"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Sokongan Sultan Johor tidak akan pulihkan UMNO - Zam

zam-johor-umnoPETALING JAYA: Kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang cuba mengaitkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar tidak akan dapat memulihkan keyakinan orang Melayu dan mengembalikan sokongan mereka kepada UMNO.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menegaskan cerita parti itu ditubuhkan di Istana Besar, Johor Bahru tidak akan dapat membangkitkan semangat nasionalisma di kalangan orang Melayu.

“Orang Melayu berkongsi sentimen Sultan Johor ini namun cerita UMNO ditubuhkan di Istana tidak lagi akan dapat membangunkan nasionalisme mereka kerana dilindungi oleh timbunan RM2.6 billion yang lebih mahal dari harga sebuah Istana,” katanya ketika memberi komen di blognya sendiri, zamkata.blogspot.com.

Tempelaknya lagi, rakyat yang menilai merasakan diri mereka terlalu diperbodoh dengan pelbagai sandiwara oleh orang UMNO yang berajakan wang.

Bahkan kenyataan Zahid yang dilihat cuba mencari sokongan dengan mengaitkan kenyataan Sultan Johor bahawa hanya UMNO yang dapat menyelamatkan orang Melayu bukan cerita baru.

“Saya percaya semua sultan dan juga seluruh orang Melayu malah bukan Melayu pun berada dalam keyakinan ini tetapi masalahnya ialah orang Melayu dan bukan Melayu tidak percaya bahawa Najib akan dapat menyatukan Melayu kerana telah terbukti bahawa pentadbirannya bukanlah pentadbiran yang cekap, bersih dan amanah seperti yang dijanjikan,” tulisnya.

Dalam ulasan yang sama, Zam meminta Zahid supaya bermuhasabah terhadap apa yang dialami UMNO sekarang.

Katanya, krisis keyakinan orang Melayu terhadap parti itu amat teruk.

“Kehilangan keyakinan ini sangat teruk dan jika Zahid sedang berdiri di hadapan Gunung Kinabalu yang sedang runtuh maka beliau akan dapat berkongsi ketakutannya dan kesedihannya.

“Beliau akan dapat melihat kepingan UMNO yang sedang lekang dan terhakis satu demi satu,” katanya.
-fmt-

Siaran Langsung Pelancaran GHB Kedah

http://dpedasfm.blogspot.com/


http://pedasfm.blogspot.com/


Jururawat kongsi pengalaman pelik

London: Seorang jururawat bernama Poppy Ward, menceritakan pengalaman pelik dalam blog akhbar Guardian, Ward menyatakan dia tidak akan melupakan satu kes lucu yang pernah dialaminya sendiri ketika mula-mula berkhidmat di sebuah hospital.

Ward berkata, kes tersebut melibatkan seorang wanita pertengahan usia. Ketika melihat pesakit tersebut, dia berfikir kes yang ditanganinya itu senang sahaja, tetapi malangnya Ward tersilap.

Pesakit wanita tersebut kelihatan kebingungan dan cara dia berjalan juga agak pelik.

Apabila ditanya, pesakit itu memberitahu dia sedang bermain dengan permainan dinosaur milik anak lelakinya dan kemudian ia tersangkut.

“Ia sebenarnya adalah T-Rex,’’ kata pesakit wanita itu.

Rupa-rupanya, kata Ward, mainan itu tersangkut di alat sulit wanita berkenaan dan dengan menggunakan pengepit serta forcep, dinosaur itu akhirnya berjaya dikeluarkan.

“Saya kemudian menasihatinya supaya tidak memasukkan sebarang alat mainan kanak-kanak ketika melakukan aktiviti seks.

“Tetapi jika dia memilih untuk bermasturbasi dengan dinosaur, saya cadangkan dia beli sendiri dan meletakkan kondom atau mengikat kaki mainan itu dengan tali,’’ kata Ward.

Selepas pesakit itu beredar, dia dan doktor yang bertugas, Dr. Ray telah ketawa berdekah-dekah.
-kualalumpurpost-

Kisah benar: Gelandangan itu rupanya bapa kandungku!

Gelandangan itu rupanya bapa kandungku!
Gelandangan itu rupanya bapa kandungku! Foto bapa Diana ketika menjadi gelandangan. Gambar Kecil: Diana dan bapanya yang kian pulih

SIAPA sangka setelah 10 tahun mengambil gambar gelandangan, seorang wanita akhirnya menyedari salah seorang daripadanya adalah bapanya yang telah lama terpisah.

Diana Kim merupakan seorang jurugambar yang dipertanggungjawabkan untuk mengambil gambar gelandangan di sekitar kawasan Hawaii.

Setelah 10 tahun melakukan pekerjaan itu, Diana menyedari bahawa salah seorang gelandangan tersebut adalah bapa kandungnya yang terpisah sejak dia berusia 8 tahun selepas kedua ibu-bapanya bercerai.

Melalui blognya, homelessparadise.com, Diana berkata, dia bertemu bapanya ketika mengambil gambar di sekitar Honolulu pada tahun 2012, dan kemudian dia menyedari bapanya adalah di kalangan gelandangan yang tinggal di kawasan berkenaan.

“Dia menghidap penyakit schizophrenia dan selalu bergaduh dengan seseorang yang tak wujud.” katanya.

Tambah Diana, sebelum ini, neneknya pernah memaklumkan kepadanya mengenai kesihatan mental bapanya yang merosot namun tiada siapa yang mengetahui di mana bapanya itu tinggal.

Selepas bertemu semula dengan bapanya itu, Diana mencuba sedaya upaya untuk mendekati dan memberikan bantuan kepada bapanya itu walaupun bapanya itu enggan.

Bagaimanapun selepas bapanya mendapat serangan jantung pada tahun 2014, dia akhirnya bersetuju untuk dirawat.

Setelah menjalani beberapa siri rawatan, bapanya kini kembali pulih dan menjalankan kehidupan normal.
-sinarharian-

1MDB: Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan dedah kenapa serah bukti kepada pejabat Peguam Negara Switzerland

PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mempertahankan tindakannya membuat aduan dan menyerahkan semua bukti yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pejabat Peguam Negara Switzerland.

Tegasnya beliau mempunyai lokus standi yang kukuh untuk mendapatkan campur tangan pihak luar membabitkan skandal syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.

"Kes skandal 1MDB ini dananya bergerak dan hilang melalui beberapa buah negara.

"Jadi saya mempunyai hak serta lokus standi untuk membuat laporan polis di negara-negara tersebut," katanya menerusi posting terbaharu di Facebook pada Jumaat malam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa cadangan sesetengah pihak yang mengundang campur tangan luar untuk menyelesaikan skandal 1MDB adalah tidak masuk akal.

Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) itu berkata, pihak yang tidak berpuas hati dengan perkembangan penyiasatan 1MDB tidak boleh terlalu emosi sehingga terdesak cuba menggunakan pihak luar.

