"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Seorang lagi tokoh Umno Sabah sertai KEADILAN petang ini

lipasmalas
"PEMBANTU khas Timbalan Presiden KEADILAN, Hilman Idham semalam dihalang daripada memasuki negeri Sabah kerana Musa Aman menganggap negeri itu milik bapaknya, rujuk sini [Musa Aman].
Kehadiran Timbalan Presiden KEADILAN dan pembantunya ke Negeri Sabah benar-benar ditakuti oleh Musa Aman kerana ia menjadi petanda bahawa satu lagi keruntuhan Umno Sabah akan berlaku.

Seorang lagi tokoh berpengaruh Umno Sabah yang juga dianggap sebagai "bank bergerak" parti itu di Negeri Sabah bakal menyertai KEADILAN.

Tokoh yang dimaksudkan ialah Tan Sri Ibrahim Menudin yang akan sertai KEADILAN esok. Beliau ini adalah antara pemimpin yang berpengaruh di Sabah juga berpengaruh di kalangan pimpinan UMNO Sabah.

Jawatan akhir beliau sebelum ini ialah sebagai Bendahari Jawatankuasa Perhubungan UMNO Sabah sebelum digantikan oleh Musa Aman, Ketua Menteri Sabah sekarang.

Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan negeri.

Lagi maklumat tentang beliau klik sini [Sapura Kencana]

Jika tiada aral melintang, beliau akan mengumumkan secara rasmi pengumumannya untuk menyertai KEADILAN pada pukul 3 petang di Sabah hari ini insya Allah.

Dalam congakan ReJaM© setakat ini, tujuh lagi ADUN Barisan Nasional Sabah akan berpindah kapal menyertai Pakatan Rakyat kerana sedar kapal yang ditumpangi kini sudah dimasuki air, menunggu masa untuk tenggelam.

ReJaM© "Semakin ramai pimpinan Sabah sudah buka mata..."

Sumber: MiLo SuaM"

20 samseng ganggu pelancaran Bilik Gerakan DUN Tangkak

Keadilandaily
TANGKAK 14 SEPTEMBER: Selepas bas Merdeka Rakyat disimbah cat ketika solat Jumaat, rombongan Merdeka Rakyat diganggu pula sekumpulan 20 ahli Patriot.
Mereka yang dipercayai ahli Patriot melakukan kekacauan di perkarangan Bilik Gerakan DUN Tangkak yang baru dilancarkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Kira-kira jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan dilihat terjerit-jerit sambil membawa kain rentang yang tertera perkataan tokoh rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun penyokong Pakatan yang hadir pada majlis pelancaran bilik gerakan yang baru itu, spontan meneriak ‘Hidup Anwar’ dan ‘Hidup Rakyat’ dengan lantang.

Kehadiran polis kemudian menyurai kumpulan berkenaan, kira-kira 20 minit kemudian.

Turut hadir dalam majlis perasmian, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution, Naib Presiden, Datuk Chua Jui Meng, Fuziah Salleh, dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin.

Rombongan solat Jumaat, bas Merdeka Rakyat disimbah cat merah

(Oleh Aisha Geoffrey)
TANGKAK 14 September: Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi disimbah cat merah oleh samseng Umno hari ini ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rombongan KEADILAN sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak, Johor di sini.

Menurut saksi yang sempat melihat kejadian itu, suspek dipercayai menunggang motosikal bernombor plat MAL 7425.

Saksi segera memanggil polis yang mengawal di luar masjid tersebut.

Ekoran itu, polis bertindak mengejar samseng berkenaan.

Sebelum ini, bas Merdeka Rakyat disimbah cat pada awal pagi di Pasar Siti Khadijah, Kelantan manakala di Melaka, menyaksikan samseng Umno menyimbah cat secara terang-terangan pada siang hari.

Dalam jelajah itu – ketika di Alor Setar, samseng juga mengganggu tazkirah Anwar, malah seorang daripada mereka dikatakan membawa kerambit ketika mendekati Ketua Pembangkang itu.

Selangor: P Raya Berasingan Jangan Keliru

Mohd Sayuti Omar
Kerajaan negeri Selangor nampaknya bertegas tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor serentak dengan pembubaran parlimen. Cara itu membolehkan pilihan raya peringakat Dun di Selangor diadakan secara berasingan.
Abdul Khalid Ibrahim
Perkara ini sudah ditegaskan oleh MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim. Manakala kerajaan Pakatan Rakyat lain, terutamanya Kelantan tetap mahu ikut membubarkan DUN nya serentak dengan pembubaran parlimen. Perkembangan terbaru Pulau Pinang dan Kedah juga sepenedirian dengan Kelantan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri serentak dengan pembubaran parlimen.

Perbezaan di dalam tindakan dan keputusan ini sepatutnya tidak perlu dijadikan polimek. Baik Khalid maupun Nik Aziz ada alasan tersendiri dengan keputusan itu. Perlu diingat senario politik di kedua-dua buah negeri itu juga berbeza. Perkara penting pilihan raya akan menentukan parti mana yang akan menubuhkan kerajaan kelak.

Pihak SPR tidak begitu berkenaan dengan keputusan Pakatan Rakyat Selangor itu. Menurut mereka ia banyak kerja dan menghabiskan wang negara. Peruntukan untuk pilihan raya menelan RM400 juta manakala untuk Selangor saja RM50 juta. Sebagai sebuah badan bebas (yang dipertikaikan kebebasanya sepanjang masa) memang SPR mahu kerja senang. Badan itu tidak fikir risiko dan juga kerugian bakal dihapai oleh kerajaan Selangor tetap adakalanya berbuat sesuatu polisi dan peraturan menguntungkan UBN.

Begitu juga pemimpin Umno tidak selesa dengan keputusan Khalid itu. Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar menuduh Khalid sebagai takut dan bimbang akan kalah sebab itu enggan bubar Dun Selangor serentak. Tindakan mengadakan pilihan raya berasingan itu ujar Noh kerana Khalid an PKR gilakan kuasa. Apakah kalau ia diadakan mengikut kehendak Noh Omar ia bukan atas kepentingan politik? Bukankan Non mahukan kemenangan dan kemenangan itu bukankah dinamakan gila kuasa? Rasanya lembu suami Sharizat pun boleh menjawab dan ketawa mendengar tuduhan Noh Omar itu.

Manakala Udin anak Yassin dalam mengulaskan tindakan PKR itu menyerahkan kepada kecerdikan rakyat. Katanya biarlah rakyat menilainya keputusan dan tindakan PKR itu. Iya... saya setuju biarlah rakyat menilainya. Rakyat lebih adil dan memahami keadaan di Selangor.

