"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

ZAMBRY DAN ENAM EXCO DIBEKUKAN GAJI SERTA MERTA

Gaji dan elaun MB BN Perak Dato' Dr. Zambry dan enam exconya dibekukan gaji mereka serta merta. Keputusan itu dibuat oleh Jawankuasa Kira-kira Wang (PAC) DUN Perak yang dipengerusikan oleh YB Wong Kah Woh. PAC memberi alasan pembekuan gaji dibekukan dengan alasan perlantikan mereka masih dipertikaikan. Wong berkata, tindakan itu perlu kerana BN telah mengisytiharkan mereka sebagai kerajaan baru sewaktu gabungan DAP, PAS dan PKR mendakwa mereka masih kerajaan sah.

"Keputusan ini akan dimaklumkan kepada semua bahagian terbabit untuk pelaksanaan dan kami memberi amaran kepada kakitangan kerajaan berkenaan agar mematuhi arahan ini bagi mengelak mereka dikenakan tindakan," beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan.

Turut diambil tindakan oleh PAC ialah empat penasihat MB yang bertaraf EXCO yang diputuskan sebagai tidak sah. Sehubungan dengan itu juga, PAC mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim mengambil tindakan agar pejabat yang digunakan oleh empat penasihat tersebut dikosongkan dan semua kemudahan kepada mereka ditarik balik. 

GMP mahu PPSMI dibunuh segera, jangan jadikan perbelanjaan RM3.2 bilion itu sebagai alasan

 
Dua tokoh GMP yang cukup disegani dalam perjuangan membunuh PPSMI


SETELAH kejayaan menganjurkan Himpunan 100, 000 Rakyat Bantah PPSMI di ibu kota 7 Mac lalu, Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) kini dalam usaha menyerahkan memorandum kepada Majlis Raja-Raja di seluruh negara.

Penasihat GMP, Dato' A Samad Said, berkata usaha itu akan dilakukan sebagai desakan berterusan GMP bagi memastikan dasar PPSMI tersebut dimansuhkan sama sekali. Katanya, setelah tidak menerima sebarang maklum balas daripada Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi berkenaan hasrat mereka (GMP) untuk bertemu, GMP memutuskan meneruskan siri desakan mereka dengan menemui sultan di setiap negeri.

"Kami kini sedang merangka 'roadshow' ke negeri-negeri bagi menemui dan menyerahkan memorandum kepada Raja-raja Melayu berhubung pendirian kami dalam isu ini," kata beliau dalam sidang media badan itu yang diadakan di Rumah Pena.

Mengulas pertemuan beliau dan Pengerusi GMP, Dato' Dr Hassan Ahmad dengan Menteri Pelajaran, Hishamuddin Tun Hussien, 19 Mac lalu, Samad Said menegaskan tiada tolak ansur antara mereka walaupun tersiar di media gambar mereka tersenyum mesra.

"Apabila keluar di akhbar gambar kami tersenyum, ramai penyokong GMP tertanya-tanya adakah GMP sudah 'menjual' pendiriannya? Atas sebab perlunya penerangan ini, maka sidang media ini diadakan bagi memaklumkan kepada semua pihak berhubung pertemuan kami," kata Hassan.

Dalam pada itu, menyentuh soal peruntukkan yang dibelanjakan sebanyak RM 3.2 bilion, GMP mempertikaikan alasan kerajaan yang menggambarkan kerugian sekiranya dasar itu dimansuhkan.

Timbalan Pengerusi GMP, Prof Dr Shaharir Mohd Zain, berkata alasan tersebut tidak boleh diterima memandangkan sejumlah wang itu dibelanjakan bagi perbelanjaan prasarana yang masih boleh digunakan.

"Kami tidak nampak dimana soal kerugian dan pembaziran yang seringkali diulang-ulang kerajaan berhubung perbelanjaan RM3.2 bilion itu. Bagi kami, ia tidak membazir apabila kemudahan komputer, LCD dan sebagainya boleh digunakan bagi apa saja mata pelajaran," tegas beliau. 

Selepas Ini Kerajaan Perpaduan Atau Kerajaan BN Najib

Isu Tarikh Keramat Peralihan Kuasa PM Terus Jadi Teka Teki, Apakah Pak Lah Serta Anwar Kini Bermain Silap Mata Dengan Najib !!

KUALA LUMPUR - Nampaknya bagai ada satu persoalan kini, bilaDatuk Seri Abdullah Badawimasih berteka-teki berhubung dengan tarikh keramat peralihan kuasa bagi jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Razak yang sepatutnya diumumkan sekarang. Kenyataan terbaru Pak Lah yang akan hanya memaklumkan tarikh itu apabila beliau “suka” untuk berbuat demikian, jelas sekali bakal mencemaskan kem Najib Razak. Malah beliau secara tegas tidak membenarkan wartawan bertanya soal berkenaan, kerana beliau tahu yang bila-bila masa yang disukai untuk membuat pengumuman tersebut. Kenyataan terbaru beliau ini jelas sekali bakal mengundang kemarahan penyokong Najib Razak sebenarnya. Tambahan pula Najib sudah secara rasmi bergelar Presiden UMNO sekarang. Sebelum ini memang ada ramalan yang mengatakan Pak lah hanya akan melepaskan jawatan Presiden UMNO, tetapi bukannya Perdana Menteri. Apakah ia akan menjadi kenyataann kini, dan dapatkan Najib menerima ketentuan ini jika ia berlaku?. Semua ini bakal menghangatkan lagi politik negara. Biarpun Najib kini dilihat selamat dan selesa untuk menjadi Perdana Menteri, namun selagi Pak Lah tidak melepaskan jawatan itu maka selagi itulah beliau akan terus kempunan. Apakah Malaysia juga akan mempunyai dua orang Perdana Menteri selepas ini, jika berlaku "rampasan kuasa" seperti di Perak dulu. Orangnya tetap sama iaitu Najib Razak. Wajarkah beliau menggunakan pengaruhnya sekarang, sedangkan Pak Lah adalah Menteri Pertahanan dan beliau hanyalah Menteri Kewangan yang baru sahaja bergelar Presiden UMNO.


