yang rugi. Segala keajaiban yang ditunjukkan Allah di Tanah Suci itu bersifat pelbagai. Seperti saya alami dua tahun lalu. Ketika saya berniat mahu bawa golongan yang tidak berkemampuan ke Tanah Suci.

Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, orang tua, golongan miskin dan pelajar madrasah di mana mereka ingin sangat ke Mekah tapi tidak mampu dari segi kewangan. Kalau diikutkan logic akal, bajet untuk membawa mereka memang tak cukup langsung. Tapi saya tawakal dan berserah pada Allah. Sampai di Tanah Suci, rezeki saya tak putus-putus. Ramai orang menderma, segala bajet seperti makan minum dan penginapan tiba-tiba dapat diskaun paling murah.

Kad ATM bila dicucuk sentiasa ada wang. Dalam poket pun bila saya seluk, ada saja wang yang saya sendiri tertanya-tanya entah datang dari mana. Itulah kuasa Allah. Semasa pergi tak cukup wang, sampai di sana wang saya jadi berlebihan hingga boleh membeli-belah untuk golongan yang tidak berkemampuan ini. Daripada situ saya bertekad seboleh-bolehnya saya mahu membantu membawa golongan sebegini ke Tanah Suci. Oleh kerana itulah saya wujudkan program ‘Kembara Taubat Di Bumi Anbia’ yang akan bermula pada Mei tahun ini. Tujuannya untuk memberi peluang pada golongan yang tidak berkemampuan untuk sama-sama menjadi tetamu Allah di sana. Saya percaya, benda baik yang kita lakukan dengan ikhlas tanpa tujuan mengaut keuntungan pasti akan dipermudahkan jalannya oleh Allah.
amekaw.com

Dr. Asri: ‘Allah’ sudah digunakan Yahudi, Kristian sebelum kedatangan Nabi Muhammad

Asri: ‘Allah’ sudah digunakan Yahudi, Kristian sebelum kedatangan Nabi MuhammadKUALA LUMPUR: Penganut agama Yahudi dan Kristian sudah menggunakan kalimah “Allah” jauh lebih lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad kata Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) dalam sebuah kuliah di kala isu ini masih lagi hangat diperdebatkan dan menjadi tajuk utama diseluruh negara.
Penjelasan bekas Mufti Perlis ini muncul selepas perdebatan mengenai penggunaan kalimah Allah ini timbul kembali akibat daripada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menggesa kerajaan pusat membenarkan penggunaan perkataan Arab itu dalam kitab Injil berbahasa Melayu sempena perutusan Krismas pada 24 Disember lalu.

“Pertama, sebelum kita nak bincang Bible tak Bible ni, simple je. Bila orang Kristian ni pi kata, pi sebut Al- Masih anak Allah. Bila?

“Kelmarin dulu ka? Mula dengan geng Penang tu ka? Ataupun dah lama? Bila? Saya nak tanya, ada dak Yahudi dan Kristian di Madinah? Ada dak? Mereka hidup dak? Nabi benarkan tak mereka hidup?” tanya beliau.

Isa Al-Masih adalah nama Arab bagi Yesus Kristus yang Kristian percaya adalah satu aspek tuhan, tetapi masyarakat Islam di sini berhujah penggunaan perkataan “Allah” harus menjadi eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan bermaksud tuhan Islam.

Mohd Asri turut berkongsi pengalamannya di negara Arab di mana kitab Injil sememangnya menggunakan kalimah Allah dan ini menurutnya sudah berlaku sebelum Muhammad mengajarkan Islam.

“Tuan-tuan kalau pergi ke negara Arab, tuan-tuan tengok Bible dia memang Allah. Bukan mula kelmarin dulu, sebelum nabi lagi.

“Kalau tuan-tuan jumpa Kristian Arab, Daud... Ibrahim... Sulaiman... Alhamdulillah dia sebut,” kata Mohd Asri dalam sebuah kuliah bertajuk “Penggunaan Nama ALLAH Oleh Bukan Islam” yang dimuatnaik dalam laman social YouTube Sabtu lalu.

Menurut bekas Mufti Perlis itu, kekeliruan berhubung dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tidak seharusnya berlaku jika setiap umat Islam jelas dengan kepercayaan mereka.