Mengulas lanjut Khairuddin mengemukakan cabaran untuk berdebat dengan Abdul Rahman berhubung skandal 1MDB.

"Anjurkan perdebatan saya dengan Rahman Dahlan mengenai kes 1MDB. Syaratnya ia mesti disiarkan secara terus-menerus melalui mana-mana stesen televisyen agar rakyat boleh hakimi siapa bercakap benar dan siapa kaki penipu," katanya.

Sebelum ini Khairuddin pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BN) kerana mendakwa berlaku ketirisan dalam pentadbiran 1MDB.

Bagaimanapun beliau kecewa dengan maklum balas yang diberikan agensi berkenaan.
-mstar-

Khurafat Di Musim Haji

Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Sesetengah kita pula yang ingin berangkat ke Mekah mempunyai berbagai kepercayaan yang bukan-bukan. Ada yang menganggap bahawa jika seseorang yang hendak pergi haji itu sudah berada dalam kenderaan, dia tidak boleh berpatah balik jika ada barang yang tertinggal. Nanti kononnya akan mati di Mekah dan tidak pulang ke rumahnya lagi. Percayaan ini adalah khurafat.
Jika ia benar, alangkah beruntung seseorang yang meninggal dalam perjalanan melaksanakan ibadah!!. Ada pula yang menganggap bahawa ada upacara khas berangkat ke haji. Maka seseorang tidak boleh berangkat sehingga upacara ‘bawa turun’ ke Mekah diadakan. Padahal Nabi s.a.w dan para sahabah yang berangkat dari Madinah ke Mekah ketika itu tidak pernah melakukan upacara itu semua. Apa yang baginda ajar adalah doa dan adab-adab musafir.

Seseorang yang menunaikan haji perlu faham teras-teras akidah secara jelas. Jika tidak, dibimbangi mereka tersasar. Bukan sedikit yang kita lihat jamaah haji sesetengah negara yang mengusap batu, bukit dan apa sahaja binaan di Mekah dan Madinah yang menimbulkan kekaguman dalam jiwanya. Bahkan dahulu sebelum telaga Zam-Zam ditutup seperti sekarang, saya pernah melihat ada mengusap-usap binaan moden sekeliling telaga berkenaan. Ada pula yang semasa tawaf cuba mengoyak kelambu (Kiswah) Kaabah kononnya untuk disimpan kerana ada keajaibannya.

Mereka lupa kelambu tersebut adalah tenunan zaman sekarang yang selalu ditukar ganti. Kilangnya ada di Mekah dengan berbagai peralatan canggih. Mengoyak kelampu tersebut bererti memusnah harta awam dan mencuri. Apakah jenis keberkatan yang mereka cari dari barangan curi dan khianat?.

Perkara seperti ini jika tidak dikawal Dunia Islam akan hanyut seperti sesetengah ajaran tarekat dan syiah yang mempertuhankan segala unsur yang mereka kagumi, termasuklah mempertuhankan guru-guru atau imam-imam mereka. Sebab itu Saiyyidina Umar memerintahkan agar ditebang pokok yang pernah Rasulullah s.a.w dan para sahabah melakukan baiah (ikrar setia) al-Ridwan di bawahnya, kerana orang ramai mula datang dan bersolat di tempat tersebut. (lihat: Ibn Hajar, Fath al-Bari, 11/490, Beirut: Dar al-Fikr). Bimbang berlakunya fitnah dalam akidah, warisan sejarah berharga pun terpaksa dihapuskan.

Siaran Langsung Pelancaran GHB Terengganu

http://dpedasfm.blogspot.com/

http://pedasfm.blogspot.com/

Sila tangkap Dr Mahathir dan Muhyiddin

Syed Rosli Jamalullail
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya sudah boleh ditahan dibawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan.
Kenyataan Dr Mahathir dalam blog dan sidang media beliau terlalu banyak tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas terhadap perdana menteri, 1MDB, wang derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, serta kerajaan, menyebabkan rakyat menjadi keliru.

Beliau juga boleh dikatakan menghasut rakyat supaya membenci dan menyumbang kepada ketidakstabilan ekonomi dan politik negara. Ini cukup membahayakan negara dan perdana menteri Malaysia.

Muhyiddin pula di setiap mesyuarat Umno Bahagian yang beliau rasmikan masih menbangkit perkara sama, iaitu seakan cuba menghasut ahli-ahli Umno bangkit melawan kerajaan di bawah pemerintahan Najib, perdana menteri Malaysia yang sah.

Tuduhan dan tohmahan daripada bekas perdana menteri dan timbalan perdana menteri ini amat merbahaya kepada negara. Ia perlu dihentikan daripada memberi kesan buruk kepada negara secara amnya.

Tindakan perlu diambil segera oleh pihak polis bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan negara.

Mereka berdua ini sudah sepatutnya ditahan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan segera.

Walaupun penerangan dan penjelasan sudah diberi, serta jawapan sudah tercalar, namun Dr Mahathir dan Muhyiddin masih membuat tuduhan dan tohmahan berniat menghasut membenci kerajaan di bawah pemerintahan Najib.

* Syed Rosli Jamalullail merupakan ketua penerangan Umno cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan, Selangor.

Husam ganti Anwar peneraju PR 2.0

Mohd Azhar Abd Rahman
Nama Husam Musa tidak asing lagi bagi kebanyakan rakyat di Malaysia. Pandangan dan sentuhan ahli politik ini dalam memperkatakan sesuatu isu sering dinanti dan menjadi perhatian pihak media. Terbaru beliau mengajukan persoalan berkaitan kelulusan pembalakan kawasan di hutan simpan Ulu Sat yang terlibat dengan laluan lebuh raya rakyat.
Namun, dalam kerancakan rakyat Malaysia membincangkan ketidaktentuan politik negara kini, kita jarang mendengar kritikan dan ulasan terus daripada beliau sejak akhir-akhir ini.

Khabarnya kesihatan beliau kurang baik tetapi sudah beransur pulih dan sedang menunggu masa sesuai untuk membuat penampilan semula. Mudah-mudahan Allah kurniakan kesihatan yang baik kepadanya.

Lontaran Husam ganti Datuk Seri Anwar Ibrahim ini bukanlah untuk mengenepikan tokoh besar ketua Umum PKR dalam mengepalai gagasan pembangkang dalam berdepan Barisan Nasional. Namun persediaan mencari pengganti Anwar harus difikirkan bagi meneruskan perjuangan bersepakat parti-parti pembangkang ketika ini.

Persediaan ini juga menjadi keutamaan bagi seluruh pengundi di Malaysia untuk melihat siapa yang bakal menjadi kata pemutus dalam setiap isu yang berlaku melibatkan pakatan parti-parti pembangkang. Kita tidak mahu idea yang bukan-bukan, seperti separuh penggal orang lain jadi ketua dan separuh penggal lagi orang lain.

