"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Syed Mokhtar, Raja Kroni Najib Yang Tidak Disenangi Rakyat Malaysia

Shahbudin Husin
Nama Syed Mokhtar Al Bukhary, orang Melayu paling kaya di Malaysia disebut lagi di Parlimen. Kali ini ia disebut oleh orang yang senama dengannya iaitu Bung Mokhtar, Ahli Parlimen UMNO Kinabatangan yang memang terkenal dengan kelantangan dan ucapan yang kontroversi.

Bung Mokhtar membangkitkan tentang monopoli perniagaan yang diperolehi oleh Syed Mokhtar daripada kerajaan sejak akhir-akhir ini. Selama ini katanya, usahawan itu sudah memperolehi perniagaan di darat, laut serta udara dan tidak mustahil selepas ini di atas kubur pula.

Jika sebelum ini Ahli Parlimen pembangkang sering melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Syed Mokhtar terutama berkaitan kenaikan harga gula dan penganugerahan beberapa projek mega sejak Najib menjadi PM, kini Ahli Parlimen BN juga bagaikan senada dengannya.

Memanglah diakui, sejak Najib menjadi PM pada 2009, hampir semua projek mega diberikan kepadanya. Beliau kini menguasai monopoli perniagaan gula dan beras dan dianugerahkan pula penswastaan dalam perniagaan pelabuhan, IPP, Proton, MRT, Keretapi Tanah Melayu dan banyak lagi.

Sayap perniagaan Syed Mokhtar kini melebar hampir kepada semua jenis perniagaan halal di Malaysia.

Melihat stail kepimpinan Najib, adalah dijangkakan lebih banyak lagi penganugerahan projek mega dan penswastaan akan diberikan kepada Syed Mokhtar, terutamanya jika beliau terus menerajui Malaysia selepas PRU 13 ini.

Dalam konteks perniagaan gula yang dimonopolinya, telah berlaku empat kali kenaikan sejak Najib menghuni Seri Perdana dan ini antara isu yang menimbulkan kemarahan rakyat terhadap beliau.

Syed Mokhtar, usahawan berasal dari Kedah ini mula menjadi primadona kepada kerajaan sejak era kepimpinan Tun Mahathir lagi walaupun sebenarnya beliau mula bertapak kukuh dalam dunia perniagaan di Johor ketika Muhyiddin menjadi Menteri Besar di penghujung tahun 80an dahulu. Di era Pak Lah juga beliau kekal mendapat perhatian yang tinggi daripada kerajaan. Tetapi pemberian kontrak kerajaan atau penswastaan paling banyak diperolehinya di era Najib ini.

Hampir semua projek besar dan mega yang diumumkan kerajaan, ia akhirnya akan jatuh ke tangan Syed Mokhtar. Malahan sebaik saja Najib mengumumkan sesuatu projek mega, wujud tanggapan rakyat atau lelucon bahawa ia pasti menjadi milik Syed Mokhtar akhirnya.

Longgokan terlampau banyak projek mega kepada Syed Mokhtar menggambarkan seolah-olah nama usahawan Melayu lain tidak pernah wujud di hati Najib. Di hati Najib hanya ada nama Syed Mokhtar saja.

Bagi rakyat biasa, lambakan terlampau banyak projek kepada Syed Mokhtar menimbulkan perasaan tidak puas hati kerana seolah-olah usahawan lain tidak layak diberikan peluang yang serupa. Lebih dari itu, ia juga dilihat menggambarkan kegagalan Najib sendiri untuk melahirkan lebih ramai usahawan Melayu yang berwibawa.

Rakyat juga sedikit marah dengan Syed Mokhtar kerana monopoli gula yang dikuasainya telah menyebabkan rakyat dibebankan dengan kenaikan sebanyak empat kali dalam tempoh tidak sampai empat tahun berbanding tiada kenaikan ketika dikuasai oleh Robert Kouk.

Bagi pihak pembangkang pula, mereka melihat isu Syed Mokhtar ini sebagai paparan kelemahan Najib dalam mengurus ekonomi dan negara. Najib dilihat seperti sudah terikat dan termakan budi dengan usahawan itu sehingga tunduk dan akur terhadap apa saja permintaannya.

Sementara itu pakar-pakar ekonomi juga tidak bersetuju dengan lambakan terlampau banyak projek kepada seseorang individu kerana ia lebih mudah memberi kesan langsung terhadap ekonomi negara. Dengan Syed Mokhtar sekarang ini menguasai sebahagian besar segmen ekonomi negara, jika beliau terbersin misalnya, kesan selsemanya pasti akan dirasai oleh ramai orang.

Ahli dan pimpinan UMNO juga sebenarnya tidak berapa setuju dengan kaedah Najib yang memberikan terlampau banyak projek kerajaan kepada Syed Mokhtar, namun kebanyakannya hanya berdiam diri atau bersuara di belakang kerana akur ianya adalah pilihan dan kuasa Najib sebagai PM.

Suara yang dibawa oleh Bung Mokhtar sebenarnya adalah suara yang sudah lama terpendam di hati ahli UMNO.

Ramai ahli dan pimpinan UMNO tidak gembira dengan Syed Mokhtar kerana beliau dilihat mempunyai pasukannya yang tersendiri untuk melaksanakan semua projek yang diberikan oleh kerajaan. Dan ada pula dakwaan mengatakan semua pasukannya terdiri daripada bukan Melayu. Tidak ada setitis pun tempias atau terpercik projek yang diperolehinya akan jatuh kepada usahawan dari kalangan ahli serta pemimpin UMNO.

Lebih dari itu, Syed Mokhtar juga meletakkan dirinya terlalu eksklusif sehingga tidak mahu menjalin sebarang hubungan dengan mana-mana pihak lain dalam UMNO selain Perdana Menteri. Ini bermakna, meskipun Syed Mokhtar memperolehi banyak nikmat dari UMNO tetapi tidak ada mana-mana pihak dalam UMNO yang dilayannya untuk memperolehi sebarang sub kontrak atau bantuan perniagaan.

Syed Mokhtar juga tidak bergaul dalam majlis-majlis sosial yang melibatkan UMNO sebagaimana yang biasa dilakukan oleh usahawan lain yang memperolehi kontrak daripada kerajaan sebelum ini seperti Allahyarham Tan Sri Yahya, Halim Saad, Tajuddin Ramli, Rozali Ismail, Abu Shahid serta ramai lagi. Tiada ruang kepada sesiapa dalam UMNO menjalin kerjasama, mengemukakan cadangan, mengadu masalah atau meminta bantuan daripadanya berikutan sifat eksklusif yang diamalkannya itu.

Ruangnya hanya terbuka untuk Najib dan Seri Perdana sahaja.

Inilah antara isu yang selama ini dipendam oleh ramai ahli dan pemimpin UMNO terhadap Syed Mokhtar.

Di sebalik ada yang bangga dengan kejayaan Syed Mokhtar dalam perniagaan, tidak dapat dinafikan monopoli dan lambakan terlalu banyak projek kerajaan ditangannya turut mencetuskan rasa tidak puas hati sebahagian besar segmen dalam masyarakat. Tidak saja pembangkang, rakyat biasa dan pakar-pakar ekonomi, malahan ahli dan pemimpin UMNO juga turut tidak menyenangi beliau.

