"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS dijangka kekal, majoriti lebih kecil – Ilham Centre

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Asas sokongan pengundi Sungai Limau kepada PAS kekal dalam peratusan antara 53-55 peratus manakala diikuti rapat oleh Umno BN sekitar 45-47 peratus.

“Selisih peratus ini dilihat tiada perubahan besar berlaku kepada pengundi dalam pilihan raya kecil N20 Sungai Limau,” ujar Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Muhamad Hisommudin Bakar dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sepanjang kajian itu dijalankan faktor identifikasi parti yang terlalu menebal di kalangan pengundi menyumbang kepada pengekalan undi PAS di Dun Sungai Limau.

Dalam pilihan raya kecil ini, ujarnya jelas pertembungan langsung antara PAS dan Umno, bukan Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat.

Berikut ialah kenyataan penuh.

Selepas menghampiri saat-saat akhir tempoh berkempen, asas sokongan pengundi kepada PAS kekal dalam peratusan antara 53-55 peratus manakala diikuti rapat oleh Umno BN sekitar 45-47 peratus. Selisih peratus ini dilihat tiada perubahan besar berlaku kepada pengundi dalam pilihan raya kecil N20 Sungai Limau.

Sepanjang kajian ini dijalankan faktor identifikasi parti yang terlalu menebal di kalangan pengundi menyumbang kepada pengekalan undi PAS di sini.

Dalam pilihan raya kecil ini, jelas pertembungan langsung antara PAS dan Umno, bukan Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat.

Ilham Centre membuat kajian lapangan bermula 28 Oktober dan berakhir pada 1 November 2013 dan berjaya menemubual secara tatap muka dengan 602 responden di kesemua 19 daerah mengundi dalam N20 Sungai Limau.

Kajian ini memfokuskan untuk menilai pendapat di kalangan pengundi berdaftar bagi membekalkan dapatan yang komprehensif, mempunyai hubungkait serta mewakili pandangan populasi di DUN Sungai Limau ini. Kajian ini sebagai rujukan bagaimana dan kenapa pengundi berdaftar mereka menentukan sikap dalam pilihan raya kecil Dun Sungai Limau 2013.

Identifikasi parti dan pengaruh pondok

Berdasarkan dapatan kajian, pengundi N20 Sungai Limau cukup tegar dan setia di atas faktor identifikasi parti mengatasi faktor-faktor lain. Faktor ini menyumbang 81 peratus diambil kira oleh pengundi berbanding faktor calon 12 peratus dan faktor isu hanya 4 peratus sahaja.

Sumbangan pengaruh dua buah pondok iaitu Pondok Bukit Besar dan Pondok Pak Ya Junid yang mana merupakan antara tokoh pengasas PAS Kedah berjaya mengasaskan tapak sokongan masyarakat kepada PAS yang kuat.

Dapatan kajian membuktikan bahawa pengundi yang tinggal di daerah mengundi sekitar pondok-pondok tersebut merupakan kubu kuat kepada PAS seperti daerah mengundi Bukit Besar, Bukit Choras, Gelam Tiga, Batu 16, Permataang Buloh dan Sungai Dedap. Kawasan ini sukar dtembusi oleh UMNO untuk menafikan majoriti besar yang diperolehi PAS dalam DUN ini.

Manakala daerah mengundi yang jauh dari jangkauan pengaruh pondok seperti Dulang Kechil, Dulang Besar, Sungai Kering dan Sungai Daun kelihatan pengaruh UMNO lebih menyerlah berbanding PAS.

Terdapat daerah mengundi yang sentiasa berubah pola sokongan dan menjadi rebutan silih ganti di antara PAS dan juga UMNO seperti daerah mengundi Sedaka, Ulu Sedaka, Simpang Tiga, Kabu Sepuloh dan Sungai Limau.

Pola sokongan PAS di daerah mengundi Padang Lumat pada tradisinya adalah kubu kuat PAS berlaku perubahan ketara ekoran berlaku krisis dalaman PAS kawasan.

Antara keunikan kawasan ini ialah peratusan pengundi atas pagar (fence sitter) amat kecil sekitar 11 peratus sahaja berbanding di kawasan-kawasan lain yang kebiasaannya mencecah 30 peratus.

Umno underdog tetapi agresif

Dapatan kajian menunjukkan UMNO/BN yang turun berkempen dalam situasi underdog kelihatan cukup agresif menggunakan segenap instrumen dan kekuatan jentera.

Manakala PAS pula menggunakan menggunakan strategi bertahan kerana yakin dengan kesetiaan pengundi untuk kekal dengan PAS.

Penilaian pola sokongan pengundi tidak berlaku anjakan ketara berdasarkan tiada pengumuman lompat parti bagi kedua-dua pihak. Senario ini mengukuhkan bahawa pengundi Melayu selesa dengan mengekalkan status quo pilihan parti mereka.

Merujuk kepada soalan ILHAM Centre kepada pengundi berkaitan dengan pengekalan status sokongan pilihan parti sama seperti pilihan raya umum ke-13 yang lepas, 85 peratus mengakui akan mengekalkan sokongan mereka.

Menyedari hakikat itu, jentera UMNO kelihatan begitu agresif menerusi kempen pemimpin-pemimpin parti, sayap Wanita, dan Puteri berusaha memecahkan pola sokongan pengundi di kubu kuat PAS.

Ini dibuktikan apabila UMNO berjaya menganjurkan program rasmi kerajaan di kedua-dua pondok yang menjadi teras sokongan PAS selama ini. Pemecahan tradisi ini ialah merupakan kejayaan besar kepada jentera UMNO dan fenomena baru kali ini.

Faktor Azizan dan Mukhriz

ILHAM Centre mengukur indikator tinggalan pengaruh Tan Sri Ustaz Azizan Razak memang ketara dan kukuh. 68 peratus responden menyifatkan Azizan mempunyai sumbangan dan pengaruh yang besar di sini. Beliau disifatkan sebagai pemimpin yang sangat prihatin dan merakyat tanpa mengenal perbezaan parti. Antara jasa besar yang diakui oleh pengundi ialah Azizan berjaya meredakan pertembungan keras yang menjadi tradisi UMNO-PAS di kawasan ini.

Ini menyebabkan kedua-dua jentera pilihan raya menggunakan faktor Azizan dalam kempen mereka. Paling mengejutkan UMNO menganjurkan majis tahlil rasmi dan mencetak kain rentang menyedekahkan al-Fatihah sebagai elemen menarik simpati pengundi yang memberi undi di atas faktor Azizan.

Selain itu ILHAM juga mengukur pengaruh Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dalam pilihan raya ini. Merujuk kepada tahap kepuasan hati pengundi kepada kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan beliau menunjukkan pengaruh berada tahap 38 peratus.

