"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Mat Sabu buat kejutan melepaskan semua jawatan di PP

Mohamad Sabu berkata, beliau akan melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan Pulau Pinang minggu ini ekoran keputusan muktamar memutuskan hubungan dengan DAP.

"Kalau saya tak ikut, mereka mungkin kata saya tak taat kepada ulama," katanya ketika menyampaikan ucapan sarat dengan sindiran di sesi penggulungan muktamar PAS di Kuala Selangor hari ini.

Ketika ini Mohamad adalah salah seorang anggota Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang Halal Hab.

Mohamad Sabu berkata, beliau akan melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan Pulau Pinang minggu ini ekoran keputusan muktamar memutuskan hubungan dengan DAP.

Ketika ini Mohamad adalah salah seorang anggota Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang Halal Hab.

Terdahulu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan meminta ahli PAS yang mendapat tempat dalam agensi kerajaan negeri supaya meletakkan jawatan.

Kata Lim, walaupun beliau tidak menghadapi masalah bekerja dengan sebahagian daripada ahli PAS, peletakan jawatan itu wajar kerana berkaitan dengan usul yang diluluskan tanpa bahas oleh muktamar.

-malaysiakini-


---------------------------------
Mat Sabu lepas semua jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang
Mohamad Sabu yang sering didakwa tidak sehaluan dengan presiden parti mengambil keputusan melepaskan jawatannya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan menggesa ahli PAS lain mengambil langkah sama, susulan keputusan parti itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Bekas timbalan presiden PAS itu mengumumkan meletak jawatan sebagai pengarah dalam Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Penang International Halal Hub.

"Saya akan letak jawatan dalam PBAPP dan lembaga pengarah halal hub.

"Saya ikut cakap ulama, kalau tak, saya dikata tak ikut cakap ulama," katanya dalam ucapan penggulungannya pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor hari ini.
Semalam, muktamar tersebut meluluskan tanpa dibahas usul Dewan Ulama PAS Pusat memutuskan hubungan dengan DAP dan pada masa sama, kekal kerjasama dengan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR).

Hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP berkata peletakan jawatan yang dijangkakan daripada wakil PAS dalam kerajaan negeri akan diterima dengan segera tanpa soalan kerana ia tidak mempunyai sebarang impak terhadap kestabilan, kesinambungan dan kredibiliti kerajaan negeri.
-malaysianinsider-

Peringatan untuk mereka yang berhati lemah jangan lihat gambar ini


Inilah yang rezim asad lakukan terhadap anak-anak suriah !!!
Hasbunallah wa ni'mal wakil...

Anak-anak di sembelih dan dunia hanya mengabaikan mereka terkatung-katung antara maut dan hilang arah di padang tandus Jordan !!!

Isteri Ku Li (Gambar) meninggal dunia

Puan Sri Noor Yvonne Abdullah dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya, malam ini.– Gambar ihsan keehuachee.blogspot.com, 5 Jun, 2015.
Puan Sri Noor Yvonne Abdullah dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya, malam ini.– Gambar ihsan keehuachee.blogspot.com, 5 Jun, 2015.
Isteri Tan SriTengku Razaleigh Hamzah, Puan Sri Noor Yvonne Abdullah, 68, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, malam ini.
Menurut cucu saudara Allahyarham, Tengku Nazeehah Tengku Mahmud, 36, Noor Yvonne merupakan penghidap kanser darah dan mendapat rawatan di pusat perubatan itu sejak sebulan lepas.

Jenazah tiba di kediamannya di Jalan Langgak Golf, Off Jalan Tun Razak di sini kira-kira 9.45 malam tadi.
Jenazah
Antara yang menziarahi jenazah ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada Tengku Razaleigh, yang juga ahli Parlimen Gua Musang.

"Moga rohnya dirahmati. Al-Fatihah," kata Najib dalam catatan di laman Twitternya.

Solat jenazah dijangka berlangsung pada 10.30 pagi esok sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang sejurus selepas itu. – Bernama
-malaysianinsider-

Kawan lama kini burukkan saya - Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa kerana seorang tokoh yang pernah mendapat pertolongannya kini mengambil upah untuk memburuk-burukkan beliau.
Tanpa menamakan individu tersebut, Mahathir berkata “rakannya” itu turut memberi amaran agar berhenti menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan tidak lagi membangkitkan mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd.

“Beliau memberi amaran, jika saya teruskan, saya akan meninggalkan nama buruk. Saya beritahu dia, apa yang orang fikir tentang legasi saya, jika ada sedikitpun, ia tidak penting.

“Saya bimbang dengan apa yang berlaku dalam negara. Nama baik kita sedang tercalar,” kata Mahathir lagi dalam tulisannya di blog chedet.cc.
Image result for Tan Sri Lim Kok Wing
Walau tidak menamakan mana-mana individu, tulisan itu dipercayai merujuk kepada tokoh pengiklanan, Tan Sri Lim Kok Wing.
Lim dilantik menjadi penasihat khas kepada PM bulan lalu.

"Beliau diberi tugas untuk memburuk-burukkan saya, untuk menjahanamkan apa yang dipanggil nama baik saya.

"Saya fikir, beliau dan bos beliau percaya bila saya akan jadi tidak popular, kutukan saya ke atas segala cacamarba melibatkan 1MDB tidak akan dipedulikan orang," tulisnya lagi.

Beliau juga menjangka kempen yang lebih agresif akan dilancarkan untuk memburuk-burukkan beliau dan bagi menggilap imej Najib.

"Nyatalah jumlah wang yang besar dibelanjakan untuk kempen ini. Sahabat saya itu dilantik ke Pejabat Perdana Menteri dan berusaha keras untuk menyembunyikan kesalahan 1MDB," kata Mahathir. - Mkini

Terkenang PAS masa lalu

Abd Shukur Harun
KETIKA warga PAS, para tetamu dan pemerhati sedang mengikuti Muktamar Tahunan PAS ke-61 selama tiga hari, ramai yang terkenang akan tiga tokohutama pemimpin yang melakar sejarah parti itu.

