"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Apa pula muslihat Sultan Sulu kali ini?-Bhg 2

senik
Assalamualaikum,,..

Penulis memang menjangka kemelut pencerobohan pengganas Sulu akan berpanjangan sama seperti jangkaan Zahid Hamidi yang menjangkakan dharurat mungkin akan diisytiarkan. Penceroboh yang berjumlah dikatakan antara 100 hingga 300 orang itu nampaknya lebih ramai sehingga Sultan Jamalul Kiram seolah olah tahu kedudukan tenteranya. Selepas tawaran gencatan senjata ditolak, Jamalul Kiram menawarkan satu lagi tawaran yang boleh membuka mata kita semua, terutama penduduk Sabah.

Dakwaan tenteranya menawan 4 orang anggota polis walaupun dinafikan oleh kerajaan kita nampaknya membolehkan Jamalul Kiram tampil dengan tawaran bertukar tawanan. Apakah semua ini? Propaganda seperti disebut dalam artikal pertama dulu harus dinilai dengan lebih teliti kalau kita tidak mahu menyesal. Najib harus lebih bertanggungjawab sekarang, lebih lebih lagi penggal parlimen sudahpun tamat. Pasukan keselamatan kita mesti dilindungi daripada kehilangan nyawa yang besar!

Kerajaan harus cepat mengumumkan samaada benar ada polis kita ditawan, polis yang selama ini telah membuktikan kesetiaan mereka kepada kerajaan walaupun dalam kes kes tertentu terpaksa mendera rakyat yang tidak bersenjata semata mata setia kepada kerajaan, polis yang saban kali PRU akan dimenafaatkan untuk memberi undi kepada UMNO/BN menerusi undi pos, kini berdepan dengan ancaman nyawa dek penangan pengganas Sulu yang kelihatan jauh lebih ramai daripada 300 orang.

Cuba bayangkan kalau polis berpaling tadah, apa akan jadi kepada kerajaan? Dan kalau tindakan berpaling tadah itu disertai oleh Tentera, kerajaan UMNO/BN boleh kojol serta merta tanpa perlu PRU. Oleh itu kerajaan mesti mengambil tindakan yang betul demi menjaga keselamatan nyawa polis dan tentera yang sudah terbukti setia kepada bukan sahaja negara tetapi kerajaan juga. Wang ringgit sudah tidak cukup dalam situasi sekarang, tetapi keputusan dan tindakan bijak kerajaan untuk mengelakkan kehilangan nyawa anggota keselamatan amat perlu sekali.

Kesukaran berdepan dengan pengganas hari ini disebabkan tindak tanduk pemimpin UMNO sejak zaman Mahathir. Penulis masih ingat di awal pemerintahan Mahathir dan Sabah masih di era Berjaya di bawah Haris Saleh, kebanyakan pendatang Sulu hadir di perairan Sabah sebagai lanun, dan pasukan polis marin ditugaskan untuk membenteras kehadiran mereka. Antara yang menjadi polis marin yang ditugaskan di Sabah ialah bapa saudara penulis dan dari cerita bapa saudara inilah penulis dapat membayangkan bagaimana anggota polis marin yang bertugas di Sabah saban hari terlibat dengan adegan kombat dilaut dan kegiatan lanun lanun Sulu ini tidak pernah berkurangan.

Akhirnya aktiviti lanun berhenti apabila Mahathir melakukan operasi atau projek IC di mana hampir keseluruhan pendatang haram yang merupakan lanun lanun ini diberi IC untuk mengundi UMNO/BN.

Sejarah rusuhan yang menyebabkan kematian dan ramai pemuda tempatan bersahur dalam lokap di GPP 5 & 6, Paka Terengganu dulu juga berpunca dari keturunan lanun Sulu yang datang sebagai pekerja dari Sabah. Gambaran yang boleh dirumuskan bakal berlaku di Sabah sekarang dengan Jamalul Kiram menjadi mastermindnya. Kedudukan ramai rakyat Sulu di seluruh Sabah amat berisiko seandainya gendang perang dipukul oleh Jamalul Kiram.

Tindakan Jamalul Kiram membuat tawaran demi tawaran mungkin ada muslihatnya. Seandainya pengganas yang dijangka kurang dari 300 orang itu masih belum ditemui sepenuhnya, bagaimana kalau jumlah mereka lebih dari itu?

Berita yang penulis terima ada sejumlah senjata yang dirampas di Tawau dalam sebuah keranda membimbangkan kita semua. Kerajaan mesti cepat bertindak kalau kalau berita ini benar, apatah lagi kalau ada senjata yang terlepas ke tangan penduduk Sulu yang sudah ada IC, keadaan ini cukup bahaya kepada penduduk Sabah dan apa kata kalau tindakan Jamalul Kiram hanyalah untuk melengah lengahkan masa agar semua senjata dan kedudukan pengganas sudah siap sedia untuk mengistihar perang terhadap Sabah.

Kalau perkara ini berlaku, UMNO tidak boleh dimaafkan!

Ahli Falak Sahkan UFO di Yaman

ismanusa
Gambar oleh Aseel Badiyah menunjukkan pesawat putih berbentuk segitiga terbang membelah awan

Seorang jurugambar Yaman telah menangkap gambar yang beliau percayai merupakan sebuah pesawat UFO melintasi kawasan pergunungan di sebelah utara Yaman.

Gambar yang diperolehi Aseel Badiyan itu menunjukkan pesawat putih berbentuk segitiga sedang terbang membelah awan. Beliau memberitahu ketika beliau sedang mengambil gambar pemandangan gunung apabila objek asing tersebut melintasi lensa kameranya. Kawasan pergunungan tersebut berada kira-kira 90km dari Sanaa.

Mengulas tentang gambar tersebut, seorang ahli falak terkenal Saudi mengatakan beliau telah meneliti gambar tersebut dan mempercayai gambar tersebut adalah tulin.

" Saya telah mencarinya di internet untuk kejadian yang sama diseluruh dunia dan mendapati gambar yang saya ambil ini adalah paling jelas setakat ini..saya percaya sesiapa yang memiliki pesawat tersebut adalah golongan yang mempunyai tamaddun yang amat maju," Ujar Badiyan terhadap akhbar Saudi dan Yaman.

Memetik lapuran Ajel, akhbar harian Saudi berbahasa arab, timbalan pengerusi persatuan Falak Saudi, Sharaf Al Sifyati, berkata:" Tidak dapat dinafikan bahawa kita bukanlah keseorangan didalam alam terbentang luas ini dan disana terdapat makhluk lain yang hanyalah Allah mengetahuinya."