Husam merupakan salah seorang pimpinan PAS yang berperanan dalam mengarus perdanakan perjuangan PAS. Terlibat secara aktif dalam PAS sejak zaman mahasiswa mematangkan beliau dalam dunia politik. Rekod beliau tidak perlu dipertikai meskipun terdapat berbagai-bagai tohmahan yang merencatkan perjalanan politik beliau sehinggalah tersingkir dalam saf kepimpinan PAS Pusat dalam Muktamar PAS pada Jun lalu.

Melalui ulasan beliau pada tanggal 3 Syawal lalu, Husam kelihatan berminat untuk bersama dengan barisan GHB bagi menjadi wadah baru memperjuangkan prinsip “Islam rahmat untuk semua”. Perkembangan ini sangat positif bagi sebahagian besar penyokong beliau.

Ramai pendokong yang sefikrah dengan GHB mengharapkan Husam dapat bersama dengan pasukan GHB yang bakal membentuk sebuah parti baru dalam masa terdekat. Dengan adanya Husam, pengalaman beliau dalam pentadbiran negeri Kelantan adalah sangat berharga untuk dimanfaatkan.

Berdasarkan perkembangan tersebut, adalah sesuatu yang sangat baik sekiranya Husam diangkat pada kedudukan yang membolehkan beliau menjadi nakhoda kepada gerakan Pakatan Rakyat 2.0 bagi meneruskan perjuangan rakyat yang selama ini dikepalai Anwar.

Dalam banyak hal yang membabitkan PAS dan DAP sebelum ini, Husam dilihat bersederhana dan mementingkan kesepakatan dalam meneruskan tekanan kepada BN daripada bercakaran yang tidak mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua pihak. Namun tidak dinafikan, dengan kedudukan beliau sebagai naib presiden pada ketika itu tidak memberi banyak kesan dalam setiap apa yang cuba dilakukan beliau.

Pada muktamar yang lalu beliau mendapat pencalonan sebagai Presiden yang menggambarkan terdapat sokongan di peringkat akar umbi untuk melihat beliau diletakkan sebagai orang penting dalam PR tetapi beliau menolak pencalonan tersebut atas beberapa faktor. Meskipun jumlah pencalonannya tidak setanding Datuk Seri Abdul Hadi Awang namun hasrat untuk ‘mempresidenkan’ Husam wujud di kalangan ahli-ahli PAS sebelum ini.

Keakraban beliau dengan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz sejak zaman mudanya sudah pasti memberi banyak kesan terhadap gaya politik dan pendekatan beliau dalam berpolitik. Seperti yang semua maklum, ’Tok Guru Sepanjang Zaman’ ini sangat dihormati segenap lapisan masyarakat dan sering menjadi rujukan dalam banyak hal. Husam sudah semestinya tahu mengapa TGNA disayangi ramai orang dan mudah-mudahan beliau dapat mewarisi sedikit-sebanyak seni politik Allahyaraham TGNA ini.

Sokongan golongan muda kepada beliau turut menjadi pendorong kepada lontaran Husam ganti Anwar ini. Melihat kepada usahanya dalam membantu musibah banjir Kelantan melalui Yayasan Darul Hijrah, ramai anak muda sedia menjadi tulang belakang kepada gerak kerja tersebut. Kehadiran beliau dalam menyantuni anak muda dapat dilihat dalam banyak program yang melibatkan beliau dan golongan muda sebelum ini.

Justeru sebagai seorang yang menaruh harapan tinggi kepada PR 2.0 yang dikhabarkan akan dilancar dalam masa terdekat, Husam haruslah bersedia dan diberi kepercayaan untuk menjadi orang nombor satu PR 2.0. Tindakan ini pasti memberi lonjakan sokongan dan keyakinan kebanyakan rakyat di Malaysia untuk berdepan dengan BN terutamanya pada Pilihan Raya Umum akan datang di kala Anwar Ibrahim masih dizalimi  
-detikdaily-

'Kerat 12 pun saya tak akan fitnah Mahathir'

Bekas timbalan pengarah polis Cawangan Khas (SB) Abdul Hamid Bador menafikan akan memfailkan laporan terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini susulan “serangannya” terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Jika dikerat 12 pun, saya sesekali tidak akan fitnah hamba Allah yang banyak menyumbang kepada negara ini,” Abdul Hamid dipetik sebagai berkata oleh The Malay Mail Online.

Pesanan teks yang dihantar kepada beberapa pemberita semalam menyebut Hamid akan mengadakan sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman hari ini.

Pesanan itu menyebut sidang media akan menjelaskan dakwaan penglibatan Mahathir dengan Sarawak Report yang berpangkalan di London dalam memalsukan dokumen milik 1MDB sebagai usaha menyingkirkan Najib.
Hamid, anggota polis selama 37 tahun, dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Selasa.

Beliau berkata tidak tahu menahu sebab tindakan itu diambil.

Walaupun secara rasmi meletakkan jawatannya pada Rabu, beliau belum memutuskan sama ada untuk menerima jawatan di JPM.

Perpindahan Hamid itu yang terbaru melanda SB. Sebelum ini Mohamad Fuzi Harun dipilih menggantikan Akhil Bulat sebagai pengarah SB.
-malaysiakini-

Pegawai AG dipecat, akan fail afidavit 'meletup'?

Jessica Kaur dan keluarganya dijangka memfailkan semakan kehakiman dengan afidavit 'meletup' mengapa pihak berkuasa cenderung menamatkan perkhidmatannya di Pejabat Peguam Negara dan membatalkan statusnya sebagai penduduk (PR).
Beliau telah menjadikan Malaysia tempat kediamannya selama lebih 20 tahun sebelum tindakan secara tiba-tiba dalam beberapa hari, yang bermula dengan siasatan pihak berkuasa terhadapnya dan bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh berhubung dakwaan kebocoran kertas pertuduhan yang didakwa terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Semakan kehakiman itu akan mencabar pemecatannya, pembatalan status PR dan dakwaan pengusiran secara paksa dari Malaysia.

"Beliau akan memfailkan afidavit 'meletup' mendedahkan mengapa mereka melakukan perkara ini," kata sumber yang rapat dengannya.

Semalam dilaporkan bahawa Jessica tiba-tiba ditamatkan perkhidmatannya di Pejabat Peguam Negara.
-malaysiakini-

‘Keberanian’ peragut semakin menakutkan (Gambar)

FMT Reporters
peragut_600_1
PETALING JAYA: Kejadian jenayah ragut di ibu kota semakin menjadi-jadi malah kawasan paling sibuk turut menjadi sasaran peragut tanpa ada sedikit pun perasaan takut.

Ini dibuktikan menerusi satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) diviralkan oleh seorang pengguna Facebook, Najee Abdullah menunjukkan kaedah licik yang digunakan oleh seorang peragut sebelum meragut beg tangan seorang wanita ketika sedang makan.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah restoran di Jalan Telawi pada malam Rabu yang bukan sahaja dikunjungi warga tempatan, malah menjadi lokasi kegemaran tenaga kerja pakar warga asing.

