"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Rakyat makin susah ambil lesen memandu

Saya mengambil lesen memandu semasa di Amerika Syarikat dulu. Begitu mudah dan murah sekali, walaupun saya rakyat asing di sana.

Tak perlu hadir kuliah berjam-jam, tak perlu buat temu janji untuk ujian memandu. Walaupun mudah dan murah ambil lesen di sana, rata-rata pemandu di sana lebih berhemah dari kita di Malaysia.


Nak ambil lesen L di sana cukup mudah dan murah. Pergi ke pejabat DOT atau JPJ di sana. Ambil ujian objektif 25 soalan. Tak silap saya kalau betul 20 soalan dah lulus lesen L. Boleh terus dapat lesen L dan terus memandu, dengan syarat ada orang yang berlesen di sebelah. Dan bayaran lesen L ni hanya USD 20.

Kalau gagal ujian objektif. Boleh datang keesokan hari. Dia akan beri set soalan yang lain. Ada 3 set soalan tak silap saya, A , B dan C. Setiap set lebih kurang sama je soalannya. Kalau gagal lagi boleh ulang lagi keesokan hari.

Nak ambil lesen memandu pula, lepas dapat lesen L, terus juga pergi pejabat DOT. Untuk ujian memandu. Kalau lulus, bayar USD 20 dan terus boleh memandu. Kalau gagal datang keesokan harinya, sampailah lulus. USD 20 sah untuk tiga tahun.

Mudah dan murah kan dapat lesen memandu di sana.

Kemudian saya tengok sekali lagi laman web DOT terkini, tak banyak perubahan, masih sama sistemnya dan kosnya
http://www.iowadot.gov/mvd/ods/types.htm
( C (Non-commercial-Operator) 16 2 Years , 5 Years, Knowledge, Vision, Driving $8 $20 )

TAPI PELIK di Malaysia ni. Makin lama makin mahal dan makin susah nak ambil lesen memandu.

Kerajaan, Menteri Pengangkutan dan Pengarah JPJ cik abang oi, pemandu kita makin beradab ke di jalanraya bila makin susah ambil lesen ni ? Remaja bawah umur tanpa lesen akan berkurangan ke dengan sistem semakin susah dan mahal ini ? Orang dewasa tanpa lesen akan berkurangan ke ?

Apa nak di kata, kita rakyat ni umpama mentimun je. Di gelek ke , menggelek ke, kita terpaksa terima sajalah apa sahaja keputusan yang dibuat. Mahal mahal-lah apa nak buat. Kalau tak mampu tak payahlah ambil lesen, pandu sahajalah, kalau kena tangkap sendirilah tanggung.

Rasuah akan berkurangan atau bertambah ke kalau makin susah rakyat nak ambil lesen memandu ni ?

Dicatat oleh Den

-selatanonline-

Umno politikkan Masjid

Roslan SMS

Saya mendapat maklumat yang Umno Selangor mahu menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Petaling Jaya. Khabarnya untuk memeriahkan majlis mereka akan mengundang Presiden Umno yang juga PM iaitu Najib Tun Razak.

Ini bukan kali pertama Umno menggunakan masjid bagi tujuan ini. Malah hampir tiap tahun ia menganjurkannya sejak hilang kuasa di negeri ini. Tahun lepas di Kuang dan sebelumnya di Ampang (tetapi dibatalkan kerana tidak mendapat kelulusan).

Saya turut difahamkan Nazir dan JK Masjid Nurul Ehsan membantah penganjuran program bercorak politik di masjid mereka.

Saya hairan mengapa mereka perlu seret pemimpin mereka ke kawasan DUN (Taman Medan) dan Parlimen (PJ Selatan) yang mereka kalah. Jelas tiada alasan lain selain mempolitkkan majlis untuk kepentingan mereka. Ini jelas bertentangan dengan titah Tuanku Sultan Selangor.

Kalau benar pun PM mahu turun berbuka puasa dengan rakyat, masuklah ikut pintu hadapan. Negeri ini ada kerajaannya. Berilah salam dan mohon maklum. Saya percaya jika dibuat melalui pintu hadapan Menteri Besar, EXCO, ADUN dan rakyat jelata sendiri boleh keluar tanpa merasa yang majlis itu nanti suatu majlis politik.

Tetapi kalau ikut pintu belakang, curi-curi dan memeblakang peraturan yang ada, layak sangatlah Nazir dan JK Masjid menolak malah rakyat jelata pun berhak bersuara membantah.

Jangan politkkan masjid kami di bulan Ramadhan ini...........

http://n32.blogspot.com/

Dua hari usung mayat bayi

KUALA LUMPUR: Rahsia isi kandungan beg pakaian yang dibawa seorang warga Indonesia yang sanggup berjalan kaki dari Keramat ke Wangsa Maju sejak dua hari lalu terjawab apabila mendapati ia mengandungi bayinya yang mati sebaik dilahirkan Rabu lalu di sebuah rumah di Ampang Ulu, dekat sini.

Wanita berusia 40 tahun dan tidak memiliki dokumen perjalanan sah itu dikatakan sedang meminta bantuan orang ramai untuk mengkebumikan mayat bayinya itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari semalam, wanita berkenaan yang cuba mendapatkan bantuan warga senegaranya di sebuah rumah kongsi di belakang sebuah kondominium di Wangsa Maju ditahan polis sebaik permintaannya untuk mengkebumikan bayinya itu dimaklumkan kepada polis.

Menurut sumber, polis tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian sebelum wanita terbabit mendakwa mayat bayi yang dibawanya itu bukanlah miliknya.