Pengundi mengukur dan menilai pengaruh Mukhriz berdasarkan kesungguhan beliau turun padang menemui pengundi sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Faktor calon, Azam mendahului Dr Sohaimi

Walaupun faktor calon hanya 12 peratus dinilai oleh pengundi, namun ini tetap signifikan dalam pilihan raya kecil ini. Jika dibandingkan calon PAS dan calon UMNO/BN, ternyata calon PAS mempunyai kelebihan yang ketara.

Kekuatan calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abdul Samad lebih dikenali oleh pengundi sebelum pilihan raya kecil lagi sebanyak 50 peratus berbanding calon UMNO/BN, Dr Sohaimi Lazim sebanyak 36 peratus sahaja. Dr Sohaimi hanya dikenali selepas pengumuman calon BN dilakukan.

Kelebihan Azam pada kaca mata pengundi ialah dipilih berdasarkan latar belakang pengajian agama (43 peratus), berasal daripada parti yang sama dengan pengundi (38 peratus) dan berasal daripada keluarga ulama Pondok Bukit Besar (17 peratus) menyumbang sokongan kepada calon ini.

Dr Sohaimi pula kekuatanya terletak kepada sokongan asas penyokong BN (33 peratus) disebabkan beliau calon yang berada di luar senarai perkiraan pengundi sebelum ini. Selain itu beliau juga dilihat oleh pengundi mempunyai kelebihan kelulusan tinggi (16 peratus).

Isu-isu nasional dan lokal memberi kesan minima

Sepanjang pengamatan berdasarkan data kuantitatif, pengundi di Sungai Limau menyifatkan isu-isu nasional mahupun setempat tidak memberikan kesan besar penilaian kepada mereka untuk mengubah pola pengundian.

Isu-isu yang dimainkan oleh pihak media perdana elektronik mahupun bercetak bersumberkan kenyataan-kenyataan pemimpin kedua-dua parti dilihat gagal mempengaruhi mereka. Sebagai contoh isu dakwaan TPM mengaitkan kematian Azizan yang mengidap diabetes dengan kenaikkan harga gula tidak mengurangkan sokongan kepada kepada calon UMNO (28 peratus) manakala isu superimpose calon PAS bersama Azizan juga tidak menjejaskan sokongan kepada calon PAS (19 peratus).

Namun pengundi di sini sedikit terkesan dengan perkara yang dekat dan terbeban kepada mereka. Ini dibuktikan dengan dapatan kajian yang menunjukkan mereka terkesan dengan kenaikan harga minyak (73 peratus) dan harga keperluan barangan (56 peratus).

Walaupun demikian faktor ini tidak mampu mempengaruhi pengundi untuk mengubah pendirian mereka kerana faktor pilihan pengundi berdasarkan parti mengatasi faktor-faktor lain.

Rebutan di daerah mengundi marginal

Kempen kelihatan berlaku persaingan sengit di antara jentera PAS dan UMNO di enam daerah mengundi marginal iaitu Sedaka, Kabu Sepuloh, Padang Lumat, Simpang Tiga, Sungai Daun dan Selengkoh. Daerah mengundi marginal ini merujuk kepada keputusan pilihan raya lepas yang mana memperlihatkan kedua-dua parti memperolehi undi majoriti tipis.

Kajian ini mengenal pasti kedua-dua jentera rancak menumpukan usaha untuk meraih undi di lokaliti-lokaliti ini. Kempen menerusi kaedah konvensional digunakan pada tahap maksimum oleh jentara UMNO dan PAS.

ILHAM mengajukan soalan untuk mengukur jenis kempen yang efektif kepada pengundi di kawasan ini dan memperlihatkan kaedah ziarah rumah ke rumah dianggap kaedah paling berkesan kepada mereka.

Kempen ziarah rumah ke rumah oleh jentera UMNO disaingi rapat oleh PAS dengan peratusan 80 peratus (UMNO) berbanding 74 peratus (PAS).

UMNO jelas ke hadapan dalam segmen keadah kempen menggunakan media massa terutamanya televisyen (84 peratus), radio (49 peratus) dan akhbar harian (74 peratus).

PAS pula hanya bergantung kepada kaedah tradisi mereka iaitu ceramah umum (38 peratus), ceramah kelompok (34 peratus) dan pengedaran risalah calon (39 peratus).

Walaupun begitu, keadaan pengundi kelihatan menerima baik kedua-dua belah jentera namun perubahan sokongan tidak ketara.

PAS dijangka bertahan dengan majoriti lebih rendah

Prediksi ILHAM Centre berdasarkan respons pengundi terhadap undi yang akan diberi kalah menang antara kedua-dua parti ini, PAS mendahului dengan peratusan sebanyak 48 peratus dan BN berada di aras 42 peratus dan bakinya adalah sebanyak 10 peratus yang masih belum membuat keputusan.

Peratusan undi ini diukur kepada pengundi yang berada di dalam kawasan pilihan raya tanpa melibatkan sekitar 7 peratus pengundi yang berada di luar kawasan.

Pengundi Cina ketika kajian ini dilakukan kelihatan berhati-hati dalam membuat keputusan kali ini. Undi Cina disifatkan mendekati model pilihan rasional (rational choice model) yang mengambil kira aspek untung rugi, faedah serta impak kepada komuniti mereka. Semua pertimbangan ini mengambil kira survival ekonomi masyarakat ini dalam membuat keputusan politik kali ini.

Kelebihan PAS ialah mempunyai undi asas penyokong tegar dan setia parti di dalam kawasan yang tinggi ditambah dengan kelebihan peratus pengundi yang berada di luar kawasan dilihat condong kepada PAS atau atas kepentingan Pakatan Rakyat.

BN kelihatan optimis untuk menang dalam pilihan raya kecil ini berasaskan beberapa elemen yang kelihatan memberi peluang untuk menang. Antaranya ialah asas sokongan penyokong tegar dan setia parti kekal, serangan jentera yang berjaya membuat penetrasi di kubu kuat PAS dan di daerah mengundi marginal serta komposisi pengundi muda yang tinggi yang dianggap condong menyokong mereka.

Latar belakang kajian

ILHAM Centre menggunakan stratified random sample dalam survei ini:

Kekuatan pendekatan ini adalah kebolehupayaan untuk meluaskan perbandingan sampel dengan maklumat demografi yang absah di samping mengekalkan pemilihan sample secara rawak. Perwakilan stratifikasi ini ditetapkan mengikut;

a) Daerah Mengundi
b) Umur
c) Parti
d) Gender

Persampelan yang direka bentuk ini bertujuan untuk mendapatkan perwakilan menyeluruh daripada pengundi berdaftar yang berada di dalam buku daftar pemilih di DUN N20 Sungai Limau.

