"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Panas!!! Rakaman Video Suami Artis 'Kantoi' Dating Pelakon Baharu


PETALING JAYA: Suami kepada seorang penyanyi popular dipercayai telah bermain kayu tiga apabila satu rakaman video hubungannya dengan pelakon baharu berjaya dirakamkan.

MStar telah menerima sekeping gambar yang menyaksikan pemuda tersebut telah memeluk pelakon baharu berkenaan ketika menaiki eskalator di sebuah pusat beli belah di Star Hill, Bukit Bintang dan rakaman video mereka di Pavilion dekat sini.

Kejadian berkenaan dirakamkan pada Khamis.

Dalam pada itu sumber berkata, pemuda yang merupakan seorang usahawan hartanah itu dikatakan terlibat dalam menghasilkan drama pendek istimewa bersama pelakon tersebut.

Selepas penggambaran drama itu, sumber berkata, pemuda berkenaan berusaha untuk mengenali pelakon itu dengan lebih rapat sehinggalah mereka dilihat keluar bersama.

Namun, apakah sebenarnya hubungan mereka dan adakah isteri pemuda itu yang dinikahi hujung tahun lalu menyedari perbuatan suaminya?
-mstar

Tuan Ibrahim dan Pas Selangor seperti yakin telahan Husam tentang nasib Pas

MALAYSIA DATELINE
Selepas Datuk Husam Musa membuat unjuran bahawa Pas akan kalah di Kelantan dan hilang semua kerusi di Selangor pada PRU 14 akan datang berlaku pelbagai reaksi dari dalam Pas seolah-olah turut yakin dengan pandangan tersebut.

Penulis buku politik, Hasbie Muda berkata kenyataan timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti itu dan pihak pembangkang lain perlu membuat gencatan serangan menunjukkan berlaku kejutan dalam parti tersebut.

Husam dalam satu pertemuan dengan perantau di Kota Bharu beberapa hari sebelum hari raya bertegas bahawa tiada seorang pun wakil rakyat Pas di Selangor akan selamat bila datang pilihanraya jika parti itu berterusan dengan sikap sekarang.

"Datuk Iskandar Samad pun kalau mahu terus jadi wakil rakyat perlu menyertai parti lain dalam Pakatan Harapan," katanya.

Hasbie bagaimanapun terkejut dengan reaksi penyokong tegar Pas yang gagal membaca politik rasional yang dikemukakan Tuan Ibrahim.

"Jelas pandangan Datuk Tuan Ibrahim berpijak kepada kesedaran bahawa parti itu bakal berhadapan kekalahan teruk jika berlaku pertembungan tiga penjuru.

"Namun pandangan ini disambut negatif penyokong taksub sehingga ada yang menulis di media sosial bahawa Pas rela kalah daripada berunding dengan pihak lain," katanya.

Lebih mengejutkan adalah reaksi setiausaha agung Pas sendiri yang begitu cepat mengeluarkan kenyataan bahawa pandangan Tuan Ibrahim itu bersifat peribadi dan tidak kena mengena dengan pendirian parti.

"Tuan Ibrahim ni timbalan presiden yang dipilih terus ahli parti dan pandangannya wajar diangkat sebagai suara parti, bukan ada pemimpin lain boleh tolak mentah-mentah begitu saja," katanya.

Lebih mengejutkan menurut Hasbie ialah apabila semua Adun Pas di Selangor mengadalan deklarasi menyokong pendirian Tuan Ibrahim yang membawa maksud untuk berunding dengan semua pembangkang supaya tidak berlaku pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang.

"Wakil-wakil rakyat Pas ini adalah mereka yang paling dekat dengan rakyat dan mereka telah boleh membaca apa yang bakal berlaku jika cara Pas sekarang dikekalkan hingga tiba pilihan raya," katanya.

Menurutnya apa yang disebut Datuk Husam selaku bekas pengerusi Road Map Pas dalam PRU 13 terpaksa diakui benar oleh semua yang berfikir rasional.

"Saya yakin masih ramai dalam parti lama saya yang rasional dan akan memilih untuk tidak terjerumus ke dalam pemikiran taksub buta yang tentu menggelapkan masa depan diri dan parti itu," kata Hasbie yang kini memegang jawatan Ketua Pemuda Amanah negeri Terengganu.

Mahathir semakin berjaya 'menjinakkan' PKR?

Lokman Ramlee

Nampaknya, peringatan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pimpinan parti itu berhati-hati menjalin kerjasama dengan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah ibarat 'mencurah air di daun keladi'.

Malah ada segelintir pimpinan parti itu yang begitu 'selesa dan semakin komited' dengan Mahathir menyusun strategi termasuk menubuhkan sebuah lagi parti pembangkang baru.

Tidak kira sama ada idea Mahathir itu mendapat sambutan oleh parti-parti pembangkang atau tidak, dan sama ada ia akan mengukuhkan pembangkang atau sebaliknya, mereka terus kelihatan 'jinak' dengan bekas diktator itu.

Begitu yakin mereka dengan kebolehan dan kepintaran Mahathir berpolitik sehingga mereka tidak pernah 'ponteng' majlis anjuran penyokong-penyokong Mahathir dan juga sidang media yang diadakan oleh veteran politik itu.

Meskipun presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah 'memboikot' politik Mahathir, naib-naib presiden PKR seperti Tian Chua dan Shamsul Iskandar Akin, dilihat teruja dengan agenda Mahathir.

Selain Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang menawarkan platform politik bagi Mahathir menggerakkan kempen Deklarasi Rakyatnya di kawasan parlimen beliau, kumpulan ini juga terus menyokong Mahathir secara terbuka.