Digelar sebagai orang Melayu terkaya dan kini raja kroni di era kepimpinan Najib, rasa tidak puas hati yang kian tak terbendung sekarang di mana Ahli Parlimen BN sendiri mula mengkritiknya dan kesatuan sekerja kakitangan Keretapi Tanah Melayu juga melakukan demonstrasi terhadap rancangan penswastaan KTM kepadanya serta protes senyap rakyat yang sudah lama terpendam, semua penolakan itu mungkin terhambur ke peti undi yang akan memudarkan lagi peluang Najib untuk kekal di Seri Perdana.

Umno dah semakin mengganas

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Konvoi 20 kenderaan Kembara Oren Selamatkan Felda ke Felda Lasah di Sungai Siput, Perak berdepan halangan apabila dikepung lebih 100 orang yang meyekat perjalanan mereka.

Insiden itu berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi, sejurus pasukan konvoi yang turut disertai Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman tiba di pintu masuk gugusan felda berkenaan.

“Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.

“Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN,” katanya kepada Harakahdaily.

Mazlan berkata, beliau turut disentap keluar dari kereta oleh beberapa pemuda dan menolaknya.

Tidak cukup dengan itu, kumpulan itu juga katanya turut mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.

Keadaan itu kemudian menjadi makin tengang dan sekurang-kurangnya 10 anggota polis turut berada di tempat kejadian.

“Kami datang secara aman dan bukan nak buat kacau, tetapi kami dihalang,” tambahnya.

Bagaimanapun menurut Mazlan, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku walaupun suasana agak tegang.

Tidak mahu perkara lebih buruk berlaku, Mazlan berkata pihaknya terpaksa membuat keputusan berundur dari tempat itu atas nasihat pihak polis.

Mereka kemudian keluar dari tempat tersebut kira-kira jam 11 pagi.

"Saya yakin sebahagian besar mereka ini adalah orang luar dan diupah pihak tertentu untuk menghalang kami," kata Mazlan lagi.

Kembara Oren Selamatkan Felda adalah anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak yang di pengerusikan Razman Zakaria dengan kerjasama NGO Anak.

Kembara tersebut akan menjelajah ke kawasan Felda di seluruh negeri bagi memberi penerangan kepada masyarakat khususnya peneroka tentang isu terkini berkenaan Felda.

Selain bertemu warga felda, kembara ini juga turut membawa risalah penerangan berhubung isu-isu berkaitan felda untuk disebarkan kepada warga peneroka.

Mengulas lanjut Mazlan berkata, pasukan kembara itu kini meneruskan kembara ke destinasi seterusnya iaitu ke Felda Ijok, Larut sebelum ke beberapa Felda di Lenggong termasuklah Felda Lawin Selatan, Felda Lawin Utara dan Felda Papulut.

"Kami tak tahu apa lagi di hadapan kami. Ada kedengaran kami juga akan di halang lagi selepas ini.

"Saya tetap yakin ini adalah provokasi pihak luar yang dirancang," katanya.

Najib takut Syed Mokhtar - Anwar (video)

Muda Mohd. Noor
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak takut kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary.

“Semua kehendak Syed Mokhtar dipenuhi. Saya tanya Datuk Najib, Menteri Kewangan, sebab mengapa takut sangat orang bernama Syed Mokhtar, sampai dia minta apa pun kamu bagi.

“Pos, kereta, pelabuhan, IPP, beras, gula dan semua…kalau gula diambil turun harga tak apa. Dia ambil gula harga naik empat kali.

“Bila saya tanya dia (Najib), dia kata Anwar tak suka Bumiputera.

“Dia tak jawab, yang dia jawab kita anti Melayu,” kata Anwar, Ketua Umum PKR dalam satu ceramah di ibu negara baru-baru ini.

Anwar juga mendakwa kekayaan negara dibolot oleh 10 syarikat, elektrik dibolot tiga empat tauke besar.

Mereka untung bilion ringgit tetapi kadar eletrik naik, tanya Anwar lagi.

Anwar juga meramalkan pilihan raya umum ke 13 dalam tempoh yang singkat tetapi menegaskan rakyat mahukan perubahan.

Himpunan Kebangkitan Rakyat: Pencacai umno ugut tumpah darah

Zefry Dahalan
SEREMBAN: Sebanyak 15 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Negeri Sembilan nekad untuk menghalang Himpunan Kebangkitan Rakyat dan Karnival Rakyat anjuran Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung esok bermula 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam di Taman Seremban Jaya dekat sini.

Semalam lebih kurang 50 orang yang mewakili 15 NGO tersebut mengadakan bantahan di tapak program itu akan berlangsung sebagai tanda protes. Mereka turut mendesak pihak polis mengambil tindakan.

Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) Malaysia, Mejar (B) Razali Zakaria berkata tujuan bantahan itu dibuat kerana mereka yakin program itu akan menimbulkan huru-hara.

“Penganjuran program ini adalah sebagai bahan politik mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

“Saya harap polis dapat bertindak segera dengan mengharamkan program daripada diadakan kerana dikhuatiri insiden perhimpunan Bersih akan berlaku di Negeri Sembilan.

“Kami barisan NGO telah membuat laporan polis pagi tadi (semalam) sebagai tanda bantahan.

Pertumpahan darah

“Jika polis tidak bertindak, jangan salahkan NGO jika kami bertindak pada hari program itu berlangsung dan kami tidak akan bertanggungjawab jika ada berlaku kemalangan atau pertumpahan darah,” tegasnya.

Pemangku Setiausaha Agong Gabungan NGO Malaysia, Mohd Arafat Muhammad berkata walaupun Akta Perhimpunan Aman 2012 menyebut sebarang perhimpunan tidak memerlukan permit, tetapi ia dikhuatiri akan menimbulkan kejadian tidak diingini.

“Jangan menyibuk dan kacau Negeri Sembilan, pergilah negeri sendiri. Kami telah sepakat jika program ini terus diadakan, kami akan menghalang dan membantah 100 peratus.

“Tiada apa yang perlu dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat dengan menganjurkan program ini kerana negara berada dalam keadaan aman,” katanya.

Cabar polis dan berunsur ugutan

Berkaitan dengan bantahan tersebut, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Seremban.

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha PKR Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassim dan ditemani oleh Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin dan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Sembilan, Anuar Azhari.

Sabaruddin membuat laporan polis itu berdasarkan kepada kenyataan akhbar seorang individu bernama Mejar (B) Razali Zakaria bahawa:

‘Jika polis tidak bertindak, jangan salahkan NGO jika kami bertindak pada hari program itu berlangsung dan kami tidak akan bertanggungjawab jika ada berlaku kemalangan atau pertumpahan darah’.

“Kata-kata tersebut bukan sahaja mencabar polis, tetapi turut berunsur ugutan terhadap kami selaku penganjur dan orang awam yang dijangka akan hadir pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat esok 3 November.

“Selain itu, mereka yang terbabit juga telah membuat pelbagai tuduhan liar dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat tentang program kami.