Ketiga-tiganya ialah Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Rawa, Allahyarham Ustaz Dato’ Fadzil Mohd Noor dan Allahyarham Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Masih seperti terdengar dan terbayangkan kehadiran ketiga-tiga tokoh ternama PAS ini akan ucapan mereka, kata-kata lucu mereka dan pesan-pesan mereka. Semuanya kini menjadi mutiara yang amat berharga bukan saja untuk dikenang, tetapi juga dijadikan dorongan dalam mengekalkan semangat perjuangan di dalam PAS.

Walaupun Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Rawa hanya menjadi Presiden PAS sekitar dua tahun lebih, tetapi Allahyarhamlah yang memimpin era peralihan menetapkan PAS di bawah kepimpinan ulama. Juga mencetuskan idea keterbukaan PAS, membina jambatan dengan orang di luar PAS, termasuk bukan Muslim, yang bermula dengan CCC (Chinese Consultative Council).

Kemudian di bawah pimpinan Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor, PAS memperkukuh lagi sikap keterbukaan dan toleransi PAS itu dengan bertahalluf siasi dengan Semangat 46 di mana dengan tahalluf siasi PAS/Semangat 46 itu dapat memerintah Kelantan pada tahun 1990 hingga kini.

Kemudian tahalluf siasi itu dilanjutkan dengan lahirnya Barisan Alternatif dan kemudian Pakatan Rakyat yang telah mencapai kejayaan gemilang dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013 di mana Pakatan dapat majoriiti undi popular 51 peratus dan menghapuskan 2/3 majoriti BN di Dewan Rakyat.

Oleh itu, warga PAS akan terkenang tiga tokoh terbilang ini dan saya yakin tidak ada di kalangan pendukung PAS yang melupakan jasa mereka.

Putera mereka – Dr Mujahid Yusuf Rawa, Faiz Fadzil dan Nik Omar serta Nik Abduh, meneruskan perjuangan ayah anda mereka. Ertinya, mata rantai perjuangan antara ayah dan anak tidak putus.

Ayah anda mereka sayangkan ahli PAS dari semua golongan. Saya masih ingat, dalam ucapan penggulungannya di muktamar PAS di Putik Kota Bharu, iaitu ucapan terakhirnya sebelum meninggal dunia beberapa minggu kemudian, Allahyarham Ustaz Fadzil menyatakan: “Saya seperti enggan berhenti menyampaikan ucapan ini kerana saya enggan berpisah dengan muktamirin sekalian, saya sangat sayangkan anda semua.

Bagaimanapun saya terpaksa juga mengakhiri ucapan saya ini.” Kata-kata Almarhum ini disambut dengan linangan air mata para muktamirin.

Demikan juga Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz di mana dalam sebuah kuliahnya yang saya hadir sendiri menyatakan: “Ambo sangat sayangkan hadirin/hadirat semua. Ambo sayang kerana Allah dan Rasul- Nya.”

Ini menunjukkan setiap pemimpin sentiasa menyayangi mereka yang dipimpinnya. Hubungan ini tidak pernah putus dalam apa keadaan pun, kerana ia sesuatu yang sangat berharga, iaitu hubungan kasih sayang antara pemimpin dan pengikutnya.

Ini menunjukkan setiap pemimpin sentiasa menyayangi mereka yang dipimpinnya. Hubungan ini tidak pernah putus dalam apa keadaan pun, kerana ia sesuatu yang sangat berharga, iaitu hubungan kasih sayang antara pemimpin dan pengikutnya. Untuk ini saya teringat apa yang selalu dikatakan bahawa Nabi s.a.w. sangat kasihkan umatnya, maka umatpun sangat sayangkan Nabi s.a.w.

Ketika akan menghadiri muktamar PAS di Kuala Selangor ini saya teringat Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengajak saya dan beberapa teman yang lain bersarapan di gerai makan sebelah Taman Melewar sebelum menghadiri muktamar PAS di situ.

“Ambo ada lima puluh rial, ambo belanja sarapan pagi ini,” katanya sambil menunjukkan wang itu yang dibungkus dalam sapu tangannya.

Kami pun makan dan minum, dibelanja oleh Mursyidul Am Nik Abdul Aziz, pemimpin utama PAS.
Saya merasakan sangat terharu duduk di gerai, makan bersama dengan tokoh sehebat ini. Ini peristiwa 25 tahun lalu.

Beliau kelihatan berselera makan lontong dan tea tarik bersama kami. Kemudian Allahyarham menunjukkan selendang yang disandang dibahunya dan berkata: “Ini selendang Pak Cik Jamal (Jamal Kerdil) bagi, dia hendakkan selendang ambo. Jadi kita tukar.”

Sementara itu, saya juga masih terkenang Allahyarham Ustaz Fadzil ketika beberapa kali bersama makan ayam kampung di restoran depan padang TPCA Kampung Baru bersama Azlan Jan, Dr Syed Azman dan beberapa sahabat yang lain.

Di sini saya masih ingat ucapan Allahyarham Ustaz Fadzil di muktamar PAS di mana antara lain beliau menyebut: “Dulu pemimpin Umno memperlekeh PAS dengan berkata, macam mana PAS hendak memerintah negara, mana ada golongan profesional yang boleh mentadbir. Kini ribuan golongan profesional menyertai PAS. Jadi kita boleh memerintah negara.”

Allahyaram sangat gembira akan kemasukan pelbagai golongan dalam PAS – golongan profesional, anak muda, petani dan nelayan, bekas pegawai kerajaan, pendidik dan lain-lain. Mereka berkumpul dan berpadu di bawah bumbung PAS. Menerima tarbiyah berterusan, mendengar ceramah dan kuliah, sama-sama bergerak di tengah masyarakat.

Ketika itu Pusat Tarbiyah, Taman Melewar menjadi mercu tanda kebangkitan PAS. Di situlah bermuktamar, di situlah berseminar dan disitulah segala-galanya. Teringatlah saya petugas Pejabat Agung yang sangat setia – Zubir, Taufek, Anuar, Allahyarham Syed Muhamad dan Ustaz Rahim Saidin, Noriah, Allahyarhamah Ustazah Hayati serta beberapa petugas lain, yang amat setia kepada parti.