Apakah Pak Lah dan Anwar kini bermain silap mata dengan Najib Razak
Pertemuan sulit Pak Lah dan Anwar di Hulu Langat dulu juga boleh menjadi saksi perkara ini. Apakah ada pakatan baru antara kedua-dua pemimpin dari Pulau Mutiara itu dalam hal ini?. Biar pun Pak Lah menafikan bahawa ada rahsia yang dibincangkan antara keduanya, namun bagi pemerhati yang melihat pertemuan itu memang mengakui ada sesuatu perkara besar yang telah mereka bincangkan. Apakah ia berkaitan dengan"peralihan kuasa"?. Apakah Pak Lah memerlukan sokongan Anwar selaku Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat untuk memastikan "undi tidak percaya kepada Najib" dapat dilaksanakan. Terdapat juga laporan yang Najib berusaha memujuk beberapa orang Ahli Parlimen pembangkang untuk berpihak kepadanya. Apakah kerana beliau takut, Pak Lah dan Anwar berkompromi untuk membolehkan hasrat beliau menjadi Perdana Menteri terbantut?. Semua ini kini menjadi satu persoalan dan kemusykilan yang sukar dijawab. Hanya Pak Lah dan Anwar sahaja mengetahui apakah agenda pertemuan sulit mereka dulu. Najib harus berhati-hati jika tidak mahu terus kempunan merebut jawatan Perdana Menteri yang amat diidam-idamkan itu. Jika beliau tersilap, sudah pasti masa depannya akan terus suram. Tambahan kini, beliau mempunyai berbagai skandal yang amat menghantui dirinya dan menjadi kebimbangan seluruh rakyat Malaysia yang prihatin tentang moral dan akhlak. Tidak mungkin Malaysia akan mempunyai serta diperintah oleh seorang Perdana Menteri yang dipertikaikan keperibadiannya kelak.

[Apapun, kami yakin memang terdapat satu permain silap mata antara Pak Lah, Anwar dan Najib Razak sebenarnya. Kemenangan Khairy Jamaluddin adalah satu keputusan yang sudah dirancang untuk memastikan legasi Pak Lah terus berkuasa buat beberapa tahun lagi. Tambahan pula Khairy sendiri pernah bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling muda suatu hari nanti. Apaklah juga kemenangan Khairy itu ada kaitan dengan keputusan Pak Lah untuk tidak melepaskan jawatan Perdana Menteri. Jika tidak, sudah pasti harapan Khairy untuk menang tidak kelihatan. Tambahan pula majoriti pemuda bahagian sebenarnya menyokong kempimpinan Mukhriz Mahathir berdasarkan keputusan pencalonan yang dibuat tahun lepas. Tetapi, kenapakah akhirnya Khairy menang?. Inilah hakikat yang perlu ditelan oleh Najib dan Mahathir]. 

Najib Berjaya Memujuk Mentornya Untuk Hadir Ke Perhimpunan Agung UMNO

Akhirnya Mahathir Masuk Juga Dalam Majlis Rasuah


AKHIRNYA Mahathir Mohamad tidak dapat berpuasa dan menahan dirinya untuk sama-sama bercepuah dengan selut dosa rasuah apabila beliau hadir ke perhimpunan agung tengah hari ini.

Mahathir bersama isterinya, Siti Hasmah Mohd Ali tiba sewaktu ucapan penangghan disampaikan oleh Timbalan Presiden baru, Muhyiddin Yassin kira-kira jam 12:30 tengah hari. Beliau duduk di pemerhatian khas tingkat atas Dewan Merdeka.

Sebelum ini Mahathir mengatakan dirinya akan tercemar kalau dia berada dalam majlis disertai oleh orang mendukung rasuah. Mahathir marah apabila anaknya kalah dalam pertandingan ketua pemuda dan menyalahkan kekalahan itu kerana Khairy dibenarkan bertanding walaupun menantu Abdullah itu didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin.

"Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah." begitulah ujar Mahathir.

Kata-kata itu menunjukkan Mahathir begitu kudus dan bersih sehingga tidak layak untuk berada dalam majlis parti yang dianggotainya lebih 60 tahun. Seolah-olah selama 22 tahun kepimpinannya sedikit pun tidak tercemar dan terlibat dengan rasuah.

Apakah beliau sudah merasakan majlis itu sudah suci atau disamak dari noda dan selut rasuah apabila menyedari Abdullah akan mengumumkan persaraanya sebagai perdana menteri petang ini?

Ataupun kekotoran itu terus hilang apabila beliau telah mendapat tahu yang anaknya Mukhriz akan dipertimbangkan untuk dibawa masuk dalam Kabinet baru Najib kelak. 

 http://msomelayu.blogspot.com/

Adakah Majoriti Ahli Parlimen Akan Membentuk Kerajaan Perpaduan

Unity Government

Pertemuan Hadi, Haron Din, Anwar Dengan Nik Aziz
Sudah Terlewat

MALAM Isnin lepas ada dilaporkan empat pemimpin tertinggi parti politik bertemu lapan biji mata. Sampai sekarang ini berita berkenaan tidak dapat dihidu oleh mana-mana media ataupun blogger. Apakah pertemuan itu tidak penting maka ia tidak dilaporkan? Atau memang tidak ada sesiapa mengetahui mengenai pertemuan itu.

