"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Ini rakyat AS pertama terlibat perang di Syria sebagai mujahidin

Rakyat AS pertama terlibat perang di Syria
SEORANG rakyat Amerika Syarikat (AS) disyaki terlibat dalam kejadian pengeboman berani mati di Syria Jumaat lalu, menurut kenyataan pegawai negara itu.

Kejadian tersebut merupakan yang pertama dalam konflik berdarah di Syria, lapor AFP.

Perkara tersebut disahkan disebalik kebimbangan mengenai jumlah kemasukan orang luar yang semakin meningkat ke Syria.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Jeneral Psaki, mengenalpasti pengebom berkenaan sebagai Moner Mohammad Abu-Salha.

Abu-Salha disyaki terlibat dalam pengeboman menggunakan lori ketika menentang rejim di utara Idlib, Syria pada Ahad lepas.

Abu-Salha juga menggunakan nama samaran Abu Hurayra Al-Amriki.

Abu Hurayra merujuk kepada salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW dan Al-Amriki bermaksud 'Amerika' di dalam bahasa Arab.

Mengulas perkara sama, Psaki berkata, beliau percaya penglibatan rakyat AS tersebut merupakan yang pertama sejak bermulanya perang saudara di Syria pada tahun 2011.

Sementara itu, dianggarkan di antara 9,000 hingga 11,000 pejuang asing telah memasuki Syria sejak tiga tahun lalu dan dipercayai berasal dari negara-negara jiran.

Teluk Intan: Dyana Sofya menang dari segi moral

MUHAMMAD FAIZAL
KUALA LUMPUR: Walaupun Dyana Sofya Mohd Daud kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, namun calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat itu tetap menang dari segi moral.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kekalahan dengan majoriti yang kecil itu membuktikan kekalahan moral kepada calon Barisan Nasional (BN).
BN memenangi PRK Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 238 undi, apabila calonnya, Datuk Mah Siew Keong mendapat 20,157 undi manakala Dyana mendapat 19,919 undi.

"Tahniah kepada Dyana kerana saingan yang beliau berikan kepada BN.

"Walaupun kalah tetapi beliau tetap menang dari segi moral dan kemenangan tipis BN ini cukup memalukan apatah lagi yang bertanding merupakan Presiden Gerakan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
IMAGE
Katanya lagi, sejak awal lagi Dyana diserang dari pelbagai sudut termasuk daripada agensi kerajaan sendiri, namum beliau mampu menghadapinya.

"Dyana bukan sahaja menghadapi serangan dari jentera BN tetapi dari agensi kerajaan.

"Ketabahan yang beliau tunjukkan ini merupakan satu permulaan baik untuknya bagi meneruskan perjalanan politik pada masa akan datang," katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai peratusan keluar mengundi yang merosot iaitu hanya 66.5 peratus sahaja, beliau berkata jangan selesa dengan keputusan PRU13 lalu

"Ini suatu peringatan kepada pengundi walaupun di mana sahaja, kita jangan berasa selesa bila melihat majoriti yang tinggi diperolehi pada pilihan raya umum yang lepas.

"Setiap pengundi perlu keluar dan balik bila adanya PRK, kemenangan dahulu tidak boleh menjamin kemenangan akan datang, saya harap ini dapat memberi pengajaran," sambung beliau.

'Saya bukan pengkhianat negara'

Izuan aktif mengasah bakat pemain badminton Jepun.
Izuan aktif mengasah bakat pemain badminton Jepun. Izuan aktif mengasah bakat pemain badminton Jepun.
NAMA Mohammad Izuan Ibrahim tiba-tiba popular. Kalau bukan kerana Jepun memenangi kejuaraan Piala Thomas buat kali pertama dalam sejarah pertandingan, barangkali anak Malaysia ini tidak dikenali ramai.

Kejayaan negara matahari terbit itu menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan akhir di Stadium Siri Fort, New Delhi, India menyebabkan negara kempunan menamatkan kejuaraan Piala Thomas selama 22 tahun.

Izuan, anak kelahiran Kelantan merupakan jurulatih mendidik pemain perseorangan kedua Jepun, Kento Momonta yang menumpaskan Chong Wei Feng 21-15 dan 21-17 sekali gus mengutip mata pendahuluan 2-1 dalam perlawanan akhir tersebut.

Namun di sebalik kejayaan tersebut, Izuan dicop sebagai pengkhianat kerana membantu Jepun menumbangkan Malaysia. Apa pun, bekas pendidik ini tetap tenang berdepan situasi itu dan tidak melatah dilabelkan sedemikian.

Wartawan Sinar Harian Kelantan, Mazram Idzam Ridzal Mahmud dan Siti Fatihah Awang berkesempatan menemui Izuan untuk wawancara eksklusif ini.

Orang tak kenal siapa Izuan Ibrahim tetapi tiba-tiba nama saudara hangat diperkatakan. Sebelum ini, saudara seorang pendidik, kemudian letak jawatan, tak pernah jadi pemain badminton kebangsaan tapi tiba-tiba jadi jurulatih badminton. Itu merupakan satu perkara menarik dan tidak diketahui ramai.

Izuan : Saya mula mengenali badminton sejak berumur tujuh tahun. Pada usia 13 tahun, saya berlatih bersama bapa Mohd Hafiz Hashim di Kelab Suara Muda. Setahun kemudian, saya dipanggil menjalani latihan bersama skuad Projek Kelantan.