Video berdurasi 1.51 minit menunjukkan seorang lelaki berlegar-legar di kawasan tempat letak kereta sementara pelanggan restoran tersebut sedang bersosial menjamu selera di kawasan terbuka di kaki lima restoran tersebut.

Pada minit ke 1.23, lelaki itu terus menyergah menarik beg tangan seorang wanita yang duduk betul-betul di kerusi paling luar iaitu dekat dengan tempat letak kereta.

Rata-rata pengguna sosial mempersoalkan tahap keselamatan di sekitar pusat bandar raya malah ada menyatakan mereka semakin takut dan kurang selamat apabila keluar berjalan-jalan di ibu kota.

Ada juga yang mengaitkan kejadian jenayah meningkat kesan daripada kelembapan ekonomi negara menyebabkan ramai kehilangan pekerjaaan malah masih ramai graduan mengganggur menyebabkan mereka yang kurang berpendidikan semakin terhimpit.

“Perlu meningkatkan tahap keselamatan di Bangsar, ” tulis Dev Ananth dalam status video tersebut
Manakala, seorang lagi pengguna, Jay Ishak menggesa wanita agar menjaga beg tangan mereka memandangkan peragut ini berada di mana-mana sahaja.

“OMG! Jenayah di mana-mana sekarang. Berjaga-jaga wanita,” kata Anna Taharuddin pula.

RM2.6 Billion: PAS U-Turn mula 'serang Najib setelah kepimpinan ulamaknya terpedaya?

Setelah terpedaya, kini giliran PAS ‘ajar’ Najib
Shahbudin Husin
Masihkah kita ingat apa antara kata-kata Datuk Seri Najib Razak apabila mula didedahkan wang sejumlah RM2.6 billion mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya dan kemudian PAS melalui Mursyidul Amnya, Datuk Dr Haron Din turut tidak mempercayai dakwaan tersebut?

Berikut petikan berita Malaysiakini bertarikh 5 Julai 2015:-

Perdana menteri, Najib melahirkan rasa penghargaannya kepada Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din yang meragui kesahihan laporan Wall Street Journal (WSJ).

Bercakap kepada media di Semenyih hari ini, Najib berkata, ramai yang tidak mempercayai laporan mengenai wang yang dipercayai daripada dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun persendirian beliau di Malaysia.

"Saya berterima kasih ramai yang kata tak percaya berita tersebut, termasuk Dr Haron Din. Dia kata tak masuk akal nak saya lakukan perkara sebegitu," kata Najib.

Kata perdana menteri, beliau menjadi mangsa serangan media sosial secara bertubi-tubi kebelakangan ini yang mengaitkannya dengan menyalahgunakan wang negara.

"Kalau saya nak menyamun pun, takkan saya bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itu pun kalau saya nak jadi seorang penyamun," katanya.

Lihat...walaupun pada hakikatnya Najib tahu wang RM2.6 billion itu benar-benar sudah mengalir ke dalam akaun peribadinya, malah ketika itu akaun itu sudah pun ditutupnya dan wangnya dipindahkan entah ke mana, beliau tetap "berlakon" seolah-olah dirinya seorang yang suci bersih dan mangsa fitnah semata-mata.

Siap mengungkapkan "baeeek punya ayat", "kalau saya nak menyamun pun, takkan saya bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia."

Sekarang kalau tanya budak sekolah darjah tiga pun dia tahu siapa penyamun sebenarnya...

Dr Haron Din, seorang yang warak dan tinggi ilmu agama ternyata boleh terpedaya dengan "lakonan" Najib, malah siap mengucapkan terima kasih dan penghargaan lagi kepada Mursyidul Am Pas itu bagi menunjukkan kepada umum beliau seolah-olah tidak tergamak menerima kemasukan wang tersebut ke dalam akaun peribadinya.

Najib melahirkan penghargaan itu berikutan kenyataan Dr Haron Din yang menyatakan tidak masuk akal dakwaan WSJ itu kerana berpendapat jika seseorang mahu melakulannya, ia tentunya melalui akaun rahsia dan bukannya akaun peribadi.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula, walaupun mengatakan Najib bukan malaikat tetapi turut meragui dakwaan terhadap perdana menteri itu sambil mengatakan, "kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang."

Setelah terbukti wang tersebut benar-benar masuk ke dalam akaun peribadi Najib, walaupun berubah-ubah penjelasannya daripada dana politik, selepas itu sebagai derma dan kemudian kononnya sebagai tanda penghargaan kepada Malaysia untuk memerangi IS, meskipun pada Mac 2013 ketika wang disalurkan, daulah Islamiah itu belum wujud lagi, hakikatnya Najib sudah terperangkap dalam tindakan paling tidak bermoral sekali sebagai pemimpin.

Apa pun hujah dan alasannya, tidak masuk akal ada seseorang sanggup menderma atau bersedekah dengan jumlah yang sebegitu besar, bak kata Tun Dr Mahathir Mohamad, ia adalah "bullshit".

Apatah lagi, siasatan yang pada mulanya dijalankan untuk mencari kebenaran mengenai wang itu pelbagai agensi penguatkuasa kerajaan juga digagalkan melalui pembubaran pasukan petugas khas, pemecatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara dan kacau ganggu termasuk serbuan dan rampasan fail, dokumen serta komputer riba terhadap SPRM.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri yang banyak bertanya mengenai wang itu pula dipecat daripada kabinet.

Najib kemudian "berlakon" lagi dengan mengumumkan penubuhan jawatankuasa pembiayaan dana politik untuk memantau sumbangan yang diterima parti-parti politik.

Sekali lagi...di sebalik gagal menjelaskan dengan jujur, berterus terang dan atas nama Tuhan mengenai wang RM2.6 billion, Najib tetap mahu mempamerkan dirinya seperti kain putih di depan umum di mana dana politik, derma atau sebagainya mesti dipantau pengalirannya.

Meskipun PAS, terutamanya Hadi dan Dr Haron Din, terlihat ingin bertolerasi dan bersangka baik dengan Najib, isu wang RM2.6 billion ini seharusnya menyedarkan PAS hakikat yang sebenarnya.

PAS harus segera meletakkan titik noktahnya terhadap Najib demi menyelamatkan masa depan negara ini dengan turut sama menyokong jika ada usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri mahu dibentangkan di Parlimen.

Sekadar Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mustapha Ali memperakukan sokongan parti itu terhadap undi tidak percaya masih belum memadai sebenarnya. Hadi sebagai presiden dan Dr Haron Din sebagai mursyidul am harus tegas menyatakan pendirian rasmi PAS untuk menyokong usul tersebut.

Sokongan tersebut bukan saja untuk menyelamatkan negara ini daripada kerakusan seterusnya yang mungkin lebih dahsyat daripada wang RM2.6 billion, tetapi juga sebagai "mengajar" Najib kerana tindakannya "memperperdaya" dan "berlakon suci bersih" terhadap golongan ulama.