Sepatutnya tidak siapa pertikaikan keputusan kerajaan Selangor itu. Baginya tentulah ada alasan dan hujah-hujah tersendiri. Mustahil Khalid berbuat begitu tanpa tujuan tertentu dan muslihat di sebaliknya.

Dalam hal ini saya melihat tindakan untuk mengadakan pilihan raya berasingan itu ialah strategi PKR. Mungkin PKR ingin mengetahui berapa jumlah pengundi yang akan keluar mengundi. Apa dihebuhkan kononnya Umno membawa lebih 400,000 pengundi ke Selangor mungkin menjadi penyebab kenapa pilihan raya perlu diadakan beraisngan. Cara itu untuk memastikan jumlah sebenarnya.

Bila diadakan berasingan pihak PKR dapat menentukan berapa jumlah yang bakal keluar nanti yang membuag undi untuk kerusi parlimen. Kalau jumlah mencecah lebih 30% daripada jumlah yang sedia ada (berpandu kepada daftar pengundi pada pilihan raya umum ke-12 lalu) maka jelas dakwaan mengatakan ada pengundi luar dibawa masuk ke Selangor itu benar. Bahawa Umno telah mengimport pengundi dari luar.

Apabila sudah mengetahui itu nanti senanglah untuk PKR mengatasinya. Begitu juga SPR yang bertanggungjawab bersiap sedialah menghadapi serangan rakyat kelak. Tembelangnya rahsia itu akan memalukan SPR. Kita tidak mahu menyarankan pengerusi, timbalan pengerusi dan setiausaha SPR letak jawatan, kerana mereka memang jenis tidak ada air muka. Sudah banyak kepincangan dan kecacatan disengajakan dilaklukan badan bebas itu tetapi mereka tidak mengambil apa-apa tanggungjawab. Hanya ambil wang gaji dan elaun saja.

Strategi inilah yang memungkinkan pihak SPR mengecam tindakan PKR itu. Mereka juga takut tembelang mereka bersekongkol dengan parti pemerintah pecah.

Hari ini walaupun ada berbagai tuduhan ke atas SPR bersubahat membawa undi termasuk mendaftar pendatang tanpa izin menjadi pengundi tidak boleh dibuktikan. Tetapi dengan berlangsungnya pilihan raya nanti ia akan menjawab segala persoalan ini. Mungkin sebaik saja selesai pilihan raya umum Selangor akan membubarkan DUN nya.

Saya melihat mengadakan pilihan raya berasingan satu tindakan cerdik Pakatan Selangor. Walaupun ia agak renyah dan membazirkan wang tetapi ia wajar dilakukan PKR sebagai sebuah parti yang ningin mengekalkan kerajaanya. Lagi pun tindakan kerajaan Selangor itu bukan saja-saja, mereka sudah beri syarat agar bersihkan daftar pemilih.

Makanya kalau piliihan raya itu tetap diadakan secara berasingan SPR yang bertanggungjawab ke atas senarai pemilih itu perlu dipersalahkan.

Kelantan, Kedah dan Penang tidak mengalami apa masalah seperti dialami kerajaan PAkatan Rakyat Selangor. Selangor adalah negeri kedua yang diidamkan UBN untuk dirampas selepas Perak. Walaupun Kelantan, Penang dan Kedah juga negeri yang akan dirampas, tetapi nafsunya tidak sebesar nafsu di Selangor. Justeru perkara pelik-pelik dan diluar batas demokrasi tidak perlu banyak dilakukan di negeri-negeri berkenaan.

Jadi semua pihak kena hormati keputusan PKR dan Khalid Ibrahim. PKR dan Khalid pula jangan peduli kepada apa juga tuduhan dan sindiran, yang penting mereka harus mempertahankan Selangor kerana Selangor menjadi negeri ibu kepada Pakatan Rakyat. Umno pula begitu berkehndakkan Selangor kerana Selangorlah negeri penyumbang pendapatan besar kepada negara. Bagi UBN tidak ada tersohornya mereka memenangi Perlis, Melaka atau pun Pahang tetapi Selangor, Penang dan Kelantan terlepas kepada Pakatan Rakyat.

Umno Johor semakin cemas: Batu dan paku 'sambut' rombongan PKR di Johor

Kuek Ser Kuang Keng
Rombongan PKR ke Johor hari ini yang dipimpin oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran lagi di Skudai petang ini yang boleh mengakibatkan kemalangan ke atas bas yang digunakan untuk kempen parti itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution memberitahu Malaysiakini semasa majlis makan malam 800 meja di di Skudai bahawa serangan itu berlaku sejurus sebelum rombongan mereka sampai ke majlis tersebut, yang merupakan kawasan letak kereta di sebelah Sutera Mall.

"Dalam perjalanan kami ke sini, kami mendengar bunyi letupan kuat apabila kami melalui di bawah jambatan pejalan kaki.

"Kami mendapati seketul batu dilemparkan ke salah sebuah kereta dalam rombongan kami.

"Kemudian kami temui paku di atas jalan raya. Jadi kita berhenti di tepi jalan manakala kakitangan keselamatan kami membersihkan jalan raya sebelum kami boleh meneruskan perjalanan kami, "katanya.

Naib Presiden PKR yang juga ahli Parlimen Kuantan, Fuziah
Salleh, semasa ucapannya di majlis makan malam itu, mendakwa mereka ternampak sebuah kereta di hadapan rombongan mereka hilang kawalan dan berpusing ke arah yang bertentangan.

"Kami dapati jalan penuh paku," kata Fuziah sambil mendakwa pelakunya mahu bas mereka ditimpa kemalangan.

"Alhamdulillah, kita berjaya mengatasi semua cabaran ini," katanya kepada kira-kira 6,000 hadirin berbilang kaum.

Kereta yang berjaya sampai ke destinasi majlis makan malam itu, kemek dan calar pada bahagian bonetnya.

Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Fuziah berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1km dari tempat majlis makan malam itu di sebatang jalan raya yang gelap, tetapi dia tidak tahu namanya.

Hishammuddin sila letak jawatan jika tak mahu jaga keselamatan semua rakyat Malaysia

Ahmad Fadli KC
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang.

"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak.

"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."

Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.

Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu

'Kena tanya orang Johor sendiri'

Beliau bagaimanapun enggan mengulas langsung berhubung kejadian di Tangkak itu.

"Itu kena tanya orang Johor sendiri," kata anggota Parlimen Sembrong itu.

Terdahulu pada sidang medianya Hishammuddin menegaskan beliau telah lama menolak sebarang bentuk politik ganas.

"Saya telah membuat kenyataan tegas tentang politik ganas merentasi semua pihak. Kita tolak (keganasan politik)," katanya.

Menurutnya, politik yang menyemai kebencian dan perpecahan perlu ditolak dengan tindakan yang jelas dari semua pihak.

