"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Islam Bakal Agama Ke-2 Terbesar Di Singapura Atasi Kristian

Tranungkite
SINGAPURA: Biarpun digasak dengan gerakan murtad ke atas Muslim Singapura, penduduk republik itu pada Rabu dikejutkan dengan berita, penganut Islam akan menggantikan Kristian sebagai agama kedua terbesar di negara itu menjelang 2050.

Laporan terkini Pusat Kajian Pew yang berpangkalan di Washington DC, Amerika Syarikat mendedahkan, umat Islam Singapura akan bertambah pesat dan berada di belakang Buddha apabila mencecah rekod 7.9 juta Muslim pada tahun tersebut.

Statistik firma penyelidikan berpengaruh itu mengunjurkan, bilangan orang Islam akan naik daripada 14.3 peratus pada tahun 2010, menjadi 21.4 peratus pada tahun 2050, tetapi Buddha terus menjadi jumlah penganut terbesar di Singapura.

Bilangan penduduk Singapura yang beragama Hindu pula dijangka naik daripada 5.2 peratus kepada 10 peratus atau berkembang hampir sekali ganda pada 2050, sebahagian besarnya ekoran kedatangan penganut Hindu dari India dan Malaysia.

Mengulas laporan tersebut, beberapa penganalisis tempatan namun mempersoalkan andaian pusat kajian itu bahawa corak pemindahan penduduk dari luar Singapura akan berterusan secara konsisten untuk beberapa dekad akan datang.
Bilangan masjid di Singapura masih tidak cukup dan terpaksa ditambah manakala 71 buah sedia ada pula terpaksa diperbesarkan. – Gambar hiasan

Penyelidik kanan Institut Kajian Dasar Singapura, Dr. Mathew Mathews berkata, pemerintah sebelum ini menyatakan mahu mengekalkan imbangan kaum sekarang, malah Muslim dan Hindu di republik itu lazimnya adalah kaum Melayu dan India.

“Jika komposisi kaum kekal sama seperti sekarang ini, tidak mungkin penganut Islam dan Hindu di Singapura akan berkembang pesat, hanya berdasarkan trend nisbah semasa penduduk sedia ada diambil kira,” tegas Mathews.

Komen itu turut dipersetujui Ahli Parlimen Kawasan Berkelompok Choa Chu Kang, Zaqy Mohamad dengan menjelaskan, umumnya kita tidak boleh mengandaikan bahawa mereka yang berpindah dari Malaysia adalah semuanya orang Muslim.

Setakat ini ada 71 buah masjid di seluruh Singapura dan ia kian bertambah sehingga penuh sesak setiap kali ada aktiviti keagamaan termasuk solat Jumaat berbanding 216 buah gereja tetapi kurang menerima sambutan penganut Kristian.

Setiap tahun ramai dilaporkan memeluk Islam meskipun pemerintah Singapura melarang keras pembesar suara dihalakan ke arah luar masjid bagi menyeru azan masuk solat fardu sejak 1974 kononnya mengganggu ketenteraman penduduk majmuk.

Laporan Pew itu juga menyatakan, jumlah mereka yang ada kecenderungan beragama makin tinggi di rantau Asia Pasifik, Amerika Utara dan Eropah tetapi bilangan yang ingin bebas daripada apa-apa agama di rantau Pasifik kian merosot. – Agensi/A.AMREE

Tersilap: Seorang pekerja biasa sertai mesyuarat Barack Obama (Gambar)

AMERIKA SYARIKAT: Seorang pekerja di Pengawal Udara Negara, Utah kebingungan apabila berada di dalam bilik mesyuarat bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama serta beberapa pegawai tertinggi negara itu.

Lance Futch, 26, menyangka dia akan mendengar ucapan daripada Obama tentang mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan veteran tetapi dibawa bersama ke dalam mesyuarat itu.

"Saya dimaklumkan bahawa ia merupakan perjumpaan kasual dan tidak rasmi.

"Pada ketika itu apa yang terlintas di fikiran saya ialah Komander pasti akan memarahi saya kerana perkara ini dan saya sepatutnya tahu tentang perkara ini," kata Futch.

Pereka di syarikat Vivint Solar itu juga percaya pemilihan pakaiannya ketika itu mungkin tidak menarik perhatian Presiden.

"Semasa Presiden Obama memasuki bilik mesyuarat, dia memandang pakaian saya dan fikir saya sepatutnya memakai pakaian seragam atau sekurang kurangnya memakai sut," tambahnya lagi.

Seorang wakil syarikat menerangkan pihaknya menyangka seorang wakil perlu dihantar sebagai seorang penonton semasa majlis ucapan tetapi sebenarnya pihak presiden meminta seorang wakil untuk menyertai mesyuarat tersebut.

"Kami sepatutnya menghantar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebagai wakil sebaliknya menghantar seorang kawan kerana salah faham yang berlaku," kata wakil syarikat itu.

Gambar Futch menghadiri mensyuarat itu dengan berpakaian baju polo putih Vivint Solar tersebar luas di laman sosial.

Malang bagi Futch apabila bahagiannya di dalam gambar telah dipotong apabila pihak Tentera Udara mengeluarkan gambar rasmi mesyuarat tersebut.

Suami wanita ini mendakwa anak yang dikandung isterinya hilang secara tiba-tiba beberapa hari sebelum melahirkan

Yogyakarta: Seorang lelaki semalam mendakwa anak yang dikandung isterinya hilang secara tiba-tiba beberapa hari sebelum isterinya melahirkan cahaya mata pertama mereka.

"Selepas 17 tahun berkahwin, ini kali pertama isteri saya mengandung. Tetapi ketika menanti hari untuk melahirkan, bayi itu hilang dari perut isteri saya," kata Sumarno kepada wartawan di Nitikan Barat Semanu Gunung Kidul.

Menurut Sumarno, 49, isterinya Susilah yang sudah sembilan bulan mengandung menjerit seperti orang hilang akal pagi kelmarin sebaik terjaga dari tidur.

"Sebaik mendengar jeritannya, saya meluru ke bilik. Dia meraung dan berkata kandungannya dicuri. Saya melihat perutnya yang besar sebelum ini kempis," kata Sumarno.

Dia sendiri menyaksikan perut Susilah, 41, besar, seperti orang mengandung sembilan bulan sebelum tidur malam itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
-hmetro-

Siapa menang; regu Dr Mahathir-Ku Li atau Najib-Umnonya?

Dr Dzulkefly Ahmad
Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri Malaysia yang bersara sejak Oktober 2003, masih berbisa. Menghimbau rentetan sejarah politik negara, hanya Tun Razak saja yang tidak digugat beliau.

Benar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah menyelamatkan beliau dalam pertarungan sengit pemilihan parti pada 1987. Benar, Najib yang juga ketua Pemuda Umno ketika itu, menukar sokongan dari lawan atau pesaing Dr Mahathir sekali gus menyelamatkan beliau dengan kemenangan tipis. Pesaingnya ialah Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Umum masih ingat, Umno berpecah akibat pertarungan bersejarah itu.

Gelagat orang politik adalah persis dikatakan Henry Kissinger; ‘America has no permanent friends or enemies, only interest’. Nah, meskipun penulis kurang senang dengan ‘maxim’ atau kaedah politik ini, namun itulah ‘hakikatnya’ dalam politik; ‘musuh mahupun kawan bukan untuk selama-lamanya, yang kekal adalah kepentingan’.