Ketika akan menghadiri muktamar PAS kali ini, tentunya saya akan terkenang masa lampau akan liku-liku perjuangan PAS selama ini yang pendukungnya dibasahi keringat dan air mata.

Generasi baru yang kini berada di dalam PAS sewajarnya jangan lupa akan jasa dan pengorbanan mereka ini. Taman Melewar dan Allahyarham Ustaz Hassan Shukri yang menjadi arkiteknya, menjadi begitu terkenal di dalam dan luar negara.

Ramai pemimpin gerakan Islam dunia – Ikhwanul Muslimin, Jamaat Islami Pakistan, Hamas, pemimpin Islam dari Bosnia Herzegovina, tokoh ulama terkenal dunia, Abol Hasan Ali An-Nadawi, Prof Necmettin Erbakan itu pemimpin Refah, Turki, Muhammadiyah, Dewan Dakwah, Indonesia, MNLF dan lain-lain pernah berkunjung dan berbincang dengan para pemimpin PAS di Taman Melewar.

Walaupun sangat sederhana, tetapi Taman Melewar menjadi simbol sebuah kebangkitan gerakan Islam di tanah air. Dari itu jangan lupakan Taman Melewar dengan segala sejarahnya.

Kecewa dengan “pembersihan” golongan progresif, Mazlan Aliman pertimbangkan lepas jawatan AJK PAS

Image result for Mazlan AlimanTertinggal keseorangan dalam jawatankuasa PAS Pusat di kalangan kumpulan profesional, Mazlan Aliman menimbangkan sama ada kekal atau melepaskan jawatan itu.
"Saya akan umumkan dalam masa yang sesuai, samada kekal sebagai AJK Kerja PAS Pusat atau membuat keputusan melepaskan jawatan," kata Mazlan dalam satu kenyataan hari ini.

Sungguh pun komitmen terhadap badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan diteruskan, kemelut dalaman PAS memberi kesan mendalam terhadap dirinya, kata Mazlan.

"Sebagai manusia biasa dan penglibatan dalam PAS sejak tahun 1986, situasi ketika ini paling mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi.
"Apatah lagi ramai rakan akrab puluhan tahun berjuang dan berkorban tewas dalam pemilihan.

"Saya amat sedih dengan suasana ini dan mengganggu emosi saya," katanya.

Mazlan menjadi satu-satunya anggota kumpulan profesional dalam yang kekal dalam pemilihan PAS baru-baru ini yang disifatkan sebagai “pembersihan” golongan progresif dalam parti Islam itu.

Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, naib-naib presiden Salahudin Ayub dan Datuk Husam Musa dikalahkan dengan teruk dalam pemilihan itu.

"Buat tempoh tertentu, saya mahu menumpukan perhatian terhadap Anak yang mempunyai pejabat baru di Ukay Perdana," kata Mazlan yang menjadi presiden persatuan itu dalam kenyataan itu.

Bagi beliau, memperkasa organisasi dan menangani isu FGV (Felda Global Venture) serta kebajikan warga Felda adalah fokus utama.
-malaysianinsider-

Mat Sabu 'pelik' dan sedih undi yang diperolehinya sikit sangat

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
Mohamad SabuKUALA SELANGOR: Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menjelaskan dakwaannya sebelum ini yang menyebut angka undian itu pelik susulan jumlahnya yang terlalu kecil.
Dengan nada berseloroh, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sempat memberitahu merasa sedih atas kekalahan itu.

"Kita sebagai orang lama... kalah itu biasa tapi undi itu sedikit sangat. Itu yang rasa sedih tu. Abang Mat ini biasa kalah biasa menang," katanya pada sidang media selepas Muktamar Pas Pusat ke-61 ditanggungkan sementara, hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi mengumumkan Mat Sabu tewas dengan hanya mendapat 279 undi sementara pencabarnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meraih 881 undi.

Meskipun kalah dalam pemilihan kali ini, Mat Sabu menegaskan akan tetap setiap dalam Pas.

"Saya akan bercuti sekejap... Tapi perjuangan Islam tetap saya akan teruskan.

Ketika ditanya adakah beliau akan mempertimbangkan untuk menyertai Pasma, Mat Sabu berkata, "saya masih ahli Pas... masih berada di atas pentas," katanya.

Sementara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempat 'menjawab' bagi pihak Mat Sabu ketika ditanya strateginya untuk kembali meraih sokongan perwakilan.

"Itu rahsia dia (Mat Sabu)," kata Abdul Hadi.

Malah Abdul Hadi secara tak langsung memuji Mat Sabu yang tetap menyertai muktamar meskipun tewas dalam pemilihan.

"Saya rasa pertandingan dalam parti ini tidak pelik. Dalam Pas ini, pernah orang tak dipilih dalam parti, terus tinggalkan majlis. Ini (Mat Sabu) tak tinggalkan majlis. Masih ada dalam majlis lagi.

"Dalam Pas ini pernah macam-macam. Pas dapat melangsungkan perjalanannya hingga hari ini," katanya.

Ketika ditanya perasannya kembali menerajui kepimpinan, Abdul Hadi menjawab, "perasaan saya, ini satu amanah yang mesti dilaksanakan."
-sinarharian-

Pengusaha kantin dipecat kerana beri makanan percuma kepada pelajar

Makanan
Seorang pengusaha kantin di sebuah sekolah rendah di Amerika Syarikat telah dipecat kerana memberi makanan tengah hari secara percuma untuk beberapa pelajar yang lapar dan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan.

Memetik laporan Metro.UK, ibu kepada dua anak, Della Curry yang kehilangan pekerjaaan di Sekolah Rendah Lembah Dakota di Aurora, Denver berkata walaupun dia dipecat, dia akan terus melakukan perkara itu selagi dia termampu.

Menurutnya, pada ketika itu, seorang murid darjah satu menangis dalam kelaparan sambil menyatakan bahawa dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan.

Atas sifat perikemanusiaan, wanita tersebut kemudiannya memberi makanan percuma kepada pelajar tersebut.

