"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Claire tidak ragu-ragu Rameli bayar bagi pihak Pas dan Hadi

MALAYSIA DATELINE
Editor Sarawak Report, Clare Recastle Browm berkata beliau tidak ragu-ragu bahawa ahli perniagaan terkenal Datuk Rameli Musa bertindak bagi pihak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan PAS ketika membayarnya lebih RM1.4 juta.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Claire berkata, ketika proses perundingan pembayaran ini, Rameli perlu sentiasa berhubung untuk mendapat kebenaran daripada Pas dan Hadi selepas menolak tawaran awal parti itu untuk membayar GB£100,000 untuk menyelesaikan saman itu.

“Dia terpaksa balik untuk bertanya kepada mereka, dan dia beberapa kali berbuat begitu (meminta kebenaran Hadi dan Pas) sehinggalah akhirnya kami sampai pada jumlah yang saya dapati cukup untuk membayar peguam saya tanpa kehilangan terlalu banyak wang untuk kes ini.

“Adalah jelas bahawa Hadi dirundingkan pada setiap masa dan (begitu juga) orang-orang di sekelilingnya,” kata Claire, lapor Malaysiakini.

Beliau menjelaska peguam Hadi di London juga telah menerima pembayaran sulit itu kerana mereka perlu membuat perjanjian penyelesaian untuk mahkamah.

Sementara itu, Rewcastle-Brown juga mempersoalkan status kewangan Pas.

Semalam Hadi berkata Pas hanyalah sebuah parti miskin yang menerima sumbangan derma daripada orang ramai dan tidak mempunyai dana untuk membayar Clare seperti didakwa.

Malah, katanya Pas terpaksa meminjam untuk membayar deposit calon pada PRU14 lalu.

Bagaimanapun, Rewcastle-Brown memetik kenyataan oleh AJK Pas Pusat Dr Zuhdi Marzuki pada April lalu, mendakwa parti itu menerima derma berjumlah RM2.5 juta daripada individu.

“Jadi, adakah itu pinjaman yang perlu mereka bayar balik atau adakah ia derma penyokong parti yang baik?

“Apa yang kita tahu ialah wang itu mengalir untuk membayar deposit kerusi dan banyak wang (deposit) itu sekarang akan didapatkan kembali,” katanya, sebagaimana dilaporkan laman web itu.

Sarawak Report mendakwa RM2.5 juta yang digunakan untuk membayar deposit calon sebenarnya berasal dari Umno – suatu dakwaan yang dinafikan Pas.

Clare cabar Hadi dedah syarat sulit selesai saman

Zikri Kamarulzaman
Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown mencabar Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk mendedahkan syarat-syarat sulit terhadap penyelesaian kes saman fitnah di luar mahkamah pada awal Februari lalu.

Ini selepas Hadi menafikan membayar RM1.4 juta kepada Clare, untuk menyelesaikan saman fitnah terhadap editor Sarawak Report itu.

"Kalau beliau kata ia bukan syarat-syarat perjanjian sulit yang disebut oleh perintah mahkamah maka beliau perlu menunjukkan dan mengatakan syarat-syarat penyelesaian sulit (versi Abdul Hadi) itu.

"Beliau tidak boleh sekadar menafikannya. Sekiranya terdapat istilah sulit tapi bukan untuk membayar saya, jadi kalau begitu apa yang beliau fahami mengenai hal itu?" Kata Rewcastle-Brown kepada Malaysiakini malam tadi.

Selanjutnya, Clare menjelaskan memiliki dokumen untuk membuktikan beliau telah dibayar RM1.4 juta, dan yakin ia dibayar bagi pihak Hadi dan PAS.

Semalam, Hadi berkata beliau atau PAS tidak pernah melunaskan sebarang bayaran kepada Rewcastle-Brown, kerana pihaknya tidak mempunyai wang yang banyak untuk membuat pembayaran.

Pembayaran dibuat perantara

Hadi juga mendakwa bahawa "beberapa pihak" telah menghubungi beliau sebelum PRU14 untuk menyelesaikan saman berkenaan, tetapi beliau enggan melakukannya pada masa itu kerana faktor pilihan raya.

Editor Sarawak Report sebelum ini mengatakan pembayaran dibuat oleh perantara dan malam tadi mengesahkan orangnya ialah Pengerusi KTMB Rameli Musa.

Clare berkata beliau tidak ragu-ragu bahawa Rameli bertindak bagi pihak Hadi dan PAS.

Hal ini, katanya kerana Rameli perlu sentiasa berhubung untuk mendapat kebenaran daripada PAS dan Hadi selepas menolak tawaran awal parti itu untuk membayar GB£100,000 untuk menyelesaikan saman itu.

"Dia terpaksa balik untuk bertanya kepada mereka, dan dia beberapa kali berbuat begitu (meminta kebenaran Hadi dan PAS) sehinggalah akhirnya kami sampai pada jumlah yang saya dapati cukup untuk membayar peguam saya tanpa kehilangan terlalu banyak wang untuk kes ini.

"Adalah jelas bahawa Hadi dirundingkan pada setiap masa dan (begitu juga) orang-orang di sekelilingnya," kata Clare.

Beliau menjelaska peguam Hadi di London juga telah menerima pembayaran sulit itu kerana mereka perlu membuat perjanjian penyelesaian untuk mahkamah.

Sementara itu, Rewcastle-Brown juga mempersoalkan status kewangan PAS.

Semalam Hadi berkata PAS hanyalah sebuah parti miskin yang menerima sumbangan derma daripada orang ramai dan tidak mempunyai dana untuk membayar Clare seperti didakwa.

Malah, katanya PAS terpaksa meminjam untuk membayar deposit calon pada PRU14 lalu.

Bagaimanapun, Rewcastle-Brown memetik kenyataan oleh AJK PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki pada April lalu, mendakwa parti itu menerima derma berjumlah RM2.5 juta daripada individu.

"Jadi, adakah itu pinjaman yang perlu mereka bayar balik atau adakah ia derma penyokong parti yang baik?

"Apa yang kita tahu ialah wang itu mengalir untuk membayar deposit kerusi dan banyak wang (deposit) itu sekarang akan didapatkan kembali," katanya.

Sarawak Report mendakwa RM2.5 juta yang digunakan untuk membayar deposit calon sebenarnya berasal dari Umno - suatu dakwaan yang dinafikan PAS.

Kami takkan kerjasama dengan ‘penjaja Islam’, PPBM tolak PAS

Minderjeet Kaur
PETALING JAYA: PPBM tidak berminat bekerjasama dengan PAS pimpinan Abdul Hadi Awang, yang disifatkannya “penjaja Islam”.

Kenyataan itu menyusul selepas presiden PAS itu dilaporkan berkata, partinya mahu menyatukan semua parti Melayu, termasuk PPBM yang diketuai Dr Mahathir Mohamad yang merupakan sebahagian daripada Pakatan Harapan.

Ketua Biro dan Strategi Dasar PPBM, Rais Hussin berkata, partinya komited kepada perjuangan PH dan percaya kepada “kurang berpolitik dan lebih banyak berkhidmat”.

“PAS lebih kepada berpolitik. Mereka menggunakan agama sebagai satu bentuk perniagaan. Mereka adalah ‘peniaga’ Islam dan akan lakukan apa sahaja yang perlu demi kelangsungan hidup,” katanya kepada FMT.

Beliau merujuk kenyataan Hadi yang dilaporkan berkata: “Kita kerjasama dengan parti lain, khususnya parti Melayu. Parti Melayu ialah PAS, Umno dan PPBM. PKR bukan parti Melayu, Amanah bukan parti Melayu.”

Rais berkata, PAS sudah bertukar menjadi sebuah kumpulan “cult” dan bekerjasama dengannya tidak akan menguntungkan sesiapa.

Beliau mendedahkan pemimpin sama daripada PAS yang mengumumkan kerjasama rasmi dengan Umno sekarang, pernah mendekati PPBM pada 2015.

“PAS tidak pernah konsisten. Apa yang konsisten tentang mereka ialah mereka tidak konsisten dengan prinsip mereka.


“Mereka hanya ‘berniaga’ menggunakan Islam. Mereka guna istilah Arab dan memetik ayat-ayat al-Quran untuk memperdayakan pengikut mereka,” katanya sambil menambah PPBM tiada hasrat bekerjasama dengan PAS.

‘Saya, PAS tak bayar Clare, kita akan adu pada Allah’

Presiden PAS, Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa tiada sebarang bayaran dibuat kepada Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, berhubung penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah.

Hadi berkata, PAS atau beliau sendiri secara individu tidak pernah membuat bayaran RM1.4 juta itu seperti didedahkan peguam Rewcastle-Brown, Americk Singh Sidhu dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

"Saya tak bayar, PAS tak bayar. Dakwaan itu tak betul," katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian Online.

Hadi turut mengulangi penafian parti itu sebelum ini berhubung dakwaan PAS membayar RM1.4 juta kepada Clare, menerusi pihak ketiga, untuk penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah yang difailkannya di London.