Beliau menambah lagi:" Apabila jurugambar Yaman ini menghubungi saya dan menunjukkan gambar tersebut, saya merasakan beliau bercakap benar..saya telah meneliti gambat tersebut dan mendapati ia adalah tulin dan tidak melibatkan sebarang penambahan atau suntingan..dan untuk objek tersebut, saya percaya ia adalah pelik dan luarbiasa tetapi saya tidak pasti ia adalah pesawat angkasa kerana fenomena ini masih lagi kemungkinan berbanding realiti..saya berpendapat kejadian ini perlu disiasat sepenuhnya."

PANAS: Episod Ketiga Lahad Datu.

AntiKarat
Setelah mencanai segala keanehan isu pencerobohan Lahad Datu dan disusuli kenyataan Pengerusi SPR yang membayangkan PRU13 di Sabah boleh ditangguhkan sekiranya Sabah diisytihar darurat, maka hati ini tidak lagi boleh menolak kemungkinan bahawa pencerobohan Lahad Datu adalah merupa salah satu episod dalam satu skrip yang telah dirancangkan.

Kita tak boleh menuduh kepada PM kerana kita tiada bukti. Kita tak boleh menuduh kepada Menteri Dalam Negeri atau Menteri Pertahanan malah SPR kerana kita tiada bukti. Lainlah kalau ada seseorang yang mendedahkan konspirasi tersebut, andaikata itu satu konspirasi peringkat tertinggi.

Namun, manusia ada hati dan minda. Bagai seorang bapa yang tengok anaknya asyik mengelamun dan berhias diri setiap kali keluar rumah, tentu di hati sang bapa akan berkata, “lain macam saja anakku sejak akhir-akhir ini”. Ibu bapa kuat nalurinya. Cuma bukti belum cukup untuk mengaitkan anaknya dengan alam berpacaran. Apabila terserempak dengan si anak dengan lelaki idaman, barulah sah apa yang disyaki selama ini.

Begitulah pula, isu Lahad Datu ini. Berlakunya di saat hampir benar Parlimen terbubar dengan sendirinya. Tak berani PM Najib membubarkannya seperti amalan PM-PM terdahulu. Kalau ikut pada cakap berdegar beliau, tak sempat Rosmah bangun tidur hendak diuar-uarkan pembubaran Perlimen. Kepakaran polis ialah melihat raut wajah dan riak mata seseorang untuk mengetahui sesuatu yang tak kena. Rakyat juga boleh melihat raut wajah dan riak mata PM Najib ketika melaungkan keyakinan BN akan terus berkuasa. Najib….Najib.

Episod petama, warganegara dua IC ‘masuk menceroboh’ tanah air. Episod kedua, serang dan perang. Episod ketiga, SPR beri bunga-bunga kemungkinan yang tak diinginkan. Episod keempat, Parlimen dibubarkan dan diadakan PRU13 kecuali bagi Sabah yang tergugat. Episod kelima, keputusan pilihanraya diumumkan satu demi satu. Episod keenam , ada dua kemungkinan lagi, kalau BN menang agak selesa, pilihanraya di Sabah akan diadakan untuk mengesahkan kemenangan. Kalau PR menang, keputusan tergantung kerana Sabah masih tak selamat.

Penulis berhadap monolog tersebut tidak benar dan tidak akan berlaku. Demokrasi mesti diteruskan. Nasib rakyat tidak wajar diperjudikan. Dosa-dosa pemimpin tidak wajar dibawa berkongsi dengan rakyat. Rakyat pula tidak cerdik untuk menjadi rakan kongsi ketakutan pemimpin. Rakyat mesti berjiwa merdeka. Rakyat hari ini adalah penentu nasib generasi anak-anak yang masih kecil. Anak cucu kita mesti diamanahkan kepada sebuah kerajaan yang ikhlas menjaga agama; bukan yang pandai berlakon dengan kalimah Allah, sebuah kerajaan yang telus dalam menjaga kepentingan rakyat; bukan yang pelahap menimbun kekayaan dalam kroni.

Masing-masing jangan berdegar-degar mempertahankan kebatilan hanya kerana takut kepentingan perut sendiri terancam. Ingatlah nasib anak-anak kita pada dekad-dekad mendatang. Mungkin suatu hari nanti anak kita pula melahirkan bayi secara haram lalu dihumban ke dalam longkang. Mungkin kita pula merana dan didera kerana anak menjadi penagih durjana. Mungkin kita pula menjadi mangsa jenayah, ragut, rompak dan bunuh. Yang pasti maruah kita akan disembelih sebaik sahaja pihak yang berjanji mempertahan kuasa dengan darah berjaya meneruskan kesinambungannya. Ingat, kitalah yang menentukan nasib diri dan zuriat yang menjadi pewaris tanah air tercinta ini.

Haji Saiful Bukhari Kantoi Lagi

psyco
Dalam keadaan terdesak , UMNO pula cuba melawan bom nuklear yang diletupkan oleh Bapak Saiful dengan mengadakan sidang medianya tersendiri. Di dalam sidang tersebut yang baru sahaja selesai dilangsungkan, Saiful pula cuba mengajar bapaknya untuk kembali ke pangkal jalan.
Semua orang sahaja tersenyum melihat gelagat UMNO yang kini bagai cacing kepanasan. Anak pula yang mengajar bapa.
Nasib UMNO kini benar benar mirip kerajaan Jepun dan Nazi semasa pengakhiran Perang Dunia Kedua dimana ramai cuba meninggalkan kapal bahteranya yang nampak sudah nak karam.
Pertama, pengakuaan bapa Sayful sekali gus menghancurkan segala percubaan untuk mempalitkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai isu. Ianya menghancurkan percubaan mempalitkan Dato Seri Anwar dengan isu pencerobohan Lahad Datu, ianya menghancurkan percubaan mempalitkan DSAI dengan isu China Doll, ianya menghancurkan percubaan mempalitkan DSAI dengan isu Sodomi 1 dan Sodomi 2.

Ini kerana, semakin lama DSAI cuba dipalitkan dengan seberapa banyak isu yang boleh, maka semakin sukar ianya untuk dipercayai oleh rakyat jelata. Dengan adanya pengakuaan Bapa Saiful, maka rakyat telah mendapat bukti jelas yang segala segalanya hanya perbuatan jahat yang bertujuan untuk memfitnah DSAI dan mewujudkan persepsi negatif terhadapnya.
Kedua, pengakuan bapa Sayful umpama meletupkan peluru berpandu di kampung UMNO. UMNO telah menghabiskan masanya berkempen secara habis habisan untuk membunuh karektor politik DSAI. Tujuan UMNO bukannya untuk memuliakan diri mereka tetapi untuk membuat DSAI kelihatan lebih teruk dari mereka.