Bagaimanapun, sejurus selepas kejadian itu, pihak sekolah berkenaan memecat Della serta merta.

Difahamkan, pelajar yang terlupa untuk membawa makanan tengah hari ataupun yang tidak mampu untuk membeli makanan akan diberi roti burger dengan sekeping keju diatasnya.

Wanita itu kemudiannya mengatakan bahawa makanan itu sebenarnya tidak cukup untuk pelajar dan sistem tersebut perlu diubah.

Manakala, menurut seorang jurucakap pejabat daerah sekolah, Cherry Creek dalam satu kenyataan, “Tidak ada sebarang undang – undangyang menyatakan bahawa pihak sekolah harus memberi makanan percuma kepada pelajar yang terlupa untuk membawa wang makan.

‘Mengikut amalan kami, kami akan menyediakan makanan panas kepada pelajar untuk tiga kali pertama mereka mereka lupa untuk membawa wang makan dan kemudian mengenakan caj tersebut dalam akaun ibu bapa mereka.

“Hanya pada kali keempat, kami akan memberi roti burger bersama segelas susu,” kata Cherry.

‘Daerah ini telah berusaha untuk mengekalkan harga rendah untuk makanan tengah hari dan masih memenuhi keperluan nutrisi persekutuan.

Dalam perkembangan sama, para netizen melahirkan pandangan mereka berkenaan isu tersebut di laman media sosial.

Kebanyakan mereka memberi sokongan kepada Della Curry atas sikap perikemanusiaannya dan membidas tindakan Sekolah Rendah tersebut./klpost

Subhanallah!!! Batu permata ditepi pantai Morocco (Gambar)

Tranungkite




Dalam quran Allah dah kata Allah timbulkan galian dari bumi akhir zaman. Ni batu permata ditepi pantai Morocco. Subhanallah.

Polis halang Dr Mahathir bercakap, matikan mikrofon (video)


Polis menghentikan Tun Dr Mahathir Mohamad daripada bercakap di forum tentang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini.
Polis naik ke atas pentas apabila bekas perdana menteri itu mula bercakap selama 5 minit dan menggesanya untuk berhenti.
Polis kemudiannya mematikan mikrofon dan membawa Dr Mahathir meninggalkan Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Terdahulu, Dr Mahathir kelihatan cuba berunding dengan pegawai polis itu dan memberitahu beliau dijemput dan sepatutnya dibenarkan bercakap.

Tetapi pegawai polis itu mematikan mikrofon dan memadamkan video.
Keadaan menjadi kecoh dan kira-kira 1,000 hadirin mula menjerit memarahi polis dan ada naik ke atas pentas.

Dr Mahathir kemudian mengadakan sidang akhbar sebelum turun dari pentas.

Beliau dibenarkan bercakap kepada pemberita dan selepas sidang media, sepasukan polis membawanya ke keretanya sambil orang ramai menjerit:"Hidup Tun! Hidup Tun! Hidup Tun!".

Keadaan di dalam Dewan Tun Hussein Onn di PWTC pagi ini pada awalnya tegang apabila hadirin berang dan mendesak Najib hadir di majlis itu.

Penganjur Dialog PM Bersama NGO, Suka Guam terlebih dulu mengumumkan program hari ini akan diteruskan walaupun tanpa kehadiran Najib.

Katanya, Najib tidak hadir selepas polis menasihatinya atas faktor keselamatan.

Penganjur juga mengumumkan terdapat satu pergaduhan berlaku di luar dewan dan polis memaklumkan kepada mereka kekecohan akan berlaku dalam program hari ini.

Sebelum itu, SukaGuam memaklumkan pihaknya masih berunding dengan polis untuk membenarkan Najib menghadiri forum berkenaan.

Dr Mahathir tiba di PWTC seawal jam 8.50 pagi tadi untuk menghadiri dialog itu.

Pemimpin kalah disaran tolak jawatan lantikan, biar pasukan Hadi kemudi PAS

ZULKIFLI SULONG
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mendapat pasukan beliau sepenuhnya dalam pemilihan PAS malam tadi dan pihak yang kalah dicadangkan supaya menolak tawaran jawatan lantikan, kata seorang perwakilan.

Shazni Munir Mohd Ithnin, perwakilan dari Sekijang berkata ini untuk memberikan peluang kepada Hadi dan pasukannya untuk menentukan hala tuju PAS.

"Kita berharap pemimpin yang kalah ini 'sedar diri' dan tidak menerima sebarang pelantikan," kata Shazni yang juga timbalan yang dipertua PAS kawasan Sekijang.

 Bekas pemimpin mahasiswa itu berkata, barisan pimpinan yang terpilih membayangkan semua yang tidak senang dengan cara Hadi memimpin PAS disingkirkan.

Apa yang berlaku dalam pemilihan semalam seperti disebut Hadi ketika memberikan ucapan penutup Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat tahun lalu.

"Jika nak jadi imam juga, cari tanah sendiri, buat masjid sendiri dan jadi iman sendiri," kata Hadi ketika memberikan amaran kepada pengkritiknya.

Kini, apa yang dikehendaki presiden PAS itu menjadi realiti. Mereka yang dilihat tidak bersamanya disingkirkan malam tadi.

Hanya seorang saja daripada senarai pasukan profesional progresif kekal dalam pemilihan kali ini iaitu Mazlan Aliman.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof yang turut kalah dalam pemilihan semalam berkata beliau masih belum pasti akan menerima atau tidak jika ada ditawarkan untuk apa-apa jawatan.

"Saya bimbang kalau-kalau ada tawaran, itu hanya amalan PR saja. Saya nampak besar kemungkinan tidak akan ada tawaran untuk saya.

"Jika ditawarkan jawatan, saya akan berfikir sama ada untuk menerima atau tidak kerana yang menang hari ini adalah atas kehendak pihak tertentu.

"Ini kerana, ketika saya dan kawan-kawan difitnah, apa yang dikesali adalah, pemimpin tertinggi hanya diam seolah-olah mengiakannya," kata Mujahid kepada The Malaysian Insider ketika ditanya apakah beliau akan menyertai semula pasukan pimpinan PAS jika mendapat tawaran.