Hadi berkata, 'pertuduhan' terbaru ke atas PAS berhubung pembayaran RM1.4 juta kepada Clare hanyalah satu agenda pihak tertentu untuk menjatuhkan parti berkenaan.

Katanya, PAS hanyalah sebuah parti miskin yang menerima sumbangan daripada orang ramai dan tidak mempunyai dana untuk membayar Clare seperti didakwa.

Editor Sarawak Report itu pada 1 Mac lalu mengesahkan dia menerima bayaran RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman Abdul Hadi di luar mahkamah pada bulan lalu.

Bagaimanapun Clare menjelaskan ia bukan sebahagian daripada perintah mahkamah kerana hakim tidak mengarahkan presiden PAS itu membayar kos kerana ia sudah dibuat kepada pihak ketiga yang mewakili portal tersebut, iaitu peguam, Americk Sidhu.

Beliau juga mengesahkan cek RM1.4 juta itu sudah dijelaskan dan wang berkenaan telah diterima anak guamnya.

Americk Sidhu juga mendakwa Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Rameli Musa bertindak sebagai pengantara dan menawarkan diri untuk membayar secara tunai, tetapi menulis cek apabila diberitahu tidak boleh berbuat demikian.

Pada sidang akhbarnya itu, Hadi juga ditanya mengenai gambar pertemuan beliau bersama Rameli.

Berita Harian turut melaporkan Hadi sebagai mengesahkan dirinya di dalam gambar itu, namun menafikan ia berkait dakwaan pembayaran itu.

"Saya rasa gambar itu masa pergi Thailand tak silap saya. Ketika saya berjumpa (bekas menteri luar Thailand) Surin (Abdul Halim Ismail Pitsuwan) untuk membincangkan masalah penindasan terhadap umat Islam di Myanmar. Beliau (Surin) dah meninggal pun dua tahun lalu.

"Tak timbul pun (pertemuan itu) nak tandatangan cek atau apa ketika itu," katanya.

Gambar Hadi bersama Rameli dimuatnaik Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bersama catatan panjang di Facebook miliknya Sabtu lalu, menggambarkan hubungan akrab Ahli Parlimen Marang itu dengan ahli perniagaan berkenaan.

Hadi juga berkata, PAS tidak berhasrat untuk membawa kes serangan terbaru ke atas parti itu ke mahkamah bagi membersihkan nama kerana tidak mahu membuang masa dan wang.

"Kita tak mahu habiskan masa yang banyak untuk saman, habis duit banyak. Cuma kita mengadu pada Allah.

"Malam ini kita buat solat hajat di seluruh negara. Mereka yang percaya kita tak buat benda yang difitnahkan ini, kita serahkan kepada Allah. Tindakan kita ialah jelaskan pada masyarakat apa yang sebenar," katanya.

Beliau berkata, PAS menarik semula saman difailkan terhadap Clare kerana ia adalah agenda politik dan bukan agenda perniagaan.

"Kita dah didatangi pihak tertentu untuk tarik balik kes ini sebelum pilihan raya lagi, tetapi kita tak mahulah kerana kes ini berlaku masa pilihan raya, kes ini pun kes politik.

"Dan apabila kita menang di Terengganu dan pertahan Kelantan, kita dapat perintah negeri ini dan kita juga jadi parti yang terbesar di Kedah dan Pahang.

"Jadi kita sudah berjaya daripada segi politik. Oleh sebab itu kita dah berjaya (agenda politik) dan kita tarik kes ini (saman Rewcastle-Brown)," katanya.
-malaysiakini

'Noktahkah polemik istilah kafir, non-muslim'

Zolkharnain Abidin

ULASAN | Bagi saya, polemik istilah kafir atau non-muslim sebagai panggilan kepada mereka yang bukan beragama Islam di Malaysia tak wajar diperpanjangkan.

Walaupun saya sendiri punya kefahaman yang mencenderungi panggilan non-muslim, bukan panggilan kafir, namun mengheret isu ini kepada polemik istilah sebegitu tidak membawa banyak kebaikan.

Kenapa saya berkata begitu? Pertama, realiti Malaysia dari sudut interaksi antara agama dalam dakwah tidak pernah terganggu dengan panggilan kafir.

Hal ini kerana, jarang benar orang Islam memanggil secara berdepan orang yang tidak seagama dengannya dengan panggilan "hai kafir". Biasanya mereka disapa dengan panggilan encik, saudara, Mr, Mrs, Miss dan diikuti dengan namanya.

Kedua, saya percaya orang yang tidak beragama Islam di Malaysia sudah menerima suatu hakikat tentang kewujudan istilah kafir dalam kitab dan tradisi ilmu Islam yang merujuk kepada mereka.

Jika berbangkit persoalan mengapa istilah itu diguna, penjelasan mengenainya kepada pihak yang membangkitkannya akan dapat merungkai kekusutan itu.

Kefahaman berbeza

Memang ada pihak yang akan menggunakan istilah kafir dengan tujuan merendah-rendah, memperlekeh atau menghina mereka yang bukan beragama Islam, namun jika istilah non-muslim diguna sekalipun, istilah kafir akan terus diguna juga sebagai istilah untuk memperlekeh sebab istilah itu memang terus wujud dalam tradisi Islam dan akan terus diperguna secara salah oleh pihak berkenaan.

Ketiga, perlu diingat, ada sebahagian orang yang bukan beragama Islam tidak suka mereka dipanggil non-muslim atau bukan Islam kerana mereka tidak mahu diri mereka dikaitkan dengan perkataan Islam. Penganut Buddha misalnya, dia mahu dikenali sebagai Buddhist, dan bukan non-muslim.

Sama seperti orang Islam yang kurang selesa jika orang Buddhha memanggilnya non-Buddhist, kerana dirinya dikaitkan dengan Budhha, padahal dia seorang muslim.

Keempat, kefahaman orang Melayu terhadap istilah kafir tidaklah seperti kefahaman orang Arab terhadap istilah itu. Bagi orang Arab dan dalam tradisi ilmu Islam, memanglah perkataan kafir membawa maksud pelbagai martabat keingkaran; kufur aqidah dan kufur nikmat.

Namun, bagi orang Melayu, istilah kafir itu cuma merujuk kepada orang yang tidak menganut Islam. Sehingga kini nampaknya penggunaan orang Melayu terhadap istilah itu dalam negara ini tidak pernah mencetuskan apa-apa pergeseran agama lagi.

Jika ada insiden yang berpotensi mencetus konflik antara agama, pada pemerhatian saya, ia bukanlah bertitik-tolak daripada penggunaan istilah itu, tetapi lebih kepada aksi-aksi provokatif segelintir individu yang nakal sama ada dalam kalangan orang Islam atau sebaliknya.

Justeru, saya fikir, polemik panggilan kafir atau non-muslim dalam realiti hubungan antara agama di Malaysia elok dinoktahkan.

Kebimbangan saya ialah, api kebencian antara agama akan lebih galak memercik jika polemik ini diteruskan lantaran orang Islam sendiri (walaupun bukan semua) masih sukar untuk melihat isu ini dari sudut wacana akademik dan kepentingan dakwah jangka panjang.

Bilakah wacana ini sesuai diketengahkan kepada masyarakat umum? Apabila masyarakat kita sudah boleh melihat dan menerima suatu kerangka berfikir yang lebih progresif, inklusif dan rencam.

Bila? Apabila masyarakat kita boleh menerima suatu hakikat iaitu kepelbagaian agama itu sendiri adalah rahmat Allah untuk semesta alam.

ZOLKHARNAIN ABIDIN merupakan Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Adakah PAS sudah Islamkan Umno?

Dr Mahathir Mohamad

Gabungan PAS dan Umno ini agak menarik kerana asas perpecahan dan penubuhan PAS dahulu belum selesai. Ulama Umno keluar Umno untuk menubuh PAS kononnya kerana Islam.

Lagipun semasa kepimpinan Umno yang lepas, salah satu sebab penggabungan bahkan kerjasama Umno dan PAS tidak berlaku adalah kerana PAS telah mengkafirkan Umno.

PAS tidak pernah menarik balik “fatwa” tersebut. Sudahkah PAS Islamkan Umno?

Keduanya, PAS juga tidak mahu bekerjasama dengan Umno pada masa dahulu kerana Umno mengamalkan perlembagaan yang dituduh sekular dan kafir.

Ini adalah di antara asas Amanat Haji Hadi yang membawa kepada sembahyang dua imam; tidak mahu makan sembelihan orang Umno, jenazah perlu disembahyangkan semula oleh orang PAS jika sebelumnya disembahyangkan oleh orang Umno, mengharamkan anak mengahwini anak orang Umno, mengharamkan isteri mengundi Umno dan jika dilakukan akan gugur talak dan bermacam-macam lagi.

Kembalikan Najib jadi pemimpin

Adakah kesemua larangan dan amalan-amalan ini telah ditarik balik atau di arah untuk dihentikan? Apakah orang Umno terima bahawa mereka dengan PAS kelainan agama tetapi perbezaan ini diterima kedua-dua pihak?