Tetapi sekarang sebaliknya yang berlaku. Dahlah UMNO sinonim dengan pemimpin lemah, tidak patriotik, perasuah, kurang pandai, penuh dengan masalah dalaman, rasa bongkak, tidak demokratik, mata duitan dan mencipta isu demi survival politik, racis, berfikiran sempit tetapi kini mereka bakal dikategorikan sebagai pemfitnah.
Dengan adanya pengakuan bapa Sayful ni, maka UMNO tiada lagi sebarang lunas ataupun landasan untuk berkempen. Kalau nak berkempen kononnya pemimpin UMNO ni satu satunya pemimpin Melayu yang disegani, tak boleh kerana orang yang mendengar tu muntah.Kalau nak berkempen kononnya mereka pejuang Melayu terakhir - tak boleh kerana Perkasa dah ambil tempat tu terlebih dahulu. Kalau nak berkempen konnonya UMNO ni mempertahankan kedaulatan negara - tak boleh kerana UMNO mendalangi projek IC yang ditolak lebih 90% pengundi. Kalau nak kempen kononya "Anwar Ibrahim itu .." tak boleh. Tak sampai UMNO nak habiskan ayatnya orang dah lempar slipar!

Maka berlumba-lumbalah tikus meninggalkan bahtera UMNO yang sudahpun dah nak karam. Tan Sri Musa, yang sekian lama cuba menjadi mahluk dua alam dijangka akan berbuat sama. Kemudian ianya akan diikuti oleh bekas orang kuat UMNO sehingga tiada lagi pelampung keselamatan.

Dan setelah itu, maka berkaramlah bahtera UMNO sambil disambut sorakan dan tepuk tangan oleh kesemua rakyat Malaysia.

Kerana terlalu menggelupor dan hilang punca , maka beliau dan pengarah filem lupa ''touch upkan'' tanda iman di dahi Haji Saiful Bukhari seperti biasa semalam pada sidang media beliau di bandingkan kunjungan nya ke Tanah Suci Mekah kerana mengerjakan Haji pada 2012 . lupa skrip lagi der

-tranungkite-

Pilihanraya umum ke-13 sebelum 25 MEI 2013

mohdnoorawang
Disaat ini tiada satu tarikh yang benar benar tersebar bila dewan dibubarkan dan bila tarikh hari mengundi. Pilihanraya umum ke-13 sungguh unit. Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia paling berani kerana berkuasa sehingga kegarisan waktu penat tempuh 5 tahun genap.
Namun ada berapa andian politik BN/UMNO dan Najib Razak yang menjadi keliru dan tidak terjadi.
1- peristiwa tentera sulu menceroboh Lahad Datu. Peristiwa besar disekat segala maklumat dan apa yang berlaku. PDRM diberi kuasa sepenuhnya untuk mengeluarkan sebarang maklumat dan arahan kepada ATM.

2-Rata rata yang mengamuk di Lahad Datu dalah orang pendatang dari Sulu atau penduduk Filipina yang ada kad pengenalan warna biru atau dua warga negara.

Pendehan Deepak dan PI Bala menghantui Najib Razak

Terkini Ayah Saiful kisah Liwat 2 membuat pengakuan adalah satu konspirasi oleh Najib Razak dan pegawainya.

Kesimpulannya. Pilihan raya umum ke-13 akan berlaku berasingan dengan Sabah/Sarawak dan semenanjung.

Dewan dibubarkan sekitar bulan March ini dan Hari mengundi di Semenanjung Malaysia bulan Mei 2013 sebelum cuti pertengahan tahun.

Namun mungkin Najib Razak melanjutkan tarikh pilihanraya umum atau dan membuburkan dewan atas nasihat YDP Agong memandangkan keadaan negara sekarang tidak aman dan tenteram. Atas kepasti perdana meteri boleh memberi nasihat beracun kepada ketua pemerimtah.

Jika berlaku PRU13 bulan Mei 2013, Sabah dan Sarawak akan diasingkan dari Semenanjung Malaysia. Terutama Negeri Sabah.

Kita tunggu dan lihat Najib Razak berlakun untuk mempertahankan BN/UMNO.

Apa pula muslihat Sultan Sulu kali ini?

senik
Assalamualaikum,,,
Agbimudin Kiram mendakwa serangan udara TUDM terkena pasukan keselamatan Malaysia, Jamalul Kiram pula menawarkan gencatan senjata sebelah pihak sementara MNLF menurut bernama mengutuk pencerobohan itu, begitu juga masyarakat suluk di Lahad Datu turut mengutuk serangan penganas serumpun mereka itu. Meneliti lapuran pencerobohan setakat ini, ada yang tidak beres walaupun kerajaan nampaknya yakin mampu mengatasinya.

Najib dan Zahid Hamidi dengan penuh konfiden menolak gencatan senjata yang ditawarkan sebaliknya menuntut pengganas Sulu menyerah diri tanpa syarat dan menurut Najib tiada kompromi sehingga Jamalul Kiram menerima pendirian Negara.

Cukup tegas suara PM kita kali ini tetapi yang bekerja untuknya ialah pasukan keselamatan kita, yang menjadi wira negara samaada gugur atau tidak, tiada syak mengenainya. Untuk itu percaturan kepada pencerobohan yang membawa banyaknya nyawa terkorban perlu diteliti sehalus halusnya.

Bermula daripada kegagalan pasukan pengawal sempadan menghalang pencerobohan itu perlu dikaji. Kenapa pasukan keselamatan yang mempunyai senjata dan peralatan yang canggih masih gagal menghalang laluan laut penceroboh harus dipersoalkan dan dijawab oleh Najib dan kerajaan. Kalau sekarang laut di penuhi oleh pasukan keselamatan kerana percaya hanya melalui laut sahaja penceroboh boleh melarikan diri, maka seharusnya pasukan keselamatan sepatutnya memenuhi laut sebelum kejadian itu. Ini bermakna, ada unsur kelalaian di pihak kerajaan dalam soal keselamatan dan dengan kelalaian ini ada wira kita terkorban. Kenyataanya, kalau penceroboh dapat disekat di sempadan, semua ini tidak berlaku.