Mengimbas kembali cara pemilihan yang dibuat malam tadi, Mujahid berkata, para perwakilan mengadu kepadanya mereka diberikan senarai calon yang perlu diundi ketika berbaris untuk mengundi semalam.

"Ada perwakilan mengadu, semasa mereka berbaris, mereka diberikan 'cai' calon yang perlu diundi. Mereka pula memangkahnya di luar kawasan mengundi sambil berbincang sesama mereka," kata Mujahid ketika dihubungi.

Perwakilan beratur untuk mendaftar dan mengundi calon pilihan masing-masing dalam pemilihan di muktamar tahunan parti Islam itu semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Jun, 2015.Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata apa yang berlaku dalam PAS sekarang fenomena suram untuk PAS.

"Ia satu fenomena suram dalam PAS selepas sebelum ini kita mendakwa Umno mengundi dengan cara yang sama," kata Mujahid.

Beliau sendiri tidak pasti apakah ia melambangkan kemajuan atau kemunduran untuk PAS dan apa nasib Pakatan Rakyat (PR) selepas ini.

"Saya tidak pasti adakah ia akan memberi kesan kepada kemajuan untuk PAS atau tidak," katanya.

Perwakilan PAS dikesan berbincang sebelum mengundi dengan kertas undi dan 'cai' di tangan mereka. – Gambar Facebook, 5 Jun, 2015.Dalam pemilihan yang diumumkan tengah malam tadi, Hadi menang besar apabila mendapat 928 undi manakala pencabarnya Ahmad Awang hanya mendapat 233 undi.

Timbalan presiden Mohamad Sabu pula tewas di tangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man apabila mendapat hanya 278 undi berbanding pencabarnya 881 undi.

Bagi jawatan naib presiden pula, semuanya dibolot pasukan konservatif dengan Idris Ahmad mendapat undi tertinggi iaitu 942, Datuk Iskandar Abdul Samad (801) dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (778).

Penyandang jawatan Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa serta bekas Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar tewas.
-malaysianinsider-

Polis arah batal dialog PM bersama NGO

Polis telah mengarahkan dialog Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan NGO di PWTC hari ini dibatalkan atas alasan keselamatan.

"Dialog 1MDB bersama NGO2. Demi ketenteraman awam dan keharmonian masy PDRM mengarahkan  Dialog diatas di PWTC, KL pagi ini dibatalkan," tulis Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitter.

Catatat Twitter IGP itu muncul pada sekitar jam 8.55 pagi - kira-kira lima minit sebelum program itu djadualkan bermula.

Di PWTC, tidak ada tanda-tanda majlis itu dibatalkan dan kira-kira 1,500 orang sudah memenuhi dewan.

Pada masa laporan ini ditulis, Najib masih belum tiba, tetapi beberapa VIP hadir, termasuk Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa.

Tetapi yang paling penting ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah tiba.

Pada sekitar jam 10.20 pagi, pengacara majlis memberitahu hadirin bahawa pihak urusetia ingin meneruskan majlis itu tapi IGP batalkan.

Bagaimanapun beliau berkata pihaknya masih berunding dengan IGP dan meminta hadirin supaya bersabar
-malaysiakini-

Ibarat kemenangan palsu, kata Ahmad Awang

Pencabar jawatan presiden PAS Ahmad Awang berkata, beliau menerima kekalahannya dalam merebut jawatan tersebut.

Bagaimanapun, beliau yang merupakan bekas naib presiden PAS mendakwa, kemenangan yang diperolehi barisan pimpinan baru itu diibaratkan sebagai "kemenangan palsu".

Ia berikutan tindakan yang dibuat oleh sesetengah pihak yang mengeluarkan senarai "chai" untuk memberi panduan kepada para perwakilan membuat pemilihan kepimpinan, katanya.

"Dengan "chai" ini nampak sangat saya rasa kemenangan yang diperolehi oleh yang menang - dari presiden sampai ke bawah - kemenangan yang palsu yang berasaskan dengan perbuatan yang tidak sihat.

"Bukan sahaja bercanggah dengan amalan demokrasi dan syariat kerana melakukan tindakan untuk singkirkan rakan perjuangan berdasarkan fitnah dan memburukkan orang lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Malah, Ahmad turut melahirkan kebimbangan bahawa budaya "chai" tersebut bukan sahaja memburukkan imej parti, malah presiden parti itu sendiri.

"Saya tak ada masalah kalah tapi cara mereka lakukan itu menjatuhkan imej parti Islam seMalaysia. Jatuhkan imej presiden sendiri.

"Kalau dibiarkan berlaku chai ni, amalan ini sangat tak bagus," kata bekas pesuruhjaya PAS Perak itu lagi.

Ahmad menjadi pemecah tradisi apabila mencabar jawatan presiden PAS.

Ahmad kalah dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang- yang menjadi presiden PAS selama 13 tahun.

Hadi mendapat 928 undi manakala Ahmad hanya memperrolehi 233 undi.
-malaysiakini-






Lelaki main gitar ketika otak dibedah

Lelaki main gitar ketika otak dibedah
Anthony Kulkamp Dias bermain gitar untuk membantu dirinya berjaga sepanjang pembedahan otak.
SANTA CATARINA - BRAZIL. Seorang lelaki bermain gitar demi 'memaksa' dirinya berjaga sepanjang proses pembedahan otak untuk mengeluarkan tumor beliau, minggu lalu.

Menurut laporan Telegraph, Anthony Kulkamp Dias, 33, diberikan anastetik, tetapi 'bermain gitar' lebih membantu dalam proses 'cerebral monitoring'.

"Cerebral monitoring penting untuk mengelakkan kecederaan berlaku pada kawasan melibatkan deria, pergerakan dan percakapan," kata jurucakap hospital Conceicao.

"Perbuatan Dias mengejutkan, tetapi pembedahan tetap dijalankan," tambah jurucakap tersebut.

Menurut Dias, beliau memainkan enam lagu pada satu-satu masa.

