"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Celaka sungguh umno: Perak juga dilimpahi pengundi 'lain2 kaum'

Harakahdaily
(Dua Pakistan yang mempunyai IC biru dan pengesahan tempat mengundi)
IPOH: Selain Selangor, Perak juga nampaknya menjadi sasaran limpahan pengundi 'lain-lain kaum' di negara ini.

Menurut laporan, lima penjual aiskrim berbangsa Pakistan yang tinggal dalam sebuah rumah dikesan sebagai pengundi di Bagan Datok.

Seorang Pakistan yang ada kad pengenalan dan berdaftar sebagai pengundi yang sah juga di kesan di Taman Hutan Melintang, dalam kawasan Parlimen Bagan Datok.

Mungkin inilah kesan limpahan Projek IC yang bermula di Sabah. Mereka kini sudah bersepah ke seluruh negara.

Banyak kawasan parlimen di Perak dilaporkan mencatatkan pertambahan mendadak pengundi 'lain-lain kaum' ini.

Bekas ISA
Mungkinkah pengundi 'lain-lain kaum' ini sebenarnya adalah warga-warga ekspres yang dibuat khas untuk mengundi BN?

Dalam sidang media di Pejabat PKR baru-baru ini bekas ahli Umno Siti Aminah Mahmud, 63, (gambar) berkata beliau bersama kumpulannya pernah membantu pendaftaran setengah juta kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk dijadikan pengundi BN.

Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah ‘projek IC Mahathir’ dari 1990 hingga 1994.

“Setiap kali dihantar berguni-guni (IC). Ia diproses dalam jangka masa sebulan. Katakan (pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan, maka ia (IC) akan diserahkan pada tarikh yang sama pada bulan yang akan datang,” kata bekas ahli Umno Cawangan Skudai Kanan, Johor Bahru itu pada sidang media di ibu pejabat PKR 28 Februari lepas.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu ditemani Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin; Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Dayangku Intan.

Siti Aminah berkata, pendaftaran projek IC itu bermula di pejabat Umno Sabah di Simbulan, dalam bangunan dimiliki Datu Mustafa Harun, pemimpin Usno Sabah.

Dedahnya, projek itu dibuat ‘dengan kerjasama’ Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang turut mengarahkan penerima IC terbabit mengundi BN dalam pilihan raya umum.

Siti Aminah berkata, semasa bertugas sebagai Pegawai Penerangan Umno, lima peranan beliau dalam ‘projek IC Mahathir’ adalah untuk membantu kempen Umno di Sabah, menambahkan undi Melayu, mencari pemastautin Sabah yang tidak memiliki IC dan memastikan Parti Bersatu Sabah (PBS) tumbang.

“Masa mengurus untuk orang ambil IC, kita pergi ke tempat yang sudah sedia dengan satu ‘ketua’. Bila kita sampai di satu-satu kawasan, senarai nama telah siap, meliputi nama asal atau bukan asal,” katanya.

“Bila kita tengok ada nama bertentangan dengan nama orang Islam, kita ubah jadi nama Islam. Lepas itu kita ambil gambar dan cap jari dan hantar ke pejabat Umno,” jelas Siti Aminah lagi.

Menyesal kau Salih!!

laniismaa
Salih-Yaacob
Sebelum ini disiarkan video Salih dan Nabil kutuk PR  Gara-gara tindakannya itu Salih Yaacob sedar bukan ‘like’ yang dfia dapat tetapi ‘dislike’ yang terpaksa dia tanggung. Zaman ramai orang ‘dislike’ kepada UMno BN, Salih Yaacob tumpang sekaki.

Kini Salih Yaacob mengambil keputusan bersara dari dunia hiburan. Itu agak mengejutkan tetapi tanda gelombang ‘dislike’ menyebabkan begitu. Sebagai pengacara radio, ia terserah kepada Sinar FM. Adanya Salih Yaacob, Sinar FM ceria.’Lawak’ Salih itu juga menyebabkan Sinar FM terkena tempiasnya sehingga diugut untuk diboikot oleh peminat Sinar FM dan penyokong politik. Laman FB Sinar FM juga penuh dengan kritikan peminat.

“Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.”

Salih mengambil tindakan betul cepat-cepat mengakui kesilapannya. Walaupun Salih meminta maaf, ia tak mengurangkan ‘dislike’ untuk UMno BN. Nabil pula apa cerita?

Harapnya Salih masih bersama Sinar FM, bukan kerana dia macai UMno tetapi kerana dia penyampai radio yang seronok untuk didengar.

Lagi, kalau dia ‘berenti’, susahlah, bini 4 yang terpaksa ditanggung!!

Lahad Datu: Edisi BERAPI dari Sabahkini

Tahukah anda?
MUTALIB M.D
LOGISTIK...... Siapakah yang mereka buru dan kenapa tidak dapat mengesan kemasukan 76 orang tentera palsu Sultan Sulu setelah beratus ribu sudah lama bermastautin di Sabah, malah layak menerima BR1M.

SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.

Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.

Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.

Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.

Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.

FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.

Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.

Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.

Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.

Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.

Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.

Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.

Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak Keling' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.

Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.

Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.

Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.

Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.

Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.

Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.

Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.

Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom.

Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.

Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.

Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.

Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.

Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!

Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.

Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!

Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.

(NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya membuang masa dan keringat melaporkan 'Drama' yang mahu menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)

Sumber: Sabahkini.net

Lawak 1Malaysia: Bekas Ketua Puteri umno serah borang sertai Umno?

Bekas Ketua Puteri serah borang sertai Umno
RANTAU PANJANG: Rosanah Yaacob ialah bekas Ketua Puteri Umno Kampung Pening Lalat. Sekarang aktif dalam wanita Umno. Anehnya media Umno semalam melaporkan dia menyerah borang menyertai Umno.

Dalam laporan itu dia mendakwa tidak pernah mengundi Umno kerana menganggap PAS sebagai parti Islam.

Ketua PAS Cawangan Gual Tok Deh, Azman Makhtar berkata, Rosanah tidak pernah menyertai PAS atau menjadi penyokong kerana dia aktivis wanita Umno sejak dari dahulu lagi.

“Dia aktif bergiat dalam wanita Umno. Sebelum ini ketua puteri cawangan. Jadi mengapa pula tiba-tiba dia mengaku sebagai penyokong PAS yang baru menyertai Umno.

“Ini adalah cerita lawak yang semakin menjadi-jadi di Rantau Panjang sekarang. Minggu lepas akhbar melaporkan 78 penyokong PAS menyertai Umno, sedangkan sebahagian mereka warga Thailand,” katanya di sini.

Media tajaan Umno semalam melaporkan 100 ahli PAS dari Kampung Pening Lalat, Gual Tokdeh menyertai Umno kerana kecewa dengan sikap pemimpin parti itu.

Mereka dilaporkan menyerah borang kepada Ketua Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin.

Azman berkata, penduduk kampung terkejut dengan dakwaan Rosanah kononnya sebagai penyokong PAS, sedangkan semua orang tahu dia wanita Umno tulen.

Menurutnya juga Kampung Pening Lalat hanya mempunyai sekitar 12 rumah dan sebahagian besar mereka penyokong tegar Umno sejak dari dahulu lagi.

Azman berkata, Ketua Umno Rantau Panjang sekarang benar-benar terdesak sehingga terpaksa mencipta sesuatu yang tidak wujud kemungkinan impiannya untuk menjadi calon parlimen Rantau Panjang.

“Kalau sebelum ini kita sering membaca laporan akhbar orang Umno sertai Umno di Pasir Puteh, namun sekarang berjangkit pula ke Rantau Panjang,” ujarnya.

Katanya juga laporan akhbar yang mendakwa Yaacob Mahmood, 78 sebagai ahli PAS juga cukup mengelirukan kerana dia tidak pernah berdaftar sebagai ahli PAS.

Penghulu Mukim Lubok Gong, Syed Abu Bakar Syed Mohd Nor berkata, Umno Rantau Panjang benar-benar tertekan sekarang sehingga menciptakan cerita yang tidak wujud.

Katanya, Ketua Bahagian Umno Rantau Panjang benar-benar gelisah sekarang sehingga kerap memanggil wartawan membuat laporan berdasar kepada lakonan sesama sendiri.

"Datuk Abdullah bermasalah dengan jenteranya, malah kudis lama dengan bekas ketua bahagian, Datuk Mohd Zain masih belum sembuh.

“Mungkin dengan taktik mancari publisiti murahan beliau menganggap populariti meningkat semula. Tetapi berdasar kepada percakapan sesama Umno, Abdullah hanya menanti masa untuk disingkir pada pemilihan Umno akan datang,” ujarnya.

Oleh itu beliau menasihat orang ramai tidak mempercayai laporan media terutamanya TV3 dan Utusan yang dilihat bersedia memaparkan banyak lagi lakonan arahan Abdullah.
-harakahdaily-

13 Mei: Ucapan Tunku menerusi RTM

Helen Ang

Pada 13 Mei setibanya perdana menteri di stesen RTM kira-kira pukul 10.30 malam, beliau terus berucap menerusi televisyen dengan mencelah di tengah-tengah sebuah rancangan kegemaran ramai.

Sila baca dengan teliti.

Teks ucapan Tunku Abdul Rahman (13 Mei 1969):
“Kejadian yang tidak diingini telah pun berlaku di Kuala Lumpur dan pasukan keselamatan telah pun mengawal dengan kuatnya di serata-rata tempat dan penjuru-penjuru jalan. Dengan keadaan yang demikian, saya terpaksa mengisytiharkan Darurat di Kuala Lumpur. Curfew pun telah dimulakan dan dijalankan. Dan saya telah memberikan kuasa mengisytiharkan darurat ataupun state emergency di serata-rata negeri lagi, sekiranya wajib berbuat demikian, kerana hendak menjaga keamanan negara dan nyawa dan harta benda dan dengan ini adalah menjadi tanggungjawab saya dan saya akan menjalankan dengan sekuat-kuatnya kuasa saya itu.

