"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


16 Tips Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Berhenti Kerja

Tranungkite
Baca pengalaman Noor Hazwani yang dahulunya seorang jurutera, kini sudah menjadi seorang suri rumahtangga sepenuh masa.

16 tips yang dikongsikan dimana 12 adalah untuk isteri dan 4 lagi adalah untuk si suami. Baca penulisannya di bawah:

Dari Facebook Puan Noor Hazwani
Nak share pengalaman sikit macammana boleh berhenti kerja dari jadi engineer ke surirumah.

Langkah-langkah menjadi surirumah sepenuh masa:

1. Bincang dengan suami pasal kewangan keluarga sebab dia y akan tanggung nanti

2. Inform keluarga dan keluarga mertua

3. Setelkan semua hutang kad KREDIT yang ada

4. Cancel semua kad KREDIT

5. Mansuhkan semua expenses bulanan yang tak diperlukan

6. Pastikan ada simpanan 2-3 bulan gaji sebagai BACK UP plan kalau nak buat side income

7. Mentality kena kuat especially kalau minat online shopping. No more online shopping beli barang mengarut2 dan tak perlu.

8. Beli buku masakan sebagai panduan nak memasak hari-hari jika tak pandai masak. Takkan surirumah nak tapau lauk dari luar je kan?

9. Bersedia secara fizikal kerana jadi fulltime housewife sesungguhnya lagi memenatkan.

10. Jangan risau jika takut bosan bila di rumah. Percayalah, 24jam akan terisi dengan kerenah anak-anak.

11. Bersedia dengan suara-suara sumbang yang akan asyik dok mengata rugi belajar tinggi, jadi surirumah, tinggalkan kerjaya, gaji tinggi. Bukan diorang yang tanggung pun. Jadi, abaikan.

12. Jangan lupa kawan-kawan. Nanti sunyi pula takde orang nak bercerita hal-hal dewasa. Asyik cerita Boboiboy, Upin Ipin dengan Pororo je. Hehe..

Persediaan bagi suami

1. Suami kena bersedia dari segi kewangan. Tak perlu mewah. Cukup makan, pakai, insurance, tempat tinggal, setel.

2. Suami kena faham rutin seorang surirumah. Sekali sekala bawalah isteri berjalan-jalan sebagai bonus bekerja 24 jam sehari. Takdelah dia rasa terperap dalam rumah je.

3. Percaya dan yakin, rezeki datang dari Allah. Bukan dari manusia.

4. Sentiasa support isteri dan masih menolong buat kerja rumah.

InsyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar. Pastikan niat betul.

Saya berhenti kerja dengan niat nak anak makin sihat. Tak lagi sakit. Alhamdullillah sejak berhenti, tak pernah lagi sakit teruk sampai kena admitted hospital. Anak pun makin happy. Kita pun happy dapat tengok anak membesar depan mata. Rezeki, alhamdullillah tak pernah putus lagi. Suami faham, keluarga faham.

Bagi yang masih ragu-ragu, bincang elok-elok, buat solat hajat, solat istikarah, minta panduan.

Kadang-kadang bila buat kira-kira, macam tak cukup je duit. Tapi setiap bulan, cukup je duit. Semua tu rezeki.

Sekian.

PANAS!!! Sultan Selangor temuduga Azmin, Iskandar dan Dr. Ahmad Yunus untuk MB

PETALING JAYA: Tiga calon berpotensi bagi mengisi jawatan menteri besar menghadap Sultan Selangor untuk dinilai kesesuaian sebelum diumum sebagai individu yang akan mengangkat sumpah pada Selasa ini.

Tiga calon tersebut ialah pemimpin tertinggi PAS dan Parti Keadilan rakyat (PKR) negeri iaitu Iskandar Samad (Ahli Dewan Undangan (Adun) Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Adun Sijangkang) dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (Adun Bukit Antarabangsa).

Difahamkan, ketiga-tiga calon ini telah menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah secara berasingan di Istana Kayangan, Klang pada awal minggu.

Pertemuan itu merupakan fasa terakhir untuk membuat keputusan terbaik melantik pengganti kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Majlis menangkat sumpah bagi jawatan ini disahkan akan berlangsung pada Selasa dan kad jemputan sudah diedarkan.

Menurut sumber, ketiga-tiga nama ini telah diminta untuk menghadap Sultan bagi membolehkan 'temuduga' dibuat sebelum calon paling layak dari segi personaliti dan kebolehan dilantik ke jawatan berkenaan.

Dimaklumkan dua nama lain yang turut serta dalam pertemuan untuk 'menemuduga' calon terbabit ialah Setiausaha Negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi, penasihat undang-undang negeri Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman dan dua lagi ahli Majlis Diraja Selangor.

Menurut sumber lagi, setiap calon dipanggil menghadap selama lebih satu jam untuk ditemuduga dalam keadaan baik dan mesra.

Ketiga-tiga wakil rakyat ini diberitahu agar bersedia untuk dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Ini bermakna nama calon menteri besar akan diketahui selewat-lewatnya pada Isnin.

Menurut sumber lagi, Azmin dilaporkan telah menemui Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi pada Khamis bagi memaklumkan bahawa beliau 'ditemuduga' oleh Sultan kerana tidak mahu wujud salah faham dalam konflik yang semakin 'berbelit'.