“Sebaliknya, wanita itu mendakwa bayi perempuan berkenaan adalah milik isteri seorang rakannya di Hulu Klang yang memintanya menanamkan mayat bayi berkenaan. “Malah, wanita itu sanggup berjalan kaki sejauh kira-kira 10 kilometer untuk menanam mayat bayi perempuan itu kerana tidak berjumpa lokasi sesuai di Keramat. Sumber berkata, ketika disoal siasat, wanita berkenaan mendakwa bayi itu sudah mati sejak dua hari lalu dan dibawa dari Hulu Klang. Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan penemuan mayat bayi itu.

“Kami sudah menahan wanita warga Indonesia itu untuk soal siasat berikutan menerima maklumat awam mengatakan dia sedang mencari lokasi sesuai untuk mengebumikan mayat bayinya,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal, suspek tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. “Saya sahkan bayi berkenaan miliknya dilahirkan di sebuah rumah kongsi di Ampang Ulu dengan dibantu seorang wanita Indonesia lain dan sudah meninggal dunia ketika dilahirkan,” katanya. Zakaria berkata, suspek kini ditahan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut dan mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

PKR dakwa pendapatan Pengerusi Felda RM2 juta, cabar Yusof nafi

Yusof (kiri) diminta menyatakan samada pendapatan beliau mencecah RM2 juta setahun. — gambar fail
PETALING JAYA, 14 Ogos: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sivarasa Rasiah hari ini mencabar Tan Sri Mohd Yusof Nor agar mendedahkan kepada umum jumlah ganjaran yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda.

Sivarasa mendakwa maklumat diterima pihaknya menunjukkan Yusof memperoleh pendapatan mencecah RM2 juta setahun termasuk gaji dan juga elaun.

Perkara ini ditimbulkan di sebalik dakwaan PKR bahawa Felda akan muflis manakala lebih 700 peneroka dari dua Felda menyaman agensi persekutuan RM200 juta berhubung isu penipuan dalam kiraan perahan minyak sawit.

Dua bulan lalu Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa aliran wang tunai semasa Felda telah merosot berbanding lima tahun lalu.

“Saya nak tanya kepada beliau (Yusof) berapa jumlah ganjaran yang diperoleh sebagai Pengerusi Felda yang turut mengawal anak-anak syarikat Felda?

“Betul atau tidak pendapatan beliau termasuk gaji dan elaun mencecah sehingga RM2 juta setahun?” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Beliau berkata dakwaan Yusof menerima ganjaran sebanyak RM2 juta hanya khabar angin tetapi ia penting untuk diketahui umum terutamanya peneroka.

“Saya cuma nak tahu ya atau tidak, itu sahaja. Jadi saya menantikan jawapan daripada beliau (Yusof).

“Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya tinggi.

“Itu yang saya mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun.

“Adakah ia ada mencecah RM2 juta,” kata beliau.

Felda diasaskan pada 1956 untuk membantu orang miskin kepada sebuah kawasan membangun.

Ia telah berkembang dan menjadi pembekal perladangan terbesar di dunia, dengan 811,140 hektar ladang kelapa sawit, terutama di Malaysia, dengan beberapa operasi di Indonesia.

-malaysianinsider-

" MasyaAllah : Cepatnya Balasan & Peringatan Allah " - Ali Rustam

ulitmayang
Cadangannya untuk mewujudkan Sekolah Remaja Hamil di Melaka , mungkin ada justifikasi tersendiri. Adakah disebabkan oleh wujudnya bilangan dan kuantiti yang mencukupi, sehingga sebuah sekolah yang dikhususkan untuk remaja yang hamil perlu didirikan dan ditempatkan di suatu lokasi yang khas untuk mereka ini. Adakah ini menandakan memang keadaan ini cukup serius di negeri Melaka?

Andainya ini terjadi maka adakah ini menunjukkan berlaku keadaan dimana pelanggaran kepada amaran Allah supaya menjauhi zina sudah menjadi amalan biasa di Melaka juga di negara 1Malaysia?

Dan adakah cadangan kerajaan Melaka mewujudkan talian remaja hamil 06- 2333333, adalah satu lagi langkah bagi menjayakan kewujudan Sekolah Remaja Hamil ini, adalah suatu cabaran terhadap larangan perintah Allah?

Menurut kerajaan Melaka, mengambil iktibar daripada gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi, kerajaan negeri mewujudkan talian khas bebas tol 06-2333333 bagi membantu remaja yang menghadapi masalah mengandungkan bayi luar nikah. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Datuk Norpipah Abdol berkata, talian tersebut diwujudkan bagi membantu golongan tersebut mendapatkan khidmat nasihat mengenai masalah yang dihadapi.

Adakah tindakan dan langkah kerajaan Melaka ini sudah menimbulkan kemurkaan Allah, maka tanpa mengira mangsanya adalah mereka yang menyokong atau menentang cadangan itu, samada mereka yang terlibat itu terdiri daripada orang–orang beriman, fasik atau munafik, dengan takdirNya musibah dan peringatan kecil ini diturunkan?

Kita mengucapkan takziah kepada semua mangsa ribut ini. Bersabarlah dengan dugaan Allah ini. Ianya adalah satu peringatan bagi orang–orang yang mempunyai akal dan iman. Semoga ia turut menginsafkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dikatakan melawat keluarga mangsa yang meninggal malam tadi.

Video khemah terbang macam kertas di Bazar Ramadan Jasin

rozmal
Bazar Ramadan di bandar Jasin , Melaka telah dilanda angin ribut yang amat kuat secara tiba-tiba pada hari Jumaat 13 Ogos 2010 sekitar jam 4.45 petang. Terdapat video di Youtube yang menunjukkan khemah-khemah berterbangan ke udara seperti kertas-kertas yang berpusing-pusing.
Ianya semua adalah ketentuan Allah. Fenomena alam juga adalah ketentuan Allah. Angin ribut yang dating secara tiba-tiba ini disebut Squall atau White Squall atau Sumatras dan terbentuk sepanjang pantai selat Melaka,berlaku antara bulan April ke November.