Karier sebagai pemain badminton mula serius pada 2002 apabila saya berkelana dengan menyertai Kelab Profesional Nusa Mahsuri di Kuala Lumpur. Di situlah saya serahkan jiwa dan raga pada dunia badminton dan mula pasang impian menjadi jaguh dunia.

Namun saya terpaksa lupakan impian kerana ibu bapa mahu saya menyambung pelajaran. Sikap saya, apabila berkecimpung sesuatu bidang, saya cuba memahami persekitaran untuk disesuaikan dengan kehidupan peribadi. Jadi, saya melihat pekerjaan guru mampu memberi impak kepada sukan kerana saya mengambil jurusan bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur dari 2003 hingga 2005.

Justeru, saya hidupkan semula impian jadi jaguh dunia dengan menurunkan ilmu kepada anak didik.

Izuan memilih haluan berbeza, berkelana ke Jepun. Apa dilakukan saudara setelah bermastautin di negara tersebut sejak tiga tahun lalu?

Izuan: Tanggungjawab pertama saya di sini adalah bekerja dengan Persatuan Badminton Ehime di Kepulauan Shikoku. Untuk makluman, Ehime akan menjadi tuan rumah sukan Jepun pada 2017.

Melalui wakil, mereka berhubung dengan Kelab Nusa Mahsuri yang sekian lama menjalin kerjasama dengan pemain-pemain dari Jepun. Hakikatnya saya tidak yakin memikul tanggungjawab ini kerana saya sedar, rakan-rakan di Nusa Mahsuri jauh lebih berkaliber dan berkualiti. Namun saya beranikan diri (berhijrah) dengan niat menambah ilmu setelah jurulatih di Nusa Mahsuri beri sokongan.

Saya tiba di Jepun pada Februari 2011. Namun agak mengejutkan, saya dipinjamkan ke Persatuan Badminton Jepun untuk melatih pasukan remaja bawah 13, 16 dan 19 tahun. Dari situ saya banyak gunakan masa secara sendirian dengan mendapatkan input daripada Datuk Misbun Sidek dan rakan-rakan di Nusa Mahsuri. Jadi saya gunakan sebaik mungkin pengalaman diberikan oleh Persatuan Badminton Japan selama setahun (2011 hingga 2012).

Kejayaan Jepun menjulang kejuaraan Piala Thomas buat pertama kali dilihat satu sejarah bagi negara matahari terbit itu. Tetapi di sebalik kejayaan tersebut, timbul dakwaan mengatakan Izuan sebagai pengkhianat negara (Malaysia). Sejauh mana Izuan berusaha menepis persepsi buruk tersebut ?

Izuan: Sebelum perlawanan akhir, saya telah mengemas kini status di laman Facebook tentang perkara ini. Cuma saya tertanya-tanya daripada aspek mana saya digelar pengkhianat. Majikan saya adalah Jepun dan amanah yang saya pikul ini adalah untuk Jepun.

Pasukan Jepun memenangi perlawanan hasil kerja keras mereka selama tiga hingga empat tahun terdahulu. Bukan hasil daripada saya menjual taktikal pasukan negara (Malaysia) dan sebagainya. Saya bukan pengkhianat negara, tetapi saya menerima segala pandangan buruk yang dilemparkan asalkan saya tidak hina di mata ALLAH SWT. Saya rasa tenang mencari rezeki untuk anak dan isteri di sini.

Kejayaan Izuan membantu Jepun mengejutkan banyak pihak. Adakah saudara bersedia pulang ke Malaysia dan berkhidmat bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sekiranya mendapat tawaran ?

Izuan: Umur saya baru mencecah 30 tahun dan masih mentah dalam bidang ini. Kejayaan Jepun terutama Kento Momota yang pernah saya bimbing selama setahun, tidak boleh dijadikan penyebab untuk saya menerima mana-mana tawaran. Saya amat terharu sekiranya BAM mempercayai kebolehan saya dalam memimpin pemain kebangsaan atau pelapis.

Namun seperti saya beritahu, saya masih cetek pengalaman, adalah lebih baik buat saya untuk menimba ilmu sebanyak mungkin sebagai persiapan kerana saya sedar, bukan mudah menjadi jurulatih berkaliber yang mampu melahirkan jaguh dunia secara berterusan.

RESMI BN menang tipis majoriti 238 undi

Dyana Sofya Mohd Daud (DAP) mendapat 19,919 undi sementara Datuk Mah Siew Keong (BN) memperoleh 20,157 undi dengan 550 undi rosak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan hari ini.

Seramai 39,850 atau 66.50 peratus daripada 59,927 pengundi keluar mengundi selepas 35 pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang tadi.

Sebanyak 95.61 peratus atau 392 daripada 410 pengundi awal PRK itu, telah menjalankan tanggungjawab pada 27 Mei lepas



Dua anggota polis ditahan disyaki merogol dan membunuh dua beradik dan mayatnya digantung di pokok

Penduduk melihat mayat dua beradik tergantung di Katra.
Penduduk melihat mayat dua beradik tergantung di Katra.
UTTAR PRADESH - INDIA. Polis menahan tiga suspek dua daripadanya adalah anggota polis selepas disyaki merogol dan membunuh dua beradik di Katra, utara India.

Pegawai polis Atul Saxena berkata, penduduk menemui mayat kedua-dua mangsa tergantung di pokok beberapa jam selepas mangsa dilaporkan hilang dari kawasan semak berdekatan rumah mereka.