Metode persampelan ini merangkumi;

a) 602 sampel pengundi berdaftar dengan menggunakan kaedah temubual tatap muka dengan salah seorang pengundi berumur 21 tahun ke atas yang menepati stratifikasi yang telah ditetapkan bagi sesuatu peti undi.

b) Senarai daftar pemilih menerusi buku yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membekalkan alamat yang lengkap dan angka responden yang tepat di dalam kawasan persampelan.

c) Setiap sesi temubual yang tidak berjaya akan digantikan dengan responden lain di dalam lokaliti yang sama.

Bil elektrik rumah PM: "Tu dia, lagu tu ka?"

Harakahdaily
JERAI: Isu bil eletrik kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didedahkan di parlimen menjadi contoh paling digemari penceramah Pakatan Rakyat yang datang berkempen di Sungai Limau ini.
Sejak beberapa hari lalu, isu ini dimainkan penceramah sebagai menunjukkan sikap boros dan hipokrit pemimpin tertinggi negara yang pada masa lain menyeru rakyat berbelanja dengan berhemah.

Ternyata ianya sedikit-sebanyak memberi kesan kepada pengundi di sini yang rata-ratanya berkerja sebagai petani dan pesawah padi.

Dewan Rakyat minggu lalu diberitahu bahawa kos perbelanjaan bil elektrik kediaman rasmi Perdan Menteri sepanjang tahun 2012 adalah sebanyak RM2.2 juta manakala bil air sebanyak RM300,000.

Ini bermakna bil elektrik rumah perdana menteri untuk tempoh sejam adalah sebanyak RM250.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim berkata, perbelanjaan untuk bil air dan elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya telah meningkat dalam tempoh dua tahun sebanyak 40 peratus daripada RM6,000 kepada RM8,000 setiap hari.

"Orang Sungai Limau boleh terima ke bil eletrik dan air rumah Najib dan Muhyiddin cecah ribuan ringgit sehari?

"Layakkah pemimpin begini turun turun Sungai Limau bagi nasihat supaya kita berjimat cermat," kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika berceramah di Simpang Tiga Sungai Limau di sini.

"Ni Muhyiddin duk ada di sini, kalau tuan-tuan nampak dia lalu, tahan dia, tanya dia buat apa sampai bil macam tu sekali," katanya lagi.

Isu sama turut dibangkitkan Ketua Penerangan PAS Sungai Petani, Ustaz Syahril Long ketika berceramah di Sungai Limau Dalam.

"Dia mandi ke buat apa. Inikah pemimpin yang nak kita jadikan contoh? Di kala rakyat hidup penuh kesempitan, harga barang naik, pemimpin bersenang lenang habiskan duit rakyat," katanya.

Apapun ternyata isu ini mudah dihadam oleh pengundi di sini apabila perbandingan cara hidup pemimpin didedahkan kepada mereka.

Ia sedikit berbeza dengan isu-isu lain seperti pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan GST yang cuba dibawa sesetengah penceramah.

Antara isu lain yang juga dilihat berkesan di Sungai Limau adalah kenaikan 34 sen harga gula sekilogram serta isu harga padi yang tidak pernah naik sejak 23 tahun lalu.

Misteri tapak kaki gergasi

MOHD AZLIM ZAINURY
Misteri tapak kaki gergasi
Misteri tapak kaki gergasi Perbezaan saiz antara kesan tapak kaki yang ditemui dengan kaki manusia.
MARANG - Penemuan kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk luar biasa dalam kebun kelapa sawit di kawasan hutan Bukit Mak Ra di Pengkalan Berangan, di sini, menggemparkan penduduk setempat, selain menimbulkan pelbagai andaian.

Wakil penduduk, Mat Adam Mat Amin, 60, mendakwa, beberapa kesan tapak kaki ganjil itu ditemui anak sepupunya di sekitar kawasan kebun kelapa sawit milik keluarga mereka di kawasan hutan berkenaan sejak seminggu lalu.

Katanya, selepas diberitahu mengenainya, dia bersama beberapa penduduk kampung terus ke kebun berkenaan lalu menemui beberapa kesan tapak kaki ganjil.

“Kesan tapak itu seperti tapak kaki manusia gergasi dan mempunyai dua saiz. Tapak kaki bersaiz besar kira-kira 40 sentimeter panjang dan 20 sentimeter lebar manakala yang bersaiz kecil 30 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar,” katanya kepada Sinar Harian.

Mat Adam yang lebih dikenali sebagai Pak Rani berkata, mereka percaya dua saiz tapak kaki berbeza itu adalah milik makhluk hidup berkaki dua yang mempunyai ketinggian dan berat luar biasa berbanding manusia normal.

“Berdasarkan kedalaman tapak kaki berkenaan, makhluk hidup berkaki dua itu mungkin mempunyai berat melebihi 300 kilogram bagi tapak kaki besar, dan berat sekitar 200 kilogram bagi tapak kaki yang kecil,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian bersama Pak Rani dan beberapa penduduk di kawasan kebun kelapa sawit itu mendapati beberapa kesan tapak kaki masih jelas kelihatan walaupun sedikit berubah kerana faktor hujan dan sebagainya.

Bagaimanapun kata Pak Rani yang diberi tanggungjawab menjaga kebun berkenaan, sehingga kini belum ada penduduk terserempak dengan makhluk ganjil termasuk spesies binatang buas di kawasan hutan tersebut.

Penemuan bukan kali pertama

Sementara itu, rakannya, Daud Ali, 50, mendakwa, kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk seperti kaki manusia sudah ditemui sejak 17 tahun lalu iaitu pada 1996 di kawasan hutan Bukit Temiang dan pada 1997 di Bukit Jejulung.

“Malah ada juga pihak pernah melihat kelibat ‘makhluk gergasi’ yang dipercayai ada hubung kait dengan penemuan kesan tapak kaki tersebut di jambatan Kampung Bukit Jetit apabila makhluk setinggi tiang api (elektrik) itu melintas jalan,” katanya.

Bagi Daud, penemuan kesan tapak kaki tersebut mungkin ada persamaan dengan misteri kewujudan ‘big foot’ iaitu makhluk yang dikatakan mempunyai bulu di seluruh badannya.

“Namun, sehingga kini masih tiada penemuan sebenar tentang makhluk itu menyebabkan andaian mengenai tapak kaki tersebut adalah tapak kaki ‘big foot’ terus menjadi misteri,” katanya.