Dr Mahathir yang mempertingkatkan serangan di Facebooknya mutakhir ini diramal berpotensi menumbangkan Najib. Beregu dengan Ku Li, seluruh warga Umno, khas ‘warlords’nya, tidak lagi boleh buat pekak kepada asakan kedua-dua tokoh veteran parti Melayu terbesar di negara ini.
Prestasi Najib dikatakan Dr Mahathir lebih teruk daripada perdana menteri sebelumnya, iaitu Tun Abdulah Ahmad Badawi (Pak Lah). Ingatan umum masih segar Dr Mahathir dan Najib menyingkir Pak Lah kerana kononnya, kepimpinannya lemah. Sekarang kalimat jelik itu ‘boomerang’ kepadanya.

Meskipun 160 daripada 193 ketua bahagian Umno menyokong Najib pada 8 Mac lalu (di Pusat Dagangan Dunia Putra) dan semalam ketua BNBBC juga menyatakan sedemikian terhadap Najib, umum sedar isu yang dilontar Dr Mahathir sukar untuk ditangkis atau dipertahankan.

Mungkin Umno belum mahu untuk menukar presidennya atau sebab seperti didakwa Dr Mahathir, mereka setia secara 'buta tuli' kepada pemimpin. Pun begitu, yang jelasnya kini, Najib tidak lagi boleh bertahan dengan berbisu seribu bahasa.

Pelbagai isu dibangkitkan Dr Mahathir sejak serangan terhadap Najib mula dilancarkan termasuk kemewahan dan kekayaan luar biasa anak tiri perdana menteri itu serentak mempertikaikan kekayaan keluarga Najib sendiri. Laporan dibuat majalah The New York Times (8 Februari, 2015) menggemparkan umum.

Tidak perlu mengulang siri gambar yang memperlihatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor memegang sekurang-kurangnya 9 beg tangan Birkin yang berbeza, yang biasanya berharga di antara AS$9,000 (RM32,000) sehingga AS$150,000 (RM530,000) setiap satu.

Akhbar Amerika Syarikat itu juga melaporkan ia memperoleh invois dan dokumen lain yang menunjukkan berjuta-juta dolar barang kemas termasuk cincin berlian dan zamrud, gelang zamrud dan delima yang ditempah Rosmah di Hong Kong pada 2008 dan 2009.

The New York Times itu juga mendedahkan transaksi anak tiri Najib, Riza Aziz, 38, yang membeli sebuah apartmen di Park Laurel, New York bernilai AS$33.5 juta (RM117.5 juta) dan sebuah rumah di Beverly Hills bernilai sekurang-kurangnya AS$17.5 juta (RM61. 5 juta) secara tunai.

Namun yang bakal mengundang bala dan musibah besar terhadap karier politik Najib ialah ulangan asakan isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan pembabitan 2 anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, yang disabit kesalahan membunuh, oleh mahkamah. Sirul terkini mendakwa beliau melakukan perbuatan itu mengikut arahan.

Menghimbau ingatan, pelbagai soalan masih tidak terjawab bersabit penggunaan C4, Deepak, PI Bala dan mengapa DSP Musa Safri, orang atasan Sirul dan bekas pembantu (ADC) Najib, ketika menjadi timbalan perdana menteri, tidak dipanggil menjadi saksi pihak pendakwaan.

Dr Mahathir tegaskan rakyat mahu tahu siapa yang mengarah pembunuhan ini. Kenyataan Dr Mahathir berhubung Sirul pernah berkerja sebagai pengawal peribadinya dan tidak pernah pula membunuh sesiapa ketika itu, adalah pelik. Apa yang mahu dimaksudkan Dr Mahathir terdedah kepada pentafsiran. Tegasnya buat Dr Mahathir, amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

Isu kedua kembali bersabit tuduhan penyelewengan urus niaga 1MDB melibatkan berbilion ringgit oleh Jho Low, rakan Najib dan Rosmah. Tuduhan ini tidak lagi boleh lagi dijawab Najib dengan mendakwa semua itu hanya pembohongan atau Deloitte menjalankan 'pengauditan forensik’ terhadap 1MDB. Penulis ini tidak pula ingat tentang audit forensik itu, tetapi 160 ketua bahagian Umno percaya termasuk ketua BNBBC penjelasan Najib.

Lebih khusus, di samping perpindahan AS$700 juta (RM2.5bilion) yang jelasnya kesalahan pecah amanah (CBT) ke akaun Swiss Bank milik Low Taek Jho atau Jho Low. Banyak lagi isu yang berserabut dalam urus niaga 1MDB termasuk pembelian 1MDB oleh syarikat Tun Taib Mahmud, iaitu Utama Banking Berhad (UBG) yang penuh kontroversi. Pembelian melibatkan dana RM1.4 bilion itu menggunakan dana milik 1MDB sebanyak RM850 juta.

1MDB menjadi lambang kebobrokan tadbir urus kewangan era Najibnomics yang dulu dibanggakan. Kebetulan sebuah Harvard Business School pada 2009 bersedia membuat ‘case study’ tentang reformasi ekonomi yang dianjurkan Najib.

Mungkinkah Umno belum bersedia mengundurkan presiden mereka kerana takut karam bersamanya? Mampukah Najib dan ketua bahagian bersama BNBBC bertahan pukulan atau ‘onslaught’ regu Dr Mahathir - Ku Li kali ini? Apakah Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Ku Li sendiri atau tokoh baru bakal menjelma? Bersediakah rakyat menerima atau ada formula lain sedang dirundingkan beberapa pihak?

Sama-sama kita saksikan pergolakan episod seterusnya

Kenyataan Haji Hadi mengenai POTA diputarbelit oleh Malaysiakini?

Pejabat Presiden PAS menafikan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 yang diluluskan minggu ini.

Bernama semalam melaporkan Abdul Hadi menyokong usaha kerajaan untuk menangani keganasan menerusi rang undang-undang itu.

Bagaimanapun, Pejabat Hadi berkata bahawa laporan itu tidak benar dan bercanggah dengan kenyataan sebenar presiden PAS itu.

Laporan Bernama itu memetik Abdul Hadi berkata demikian dalam satu sidang media di Rusila di Marang semalam.

"Dalam sidang media yang menjadi sumber berita tersebut, presiden PAS menyatakan bersetuju menentang keganasan kerana pada dasarnya itulah yang disebut dalam Islam," jelas Dr Ahmad Samsuri.

"Manakala membawa masuk keganasan ke dalam negara adalah dilarang oleh Islam.

"Dasar untuk menghalang keganasan adalah bertujuan untuk mengelakkan fenomena islamfobia terus dijaja dalam dunia Islam.

"Walaupun begitu, PAS tidak bersetuju dengan kerajaan dalam sudut teknikal undang undang yang telah dibahaskan panjang lebar sebelum ini," tambahnya.

Dengan penjelasan ini, kata Dr Ahmad Samsuri, pejabat presiden PAS berharap, laporan itu tidak lagi mengelirukan penyokong dan pendokong PAS seluruh negara.

Menurutnya, rakaman sebenar sidang media presiden PAS itu boleh dilihat dan telah disebarkan ke dalam media maya untuk pengesahan lebih lanjut.
-malaysiakini-

Isteri muda Nazri cabar anak tirinya, Nedim

 
PETALING JAYA: Seorang wanita mendakwa dirinya isteri yang sah kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz dan layak menggunakan gelaran Datin Seri.

Haflin mendakwa beliau layak menggunakan gelaran Datin Seri kerana Nazri dan ibu Nedim telah bercerai sejak 26 tahun lalu.

Di Instagram yang menggunakan nama Haflinsfashion, dia mendakwa telah berkahwin dengan Nazri pada Jun 2014.

“Tidak ada undang-undang di Malaysia yang menyatakan hanya seorang isteri dibenarkan mengguna gelaran Datin Seri,” tulis Haflin.