Pertemuan yang dimaksudkan itu berlangsung di Kota Bharu, Kelantan. Pemimpin tertinggi itulah Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din dan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim yang bertemu dengan Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan itu berlaku di Kota Bharu, bermula jam 8:30 pagi hingga 11:00 pagi bertempat di kediaman menteri besar JKR 10. Pertemuan itu berlaku sambil keempat pemimpin tertinggi itu bersarapan pagi.

Anwar, Abdul Hadi dan Dr Haron Din tidak serentak dari Kuala Lumpur dan menaiki kereta sama menuju ke JKR 10.

Persoalanya apakah tujuan pertemuan itu? Sehari sebelum berlaku pertemuan itu terlebih dahulu pertemuan antara Anwar Ibrahim dengan Abdul Hadi Awang bertempat di pejabat 
Harakah di Jalan Pahang. Mereka yang sama-sama di parlimen kemudian berarak ke pejabat akhbar Pas itu.

Mungkin pertemuan awal itu sebagai persiapan untuk menemui Nik Aziz. Itu tidak penting tetapi apakah butiran dan tujuan pertemuan itu. Masakan ianya sekadar untuk duduk sekali dan minum pagi saja?

Dari apa yang difahami pertemuan itu berhubung dengan idea 
unity government yang dilontarkan oleh Abdul Hadi Awang. Pertemuan dengan Nik Aziz itu untuk menjelaskan idea berkenaan. Tetapi kenapa pula harus ada Anwar sekali? Apakah Anwar juga bersetuju dengan cadangan Abdul Hadi Awang itu dan beliau perlu ke Kota Bharu bagi menjelaskan kepada Nik Aziz?

Kalau begitu, apakah tidak cukup dengan Hadi dan Haron Din untuk menjelaskan kepada Nik Aziz.

Sejak Abdul Hadi melontarkan idea unity
 government ia ditegur oleh Nik Aziz. Cara Nik Aziz tegur sampai mengungkitkan dia adalah nakhoda menggambarklan beliau memerangi idea berkenaan. Bagi Nik Aziz idea Abdul Hadi hampas!

Kesemua yang terlibat dalam pertemuan itu tidak mengerluarkan apa-apa kenyatan sampai ke hari ini. Baik Abdul Hadi maupun Anwar tidak memberi penjelasan. Nik Aziz juga tidak memberi apa-apa butiran.

Dengan terdedahkan berita ini, bolehlah wartawan tanya mereka ini apakah hasil atau tujuan keempat pemimpin berkenaan bertemua selama kira-kira dua jam itu.

Cuma saya mendapat tahu, tujuan pertemuan itu ialah bagi menjelaskana difinasi 
unity government yang ditentang oleh Nik Aziz disebabkan salah faham beliau itu. Nik Aziz dikelirukan mengenai maksud sebenarnya yang mengandungi motif tersendiri. Setelah dijelaskan pada pertemuan itu khabarnya Nik Aziz telah memberi lampu hijau untuk membincang mengenai kerajaan perpaduan.

Sayang persetujuan yang diberikan itu sudah terlewat. Kalau Nik Aziz ikhlas dengan persetujuan itu ia sudah tidak memberi apa-apa makna lagi sebab orang yang sedia untuk membincang mengenai 
unity government dari Umno sudah pun tidak ada kuasa lagi dan akan berhenti esok ataupun lusa.

Hendaknya Pas tidak terikat dengan idea unity government saja dan selepas ini akan timbul pula idea lagi yang lebih memaju dan memantapkan lagi Pakatan Rakyat.  

 http://msomelayu.blogspot.com/

EARTH HOUR..Maaf Aku Mohon Sembah Derhaka

Earth Hour…Maaf Aku Tak Mampu Menyahutnya

by syahrilkadir

Keprihatinan warga Malaysia terhadap perubahan iklim dan isu kepupusan sumber tenaga terbukti apabila kita menjadi salah satu negara paling ramai menawarkan diri untuk bergelap bersama dunia sempena acara Earth Hour tahun lepas.

Acara kesedaran alam sekitar itu kini dianjurkan secara berkala setiap tahun dan dipromosikan secara besar-besaran oleh Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Tahun lepas berpuluh-puluh monumen ikon dunia termasuk Opera House di Sydney, jambatan San Francisco malah tidak ketinggalan seluruh kampus Universiti Sains Malaysia (USM) telah menyahut cabaran untuk bergelap selama satu jam.

Seperti tahun sebelumnya, Earth Hour 2009 akan berlangsung pada hari ini serta bakal dijayakan oleh sekurang-kurangnya 75 negara.

Earth Hour tahun ini turut disokong oleh stesen televisyen tempatan, 8TV, stesen radio Hot FM dan beberapa mercu tanda negara termasuk Menara Kuala Lumpur (KL Tower), Angkasapuri, Sunway Pyramid dan Mid Valley Megamall.

Namun maafkan aku dunia, aku tidak mampu menyahutnya.

Bukan aku tak prihatin, bukan aku tak peduli.

Namun aku tak mampu menyahut seruan tersebut di saat rakyat Palestin terpaksa bergelap bukan disebabkan Earth Hour, tetapi disebabkan ketidakprihatinan dunia terhadap nasib dan kesengsaraan yang terpaksa mereka tanggung akibat daripada kezaliman kerajaan Zionis Israel!

kenapa tidak ada mana-mana badan antarabangsa melancarkan kempen memboikot walau sejam barangan Israel, kenapa tidak melancarkan kempen mengutuk walau sejam terhadap Amerika Syarikat, kenapa tidak ada mana-mana badan atau NGO melancarkan kempen membenci Ehud Ohlmert dan sekutunya walau sejam di atas tindakan zalim mereka

mungkin ada yang mempertikaikan, apa relevannya kemusnahan alam dan kezaliman Israel, namun aku tetap berpendirian kemusnahan alam bermula disebabkan manusia sendiri zalim terhadap manusia yang lain

di atas sebab itu aku memohon maaf, meminjam kata bekas Menteri Besar Perak, Saya Pohon Derhaka!   