Melihat pada perkembangan sekarang, kerjasama antara Umno dan PAS lebih ke arah untuk mengembali Najib Razak sebagai pemimpin dan menghalalkan semua jenayah yang Najib didakwa telah melakukan.

Adakah PAS sudah anggap Najib yang sedang menghadapi tuduhan-tuduhan rasuah dan salahguna kuasa tidak bersalah?

Apakah atas nama penyatuan Melayu dan Islam, rasuah, salahguna kuasa dan jenayah boleh dihalalkan? Apakah ini adalah pembohongan yang wajib?

Betul Najib belum didapati bersalah kerana perbicaraan oleh Mahkamah belum dapat diadakan. Akan terimakah Najib sebagai pemimpin PAS jika ia didapati bersalah.

Tetapi jika ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS yang arif akan apa yang berlaku di serata dunia, kenapakah mereka masih bersedia bersekongkol bersama Umno dan Najib.

Tidak sedarkah mereka bahawa ramai ahli Umno sudah meninggal Umno kerana telah jadi kleptokrasi dan bukan demokrasi.

Mereka juga pasti sedar bagaimana beberapa buah bank terkenal dunia telah di tutup dan pegawai-pegawai mereka didakwa dan di jel kerana pembabitan di dalam skandal 1MDB.

Selain dari itu, PAS perlu sedar nilai yang diterap dengan bekerjasama dengan Najib dan Umno di waktu ini.

Najib menggelar dirinya dan digelar oleh pengikutnya sebagai “Boss” yang tak perlu berasa malu.

Inikah janji PAS?

Bos bermakna “Tuan Hamba”. Apakah PAS juga bersedia untuk jadi hamba kepada seorang yang dipercayai mencuri. Sudah gugurkah PAS perasaan malu apabila menerima Najib sebagai “boss”.

Beberapa orang pemimpin PAS telah datang berjumpa saya dan menyerah satu dokumen akujanji akan menyokong saya sebagai perdana menteri. Pemimpin PAS kata tidak akan berkempen sokong BN di Semenyih.

Tetapi pada hari penamaan calon ramai pemimpin PAS hadir bersama pemimpin BN. Inikah janji PAS?

PH tidak gentar melihat gabungan PAS dengan Umno. Ia memberi banyak isu dan peluang mendedahkan kedua-dua parti bahawa pembohongan sudah jadi wajib bagi mereka.

Kerjasama Umno-Pas tidak gugat PH, kata ahli akademik

MALAYSIA DATELINE
Ahli akademik berpendapat Pakatan Harapan (PH) tidak terjejas dengan kerjasama Umno-Pas memandangkan PH yang pada masa ini memegang kuasa.

Pensyarah di Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, idea penyatuan Melayu di sebalik kerjasama Umno-Pas dilihat menggugat PH dalam konteks pilihan raya kecil kini tetapi mungkin berbeza menjelang PRU-15 nanti.

“Sekiranya PH mampu memerintah dengan cemerlang pada masa depan sebelum PRU-15, tiada parti yang mampu menggugat kekuatan PH nanti,” dipetik dari Berita Harian hari ini.

Sebaliknya, kata beliau, masa depan BN sebagai parti gabungan terus malap dan akan berkubur sekiranya berlaku kerjasama politik antara Umno dan Pas.

“Sebenarnya, PH sebagai Kerajaan Persekutuan lebih mampu membawa idea penyatuan Melayu kerana kuasa di tangan mereka,” ujarnya.

Dr Mohd Azizuddin berkata, idea penyatuan Melayu tidak harus dilihat hanya bercorak kepartian sebaliknya perlu bersifat secara lebih menyeluruh.

Jelasnya lagi, penyatuan Melayu harus dilihat lebih meluas sifatnya membabitkan kerjasama pelbagai parti, organisasi bukan kerajaan dan rakyat amnya.

Ini hari PAS, Umno 'bersanding' - Pemangku presiden Umno, Mohamad Hasan

Shakira Buang dan Hariz Mohd
Selepas lebih dua setengah jam bermusyawarah, PAS dan Umno hari ini bersetuju bahawa kedua-dua parti rasmi 'bersanding' di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Hal itu dinyatakan pemangku presiden Umno, Mohamad Hasan, yang mengadakan sidang media bersama Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bersama mereka ialah pemimpin kanan kedua-dua parti.

Ditanya mengenai keakraban kedua-dua parti, secara berkias Mohamad berkata, ia bukannya bermula selepas PRK Semenyih berakhir sebaliknya lebih lama sebelum itu.

Katanya, proses menghantar cincin - seperti merisik - berlaku di Sungai Kandis.

"Bertunang di Seri Setia.

"Sekarang ni kita dah kenduri kahwin dah ni, dah rasmi dah. Sebab tu kita buat macam ni, (secara) rasminya... merasmikan jawatankuasa induk.

"Kita ni dah bersanding dah ni..." katanya merujuk kepada dua PRK terdahulu yang diadakan di Selangor.

Menjelaskan hasil mesyuarat hari ini secara lebih serius, Mohamad berkata Umno bersikap terbuka kepada apa saja yang dianggap baik untuk Melayu dan Islam.

Tak ada simbol baru

Melalui perbincangan hari ini katanya kedua-dua parti bercadang untuk menjemput pertubuhan bukan kerajaan yang berpengaruh untuk membincangkan agenda penyatuan ummah.

Mohamah yang juga timbalan presiden Umno juga memberitahu kedua-dua parti bersetuju membentuk jawatankuasa khas bagi membincangkan butiran kerjasama ke arah penyatuan ummah dan rakyat.

Menurut Mohamad, jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan naib presiden kedua-dua parti, dengan Umno melantik Khaled Nordin sebagai wakil manakala Idris Ahmad mewakili PAS.

Bagaimanapun kata bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, langkah tersebut bukanlah bermaksud PAS dan Umno akan digabungkan.

"Ini bukan penyatuan parti. Ia suatu kerjasama di antara Umno dan PAS, dan rakan parti komponen masing masing atas isu yang ada asas untuk setiap parti.

"Tidak akan ada simbol baru," katanya.

Turut hadir, ketiga-tiga naib presiden Umno iaitu Ismail Sabri Yaakob, Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid, setiausaha agung Annuar Musa dan ketua wanita Noraini Ahmad.

Sementara itu selain Tuan Ibrahim, delegasi PAS disertai Ketua Dewan Ulama Dr Mahfodz Mohamed, Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan, Idris dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Zuhdi Marzuki.

Tidak ketinggalan, anak presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang juga ketua pemuda parti berkenaan.

Menurut Mohamad gerakan penyatuan ummah itu dijalankan tanpa mengetepikan aspek kepelbagaian bangsa dan agama yang ada di negara ini.

Katanya Umno dan PAS juga bersetuju untuk meneruskan gerak kerja bersama bagi setiap PRK yang akan datang melalui rangka kerja tertentu.

Buat masa terdekat ini, kata Mohamad, ia akan dilaksanakan bagi menghadapi PRK Rantau di Negeri Sembilan.

Mohamad menambah kerjasama mereka tidak akan meminggirkan rakan parti masing-masing.

"Kita tidak akan meminggirkan sesiapa kerana apa yang ingin kita capai ialah keamanan dan kedamaian seperti kita pernah nikmati sebelum ini.

"Dan kita akan berjumpa satu setengah bulan dari sekarang supaya jawatankuasa teknikal itu membentangkan rancangan masing-masing," katanya.

Takiyudin berbohong punca Clare dedah cek pembayaran

Pasukan Hadi asalnya tawar bayaran tunai – Americk

Seorang bos syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan pengantara dalam mengendalikan urusan bayaran antara Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, dakwa Peguam Americk Sidhu.

Beliau juga mendakwa individu itu menawarkan diri untuk membayar guaman tersebut secara tunai, lapor The Malaysian Insight.

Americk, yang mewakili Clare berkata penyelesaian di luar mahkamah itu merupakan kemuncak daripada rundingan yang dibuat sejak beberapa bulan lalu melibatkan PAS, Clare dan individu berkenaan sebagai pengantara.

“xxxxx ada di sini (di pejabat saya di Kuala Lumpur) bagi pihak Hadi Awang. Tiada keraguan kerana rundingan berjalan sejak beberapa bulan antara beliau, Clare dan Hadi. Ini adalah kemuncak rundingan. Beliau di sini untuk mencari jalan bagaimana untuk membayar wang itu.

“Apabila saya katakan saya tak boleh terima wang tunai, beliau terus menulis ceknya sendiri. Beliau telah menandatangani cek untuk alasan yang mudah bahawa beliau terpaksa ambil wang tunai dari Hadi untuk dimasukkan ke dalam akaunnya,” Americk dilaporkan sebagai berkata.

Menurut Americk lagi, cadangan pertama yang dibuat PAS adalah untuk membayar secara tunai.