Pengamat politik maklum bahawa Azmin terpaksa membatalkan majlis khas untuk Mahathir kerana ditegur oleh Azizah. Namun masih ada pemimpin PKR yang dengan segala senang hati mengundang Mahathir berucap di kubu mereka.

Pada Sabtu ini (23 Julai) Mahathir dijadual berucap di majlis ceramah politik di kawasan parlimen Bukit Katil, kubu kuat PKR atas undangan wakil rakyatnya, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Akin.

Bagi menggalakkan rakyat hadir di majlis yang akan menghidangkan 'menu politik' Mahathir itu, pemimpin-pemimpin berkenaan cuba memaparkan perjuangan terkini Mahathir itu sebagai satu agenda 'suci'.

Mereka menebarkan kempen betapa apa yang sedang digerakkan oleh Mahathir itu ialah untuk 'menyelamatkan Malaysia' daripada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang didakwa bobrok.

Mahathir dianggap seperti 'Abu Sufian'

Bagaimanapun tidak semua pemimpin PKR yang selesa dengan perkembangan ini. Badrulhisham Shahrin atau Cik Gu Bard (yang digantung keahliannya oleh PKR) adalah antara mereka yang mengkritik ketumpulan kesetiaan pemimpin PKR ini.

“Gerakan besar rakyat ini harus hadir dengan suara padu semua dari akar umbi. Ia seharusnya dielakkan dikumpulkan sekumpulan elit manusia dalam dewan berhawa dingin membuat keputusan dan rakyat hanya dipergunakan namanya sahaja.

“Jika ini berlaku maka ia hanya mengulangi kegagalan deklarasi rakyat yang kononya gah tetapi akhirnya kerana tidak bersifat akar umbi, disergah dengan pembongkaran pemalsuan akuan sokongan terus mereka buat buat lupa cadangan berarak ke Istana bagi mempersembahkan 1 juta (tandatangan) sokongan rakyat bagi membolehkan Agong memecat Perdana Menteri akhirnya semua sia –sia," kata Cikgu Bard.

Namun mereka yang disifatkan oleh Cikgu Bard 'sudah termakan dedak' Mahathir terus berkempen membesarkan imej politik Mahathir.

Hujah mereka ialah, Mahathir kini mencapai status Abu Sufian yang memimpin orang kafir Quraisy Makkah dalam zaman Nabi Muhammad s.a.w. semasa berlaku peristiwa penaklukan Makkah.

Mereka menyebut sirah bahawa apabila angkatan Islam menakluki Makkah, Rasulullah s.a.w. mententeramkan penduduk Makkah dengan jaminan bahawa sesiapa yang hendak selamat, eloklah mereka berlindung di rumah Abu Sufian.

Peranan dan kepimpinan Abu Sufian ketika itu dikatakan penting untuk mengelakkan pertumpahan darah dan menjadikan peristiwa fathul Makkah sebagai suatu kemenangan yang dicapai secara aman.

Bagi pimpinan PKR yang pro-Mahathir mereka menafsirkan episod politik penting yang membabitkan Abu Sufian ini sama dengan senario politik yang cuba digerakkan Mahathir sekarang ini.

Meskipun Mahathir pernah bersikap gampang dan menekan mereka pada zaman awal reformasi kerana membela Anwar Ibrahim yang dipenjarakan oleh Mahathir, bagi mereka itu adalah kisah lampau.

Mereka tidak kekok untuk merumuskan bahawa Mahathir kini amat konsisten sikapnya untuk 'menyelamatkan Malaysia' daripada kelemahan dan pelbagai kecurangan pemerintahan yang didakwa dilakukan oleh Najib.

Lantas mereka tidak segan silu menyatakan sokongan terhadap Mahathir meskipun mereka akur dan insaf bahawa tindakan mereka itu mengguris hati presiden mereka yang juga isteri Anwar serta keluarganya.

Menurut sejarah, Abu Sufian kemudian memeluk Islam dan menjadi unsur perpaduan di kalangan penduduk Makkah dan berjasa memimpin tentera Islam untuk melebarkan pengaruhnya di serata jaziratul Arab.

Persoalannya sejak bila Mahathir berhijrah daripada seorang yang jahil sentimen kebebasan rakyat sehingga menganiayai bekas Timbalan Perdana menterinya, Anwar Ibrahim, dan menjadi pejuang yang prihatin akan keperluan rakyat?

Apakah gula-gula politik yang digunakan oleh Mahathir sehingga pemimpin-pemimpin PKR dan PAS seperti Mahfuz Omar boleh menjadi penyokong tegarnya lantas memecahkan amalan demokrasi demi menjatuhkan Najib?

Atau, adakah seperti beberapa pemimpin pembangkang dalam DAP dan Amanah, mereka melihat bahawa kehadiran Mahathir dalam gelanggang politik pembangkang akan membantu menambah sokongan untuk pembangkang?

PH manfaat kehadiran Mahathir

Umum akur bahawa Mahathir bersuara lantang dan pedas dalam politik Malaysia. Lantas golongan ini kelihatan ghairah dengan kehadiran Mahathir untuk menggoncang keyakinan rakyat terhadap Umno-BN pimpinan Najib.

Bagi DAP, Mahathir adalah pemimpin yang boleh membuka pintu sokongan pengundi Melayu untuk parti itu setelah PAS meninggalkan Pakatan Rakyat.

Sebelum ini Mahathir memang pernah dianggap oleh DAP sebagai seorang Melayu 'ultra'.Justeru jika Melayu ultra ini kini menyerang Umno maka ia akan memberi pulangan politik yang besar bagi parti dominisi Cina itu.

Sementara segolongan pemimpin Amanah dan PKR pula menganggap kehadiran Mahathir dalam lingkungan mereka boleh membantu melonjakkan kedudukan politik dalam parti masing-masing.