"Politik kebencian, politik perpecahan, politik menghasut, politik pecah-belah, ini bukan sahaja memerlukan kenyataan, tetapi lebih penting lagi ialah tindakan," katanya.

Iklan jelik tagih undi BN dalam PRU13

RAYUSA
SAMA ada di media cetak atau elektronik, iklan juga adalah karya seni. Sebagaimana karya seni lain, ia ada mesej dan fungsi, baik yang positif mahupun negatif. Jika untuk kebaikan, ia bermanfaat dan amat dialu-alukan. Bagaimanapun, ada pihak yang memperbodoh-bodohkan dan menghina pihak lain menerusi seni pengiklanan demi keuntungan diri sendiri.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 8 Mac 2008, ada sebuah iklan yang disiarkan berulang kali setiap hari di media massa. Selain menerusi televisyen dan radio (walaupun tidak sepatutnya begitu setelah Parlimen dibubarkan), motif yang serupa dipaparkan pada billboard di seluruh negara.
Yang jeliknya, pada penghujung iklan di media elektronik, ada suara latar menyebutkan “Hanya satu pilihan”. Perkataan tersebut juga terpampang pada billboard.

Walaupun cuba berselindung, jelas ia adalah kempen Umno- BN untuk menagih undi dalam PRU13. Selindung Umno-BN itu dalam terang dan di sebalik lalang sehelai! Secara tersurat dan tersirat, perkataan itu adalah “arahan” atau “paksaan” agar rakyat terus mengundi kerajaan Umno-BN.

Taktik buruk itu amat jelas pada iklan billboard kerana bukan sahaja terpampang tulisan “Hanya satu pilihan”, malah terdapat tanda pangkah pada lambang BN (dacing), sama seperti pada kertas undi!

Rangkaikata itu seolah-olah menganggap rakyat negara ini bodoh dan perlu “diajar” untuk memilih kerajaan.

Inilah yang dimaksudkan dengan memperbodoh-bodohkan dan menghina. Ia juga boleh dianggap sebagai khurafat kerana “mengiktiraf” hanya kerajaan Umno-BN sahaja yang mampu mentadbir negara.

Akibatnya, rakyat “mengajar” kerajaan Umno-BN dalam PRU12. Kerajaan Umno-BN pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun) kalah di empat negeri di samping terus gagal merampas Kelantan.

Umno-BN turut kecundang lagi di Wilayah Persekutuan.

Kedah, Perak, Pulau Pinang, dan Selangor terlepas ke tangan pembangkang yang kemudian dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR – walaupun Perak dirampas semula secara haram oleh kerajaan Umno-BN pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak). Di Wilayah Persekutuan, Umno-BN hanya mengekalkan kerusi Parlimen Setiawangsa dan Putrajaya. Abdullah atau Pak Lah dipersalahkan apabila Umno-BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen. Beliau diminta berundur. Najib pula menjadi Perdana Menteri.

Seperti tidak mahu belajar dari kesilapan lalu, kerajaan Umno-BN telah mula berkempen di media massa (walaupun Parlimen belum dibubarkan) menerusi iklan yang dianggap sebagai “iklan misteri”.

Iklan yang disiarkan di televisyen itu dimulakan dengan paparan wajah mantan Perdana Menteri (yang berlagak seperti masih menjadi Perdana Menteri), Tun Dr Mahathir Mohamad, diikuti calon angkasawan pertama negara, Dr Ahmad Faiz; super diva, Dato’ Siti Nurhaliza, dan beberapa artis terkemuka seperti Lisa Surihani (pelakon), serta Aizat dan Reshmonu (penyanyi).

Bersama beberapa orang lain, mereka mengakui cintakan keamanan serta kemajuan negara dan mahu ia dikekalkan.

Mereka mengatakan “Saya pilih Malaysia”, “Saya pilih kemajuan”, “Saya pilih kestabilan”, dan “Saya pilih mengundi”.

Kenapa mengundi? Adakah mereka fikir pemerintah negara ini dipilih sesuka hati atau berdasarkan favouritisme?

Mengundi untuk siapa? Adakah mereka fikir Umno-BN sahaja yang layak diundi?

Walaupun mungkin ini sebabnya iklan tersebut dianggap sebagai iklan misteri, berdasarkan warna latar iklan tersebut, iaitu biru dan putih, tidak sukar untuk meneka bahawa “Saya pilih mengundi” itu memang bermaksud mengundi Umno-BN.

“Sudah terang lagi bersuluh” kerana umum mengetahui biru adalah warna rasmi BN. Ditambah pula ada warna putih.

Iklan “Saya pilih kestabilan” turut menampilkan beberapa watak bertutur dalam bahasa Inggeris yang juga menggunakan biru dan putih sebagai warna latar.

Rakyat negara kita kini semakin bijak dan telah “membuka mata”. Gelombang inginkan perubahan dalam kalangan mereka semakin kuat, memuncak dan sukar dibendung.

Bagaimanapun, dari satu segi, “elok juga” iklan-iklan tersebut disiarkan. Lebih kerap lebih baik kerana tekak rakyat akan menjadi loya. Jika tekak rakyat semakin loya, semakin benci mereka pada BN yang terus merayu tanpa rasa malu.

Walaupun kajian terus dibuat dan semuanya dikatakan menyebelahi Umno-BN, Najib masih tidak membubarkan Parlimen. Lebih lucu (seperti cuba menyembunyikan ketakutannya), Najib yang dipersetujui Mahathir mahu menghormati sepenuhnya mandat lima tahun yang diberikan rakyat. Ertinya, PRU13 hanya akan diadakan pada tahun depan – itu pun jika Umno-BN benar-benar berani, menghormati penuh mandat rakyat, dan menepati janji.

Video JKKK mengamuk ahli UMNO sertai PAS di Melaka

Cerita Nik Aziz yang menyentuh jiwa...

paklongdin
Salam semua...
Tersentuh betoi jiwa tua Pak Long dengan cerita dari Nik Aziz neh... Tersentuh ngan, Kelantan tu kan ka negeri terbuang pasai diperintah pembangkang... Dah bertahun hak mereka dinafikan.
Jadi, mau tak mau pun kena pulun jugak la sedaya upaya depa, dengan kudrat yang terhad dan kemampuan yang tak seberapa, semata-mata nak bagi jugak rakyat depa rasai sikit nikmat pembangunan...

"Beberapa tahun lepas, seorang tua datang ke rumah saya di waktu malam hanya untuk bertanya, bila nak bina jambatan di Kag Lapan Pari, Tok Sadang..? Hampir menitis air mata saya.. jambatan di situ hanya dibina dari kayu, dan cukup sempit.. rundingan sudah dibuat pada masa itu, namun pembinaan masih belum dimulakan...