“Saya minta pertolongan semua pihak yang bertanggungjawab supaya bekerjasama dengan pegawai-pegawai keamanan untuk menolong menjaga keamanan di negara kita ini dan penduduk-penduduknya sekalian. Kejadian yang berlaku itu tidak ada sebab. Apa yang diperbuat oleh parti pembangkang pada semalam, kita tidak ingini dan saya pegang dan tuduh mereka telah memulakan kejadian yang jahat itu, kejadian yang khianat itu. Tetapi balas-membalas bukan boleh menimbulkan baiknya.

“Saya rasa sangat-sangat susah hati di atas apa yang telah berlaku kerana dua bulan lamanya saya berpusing di tempat-tempat memberi syarahan dan mengingatkan kepada sekalian penduduk-penduduk segala dakyah anti itu bangsa, anti itu bangsa boleh menimbulkan pergaduhan yang besar di antara bangsa-bangsa, penduduk-penduduk di negara kita ini. Oleh sebab negara ini ialah berbilang bangsa, saya rasa hal seumpama ini harus berlaku, hal pergaduhan yang seumpama ini harus berlaku dan sekarang ini telah pun berlaku, sungguhpun caranva sederhana.

“Semuanya yang bertanggungjawab kenalah menjalankan kepentingan mereka supava hal ini tidak merebak. Mahulah setiap tempat meletakkan jawatankuasa muhibah serata tempat-tempat itu boleh menjaga keselamatan dan perasaan baik waspada antara satu kaum dengan lain kaurn. Negara ini bergantung kepada tuan-tuan sekalian. Tolong masing-masing yang jujur dan ikhlas kepada saya yang menjaga negara ini supaya tidak berbangkit hal-hal yang berbahaya. Negara yang kita kasihi ini adalah kehendak pertolongan tuan-tuan sekalian. Saya doakan kepada ke hadrat Subhannahuwataallah. Selamatkanlah semua penduduk-penduduk sekalian!”
May 15
Muka depan The Straits Times (15 Mei 1969)

Kenangan Tunku Abdul Rahman

“Saya tidak dapat tidur pada malam itu kerana mengenangkan kejadian yang telah menimpa ibu kota dan negara kita yang aman ini. Saya telah berasa gelisah dan berjalan mundar-mandir serta menghabiskan masa saya di atas sejadah untuk berdoa kepada Allah SWT. Saya berdiri di beranda luar bilik tidur saya dan menghalakan pandangan saya ke bandar sambil memerhatikan api yang menjulang tinggi di beberapa kawasan berhampiran Kampung Baru dan di sebelah utara.

“Kuala Lumpur telah menjadi satu bandar yang terang dengan api kebakaran di sana sini dan dapat dilihat dengan jelas dari rumah saya yang terletak di atas bukit. Inilah satu pemandangan yang sangat menyedihkan dan saya tidak menyangka saya akan menyaksikan kejadian yang seperti itu semasa hayat saya. Api yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan segala usaha-usaha saya dalam beberapa tahun yang lepas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bahagia dan aman, dan juga menghancurkan impian saya hendak menjadi perdana menteri yang paling bahagia sekali di dunia ini.

“Ketika saya memerhatikan api yang menjulang tinggi, terbayang di mata saya kejadian dashyat yang sedang berlaku pada malam yang mengerikan itu, dan saya terkenang kepada peristiwa-peristiwa lepas yang menyebabkan timbulnya malapetaka itu. Pada masa itu juga saya sedar dan insaf bahawa jika hendak difahami sebab-sebab kenapa boleh tercetus peristiwa yang buruk itu, maka perlulah dikaji satu per satu kejadian-kejadian yang telah lepas.

“Pada hari itu saya menerima laporan mengenai perarakan Gerakan yang telah diadakan semalam. Mereka telah melemparkan kata-kata nista terhadap orang Melayu dan menyuruh orang Melayu pulang ke kampung-kampung dan desa kerana kapal layar (lambang Perikatan) telah ditenggelamkan. Kesemua hal ini terbayang dalam ingatan saya yang merupakan sebahagian daripada sebab-sebab berlakunya rusuhan itu.”

– Petikan buku ’13 Mei Sebelum dan Selepas’ (memoir Tunku Abdul Rahman, halaman 81)
Perarakan mayat Lim Soon Seng, 9 Mei 1969
Perarakan mayat Lim Soon Seng melalui perut ibukota
9 Mei 1969: Kata-kata yang tertera pada sepanduk (gambar atas) berbunyi “死 的 光 彩,生 的 伟 大” (kematian yang cerah ‘berwibawa’, kehidupan yang ‘gemilang’)

Lim Soon Seng, seorang sukarelawan pilihanraya yang mati dibunuh, telah mencetuskan kontroversi yang sama hebatnya dengan kematian Teoh Beng Hock zaman kita.