Menyokong usul di Parlimen dan memastikan Najib tersingkir sekurang-kurangnya dapat mengembalikan maruah serta harga diri kedua-dua pimpinan utama PAS itu yang selama ini mungkin "tersilau" dan "terpedaya" tanpa disangka.

Tambahan lagi, ia juga bertepatan dengan kata-kata Hadi sendiri yang mengikut asas Islam, "yang baik disokong, yang tak baik ditentang." 
shahbudindotcom.blogspot.com

Lebih ramai ADUN, MP dijangka tinggalkan Pas – Mustafa Ali

Mustafa Ali,pasPETALING JAYA: Lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Pas dijangka akan keluar parti, kata Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali.
Beliau berkata jangkaan itu berdasarkan ramai ahli parti menyatakan hasrat dan menunjukkan minat untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

“Ada lagi ADUN dan Ahli Parlimen Pas akan keluar. Kita pun sudah jangka apabila mereka (ahli Pas) mahu menyertai NGO itu.

“Kita tunggu sajalah sekiranya mereka isytihar untuk keluar ataupun mereka menunggu untuk terkeluar secara automatik apabila masuk parti lain, ” katanya ketika dihubungi FMT.

Mengulas pengumuman Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud keluar Pas, Mustafa berkata, Pas menghormati keputusan itu

“Itu hak dia dan kita tidak boleh menghalangnya daripada menyertai parti yang diminatinya. Kita guna hak demokrasi dan dia boleh pilih parti mana nak masuk, mana nak keluar.

“Apa yang saya boleh maklumkan kita akan isi kekosongan yang ditinggalkannya itu,” katanya.
-fmt-

Sepasang pengantin solat sunat selepas akad nikah undang kritikan (Gambar)

Tranungkite
Dua keping gambar sepasang pengantin Melayu yang mendirikan solat sunat selepas selesai majlis akad nikah tidak menepati syarak dimuat naik di laman sosial.

Kelihatan pengantin perempuan mendirikan solat di sebelah kanan dan mengenakan pakaian pengantin tanpa bertelekung yang kemudiannya mendapat komen netizen yang mempersoalkan tindakan pasangan berkenaan.
solat pengantin
Fais memuat naik statusnya dengan mengatakan jangan merosakkan amalan sunat dengan kejahilan.
Pemilik laman facebook Fais Al- Hajari ketika dihubungi The Rakyat Post memaklumkan dia memperoleh gambar ini yang dikongsi daripada seorang rakannya di laman facebook.

Fais memuat naik statusnya dengan mengatakan jangan merosakkan amalan sunat dengan kejahilan.

“Solat sunat nikah adalah digalakkan, cumanya pastikan pakaian yang dipakai adalah sesuai untuk dibawa solat. Dalam kes ni jelas pakaian pengantin wanita itu tidak menepati syarak, let alone nak bawak solat, dan kedudukan makmum wanita juga tidak betul.

“Kepada semua pengantin to be, berhati-hati ya,” ujarnya.

Sejak Fais memuat naik gambar pasangan pengantin ini sebanyak 3,359 orang menyukainya dan 1,117 perkongsian dan 847 komen diterima.

Ismail Ibrahim: “Ramai yang tengok..kenapa seorang pun tak tegur?” katanya.

Shida Yan pula berkata: “Sy baru dengar ceramah di TV…isteri sebenarnya bukan kanan atau kiri tapi di belakang suami.”

Rizam Zam pula berkata:” Ada orang tahu.. Tapi segan nak tegur pengantin.”

Disambung pula Mohd Fazali katanya: “Yang tak tegur pun turut berdosa.”

Ini satu pendedahan mengejutkan oleh PAS

mustafa
Kuala Terengganu: Pemimpin Pas membuat pendedahan mengejutkan dengan mendakwa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pernah bersetuju keluar Umno dan menerima cadangan untuk dilantik sebagai perdana menteri sekiranya PR menang dalam PRU13 lepas.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, perkara itu dipersetujui Tengku Razaleigh melalui satu pertemuan bersama dengan beberapa pemimpin Pas dan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan sebelum pilihan raya.

Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku apabila PKR membuat keputusan selepas pertemuan itu untuk mengekalkan keputusan biro politik partinya untuk melantik Anwar sebagai perdana menteri, sementara DAP berpendirian bersetuju dengan keputusan Anwar dan PKR.

“Apabila tiba malam pilihan raya, kita berhimpun di satu hotel, pemimpin Pas termasuk saya pun ada di situ tunggu keputusan dan saya maklum pada Tuan Guru Haji Hadi saya berada di situ dan kalau ditakdirkan kita menang dalam pilihan raya pada malam itu, Anwar lah perdana menteri.

“Tengku Razaleigh bukan sebahagian daripada PR kerana tidak berlaku strategi yang kita rancangkan itu. Jadi, tidak berbangkit Hadi tolak Anwar sebagai perdana menteri,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, sebagai menyelar kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang terus menerus menuduh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai tidak bersetuju dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, jika PR menang dalam PRU13.

Mustafa mendedahkan bahawa perkara itu tidak timbul kerana semua pihak bersetuju Anwar sebagai calon perdana menteri walaupun Pas turut mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon perdana menteri.


Jelasnya, DAP juga tiada masalah sama ada Tengku Razaleigh menjadi perdana menteri asalkan perkara itu dipersetujui Anwar.

“Berhentilah cakap bohong sebab Pas tidak pernah menolak Anwar sebagai perdana menteri dan apa yang disebut Kit Siang itu saya tidak tahu apa tujuan dia,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menolak idea untuk Pas meletakkan Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri adalah di pihak Pas tetapi dibuat selepas ketiga-tiga parti bersetuju veteran Umno itu mempunyai pengaruh tersendiri dalam menarik sokongan tiga hingga lima peratus undi orang Melayu kepada PR.

“Saya tidak tahu dia (Tengku Razaleigh) setuju atau tidak setuju saya terang ini, kena tanya dialah tapi saya terpaksa kena cerita untuk beritahu pembohongan Kit Siang,” katanya.

Mengulas pertemuan dengan Tengku Razaleigh, beliau memberitahu Tengku Razaleigh bersetuju dengan cadangan tersebut dalam pertemuan di sebuah hotel melibatkan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Dr Harun Din, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Mustafa dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, manakala pemimpin PKR disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali, Datuk Saifuddin Nasution, Datuk Johari Abdul dan Abdul Rahim Gaus.

Beliau berkata, perbincangan itu turut menyebut bahawa Tengku Razaleigh menjadi perdana menteri untuk tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak lebih tiga tahun, sebelum jawatan itu diberi kepada Anwar.

“Saya boleh sebut dia sedia tinggalkan Umno (ketika pertemuan itu),” katanya, 
-sinarharian-

Lelaki bogelkan pelacur untuk ‘bersih dosa’ (Gambar)

Pelacur
Taipei: Seorang lelaki Kristian fundamentalis memujuk seorang GRO wanita ke dalam bilik hotel sebelum memaksanya berbogel, merompak dan menyerangnya menggunakan pisau, kononnya untuk ‘membersihkan wanita itu daripada dosa.’