Sehubungan itu, dia mencabar Nedim Nazri yang juga anak tirinya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika fakta itu salah.

Haflin mendakwa, perkara itu terpaksa didedahkan atas permintaan Nazri untuk menjelaskan kekeliruan yang dicetuskan Nedim.

Nedim, kekasih kepada pelakon Nora Danish, baru-baru ini menimbulkan kontroversi kerana menuduh wanita yang menggunakan gelaran sesuka hati sebagai ‘wanita terdesak’.

Nedim juga mengkritik editor dari dua majalah tempatan yang didakwa tidak membuat penyelidikan kerana hanya isteri pertama layak menggunakan gelaran itu. 
-FMT-

Haji Hadi sokong POTA sebab dia tak pernah kena ISA?

PAS menyambut baik dan meny pernahokong usaha kerajaan untuk menangani keganasan menerusi Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 yang diluluskan di Dewan Rakyat Selasa lepas, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata meskipun terdapat beberapa perkara teknikal yang parti tidak bersependapat dengan kerajaan, namun PAS tidak menafikan akan keperluan undang-undang berkenaan bagi mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.

"Kami bersatu dalam menentang keganasan, kami tidak mahu keganasan diimport ke negara kita ... kami mengganggap apa yang dicetuskan (keganasan) di negara lain tidak sesuai dengan ajaran Islam.

"Kami tidak nafikan perlunya undang-undang itu dan telah dibahas dengan panjang lebar di Parlimen (Dewan Rakyat). Ini tanggungjawab bersama," katanya pada sidang media di Rusila di Marang hari ini.
-Bernama-

Ibu terkejut jumpa lelaki dalam almari anak

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang menyembunyikan diri di dalam almari baju selepas dipercayai merogol seorang gadis 'kantoi' apabila dia dicekup oleh ibu mangsa sendiri.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi Selasa lalu, apabila si ibu, 45, melihat tindak-tanduk anak gadisnya, 16, yang pelik dan mencurigakan semasa dikejutkan untuk bersiap ke sekolah.

“Ibunya mula curiga apabila mangsa lambat buka pintu bilik semasa diketuk dan teragak-agak selepas disuruh bersiap untuk ke sekolah, sedangkan dia tidak pernah bersikap sedemikian sebelum ini.

“Melihatkan perubahan anaknya yang begitu ketara, naluri si ibu kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena sebelum membuat pemeriksaan di dalam bilik ketika mangsa berada di dalam bilik mandi,” katanya.

Selepas menyelongkar hampir keseluruhan ruang di dalam bilik berkenaan, ibu mangsa terkejut apabila menjumpai seorang lelaki dikenali yang juga rakan kepada anaknya sedang bersembunyi di dalam almari baju dalam bilik tersebut.

Mengesyaki anak gadisnya telah diapa-apakan, ibunya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut sebelum lelaki terbabit ditahan.

Sementara itu, Majistret Rabiatul Adawiyah Che Khalid membenarkan suspek direman untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
-sinarharian-

Cuba dengar tiga ustaz ni ulas GST lepas tu dengar Najib pula

Ini adalah 400 album gambar hubungan seks seorang guru besar dengan 12,000 Wanita


Sebanyak 400 album gambar yang menjadi tempat Takashima menyimpan gambar seksnya.
SEORANG guru besar sebuah sekolah disiasat selepas dilapor menyimpan gambar seramai 12,000 wanita dan gadis yang dikatakan telah melakukan hubungan seks dengannya.

Guru dari Jepun itu, Yuhei Takashima dikesan menyimpan sebanyak 150,000 keping gambar ketika dia melakukan hubungan seks dengan wanita dan gadis.

Lelaki berusia 64 tahun itu ditahan pada Rabu selepas dia didakwa merakam gambar di ranjang bersama seorang gadis di Manila.

Hasil tangkapan, polis kemudian menyerbu rumah suspek dan menemui sebanyak 150,000 keping gambar yang menyaksikan dirakam ketika di ranjang bersama 'mangsanya'.

Gambar-gambar itu disimpan di dalam 400 album, lapor akhbar tempatan Jepun, Times.

Siasatan polis mendedahkan, Takashima dikesan melakukan hubungan seks dengan gadis berusia seawal 14 tahun hingga warga emas berumur 70 tahun.
-mstar-

Sihir: Kisah benar Dari Yordan

Selepas membeli kayu bakar, orang ini kemudian di rumahnya memilih kayu kayu tersebut. Tak terduga, dia mendapati sebuah kayu yang agak aneh, kayu tersebut dibungkus plastik dengan rapi, setelah dibuka ternyata kayu tersebut dipenuhi dengan paku paku dengan pola pakuan yang aneh. Melihat ada yang ganjil, dia pun pergi membawa kayu tersebut ke seorang Syaikh.

Syaikh berkata: "kayu ini adalah tumbal sihir, diperuntukkan atas satu keluarga yang terdiri dari Ayah, Ibu dan beberapa orang anak, selama paku ini masih menancap, satu keluarga tersebut tengah dalam keadaan sakit, dan hanya Allah yang mengetahui jenis sakitnya .." Lalu Syaikh itu berkata kembali: "Alhamdulillah kamu belum membakar kayu ini, jika itu kamu lakukan, nescaya satu keluarga tersebut akan Mati semua". Berikut cara rawatan sihir sesuai dengan resipi Rasulullah Saw

A. RAWATAN SIHIR

Rawatan sihir boleh dilakukan dengan dua cara:

Pertama, dengan ruqyah yang sesuai syariat

Di antara kaedah yang pernah dipraktikkan dan itu mujarab adalah

1. Mandi dengan air yang telah dicampur daun bidara

Persiapan: Sediakan 7 daun bidara hijau, dan satu baldi air yang cukup untuk mandi.

Caranya:

a. Haluskan daun bidara dengan ditumbuk, dan campurkan ke dalam air yang telah disiapkan.

b. Baca ayat-ayat berikut di dekat air (di luar bilik mandi):

1) Baca ta'awudz: a-'uudzu billahi minas syaithanir rajiim
2) Ayat kursi (QS. Al-Baqarah: 255)
3) QS. Al-A'raf, dari ayat 117 hingga 122
4) QS. Yunus, dari ayat 79 hingga 82
5) QS. Taha, dari ayat 65 hingga 70
6) Surat Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas
7) Minumkan air tersebut di atas 3 kali (boleh gunakan gelas kecil)
8) Gunakan selebihnya untuk mandi.
9) Cara seperti ini boleh dilakukan beberapa kali, hingga pengaruh sihirnya hilang.

(Kaedah ini disebutkan oleh Dr. Said bin Ali bin Wahf al-Qohthani dalam buku beliau Ad-Dua wa Yalihi Al-Ilaj bi Ar-Ruqa, Hal. 35).

2. Membaca beberapa ayat al quran kemudian ditiupkan

Caranya:

a. Baca surat Al-Fatihah, ayat kursi, dua ayat terakhir surat Al-Baqarah, surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas.
b. Ulangi sebanyak 3 kali atau lebih
c. Baca ayat di atas, sampil ditiupkan dan diusapkan ke bahagian tubuh yang sakit.
d. Baca doa-doa ketika menjenguk orang sakit.

Kedua, menghancurkan simpul sihir

Cara kedua ini adalah kaedah menghilangkan sihir yang paling mujarab. Hanya saja, cara kedua ini agak sukar dilakukan, kerana perlu diketahui simpul sihir yang ditanam oleh dukun. Jika simpul sihir ini boleh dihancurkan maka pengaruh sihir akan hilang total. Simpul ini bak pengkalan tentera bagi si dukun untuk menyihir objek sasaran.