Difahamkan, pemburuan untuk membongkar misteri kewujudan ‘big foot’ juga dilakukan penduduk di kawasan berkenaan diketuai Pak Rani.

Bagi seorang pemuda, Mohd Zullaidi Wahab, 33, penemuan kesan tapak kaki itu menjadi bualan penduduk khususnya golongan muda, namun bagi sesetengah golongan berusia, ia dianggap perkara biasa.

“Ini kerana mereka sering menemui kesan tapak kaki tersebut, namun tidak menghebohkan perkara itu kerana bimbang akan menimbulkan ketakutan kepada penduduk setempat,” katanya.

Pos Malaysia curi foto jurugambar asing untuk buat setem?

Susan Tam  
NONE
Adakah kedua-dua gambar ini burung yang sama?

Seorang jurugambar yang berpejabat di Manila nampaknya begitu pasti. Dia menuduh Pos Malaysia "mencuri" salah satu fotonya dan menggunakannya pada setem pos Malaysia.

Romy Ocon berkata, beliau sedang mendapatkan nasihat peguam mengenai tindakan terhadap Pos Malaysia selepas mendapati salah satu fotonya mungkin telah digunakan tanpa kebenarannya sebagai sebahagian daripada koleksi setem Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Nampak seseorang telah mencuri salah satu foto saya - foto burung Shrike berekor panjang (Lanius schach) - kemudian tersilap menggunakan sebagai burung Falconet berdada putih dalam setem yang dikeluarkan oleh Malaysia," tulis Romy Ocon di laman forum dikenali sebagai Digital Photography Review.

Di bawah tajuk, 'foto saya telah dicuri dan digunakan dalam setem Malaysia?', Romy mencerita bagaimana dia menemuinya dan membandingkan gambar asalnya dengan yang dipaparkan pada setem di bawah satu kempen pelancongan.

Apabila Yahoo Malaysia klik pada pautan yang kononnya menyambung ke halaman Facebook Pos Malaysia, ia memaparkan "kandungan ini tidak ada buat masa kini."

Aduan Romy itu turut dipaparkan di forum Fred Miranda, satu lagi laman perbincangan dalam talian untuk fotografi.

'Dua kesilapan besar'

Dalam tulisan di forum itu, Romy mendakwa bukan sahaja foto tersebut didakwa digunakan tanpa kebenaran, tetapi ia juga salah kapsyen.

Menurutnya, "sesiapa yang membuatnya, telah melakukan dua kesilapan besar. Pertama, mencuri gambar saya dan menggunakannya tanpa kebenaran, dan kedua, sangat jahil, kerana Falconet berdada putih sangat berbeza dengan Shrike berekor panjang."

NONE
Romy (kanan) menambah, "Saya pasti kerajaan Malaysia tidak akan dengan sengaja membenarkan perbuatan keji ini (yang sepatutnya sangat memalukan mereka), dan saya berharap mereka akan menyiasat siapakah yang melakukan ini dan membetulkan kesilapan itu."


Dalam temubual emel, Romy memberitahu Yahoo Malaysia bahawa beliau sedang berbincang dengan peguamnya mengenai langkah seterusnya yang boleh diambil berhubung tuduhan tersebut.

Yahoo Malaysia juga bertanya kepada Romy sama ada beliau yakin itu adalah fotonya. Katanya, beliau melakukan satu analisis ke atas foto tersebut dan mendapati ada banyak ciri-ciri yang sama di antara gambar pada setem itu dengan gambarnya. Anda boleh melihat analisis tersebut di sini.

Beliau menyediakan kepada Yahoo Malaysia satu lagi analisis video, yang menunjukkan bagaimana gambar tersebut mungkin telah diedit dengan menindih (superimpose) ciri-ciri pada imej asal, menggunakan perisian menyunting foto .

"Terdapat analisis lain oleh jurugambar dalam thread dalam DP Review dan Fred Miranda, yang mengesahkan bahawa foto-foto itu adalah imej yang sama. Saya yakin bahawa satu analisis oleh pakar-pakar bebas, akan mengesahkan perkara yang sama.

"Saya mempunyai fail RAW imej tersebut, jadi saya boleh membuktikan milik hak cipta dalam mana-mana forum atau tempat," kata Romy yang terlibat dalam bidang fotografi hidupan liar sejak 2004.

Yahoo Malaysia bertanya kepadanya sama ada beliau pernah mengalami kecurian gambar sebelum ini. "Ya, banyak kali. Tetapi ini adalah kali pertama sebuah institusi kerajaan, dan jiran di Asia Tenggara, terlibat," kata jurugambar berusia 48 tahun itu.

Yahoo Malaysia difahamkan bahawa Pos Malaysia sudah menyedari mengenai tuduhan tersebut dan sedang bertemu Tourism Malaysia berhubung perkara itu. Yahoo Malaysia diminta mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi itu lewat hari ini.

Romy memberitahu kami bahawa beliau akan menasihati jurugambar lain supaya hanya menyiarkan versi kecil foto mereka dalam talian dan hendaklah sentiasa meletakkan watermark pada hasil mereka untuk mengelakkan dicuri.
- Yahoo Malaysia

Gambar Lawak Terbaik Dari Isi Perut Umno... kah kah kah !

inderasipejuang

Bukan setakat TUKUN TIRUAN aje yang ada beb... Calon Tiruan pun ada... Calon Tiruan disini bermaksud bukan yang ASLI tetapi Calon yang lahir dari hasil Penipuan demi Meraih Undi bagi Kemenangan dalam Pilihan Raya... senang cerita seperti Ulul Amri Umno Haji Najib lah yang Terpaksa Berlakon dengan berbagai SLOGAN MAUT seperti KPI... NKRA... WASSATIYAH... DEMOKRASI TERBAIK... MAQASID SYARIAH dan bla bla bla bla... tapi Hasil nya lu orang sendiri tahu sudah lah... malas gua nak menulis hasil kerja kerja beliau... kah kah kah !.

Yang Cantik nya Gambar tersebut bukan setakat yang menjadi Calon sahaja yang BERANI BERHIJRAH tapi yang disekeliling beliau pun Berani jugak beb... kah kah kah... adoi haiiii beb... LAWAK betul lah Isi Perut Umno ni... apa pasal lah lu orang tak masuk aje RAJA LAWAK MEGA... ini tidak lu orang jadi PELAWAK semata-mata untuk MENIPU RAKYAT... macam mana punya KEPALA OTAK lah yang boleh TERTIPU dengan Lakonan lu orang tu ya beb... pelik betul... dah terang-terang KAKI PENIPU tapi masih lagi Orang Melayu SENANG-SENANG AJE DITIPU... kah kah kah !.