“Kami berharap polis boleh bertindak segera terhadap mereka yang terbabit dalam mengeluarkan kenyataan ini, kerana ia berunsur ugutan dan mengganggu keamanan dan ketenteraman awam,” kata Sabaruddin.

50,000 bakal banjiri Seremban Jaya

Sementara itu Pakatan Rakyat mensasarkan sekurang-kurangnya 50,000 penyokong akan hadir pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat tersebut.

Setiausaha PAS Negeri Sembilan, Mohd Hasan Tamby memberitahu FMT program akan dimulakan dengan Karnival Rakyat jam 4.00 petang dengan persembahan gendang India, kompang dan tarian singa.

“Selepas itu, kita akan adakan pidato anak muda dan wanita; diikuti dengan konsert rakyat oleh artis popular seperti Dayangku Intan, Aishah, Nizam Laksamana dan Indie Band.

“Turut berlangsung pameran kejayaan Kerajaan Negeri-Negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Program petang tamat pada pukul 6.30 petang.

“Himpunan Kebangkitan Rakyat pula bermula jam 8.30 malam dengan senarai penceramah ‘heavyweight’ Pakatan Rakyat, Penyerahan Memorandum Persefahaman Pakatan Rakyat Negeri Sembilan, deklamasi sajak oleh Sasterawan Negara A Samad Said, muzikal ‘Ubahlah

Sekarang’ dan Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat.

“Barisan penceramah pada malam esok ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

“Saya mahu rakyat Negeri Sembilan menilai sendiri dengan akal logik apakah dengan intipati program seperti saya huraikan ini akan memberi kemudaratan kepada rakyat Negeri Sembilan?

“Program ini berlangsung dalam bentuk karnival. Saya yakin dengan publisiti dan kesedaran orang ramai, sasaran 50,000 hadirin akan dicapai terutama daripada pengundi atas pagar yang marah dengan tindakan pihak-pihak yang cuba menghalang program ini,” ujar Sabarudin.

PANAS- Mengucap YB.....mengucap YB ....


DukunPasir
"I nak cakap dengan ketua Trafik sekarang... sambungkan cepat". Tegas Yb Jamal memberikan arahan tanpa perlu memberi salam.

"Iya Yb, ada apa boleh saya bantu?". Tanya Ketua Trafik Balai Polis dengan sedikit curiga apabila menerima panggilan dari YB Jamal yang juga rakan baiknya.

"Inilah i lupa malam ni harijadi anak dara I.. tapi esok pagi I kena meeting dengan Menteri.. I nak u arrangekan perjalanan esok supaya cepat sampai". YB Jamal menyatakan hasratnya..maklumlah nak dekat Pilihanraya ni YB Jamal mesti tunjuk muka sekarang .. kalau tidak MELEPASLAH PELUANGNYA UNTUK MENJADI CALON meskipun dia tak pernah MERASA JADI CALON SPM !

"Susah juga YB, esok mesti semua nak balik beraya Haji...mesti jalan sesak". Kata ketua trafik pula sambil melihat pergerakan aliran trafik di komputernya.

"I nak U uruskan juga esok... gunalah apa cara sekalipun yang i tahu pagi esok I dah sampai Putrajaya". Marah Yb Jamal terus matikan telefon bimbitnya,

Ketua Trafik terkedu...... Nak bantah tak boleh sebab YB ni kawan baik dia, banyak jasa YB ni padanya..... Pening memikirkan macam mana nak mengawal perjalanan YB Jamal esok sedangkan YB Jamal bukanlah tahap menteri atau VIP yang perlu diiring untuk kemana mana ,cumaaaaaaa ..... YB Jamal ni banyak duittt itulah masalahnya.......

Waktu yang sama .......Dalam ladang sawit...... Haji Osman sedang memasang strategi untuk menangkap lembu liar supaya dapat dikorbankan selepas raya Haji nanti..kalau korban masa raya haji kurang untungnya kata haji Osmanlah.

"Susah nak tangkap lembu liar tu tuan Aji.... kecuali tembak!. "Cadang Ramli rakan ternaknya yang sudah 30 tahun pengalaman menternak lembu dan baja taik lembu.

"Gila!! Nak kena upah semua tu... Ah!! Tahulah aku nak uruskan lembu tu esok, ko tahu dapatlah bahagian ko nanti!" Marah Haji Osman yang baru setahun berkecamuk dalam bidang penternakan lembu ini.

Pagi itu ketua Trafik telah mengarahkan 4 orang anggotanya untuk mengiring YB Jamal ke Putrajaya yang diketuai oleh Sarjan Musey. Awalnya perjalanan mereka lancar... tetapi bila nak menyusuri masuk dari Tol Ipoh ke Lebuhraya jalan dah mula sesak....Sarjan Musey berpatah balik ke arah MPV Mewah YB Jamal yang berada dibelakangnya......

"Jem lah YB! Selalu tak macam ni ... i rasa ada kemalangan lah depan tu....macam mana?' Sarjan Musey berkata setelah menongkat motornya.

"Hantu betullah!! Nak eksiden pun biarlah hari lainnn!! Kita ikut jalan kampung". Rungut Haji Jamal sambil menaikkan semula cermin keretanya.

"Tapiiii....." Belum habis Sarjan Musey berkata YB Jamal dah beri Isyarat untuk bergerak saja dari dalam MPV nya. Dengan serta merta mereka berpatah balik dengan menongkah arus jalan.... Ada juga kenderaan yang bunyikan hon tetapi bunyi Siren motor polis trafik lagi kuat dan mengerunkan pemandu yang lain...semua ketepi dan terpaksa memberi laluan!

Mereka mula bergerak melalui jalan kampung dan semasa sampai ke Kampung Batu Sembilan .... YB Jamal terkenang kisah lampau kerana di Kampung inilah dia nekad KELUAR PARTI dan menjadi calon BEBAS yang menyebabkan dia dipulau oleh rakan rakan politiknya termasuk orang kampung.... AHHH!! Peduli apa, yang penting DUIT AKU DAH BANYAK!! Lamunan YB Jamal terhenti lagi bila kelibat Sarjan Musey berpatah balik dan menuju ke arah MPVnya....." AHHH!! Apa lagi niiiiii". Marah YB Jamal pada pemandunya Wak Tukimin.

"Ada lembulah YB.... liar pulak tu..... banyakkkkkk!! Sarjan Musey menunjukkan arah lembu lembu yang sedang berlari lintang pukang melintas jalan dan ada lembu yang berpatah balik dan bersiar siar ditepi jalan. Kelihatan Haji Osman sedang menghalau lembu dengan motornya tanpa menyedari gelagatnya diperhatikan oleh YB Jamal dan 4 orang polis Trafik.

"Bahaya ni kalau kita bergerak...lembu lembu tu macam liar ... sekejab lari melintas jalan sekejab ke belakang..... YB". Kata Wak Tukimin pemandunya yang sedari tadi cuma diam.

"Hantu betul!!" Marah YB Jamal lalu keluar dari keretanya. Wak Tukimin sempat berbisik pada pada Sarjan Musey".... Sekaya dan sehebat manapun YB KALAH JUGA DENGAN LEMBU". Mereka ketawa sendiri sambil melihat YB Jamal melulu ke arah Haji Osman yang sudah berpeluh peluh sambil memegang tali.