Namun apa perlunya laut dipenuhi oleh pasukan keselamatan? Tidak cukupkah pasukan pengawal sempadan yang diberitakan memiliki radar pengesan yang canggih walhal pengganas hanya menggunakan feri yang disewa sahaja? Lagi pula buat apa kapal selam yang dibeli dengan duit berbillion ringgit?

Baik Najib atau Zahid perlu menjelaskan semua perkara ini agar rakyat selesa dan tahu apa yang diharapkan dari pengganas Sulu tersebut. Begitu juga dakwaan Nur Misuari mengenai kemasukan penggas Sulu yang masuk kerana janji Najib untuk memberi tanah kepada mereka, perlu dinafikan dengan bukti yang jelas oleh Najib. Tidak ada maknanya Najib bercakap dengan bersemangat kerana yang mengambil risiko adalah pasukan keselamatan kita. Semuanya harus jelas dalam usaha meminimakan kehilangan nyawa.

Amaran Nur Misuari juga tidak harus dipandang ringan, amaran untuk menghantar bantuan sekiranya penceroboh diburu. Oleh itu tawaran gencatan senjata perlu dianalisa dengan teliti. Kalau penolakan itu mengikut pertimbangan yang menyeluruh dan dengan perancangan yang sudah diatur, teruskan tetapi kalau ianya dibuat hanya untuk menunjukkan kekuatan kerajaan mungkin rakyat Sabah bakal membayar harganya.

Penulis berpendapat demikian berdasarkan fakta bangsa Sulu(yang ditambah k apabila menjadi warga Sabah) merupakan hampir sejuta atau lebih tinggal di Sabah baik sebagai warganegara atau PATI yang kebanyakan IC diberi oleh Mahathir. Ada kemungkinan penceroboh ini dilindungi oleh warganegara dari kalangan mereka, hujahnya, kenapa selepas serangan udara besar besaran, mereka boleh lepas dan menyamar sebagai orang kampung?

Hari ini ada di antara mereka mengutuk serangan pengganas seperti dilapurkan oleh BERNAMA, tetapi berapa kerat kah yang mengutuk itu? Sedangkan kita difahamkan ribuan keturunan Sulu yang ada IC bebas keluar masuk ke pekan Samporna menjalankan aktiviti penyeludupan.

Itu baru Samporna, bagaimana di Lahad Datu sendiri? Lapuran menyebut dalang kepada penyeludup ialah seorang samseng pakar membuat bom ikan yang kebetulan pula adalah ketua UMNO kg. Tandou. Ahmad bom ikan mempunyai ramai pengikut samseng yang dikatakan memainkan peranan besar memenangkan calon UMNO di Lahad Datu(MP Lahad datu pernah membuat lawak bodoh di Parlimen). Mungkin hujah di atas berbau politik kepartian, tetapi ianya berkait rapat dengan soal keselamatan rakyat dan pasukan keselamatan dan tidak harus dipandang ringan. Oleh itu kenyataan mengenai soal ini amat amat dinantikan.

Kita bimbang pencerobohan ini akan berlarutan. Sebentar tadi, kalau tak silap Yidin menerusi rakaman yang disiarkan di TV ada menyebut tahun lalu jabatan hasil dalam negeri mengutip cukai sebanyak RM125b dari rakyat Malaysia termasuk dari rakyat Sabah(juga Kelantan yang dibiarkan berdepan dengan masalah air bersih). Bayangkan berapa banyak wang pembayar cukai yang akan dibazirkan untuk mengatasi masalah pencerobohan ini sedangkan pendatang Sulu yang diberi IC tidak membayar apa apa cukai hasil aktiviti penyeludupan?

Propaganda sultan Sulu mungkin berstrategi jadi seharusnya dibalas dengan strategi juga, mungkin sudah sampai masanya Zahid mengumumkan untuk kapal selam negara menyelam memburu pengganas Sulu!

KUIS dilanda krisis besar?

ARIF ATAN
Tertekan dengan pelbagai dasar pengurusan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) Bangi, sekumpulan warga pusat pengajian tinggi milik Majlis Agama Islam Selangor (Mais) itu datang ke Pejabat Harakah baru-baru ini untuk mengadukan masalah mereka.

Mereka yang terdiri daripada staf akademik dan pelajar menemui Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman baru-baru ini sambil berharap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap krisis yang sedang berlaku.

Sebelum ini, surat dan memorandum berkaitan sudah dihantar kepada pihak berkenaan namun setakat ini masih tiada tindakan memuaskan.

Luahan dan keluhan mereka yang seramai lima orang lebih dua jam itu menyentuh tentang kepimpinan Reaktor Kuis, Prof Dato' Dr Aziuddin Ahmad. Mereka juga tidak berpuas hati dengan Pengerusi Mais, Dato'i Mohd Adzib Mohd Isa.

Bagi mengelak Kuis berdepan masalah pada masa depan, mereka telah menghantar memorandum kali pertama kepada Menteri Besar pada 17 Oktober 2012 yang juga Exco Agama Negeri Selangor dan Pengerusi Lembaga Pengarah Kuis.

Tuntutan mereka agar Rektor dan kumpulan pengurusannya ditukar kerana telah banyak melakukan kerosakan Kuis sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang cemerlang sebelum ini.

Pertama, penutupan pusat pengajian siswazah dan memberhentikan pengambilan baru untuk dua program pasca siswazah sarjana yang sedang berjalan.

Kedua, memberhentikan kursus pengajian doktor falsafah (PhD) yang telah mendapat kelulusan pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tanpa sebab munasabah.

Ketiga, menutup kursus berdaya saing seperti Fakulti Sains Kejururawatan dan Kesihatan Bersekutu serta Fakulti Teknologi Maklumat kerana menganggap tidak sesuai dengan kedudukan sebagai kolej Islam.

Keempat, mengambil langkah drastik menutup mana-mana program yang tidak mencapai jumlah pelajar berdaftar iaitu seramai 18 orang.

Kelima, enggan menjadikan Kuis kepada universiti bertaraf penuh tanpa sebab munasabah walaupun sebahagian besar syaratnya telah dipenuhi.

Keenam, meningkatkan syarat kemasukan pelajar dengan alasan mahukan yang berkualiti sahaja sedangkan Kuis sepatutnya menjadi alternatif tempat melanjutkan pengajian tinggi agar dapat bersaing dengan IPT lain.

Ketujuh, memberhentikan semua bentuk promosi menarik minat pelajar dengan alasan supaya calon pelajar yang masuk biarlah kerana mencium 'haruman' Kuis.