“Reaksi saya mengenainya adalah, ‘Saya tak boleh dilihat meletakkan wang sebanyak itu dalam akaun anak guam saya kerana ia akan mencetuskan banyak amaran mengenai (undang-undang) pengubahan wang haram.

“Jadi saya katakan, “Tidak, saya tak terima wang tunai. Maaf. Jadi terdapat tawaran tunai pada mulanya.

“Bila saya menolak untuk menerima wang tunai, ketika itulah pengantara terus menulis pada cek peribadinya,” Americk dilaporkan sebagai berkata.

Clare kemudiannya mengarahkan Americk untuk memindahkan wang berkenaan ke dalam akaunnya di London.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di London pada 2017, melibatkan dakwaan Abdul Hadi dan pemimpin PAS lain menerima RM90 juta untuk menyokong Umno dan BN pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Penyelesaian itu dibuat tanpa sebarang perintah kos pada 1 Februari.

Susulan dakwaan oleh PAS bahawa tiada bayaran dibuat, Clare memuat naik artikel dalam Sarawak Report, bersama gambar cek Bank Islam, mendakwa beliau dibayar sebanyak RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian bagi membolehkan Hadi menarik balik kes dengan perjanjian kedua-dua pihak perlu merahsiakan mengenai bayaran itu.

Tak tahu bagaimana rundingan berlaku

Sementara itu Americk berkata beliau tidak tahu bagaimana rundingan tersebut berlaku.

“Saya tidak tahu. Saya tak tanya soalan itu. Saya tidak tahu tentang rundingan sebelum itu. Saya hanya diarahkan untuk menerima wang, masukan dalam akaun anak guam saya dan hantar wang itu kepada Clare di London.

“Saya dilantik untuk itu. Namun terdapat rundingan dalam beberapa ketika,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Katanya lagi, anak guamnya memaklumkan pelanggaran kerahsiaan urusan pembayaran itu dicetuskan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan terlebih dahulu.

“Menurut anak guam saya, pelanggaran kerahsiaan keseluruhan perkara ini dicetuskan oleh Takiyuddin.

“Dan beliau (Takiyuddin) muncul dan mengatakan bahawa mempunyai bukti dokumen tiada wang dibayar, yang mana ia benar-benar salah, saya fikir ia adalah apa yang mencetuskannya. Anak guam saya merasakan dirinya tidak lagi terikat kerana Takiyuddin berbohong,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Americk berkata demikian merujuk tindakan Takiyuddin yang menafikan pembayaran dibuat oleh PAS kepada Clare.

Americk juga kesal apabila individu itu dinamakan dalam pertikaian politik selepas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendedahkan perkara itu.

“Adalah sangat malang bahawa identiti perantara telah didedahkan oleh Rafizi kerana dalam semua urusan saya dengannya, saya berada di bawah tanggapan bahawa dia seorang lelaki yang budiman - dalam erti kata lain tugas utamanya di sini adalah untuk menyelesaikan masalah antara kedua-dua pihak.

“Jadi, malanglah namanya didedahkan tetapi tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan mengenainya kerana kita tidak mendedahkannya, jadi itulah isu asas di sini. Sukar untuk saya membuat komen kerana ia bukan niat saya untuk mendedahkan siapa letakkan kesepakatan ini bersama-sama,” katanya.

Bagaimana PH hadapi strategi kerjasama BN-PAS

Zin Mahmud
Keputusan pilihan raya kecil DUN Semenyih adalah bersejarah kerana inilah pertama kali Barisan Nasional dapat mengambil kembali kawasannya yang terlepas pada pilihan raya umum ke-14.

Dari sudut Pakatan Harapan, ia adalah bersejarah negatif kerana inilah pertama kali ia kehilangan kawasan pilihan raya yang dimenanginya sejak PRU14.

Kalau di Cameron Highlands, BN hanya mempertahankan kawasannya. Begitu juga bagi PH yang mempertahankan kawasannya di Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong dan Port Dickson.

Terdapat banyak faktor bagaimana BN menang, tetapi ada 3 faktor besar menjadi penyumbang kepada kemenangan itu.

Tiga faktor itu ialah kerjasama Umno dan PAS, sentimen perkauman-keagamaan dan kekecewaan terhadap prestasi kerajaan PH. Fokus perbincangan di sini ialah kerjasama Umno dan PAS.

Kerjasama Umno dan PAS merupakan strategi politik kedua parti itu sejak selepas PRU12 pada 2008 apabila BN kehilangan majoriti 2/3 dan 5 negeri.

Umum maklum terdapat percubaan menubuhkan kerajaan Umno-PAS sebaik sahaja BN kalah di Perak dan Selangor dalam PRU12.

Percubaan itu berlaku walaupun PAS memperoleh kerusi melalui kerjasama parti itu dengan PKR dan DAP. Ternyata percubaan itu gagal kerana di dalam PAS terdapat golongan yang menolak sebarang kerjasama dengan Umno.

Maka dari situ, kalau dilihat daripada liputan media bahasa Melayu milik Umno, parti itu berusaha menyingkirkan golongan itu daripada PAS. Tiadanya golongan itu dalam kepimpinan akan membolehkan usaha diwujudkan kerjasama antara Umno dan PAS.

Peluang itu terbuka selepas PRU13 apabila Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan pemimpin PAS paling kuat menentang Umno meninggal dunia.

Beliau digantikan dengan Haron Din yang menyokong kerjasama ini. Ia dimulakan dengan pertelagahan PAS dan DAP, pembubaran Pakatan Rakyat dan akhirnya golongan yang menolak kerjasama dengan Umno itu disingkirkan. Tanpa golongan itu, PAS bebas bekerjasama dengan Umno.

Maka kerjasama Umno dan PAS itu membuahkan strategi memecahkan undi pembangkang dalam PRU14. Melihat betapa banyak kawasan yang ditandingi PAS dalam PRU itu dengan menyedari ia tidak akan memenanginya, maka jelas ia bertujuan untuk memecahkan undi pembangkang dan membawa kemenangan pada BN di peringkat nasional.

PAS pula menerima habuan di tepat sasarannya, iaitu Pantai Timur, dengan menyedari ia tidak akan menang di peringkat nasional.

Bayangkan bagaimana rakyat mengundi PAS tetapi pemimpinnya tahu ia sebenarnya akan menghasilkan kemenangan BN. Maknanya PAS menerima BN untuk terus berkuasa di peringkat persekutuan dengan memberi ruang tertentu pada PAS. Ini adalah kerjasama Umno-PAS dalam PRU14.

Tetapi strategi ini “backfire” pada BN walaupun ia menguntungkan PAS di Pantai Timur. Sementara di Kedah dan Perak, ia menjadi tergantung.

Akhirnya dengan sedikit lompatan, Perak dan Kedah berada di bawah PH. Maknanya banyak tempat BN kalah kerana adanya PAS turut bertanding.

Andai kata PAS tidak bertanding, undi orang Melayu yang menolak PH mungkin pergi ke BN. Maka BN boleh menang.

Perkara seumpama ini juga berlaku di kawasan DUN Semenyih pada PRU14. PAS turut bertanding dan memecah undi orang Melayu yang menentang PH.

Jadi selepas PRU14, BN mengubah strategi dengan cara “1 lawan 1” melalui kerjasama dengan PAS. Untuk ini, kerjasama Umno dan PAS tidak perlu dilakukan secara bersembunyi. Mereka dengan terang-terang menampilkan kerjasama itu supaya pengundi masing-masing sedar dan faham mengenai kerjasama itu.

Kejayaan strategi ini memerlukan kesatuan fahaman politik. Maka mereka menjadikan soal Melayu-Islam sebagai teras perjuangan. Serentak itu DAP sebagai parti bukan Melayu-Islam dijadikan musuh mereka. Umno bukan lagi musuh PAS. PAS pula bukan musuh Umno.

Strategi inilah yang dilakukan dalam semua PRK selepas PRU14 dari Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong, Port Dickson, Cameron Highlands hinggalah Semenyih. Bukan sahaja BN dan PAS mengetahui strategi ini, pihak PH juga menyedarinya.

Walaupun BN tidak menang di Sungai Kandis dan Seri Setia, undi yang diperoleh di peti-peti undi tertentu menunjukkan kerjasama Umno dan PAS berkesan.

Maknanya di tempat tertentu di mana terdapat undi untuk BN dan PAS adalah besar, dengan ditambah faktor lain, maka PH boleh kehilangan kerusi melalui PRK akan datang, dan juga PRU15.

BN dan PAS tidak berjaya dalam PRK 2018 kerana pilihan raya itu berlaku di kawasan kubu PH Selangor dengan jangka waktunya yang belum lama daripada PRU14. Ini bermakna faktor lain seperti ketajaman sentimen perkauman dan kekecewaan terhadap prestasi kerajaan PH belum timbul.

Malah selepas PRK Sungai Kandis, ada aktivis PH yang menilai kawasan di mana kerjasama Umno-PAS dengan srategi “1 lawan 1” boleh mengalahkan bukan sahaja calon PH tetapi juga menjatuhkan kerajaan negeri dan persekutuan.