Anwar dikatakan menerima berita ini dengan positif dan bersetuju dengan "masa untuk berubah' - bertentangan dengan dakwaan bahawa PKR dan DAP akan meminta pilihan raya negeri diadakan jika Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah tidak dipilih.

Kedua-dua calon PAS ini adalah antara tiga nama yang diberikan kepada istana bagi mematuhi permintaan Sultan supaya setiap parti dalam Pakatan Rakyat mencalonkan tiga individu untuk dilantik sebagai menteri besar.

Pihak istana kemudiannya berkata, Sultan akan melaksanakan hak untuk memilih menteri besar seterusnya dari senarai yang dihantar PAS atau calon yang tidak dicadang

Pelajar Perempuan Dicabul Empat Lelaki Bertopeng

BERA: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima dilarikan sebelum dicabul empat lelaki bertopeng di sebuah rumah kosong di Kemayan pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 malam itu, mangsa yang berusia 17 tahun bangun dari tidur untuk ke tandas di luar rumahnya sebelum beliau dikepung empat lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bera DSP Zul Haizal Zainal Abidin berkata seorang daripada lelaki itu kemudian menutup mata dan mulut mangsa dengan kain dan melarikannya dengan motosikal.

"Mangsa dibawa ke sebuah rumah kosong kira-kira 500 meter dari rumahnya dan keempat-empat lelaki itu mencabulnya di situ," katanya kepada pemberita disini.

Pelajar itu kemudian ditinggalkan di rumah itu sebelum beliau pergi ke rumah ibu saudaranya pada 4 pagi.

Susulan kejadian itu, ibu saudaranya membuat laporan di Balai Polis Bera pada 8.08 pagi tadi.

Zul Haizal berkata mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Bera untuk rawatan dan polis akan mengambil keterangan bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
-mstar-

MB Selangor: Azmin Ali ‘Hilangkan Diri’ Dari Media?

azmin ali MB Selangor
Shah Alam: TImbalan Presiden PKR, Azmin Ali sehingga kini masih membisu berhubung desas-desus yang mengatakan beliau bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu sebelum ini yang dilihat ‘mesra media’ dilihat ‘menghilangkan diri’ walaupun SuaraTV telah cuba menghubungi beliau berkali-kali bagi mendapatkan maklumbalas berhubung perkara tersebut.

Menurut sumber SuaraTV sebelum ini Azmin dikatakan bakal mengangkat sumpah sebagai menteri besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah hilang sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Malah Bernama, dalam laporannya mengenai majlis angkat sumpah jawatan menteri besar baru Selasa depan, juga menyebut Azmin mungkin pilihan istana tetapi setiausaha sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani enggan mengesahkan perkara itu.

Walaupun tidak mahu membuat spekulasi mengenai siapa yang akan bakal dilantik menerajui negeri ini, seorang pemerhati politik veteran yang dilihat mempunyai hubungan rapat dengan pihak istana, bersetuju bahawa Azmin mungkin calon terbaik untuk tugas tersebut.

“Satu perkara yang pasti, Wan Azizah tidak akan menjadi menteri Besar itu,” katanya.

Istana Selangor sebelum ini mengesahkan Majlis Angkat Sumpah akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang dekat sini.

Kenyataan daripada Istana Selangor itu bakal menandakan berakhirnya krisis berpanjangan jawatan Menteri Besar Selangor.

Beberapa blog sebelum ini mendakwa Timbalan Pesuruhjaya (1) PAS Selangor, Sallehen Mokhyi antara calon yang disebut-sebut bakal dilantik menjawat jawatan tersebut.

Namun beliau yang dikerumuni wartawan sebaik sahaja selesai berucap membahaskan ucapan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar PAS ke-60 di Parit Raja, hari ini menafikan perkara tersebut.

“Bukan, bukan (saya). Kita tidak tahu lagi (nama Menteri Besar Selangor yang baharu). Saya tidak ada maklumat lagi. Isnin pagi atau Selasa akan dimaklumkan. Yang pasti bukan saya,” katanya.

Sallehen juga berkata pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu diharap menjadi jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi kemelut jawatan itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

“Kita berharap ini adalah jalan penyelesaian yang terbaik, sebab kita tiada forum atau ruang yang terbaik kecuali rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat terima pilihan Istana (Selangor),” katanya.

Selain beliau, turut dinamakan sebagai calon pilihan PAS untuk menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar ialah Dr Ahmad Yunus Hairi dan Iskandar Abdul Samad, kedua-duanya exco negeri.

Iskandar juga merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Pada 26 Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah supaya parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan PAS mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu.

Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai.

PKR dan DAP bagaimanapun kekal dengan keputusan mereka mahukan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar yang baharu.

Tindakan kedua-dua parti berkenaan menyebabkan Sultan Selangor amat dukacita.

Susulan kemurkaan baginda itu, PKR dan DAP baru-baru ini menyerahkan sepucuk surat kepada Istana Selangor.

Selain menghantar surat kedua yang tidak diketahui kandungannya itu, pada hari yang sama kedua-dua parti tersebut mengeluarkan kenyataan memohon ampun secara terbuka kepada Sultan Selangor.

Walaupun memohon ampun kepada Sultan Sharafuddin, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tetap mempertahankan tindakan kedua-dua parti itu berhubung calon mereka bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

Krisis politik Selangor tercetus selepas ‘Langkah Kajang’ yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Mac lepas yang bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut selepas gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang apabila mahkamah mendapati beliau bersalah atas pertuduhan liwatnya, lalu isterinya yang juga Presiden PKR bertanding dan memenangi kerusi DUN itu.