Sebagaimana hal ini pernah dialami oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, seperti yang disebutkan dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim. Berikut redaksi kisah yang lebih lengkap. Redaksi ini disebutkan oleh At-Tsa'alibi dalam tafsirnya dan dinukil oleh Ibnu katsir:

Dari Ibnu Abbas dan A'isyah radhiyallahu 'anhuma menceritakan:

Dulu ada seorang remaja Yahudi yang menjadi pelayan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Sehingga, datanglah beberapa orang Yahudi menemui anak ini. Sampai akhirnya si remaja ini mengambil rontokan rambut kepala Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dan potongan sikat rambut, dan dia berikan kepada orang Yahudi. Akhirnya, mereka gunakan rambut ini sebagai bahan untuk menyihir Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Pelaku sihir adalah seorang Yahudi Bani Zuraiq, namanya Labid bin A'sham. Simpul sihir dari rambut tersebut di tanam di telaga milik Bani Zuraiq, namanya sumur Dzarwan.

Kerana pengaruh sihir ini, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam jatuh sakit, sehingga rambut beliau mudah gugur. Beliau seolah-olah melakukan sesuatu dengan isterinya padahal tidak melakukan apa-apa. Sampai akhirnya beliau bermimpi, beliau melihat ada dua malaikat yang datang. Yang satu duduk di dekat kepala beliau dan yang satu duduk di dekat kaki beliau.

Malaikat pertama bertanya, "Apa yang terjadi dengan orang ini?" "Dia tersihir." Jawab malaikat kedua. "Siapa yang menyihir?" Tanya malaikat pertama. "Labid bin A'sham orang Yahudi." Jawab malaikat kedua. "Dengan apa dia disihir?" Jawabnya: "Dengan rambut dan potongan sikat." "Di mana simpul sisirnya?" Jawabnya: "Dibungkus kulit mayang kurma, ditindih batu, di dalam sumur Dzarwan." Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam terbangun. Kemudian beliau berangkat ke sumur Dzarwan di Bani Zuraiq bersama Ali bin Abi Talib, Zubair bin Awam, dan Ammar bin Yasir.

Ali diperintahkan untuk mengambil batu itu, untuk mengeluarkan bungkus simpul sihir. Ketika itu, Allah menurunkan dua surat Al-Muawidzatain (surat Al-Falaq dan An-Nas). Sebelumnya, Ali bin Abi Talib diperintahkan untuk membaca dua surat tersebut. Ternyata di dalamnya ada beberapa helai rambut dan potongan sisirnya. Di sana juga ada ikatan buntalan jumlahnya ganjil. Selanjutnya benda itu dimusnahkan dan sumurnya ditutup.

Seketika itu, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam langsung terasa ringan dan hilang pengaruh sihirnya. Setelah Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam kembali, beliau sampaikan kepada isterinya:

يا عائشة, كأن ماءها نقاعة الحناء, أو كأن رءوس نخلها رءوس الشياطين

"Hai Aisyah, air perigi itu seperti terkena daun pacar (inai). Atau seolah pangkal mayang kurma seperti kepala syaitan. "(HR. Bukhari 5763)

Imam Ibnul Qoyim dalam Zadul Ma'ad berkata:

Cara menyembuhkan sakit ini ada dua, di antaranya adalah mengeluarkan sumber sihir dan memusnahkan ia. Ini adalah cara yang paling sempurna. Sebagaimana terdapat riwayat yang sahih daripada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bahawa beliau berdoa kepada Allah tentang sumber sihir yang menimpa beliau, kemudian Allah tunjukkan bahawa pangkalnya ada di dalam sumur, dengan rambut dan potongan sikat dibungkus mayang kurma jantan. Ketika benda itu dikeluarkan, pengaruh sihir itu langsung hilang, seolah beliau baru bebas dari ikatan. Inilah kaedah yang paling ampuh untuk mengubati orang yang terkena sihir. Seperti halnya menghilangkan sumber penyakit dalam tubuh (Zadul Ma'ad, 4: 113)

B. PENCEGAHAN DARI SIHIR

1- Dalam setiap keadaan senantiasa mentauhidkan Allah Azza wa Jalla dan bertawakkal kepadaNya, serta menjauhi perbuatan syirik dengan segala bentuknya.

2- Melaksanakan setiap kewajiban-kewajiban yang Allah Subhanahu wa Ta'ala perintahkan, dan menjauhi setiap yang dilarang, serta bertaubat dari setiap perbuatan dosa dan kejelekan. Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda kepada Ibnu' Abbas Radhiyallahu 'anhu:

يا غلام! إني أعلمك كلمات, احفظ الله يحفظك ...

"Wahai anak, sesungguhnya aku akan mengajarkanmu beberapa kalimat. Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu ..." [HR Tirmidzi]

3. Tidak membiarkan anak-anak berkeliaran saat akan terbenamnya matahari. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, yang artinya: "Jika malam telah masuk -jika kalian berada di sore hari-, maka tahanlah anak-anak kalian. Sesungguhnya setan berkeliaran pada waktu itu. Tatkala malam telah datang sejenak, maka lepaskanlah mereka". [HR Bukhari Muslim].

4- Membersihkan rumah dari salib, patung-patung, binatang yang dipelihara dan gambar-gambar yang bernyawa serta anjing. Diriwayatkan dalam sebuah hadis, bahawa Malaikat (rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat hal-hal di atas. Demikian juga dibersihkan dari peranti-peranti yang melalaikan, gitar, piano, seruling dan muzik.

5. Memperbanyak membaca Al Qur`an dan manjadikannya sebagai dzikir harian. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:

لا تجعلوا بيوتكم مقابر إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة

"Janganlah menjadikan rumah-rumah kalian layaknya kuburan. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surat Al Baqarah". [HR Muslim]

6- Membentengi diri dengan doa-doa dan ta'awudz serta dzikir-dzikir yang disyariatkan, seperti dzikir pagi dan sore, dzikir-dzikir setelah shalat fardhu, dzikir sebelum dan sesudah bangun tidur, do'a ketika masuk dan keluar rumah, do ' a ketika naik kenderaan, do'a ketika masuk dan keluar masjid, do'a ketika masuk dan keluar bilik mandi, do'a ketika melihat orang yang mandapat musibah, serta dzikir-dzikir yang lain.

Ibnul Qayyim berkata, "Sesungguhnya sihir para penyihir itu akan bekerja secara sempurna bila mengenai hati yang lemah, jiwa-jiwa yang penuh dengan syahwat yang senanantiasa bergantung kepada hal-hal rendahan. Oleh sebab itu, umumnya sihir banyak mengenai para wanita, anak-anak, orang-orang bodoh, orang-orang pedalaman, dan orang-orang yang lemah dalam berpegang teguh kepada agama, sikap tawakkal dan tauhid, serta orang-orang yang tidak mempunyai bahagian sama sekali dari dzikir-dzikir Ilahi, doa-doa, dan ta'awwudzaat nabawiyah. "[Zaadul Ma'ad (4/116)]

7. Memakan tujuh butir kurma 'ajwah setiap pagi hari. Berdasarkan sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam:

من تصبح كل يوم سبع تمرات عجوة لم يضره في ذلك اليوم سم ولا سحر

"Sesiapa yang makan tujuh butir kurma 'ajwah pada setiap pagi, maka racun dan sihir tidak akan mampu membahayakannya pada hari itu". [HR Bukhari dan Muslim]

Semoga bermanfaat, jangan lupa sebarkan pada yang lain.

- SHARE & Follow/Like: Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Credit : KabarMakkah.com

Bekas Perdana Menteri, Pak Lah bela Najib: Najib Tun Razak tidak terlibat langsung bunuh Altantuya

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam kes pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Jumaat.