Adakah Balai Polis Tempat Yang Selamat?

Gempar dari Ipoh, pemuda India dipukul polis dirawat di hospital.

Negara sekali lagi dikejutkan dengan berita gempar dan menggerunkan. Sekali ini berlaku di Ipoh Perak. Kalau kita masih ingat dengan kejadian yang menimpa Kugan, hari ini kejadian yang hampir sama berlaku di IPD Ipoh.

Seorang remaja India berumur 26 tahun telah dipukul dan mengalami kecederaan dikebanyakan tempat dibadannya. Sangat Menyayat hati, demikian berita terbaru yang kami terima dari IPOH melaluin pesanan ringkas.


Dimaklumkan juga sedang berkumpul di Hospital Ipoh ialah pemimpin Pakatan Rakyat, antara nya Speaker Perak, V. Sivakumar, Dato' Ngeh Khoo Ham dan Yb. Kulasegaran.

Pemuda India yang dikenali dengan nama Patmanathan berasal dari Chemor itu dipukul setelah beliau pergi ke Balai Polis setelah adiknya ditangkap oleh polis setelah disyaki memiliki ganja .

Saya masih menunggu laporan yang lengkap mengenai kejadian itu. 

Khairy Hilang Keyakinan Setelah Teruk Kena Boo


Khairy takut ke Bukit Gantang dan tempat lain, lantik orang lain jalan tugas.

KETUA Pemuda Umno yang baru dipilih, Khairy Jamaluddin, yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemuda Umno pertama, malam tadi mengumumkan pelantikan naibnya, Datuk Razali Ibrahim, sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air.

Keputusan ini dilihat sebagai menjawab spekulasi bahawa Khairy tidak akan mengepalai dan turun ke tiga kawasan PRK yang akan berlangung penamaan calon esok dan hari mengundi pada 7 April nanti.


Khairy berkata, Pemuda Umno yang akan menjalankan tanggungjawab itu sebaik saja Perhimpunan Agung Umno selesai hari ini, akan mengambil pendekatan untuk bersama pengundi baru dan memberi penjelasan berhubung pelbagai isu berbangkit.

"Mesyuarat hari ini (malam tadi) memberi tugasan kepada setiap Exco Pemuda yang akan bertugas sepenuh masa di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kita akan membantu jentera tempatan dan menjadi pemudah cara daripada belakang bagi memastikan golongan muda mendekati kami," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat itu. 

Pencacai Umno : Abdul Rahman sudah berpolitik nampaknya ?

Lima buah kenderaan rasmi dari enam kesemuanya telah dikembalikan kepada Pejabat SUK iaitu satu Proton Perdana Executive, dua Proton Perdana, satu Naza Sorento dan satu Mercedes Benz Pacuan Empat Roda yang digunakan oleh bekas Menteri Besar itu telah diserahkan pada 23 Feb 2009 manakala kediaman rasmi Menteri Besar diserahkan pada 27 Feb lepas.


Tinggal sebuah lagi yang belum diserahkan oleh YAB. DS. Muhammad Nizar Jamuluddin seperti yang dijelaskan oleh SUK Perak ,Abdul Rahman yang berkata berkata setakat ini Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah mengeluarkan tiga surat rasmi kepada pihak Mohammad Nizar selain membuat permintaan secara lisan agar Menteri Besar Perak pakatan Rakyat itu memulangkan sebuah lagi kenderaan rasmi jenis Toyota Camry 2.4V bernombor pendaftaran AGS 10.


Persoalannya kenapakah beberapa dakwaan dan kenyataan ini dikeluarkan oleh Abdul Rahman. Termasuklah dakwaannya yang dia sendiri tahu jawapannya bahawa dia menerima maklumat yang menyatakan bahawa Mohammad Nizar juga masih mendapat bayaran gaji dan elaun penuh sebagai Menteri Besar Perak. Selain daripada itu tanda nama Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak Darul Ridzuan atau yang membawa maksud yang sama seperti itu juga ada dipasang di rumah sewa beliau.

Nampaknya Abdul Rahman sudah ada kelayakan untuk menjadi orang politik sepenuh masa. Itupun kalau dia berani turun ke gelangang. malah sepatutnya dia sudah menawarkan diri lebih awal untuk menjadi calon UMNO di PRK Bukit Gantang.

Eloklah mahkamah yang menentukan , janganlah kita banyak bercakap dan menyebelahi satu pihak sehingga orang sudah tidak hormat dan dianggap sebagai "barua".

Shahrir Rabu hadapan letak jawatan, Zambry bila ?

Setelah tewas dalam pemilihan MT UMNO untuk kali ini semalam, Datuk Shahrir Abdul Samad akan mengemukakan surat peletakan jawatannya sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, Rabu ini.

Dikatakan beliau akan mengemukakan surat tersebut dalam mesyuarat mingguan kabinet pada hari berkenaan.

Sepatutnya bukan Shahrir sahaja yang kena letak jawatan kalau dengan alasan yang diberinya , apa guna dia berada dalam kabinet kalau seorang menteri pun tidak diterima oleh perwakilan.


Mungkin Shahrir tidak perasan bahawa pemilihan UMNO di semua peringkat adalah proses "tender" jawatan dan diselubungi oleh jenayah Rasuah seperti yang diperkatakan oleh pemimpin dan orang UMNO sendiri.

Bila membicarakan letak jawatan, sepatutnya yang rasa paling malu adalah Zambry dan orang UMNO di Perak kerana Menteri Besar kudeta yang berada di kerusinya sekarang adalah orang yang paling terpukul dengan tindakan Shahrir.

Tidak tahulah dia tidak terasa bersalah walaupun dia dipersalahkan oleh banyak penyokong UMNO sendiri sehingga gerak kempen yang dilakukan di Bukit Gantang nampaknya semuanya tidak menjadi.