"Hari ini.... Alhamdulillah jambatan itu telahpun siap, Insya-Allah jam 11.00 pagi ini saya akan berada di majlis perasmian Jambatan Lapan Pari, Kg Tok Sadang, Pengkalan Chepa... teringin sangat untuk saya bersua dengan orang tua tersebut. Sayangnya, saya tidak sempat menyelidik identitinya.... semoga Allah SWT merahmati rakyat negeri Kelantan yang terus memilih kerajaan yang berteraskan Membangun Bersama Islam.- FB

Alhamdulillah... sekurang-kurangnya orang tua nih dapat mendidik rakyatnya mendaulatkan Islam ditempat yang sepatutnya. Sandaqkan tiap sesuatu pada Yang Maha Berkuasa...

Duit ringgit bukan segalanya, lagi tak berguna kalau dah salah guna. Macam yang Mak Long hang kata la, katil yang indah dapat dibeli dengan duit yang banyak tapi belum tentu boleh membeli tidoq yang nyenyak...

Wassalam...

Pemimpin UMNO Terengganu Sumbang Marham dengan Anak Tiri

mohdnoorawang
Seorang Setiausaha Kerja Bahagian UMNO Terengganu telah ditangkap oleh Polis kerana disyaki melakukan sumbang mahram dengan anak tirinya.

Budak perempuan tersebut telah mengandung dan sudah melahirkan anak.

(berita lanjut sila layari Buletin online dan dengar ucapan Ustaz Kamarulzaman dalam Buletin online chanel agar tidak dituduh TKO pembawa berita fitnah). sekian terimakaseh. lamannya http://www.buletinonline.net/v6/

Perihal Peah dan Abang Bangla

Abd Jalil Ali
IZINKAN saya bercakap mengenai ‘Abang Bangla’. Sesetengah pihak tidak suka digunakan istilah tersebut kerana dianggap menghina. Saya tidak fikir begitu. Panggilan ‘abang’ adalah tanda hormat, malah dalam saat-saat tertentu istilah itu kedengaran amat manja, mesra lagi menaikkan perasaan.

Tidaklah saya arif mengenai jumlah sebenar warga Bangladesh yang berada di negara kita sekarang. Kalau berpandu kepada satu jawapan bertulis kerajaan pada sesi Dewan Negara, Julai 2011, ada 319,475 pendatang dari negara tersebut yang didaftarkan. Itu yang masuk secara sah. Kalau campur yang tidak sah @ haram, bilangan saudara kita dari negara tersebut mungkin jauh lebih besar.

Bercakap berdasarkan pengalaman, apa yang saya lalui dalam kehidupan harian dengan jelas membuktikan ramai orang Bangladesh di sini. Sebaik sahaja keluar rumah waktu pagi saya pasti bersua dengan orang itu. Dia memberi salam atau mengucapkan selamat pagi, sambil menundukkan kepala, kadang-kadang tabik.

Dia adalah pengawal keselamatan @ jaga di kawasan perumahan tempat saya tinggal. Sejak mula dilaksanakan sistem pintu berpengawal (gated & guarded) kira-kira dua tahun lalu, empat lima warga Bangladesh menjadi pengawal kami. Saya harap mereka bukan pendatang asing tanpa izin (Pati).

Singgah di sebuah restoran sebelum tiba ke pejabat, saya disambut dua tiga orang Bangladesh yang bekerja di situ. Ada kira-kira 10 pelayan di situ, sebahagian besarnya warga negara berkenaan.

Salah seorang daripada mereka sudah bertugas di situ sejak lebih lima tahun, mula-mula sebagai pencuci pinggan, sekarang sudah menjadi tukang tebar roti canai, kadang-kadang bertindak sebagai juruwang di kaunter pembayaran.

Waktu mula-mula datang dulu, dia hanya tahu dua tiga perkataan Melayu seperti roti kosong, telur setengah masak, kopi-O, teh tarik, dan beberapa lagi. Dia tercenggang apabila saya meminta air panas suam kuku. Ternganga juga dia apabila saya meminta telur mata kerbau. Kini bahasa Melayunya jauh lebih baik berbanding sesetengah orang kita!

Sebenarnya banyak tempat makan di KL, Petaling Jaya dan Shah Alam menggunakan khidmat warga Bangladesh, terutama bistro dan restoran mamak. (Ada orang tidak suka istilah ‘mamak’, padahal perkataan itu membawa maksud ‘pakcik’. Saya tidak rasa bersalah menggunakan istilah itu).

Ketika singgah untuk mengisi minyak, pembantu dan petugas di situ semua warga Bangladesh. Hanya juruwang orang Melayu; siapa tahu tidak lama lagi tugas itu pun diberikan kepada orang Bangladesh.

Satu ketika dulu sebahagian pekerja bahagian kilang tempat saya bertugas terdiri daripada warga Bangladesh. Ada yang langsung tidak tahu bahasa Melayu. Semua kenyataan bertulis dibuat dalam dua bahasa, iaitu Melayu dan Bangladesh.

Hujung minggu ketika menjadi drebar isteri ke pasar, ramai orang Bangladesh bekerja di gerai ikan, gerai buah, sayuran, tukang angkat barang, tukang cuci. Malah, pekerja negara tersebut juga yang menjual petai, rebung dan tempoyak. Makin kurang orang kita menjaja di situ, agaknya semua sudah jutawan!

Masuk ke Tesco, Giant dan lain-lain pasar raya, ramai juga warga Bangladesh di situ, boleh kata di setiap bahagian. Mereka mengangkat barang, mengemas stok, mencuci lantai, membersihkan ikan dan ayam, malah ada yang diberi kepercayaan menjadi penyelia.

Balik beraya kampung di Muar baru-baru ini, seorang sahabat lama bergundah-gulana, menjeruk perasaan di pagi Aidilfitri. Bukan kerana kematian suami atau kehilangan harta benda, tetapi gara-gara anak gadisnya, Peah – bukan nama sebenar – membuat onar bercinta sakan dengan seorang jejaka Bangladesh yang bekerja di ladang kelapa sawit.

Puas berdukun dan bermohon si Peah masih berkeras hendak mengikut jejaka hidung mancung yang ketampanannya ada iras-iras Salman Khan. Sebenarnya bukan Peah seorang, ramai lagi gadis dan wanita kita terpaut – malah kahwin lagi – dengan warga asing itu.

Tiba semula di KL, saya terserempak satu kemalangan maut dekat Puchong. Seorang penunggang motosikal mati di tempat kejadian setelah berlanggar dengan lori. Menurut berita yang disiarkan esoknya mat motor yang maut itu ialah warga Bangladesh.