Pada 9 Ogos lepas, PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu dan merancang untuk mengangkat Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Sumber Link

PKR mengelupur cubaan terakhir mohon nghadap sultan


Walaupun peluangnya dilihat makin tipis, PKR sehingga ke saat akhir masih berharap istana dapat memilih presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar baru Selangor.

Di samping memohon menghadap sultan Selangor, PKR pada masa yang sama menegaskan sokongan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap Azizah tidak berubah.

“PKR mengambil pendirian bahawa kedudukan sokongan ahli-ahli dewan negeri Selangor seperti yang ternyata sebelumnya menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berubah,” kata setiausaha agungnya Datuk Saifuddin Nasution.

“Oleh yang demikian, PKR merafak sembah memohon limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk mengadap bagi mendapatkan nasihat dan ehsan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam keadaan sokongan majoriti adalah jelas dan tidak berubah.”

Dalam kenyataannya sebentar tadi, Saifuddin berkata, biro politik PKR yang dihadiri semua pimpinan kanannya bermesyuarat hari ini lanjutan perkembangan terbaru berhubung isu pelantikan menteri besar baru Selangor.

“PKR akan terus menjunjung kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan undang-undang tubuh Negeri Selangor yang dinaungi Duli Yang Maha Mulia Tuanku,” katanya.

PKR sebelum ini sudah memohon menghadap sultan tetapi tidak mendapat jawapan positif.

Perkembangan terbaru ini menguatkan spekulasi bahawa Azizah bukanlah pilihan sultan untuk mengangkat sumpah pada istiadat Selasa depan.

Malah, harian berbahasa Inggeris New Straits Times hari ini memetik sumber istana sebagai berkata, menteri besar baru "bukan seorang perempuan".

Sebelum ini, petunjuk-petunjuk sedia ada lebih memihak kepada timbalannya Azmin Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad.

Surat rasmi belum keluar

Sementara itu, Bernama melaporkan, istana Selangor akan mengumumkan nama menteri besar Selangor yang baharu selewat-lewatnya Isnin, secara sebelum istiadat mengangkat sumpah.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

“Bagaimanapun, ia (pengumuman itu) terpulang kepada perkenan Sultan Selangor," beliau dipetik sebagai berkata ketika dihubungi Bernama hari ini.

Munir juga dilapor berkata setakat ini, istana tidak mengutus sebarang surat kepada bakal menteri besar Selangor berhubung perkara itu.

Sebelum ini, beliau menyatakan nama menteri besar yang baharu akan hanya diketahui pada hari majlis angkat sumpah itu.
-malaysiakini-

Siapa yang lantik warga emas pengamal seks songsang jadi imam ni?

KUALA TERENGGANU: Bahana cinta ‘pak imam’, seorang pemuda sanggup dijadikan tempat melampiaskan nafsu songsang seorang imam warga emas di sebuah masjid di Gong Badak, di sini, sejak enam tahun lalu.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 24 tahun itu nekad membocorkan rahsia hubungan mereka kepada pihak berkuasa selepas dipercayai tidak tahan lagi melayan kerenah ‘kekasihnya’ itu yang didakwa sering berlaku curang dengannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, imam yang berusia 66 tahun itu dipercayai bukan pertama kali melakukan seks oral terhadap mangsa, malah boleh dikatakan hampir setiap kali mereka berdating iaitu sejak Januari 2008 lagi.

“Bagaimanapun, mangsa mendakwa kali terakhir suspek melakukan perbuatan terkutuk itu terhadapnya iaitu pada 4 Disember tahun lalu, kira-kira jam 11.30 malam di salah sebuah balai orang awam di kampung berkenaan.

“Suspek dikatakan telah mengambil kesempatan ketika mereka berjumpa memandangkan suasana persekitaran di situ gelap,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Wan Abd Aziz berkata, mangsa mendakwa suspek sebelum ini banyak kali mengulangi perbuatan tersebut terhadapnya, bagaimanapun mangsa nekad membuat laporan polis disebabkan tidak tahan melayan kerenah suspek yang sering berlaku curang terhadapnya.

Jelasnya, siasatan awal mendapati mangsa pernah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada awal tahun lalu, namun bertindak menarik semula laporan tersebut kerana terpedaya dengan janji manis suspek yang ingin berubah.

“Mangsa mendakwa suspek sebelum ini pernah berjanji dengannya yang dia akan menjaga mangsa dengan sebaik mungkin dan tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

“Namun, suspek memungkiri janji tersebut, malah lebih menyebabkan mangsa marah selepas mendapati suspek ada menjalinkan hubungan dengan individu lain,” katanya.

Menurut Wan Abd Aziz, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.
Katanya, usaha mencari suspek kini giat dijalankan.

Jangan terlalu kagum dengan Anwar Ibrahim

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi, mengingatkan Ahli PAS supaya tidak terlalu kagum dengan kepemimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengenepikan pucuk pimpinan parti itu SERTA dasar perjuangan Islam yang didukung selama ini.

“Keputusan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor adalah manifestasi daripada kekecewaan terhadap kepemimpinan Anwar yang meminggirkan rakan komponen Pakatan.