Kawan saya terdengar ucapan dari seorang bekas Calon UMNO yang kalah dalam PR Umum ke 12 lepas, katanya "kalau macam ni teruklah kita ".

Saya jamin yang berada di pondok UMNO di waktu siang atau malam adalah mereka yang "kelaparan" dan sudah tahu apa yang hendak dimintanya dalam musim "duit bersepah ini".

Inilah Akibatnya Jika Hanya Mendapat Sokongan Minoriti


Sudahlah selepas memenangi jawatan Ketua Pemuda, Khairy perasuah telah disorak “KJ! …Rasuah!…”

Semalam semasa namanya disebut oleh juruacara sebelum mengundi oleh Pengerusi Mesyuarat, dia telah di boo oleh para-para perwakilan yang hadhir. Hari ini, ada seorang jurubahas dari Pemuda Kelantan yang cuba menyebut nama Khairy perasuah, sekali lagi namanya di boo.

Pasti pada hari terakhir, dia akan berucap dalam sesi penggulungan. Kemungkinan sekali lagi, dia akan menerima di boo.

Walaupun kalah, sepanjang dua hari semalam dan hari ini, baik Dato Mukhriz atau Dato Seri Dr Khir Toyo mendapat sambutan baik dari perwakilan atau hadhiran di PWTC.

Bisikan-bisikan di PWTC mengatakan sudah ada laporan polis mengenai salahlaku politik wang Khairy perasuah. Pagi tadi, blog bigdogdotom melaporkan ada ura-ura hari ini atau besok akan ada laporan polis satu lagi terhadap Khairy perasuah.

Kenapa teruk sekali reaksi pelbagai pihak kepada kekalahan?

Buat setakat ini, hampir semua perwakilan dan pemberi sumber maklumat dalaman mengatakan Khairy perasuah menang kerana kesetiaan kepada Agong pertama (diatas kertas.)

Diberitahu bahawa kumpulan Khairy perasuah menawarkan wang kepada mereka yang mengundinya sejumlah RM10,000 ke RM30,000 bergantung kepada kecondongan mereka kepada calun pesaing.

Cara duit itu diberi adalah sebahagian dibayar sebelum dan selebihnya setelah mereka memberikan undi. Untuk mengesahkan undi telah sah diberikan kepada Khairy perasuah, perwakilan yang mengundi dikatakan membuka kertas undi untuk dapat dilihat jelas oleh orang-orang tertentu yang menjadi wakil Pengesah Khairy perasuah.

Selepas Najib menyebut “Berani Berubah” dalam ucapannya pada malam Selasa, pihak Khairy perasuah dikatakan telah bekerja keras dengan operasi carpet bombing malam itu. Selain pemberian di pusat operasi Lubuk Khairy perasuah di Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, satu sumber memberitahu penyerahan juga dilakukan malam itu di sebuah Hotel di Shah Alam.

Pembayaran selebihnya dilakukan semalam di satu lokasi yang perlu di rahsiakan dahulu.

Selain itu, kebanyakkan pihak yang veteran dalam hel ehwal UMNO mengatakan sangat anih pengiraan untuk hanya 790 undi memakan masa hampir enam jam. Pelbagai boleh disyaki. Ramai difahami bahawa keputusan menjadi lambat disebabkan beberapa kali recount.

Yang hairannya, recount selalu berlaku apabila keputusan agak rapat dan untuk kepastian. Apabila ianya diumumkan, ramai hairan jauhnya jumlah undi Khairy yang melebihi 50 undi berbanding dengan Dr Khir dan hampir 70-80 undi dari Mukhriz.

Satu sumber memberitahu bahawa ada keanihan apabila satu kotak terakhir dipenuhi oleh undi Khairy perasuah sahaja.

Adakah ini sebabnya penyokong-penyokong baik dari Mukhriz atau Dr Khir Toyo naik birang hingga menyorakkan Khairy perasuah sebagai perasuah dan perwakilan-perwakilan menyorak boo dua hari berturut-turut?

Selalunya orang boleh menerima kekalahan, tetapi marah hingga naik birang jika ditipu.

Samada laporan polis dan SPRM akan benar berakhir dengan nasib Khairy perasuah seperti yang dialami oleh Tan Sri Isa Samad, itu memakan masa untuk diketahui.

Bagaimana Khairy perasuah akan merapakhaitkan barisan Pemuda UMNO yang majoritinya adalah yang tidak menyokong Khairy perasuah? Lebih segera, bagaimana Khairy akan dapat menyediakan jentera Pemdua untuk pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan dirinya tidak diterima?

Dalam zaman ICT, sesuatu tidak mudah untuk ditutup dan diselindung dari orang ramai. Bertambah lagi, jika penipuan dan rasuah dilakukan terlalu dapat dikesan.

-http://anotherbrickinwall.blogspot.com

Laporan tambahan terhadap penulis blog perakbangkit dilakukan.


 
Drs. Khalil bersama penyokong bergambar bersama penyokong di perkarangan balai Polis Changkat Jering setelah membuat laporan tambahan.


Satu laporan tambahan dan pembetulan tarikh pada laporan asal telah dilakukan oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim di Bali Polis Changkat Jering kelmarin.

Semasa ditemui selepas membuat laporan beliau mengatakan telah melakukan semua langkah termasuklah memberikan alamat kepada pasukan keselamatan. Terpulanglah kepada pihak yang berwajib untuk bertindak sebaik mungkin.


"Saya rasa bertanggung jawab untuk memberikan maklumat tambahan kepada pihak keselamatan sebab itu saya datang sekali lagi ke balai ini" kata khalil.