Abdullah berkata siasatan terhadap kes itu pada 2006 telah disimpul semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

"Antara perkara yang dilaporkan semasa saya menjadi Perdana Menteri adalah hasil siasatan kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Berdasarkan kepada penemuan dari siasatan menyeluruh yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disampaikan kepada saya, ia telah mengesahkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat langsung dalam kes tersebut," katanya.

Altantuya dibunuh pada 18 Oktober 2006 dan mayatnya ditemui di dalam hutan berhampiran Puncak Alam, Shah Alam.
-mstar-

Ibu Minta Suami Baru Rogol Anak Sendiri

WILKES-BARRE (Amerika Syarikat): Seorang ibu sepatutnya melindungi anaknya sendiri, tetapi lain pula ceritanya dengan seorang wanita di sini yang meminta lelaki yang baru dikahwininya merogol anak perempuannya sendiri.

Wanita itu, Misty Machinshok, 33, dilaporkan meminta suaminya, Gary, 29, merogol anak perempuannya yang berusia 15 tahun semata-mata mahu mempunyai anak.

Lebih mengejutkan Misty turut ‘mengajar’ Gary bagaimana untuk merogol anaknya supaya gadis berkenaan hamil.

Misty juga didakwa memegang tangan anaknya ketika Gary merogol mangsa hampir setiap hari sepanjang 2013.

Sekiranya mangsa hamil, wanita itu merancang memberitahu orang ramai anaknya membuat hubungan seks ketika menghadiri satu parti.

Bagaimanapun, kekejaman pasangan itu terbongkar apabila mangsa memberitahu rakan sekolahnya yang terus memaklumkan kejadian berkenaan kepada guru mereka.

Pasangan itu ditangkap pihak polis dan mereka didakwa di mahkamah atas tuduhan mendera, rogol dan jenayah lain.

Misty yang mengaku bersalah atas beberapa tuduhan dihukum penjara selama 15 hingga 30 tahun.

Dia mengaku bersalah atas tuduhan merogol, konspirasi, serangan ganas, membahayakan kanak-kanak dan beberapa tuduhan jenayah lain.

Gary yang berkenalan dengan Misty di sebuah laman sesawang mencari jodoh pula akan dihukum sedikit masa lagi selepas mengaku bersalah merogol kanak-kanak.

Dia juga mengaku melakukan serangan seksual terhadap adik perempuan mangsa berusia 11 tahun.

Pegawai pendakwa raya, Nancy Violi berkata, kes itu adalah yang paling kejam yang pernah dikendalikannya sepanjang 14 tahun dia bertugas.
-Agensi-

Kenapa Harga Barang Jauh Beza Di Tesco & Mydin (Gambar)

Tranungkite
PELIK tapi benar. Namun situasi ini didakwa benar-benar berlaku dan bukanlah satu sabotaj oleh mana-mana pihak.

Sejak semalam, heboh dibualkan di media sosial termasuk aplikasi Whatsapp di mana ramai individu berkongsi tentang perbezaan ketara harga barangan di dua syarikat peruncitan gergasi Malaysia, iaitu Tesco dan Mydin.

Melalui perkongsian foto di laman Facebook, seorang pengguna mendapati jurang harga yang ditawarkan dua syarikat tersebut terlalu ketara sehingga mencecah angka RM7! Melampau kan?
10660336_874234745976878_1817570400815912674_n
Antara perbandingan harga jualan yang dilihat tidak masuk akal ialah ubat gigi jenama Colgate yang mana nilai yang dipaparkan pada papan harga di Tesco adalah RM19.59.

Namun, harga tersebut jauh lebih rendah di Mydin iaitu perbezaan kira-kira RM7 apabila ia ditawarkan pada harga RM12.49.

Bagi produk penghapus kotoran jenama Vanish pula, Tesco menawarkannya pada harga 28.59, lebih RM5 dari tawaran yang dibuat Mydin iaitu pada nilai RM22.90.

Individu tersebut juga berkongsi beberapa barangan lain yang dilihat berbeza dari segi harga ditawarkan, antaranya pencuci pinggan mangkuk jenama Joy dan pencuci pakaian jenama Dynamo.
11096495_874234742643545_9220975529404907362_n11689_874234679310218_3586075067975774628_n
Senario tersebut menimbulkan 1001 pertanyaan dalam kalangan pengguna di Malaysia; bagaimanakah ia terjadi dan adakah manipulasi harga tersebut sah dan bukanlah bertujuan untuk menipu pelanggan?

Nampaknya, pihak Tesco perlu membuat kenyataan segera kerana pastinya, ia akan menimbulkan keraguan dan mengakibatkan mereka menanggung kerugian kerana ia dilihat mencekik darah dan mengambil kesempatan.

Apa-apapun, secara tidak langsung, situasi ini memaparkan tahap kepenggunaan masyrakat Malaysia yang semakin cekap dan bijak dalam berbelanja.

Kalau jurang perbezaan harga terlalu ketara, anda pun tahu keputusan terbaik yang perlu anda buat, kan…

- MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Akhirnya Ahmad Maslan dapat juga bersalam dengan Sultan Johor?



Akhirnya sultan salam Ahmad Maslan
View image on TwitterView image on Twitter
Mlm Jamuan Negeri sempena Kemahkotaan pada 31/3/15 di Persada JB. DYMM Tuanku Sultan Johor yg sentiasa mesra rakyat.
Selepas dikatakan tidak diendahkan sultan Johor, Timbalan Menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan memuat naik gambar di Twitter yang menunjukkan beliau bersalam dengan Sultan Ibrahim Ismail Iskandar.

Gambar itu menunjukkan beliau tunduk sambil bersalam menggunakan kedua-dua belah tangannya dengan sultan, bersama tulisan berbunyi:

“Malam jamuan negeri sempena kemahkotaan pada 31/3/15 di Persada JB. DYMM Tuanku Sultan Johor yang sentiasa mesra rakyat.”


Bagaimanapun, status itu mengundang reaksi nakal pengguna Internet yang memperli tindakan itu.

“Selepas beberapa percubaan, di akhirnya berjaya dalam misi bersalam dengan sultan Johor. Tahniah,” kata seorang pengguna Twitter menggunakan akaun @IbnRamli1.

Manakala pengguna Twitter @Perlimaya pula berkata sultan terpaksa bersalam dengan Ahmad yang menghalang laluannya.

Sebelum ini terdapat rakaman video tersebar luas yang memaparkan Ahmad beberapa kali cuba bersalam dengan sultan tetapi tidak diendahkan.

Sultan bagaimanapun dilihat bersalam dengan orang lain yang mengerumuninya.

Baginda juga sempat melayan mesra rakyat jelata yang ada antaranya mahu bergambar selfie bersama pemerintah tertinggi Johor itu.

Video dimuat naik di Facebook “Amran Fans” itu ditonton lebih 100,000 orang, dengan orang ramai terus memperolokkan Ahmad.
-malaysiakini-

Kenapa berits 'Nahas Semenyih: Bekas Pembantu Juruterbang Bingung' dibuang oleh mstar online


Adelia Mahiyudin yang pernah menjadi pembantu juruterbang helikopter Dauphin 2 yang terhempas di Semenyih pada Sabtu lalu masih bingung memikirkan tragedi itu.

Mengimbas kembali pengalaman semasa menerbangkan bekas menteri dan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Adelia menyifatkan helikopter tersebut sebagai sebuah pesawat udara yang konsisten baik dari segi kualiti atau prestasi.

Adelia, 27, yang kini bertugas sebagai juruterbang di Weststar berkata helikopter tersebut antara yang paling selesa untuk diterbangkan kerana saiznya lebih besar dan stabil.

