"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Kes seks bawah umur di Melaka pada tahap membimbangkan

Candy Jiang

SEKILAS PANDANG: Adakah kanak-kanak di Melaka matang lebih awal berbanding mereka di negeri lain?

Itu hanyalah cara yang berlapik untuk berkata tentangnya. Hal sebenar, malangnya, adalah jelik dan jijik. Menurut laporan The Star, 11 daripada 147 kes seks yang dilaporkan di negeri itu pada 2014 melibatkan rogol berstatutori dan golongan bawah umur berusia dalam lingkungan 7 hingga 17 tahun.

Ia bermakna, ada satu perlakuan seks di kalangan golongan bawah umur berlaku hampir setiap bulan sepanjang tahun lalu.

Sementara kebanyakan kanak-kanak membesar dengan baik dan bersih, ada sebilangan yang meneroka satu sama lain dengan cara yang amat tidak sesuai, dan membawa bencana.

Misalnya kes seorang murid pra-sekolah yang didakwa memaksa kanak-kanak perempuan berusia lima tahun untuk melakukan seks oral dalam tandas sebuah tadika di Paya Rumput ketika waktu rehat, Januari tahun lalu.

Namun pada tahun ini, ia tentang bagaimana hubungan antara lelaki berusia 14 tahun dengan perempuan berusia 8 tahun yang membawa kepada perlakuan seks, apabila remaja itu memujuk kanak-kanak perempuan itu untuk melakukannya di pusat tuisyen. Hal itu akhirnya sampai ke pengetahuan ibu perempuan itu, dan laporan polis akhirnya menamatkan hubungan mereka yang sudah berjalan selama tiga bulan.

Sukar untuk saya memahami bagaimana seorang remaja 14 tahun belajar untuk meyakinkan, atau memikat, kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun. Sejauh manakah kesanggupan perempuan itu, dan adakah timbul soal paksaan dalam hubungan mereka?

Adakah pendidikan seks perlu diperkenalkan di sekolah rendah bagi menjelaskan kepada kanak-kanak, bahawa seks bukanlah hal yang boleh dicuba-cuba begitu sahaja?

Atau adakah ia terletak di bawah tanggungjawab ibubapa sepenuhnya?

Adakah ibubapa yang patut dipersalahkan ekoran bertambahnya kes kesalahan seksual di kalangan golongan bawah umur? Dari sisi perundangan, ibubapa selaku penjaga patut dipertanggungjawabkan.

Saya yakin semua ibubapa tidak mahu anak mereka terlibat dalam kegiatan seks pada usia sehijau itu. Walaupun ramai ibubapa yang bergelut antara kerjaya dan keluarga, tiada alasan untuk membenarkan anak-anak mereka mengeksploitasikan satu sama lain dengan cara itu.

Ibubapa perlu meluangkan masa untuk mendidik anak mereka tentang cara perhubungan yang betul dan isu pencabulan seksual.

Dengan penyebaran pornografi dan penekanan seksualiti dalam media massa yang disasarkan kepada kanak-kanak, amat penting untuk ibubapa menunaikan tanggungjawab mereka, bukan sahaja untuk melindungi anak daripada dicabul, tetapi untuk menjamin mereka tidak menjadi pemangsa seksual.
-antdaily-

Kenapa pihak polis membiarkan puak gilababi ini membuat kecoh dalam perhimpuna aman




Sebab pemimpin anti-GST ditahan kerana bangkitkan 'perkahwinan anak PM'

Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran mendakwa bahawa antara alasan yang diberikan oleh polis untuk mereman beberapa pemimpin berkaitan protes anti-GST semalam ialah kerana soal majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ditimbulkan di perhimpunan tersebut.

N Surendran merupakan sebahagian daripada pasukan peguam yang mewakili empat orang pemimpin semasa pendengaran permohonan reman mereka pagi ini.

"Sesetengah isu yang dibangkitkan oleh pihak polis sebagai alasan permohonan reman... adalah bahawa terdapat tuntutan di perhimpunan tersebut untuk membatalkan GST.

"Satu lagi sebab ialah tentang rasuah dibangkitkan, dan satu lagi ialah penganjur perhimpunan itu membangkitkan tentang perbelanjaan mewah di negara ini.

"Satu lagi sebab ialah semasa perhimpunan itu, penceramah membangkitkan tentang perkahwinan anak perempuan Najib (Nooryana Najwa).

"Ini adalah antara sebab-sebab individu terbabit disiasat di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan," kata Surendran kepada pemberita di luar pusat pusat tahanan polis Jinjang petang ini.

Seksyen 143 Kanun Keseksaan menjadikan suatu kesalahan untuk terlibat dalam perhimpunan haram.

Keempat-empata mereka ialah bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, setiausaha penganjur kebangsaan DAP Anthony Loke, ahli Jawatankuasa PAS Pusat Hatta Ramli, dan setiausaha agung PSM S Arutchelvan.

Kesemua mereka dibebaskan selepas polis gagal mendapatkan perintah reman.

Ambiga, Loke dan Arutchelvan ditahan lewat malam tadi dan ditahan semalaman, manakala Hatta menyerah diri pagi ini.

MP Puchong Gobind Singh Deo yang juga sebahagian daripada pasukan peguam itu berkata majistret menolak permohonan polis untuk tahanan reman selama empat hari atas alasan bahawa keempat mereka bersedia untuk bekerjasama dan telah hadir apabila dipanggil pihak polis.

Bagaimanapun, katanya, keempat mereka perlu melapor diri di ibupejabat polis daerah Dang Wangi pada pukul 4 petang untuk kenyataan mereka direkodkan.

Sementara itu, Loke dan Arutchelvan berkata polis tidak mengambil kenyataan mereka atau berbuat apa-apa, walaupun kedua-dua mereka ditahan semalaman di di pusat tahanan polis Jinjang.