Pemimpin pro-Mahathir dalam PKR mungkin mencongak dengan bantuan Mahathir mereka boleh memintas pengaruh Kak Wan dalam PKR. Sekaligus ini akan membuktikan bahawa peranan Anwar dalam parti itu sudah mulai gerhana.

Dalam pada itu, Amanah yang masih mencari tapak dalam jiwa politik Melayu percaya hubungan baik dengan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu boleh membantu mereka untuk mengganti Umno dalam benak politik Melayu.

Yang menarik diperhatikan, apakah yang akan dilakukan oleh pimpinan PKR yang masih pro-Kak Wan dan Anwar untuk mendedahkan sisi kejam Mahathir terhadap bukan sahaja Anwar tetapi rakyat Malaysia umumnya?

Cikgu Bard berpesan: "Sama seperti hadir ke deklarasi rakyat tandatangan dan nyatakan sokongan parti tanpa kelulusan parti dan sekali lagi pemimpin kem Azmin lakukan bila hadir ke sidang media dan mesyuarat bincang tubuh pakatan pembangkang baru.

"Ini kesalahan disiplin serius, namun adakah PKR mampu bertindak dengan Azmin dan kemnya yang jelas tidak ada disiplin organisasi? Mereka sedang mengkianati Anwar dan gerakan reformasi yang diasaskan dengan deklarasi Permatang Pauh."

Seorang kerani wanita JPJ dipenjara 4 tahun kerana menyamun lebih RM700,000 milik JPJuntuk bayar hutang along

Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang kerani wanita Unit Akaun dan Hasil di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju menangis apabila dihukum penjara empat tahun selepas mengaku bersalah menyamun lebih RM700,000 milik JPJ awal bulan ini.

Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal L Salleh menjatuhkan hukuman ke atas Norzaisyima Ahmad Zaidin, 40, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara itu bermula tarikh dia ditangkap pada 11 Julai lalu.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, kesalahan Norzaisyima adalah serius kerana tertuduh merupakan pekerja dan orang yang diamanahkan di jabatan itu.

“Tindakan kamu diibaratkan seperti harapkan pagar, pagar makan padi. Tidakkah kamu memikirkan anak-anak kamu sebelum melakukan kesalahan itu? Sebagai manusia, kita seharusnya berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu.

“Kesempitan hidup dan berhutang dengan along bukanlah alasan untuk melakukan sesuatu kesalahan… tindakan kamu umpama nasi sudah menjadi bubur,” kata Zainal sambil menjelaskan mahkamah turut mengambil kira kepentingan awam sebelum menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh.

Ibu kepada tujuh anak itu bersama seorang lagi individu yang masih bebas didakwa menggunakan parang untuk merompak wang tunai berjumlah RM754,840.30 milik JPJ di Kaunter Unit Akaun dan Hasil, JPJ Wangsa Maju pada jam 5.30 petang 4 Julai lalu.

Tertuduh yang berselendang biru dan berbaju kurung merah jambu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Amira Sariaty Zainal memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh yang dipercayai adalah perancang utama kes samun itu kerana kesalahan yang dilakukannya serius, selain memberi pengajaran kepada orang awam.

Sementara itu, penggali kubur berusia 40 tahun, Shamsuri Abd Karim dan penghantar surat, Mohamad Afif Hussin, 26, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sama yang dibacakan terhadap mereka hari ini.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Peguam, Shalehhuddin Salam mewakili Shamsuri, manakala Norzaisyima dan Mohamad Afif tidak diwakili peguam.

Pada hari kejadian, dua lelaki bersenjatakan parang dan bertopi keledar masuk ke pejabat JPJ Wangsa Maju melalui pintu belakang yang tidak berkunci dan bertindak mengacukan parang ke arah seorang pegawai awam wanita sebelum merampas wang tunai di kaunter bilik Unit Akaun dan Hasil JPJ cawangan itu.

Ziarah Turki, PMnya Erbakan, Dato Bandar Istanbulnya Erdogan

Tranungkite

Saya kongsi sedikit pengalaman pada tahun 1997 ketika menziarahi Turki: (Gambar: Erbakan dan Erdogan)

Selepas melintasi Syria, bas yang dinaiki memasuki sempadan Turki. Antara tempat pertama yang ditempuhi ialah Antakiyyah, bandar kecil yang diceritakan Allah dalam surah Yaasin ceritanya iaitu kisah Habib anNajjar, lelaki yang beriman kepada 3 orang rasul yang diutus ke kampungnya tetapi didustakan oleh penduduk kampung tersebut. Maqam Habib anNajjar berada di bahagian bawah masjidnya. Sepanjang perjalanan ke Istanbul, pemandangan di kiri kanan jalan cukup indah. Mukabumi Turki cukup menarik. Bukit-bukau, lembah, pelbagai rupa mukabumi menghiasi Turki.

Di sekitar Istanbul, banyak tempat menarik untuk dilawati. Muzium Topkapi yang asalnya sebuah masjid (?) amat menarik. Demikian juga Masjid Ayu Sofea dan lain-lain tempat.
Ketika tiba di Muzium Topkapi, kelihatan ramai pegawai keselamatan. Saya menyangka ada sesuatu yang berlaku. Tekaan itu benar. Tiba-tiba beberapa buah kereta hitam mewah berhenti di bahagian tepi jalan berhampiran. Lelaki-lelaki tegap bercermin mata gelap muncul dari dalam kereta dan segera mengelilingi beberapa orang yang kelihatannya seperti orang kenamaan. Rupa-rupanya PM Turki ketika itu, Prof Najmudin Erbakan mempunyai satu program yang dibuat di Muzium Topkapi.