“Pengalaman pucuk pimpinan PAS menentang Barisan Nasional cukup hebat berbanding Ketua Umum PKR itu selain amat mengenali perangai Anwar,” katanya.

Dalam pada itu, Dewan Ulama PAS diminta meneliti sama ada kerjasama politik parti itu dalam pakatan pembangkang perlu diteruskan atau tidak demi mengelakkan fitnah ke atas pemimpin utama parti.

Menurutnya, PAS perlu mengambil penyelesaian terakhir keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya syarat kerjasama itu tidak dapat dipulihkan.
-freemalaysiatoday-

'Haji Hadi dah banyak kali kecil hati dengan Anwar'

KOTA TINGGI: Pentas Muktamar Pemuda Pas ke-55 yang berlangsung di sini hari ini menjadi medan perwakilan untuk menyatakan sokongan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perwakilan dari Pulau Pinang, Muhamad Aiman Shamsul Baharin berkata, ahli Pas telah ditarbiahkan untuk menyatakan kesetiaan kepada pimpinan.

Oleh itu, katanya, adalah tidak wajar sekiranya ahli mengeluarkan kenyataan yang membidas Presiden.

"Ada yang keluarkan kenyataan membabi-buta dan maki hamun Presiden. Adakah ini perangai kita?

"Jika ada yang tidak setuju dengan Presiden, jumpa secara peribadi dengan beliau dan tidak perlu buat surat terbuka. Atau jadikan muktamar sebagai medan lontar pandangan, bukannya di Facebook," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Pas.

Sementara itu, perwakilan Kelantan, Nor Azarizan mempersoalkan sikap segelintir ahli yang dilihat lebih menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding Abdul Hadi.

"Ada yang marah apabila Abdul Hadi buat keputusan yang dianggap bersifat peribadi. Siapa kita nak pertikaikan Abdul Hadi yang selama ini pertahankan Anwar?

"Sebenarnya Abdul Hadi dah banyak kecil hati dengan Anwar yang umum beberapa perkara yang tidak mendapat konsesus PR. Jadi reaksi yang dibuat Abdul Hadi adalah hasil tindakan rakan PR sendiri," katanya.

Manakala, perwakilan Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim mempertikaikan politik budiman yang digagaskan Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat yang dilihat hanya diamalkan untuk menjaga hubungan kepimpinan dalam PR tetapi tidak diamalkan kepada Abdul Hadi.

"Terbukti apabila Ketua Pemuda kita budiman tetapi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) langsung tidak budiman. Apabila dipertemukan dengan Presiden, dia mengeluarkan kata-kata nista yang mengguris hati kita.

"Kita juga minta Ketua Pemuda untuk melihat ke depan dalam kita berfikir mengenai budiman ini sedangkan kita tidak berbudiman dengan Presiden kita sendiri. Saya ikuti perbahasan sejak awal dan menunggu kenyataan Ketua Pemuda menyatakan sokongan padu kepada Presiden Pas secara rasmi," katanya.
-sinarharian-

Perwakilan kurang ajar baca doa kutuk Mat Sabu?


Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.

Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Dua ADUN tersebut sebelum ini menyokong presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor yang baru dalam pengakuan berkanun mereka.

Dalam doanya sepanjang 25 minit itu, Azhari memanjatkan doa agar Mohamad Sabu tidak akan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau juga berkata Saari dan Hasnul ibarat ejen perosak dalam parti itu, dengan memetik perumpamaan “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”.

“Sekarang kita ada dua nila – satu Cap Hulu Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang sangat beracun,” katanya dalam doa itu sambil menadah tangan.

Kebanyakan perwakilan yang bersidang di bawah khemah besar di Parit Salleh Ros, Batu Pahat itu dilihat turut menadah tangan.

Malah, ada juga sebilangan para wartawan yang turut menadah tangan.


Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.


Ia turut menimbulkan kemarahan seorang perwakilan yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.

Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.

“Adakah ini sifat seorang Muslim?,” soalnya sebelum diiring keluar oleh seorang anggota Unit Amal yang turut mematikan mikrofon tersebut.
-malaysiakini-

Hasil kaji selidik 44.5% dakwa Anwar punca kemelut S'gor

Rata-rata rakyat Selangor bersetuju krisis politik di Selangor ketika ini adalah berpunca daripada angkara Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penganalisis Politik Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata hasil kaji selidik pihaknya di 20 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, seramai 2,138 responden berpendapat pilihan raya kecil DUN Kajang pada Mac lepas, yang sengaja dicetuskan PKR, adalah punca berlakunya krisis itu.

"Melalui kaji selidik responden di beberapa kawasan DUN termasuk di Semenyih, Damansara dan Sekinchan, sebanyak 44.5 peratus bersetuju bahawa Anwar mewujudkan satu keadaan iaitu menukar menteri besar Selangor melalui pilihan raya kecil Kajang atau 'Langkah Kajang'.

"Bermula dengan Langkah Kajang, beliau digambarkan mempunyai kecenderungan untuk melebarkan kuasanya dengan meminta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dengan cukup mudah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum 'Kemelut Politik Selangor: Angkara Siapa?' anjuran Majlis Perundingan Melayu di Shah Alam, hari ini.

Ismail yang juga pensyarah kanan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, berkata selain Anwar, responden turut menyalahkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kemelut politik itu.

Beliau berkata rakyat Selangor berpendapat tindakan Abdul Hadi, yang sentiasa berdolak-dalik dalam membuat keputusan berhubung calon menteri besar baharu, menyebabkan kemelut tersebut berpanjangan.