“Ok. Itu adalah realiti. Orang kata keliru. Yang keliru tu hak yang tidak jelas akidah ja. Takkan akidah taslis, trinity. Memang ada keliru. Bukan kata nama Allah dalam Bible nama nabi. Orang kata nabi takpa Allah yang tak buleh. Ai… mempercayai para rasul rukun Iman jugak tau.

“Dak kami tak masuk... Ha... Itu hang punya masalah. Tapi nama mereka ada. Saya bukan bela mereka. Saya tak bela. Saya nak cerita itu adalah realiti Quran. Sebab itu Quran sebut,” katanya lagi.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia itu menjelaskan, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Yahudi dan Kristian adalah di antara sebab mereka digelar Ahli Kitab di dalam Al-Quran.

“Musyrikin orang yang mensyirikkan Allah. Sebab apa dia syirik? Sebab dia kata di samping Allah ‘beside Allah there is another god’. Di samping Allah ada tuhan yang lain.

“Maka dia dinamakan dengan Musyrikin. Kalau dia tak percaya langsung Allah itu namanya Atheist,” katanya lagi.

Mohd Asri mengatakan, tidak ada masalah jika kerajaan mahu menguatkuasakan undang-undang menghalang bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah bagi mengelakkan kekecohan tetapi jangan beri alasan Islam yang melarang penggunaan perkataan Arab tersebut.

“Siang hari matahari panas. Terang terik benderang dia suruh kita pasang lampu motor kita pasanglah. Pasal itu peraturan. Kereta kita beli 260 dia kata bahaya 110. Kita patuh 110 takpa lah. Walaupun kereta kita beli. Kerajaan memang ada hak. Orang tanya saya habis tu mana satu kita nak patuh?

“Banyak uniform kita.. Topi... Ada Allah Muhammad. Non Muslim pun pakai. Non Muslim pakai bertulis tu Non Muslim pakai. So kita kadang-kadang... Habaq betui-betui... Memang buleh dari segi Islam tapi di Malaysia keadaan tak mengizinkan. Toksah bagilah.

“Lepas tu arguelah di parlimen takpalah. Jangan pi kata, macam setengah orang kata tak buleh non Muslim masuk masjid. Depa pun hairan. Karpet dia pasang. Kubah dia pasang. Bumbung cat dia buat. Habis siap pasang .. Haram masuk... Aaa? Jadi orang bukan Islam lagi peninglah dengan Islam,” katanya lagi dengan menggunakan loghat Utara.

Klip 14 minit telah menarik lebih 62,000 tontonan, 545 tanda suka dan 16 tidak suka dan dimuatnaik di YouTube pada 12 Januari oleh TV Sunnah, sebuah siaran mengenai program Islam.

Bangsa dan agama adalah isu-isu yang tidak dapat dipisahkan di Malaysia, di mana orang Melayu — yang membentuk 60 peratus daripada penduduk 28 juta — ditakrifkan perlembagaan sebagai orang Islam, dan dengan itu adalah tertakluk kepada telunjuk Raja-Raja negeri yang merupakan pemimpin tertinggi Islam.

Dalam kenyataan dari Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada 8 Januari lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah terkejut dan kesal dengan tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang meminta agar Putrajaya membenarkan kalimah Allah digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu baru-baru ini.

“DYMM Sultan Selangor telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang Iain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010,” kata Setiausaha MAIS Datuk Mohd Misri Idris.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, masyarakat Kristian dan Islam terlibat dalam perang mulut mengenai perkataan “Allah”, dengan kumpulan kedua berhujah penggunaannya perlu eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan “Allah” bermaksud tuhan kepada orang Islam.

Penghantaran Alkitab, kitab Injil dalam bahasa Melayu kepada Bumiputera Kristian yang menggunakan Bahasa Melayu telah disekat atau dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan akhirnya tunduk kepada tekanan dan membebaskannya pada tahun 2011.
-malaysianinsider-

Dakwaan Megat Junid izinkan warga asing mengundi ‘mengejutkan’, kata Bersih

KUALA LUMPUR: Pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyuarakan rasa terkejut terhadap tuduhan yang mengatakan bekas menteri mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah untuk membenarkan warga asing mengundi.

Semalam, bekas Pengarah JPN Sabah, Ramli Kamarudin, berkata kepada inkuiri, almarhum Tan Sri Megat Junid Megat Ayub mengarahkannya untuk memberikan resit JPN kepada warga asing, dokumen sementara, yang membolehkan mereka mengundi pada 1994.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar, kiri), menggambarkan testimoni Ramli di hadapan Ikuiri Diraja (RCI) terhadap warga asing Sabah “mengejutkan”, dan ini berkailtan dengan “penipuan” daftar pemilih.