10 Mei 1969: Hari membuang undi.

Dalam pilihanraya umum 1969, MCA telah kalah teruk kepada DAP yang pertama kali bertanding PRU – parti itu didaftar pada 1966 – serta MCA langsung tewas di Pulau Pinang kepada Gerakan yang ditubuhkan Dr Lim Chong Eu setahun awal pada 1968.

12 Mei 1969: Perarakan sambutan kemenangan oleh pembangkang
DAP menyambut kemenangan PRU di jalanan
DAP menyambut kemenangan PRU di jalanan

Suasana kempen pilihanraya tegang
Tunku memperingatkan “jika hendak difahami sebab-sebab kenapa boleh tercetus peristiwa yang buruk itu, maka perlulah dikaji satu per satu kejadian-kejadian yang telah lepas”.

Peristiwa 血債血還 (hutang darah dibayar darah) tidak berlaku secara spontan dalam suatu ruang kosong (vacuum) ataupun tanpa apa-apa kesinambungan. Ia sebenarnya menyusuli “kejadian-kejadian yang telah lepas” — untuk meminjam cakap Tunku Abdul Rahman.

Contohnya, berlaku rusuhan kaum di Pulau Pinang pada bulan November 1967 di mana 4 orang terbunuh serta dikeluarkan perintah berkurung oleh pihak berkuasa.

Mengimbau suhu pilihanraya bersejarah itu, Tunku menyorot kembali keberlangsungan sebuah kempen yang sengit. Katanya:

“dua bulan lamanya saya berpusing di tempat-tempat memberi syarahan dan mengingatkan kepada sekalian penduduk-penduduk segala dakyah anti itu bangsa, anti itu bangsa boleh menimbulkan pergaduhan yang besar …”.

Kempen PRU tahun 1969 berbekalkan “dakyah anti itu bangsa, anti itu bangsa”.

Dalam kempen PRU tahun ini, di samping politik perkauman juga sekarang dicampur-adukkan unsur-unsur benci agama.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/buddhists-want-probe-into-chinese-ustazs-king-kong-remarks
Fanatik Kristian pun ada sekarang
Ridhuan Tee sudah berkali-kali mencemuh kaum minoriti serta agama-agama yang dianuti mereka.

Orang India dan agama Hindu beserta perayaan-perayaan untuk dewa-dewi seperti Thaipusam dihina bukan hanya oleh seorang pelampau agama Islam seperti Ridhuan sahaja.

Pelampau agama juga berwajahkan fanatik Kristian yang benci patung disembah (idolatry).

Mungkin disebabkan sesetengah orang Kristian yang duduk di kawasan perumahan mewah bandar adalah orang yang berada serta memiliki segulung kertas ijazah, maka mereka memandang rendah penganut agama-agama lain sebagai “low class”.

Cuba tanya kenapa si evangelis begitu beriya-iya mahu memurtadkan orang yang miskin serta yang kurang bersekolah? Kenapa mereka bergerak di kalangan gelandangan Melayu? Kenapa disasarkan penganut Hindu golongan kelas pekerja?

Tingkahlaku evangelis yang ‘born again’ ke dalam agama Kristian membayangkan mereka tidak menghormati asas-asas peradaban dan kepercayaan tamadun lain.

Contohnya dalam soal mahu kebas kalimah Allah serta evangelis mendakwa hal mencuri itu bukan menjadi isu (“non-issue”).

Orang Islam diwajib menunaikan 5 solat dan dalam setiap sembahyang pula diulangi ucapan syahadah yang mana kalimah Allah disebut dua kali. Justeru kalimah Allah tidak lekang dari bibir seseorang Muslim untuk sepanjang hari, sepanjang minggu dan sepanjang hayat.

Maka pastilah orang Islam amat sayangkan kalimah Allah serta memandang berat seandainya ia disalahgunakan.

Pendekatan golongan Kristian yang meremehkan hakmilik kalimah Allah tidak kurang perbuatan seorang pendakwah mualaf Shah Kirit yang pernah menghina amalan Hinduisme dan Ustaz Ann Wan Seng (PAS) yang menghina amalan Taoisme — screenshot atas, dia menggelar kepercayaan “King Kong” masyarakat Cina ibarat doa “kong kali kong”.

Bukan Ridhuan Tee seorang sahaja yang memperlekehkan Thaipusam. Malah kedengaran banyak rungutan dari golongan berusia kaum Cina dan kaum India bahawa evangelis Kristian tiada mempunyai rasa hormat bagi tradisi nenek-moyang keluarga mereka.

Mula-mulanya si evangelis ekstremis ini kurang ajar terhadap masyarakat Hindu dan Buddha yang lemah di negara.