Dari tepi sebuah pentas, pasukan gendang perang Kesultanan Uthmaniyyah memainkan gendangnya. Ia mengangkat semangat. Alunannya cukup hebat. Selesai gendang, Dato’ bandar Istanbul ketika itu, Racip Tayyib Erdogan (kini PM Turki) menyampaikan ucapan. Di hadapan pentas, Erbakan dan beberapa orang besar dari negara-negara umat Islam duduk mendengar. Rupanya ada forum ekonomi di situ. Bendera Malaysia juga kelihatan tapi saya tak dapat cam wakilnya kerana jarak agak jauh.

Di sebuah masjid di Istanbul, diceritakan bahawa seorang raja negara Eropah (Itali, Perancis?) menghadiahkan sebuah bongkah batu untuk dibuat dinding masjid. Masjid itu dibina oleh pekerja-pekerja yang sentiasa berwuduk. Pada malamnya, raja di Turki di zaman tersebut bermimpi bahawa di dalam batu itu ada salib. Esoknya, raja memerintahkan batu itu dipecahkan. Benar, di dalamnya ada salib.

Di sebuah masjid di tengah Istanbul juga, seorang bilal tanpa sistem suara, mengumandangkan azan dari arah belakang masjid. Suaranya bergema ke seluruh pelosok masjid, naik ke atas bumbung masjid dengan gema yang sangat mengagumkan tanpa gangguan gema. Tidak seperti kebanyakan masjid di Malaysia atau rekabentuk moden, sistem suara canggih tetapi sentiasa ada gangguan gema.

Di tengah Istanbul, Masjid Biru dengan 6 tiang menara. Kisah disebaliknya ialah kehebatan Sultan Muhammad al-Fateh yang membuka Konstantinopel. ‘Sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera’ AllahuAkbar! Tidak dapat dibayangkan kehebatan Sultan Muhammad al-Fateh ini, tetapi bila merenung dari jauh masjid tersergam indah itu, terbayang juga kehebatan seorang pejuang dengan bala tenteranya.

Selat Bhosporus pula menjadi selat di tengah Turki yang menjadi sempadan di antara benua Asia dan Eropah. Di tengah bandar Istanbul, masyarakatnya kelihatan seperti masyarakat Eropah. Bandarnya bersih. Rombongan kami juga ditemani Dr Irfan, salah seorang yang terlibat dengan gerakan Islam di Turki. Beliau memberitahu, apabila Parti Refah menang di Turki, antara yang dibuat oleh Dato bandar Istanbul (Erdogan) ialah menurunkan kadar cukai ke atas premis. Hasilnya ialah kadar harga makanan mampu diturunkan oleh restoran di premis tertentu.

Ketika singgah di sebuah kedai di tengah Istanbul, saya menghulurkan lira Turki. Gambar Kamal ataTurk terpampang pada liranya. Perempuan tanpa tudung penjaga kedai melihat saya yang berkopiah dan berjambang. Beliau tiba-tiba mencium duit lira Turki khususnya pada gambar Kamal ataTurk. Apa maknanya? WallahuA’lam! Sebagai pelancong luar, saya tidak memberikan apa-apa respon. Tetapi apa yang dibuat barangkali punya maksud tertentu.

Riza tuai semaian jual dirinya kepada syaitan - adik

Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz menuai apa yang disemainya kerana 'menjual diri kepada syaitan', tulis adiknya di Facebook.

Riza yang dinamakan dalam saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat kerana didakwa menggunakan wang yang dicuri daripada firma pelaburan negara, 1MDB.

"Jika Riza menjual dirinya kepada syaitan untuk memiliki apa yang tidak sepatutnya miliknya, bayangkan hutangnya yang dikumpul bersama syaitan dan yang bakal mereka kumpul lagi itu,” tulis Azrene Soraya Abdul Aziz, seorang perunding imej.

Seperti Riza, Azrene adalah anak tiri Najib, yang lahir hasil perkahwinan pertama, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya.

Bagaimanapun beliau berkata, Riza masih dan adalah seorang yang dikasihi oleh keluarganya, walaupun kasih mereka 'tidak cukup untuk beliau' dan orang sekelilingnya.

"Dia memilih, seperti orang lain sebelumnya, untuk memiliki kemasyhuran, kekayaan dan sanjungan," katanya.

Azrene mendakwa abangnya kini membayar harga kerana dosa yang dilakukannya walaupun Malaysia tidak bersedia untuk memberi keadilan seperti didoakan rakyat tetapi Amerika Syarikat memberikannya.

"Mereka yang mengenali saya tahu bahawa saya kambing hitam keluarga - tetapi itu tidak bermakna saya tidak sayang keluarga saya.

"Orang ramai boleh mengatakan saya kejam untuk apa yang saya tulis hari ini tetapi saya sentiasa menegakkan apa yang sepatutnya dan melakukan apa yang betul, demi kebenaran dan keadilan walaupun terpaksa membayar harga yang tinggi dan ini bermakna melakukan perkara yang tidak popular.

"Saya sering menegaskan bahawa jika Riza menggunakan dan mendapat keuntungan daripada dana yang dicuri dia perlu membayar apa yang dilakukannya itu.

"Jika dia berdiri sebagai proksi atau sebagai pemegang amanah untuk apa yang bukan miliknya atau mana-mana individu yang meminta beliau menjadi 'anak berbakti', dia perlu membayar untuk itu," katanya.

Azrene Ahmad


|| THE AZIZ CHILDREN'S DOOR ||


One day a boy slept, someone came knocking at his door

He opened it a tad bit and a voice called out from the great outdoors.

It asked him what he wanted in exchange for some shelter and succour...