Maknanya untuk menghadapi keadaan ini, PH kena raih lebih banyak undi untuk menenggelamkan perolehan kerjasama Umno-PAS.

Sebab itu, untuk meraih banyak sokongan bagi mengatasi kerjasama Umno-PAS, PH tidak boleh “sombong” dengan pihak yang berpotensi boleh menjadi penyokongnya. Maksudnya di sini, bukan sahaja PH wajar menarik juga sokongan daripada individu orang Umno dan PAS tetapi semua pihak yang menentang Umno-PAS.

Dari segi pilihan raya, bertandingan wajar “1 lawan 1” dengan semua pihak yang menentang BN-PAS perlu berada di pihak PH.

Sebagai contoh, di Semenyih, sepatutnya PSM dan calon bebas, “Uncle Kentang”, wajar semuanya bersama PH, dan bukan memecah undi pihak penentang BN-PAS.

Makluman umum adalah sokongan daripada pengundi bukan Melayu berada di pihak PH. Tetapi dalam PRK Semenyih, sebahagian daripada mereka, Cina dan India memberi undi pada PSM dan calon Bebas.

Walaupun PSM dan bebas memperoleh hanya sedikit undi, dalam keadaan persaingan sengit dengan majoriti tipis, PH tidak boleh mensia-siakan walaupun 1 undi.

Tetapi PH tetap perlu berusaha untuk menarik kembali pengundi yang menyokong mereka semasa PRU14 lalu. Banyak hati pengundi PH yang sudah terluka sejak 10 bulan lalu.

Daripada insiden kecil bersifat peribadi hinggalah sebesar-besar isu berkaitan Melayu dan Islam.

Prospek alternatif kepada PH ialah kerajaan BN-PAS. Jika BN dan PAS meneruskan budaya politik yang sampai kemuncaknya sebelum PRU14, maka bukan hanya harapan Malaysia Baharu musnah tetapi segala usaha untuk menuntut perubahan pada negara yang urus tadbirnya baik, tanpa rasuah dan keluhuran undang-undang menjadi sia-sia.

Tetapi asal usul kerjasama Umno dan PAS ialah gagasan ini sentiasa ada dalam pemikiran pemimpin kedua parti sejak penubuhan parti Islamis itu pada 1951.

Dalam pada itu, akan sentiasa ada golongan dalam kedua-dua parti itu, yang menolak kerjasama, apatah lagi gabungan.

Umumnya, pemikiran politiknya adalah begini: Umno dan PAS mempunyai fahaman politik yang bertentangan daripada sudut pandangan agama.

Oleh itu, ia tidak akan dapat bergabung. Namun begitu, ia boleh bekerjasama. PAS tidak akan dapat mengatasi Umno dalam politik negara.

Kalau ia mahu berkuasa di peringkat nasional, ia mesti bekerjasama dengan Umno, atau pecahannya.

Oleh itu, PAS tidak semestinya bekerjasama dengan Umno.

Ia boleh sahaja bekerjasama dengan parti pecahan Umno, iaitu PPBM dan PKR.

AMANAH sedia hadapi gabungan ‘No-Pas’

SITI NUR ZAWANI MISCON
Parti Amanah Negara (AMANAH) menyeru seluruh pemimpin dan ahli bersedia menghadapi serangan isu agama dan kaum ke arah penguasaan majoriti umat Islam dan rakyat Malaysia pada masa akan datang.

Presidennya Mohamad Sabu berkata isu gabungan Umno dan Pas atau ‘No-Pas’ yang sebelum ini bermula dalam gelap kini sudah semakin menjadi realiti.

Katanya hubungan kedua-dua parti ini semakin intim ke arah pembentukan sebuah gabungan politik berikutan kerjasama mereka di Pilihan Raya Kecil (PRK)di Semenyih.

“AMANAH hendaklah mengakui hakikat untuk membuat pendekatan dan strategi baru bagi menguasai pemikiran rakyat khususnya orang Melayu Islam di negara ini.

“Pendekatan Islam Rahmat Untuk Semua atau Rahmatan Lil Alamin perlu lebih menonjol untuk diterjemahkan dengan mengambil kira kewujudan pelbagai kaum dan agama di Malaysia,”katanya melalui entri di Facebooknya hari ini.

Beliau juga berkata AMANAH akan terus berusaha menghadapi politik order baru ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang.

Penyakit lupa Subky makin ketara?

Wfauzdin NS

Saya terbaca ulasan veteran PAS Subky Latif seperti yang dipetik melalui Malaysiakini. Dia menasihatkan Presiden PKR Anwar Ibrahim agar berwuduk apabila merasa marah. Beliau mengulangi bahawa PAS memang tidak pernah setuju Anwar jadi perdana menteri (PM), maka presidennya Abdul Hadi Awang sanggup menyokong agar Dr Mahathir Mohamad menjadi PM sehingga tamat penggal ini.

Tentang PAS tidak pernah menyokong Anwar menjadi PM itu saya rasa Subky sudah terlalu tua dan penyakit lupanya semakin ketara. Dia terlupa sewaktu PAS dipimpin Almarhum Ustaz Fadzil Noor, parti itu pernah berkempen dan mengisytiharkan Anwar sebagai calon PM jika pembangkang ketika itu menjadi kerajaan. Ini diakui sendiri oleh Mohamad Sabu dan ramai pemimpin PAS lain. Masakan Subky terlupa kerana waktu itu dia amat aktif di pentas PAS.

Almarhum Tok Guru Nik Aziz juga sering menyebut tentang kehebatan Anwar dan menyokongnya sebagai PM. PAS mula tidak menerima Anwar setelah kematiannya. Pas hanya mahu menumpang tuah dan kehebatan Anwar bagi keuntungan partinya semata-mata. Daripada parti yang sentiasa hilang deposit dalam pilihan raya, PAS menjadi parti kuat dan dapat memerintah Terengganu, Kedah, Perak dan mengekalkan Kelantan hasil apabila reformasi yang dibawa Anwar.

Pemimpin PAS dapat merasa kemewahan menjadi wakil rakyat dan exco, bahkan menjadi pengerusi dan ahli lembaga pengarah di beberapa syarikat berkaitan kerajaan di Selangor kerana berkat perjuangan reformasi yang dibawa Anwar.

Setelah pemergian Almarhum Tok Guru Nik Aziz, PAS bukan sahaja menolak Anwar bahkan memusuhi rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP. Akhirnya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana sudah mula tertarik dengan Umno.

Subky Latif kenal Anwar begitu lama iaitu daripada usia muda sampailah sekarang dengan penyakit lupanya. Pernah dia lihat Anwar menghentam PAS seperti sekarang?

Sewaktu Anwar dalam Umno dulu pun dia tidak bertindak seperti sekarang. Sewaktu memimpin Pakatan Rakyat, Anwar langsung tidak mengusik PAS walaupun kerap kali pemimpin PAS mengatanya. Apabila PAS merampas kerusi PKR atas alasan calon PKR terlibat dengan fahaman Komunis dan edar pil kuda, Anwar diam dan membiarkan tuduhan tersebut meskipun sampai sekarang Hadi gagal mengemukakan bukti atas fitnahnya itu.

Hadi pernah memperlekeh isteri Anwar, Wan Azizah Wan ismail yang ketika itu presiden PKR - setaraf dengan jawatan Hadi. Ia ketika Hadi membantah Wan Azizah menjadi menteri besar Selangor atas alasan dia tidak layak. Ada Anwar membalasnya?

Bukankah pada PRU ke-13 dulu, Hadi rela mengangkat Tengku Razaleigh Hamzah untuk menjadi PM jika Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya? Masuk akalkah? Pakatan Rakyat bertungkus lumus melawan Umno, apabila menang menjadi kerajaan mahu angkat pemimpin Umno sebagai PM pula. Gila sungguh.

Sejak bila Anwar mula hilang sabar dengan PAS terutamanya dengan Hadi? Ia bermula apabila Hadi bertemu Mahathir dan menyatakan sokongannya atas alasan ada pihak di dalam Pakatan Harapan (PH) mahu menjatuhkan Mahathir melalui undi tidak percaya. Anwar semakin terpaksa mempertahankan diri apabila PAS terang-terangan menyatakan Anwar adalah dalang untuk menjatuhkan Mahathir

Sudah tentu dan wajar Anwar berasa marah kerana fitnah terhadapnya semakin melampau. Bukan mudah Anwar untuk berbaik dengan Mahthir, tetapi masing-masing bersatu kembali untuk negara. Sepatutnya Hadi sebagai ulama menjadi orang paling gembira apabila dua insan yang berpuluh tahun berseteru kini berbaik semula. Bukankah Islam menyuruh kita agar mendamaikan dua pihak yang berselisih?