Kelapan, membatalkan segala perjanjian persefahaman (MoU) yang pernah dilakukan oleh pengurusan terdahulu.

Kesembilan, menubuhkan sekolah menengah yang dinamakan Sekolah Bina Insan (SBI) yang menelan belanja tidak masuk akal hingga menjejaskan belanjawan kewangan Kuis.

Kesepuluh, mewujudkan Pusat Pengajian Teras (PPT) yang berfungsi dengan penggabungan beberapa fakulti dan penambahan subjek-subjek tidak relevan.

Kesebelas, menubuhkan Majlis Transformasi Kuis (TOK) yang dianggotai oleh kakitangan pengampu yang berkuasa penuh terhadap sebarang keputusan yang telah dibuat di peringkat Majlis Dekan dan Majlis Senat Kolej.

Kedua belas, situasi kewangan Kuis berada dalam keadaan defisit yang begitu kritikal sekali.

Ketiga belas, pengabaian kebajikan staf seperti tiada kenaikan gaji dan pangkat; pilih kasih mengutamakan pekerja baru; bajet untuk perubatan dan seminar dikurangkan dari RM2,000 kepada RM1,000 sahaja.

Jelas, dasar dan tindakan Rektor tersebut sejak dilantik tiga tahun lalu telah banyak memberi kesan kepada imej dan prestasi Kuis malah tidak selari dengan aspirasi kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Mereka juga kecewa apabila beberapa usaha untuk mengetengahkan isu tersebut kepada Menteri Besar sebekum ini melalui pengurusan Mais tersekat di tengah jalan.

"Persoalannya, mengapa pengurusan Mais seolah-olah mendiamkan perkara ini daripada sampai ke pengetahuan Menteri Besar hingga tiada tindakan sewajarnya diambil," persoal ahli akademik itu.

Masalah di pihak pelajar pula membabitkan, antara lain, yuran pengajian dan yuran asrama yang tinggi serta dikenakan peraturan-peraturan yang keterlaluan.

Mereka berharap agar kakitangan dan pelajar Kuis tidak menjadi mangsa keadaan dan dieksploitasi sebagai isu politik oleh pihak-pihak tertentu seperti yang telah berlaku di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Justeru, kumpulan warga Kuis prihatin tersebut memohon belas ehsan Menteri Besar, Abdul Khalid untuk campur tangan menyelesaikan isu tersebut dan meletakkan hala tuju Kuis di landasan yang tepat.

Kisah lucu ketika petugas PAS edar risalah manifesto

amkns

Baru-baru ini dalam siri jelajah rumah ke rumah mengedar risalah manifesto Pakatan Rakyat oleh petugas PAS di DUN Kota dalam Parlimen Rembau terdapat kisah yang pada mulanya membimbangkan akhirnya menjadi lucu.

Tn Hj Harun AJK PAS DUN Kota berkata ketika mereka mengedar risalah di sebuah taman perumahan dalam DUN Kota, dari jauh kelihatan seorang lelaki India yang cuba mengelak petugas.

Kemudian apabila menghampiri lelaki India berkenaan, lelaki India berkata; “Saya tak mahu, saya tak mahu, saya tak mahu ini”.

Para petugas PAS dah mula gusar, ingatkan akan berlaku kekecohan. Kemudian lelaki India itu berkata perlahan; “Saya tak mahu ini risalah, saya mahu bendera PAS”.

Terkejut petugas PAS yang mendengarkan permintaan lelaki India berkenaan lalu diberikan kepada lelaki India berkenaan bendera PAS.

Kalau orang India di kampung-kampung pun kini boleh berubah, boleh menerima PAS dan Pakatan Rakyat, takkanlah orang Melayu di kampung-kampung di Negeri Sembilan ini tidak boleh berubah?

Kepada mereka yang berada di DUN Kota dalam Parlimen Rembau yang inginkan bendera PAS untuk diletakkan di halaman rumah mereka sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086 atau Tn Hj Roni 012-2268230.

Dapatkan maklumat semasa aktiviti Pakatan Rakyat dalam Parlimen Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com

Panas!!! Fitnah Liwat II: Bapa Saiful Insaf dan mohon maaf kepada Anwar Ibrahim dan keluarganya

Bapa Saiful mohon maaf pada Anwar, dakwa anaknya dipergunakan
Bapa Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

NONE"Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini.
"Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya
Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

azlanJabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.
Dalam kenyataannya, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan pegawai perdana menteri itu dan seorang peguam.

Malaysiakini tidak menyiarkan identiti kedua-duanya sementara menunggu respons daripada mereka.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar, yang melibatkan anak saya."

NONEMenurut Azlan, beliau mengetahui mengenai hal anaknya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan kerana anaknya tidak langsung pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepadanya.
"Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan," dakwanya.

walaupun beliau sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya, Azlan menjelaskan bahawa beliau melakukannya
semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya.
"Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar."

NONEAzlan berkata, beliau memutuskan untuk membuat pendedahan ini kerana setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan, mahupun yang dikirim kepadanya oleh orang ramai, "saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan."

Pihak pemerintah, katanya, langsung tidak pernah menemuinya untuk berbincang kes itu atau bertanya pendapatnya.

"Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh (pegawai berkenaan)," dakwa Azlan.

"Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.

"Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi.

NONE"Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini," katanya.
Azlan merayu kepada seluruh rakyat negara ini "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul".

"Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih
pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke-13 nanti," katanya.

Sementara itu, Sinar Harian Online petang ini pula melaporkan satu SMS daripada media Umno kononnya Saiful, menafikan kenyataan bapanya.

Akhbar dalam talian tersebut memetik Saiful sebagai mendakwa bapanya "diperguna" oleh pihak-pihak tertentu untuk memohon maaf.

"Berikutan kenyataan bapa Saiful yang mohon maaf pada Anwar isu liwat, ini reaksi Saiful - bapa saya diperguna," Sinar Harian memetik media Umno sebagai berkata.

Berdasarkan kiriman pesanan itu, Saiful dilapor berkata dia tetap "istiqamah" dan "tak sekali berganjak" serta "tengah fikir tindakan balas selanjutnya dan tak mahu melatah".

Bagaimanapun, akhbar itu juga menyebut reaksi langsung daripada Saiful masih belum diperolehi.

Panas!!! Tak mahu sekongkol dengan fitnah, bapa Saiful dedah liwat II hanya konspirasi

KUALA LUMPUR: Fitnah Liwat II yang dilempar Umno BN ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini terjawab apabila bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik.
Bercakap semasa sidang media tertutup di sebuah kondominium di Taman Melati Gombak, Azlan yang ditemani Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendedahkan, fitnah membabitkan anaknya itu adalah satu konspirasi politik menjatuhkan imej Anwar Ibrahim.

Beliau yakin dan percaya bahawa anaknya (Saiful) telah dipergunakan dalam konspirasi menjatuhkan imej dan maruah Anwar.

Katanya lagi, Saiful juga diperguna pihak tertentu khasnya melalui Pegawai Khas Perdana Menteri bagi tujuan tersebut.

Kata Azlan, pihak yang dinamakan itu merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap nwar Ibrahim dalam kes yang membabitkan Saiful Bukhari.

Mengulas lanjut, Azlan yang sebelum ini turut mengikuti perjalanan perbicaraan kes Anwar-Saiful berkata, tersebut adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Anwar kali kedua.

Kata Azlan, pendedahan itu dibuat kerana mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu niat jahat pihak yang memfitnah.

Dakwanya lagi, segalanya dirancang dengan begitu rapi dan ia dilakukan dengan begitu terancang sekali.
Sambil menyatakan beliau tidak mahu bersekongkol dalam kes itu, Azlan berkata beliau merasakan ada yang tidak kena sejak empat tahun mengikuti perbicaraan bersama peguam.

Katanya lagi, terdapat dalang dalam kes ini dan beliau juga bersedia ke mahkamah jika diperlukan berikutan kes rayuan Fitnah II akan dimulakan Jun ini.

“Saya ada hak untuk terangkan. Kalau diminta ke mahkamah, saya sanggup ulang semula (kenyataan ini),” kata Azlan.

Gambar saya bersama “Pengganas Abu Sayaf”

rozmal
Berlegar di internet sekarang ini gambar antara pemimpin Umno dengan Sultan Sulu, antara pemimpin PKR dengan pemimpin MNLF dan sebagainya. A picture tells a thousand stories. Elakkanlah membuat fitnah yang bukan-bukan. Kita ni rakyat biasa, bukan perisik tentera. Kerja kita sebagai rakyat biasa yang beragama Islam ketika Sabah dalam pergolakan sekarang ini bukannya menyebarkan berita yang bukan-bukan.

Kerja kita sebagai rakyat biasa yang bukan anggota keselamatan , bukan risik tentera ialah sentiasa berdoa agar pergolakan di Sabah dapat diselesaikan segera dengan cara yang terbaik, serta keamanan dipulihkan agar umat Islam di Sabah dapat beribadah dengan sempurna, dapat menghidupkan semula masjid-masjid di Sabah.

Doakan anggota PDRM dan ATM kita sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dalam menghadapi konflik di Sabah. Semoga mereka yang telah gugur dalam mana-mana medan pertempuran sebelum ini, gugur sebagai seorang syuhada.
Kalau nak ikutkan gambar, saya pun ada gambar dengan “pengganas” yang amat ditakuti oleh dunia yang dikaitkan dengan kumpulan Abu Sayyaf di Filipina. Tapi itu sekadar gambar, lebih 30 tahun dulu, tahun 1982.

“Pengganas” yang dimaksudkan ialah Marwan, atau nama sebenarnya Zulkifli Abdul Khir. Antara orang yang paling dikehendakki oleh CIA. Dia junior saya setahun. Di sekolah kami panggil di Cheng. Sekolah kami memang terkenal menggelarkan orang dengan gelaran yang glamour, cuma saya saja salah seorang yang tidak ada gelaran.

Cheng ni bersama saya semasa kadet tentera di sekolah dulu. Dia ni memang cekap menembak. Kami dulu tak guna M16, tapi guna SLR, senapang yang paling berat, macam bawa guni beras. Peluru pun macam peluru AK47, 7.62mm. Tembakannya macam tembakan senapang patah, nak gugur bahu dan nak pekak telinga.

Kebetulan pula kadet tentera sekolah kami dibawah seliaan Rejimen 508 AW yang ayah saya menjadi CO semasa itu.

Itu cerita dululah. Sejak habis sekolah saya tidak mendapat khabar mengenai Cheng. Hinggalah tahun lepas rakan sekolah saya menceritakan mengenai Cheng.

Sama-samalah kita berdoa agar konflik di Sabah dapat diselesaikan dengan segera. Dan sama-samalah kita mendoakan keselamatan anggota ATM dan PDRM kita.

Elakkan menyebar berita yang bukan-bukan. Banyakkan berdoa, berzikir, berselawat.

Gambar saya bersama Cheng dan rakan-rakan lain dalam kadet tentera 30 tahun dulu di http://rozmal.blogspot.com/ 

Bas Merdeka Rakyat dibaling batu, Anwar kena serpihan kaca (video)

y5BUKIT KATIL, 8 MAC: Berpuluh-puluh samseng Umno BN bertindak liar apabila melontar batu bertalu-talu ke arah bas Jelajah Merdeka Rakyat, selain menyerbu tapak ceramah di Kampong Bukit Katil di sini, malam tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 10 malam itu, empat cermin bas yang dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim, pecah dibaling batu, malah Ketua Umum KEADILAN itu juga terkena serpihan kaca.

y1“Alhamdulillah – selamat. Hanya serpihan kaca. Serangan samseng Umno di depan polis,” tulisnya pada twitter tidak lama kemudian.

Bagaimanapun, seorang pengawal keselamatan Anwar cedera di mata selepas terkena serpihan cermin manakala seorang lelaki lain, kepalanya berlumuran darah akibat dibaling batu.
Wartawan Keadilan Daily, Mohd Arif Juhani yang membuat liputan siri jelajah itu turut terkena serpihan kaca di muka.

y3“Cermin bas pecah dibalun macai Umno BN. Kaca bersembur kat muka saya, ada yang masuk mulut,” katanya.

Selain membaling batu, samseng Umno BN yang kebanyakannya memakai kemeja-T biru berlogo BN, turut menunjukkan isyarat lucah dan menghambur kata-kata kesat.
crowdMereka dipercayai terpengaruh dengan ucapan berbaur hasutan pemimpin Umno di ceramah berdekatan.
Sekalipun pasukan polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di tapak ceramah, kumpulan samseng Umno tetap bertindak ganas, malah merempuh benteng.
Anwar ketika berucap kemudian mengecam perbuatan kumpulan samseng berkenaan dan menyifatkan Umno BN gagal mencerminkan budaya politik sihat di negara ini.

Lahad Datu: Najib rendahkan martabat PM

Ahmad Lutfi Othman
Ketua Polis Negara, Ismail Omar pada petang 5 Mac lalu mengakui misi menentang puak bersenjata Sulu yang menawan Kampung Tanduo, Lahad Datu, masih belum berakhir meskipun pasukan keselamatan, membabitkan angkatan tentera dan pihak polis, telah melancarkan serangan udara, bermula jam 7 pagi, Selasa lalu, menggunakan jet pejuang F-18 dan Hawks.

Sambil memberikan sokongan sepenuhnya ke atas sebarang langkah mempertahankan kedaulatan negara, terdetik kebimbangan di hati saya, apakah tindakan ofensif melibatkan tujuh batalion tentera itu mampu menyelesaikan kes yang sememangnya tidak ditangani secara profesional dan berkesan di peringkat mulanya?

Ataupun tragedi berdarah itu baru di peringkat permulaan, dan Sabah bakal menyaksikan lebih banyak adegan tragis berpanjangan, khususnya berdepan perang gerila. Namun begitu, lebih penting daripada segalanya adalah mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.

Walaupun Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada bukti bahawa Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) - yang dikatakan masih mempunyai simpanan senjata yang banyak di Sabah - akan menyertai tuntutan Kesultanan Sulu, namun kegusaran itu telah merebak.

Ketika maklumat cuba "diselaraskan" pihak berkuasa, masyarakat yang dahagakan informasi terkini lebih memilih media baru yang menyalurkan perkembangan langsung dari Filipina. Terbukti daripada beberapa insiden sebelum ini, banyak berita mengejutkan yang dihebohkan dalam internet dan cepat dinafikan pihak berkuasa, tetapi beberapa hari selepas itu terpaksa diakui benar dan sahih.

Rupanya kerisauan saya itu dikongsi oleh lebih ramai rakan-rakan, terutama apabila menyedari punca masalah ini bukan hanya berakar di seberang sempadan, malah turut difaktorkan oleh isu-isu tempatan, dan antara lain "Projek IC" yang ditimbulkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) juga dibangkitkan. Bagaimana mudahnya warga jiran memperoleh kerakyatan hanya untuk "menyelesaikan" kemelut politik ketika itu.

"Apakah mungkin ada antara penceroboh itu yang sudah menjadi warga Malaysia, atau sekurang-kurangnya terdapat ramai anggota keluarga atau kerabat mereka yang sudah menetap lama di Sabah? Saya kira isu ini tidak mudah ditamatkan begitu saja, banyak implikasi yang terpaksa kita tanggung nanti," kata seorang rakan yang pernah bekerja di Kota Kinabalu.

Seorang wartawan veteran pula menyimpulkan: "Saya tidak suka menyalahkan pasukan keselamatan walaupun nampak ada masalah besar dalam perisikan kita. Kes ini jelas membuktikan kegagalan pimpinan politik untuk bertindak pantas, khususnya Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri."

Saya terpaksa akur dengan rumusan sahabat baik saya itu walaupun menyedari isu keselamatan - apatah lagi melibatkan kehilangan nyawa agak besar di pihak polis - tidak wajar dilihat dalam konteks politik yang sempit. Dalam saat-saat sukar ini seluruh negara harus bersatu serta memberi dokongan, manakala sentimen kepartian perlu dielakkan.

Namun begitu, bahang panas PRU13 tidak dapat menghalang orang ramai mengulas kes di Lahad Datu, Kunak dan Semporna itu menurut persepsi masing-masing, apatah lagi yang dilihat memulakan "polemik politik" ini ialah Najib Razak dan media Umno sendiri.

Ironinya, dalam suasana berkabung susulan kehilangan lapan wira negara, Perdana Menteri masih meneruskan Jelajah Janji Ditepati, di Perlis, pada 3 Mac. Ia sebenarnya merupakan kempen politik Umno-BN yang terancang dan menggunakan dana awam, dengan mood "pesta-pestaan" dan sarat dengan acara hiburan.

Lebih buruk apabila Najib, yang sepatutnya meletakkan dirinya pada kedudukan seorang negarawan, telah menggunakan pentas meraih populariti itu untuk menyerang pembangkang dengan mengekspolitasi kes di Sabah.

Saya bersetuju dengan pandangan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Perlis, Anuar Tahir: "PM sepatutnya menangguhkan segera program beliau dan turun sendiri meninjau keadaan di Sabah. Kalau di negara lain, pemimpin tertinggi negara akan memberikan tumpuan kepada isu keselamatan terlebih dahulu dan membatalkan program lain, sedangkan Najib lebih menumpukan program politik."

Tidak cukup dengan itu, di majlis perhimpunan perdana ulama-umara bersama Asnaf, pada 5 Mac, sekali lagi Najib turut mengulangi "kebebalannya", termasuk mengecam usaha pihak tertentu mahu "menukar regim" seumpama Arab Spring.

Beliau ternyata mahu bermain emosi apabila menghubungkan dakwaan sandiwara dengan situasi sedih-pilu balu dan anak-anak anggota keselamatan yang terkorban. Cuma, saya tidak pasti apakah istilah "tidak ada isi perut" yang diulang Najib di Arau dan Stadium Putra Bukit Jalil bermaksud "tidak ada hati perut"!

Apa pun, liputan TV3, bagi saya, cukup buruk dan sarat dengan motof jahat politik. Bayangkan, masih di tanah perkuburan, selesai upacara pemakaman, seorang anak pegawai polis yang terkorban telah ditanya perasaannya terhadap dakwaan sandiwara.

Melampau sekali kaedah pemberitaan seumpama itu. Di kala anggota keluarga masih terkejut dirundung kepedihan amat sangat, mereka diajukan persoalan yang boleh membangkitkan kemarahan, iaitu mengaitkan kematian orang tersayang dengan "sandiwara", sedangkan maksud Naib Presiden KeADILan, Tian Chua tiada kaitan langsung dengan pembunuhan perajurit negara itu.

Sejak awal banyak pihak mengesan siri kepelikan dan keanehan yang berlaku. Bagaimana pihak penceroboh, dengan jumlah yang ramai, lebih 200 orang, lengkap bersenjata, boleh dengan mudah membolosi perairan negara tanpa dapat dikesan.

Mulanya, media menggambarkan kumpulan penceroboh begitu daif, hampir kebuluran, bertelingkah sesama sendiri dan terpaksa makan umbut kelapa. Akhirnya ia bertukar menjadi ancaman yang begitu besar, yang perlu dimusnahkan melalui ketumbukan tujuh batalion tentera!

Kita pula dilihat terlalu bertolak ansur, namun sukar dipastikan apakah tuntutan sebenar kumpulan penceroboh sehingga bermacam-macam cerita tersebar, termasuk mengaitkan janji-janji Najib.

Misteri kes Lahad Datu ini belum tersingkap sepenuhnya. Dalam sehari dua ini saya kira banyak lagi kisah memeranjatkan mungkin terbongkar. Ia bagai menyimpan bom peledak. Semoga tiada lagi korban ditagih.

Dalam pada itu, saya cadangkan buku Almarhum Dr Nik Anuar Nik Mahmud, Tuntutan Filipina Ke Atas Borneo Utara (Penerbit UKM, 2009) elok dijadikan rujukan kerana karya ilmiah penuh berfakta oleh bekas profesor sejarah ini memaparkan dengan jelas tuntutan kesultanan Sulu terhadap Sabah.

Takziah buat keluarga anggota keselamatan yang terkorban. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.

Ustaz Azhar berlakon filem 'Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang'

http://www.kakisembang.com
Ustaz Azhar Membintangi Filem "Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang" Arahan Pierre Andre
Menarik | Ustaz Azhar Membintangi Filem "Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang" Arahan Pierre Andre |
Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang"... Itulah Tajuk Filem Pertama Lakonan Ustaz Azhar Idrus ( Original ) Yang Akan Diarahkan Oleh Pierre Andre. Filem arahan Pierre Andre Dan Akan Diterbitkan Oleh Metrowealth.. Turut Berlakon Adalah Kumpulan SHIRO, Zalif Sidek & Along (Raja Lawak)...

Filem berunsur dakwah dan pengajaran, inilah indahnya Islam tidak melarang Hambanya untuk berhibur tetapi hendaklah berlandaskan hukum dan syariat. Semoga filem yang akan dikeluarkan akan membuka bibit-bibit lembaran baru seni filem di Malaysia.


Tak Sabar Tunggu Filem Nie... Yang Pasti, Semua Pelakon Dalam Filem Ini "Menutup Aurat". Filem Islamik Yang Pasti Pecah Panggung.

Sumber: FB

Najib perlu dedah isi perjanjian beri tanah kepada tentera Sulu

IMG_2925KUALA LUMPUR, 7 MAC: Pihak berkuasa perlu menyiasat laporan media Filipina yang mendedahkan perbuatan Datuk Seri Najib Razak menjanjikan tanah kepada tentera Sulu hingga menyebabkan mereka menceroboh Lahad Datu, Sabah.
Jika benar, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata Najib juga perlu mendedahkan kandungan perjanjian itu kerana melibatkan kedaulatan Malaysia dan tanah milik Sabah.

Katanya, rakyat berhak tahu kandungan perjanjian itu, apatah lagi ia membawa kepada pencerbohan tentera Sulu yang diterajui Sultan Jamalul Kiram III hingga mengancam keselamatan rakyat Sabah.

Beliau juga kesal kerana Perdana Menteri sehingga kini tidak membuat sebarang penafian terhadap pendedahan yang dibuat pengasas MNLF, Nus Misuari sebelum dipetik media Filipina.

“Kita anggap perkara ini serius. Isu ini jadi masalah apabila berlaku pencerobohan wilayah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Mengikut Manila Bulletin Publishing Corporation, Nur Misuari mendapat tahun kumpulan Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai penceroboh Sulu, datang ke Sabah untuk menuntut janji dari Najib Razak sebelum kenyataan itu dipetik sebagai tajuk muka depan Suara Keadilan.

Justeru itu, Shamsul berkata, AMK akan memulakan siri laporan polis terhadap Perdana Menteri dengan Ketua AMK Sabah, Serman Hassnar esok, diikuti seluruh pelusuk negeri.

“Kita minta polis siasat dakwaan ini,” katanya yang turut mendesak sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi penjelasan mengenai situasi semasa khususnya isu keselamatan rakyat.

“Saya desak Musa Aman selaku Ketua Menteri memanggil sidang khas. Kerana boleh timbul maklumat yang membimbngkan dan apa tindakan seterusnya.

“Ini kerana kerajaan negeri ada akses untuk pantau keadaan dan pembangkang di Sabah berhak mendapat penjelasan,” kata Shamsul.

AKHIRNYA RAKAMAN GAMBAR ANWAR JUMPA SULTAN SULU SULTAN ESMAIL KIRAM II TERSEBAR LUAS DI INTERNET??????

Omak Kau
Akhirnya terbongkar jua...Clever clever squirrel jumping, at last fall on the ground also!!!!!!
Akhirnya rakaman gambar Anwar Ibrahim berjumpa dengan Sultan Esmail Kiram II, Sultan Sulu telah terhebah luas dengan ligatnya tanpa sebarang tapisan di alam maya
Akhirnya terbongkar jua...Clever clever squirrel jumping, at last fall on the ground also!!!!!!

Akhirnya rakaman gambar Anwar Ibrahim berjumpa dengan Sultan Esmail Kiram II, Sultan Sulu telah terhebah luas dengan ligatnya tanpa sebarang tapisan di alam maya.

Pendedahan ini adalah hasil dari bantuan agensi CIA/Mossad/KGB/MI5/Utusan/BH/RTM/TV3/BERNAMA/Astro....

Jutaan terima kasih diucapkan kerana kebenaran akhirnya terserlah jua.. Benarlah apa yang dikatakan oleh para pemimpin UMNO dengan bantuan semua media arus perdana yang dalan pencerobohan di Lahad Datu oleh para pengikut Sultan Sulu dengan bersenjata kapisiti tinggi yang menyebabkan beberapa wira negara gugur, adalah didalangi Anwar hasil pertemuannya dengan Sulta Sulu, Sultan Esmail Kiram II sebanyak tidak kurang 3 kali.

Pertama beliau telah menyamar sebagai Aziz Shamsuddin.. Kedua menyamar sebagai Pak Lah dan akhir sekali, ketiga menyamar sebagai Najib Razak.

Penyamaran DSAI amatlah sempurna sekali hasil makeup dari pakar-pakar luar negara.

Kalau tidak percaya cuba lihat rakaman gambar yang dimuat naikkan diartikel ini.

Hebat.. cukup hebatlah insan bernama Anwar b Ibrahim ini..

Harap-harap macai-macai UMNO maupun yang masih menyokong perjuangan UMNO akan percaya akan berita "sahih" ini.

PSSTTT... APA MACAM.. OK TAK CARA OMAK KAU AMPU BODEK UMNO NI?..