"Hasil kaji selidik menunjukkan sebanyak 17.9 peratus reponden mengakui tindakan Abdul Hadi yang lemah dalam membuat keputusan menyebabkan krisis ini berlaku, manakala 15.2 peratus bersetuju Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail patut dipersalahkan sementara selebihnya berpendapat Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR) sebagai punca," katanya.

Mengulas lanjut mengenai kemelut pertukaran menteri besar Selangor, Ismail berpendapat percaturan yang dibuat PKR untuk menukar menteri besar pada ketika ini adalah tidak tepat.

Beliau berkata sekiranya Abdul Khalid dianggap lemah oleh PKR dalam menerajui Selangor, Abdul Khalid sepatutnya tidak dicalonkan menduduki kerusi menteri besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas.

"PKR sendiri mendakwa Abdul Khalid lemah. Kalau Abdul Khalid lemah, kenapa calonkan beliau sebagai menteri dan Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri) Pelabuhan Klang.

"Apa yang saya lihat, kaedah yang digunakan Anwar dan PKR untuk menukar menteri besar pada waktu ini adalah tindakan yang tidak tepat," katanya.
-Bernama-

Bakal MB Selangor sudah dipanggil menghadap Sultan untuk diinterview

Mohd Sayuti Omar
Bakal MB Selangor baru yang dijadulkan akan mengangkat sumpah memegang jawatan pada 23 September 2014 (Selesa) khabarnya sudah menghadap Sultan Selangor untuk diinterview semalam. Berdasarkan maklumat ini Adun berkenaan berada dalam senarai teratas daripada dua nama lain.

Hal ini disahkan sendiri kepada saya oleh orang rapat Adun berkenaan. Bagaimana pun tidak elok kalau disebut namanya dan biarlah ianya diumumkan sendiri oleh Sultan Selangor.

Sekali lagi ditegaskan tidak kira siapa yang akan dilantik menjadi MB menggantikan Abdul Khalid Ibrahim, semua pihak kena menerimanya demi kesejahtraan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Azmin Menteri Besar Selangor Baru, Anwar buat U-Turn

Menteri besar baru Selangor akan mengangkat sumpah pada jam 10 pagi Selasa depan di Istana Alam Shah, Klang.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Difahamkan, kad undangan untuk upacara itu dilapor sudah dihantar kepada pemimpin-pemimpin negeri, wakil rakyat dan orang-orang kenamaan.

Menurut Mohamad Munir lagi, pilihan menteri besar baru itu akan didedahkan kemudian dan keputusan akhir telah dibuat.

Beliau ketika dihubungi bagaimanapun enggan mendedahkan menteri besar baru itu daripada parti mana.

Istiadat itu difahamkan akan diadakan di Balairong Seri istana dan tetamu undangan dikehendaki memakai pakaian kebangsaan dan bersongkok hitam.

Bernama melaporkan, mereka difahamkan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Azmin Ali calon yang bakal mengangkat sumpah jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor itu.

Namun, lapor agensi berita nasional, ketika diminta mengulas perkara itu, Munir enggan mengesahkannya.

Sementara itu, PKR dan DAP Selangor ketika dihubungi Malaysiakini berkata mereka masih tidak tahu menahu berhubung siapakah calon pilihan sultan itu.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan timbalannya Azmin Ali juga ketika dihubungi berkata mereka masih belum menerima undangan ke istiadat itu daripada pihak istana.

Ditemui di Muktamar PAS di Johor hari ini, exco Selangor daripada PAS Sallehen Mukhyi enggan mengulas berhubung spekulasi sekitar calon berpotensi.

Nama-nama dilihat berpotensi setakat ini termasuk Azmin, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok daripada PKR Ijok rep Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad dan ADUN PAS Sijangkang Yunus Hairi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan seorang lagi exco PAS Iskandar Samad berkata mereka tidak menerima apa-apa jemputan berhubung majlis pelantikan itu.

Mustafa berkata PAS pusat memutuskan bahawa jawatan tersebut adalah kerusi yang di berikan kepada rakan sekutunya, PKR.

"Saya tidak dengar apa-apa, saya tak tahu apa-apa. Saya tidak boleh komen perkara yang saya tidak tahu," katanya sambil tidak mahu membuat andaian jika calon PAS dilantik ke jawatan itu.

"Terserah kepada sultan. Memang kita tidak boleh (masuk campur), sebab dia (Sultan) kuasa prerogatif dia. Dan biasanya kita sudah mengalami banyak negeri macam tu. Suka tak suka, tak tahulah.

"Semua kena terima bukan sahaja PAS," katanya bagi menjawab soalan sama ada PAS bersetuju dengan keputuan sultan selepas ini.

Mengulas perkara yang sama, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata: "Kita tetap dengan keputusan 7 September."

Laporan tambahan oleh Abdul Rahim Sabri dan Nigel Aw.

MB Selangor: Mat Sabu Tolak, Mustafa Ali Terima Jika PAS Dilantik

BATU PAHAT: PAS tetap dengan pendirian parti itu untuk menolak sekiranya Istana Selangor memperkenan melantik wakil rakyatnya sebagai menteri besar baharu.
Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, PAS konsisten dengan pendirian yang dibuat pada mesyuarat 7 September lalu berhubung jawatan kerusi panas itu.