"Apahal lembu lembu kamu niiiii.... Bahaya betul halau macam ni !!!" Marah YB Jamal pada Haji Osman yang leka mengikat tali untuk memerangkap lembu lembu liar.

"Eh!! YB Jamalllllll... errr... er... bukan lembu saya ni.... saya cuma nak halau saja dari masuk kebun". Haji Osman cuba berbohong untuk selamatkan diri. Dia terkejut kerana YB Jamal yang pernah diKEMPENnya dulu berada didepan nya dengan marah marah.

"HUH!! Tak Ngaku lagiiii... Cepat cepat halau aku nak lalu niiiiii". Bentak YB Jamal tanpa menyedari ada seekor lembu Jantan Liar yang berlari dan merempuhnya dari belakang...... YB Jamal tersembam ke tanah, kepalanya terkena parang yang dipacakkan  Haji Osman. Darah mula mengalir keluar.. Haji Osman terkejut!! Haji Osman terkedu!! Disaat itu juga Haji Osman dirempuh pula oleh lembu jantan liar tadi.. Haji Osman tersandar di pangkal pokok...... matanya gelap dan pensan akibat rempuhan itu.

Sarjan Musey dan rakan rakannya melulu berlari mendapatkan mereka berdua. Lembu Jantan liar terus lari masuk kedalam semak kebun... HILANG!! Mungkin lembu jantan itu ternampak ada Pistol yang dibawa oleh Sarjan Musey dan rakannya.

Tak kala itu beberapa kenderaan sudah mula berkampung, orang ramai sudah mula membanjiri kawasan itu untuk melihat apa yang berlaku.....

YB Jamal sesak dan tenat... Darah menitik dari lehernya tidak berhentiiii... matanya melihat seseorang yang sedang berkata kata sesuatu padanya.... dia macam kenal orang ituuuuuuu... YB Jamal cuba menguatkan diri... Iya!! YB Abdullah LIM yang sedang memangku keadaannya yang sedang tenat itu... YB Abdullah Lim -Musuh politik yang sering dimakinya dalam setiap siri ceramah.. Banyak ditohmahnya... banyak direka dan difitnahnya YB Abdullah Lim yang baru memeluk Islam itu...... tetapi SEKARANG YB ITULAH YANG SEDANG MENGAJARNYA MENGUCAP.... Ingat Allah!!.....

"Mengucap Yb.... mengucap...... Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah "

Sebelum mata YB Jamal TERPEJAM................

Yang membela Islam tiga orang Cina

Subky Latif
HAMPIR menitis air mata menahan sebak melihat yang membela Islam dicerca Dr. Chua Soi Lek dan pemimin MCA ialah orang Cina dipercayai ketiga-tiganya bukan Islam.

Jika yang sensitif apabila Islam dicerca ialah orang Islam, orang PAS dan orang yang beriman, tiada suatu yang luar biasa kerana orang Islam tidak wajar membisu apabila agamanya dicerca.

Tetapi amat menakjubkan apabila rakan-rakan Cina yang tampil menyifatkan Soi Lek dan MCA menghina Islam seperti yang disuarakan oleh Anthony Loke, MP DAP Rasah, kolumnis SIANG MALAM di Harakah, Lim Hong Siang dan seorang penulis lagi Sarena Tay.

Pada mereka apa yang cakap oleh Soi Lek dan semua pemimpin MCA dalam perhimpunannya dua hari pada 20 Oktober lalu adalah menghina Islam, hudud dan PAS.

Mereka bukan orang Islam, bukan beriman dengan hudud dan bukan pejuang PAS. Mereka adalah pembawa berita sebenar dan pembuka mata, sesuai dengan ajaran ilmu kewartawanan iaitu berita adalah maklumat berunsur kejutan seperti anjing digigit orang. Bukanlah berita lagi kalau orang digigit anjing.

Hujah biasa jika yang membela Islam itu orang, kerana adalah tanggungjawab orang beriman membela dan menegakkan Islam dan hukum-hukumnya. Tetapi ia adalah pembuka mata ada wibawa apabila orang yang tiada kepentingan dengan Islam dan hudud mengira Islam dan hudud telah dicemuh.

Mereka tidak bercadang untuk mendaulatkan Islam seperti yang PAS perjuangkan dan jaga mahu hudud menjadi perundangan seperti yang dituntut oleh Islam, tetapi mereka tidak melihat bijak dan rasional apabila Islam dan hudud dihina begitu rupa.

Kewajaran mereka berbuat demikian bukan untuk melihat Islam itu daulatkan tetapi tindakan MCA itu menggamit keserahan di kalangan rakyat dan negara. DAP belajar dari keterlanjuran pemimpinnya Karpal Singh pernah berkata langkah mayatnya jika Islam diperundangkan. Ia pernah menimbulkan ketegangan di kalangan orang Islam dan ia menyukarkan DAP untuk menembusi pasaran pengaruh politik.

Kesilapan itu telah dibaiki, Karpal dan DAP tidak lagi dilihat oleh umat Islam di luar UMNO sebagai pencetus ketegangan.

Ketiga Cina itu termasuk ketua pemuda DAP, Anthony Loke mahu mewujudkan suasana negara yang aman, adil dan harmoni, menolak provokasi dan penghinaan terhadap Islam yang lakukan oleh MCA itu.

Lebih menjolok mata Perdana Menteri Najib telah diperalatkan oleh MCA dalam politiknya untuk menyerang Islam dan hudud itu. Soi Lek menjemput Najib merasmikan perhimpunannya dan lepas itu menggunakan perhimpunan itu untuk menyerang hudud dan PAS. Dengan sendirinya ia menyerang dan menghina Islam.

Syukur orang Islam dapat mengawal sabar dan pendirian tidak bangun menyerbu pejabat MCA dan premis kepunyaan Cina. Tetapi ia telah mengguris perasaan orang Islam. Siapa yang dapat menghalang kalau ada orang Islam yang bangkit bertindak kasar kepada masyarakat Cina.

Walaupun ketiga anak Cina memunyai rasa setiakawan yang tinggi terhadap PAS yang ada pakatan dengan DAP, tetapi tindakan spontan mereka atas kecetekan Soi Lek dan MCAnya adalah untuk mengelakkan ketegangan berlanjutan antara kaum di negara ini.

Bagi membendung api perkauman yang belum benar-benar padam, Sarena Tay menyeru orang Melayu beramai-ramai menyokong PAS. Jika orang Melayu tidak lagi dalam UMNO, maka perkauman boleh diredakan. Tidak lagi orang yang hendak menyokong MCA. Jika MCA dapat dilumpuhkan, kuranglah puak yang berani mencerca Islam.

Malaysia beruntung ada tiga Cina seperti itu dan orang seperti mereka dipercayai ramai.

Ibu tikam dua anak 150 kali halau 'iblis'

Elzbieta Plackowska
Elzbieta Plackowska
NAPERVILLE: Seorang wanita berusia 40 tahun menikam anak lelakinya 100 kali manakala anak perempuan pula 50 kali atas alasan untuk menghalau "iblis" dalam diri kedua-dua kanak-kanak itu.