“Bukti ini sangat mengejutkan, namun pada satu pihak, inilah yang telah rakyat menjangkakan. Apa yang telah dan berlaku di Sabah dilaporkan berlaku di Malaysia Barat juga! Inilah penipuan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau turut tidak menolak adanya konspirasi dan ada wujudnya keraguan.

“Ini bermakna ada konspirasi peringkat atasan. Memang tidak elok untuk komen selagi inkuiri belum tamat, buat masa ini apa yang timbul ini menimbulkan keraguan.”

Maria Chin Abdullah (gambar, kanan), ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 turut meluahkan rasa terkejut.

“Kami terkejut, tapi lega apabila orang-orang ini tampul membuat pendedahan walaupun SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) seringkali membuat penafian.”

“Ini sebabnya kita perlukan pemerhati,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Bersih 2.0 bersama MAFREL dan Pusat Komas telah mula merekrut pemerhati melalui kempen PEMANTAU bagi memerhati kempen dan pilihan raya untuk Pilihan Raya Umum 2013, dan Tindak Malaysia melatih agen pengundian sebagai pemerhati.

Kumpulan ini berkata melalui pemerhati ia dapat mengelakkan penipuan daripada belaku, yang menurut mereka jangkaan persaingan sengit untuk mendapat undi.

Semalam, Ramli berkata Megat Junid, yang kemudiannya menteri dalam negeri, pada 1994 kemudian mengarahkannya untuk memadankan butiran resit JPN dikeluarkab kepada warga asing untuk nama dan no kad pengenalan unttuk pendaftaran pengundi.

“Kami berikan mereka (warga asing) RM20,” kata Ramli kepada inkuiri semalam.

“Kami ajar mereka untuk mengundi. Kami kumpulkan mereka di sebuah runah. Kami menggunakan bas ke tempat mengundi dan menghantar mereka balik. Resit untu hanya untuk mengundi. Kami tidak berikan mereka kad pengenalan,” katanyta.

Ramli berkata sekitar 200 resit JPN dikeluarkan di lima atau enam kerusi dewan undangan negeri di Sabah yang ditakrifkan sebagai kerusi “hitam yang sukar dimenangi kerajaan.”

Ramli, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1995 hingga 1997 juga menafikan menerima rasuah.

“Ia hanyalah arahan terus daripada timbalan menteri dalam negeri, walaupun saya tahu ia salah,” katanya.

Tambahnya, arahan itu diberikan dalam mesyuarat antara Megat Junid, Datuk Seri Osu Sukam dari Umno (yang kemudiannya menjadi ketua menteri Sabah pada 1999), seorang pegawai JPN, Asli Sidup, di Hyatt Hotel, Kota Kinabalu dua minggu sebelum pilihan raya 1994.

“Resit itu hanya untuk mengundi. Kemudian, kami akan mengumpul resit itu semula dan memusnahkannya,” kata Ramli.

Bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh, yang memerintah daripada 1976 hingga 1985 menafikan wujudnya komplot “Projek IC.”

Inkuiri di hadapan pengerusinya, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bersambung hari ini.
-malaysianinsider-

Sharifah Zohra boleh cakap dengan anjing?

senik
Assalamualaikum,

Sharifah Zohra menunjukkan kehebatan (baca kebebalan) apabila memberitahu kita semua yang dia boleh bercakap dengan binatang, dengan anjing, kucing, lembu, kambing, jerung dan (babi hutan). Inilah antara binatang yang menurut Sharifah Zohra sebagai menghadapi masalah dan dengan masalah yang dihadapinya maka manusia juga terutama yang jadi rakyat Malaysia tak perlu mengeluh sebaliknya menerima apa saja yang diberi oleh pemerintah 1Malaysia. Percakapan orang hebat(baca bebal) yang tidak perlu berbahas dengan orang orang yang stupid (baca cerdik)



Agak agak berapa lama Sharifah Zohra ni duduk dengan anjing, kucing, kambing, lembu, jerung dan (babi hutan) untuk mengetahui masalah mereka? Apakah masalah mereka itu sama dengan masalah rakyat Malaysia yang sejak lebih 50 tahun dulu ditipu hidup hidup oleh UMNO.Teringat dulu, ada seorang imam(bebal jugaklah) pernah berkata kucing dan anjingpun boleh hidup aman di Malaysia, bebas beranak pinak tanpa gangguan, jadi kenapa perlu kita rakyat Malaysia banyak komplain kepada kerajaan?