Pendek kata setiap hari kita melihat, mendengar atau berhubung langsung dengan pelbagai peristiwa – suka atau duka – yang melibatkan warga negara tersebut. Demikianlah ramainya Abang Bangla di tempat kita!

Mati akibat suntikan silikon pada kemaluan


NEWARK, New Jersey: Seorang wanita tidak mengaku salah menyebabkan kematian seorang lelaki selepas dia didakwa menyuntik silikon melebihi dos sewaktu menjalankan prosedur membesarkan alat kelamin.


Kasia Rivera, 35, (gambar) tidak mengaku cuai dan menyebabkan mangsa, Justin Street yang berusia 22 tahun meninggal dunia.

Street yang merupakan bapa kepada dua orang anak dikatakan berjumpa Rivera untuk membesarkan kemaluannya selepas membaca iklan mengenai perkhidmatan tersebut.

Rivera menjalankan prosedur itu di rumahnya. Dia yang didakwa tidak memiliki lesen atau latihan perubatan telah menyuntik silikon ke kemaluan Street. Lelaki tersebut meninggal dunia keesokan harinya. Ujian perubatan mendapati dia mati akibat embolisme silikon.

Pasukan penyiasat percaya Rivera ada melakukan prosedur sama sebelum ini, tetapi tiada saksi baharu yang tampil. Dia dibebaskan dengan ikat jamin AS$75,000 (RM230,294). Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga sepuluh tahun. 
-AP-

Pihak Polis mengaku salah belasah orang awam, petugas media di perhimpunan Bersih

Mohd Martin Kahar
KUALA LUMPUR, 13 September: Seorang pegawai kanan polis akhirnya mengaku bersalah terhadap tindakan ganas pasukan itu ke atas orang awam dan wartawan yang bertugas pada perhimpunan Bersih.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa memohon maaf dan beralasan kononnya polis manusia biasa yang tidak terlepas melakukan kesilapan.

“Dalam taklimat kepada pegawai polis, saya sudah memberitahu mengenai kebebasan wartawan. Kalau nak ambil tindakan terhadap wartawan, perlu pastikan mereka ada pas media atau sebaliknya.

“Saya pesan kepada mereka (polis), apa juga kejadian yang melibatkan wartawan akan memberi imej buruk kepada polis.

“Tapi malangnya perkara ini tetap berlaku. Sebab kita ini manusia…Saya minta maaf, mungkin saya terlalu emosional, tapi sampai ke hari ini, saya tertanya-tanya kenapa perkara ini boleh berlaku.

“Selepas fikir-fikir balik, barulah saya sedar yang anggota polis itu juga manusia biasa,” katanya di hadapan panel Pendengaran Awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.

Panel itu diketuai Naib Pengerusi Suhakam, Dr Khaw Lake Thee dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.
Polis perlu hormati kebebasan media

Khairi juga tidak bersetuju dengan pandangan pegawai polis lain untuk memberikan taklimat kepada wartawan ketika membuat liputan mana-mana perhimpunan kerana peranan media sudah wujud sebelum negara merdeka.

“Kita perlu faham hak kebebasan membuat liputan. Kita tidak perlu takut dengan laporan negatif media. Media kadang-kadang mempunyai pandangan berbeza terhadap sesuatu keadaan. Jadi kita perlu hormati hak kebebasan media,” tegasnya.

Menurut Khairi lagi, bukan sahaja wartawan, kebebasan orang ramai untuk berhimpun juga perlu dihormati kerana ia sudah termaktub dalam Artikel 10, Perlembagaan Negara.

Katanya, polis hanya berhak untuk mengawal keadaan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

“Kita tak perlu sekat hak yang dijamin dalam perlembagaan. Jelas Artikel 10 (dalam perlembagaan) menyebut hak untuk berpersatuan dan berhimpun. Apa yang penting kita kawal keadaan,” katanya.

Cederakan petugas media, orang awam tindakan hina Khairi yang sudah berkhidmat 38 tahun dalam pasukan polis turut mengecam tindakan segelintir anggota pasukan itu yang bertindak kejam terhadap peserta perhimpunan walaupun di luar kawasan larangan yang diwartakan mahkamah.

Berikut adalah soal-balas daripada panel Suhakam:

Panel: Beberapa saksi menyatakan mereka ditangkap dan dipukul dalam hotel. Adakah ia ada kaitan dengan tindakan polis?

Khairi: Saya tidak mendapat laporan adanya tangkapan dalam hotel. Laporan mengenai kereta polis yang pecah di hotel kami ada terima laporan.

Panel: Tapi orang yang ditangkap itu dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol), kalau di Pulapol mesti ada laporan yang dibuat.

Khairi: Saya setuju, tapi saya tidak pasti sama ada ia benar atau tidak. Boleh jadi ia hanya dakwaan semata-mata.

Panel: Bukankah kalau mereka sudah bersurai dan masuk ke dalam hotel tidak perlu ada tangkapan?

Khairi: Saya setuju 100 peratus. Sepatutnya tidak berlaku apa-apa tangkapan. Saya akan semak balik sama ada benar atau tidak.

Panel: Pihak kami terima aduan adanya kekasaran dan kecederaan ke atas orang awam ketika tangkapan dibuat. Boleh anda beritahu mengapa kecederaan boleh berlaku?

Khairi: Ketika memberi taklimat saya telah memberitahu, jangan ada apa-apa kecederaan kepada orang yang ditangkap. Kita mesti akur dengan peruntukan Seksyen 15 Kanun Prosedur Jenayah. Melainkan ada berlaku pergerakan jenayah, kita hanya menangkapnya setakat mana yang kita mampu. Apabila berlaku kecederaan kepada orang yang kena tangkap, perkara ini hendaklah dilaporkan sebab-sebabnya supaya anggota yang terlibat dapat bertanggungjawab.

Panel: Tapi mengapa orang yang ditangkap cedera ketika dalam tahanan?

Khairi: Itu adalah perbuatan yang paling hina dan langsung tidak boleh diterima!

Krisis Najib-Muhyiddin: Khabar Angin Yang Bakal Menjadi Realiti

Shahbudin Husin
Jika dilihat kehadiran Najib bersama Muhyiddin di majlis pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan semalam, seolah-olah tidak ada apa-apa masalah antara mereka berdua. Perdana Menteri dan timbalannya ini bagaikan gandingan erat yang sentiasa seia sekata serta sehati sejiwa.
Tetapi beberapa minggu sebelum itu, bertaburan poster-poster di Johor yang mahukan Muhyiddin sebagai PM sebelum PRU 13 ini bagi menyelamatkan UMNO dan BN berikutan Najib dilihat masih gagal untuk menarik sokongan rakyat menjelang pilihanraya umum akan datang.