Elzbieta Plackowska dibawa ke mahkamah semalam dan dikenakan bon.

Pendakwa raya DuPae County, Robert Berlin berkata, "dia memberitahu bahawa dalam diri anak-anaknya ada iblis dan dia cuba mengeluarkan iblis keluar dari badan mereka."

Laporan nbcnews.com memetik polis berkata, Plackowska dengan kejam menikam anak lelakinya, Justin 100 kali dan Olivia Dworakowski 50 kali.

Ketika kejadian, yang berlaku Selasa lalu, wanita itu menjaga kedua-dua kanak-kanak berkenaan di rumah mereka yang terletak di Naperville, kira-kira 50 kilometer ke barat Chicago.

Dia didakwa meminta kedua-dua kanak-kanak itu melutut dan berdoa sebelum menikam mereka, lapor nbcchicago.com.

Malah, dia juga didakwa memberitahu anak lelakinya bahawa dia akan pergi ke syurga.

Menurut pendakwa raya, leher kedua-dua kanak-kanak itu dikelar.

Selepas membunuh, Plackowska telah pergi ke gereja di Naperville tetapi apabila mendapati ia tutup, dia meninggalkan mesej mengatakan telah melakukan sesuatu yang buruk dan memerlukan bantuan.

Dia kemudian telah pergi ke rumah kawannya, di mana anak lelaki sulung tinggal dan memberitahu mereka dia telah dirompak.

Tribune melaporkan bahawa Plackowska memberitahu polis kononnya rumah dia telah dipecah masuk dan penjenayah terbabit melakukan pembunuhan itu.

Kemudian, menurut laporan nbcchicago.com, wanita itu memaklumkan polis bahawa dia menikam anak lelakinya untuk menyinggung suaminya yang tidak menghargai dia.

Plackowska juga berkata bahawa dia membunuh anak perempuan dan dua ekor anjingnya kerana menyaksikan pembunuhan.

Aznil Nawawi kerugian RM40,000, barang kemas dilarikan oleh pembantu rumah

Aznil Nawawi
Aznil Nawawi
KUALA LUMPUR: Pengacara terkenal Aznil Nawawi kehilangan sejumlah barang kemas yang disyaki dilarikan pembantu rumah dalam kejadian di rumahnya di Taman Yarl, Jalan Klang Lama di sini hari ini.

Aznil dalam laman Twitternya berkata beliau hanya menyedari perkara itu pada 2 petang tadi dan meminta sesiapa yang mengenali pembantu rumah warga Indonesia dikenali sebagai 'Soimah' itu supaya menghubungi balai polis berdekatan.

Beliau turut memuatkan gambar wanita itu di laman sosial berkenaan dan Facebook.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi berkata laporan polis mengenai kejadian itu diterima pada 3.15 petang tadi.

Ogos lepas, rumah Aznil dipecah masuk penjenayah yang menyebabkan pengacara itu kerugian kira-kira RM40,000. 
-Bernama-

Najib terpaksa tangguh PRU ekoran kes Nazri, Chia dan Musa?

Harakahdaily
(Lajim kertika diwawancara oleh wartawan Harakah)
KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum agak sukar diadakan dalam waktu terdekat walaupun masih ada desas desus yang mengatakan pilihan raya akan diadakan tahun ini juga.

Ini berikutan tragedi yang mengaitkan rakan perniagaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz iaitu taikun pembalakan Sabah, Michael Chia yang tertangkap dengan wang tunai bernilai RM40 juta di Lapangan Terbang Hong Kong baru-baru ini.

Ketika disiasat, Michael Chia dikatakan memaklumkan itu bukan duit beliau tetapi duit milik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Namun, Nazri ketika memberikan penjelasan di Parlimen berkata, wang itu adalah milik Umno Sabah bukannya milik pribadi Musa Aman.

Ekoran itu, pelbagai pihak tertarik untuk mengetahui apakah cerita di sebalik semua ini.

Semalam Nazri dilaporkan berkata, apa salahnya anak beliau menggunakan kenderaan mewah yang didaftarkan atas nama Michael Chia.

Di samping itu, secara berseloroh, beliau berkata, apa yang berlaku antara Chia dan anaknya tiada kena mengena dengannya kerana anaknya sudah dewasa.

Beliau memberitahu pemberita soal Chia telah memberi sebuah kereta kepada Nedim, perlu dirujuk kepada kedua-dua mereka.

"Itulah antara anak saya dan Michael Chia ... Jika dia mahu beri Hummer atau Ferrari, itulah urusan Michael Chia."

(Pemimpin PKR menunjukkan gambar Hummer berharga lebih RM450, 000 yang didaftar atas nama Chia tetapi digunakan oleh anak Nazri, Nedim. Foto Malaysiakini)

Bagaimanapun, Nazri mengakui mengenali Chia secara peribadi dan pernah ke Dubai bersama dengan Chia, tetapi atas perbelanjaannya sendiri.

Nedim, anak sulong Nazri, didakwa menggunakan sebuah SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia.

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin pula dalam wawancaranya dengan Harakah meminta agar SPRM menyiasat semua ini khasnya kekayaan luar biasa Musa Aman.

"Saya tidak nafikan Musa Aman seorang ahli perniagaan yang berjaya, tetapi yang saya persoalkan bagaimana setelah Musa memegang jawatan KM Sabah, bagaimana beliau boleh tambahkan kekayaannya, sedangkan beliau tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam syarikat dan tidak boleh memiliki syarikat sendiri.

"Itu yang menjadi persoalan rakyat sekarang sedangkan mengikut laporan wangnya berjumlah bukan jutaan malahan bilion.

"Jadi pihak berkuasa sepatutnya siasat dan di sini tidak boleh timbul isu pilih kasih," kata Lajim dalam wawancara dengan Harakah itu.

Baca penuh wawancara Lajim dengan Harakah Ahad ini.

Laluan Zahid Belum Tentu Selesa Sebenarnya...

Shahbudin Husin
Minggu lalu saya menulis mengenai Zahid Hamidi yang dianggap oleh banyak pihak mempunyai peluang paling terbuka untuk meningkat naik dalam hireaki UMNO selepas pilihanraya umum akan datang ini.
Beliau yang kini menjadi Naib Presiden UMNO dan Menteri Pertahanan, mungkin akan bergandingan dengan Muhyiddin untuk bertanding jawatan nombor dua dalam UMNO sekiranya BN hanya mampu mencapai keputusan kurang daripada 140 kerusi Parlimen dalam PRU 13 ini. Muhyiddin yang mungkin mencabar atau dipaksa mengambil alih teraju UMNO daripada Najib, dirasakan amat sesuai bergandingan dengan Zahid untuk memulihkan semula kekuatan parti.

Sekiranya BN mencapai kemenangan selesa pula, tidak mustahil juga Zahid akan diasak untuk mencabar kedudukan Muhyiddin di kerusi nombor dua berikutan Zahid dilihat mempunyai rangkaiann pengaruh yang luas dalam UMNO selain PRnya yang boleh menambat hati sesiapa saja yang berpeluang bertemu dengannya. Harus diakui dari segi hubungan dengan ahli dan perwakilan UMNO, Zahid bila-bila masa boleh menewaskan Muhyiddin.