Akhbar Liberty Times melaporkan, penganggur berusia 42 tahun itu memberitahu polis, ketika berdoa tiga tahun lalu dia mendengar Tuhan menyuruhnya ‘membersihkan dosa seorang pelacur menggunakan darah.’

Dia terus membeli pisau di pasar raya tempatan dengan harga lebih 200 NTD (RM25) tetapi tidak melaksanakan ‘perintah’ itu sehingga baru-baru ini.

Lelaki dikenali sebagai Shi itu cuba melarikan diri selepas kakitangan hotel yang mendengar jeritan mangsa bergegas membantunya.

Shi yang memberitahu polis dia utusan Tuhan mempunyai rekod sakit mental.

Ketika disoal siasat, dia berkata fikirannya tidak terganggu, menyebabkan pihak berkuasa mendakwanya atas tuduhan merompak sebelum mencadangkan pendakwa menghantarnya untuk pemeriksaan kesihatan.

Kejadian berlaku bulan lalu di daerah Wanhua, New Taipei City. Bagaimanapun, rakaman kejadian hanya tersebar baru-baru ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Dai terselamat dalam kejadian itu.
-kualalumpurpost-

Selepas Kota Raja, AJK PAS Shah Alam pula lepaskan jawatan

Tiga pemegang jawatan tertinggi PAS Kawasan Shah Alam letak jawatan menjelang penubuhan rasmi parti baharu kumpulan progresif hujung bulan ini.

Tiga pemegang jawatan tertinggi PAS Kawasan Shah Alam melepaskan jawatan mereka menjelang penubuhan rasmi parti baharu kumpulan progresif hujung bulan ini.

Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan bersama bekas yang dipertua Azli Yusof, bekas timbalan yang dipertua Zulkifli Mohd Nani dan bekas naib yang dipertua Mohd Jamil Abd Rahim.

"Kami selaku yang dipertua, timbalan yang dipertua dan naib yang dipertua PAS Kawasan Shah Alam mengumumkan peletakan jawatan berkuatkuasa 19 Ogos 2015, bersama-sama 18 ahli jawatankuasa PAS Kawasan Shah Alam sesi 2015-2017.

"Selain itu, ketua Wanita, timbalan ketua Wanita dan naib ketua Wanita turut meletakkan jawatan bersama-sama 11 AJK Wanita PAS Kawasan Shah Alam.

"Keseluruhan AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS, DHPP Kawasan Shah Alam juga meletakkan jawatan mereka," kata kenyataan mereka.

Mereka berkata peletakan jawatan secara baik itu dibuat pada mesyuarat PAS Shah Alam semalam dan penyerahan tugas dilakukan kepada setiausaha PAS kawasan itu "dalam suasana penuh persefahaman dan kasih sayang".

"Peletakan jawatan ini bukan bertujuan melemahkan jentera PAS di Shah Alam, tetapi kerana ingin bersama usaha perjuangan Islam melalui wadah yang lebih kami yakini," kata mereka lagi merujuk kepada Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dimaksudkan sebagai wadah baharu itu.

"Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada PAS Kawasan Shah Alam di bawah kepimpinan yang baru nanti. Mudah-mudahan semua akan terus istiqamah dengan perjuangan Islam," kata kenyataan itu.

Mereka dijangka akan menyertai sebuah parti Islam baru yang dinamakan Parti Amanah Rakyat (Amanah) yang akan dilancarkan pada hari kemerdekaan 31 Ogos ini.

Semalam, semua pemimpin PAS kawasan Kota Raja meletakkan jawatan selain turut membubarkan 9 cawangan di bawah mereka.
-malaysianinsider-

Saari Sungib beli rumah RM7 juta?

Beli rumah RM7 juta? Menarik cerita ni – Saari Sungib
Mohamad Fadli 
Saari-Sungib_rumah_600_1SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang dari Pas, Saari Sungib terkejut dengan dakwaan beliau membeli rumah baharu berharga RM7 juta.
Katanya, dia terkejut kerana pertama kali mendengarnya sebaik sahaja ditanya wartawan di Lobi Dewan Negeri Selangor (DNS) pada Rabu.

“Menarik juga berita saya beli rumah berharga RM7 juta ini,” katanya sambil senyum sinis.

Dakwaan itu disebarkan di media sosial susulan desas-desus dalam kalangan penduduk di Kampung Kemensah, Hulu Klang yang mahukan kepastian terhadap dakwaan itu.

“Tidak benar. Saya hanya mempunyai sebuah rumah sahaja. Itupun dah nak habis bayar tahun ini,” jelasnya.

Saari antara dua wakil rakyat Pas di Selangor yang tidak menyokong kepimpinan Pas Pusat ketika krisis menggantikan Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau merupakan golongan progresif Pas yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) yang telahpun ditukar menjadi Parti Amanah Rakyat.
-fmt-

Peletakan jawatan beramai-ramai landa PAS S'gor

Kira-kira 400 ahli PAS dan pemimpin dari tiga kawasan PAS di Selangor hari ini mengumum meletak jawatan sama ada dalam parti atau jawatan yang mereka sandang, sebelum berpindah menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Ia termasuk 183 ahli dari kawasan Kota Raja, 227 ahli kawasan Kapar dan tiga orang dari kawasan Klang.

Naib Ketua PAS Kawasan Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata langkah itu bagi mengelak berlaku keadaan tidak menentu melanda PAS sebaik sahaja GHB menjadi sebuah parti politik dan lebih ramai ahli PAS keluar dan menyertainya.

Di Kota Raja, ketua kawasannya Jaafar Samsuddin dan timbalan ketua, Norhalim Sirome dan Siti Mariah mengumumkan peletakan jawatan mereka dalam satu sidang akhbar.

Ketua sembilan cawangan PAS dalam kawasan Kota Raja juga turut melepaskan jawatan masing-masing dalam parti itu.

Turut menyertai mereka ialah ahli jawatankuasa (AJK) kawasan Kapar, Razak Abdul Rashid dan AJK PAS kawasan Klang, Abdul Rashih Abdul Latiff.

GHB berkata peletakan jawatan beramai-ramai hari ini itu adalah sebagai permulaan di Selangor - mulai hari ini sehingga akhir bulan ini.

Penyelaras GHB Selangor, Izham Hashim mendakwa kawasan Shah Alam dan Kelana Jaya akan melakukan perkara yang sama, masing-masing esok dan dua hari kemudiannya.

Bagaimanapun, mereka yang meletak jawatan itu akan kekal sebagai ahli parti sehingga GHB rasmi menjadi sebuah parti politik.