"Tangan kanan saya sedikit lemah kerana melibatkan kawasan otak yang mereka (doktor) sedang bedah," kata Dias ceria.

"Jadi saya berhenti dan berehat. Saya sambung (bermain gitar) dan saya juga berbual dengan doktor," jelasnya yang juga merupakan seorang pemain gitar profesional.

Untuk rekod, pembedahan tersebut merupakan pembedahan ke-19 yang melibatkan celebral monitoring.

Dias dibenarkan keluar dari hospital semalam.

Undi yang diperolehi bagi jawatan yang dipertandingkan dalam muktamar PAS

Presiden

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang 928
Ustaz Ahmad Awang 233

Timbalan Presiden

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man 881
Mohamad Sabu 279

Naib Presiden

Ustaz Idris Ahmad 896
Datuk Mohd Amar Abdullah 710
Datuk Iskandar Abdul Samad 672
Salahuddin Ayub 435
Datuk Mahfuz Omar 378
Datuk Husam Musa 317

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (dipilih)

1. Nasruddin Hassan 782
2. Dr Riduan Mohd Noor 782
3. Datuk Nasruddin Daud 777
4. Sallehen Mukhyi 763
5. Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh 749
6. Datuk Dr Khairuddin Aman Razali 736
7. Datuk Dr Fadhli Hasan 722
8. Datuk Abdullah Hussin 679
9. Razman Zakaria 674
10. Dr Mohd Zuhdi Marzuki 670
11. Ustaz Mokhtar Senik 656
12. Zaharuddin Muhammad 611
13. Dr Ali Akbar Gulasan 596
14. Mazlan Aliman 593
15. Dr Rosni Adam 590
16. Mohd Noor Mohamad 566
17. Muhamad Sanusi Md Nor 556
18. Nor Azli Musa 544

Umno cuba sogok Ustaz Ahmad Awang jawatan speaker DUN?

Ahmad Awang mendedahkan beliau pernah ditawarkan jawatan speaker oleh Umno jika bersetuju mewujudkan kerajaan campuran ketika Perak ditadbir Pakatan Rakyat (PR) pada 2008.

Dalam satu wawancara secara eksklusif bersama Sinar Harian, Ahmad berkata beliau menolak tawaran tersebut kerana berpegang kepada prinsip tidak bersetuju adanya kerjasama dengan Umno.

"Semasa saya berkhidmat dalam kerajaan pernah berkali-kali saya ditawarkan untuk masuk Umno. Saya tetap berpegang kepada prinsip saya, kalau saya nak dunia, nak duit nak pangkat, saya ikut dan jadi orang Umno, selesai.

"Malah tawaran terakhir saya yang saya dapat daripada Umno ialah semasa menubuhkan kerajaan negeri Perak, kalau saya bersetuju PAS dan Umno tubuhkan kerajaan, lainlah ceritanya sekarang," katanya kepada Sinar Harian.

Kerana keengganannya bersetuju dengan cadangan tersebut, Ahmad dikecam menjadi punca tidak tertubuhnya kerajaan Melayu - Islam di Perak.

Katanya, apabila beliau menawarkan diri bertanding jawatan presiden PAS, ia menimbulkan keresahan kepada Umno.

"Jadi tidak peliklah bila saya bertanding jawatan presiden, Umno pun resah dan menggunakan akhbar mereka untuk memburukkan saya sebab saya berpegang kuat kepada prinsip iaitu Islam," katanya.

Bekas naib presiden PAS itu juga menyimpulkan perjalanan pemilihan yang dianggap panas kali ini hampir menyerupai seperti ketika parti Islam itu memenangi Terengganu pada 1999.

"Masa PAS menang di Terengganu ada berlaku sedikit krisis terutama dalam memilih pemimpin untuk mentadbir Terengganu. Krisis PAS Terengganu pada masa itu semua saya tahu, kesimpulannya semangat kedaerahan berlaku.

"Jadi bila kita baca balik perkara itu, krisis dalaman yang berlaku pada masa itu terjadi juga pada masa ini. Tidak baik kalau semangat kedaerahan berlaku dalam PAS," katanya.

Ahmad berkata krisis dalaman PAS berpunca daripada pihak yang enggan berpegang kepada tanggungjawab dan peranan mereka seperti mana termaktub dalam Perlembagaan parti.

"Ia seolah-olah masing-masing boleh keluarkan hukum dan sebagainya," katanya tanpa menamakan secara khusus siapakah pihak dimaksudkan.
-malaysianinsider-

Dr M mungkin berdepan Najib dalam forum esok, kata penganjur

Penganjur forum "Nothing to Hide" SukaGuam, berkata pihaknya masih menantikan pengesahan rasmi daripada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan akan turut menyertai forum tersebut.
Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat, memberitahu The Malaysian Insider, beliau dimaklumkan persetujuan mantan perdana menteri untuk forum berkenaan hanya melalui laman sosial.
"Pengesahan Tun belum dapat, kita hanya tahu melalui Twitter, kita tunggu yang rasmi," katanya, merujuk kepada Dr Mahathir ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Kita nantikan esok kedua-dua pihak hadir. Ia akan menjadi titik mula kepada perungkaian persoalan yang berbangkit," katanya.

Penyampai berita Astro Awani, Ashwad Ismail di laman Twitter miliknya memuat naik status: "@ashwadismail: Pegawai Khas kpd Tun Dr M sahkan Tun akan hadir 'Nothing to Hide' Dialog PM bersama NGO anjuran SukaGuam."

Najib sebelum ini turut dilaporkan mengesahkan kehadirannya pada forum tersebut, yang akan berlangsung pada pagi Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kempen kotor: Wajah Perosak PAS Diedar

KUALA SELANGOR: Kempen pemilihan PAS semakin agresif pada saat-saat akhir apabila wujudnya risalah yang melabel pemimpin tertentu sebagai perosak parti.

Ditemui diletakkan secara meluas di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kundang, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LTAR), risalah berkenaan cuba membezakan antara kumpulan 'pendukung fahaman liberal' dan kumpulan yang 'tunduk kepada pendukung liberal'.