“Mangsa berusia 14 dan 15 tahun itu pergi ke kawasan semak kerana tiada tandas di rumah,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan autopsi ke atas mayat mengesahkan mangsa dirogol sebelum digantung.

Insiden itu mencetuskan kemarahan penduduk apabila tidak membenarkan mayat diturunkan sehingga suspek ditahan. -Daily Mail

Dari Istana Ke Bilik Suluk,Kisah Taubat Seorang Sultan (Aku banyak buat maksiat kata tuanku)

Tranungkite
Saya berbangga kerana masih ada lagi penulis yang sanggup menulis tentang kebenaran yang hak. Oleh itu di bawah ini saya siarkan semula tulisan beliau yang telah disiarkan pertama kalinya dalam majalah ‘Imam’ edisi Januari 1990. Disamping itu saya juga menyiarkan sebuah tulisan yang lain bertajuk ‘Dari Istana Ke Bilik Suluk’ oleh Muhamad Jihad.

Cerita mengenai Sultan tersebut ditulis oleh Akhdiat Miharja itu saya petik seperti berikut.

Kekuasaan dan kemewahan hidup menjadikan manusia lupakan Allah dan melakukan segala kemungkaran, tetapi ketika diburu maut, penyesalan dan taubat menggantikan titik terakhir bagi kehidupan.
Demikian juga yang berlaku ke atas Almarhum Sultan Perak, Raja Idris Shah Ibni Sultan Alang Iskandar – beliau mengakui melakukan berbagai-bagai maksiat dan kemudiannya bertaubat dalam masjid Haram.

“Saya banyak dosa, tak lalu nak bilang, macam gunung, macam Sungai Perak,” titah baginda kepada saya.

“Saya tau saya banyak berpura-pura kepada rakyat, depan mereka saya macam orang alim, tapi di belakang, di luar negeri saya berbuat maksiat,” titahnya.

“Allahu Akbar, saya tau dosa dan pahala, halal dan haram, tapi kerana saya Sultan yang berkuasa, mewah hidup dan lupakan Allah, saya buat semuanya,” titah Sultan lagi.

“Saya syukur, saya sempat bertaubat dalam Masjid Haram…saya menangis, saya menyesal…saya harap Allah terima taubat saya sebelum saya mati,” tambahnya.
Demikian suatu madah rendah diri dari seorang Sultan kepada saya di Istana Tambun, Ipoh kira-kira jam 3.00 pagi dalam tahun 1983.Baginda baru kembali dari melakukan ibadah umrah di Makkah.

Saya dijemput ke Istana Tambun oleh baginda sehari selepas baginda pulang dari Makkah dan pertemuan saya dengan baginda pada pagi itu benar-benar terasa sedih dan pilu dalam diri saya.

Ketika saya tiba di ambang pintu Istana Tambun kira-kira jam 11.00 malam, seorang pegawai istana memberitahu saya, yang Sultan sedang menunggu saya dalam bilik di tingkat atas.

“Ada siapa bersama baginda?” saya bertanya.

“Tak ada, baginda sedang baca Quran,” jawab pegawai itu.

Sebaik baik saja saya mendengar kata-kata pegawai yang lurus seperti pegawai istana Harun Amirul Rasyid itu, timbul sesuatu yang luar biasa dalam hati saya.

“Kalau Sultan dah baca Al-Quran, ini dah ganjil,” hati saya berkata lalu saya memanjat tangga istana.

Sebagai penulis, saya diberikan kebebasan oleh Sultan Perak untuk masuk ke dalam mana-mana istananya di Kuala Kangsar dan di Ipoh hingga Istana Perak di Kuala Lumpur.
Sebaik-baik saja saya melangkah masuk ke dalam bilik dan belum sempat saya memberi salam, Sultan Perak dengan nada bergurau bertitah, “Orang dah kaya, aku yang dah nak mati ni pun tak ingat.”

“…Tuanku belum nak mati, umur Tuanku panjang,” saya berkata sambil menghulurkan dua puntung tangan kepada baginda lalu baginda menyambut.

“You kata aku panjang umur, Allah kata you tak tau,” titah Sultan dengan wajah tenang.

Saya diam dan duduk atas kerusi di hadapan baginda.
“Nah, minum air zam-zam ni, aku ajak pergi ke Makkah tak nak, bukan kena keluar duit, aku yang nak belanja,” titah Sultan sambil mengunjuk gelas kosong kepada saya.

Waktu itu saya diam dan hanya mecapai jag berisi air zam-zam lalu menuang ke dalam gelas dan saya minum.

“Tuanku sihat di Makkah?”
“Sihat tu sihatlah, tapi hati…Allah yang tahu,” titahnya.
“Ngapa, ingatkan yang baru ni (isteri)?” saya bergurau.

“Tak, aku tak ingat siapa, yang aku ingat mati…, aku akan mati tak lama lagi…,”jawab baginda.

Saya sedar Sultan Perak ada menuntut ayat Al-Quran dari Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim di Kepala Batas dan sekiranya ayat Al—Quran yang dihafal itu tidak dapat dibaca atau lupa, maka bererti maut hampir tiba kepada yang menghafal ayat tersebut.

“You buat tak tau, kan guru kita dulu ajar ayat Quran tu, di Makkah aku lupa ayat tu,” titah Sultan.