"Semalam, apabila polis memanggil secara tergesa-gesa, saya kata (kepada mereka) bolehkah saya datang pagi ini. Mereka berkata, 'Tak boleh, kamu datang sekarang. Jika tidak kami datang dan tangkap kamu."
-malaysiakini-

Mahkamah London penjarakan pelajar genius dari Malaysia kerana miliki lebih 30,000 imej dan video lucah (Gambar)

Nur Fitri Azmeer Nordin
Nur Fitri Azmeer Nordin Nur Fitri Azmeer dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah kerana memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak. - Foto Facebook
SHAH ALAM: Seorang pelajar pintar Matematik dari Malaysia, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah kerana memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak.

Memetik laporan portal United Kingdom International Business Times (UKIBT), Mahkamah Southwark Crown, London menjatuhi hukuman itu pada Khamis lalu setelah, Nur Fitri disabitkan dengan 17 kesalahan memiliki, membuat dan menyebarkan gambar-gambar lucah kanak-kanak.

Rahsia Nur Fitri terbongkar setelah pihak polis Metropolitan berjaya mengesan kelakuan Nur Fitri selepas menemui satu akaun internet miliknya yang telah memuat turun beribu-ribu video dan imej lucah kanak-kanak.

Nur Fitri mula belajar di Imperial College sejak tahun lalu dan ditahan di kediamannya di Queensborough Terrace, West London.

Selepas mengetahui perlakuan Nur Fitri, polis bertindak menggeledah rumahnya pada November 2014 dan menemui komputer riba miliknya yang masih terbuka bersebelahan sebuah patung kanak-kanak.

Nur Fitri mengaku melakukan kesalahan tersebut sehingga tarikh November 2014 di mahkamah sama.

Ketika ditahan, polis mendapati Nur Fitri yang juga pemegang biasiswa Matematik memiliki 601 buah video dan imej lucah Kategori A iaitu kategori penyalahgunaan yang melibatkan aktiviti seksual kanak-kanak, serta beratus-ratus bahan lucah kategori B dan C.

“Nur Fitri terlibat dalam aktiviti memiliki dan berkongsi beberapa imej yang ‘sangat ekstrem’ yang pernah kami lihat dalam jenayah bahan lucah kanak-kanak.

“Hukuman penjara yang dijatuhi mahkamah sememangnya sukar dielak memandangkan jumlah imej dan kandungan yang dimiliki Nur Fitri berada pada tahap membimbangkan,” kata seorang Pegawai Unit Jenayah Berat Metropolitan, Sara Keane.

Nur Fitri memulakan pengajian di sebuah koleh di ibu negara dan mendapat tawaran biasiswa daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk melanjutkan pelajaran pada 2011.

Dia yang berasal dari Malim Nawar, Perak merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, dan pernah bertanding dalam Kejuaraan Olimpik Matematik di Amsterdam.

Dalam laporan UKIBT, Nur Fitri dilaporkan akan dihantar pulang ke Malaysia sebaik sahaja dibebaskan daripada hukuman penjara.
-sinarharian-

Guru mengaku bersalah mengambil gambar di dalam skirt pelajarnya

Sydney: Seorang bekas guru yang datang daripada keluarga yang terkenal dalam bidang kehakiman, semalam mengaku bersalah mengambil gambar di dalam skirt pelajarnya dan memiliki bahan lucah kanak-kanak.

Robert Arthur Emmett, 39, mengaku salah atas satu tuduhan memiliki bahan lucah kanak-kanak dan tiga tuduhan merakamkan alat sulit budak di bawah usia 16 tahun bertujuan digunakan untuk kepuasan seks.

Emmett yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak ditahan pada 7 Ogos 2013 ketika menjadi guru matematik di sebuah sekolah di bandar ini.

Pada 26 Mac 2013 dia memasuki beberapa bilik darjah dengan membawa telefon bimbit yang digunakan sebagai kamera dan diletakkan pada paras pinggangnya untuk mengambil dua rakaman video tiga gadis berusia 14 tahun.

Dia turut berborak dengan mangsa namun pada masa sama mengambil rakaman dari bawah skirt dipakai pelajar terbabit yang merakamkan gambar seluar dalam dan bahagian sulit remaja itu.
-hmetro-

Remaja 16 tahun mati dicampak dari bas yang bergerak laju selepas dicabul sekumpulan lelaki

Delhi: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mati dicampak dari bas oleh konduktornya selepas dicabul sekumpulan lelaki di atas kenderaan itu.

Ibunya yang turut diserang dan diganggu juga mengalami kecederaan dalam kejadian di Punjab itu.
“Mereka tidak henti-henti mengganggu kami dan tiada sesiapapun menghentikan bas itu.

“Akhirnya kami dicampak keluar,” kata si ibu yang dirawat di hospital.

Menurut polis, dua beranak itu menaiki bas berkenaan lewat kelmarin sebelum konduktor dan dua penumpang lain termasuk seorang tukang cuci mula mengganggu serta meraba mereka.
Remaja terbabit maut serta-merta akibat kecederaan parah di kepala.

Jurucakap polis daerah Moga, H S Pannu berkata: “Mereka kemudian ditolak sebelum akhirnya dicampak keluar dari bas yang masih bergerak laju itu.”

Sehubungan itu, pemandu serta konduktor dan dua lagi pekerja syarikat itu sudah ditahan dan didakwa atas pelbagai tuduhan termasuk membunuh, mencabul dan melakukan kesalahan terhadap golongan kasta rendah.

Syarikat bas itu dimiliki sebahagiannya oleh keluarga Ketua Menteri Punjab Parkash Singh Badal yang turut menyatakan kekesalannya atas kejadian berkenaan.

Kejadian itu yang terbaru dalam beberapa siri serangan ganas terhadap wanita di India. Pada 2012 seorang pelajar fisioterapi mati selepas dirogol beramai-ramai secara kejam dan dicampak dari bas mencetus kemarahan rakyat negara itu.
-hmetro-

Kumpulan anarkis yang suka buat kecoh setiap kali perhimpunan aman tolak menolak dengan Unit Amal PAS (Video)


Kumpulan anarkis yang berbaju hitam itu melepaskan bom asap ataupun suar walaupun dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian.

Mereka yang menutup muka kemudiannya bertekak dengan Unit Amal PAS yang cuba mengawal keadaan sebelum bertindak meninggalkan kawasan itu.