"Dauphin adalah konsisten baik dari segi kualiti atau prestasi dan sekurang-kurangnya amat jarang untuk kita dengar kes ia terhempas di rantau ini.

"Ia juga adalah helikopter paling popular di kalangan VIP. Ia hanya helikopter yang menjadi pilihan Jamaluddin untuk urusan perniagaan.

"Tan Sri gemar duduk di belakang tempat duduk pembantu juruterbang kerana beliau mahu melihat apa yang sedang dilakukan juruterbang," katanya pada Selasa.

Adelia berkata beliau masih tertanya-tanya mengenai punca helikopter tersebut terhempas dan menjangkakan manuver mendadak antara punca nahas itu.

"Manuver mendadak boleh disebabkan oleh kerosakan teknikal secara tiba-tiba seperti kebocoran hidraulik.

"Namun, kes seperti ini jarang berlaku membabitkan Dauphin.

"Juruterbang juga melakukan pemeriksaan sebelum penerbangan bagi memastikan helikopter tersebut berada dalam keadaan baik," katanya.

Beliau berkata kesilapan manusia adalah sukar diterima kerana ia diterbangkan oleh juruterbang berpengalaman dan cekap, Kapten Clifford William Fournier Jr.

"Dia adalah orang terakhir yang kita bayangkan akan menyebabkan kesilapan. Cliff adalah juruterbang senior dan dia sentiasa tahu apa yang dilakukannya dan juga mengetahui luar dalam helikopter tersebut.

Adelia berkata juruterbang dilihat berada dalam keadaan baik kerana dia memberi respons dalam chat kumpulan tersebut di laman media sosial sebelum menerbangkan helikopter tersebut.

Jelasnya, Cliff menulis;"Kami masih lagi di atas tanah, kami akan berlepas dalam masa terdekat." 
-mstar-

Pencalonan tinggi Husam mesej tidak baik kepada Hadi

Akar umbi PAS menghantar mesej jelas kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang mereka tidak senang dengan kepimpinannya apabila memberikan hampir 30% pencalonan kepada Datuk Husam Musa untuk jawatan tertinggi itu, kata penganalisis politik Ibrahim Sufian.
"Ini belum pernah berlaku dalam PAS apabila calon lain mendapat tujuh pencalonan daripada 24 kawasan yang membuat pencalonan sehingga kini," kata pengarah Merdeka Center

"Saya rasa pencalonan kepada Husam untuk presiden adalah satu yang luar biasa, sebelum ini satu je dan nak dua pun susah. Ini signal daripada ahli tentang rasa tidak puas hati mereka.”

Bagaimanapun menurut Ibrahim, kumpulan konservatif masih mempunyai kelebihan dalam pemilihan yang akan berlangsung pada Jun kerana mereka lebih rajin turun ke bawah untuk menjelaskan isu-isu dan merapati akar umbi.
Husam yang juga naib presiden PAS mencipta sejarah apabila sehingga kini mendapat 7 pencalonan termasuk 4 dari Johor iaitu Kota Tinggi, Segamat, Batu Pahat dan Seri Gading manakala 2 dari Negeri Sembilan iaitu Seremban dan Teluk Kemang dan 1 dari Batu Sapi, Sabah.

Sementara Hadi menerima 4 pencalonan dari Pahang, 3 di Johor, 3 di Selangor, 2 dari Wilayah Persekutuan dan masing-masing 1 dari Terengganu, Kedah dan Melaka.

Dua lagi calon yang turut mendapat pencalonan untuk jawatan presiden PAS adalah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahmad Awang.

Terdapat 150 kawasan PAS di seluruh negara yang masih belum mengadakan mesyuarat dan membuat pencalonan sehingga akhir bulan depan.

Pada Ahad, Husam mengakui berada dalam dilema berikutan pencalonan kawasan-kawasan untuk membolehkannya bertanding jawatan presiden PAS.

"Husam memberikan jawapan yang tepat," kata Yang Dipertua PAS Kota Bharu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yang memulakan usaha mencalonkan selain Hadi untuk jawatan presiden.

Seorang pemerhati politik PAS melihat perkembangan baru ini sebagai kemungkinan Hadi terpaksa menggantikan Datuk Haron Din sebagai mursyidul am selepas muktamar pada Jun.

"Ia menimbulkan persoalan kepada saya, apakah ini juga membuka peluang kepada Ustaz Hadi ke kerusi mursyidul am," kata beliau yang enggan namanya dinyatakan kerana hubungannya yang agak rapat dengan Hadi.

Majlis syura ulama boleh melantik pengerusi mereka yang baharu selepas wakil-wakil dari Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat, Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat dilantik semula selepas muktamar Jun nanti.

Bagi Ibrahim, apa yang berlaku dalam PAS kini adalah desakan akar umbi agar hala tuju parti sekarang diubah.

"Dalam mereka hendak menang, mereka juga mahu jelas menang dengan siapa. Nampaknya mereka mahu PAS kekal dengan Pakatan Rakyat (PR) dan bukan dengan Umno," kata Ibrahim yang membuat banyak kajian sokongan di kalangan rakyat negara ini.

Bagaimanapun, kepimpinan tidak jelas Hadi menyebabkan ahli parti keliru dengan hala tuju parti dan kesetiaan, kata Ibrahim.

Katanya, ekoran kegawatan dalam Umno sekarang, dengan Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang Datuk Seri Najib Razak, ahli PAS tahu betapa teruknya keadaan Umno kini.

"Tetapi pimpinan khasnya presiden tidak mahu ambil kesempatan daripada kelemahan Umno sebaliknya dilihat macam nak bekerjasama dengan Umno pula. Dari situlah timbulnya kekaburan itu," katanya.

Menurut Ibrahim, berdasarkan kajiannya, tiada siapa dalam PAS menyangkal cita-cita perjuangan Islam termasuk hudud tetapi pimpinan tidak menjawab banyak persoalan bagaimana ia boleh membawa kepada kemenangan.

Ibrahim memberikan tiga punca utama kenapa Husam mendapat banyak pencalonan dalam pemilihan kali ini; sikap PAS seperti tidak berminat terus bersama PR, kelemahan dalam pengurusan konflik dan polemik negatif dan tuduh menuduh sesama kumpulan bertelagah.

Menurut Ibrahim, ahli PAS juga mahukan pemimpin yang boleh membawa kemenangan dalam pilihan raya, mengambil kesempatan daripada kelemahan Umno dan Barisan Nasional dengan pelbagai isu termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembunuhan Altantuya Shariibuu dan sebagainya.

"Tidak berbangkit soal geng Erdorgan (profesional dalam PAS) tak nak bawa hudud, cuma persoalan yang timbul macamana kita nak menang Putrajaya, boleh ke kita menang kembali Selangor dan Perak. Semua orang nak menang," kata Ibrahim.

Mat Sabu calon terbaik Permatang Pauh

Ilyas Hussein
Sewaktu tulisan ini dikarang, hampir pasti pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh bakal diadakan tidak lama lagi. Ini memandangkan petisyen rayuan pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak Lembaga Pengampunan.
Membaca judul tulisan ini barangkali ada yang berpandangan sinis. Mungkin juga ada yang merasakan ianya tidak masuk akal. Mana mungkin kerusi Parlimen Ketua Umum PKR mahu diserahkan kepada PAS? Mustahil!

Saya cuba melontarkan sebuah idea politik yang bukan lazim, suatu idea diluar kotak. Bukan niat saya mahu mencetuskan provokasi melalui tulisan ini.
Walaupun idea ini mungkin dianggap terlalu idealis dan tidak praktikal setengah pihak tetapi saya yakin jika diperhalusi sedalam-dalamnya ada kebaikannya bagi perjuangan dan kelangsungan nyawa Pakatan Rakyat.
Hujah saya begini.