"Kita tetap dengan keputusan bahawa kerusi itu milik PKR (Parti Keadilan Rakyat). Kita akan tolak," katanya ketika ditemui pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai perkembangan terbaharu apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk melantik menteri besar yang baharu pada Selasa ini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan majlis mengangkat sumpah menteri besar baharu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang.

Mengulas lanjut Mohamad berkata, sekiranya istana tetap memilih wakil rakyat PAS, beliau menjangkakan kerajaan pimpinan PAS di Selangor tidak akan bertahan lama.

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun memberi reaksi berbeza berhubung perkembangan terbaharu itu.

Katanya semua pihak perlu menerima keputusan Istana Selangor dengan terbuka.

"Dalam konteks ini (jika sultan pilih wakil rakyat PAS), jika sultan sudah buat keputusan...kita terima. Bukan sahaja PAS tapi semua (termasuk PKR dan DAP)," katanya.
-mstar-

Azmin sedang buat persiapan?

Minggu depan, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mungkin mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor, menggantikan seteru politiknya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Apabila PAS mula-mula mencadangkan namanya, di tengah-tengah spekulasi yang bertiup kencang bahawa istana tidak bersetuju dengan pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ada yang meramalkan yang tuah itu akan memihak kepada Azmin.

Malah Bernama, dalam laporannya mengenai majlis angkat sumpah jawatan menteri besar baru Selasa depan, juga menyebut Azmin mungkin pilihan istana tetapi setiausaha sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani enggan mengesahkan perkara itu.

Walaupun tidak mahu membuat spekulasi mengenai siapa yang akan bakal dilantik menerajui negeri ini, seorang pemerhati politik veteran yang dilihat mempunyai hubungan rapat dengan pihak istana, bersetuju bahawa Azmin mungkin calon terbaik untuk tugas tersebut.

"Satu perkara yang pasti, Wan Azizah tidak akan menjadi menteri Besar itu," katanya kepada Malaysiakini.

Pendirian PKR dan Anwar Ibrahim yang tetap bertegas untuk mengemukakan hanya nama Wan Azizah, dengan memetik konvensyen, telah dua kali tidak disenangi pihak istana.

Dalam teguran pertama, pihak istana menyifatkan PKR dan DAP sebagai engkar dan "merupakan perbuatan derhaka" kepada baginda. Parti-parti tersebut kemudiannya telah memohon maaf.

Hari ini, istana sekali lagi menegur Anwar, dan mengingatkannya supaya tidak mencemarkan imej sultan dan mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai isu yang menteri Besar.

Hari ini, istana Selangor sekali lagi mengingatkan Anwar agar tidak membuat kenyataan yang mengelirukan masyarakat atau menjejaskan imej Sultan Selangor dalam isu calon menteri besar baru negeri itu.

Dan hari ini Anwar sekali ini memohon ampun daripada Sultan Selangor sekiranya ada kekhilafan yang berlaku.

Dengan dua teguran yang diikuti dengan pemohonan maaf kemudianya, ia dilihat 'berisiko' untuk Anwar menolak pilihan istana sekiranya sultan melantik Azmin.

Kebuntuan berhubung isu jawatan menteri Besar itu turut menegangkan hubungan dan menyebabkan berlaku perpecahan dalaman PAS.
-malaysiakini-

Pemuda hingusan yang boikot Mat Sabu jadi malu bila ditanya 'Siapa kamu nak boikot Mat Sabu?'

Perwakilan Kuala Krai Zulkifli Yacob mahu Jawatankuasa Pemerkasaan Parti supaya menyiasat dan mengambil tindakan terhadap sekumpulan perwakilan Pemuda yang memboikot ucapan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dua hari lalu.

"Jika benar ia berlaku, ambil tindakan (terhadap) Pemuda negeri (yang terlibat).

"Diberi alasan ambil wuduk (untuk solat asar), wah, alimnya mereka! Itu jawapan politik. Tidak pernah berlaku dalam parti.

"Jangan jadi isu-isu (tertentu) untuk melaga-lagakan pemimpin kita. Tak kira ulama atau profesional kerana mereka adalah pemimpin kita," kata Zulkifli ketika mempersoalkan berhubung laporan tahunan Muktamar PAS 2013.

Tindakan beliau itu mengundang campur tangan Pengerusi Tetap Hussein Ismail yang meminta beliau tidak mengulas panjang memandangkan sesi itu berkaitan perkara teknikal yang berbangkit dalam laporan tahunan.

'Siapa kamu nak boikot Mat Sabu?'

Bagaimanapun, Zulkifli memohon tempoh selama dua minit untuk beliau menghabiskan ucapan dan pertanyaannya.

"Jangan setengah pemimpin kita wala' (setia), dan pemimpin lain kita tak wala'. Saya tidak ada kepentingan apa-apa dengan beliau, tapi saya sokong beliau atas dasar beliau pemimpin kita.

"Beliau banyak jasa, siapa kamu (untuk boikot beliau)," kata Zulkifli.

Pada Muktamar Pemuda PAS dua hari lalu, dipercayai perwakilan Pemuda antaranya daripada Pahang, Terengganu dan Selangor keluar Dewan Chon Moi sewaktu Mohamad memulakan ucapan perasmian sayap parti itu.

Ada antara mereka memakai baju rompi hitam yang bertulis : "Kami bersama presiden dan Majlis Syura Ulama".