Kredit:
KiniTV

Perhimpunan Batal GST: Empat orang ini dipanggil serah diri di balai polis

FMT Reporters  
Sekiranya gagal hadir, pihak polis akan mengeluarkan arahan menangkap empat individu terlibat.
anti-gstPETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dipanggil untuk menyerah diri di Balai Polis Dang Wangi pada Jumaat malam berhubung Perhimpunan Batal GST di ibu negara.

Turut dipanggil, Setiausaha Organisasi DAP, Athony Loke dan Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa.

Sekiranya mereka gagal hadir, pihak polis akan mengeluarkan arahan menangkap empat individu terlibat.

FMT difahamkan, keempat-empat mereka dipanggil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

FMT juga difahamkan Ambiga telah pun menyerah diri akan ditahan semalaman untuk membantu siasatan. Manakala, Arul juga memaklumkan akan hadir ke balai polis seperti yang diarahkan.

Setakat malam ini, seramai 50 peserta perhimpunan itu telah ditahan untuk membantu siasatan.

Kira-kira 20,000 peserta menyertai Perhimpunan Batal GST, perhimpunan yang terbesar setakat ini sejak pelaksanaan cukai itu pada 1 April.

Jumlah itu bagaimanapun jauh tersasar daripada sasaran penganjur iaitu sejuta peserta.
-fmt-

Dongeng GST menurut sang penglipurlara; Ahmad Maslan

Maclean Patrick

Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan buat hal lagi. Kali ini menuduh peniaga-peniaga yang menaikkan harga sebagai pro-pembangkang, dan mahu memburukkan Barisan Nasional.

"Peniaga yg sokong pembangkang tidak akan turunkan harga barang & tanpa etika mereka naikkan kemarahan rakyat sbb GST adalah dasar Kjaan BN." coretnya dalam Twitter.

Wujudkah mana-mana kajian empirikal untuk menyokong tanggapan bahawa peniaga-peniaga pro-pembangkang yang menyebabkan kenaikan harga? Atau adakah peniaga-peniaga ini hanya wujud dalam fantasi ‘mamai’ seorang pelawak istana yang cuba menyelamatkan sebuah kapal yang sedang karam.

Tanggapan mudah bahawa GST adalah lebih baik daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), semuanya kerana kadar cukai yang lebih rendah adalah salah. Pada kadar 6%, GST mungkin kelihatan lebih rendah daripada SST 10%, tetapi GST adalah cukai pelbagai peringkat, yang mengenakan cukai terhadap keseluruhan rantaian bekalan sedangkan SST hanya mengenakan cukai kepada pengguna akhir.

Dengan GST, semua produk dikenakan cukai kecuali dinyatakan secara khusus, manakala SST hanya membenarkan barang-barang tertentu dicukai. Nampak perbezaannya?

GST mempunyai jangkauan yang lebih luas, yang membolehkan kerajaan untuk memperolehi lebih banyak pendapatan di semua peringkat masyarakat.

Tanggapan bahawa semua produk akan menjadi lebih murah sebanyak 4% adalah palsu, kerana ia tidak mengambil kira sifat pelbagai peringkat GST.

Import dari luar negara adalah bebas GST, tetapi apabila ianya dibawa masuk ke Malaysia dan diangkut menyeberangi sempadan kita, ia dikenakan GST. Dan apabila barang-barang ini bertukar tangan, GST dikenakan pada setiap pertukaran. Dan akhirnya pengguna perlu membayar 6% akhir yang dikira selepas mengambil kira semua kos overhed.

Bolehkah Ahmad Maslan meyakinkan kita bahawa ada pengurangan kos secara sengaja di seluruh rantaian bekalan, supaya harga akhir produk dikurangkan sebanyak 4% apabila ia tiba di tangan pengguna?

Adakah peniaga-peniaga, secara beretika, membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan dengan kerugian dengan cara tidak mengambil keuntungan, apabila produk bertukar tangan sepanjang rantaian bekalan?

Ahmad Maslan sedang cuba menjelaskan sistem cukai tanpa mengambil kira sebab mudah orang ramai berniaga – untuk membuat keuntungan. Di setiap peringkat rantaian bekalan, keuntungan perlu dibuat. Jika tidak, ramai orang akan bungkus.

Rantaian bekalan yang kompleks sememangnya akan mendorong harga yang lebih tinggi, contohnya industri pembinaan. Rantaian bekalan yang datang bersama-sama untuk membina sebuah rumah akan dikenakan cukai GST di setiap peringkat. Dan walaupun rumah itu sendiri mungkin tidak akan dikenakan cukai, kenaikan kos pembuatan akan menyebabkan harga jualan akhir rumah itu melambung tinggi.

Sifat berulang GST itu sendiri akan menidakkan ‘dongeng’ diskaun 4%, yang telah Ahmad Maslan isytiharkan dengan bangganya.

Jadi adakah betul bahawa peniaga-peniaga pro-pembangkang yang menyebabkan harga kekal tinggi?

Sifat sistem GST itu sendiri menaikkan harga. Dan peniaga-peniaga yang membekalkan pengguna akhir berada di penghujung sebuah rantaian bekalan yang terpaksa membayar cukai 6% dan masih harus membuat keuntungan. Akhirnya kos menjalankan perniagaan – overhed dan cukai – dialihkan kepada pengguna.

Di penghujungnya, bolehkah sesiapa yang waras menyatakan bahawa GST itu baik untuk negara? Sebuah negara yang mempunyai pelbagai masalah dengan ekonomi yang merudum, upah yang rendah dan menteri-menteri yang keliru terus menghina kepintaran rakyat yang menderita di bawah cukai itu.
-antdaily-

Polis bodoh minta orang buta yang jadi mangsa ragut mengecam muka peragut

Sekumpulan 20 orang buta dari Solidariti Orang Buta Malaysia turut muncul dalam himpunan anti-GST.

Mereka merungut perlaksanaan GST telah menyusahkan orang buta kerana semakin banyak orang buta diragut oleh perompak.

"GST menyebabkan orang semakin miskin, maka kami dijadikan sasaran peragut.

"Mereka mula-mula datang buat baik dengan kita kemudian dompet kita diragut.