Semua ini ada ketentuan Allah. Mereka yang bijak ialah mereka yang banyak memperingati mati dan membuat persiapan selepas mati.


Pilihan di tangan kita, hendak syurga atau neraka. Hendak syurga kenalah buat amalan ahli syurga. Tak boleh hendak syurga tapi buat amalan ahli neraka.

Malaikat Maut atau Angel of Death menziarahi setiap seorang daripada kita setiap 20 minit , 27 jam sehari , 7 hari seminggu.


Untuk melihat video khemah-khemah yang diterbangkan macam kertas , sila ke pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/08/video-khemah-terbang-macam-kertas-di.html

Protes: 300 penduduk bermalam di khemah

Lebih 300 penghuni rumah pangsa Taman Permata Dengkil akan bermalam di khemah di luar kawasan perumahan mereka, malam ini.

Tindakan itu sempena bantahan 24 jam yang bermula jam 5 petang tadi kerana menuntut tempat tinggal yang lebih selamat.

Majlis 'Mari Berkhemah' yang diterajui Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) itu diadakan bagi membela nasib kira-kira 500 keluarga yang didakwa dipindahkan ke situ secara tergesa-gesa apabila Putrajaya dan Cyberjaya dibangunkan untuk dijadikan pusat pentadbiran baru negara pada 1998.

Malangnya, penduduk mendakwa rumah pangsa yang mereka duduki sekarang ini mengalami retakan struktur yang teruk dan berlakunya hakisan bawah tanah.

Sehubungan dengan bantahan itu, beberapa kanopi besar kira-kira 700 meter daripada kawasan perumahan mereka didirikan bagi mereka berteduh malam ini.

Kehadiran polis

Penyelaras JERIT E Nalini ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini berkata setakat jam 6.45 petang seramai kira-kira 80 orang penduduk sudah berkumpul dalam empat kanopi yang dipasang di tepi jalan raya berhampiran jalan masuk ke rumah pangsa berkenaan.

"Mere

ka akan bermalam di khemah ini sehingga esok," katanya yang turut berada di khemah itu.

Nalini yang juga penyelaras Suaram berkata, kira-kira jam 4 petang tadi seramai 20 hingga 30 anggota polis berada berdekatan bagi memantau keadaan.

Menurutnya, dua pegawai polis dari balai polis Dengkil mengarahkan pengajur dan orang ramai supaya bersurai kerana didakwa "berhimpun secara haram dan tidak mempunyai permit".

Bagaimanapun, Nalini berkata mereka tidak berganjak dengan alasan bahawa rumah mereka itu tidak selamat untuk didiami dan mereka menuntut rumah yang baru dan selamat.

Nal
ini berkata menjelang lewat petang, jumlah anggota polis berkurangan menjadi lima orang. Tiada sebarang tangkapan dilakukan dan majlis berjalan dengan lancar.

Menurutnya, beberapa program telah diatur sempena 'perkhemahan' itu dengan penduduk membuat beberapa buah kain rentang menuntut agar mereka diberikan rumah teres..

"Kain rentang akan digantung sekitar Dengkil malam ini. Bahkan ada kain rentang yang sudah dinaikkan," katanya.

Serah memorandum

Selain itu katanya, mereka juga akan mengutip tandatangan - di atas sebuh kain rentang - daripada orang ramai bagi menyatakan sokongan kepada penduduk.

Menurutnya lagi beberapa pemimpin Pakatan Rakyat akan hadir pada malam ini termasuk Presiden PSM Dr Nasir Hashim dan ahli parlimen Sungai Siput Micheal Jeyakumar Devaraj.

"Acara kemuncak adalah penduduk flat tersebut akan menyerahkan memorandum menuntut perumahan yang selamat dan campurtangan kerajaan negeri kepada wakil Menteri Besar Selangor," katanya.

M

enurutnya, acara itu akan berlangsung selepas wakil menteri besar dan beberapa wakil rakyat mengunjungi rumah pangsa itu pada jam 10 pagi esok.

Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan yang turut hadir berkata penduduk rumah pangsa itu sebenarnya berasal dari empat ladang yang terletak di Putrajaya - Ladang Perang Besar, Ladang Galloway, Ladang Sedgely dan Ladang Medingly.

Katanya, penduduk berasa diri mereka tertipu kerana setelah melakukan pengorbanan dengan membiarkan rumah kediaman mereka dibangunkan namun diberikan tempat berteduh yang tidak selamat.

"Sebab itu mereka membuat protes dengan berkhemah di sini. Sebelum ini, masalah mereka tidak didengari oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Berkhemah ini merupakan simbolik kepada nasib mereka," katanya.

Dakwanya lagi, penduduk yang dipindahkan itu juga dijanjikan bahawa rumah pangsa yang diduduki itu adalah hanya buat sementara waktu.

ISA Mungkin Diguna Untuk Selamat Umno

Mohd Sayuti Omar

BELUM pun padam molek lilin yang dinyalakan oleh Gerakan Anti Mansuhkan Isa (GAMI) yang dipasang sempena 50 tahun akta itu wujud, tiga lagi ditahan di bawah ISA kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan kegiatan militan. Mereka ialah Mustawan Ahbab, 34 (warga Indonesia), Sheikh Abdullah Sheikh Junaid, 70 dan Samsul Hamidi, 34.

Penangkapan itu menunjukkan lilin yang dibakar Gami itu tidak berapa panas untuk mencegah kerajaan UBN dari terus menggunakan senjata tali hayatnya itu untuk membenteng keselamatan negara

Gerakan anti ISA masih belum membuahkan lagi hasilnya. Walaupun kerajaan sudah bersedia melakukan pindaan tetapi ia tidak menjamin akta itu tidak terus mengganas. Pindaan yang dicadangkan juga tidak akan membawa perubahan besar terhadap taring akta berkenaan.