Ataupun jika keputusan terlalu buruk dialami oleh UMNO yang mungkin memaksa Najib dan Muhyiddin mengundurkan diri sekaligus, Zahid juga dilihat paing berpotensi untuk menerajui UMNO berbanding pesaingnya sekarang iaitu Hishammuddin Tun Hussein dan Shafie Afdal.

Ekoran tulisan itu, saya menerima pelbagai pandangan daripada rakan-rakan dalam UMNO sendiri mengenai perkara itu. Ada yang bersetuju dan ada pula yang kurang bersetuju.

Dalam konteks kedudukan Zahid, ramai pemimpin UMNO yang bersetuju bahawa Zahid mempunyai potensi yang lebih baik jika beliau mahu bertanding merebut jawatan nombor dua dalam UMNO. Sama ada beliau akan berhadapan dengan Muhyiddin atau bersaing dengan Hishammuddin bagi merebut jawatan itu, laluan Zahid tetap lebih baik.

Dengan imej bersih, perwatakan menarik, PR serta komunikasi dengan ahli UMNO yang cemerlang selain mempunyai rangkaian Grup Sahabat yang luas, Zahid dilihat boleh memenangi apa saja jawatan yang mahu ditandinginya. Lihat saja bagaimana beliau memenangi kedudukan undi tertinggi dalam perebutan Naib Presiden UMNO pada 2009 lalu serta bagaimana kemenangan bergaya dicapainya sebagai Ketua Pemuda UMNO pada 1996 dahulu meskipun pesaingnya ketika ada yang berjawatan menteri dan menteri besar.

Namun beberapa pemimpin peringkat pertengahan dan akar umbi UMNO melihat Zahid juga mempunyai kekurangan yang ketara iaitu keupayaannnya yang kurang menyerlah sebagai menteri berbanding kemilau yang dimilikinya sebagai pemimpin UMNO.

Lebih-lebih lagi sebagai Menteri Pertahanan, peranan Zahid dianggap oleh banyak pihak langsung tidak menyerlah. Beliau gagal membawa idea-idea baru yang besar serta menampilkan dirinya sebagai seorang Menteri Pertahanan yang dinamik dan berwibawa.

Kalau ada pun idea baru yang dilakukan Zahid hanyalah mengembangkan Askar Wataniah ke peringkat semua kawasan Parlimen tetapi itu tidak cukup untuk menonjolkan dirinya sebagai Menteri Pertahanan yang berwibawa. Lebih dari itu, idea barunya hanpir tidak ada.

Dalam konteks LIMA yang diadakan dua tahun sekali di Langkawi pula, beberapa pihak juga melihat bahawa Zahid gagal memanfaatkan sepenuhnya program dwi tahunan yang diilhamkan oleh Tun Mahathir itu untuk melonjakkan lagi namanya di mata rakyat.

Pameran LIMA di bawah Zahid hanya dilihat sebagai pameran pertahanan laut dan udara yang biasa-biasa saja. Tiada idea baru atau perkara yang agak menonjol dapat diketengahkannya.

Seorang pemimpin UMNO bahagian berkata, kejayaan Zahid dalam LIMA hanyalah kejayaannya membawa ramai pemimpin dan mereka yang pernah yang menjadi perwakilan UMNO ke pameran di Langkawi dengan menggunakan kemudahan pesawat udara TUDM.

Berbanding Hishammuddin yang semakin dipertikaikan oleh banyak pihak sama ada dalam UMNO atau rakyat biasa, terutamanya sejak menjadi Menteri Dalam Negeri sehingga dianggap Menteri Dalam Negeri paling lemah dalam sejarah Malaysia, ramai pula yang berpandangan bahawa Shafie Afdal lebih menyerlah serta fokus dalam tugasnya sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar berbanding Zahid.

Cumanya masalah Shafie Afdal ialah beliau berasal dari Sabah yang mungkin menghadkan peluangnya untuk mendaki tangga dalam hireaki UMNO berbanding pemimpin yang berasal daripada Semenanjung.

Kesimpulannya, di sebalik bercahayanya bintang Zahid dalam UMNO dan disukai oleh ramai ahli, pemimpin serta perwakilan UMNO itu sendiri, keupayaannya yang terhad sebagai Menteri Pertahanan dan pemimpin yang bermanfaat kepada seluruh rakyat, mungkin juga menipiskan peluangnya untuk mendaki tangga yang lebih tinggi.

Ini kerana berbanding kejayaan memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Naib Presiden dengan undi tertinggi sebelum ini, penilaian perwakilan UMNO mungkin berbeza dalam konteks jawatan yang lebih tinggi yang ingin ditandinginya.

Jika seseorang itu ingin merebut jawatan yang lebih tinggi seperti jawatan nombor dua misalnya, keupayaan sebagai pentadbir dan pemimpin kerajaan akan menjadi penilaian utama kerana selepas menang sudah tentu perlu memegang jawatan yang lebih tinggi atau penting dalam kerajaan.

Faktor inilah yanng mungkin menghalang kemaraan Zahid nanti, kata pemimpin UMNO bahagian itu lagi

TG Nik Aziz ajar solat di mana sahaja (Gambar)

Salmah Mat Husain Foto: Rizal Tahir
(TG Nik Aziz solat bersama exco dan isterinya di Istana Negeri Kelantan.)
KOTA BHARU: Solat boleh dibuat di mana sahaja. Di dalam belukar, di tepi sungai mahupun di dalam istana.

Inilah yang diajar secara praktikal oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada rakyatnya.

Hatta tanpa memiliki kain sembahyang yang lengkap (baju puteh), beliau mengajar umat Islam boleh menunaikan solat asalkan menutup aurat.

Semalam sewaktu majlis perasmian Ekspo Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) 2012, Tuan Guru berkesempatan menunaikan solat Zohor di Istana Negeri, iaitu di satu sudut ruang pameran sempena ekspo itu.

Turut menunaikan solat Zohor, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Sebelum ini, beliau dilihat menunaikan solat di tepi belukar dan di tepi sungai.

Memahami mengapa Morsi iktiraf Israel?

Burong Punggok
Banyak kalangan di dunia Islam khususnya gerakan Islam akan berasa kecewa dengan pengiktirafan Presiden Morsi terhadap Israel.Tetapi sebarang kekecewaan mesti diimbangi dengan pemahaman realiti geopolitik yang dihadapi oleh Morsi di samping keadaan Ikhwanul Muslimin dan gerakan Islam.
Pertamanya, Morsi adalah presiden negara Mesir dan pemimpin rakyat Mesir tanpa mengira aliran politik mereka. Pertimbangan yang perlu dilakukan ialah mengutamakan negara dan rakyat Mesir.

Maknanya walaupun Morsi adalah anggota dan wakil Ikhwanul Muslimin tetapi platform politiknya adalah Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP). Maka apabila beliau mengangkat sumpah presiden, ia berlandaskan pada kehendak perlembagaan negara bangsa Mesir.

Morsi sememangnya membawa aspirasi Ikhwanul Muslimin dan seperti gerakan Islam lain yang secara asas menolak kewujudan negara Israel.