Malangnya Hadi tidak bersikap seperti seorang ulama. Dia risau jika Anwar dan Mahathir bertambah baik, PH akan menjadi lebih kuat. PAS risau jikaAnwar diangkat menjadi PM, maka Umno dan Pas akan perlahan-lahan masuk kubur sendiri. Mereka tahu kelebihan Anwar sewaktu dia berada dalam Umno lagi. Pas yang awalnya agak berpengaruh tetapi merudum setelah Anwar menyertai Umno. Banyak program dan dasar kerajaan berbentuk Islamik telah dijayakan oleh Anwar ketika itu. PAS boleh bayangkan jika Anwar menjadi PM, sudah pasti parti itu akan menjadi sejadah buruk.

Ada sebab mengapa Anwar lawan PAS sekarang. Selain fitnah Pas terhadapnya, Anwar ingin membetulkan penipuan Hadi kepada para penyokongnya berkaitan wang RM1.4 juta yang dikatakan dibayar untuk menyelesaikan kes saman terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown. Sehingga kini Hadi gagal menjawab tuduhan dan cabaran Anwar. Hanya pengampu-pengampunya saja yang berkokok mepertahankan presiden mereka.

Akhirnya mereka menuduh Anwar terlibat menguruskan pembayaran tersebut melalui seseorang yang dikatakan kawan baiknya. Fitnah ini bukan sahaja jahat tetapi menunjukkan kebodohan. Apa perlunya Anwar membayar wang sebanyak itu hanya untuk selesaikan masalah Hadi?

Cukup-cukuplah Subky mencium 'kentut' Hadi. Anda orang lama dalam PAS dan tidak patut diperbodohkan semudah itu oleh Hadi. Anda yang selalu mencium 'kentut' Hadi, sepatutnya anda menasihati Hadi agar mengambil wuduk semula kerana 'kentut' itu membatalkan wudhuk.

Semenyih isyarat rajuk, jauh hati pengundi Melayu?

ARIF ATAN
Pengundi Semenyih sudah pun bersuara semalam. Pakatan Harapan (PH) gagal mempertahankan kerusi N.24 apabila calonnya, Muhammad Aiman Zainali mendapat 17,866 undi berbanding calon BN, Zakaria Hanafi dengan meraih 19,780 undi.

Majoriti sebanyak 1,914 undi itu boleh dilihat sebagai isyarat tidak puas hati rakyat terutama pengundi Melayu yang mewakili 68 peratus daripada keseluruhan 54,503 pemilih berdaftar di Dun tersebut.

Lihat sahaja pusat daerah mengundi (PDM) dengan 17 daripada 21 PDM terdiri daripada majoriti pengundi Melayu. Itu belum lagi trend pengundi muda yang mulai beralih sokongan kepada BN.

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) keenam selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) itu juga selari dengan analisis Ilham Centre yang bertemu dengan 378 responden pada 26 hingga 28 Februari dengan menekankan kesukaran PH untuk memikat pengundi Melayu.

Isu nasional yang lebih dominan termasuk 61.4 peratus daripada pengundi Semenyih tidak teruja dengan pengumuman cadangan Kerajaan PH untuk menggantikan tol di empat lebuh raya dengan caj kesesakan serta pemberian tol percuma antara jam 11 malam hingga 5 pagi.

Sebanyak 74.6 peratus responden pula berpendapat kerajaan PH gagal menunaikan janji manifesto; dan 58.7 peratus pula menganggap kerajaan PH gagal membela Melayu-Muslim sejak mengambil alih kerajaan Persekutuan.

Pola pengundi Melayu yang seakan-akan kecil hati dengan kerajaan PH juga telah dicerap dalam empat kali tinjauan Malaysia Dateline di sekitar Dun Semenyih bermula 10 Februari iaitu enam hari sebelum penamaan calon diikuti pada 20, 23 dan 27 Februari lalu.

Di Beranang pada 10 Februari lalu, beberapa pengundi ditemui memberitahu sudah merajuk hati bahkan serik untuk mengundi PH lagi.

Malaysia Dateline ketika itu membuat liputan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berbasikal sejauh 25 kilometer bermula dari Ecohill Park sambil singgah ziarah di beberapa rumah asnaf di lima buah kampung.

Perkampungan tradisi itu melibatkan Kampung Rinching Tengah, Kampung Sesapan Kelubi, Kampung Jalan Enam Kaki, Kampung Sesapan Batu Minangkabau dan Kampung Sesapan Batu Rembau.

Sambil melihat Syed Saddiq beramah mesra dengan asnaf, saya mendekati waris keluarga tersebut bertanyakan peluang PH untuk menang.

Agak mengejutkan, walaupun seorang menteri PH sedang memberi sumbangan termasuk sekampit beras kepada orang tua mereka, empat waris terbabit memberi reaksi yang dingin tanpa teruja menyatakan sokongan kepada PH.

Seorang daripadanya sekadar tersengih manakala seorang lagi sekadar menjawab ringkas “payah dah”. Dua lagi mempersoal di mana janji PH untuk mengurangkan kos sara hidup dan menghapuskan bayaran tol.

Mereka mengaku faham kekangan untuk berbuat demikian dalam tempoh singkat tetapi menyoal “takkan (bayaran tol) tak boleh kurang?”

Bukan sedikit pengundi menganggap pemimpin Melayu PH tidak berani menolak tuntutan bermotifkan perkauman daripada pemimpin DAP tertentu.

Jaga Melayu!

“Buek (Buat) macam rumah sendiri,” pelawa seorang pemilik kedai makan di Jalan Besar, Pekan Batu 26 Beranang bersebelahan pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Beranang pada 10 Februari lalu.

Melihatkan keramahannya melayani saya dan jurugambar Malaysia Dateline, Wan Zahari Wan Salleh sejurus selesai membuat liputan program Syed Saddiq dalam cuaca panas terik ketika itu, beliau juga saya tanyakan tentang ‘demam’ PRK.

“Apo yang penting – Melayu! (Beberapa kali ayat itu diulang). Yang tidak jaga bangsa kita, jangan harap orang Semonyih (Semenyih) undi,” jawabnya dengan nada sedikit perlahan tetapi tegas sambil merapati saya ketika ditanya parti mana akan menang.

Reaksi spontannya itu sekali gus memberi gambaran kepada pilihannya nanti di peti undi yang merupakan antara lebih 37,000 pengundi Melayu di Dun Semenyih.

Tanggapan kerajaan PH gagal membela Melayu-Muslim sejak mendapat mandat ke Putrajaya pada 9 Mei tahun lalu seperti dicerminkan melalui angka 58.7 peratus responden yang ditemui Ilham Centre itulah telah diterjemah di kertas undi pada PRK N.24 semalam.

Berkemungkinan besar kemarahan pengundi Melayu ekoran rusuhan ganas di kuil di Subang Jaya, Selangor yang membawa hilangnya nyawa seorang anggota bomba tetapi disambut beberapa pemimpin India PH dengan mengadakan sidang media menyalahkan polis selain mengaitkan dengan Islam dilihat turut diterjemah ke kertas undi di Semenyih.

Pada masa sama, desakan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dari DAP dan produk Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) sebelum ini dalam menuntut Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diiktiraf selain peruntukan RM12 juta kepada SMPC serta pemberian cek berjumlah RM1.2 juta kepada New Era University College (NEUC) di Kajang mungkin turut menebalkan rasa tidak puas hati pengundi Melayu termasuk kelas menengah.

PDM seperti di Kantan Permai dan Bukit Mahkota yang merupakan antara kawasan majoriti kelas elit Melayu, menyaksikan peralihan kira-kira lapan peratus kepada BN berbanding lebih separuh undi dimenangi PH pada PRU-14 lalu.

Bibit-bibit kekalahan PH kemudiannya kuat dirasakan ketika saya dan jurugambar, Syafiq Iskandar pada 23 Februari membuat tinjauan sentimen pengundi sambil mendaki Bukit Broga yang ikonik dengan Semenyih itu.

Hanya seorang penjawat awam di Putrajaya bernada lunak kepada kerajaan PH manakala dua lagi mengkritik. Mereka terdiri daripada seorang anggota dari Kem Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih dan nada lebih keras daripada seorang bekas jurutera forensik.


Ramai pengundi Melayu di Semenyih yang ditemui dekat Bukit Broga persoal kerajaan PH dari segi kepentingan Melayu Islam dan menangani kos sara hidup.

Lebih mengejutkan apabila pengundi awal dari PGA itu memberitahu kira-kira 90 peratus penduduk Semenyih yang menjadi ahli dalam kumpulan tertutup Facebook, “Kami Penduduk Semenyih” dengan disertai hampir 55,000 orang secara terbuka menyatakan rasa tidak puas hati dengan prestasi PH dalam menunaikan janji pilihan raya lalu.

Sambil menuruni Bukit Broga juga, kami dapat melihat seorang pengunjung selamba memberikan anaknya memegang bendera kecil BN. Tentunya seorang penyokong atau pengundi PH tidak membenarkan keadaan itu berlaku!

Hanya sepasang pengundi Cina warga emas terang-terang menyokong PH dan pada masa sama menganggap bantuan kewangan kerajaan hanya melemahkan rakyat terutamanya Melayu.