Tidak menjadi masalah kalau ISA digunakan untuk kepentingan negara. Tetapi apakah hakikatnya begitu? Dengan penahanan terbaru tiga orang itu menunjukkan ISA masih terus berfungsi dan berperanan seperti dulu.

Tidak ada pula kenyataan membantah penahanan tiga orang terbaru itu dikeluarkan mana-mana pihak. Apakah ini bermakna penahanan mereka itu tepat dan merupakan satu keperluan?

Pun begitu penahanan ketiga mereka itu tidak boleh dibiarkan begitu saja. Penambahan warga ISA itu sesuatu yang perlu difikir oleh semua orang khasnya pembangkang yang sering menjadi mangsa akta itu. Pihak pembangkang sering dijadikan kibas korban oleh kerajaan. Dan penahanan tiga orang itu apakah ianya sebagai isyarat bahawa ISA akan mengganas sekali lagi. ISA bersiap sedia untuk membaham mangsanya bagi memastikan kedudukan pihak tertentu dalam politik tidak terancam.

Saya tidak musykil kalau ISA digunakan atas kesalamatan dan kepentingan negara. Tetapi ia menjadi musykil dan kebimbangan besar kalau ISA digunakan untuk kepentingan Umno. Tindakan itu jelas menyalah gunakan akta berkenaan. Kerana itulah ianya memerlukan banuak lagi lilin untuk dibakar. Didoakan janganlah akta kejam dan zalim ini disalah gunakan sehinggakan menyebabkan rakyat akan bangkit beramai-ramai menentangnya dan orang tidak berdosa teraniyaan.

Baru-baru ini ada pemimpin NGO (baca pemimpin 'nga' - tolol dan bodoh) mencadangkan supaya kerajaan menangkap pemimpin pembangkang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Cadangan itu disanggah hebat oleh parti pembangkang dan puak yang anti kepada ISA. Cadangan itu juga dilihat sebagai rasis. Tetapi tidak mustahil kerajaan akan mengguna pakai cadangan itu untuk menggunakan ISA.

Tidak mustahil, tidakkkk mustahil.

Hari ini keadaan Umno sungguh mencemaskan. Semua pihak termasuk dalam Umno sendiri merasakan yang Umno mungkin tidak dapat mempertahankan kerajaan dalam pilihan raya akan datang. Sudah ada pemimpin Umno yang membilang berapa banyak kerusi Melayu dan berapa banyak kerusi Cina. Sudah ada yang terang-terang menyatakan kewalangan yang BN akan kalah.

Kedudukan Umno hari tidak berapa stabil. Selain Umno bimbang dengan sokongan dari bukan Melayu tetapi sokongan Melayu juga mencemaskan mereka. Kehadiran pengundi muda yang rata-rata mahukan perubahan menakutkan Umno. Pendedahan demi pendedahan dan pembongkaran demi pembongkaran terhadap kebusukan kerajaan dilakukan pembangkang sungguh menakutkan dan menjadi perhatian.

Isu-isu mengenai Felda, saman terhadap Felda cukup mengocangkan 'iman" Umno. Terbaru isu projek Bakun yang mungkin akan menyaut wang KWSP. Isu ini mudah dimakan dan dimamah rakyat sebab ia hampir dengan mereka. Kedamaian Felda selama ini sudah terusik. Kesosonakakan peneroka melihat buah kepala sawit, susu getah warna putih sudah terusik. Apabila pembangkang mengkucar kacirkan kehidupan mereka, mendedahkan kebenaran mereka mula bertindak. Timbul rasa kebencian peneroka kepada kerakusan kerajaan.

Tindakan 776 orang peneroka Serting, Negeri Sembilan menyaman Felda minggu lepas adalah kesenimbungan penentangan dan protes peneroka kepada kepada kerajaan. Dipercayai selepas ini akan banyak lagi peneroka akan berarak ke mahkamah. Apa kata kalau semua semua rancangan tanah Felda mengambil tindakan sama terhadap lembaga itu.

Walaupun Timbalan Menteri yang jaga Felda bersama Pengerusi Felda cuba menangkisnya tetapi ia tidak berbekas lagi.

Jadi memerhati kepada keadaan ini menyebabkan tersimpul di kapala saya. Terfikir apakah kerajaan akan mengambil jalan salah dalam membalas serangan pembangang menerusi isu Felda ini dengan menahan aktivis yang menggerakkan isu itu di bawah ISA.

Ini hanya satu ilusi saya tetapi ia perlu diberi perhatian oleh mereka merasakan berpotensi untuk ditahan di bawah ISA. Pembangkang pula jangan beranggapan kerajaan takut menggunakan ISA kerana akta itu sedang ditentang. Sebagai pihak yang dalam keadaan terdesak Umbo akan menggunakan apa saja senjata yang ada kepadanya termasuk ISA. Kelambatan akta itu dihapuskan mungkin antara tujuannya untuk menjamin penerusan UBN menjadi kerajaan

http://msomelayu.blogspot.com

Umno hanya layak diletakkan di bawah kaki?

Penarik Beca
Dalam berita bertajuk "Umno minta rakan maya bantu naikkan semula imej parti", Bernama hari ini melaporkan:
Umno hari ini meminta bantuan sahabat maya untuk menaikkan semula imej serta nama parti itu yang sering menerima pelbagai tohmahan oleh pihak tertentu, terutama parti pembangkang.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sejak lima tahun kebelakangan ini, pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada Umno sehingga parti itu dilihat seperti pertubuhan siasah yang tidak bermoral.