Namun apabila mereka sudah berani tunjuk taring kepada masyarakat Islam yang kuat …

Menghurai Kerinduan Bersama Tokguru

Mohd Sayuti Omar
Petang semalam saya berkesempatan mengunjungi Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di hotel penginapannya di Kuala Lumpur. Semalam adalah hari membawa rezeki dan tuah kepada saya. Tokguru kelapangan dan berada dalam kondisi yang sejahtra dan ceria.
Lebih dua jam saya bersamanya dari Asar hingga Maghrib - berbicara, bercerita mengenai pengalaman atau pun hikmah-hikmah yang diperolehi semasa mengerjakan umrah seminggu lalu.
Ada beberapa peristiwa atau iktibar yang dikongsikan dan ini saya anggap sebagai satu rezeki dan tuah buat saya.
Sesuatu yang diceritakan membuka selera iman menyebabkan kerinduan kepada Makkah jadi membuak-buak. Menjadikan kunjungan ke Makkah sebelum ini dirasakan tidak lengkap dan 'kecacatan' inilah menyebabkan diri menjadi rindu untuk ke sana.

Semalam banyak 'taruk' perbualan. Dari satu 'taruk' (tajuk) perihal Makkah, berjejer ke perihal kemarahan dan rasa keterkilan beliau kepada media massa PB yang terus membuat fitnah tanpa mengira dosa dan pahala. Mengenai kemarahan ini ada saranan dari beliau yang agak vokal atau keras, belum pernah terlepas dari mulutnya.

Dan apabila berjumpa dengan beliau tajuk politik tidak akan ketinggalan. Tajuk inilah yang banyak merampas masa perjumpaan semalam. Seperti selalu beliau akan meninjau pendapat dan pandangan saya selaku penulis mengenai peluang dan kedudukan PAS baik di Kelantan maupun di luar Kelantan.

Bagaimana pun apa yang menyebabkan saya sebak, pada satu ketika apabila saya menyatakan bahawa tempoh perkhidmatan beliau sebagai MB selam 23 tahun sama dengan tempoh perjuangan Rasulullah, menyebabkan beliau sedikit tersentak dengan berkata; 'comel angka itu', dengan nada perlahan dan sayu... yang membawa maksud seolah-olah beliau juga merasakan bahawa tempoh perkhidmatan setakat itu saja. Ya Allah berikan kekuatan dan kesihatan kepada tokguruku ini!

Dan pada ketika lain, apabila saya menyarankan sesuatu yang agak berat untuk dipikul olehnya, beliau lantas mengakui akan hakikat dirinya dengan berkata; "ana ada masalah fizikal ..." apa yang dimaksudnya kesihatannya tidak begitu mengizinkan lagi. Saya terkedu sekejep dan merasakan betapa ruginya sesuatu yang diharapkan saya dan orang lain juga terhalang kerana keadaan fizikal dan usianya. Oh...

Tokguru sangat berharap isi perbicaraan dengannya semalam yang sarap dengan saranan dan pandanganya akan ditulis dan dicatat segera oleh saya. "Anta tulis semua itu...," ujar dan harapnya seperti selalu bila bersembang panjang dengan saya dan menyentuh topik-topik penting yang menarik. "Bila agak-agaknya akan tubik?" tanya Tokguru seakan tidak sabar untuk melihat bagaimana saya merakam pertemuan semalam menjadikan saya terpikul satu amanah besar.

"Inysa-Allah Subuh esok akan keluar tokguru," kata dan janji saya.

Malang, semalam saya terlalu keletihan kerana selepas berjumpa tokguru saya memenuhi dua lagi oppoitmernt, menyebabkan sudah larut malam bahkan menjelang pagi 'muda' baru tiba di rumah. Catatan dan rakaman perjuampaan semalam tidak dapat disiapkan Subuh ini seperti mana dijanjikan. Maaf

Insya-Allah hari ini akan saya dahului catatan itu, walaupun hari ini ada peristiwa peting yang juga perlu dilukiskan tetapi demi tokguru saya akan dahulukan memblogkan hasil pertemuan dengannaya sore semalam. Kepada tokguru dipohon maaf kerana saya gagal memenuhi janji semalam.

Wajah Najib bila berdusta?

mat_sempoi
Melalui banyak kajian. Reaksi wajah, gaya pertuturan dan lenggok badan akan berubah mengikut keadaan, terutama apabila berbohong. Mungkin kita boleh menipu, tapi lenggok badan kita jarang dapat menipu, kecuali kita sememangnya pakar menipu (masih boleh dikesan, 50-50). Kebiasaan nya boleh nampak apabila perbincangan spontan diadakan.
Berikut adalah beberapa contoh dari kajian yang telah dijalankan.

Ini reaksi kebanyakkan bila berbohong:

1. Cubaan mengelakkan pandangan mata-terus (eye-contact) dengan menyentuh muka dan menoleh kearah lain (kiri kebiasaannya).

2. Lenggok badan berubah menjadi janggal, seperti meraba hidung, menyentuh anggota-anggota lain, membongkok, menepuk-nepuk bahagian badan dll. Kebiasaannya seperti tiada ruang.

3. Reaksi luar kawalan seperti 'menekan atau gigit bibir', mata terkebil-kebil atau tangan atau jari cuba menutup muka, menyenget hidung (seperti terbau sesuatu yang kurang selesa) dll.

4. Menjadi kaku seketika.

5. Reaksi wajah tidak serupa dengan apa yang dipertuturkan, seperti dahi berkerut apabila mengatakan atau meluahkan sesuatu yang baik (spt: "Aku mencintai mu").