Tindakan kumpulan itu dipercayai keputusan Mohamad yang tidak dilihat mempertahankan Abdul Hadi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kemudiannya menjelaskan bahawa perkara itu adakan dijawab oleh pengerusi jawatankuasa yang terlibat - Salahudin Ayub - dalam ucapan penggulungan.
-malaysiakini-

Dua Pilihan Mungkin Dilakukan Anwar

Tranungkite

Facebooker pro Tan Sri Khalid Ibrahim, archidea.cronixx meletakkan dua kaedah yang bakal dilakukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan krisis politik Selangor.


Pertamanya, mengarahkan barisan peguamnya untuk menyaman Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu tersebut.

“Anwar Ibrahim baru sahaja mengarahkan beberapa peguam dalaman PKR beliau untuk mengambil tindakan susulan mahkamah menghentikan dan membatalkan hak-kuasa Sultan Selangor keatas Perlantikan Tuanku Sultan keatas Jawatan Menteri Besar Negeri Selangor.

“Dalam waktu yang sama menzahirkan kononnya ingin menerima dan berdamai dengan Tan Sri Khalid agar dilihat kononnya Rakyat dan ahli PKR akan bersangka baik terhadap beliau TETAPI dalam waktu yang sama mengarahkan para peguam PKR menjustifikasikan satu saranan undang-undang agar Tuanku Sultan Selangor disamam dan tidak menggunakan hak imuniti Baginda sebagai Tuanku Sultan.

“Dan Anwar ni arahkan PKR dan Pakatan Rakyat yang ambil tindakan susulan kes ni ke mahkamah

“Dia akan berpura-pura kononnya tak tahu-menahu,” dedah archidea.cronixx

Keduanya, Khalid dipujuk semula menyertai PKR dan dikekalkan sebagai MB Selangor.

Archidea.cronixx yang memetik sumber bnbbc.my mendedahkan terdapat satu usaha yang diketuai Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedang memujuk Khalid agar kembali kepada PKR.

“Itu cerita panas sejak semalam apabila PKR dikatakan semakin buntu mencari penyelesaian kemelut jawatan Menteri Besar Selangor dan khuatir Adun PAS yang akan mendapat perkenan Sultan Selangor menggantikan Khalid.

“Sumber rapat dengan Khalid memberitahu, Presiden PKR itu mahu Khalid yang dipecat dari parti bulan lalu kembali kepada PKR dan kekal sebagai Menteri Besar.

“Khalid bagaimanapun tidak merayu pemecatannya itu.

“Wan Azizah dikatakan menggunakan kedudukan beliau sebagai Presiden parti hubungan rapat beliau dengan Khalid sebelum ini untuk memujuk Adun Bebas Pelabuhan Klang itu.

“Selain khuatir Adun PAS dilantik menteri besar, Wan Azizah dikatakan turut bimbang kemungkinan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali dan beberapa Adun parti itu akan menyokong calon PAS sebagai menteri besar selepas perkenan Sultan Selangor.

“Difahamkan, tiga Adun PKR yang diketahui rapat dengan Azmin bersedia memberikan sokongan kepada Adun PAS jika dilantik sebagai menteri besar,” lapor portal itu.

Wan Azizah dilaporkan juga turut khuatir jika Azmin sendiri akan dilantik sebagai Menteri Besar.

The Malaysian Insider melaporkan Dewan Ulama ‎PAS hari ini menegaskan bahawa mereka mahu Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor kerana percaya beliau tidak bersalah atas tuduhan dilemparkan terhadapnya.

Ketua Dewan PAS Ulama Datuk Ahmad Yaakub turut memberi dua alasan mengapa PAS tidak boleh bersetuju dengan cadangan Pakatan Rakyat (PR) yang mahu Khalid digantikan dengan Wan Azizah.

Ahmad berkata Wan Azizah tidak sesuai menjadi menteri besar dan menegaskan “Langkah Kajang” untuk meletakkan beliau sebagai menteri besar adalah membazirkan duit rakyat.

Sumber Link

Nurul Izzah Geli Lihat Orang PAS - Sayuti Omar

AbuYa
Hina benar persepsi Nurul Izzah kepada para pemimpin PAS. Nurul Izzah berterus terang yang dia geli, benci dan jijik melihat wajah-wajah pemimpin PAS.

Aku masih ingat lagi semasa papanya difitnah orang PAS yang mengajar dia bercakap di atas pentas wlaupun dia sekadar boleh cakap papa saya.. papa saya...

'Wajah-wajah yang menggelikan' itulah sebenarnya yang telah menyelamatkan keluarganya. Meletakkan mereka pada kedudukan sekarang, setelah mereka ditolak oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Yang berada di belakang mereka, yang menjunjung, bahkan sanggup melakukan penipuan, pembohongan, malahan memutarbelitkan fatwa-fatwa agama semata-mata untuk seluruh keluarga Anwar Ibrahim termasuklah Nurul Izzah sendiri.


Pada tahun 1998, kalau bukan kerana para pemimpin PAS yang 'menggelikan' itu campur tangan, besar kemungkinan Nurul Izzah hanyalah seorang anak Anwar Ibrahim yang tidak terkenal dan tidak akan memperolehi jawatan sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai.


Kalau bukan kerana 'pemimpin-pemimpin PAS yang menggelikan' itu, PKR tidak akan wujud, Wan Azizah tidak boleh berlakon dengan kipas Cina dan sarung tangan putih atau sesekali mengalirkan air mata untuk mendapatkan simpati.