Beberapa tindakan PH sepanjang kempen berlangsung juga dilihat menimbulkan pertikaian warganet sepanjang kempen PRK N.24 lalu. Antaranya, sumbangan bubur lambuk di Masjid Raja Muda Musa, Semenyih selepas solat Jumaat sehari sebelum hari membuang undi.

Gambar Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan jentera pilihan raya PH mengedarkan pek bubur lambuk tertera pelekat PH itu tersebar di media sosial sekali gus dilihat langkah terdesak PH memujuk segmen pengundi Melayu yang sudah berjauh hati.

Kemana lagi Pas hendak lari? - MSO

Kemana lagi Pas hendak lari?
CATATAN SORE
"Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." al-Isra'" 81.
OH.. berlinang mata saya mengenang nasib parti gemula chek (Pas) dengan apa yang berlaku kini. Sungguh tegal mereka yang melakukannya, itulah detapan nastapa di sanubari. Bohonglah kalau hati tidak sedih dengan apa yang berlaku dan menimpa Pas sekarang ini, sebab parti itu dicintai saya sejak dari kecil lagi.

Apakah balanya. Nasib malang satu demi satu menimpa Pas, bukan kerana lawan tetapi kerana ulah pemimpinnya sendiri. Harapkan pagar pagar memakan padi. Teringat sebuah kata-kata jika sesuatu itu diserahkan kepada bukan ahli, maka tunggulah kemusnahannya. Apakah kejadian ini menjadi tanda-tanda pertengahan dan akhir akan kemusnahan parti agama itu lebih besar lagi? Begitukah. Nauzubillahiminazalik.

Hari ini, pecah satu lagi kebusukan Pas. Kekohongan yang dahsyat yang berladum dalam Pas. Gara-gara itu Pas kini menjadi sebagai sebuah lembah yang digenangi air hanyir disebabkan ulah pemimpinnya dan bakal melemaskan ahli dan penyokongnya.

Degil dan babil.
Semuanya bermula daripada sikap degil dan babil pemimpin Pas untuk tidak akur kepada kebenaran dan mahu bermain dengan pembohongan dan penipuan. Semuanya gara-gara kerana Pas mulai tunduk dan berajakan nafsu amarah.

Hairan bin ajaib saya, kenapa jadi sedemikian huduh perangai pemimpin Pas. Kenapa mereka tergamak melakukan demikian. Syaitan jenis apakah yang merasuk ke dalam diri mereka? Di manakah ayat-ayat Quran dan Hadith yang mereka baca selama ini sebagai benteng kekuatan iman mereka. Di mana? Atau sudah robohkan pagar-pagar imam?

Sebenarnya yang berlaku hari ini hanya isu kecil sahaja tetapi membawa impak yang besar disebabkan ketidakbijaksanaan pemimpin menguruskan politik Pas. Ia bermula daripada Pas tidak mahu mengaku dengan apa yang berlaku dan terus mahu kekal berdolak dalik tentang sesuatu perkara yang orang sudah dapat membacanya. Saya turunkan kronologi yang membusuk dan memalukan Parti Islam seMalaysia itu yang kini ia berada dalam damage yang sangat buruk.

1. Pas tidak mahu mengaku bahawa tindakan menyaman Sarawak Report sebagai tindakan yang tidak bijak yang menyerlahkan kebodohan. Nasihat dan pandangan orang ramai tidak dihiraukan. Saya terjemahkan tindakan ini kerana pemimpin Pas khasnya presidennya diperangkap.

2. Apabila ia menarik balik saman itu, Pas tidak mahu mengaku yang penarikan balik saman ke atas Sarawak Report itu sebagai satu langkah terdesak untuk melindungi rahsia lebih besar daripada terbongkar.

3. Apabila penarikan balik itu dibuat ada pertimbangan kewangan, Pas tidak mahu mengakui yang sejumlah wang dibayarkan kepada Clare Rewcastle-Brown atas persetujuan penarikan balik tanpa tuntutan balas itu walaupun rahsia itu sudah terdedah dan berbau ke seantero dunia.

4. Dan apabila Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa berlaku bayaran kepada Clare Rewcastle Brown sebanyak RM1.422 juta, Pas masih terus berdengil untuk tidak mengaku kenyataan itu. Beberapa pemimpin Pas termasuk yang pandai buat air jampi, menuduh Anwar menipu dan memfitnah serta berniat jahat kepada Pas.

5. Ketua Penerangan Pas, Nasharuddin Hassan pula konon membuat kajian mengesahkan akaun atau cek bayaran kepada Clare itu sebagai palsu, dan ia ditularkan sebagai untuk memburukkan Pas. Bagaimana pun dakwaan Nasaruddin Hassan itu disanggah oleh Rafizi Ramli yang membuat penyelidikan didapati akaun dan cek itu benar. Dan nama disebut oleh Rafizi sebagai empunya cek itu semua orang kenal.

Tiada reaksi.
Sehingga catatan ini dibuat belum ada reaksi daripada mana-mana pemimpin parti agama itu terhadap pendedahan dibuat oleh Rafizi itu. Sekiranya Pas masih lagi berkeras menafikan dengan mengatakan cek bayaran itu palsu, entahlah saya tidak tahu apa yang hendak dibilang kepada Pas lagi. Cuma saya teringat "bari" - cerita gemula chek 60 tahun lalu mengenai kisah bagaimana kedegilan seseorang.

Ceritanya begini, ada dua orang sahabat, salah seorangnya mahu menang sendiri, dan suka berasakan dirinya pandai. Satu hari mereka berjumpa dengan seekor haiwan berkaki empat. Si kawan yang degil itu mengatakan dia kenal dengan haiwan itu sebagai burung walhal ia kambing. Kawannya bantah kerana setahunya burung berkaki dua dan ada kepak.

"Tidak, ini bukan burung, ini kambing" katanya menyanggah dakwaan kawannya itu.
"Burung," kata kawannya itu tidak mahu mengalah.
"Setahu aku burung berkaki dua, ini kaki empat, dan burung boleh terbang," kata kawan itu lagi.
"Burung, bukan kambing...," tekan si kawan yang degil itu.

Lalu untuk menentukan apakah burung atau kambing, mereka cuba menggerakkan binatang itu. Ternyata binatang itu hanya mampu berjalan dan berlari. Ia tidak boleh terbang.

"Tengok, ia berlari, itu kambing," kata kawan itu menyakinkan telahannya benar. Namun kawan yang degil itu tetap tidak mahu menerima hakikat itu dengan berkata; "burung, percayalah sebab dia akan terbang sekejap lagi."

Nah, apa yang dialami oleh orang Pas hari ini samalah dengan kawan yang degil itu. Walaupun sudah dikemukakan bukti dan dalil-dalil atas apa yang berlaku namun ia tetap tidak percaya dan cuba menegakkan benang basah. Jenis apa yang boleh digolongkan orang sebegini kalau bukan jenis masuk air. Maaf kasar sedikit.

Dari kronologi yang diberikan itu menunjukkan bagaimana Pas tidak mahu mengakui kebenaran dan cuba mempertahankan diri dengan kepalsuan. Ia menghairankan bagaimana sebuah parti agama, beraqidah Islam, bertuhan Allah dan berasulkan Muhammad s.a.w. boleh bersikap demikian, sedegil orang Yahudi yang tidak mahu menerima setengah para Nabi-nabinya.

Kenapa Pas tidak mahu mengaku dan terus berdolak dalik. Di sinilah saya kata bahawa Pas kini tidak mempunyai pemimpin yang cerdik dalam politik, yang mempunyai daya akal yang jauh dan mendalam. Bukan itu sahaja Pas memanipulasikan nama Islam untuk melakukan kerja-kerja bukan Islamik. Moral dan akhlak pemimpin Pas serta tanggungjawab mereka kepada dasar yang menjadi prinsip Pas sudah tidak ada lagi. Sudah ke laut Cina Selatan.

Apa salah kalau Pas mengakui dengan seikhlas hati apa yang berlaku dan sudah terdedah itu. Pas tidak akan mengalami apa-apa kerugian pun. Kesalahan dan kesilapan dalam hidup adalah perkara biasa sahaja. Lagipun dalam Islam sendiri ada ruang untuk memohon ampun dan taubat. Kalau cara itu dipraktikkan orang masih hormati Pas.

Misalnya mengakui secara jujur penarikan balik saman terhadap Sarawak Report itu dibuat kerana Pas berasakan mereka akan kalah kalau saman itu diteruskan. Dan setelah ia diselesaikan di luar mahkamah, mengakui sahaja terma-terma yang dipersetujui bersama termasuk bayaran RM1.422 juta itu. Pas tidak akan menjadi malu sejauh hari ini.

Pas tidak mengalami apa-apa kerugian kalau mengambil sikap jujur dan terbuka itu. Bahkan orang akan melihat Pas sebagai parti yang jujur dan ikhlas yang mempraktikan amalan Islam sebenar. Dengan apa yang berlaku kini menyebabkan orang akan boleh membuat beberapa kesimpulan kepada Pas yang menjejaskan bahkan melenyapkan kemuliaan parti itu.