“Tak tuntut ayat tu, Tuanku, patik tuntut ayat lain,” saya berkata serius.

“Aku lupa ayat tu sebaik-baik masuk ke Makkah…, aku menangis kerana aku banyak buat maksiat, doa…,” Titah Sultan sambil mengunjukkan sebuah Al-Quran kepada saya.
“Allah tau, aku ni Sultan, berkuasa, mewah hidup, rakyat jelata sanjung aku sebagai ketua agama Islam di negeri ini, tapi aku…,” titah Sultan dan kelihatan baginda mengesat air matanya dengan belakang tangan kirinya.

“…tapi aku menyesal, aku bertaubat dalam masjid Haram, aku menangis kerana insaf akan diri aku yang telah banyak buat dosa,” titah Sultan.

“Tuanku usah sedih, Allah tetap menerima taubat Tuanku, sekadarkan Tuanku jangan ulangi lagi, jangan tau buat, bukan taubat…” kata saya sambil senyum.

“Tak, aku tak buat lagi, aku tak minum arak lagi…aku hanya minum air teh China macam you…” titah baginda.

Dalam pertemuan kami dari jam 11.00 malam hingga jam 4.00 pagi itu tidak diganggu oleh sesiapa kerana baginda telah memberitahu pegawai istana supaya melarang orang masuk ke biliknya.

Di tingkat bawah ramai orang besar-besar dan pegawai kerajaan sedang minum-minum dan menari kata mereka bersyukur kerana Sultan telah kembali ke tanahair.

Baginda bertitah dengan saya dari isi hatinya sendiri dan waktu itu saya digunakan oleh Sultan sebagai ulama atau pakar rujuk agama.
Saya menyebut begitu kerana Sultan membaca ayat-ayat Al-Quran yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dan baginda bertanya kepada saya akan sesuatu dalam ayat-ayat itu.

“Kalau Allah tak terima taubat aku macam mana?”Sultan bertanya.

Mendengar soalan itu saya hampir ketawa dan kemudian bergurau dengan berkata, “…Tuanku akan dibakar dalam api neraka yang hangatnya entah berapa juta kali ganda dari hangat api yang ada ini.”

“Allahu Akbar…!” Sultan bertitah dalam keluhan.

“I waktu itu melihat dari jauh,” saya bergurau lagi.

“You lainlah, you tak minum arak, tak tinggal sembahyang, tak tinggal puasa, tapi aku…?” Tanya Sultan.

“Kan Tuanku dah bertaubat dan Allah sedia menerima taubat Tuanku,” kata saya untuk menghilangkan keraguan baginda.

“Tu aku tau, tapi…,” titah Sultan sambil merenung muka surat Al-Quran.

Sesuai dengan pengakuannya, saya dapati baginda tidak minum arak lagi, hanya minum teh China dan saya merenung di atas meja kecil di sudut bilik itu ada sehelai sejadah.

Baginda bertitah, bahawa kalaulah baginda seorang rakyat biasa, mahulah baginda tinggal tinggal bermastautin di Makkah dan sentiasa melakukan ibadat di dalam Masjidil Haram.

Saya tidak mahu menjawab apabila baginda bertanya, apakah Allah akan menyoalnya di akhirat nanti akan tanggungjawabnya sebagai seorang Sultan Pemerintah dan sebagai Ketua Agama Islam di negeri Perak iaitu sejauh mana tanggungjawab itu baginda telah tunaikan.

Baginda tahu saya tidak mahu menjawab soalan itu dan baginda mengalih titahnya kepada hal Menteri Besar Perak, politik masa ini dan hasrat Baginda supaya negeri Perak mengamalkan syariat Islam sepenuhnya.

Lalu saya berfikir pada pagi itu, bahawa Sultan Perak di hadapan saya adalah insan yang terpengaruh dengan segala kebendaan dan alim ulama dan orang Besar yang mengelilinginya tidak pernah menasihati baginda kepada jalan yang soleh.
“Tuanku ada mufti, kadi, dan alim ulama yang boleh membimbing Tuanku ke jalan yang soleh…” kata saya.

“Demo tu makan gaji…. Mana nak fikirkan semua ni…” titah baginda.

Saya hampir ketawa waktu itu kerana sebai-baik saja saya mendengar titah baginda saya teringat akan cerita filem Allahyarham P. Ramlee mengenai Negeri Perak, iaitu filem Musang Berjanggut.

Ulama dalam kisah Musang Berjanggut tidak menasihat Sultan kepada jalan yang soleh, sebaliknya dia melakukan kemungkaran.

Sayang apa yang kami cakapkan dan apa yang diluahkan oleh Sultan Perak kepada saya dari malam hingga ke pagi itu tidak seorang pun dari rakyat Negeri Perak mengetahuinya.

Waktu saya akan pulang meninggalkan Istana Tambun pada pagi itu, Sultan bertitah “Kalau aku mati, kalau you nak tulis biografi aku, jangan lupa tulis yang kita cakap tu.”

Beberapa hari kemudian baginda meninggal dunia sebelum meneguk air teh China dalam majlis jamuan yang diadakan oleh saudagar ikan di Sitiawan.

Baginda telah menitahkan saudagar ikan itu supaya menyediakan air teh China untuk baginda dalam majlis jamuan tersebut.