Bahkan tanpa para pemimpin PAS 'yang menggelikan' itu, PKR tidak akan ada kerusi walau sebuah pun di Parlimen mahupun di DUN-DUN seluruh Malaysia.

Jenis tidak sedar diri dan mudah lupa diri kerana beranggapan DAP yang membantu mereka, membuatkan Nurul Izzah mudah memandang jijik kepada mereka yang telah menghulurkan bantuan dan sokongan kepadanya seisi keluarga.

Itulah sikap PKR terhadap PAS yang patut dibincang dalam Muktamar ke-60 nanti. Jangan kata saya menghasut.. sebab Hisham Rais suruh menghasut.

Sumber FB

PANAS!!! Wan Azizah sedang pujuk Khalid kembali kepada PKR?

Betulkah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini sedang memujuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kembali kepada PKR?
Itu cerita panas sejak semalam apabila PKR dikatakan semakin buntu mencari penyelesaian kemelut jawatan Menteri Besar Selangor dan khuatir Adun PAS yang akan mendapat perkenan Sultan Selangor menggantikan Khalid.
Sumber rapat dengan Khalid memberitahu, Presiden PKR itu mahu Khalid yang dipecat dari parti bulan lalu kembali kepada PKR dan kekal sebagai Menteri Besar.

Khalid bagaimanapun tidak merayu pemecatannya itu.

Wan Azizah dikatakan menggunakan kedudukan beliau sebagai Presiden parti hubungan rapat beliau dengan Khalid sebelum ini untuk memujuk Adun Bebas Pelabuhan Klang itu.

Selain khuatir Adun PAS dilantik menteri besar, Wan Azizah dikatakan turut bimbang kemungkinan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali dan beberapa Adun parti itu akan menyokong calon PAS sebagai menteri besar selepas perkenan Sultan Selangor.

Difahamkan, tiga Adun PKR yang diketahui rapat dengan Azmin bersedia memberikan sokongan kepada Adun PAS jika dilantik sebagai menteri besar.

Keputusan itu bersandarkan kepada prinsip mematuhi titah dan perkenan Sultan Selangor yang melantik menteri besar dan DAP juga dikatakan akan berbuat demikian kerana tidak mahu dianggap derhaka kepada Sultan.

Turut dikhuatir Azmin sendiri akan dilantik sebagai Menteri Besar.

Umum maklumkan, Khalid dan Wan Azizah dikatakan tidak mempunyai hubungan baik sebelum ini.

Dengan Khalid diterima semula dalam parti, PKR kekal menguasai kerajaan Selangor.

Lagipun, PAS sendiri tidak ada masalah jika Khalid terus kekal sebagai menteri besar berdasarkan pendapat Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didedahkan kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad dalam pertemuan ketua-ketua Pemuda Pakatan Rakyat (PR) dengan Presiden PAS itu.

Semua pihak kini sedang menunggu keputusan Sultan Sharafuddin mengenai pengganti Khalid selepas PKR,DAP dan PAS selesai menghantar nama-nama calon pada 3 Sept lalu.

Khalid sudahpun menyembahkan surat memohon perkenan meletak jawatan sebagai menteri besar tetapi Sultan Selangor menolaknya sehingga pengganti Khalid dilantik.–bnbbc.my

Gambar warga Bangladesh bertukar jadi orang minyak

Pekerja warga Bangladesh ini bertukar menjadi orang minyak selepas terjatuh dalam tangki berisi cecair tar.
Pekerja warga Bangladesh ini bertukar menjadi orang minyak selepas terjatuh dalam tangki berisi cecair tar.
KUALA BERANG: Malang tidak berbau! Seorang pekerja warga Bangladesh bertukar menjadi orang minyak selepas terjatuh dalam tangki minyak berisi cecair tar, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa seorang pekerja di sebuah kuari di daerah ini terpaksa berendam dalam takungan cecair tar itu selama 20 minit sebelum berjaya diselamatkan setelah jeritannya didengari rakan sekerjanya.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa yang berusia 30-an sedang melakukan kerja penyelenggaraan bagaimanapun ketika cuba mengambil peralatannya yang terjatuh ke dalam tangki berisi cecair tar tersebut dia tergelincir dan turut tercampak ke dalam tangki.

Menurut sumber, mangsa menjerit meminta tolong beberapa lama sebelum pekerja lain menyedari kejadian itu dan berusaha membantu mengeluarkan mangsa.

“Pekerja warga Bangladesh ini dibawa keluar menggunakan tali yang diikat pada sebuah jengkaut kerana usaha awal membantu dengan cuba menariknya ke atas tidak berhasil.

"Ketika dia berjaya ditarik keluar, dia begitu keletihan SERTA tidak bermaya. Malah, seluruh tubuhnya dipenuhi tar seperti orang minyak," katanya.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Pegawai Bomba Salim Mansor berkata, pihaknya turut menerima panggilan berhubung kejadian itu yang memaklumkan ada seorang lelaki terjatuh dalam tangki minyak.

“Pihak kami menerima panggilan jam 10.02 pagi dan bergegas ke tempat kejadian menaiki sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota.

"Sebaik tiba di sana didapati mangsa telah dibawa keluar oleh rakan sekerjanya daripada tangki tersebut," katanya.