Meskipun UMNO Johor dan UMNO Pagoh menafikan poster itu diterbitkan oleh mereka dan menyifatkan ianya taktik pihak yang tidak bertanggungjawab untuk merenggangkan hubungan kedua pemimpin itu, hakikatnya jika pun wujud masalah antara Najib dan Muhyiddin, ia juga bukanlah sesuatu yang pelik dan di luar kebiasaan.

Selain watak dan pendekatan keduanya jelas berbeza, mereka juga berbeza pendapat dalam beberapa isu. Dalam Akta Keterangan yang baru diluluskan misalnya, suatu ketika Najib setuju ia dikaji semula setelah adanya pelbagai bantahan tetapi Muhyiddin mempertahankannya, termasuk bertindak memanggil dua timbalan menteri yang sebelum itu agak keras membantah akta itu.

Beberapa lama sebelum itu, di ketika Najib bangga dengan 1Malaysianya, Muhyiddin pula tetap meletakkan dirinya sebagai Melayu dahulu, kemudian baru diikuti sebagai rakyat Malaysia. Pendekatan yang jelas amat bertentangan dengan 1Malaysia.

Dalam beberapa isu lainnya pula, Muhyiddin juga dilihat tidak berapa bersungguh mempertahankan Najib seperti yang dapat dilihat dalam isu remaja menayang punggung dan memijak gambar Najib.

Sementara dalam UMNO pula, suara-suara yang merasakan Najib lebih sesuai memimpin UMNO dan kerajaan dalam suasana politik kritikal seperti sekarang ini sudah lama kedengaran. Najib, dengan watak sebagai anak bangsawan dilihat hanya sesuai menjadi pemimpin UMNO di ketika parti itu tidak bermasalah dan rakyat tidak berpecah.

Dalam keadaan UMNO berjuang antara hidup dan mati, UMNO tentunya memerlukan pemimpin yang tegas, berani dan kurang retorik. Muhyiddin sebaliknya telah terbukti berjaya menangani krisis UMNO Johor dan perpecahan Melayu ketika menjadi Menteri Besar Johor berikutan perletakan jawatan Musa Hitam pada 1986 dulu. Najib tidak ada rekod seperti itu dan baru disedari oleh banyak pihak beliau tidak sesuai menjadi pemimpin ketika ini.

Bertompoknya masalah dan isu yang tidak selesai sekarang ini sebahagaiannya adalah kerana daya kepimpinan Najib yang dilihat lemah, tidak tegas, tiada keberanian serta kurang kebijaksanaan.

Saya sendiri sudah mendengar perkara ini diperbualkan di kalangan ahli dan pimpinan UMNO pelbagai peringkat sudah lama dan sudah pun menulisnya dalam buku Kesilapan-Kesilapan Najib dan Asalkan Bukan Najib sebelum ini. Hakikatnya arus yang berkehendakan Muhyiddin berbanding Najib adalah sesuatu yang benar dan nyata.

Lebih dari itu, dalam sejarah perjalanan politik UMNO pula, krisis atau hubungan tak sebulu antara PM dan timbalannya bukanlah perkara yang pelik. Ia sudah kerap berlaku. Tun Mahathir berbalah dengan Musa Hitam, kemudian melantik Ghafar Baba sebagai pengganti tetapi kemudiannya merestui Ghafar Baba disingkirkan oleh Anwar. Mahathir kemudiannya berbalah dengan Anwar sehingga memecatnya walaupun sehari sebelum itu, pada 1 September 1998, keduanya dilihat begitu mesra ketika Mahathir mengumumkan tentang langkah kawalan mata wang negara.

Kemesraan Mahathir dan Anwar ketika itu tidak jauh bezanya dengan kemesraan Najib dan Muhyiddin di majlis pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan semalam.

Mahathir hanya tidak berbalah ketika Pak Lah menjadi timbalannya tetapi setelah Pak Lah menjadi PM dan Mahathir terus mengganggu-gugatnya, perbalahan mereka akhirnya berterusan hingga kini.

Pak Lah dengan Najib pula tidak terlihat krisisnya tetapi apabila gelombang penolakan semakin kuat terhadap Pak Lah, Najib juga akhirnya menjadi tidak sabar untuk segera menjadi Perdana Menteri.

Yang jelasnya, kerenggangan hubungan antara pemimpin nombor satu dengan pemimpin nombor dua bukanlah sesuatu yang janggal dan di luar kebiasaan. Apatah lagi dalam kes Najib dan Muhyiddin ini, selain beberapa perbezaan yang ketara dapat dilihat, Muhyiddin juga diketahui sebagai pemimpin yang bercita-cita tinggi dan tidak pernah menyatakan rasa puas hati sekadar menjadi orang nombor saja.

Selain itu, para penyokong Muhyiddin pula tentunya tidak pernah pudar keinginannya untuk melihat boss mereka itu menjadi Perdana Menteri pula.

Krisis Najib dab Muhyiddin ini boleh meletus bila-bila masa saja. Jika ianya dapat ditutup erat sebelum pilihanraya ini, ia mungkin sukar dipertahankan selepas keputusan pilihanraya nanti. Lebih-lebih lagi jika keputusan itu nanti tidak sebaik yang diharapkan.

Yang menariknya dalam kes Najib dan Muhyiddin ini, kedua-dua mereka tidak pernah memberi komen mengenainya. Berbeza dengan Mahathir dulu, semua krisis dengan timbalannya dinafikannya tetapi akhirnya semua menjadi kenyataan.

Semua krisis itu pula bermula dengan khabar angin dan cakap-cakap orang bawahan. Namun terbukti kebanyakan peristiwa politik sememangnya bermula dengan khabar angin. Ini kerana kadang-kadang khabar angin itu sengaja dicipta untuk menjadikan ia kenyataan yang tidak terlalu mengejutkan suatu hari nanti.

Jika dulu ada pepatah, takkan pokok bergoyang tanpa angin tetapi pokok juga sebenarnya bergoyang jika ada kera yang sengaja menggoyangnya. Tambah pula dalam politik, kera boleh diupah untuk menggoyang pokok.

Krisis dan perbalahan antara pemimpin nombor satu dan pemimpin nombor dua secara realitinya memang sukar dielakkan kerana meskipun keduanya saling melengkapi dan perlu memerlukan antara satu sama lain, mereka sebenarnya hanya bersahabat dalam berpolitik tetapi sentiasa bermusuh dalam kuasa.

Simptom gay dan lesbian

Menteri Pelajaran menyokong satu "garis panduan" kepada ibu bapa untuk mengenalpasti "simptom" gay dan lesbian pada anak mereka bagi mengabil langkah untuk membetulkan keadaan itu.