Jadi bagi Pengundi-Pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dewan Undangan Negeri (DUN) N.20 Sungai Limau lu kena BERHATI-BERHATI beb... bagi Anak-Anak yang Mak Bapak lu orang adalah Pengundi di harap menyampaikan kepada dia orang akan LAKONAN WAYANG PACAK dari ISI PERUT UMNO... kerana ISI PERUT UMNO ni beb sanggup Melakukan sebagai APA SAJA asalkan dapat MENIPU RAKYAT... biasa nya Orang Melayu lah yang Paling Senang Kena Tipu... mungkin atas sebab LEMAH MATEMATIK kot... kah kah kah !.

Mana tak lemah nya beb... Harga dari RM1.90 menjadi kepada RM2.10 itu bukan dinamakan naik tapi tak berubah sebab Subsidi dikurangkan... Gula dikurangkan Subsidi sebab nak mengawal Penyakit KENCING MANIS... pada hal sudah membuat KESILAPAN dengan membeli Gula dengan Harga Tinggi... dengan Perdana Menteri Wanita yang ada kat Negara Thailand tu pun JANTAN-JANTAN UMNO tak boleh nak Tandingi... sebab itu Negara Thailand pulak boleh menjual Gula dengan harga RM2.10... kah kah kah !. http://inderasipejuang.blogspot.com/

hemmmmm..... lu orang tengok aje lah nanti sebelum hari pengundian entah apa lagi wayang pacak yang akan isi perut umno tu buat... tak menipu bukan isi perut umno nama nya beb... kah kah kah... A B U.

Wanita Umno bertudung labuh seperti muslimat PAS (Gambar)

Freemalaysiatoday
YAN: PRK Sungai Limau yang paling pelik dalam sejarah PRK. Kalau dahulu perayu undi BN memakai songkok bagi lelaki manakala bertudung biasa bagi wanita tetapi dalam PRK Sungai Limau, Wanita Umno sanggup bertudung labuh dan berjubah seperi muslimat PAS.

Ini yang mengelirukan para pengundi Sungai Limau apabila mereka dikunjungi oleh perayu wanita BN. Mereka ingatkan perayu wanita PAS yang datang ke rumah mereka.

Menurut Pengarah Pilihan raya Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi, BN sangat tertekan untuk menang dan merampas Dun Sungai Limau sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan impian mereka tercapai.

Katanya, ada di kalangan jentera wanita Umno yang sanggup bertudung labuh dan berjubah manakala jentera lelaki pula berkopiah ketika menjalankan kempen di kawasan pengundi PAS.

“Umno BN kelihatan sangat tertekan untuk menang dan merampas Dun Sungai Limau dan sanggup melakukan apa sahaja taktik,” tegasnya.

Beliau yang berada di Dun Sungai Limau sejak sebelum hari penamaan calon berkata, BN juga sanggup menipu pengundi dengan menggunakan kononnya aruah Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak memberi amanat kepada mereka supaya merampas Sungai Limau.

Amanat tersebut kata beliau digunakan oleh BN untuk menyakinkan pengundi khususnya di kawasan PAS supaya mengundi BN pada 4 November nanti.

“Penipuan ini dilakukan ketika mereka berkempen dari rumah ke rumah,” tegasnya.

Selain itu tambah beliau, Umno-BN juga berusaha menempatkan keluarga angkat daripada kalangan orang Umno di rumah pengundi PAS sekaligus memberi peruntukkan bertujuan mendapat sokongan.

Ini merupakan satu cara politik kotor dan tidak bertanggungjawab dengan menggunakan kesusahan rakyat sebagai modal penting untuk terus berkuasa, tegasnya.

Tambah beliau, pelbagai bantuan segera yang bersifat one off diperuntukkan bagi mengelabui mata dan hati rakyat.

Beliau menegaskan, taktik kotor BN itu jauh berbeza dengan PAS yang bersandarkan politik damai iaitu menerangkan serta membimbing rakyat untuk mengenali sikap sebenar Umno BN.

Datuk Ramli Yusuff saman Musa Hassan, Gani Patail RM128.5j

Enam tahun lalu, bekas pegawai kanan polis Datuk Ramli Yusuff diheret ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan lima pertuduhan, yang disangkalnya dalam perbicaraan yang panjang.

ramli yusuff commercial crime director police pc 301007 total denyHari ini bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial itu menamakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan 12 lagi dalam saman RM128.5 juta atas dakwaan membuat pendakwaan berniat jahat.
Ramli (kiri), 61, turut menamakan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa pegawainya, ketua pendakwa Jabatan Peguam Negara Datuk Nordin Hassan, ketua Badan Pencegah Rasuah (BPR) polis serta kerajaan sebagai defendan.

Langkah itu ekoran pembebasan beliau di Kuala Lumpur dan Sabah selepas kerajaan gagal memulihkan pelbagai hak dan keistimewaan beliau sebagai pegawai atasan kerajaan.

Ramli berada di kedudukan tiga teratas dalam pasukan polis ketika ditahan.

Ramli berkata, beliau sebelum ini dinasihatkan oleh pegawai atasan kerajaan untuk tidak memulakan tindakan undang-undang sebelum pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Mohamad Sabu serah nasib kepada perwakilan

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan membenarkan para perwakilan PAS untuk menentukan sama ada beliau layak untuk meneruskan khidmatnya dalam parti.

“Saya tiada perancangan, saya hanya bantu presiden,” kata beliau yang lebih mesra dengan nama Mat Sabu ketika ditanya mengenai perancangan beliau sekiranya berjaya mempertahankan kedudukannya.

Para perwakilan boleh memilih untuk mengundi saya atau tidak. Saya serahkan kepada perwakilan,” tambah beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan satu surat terbuka yang diterbitkan dalam satu portal berita meminta agar Mat Sabu berundur kerana tidak berjaya menyatupadukan ahli PAS.

Penulis surat tersebut turut menyatankan agar ketua penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil alih jawatan timbalan presiden meskipun mengakui kebolehan Mat Sabu mendapatkan sokongan bukan Melayu.

Pejabat Agung PAS baru – baru ini telah menyenaraikan lima calon yang layak bertanding untuk jawatan timbalan presiden. Selain dari Mat Sabu dan Tuan Ibrahim, naib presiden Datuk Husam Musa, timbalan pesuruhjaya II negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan naib pengerusi Salahuddin Ayub.

Beliau turut mengesahkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatan timbalan presiden meskipun belum menyerahkan borang pencalonan ke Pejabat Agung PAS.

“Saya akan mempertahankan jawatan saya tapi saya belum serahkan borang pencalonan saya,” kata beliau.