Umum melihat mutakhir ini kesatuan politik yang terbina melalui PR semakin goyah akibat sengketa dan silang pendapat antara pimpinan PR dalam banyak perkara.

PR sebelum ini berjaya membina kekuatannya hingga berhasil meraih 51% dari keseluruhan undi pada PRU ke 13 yang lalu. Ini suatu pencapaian yang sangat luarbiasa mengambil kira suasana demokrasi negara kita yang masih tempang dan penuh dengan pelbagai kekangan dan kecurangan.

Kendati demikian, PR kini semakin melemah gara-gara gelagat segelintir pimpinan yang gerak-geri politik mereka tidak ubah seperti "duri dalam daging."

Mereka ini tidak henti-henti melakukan sabotaj dan mengeluarkan perbagai kenyataan di media massa bertujuan memperbesar-besarkan lagi perselisihan pendapat sesama pimpinan PR tetapi dalam waktu yang sama menutup mulut dari membicarakan isu yang jauh lebih penting yang melibatkan rakyat terbanyak.

Tindak tanduk songsang mereka ini semakin dilihat rakyat sebagai usaha jahat untuk memecah-belah dan mengkhianati kesepakatan yang dibina dengan jerih payah, doa dan harapan jutaan rakyat Malaysia yang mahukan perubahan.

Bayangkan jika Tuan Haji Mohamad Sabu diberi laluan PKR untuk dipilih sebagai calon PAS mewakili PR. Langkah ini akan memberi pukulan maut kepada fraksi dalam PAS yang dilihat semakin terkinja-kinja mahu membawa PAS keluar dari PR dan bekerjasama dengan Umno.

Apa lagi yang mahu mereka lakukan bila PR yang melemah akibat isu Hudud kembali bangkit dengan semangat baru yang menyala-nyala, bingkas menyusun segala kekuatan untuk membantu Mat Sabu menang dalam pertempuran menentang kemungkaran Umno? Pasti terkedu!

Sekiranya Mat Sabu benar menjadi calon mewakili PR di kerusi Permatang Pauh, kelompok yang selama ini cuba merosakkan kerjasama yang terjalin di dalam PR akan berjaya diasingkan dengan sendirinya dan tak ubah seperti kera sumbang di saat pimpinan dan penyokong PR yang lain bertungkus lumus bekerja untuk memenangkan Mat Sabu!

PKR juga sebenarnya tidak rugi sama sekali sekiranya ia memberi laluan kepada PAS dengan meminjamkan sebentar kerusi Permatang Pauh untuk membolehkan PR menghantar Mat Sabu menjadi anggota Parlimen Malaysia.

Tindakan ini sekiranya dilakukan memang sesuatu yang radikal sifatnya tetapi pada hemat saya sangat baik bagi kelangsungan survival PR, malah juga bagi PKR.

PKR sebagai parti yang paling bongsu dikalangan abang-abang PAS dan DAP semakin dihormati dan disayangi rakyat kerana mampu menunjukkan tauladan yang mulia, sanggup berperanan sebagai pendamai dan berkorban demi memperkukuhkan lagi kerjasama dalam PR.

Segala ungkit-mengungkit, kata mengata dibelakang, dan suara tidak berpuas hati khususnya di kalangan anggota dan pimpinan PAS gara-gara peristiwa Kajang Move bakal terpadam dengan sendirinya dengan langkah terbaru "Serampang Permatang Pauh" ini.

Apa kurangnya Mat Sabu kita letakkan sebagai calon PR di Permatang Pauh? Mengapa tidak?

Mat Sabu adalah anak jati Pulau Pinang. Mat Sabu juga adalah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang. Ini tentunya akan sangat membantu dan mempengaruhi kekuatan jentera pilihan raya PR.

Mat Sabu tidak syak lagi adalah tokoh penyatu penting dalam PR yang dilihat semakin melemah semenjak pemenjaraan Anwar dan kepulangan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz ke rahmatullah.

Menghantar Mat Sabu ke Parlimen dapat merapatkan kembali dan memperkukuhkan kekuatan PR.

Parlimen Permatang Pauh juga sebenarnya bukanlah kawasan yang asing buat Mat Sabu.

Mat Sabu pernah bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1986 ketika Anwar menjadi calon Umno ketika itu.

Mencalonkan Mat Sabu di Parlimen Permatang Pauh tak ubah ibarat menghantar sireh pulang ke ganggang.

Meletakkan Mat Sabu sebagai calon PR juga akan memberi manfaat politik kepada DAP. Umum mengetahui keakraban Mat Sabu dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sama-sama pernah ditahan dibawah ISA dalam Operasi Lalang 1987.

Pencalonan Mat Sabu akan mengeratkan kembali kerjasama di peringkat anggota dan penyokong akar umbi PAS dan DAP.

Rekod Mat Sabu sebagai pejuang rakyat sangat cemerlang dan tidak dapat dipertikaikan. Tidak ramai tokoh politik tanahair kita yang mengalami ujian seperti Mat Sabu. Dua kali ditahan di bawah ISA, berpuluh-puluh kali ditahan dan ditangkap polis tetapi Mat Sabu terus istiqamah dalam perjuangan membela rakyat.

Mat Sabu juga adalah tokoh PAS yang pintar membawa isu-isu ekonomi, isu bread & butter yang mudah difahami rakyat bawahan. Berbanding dengan segelintir pemimpin PAS yang hanya jaguh berkhutbah soal agama tetapi jahil dalam mengupas isu ekonomi semasa, Mat Sabu adalah tokoh all-rounder.

Mat Sabu adalah pemimpin yang berfikiran jauh dan luas pembacaannya. Beliau bukan hanya menguasai kefahaman Islam dengan baik tetapi juga arif dengan aliran politik kontemporari, dan tahu selok-belok revolusi dan pemikiran politik kiri.

Berbanding dengan presiden partinya, Mat Sabu juga boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

Walaupun tidak berjaya memenangi kerusi parlimen dalam dua pilihan raya di era kemunculan PR (PRU 12 & PRU 13) pengaruh Mat Sabu di kalangan akar umbi PAS tetap kuat.

Buktinya, walaupun tidak lagi berjawatan sebagai yang berhormat, Mat Sabu tetap berjaya menang dan mempertahankan kerusi timbalan presiden PAS dalam dua muktamar, suatu pencapaian yang wajar dihormati.

Mat Sabu adalah pemimpin yang berupaya naik atas kekuatan sendiri walaupun kempen untuk menjatuhkan Mat Sabu ditiup begitu kencang sekali fraksi pro Ulama dalam PAS.

Mat Sabu juga tokoh yang mudah bergaul dengan semua peringkat pimpinan PR. Pimpinan PKR dan DAP dapat berkerjasama dengan sangat baik bersama Mat Sabu.

Lihatlah perhimpunan-perhimpunan raksaksa anjuran PR dan juga gabungan NGO seperti BERSIH. Siapakah loud hailer utamanya yang menggerakkan seluruh kekuatan rakyat untuk bangkit dan berhimpun kalau bukan Mat Sabu kita?

Tunggu sebentar. Barangkali ada yang bertanya bagaimana pula dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah?

Pendapat saya begini. Kepimpinan dan ketokohan Dr Wan Azizah sebagai presiden PKR sudah terbukti dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Jika difikirkan secara mendatar, memang secara tradisinya Dr Wan Azizahlah yang paling layak menyambung obor perjuangan Anwar di Permatang Pauh.