"Kami pergi membuat laporan polis tetapi polis mahu kita kecam muka peragut. Kami buta macam mana nak lukis muka peragut?" kata Fadil, 42 yang hanya menjalankan perniagaan kecil sendiri.

Dia turut merungut perlaksanaan GST menyebabkan barang dan peralatan orang buta semakin mahal.

"Malah, Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) turut kenakan GST pada kita," katanya dengan marah.

"Harga barang juga makin mahal, kita bukannya kaya.

"Dulu makan di kedai hanya harga RM6 dengan nasi dan air, kini kena bayar RM8," rungutnya.
-malaysiakini-

Pas Bagan ikrar tidak mengundi PKR

Pas Bagan ikrar tidak mengundi PKR
Pas Bagan ikrar tidak mengundi PKR Bantahan Pas ​Kawasan Bagan ​di pekarangan Masjid Batu, Kampung Permata selepas solat Jumaat, hari ini. - Foto Sinar Harian
PERMATANG PAUH: Pas ​Kawasan Bagan berikrar untuk 'merosakkan sekurang-kurangnya 10,000 undi' ​dalam PRK Permatang Pauh ​sebagai bantahan pendirian ​PKR dalam isu hudud.

Ketua Penerangan Pas Kawasan Bagan, Azmi Jaafar menggesa semua ahli Pas Permatang Pauh tidak mengundi PKR berikutan serangan PKR dan DAP ke atas Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Mengapa kita perlu membantu apabila mereka menghina kami? Jangan berharap bahawa kita (ahli Pas) akan mengundi anda!," katanya selepas mengetuai bantahan secara aman di hadapan Masjid ​Batu, ​Kampung Pertama, selepas solat Jumaat, di sini, semalam.

Himpunan itu juga menyuarakan sokongan kepada Abdul Hadi dan ​golongan ulama dalam Pas.

Sebelum ini, Pas mendapat kritikan dari komponen PR ​apabila berhasrat melaksanakan hudud di Kelantan.

​Sebelum ini, Pemuda Pas Pulau Pinang membuat pusingan U selepas beberapa hari merehatkan jentera pilihan raya setelah AMK Pulau Pinang gagal memohon maaf berikutan kenyataan biadapnya kepada Abdul Hadi.

​Pas Kawasan Permatang Pauh juga membuat pusingan U beberapa hari sebelum itu apabila memberi amaran akan memboikot jika PKR memilih Datuk Seri Dr wan Azizah Wan ismail atau ahli keluarganya sebagai calon dalam PRK Permatang Pauh.

​Pas menguasai kerusi Dun Permatang Ppasir dalam Parlimen Permatang Pauh melalui Timbalan Pesuruhjaya, Datuk Mohd Salleh Man.
-sinarharian-

Mat Sabu panggil Tun M ‘ kepala perompak’

Adam Abu Bakar
Mohamad-Sabu1_600Mat Sabu menuduh Tun Dr Mahathir melakukan penyelewengan sewaktu menjadi Perdana Menteri dan memanggilnya ‘kepala perompak’
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memperlekeh kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.
Dia menuduh, sebagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu turut melakukan penyelewengan.

Jelasnya, tidak menghairankan sekiranya Dr Mahathir menegur Perdana Menteri kerana ia dibuat berdasarkan pengalamannya sendiri.

“Mahathir ni kepala perompak. Jadi bila anak-anak buah (Najib) menipu dia tahu,” katanya sewaktu berucap dalam Ceramah Grand Finale Kita Lawan di Kampung Baru pada malam Jumaat.

Katanya, Najib tidak boleh berbohong kepada Mahathir berhubung penyelewengan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana beliau juga melakukan perkara yang sama sewaktu mentadbir.
-fmt-

Apa yang anda boleh faham daripada gambar di bawah?

Tranungkite
Apa yang anda boleh kata pada gambar di atas?

Kredit:

Kalau isteri seorang ahli politik : Ini padahnya

Tranungkite
Aku dulu tak brapa paham kenapa ISLAM melarang wanita keluar rumah sesuka hati. Ialah wanita juga sama pemikiran seperti lelaki yang perlu kesana dan kesini.

Dan aku hairan kenapa wanita tidak boleh dijadikan pemimpin tertinggi bagi lelaki seperti yang arahkan oleh ISLAM. Ialah wanita juga ada otak dan idea yang boleh membentuk negarakan. Tangan yang menghayun buaian boleh menggegarkan dunia lah katakan.! Tapi........

Setelah aku dewasa baru aku tahu disebalik larangan wanita menonjolkan diri dikhalayak ramai. Betapa ramai wanita yang menjadi pemimpin dalam parti politik yang ada di Malaysia ini baik dari kalangan parti pemerintah mahupun parti pembangkang.

Kalau kita lihat dari pengalaman yang lalu, bagaimana parti pemerintah mengwujudkan sayap parti dari kalangan muda mudi dengan diberi gelaran puteri. Sekali pandang seperti menyediakan landasan buat anak2 muda wanita untuk dijadikan pelapis kepada generasi akan datang.
Ahklak akan tercemar dengan berpolitik
Ahklak akan tercemar dengan berpolitik

Menjatuhkan maruah wanita

Begitu juga dengan parti pembangkang, berapa ramai wanita dijadikan ikon dalam meraih undi dari rakyat selama ini. Semuanya cuba memancing undi dengan penampilan yang berbeza-beza agar diingati oleh para pengundi diMalaysia.

Adakah dengan menaikkan wanita/gadis sebagai ahli politik akan menaikkan martabat negara amnya mahupun wanita itu sendiri?

Berapa ramai wanita/gadis yang bujang menyertai politik di jadikan bahan tontonan buat lelaki.


wallahuaklam

md daud yusri alhutan melintangi

www.dadiydoo.com

Kantoi: CCTV berjaya merakam penagih memecah masuk bilik guru

Kuala Lumpur: Seorang penagih dadah dikesan menggunakan lilin dan pemetik api untuk memecahkan mangga kunci sebelum menceroboh masuk bilik guru sebuah sekolah menengah di Segambut di sini.

Dalam kejadian jam 1 pagi kelmarin, tindakan suspek berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sekolah itu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, siasatan awal polis terhadap rakaman CCTV itu mendapati suspek berusia 20-an melakukan jenayah berkenaan secara berseorangan.