Berikut ini adalah laporan yang dibuat oleh beliau kelmarin :-

LAPORAN POLIS

Tarikh laporan : 27 Mac 2009
Nama Pelapor : YB. Drs. Khalil Idham Lim Abdullah
Jawatan :ADUN Titi Serong Perak.
No. Kad pengenalan : 641102-03-5125
Alamat : No.15 Jalan Wawasan 8, Taman Wawasan Jaya, Parit Buntar.
No. Talipon :019 4759697

Inilah adalah pembetulan dan tambahan Laporan Polis saya ( No Repot : CHANGKAT JERING /000300/09) :-

1. Semasa saya melayari internet pada pagi ini 26 Mac 2006 kira-kira jam 9.00 pagi di Markaz PAS Ayer Kuning, saya sangat terkejut dengan satu laman web http://perakbangkit.blogspot.com (seperti yang dilampirkan) telah menulis dan menyiarkan gambar dan tulisan yang melampau dan dengan tujuan yang tidak baik.

Di ganti dengan pembetulan tahun 2006 kepada 2009 pada perenggan pertama repot seperti berikut:

Semasa saya melayari internet pada pagi ini 26 Mac 2009 kira-kira jam 9.00 pagi di Markaz PAS Ayer Kuning, saya sangat terkejut dengan satu laman web http://perakbangkit.blogspot.com (seperti yang dilampirkan) telah menulis dan menyiarkan gambar dan tulisan yang melampau dan dengan tujuan yang tidak baik
Sekian laporan saya yang sebenarnya,

2. Saya juga ingin memberi maklumat tambahan mengenai pemilik blog: http://perakbangkit.blogspot.com/boleh di kesan dari blog : http://perisik-rakyat.com/

3. Maklumat pemilik blog perakbangkit ialah :

Kad Pengenalan 650805108057 / A0186427
Nama MOHD NAZMI BIN ROSLI
Tahun Lahir 05 Aug 1965
Jantina LELAKI
Alamat
LENGKUNG SRI SIANTAN 50
TAMAN SERI ANDALAS 1
SERI ANDALAS
KOTA RAJA 41200 KLANG
Negeri SELANGOR

Demikain sebenarnya laporan saya,

(YB. DRS. KHALIL IDHAM ) 
 

Dato' Zaid Ibrahim sifatkan media kuasaan BN gagal lawan wibawa Harakah dan Suara Keadilan


PENGGANTUNGAN permit penerbitan lidah rasmi Harakah dan Suara Keadilan dua parti politik, PAS dan KeADILan adalah bukti peranan media arus perdana sebagai alat parti pemerintah Umno-BN terbukti gagal. Media kuasaan mereka tidak dapat menyaingi kedua-dua akhbar yang cukup berpengaruh itu.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim berkata Umno-BN masih belum berpuas hati dengan peranan yang dimainkan oleh media mereka bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

"Seluruh media arus perdana dikawal oleh mereka, malangnya ia tidak cukup untuk memuaskan hati pihak Umno-BN dalam usaha mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap mereka," katanya pada sidang media selepas pelancaran buku hasil kompilasi kolumnis-kolumnis daripada blog media 'The Malaysian Insider' baru-baru ini.

Jelasnya, dalam keadaan pemimpin-pemimpin Umno-BN menganggap negara ini sebagai negara dunia kedua, kebebasan media semakin dikekang dan digodam semahunya. kalau boleh mereka hanya mahu akhbar dan media kuasaan mereka sahaa mneguasai pasaran maklumat di negara ini.

"Kita berlagak seperti negara dunia kedua, tetapi mereka tidak menghormati sokongan 50 peratus rakyat negara ini kepada pembangkang," ujarnya.

Menurutnya, isu penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan merupakan isu besar mutakhir ini kerana ia melambangkan seolah-olah kerajaan tidak menghormati kehendak rakyat negara ini. Tidak menghormati kebebsan bersuara, dan membunuh demokrasi yang memberi ruang luas kepada media.

"Berbanding kedudukan saya dalam Umno sekarang ini, saya rasakan apa yang lebih penting adalah isu penggantungan dua akhbar baru-baru ini," katanya menjawab soalan pemberita.

Sasterawan Negara Dato' A Samad Said sifatkan KDN bunuh media, tikam demokrasi

Sasterawan Negara Dato' A Samad Said sifatkan KDN bunuh media, tikam demokrasi


SASTERAWAN Negara, Dato' A. Samad Said menyelar tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengantung permit Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai mencacatkan demokrasi.

Tegas beliau di saat tiga pilihan raya kecil akan diadakan tidak wajar bagi KDN untuk mengantung permit Harakah dan Suara Keadilan, seolah-olah mahu menyekat maklumat tiba kepada pengundi. Ia dilakukan solah-olah dengan sengaja untuk menyekat sebarang maklumat sampai atau digunakan untuk kempen pilihan raya kecil khusuusnya di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Harakah dan Suara Keadilan tegas Pak Samad merupakan saluran pengimbangan demokrasi dan amat malang bila KDN bertindak membunuh demokrasi tersebut.

"Jika tiada dua akhbar ini suara demokrasi tidak lagi dapat didengari dan ianya merugikan rakyat. Bila Harakah dan Suara Keadilan disekat bermakna pertembungan itu umpama satu pihak guna senjata manakala satu pihak lagi tidak punya apa-apa senjata dan ini sungguh tidak adil," tegas Penasihat Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) itu.

Pak Samad yang kini berusia 76 tahun, seterusnya mengesa agar KDN segera membatalkan arahan yang dikeluarkan itu dan harus memastikan agar sisa-sisa demokrasi dalam negara ini tidak terus dikuncupkan.

Beliau mengesa agar rakyat terutama pengundi di ketiga-tiga kawasan yang bakal diadakan pilihan raya kecil melihat perkembangan ini dan menilainya sebaik mungkin dalam membuat pilihan mereka nanti.