Risalah bersaiz A4 dengan cetakan berwarna itu menyenaraikan gambar barisan kempimpinan tertinggi PAS Pusat dan pesuruhjaya negeri bagi sesi 2013-2015.

Daripada 54 gambar dan nama pemimpin yang disenaraikan, 17 daripadanya ditandakan dengan bulatan berwarna biru yang berada dalam kategori 'wajah pendukung liberalisme yang merosakkan PAS dari dalam'.

Kumpulan ini dikatakan cuba menghapuskan dominasi ulama yang menjadi tunjang dalam PAS.

Bukan itu sahaja, mereka yang tersenarai dalam kumpulan ini turut didakwa membawa agenda 'tuan politik' luar kerana ditaja dengan pelbagai bentuk imbuhan dan ditugaskan menguasai PAS demi kepentingan penaja.

Antara yang berada dalam senarai kumpulan biru ialah Datuk Husam Musa, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud, Khalid Samad serta Hanipa Maidin.

Selain itu, lapan daripada senarai berkenaan ditandakan dengan bulatan jingga kerana dikatakan sebagai 'pemimpin yang sudah tunduk kepada pendukung liberarisme dan menjadi lalang serta berani menentang golongan ulama dalam PAS secara terang-terangan.

Kumpulan ini terdiri daripada Mohamad Sabu, Salahuddin Ayob, Suhaizan Kayat, Datuk Mahfuz Omar serta Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.

Penyebaran risalah ini dilihat sebagai cubaan untuk mempengaruhi perwakilan yang akan mengundi pada pemilihan yang akan diadakan pada petang Khamis.

Keputusan pemilihan jawatankuasa tertinggi PAS akan diumumkan secara rasmi pada pagi Jumaat.
-mstar-

"Rakyat Malaysia Nilailah Sendiri Perbelanjaan Perdana Menteri Anda"

Mummy Rokiah
Hari ini rakyat negara ini dah mula bercakap angka billion, billion, billion. Tak main lagi ratus, ribu atau juta. Yang menoreh getah bercakap sambil menoreh. Yang bersawah bercerita sambil bersawah. Peniaga pasar malam riuh rendah berbincang billion, billion.

Ini semua berpunca syarikat pelaburan mahamega Najib Tun Razak 1MDB. 1MDB telah mengubah fikiran rakyat bahawa hebat nya Perdana Menteri mereka menguruskan berbillion ringgit.

Hebatnya Perdana Menteri mereka yang juga Menteri Kewangan pusing wang.

Kata Pak Long di kampung "Kalau nak berjaya berniaga kena pandai pusin duit macam Cina berniaga". Inilah sinario ekonomi negara sekarang di mana billionan wang 1MDB telah menjarakkan lagi jurang ekonomi golongan rakyat marhaen dengan golongan pemimpin yang pandai pusin wang rakyat.

Kemewahan keluarga PM bergemerlapan manakala pendapatan rakyat bawah masih "kais pagi makan pagi".
http://mummyrokiah.blogspot.com

Bahasa Inggeris saya lebih baik- Ahmad Awang

Adam Abu Bakar
KUALA SELANGOR: Ahmad Awang mengakui memiliki kemahiran berbahasa Inggeris yang lebih baik berbanding Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau yang menentang Abdul Hadi bagi jawatan Presiden Pas bagaimanapun meminta kelebihan itu tidak dijadikan isu dalam pemilihan kali ini.

Katanya, jika dipilih menjadi Presiden Pas yang baharu, beliau akan menggunakannya untuk menyatukan ahli Pas.

“Isu bahasa sememangnya tidak menjadi masalah kepada saya. Namun, saya tidak pasti siapa yang menjadikan isu bahasa itu sebagai suatu isu besar,” katanya ketika ditemui media pada Muktamar Pas ke-61 yang diadakan di Stadium Tertutup pada Khamis. 
-fmt- 

Provokasi DAP buat muktamar PAS - Subky Latif

Subky Latif
SAMA ada rencana ini tersiar sebelum atau selepas Muktamar PAS di Kuala Selangor, muktamar itu dihadapkan dengan provokasi dan cabaran bertubi- tubi dari sekutu Pakatannya DAP.

Suatu yang amat ganjil bagi mana-mana regu sekutu politik selain dari sekutu itu tidak dikehendak lagi.Siapapun akan mengira ia adalah campur tangan DAP dalam urusan rumah tangga PAS.

Serangan utama pimpinan anak beranak DAP itu, Lim Kit Siang, bapa sebagai penasihat parti dan Lim Eng Guan, anak sebagai setiausaha agung ialah ke atas Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Meskipun banyak ingatan agar kata-kata provokasi wajar dielakkan, tetapi ia tidak dipedulikan.

Apa yang dapat dilihat dari provokasi itu?

Ia tidak lebih dari usaha politik besar bukan oleh DAP saja bahkan oleh kerabat umum di belakang Pakatan itu untuk menjadikan PAS benar-benar sebagai pak turut dalam muafakat politik menggugat monopoli kuasa/politik Barisan Nasional.

Selamanya orang beranggapan PAS adalah kuda tunggangan bagi semua, tetapi ia tidak menawarkan hati PAS untuk kekal dalam Pakatan baik ia dikehendaki atau tidak dikehendaki.

PAS tetap mahu kekal dan menjadi sekutu yang sama tinggi, tanpa merendahkan orang lain, dan tetap mengira semua sekutunya penting bagi Pakatan dan dikehendaki kekal dalam kerjasama itu.

Meskipun ia banyak perbezaan tetapi PAS tetap mengira DAP penting dan diperlukan, tidak kira orang lain ada pandangan sama terhadapnya.

Maka apa yang tersirat dalam provokasi DAP itu untuk muktamar itu?

Pertama, moga-moga Muktamar menukar pimpinan PAS dengan siapa saja selain Tuan Guru Abdul Hadi dan golongan ulama yang sehidup semati dengannya.

Kedua, kiranya pertukaran tidak berlaku, mogamoga muktamirin, justeru tidak tahan dengan provokasi DAP itu lalu membuat keputusan keluar dari Pakatan Rakyat.

Keberadaan PAS dalam Pakatan yang tidak begitu diperlukan lagi oleh semua boleh menyusahkan muafakat itu tetapi PAS berkeras tidak mahu keluar. Bila ia kekal dalam Pakatan tidak semua yang Pakatan mahu disetujui.

Presiden PAS dicabar

Benda-benda yang tidak disetujui oleh PAS itu ada juga yang disetujui oleh setengah pimpinan PAS.

Kerana Presiden tidak setuju, maka orang lain tidak dapat buat apa.

Maka ada di antara orang PAS mahu menukar pimpinan itu. Untuk pertama kali dalam sejarahnya Presiden PAS dicabar. Sama ada cabaran itu atas kemahuan sendiri atau ia dirancang oleh pihak lain, tidak penting tetapi Presiden kali tdak lagi menang tanpa bertanding.

Jadi ia adalah harapan yang baik bagi DAP kiranya pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi dapat ditukar dengan mana-mana kumpulan saja asal ia selesa bagi DAP dan lain-lain.

Maka segala suara tidak menyenangkan dari DAP itu adalah bertujuan supaya muktamar itu tidak lagi mempertahankan Presiden itu.

Tidaklah mudah bagi DAP mempengaruhi muktamirin. Tidaklah ia tidak mustahil tetapi payah.

Jika Presiden parti tidak dapat ditukar, pilihan keduanya muktamirin termakan dengan provokasi lalu mebuat keputusan keluar dari Pakatan atas sebab- sebab tidak tahan dengan kerenah dan provokasi, tidak senang dengan penghinaan dan macam-macam sebab lagi.

Inilah yang DAP dan lain-lain pihak sealiran denganya tunggu dan suka.

Suruh keluar Pakatan PAS tahu, tetapi keberadaannya dalam Pakatan menyusah mereka. Maka dengan menyerang Presiden PAS secara bertubi-tubi menjelang muktamarnya, moga-moga perwakilan tidak tahan dan tidak sabar lagi, lalu mengambil langkah selamat tinggal Pakatan.

Apakah DAP tidak faham dan tidak tahu, sedikit sebanyak PAS dapat memberi sumbangan kepada Pakatan melucutkan kuasa BN di Putrajaya? Sekalipun kalah dalam banyak kerusi yang ditandinginya yang masih dikuasai Umno, tetapi sumbangan PASlah antara yang membantu pembangkang beroleh undi popular dalam pilihan raya umum lalu.

Apakah undi popular itu dapat diulangi dalam pilihan raya umum yang akan datang?

DAP tahu akan sumbangan itu dan ia juga merasa perlu sokongan itu, bahkan bukan sekadar mendapatkan undi popular saja, Pakatan mungkin berjaya kali ini menumbangkan Barisan.

DAP dan Pakatan tanpa PAS tidaklah berdiam diri atas ketiadaan PAS itu. Ketiadaan itu boleh diganti dengan yang lain dan antaranya orang-orang PAS sendiri yang selama ini memang selesa degan apa jua yang Pakatan rancang.

PAS atau DAP keluar Pakatan

Antara orang PAS itu memang sudah pun bersedia dengan NGO yang cenderung politik bagi mengisi apa yang dikosongkan oleh PAS itu.

Orang-orang itu sudah pun mezahirkan niatnya mahu mmelihara Pakatan pada ketika PAS adalah sekutu Pakatan yang tidak berhajat utuk meninggalkan Pakatan.

DAP sudah pun tahu ada orang PAS bersedia menggantikan tempat PAS itu. Apakah orang-orang itu ramai atau sedikit, tidak menjadi hal, tetapi jangan kata kekosongan yang ditinggalkan PAS tidak akan berganti.

Pengganti PAS itu sudah tentu tidak seperti PAS.

Mereka diharapkan akan dapat memenui segala kemahuan yang tidak dapat dipenuhi oleh PAS.

Dan kebanyakan kerusi yang ditandingi oleh PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dulu akan mereka isi sekalipun mereka terpaka bertanding mnentang PAS.

Dun Chempaka yang ditinggalkan oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat tentunya tidak diberi laluan lagi oleh Umno, dan pelik kalau ganti PAS tadi akan bertanding di situ.

Pengkalan Chepa yang jadi kerusi tunggal PAS dalam pilihan raya 1986 dan tidak pernah PAS kalah selepas itu akan diisi juga oleh parti ganti PAS itu. Marang yang jadi kubu Tuan Guru Haji Abdul Hadi akan Pakatan isi dengan bekas penyokong PAS.

Jika pasca PAS ditendang dari BN hujung tahun 1970-an menggunakan orang PAS jadi calon Berjasa di Kelantan, maka kali ini Pakatan akan menggunakan orang PAS juga untuk menentang PAS di setiap kerusinya selain dari calon BN.

DAP sudah jelaskan PAS tanpa Pakatan tidak akan dapat apa yang ia dapat sekarang. Tetapi tanpa PAS dalam Pakatan belumlah tentu ganti PAS dapat membantu Pakatan menguasai Putrajaya dan ia akan mengekalkan Kit Siang berpuas hati mati sebagai pembangkang saja.

Jika hubungan baik dengan PAS dapat dibaiki menjelang PRU 14, tidak mustahil Putrajaya dapat dirampas dan Kit Siang boleh mati sebagai menteri kanan.

Persoalannya sekarang ialah apakah muktamar PAS itu termakan dengan provokasi DAP itu? Jika mereka jadi seperti sepat tidak makan pancing sekalipun dari emas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi tidak digantikan dan muktamar mengekalkan kedudukan dalam Pakatan macam mana?

Jalan yang terbuka hanya DAP tinggalkan Pakatan, suatu yang PAS tidak galakkan, dan dapatkah PKR dibawa sama. Sediakah PKR menyertai Pakatan berjenama baru dan membiarkan muafakat yang Dato’ Seri Anwar Ibrahim taja dan beri nama mati tak bernisan? KeADILan wajar usahakan jangan Paka t a n mati dulu dari Anwar.