Menurutnya, suspek menggunakan lilin dan pemetik api untuk membakar mangga kunci pada pintu bilik guru yang mahu dipecah masuk.

“Suspek kemudian didapati mengetuk mangga kunci itu hingga pecah. Suspek kemudian berlegar-legar mencari barangan berharga sebelum menemui komputer riba dan wang tunai di dalam bilik itu.

“Hasil pemerhatian di CCTV, suspek didapati sempat melepaskan ketagihannya apabila turut menghisap dadah di bilik guru berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kejadian hanya disedari seorang guru ketika mahu membuka bilik guru berkenaan selain menemui kesan terbakar pada pintu bilik itu.

Difahamkan kerugian dianggarkan kira-kira RM4,000 dan kejadian terbabit adalah yang pertama berlaku di sekolah berkenaan, 
-hmetro-

Pasangan suami isteri ‘buang’ amah ke hutan

Gombak: Sepasang suami isteri diberkas polis selepas didapati mendera teruk seorang pembantu rumah yang diambil bekerja sebelum membuang mangsa ke dalam hutan.

Pasangan majikan kejam itu dikesan membelasah mangsa berusia 23 tahun menggunakan besi dan kayu dengan alasan tidak berpuas hati dengan cara mangsa bekerja.

Mangsa yang berasal dari Batak, Indonesia dikatakan baru bekerja dengan pasangan majikan berusia 30-an itu di rumah mereka di Batu Caves di sini, sejak 10 Mac lalu.

Majikan mangsa yang juga seorang penjawat awam dikatakan kerap memukul mangsa sebelum ditinggalkan bersendirian di Hutan Ulu Yam di sini, pada 19 April lalu.

Mangsa ditemui orang awam dalam tidak bermaya sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mangsa jam 9.30 pagi pada hari kejadian.

Menurutnya, mangsa dirujuk ke Hospital Selayang, di sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati mangsa diambil bekerja sebelum diarahkan menjaga dua anak majikannya berusia tiga tahun dan tujuh bulan.

“Mangsa mengaku dibelasah menggunakan besi oleh majikannya. Suspek kemudian menutup mata mangsa dengan kami sebelum dibawa menaiki kereta ke kawasan hutan itu,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek berjaya dijejaki dan ditahan polis pada 20 April lalu.

“Suspek lelaki terbabit ditahan reman tujuh hari sehingga 28 April depan manakala suspek wanita dilepaskan dengan ikat jamin polis,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
-hmetro-

Ahmad Maslan punca saya turun demo #bantahGST

Osama
Kalau ditanya saya, kenapa saya perlu turun demo #bantahGST ? Saya tanpa ragu dan silu mengatakan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebagai puncanya.Wajah sinis Ahmad setiap kali keluar di kaca televisyen atau akhbar menjadikan semangat saya naik mendadak untuk turun demo #bantahGST.
Saya juga jadi lebih tidak sabar untuk turun bila mendengar dan membaca tentang kebaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilebun olehnya.
Beliau adalah contoh kebanyakan menteri-menteri Kabinet Datuk Seri Najib Razak. Tidak menjawab soalan, tidak konsisten, mengelirukan dan semestinya bahan lawak terbaik di Malaysia.

Sekejap kad prabayar kekal pada harga lama, sekejap kena naik. Begitu juga dengan cukai perkhidmatan. Dengan penuh bangga beliau mengumumkan rakyat boleh memilih untuk tidak lagi membayar 10% cukai perkhidmatan (tip) setiap kali makan di hotel. Kemudian, kembali mengumumkan cukai itu.

Ahmad juga dengan bangganya mengatakan beliau tidak bodoh kerana mendapat CGPA 3.85. Sehinggakan saya tertanya-tanya apakah rasionalnya dengan CGPA itu.

Untuk pengetahuan Ahmad, di Malaysia ini untuk menjadi bodoh bukanlah payah. Untuk menjadi bodoh, anda hanya perlu menjadi menteri.

Ini berlaku kerana Malaysia amat-amat memerlukan orang bodoh menjadi menteri supaya kelak rakyat dapat ketawa.

Kalaulah saya nak senaraikan kebodohan menteri di Malaysia, tak cukup tanah pastinya.

Saya tidak tahu kenapa anda perlu turun #bantahGST, tapi saya turun #bantahGST hanya kerana beliau. Saya yakin dengan pilihan saya.

Bagaimana dengan anda?
-detikdaily-

Pelanggan restoran terkejut dengan kehadiran lelaki bogel (Gambar)

Lelaki bogel kejutkan pelanggan restoran
Lelaki bogel kejutkan pelanggan restoran Ketua Balai Polis Menglembu, Asisten Superintendan Chen Ah Kooy (kanan) bertanyakan sesuatu kepada lelaki terbabit. Gambar kanan: Seorang lelaki mundar-mandir dalam keadaan bogel di sebuah restoran di Jalan Lahat malam kelmarin.
IPOH: Pelanggan yang sedang menjamu selera di sebuah restoran Jalan Lahat di sini kelmarin dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang mundar-mandir di dalam premis itu tanpa seurat benang.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pada jam kira-kira jam 12.10 malam, pihaknya menerima aduan daripada orang awam, memaklumkan terdapat seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman berbogel di hadapan sebuah restoran.

“Ketua balai bersama anggotanya bergegas ke restoran berkenaan dan menahan lelaki berusia 30 tahun terbabit.

"Lelaki tersebut dibawa ke Balai Polis Menglembu sementara warisnya yang dipercayai tinggal di kawasan berhampiran dikesan," katanya.

Chang Keong berkata, selepas siasatan dijalankan, polis berjaya mengesan keluarga lelaki terbabit yang segera datang mengambilnya di balai polis.
-sinarharian-

Ibrahim Ali kata Anwar Ibrahim suka mendalami agama

Adam Abu Bakar 
Ibrahim Ali dan Anwar Ibrahim di penjara bersama-sama di Kem Kamunting selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diakui gemar menghabiskan masa membaca buku dan mendalami ilmu agama.