Meskipun demikian, pencalonan Dr Wan Azizah di kerusi Parlimen Permatang Pauh kali ini menurut hemat saya tidak akan memberi nilai tambah baru buat PR. Lebih-lebih lagi Dr Wan Azizah dipilih dan menang dalam Pilihan raya Kecil Kajang yang penuh kontroversi sebelum ini.

Saya berpendapat, mencalonkan Dr Wan Azizah sekali lagi dalam pilihan raya kecil buat kali kedua dalam satu penggal adalah kurang bijak dan akan kelihatan sumbangnya. Langkah ini tidak akan membantu memperkuatkan lagi PR yang dilihat semakin rapuh.

Pencalonan Dr Wan Azizah akan memberi beban tugas yang berlebihan kepada beliau. Secara strategi juga, ini tidak baik kerana beliau adalah presiden PKR.

Jarak yang jauh untuk berulang-alik antara Permatang Pauh dan Kajang di samping tugas di Parlimen akan memberatkan Dr Wan Azizah daripada fokusnya sebagai presiden parti.

Sebarang kekurangan dalam menguruskan kedua-dua kerusi ini akan mendedahkan Dr Wan Azizah untuk diserang bertubi-tubi mesin propaganda pihak lawan.

Begitu juga dengan mencalonkan Saifuddin Nasution. Walaupun Saifuddin diakui sebagai seorang tokoh yang sangat pintar berhujah, kemenangan Saifuddin tidak akan memberi impak yang besar kepada kekuatan dan kelangsungan nyawa PR berbanding kemenangan Mat Sabu sebagai calon PR.

Apa lagi kalau PKR mencalonkan seorang lagi anak Anwar. Simpang malaikat empat puluh empat. Moga-moga ini tidak terjadi. PKR hanya akan meletakkan dirinya dalam krisis kredibiliti.

Mencalonkan seorang lagi anak Anwar adalah tindakan elitisme politik yang miskin imaginasi. Ini hanya meletakkan PKR di kedudukan defensif dan apologetik kerana ianya sangat mudah untuk dikaitkan dengan amalan nepotisme, walaupun ianya belum tentu benar.

Sudah sampai waktunya PKR benar-benar mempelopori dan mejiwai politik baru. PKR harus terus berani menongkah arus dengan berfikir diluar dari kerangka biasa.

PKR sebelum ini punya sejarah gelap mencalonkan beberapa nama yang meragukan. Setelah menang, mereka-mereka ini akhirnya khianat dalam perjuangan dan menikam Anwar dan PKR.

Kalau mereka yang mempunyai perwatakan meragukan boleh diangkat dan dicalonkan PKR, amat disayangkan permata PR seperti Mat Sabu dibiarkan lelah di pinggir pentas politik nasional.

Melihat dengan saksama, tentu ada pro dan kontra dalam mengusulkan Mat Sabu sebagai calon PR di Permatang Pauh. Menurut pandangan saya ada dua halangan yang paling besar.

Halangan pertamanya ialah persetujuan dari pimpinan PAS sendiri, khususnya presiden PAS dan Majlis Syura Ulama.

Dengan hikmah dan kebijaksanaan pimpinan PR, saya yakin hal ini dapat diatasi. Tidak ada yang mustahil dalam politik. Yang paling penting ialah adanya iltizam dan kesungguhan untuk menjayakannya.

Kalau difikirkan dengan jernih, tiada sebarang alasan bagi PAS untuk menolak tawaran PKR melainkan memang sengaja mahu menghalang kemajuan karier politik Mat Sabu.

Soal wala' juga tidak timbul kerana Mat Sabu adalah tokoh yang lahir dan mendewasa dalam PAS. Mempertikaikan kesetiaan Mat Sabu adalah penghinaan kepada anggota PAS yang memilih Mat Sabu secara sah sebagai timbalan presiden.

Mat Sabu menghadapi perbagai macam tribulasi dan mehnah dalam perjuangan. Beliau lulus ujian sebagai pemimpin rakyat. Kesetiaan Mat Sabu pada perjuangan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Persetujuan pencalonan Mat Sabu PAS untuk mewakili PR juga adalah kayu pengukur dan acid test kekuatan pengaruh golongan progresif dan sederhana dalam PAS yang mahu PAS kekal bersama PR.

Halangan terbesar kedua pula ialah ancaman kes Mahkamah. Umum mengetahui Mat Sabu menghadapi beberapa kes mahkamah yang masih tertunggak.

Senario terburuk sekiranya Mat Sabu berjaya dicalonkan dan menang di Permatang Pauh (insyaAllah) ialah mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman bersalah pada Mat Sabu dan kerusi yang baru dimenanginya terpaksa dikosongkan semua.

Kalau disorot dari kacamata yang penuh kebimbangan, tentu hal ini akan diambil kira sebagai faktor penamat untuk menolak idea pencalonan Mat Sabu di Permatang Pauh.

Tetapi menurut pendapat saya ini sebenarnya bukanlah suatu perkara yang bermudarat kepada Mat Sabu, PKR atau PR, malah sebaliknya.

Menghukum dan menafikan kemenangan Mat Sabu sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh melalui taktik kotor hanya akan menambahkan lagi simpati rakyat kepada PR. Ini tentukan menambahkan lagi kebencian rakyat pada kerajaan.

Saya berpandangan, untuk menumbangkan regim yang begitu lama berkuasa, radikalisasi di kalangan penyokong adalah sangat penting.

Radikalisasi di sini bukan bermakna liar, buas atau mahu mencetuskan huru-hara sebagaimana yang sering ditafsirkan media-massa kawalan pemerintah. Radikalisasi bermakna kefahaman dan keazaman yang mendalam mengapa perubahan politik itu perlu diusahakan dengan sedaya upaya dan penuh keberanian tanpa ragu.

Menafikan kemenangan Mat Sabu melalui kes mahkamah hanya akan meradikalisasikan para pendukung PR. Ini akan menjadi satu lagi proses pendidikan politik yang sangat penting bagi rakyat Malaysia.

Kalau ini yang terjadi, PR masih boleh mencalonkan tokoh lain. Kalau Mat Sabu menang tapi hilang kelayakan gara-gara kes Mahkamah, kita calonkan pula Husam Musa!

Bayangkan sejenak senario politik negara kedepannya. Hayat politik PR pasti semakin panjang, menarik dan penuh warna-warni!

Seperti kata Anwar sendiri, PR perlu dipertahankan dengan apa cara sekalipun.

PR juga perlu melihat jauh kehadapan. Ketika perjuangan melalui perlembagaan semakin dipersempit dan dipersulitkan laluannya, tiada tokoh yang lebih layak untuk dihantar ke Parlimen selain jeneral dan "Imam jalanraya" (istilah yang diberi Anwar ) kita, Mat Sabu.

Amat merugikan tenaga, semangat dan suara abang Mat Sabu hanya berlegar di luar Parlimen.

Mat Sabu adalah harimau rakyat yang perlu kita hantar ke Parlimen untuk membaham para koruptor yang semakin buas menggasak harta dan khazanah rakyat.

Keberanian dan keikhlasan PKR untuk memperkuatkan PR dengan memberi laluan kepada Mat Sabu sebagai calon PR pasti dikenang selama-lamanya sebagai salah satu momentum terpenting dalam sejarah perjuangan rakyat Malaysia menentang kemungkaran Umno dan Barisan Nasional.

Sudah sampai waktu dan ketikanya PR berani meletakkan calon yang terbaik di kalangan kita, walaupun calon itu bukan secara tradisinya dari parti yang mewakili kerusi itu sebelumnya.

Saya yakin, bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh kali ini, Mat Sabu adalah tokoh yang terbaik dari kalangan kita