Tetapi walaupun JFP adalah sayap politik Ikhwanul Muslimin, tetapi ia bukan Ikhwan. JFP adalah parti politik sementara Ikhwan adalah jemaah Islam. Kedua-duanya pula sebahagian daripada gerakan Islam, baik di Mesir dan di seluruh dunia.

Dari sudut lain pula, Ikhwan adalah idealisme sementara JFP adalah realiti politik, walaupun ia mendokong aspirasi Ikhwan.

Sementara Morsi pula adalah presiden kepada negara dan bangsa Mesir, dipilih melalui demokrasi oleh majoriti pengundi, tetapi yang minoriti terpaksalah menerima kepimpinannya.

Maka Morsi perlu membuat pertimbangan, dengan idealismenya dari Ikhwan dan dengan segala tradisi serta tarbiahnya, berdepan pula dengan realiti politik negaranya serta institusi yang diwarisi oleh Hosni Mubarak dan Anwar Sadat sebelum ini.

Maka dengan mengambil semua pertimbangan itu, beliau meneruskan dasar Mubarak dan Sadat untuk mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara bangsa.

Realitinya, Morsi dan sesiapa pun presiden Mesir tidak ada pilihan lain. Perjanjian Camp David telah dipersetujui oleh Kaherah dan Tel Aviv dan ia menjadi batu asas kepada perdamaian kedua belah pihak.

Sebarang pemansuhan perjanjian ini akan membawa kepada peperangan baru dan penarikan balik pelbagai sokongan serta bantuan Amerika Syarikat ke atas Mesir.

Hakikatnya, Mesir sudah pun bergantung kepada Amerika khususnya dari segi ekonomi. Morsi sememangnya wajar melihat gambaran politik lebih besar dan berjangka panjang.

Sememangnya wajar dua matlamat ditetapkan bagi negara Mesir iaitu memperbaiki kedudukan ekonominya dan memberi kesejahteraan kepada rakyat dengan akhirnya tanpa bantuan Amerika.

Namun begitu, jangka panjangnya ialah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, dengan keselamatan terjamin perlu diwujudkan.

Dari segi kaedah berpolitik, cara Morsi adalah serupa dengan apa yang dilakukan oleh Reccep Erdogan di Turki. Erdogan tetap meneruskan dasar kerajaan terdahulu Turki dalam hal mengiktiraf kenegaraan Israel.

Namun begitu, Erdogan berpegang kepada dasar membantu rakyat Palestin dalam bentuk menghantar flotila kapal ke Gaza.

Mesir dan Turki mempunyai kepentingan nasional yang memerlukan mereka terus mengiktiraf Israel dan bersekutu dengan Amerika.

Daripada kedudukan begini, sebagai negara yang dipimpin oleh gerakan Islam, Mesir dan Turki juga perlu memperjuangkan pembebasan Palestin untuk menjadi negara merdeka dan berdaulat.

Masalah Palestin bersifat serantau dan sejagat. Jalan demokrasi yang digunakan oleh Morsi dan Erdogan kini hendak diperluaskan ke Syria, Lubnan dan Iran yang akhirnya akan mengepung Israel dan membebaskan Palestin.

Sememangnya kaedah Mesir dan Turki disambut sinis oleh banyak pihak di kalangan umat Islam. Tetapi cara lama seperti yang pernah dilakukan oleh kerajaan bukan demokratik seperti Mubarak, Assad, Gaddafi dan Saddam telah gagal.

Begitu juga dengan cara Iran di satu pihak, dan Al-Qaeda di pihak yang lagi satu. Cara mereka telah menimbulkan banyak kesengsaraan rakyat di samping menjejaskan kepentingan nasional. Jalan demokrasi adalah satu ikhtiar baru.

Ramai tak ambil peduli himpunan 3 Nov di Seremban?

Ahmad Lutfi Othman
Siri demonstrasi aman, perhimpunan raksasa atau perarakan besar-besaran menuntut proses pilihan raya yang bersih dan adil, sejak kali pertama diadakan pada November 2007, sememangnya mendapat sambutan cukup menggalakkan.

Penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat semakin meningkat, tanda kesedaran rakyat terhadap tuntutan asas demokrasi itu bertambah terbuka dan menyeluruh. Proses pendemokrasian yang merupakan trend global dan fenomena sejagat tidak mampu disekat lagi. Malah Malaysia seharusnya berada dalam liga teratas bersama negara-negara demokratik yang memberi peluang sepenuhnya rakyat untuk berpartisipasi secara bebas.

Momentum tsunami politik Mac 2008 masih kuat

Dalam himpunan terakhir, Bersih 3.0, pada April 2012, penyertaan masyarakat Tionghua lebih menyerlah, menunjukkan keresahan berdepan pelbagai penipuan dan manipulasi semasa pilihan raya kini dikongsi lebih ramai khalayak. Ia juga bukti nyata bahawa tsunami politik Mac 2008 masih mempunyai momentum yang kuat.

Pemerintahan Najib Razak cuba memberi reaksi positif, dengan melakukan beberapa pembaharuan politik dan berusaha menampakkan imej lebih baik, untuk sedia mendengar kehendak rakyat, meskipun dalam masa sama, tumpuan diberikan bagi memalitkan wajah hodoh buat peserta dan penganjur Bersih.

Iklan tanpa berbayar di TV digunakan sepenuhnya untuk menggambarkan "Bersih Yang Kotor". Malang sekali, kian kerap ia diputar, penonton semakin jelak dan mual. Media baru terutama YouTube menjadi agen paling efektif memaparkan klip video adegan sebenar, menyanggah tohmahan peserta melakukan keganasan.

Bersih juga dipersepsikan seperti kebangkitan rakyat di Timur Tengah (apa salahnya demonstrasi menggulingkan diktator seperti Hosni Mubarak, kan?), untuk menghitamlegamkan lagi pemimpin Pakatan yang bersama dalam perarakan besar-besaran sekitar Dataran Merdeka itu.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PAS) terpaksa ditubuhkan, membabitkan wakil Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat; 22 cadangan telah dikemukakan selepas mengadakan siri mesyuarat dan pertemuan awam, termasuk menganjurkan lawatan kerja ke luar negara. Meneliti proposalnya itu, jawatankuasa tersebut seperti mahu menjawab lapan tuntutan utama Bersih, sekali gus menunjukkan kerajaan peka dengan desakan rakyat.

SPR keras kepala pertahan daftar pemilih yang kotor

Namun begitu, senarai daftar pemilih yang cukup meragukan, terutama di kerusi-kerusi tumpuan BN, langsung tidak dibersihkan, malah semakin menimbulkan tanda tanya dengan penemuan dan pendedahan yang mengejutkan. Nama-nama pengundi yang pelik dan aneh muncul, di samping alamat sama dikongsi begitu ramai pemilih, dengan bilangan yang tidak munasabah langsung.

Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap dilihat sebagai agensi kerajaan yang terbabit aktif dalam komplot BN bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pihak polis dan Majlis Keselamatan Negara, bagi mempertahankan Putrajaya dan menawan negeri-negeri yang kini diterajui Pakatan, terutama sekali Selangor.