Perkara itu didedahkan oleh Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang pernah ditahan bersama Anwar di Kem Kamunting selama dua tahun.

Anwar dan Ibrahim ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1974-1976.
Beliau bagaimanapun berkata, aktiviti membaca dan mendalami ilmu agama bagi banduan Islam bukan perkara luar biasa.

Ini kerana, katanya, kehidupan di penjara amat terhad dan apa yang dilakukan oleh Anwar setiap hari adalah rutin biasa bagi seorang banduan.

“Pada waktu inilah kita gunakan peruntukan masa yang ada untuk membaca dan bersenam demi kesihatan.

“Di dalam penjara apa lagi yang hendak dilakukan selain menggunakan masa untuk beribadat pada Allah. Yang penting niat mesti ikhlas hanya untuk Allah,” katanya ketika dihubungi FMT.

Ibrahim berkata, beliau bimbang kebaikan yang dilakukan Anwar di penjara akan mengurangkan keberkatan dan pahala jika perilaku itu dihebohkan untuk tujuan politik walaupun dijaja oleh pihak lain.

“Lazimnya manusia yang ditimpa musibah atau malapetaka apabila di hukum penjara akan selalu memanjatkan doa kepada Allah dan pada waktu itulah baru ingat kebesaran Allah,” katanya.

Ibrahim diminta mengulas kehidupan Anwar yang banyak menghabiskan masa di penjara dengan membaca buku, mendalami ilmu agama, menyampaikan tazkirah dan mengimamkan solat, seperti yang diceritakan bekas banduan, Sulaiman Ajik.
-fmt-

Raja bomoh sesat, haram - Mufti Perak

IPOH: Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan dalam mesyuaratnya semalam untuk mewartakan bomoh kontroversi Ibrahim Mat Zin, dikenali juga sebagai Raja Bomoh, sebagai sesat dan haram, lapor Berita Harian.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata keputusan itu dicapai setelah melihat amalan dan ajaran yang dibawa oleh bomoh tersebut yang didapati terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

"Amalan dan ajaran Raja Bomoh itu bakal diwartakan haram dan sesat kerana terpesong daripada agama," beliau dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, menurut akhbar itu hari ini, jawatankuasa itu tidak dapat menjangkakan tarikh sebenar pewartaan tersebut kerana ia perlu melalui pelbagai proses.

Harussani berkata, antara proses tersebut ialah, jawatankuasa mufti perlu mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah dan ia perlu dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Raja Bomoh yang berpengalaman selama 50 tahun itu menjadi popular apabila terlibat memberi perkhidmatannya dalam beberapa kes bencana negara termasuk kejadian Highland Tower runtuh, kes pencarian mayat semasa banjir di Kuala Dipang, Kampar, Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.

Terbaru, beliau mencetuskan kontroversi apabila menawarkan diri membantu mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang hilang tahun lalu.

Raja Bomoh itu mendakwa dijemput seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.

Bagaimanapun, kehadiran beliau di KLIA, dengan melakukan ritual seperti yang digambarkan dalam filem P Ramlee 'Laksmana Do Re Mi' mengejutkan orang ramai hingga mengundang kritikan banyak pihak.

Ibrahim dan pembantunya datang ke KLIA pada hari pertama dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu, manakala pada hari kedua datang dengan buah kelapa dan “tikar terbang”.

Meskipun menerima kecaman, Ibrahim yang didakwa bomoh terkenal di kalangan pemimpin Umno, mempertahankan tindakannya dengan menegaskan upacara yang dilakukannya di KLIA itu menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam.

Penyanyi Ini Ditinggalkan Suami Selepas Sebulan Kahwin

Cita Citata semakin popular di Malaysia. Klip vidoenya ditonton lebih 42 juta orang.
KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Sakitnya Tuh Disini iaitu Cita Citata rupa-rupanya seorang janda muda yang hanya melalui bahagia perkahwinan selama sebulan akibat ditinggalkan suami.

Cita atau nama sebenarnya Cita Rahayu, 21, berkata, dia sebelum ini tidak bercakap secara terbuka mengenai statusnya itu kerana ia tidak pernah ditanya oleh pihak media di negaranya, Indonesia.

"Apabila ditanya adakah saya sudah mempunyai teman lelaki sudah tentu saya jawab tidak.

"Soalan sama ada saya solo atau pun sudah berkahwin tidak pernah ditanya namun sekiranya ada pertanyaan, pasti saya akan jawab dengan jujur, saya seorang janda," katanya kepada mStar Online.

Penyanyi itu ditemui pada majlis pelancaran single Sakitnya Tuh Disini nyanyiannya di Hotel Royale Chulan, di sini Selasa.

Dalam pada itu, Cita memberitahu perkahwinannya dengan bekas suami itu terbongkar selepas lelaki berkenaan muncul memberi kenyataan kepada media meskipun sudah menghilangkan diri hampir tiga tahun.

"Saya berkahwin pada usia 18 tahun dan rumah tangga kami bertahan selama sebulan sebelum dia menghilangkan diri.

"Dia langsung tidak pernah menghubungi saya sejak itu untuk menyelesaikan kes perceraian kami di mahkamah syariah sehinggalah dia tiba-tiba muncul membuat kenyataan kepada pihak media tentang perkahwinan kami," jelasnya.

Pun begitu dia menganggap kemunculan semula bekas suaminya itu sebagai rahmat kerana perceraian mereka akhirnya dapat disahkan oleh mahkamah.

"Saya tidak pernah menyesal berkahwin muda dan diceraikan kerana kejadian itu meninggalkan banyak hikmah kepada saya terutamanya tentang karier saya.

"Jika bukan kerana diceraikan saya tidak dapat kekuatan untuk berhijrah ke Jakarta dan berada pada tahap sekarang," ujarnya.
Sementara itu, Cita berkata, dia pada awalnya tidak pernah berhasrat untuk bergelar selebriti kerana menyanyi dilakukan semata-mata demi mencari wang untuk menyara hidup.

Malah dia juga tidak menyangka lagu Sakitnya Tuh Disini bukan sahaja mendapat sambutan di negaranya tetapi juga serantau termasuk Malaysia.