Dari sejumlah empat nama yang disebut di atas, Husam sudahpun mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden.

Calon lain belum memutuskan samada untuk bertanding atau tidak tetapi Tuan Ibrahim dijangka akan memberikan tentangan sengit untuk merebut jawatan timbalan presiden.

Pemilihan untuk jawatan parti bagi sesi 2013 hingga 2015 akan berlangsung sempena muktamar PAS ke-59 pada 22 hingga 24 November.

Senario terakhir semakin menyebelahi PAS

ZULKIFLI YAHAYA
BN ‘mati angin’ apabila PAS mempelopori politik damai untuk PRK Sungai Limau kali ini. BN yang sudah terbiasa dengan politik putarbelit, fitnah dan menyerang peribadi calon lawan, tiba-tiba kali ini dihadapkan dengan politik lunak PAS.

BN menyedari bahawa langkah menyerang peribadi calon PAS membahayakan diri sendiri kerana tiada isu yang boleh dieksploit. Ustaz Mohd Azam Abd Samat adalah tokoh muda yang terpuji sekalipun terbabit dalam politik namun tidak pernah naik ke pentas menghentam sesiapa.

Di kalangan orang yang mengenali calon PAS, Azam terkenal dengan imej baik dan bersopan santun. Sumber bilik gerakan BN sendiri mengakui bahawa calon mereka sukar untuk mengatasi kelebihan wibawa calon PAS.

Azam adalah anak kelahiran Sungai Limau. Ibu dan ayahnya juga anak Sungai Limau, justeru mereka mempunyai rangkaian keluarga yang sangat besar di sini. Ke mana sahaja beliau turun berkempen, seolah-olah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kelebihan ini tiada pada calon BN meskipun dia juga anak Sungai Limau.

Apapun peribadi calon tidak akan menyumbang peratus yang lebih besar dari sokongan berdasarkan parti. Realiti Sungai Limau sejak PRU 1959, PAS dan Umno wujud secara tradisi dari warisan keluarga.

Cuma akhir-akhir ini anak muda dari keluarga Umno sudah mula memecahkan tradisi itu. Sebahagian yang sudah biasa berhijrah ke tempat lain, kenal PAS atau Pakatan Rakyat, membawa balik ideologi yang berbeza dengan ibu bapa. Anak keluarga PAS biasanya menjadi PAS, tetapi anak keluarga Umno belum tentu jadi Umno.

Faktor kecenderungan politik berasaskan sentimen kepartian jauh mengatasi pengaruh isu semasa. Isu semasa semacam sekadar hanya untuk memeriahkan PRK. Namun isu semasa tetap jadi keutamaan dalam kempen dan penerangan.

Sekalipun PAS jadikan politik damai sebagai tema, namun seperti kata Dato’ Mahfuz Omar, ia tidak bermaksud pertentangan dasar dan isu dengan pihak lawan diketepikan.

"Memandangkan media arus perdana tidak memberikan liputan yang adil maka usaha mendedahkan penyelewengan dan kelemahan pentadbiran BN, Negeri mahupun Pusat akan tetap diteruskan,” ujarnya.

Antara isu yang dibangkitkan ialah kegagalan kerajaan negeri untuk meneruskan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba Langkawi, walaupun kerajaan negeri sebelum ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk tahun 2013 bagi fasa pertama pembinaan.

Lagi isu ialah, kegagalan mereka meneruskan skim bantuan untuk keluarga si mati yang miskin iaitu Skim Kafalah sebanyak RM500 untuk setiap kematian. Skim kafalah sudah jadi ‘Kafanlah’. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat dahulu membelanjakan RM4.9 juta untuk hampir 10,000 penerima.

Mukhriz hanya melakukan gimik politik apabila seringkali menyebut bahawa semua projek pembangunan untuk rakyat akan dikaji, di dalam apa yang dinamakan, Makmal Tranformasi. Namun sepanjang tempoh kira-kira lima bulan, kerajaan asyik mengkaji tanpa sebarang hasil.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam keghairahan mempertahankan kenaikan harga gula, menggunakan status kesihatan Ustaz Azizan semasa hayatnya sebagai contoh. Kedua kakinya dipotong kerana penyakit diabetes. Kenyataan itu mengguris hati keluarga Ustaz Azizan.

“Sesungguhnya ucapan TPM telah menyentuh sanubari kami sekeluarga yang masih bersedih dan masih pilu dengan kehilangan insan yang paling kami sayangi di dunia ini. Air mata kami sekeluarga belum kering mengenangkan Allahyarham Ayahanda dan kerinduan kami kepada Allahyarham Ayahanda masih menyelubungi setiap detik yang kami lalui,” ujar Muhammad Rafiiy, anak Almarhum Ustaz Azizan.

Mukhriz menyifatkan PAS kekeringan idea kerana politikkan kenyataan Muhyiddin. Biasalah Umno, jika mereka yang lakukan kesalahan, maka ‘yang jahat’ adalah pihak lain.

Sementara di pihak BN, mereka benar-benar kekeringan isu kali ini. Beberapa bekas pemimpin picisan PAS yang kini menentang PAS terpaksa digunakan untuk mengitar semula isu lapok penuh dengan fitnah. Antaranya isu LGBT, DAP, tabung Memali, kafir mengkafir serta isu berkaitan, di mana rakyat sudah muak mendengarnya.

Di atas kertas PAS akan menang mudah. Itupun jika semua pengundi PAS keluar mengundi dan tiada pengundi PAS yang berjaya dirasuah. Insya-Allah saya yakin Sungai Limau akan dipertahankan dengan majoriti hampir serupa.

Umno bimbang pengundi luar Sungai Limau

Muda Mohd. Noor
PETALING JAYA: Umno Bahagian Jerai gagal mengesan lebih 2, 000 pengundi luar yang berada di sekitar Merbok, Gurun dan Guar Chempedak.

Sehingga hari ini pimpinan Umno bahagian Jerai tidak dapat mengesan mereka, walaupun tahu mereka akan balik mengundi pada 4 November depan.

“Mereka ini tidak dikenali oleh penduduk tempatan, jadi susah untuk mengesan walaupun bercakap dalam loghat Kedah.

“Masalah ini bukan perkara baru kerana ia pernah berlaku pada pilihan raya sebelum ini,” kata Ketua Penerangan Umno Jerai, Othman Shafie.

Bagaimanapun, menurut Othman, pengundi luar itu difahamkan merupakan penyokong PAS sejak sekian lama.

Pada pilihan raya umum pada 5 Mei lalu, Tan Sri Azizan Abdul Razak menang dengan majoriti 2,774 undi ke atas calon BN dan dua calon bebas.