PAS cari pengganti Harakah

 Ali Bukhari Amir
Tidak mudah patah semangat dan menyerah kalah selepas permit Harakah digantung tiga bulan, kumpulan wartawan organ PAS itu kini berusaha menerbitkan akhbar Hujah bagi mengisi kekosongan tersebut. 
 
"Cetakan terbaru itu memuatkan 48 halaman dan beberapa isinya kita akan ubah sedikit (daripada 
Harakah) mengikut kesesuaian," kata ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman ketika ditemui Malaysiakinihari ini. 
 
Bagaimanapun, tambah beliau, ada ruangan-ruangan tertentu dikekalkan dengan sedikit perubahan tajuk dan sebagainya. 
 
"Mesyuarat semalam memutuskan yang kita akan tetap meneruskan perjuangan dan kita akan beroperasi seperti biasa. 

djz convention 101205 ahmad lutfi"Jumaat depan, Hujah akan berada di pasaran," tambahnya.
 
Ditanya sikap orang ramai terhadap penggantungan 
Harakah secara mengejut awal minggu ini, Ahmad Lutfi berkata, ada "desakan  luar biasa" daripada orang ramai, khususnya peminat setia akhbar itu.  
 
"Memang ada desakan pembaca yang meminta agar (PAS) adakan demonstrasi," katanya.
 
Bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, tambahnya lagi, kebebasan akhbar semakin merosot. 
 
"Di bawah pemerintahan Dr Mahathir (Mohamad), memang ada sekatan (terhadap 
Harakah). 

"Tapi, tak pernah digantung. Di bawah Najib, belum (berkuasa) apa-apa lagi, sudah ada masalah permit yang lebih dahsyat. 
 
"Pada zaman Mahathir, saya pernah menang perbicaraan di Mahkamah Tinggi berhubung penerbitan (tabloid) 
Haraki," kata Ahmad Lutfi. 

Sejak 
Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar itu dikenakan tindakan penggantungan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). 

suara keadilan and harakah digantungSelepas pilihanraya umum Mac tahun lepas, kementerian itu mengizinkan PAS menerbitkan kembali akhbar itu sebanyak dua kali seminggu selepas dilarang sejak 2000.
 
Menyentuh isu gaji wartawan dan kakitangan 
Harakah, beliau berkata, ia dibayar seperti biasa. 
 
"Mungkin akan ada perubahan dari segi (jumlah) elaun," katanya.

Pada 23 Mac, KDN menggantung permit dua akhbar pembangkang berpengaruh termasuk
 Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta. 

Tindakan tersebut menghalang keberkesanan kempen PAS dan PKR bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Sehari selepas KDN mengumumkan tindakannya, PKR menegaskan ia akan mengabaikan penggantungan itu dan terus menerbitkan akhbarnya.

Ditemui 
Malaysiakini di pejabat Harakah, wartawannya Salmiyah Harun berkata, penggantungan itu tidak mematahkan semangat mereka untuk bekerja. 
 
"Kami ada saluran seperti (laman web) 
Harakahdaily.net untuk meneruskan kerja kami seperti biasa," katanya. 
 
Seorang lagi wartawan Roy Rasul menyifatkan tindakan kerajaan itu tidak membebankan mereka walaupun ahli keluarganya kerap membangkitkan isu tersebut. 
 
"Isunya bukan lagi kebajikan kami. Tetapi, mereka yang bertanggungjawab menggantung akhbar ini perlu bertanggungjawab. 

"Kami berharap (Datuk Seri) Syed Hamid Albar akan bertindak secara rasional demi memartabatkan dunia kewartawanan," katanya.
 
Manakala Nyza Ayob berkata, ahli keluarganya dapat menerima keputusan ini dengan tenang. 
 
"Keluarga memberi sokongan dan saya tetap masuk bekerja seperti biasa," kata Nyza.
-malaysiakini-

Mesyuarat pengedar Harakah panas

Mesyuarat pengedaran Harakah esok dijangka panas susulan cadangan menerbitkan akhbar baru Hujah bagi mengatasi masalah penggantungannya selama tiga bulan. 

Penyelia pemasaran tabloid PAS itu Mahani Mohamad berkata, ramai pengedar melihat penjenamaan baru 
Harakah boleh mendorong orang ramai melupakan nama akhbar politik berpengaruh itu selama 22 tahun.

"Daripada maklum balas sebelum ini, memang ramai pengedar yang merungut mengenai isu penukaran nama 
Harakah. Mereka cakap, kenapa kita harus tunduk kepada kehendak Umno dan BN? 

"Kenapa tidak diteruskan pengedaran itu seperti biasa?" kata Mahani kepada 
Malaysiakini hari ini. 

"Para pengedar kita pun ramai yang kecewa dengan pertukaran nama
Harakah. Kesannya amat ketara. Apabila orang melihat (sesebuah) kedai itu tidak menjual Harakah, orang terus tidak mencari lagi pengganti sementara Harakah yang ditukar nama baru."

Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman menjelaskan, keputusan menerbitkan 
Hujah setebal 48 halaman ala tabloid rasmi PAS itu dibuat dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah semalam

"Kita akan tetap meneruskan perjuangan dan kita akan beroperasi seperti biasa," katanya.

Pegawai pemasaran 
Harakah, Khairul Azizul Aziz membangkitkan isu kekecewaan pengedar-pengedarnya terhadap keputusan mengejut Kementerian Dalam Negeri (KDN), Isnin lalu. 

"Pengedar kami terus mendesak saya dengan pelbagai pertanyaan. Selama 20 tahun lebih, kita sudah guna nama itu. 

"Kita pernah cetak akhbar dengan nama lain daripada 
Harakah. Ternyata, orang ramai tidak beli akhbar tersebut," katanya. 

"Pada saya, nama 
Harakah cukup mahal harganya."