"Saya pernah menyanyikan pelbagai lagu termasuk berentak jaz namun akhirnya memilih dangdut untuk diketengahkan.

"Alhamdulillah ia berhasil dan mendapat sambutan cukup luar biasa biarpun tidak sampai setahun muncul sebagai penganyi profesional," kata Cita.

Tambahnya, walaupun persaingan dalam genre itu cukup sengit di Indonesia namun dia bersyukur kelainan muzik dangdut yang disifatkan lebih moden diterima baik peminat.

"Saya mahu membuktikan dangdut bukan muzik kampung dan mampu diterima tanpa perlu beraksi ghairah dan berpakain seksi," katanya.

Selain sedang menyiapkan album sulungnya yang dijangka dipasarkan pada penghujung tahun ini, Cita bakal mengadakan dua mini konsert di Malaysia pada Mei depan.

Kata wanita berasal dari Bandung ini, dia akan menghiburkan peminat di Plaza Angsana Johor Bahru pada 9 Mei dan Menara KL pada 10 Mei depan.

"Saya cukup teruja untuk mengadakan persembahan sulung di negara ini kerana mendapat pertanyaan tidak henti-henti daripada peminat berhubung perkara itu," katanya.

Tiket untuk menyaksikan persembahan itu dijual pada harga RM40 dan ia boleh dibeli di pintu masuk konsert pada hari acara berlangsung.
-mstar-

Diana, Charles ada anak rahsia?

Los Angeles: Sebuah majalah Amerika Syarikat membuat laporan mengejutkan apabila mendakwa Putera Charles dan Diana mempunyai anak rahsia dan Kate Middleton mengadakan pertemuan dengannya ketika melawat New York tidak lama dulu.
Anak perempuan berkenaan dikatakan bernama Sarah dan kini berusia 33 tahun. Dia didakwa lahir menerusi ibu tumpang sebelum Diana melahirkan William dan Harry.
Majalah itu melaporkan, Sarah kini tinggal bersembunyi di New England kerana bimbang mengenai keselamatannya berikutan kematian Diana dalam kemalangan kereta di Paris pada 1997.

Menurut majalah itu, dia menemui isteri William, Kate, dalam satu pertemuan sulit ketika Kate dan William mengunjungi New York.

Majalah Globe mendakwa Sarah dilahirkan selepas Diana menjalani ujian ginekologi pada usia 19 tahun sebelum berkahwin dengan Charles.

Dalam laporan pelik itu, majalah berkenaan juga mendakwa, ketika pemeriksaan dijalankan, telur diambil dan kemudian disatukan dengan sperma Charles sebelum disimpan.

Seorang doktor dikatakan mengambil satu daripadanya dan memindahkannya kepada isterinya.

Laporan itu menarik perhatian media dunia.

Namun, ini bukan kali pertama majalah Amerika Syarikat menyiarkan cerita liar mengenai kerabat diraja Britain.

Ada yang melaporkan tahun lalu bahawa Kate dan William sudah mempunyai anak kedua.

Pada 2012, majalah Globe dikecam kerana menyiarkan di muka depan mendakwa Ratu Elizabeth nazak dan isteri baru Charles, Camilla merancang untuk mengambil alih takhta.
-Agensi-

Mahathir: Rosmah membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-buangan ketika majlis perkahwinan anaknya

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau menyerang isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam salah satu tulisan dalam blognya.

Menurut bekas perdana itu, apa yang dibangkitkannya dalam tulisan itu hanya mengenai gaya hidup Datin Seri Rosmah Mansor yang kelihatan "mewah."

"Ada khabar angin mengatakan beliau (Rosmah) membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-buangan (ketika majlis perkahwinan anaknya).

"Isunya ialah, orang bercerita. Ia mungkin salah atau betul. Saya tak pasti kalau ia benar, tetapi saya fikir ada yang fakta. Itu jadi masalah."

Dr Mahathir juga menambah, pendapatan sebagai seorang perdana menteri tidaklah tinggi.

Ketika menjawat tugas itu, katanya, beliau menerima pendapatan RM20,000 dan ia mencukup untuk dirinya dan keluarga beliau.
-malaysiakini-

Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Yusni Mat Piah tak belajar dari hilang deposit di PRU13

cheguBard
Dua hari lepas apabila membaca kenyataan Yusni Mat Piah mengenai semua jentera pemuda Pulau Pinang berehat sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, respon saya cuma satu: Yusni Mat Piah ini tidak belajar daripada hanya perolehi 600 undi dan hilang deposit pilihan raya umum (PRU) lepas.
PRU lepas, saya menerima arahan PKR untuk bertanding di DUN Sungai Acheh (Pulau Pinang) dengan tugasan membawa suara membongkar dan menyerang kemunafikan Umno yang berselindung di sebalik laungan 'Hidup Melayu'.

Pimpinan PKR memutuskan perlunya suara keras Adun Melayu dalam DUN Pulau Pinang bagi membunuh sentimen perkauman yang penuh penipuan.

Saya setuju dan ambil amanah itu. Namun saat hampir penamaan kedengaran PAS juga mahu meletakkan calon malah PAS mengumumkan Yusni Mat Piah sebaik sahaja nama saya diumumkan oleh Pengerusi Perhubungan PKR ketika itu.
Saya cuma bersetuju untuk meneruskan menghantar borang pencalonan apabila diberi jaminan oleh pimpinan PAS yang semuanya akan selesai dan semua akan akur dengan keputusan Pakatan Rakyat, kerusi itu milik PKR.

Namun pada hari penamaan calon semuanya bertukar dan berlaku pertandingan 3 penjuru.

Saya mengambil inisiatif saya sendiri di tengah kehangatan berkempen untuk menemui pimpinan PAS kawasan bagi membincangkan penyelesaian. Kesimpulan dari pertemuan tersebut ialah :

PAS perlu bertanding juga kerana sudah lama terhina menyebabkan beberapa tokoh pemuda terpaksa rapat dengan Umno seperti Mazlan Ismail, Hafiz Nordin dan beberapa lagi.

PAS meneruskan bertanding kerana walaupun ada pengumuman tarik diri, tetapi arahan rasmi tidak dikeluarkan.