6. Espresi wajah tidak lengkap, seperti buat-buat.

7. Menjadi 'melawan' (offensive).

8. Tanpa disedari meletakkan sesuatu diantara anda dan dia (pengadang) seperti cawan, buku dll.

9. Kebiasaan akan menjawab pertanyaan dengan menggunakan persoalan tersebut. Contoh: "Siapa ambil duit RM50 aku". Dijawabnya "Aku tidak ambil duit RM50 ko" (selengkapnya).

10. Menjawab pertanyaan dengan panjang lebar daripada kebiasaannya.

11. Gaya pertuturan menjadi 'lemah' atau lembut dan agak berterabur dari kebiasaan.

12. Menukar tajuk perbualan, samaada dengan buat lawak atau 'sarkastik'.

Mari kita selidik beberapa sesi temuramah bersama PM kita, DS Najib. Yang pertama ini memang kita ketahui, beliau memang menipu.

Video yang ini juga kita tahu, ada fakta penipuan:

Video ini menunjukkan reaksi beliau bila gagal menjawab:

Mari kita tengok tiga lagi video ini:

Adakah PM kita berkata benar atau berdusta dalam video-video tersebut?

Fikir-fikirkan lah.
Sebab itu takut berdebat!!!

Macam tak percaya.

Blog paskulai.blogspot.com
DAP telah mengadakan ceramah umum di Indahpura Kulai melibatkan pimpinan tertinggi mereka seperti :
YB Lim Kit Siang, YAB Lim Guan Eng, YB Anthony Loke, YB Kulasegaran, YB Dr. Boo Cheng Hau dan ramai lagi. Pimpinan Pakatan Rakyat yang lain ialah YB Saifudin Nasution, Setiausaha Agung PKR dan Sdr. Mazlan Aliman AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor. Menggunakan trailor sebagai pentas utama, sambutannya amat luar biasa sekali.
Seingat penulis inilah ceramah DAP buat julung-julung kalinya mendapat sambutan hebat daripada pengundi di Kulai. Hampir 3000 orang yang hadir pada malam tersebut. Kebiasaannya DAP terkenal dengan majlis makan malam. Ceramah umum seperti ini jarang dilakukan. Kalau ada pun ia akan diselitkan dengan jamuan makan malam. Penulis sendiri pernah diundang oleh DAP Kulai untuk memberi ceramah kepada masyarakat Cina dan ia diiringi dengan jamuan dan hiburan. Tetapi kali ini ia hanya ceramah umum tanpa jamuan dan hiburan diatas pentas.
Lokasinya juga menyumbang kepada kehadiran orang ramai. Trailor di parkir berhadapan dengan gelanggang yang dahulunya dijadikan tempat permainan go-cart dan drift. Kawasan lapang yang boleh memuatkan ribuan penonton. Kehadiran memang diluar jangka. Penulis hadir agak lewat kerana ada program kuliah isya'. Semasa mencari tempat untuk meletak kereta, dapat disaksikan seluruh kawasan perniagaan disitu telah dipenuhi dengan kenderaan. Kami bernasib baik kerana ada sebuah kenderaan keluar dan ianya betul-betul berhadapan dengan padang tempat ceramah diadakan. Nasib baik, kalau tidak terpaksa berjalan kaki agak jauh.
Dengan tiupan trompet ala BERSIH dan laungan perkataan UBAH, jelas menunjukkan momentum masyarakat Cina untuk membuat perubahan tidak sedikit pun menurun. 80% penonton yang hadir adalah dari kalangan mereka. Selebihnya adalah orang Melayu dan India. Apa yang menarik perhatian penulis pada malam itu ialah kehadiran dari golongan warga emas yang sanggup berjalan kaki dan berdiri semata-mata untuk melihat pemimpin mereka. Kalau dahulu sokongan seperti ini mereka berikan kepada MCA ataupun Gerakan, tetapi kini mereka beralih angin kepada DAP.

Kalau laporan ini sampai kepada PM, maka semakin tak jumpalah tarikh pilihanraya. Manakan tidak, Johor adalah kubu kuat UBN. Kalau kubu kuat UBN dah semakin robek, maka bersedialah PM untuk mengalih tempat DSAI dikerusi pembangkang pada sessi parlimen yang akan datang.

Masyarakat di Kulai semalam menyaksikan trailor DAP, 9 Mac 13 yang akan datang ini mereka akan saksikan trailor PAS pula di Kulai. Mudah-mudahan rempuhan kedua-dua trailor ini akan membuatkan UBN terkulai di Kulai pada PRU ke 13.

TAKBIR !!!

Mak Siti, apa pasal dari dulu tak mau cerita?

setisab
projek IC MahathirBekas ahli Umno, Siti Aminah Mahmud, 63 (kiri), berkata, beliau bersama kumpulannya pernah membantu pendaftaran setengah juta kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk dijadikan pengundi BN.

Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah ‘projek IC Mahathir’ dari 1990 hingga 1994.

“Setiap kali dihantar berguni-guni (IC). Ia diproses dalam jangka masa sebulan. Katakan (pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan, maka ia (IC) akan diserahkan pada tarikh yang sama pada bulan yang akan datang,” kata bekas ahli Umno Cawangan Skudai Kanan, Johor Bahru itu pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

projek IC Mahathir, Siti Aminah Mahmud
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu ditemani Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Dayangku Intan.


Siti Aminah berkata, pendaftaran projek IC itu bermula di pejabat Umno Sabah di Simbulan, dalam bangunan dimiliki Datu Mustafa Harun, pemimpin Usno Sabah.

Dedahnya, projek itu dibuat ‘dengan kerjasama’ Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang turut mengarahkan penerima IC terbabit mengundi BN dalam pilihan raya umum.

Siti Aminah berkata, semasa bertugas sebagai Pegawai Penerangan Umno, lima peranan beliau dalam ‘projek IC Mahathir’ adalah untuk membantu kempen Umno di Sabah, menambahkan undi Melayu, mencari pemastautin Sabah yang tidak memiliki IC dan memastikan Parti Bersatu Sabah (PBS) tumbang.

“Masa mengurus untuk orang ambil IC, kita pergi ke tempat yang sudah sedia dengan satu ‘ketua’. Bila kita sampai di satu-satu kawasan, senarai nama telah siap, meliputi nama asal atau bukan asal,” katanya.

“Bila kita tengok ada nama bertentangan dengan nama orang Islam, kita ubah jadi nama Islam. Lepas itu kita ambil gambar dan cap jari dan hantar ke pejabat Umno,” jelas Siti Aminah lagi. Lebih 57 komen rakyat tentang Mak Siti di sini.

ARTIS MENGGATAL MAHU BODEK UMNO BAKAL TERIMA AKIBAT

Wan Fauzdin NS
APABILA membaca artikel di SINI, berkaitan segolongan artis yang mahu cari makan dengan cara memburukkan Pembangkang, ternyata mereka telah melakukan kerja bodoh akibat terlalu mahu membodek pemimpin rasuah.

Jika tidak tahu menahu tentang politik, lebih baik diam daripada membuat lawak bodoh. Mereka harus faham di kalangan peminat mereka terdapat berbagai-bagai fahaman politik, justeru itu mereka kena hormati fahaman para peminat mereka. Jika mahu berpolitik, teruskan perjuangan politik seperti beberapa artis yang kini menumpukan kepada politik.

Zaman sekarang tidak sama seperti di zaman era 60-70 atau 80-an yang mana artis mungkin boleh mempengaruhi para peminat mereka jika mereka berkempen untuk satu-satu parti politik. Sekarang tidak begitu, rakyat menilai dasar dan perjuangan sesebuah parti politik. Sehebat mana sekalipun artis itu, jika menyokong parti atau pemimpin rasuah dan zalim, pasti artis tersebut menerima akibatnya.

Beberapa terbunuh dalam kejadian berbalas tembak di Lahad Datu

Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.

Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.

Makcik Sariah yang tinggal di Port Dickson wanita tertua di dunia?

Sariah wanita tertua di dunia?
MyKad milik Sariah yang menunjukkan dia dilahirkan pada tahun 1899.
Sariah wanita tertua di dunia?
Chumi (kiri) bersama ibunya, Sariah yang masih sihat.
PORT DICKSON: Jika benarlah tarikh yang dicatat dalam MyKad, Sariah Marjo, yang dilahirkan pada tanggal 28 April 1899 mungkin boleh dikatakan wanita tertua di dunia ketika ini, hanya setahun lebih muda daripada Misao Okawa, 114, yang diiktiraf wanita paling tua di dunia dalam Rekod Dunia Guinness, kelmarin.

Sariah yang berasal dari Kampung Bukit Tembok di sini akan menyambut hari lahirnya ke-114 pada 28 April depan. Walaupun umur Sariah sudah mencecah ratusan tahun, dia tidak mengidap penyakit kronik, malah masih mampu menguruskan dirinya sendiri.

Isi masa dengan berzikir

Sariah ketika ditemui di rumah anaknya menolak anggapan bahawa dia mengamalkan amalan tertentu sehingga usianya panjang serta kesihatan masih dalam keadaan baik. Mata dan telinganya juga masih peka, jalannya tidak perlu bertatih, malah makannya tidak perlu bersuap.

Pada masa lapang, Sariah tidak gemar menonton televisyen dan hanya mengisi masa luangnya dengan duduk di belakang rumah sambil berzikir.

Kuat bekerja masa muda

Sariah adalah anak sulung daripada empat beradik dan kesemua adiknya sudah meninggal dunia. Tiga daripada lapan anaknya juga meninggal dunia, termasuk empat daripada lima menantunya.

Sariah yang mempunyai 33 cucu, 60 cicit dan dua piut berkata, dia gembira kerana mempunyai keturunan yang ramai dan diberikan peluang oleh ALLAH SWT untuk melihat generasinya walaupun tidak mampu mengenal dan mengingati kesemua warisnya.