Lihat Lagi



Autorecord from 20/07/2016 11:16AM EDT - Captured Live on Ustream at http://www.ustream.tv/channel/ms-pilot

M.YOUTUBE.COM
Tidak kira apa alasan yang diberikan untuk mewajarkan apa yang dilakukan oleh abangnya, Azrene berkata jika tindakannya itu menjejaskan negara dan rakyat maka ia adalah salah, dan perlu diperbetulkan.

"Bagi mereka yang fikir saya tidak berhati perut hari ini, sila ingat, doa saya adalah untuk kebenaran dan keadilan. Sama seperti rakyat Malaysia yang lain, telah dijawab hari ini dan akan terus dijawab," tulis perunding imej itu.
-malaysiakini

Gambar dua suri rumah memukul dan membogelkan wanita didakwa menjalinkan hubungan intim dengan suami mereka di jalan raya


Crimea: DUA suri rumah dirakam membelasah seorang wanita yang didakwa menjalinkan hubungan intim dengan suami mereka di jalan raya sebuah kampung di Semenanjung Crimea.

Rakaman yang viral di media sosial itu menunjukkan dua wanita berkenaan menanggalkan pakaian mangsa sebelum memukul dan mengheretnya di jalan raya.

Semenanjung Crimea dikuasai Russia selepas Moscow merampasnya daripada Ukraine dua tahun lalu.

Dalam video berkenaan, seorang suri rumah berpakaian hitam dapat dilihat berulang kali memukul wanita yang didakwa menjadi kekasih gelap suaminya.

Dia menendang dan meludah muka mangsa dan pada masa sama, memaki hamunnya.

Orang ramai, termasuk penduduk lelaki yang melihat kejadian itu hanya memerhatikan mangsa dibelasah kedua-dua wanita berkenaan.
Media tempatan melaporkan, seorang daripada suri rumah itu hamil.

Tidak seorang pun dilihat cuba membantu wanita berkenaan.
-hmetro

Warna petrol berbeza setiap jenama, Adakah mempengaruhi prestasi?

Tranungkite
Perkongsian seorang pengguna Facebook tentang warna petrol menjadi penyebab beliau bertukar ke jenama lain lebih setahun lalu kini aktif kembali dikongsi.

Ia menjadi viral di laman sosial dan ia boleh mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai. Portal permotoran, Paultan menimbulkan tentang perkara ini.
Harga Minyak Malaysia
– fb Imran Suhaimi

Ia susulan sebuah video yang viral pada tahun lalu yang membanding warna RON97 dari dua jenama berbeza dan mendakwa kedua-duanya berbeza kualiti seterusnya memberi kesan kepada kadar penggunaan bahan api.

Timbul persoalan, adakah benar warna mempengaruhi kualiti bahan api dan prestasi kenderaan? Berikut jawapannya.

Sebenarnya warna semula jadi pada petrol dan diesel adalah kuning cerah. Penambahan warna hanya untuk pengenalan gred dan jenis bahan api.

“Seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, pewarna pada bahan api perlu ditambah untuk tujuan pengenalan kepada berberapa gred dan jenis bahan api.”

“RON97 ditetapkan dengan warna merah di Malaysia, manakala untuk RON95 ia perlu diwarnakan dengan warna kuning. Pewarna bahan api tidak mempunyai apa-apa kesan ke atas kualiti bahan api dan prestasi enjin.” – Jurucakap Shell, The Star.

Pakar industri melalui laporan The Star juga berkata, perbezaan warna juga kerana perbezaan jumlah pewarna yang digunakan.

“Ini adalah semata-mata kerana jumlah pewarna yang berbeza, yang berkadar antara lima bahagian setiap juta (ppm) dan 18 ppm.”

“Kaedah suntikan pewarna – yang dilakukan secara automatik atau secara campuran pukal – juga menyebabkan perbezaan kepada ton warna.

“Perbezaan warna mungkin juga kerana bahan api berkenaan dibekalkan dari terminal berbeza. Kesimpulannya, pewarna tidak mempunyai sebarang kesan kepada kualiti bahan api.

Naib Presiden Persatuan Pengedar Petrol Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli.

“Ambil contoh petrol berkenaan dan hantarnya untuk pemeriksaan kimia serta buat laporan kepada Sirim, selepas itu mereka akan memeriksanya,”

“Apabila berkaitan dengan warna, bercakap berkenaan prestasi, ia agak susah untuk diperkatakan. Jika ada perbezaan kecil, anda tidak akan mengetahui atau merasakannya kecuali anda menggunakan tolok.

“Agak sukar untuk mengatakan sama ada ia bagus atau tidak, sama ada ia bercampur atau tirus atau tidak. Anda perlu menghantarnya ke makmal untuk diperiksa sama ada ia mempunyai masalah atau tidak.”

Antara komen pengguna;
Tentunya pengguna mempunyai sebab tertentu tentang jenama pilihan masing-masing. Ada yang tak kisah tentang stesen mana asalkan kereta ‘berminyak’.

Siapa selepas Anwar?

Bukan Anwarinas
Hari ini genap 526 hari atau setahun lima bulan enam hari saudara Anwar Ibrahim kembali disumbat ke penjara selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan beliau bersalah atas tuduhan liwat pada tahun lalu. Dihenyak dengan hukuman lima tahun masa di sebalik tirai besi dan larangan menyertai politik juga pada tempoh sama selepas bebas.

Selama 526 hari pemenjaraannya, iklim politik tanah air berubah sama sekali. Terutama dalam blok pembangkang sendiri. Pemergian Datuk Nik Aziz Nik Mat, perpecahan Pakatan Rakyat, konflik dalaman PAS yang menumbuhkan Amanah, tak kurang juga munculnya blok kecil dalam PKR sendiri.

526 hari berlalu, satu pilihan raya negeri dan tiga pilihan raya kecil berlangsung menyaksikan cengkaman rejim makin ampuh dan menggila corak pemerintahannya yang saban hari kian mencengkam rakyat.