Oleh sebab anika jenis minuman keras turut dihidangkan dalam majlis itu, maka air teh China dalam gelas di hadapan baginda kelihatan seperti minuman keras juga.
Baginda meninggal dunia sebelum sempat minum air tersebut. Saya mendapat tahu sepanjang perjalanan dari Taiping ke Sitiawan baginda telah bertengkar dengan isteri yang ke dua.

Sultan Perak mengidap sakit jantung disebabkan masa itu Negeri Perak diliputi oleh suasana krisis politik, iaitu antara baginda dengan Menteri Besar, Datuk Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, maka fitnah terhadap baginda disebarkan ke merata-rata yang kononnya baginda mangkat kerana banyak minum minuman keras.

Artikel penuh disini

Mayat suspek bunuh kanak-kanak ditemui di Sungai Klang (Gambar)

Mayat suspek bunuh kanak-kanak ditemui
SHAH ALAM: Mayat lelaki yang disyaki menculik dan memenggal seorang kanak-kanak telah ditemui di Sungai Klang, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Pengarah Pembantu Operasi Selangor Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul mengesahkan penemuan mayat berkenaan pada jam 4 petang berhampiran tebing sebuah sungai di Petaling Jaya./sinarharian

Seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya terpisah dari badan di tebing Sungai Klang berhampiran stesen komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin, di sini, malam tadi.

Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri.

Mangsa di bawa lari oleh warga asing berkenaan disebuah pusat membeli belah di Pudu Sentral ketika ditinggal bersama rakan ibu berkenaan.
CCTV menunjukkan warga asing mengheret tangan mangsa keluar daripada pusat membeli belah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.

"Polis sedang mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.

"ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya.

Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan jubin berhampiran mayat namun belum dapat dipastikan sama ada ia digunakan untuk mengelar mangsa.

"Polis tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan senjata tajam untuk mengelar leher mangsa berdasarkan kesan kelar berkenaan," katanya.

Motif sebenar kejadian itu belum dikenalpasti dan siasatan lanjut dijalankan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.
....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
Pasukan polis memeriksa mayat kanak-kanak di lokasi kejadian di Kuala Lumpur malam kelmarin.
KUALA LUMPUR - Suspek dalam kes bunuh kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan, dipercayai lemas selepas bertindak terjun ke dalam Sungai Klang berhampiran lokasi mayat kanak-kanak itu ditemui semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon berkata suspek berbuat demikian selepas dihampiri saksi dalam kejadian kira-kira 9 malam tadi.

"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memang jelas dan kami buat fotofit, namun kami dapati suspek dipercayai lemas selepas melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai apabila dihampiri saksi," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Katanya rakaman CCTV itu diambil dari sebuah lif pusat membeli-belah Kotaraya di sini, iaitu lokasi kanak-kanak tersebut ditinggalkan oleh ibunya bersama rakan sebelum ke tandas.

Wanita itu kemudian mendapati anaknya hilang dan mayat kanak-kanak tersebut ditemui oleh orang awam kira-kira 9 malam tadi dalam keadaan kepalanya terputus daripada badan.

Anggota Bomba dan Penyelamat sedang giat mencari suspek kes bunuh yang dipercayai lemas selepas membunuh seorang kanak-kanak berusia 18 bulan di Sg Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur di Jalan Hishamuddin malam semalam di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BernamaBahagian belakang kepala kanak-kanak itu juga pecah, dipercayai akibat hentakan.
Polis turut menemui pecahan seramik dan sepasang selipar di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, Hong Soon berkata polis kini berusaha mengesan mayat suspek di dalam sungai itu dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng sebelum ini dilapor berkata ada saksi mendakwa melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak itu di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan "sesuatu" pada leher mangsa. 
-Bernama

Muhyiddin Yassin tipu kaki putarbelit, BN buat ceramah dituduhnya DAP yang buat

DAP menggesa BN agar berhenti menipu dengan mendakwa DAP tidak hormat kepada kemangkatan bekas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dengan meneruskan ceramahnya di Jalan Mahkota, semalam.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu berhenti mengaitkan Raja-Raja Melayu dalam kempen mereka kerana BN turut mengadakan ceramahnya di Dataran Menara Condong semalam.

"Ini sungguh tak bertanggungjawab dan tak bermoral cuba mainkan api perkauman.

"BN juga adakan ceramah. Bukankah mereka juga terdesak, kalau mereka tak buat ceramah Ok-lah tapi mereka juga cuba buat ceramah.

"Kalau sendiri buat, pembangkang tak boleh buat?" kata Guan Eng dalam sidang media petang ini.

Menurut Lim, kenyataan Muhyiddin pagi ini amat "berbahaya" kerana cuba membangkitkan sentimen seperti itu.

Walhal, DAP sendiri tidak membangkitkan mengenai kempen anjuran BN pada malam kemangkatan Sultan Azlan Shah, Rabu lalu.

Menurutnya, rakaman DAP menunjukkan BN meneruskan ceramah mereka pada satu majlis makan malam anjuran GERAKAN di sebuah restoran.

"Bagi kita, kita hanya atur kempen selepas majlis pengebumian.

"Hari Rabu kita buat makan sahaja (kerana) makan malam amal itu orang dah beli tiket.

"Kita buat makan sahaja tak ada ceramah.

"Kita tak pernah mainkan serangan begini, ia amat berbahaya dan satu kenyataan yang tidak patut datang dari mulut seorang timbalan perdana menteri," katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media di pusat operasi DAP di Bandar Baru Teluk Intan.