Mereka kemudiannya akan menyertai entiti baru itu, yang secara automatik, menyebabkan keahlian PAS mereka terbatal, kata Izham.
-malaysiakini-

Pilih mana satu: Duduk rumah atau terbakar? (Gambar)

Pilih mana satu: Duduk rumah atau terbakar?
Djalma Jardin yang maut akibat penyakit genetik Xeroderma Pigmentosum (XP)
SAO PAOLO - BRAZIL. Beratus-ratus penduduk sebuah kampung terpaksa mengelak dari terkena cahaya matahari akibat gangguan genetik Xeroderma Pigmentosum (XP).

Menurut Mirror, 600 daripada 800 penduduk kampung Araras menghidap penyakit berkenaan, dimana kulit mereka rasa seperti 'dibakar' jika terkena cahaya ultra violet (UV).

Seramai 20 penduduk kampung tersebut mempunyai simptom penuh penyakit tersebut yang menyebabkan risiko untuk menghidap kanser kulit semakin tinggi.

Salah seorang daripada mereka, Djalma Jardin maut tidak lama selepas ditemuramah.

"Saya rasa seperti dibakar matahari (jika keluar)," kata Jardin.

Muka Jardin 'hangus' dimamah penyakit XP dan menyebabkan sebelah matanya buta.

"Saya tidur dan keesokan harinya ada kesan (di muka) dan kesan tersebut semakin besar dan membutakan mata saya.

"Jika saya ingin tidur, saya terpaksa menggunakan pita pelekat," katanya selepas salah satu kelopak matanya gagal berfungsi.

Selain itu, seorang abang dan kakak kepada Jardin juga menghidap penyakit sama.

Pengembala tenusu, Deide juga 'kehilangan' sebahagian mukanya akibat penyakit XP.

"Saya terpaksa jalani pembedahan untuk mengeluarkan palate mulut dan rahang kanan.

"Tanpa menggunakan prosthesis (anggota tiruan), saya tidak mampu untuk bercakap," katanya lagi.

Seorang peniaga, Gleice Machado yang tidak menghidap penyakit tersebut gagal mengenal pasti punca sebenar atau asal usul XP.

"Ada yang percaya ianya disebabkan STD (sexual transmitted disease). Ada yang kata ini adalah hukuman dari tuhan," kata Machado yang menggerakkan kempen untuk menyedarkan masyarakat setempat mengenai bahaya penyakit tersebut.

Seorang ahli biologis genetik memberitahu beliau gagal mengenal pasti punca penyakit tersebut 'mengganas' di Araras.

"Kami pergi ke kampung tersebut dan cuba mengenalpasti mutasi genetik yang mereka hidap," kata Dr Carlos Menck.

"Orang awam beranggapan ianya satu penyakit yang merebak, tetapi sebenarnya ia penyakit yang diwarisi," jelas beliau.

Dr Carlos Menck juga orang yang bertanggungjawab memeriksa 600 penduduk yang menghidap penyakit tersebut.

Penyakit tersebut tiada penawar dan doktor hanya mampu menasihati penghidapnya supaya mengelak cahaya matahari jika ingin terus hidup.
-sinarharian-

Terkini: Keluar PAS bukan bermakna keluar Islam - Siti Mariah

Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud hari ini mengumumkan keputusan beliau meninggalkan PAS.

Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud menegaskan hari ini, tindakan individu yang keluar meninggalkan PAS bukan bererti mereka murtad atau terkeluar daripada agama Islam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai sumpah atau bai'ah yang dikatakan dibuat setiap ahli PAS sewaktu menyertai parti itu.

"Bai'ah itu adalah ikrar. Seperti juga di Parlimen. Kita ada nas dan ijtihad daripada alim ulama. Tetapi, na'uzubillah (minta dilindungi Allah), keluar daripada PAS bukan keluar Islam.

"Ia adalah penghijrahan dari satu pertubuhan kepada satu pertubuhan," katanya pada sidang media mengumumkan peletakan jawatan beliau bersama ahli parti lain dari PAS Kawasan Kota Raja.
Dr Siti Mariah bagaimanapun berkata, peletakan jawatan beramai-ramai oleh ahli dalam kawasan Parlimen Kota Raja itu bukanlah sesuatu yang dibanggakan.

"Kami lakukan ini untuk bersama dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam memenangi Putrajaya," beliau menjelaskan.

Anggota PAS Kota Raja hari ini mengumumkan peletakan jawatan masing-masing di peringkat cawangan dan kawasan di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja di Klang.
-malaysianinsider-

Jangan dera keluarga saya, Anwar rayu Zahid

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara merayu menteri dalam negeri supaya membenarkan keluarganya dan peguam berjumpa dengannya.

Dalam satu pesanan lisan ringkas selepas muncul di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini, Anwar meminta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar tidak "mendera" ahli keluarganya dengan menyekat akses mereka kepadanya.

"Saya minta pertimbangan Zahid berkaitan urusan keluarga dan peguam. Semuanya terlalu ketat. Nak dera Anwar, faham. Saya faham. Itu saya tak ada masalah.

"Tapi janganlah dera keluarga saya. Keluarga nak jumpa susah... bagilah jumpa sekejap. Jangan sekat peguam saya. Ini buku nota pun tidak boleh.

"Saya minta Zahid timbang. Timbang keluarga dan kerja urusan peguam," kata Anwar.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini bagi perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Ogos, 2015Terdahulu hari ini, anak Anwar, Naib Presiden PKR Nurul Izzah memberitahu media pihak penjara mengenakan sekatan kepada bapanya daripada dilawati ahli keluarga, doktor dan peguam sejak seminggu lalu.

Beliau berkata, ia bermula pada hari Zahid mendedahkan wujud satu plot melibatkan ahli Parlimen Barisan Nasional dan pembangkang untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui suatu akuan berkanun.

Zahid ialah timbalan perdana menteri. Pada masa sama beliau juga menteri dalam negeri yang menyelia Jabatan Penjara.

Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul juga berkata, Anwar dinafikan rawatan perubatan yang diperlukan untuk pelbagai penyakit dihidapi beliau, walaupun Najib pada Jun mengarahkan pihak berkuasa yang berkaitan memberikan rawatan kepada pemimpin PKR itu.

Anwar di mahkamah hari ini berkata, anak lelakinya yang akan pergi ke luar negara tidak lama lagi dihalang daripada melawatnya.

Bekas ketua pembangkang itu dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun kerana kesalahan liwat selepas gagal membatalkan sabitan itu pada Februari.
-malaysianinsider-

Shahrir Samad dedah pembohongan Zahid?

'20 MP mahu guling kerajaan cerita rekaan'

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN, Tan Sri Shahrir Samad meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap laporan yang mendakwa wujud 20 orang Ahli Parlimen BN berkomplot untuk menggulingkan kerajaan.
Bercakap kepada media di bangunan parlimen hari ini, Shahrir memberitahu kerajaan perlu memandang serius terhadap isu tersebut dan ia tidak boleh dijadikan mainan politik.