1. Orang yang sebelum ini sangsi dengan tuduhan Pas menerima wang daripada Umno, akan mulai percaya apa yang disebut Sarawak Report yang ada pemimpin Pas menerima wang daripada Umno.

2. Ahli-ahli dan penyokong Pas akan menjadi konfius dengan ulah dan perangai pemimpin parti itu kini.

3. Umno yang kini mahu berbaik dengan Pas juga akan mencurigai sikap dan telatah orang Pas, dan apa yang berlaku itu mengejutkan mereka, menjadikan Umno beranggap Pas juga sama jahat dengan mereka bahkan lebih jahat. Integriti dan kemuliaan Pas selama ini lenyap dan musnah dari minda orang Umno.

Saya tidak bercadang untuk meruskan catatan ini lebih panjang lagi kerana ia bertambah emosi kerana sebak dan sedih mengenangkan Pas. Saya hentikan di sini dahulu dengan mengulangi maksud ayat Quran yang saya masukkan di atas itu: Sesungguhnya kebatilan itu akan musnah apabila kebenaran menjelma. Inilah berlaku kepada Pas. Takziah dan salam buat seluruh ahli dan penyokong Pas. [wm.kl.4:13 pm 01/03/19]

PRK Dun Semenyih: PH hanya menang tiga PDM

ARIF ATAN
Analisis PRK Dun Semenyih

Pakatan Harapan (PH) hanya mencatatkan kemenangan di tiga daripada 23 pusat daerah mengundi (PDM) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Semenyih semalam.

PDM terbabit ialah Tarun, Semenyih Indah dan Bandar Rinching 1-4 dengan komposisi ramai pengundi bukan Melayu.

Berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), PH yang merampas kerusi tradisi BN itu dengan majoriti 8,964 undi menang 13 PDM.

PDM Tarun yang terletak di bahagian utara Semenyih jauh lebih besar daripada PDM lain tetapi mempunyai jumlah pengundi yang secara relatifnya rendah.

Semenyih Indah pula merupakan PDM kawasan pengundi Cina di Pekan Semenyih. Namun, keputusan PRK N.24 menyaksikan sebahagian kaum itu juga tidak lagi mengundi PH.

Sementara itu, sokongan pengundi India di Bandar Rinching 1-4 masih baik tetapi sokongan Melayu di PDM tersebut sangat merosot.

Bandar Rinching 1-4 merupakan PDM paling ramai kaum India yang membentuk komposisi 13.3 peratus daripada 54,503 keseluruhan pengundi di Dun Semenyih.

Kemenangan PH di PDM tersebut sekali gus menepati jangkaan Ketua Komuniti Kaum India Semenyih, Puvanendran Munusamy ketika ditemui Malaysia Dateline pada 23 Februari lalu.

Ketua PKR Cabang Hulu Langat ketika itu memberi jaminan sokongan majoriti pengundi India di N.24 Semenyih kepada PH tidak berubah dengan apa yang dicapai pada PRU-14, Mei tahun lepas.

PH kalah teruk di PDM kawasan pengundi Melayu walaupun menteri turun berkempen.

Bagaimanapun, PH kalah teruk di kawasan calon, Muhammad Aiman Zainali dan bekas Adun di Hulu Semenyih di bahagian utara N.24 itu.

Sumber memberitahu, akar umbi Bersatu sendiri menolak pencalonan Muhammad Aiman sekali gus menjejaskan gerak kerja jentera pilihan raya.

Di PDM kawasan kampung seperti Kuala Pajam yang dikuasai BN pada PRU-14 contohnya, sumber dari Bersatu mendakwa kepimpinan tempatan tidak menerima Aiman sebagai calon kerana dianggap “sangat tidak sesuai”.

Dikatakan juga beberapa PDM di kawasan kampung pada peringkat awal kempen ditinggalkan ekoran protes akar umbi terhadap pencalonan menantu kepada bekas Adun Semenyih, Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor itu.

Trend pengundian PDM kawasan luar bandar Melayu kepada BN juga dilihat ‘berjangkit’ di kawasan majoriti pengundi Melayu kelas menengah.

PDM seperti di Kantan Permai dan Bukit Mahkota contohnya menyaksikan peralihan kira-kira lapan peratus kepada BN berbanding lebih separuh undi dimenangi PH pada PRU-14 lalu.

Mengapa PH tewas di Semenyih?

Timmy Say

Pilihan raya kecil Semenyih telah melabuhkan tirai. Pakatan Harapan tewas di satu kawasan DUN yang ia sendiri adalah kerajaan negeri dan kerajaan pusat dengan majoriti 1,914 undi di tangan BN yang dikatakan sudah “meninggal dunia”.

PH menghadapi tekanan semenjak kekalahan di Cameron Highlands yang menyaksikan bekas perdana menteri, Najib Razak bangkit dengan jenama ‘MaluApaBossku’ menguasai media sosial yang selama ini dikuasai oleh PH dan menyebabkan Umno dan PAS dipaksa bertaut bersama untuk menghadapi serangan PH.

Serangan bertali arus PH terhadap Najib dan PAS yang berlarutan sehingga hari ini telah memasuki fasa keterlaluan (overkill) sebagaimana BN pernah menyerang Anwar Ibrahim satu masa dahulu semasa mereka berkuasa.

PH terlupa bagaimana taktik itu memakan diri BN sehinggakan segala tuduhan yang dilemparkan ke atas batang tubuh Anwar, walaupun mungkin benar, disambut dengan simpati kepada beliau dan pelbagai teori konspirasi dalam kalangan rakyat sekali gus menjadikan taktik tersebut tidak berkesan.

Ini terbukti dalam serangan PH terhadap Najib, terutamanya serangan daripada pemimpin agung DAP, Lim Kit Siang sejak PRK Cameron Highlands tidak melemaskan bekas perdana menteri itu, sebaliknya merancakkan lagi penerimaan netizens terhadap jenama ‘MaluApaBossku’ di media sosial.

PH sememangnya menyedari BN tidak mungkin menang dalam PRK DUN Semenyih tanpa undi ahli dan pendukung PAS.

Jadi tidak menghairankan apabila isu rasuah dan skandal RM90 juta yang melibatkan PAS dihidupkan semula secara bersungguh-sungguh sepanjang PRK Semenyih seolah-olah PAS bertanding di situ menentang PH.

Pada waktu yang sama, langkah SPRM memanggil pimpinan PAS untuk disoal siasat disokong dengan ledakan berita berdasarkan sumber tanpa nama bahawa aset dan akaun sebilangan pimpinan PAS telah dibekukan.

Apakah yang diharapkan daripada serangan bertali arus terhadap PAS ini? Selain mengharapkan ahli dan pendukung PAS berasa malu dan beralih arah kepada PH terutamanya Amanah, ia tidak lain tidak bukan juga bertujuan mengalihkan tumpuan pengundi daripada isu tekanan kos sara hidup yang meningkat, janji manifesto yang belum tertunai dan kelemahan yang ada pada calon PH itu sendiri.

Namun serangan terhadap PAS yang bertali-arus ini juga telah memasuki fasa keterlaluan atau “overkill”. Ini terbukti apabila ahli dan pendukung PAS tetap tidak memberikan undi kepada PH yang dianggotai Amanah, sebaliknya, ia menguatkan azam mereka untuk mengundi BN.

PH mengharapkan serangan bertali-arus terhadap hubungan PAS dengan Umno yang sering digelar sebagai “parti pencuri” akan menyebabkan kedua-dua parti saling menjauhkan diri.

Namun mereka tersilap kira.

Umno dan PAS yang pada mulanya kelihatan malu-malu untuk bertaut secara rasmi dalam 4 pilihan raya kecil sebelum Cameron Highlands, yang menyaksikan mereka tewas dengan teruk, kini mendapat petunjuk rasmi daripada rakyat daripada PRK Cameron Highlands dan Semenyih.

Keputusan kedua-dua PRK itu telah menjawab was-was dalam hati mereka bahawa gabungan itu boleh menangani PH dan amat digeruni kerajaan baru itu.

Permainan politik PH semenjak berkuasa telah mewujudkan satu vakum yang memaksa Umno dan PAS duduk bersama. PH menyerang Umno dan PAS pada waktu yang sama. Ini menyebabkan PH dilihat sebagai musuh bersama.

Umno dan PAS tiada pilihan lain selain bertaut bersama kerana inilah sahaja caranya mereka boleh bertahan daripada dilemaskan oleh serangan PH yang jelas ingin menguburkan kedua-dua parti secepat mungkin agar mereka tidak dicabar dalam pilihan raya umum ke 15 kelak.

Kini, PH telah merasai padahnya apabila Umno dan PAS bergabung tenaga di Cameron Highlands dan Semenyih. Rantau akan menjadi medan pengesahan apakah padah ini akan terus berlarutan sehingga pilihan raya umum akan datang.