Saya tidaklah ingin membincangkan secara lanjut perkara di atas selain daripada topik berkaitan tajuk “Siapa selepas Anwar?”

Satu hal yang tidak mampu dinafikan sesiapa ialah di balik kelemahan personaliti kepimpinan dalam BN, blok pembangkang juga dilihat tidak mempunyai persediaan untuk melahirkan seorang lagi Anwar Ibrahim di pentas persada politik tanah air.

Kekurangan ini walaupun cuba diatasi dengan kewujudan pelbagai sekolah aliran politik seperti Sekolah Demokrasi oleh DAP, Sekolah Politik oleh PKR dan beberapa platform lagi namun impaknya masih gagal untuk menghampiri atau menyamai seorang sosok Anwar.

Benar, kita punya pemimpin muda yang hebat seperti Rafizi Ramli, Tony Pua, Nurul Izzah, Young Syefura dan ramai lagi namun mereka ini tidak mempunyai aura atau karakter untuk menjadi seperti Anwar.

Kehebatan Anwar bukan saja diiktiraf daripada gaya kepimpinannya yang berjaya menyatukan Pakatan Rakyat sebelum ini tetapi juga mampu menjadikan kerjasama antara kaum yang kukuh di bawah payung menentang kebobrokan Umno BN.
Stail karismatik dan kredibilitinya memacu Pakatan Rakyat sebelum ini, menyaksikan hubungan antara kaum menjadi paling kukuh dalam sejarah. Setiap anak Malaysia dengan satu tujuan, menumbangkan rejim kerajaan.

Benar juga, kita tidak boleh menafikan Anwar adalah x-factor kepada kebangkitan rakyat. Baik daripada zamannya sebagai mahasiswa dalam demonstrasi Baling, membawa kepada himpunan Reformasi 98 yang menggegarkan tanah air, hinggalah kepada PRU pada 2008 yang menyaksikan lima negeri dikaut pembangkang.

Namun, kesilapan terbesar para penyokong dan pimpinan Pakatan Harapan adalah terus mengharapkan kepada sosok bernama Anwar ini untuk terus menerajui pakatan dan masih berimpian beliau menjadi PM apabila BN tewas kelak.

Idealis namun amat tidak realistik dalam mengambil kira situasi kini. Dalam tempoh 526 hari berlalu kerap Anwar dihantar ke hospital menerima rawatan penyakit di hadapinya. Jelas memberi isyarat keadaan kesihatannya yang tidak memuaskan. Dan makin merosot.

Sewajarnya Pakatan Harapan wajib mempunyai seorang anak muda yang dibentuk khas sebagai pengganti dan mempunyai karisma seperti Anwar. Bukan lagi terus bermimpi untuk Anwar memimpin.

Ramai berpendapat calon pengganti Anwar dan menyebut nama-nama seperti Rafizi, Izzah, Datuk Husam Musa, atau Salahuddin Ayub. Namun saya berpendirian mereka ini tidak mampu atau mempunyai aura seperti Anwar yang mampu menarik ribuan orang terpaku padanya meskipun nama-nama yang disebut tak kurang hebatnya.

Kenapa tidak? Rafizi meski bijak namun tidak disukai sebilangan ahli parti sendiri. Izzah pula mengalami lemahnya sokongan kerana status sebagai perempuan yang masih di bawah dogma masyarakat, Husam pula dibuang parti sendiri. Sedang Salahuddin tiada kekuatan sebagai pemimpin.

Harus diingat, Anwar bermula sebagai mahasiswa. Yang bermula daripada isu masyarakat (demonstrasi Baling). Maka seharusnya penggantinya juga haruslah seorang mahasiswa yang pada saat memakai jubah pelajar lagi sudah berhanyir dan berlumpur berjuang isu masyarakat.

Sejujurnya, saya melihat ciri-ciri Anwar kedua ini pada seorang anak muda. Anak muda yang menggegarkan negara tatkala kad matriks masih tergantung di lehernya. Anak muda yang menjadi x-factor kebangkitan mahasiswa universiti untuk berani melawan ketika sebelumnya gerakan ini tepu dan lemau.

Saya juga menjadi saksi mata sendiri ketika malam solidariti terhadapnya di sebuah penjara di ibu kota, bilangan penyokong yang tidak pun sebangsa dan seagamanya mencecah lebih 70%. Jauh lebih banyak daripada dokongan bangsanya sendiri!

Saya juga menyaksikan sedari itu, nama disebut-sebut, dibawa ke sana ke mari oleh pelbagai parti untuk bercakap di pentas ceramah, berbicara bahasa politik. Ajaibnya setiap kali dia hadir, audiens sanggup bersimpuh dan bersila. Malahan dia bukan saja disegani kaum sendiri bahkan disayangi kaum lain.

Menyoroti kembali aura persis Anwar Ibrahim, saya yakin anak muda ini yang gayanya sudah terikut Anwar jika terus dibimbing dan ditonjolkan maka kita akan mendapat Anwar Ibrahim kedua yang muda, bersemangat waja, punyai wawasan dan cita-cita, dan jauh lebih penting ialah merendah sepertimana Anwar.

Jauh lebih daripada semua itu yang menyamakan Anwar ketika zaman muda dan beliau adalah mereka berdiri di sisi sosok hebat yang sama iaitu Hishamuddin Rais.

Bak kata seorang teman, “Adam Adli jika dia ubah sedikit kebiasaannya sekarang, dialah Anwar yang kita cari.”

Ketika artikel ini ditulis, genap seminggu sejak bekas diktator Malaysia dinamakan sebagai ketua pembangkang yang baharu. Sewajarnya, pengganti Anwar ialah anak muda penuh misi dan visi jelas berbanding seorang tua yang lagak politiknya mahu menutup seribu dosa.