Kubu

Pada pilihan raya kecil ini, calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim berdepan satu lawan satu dengan Azam Abdul Samat dari PAS.

Sungai Limau merupakan kubu kuat PAS di mana Azizan menang sejak tahun 1995. Beliau meninggal dunia pada 26 September lalu.

Bagaimanapun, bekas seorang pemimpin Umno Sungai Limau, Sobry Ahmad berkata, Umno tidak dapat mengesan mereka kerana parti itu tidak mengambil tahu pengundi luar berkenaan.

Katanya, mereka penduduk asal Sungai Limau tetapi berpindah ke Gurun, Guar Chempedak serta Merbok.
Begitupun, mereka tetap merupakan pengundi DUN Sungai Limau.

“Pengundi luar ini akan balik ke Sungai Limau menjelang hari pengundi, jadi jentera Umno tidak dapat mengesan mereka.

“Mereka pula orang PAS, jadi mereka pun dengan sendirinya tidak berminat dengan Umno,” tambah Sobry.

Muhyiddin beri RM1 juta pada sekolah Cina yang hanya mempunyai 15 pelajar

Pemimpin BN dibidas kerana memperuntukkan RM1 juta kepada SJK (C) Aik Min di Sungai Limau yang hanya mempunyai 15 pelajar.

Pengarah operasi pilihan raya kecil PAS, Datuk Amiruddin Hamzah berkata beliau tidak membantah kerajaan membantu sekolah Cina, tetapi mempersoalkan mengapa jumlah sebesar itu diberikan sekarang, dan itu pun kepada sekolah yang hanya ada 15 pelajar.

Amiruddin menegaskan bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sebelum ini enggan meneruskan usaha kerajaan negeri PAS sebelumnya, yang memberi peruntukan tahunan kepada sekolah persendirian Cina.

Amiruddin yang juga exco negeri di bawah kerajaan negeri PAS sebelum ini, berkata kerajaan negeri itu memperuntukkan RM70,000 setiap tahun kepada tiga sekolah persendirian Cina yang tidak mendapat subsidi daripada kerajaan pusat.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan peruntukan RM200,000 untuk dana pendidikan sekolah Cina di Sungai Limau.

Muhyiddin mengumumkan demikian dalam ucapannya di pusat gerakan BN di Sungai Kering, di hadapan kira-kira 1,000 orang, kebanyakannya dari kalangan masyarakat Cina.

Beliau juga meluluskan dana untuk tiga buah sekolah Cina, termasuk RM1 juta bagi SRJK (C) Aik Min, RM1 juta bagi SRJK (C) Yuk Meng di Sg Limau dan RM50,000 bagi SRJK (C) Pek Hwa.

Seorang lelaki memotong zakarnya kerana kecewa tiada teman wanita

JIAXING - CHINA. Gara-gara kecewa kerana tidak mempunyai kekasih, seorang lelaki China nekad memotong zakarnya dan berbasikal ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, sejurus tiba di hospital, doktor mengarahkan Yang Hu, 26, pulang semula ke rumah untuk mengambil zakar yang tertinggal bagi membolehkan ia dirawat.

Lebih malang lagi, doktor memaklumkan penyambungan itu mustahil dilakukan kerana kecederaan pada zakarnya amat serius menurut Daily Mail.

Yang mengalami tekanan teruk selepas dia dipaksa bekerja dalam jangka masa panjang sehingga tiada peluang mencari pasangan.

GEMPAR: KL jadi pusat RISIKAN AS, Najib jangan jadi Pak Sanggup

Wong Choon Mei

KUALA LUMPUR: Pentadbir di Malaysia terkejut dan bingung berikutan khabar bahawa Amerika Syarikat bermungkin besar menggunakan kedutaannya di Kuala Lumpur untuk mengintip.

"Kami amat bimbang dan mengharapkan penjelasan segera dan kenyataan balas daripada duta AS. Jika benar Kuala Lumpur menjadi sebahagian daripada PRISM atau mana-mana program pengintipan Amerika Syarikat yang lain, ini bermaksud kedaulatan negara kita telah dicerobohi," Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin memberitahu Malaysia Chronicle.

"Ini bukan masanya untuk kerajaan terutamanya Najib Razak, membutakan mata terhadap apa yang berkemungkinan besar adalah pelanggaran hak asasi dan syarat-syarat penubuhan misi AS di sini. Najib mestilah berhenti daripada cuba mengambil hati Obama sehingga ke tahap membuka peluang untuk Malaysia digunakan sebagai stesen mengintip ke atas negara-negara jiran kita. Lebih baik kita menjadi tanah jajahan Amerika Syarikat jika begitu."

Sim, ahli partipembangkang PKR, mengulas berita dari media Australia bahawa AS telahmengesan perbualan telefon dan memantau rangkaian komunikasi darifasiliti pengawasan elektronik dari kedutaan dan konsulatnya di seluruhtimur dan tenggara Asia.

Menurut Sydney Morning Herald, maklumat itu telah dibocorkan oleh pemberi maklumatperisikan Edward Snowden.

Diam membisu

Setakat ini, tiada sebarang maklum balas daripada Kementerian Luar Malaysia, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang berada dalam lawatan kerja ke London.

Pemimpin Malaysia itu telah dijangka mengalu-alukan kedatanganPresiden Barack Obama ke Kuala Lumpur pada awal bulan Oktober, dimanasesetengah pengkritik percaya adalah umpan AS untuk Najib supayamenandatangani perjanjianTrans Pacific Partnership atau TPPA Obamayang berkontroversi.

Walau bagaimanapun, lawatan itu terbantut kerana penutupan sebahagiankerajaan Amerika Syarikat yang memaksa Obama untuk berada dalam negarabagi menyelesaikan pertelingkahan dasar ekonomi dengan pesaingRepublikannya.

Presiden Amerika Syarikat itu merupakan tokoh yang popular di Malaysia di mana diadianggap sebagai 'hero' dalam isu perkauman.

Pegawai-pegawai kedutaan AS di Kuala Lumpur sehingga kini tidak memberi sebarang ulasan mengenai khabar 'mengintip' itu.

Jangan buat bodoh, bertindaklah ke atas perbuatan “jijik" itu

Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim dengan lantang, menuntut tindakan daripada pentadbiran Najib.

"Orang ramai meluat dengan cara perisikan yang digunakan untuk mengintip ... terbaru yang berlaku di Sepanyol," Malay Mail melaporkanAnwar sebagai berkata.

"Saya fikir perisikan Malaysia, khususnya Perdana Menteri, tidakharus membiarkan sahaja isu ini dan tunduk tanpa berani berkata apa-apa. Mereka mesti membuat bantahan, tidak ada sebab untuk mana-mana negara asing, sama ada Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain terlibat dalam perbuatan mengintip ke atas mana-mana negara ."