Namun bisik-bisik di kalangan ahli PAS mengakui PAS sukar menang tetapi kena pastikan PKR tidak memenangi kerusi DUN Sungai Acheh untuk memastikan PKR tidak berkubu di situ sedikit sebanyak menyebabkan ramai jentera dan pendokong PAS setempat bersama PKR dan saya untuk berdepan dengan calon Umno.

Ramai juga jentera PAS, khususnya yang muda, meragui adakah wajar PAS bertanding 3 penjuru ketika itu kerana kehadiran pimpinan Umno termasuk calon Umno DUN Sungai Acheh dalam beberapa program PAS juga ketika saat akhir sebelum pencalonan dan ketika kempen pilihan raya. Ini dimaklumkan sendiri kepada saya dengan disertakan dengan gambar.

Saya yang seharusnya ditugaskan menggempur kawasan pengundi Melayu di sekitar Pulau Pinang sepanjang PRU lepas sedikit terganggu fokus kerana terpaksa menyusun semula kempen selepas 3 penjuru terjadi. Namun saya tetap ke beberapa kawasan termasuk kawasan PAS bertanding di dalam Pulau Pinang.

Ramai di luar Sungai Acheh mungkin terpadaya dengan pengumuman kononnya PAS menarik diri di DUN Sungai Acheh, namun hakikatnya, selepas pengumuman tersebut mereka terus mempertingkatkan jentera mereka dengan lebih agresif.

Saya tidak mampu menyelindungkan kecewa bila kempen menyerang saya secara peribadi dan PKR berlebih sehingga serangan kepada Umno itu langsung seperti tidak kedengaran.

Kempen menyerang peribadi ini juga sangat lucu sehingga menyatakan yang saya ini tidak se-Islam jika dibandingkan Yusni .

Pengundi kena memilih Yusni kerana jika ada kematian jika Yusni Adun dia akan mampu menguruskan jenazah, mengimamkan solat dan mentalkinkan. Lucu sekali garis kempen mereka.

Itu belum lagi usaha kempen menggunakan gambar Lim Guan Eng dengan berlogo PAS dan tanda pangkah seolah Lim Guan Eng calon PAS itu. Bahan kempen ini ditunjukkan oleh seorang wartawan kepada Guan Eng dalam lawatan kempen beliau ke DUN Sungai Acheh.

Soalan wartawan itu disambut gelak tawa termasuk Guan Eng sendiri. Meneliti strategi kempen ini, Yusni sendiri akui perlunya ada pakatan dengan DAP tetapi bila di luar usaha merauih undi rakyat dia sangat angkuh sekali.

Saat-saat akhir juga jentera Yusni mula memanjangkan bisik-bisik tuduhan presiden PAS mengenai komunis dan pil kuda.

Walaupun PAS Pusat umum tarik diri, namun PAS Sungai Acheh tetap meneruskan kempen dalam satu ceramahnya dua hari sebelum mengundi, Yusni sendiri secara sombong memetik nama-nama seperti Nasarudin Tantawi yang mengarahkan dia untuk terus berkempen.

Pada hari pengundian, jentera Yusni bertungkus-lumus membuka pondok panas, cuma peliknya ia hanya dibuka di kawasan Umno lemah mungkin hanya untuk memastikan undi PR pecah kerana di kawasan peti undi Umno kuat jentera Yusni tidak membuka pondok panas.

Akhirnya keputusan undian dari 15,559 pengundi yang keluar mengundi 89.2% dari jumlah tersebut Undi calon Umno ialah 44.2%, undi saya sekitar 40% dan Yusni dengan jenteranya yang angkuh akhirnya hanya mendapat 4.4% undi hanya 600 lebih undi dari 15,559 pengundi berdaftar.

Selebihnya ialah undi rosak kerana sudah tentu sama ada yang merosakkan kertas undi ini marah dengan PR yang tidak boleh selesaikan isu calon atau kecewa.

Apa yang saya belajar dari keputusan ini:

PKR atau PAS mahupun DAP tidak mampu berdiri sendiri lebih lebih lagi bertembung sesama sendiri jika ini berlaku ia kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Jentera khususnya orang muda celik politik, saya tidak didokong jentera PKR semata-mata, tetapi saya dibantu juga oleh kawan-kawan PAS yang melihat kepentingan menjatuhkan Umno BN itu lebih penting diutamakan dahulu selain jentera rakyat biasa yang bencikan Umno BN.

Selain itu, hormati juga kelompok yang bukan ahli mana-mana parti PR tetapi memberi undi kepada PR kerana benci dengan BN.

Saya percaya dan yakin Yusni juga merupakan orang yang terpelajar dan kaya dengan pengalaman politik pilihan raya ini. Namun apabila melihat kenyataan dia merehatkan jentera tersebut nampak dia tidak belajar dari pengalaman pahit 3 penjuru di Sungai Acheh.

Nasihat saya kepada Yusni, sudah-sudahlah dendam sempit itu. Ego politik dengan mengenepikan kepentingan rakyat. Ingat dan lihatlah rakyat di luar sana.

GST yang menghimpin, undang-undang yang menindas, agihan ekonomi yang tidak serata dan rakyat memerlukan kita bersatu melawan bagi pihak mereka.

Kamu bercakap soal wala' tetapi kini kamu sendiri tidak wala' dengan arahan pimpinan atas?

Adakah mahu percaya dengan kemenangan Umno di Permatang Pauh ia dapat merialisasikan cita-cita kamu melaksanakan hudud?

Adakah ia benar kerana mahu laksana hudud atau ada agenda tersirat lain?

Kepada jentera PR atau penyokong jangan diserang PAS percaya dan yakinlah Yusni ini tidak semampu mana mengawal jentera dan undi PAS, jika tidak mana mungkin hanya 4.4% undi sahaja dan hilang deposit di kawasan yang mana keanggotaan PAS jauh tinggi dari itu.

Yakinlah ramai dalam PAS itu cerdik dan memahami keutamaan cuma ada seorang dua yang menggelar diri mereka pemimpin tetapi termain emosi atau tertipu terpesona. Sekian. – 28 April, 2015.

* Penulis ialah calon PKR-PR DUN Sungai Acheh (Pulau Pinang) PRU13.