Suami Sariah, Kasmawi Md Yunus meninggal dunia sekitar tahun 1970-an ketika berusia 70 tahun.

Ketika mudanya, Sariah seorang yang sangat kuat bekerja, dia menoreh pokok getah pada awal pagi dan kemudiannya turun ke bendang. Dia melakukan kerja itu untuk membantu suaminya yang bekerja sebagai petani.

Sinar Harian difahamkan, Sariah mula meninggalkan kampungnya iaitu Kampung Bukit Tembok di Pasir Panjang kerana mengikuti anaknya ke Kuala Lumpur yang ketika itu usianya mencecah 60 tahun.

Tidak boleh makan ayam

Anaknya Chumi, 59, berkata, walaupun umur emaknya mencecah 114 tahun, namun dia masih sihat.

“Di sana (Kuala Lumpur) emak menjaga cucu. Malah sehingga kini, semua keperluannya emak akan lakukan sendiri. Sekarang ini emak tinggal bersama saya di sini sejak setahun lalu.

Malah menjadi tradisi keluarga kami, setiap tahun terutamanya hari raya akan berkumpul di rumah adik paling bongsu di Kampung Bukit Tembok,” katanya yang merupakan anak ketujuh.

Chumi berkata, setiap hari dia akan memberi emaknya makan oat, namun emaknya tidak boleh makan ayam.

"Jika emak makan ayam, kakinya akan gatal-gatal. Dari dulu emak memang tiada pantang dalam aspek pemakanan, namun gaya hidupnya yang bekerja sebagai petani menjadikan dia setiap hari menggunakan tenaga dalam erti kata lain bersenam. Oleh itu, saya rasa ini yang menjadi antara faktor emak masih sihat dan panjang usianya,” katanya.

Permohonan BR1M ditolak kerana keliru

Menurutnya, nombor kad pengenalan emaknya adalah 990428****** dan ia banyak kali menimbulkan salah faham ramai pihak.

"Contohnya semasa proses mengambil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ada yang tidak percaya, malah permohonan pertama emak pernah ditolak kerana didakwa tidak layak.

“Mungkin mereka ingat usia pemohon adalah 14 tahun. Malah bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga baru sahaja dimohon setahun lalu,” katanya.

Panas: Gambar Ustaz Azhar dikerumuni pelumba LTdL 2013


http://kerabubersuara.blogspot.com
Panas! Ustaz Azhar Dikerumuni Pelumba Basikal LTDL 2013 Edisi Kuantan
http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/555117_517498674960518_826424676_n.jpg
Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

Biarkan gambar berbicara.

UAI dikerumuni oleh peminat2nya semasa melawat LTDL edisi Kuantan semalam. Mat Saleh pun minat UAI juga. Semoga Allah memberikan mereka hidayah Islam juga nanti. Insya Allah. Amin

Tun Datu Mustapha: “Ini projek IC Mahathir, takkan ditangkap”

Siti_AminahPETALING JAYA, 28 FEB: Bekas tahanan ISA, Siti Aminah Mahmud diberi jaminan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun bahawa mereka yang terlibat dalam projek IC segera Sabah tidak akan ditangkap.
“Mula-mula saya takut ditangkap. Saya kata ini salah. Tapi Datu Mustafa kata projek ini diketuai oleh Dr Mahathir sendiri, (Tan Seri) Megat Junid dan Aziz Shamsuddin. Takkan ditangkap,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.

Siti turut diberitahu Datu Mustafa, bekas pemimpin Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) itu dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Sabah sekiranya menang dalam pemilihan Umno.

“Kita ada dengar dalam taklimat, di pejabat Umno di Simbulan pada awal tahun 1990-an dulu,” katanya.

Siti Aminah ditahan dibawah ISA pada 20 September 1995 selama 60 hari di Johor sebelum disambung perintah tahanan selama dua tahun di Kem Kamunting.
Madey
Menurut Siti, pertuduhan dan sebab penanan ISA keatasnya adalah kerana memalsukan kad pengenalan, bersubahat dengan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan memalsukan borang JPN.

“Saya ditahan di Bukit Aman. Megat Junid menandatangani surat dan melanjutkan penahanan saya. 

Sedangkan saya tak pernah tengok dimana IC palsu dibuat… dan borang JPN diambil di pejabat Umno di Simbulan,” dedah Siti.

Siti memaklumkan, kad pengenalan tersebut boleh dikenalpasti melalui kod khas di bahagian belakang dokumen tersebut.

“Kod IC projek Mahathir ialah 04 dan 05. Kod ada di belakang kad pengenalan dan orang JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) boleh tahu,” katanya.

Tambah Siti, ada antara mereka yang terlibat dengan projek IC segera Sabah menjadi jutawan, berbanding dirinya yang hanya dibiaya tambang perjalanan hingga tiket ’penuh satu beg plastik’.

“Bila diingat semula, sangat menyakitkan hati,” kata Siti.