Tapi sekarang Sharifah Zohra berkata kucing dan anjing juga ada masalah. Mungkin apa yang berlaku di kilang Petronas Kertih menjadi rujukan Sharifah Zohra di mana anjing anjing liar yang semakin membiak diburu oleh manusia. Mungkin itulah antara masalah anjing yang satu ketika dulu didakwa oleh Imam(bebal) sebagai bebas dan selesa hidupnya di Malaysia.

Atau mungkin Sharifah Zohra menghabiskan masanya bertahun tahun dengan kucing kucing liar yang hidup melata di sekitar pasar pasar atau restoran dan makan sisa sisa makanan yang dibuang. Atau mungkin Sharifah Zohra duduk bersama sama lembu kak Ijat di Kondo mewah sambil menyaksikan masalah mereka terkurung dalam bilik air cond. Atau mungkin Sharifah Zohra tinggal di kandang kandang kambing dan melihat mereka diberi makan sementara menunggu disembelih.

Atau mungkin juga Sharifah Zohra mengikuti perkembangan babi hutan yang setiap malam menyondol pokok pokok pisang, atau Sharifah Zohra duduk dalam laut bersama jerung yang kehabisan sumber makanan dan diburu pula oleh manusia.

Kesemua penemuan kajian Sharifah Zohra membuktikan binatang binatang ini juga bermasalah dan masalah mereka diceritakan satu persatu kepada Sharifah zohra dan dengan kesimpulan permasalahan di dunia binatang inilah, Sharifah Zohra menghalang Ms. Bawani dari berhujah kerana bagi Sharifah Zohra, untuk apa nak komplain sedangkan binatang juga ada masalah dan mereka tak pernah komplain.

Inilah mentaliti wanita 1Malaysia yang cuba dibawa oleh Sharifah Zohra dan dengan mentaliti ini, Sharifah Zohra mahu semua menerima apa saja yang dibuat oleh Najib, Rosmah dan geng geng 1Malaysia mereka.

Sharifah Zohra mahukan seluruh rakyat Malaysia jadi macam Binatang, macam anjing, macam kucing, macam lembu, macam kambing, macam jerung dan macam babi hutan. Bebas buat apa saja termasuk sex bebas, asal jangan persoal tentang keadilan, kemanusian, tatasusila dan etika, kehidupan bertamaddun serta tidak sama dengan binatang.

Sharifah Zohra memang hebat(baca bebal) kerana boleh bercakap dengan anjing!!!!!!

ANALISA PILIHAN RAYA UMUM: Melayu Wajib Baca.. !

setisab

Orang Melayu wajib fahami fakta ini. Mamak bodoh sombong macam si Sharifah Zohra Jabeen tu, tak perlu baca.

Kalau si Sharifah Zohra Jabeen tu baca sekalipun, dia tidak akan faham kerna kepala otak dia telah dirasuk oleh fahaman syaitan jenama Umno.

Perhatikan fakta di sini

- Semasa pilihan raya umum ke-11, BN bergaya dengan kemenangan 198 kerusi manakala pembangkang hanya memenangi 21 kerusi. Wakil rakyat (parlimen) Melayu pada masa itu hanya 123 orang.

- Semasa pilihan raya umum ke-12, BN menang hanya 140 kerusi, manakala Pakatan Rakyat berjaya memenangi 81 kerusi. Hasilnya wakil rakyat (parlimen) dari bangsa Melayu bertambah menjadi 130 orang!
MELAYU SEMAKIN BERKUASA BILA PAKATAN RAKYAT MENANG.
- Carta di atas dengan jelas menunjukkan bilangan ahli parlimen Melayu bertambah bila kerusi untuk Pakatan Rakyat bertambah. Dalam masa yang sama kerusi untuk BN berkurang. Ini membuktikan MELAYU SEMAKIN BERKUASA BILA PAKATAN RAKYAT MENANG.

Kepada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, kalau kamu bukan perempuan murahan, kalau kamu perempuan yang punya harga diri, kamu sambut cabaran ini.. !

Ingat baik-baik, menipu itu budaya Umno!
Tak percaya? Baca buktinya di sini.