Nik Nazmi, seorang lagi pemimpin dalam PKR atau Parti Keadilan Rakyatpimpinan Anwar, menggesa pegawai-pegawai AS untuk memberi penjelasan.


"Ini mencemarkan kedaulatan Malaysia. Kedutaan AS tidak perlu menunggu Najib atau Kementerian Luar Negara Malaysia untuk meminta penjelasan. AS perlu bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat Malaysia jika benar mereka menggunakan KL sebagai pusat untuk mengintip kita dan jiran kita. Dalam pada itu, adakah sesiapa dalam kerajaan Malaysia telah memberi kebenaran terhadap aktiviti rahsia itu?" kata Nik Nazmi kepada Malaysia Chronicle.

Peta rahsia Snowden

Peta rahsia dari Snowden menunjukkan 90 fasiliti pengawasan di seluruh dunia, termasuk fasiliti komunikasi perisikan di kedutaan di Jakarta, Kuala Lumpur, Bangkok, Phnom Penh dan Yangon.

Bertarikh Ogos 13, 2010, peta itu menunjukkan tiada fasiliti seperti itu diletakkan di Australia, New Zealand, Britain, Jepun dan Singapura – negara-negara sekutu rapat AS .


The Sydney Morning Herald berkata Australia menyedari sepenuhnya tahap pengintipan elektronik Amerika Syarikat terhadap jiran-jiran dan rakan-rakan dagangannya dan mempunyai akses kepada banyak data-data yang telah terkumpul.

Menurut peta yang diterbitkan oleh majalah Der Spiegel di Jerman pada hari Selasa, Agensi Perisikan Pusat bersama - kumpulan Agensi Keselamatan Negara yang dikenali sebagai "Perkhidmatan Koleksi Khas" menjalankan operasi pengawasan yang luas, serta operasi rahsia terhadap sasaran risikan tertentu.

Peta, yang pada mulanya diterbitkan dalam versi penuh di laman web Der Spiegel, kemudiannya telah digantikan dengan versi yang ditapis, menyenaraikan fasiliti Perkhidmatan Koleksi Khas di 90 lokasi di seluruh dunia, termasuk 74 fasiliti yang dikendalikan, 14 fasiliti yang dikendalikan dari jauh dan dua pusat sokongan teknikal.

5- pusat rangkaian: China tumpuan utama


Hanya dikeluarkan khas untuk "FVEY" - Rakan "5- pusat" perisikan Amerika Syarikat adalah termasuk Australia - peta mendedahkan AS melakukan operasi sulit di fasiliti perisikan dan komunikasi di kedutaannya di Jakarta, Kuala Lumpur, Bangkok, Phnom Penh dan Yangon.


Kedutaan Amerika Syarikat di Bangkok juga mempunyai pasukan sokongan teknikal yang di kendalikan dari jauh iaitu di konsulat AS di ibu kotaThai wilayah Chang Mai.

Di timur Asia, usaha pengumpulan perisikan AS bertumpu kepada China, dengan fasiliti yang terletak di kedutaan AS di Beijing dan konsulat AS di Shanghai dan Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan di barat daya China. Satu lagi fasiliti pemantauan terletak pejabat diplomatik tidak rasmi AS di Taipei.

Peta mengesahkan isyarat risikan AS yang berada di hampir serata dunia dengan fasiliti mengumpul khas yang bertempat di kebanyakkan ibukota di setiap benua.

Terdapat lapan fasiliti di selatan Asia termasuk di kedutaan AS di New Delhi dan Islamabad. Timur Tengah dan Afrika Utara yang mempunyai tidak kurang daripada 24 fasiliti, manakala sub –Sahara di Afrika mempunyai sembilan lagi fasiliti.

Bagaimana GST akan susahkan hidup rakyat… Sila Baca

Dr Dzulkefly Ahmad
MENJELANG pembentangan Bajet 2104, saya mengambil peluang berkongsi sedikit pencerahan. Berdepan dengan pelbagai ancaman, khasnya apa yang digembar-gemburkan mutakhir ini sebagai ‘Twin Deficit’ atau ‘Defisit Berkembar’, debat menjelang pembentangan Bajet 2014 menjadi lebih sengit.

Secara mudahnya, pertama -‘Defisit Fiskal/Budget’ kerana “Berbelanja lebih besar daripada pendapatan” dan kedua – Defisit Perdagangan kerana “Mengimport lebih daripada mengeksport”. Kedua-dua keadaan mendedahkan negara kepada ancaman diturunkan ‘Penarafan Kredit’nya atau ‘Sovereign Rating’.

Terkini, dua hari lalu ‘Fitch Rating’ sebuah badan penarafan antarabangsa di Hong Kong, menurunkan penarafan Malaysia sebagai A – daripada ‘Stabil’ pada Julai kepada ‘Negatif’. Implikasi penurunan ‘penarafan’ harapnya pemimpin negara – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kabinet sedia maklum khasnya kepada kos pinjaman seperti bon dan hilang tarikan negara sebagai destinasi pelaburan.

Kemelut ini diringkaskan berpunca daripada tadbir urus kewangan negara yang tidak pruden atau bijak. Kerajaan Barisan Nasional (BN) khasnya di bawah pentadbiran Najib mesti dipertanggungjawabkan.

Perbelanjaan mewah, boros, tidak mengikut keutamaan, pembaziran dirumitkan lagi dengan ketirisan, ketidakpatuhan, amalan kronisme dan paling parah rasuah mengakibatkan, antara lainnya, negara mengalami 16 tahun defisit belanjawan.

Berdepan semua ancaman ini, Najib selaku Menteri Kewangan akan bertindak untuk menunjukkan komitmen memperbaikki ‘kedudukan fiskal-kewangan’ negara yang semakin kritikal.

Bajet 2014 adalah diramalkan oleh pakar kewangan dan ahli ekonomi sebagai peluang untuk Najib melakukan langkah konkritnya mengatasi kedudukan fiskal negara.

Tiga kata kunci akan menjadi isu besar dalam belanjawan 2014 ini. Pertama GST, kedua ialah potongan subsidi dan ketiga ialah kenaikan cukai. Ringkasnya, semua langkah ini adalah untuk menambah pendapatan dan mengurangkan kos perbelanjaan bagi menurunkan defisit dalam belanjawan.

Penulisan ini akan menumpukan persoalan GST. Sebelum mampu disokong atau ditolak biar kita punya pengetahuan yang betul dan bukan agak-agak macam faham tapi sebenarnya tidak berapa faham. …

Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat.