"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Wanita ini tembak alat sulit, penggal kepala perogol

Wanita Turki tembak alat sulit, penggal kepala perogol
Nevin (gambar kanan, atas) menembak dan memeggal Nurettin yang merogolnya selama lapan bulan. Foto utama menunjukkan kepala Nurettin (dibulatkan). – Foto ihsan crimelibrary
SEORANG wanita Turki sedang menunggu perbicaraannya selepas dia ditahan kerana memenggal kepala seorang lelaki yang dikatakan merogolnya berulang kali selama lapan bulan.

Wanita berkenaan membunuh lelaki itu demi maruah diri, kata peguamnya.

Nevin Yildirim, 26, ibu kepada dua cahaya mata, tinggal di sebuah kampung kecil di barat daya Turki.

Menurut sumber yang dekat dengan kes, lelaki durjana itu, Nurettin Gider dikatakan mula menyerang wanita itu beberapa hari selepas suaminya meninggalkannya pada Januari lalu untuk bekerja di bandar lain.

Tambah sumber itu, Nurettin telah mengancam Nevin dengan pistol dan mengugut akan membunuh anak-anaknya yang berumur dua dan enam tahun jika dia bising.

“Selepas itu, itu adalah pertama kali Nevin dirogol dan kemudiannya perbuatan itu terus berulang selama lapan bulan.

“Pada satu ketika, Nevin berkata, Nurettin menyelinap ke dalam rumahnya ketika dia sedang tidur dan mengambil gambar dia dan salah sekeping gambar itu menunjukkan badannya yang sedang berbadan dua.

“Lebih kejam, Nurettin mengugut untuk menyiarkan gambar jika dia tidak taat kepadanya,” kata sumber itu lagi.

Di kampung-kampung kecil di negara itu, harga diri seorang wanita adalah segala-galanya dan penghormatan itu menjadi beban kepada keluarga mereka.

Sementara itu, gambaran buruk yang berlaku ke atas Nevin, boleh mendatangkan bahaya kepada keluarganya.

Pada 28 Ogos lalu, ketika sedang sarat mengandung lima bulan, Nevin akhirnya memutuskan untuk menghentikan tindakan lelaki itu dari terus merogolnya.

Ketika Nurettin memanjat dinding belakang rumahnya, "saya tahu dia akan rogol saya lagi," katanya pada pendengaran awal pada 30 Ogos lalu.

Nevin berkata, ketika itu, dia mengambil senapang bapa mertuanya yang tergantung di dinding dan menembaknya.

Nurettin bagaimanapun cuba merampas senapang itu tetapi gagal dan Nevin ‘menghadiahkan’ sedas lagi tembakan.

"Saya mengejar dia," katanya. "Dia jatuh di atas tanah dan mula mengerang kesakitan. Saya kemudiannya menembak organ seksualnya dan lelaki itu terus diam.

“Saya tahu dia telah mati dan kemudian memotong kepalanya," katanya.

Saksi kejadian berkata, Nevin berjalan ke sekeliling kampung membawa kepala lelaki itu sambil menggenggam rambutnya.

"Jangan bercakap di belakang saya, jangan bermain dengan penghormatan saya.

"Ini ialah kepala manusia yang bermain dengan penghormatan saya," katanya kepada seorang lelaki yang duduk di sebuah kedai kopi.

Nevin kemudiannya melemparkan kepala Nurettin ke tanah, kata saksi.

Tidak lama kemudian, jurukamera dari agensi penyiar Turki, DHA yang tiba di tempat kejadian sebelum pihak berkuasa, berjaya merakamkan kepala Nurettin di atas tanah.

Selepas kejadian itu, pihak berkuasa memanggil saksi untuk membantu siasatan dan wanita itu ditangkap.

Nurettin, 35, merupakan bapa kepada dua anak yang berusia sembilan dan 15 tahun. Dia telah berkahwin dengan ibu saudara suami Nevin.

Menurut sumber, ketika diadili, Nevin memberitahu dia menyesali apa yang berlaku.

"Pada mulanya saya ada terfikir untuk melaporkan kejadian yang menimpanya kepada pihak polis ataupun peguam daerah, tetapi saya tidak mahu dikatakan sebagai perempuan murahan.

"Daripada saya mendapat reputasi yang buruk, saya telah membuat keputusan untuk membersihkan maruah diri saya dan membunuhnya.

“Saya juga terfikir untuk membunuh diri tetapi saya tidak tergamak melakukannya,” kata Nevin yang bimbang orang ramai akan menghakimi anak-anaknya atas apa yang berlaku.

"Sekarang tiada siapa yang boleh memanggil anak-anak saya haram.

"Saya telah membersihkan penghormatan saya. Semua orang akan memanggil anak-anak saya sebagai ‘anak-anak wanita yang dibersihkan maruahnya,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, Nevin telah pergi ke sebuah klinik kesihatan untuk melakukan pengguguran, tetapi jururawat memberitahunya adalah mustahil untuk meneruskan hasratnya itu kerana dia sudah 14 minggu hamil.

Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata, di Turki, pengguguran dibenarkan hanya semasa 10 minggu pertama kehamilan dan selain itu pengguguran hanya dibenarkan untuk kes-kes untuk menyelamatkan nyawa atau kesihatan ibu atau dalam kes-kes kerosakan janin sahaja.

Sewaktu kes Nevin dibicarakan, dia mengakui tidak mahu menjaga bayi itu dan lebih rela mati.

Pejabat pendakwa raya telah mengarahkan pemeriksaan perubatan dijalankan ke atasnya untuk mematikan sama ada Nevin pernah membuat pengguguran yang mungkin mengganggu kestabilan mentalnya, kata sumber itu.

Bapa Nevin, Zekeriya Yildiz berkata, DNA anak perempuannya menunjukkan tidak ada elemen sumbang muhrim di kalangan keluarganya.

"Jika dia ada memberitahu kami, kita akan mengambil langkah berjaga-jaga lain," katanya.

Sementara itu, Nevin kini ditempatkan di penjara tempatan sementara menanti hari perbicaraan.

Dalam satu laporan tahun lepas, kumpulan pemerhati Hak Asasi Manusia menjelaskan bahawa terdapat jurang dalam undang-undang Turki di mana gadis dan wanita tidak dilindungi daripada penderaan domestik.

Mereka mendapati, kira-kira 42 peratus wanita yang berusia lebih 15 tahun tinggal di bandar dan 47 peratus wanita berada di luar bandar dilaporkan mengalami keganasan fizikal atau seksual sama ada oleh suami atau pasangan mereka.

“Dia telah hidup dalam trauma yang sangat dahsyat.

“Dia mesti didakwa kerana mempertahankan diri," kata ahli sosiologi di Universiti Akdeniz dan ahli Organisasi Sokongan Wanita Antalya, Gursel Oztunali Kayir.

*Diterjemah dari laporan CNN

Apa dosanya kibar Sang Saka Malaya?

Ahmad Lutfi Othman
Sambutan kemerdekaan negara kita memang tidak sunyi daripada polemik. Sumbangan para pejuang yang berhempas-pulas menghalau penjajah dengan darah dan air mata turut menjadi pertikaian. Umno mahu membolot legasi perjuangan mulia itu; seolah-olah ia sahaja berperanan membebaskan watan tercinta.
Tahun lalu heboh kontroversi Mat Indera dan peristiwa Bukit Kepong. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dilanyak Utusan Malaysia berminggu-minggu tanpa diberi peluang membela diri. Di peringkat awal, PAS nampak tersudut ke penjuru kelam, kononnya tidak langsung menghargai pengorbanan pasukan keselamatan, sekali gus mengagungkan "wira komunis".

Bagaimanapun, tanpa dirancang, minat masyarakat untuk menelusuri jejak perjuangan membebaskan tanahair daripada cengkaman penjajahan British meningkat dengan drastik sekali. Naluri ingin tahu fakta sebenar membuak. (Secara peribadi, saya yakin, apa jua kontroversi, jika disorot melalui tradisi keilmuan yang segar dan mantap, pastinya mendatangkan manfaat buat semua).

Satu Wacana Merdeka, yang dianjurkan Jabatan Sejarah Universiti Malaya, pada 23 September 2011, di Dewan Uliah A, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM, mendapat sambutan memberangsangkan. Saya yang masih bertongkat, terpaksa hadir awal dan mendaftar sebelum jam 8 pagi, bimbang tidak mendapat tempat.

Sejarah, yang sering dianggap pengulangan cerita lama yang membosankan, tiba-tiba menggamit minat luar biasa masyarakat awam. Dari sisi lain, sekurang-kurangnya pusara anggota polis yang terbunuh di Bukit Kepong itu, tidak lagi terbiar. Ramai cuba mempamerkan simpati. Dan lebih penting, sehubungan itu, nasib pesara pasukan keselamatan, menjadi perhatian istimewa pemerintah, dengan menawarkan beberapa insentif menarik.


Ya, segalanya dimulakan oleh ceramah Mat Sabu di Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011. Rahmat terselindung -- ramai juga (khususnya bekas polis dan tentera) mendapat manfaat atau "durian runtuh" ekoran kalimat yang dilihat kontroversi itu!

Seterusnya, soal yang berlegar sekitar pentafsiran sejarah itu, bukan sahaja disinggung tokoh akademik dan Majlis Profesor Negara, malah turut diheret ke mahkamah. Hakim diminta memutuskan isu berkaitan perdebatan proses kemerdekaan Tanah Melayu -- suatu dimensi yang sepatutnya terbuka untuk perkongsian lebih ramai khalayak.

Sememangnya proses pendakwaan kes jenayah di negara kita (bukan hanya Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA, yang digunakan sebagai senjata politik) sering menjadi alat atau perkakas siasah pemerintah apabila berdepan saingannya. (Saya terkenangkan Lim Guan Eng disumbat ke penjara selama hampir dua tahun melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dalam kes membabitkan bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik, sedangkan ia lebih kepada pertarungan politik).

Terbaru, aksi beberapa anak muda yang mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya" di Dataran Merdeka, menjelang detik 12 tengah malam 31 Ogos lalu, secepat kilat dimanipulasi untuk mempamerkan "wajah hodoh" Pakatan Rakyat dan pemimpin Bersih. Rupanya kempen politik BN dalam sambutan 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati belum berakhir dengan himpunan besar-besaran di Stadium Bukit Jalil ....

Meneliti laporan media (yang sentiasa menunggu bagai singa lapar untuk menghitam-legamkan wajah pembangkang, berdepan PRU13), dua insiden berbeda pada malam himpunan Janji Demokrasi itu cuba dihubungjalinkan dan dikaitkan dengan Pakatan Rakyat.

Selain itu, penonjolan "Sang Saka Malaya" mahu disamakan dengan peristiwa memijak (dan tunjuk punggung) ke atas gambar Perdana Menteri, Najib Razak, dan isterinya, Rosmah Mansor, serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Aziz Yusof. Pihak polis berkata, siasatan dijalankan di bawah Akta Hasutan (yang mahu dimansuhkan itu), Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.

Pastinya setiap kita tidak dapat menerima aksi melampau, mencabuli akhlak dan tidak bertamadun memijak gambar Najib itu. Walaupun ramai berkongsi tekad dan keazaman yang tinggi untuk menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Najib dalam PRU13, namun segalanya perlu dibuat melalui amalan demokrasi. Justeru, yang dituntut adalah sistem pilihan raya yang bebas, adil dan bersih.

Sejak merdeka, pembangkang, khususnya PAS sebagai oposisi tertua, sentiasa dizalimi, dianiaya dan dinafikan hak sebagai parti berdaftar untuk bertanding di "atas padang yang sama rata".

Pemimpin dan aktivisnya bukan saja ditahan (sebahagiannya tanpa bicara), dibuang daerah, didiskriminasi serta melalui siri tribulasi dan mehnah yang panjang, malah ada yang dibunuh, namun sistem pilihan raya yang serba tempang-kotor itu tetap dihormati. Mereka tidak pernah absen daripada menyertainya setiap kali diadakan.

Selama lebih lima dekad lalu, kesabaran dan toleransi tinggi petugas PAS -- biarpun ditindas dan ditekan -- telah berjaya mewujudkan suasana aman-stabil yang berterusan. Ramai sarjana sejarah, termasuk di peringkat antarabangsa, menyanjung tinggi sikap berlapang dada pemimpin Parti Islam itu, sekali gus menolak pendekatan militan.

Saya sukar memahami motif Buletin Utama TV3, yang begitu kerap mengulangi rakaman aksi gambar Najib dipijak, seperti disaksikan 4 September lalu. Memanglah tujuannya untuk menanamkan rasa jelik kepada pelaku, yang mahu dikaitkan dengan penyokong Pakatan Rakyat, tetapi dengan ulangsiar berlebihan, ia boleh mengundang persoalan, mengapa marah sangat mereka terhadap Perdana Menteri? Rakyat kini bijak membaca dan menyelongkar apa yang tersirat, berbanding paparan tersurat.

Realitinya, tindakan pijak potret pemimpin bukan isu baru. Sepatutnya pihak polis bukan hanya bertindak segera dan pantas terhadap aksi pada sambutan ambang kemerdekaan itu, tetapi juga kepada deretan insiden yang jauh lebih tragis dan tersusun, termasuk mengakibatkan kecederaan fizikal terhadap pemimpin dan penyokong Pakatan.

Dalam kenyataannya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta polis mengambil tindakan serupa terhadap pelaku yang memijak posternya, Mei lalu, yang turut melakukan upacara simboik pengkebumian di hadapan rumahnya. Begitu juga dengan "tarian punggung" di luar rumah Pengerusi Bersama Bersih, Ambiga Sreenevasan. (Lim juga dihina dengan penyerahan "kek tahi").

Ramai ingin tahu nasib laporan polis yang dibuat pemimpin Pakatan, yang diserang dan diganasi oleh samseng Umno dan Perkasa, ketika berceramah di seluruh negara, misalnya membabitkan Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Nurul Izzah.

Usah kukuhkan lagi imej buruk polis sebagai sebahagian perkakasan politik Umno yang amat memalukan itu. Seperti kata AJK PAS Pusat Pusat, Ustaz Idris Ahmad: "Semua rakyat memerhati dan berfikir, adakah pemimpin Umno yang bebal itu akan terus kebal?"

Meneliti kenyataan dua individu yang mengakui bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya" dalam blog Singa Selatan, yang mendakwa tidak mewakili mana-mana parti politik, saya kira insiden itu -- seperti juga ceramah Mat Sabu mengenai Mat Indera -- yang kelihatan agak mengejutkan dan mempunyai elemen radikalisme, akan menimbulkan polemik berpanjangan dan tidak mustahil di hujungnya nanti merupakan "satu pencerahan yang produktif" tentang asal-usul perjuangan memerdekakan tanahair.

"Kami mewakili golongan anak muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya," tulisan itu dipetik.

Setelah menjelaskan inti perjuangan golongan kiri yang terawal memperjuangkan kemerdekaan seperti, KMM, PKMM, API, termasuk juga gerakan Islam Hizbul Muslimin, dirumuskan Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu. Beliau mengakui tujuannya mengibarkan bendera itu untuk memperingatkan orang ramai terhadap tokoh-tokoh pejuang seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Hj Muhammad dan Ustaz Abu Bakar Baqir.

Tiada mana-mana parti politik dalam Pakatan menyokong usaha mereka. Namun media Umno, seperti lazimnya, tanpa merujuk sumber sahih, cuba mendakwa Pakatan akan menukar bendera. Anwar menekankan, "tiada niat untuk kita menukar bendera Malaysia." Ustaz Idris menjelaskan, "pemimpin Pakatan Rakyat menegaskan tidak pernah ada perbincangan langsung untuk menukar bendera, cuma yang ada hanya untuk menukar kerajaan."


Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali mahu siasatan segera dibuat: "Perbuatan ini sangat tidak wajar dan satu pengkhianatan kepada kesepakatan yang diterima pakai rakyat Malaysia."

Polemik Sang Saka Malaya ini mengingatkan saya tentang buku Memoir Ahmad Boestamam, Merdeka dengan Darah dalam Api, terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (2004), yang menggabungkan tiga karya asal, Lambaian Dari Puncak, Merintis Jalan ke Puncak dan Tujuh Tahun Malam Memanjang.

Dalam bab "PKMM Menarik Diri dari Umno", Boestamam, dengan gaya ceritanya yang menarik, mengisahkan perjalanan sidang pertama Umno pada 1946, apabila wakil badan-badan gabungan diminta mengusul bendera atau lambang parti itu.

PKMM diwakili Ishak Hj Muhammad dan Boestamam sendiri. Ishak sebagai jurucakap membawa Sang Saka Merah-Putih, lambang PKMM sendiri, dan mengibarkannya dalam sidang itu, setelah mengemukakannya sebagai bendera Umno.

Keputusan pengundian menyaksikan usul PKMM itu dikalahkan hanya dengan satu usul yang mahukan lambang Umno seperti sekarang (masih Sang Saka Merah-Putih dengan tambahan lambang keris). Terdapat kira-kira 50 badan dalam sidang itu dan setiap pertubuhan diberikan dua undi, manakala PKMM sahajalah "badan kiri".

Boestamam kemudiannya mengusulkan supaya PKMM, berdasarkan penolakan syornya tentang bendera itu, menarik diri keluar dari Umno. "Perbezaan pandangan politik antara Umno dengan PKMM," kata Boestamam, "sudah jelas jauh bertentangan. Sementara kita mahu kemerdekaan seratus peratus bagi Malaya, Umno hanya mahu kembali kepada status quo sahaja. Kerana perbezaan pandangan politik ini lambat launnya kita pasti akan berpisah juga dengannya ...."


Tanpa didorong keperluan untuk menukar bendera, saya masih tertarik dengan ulasan Hishamuddin Rais dalam Malaysian Insider: "Merah putih adalah motif Nusantara. Motif Melayu Raya, kerana itu bendera Umno, PAS, Singapura dan Indonesia semuanya menggunakan Sang Saka ... Tahun 2006, bendera Umno di nobat sebagai Sang Saka Bangsa, sila tanya pemuda Umno kerana mereka yang mencadangkan nama ini. Tanya Khairy Jamaluddin, dia senyap kerana dia tahu sejarah Sang Saka."

Bagi saya, usah melatah isu Sang Saka ini, apatah lagi mengenangkan masih banyak isu-isu kritikal yang perlu ditangani segera, misalnya kerakusan kroni Najib untuk memenuhkan tembolok dengan projek ratusan bilion, sebelum Putrajaya "dibebaskan" Pakatan dalam PRU13.

Beberapa insiden spontan, yang nampak menggemparkan (disensasikan media Umno) seperti mempamerkan Sang Saka Malaya oleh dua tiga anak muda itu tidaklah perlu dikutuk secara berlebihan. Ada baiknya juga jika kita memperuntukkan sedikit masa untuk menyelami jiwa mereka yang bergejolak itu, 'kan?

Nasharudin rosak dipemimpin, Hasan rosak sendiri

Haji Subky Abdul Latif
Nasharudin Mat Isa, MP Bachok dan mantan Timbalan Presiden PAS telah menjadi masalah kepada partinya, PAS.
Dia dilihat berbaik dengan Perdana Menteri Najib Razak dan sejak tidak menjadi Timbalan Presiden partinya dia renggang dengan partinya. Malah ada pula kenyataannya yang menyusahkan untuk menghadapi masyarakat dan hubungan partinya dengan sekutu Pakatan Rakyat.

Dia sedang dibicarakan oleh “mahkamah umum” PAS.
Apapun Nasharudin itu baik orangnya dan memulakan penampilannya dalam PAS sebagai seorang pengikut parti yang baik.

Jika apa yang terjadi sekarang dia dilihat sebagai orang baris depan parti yang rosak, maka yang merosakkan ialah jamaah pimpinan PAS termasuk saya kerana memberi amanah yang terlalu besar kepadanya dengan melantiknya sebagai Setiausaha Agung parti.

Saya tidak melihatnya sebagai calon yang sesuai untuk jawatan yang besar itu. Malah saya terkejut dan tidak percaya bila dia dicalonkan. Saya sebagai jamaah pimpinan masa itu beretanya akan kebijaksanaan pimpinan mencalonkannya tetapi saya tidak berbuat secukupnya untuk menghalang pemilihan itu bahkan saya pun sama-sama membuat keputusan melantiknya.

Rakan-rakan peringkat atas kata kepada saya, “Anta ni orang lain tak betul belaka!”

Apa yang saya duga itu betul, dia tidak terpikul amanah yang terlalu besar itu. Ramai yang merasakan demikian. PAS Wilayah Persekutuan dalam Ijtimak tahunannya pernah mengusulkan supaya Setiausaha Agung itu diganti. PAS tidak pernah membincangkannya.

Khidmat disambung lagi. Saya antara minoriti menolak. Setelah beberapa penggal, rata-rata merasakan perlu ada penggantinya, maka PAS menaikkannya ke kedudukan lebih tinggi ialah Timbalan Presiden.

Kedudukan yang tinggi dalam parti sejak berbelas tahun mendedahkannya kepada masyarakat politik yang lebih tinggi dalam negara dan antarabangsa. Jika berlaku sesuatu kepada Presiden ketika itu maka dialah pimpinan utama parti yang baru.

Dalam politik tinggi yang terbuka penuh dengan muslihat dan tipu daya, hanya layak direnangi oleh orang-orang politik yang berwibawa tinggi dan kenal orang-orang yang dihadapinya. Pipit itu layaknya tidak terbang tinggi. Bila ia terbang terlalu tinggi tidak terdaya sayapnya bertahan. Udara yang tinggi itu layak bagi helang dan burung-burung besar belaka.

Maka tidak terdaya baginya untuk bertahan sebagai pimpinan PAS seperti yang dilalui oleh Al-Marhum Datuk Fadzil Noor, Tok Guru Nik Aziz, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mustapa Ali dan lain-lain. Tidak patah sayap mereka berdepan dengan rebut dan badai yang melambung tinggi.

Tidak terpikat sedikit pun mereka dengan politik Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib. Tetapi umum melihat Nasharudin tewas dalam politik diplomasi tingginya. Dia mungkin betul tetapi masyarakat PAS merasanya dia telah rosak. Jika Nabi Musa a.s. tidak faham dengan tindakan Nabi Khidir seperti yang dirakam dalam Surah Al-Kahfi, maka PAS tidak faham dengan pengembaraan politik Nasharudin.

Itulah masalah yang Nasharudin hadapi dari rakan pimpinannya dalam PAS. Dia akan kekal dari pengikut dan pimpinan pertengahan yang baik. Ahli PAS yang sama seperti lain-lain ahli. Jika dia dilihat rosak oleh masyarakat PAS di merata tempat, ia adalah dirosakkan oleah pimpinan yang memberinya kedudukan yang terlalu tinggi. Pipit tidak boleh jadi helang.

Sekarang apa saja boleh terjadi padanya. Sukar diramal dia dapat jadi ahli PAS yang baik seperti sebelum dia dinaikkan terlalu tinggi.

Jika dia rosak berbeda keadaannya dengan Hasan Ali yang diambil oleh sesiapa saja sekarang. Jika dia rosak, dia rosak sendiri. Tidak dirosakkan oleh lain-lain orang dalam partinya dulu.

Subhanalllah saksikan imej percikan api di matahari

IMEJ yang didedahkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menunjukkan percikan api di matahari pada 31 Ogos lalu.
MIAMI: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin mendedahkan imej nyalaan matahari yang dirakamkan pada 31 Ogos lalu.

Imej itu menunjukkan percikan api yang terkeluar daripada matahari.

Bagaimanapun, ia memberi kesan terhadap persekitaran magnetik Bumi yang menyebabkan cahaya aurora terbentuk di langit.

Cahaya tersebut boleh dilihat di bandar Whitehorse, Yukon, Kanada pada 3 September lalu.

Jaluran cahaya itu terbentuk apabila partikel-partikel yang dicas daripada matahari berlanggar dengan atom pada altitud yang tinggi di Bumi.
-Agensi-

Awas!!! Loket bertenaga skalar ini merbahaya

Blog infoisusemasa.blogspot.com
loket bertenaga
Mohamed Idris menunjukkan loket bertenaga skalar yang boleh memberi kesan buruk kepada si pemakai.
GEORGETOWN: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak lagi menggunakan loket bertenaga skalar (skalar energy) atau beradioaktif yang disahkan memberi kesan buruk kepada penggunanya.

Ia berikutan hasil analisis ujikaji Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) yang menunjukkan penemuan paras radiasi yang tinggi serta melebihi had yang dibenarkan pada permukaan loket selain menunjukkan kepekatan bahan radioaktif thorium-22 dan uranium-238.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata,penjualan loket itu didapati masih berleluasa malah CAP turut menerima aduan pengguna bahawa terdapat sebuah syarikat jualan langsung yang berpusat di Kepala Batas, giat menjual loket berkenaan manakala sebuah laman web syarikat jualan langsung yang berlainan juga turut memasarkan jualannya.

“LPTA melalui Kementerian Kesihatan Malaysia sudah memutuskan bagi mengharamkan penggunaan Quantum Pendant dan SE Pendant yang masing-masing dijual dua syarikat jualan langsung yang berlainan, malah difahamkan, wakil KKM sudah memaklumkan kepada LPTA bahawa tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan penggunaan loket terbabit memberi manfaat kesihatan kepada pemakainya.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu bertindak tegas ke atas syarikat berkenaan yang menggunakan lesen mereka bagi menyembunyikan penjualan produk itu selain menyita stok loket berkenaan sebelum menyerahkan kepada LPTA bagi tujuan penyimpanan dan pengendalian yang selamat,” katanya pada sidang media di Pejabat CAP, disini semalam.

Mohamed Idris berkata,pemakaian loket itu yang didakwa boleh melancarkan peredaran darah, menambah tenaga, meningkatkan tahap kepekaaan serta daya tumpuan dan lain-lain lagi sebenarnya mengundang risiko kerana si pemakai terdedah kepada penyakit kanser atau kesan genetik manakala pendedahan yang paling rendah pula boleh meninggalkan kesan stochastic.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar kerajaan supaya mengharamkan segera penjualan dan penggunaan loket berkenaan.

Menurutnya,keputusan pengharaman itu selaras dengan Peraturan 4(1), Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas 2101 yang menyebut bahawa tiada seorang individu pun yang boleh menjalankan atau menyebabkan amalan itu dijalankan kecuali mempunyai justifikasi.

Pengharaman sama ke atas loket dengan paras radiasi tinggi, SE Pendant 0352, juga diperkenalkan badan berkuasa Hong Kong pada 2009.

Adakah ini juga 'menghasut', wahai polis?

Untuk pertama kalinya pihak berkuasa memburu individu yang didakwa menunjukkan aksi tidak hormat kepada tokoh awam, termasuk memijak menunjukkan punggung kepada gambar mereka.
Setakat ini, 11 individu didakwa terbabit dalam perhimpunan ambang merdeka di ibu negara pada 30 Ogos sehingga mendorong sebahagiannya tampil menyerah diri dan dalam satu kes seorang gadis digari.

Bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa tindakan terhadap 11 individu itu adalah pendakwaan terpilih. Ia malah diburukkan lagi dengan tindakan yang dilihat tergesa-gesa.
NONE
Pihak berkuasa bagaimanapun menafikan pilih kasih dan akan menyiasat insiden sama walaupun melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat sekiranya laporan polis dibuat.

Malaysiakini bagaimanapun mendapati tindakan tidak konsisten yang dianggap sebagai jenayah bawah Akta Hasutan 1949, seperti berikut:

Lim Guan Eng

NONEKetua Menteri Pulau Pinang selalu menjadi mangsa demonstrasi walaupun dalam tempoh pemerintahan singkat, antaranya posternya dibakar dan dipijak, dihadiahkan kek berbentuk najis dan upacara kematian olok-olok di hadapan rumahnya.
Datuk Ambiga Sreenevasan

Bekas presiden Majlis Peguam yang kemudiannya mengepali gabungan proreformasi sistem pilihan raya juga menarik perhatian "musuh", antaranya melalui protes burger dan 'senaman punggung; di depan rumahnya dekat ibu negara.
NONE
Pada April, dalam perhimpunan antihomoseksual di Universiti Putra Malaysia (UPM) pula menyaksikan gambar Ambiga dipijak dan dipijak.

Datuk Nik Aziz Nik Mat & Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Terdapat juga gambar menyaksikan gambar kain rentang yang digantung di Shah Alam menunjukkan kedua-dua pemimpin kanan PAS ini dikencing dengan jelas.
shah alam nik aziz hadi awang 060912 urinating peeingSeorang daripadanya kelihatan memakai kemeja-T BN.

Lim Kit Siang

Gambar pemimpin veteran popular DAP juga pernah menjadi mangsa insiden sama pada 2009 di luar mahkamah Shah Alam ketika 12 orang yang terlibat dalam 'perhimpunan kepala lembu' didakwa.

Timbalan menteri bantah polis gari remaja

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu akan menulis kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bagi menyatakan bantahannya terhadap tindakan pasukan keselamatan menggari gadis 19 tahun Ong Sing Yee yang didakwa memijak gambar perdana menteri.
Senator itu mahukan polis mengkaji semua prosedur operasi standard (SOP) membuat tangkapan, terutamanya terhadap wanita, remaja, suspek yang tidak ganas dan pihak yang tampil menyerah diri.

NONEGan merujuk kepada tindakan polis menggari Ong ketika dia menyerah diri di balai polis ohor Bahru Central pada Rabu lalu.
Dalam kenyataannya malam tadi, beliau berkata, polis tidak semestinya menggari model sambilan itu kerana ia boleh menyebabkan trauma yang berpanjangan.

"Sebaliknya polis harus mengamalkan cara yang lebih berperikemanusiaan apabila menguruskan kes-kes sebegini," kata Gan yang juga naib presiden MCA.

Puak 'syaitan' menganggap gambar Najib lebih suci dari masjid?

Aidila Razak
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan membaling kasut di dalam masjid lebih tercela daripada memijak gambar perdana menteri dan isterinya.

Ini kerana, katanya, masjid merupakan tempat suci dan dikira rumah Allah.
NONEJusteru, beliau mempersoalkan tindakan kerajaan dan akhbar arus perdana membesar-besarkan insiden memijak gambar melebihi insiden di sebuah masjid di Alor Setar baru-baru ini.

"Adakah mereka hendak kata gambar itu lebih suci daripada masjid, rumah Allah?" soalnya.

Beliau merujuk kepada insiden minggu lalu apabila anggota kumpulan pendesak Melayu didakwa membuat kacau tazkirah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di masjid.

Kereta elektrik sudah ada pada tahun 1906

LLOYD menunjukkan bateri kereta elektrik miliknya.
SYDNEY, Australia - Seorang jurutera mekanikal yang telah bersara, Bill Lloyd memiliki sebuah kereta elektrik keluaran tahun 1915 buatan sebuah syarikat di Amerika Syarikat (AS).

Lloyd, 61, menganggap kereta tersebut sebagai koleksi antik yang paling terkenal pernah dimilikinya.

Menurutnya, terdapat kira-kira 40,000 buah kereta elektrik itu dikeluarkan oleh Syarikat Kereta Elektrik Anderson di Detroit, AS dari tahun 1906 hingga 1940.

Bagaimanapun, hanya terdapat empat buah kereta tersebut yang masih boleh digunakan di Australia.

Kereta itu mempunyai kelajuan maksimum kira-kira 40 kilometer sejam.

Bateri kenderaan tersebut perlu dicas selepas bergerak sejauh 80 kilometer. 
-AFP-

BISIKAN SYAITAN: Komen jahat Dr M akibatkan rakyat kecoh dan takut

Iskandar Dzulkarnain, Wong Choon Mei
BISIKAN SYAITAN: Komen jahat Dr M akibatkan rakyat kecoh dan takutTulisan mantan perdana menteri Mahathir Mohamad baru-baru ini telah mengakibatkan perasaan gusar dikalangan rakyat diseluruh Negara. Dengan memanggil parti pemerintahnya iaitu UMNO-BN sebagai “Syaitan yang dikenali dan pembangkang malaikat yang tidak dikenali” menjadikan ramai mengucap dan menggelengkan kepada.
Ramai diantara mereka yang fasih berbahasa Inggeris faham akan apa yang dimaksudkan iaitu rakyat Malaysia patut mengundi BN pada pilihanraya umum yang akan datang. Namun, tidak hairanlah jika hampir semua mengambil perumpamaan itu secara literal dan ini perlu difikirkan oleh Mahathir dan kerajaan BN.

Jika diambil kira dari ribuan pemberi komen di alam maya, bukan sahaja rakyat Malaysia memberi Mahathir pengajaran dari sikapnya sendiri- sinis dan suka menghasut- mereka sudah menganggap BN sebagai Syaitan dan Mahathir ketua syaitan.

Ramai yang sudah bosan
Walaupun selepas persaraan, ulasan Mahathir tetap menyemarakkan api perkauman dan pemikirannya bukanlah seperti dia seorang bekas pemimpin sebuah Negara. Adakah dia sengaja mensensasikan dirinya sendiri untuk mencuri perhatian media dari PM Najib Razak yang diberinya sokongan di khalayak ramai tetapi secara peribadinya dianggap bodoh.

Mahathir bagaikan menyangka rakyat Malaysia masih bodoh dan jahil kerana tidak boleh membaca apa yang ada dalam kepalanya dan memahami tindakannya. Sejak kebelakangan ini, kebanyakkan kenyataannya begitu mengejutkan dan menjadikan rakyat merasa hairan dan memprotes.

Contohnya, Ketua Syaitan Malaysia ini menyatakan dia bukanlah seorang yang bijak dan cepat menegaskan bahawa kita tidak perlukan seorang yang bijak untuk memrintah Negara ini. Begitu bodoh kenyataan ini sehinggakan ia menjadikan Najib malu akan perumpamaan bahawa dirinya adalah tin kosong. Ia juga mengesahkan pendapat rakyat bahawa Malaysia sememangnya ditadbir secara ‘auto-pilot’!

Tidak, BN tidak pernah melakukan sesuatu kerana rakyat, mereka akan melakukannya jika ia menjana wang. Tidak hairanlah jika Negara berada dalam keadaan yang menyedihkan jika dibandingkan dengan Singapura yang berada di selatan Tanah Air.

Terima kasih kepada pujian pencacai dan banyak lagi komen-komen tidak masuk akal yang membawa kita kepada satu perkara-Mahathir adalah yang TERBAIK dan HANYA DIA sahaja yang mampu melakukan apa sahaja untuk Malaysia. Tidak hairanlah jika kredibiliti BN telah tenggelam ke dasar laut dan tidak mungkin akan dapat dinaikkan ke daratan lagi.

Mungkin inilah sebab kenapa rakyat Malaysia tidak mengambil serius dan menerima bulat-bulat perumpamaan Mahathir tentang syaitan dan malaikat. Yang pasti, rakyat sudah membuat keputusan tentang apa pendirian Mahathir yang sebenar. Pembangkang yang dilabel Mahathir sebagai ‘malaikat’ juga seronok dan menikmati lawak terbaru dari Mahathir ini. Padan muka UMNO!

Politik 'Syaitan & Iblis'
Sekarang, perkataan Syaitan telah digunakan oleh ‘Ketua Syaitan’ sendiri untuk merujuk kepada BN dan terminologi itu akan menjadi perbualan topik politik di Malaysia seperti slogan ‘Janji ditepati’, 1Malaysia dan Malaysia Boleh.

Hari demi hari, keadaan semakin kecoh dengan media Melayu dan blog-blog memetik politik ‘Syaitan’. Mula-mula, mungkin ada pemimpin BN yang hanya mentertawakannya namun, mereka pasti semakin risau akan perkembangan ini. Komen Ketua Syaitan telah mengena batang hidung ahli politik BN sendiri dan sekarang cuba sedaya upaya untuk mengawal keadaan.

Tiba-tiba, semua mula melihat BN dari sudut yang berbeza iaitu menakutkan. Pakatan Rakyat digambarkan Mahathir sebagai Malaikat. Bukan sahaja ini mengiakan pengundi bandar yang sudah sedia jemu dan inginkan perubahan, mereka yang hidup di luar bandar juga berkemungkinan akan menukar fikiran mereka. Tambahan pula, orang yang waras tidak akan menyokong Syaitan.

Bagi orang Cina pula, dengan bermulanya bulan perayaan ‘Hantu Lapar’, dimana orang Cina percaya pagar neraka dibuka dan melepaskan roh-roh sesat untuk merayau-rayau di bumi, tiada seorang pun yang mahu dikaitkan dengan Syaitan. Ada yang tidak mahu berjalan jauh kerana takut akan kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh hantu.

Dan bagi orang Melayu yang kuat kepercayaan dan sering peka pada pelbagai jenis ‘Syaitan’, Jin dan cerita tanah kubur yang lain di kaca televisyen dan mengambilnya sebagai sesuatu yang serius juga tidak akan gembira dengan perkembangan ini. Yang alim akan memberi amaran pada orang Islam yang lain terhadap ajaran negatif Mahathir yang jujurnya tidak begitu popular dikalangan tokoh keagamaan kerana sering mempunyai pandangan kontroversi terhadap Islam.

Bisikan syaitan
Pemimpin PAS yang konservatif seperti Dr Haron Din telah mengutuk gambaran Mahathir sebagai merbahaya dan memetik Al Quran yang menyatakan bahawa jangan pernah memilih Syaitan dan menyatakan ia lebih baik dari Malaikat. Walaupun hanya perumpamaan, ia masih tidak dibenarkan.

Dr Haron juga menegaskan bahawa Mahathir salah kerana rakyat, terutamanya orang Islam percaya bahawa Syaitan merupakan makhluk Tuhan yang paling jahat. Dan sebagai bekas pemimpin Negara, yang telah mengetuai kerajaan UMNO-BN untuk 22 tahun, ia amat tidak sesuai bagi Mahathir untuk memberi kenyataan atau melabel seseorang mahupun sebuah organisasi dengan sesuatu yang tidak baik.

Dalam pada itu, pemimpin kerohanian PAS, Nik Aziz Nik Mat juga telah memberi amaran bahawa kenyataan yang tidak diingini dan tidak bijak akan mempercepatkan kehancuran UMNO. Dia juga meminta orang Islam supaya membezakan antara Syaitan dan Malaikat supaya mereka tidak disesatkan oleh bisikan Syaitan.

Ya, orang Islam juga amat prihatin dan ramai yang keliru dengan penggunaan terminologi Mahathir yang kurang bijak. Mungkinkah dia tdak bijak atau telah benar-benar menjadi pembisik Syaitan seperti yang didakwa sesetengah pihak? Bagaimana boleh Mahathir, seorang yang lahir sebagai Islam, tidak tahu bahawa tiada yang lebih dijauhi oleh umat Islam selain Syaitan. Tetapi, dia dengan begitu bersahaja menganjurkan rakyat untuk memilih dirinya dan BN walaupun mereka dikatakan Syaitan dan bukan pembangkang walaupun mereka adalah malaikat.

Dari menafikan dirinya diktator, kepada menafikan dirinya syaitan
Mungkin peristiwa ini lebih tepat dirumuskan oleh apa yang dikatakan oleh seorang pemberi komen ini:

“MADEY BETUL-BETUL TELAH MENJATUHKAN NAMA BAIK BN DENGAN BERKATA BN TU SYAITAN, TAU LAH MASYARAKAT ISLAM MEMANG PANTANG DAN BENCI PERKATAAN SYAITAN DAN SUKA PERKATAAN MALAIKAT. RAMAI MELAYU TEMASUK MELAYU BN AKAN MENGUNDI PAKATAN KERANA TAK NAK BERSEKONGKOL DENGAN PERKATAAN SYAITAN.”

Ia juga ironi apabila, beberapa minggu yang lalu, dia telah memarahi mereka yang melabelnya sebagai ‘Diktator’. Dia marah akan sikap sesetengah pihak yang suka melabel orang lain untuk memusnahkan karier politik mereka. Mahathir berkeras bahawa dia bukanlah seorang diktator, dan membandingkan dirinya dengan penjahat timur tengah seperti Mubarak dan Gadaffidan mencabar rakyat Malaysia menyatakan kenapa dia layak dipanggil diktator.

Rakyat Malaysia memberi respon yang mencecah ribuan dan banyak komen diberi menyatakan bahawa dia, suka atau tidak adalah seorang diktator di mata mereka. Sama seperti sekarang, di mata kebanyakkan rakyat Malaysia, BN umpama Syaitan kerana telah merompak sebahagian besar harta kekayaan Negara dan dia sebagai ketua perancang, adalah ketua syaitan.

Seperti yang kita selalu dengar, setiap kejahatan ada pembalasannya!

Remaja buang mayat bayi di tandas hospital

SHAHRULANOOR ISHAK
BANGUNAN Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan yang menjadi tempat remaja membuang bayi yang baru dilahirkan di dalam tandas Wad Teratai 2C semalam.
KUANTAN: Seorang remaja yang telah terlanjur bertindak kejam apabila cuba mengepam mayat bayi yang baru dilahirkannya ke dalam mangkuk tandas di Wad Teratai 2C di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam.

Namun, perbuatan jahat itu terbongkar akhirnya apabila mayat bayi berkenaan tersekat di dalam mangkuk tandas sebelum ia ditemui oleh seorang kakitangan hospital pada pukul 4.45 pagi.

Difahamkan, sebelum kejadian, remaja berusia 16 tahun tersebut pergi ke hospital berkenaan untuk menemui ibunya yang sedang dirawat.

Dia kemudian telah pergi ke wad tersebut untuk melahirkan bayi di dalam tandas kerana kawasan tersebut dipenuhi dengan ibu bersalin dan tangisan bayi yang disangka dapat menutup kelakuan tidak berhati perutnya itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, kakitangan hospital berkenaan yang terkejut kemudian memaklumkan penemuan itu kepada ketuanya sebelum menghubungi polis.

“Siasatan mendapati kepala dan badan bayi malang itu tersumbat di dalam lubang mangkuk tandas sebelum kita mendapatkan bantuan bomba untuk mengeluarkan mangsa.

“Selepas menjalankan siasatan, kita kemudian dapat menahan remaja berkenaan di dalam kawasan hospital. Soal siasat kemudian mendapati remaja itu mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, pemeriksaan terhadap suspek menemui kesan yang dia baharu sahaja melahirkan anak. Suspek juga bertindak meninggalkan bayinya selepas mendapati ia tersumbat di dalam mangkuk tandas tersebut.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Nasharudin akan dipecat 9 September atas arahan Anwar kata utusan meloya

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipercayai akan dipecat daripada parti itu pada Ahad ini, iaitu sempena mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat dan mesyuarat Majlis Syura Ulama parti tersebut.

Menurut sumber Pas, pemecatan Ahli Parlimen Bachok itu akan dipersetujui pada mesyuarat AJK Pas Pusat yang dikuasai oleh golongan ‘Anwarinas’ yang bersidang pada sebelah pagi 9 September ini.

Katanya, golongan ‘Anwarinas’ itu akan mempengaruhi mesyuarat Majlis Syura Ulama pada sebelah malam tarikh tersebut pula bagi memastikan Nasharudin dipecat.

“Difahamkan (Datuk Seri) Anwar telah memberi arahan kepada puak Anwarinas yang duduk sebagai AJK Pas Pusat untuk memecat Nasharudin pada mesyuarat AJK Pusat yang akan diadakan pada pagi 9 September.
-Utusan-

Peneroka Felda Rugi Jika Saham FGHV Jatuh Pada RM4.70

MOHD EZLI MASHUT 
SHAH ALAM, 6 SEPT: Peneroka Felda yang memiliki Saham Felda Global Ventures (FGHV) bakal berhadapan kerugian jika saham FGVH itu jatuh pada harga RM4.70 yang terus menyukarkan kehidupan peneroka apabila sebelum ini dibebani hutang pinjaman bank bagi memiliki saham itu.

Merujuk kepada laman Bursa Malaysia setakat 12.30 tengahari hari ini ,saham FGVH diniagakan harga RM4.78 di bawah harga psikologi pada RM5.00.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),Mazlan Aliman berkata walaupun saham FGVH disenaraikan pada RM4.55 dan naik kepada RM5.33, tetapi dalam tempoh yang begitu singkat saham ini mula menurun.

Kejatuhan saham FGVH dianggap terlalu cepat berbanding saham-saham lain seperti Amanah Saham Bumiputera dan Saham Negeri-negeri yang hanya jatuh dalam tempoh empat sehingga lima bulan.

“Dan kebimbangan kita ialah apa akan berlaku apabila rugi,sebab bila rugi ia akan ditanggung pemegang saham yang sahamnya dibeli dalam bentuk pinjaman yang perlu membayar termasuk kadar faedahnya lima peratus,apakah peneroka-peneroka Felda itu mampu untuk menampung risiko,” kata Mazlan ketika dihubungi.

Jelas Mazlan, pada realitinya masih lagi belum berlaku keadaan setiap peneroka hanya perlu membayar RM50 kepada Felda dalam masa lima tahun seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

“Beberapa aduan yang saya terima, di mana peneroka merujuk kepada bank dimaklumkan pihak bank tidak mengetahui hal tersebut.

“Apa yang berlaku di peringkat bawah ia tidak begitu, adi ini telah menimbulkan kerungsingan.

“Walaupun pakej bayaran RM50 itu dilaksanakan, bagaimana dengan peneroka yang sudah mula membayar kepada pihak bank,adakah peneroka boleh menuntut balik bayaran daripada pihak Felda Global Ventures?” soal Mazlan.

Pihak Anak akan menulis surat kepada pihak Yang Dipertuan Agong untuk mendapatkan maklum balas berkenaan memorandum yang dihantar oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik semasa Himpunan Oren pada 14 Julai lepas.

“Kita mahu mengetahui sejauhmana pendirian Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam hal ini.

“Dan kita yakin pihak Raja-Raja Melayu prihatin dan bimbang dengan perkembangan yang berlaku di Felda,” katanya.

Adegan P Ramlee di alam nyata

ABD JALIL ALI
SEPERTI dijangka sehari dua ini ramai yang masuk surat khabar sebab tumpang semangkuk, naik semangat dan marah berapi-api apabila gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipijak.

Sekumpulan remaja memijak gambar pemimpin 1Malaysia itu pada perhimpunan ‘Janji Demokrasi’ di Dataran Merdeka, betul-betul malam menyambut kemerdekaan ke-55. Tidak sahaja melanyak gambar, ada juga yang mengibarkan bendera lain konon sebagai ganti Jalur Gemilang.

Orang Umno cepat menuding jari pada parti pembangkang yangdikatakan menjadi dalang insiden tersebut. Konon, pembangkang menyemai perasaan benci kepada kerajaan, dan menaikkan semangat kumpulan remaja berkenaan.

Pembangkang pun menuduh Umno sebagai dalang. Konon komponen terbesar BN itu sengaja mengupah beberapa orang remaja supaya memijak wajah pemimpin No.1, untuk menggambarkan betapa teruknya perangai pembangkang.

Tidak tahu – dan tidak perlu difikirkan! – siapa yang betul. Apa yang jelas memijak kepala orang, walaupun hanya gambar, memang perbuatan tidak betul. Sebab itu, tidak kira puak pembangkang atau puak pemerintah, semua tidak setuju tindakan sekumpulan remaja itu.

Kurang ajar, biadab, penderhaka, itu antara istilah yang digunakan media untuk menyatakan tentangan. Di alam maya – Facebook, Twitter, blog – kemarahan terhadap tukang pijak diluahkan dalam istilah yang lebih teruk: sewel, gila babi, keparat, bodoh, bangang, dan istilah-istilah carut lagi lucah.

Sebenarnya orang kita memang suka pijak-memijak, tikam-menikam, tolak-menolak, tenggek-menenggek, semuanya untuk pangkat, kedudukan, wang ringgit dan sebagainya. Perihal tabiat memijak gambar pun bukanlah sesuatu yang luar biasa. Sebelum ini sudah kerap kita melihat gambar para pemimpin dipijak, dilenyek, malah dikencingkan.

Tentu semua masih ingat insiden 2009, gambar tiga orang Adun Bebas di Perak dipijak oleh pemimpin DAP. Jamaluddin Mohd Radzi (Adun Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (Jelapang), ketika itu dianggap katak sebab keluar PR dan mengumumkan pro-BN. Sebab itu kena pijak.

Gambar Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Yang Dipertua Pas Selangor pun pernah kena pijak pada perhimpunan ‘kepala lembu’ di hadapan bangunan SUK Negeri, berhubung isu pemindahan kuil.

Malah, pernah terjadi poster wajah Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Abdul Hadi Awang dipijak dan dikencingkan. Dulu, kini dan selamanya orang kita memang selalu meluahkan perasaan secara tidak sopan @ samseng.

Insiden terkini pada malam merdeka itu membuat ramai orang marah, termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Seperti yang dilaporkan media, beliau akan bertindak tegas dan menyegerakan proses undang-undang terhadap pelaku tindakan biadab itu.

Polis pun berjanji akan bertindak segera dan akan menyiasat kes kibar bendera baru mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan 1948, manakala memijak gambar pemimpin negara mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana menimbulkan mudarat serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

Harap-harap pihak berkuasa betul-betul bertindak tegas, bukan sahaja ke atas insiden gambar PM, malah ke atas tukang-tukang pijak sebelum ini.

Baik yang pijak Najib, Khalid, ‘sang katak’, Tuan Guru, semua perlu dijejaki, didakwa dan dihukum. Semua orang tidak suka budaya samseng.

Kalau ditanya pada saya mengenai insiden memijak kepala pemimpin, jawapan paling tepat bukan kurang ajar, biadab atau gila babi. Semua ini adalah kelakar, itulah jawapan selamba lagi sempoi daripada saya.

Saya teringat salah satu adegan dalam filem klasik P Ramlee, kalau tidak silap ‘Do, Re, Mi’. Terjadi perkelahian antara Re dengan Mi sebab masing-masing tidak mahu mengalah dan hendak tunjuk kuat mengenai satu isu.

Sang hero @ P Ramlee telah mengepal-ngepal dua kertas kemudian meletakkan di hadapan dua orang yang berkelahi itu, sambil berkata: “Yang ini kepala bapak engkau, yang ini kepala bapak engkau!” Lalu kedua musuh itu memijak kepala bapak lawannya. Dua-dua tidak menang!

Seniman agung itu memang berpandangan jauh. Lama sebelum ada BN dan PR, beliau sudah melawak-lawakkan adegan pijak kepala. Hari ini adegan lawak itu terjadi di alam nyata, dan rakyat sedang menontonnya di hadapan mata.