"Kami mendesak pihak SKMM menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas kerana apabila melibatkan ahli parlimen, kami rasa ia cabaran kepada institusi parlimen dan ia tidak boleh jadi mainan politik atau mainan cerita mana-mana pihak," katanya.

Malah, Shahrir sekali lagi menegaskan, pihaknya tidak terlibat sama sekali dalam usaha menggulingkan kerajaan seperti yang dilaporkan.

"Sebenarnya ia satu cerita yang direka. Ia langsung tak benar. Tidak ada sesiapa pun daripada Ahli Parlimen BN yang dihubungi atau menghubungi mana-mana pihak untuk mengetahui sama ada kami mahu atau tidak menyokong kepimpinan kerajaan hari ini," tegasnya lagi.

Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bharu itu berkata, pihaknya kini sedang menunggu masa untuk bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung perkara tersebut.

"Saya rasa kami akan berpeluang menjumpa TPM dan akan sampaikan pandangan kami.

"Pokoknya, orang yang buat cerita ini tak tanya pun TPM," tambahnya lagi.
-malaysiakini-

----------------------------

Zahid wrongly positioning himself
Aspan Alias
Zahid is trying hard to show that he is different than others since he became the Deputy Prime Minister. On the day he was appointed as DPM in place of the ousted Muhyiddin he told the media that he wanted to be a smiling Tun Dr Ismail, falling a bit short of telling us he will be like Tun Dr Ismail Abdul Rahman, the late Deputy Prime Minister who died in early months of 1973.

Now he has been Deputy for more than two weeks but we can’t see any a breath of Tun Ismail’s attributes in him. Tun Ismail didn’t behave like a mad cow wailing or shouting while standing behind the rostrum. Tun Ismail was a man of integrity who didn’t have any one of his family members to take advantage on his position like Zahid’s.

Tun Ismail was a man of few words and he did not talk in high pitch like Zahid who always speaks with fingers pointing every direction showing his conceit, arrogance and self-importance. Zahid’s speeches were without decorum and he is just not like Tun Dr Ismail. He has more ‘sudu dari kuah’ as the Malay adage goes. He doesn’t sound like a Deputy Prime Minister at all.

Tun Ismail will think before saying anything but Zahid has his mouth works faster than his brain. Tun Ismail was a natural leader and he did not have to act ‘macho’ to show his consequences as a leader. On the other hand Zahid has to shout and wail to cover his own recognizable weaknesses and he sounds so unnatural and that signifies him as a faked and replicated leader.

Obviously Najib has chosen a leader who his more mediocre than the one he purged. We are now going through further agony if this leader rises up as the Prime Minister. I think his fist and muscle is bigger and tougher than Najib. No one can do anything including initiatives that are within the domain of law and legality.

Now Zahid has admitted that any move to oust a Prime Minister in Parliament is not at all illegal and Zahid should come out in the open to ask for apology for the unbecoming statements and allegations towards the person whom he alleges initiating the toppling of the government. As I have said in my last posting Zahid should sign up the statutory declaration he impolitely claims to be headed by an old man in UMNO.

Zahid must admit that his defence on Najib is going to be an abortive tussle. Zahid is going to end his political life sooner than expected. Najib is already not just as a failed PM. He is perceived to be a scrounging leader who is compelled to do nothing but to defend himself from the indefensible allegations against him on many issues that are criminal in nature. He has no more time to manage the country as he is busy with his own personal problems. He has to go but it doesn’t mean that he can walk in easily to be the substitute of the PM but instead he is going to collapse together with Najib.

Zahid is revealing too much of his personal weaknesses in just 2 weeks being a Deputy Prime Minister. He can’t even differentiate between a left and a right hand. He is incapable to distinguish difference between toppling the government and replacing Najib and his leadership.

Everybody knows that Zahid is only concerned about his personal stake. He is not defending Najib either. He wants to be an assured man to take over Najib, that’s it. If that’s his concern, he has more reasons to part himself with the cloying PM.

It’s clear that Zahid is wrongly positioning himself. I hope I am wrong Mr Zahid.

-----------------------------

Komplot Gulingkan Kerajaan: "Tanya Zahid, Kami Tak Terlibat" - BNBBC

KUALA LUMPUR: Pendedahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung konspirasi menggulingkan keadaan hanya memberi peluang kepada pihak tidak bertanggungjawab mencetuskan spekulasi negatif.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad bagaimanapun menegaskan tiada seorang pun anggotanya terlibat dalam komplot seperti yang didedahkan sebuah blog.

"Spekulasi ini (pendedahan Ahmad Zahid) tak memberi sebab untuk orang yang membuat spekulasi (penulis blog) itu untuk berspekulasi pula. Cerita itu tak ada, tak timbul, jadi mengapa dia nak buatkan cerita?

"TPM punya kenyataan, dia kata kenal peguam dan sebagainya...tapi mengapa gambar peguam tak keluar?

"Buka cerita itu hanya (beri peluang kepada penulis blog) mengambil kesempatan. Tapi ia bukan memberi lesen atau kebenaran kepada blogger untuk buat cerita ini. TPM tak cakap berapa orang," katanya pada sidang media di Parlimen pada Selasa.

Ditanya sama ada Ahmad Zahid perlu mendedahkan dalang yang dimaksudkannya, Shahrir bagaimanapun berkata: "Kena tanya dia. Bagi kita, kita tak terlibat dalam 20 yang dikatakan dalam blog itu.

"Soalan itu kena tanya kepada TPM. kita pun tak ada kesempatan nak cakap dengan TPM."

Sidang media itu turut dihadiri seramai 34 daripada 74 anggota BNBBC.

Mengulas lanjut Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Baru berkata, anggota BNBBC hanya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahmad Zahid dalam program pemukiman pihaknya pada minggu depan.

Berita mengenai konspirasi menggulingkan kerajaan pertama kali didedahkan Ahmad Zahid ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ampang pada Ahad lalu.

Beliau berkata, rancangan itu dijalankan dengan cara untuk mendapatkan akuan bersumpah daripada ahli Parlimen pembangkang, serta cuba menarik ahli Parlimen BN menyokong mereka bagi menumbangkan kerajaan sedia ada melalui 'jalan belakang'.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau mendapat maklumat itu daripada sumber yang sangat boleh dipercayai.

Ditanya sama ada isu mengenai konspirasi menggulingkan kerajaan sengaja dibuat bagi mengalihkan tumpuan rakyat khususnya membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Shahrir bagaimanapun menolak tanggapan berkenaan.

"Saya tak nampak boleh alihkan perhatian daripada apa yang telah dan sedang dilakukan.

"Semua kerja penyiasatan akan berjalan terus. Kita bukan kumpulan one-track-mind (hanya fikir satu perkara). Kita boleh terima pelbagai peristiwa dan kejadian dalam satu masa.

"Kita nak matikan cerita ini, inilah pendirian kita...(supaya) tak ada timbul soal kami nak beralih kedudukan dan pendirian," katanya.
-mstar-