Tuntutan akses media yang bebas dan adil pula langsung tidak dipedulikan. Pastinya Najib, melalui menteri berkaitan, Dr Rais Yatim akan mengemukakan cadangan seolah-olah Pakatan juga mempunyai ruang untuk berbicara langsung dengan rakyat, sekurang-kurangnya dapat membentangkan manifesto dalam siaran televisyen semasa berkempen nanti (jangan lupa, dengan syarat ketat yang mengikat).

Ia sekadar mahu mengaburi pandangan umum, sedangkan belum pun Parlimen dibubarkan, siaran TV, baik RTM mahupun stesen swasta sudah dipenuhi slot propaganda BN. Saya kira berbanding semasa era Abdullah Ahmad Badawi dan juga Dr Mahathir Mohamad, dakyah politik BN melalui kaca TV begitu ketara sekali di zaman Najib, terutama melalui lagu-lagu dan iklan politik tidak berbayar yang "disamarkan".

Justeru, apabila dimaklumkan satu Himpunan Kebangkitan Rakyat, menyamai Bersih 4.0, bakal diadakan sebelum Parlimen dibubarkan, saya menyokong penuh saranan itu sambil mengharapkan penganjurannya lebih tersusun dan sistematik lagi. Sesunguhnya padang permainan sama rata, dengan peraturan dan pengadil yang adil, harus diwujudkan terlebih dahulu, sebelum wisel ditiup!

Saya mendengar idea awal mengenai perhimpunan mega itu, yang diharapkan mampu mengumpulkan sejuta orang, apabila berkunjung ke pejabat bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadhir, di Seri Kembangan semasa Ramadan lalu.

Target sejuta orang

Kadir secara serius mencadangkan satu perhimpunan besar-besaran Pakatan Rakyat, dengan target menghimpunkan sejuta orang, di sebuah lokasi tertutup, seumpama Stadium Bukit Jalil atau Shah Alam, bagi menunjukkan kesatuan padu parti-parti pembangkang, dan menolak dakyah elit pemerintah yang sentiasa mencari jalan untuk "mengacau-bilaukan" seteru politiknya.

"Ya, kita boleh boleh namakan apa saja, misalnya Bersih 4.0, dan saya boleh menjadi tenaga pentingnya ... Bariskan serentak pemimpin utama Pakatan, dan buat pengisytiharan bagi menamatkan salah faham, khususnya antara PAS dan DAP. Memang selama ini pun, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sudah berucap berulang kali mengenai hal itu," tegas Kadir, sambil bertanya apakah saya juga setuju dengan cadangan tersebut.

"Selepas himpunan sejuta di Kuala Lumpur, maka kita akan berpindah ke negeri-negeri, dengan matlamat 100,000 hadirin. Kita perlu himpunan yang mendatangkan impak besar kepada pengundi sebelum PRU13," kata Kadir sambil merujuk kejayaan himpunan Hijau anjuran PAS. "Tapi kali ini ia membabitkan semua parti pembangkang," tambahnya.

Kadir mencadangkan agar himpunan itu memfokuskan kepada tuntutan akses media yang adil dan bebas. Katanya, isu media merupakan antara perkara paling pokok dalam sistem demokrasi dan proses pilihan raya. Ia sama sekali tidak boleh dipandang remeh, katanya, sambil menekankan bahawa maklumat harus sampai ke segenap pelosok tanah air dan setiap pintu rumah.

"Tidak semestinya apabila kita berada di pihak yang benar, seperti dalam isu air di Selangor, maka rakyat secara automatik akan memihak kepada kita sekiranya kempen penerangan atau penjelasan kerajaan negeri tidak disusun dengan baik," ujar Kadir.

Pakatan abaikan gerak kerja penerangan?

"Meneliti propaganda yang dimuatkan khususnya dalam TV, saya harap kita jangan pandang mudah perkara ini. Saya perhatikan, ia juga boleh mempengaruhi penonton, apatah lagi jika dipersembahkan dalam bentuk yang boleh menarik perhatian awam," katanya.

Sekiranya cadangan awal Kadir itu menjadi salah satu pendorong himpunan seumpama Bersih 4.0 digerakkan, bedanya cuma pelancarannya kini dibuat di Seremban Jaya, bukan di Stadium Bukit Jalil, dan ia tidak bertaraf program kemuncak yang mensasarkan sejuta kehadiran.

Namun begitu, ramai mengharapkan Himpunan Kebangkitan Rakyat, Sabtu 3 Nov ini menjadi pencetus terbaik, bukan sahaja bagi meneruskan tekanan dan lobi agar proses pilihan raya berjalan adil, bebas dan bersih, tetapi juga berupaya menyuntik semangat buat petugas Pakatan melakukan pecutan di pusingan terakhir menjelang tarikh pembubaran Parlimen.

Sebahagian rakan-rakan melahirkan keraguan mampukah Seremban menjadi tuan rumah yang dapat mengumpulkan 100,000 orang? Kebimbangan itu bersandarkan kepada promosi dan hebahan yang kurang menonjolkan, malah masih ramai aktivis parti yang tidak mendapat maklumat mengenainya.

Negeri Sembilan dilihat mempunyai keistimewaan tertentu, terutama dari segi kedudukannya yang strategik bagi memberi laluan buat momentum tsunami politik 2008 bergerak ke selatan. Dalam PRU13, Pakatan hanya kekurangan empat kerusi bagi membentuk kerajaan negeri yang baru. Majoriti dua pertiga BN dalam sidang Dun sudah berjaya dipecahkan.

Jangan hanya pentingkan kehadiran jika tiada impak

Meskipun himpunan 3 Nov ini bukannya lanjutan demonstrasi Bersih kerana ia dianjurkan Pakatan sendiri dan tidak melibatkan gabungan NGO seperti tiga perhimpunan terdahulu, saya kira bukan hanya jumlah kehadiran yang perlu dititik-beratkan, tetapi impak terhadap tuntutan membersihkan daftar pemilih dan akses media harus diambil kira.

Berbeda dengan Himpunan Hijau anjuran PAS yang mencapai kejayaan gemilang, terutama di majlis pelancarannya di Stadium Darul Aman, Alor Setar, awal Jun lalu, program di Seremban Jaya Sabtu ini mempunyai objektif lebih khusus, terutama untuk menarik perhatian seramai mungkin rakyat bagi mengenakan tekanan berterusan kepada pemerintah.

Selama ini, dalam keadaan agak uzur, Alhamdulillah, saya tidak pernah absen daripada mengikuti siri perarakan Bersih di Kuala Lumpur. Dan secara peribadi, saya berasa seronok, enjoy dan puas hati, meskipun tidak dapat berada dalam kelompok puluhan ribu demonstran, sekadar menjadi pemerhati di tepi jalan!

Semoga Seremban menjadi saksi, bukan sahaja kepada kemeriahan peserta yang dijangka memakai baju pelbagai warna khas (kuning, oren, hijau dan merah), mewakili tuntutan berbeda dengan hasrat yang sama, tetapi juga kepada tekad membara dan keazaman yang padu setiap rakyat yang mahukan proses pilihan raya negara ini menjadi lebih matang dan demokratik.