Adun UMNO Terengganu mana yang perempuan simpanannya buat aduan??

Dulu Adun UMNO Terengganu Zakaria (Paka) tidak di calonkan semula apabila isteri keduanya membuat pendedahan peribadi di facebook setelag dia ada "kes" dan kahwin yang ketiga. Malah kereta dan rumahnya juga turut dijual secara senyap.

Sekarang ada satu lagi kes melibatkan tingkah laku buruk adun UMNO Terengganu. Ini kes perempuan simpanan.

Menurut maklumat yang kami terima, perempuan simpinannya tak puas hati kerana janji untuk kahwin tidak ditunaikan malah banyak alasan dan dalih. Tunda demi tunda!

Dimaklum perempuan berkenaan telah membuat aduan kepada pihak Istana untuk masuk campur menyelesaikan masalah berkenaan.

Disebabkan masalah ini, demi menjaga maruah (tapi maruah dah tak ada pun!!!) adun berkenaan ingin meletak jawatan.

Mengikut sumber tersebut lagi, pihak UMNO sedang berusaha 'membujuk' adun berkenaan supaya menyelesaikan masalahnya dan jangan meletak jawatan bagi menyelamatkan kedudukan UMNO Terengganu yang agak goyah. Lagi pun MB beru masih belum stabil.

Apa pun kita tunggu apakah episod letak jawatan ini berlaku. PERANG KELUARGA adun berkenaan membantu Perang UMNO Terengganu... (antara dua team) dan memberikan ruang kepada Pakatan Rakyat mengimbanngi kedudukan kerusi adun negeri.

Tunggu dan lihat!!!

TEMPAYAN RETAK

Tak sampai sebulan jadi MB, 50 Pegawai Tadbir Negeri Ditukar!!

Selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik menteri besar menggantikan Datuk Seri Ahmad Said. Team UMNO baru Terengganu membuat proses "pemutihan" team Ahmad Said dalam Kerajaan Negeri.

Seramai 50 Pegawai Tadbir Negeri akan ditukar berkuat kuasa 2 Jun ini mengikut sumber daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.

Mengikut sumber berkenaan lagi "PEMUTIHAN" juga akan di lakukan untuk setiap UMNO Bahagian untuk memastikan 'orang-orang Ahmad Said' disingkir dan dimatikan terus untuk memastikan mereka tidak boleh bangkit terus.

Ada juga sumber menyebut pemutihan ini adalah mendapat restu daripada UMNO Pusat untuk mematikan hanya satu team sahaja UMNO di Terengganu.

Kesian Ahmad Said selepas ini akan dijadikan Bahan Makanan Zoo Terengganu!!

TEMPAYAN RETAK

Kumpul Cadbury yang ada DNA Babi suruh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ni makan!

Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu "halal dimakan", demikian menurut Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

Katanya lagi "Dalam kes produk siap diproses dan dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai halal tetapi kemudian didapati berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

Saya tak nak ulas panjang pasal perkara ini sebab ini adalah kata-kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang arif tentang agama Islam!!!!!!

Saya hanya minta persatuan & NGO Islam kumpul coklat Cadbury yang ada DNA BABI tu suruh Pengerusi dan Ahli Majlis Fatwa MAKAN!!!

Lagi baik bagi makan semua anak beranak Dr Abdul Syukor.. Tak apa Ummum al-Balwa!!!

TEMPAYAN RETAK

PRK Teluk Intan: BN rampas majlis perwaris

Alfian ZM Tahir 
DAP PCTELUK INTAN: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendakwa Barisan Nasional (BN) telah ‘merampas’ majlis amal mereka malam kelmarin dengan mendakwa membawa seramai 150 ahli DAP untuk menjadi ahli BN.
Badan NGO tersebut, Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Perwaris) berkata bahawa BN telah menggunakan kesempatan tersebut untuk kepentingan sendiri.

Wakil Perwaris tersebut Mohd Yusuf Abdul Manaf yang hadir di sidang akhbar parti DAP tengahari tadi berkata tujuan sebenar mereka mengadakan majlis tersebut adalah untuk menjemput wakil dari Gerakan, Datuk Mah Siew Keong untuk bersama sama Perwaris dalam mendengar luahan hati pemandu teksi di Teluk Intan.

“Pada asalnya kami mahu Mah untuk hadir tetapi beliau tidak hadir. Kami kecewa,”

“Kami mahu beliau mendengar luahan kami tetapi sebaliknya majlis tersebut menjadi majlis BN untuk mengumumkan ‘kemasukan’ ahli DAP kedalam parti tersebut,” kata Yusuf yang juga timbalan pengurusi persatuan teksi Teluk Intan.

Dalam sidang akhbar yang sama, bekas ahli parlimen Teluk Intan selama dua penggal M.Manogaran memberitahu pemberita bahawa tiada seorang pun wakil parti DAP yang keluar parti pada malam tersebut.

Turut hadir adalah S.Santhi wanita yang dikatakan dipaksa untuk memakai baju BN sewaktu majlis tersebut yang dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan.

“Tiada seorang daripada DAP keluar parti malam tersebut. Mereka telah ditipu oleh BN bahawa mereka akan menerima hamper jika menghadiri majlis tersebut,”

“Sebaliknya mereka dipaksa memakai dan memegang bendera BN,” kata Manogaran.