"Umno digambarkan seperti parti yang tidak berakhlak, yang seolah-olah hanya layak diletakkan di bawah kaki...saya sedih dengan keadaan ini.

"Kita tidak minta banyak...kita cuma minta diiktiraf apa yang telah dilakukan parti selama ini, apa yang telah dilaksanakan untuk kebaikan semua," katanya sempena majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan Facebook (FB) Media-Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Persoalannya, adakah keluhan Adnan itu membuktikan kegagalan teruk gerombolan-gerombolan yang ditubuhkan oleh Umno untuk menjalarkan propagandanya di alam siber termasuk mengacau dengan menghantar komen karut-marut dalam blog-blog termasuk blog ini (khabarnya banyak duit atau gaji yang diperolehi gerombolan itu, sama ada gaji rasmi atau gaji tak rasmi).

Bila kita tak siaran, mereka menjerit-jerit fasal kebebasan bersuara. Macamlah mereka menghormati kebebasan bersuara.

Apa pun, itu sistem nilai yang mereka gunakan. Saya tidak membantah.

Saya juga mempunyai sistem nilai saya sendiri yang tidak ada kena-mengena dengan jargon yang dipanggil kebebasan bersuara serta segala dialektiknya. Saya tak mahu ikut sistem nilai orang. Saya hanya nak ikut sistem nilai yang saya percayai. Sistem nilai yang saya yakini ialah beriman kepada perintah amar ma'ruf nahi munkar. Saya hanya mahu ikut pesanan-pesanan Islam termasuk berkata benar walaupun pahit.

Dan, saya mengucapkan tahniah kepada Adnan kerana berkata benar walaupun pahit bila beliau berkata "Umno digambarkan seperti parti yang tidak berakhlak, yang seolah-olah hanya layak diletakkan di bawah kaki".

Saya hanya tercari-cari di manakah tak betulnya gambaran yang disebutkan oleh Adnan itu apabila bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri menyebutkan "
Parti Umno sudah jadi parti perasuah".

Berkaitan:

UmnoApco Terdesak..!!!! (Aduka Taruna)

Peguam: Felda tidak boleh saman Suara Keadilan

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak boleh menyaman fitnah ke atas akhbar Suara Keadilan kerana agensi itu ditubuhkan dengan menggunakan dana rakyat.

"Soal yang timbul di sini adakah secara undang-undang, moral dan etika, Felda boleh membawa apa-apa tindakan undang-undang kepada rakyat yang mengeluarkan kritikan ke atas Felda.

"Felda adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat. Felda ditubuhkan untuk memberi bantuan dan faedah kepada rakyat. Undang-undang adalah jelas, Felda tidak boleh saman fitnah (kepada Suara Keadilan).

"Prinsip undang-undang adalah jelas, apa-apa badan yang yang ditubuhkan dengan wang rakyat dan untuk kebaikan rakyat, tidak boleh mengeluarkan saman fitnah setiap kali dikritik oleh rakyat," katanya peguam yang dilantik oleh akhbar berkenaan, N Surendran.

Menurutnya, berdasarkan undang-undang lazim atau '
commom law' itu, yang diamalkan kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, kerajaan tempatan atau badan berkanun tidak boleh membuat saman fitnah ke atas rakyat.

Sehubungan itu, Surendren menasihatkan Felda agar mencari penasihat undang-undang yang bijak, membuat kajian serta tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak mempunyai asas undang-undang.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media bagi mengulas bahawa Felda akan memfailkan samanterhadap lidah rasmi PKR itu pada "bila-bila masa".

Turut hadir pada sidang media itu adalah naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, pengerusi biro Felda PKR Suhaimi Said dan bekas timbalan menteri tanah dan koperasi Datuk Tan Kee Kwong di ibu pejabat parti itu petang ini.

Mengulas lanjut, Surendren mendakwa selain badan berkanun, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga tidak dibenarkan menyaman rakyat.

"Jika perkara itu dibenarkan, maka hak rakyat untuk mengeluarkan kritikan terhadap kerajaan, institusi kerajaan dan badan berkanun, akan tergugat," katanya.

Menjawab soalan, Surendren berkata, pihaknya belum menerima writ saman daripada Felda sebaliknya hanya menerimanotis tuntutansaman daripada agensi kerajaan itu pada 1 Julai lalu.

Mengulas dari sudut moral, Surendren berkata Felda ditubuhkan dengan menawarkan skim-skim tertentu bagi membantu peneroka, bukannnya "dipergunakan oleh segelintir orang untuk menghentam parti
politik pembangkang".

"Itu bukan tujuan (penubuhan) Felda. Tujuan Felda adalah untuk membantu orang (peneroka) di luar bandar dengan skim-skim perladangan.

"Bagaimana sebuah badan berkanun, yang ditubuhkan untuk tujuan itu, menggunakan wang dan sebagainya untuk menyerang individu tertentu dan parti-parti politik. Langsung tidak masuk akal," katanya

Dalam sidang media yang sama, Suhaimi mendakwa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan pemberian duit raya sebanyak RM350 dan RM150 masing-masing kepada peneroka bersama dan tidak bersama agensi itu adalah "satu perkara lama yang telah diamalkan oleh BN".

Beliau mendakwa duit yang diberikan itu adalah asalnya duit yang dikumpulkan oleh peneroka dan ia dikembalikan kepada mereka semula.

Pengerusi Felda dapat RM2 juta setahun?

"Seolah-olah peneroka tidak tahu, bahawa duit itu adalah duit mereka sendiri," katanya.

Pada sidang media yang sama, Sivarasa melontar persoalan kepada pengerusi Felda Tan Sri Yusof Nor (kiri, tengah) sama ada benar atau tidak jumlah gaji dan elaun yang diterimanya adalah sebanyak hampir RM2 juta setahun.