Kubu kuat Pas di Dun Demit kini mesra Amanah

MALAYSIA DATELINE

Kawasan Dewan Undangan Negeri N019 Demit yang dimenangi Pas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dengan majoriti 8,581 undi tidak lagi dianggap kawasan kebal bagi parti itu.

Kemunculan Parti Amanah Negara (Amanah) dan pemecatan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian Datuk Husam Musa daripada parti menyebabkan sokongan masyarakat di kawasan itu kepada Pas beralih arah.

"Dalam pertemuan dengan facebookers di Kota Bharu beberapa hari sebelum raya, Datuk Husam memberitahu di kawasan Demit sekarang sudah ada sekitar 7,000 pengundi yang mengundi Pas dalam PRU13 tidak akan mengundi parti itu dalam pilihan raya umum akan datang," kata Ketua Amanah Kubang Kerian, Fauzi Muhamad ketika ditemui.

Dalam PRU13 katanya, BN melalui calonnya Wan Mohd. Nazi Wan Hamat mendapat 6,721 undi, lebih kecil dari undi majoriti 8,581 manakala calon Pas, Mumtaz Md. Nawi mendapat 15,302 undi.

"Saya tidak tahu dari mana Datuk Husam mendapat maklumat mengenai peralihan yang disebut beliau, tapi sebagai ketua Amanah saya dapat rasai sambutan hangat kepada parti kita sepanjang kami bergerak hampir setahun lalu," katanya.

Di Dun Demit menurut beliau kebanyakan aktiviti dan program parti adalah hasil cadangan dan kelolaan dari peringkat bawah dan sedikit sekali perancangan dari peringkat kawasan.

"Saya masih ingat ketika mula-mula kami menubuhkan jawatankuasa di peringkat kawasan tiba-tiba dimaklumkan satu ceramah oleh (Timbalan Presiden Amanah) Haji Salahudin Ayub akan diadakan di tengah-tengah kawasan pondok Tok Kenali," katanya.

Bila pihak kawasan turun untuk menyelaras, beliau diberitahu semua telah diatur termasuk menjemput penceramah dan mereka mahu terus isytihar penubuhan cawangan di situ.

"Saya terpaksa meminta mereka tangguhkan penubuhan cawangan kerana secara teknikalnya kawasan sendiri belum disahkan pendaftaran oleh pihak pendaftar pertubuhan waktu itu," katanya.

Selepas berunding, katanya mereka bersetuju untuk membuat perisytiharan serentak tiga cawangan dalam majlis Jamuan Kerbau yang diadakan berhampiran masjid Kampung Pulau di sebelah Hospital USM.

"Kawasan ini yang asalnya dikenali sebagai 'dalam pondok' merujuk Pondok Tok Kenali mungkin kubu terkuat Pas tapi sekarang Amanah diterima secara terbuka dan menjadi pusat aktiviti termasuk pusat penyebaran akhbar Amanah di Demit," katanya.

Satu lagi perkembangan kata Fauzi adalah perubahan sikap komuniti staf dan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang kini begitu mesra dengan parti Amanah.

"Ramai pensyarah termasuk berstatus profesor menemui saya memberi sokongan dan ada yang mengisi borang tapi berpesan supaya tidak dihebohkan.

"Bagaimanapun sekarang kita ada tiga profesor yang menyertai parti secara terang dan bersedia menyertai sebarang aktiviti Amanah jika diperlukan," katanya.
Menurutnya, sikap staf dan tenaga pengajar USM ini turut mempengaruhi pelajar-pelajar mereka.

"Bila Amanah mengadakan program seperti membantu asnaf dan ziarah kebajikan pada bulan Ramadan lalu ramai pelajar turut membantu," kaanya.

Bagi Fauzi perubahan yang berlaku di dua institusi besar dalam Dun Demit iaitu Pondok Tok Kenali dan komuniti USM dijadikan asas untuk mengukur kekuatan mana-mana pihak dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

"Saya rasa Datuk Husam pun guna ukuran ini untuk membuat unjuran tentang kecenderungan pengundi Dun Demit menjelang PRU14," katanya.

Suami Rosmah dapat derma RM2.6 billion, anak pula dapat hadiah RM381 juta: Untung betul nasib dia anakberanak

DOJ: Riza dakwa dana AS$94 juta adalah hadiah

Anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, mendakwa dana 1MDB bernilai AS$94 juta (RM381 juta) dalam akaun - yang dia memiliki akses untuknya - adalah hadiah daripada syarikat Aabar BVI, kata Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

"(Riza) Aziz mendakwa - termasuk dalam laporan cukainya pada 2012 - wang itu adalah 'hadiah' daripada Aabar BVI," kata laporan itu semalam.

Menurut DOJ, Aabar BVI - sebuah syarikat didaftarkan di Kepulauan British Virgin dengan nama sama - menerima AS$1.367 bilion wang yang diselewengkan daripada bon 1MDB untuk perjanjian pembelian kuasa pada 2012.

Daripada jumlah itu AS$238 juta dimasukkan ke akaun syarikat perfileman Riza, Red Granite, di Singapura.

DOJ mendakwa Riza menggunakan AS$94 juta wang itu untuk membeli tiga harta tanah - dengan setiap satu di New York City, Beverly Hills dan London.

Dalam saman dikemukakan pihak berkuasa AS itu, DOJ memperincikan bagaikana firma perakaunan berpangkalan di AS, Nigro Karlin Segal Feldstein & Bolno (NKSFB) cuba mendapatkan penjelasan mengenai "hadiah" berkenaan.