Santhi pula mendakwa bahawa beliau khuatir akan keselamatan diri beliau kerana dikelilingi oleh ramai wakil parti BN dan oleh itu beliau terpaksa menuruti perintah daripada penganjur.

“Saya takut akan di apa apakan oleh itu saya ikut sahaja apa yang disuruh,” kata Santhi yang merupakan ahli parti DAP dan sekarang pemandu teksi.

Pada malam 27 Mei, BN mendakwa seramai 150 wakil parti DAP akan menyertai BN kerana kecewa dengan parti politik tersebut.

Akan tetapi hanya tiga orang yang mendakwa diri mereka wakil DAP hadir di majlis tersebut termasuk Santhi.

Sejurus selepas majlis tamat, Santhi mendakwa telah ditipu oelh penganjur ketika ditemu bual pemberita.

(Gambar)Tangan putus ditetak lelaki bermotorsikal

Mangsa yang putus tangan kanan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
BACHOK: Seorang lelaki kehilangan tangan kanan akibat ditetak sekumpulan lelaki yang dikenalinya dipercayai akibat dendam lama.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa yang beralamat di Besut, Terengganu dikatakan menunggang motosikal dari rumah arwah bapa saudaranya menuju ke rumah ibu mentuanya.

“Pada jam 8.45 malam 28 Mei lalu, mangsa yang berusia 43 tahun itu dibawa orang ramai yang melalui lokasi kejadian ke rumah ibu saudaranya dalam keadaan berlumuran darah dan tanpa tangan kanan.

“Mangsa memaklumkan ketika tiba di kawasan perumahan baharu di Bukit Temalong, dia didatangi sekumpulan lelaki bermotosikal dari arah belakang yang terus menetaknya menggunakan senjata tajam. Mangsa bagaimanapun sempat melarikan diri selepas ditetak.

“Mangsa tidak pasti senjata yang digunakan oleh suspek. Mangsa telah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)untuk rawatan. Usaha mencari tangan mangsa yang putus turut berjaya dan dihantar ke HUSM, tetapi tidak diketahui sama ada boleh disambung atau tidak,” katanya.

Abdul Hamid berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
-sinarharian-

Pilihanraya kecil di Terengganu? Bekas perempuan simpanan ADUN membuat aduan kepada istana

PETALING JAYA: Heboh di negeri Terengganu berita kononnya satu pilihanraya kecil bakal diadakan tidak lama lagi kerana seorang ADUN dikatakan akan meletakkan jawatan.

Sejak dua hari lepas pelbagai khabar-khabar angin bertiup di negeri tersebut. Pejabat FMT turut dihujani dengan panggilan telefon daripada orang ramai untuk mengesahkan berita tersebut.

Menurut sumber, ADUN itu tidak tahan dengan tekanan dan beliau akan melepaskan jawatan di atas sebab-sebab peribadi walaupun beliau telah berhasrat tidak mahu bertanding lagi pada PRU akan datang.

FMT difahamkan ia adalah kerana bekas perempuan simpanannya membuat aduan kepada istana yang mana ADUN tersebut mungkir janji.

Pihak yang rapat dengan istana ketika dihubungi menjelaskan setakat ini ahli perniagaan tersebut belum lagi membuat temujanji dengan istana.

Jika benar khabar-khabar angin ini, maka pilihanraya kecil (PRK) tidak dapat dielakkan di negeri penyu itu.

Kini BN mempunyai 17 kerusi manakala PAS dan PKR mempunyai 15 kerusi. Jika PAS menang dalam PRK itu, ia menyebabkan BN dan PAS akan mempunyai bilangan kerusi ytang sama (16 kerusi).

FMT berusaha menghubungi ADUN berkenaan tetapi gagal.

Jutaan Rama-Rama Iringi Jenazah Almarhum Sultan Azlan? (Gambar)

Ini adalah keadaan di istana lama

Menurut sumber istana, jutaan rama-rama telah mendatangi istana lama yang menempatkan jenazah Almarhum sebelum kehadiran jenazah. Sebaik jenazah tiba jumlah rama-rama semakin meningkat sehingga langit istana kelihatan gelap dengan rama-rama melindungi istana daripada cahaya matahari.

Malang sekali hanya satu gambar dihantar ke email saya. Jika ada gambar keadaan langit ketika itu pasti lebih menarik.

Menurut sahabat, TV 3 turut menyiarkan berita kehadiran jutaan rama-rama ini. Maaf sangat-sangat sebab saya dah boikot tv3 100%. Oleh itu saya tidak dapat mengesahkannya.

Wallahu A'lam

Baca selanjutnya di

Video: Ibu mangsa rogol rotan suspek di Pantai Tujuh Tumpat


Seorang lelaki parah dibelasah sekumpulan individu dipercayai kerana merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam kejadian di Pantai Seri Tujuh, Tumpat, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kumpulan individu dipercayai ahli keluarga mangsa dikatakan membelasah lelaki berusia 30-an itu di hadapan orang ramai.

Lelaki itu yang cedera parah kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini. Sumber berkata, mangsa yang berasal dari Jertih, Terengganu dikatakan datang ke rumah saudaranya di Bachok sebelum menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan. Turut didakwa merogol mangsa adalah rakan lelaki terbabit. Sumber itu berkata, kerana marah, keluarga mangsa mencari suspek sebelum seorang daripadanya dikesan berniaga di Pantai Seri Tujuh, Tumpat.

“Sebaik melihat mangsa, kumpulan individu terbabit terus menyerang dan melucutkan seluar mangsa sebelum memukulnya dipercayai dengan rotan sambil disaksikan orang awam,” katanya. Perlakuan itu turut dirakam pihak tertentu dan dimuat naik sebelum tersebar secara meluas di Internet sejak semalam.
-hmetro-

Permohonan pengesahan lafaz cerai Abby ditangguh (Video)

AbbyMAHKAMAH Rendah Syariah Gombak Timur menangguhkan permohonan lafaz cerai melalui khidmat pesanan ringkas (S-M-S) yang difailkan pelakon dan penyanyi, Abby Abadi.
Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, suaminya melafazkan cerai itu pada  kira-kira jam 10.15 pagi, 9 Mei lalu.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin menangguhkan pengesahan lafaz cerai itu selepas Abby memaklumkan terdapat satu lagi lafaz yang dibuat suaminya,  Mohd Nor Farhan Che Bakar, sebelum ini.

Abby memberitahu, pada Januari lalu, Farhan pernah memberitahu seorang rakan bahawa mereka telah bercerai.

Kes akan didengar semula pada 11 Jun depan.


Rogol beramai-ramai: Seorang bapa bersama dua anaknya turut terlibat

Seorang bapa bersama dua anaknya antara 14 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata tiga beranak yang berumur antara 15 hingga 38 tahun itu ditahan pagi semalam di sekitar Ketereh.

"Anak beranak itu ditahan untuk membantu siasatan kes rogol itu dan terbaharu kita menahan seorang lagi lelaki berumur 20-an juga di sekitar Ketereh pagi ini.

"Pagi ini, seramai sembilan lelaki termasuk tiga beranak itu direman selama seminggu yang menjadikan keseluruhan direman adalah seramai 13 orang termasuk seorang gadis berumur 17 tahun semalam," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pasir Mas, hari ini.

Lai berkata seorang lagi suspek yang ditahan pagi ini akan direman esok.

Beliau berkata gadis yang direman semalam turut membuat laporan polis di Ibu

Pejabat Daerah Polis Kota Baharu mendakwa dirinya dirogol dalam kejadian itu.

Polis kini sedang memburu saki-baki suspek yang terbabit dalam kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan, katanya.

Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.

Sementara itu, Lai berkata polis menahan seorang lelaki berumur 20-an kerana membelasah dua lelaki disyaki merogol adiknya yang berusia 12 tahun dalam satu kejadian di Tawang, Bachok, pada 24 Mei lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata, katanya.
-Bernama-


UMNO memang CELAKA baiki huruf K sahaja 20k!

Kerosakan pada huruf "K" pada perkataan KUANTAN di kawasan paya bakau Sungai Kuantan berhadapan dengan Taman Esplanade dibaiki dengan kos RM20,000.00 mengikut jurucakap Majlis Perbandaran Kuantan.

Kos membaiki itu dikatakatan terlalu tinggi.

Memang UMNO celaka sapu duit rakyat!

Kangkung

Menteri Umno Lompat Parit lari dari wartawan Malaysiakini?

Ketua penerangan Umno Datuk Seri Ahmad Maslan enggan bertemu para wartawan Malaysiakini pada malam tadi untuk mengulas mengenai satu acara ganjil anjuran BN sebelum ini.

Menteri tersebut malah mengelak daripada meninggalkan majlis melalui pintu utama dan sanggup menyeberangi satu parit demi mengelak dari bersemuka dengan wartawan Malaysiakini dan KiniTV yang menunggunya.

Drama tersebut berlangsung pada kira-kira jam 10.40 malam tadi, selepas Ahmad menyampaikan satu ucapan berhubung cukai barangan dan perkhidmatan kepada kira-kira 50 orang di Kampung Padang Tembak Dalam, Teluk Intan.

Terdahulu semasa beliau sedang berucap, seorang lelaki memakai baju kempen BN mendekati wartawan Malaysiakini dan meminta pengenalan daripada mereka.

Lelaki tersebut kembali ke tempat duduknya tanpa sepatah kata selepas mendapat tahu bahawa wakil Malaysiakini sedang membuat liputan majlis tersebut dan dilihat mencatat sesuatu di atas sekeping kertas.

Beliau seterusnya dilihat menyampaikan nota berkenaan kepada Ahmad yang sedang berucap. Ahmad selepas itu membacakan nota berkenaan dengan kuat "Malaysiakini sedang rakam ucapan".

Selepas ucapannya tamat dan bergambar dengan hadirin di majlis tersebut, Ahmad meminta pembantunya menunjukkan tempat di mana wartawan Malaysiakini dan KiniTV sedang menunggu, di pintu masuk dewan.

Beliau kemudian membuka langkah ke satu longkang berdekatan dan melintas longkang tersebut untuk keluar dari kawasan berkenaan. Seorang pembantu yang membawa lampu suluh turut membantu menunjukkan jalan kepada Ahmad.

Ahmad seterusnya berjalan cepat-cepat untuk keluar dari kawasan berkenaan dan mengelak dari lensa sertai enggan melayan permintaan untuk menemubualnya.

Beliau yang dikawal oleh lima orang pembantu bergegas ke sebuah kenderaan sambil dikejar oleh para wartawan.

Wartawan berkenaan mahu beliau menjelaskan mengenai program melibatkan sekumpulan penyokong DAP yang dikatakan mahu berpaling tadah.