Bagaimanapun beliau, yang berpengalaman dalam pengedaran tabloid itu, berharap penerbitan 
Hujah tidak menjejaskan penjualannya, yang dijangka menemui pembaca menjelang Jumaat minggu depan. 

Ditemui di pejabatnya di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur, Mahani turut menyatakan rasa kesalnya terhadap tindakan KDN yang mendatangkan kerugian kepada operasi 
Harakah.

"Tak tahulah selepas ini, mungkin kita kena potong beberapa kos untuk mengelakkan kerugian pula. Apabila tukar nama 
Harakah, kita nak cetak 100,000 (naskhah) pun kita takut jumlah naskhah yang tidak laku nanti tinggi. 

"Kerana, ada kemungkinan orang tidak akan beli 
Harakah jenama baru itu. Hal ini pun mesti difikirkan oleh pemimpin atasan parti," katanya. 

Tambahnya, mungkin tidak ramai pengedar hadir pada mesyuarat esok kerana mereka melihat bahawa pendapat mereka kerap tidak dipertimbangkan oleh pemimpin atasan PAS. 

"Jadi, mereka kecewa. Setiap kali mesyuarat antara pengedar dibuat (dengan PAS), memang banyak isu berbangkit dan ada yang pulang dengan rasa kecewa kerana masalah mereka tidak dapat diselesaikan," kata Mahani lagi. 

Malaysiakini difahamkan lebih kurang 50 pengedar akan hadir untuk mendengar taklimat khas perkembangan terbaru tabloid itu.

Notis mesyuarat pengedaran itu dikeluarkan oleh bahagian pemasaran 
Harakah hari ini. Para pengedar diminta hadir jam 10 pagi esok di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur. 

Pengerusinya Datuk Mustafa Ali dijangka hadir menyampaikan keputusan terkini pemimpin PAS dan juga mesyuarat ahli lembaga pengarah 
Harakah semalam.
 -malaysiakini-

Tidak letak jawatan, Umno akan kekal imej rosak

Roy Rasul 
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Hrkh) -
 Semua menteri termasuk Menteri Dalam Negeri (KDN), Dato' Seri Hamid Albar sewajarnya mengikut jejak Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahril Samad yang akan melepaskan jawatannya ekoran tewas dalam pemilihan Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam.

Demikian ditegaskan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang menyifatkan keputusan Shahril itu memberi isyarat jelas bahawa 'team' baru MT itu tidak memerlukan lagi perkhidmatan mereka yang kecundang pada pemilihan tersebut.

"Saya rasa Hamid Albar dan mereka yang lain perlu mengundur diri daripada barisan kabinet," katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan apa yang dibuat oleh Shahril itu seharusnya mereka membuat satu pakej untuk mengundur diri.

Sebuah akhbar arus perdana hari ini dipetik, Shahril memutuskan untuk melepaskan jawatan menteri setelah gagal pertahankan jawatan dalam MT di Perhimpunan Agung Umno semalam.

Ini kata Salahuddin, di antara isyarat yang diterima mereka yang tewas dalam pemilihan tersebut, rakyat tidak boleh menerima orang yang terlibat dengan amalan rasuah.

Bahkan ujarnya, sekiranya orang lain enggan menuruti Shahril bererti Umno tetap kekal dengan imejnya yang rosak kerana mengamalkan politik wang.

Namun dakwanya, sebahagian daripada barisan baru MT masih tidak boleh bersih dengan imej tersebut.

Dalam pada itu, katanya, secara umumnya barisan baru MT Umno yang dibentuk itu memberi satu nafas baru kepada Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Pun begitu katanya, beliau melihat imej umno tidak dapat dipulihkan sepenuhnya.

"Apa pun saya rasa PAS dan Pakatan Rakyat tidak boleh memandang rendah atau enteng dengan barisan baru itu khususnya dalam menghadapi pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai pada 7 April ini," katanya.

Menurutnya, Pakatan Rakyat perlu serius dan berwaspada dengan kepimpinan baru Umno itu.

Katanya, kemungkinan mereka akan lakukan apa saja bagi meyakinkan rakyat terhadap kepimpinan baru Najib.

Contohi Shahrir,lebih 'gentlemen' jika letak jawatan

Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Hrkh) -
 Langkah awal Dato' Shahrir Abdul Samad meletak jawatan sebagai anggota kabinet patut diikuti oleh dua menteri dan tiga timbalan menteri yang tewas dalam merebut kerusi majlis Tertinggi Umno.

Walaupun Shahrir dikatakan 'senior' dalam Umno,tetapi kekalahannya itu menggambarkan penolakan 2,500 perwakilan Umno.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Mohd Ramli ketika dihubungi tidak terkejut dengan keputusan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu meletakkan jawatan sebaik sahaja kalah dalam pemilihan Umno.

Katanya, tindakan awal Shahrir itu sekali gus memudahkan Perdana Menteri yang baru membuat rombakan kabinet bagi melantik anggota baru mengikut seleranya.

"Mereka yang tewas, lebih 'gentleman' patut meletak jawatan. Itulah cara yang lebih baik macam Shahrir," katanya ketika dihubungi.

Shahrir yang juga Ketua Umno Bahagian Johor Bahru, mengesahkan beliau sudah muktamad agar tidak dilantik semula sebagai anggota Majlis Tertinggi dan juga Kabinet yang baru.

Shahrir menjelaskan, susulan kekalahan semalam adalah tidak adil untuk kepimpinan parti melantik beliau semula menduduki MT dan jemaah menteri.

Tegas Shahrir, beliau tetap akan menolak jikapun dilantik semula oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku Presiden Umno dan bakal Perdana Menteri.

Sementara itu, dua menteri berkenaan ialah Menteri Pelancongan, Dato' Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Samad.

Timbalan Menteri yang gagal mendapat tempat iaitu Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Noraini Ahmad dan dua timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Mohd Johari Baharum dan Dato' Hasan Malek.