"Dana itu datang daripada seorang pelabur dalam Red Granite Capital, saya tidak dapat mengesahkannya tanpa bukti bahawa ia bukan pendapatan kepada Riza. Firma berada dalam risiko, angka-angkanya terlalu tinggi," kata seorang rakan kongsi NKSF melalui e-mel.

Pindahan tanpa sebab

Seorang pengarah urusan di firma itu yang bertindak bagi pihak Riza menjelaskan Aabar BVI adalah "sebuah syarikat pegangan persendirian seorang rakan keluarga" individu terlibat.

Dia juga menyertakan sekeping surat daripada Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny iaitu pengarah Aabar BVI serta ketua pegawai eksekutif syarikat itu ketika transaksi berkenaan berlangsung.

Kandungan surat itu ialah: "Surat ini bertujuan mengesahkan bahawa pemindahan AS$94,500,000 yang terdiri daripada pindahan kawat pada 18 Jun 2012 untuk BSI Bank Bhd (nombor akaun [XXX] 250A) untuk manfaat Riza Aziz bertujuan sebagai hadiah.

"Pemindahan itu dibuat tanpa sebarang pertimbangan dan tiada perkhidmatan dijalankan atau hadiah diterima bagi aset. Ini adalah satu pemindahan tanpa sebab dibuat dengan ikhlas berdasarkan hubungan yang rapat peribadi kami."

DOJ bagaimanapun menafikan hal itu dalam nota kakinya, dengan menjelaskan pada tarikh pemindahan itu berlangsung, Aabar BVI sebenarnya menyalurkan AS$133 juta kepada Red Granite.

Tambah DOJ dana sebanyak AS$94 juta itu adalah jumlah yang dipindahkan Riza "ke Amerika Syarikat dalam tempoh kira-kira lima bulan dan digunakan untuk membeli aset peribadi".

Selain digunakan untuk membeli harta tanah DOJ mendakwa dana 1MDB bernilai AS$64 juta digunakan untuk membiayai filem terbitan Red Granite, The Wolf of Wall Street.

Bagaimanapun Red Granite menafikan tahu sebarang maklumat mengenainya.

Sejumlah AS$41 juta wang 1MDB juga dikatakan diguna untuk membiayai aktiviti perjudian Riza, hartawan Jho Low serta rakan mereka Eric Tan Kim Loong.
-malaysiakini

AS$1 bilion (RM4 Billion) dana 1MDB telah digunakan untuk membayar hutang judi di Las Vegas

Jabatan Kehakiman Amerika ‘kantoikan’ 1MDB bayar hutang judi di Las Vegas
Hafiz Zainuddin

RAUB, 21 JULAI: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendedahkan, sebanyak AS$1 bilion dana 1MDB telah digunakan untuk membayar hutang judi di Las Vegas, selain kapal layar mewah, perhiasan dalaman, hartanah dan sebuah jet.

Pendedahan yang dibuat Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan, Andrew McCabe dalam sidang media semalam bakal memberi tamparan hebat kepada kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini bermati-matian menafikan dana syarikat terbabit kononnya tidak diseleweng.

Berikutan itu, Jabatan Kehakiman Amerika telah mengumumkan akan bertindak dengan memfailkan permohonan menyita dan merampas aset berkenaan.

Menyifatkan pendedahan ini menjatuhkan imej dan memalukan negara, Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri berkata 1MDB yang sepatutnya menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan telah dijadikan alat semata-mata untuk memperkayakan diri sendiri.

Tambah memalukan lagi kata beliau, pemimpin-pemimpin UMNO dan mereka yang mengaku ‘pejuang Melayu dan Islam’ amat sibuk dengan isu kafir harbi, konsert dan seumpamanya tetapi membutakan mata dengan penyelewengan rasuah terbesar yang dilakukan pemimpin.

“Malaysia ialah sebuah negara Islam yang ada belasan mufti, ribuan Qadhi, jutaan ustaz yang sibuk mengkafir-harbikan orang lain tapi tutup kedua mata, bila orang Islam sendiri mencuri dan rasuah.

“Pemimpin kita rasuah dan kita lihat sebahagian orang Melayu jerit sana sini mereka Islam dan mahu mempertahan Islam sampai ketitisan darah terakhir.

“Tetapi mereka masih tidak mahu menolak pemimpin yang rasuah dan mencuri duit rakyat Malaysia. Perbuatan dan pendirian demikian amat memalukan. Jika kita tidak bangkit menolak pemimpin yang korap, maka itu hipokrit dan kufur!” katanya ketika dihubungi Roketkini.

Menurutnya adalah amat ironi, sebagai negara bukan Islam, Amerika bertegas dengan tidak membenarkan sistem kewangan dan perbankan mereka dijadikan alat kepada ketua-ketua negara mencuri wang rakyat di negara mereka.

“Saya melihat ini sebagai kutukan keaatas Malaysia. Malaysia ialah negara ‘si pencuri’. Malaysia adalah sebuah negara yang rasuah dan mengamalkan budaya rasuah dan mencuri. Amerika yang membenci rasuah dan pencuri yang menyauk duit rakyat mereka sendiri ialah negara ‘kafir’,” katanya.

Dalam perkara yang sama Ariff berkata persoalan yang timbul saat ini ialah bagaimana pentadbiran Najib mempertahankan dirinya sendiri.

“Adakah mereka akan guna taktik lama dengan menipu rakyat Malaysia khususnya orang Melayu bahawa ini semata-mata sebuah konspirasi jahat dengan Jabatan Kehakiman Amerika dikuasai Yahudi?

“Pada masa yang sama menuduh Yahudi memang bengang dengan Najib yang dianggap penjaga dan pembela aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, pelopor wasathiyah dan penganjur maqasid syar’iah?” soal Ariff.
-Roketkini.com