Panduan itu menggariskan empat ciri oleh gay dan lesbian:

"Simptom" gay:

Mempunyai badan sasa dan gemar menunjukkan badan dengan memakai baju berkolar-V dan tidak berlengan
Gemar pakaian ketat dan berwarna cerah
Tertarik kepada lelaki
Suka membawa beg besar, sama seperti yang digunakan wanita, apabila keluar

"Simptom" lesbian:

Tertarik kepada wanita
Menjauhkan diri daripada wanita lain, selain teman wanita mereka
Gemar keluar, makan, dan tidur dengan wanita
Tidak tertarik kepada lelaki
Garis panduan itu juga memberi amaran bahawa perhatian segera perlu diberikan kepada anak-anak sekiranya menunjukkan "simptom" berkenaan.

Akhbar Sin Chew Daily menyebut, garis panduan itu diterbitkan oleh Yayasan Guru Malaysia Bhd, Majlis Rundingan Persatuan Ibubapa dan Guru Putrajaya yang mendapat sokongan Kementerian Pelajaran.

Ia dilancarkan dalam satu seminar di Pulau Pinang semalam, lapor akhbar itu.

Seminar mengenai usaha menangani isu lesbian, gay, biseksual dan transgender itu merupakan program anjuran Yayasan Guru Malaysia Bhd dan dirasmikian Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi.

Pulau Pinang merupakan negeri keempat yang mengadakan seminar tersebut selepas Selangor, Kuala Lumpur dan Perak.

Program berkenaan merupakan seminar kesepuluh yang diadakan di negara ini.

Kuliah Ustaz Azhar Idrus Di Kuala Kangsar Cuba Digagalkan

Blog mtdchenderoh.blogspot.com
Sebuah NGO di Kuala Kangsar amat kesal dengan keputusan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang tidak meluluskan permohonan untuk menyewa Dewan Jubli Perak sebagai lokasi kuliah Ustaz Azhar Idrus di Kuala Kangsar yang dijadualkan pada 16 September 2012.

Dewan yang menelan belanja 14.72 juta itu dilihat tempat yang paling sesuai memandangkan ia mampu menampung 5000 tempat duduk di bahagian dalam. Selain daripada itu lokasinya yang strategik di tengah Bandar Diraja Kuala Kangsar. serta mempunyai persekitaran parking yang luas.

Sedangkan di Dewan yang sama inilah Hassan Ali pernah diberi ruang melancarkan produk JATInya.

Tidak dapat dinafikan adanya tekanan politik pihak tertentu yang menyebabkan keputusan tersebut dibuat. Kehadiran Ustaz Azhar Idrus di lihat oleh pihak tertentu akan memberikan impak kepada kesedaran rakyat terhadap Islam yang akan mengancam kedudukan politik mereka yang sudah sedia terancam.

Golongan ini juga sudah sudah pastilah akan bertambah migrin bila melihat lautan manusia akan hadir terutama anak- anak muda dalam majlis tersebut.

Semoga niat suci pihak penganjur ini akan berjaya yang sedang berusaha gigih bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan.

Bos syabas mahu jadi senator saja?

Subky Latif
Orang tanya saya, siapa agaknya calon Menteri Besar Selangor, kiranya Barisan Nasional dapat merampas negeri itu?

Pada saya, calon itu mesti sehebat nama korporat Tan Sri Khalid Ibrahim juga. Setakat Umno akar umbi saja tidak mampu menyaingi kehebatan yang ada pada Tan Sri Khalid

Orang Umno Selangor yang ternama, kaya dan korporat ialah Tan Sri Rozali Ismail, bos Syabas yang bergaji RM400 ribu sebulan itu.

Tetapi, Tan Sri Rozali dikatakan tidak sedia bertanding. Dia dikatakan sedia menerima jawatan sebagai senator saja.

Pertama, pengalaman bertanding itu tidak ada padanya. Dengan kedudukan sebagai orang kaya sekarang, berapalah elaun Menteri Besar yang diharapkan berbanding dengan pendapatan bulanannya.

Kedua, sekalipun BN rasa Selangor dapat ditawan semula, tetapi harapan itu tidak boleh dipercayai sangat. Pengundi di Selangor itu tidak dapat hendak diagak. Tentulah Razali Ismail tidak sedia berdepan dengan suasana 50 – 50.

Kalau ditakdirkan BN kalah dan Razali Ismail menang, adakah dia hendak jadi ketua pembangkang. Sebagai pembangkang di DUN nanti tentulah dia lutu orang kerajaan Pakatan secara berdepan tentang pembolotan harta Qarun yang ada padanya sekarang.

Lalinlah kalau diangkat menjadi senator. Dia tidak perlu jaga kawasan dan sebagai senator dia boleh dilantik jadi menteri seperti menteri air atau macam-macam kemudahan lain.

Tiada yang mustahil.
Tetapi bergantung kalau BN dapat mengekalkan kuasa. Tiada masalah bagi Najib untuk melantikkannya jadi senator.

Kalau Pakatan Rakyat Berjaya menawan Putrajaya, maka peluang bagi Razali jadi senator tertutup. Senator bagi mewakili negeri Selangor ditentukan oleh Pakatan jika Selangor tidak dapat ditawan kembali, dan senator melalui perkenan Yang Dipertuan Agong akan dinasihatkan pula oleh Perdana Menteri baru.

Najib dan BN tidak dapat menentukan lagi.

Jika Tan Sri Razali mahukan jawatan itu, dia mesti dapatkan sekarang sementara Najib masih ada kuasa untuk menentukan senator baru.

Dalam masa beberapa bulan ini didapati sentiasa ada senator baru mengangkat sumpah kerana ia musim senator tamat tempoh. Jika Umno mengira Razali hendak diberi jawatan itu maka ia mesti diberi sekarang.

Kalau ditakdirkan BN kalah dalam PRU 13 ini, kalau Rozali sudah jadi ssenator, maka dia boleh terus jadi senator selama tiga tahun. Jawatan itu tidak lucut dengan kekalahan BN.

Selepas tiga tahun barulah senatorshipnya tamat. Kalau tidak dilantik sekarang, peluang jadi senator itu amat berisko.

Ust Nasha Bakal Bertanding Menentang Dr Hassan Ali Di Gombak Setia?

WFAUZDIN NS
SEMUA kena terima keputusan Majlis Syura PAS iaitu isu Us Nasha tidak perlu dibincangkan sekurang-kurangnya sehingga selepas PRU ke 13 akan datang. Apabila diberitakan lagi bahawa Us Nasha juga di antara yang tersenarai sebagai calon, ertinya beliau mungkin agak selamat sekurang-kurangnya sehingga selesai PRU ke 13 nanti.
Semoga Us Nasha lebih berdisiplin..
Tersenarai sebagai di antara calon belum tentu menjadi calon. Kita pun tidak tahu di kawasan manakah PAS akan mempertaruhkan bekas Timbalan Presiden mereka ini jika beliau terpilih sebagai calon. Buat masa ini beliau adalah Ahli Parlimen Bachok, Kelantan dan difahamkan PAS Bachok sudah serik untuk berwakil rakyatkan Us Nasha lagi. Bolehlah dikatakan Parlimen Bachok bukan lagi tempat untuk beliau di dalam PRU akan datang (jika dicalonkan).