"Adakah benar atau tidak bahawa jumlah gaji, elaun, dan apa-apa bayaran yang Tan Sri Yusof dapat daripada Felda dan daripada anak-anak syarikat Felda, jumlah ini adalah hampir RM2 juta setahun. Sila beritahulah (kepada rakyat), betul atau tidak," katanya.

Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang berkata rakyat dan peneroka Felda menunggu jawapan yang akan diberikan Yusof susulan soalan yang dilontarkannya.

Polis tembak mati suami mengamuk tetak isteri

Polis menembak mati seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman kira-kira tiga jam selepas menetak mati isterinya dengan sebilah parang di rumah mereka di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan kira-kira 100 kilometer dari Ipoh hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata Mohd Natri Sharudin, 39, ditembak apabila cuba menyerang anggota polis dengan menggunakan parang dan pisau pada kira-kira 8.30 pagi tadi.

Katanya, sebelum itu lelaki itu telah mengamuk dan menyerang isteri dan dua anak perempuan mereka pada kira-kira 5.15 pagi.

Isterinya Khairul Bariah Mohd Ariffin, 36, seorang pekerja kilang, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan manakala seorang anak mereka, Najihan, 13, cedera di bahagian badan serta putus dua jari tangan kanan, kata Goh ketika dihubungi.

Seorang lagi anak pasangan itu, Nazuwa, 10, terselamat daripada sebarang kecederaan, katanya.

Menurut Goh, selepas mendapat maklumat mengenai insiden itu, polis bergegas ke tempat kejadian dan berusaha memujuk Mohd Natri menyerah diri tetapi beliau terus mengurung diri di dalam rumah.

Katanya, anggota polis telah menembak mangsa dengan menggunakan senjata taser tetapi tidak berkesan malah menyebabkan dia semakin agresif.

Polis terpaksa menggunakan pistol apabila lelaki itu bertindak ganas dan cuba menyerang dengan parang dan pisau, katanya.

Menurut Goh, mangsa yang terkena dua das tembakan meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati lelaki itu memang mempunyai masalah mental dan pernah menjalani rawatan di hospital, katanya.

Mayat pasangan berkenaan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat manakala Najihan pula dimasukkan ke hospital sama untuk rawatan, katanya.


-Bernama-

Apa Salahnya Bunyi Masjid Lantang?

Kadir Jasin

SETELAH dua minggu tidak menunaikan Jumaat di Masjid Negara kerana berada di luar negara, saya semalam dalam suka dan duka kembali ke rumah ibadat yang ikonik itu.

Saya gembira kerana Iman begitu “
commanding” mengimamkan solat. Pembacaan jelas, lancar dan kuat. Bukan apa, sekarang ini banyak cakap-cakap bahawa ada orang bukan Islam tidak senang hati dengan bunyi masjid dan surau yang kuat.

Malah ada orang Islam yang terikut-ikut. Tak tahulah orang lain, tetapi bagi saya, lagi kuat dan lancar suara Iman (melalui pembesar suara) lagi mudah saya mengikut dan menumpukan sepenuh perhatian.

Lagipun, adakah orang Kristian di Switzerland, misalnya, berasa bersalah dan orang bukan Kristian berasa marah apabila loceng gereja berbunyi lantang setiap 15 minit?

Sebaliknya, negara majoriti Kristian itu baru saja mengundi mengharamkan pembinaan menara (
minaret) masjid atas alasan menara menjadi simbol “Islamisasi”.

Tetapi kita nak kata apa? Itu negara mereka – sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Kristian. Samalah dengan orang Amerika yang menentang pembinaan Pusat Islam New York kononnya terlalu dekat dengan tapak World Trade Centre.

Jadi mengapa kita, sebuah negara yang agama rasminya Islam dan majoriti rakyatnya Islam, harus mempersoalkan kelantangan azan, khutbah dan solat di masjid dan surau?

Lagipun, pembeli rumah di kawasan-kawasan perumahan tahu di mana terletaknya masjid – sama ada yang sudah dibina atau dirancang kerana ada dalam pelan induk. Kalau tidak suka bunyi masjid, jangan beli rumah berhampiran dengannya.

Berbalik kepada Masjid Negara, saya terkilan sikit (sikit) dan tertanya-tanya kenapa kerja-kerja pemulihan dan pengubahsuaian perlu dijalankan atau diteruskan pada bulan Ramadan, sehingga mencacatkan keindahan masjid dan keselesaan beribadat?

Adakah semata-mata untuk menyambut Hari Raya Puasa yang ibadat sembahyangnya hanyalah sunat atau akibat perancangan yang tidak mempedulikan keagungan masjid dan keselesaan jemaah?

Saya tidak mahu ulas khutbah yang disampaikan oleh khatib, kecuali menyebut mengenai doa khutbah yang “terlebih” panjang dan (maaf cakap) “kureng” lancar. Bukan apa, saya selalu berasa kalau nak berdoa biar lancar. Lebih baik doa yang pendek tetapi lancar daripada doa panjang yang tersangkut-sangkut.

Namun saya ucap terima kasih kepada semua pihak terbabit yang berniat baik melakukan pemulihan dan pengubahsuaian Masjid Negara. Yang saya persoalkan hanyalah ketepatan masa (
timing).

Bukan pihak berkuasa masjid tak tahu yang lebih ramai orang datang mengerjakan solat Jumaat pada bulan Ramadan sebab tak boleh makan tengah hari.

Dan apakah salahnya kita mempromosikan Dinar Islam kalau sistem itu berdaya maju dan berpotensi mengatasi masalah sistem matawang konvensional yang kini terdedah kepada spekulasi dan manipulasi oleh pasaran bebas ciptaan Barat?

Apa-apa pun, saya sekali lagi ucapkan selamat berpuasa kepada pembahas dan pembaca.

http://kadirjasin.blogspot.com/

KJ Kewi Punggung Beruk?

Ustaz Saiful Bahri

Pernah seorang bekas YB UMNO yang kemudian keluar daripada UMNO-BN dan berjuang bersama PAS. Beliau menceritakan tentang feel perangai wakil rakyat zaman jahiliyyahnya bersama UMNO.
Mereka merancang pelbagai cara dan strategi bagi memenangi pilihanraya bahkan sesuatu yang tak terfikir oleh orang ramai tetapi member imej yang baik kepada YB UMNO.

Ketika beliau selaku YB dan memegang jawatan Pengarah sebuah syarikat perkayuan milik kerajaan negeri.
Satu ketika apabila dekat pilihanraya beliau berpakat dan mengarahkan CEO syarikat supaya memberhentikan sebahagian besar kakitangan dengan pelbagai alasan. Apatah lagi kakitangan yang dilihat tidak cenderung kepada politik UMNO-BN.
Ini akan menimbulkan suasana kecoh menyebabkan para pekerja berhimpun dan mendesak kepada syarikat tetapi boss memberitahu beliau tidak boleh buat apa-apa.
Ini disebabkan untuk kepentingan syarikat dan pelbagai alasan yang diberikan. Apabila kekecohan terus berlaku lalu ada spy YB akan memberitahu kepada YB.
Beliau pun pergi dengan segera seolah-olah mendengar permasalahan rakyat dan sebagai hero yang membela hak-hak pekerja. Beliau menunjukkan sikap marah kepada pihak syarikat dan berucap seolah simpati kepada pekerja.

Akhirnya beliau menjadi wakil dan jurucakap kepada pekerja masuk ke ofis boss syarikat dan berbincang. Selang beberapa ketika beliau keluar dan pihak syarikat mengumumkan kerana desakan dan permintaaan YB, pihak syarikat akhirnya membatalkan hasrat untuk memecat kakitangan mereka.

Apa lagi tepukan bergemuruh di kalangan pekerja. Seolah perjuangan pekerja berjaya hasil wakil rakyat mereka. “Ish kalau takde YB kita ni.. entahlah. Tak berasaplah dapur kita”. Tersengih YB sampai ke telinga. Inilah akhirnya menjadi penyokong tegar YB serta parti UMNO-BN. Dulu-kini-selamanya.

Ketika ditanya kenapa beliau melakukan demikian. Sanggup berpakat dan menipu. “Itulah politik. Kalau tak buat macam tu mana nak menang. Orang melayu ni kena tipu macam tu je. Beres. Kalau tak tipu takkan panggil UMNO. Tapi itu masa jahiliyyah dulu. Sekarang dah tobat”. Kata beliau sambil tersenyum.

Teringat kisah itu penulis tersenyum apabila membaca akhbar hari ini. Dah memang Utusan Meloya. Kalau tidak memuji UMNO takkan berasap dapur para wartawan dan editor tu.

Tindakan Kabinet keputusan bijak

Tindakan kerajaan menarik balik langkah menyenaraihitamkan kenderaan pesalah-pesalah trafik untuk sementara waktu adalah keputusan bijak dalam menangani isu tersebut. Malah, tindakan itu juga menunjukkan kerajaan prihatin tentang desakan pelbagai pihak berhubung bebanan yang terpaksa ditanggung masyarakat apabila berdepan masalah nama disenaraihitam oleh pihak berkuasa.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan kerajaan yang dianggap bijak dan terbaik itu menunjukkan Pemuda UMNO berjaya dalam usahanya membantah saman ekor. "Pemuda UMNO berterima kasih kepada kerajaan kerana bertindak balas terhadap bantahan yang disuarakan kami sebelum ini. "Cuma kami berharap perkara ini dapat dimansuhkan selepas ini atau diganti dengan sistem lain yang lebih mesra pengguna," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas keputusan Kabinet yang bersetuju menarik balik tindakan menyenaraihitamkan kenderaan buat sementara waktu bermula hari ini hingga 28 Februari tahun depan.

Tindakan KJ itu samalah pepatahbudak kampong yang menggunakan istilah seperti ‘kewi punggung beruk’. Kewi ni biasanya jenama pengilat kasut yang digunakan supaya diberus dan hasilnya kulit akan menjadi berkilat-kilat. Dan punggung beruk biasanya berwarna merah dan cerah. Kerja kewi punggung beruk ini merupakan kerja bodoh. Walau berkilat pun punggung beruk itu ia tetap seekor beruk yang tidak boleh bertanding sebagai ratu cantik.
Bahkan ia akan cepat kotor sebab menjadi pelapik untuk duduk dan menjadi kotor apabila bergelumang dengan tahik.

Itulah ibaratnya apabila media dan KJ sendiri memuji kabinet. Kalaulah menarik-balik saman ekor itu tindakan bijak.
Tetapi takkan tindakan saman ekor yang dikena tergesa-gesa sebelum ini tidak terfikir menyusahkan orang-ramai. Takkan pihak-pihak yang terlibat dalam kerja menyusahkan rakyat ini sebagai tindakan bodoh. Atau ini memang perancangan politik UMNO-BN. Sebab mereka tahu politik orang melayu ni mudah lupa. Paling kuat mereka ingat 6 bulan aje.
Mahathir pun pernah cakap “melayu mudah lupa”. Sekarang media dah puji melangit bahawa Kerajaan UMNO cakna dan prihati kepada rakyat. Rakyat pun lupa bahawa kerajaan UMNO ni dah takdak duit. Dah nak jadi Bangsat. Mereka lupa bulan FEB tahun depan ni. Saman itu ada nyawa lagi. Nanti datang lagi untuk mencekik dan mengketadarah rakyat.

Kenapa payah sangat rakyat nak bersama PR. Lihat masa di Terengganu dulu. Kemenangan akhirnya membawa janji pilihanraya oleh PAS dikotakan termasuklah dihapuskan tol jambatan Terengganu. Menghapuskan cukai pintu rumah kediaman. Tetapi setelah UMNO kembali memerintah mereka dikenakan kembali cukai pintu bahkan dinaikkan berkali ganda.

Saman ekor ini pun suatu isu yang tak berselesaian. Rakyat ada pilihan sebenarnya. Tumbangkan UMNO dalam PRU 13 nanti. Saman ekor dihapuskan. Atau rakyat masih berminat untuk membayar saman. Menangis-nangis supaya disaman. Sehingga bersyukur kalau saman dikenakan?

Khalid Ibrahim Beruntung Kalau Beristeri Dua

ulitmayang
Dalam keadaan dia masih mempunyai seorang isteri saja, iaitu Salbiah Tunut orang sudah mula membuat tuduhan dia sudah beristeri dua, jadi beruntungnya diri beliau sekiranya mempunyai isteri muda. Ini mungkin benar bagi seorang lelaki yang berhajat dan bercita–cita untuk menambah bilangan isteri seorang lagi, sama nombor 2, 3 atau 4. Tetapi, seperti kata nya cukup lah dengan seorang sahaja.

Kalau beliau berhasrat untuk beristeri seorang lagi, maka beruntunglah dirinya juga bakal isteri barunya. Kalau diteliti dari segi syarat–syarat, ianya sangat berkemampuan. Itu kalau dikira dari sudut kewangan. Beliau sudah bergelar jutawan sebelum menjadi MB lagi [Ianya berlawanan dengan MB2 Selangor sebelum ini, hanya menajdi jutawan dan berkeupayaan mempunyai bangsal berharga RM24juta setelah menduduki kerusi MB]. Cuma yang tidak melayakkannya untuk berkahwin seorang lagi ialah soal agihan masa. Dengan sebahagian besar masanya bermukim di pejabat MB, susah juga untuknya menentukan giliran bermutu diantara isteri–isterinya.

Baca selanjutnya ……………………..

Suhakam: Bersatu jika mahu bubarkan ISA


Pengerusi baru Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam membuat cabaran kepada semua rakyat Malaysia - jika tidak mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), maka bersatu menentangnya.

Diplomat negara yang telah bersara itu berkata Malaysia tanpa ISA adalah situasi yang ideal tetapi mengakui ia tidak semudah itu.

Hasmy, 66, berkata hak asasi akan hanya diletakkan di tempatnya yang sewajar di negara ini, apabila semua pihak, bermula daripada kanak-kanak sekolah sehingga pegawi penguatkuasa memahami hak masing-masing.

"Terpulang kepada rakyat Malaysia sama ada mereka mahu (atau tidak) mengekalkan ISA sekarang ini ataupun dalam bentuk yang lain,” katanya pada wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, baru-baru ini.

Hasmy, seorang duta ketika pemerintahan Tun
Abdullah Ahmad Badawi berkata isu menghapuskan akta kuku besi - ISA itu tidak semudah seperti yang disangkakan.

Katanya, tindakan kerajaan untuk meminda beberapa perkara yang amat tidak disenangi rakyat tetap tidak akan disenangi kerana ia hanya berubah bentuk.

"Jika parti
politikyang mahu ISA dikekalkan terus berkuasa, sama ada BN atau sebaliknya, ini kehendak rakyat; (ia sebahagian daripada) proses demokrasi.

"Saya kira jika sesuatu parti itu tidak menjuarai ISA, maka apabila mereka membentuk kerajaan - mereka mempunyai tanggungjawab bagi membubarkan akta itu,” katanya.

Hasmy berkata beliau senada dengan pendirian Suhakam bahaaw undang-undang arbitrari seperti ISA tidak secocok dengan prinsip hak asasi manusia dan lebih cepat ia digugurkan, maka itu adalah lebih baik.

Bagaimanapun, Hasmy yang menganggap dirinya sebagai seorang idealis sedar bahawa ia tidak semudah itu dan menyedari Suhakam sentiasa berdepan dengan tentangan daripada kerajaan dan agensi penguatkuasaannya dalam menjalankan tugas. Malah beliau juga mengakui tidak mudah berdepan dengan kumpulan berkenaan.

"Ini telah menjadi isu sejak sekian lama. Suhakam telah dan akan terus mendesak agar ISA dibubarkan. Pendirian Suhakam jelas. Kami mahu ia dibubarkan. Bagaimana untuk kita lakukannya? Kita kena yakinkan kerajaan, pihak polis,” katanya.

Hasmy berkata kerajaan dan polis mempunyai beberapa justifikasi bagi mengekalkan ISA kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan yang kompleks. Sebagai contoh, katanya, peristiwa berdarah 13 Mei 1969 seringkali dijadikan alasan supaya ISA terus dikekalkan.

Tegasnya, seringkali juga agensi penguatkuasaan tidak mematuhi peraturan dan menyalah-gunakan akta itu bagi menafikan hak kebebasan untuk berhimpun dan hak untuk diwakili bagi dibicarakan di mahkamah.

"ISA ini adalah tinggalkan sejarah. Dunia sudah berubah. Darurat sudah berakhir. Tidak ada lagi komunis. Mengapa ISA perlu dikekalkan?

"Kita boleh memperketatkan undang-undang lain bagi menjamin ketenteraman awam dan keamanan. Perketatkan undang-undang hasutan atau mungkin juga adakan akta anti-pengganas.

"ISA ini agak kejam dan kuku besi. Dan pasukan keselamatan serta pihak berkuasa hanya menggunakannya bagi memudahkan kerja mereka,” kata Hasmy lagi.