Keputusan PAS untuk tidak membincangkan isu Us Nasha ini boleh dikatakan satu keputusan yang adil dan bijaksana. Adilnya adalah kerana Us Nasha perlu diberi peluang untuk berubah sikap dari seorang yang suka membuat kenyataan yang berlawanan dengan dasar parti kepada ahli parti yang lebih berdisiplin. Peluang ini juga telah diberikan kepada Dr Hassan Ali dahulu, tetapi sikap Dr Hassan Ali yang beranggapan bahawa PAS tidak akan berani bertindak terhadap beliau ternyata silap. Diharapkan Us Nasha tidak berfikiran seperti Dr Hassan Ali.
"Sub Contract" Umno?
Kebijaksanaan PAS yang tidak terlalu fokus kepada isu Us Nasha ini patut juga diberi pujian. Di dalam PAS, Majlis Syura adalah badan yang tertinggi samada disukai atau tidak, semua ahli PAS mesti akur kepada keputusan badan yang dianggotai oleh para Ulamak di dalam PAS ini. Apabila para Ulamak berbincang, sudah pastinya mereka menjadikan Al-Quran atau Hadith sebagai rujukan bagi menyelesaikan masalah. Isu Us Nasha tidak dibincangkan, ertinya tiada nas atau dalil yang boleh menghukum atau membebaskan beliau melainkan PAS merasakan isu beliau terlalu kecil untuk diberikan fokus berbanding dengan isu yang lebih besar bagi menghadapi PRU akan datang.

Justeru itu, hujah Dr Hassan Ali baru-baru ini yang menyebut pengekalan Us Nasha di dalam PAS dan sebagai Ahli Majlis Syura membuktikan bahawa Ulamak di dalam PAS bersetuju dengan bekas Timbalan Presiden PAS itu ternyata meleset. Apabila isunya tidak dibincangkan, di mana datangnya persetujuan atau penentangan? Nampaknya Dr Hassan Ali terlalu kecewa dengan keputusan PAS membiarkan Us Nasha begitu sahaja. Paling kecewa sudah tentu Umno kerana Umno kini kehabisan isu dan modal untuk memburukkan PAS. Dr Hassan Ali mungkin kecewa kerana kempunan untuk menambah keahlian JATI, yang mungkin beliau telah sediakan satu kerusi penting buat Us Nasha jika beliau dipecat dari PAS.

Lupakan isu itu sementara waktu. Sekarang di mana kawasan yang wajar dan baik sekali untuk PAS berikan kepada Us Nasha jika PAS berpendapat beliau masih layak menjadi Wakil Rakyat? Apabila PAS mahu meletakkan calon, sudah pasti PAS mahu menang. Justeru itu, suka dicadangkan agar PAS meletakkan Us Nasha bertanding di kerusi Dun sahaja iaitu di kerusi yang sekarang ini diwakili oleh Dr Hassan Ali, iaitu di Dun Gombak Setia, Selangor. Pada PRU ke 12 yang lalu, Dr Hassan Ali yang bertanding atas tiket PAS telah menang di kerusi ini dengan majoriti 2,797. Ini kerusi selamat buat PAS dan selamat buat Us Nasha jika beliau bertanding di kawasan ini akan datang.

Di kawasan tersebut, PAS pastinya akan berdepan dengan Umno. Adakah Dr Hassan Ali akan turut bertanding mengekalkan kerusi tersebut sebagai calon Bebas? Jika beliau benar-benar anak jantan yang hebat atas kekuatan pengaruhnya, kita yakin Dr Hassan Ali akan mempertahankan kerusi tersebut. Beliau tidak akan berani bersemuka dengan YB Khalid Samad di Parlimen Shah Alam, walaupun di dalam setiap ceramahnya beliau menghentam Ahli Parlimen Shah Alam tersebut sehingga menyeru orang ramai agar jangan memberi walau satu undi pun kepada YB Khalid Samad.

Kita jangkakan, Dr Hassan Ali tidak sebacul itu untuk melarikan diri dari Gombak Setia. Kita mahu saksikan Presiden JATI yang tidak diketahui berapa kerat ahlinya ini menyeru kepada pengundi-pengundi di Gombak Setia jangan berikan walau satu undi pun kepada Us Nasha di kawasan tersebut. Ketika itu, ketaatan dan kesetian kita di Gombak Setia akan diuji. Mungkin ramai yang tidak suka kepada Us Nasha, tetapi apakah mereka akan memilih Dr Hassan Ali atau calon Umno? Jika ditakdirkan Us Nasha menang di situ, ertinya rakyat telah cukup ditarbiyyahkan iaitu parti mesti diutamakan dari individu./
wfauzdin.blogspot.com

Polis terlibat dengan samseng Umno menyerangan bas Jelajah Merdeka Rakyat?

Aedi Asri
KUALA LUMPUR, 12 September: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa polis menjelaskan kehadiran anggota mereka berpakaian preman bersama samseng Umno dalam kejadian serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka Sabtu lalu.
Ia berikutan penahanan serta merta ke atas Penolong Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa insiden melempar cat merah oleh samseng Umno.

Ketika berhadapan serangan samseng, Harizal Zahid ditahan oleh beberapa individu yang berada dalam kumpulan itu.

“Ia menunjukkan polis berpakaian biasa sememangnya berada dalam kumpulan (samseng) sejak awal lagi,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin petang semalam.

Pengerusi KEADILAN Melaka itu mengiringi Harizal memberi keterangan tambahan di balai tersebut.

Kata Shamsul, polis seolah-olah tahu lebih awal tentang rancangan serangan ke atas bas jelajah itu.

“Perkara cukup dikesali…Jika polis mengenakan uniform, (samseng) tentu tidak akan bertindak ganas,” katanya.

Beliau yang juga peguam memaklumkan kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas tuduhan ugutan jenayah.

“Saya juga berharap polis akan buat siasatan secara adil dan jangan tunduk kepada arahan pihak-pihak tertentu yang cuba campur tangan,” katanya.

Semalam, seorang samseng Umno berjaya dikenalpasti oleh peserta jelajah semasa kawad cam dibuat di IPD yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menggesa suspek kes simbah cat kepada bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka agar segera menyerah diri untuk membantu siasatan.

Menurutnya, polis sudah berjaya mengenalpasti suspek terbabit selepas menjalankan siasatan.