"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Sultan Kelantan naik kereta ‘bersiar’ tinjau Kota Baru

Mohd Zuharman

KOTA BARU, 3 April: Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang dikatakan masih gering keluar dari Istana Mahkota, Kubang Kerian dekat sini untuk ‘bersiar-siar’ di bandar Kota Baru lewat petang tadi.

Baginda dengan ditemani Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, menaiki kereta Batley yang dipandu anakanda ketiganya Tengku Muhammad Fakhry Petra yang juga Tengku Temenggong Kelantan.

Foto yang diperoleh menunjukkan baginda berada di tempat duduk penumpang bahagian depan dan kelihatan ceria.

Jurucakap Istana Mahkota yang ditemui berkata, ini adalah kali kedua baginda keluar melihat situasi persekitaran bandar Kota Baru sejak berangkat pulang daripada menjalani rawatan di hospital Singapura.

“Tiga hari lepas baginda bersiar-siar di pekarangan Istana Mahkota dan berangkat ke Istana Negeri, kemudian pulang semula ke Istana Mahkota.

“Kalau kita orang kampung bercakap, keluar ambil angin... begitulah lebih kurangnya,” kata jurucakap itu yang enggan namanya didedahkan.

Beliau juga enggan menyebut tahap kesihatan baginda sekarang.

“Saya tak boleh pastikan itu sebab saya bukan doktor.

“Tapi kalau hendak dibandingkan dengan dulu memang Tuanku nampak lebih sihat dan stabil sekarang ini,” katanya.

Tuanku Sultan berangkat pulang ke Istana Mahkota 4 Mac lalu setelah hampir 10 bulan menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Sebelum itu baginda dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini pada bulan yang sama.

-malaysianinsider-

Cuba beli undi: MB S'gor bidas BN

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membidas janji-janji pilihan raya yang ditaburkan oleh BN bagi merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor tetapi seringkali tidak mengotakannya.

"Jangan menipu rakyat Selangor. Penyanggak tidak ada urusan di negeri ini,” bidasnya.

Abdul Khalid, yang juga ketua PKR selangor mencabar BN untuk terus menaburkan lebih banyak janji kepada pengundi di Hulu Selangor menjelang hari pengundian 25 April ini.

"Kita alu-alukan RM2 juta yang mereka akan curahkan di kampung-kampung di Hulu Selangor. Lagipun duit itu adalah hak kita sebagai pembayar cukai. Saya juga cabar mereka untuk membina universiti di sini.

"Kerajaan negeri akan carikan tanah yang sesuai dan memberi kepada mereka dengan harga premium yang rendah. Mereka boleh namakan universiti apa-apa sahaja yang disukai, Universiti BN atau Universiti 1Malaysia...asalkan mereka mengotakan janji-janji mereka,” katanya selepas sesi turun padang di SKC Bernam, Hulu Selangor petang tadi.

PKR, katanya lagi akan menggunakan pendekatan mesra rakyat dalam kempennya untuk pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ini.

Bukan 'berorientasikan janji-janji'

Menteri besar Selangor itu juga berkata PKR tidak akan terbabit dalam sebarang pertelingkahan atau bermain dengan emosi orang ramai dalam usaha meraih sokongan dalam kempennya.

"Ceramah kami semasa kempen nanti akan lebih 'berorientasikan rakyat', dan bukannya 'berorientasikan janji-janji', tapi kami akan jadi 'offensif' sekiranya terdapat usaha menipu rakyat Selangor," katanya.

Merujuk kepada calon PKR untuk pilihan raya kecil itu Abdul Khalid berkata kepimpinan tertinggi parti akan mengumumkan namanya apabila tiba masanya, malah menurutnya beliau sendiri sehingga kini tidak tahu siapa yang akan diketengahkan sebagai calon.

Kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor sepatutnya tidak boleh dimulakan selagi proses penamaan calon pada 17 April ini belum berlansung.

Namun, semalam Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Hulu Selangor akan mendapat empat sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta ringgit.

Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.

Hari ini pula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan projek perumahan baru untuk warga Felda di Gugusan Sungai Dusun.

Projek bernilai RM32 juta ringgit ini membabitkan 2,50 unit, setiap satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000 ringgit.

Tuduhan meleset

Abdul Khalid juga menolak dakwaan Najib kononnya rakyat sudah hilang keyakinan dengan Pakatan Rakyat.

"Jika dia kata rakyat tak yakin dengan Pakatan, kenapa Najib datang ke mari? Dia sepatutnya pergi berseronok di tempat lain,” katanya sambil merujuk lawatan Perdana Menteri di kedai-kedai sekitar Kuala Kubu Baru hari ini.

Sementara itu, lebih 500 orang menghadiri majlis bersama Menteri Besar dan Pemimpin Pakatan Rakyat untuk mendengar maklum balas terhadap masalah yang dihadapi masyarakat setempat.

Abdul Khalid juga menyerahkan hak milikan tanah kepada lebih 108 penduduk Hulu Selangor.

Beri geran

Khalid berkata pemberian geran ini sudah dirancang sejak tiga bulan lalu, dan usaha ini akan diteruskan sepanjang tahun bersama Pejabat Daerah Hulu Selangor. Kerajaan negeri meletakkan sasaran 100,000 pemberian milikan tanah di seluruh Selangor.

Pada majlis tersebut, Khalid berkata kerajaan negeri komited untuk membantu warga Selangor menduduki tanah yang sekian lama dinafikan kepada mereka di bawah pentadbiran lalu.

Dalam perkembangan lain Khalid berkata ibu bapa yang tinggal lebih dari lima tahun di Selangor kini boleh mendaftarkan anak-anak mereka dengan Tabung Anak Selangor (Tawas) walaupun anak-anak mereka dilahirkan di luar Selangor.

"Para ibu bapa berkenaan perlu mendapat pengesahan daripada ketua kampung atau pengawai daerah masing-masing bagi tujuan itu," tambahnya.

Tawas merupakan antara projek kerajaan Selangor dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri, dan antara lain agendanya ialah bagi membolehkan anak-anak yang terpilih untuk didaftar berpeluang menerima RM 1,500 tiap seorang hasil daripada pelaburan mereka dalam tabung itu.

-malaysiakini-

Mafrel Bidas Sogokan Pilihanraya

Badan pemantau pilihanraya, Malaysian for Free and Fair Election (Mafrel) membidas usaha kerajaan Umno-BN menyogok pengundi Hulu Selangor dengan limpahan projek perumahan dan sekolah.

Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh berkata Umno-BN sekali lagi menunjukkan ia tidak menghormati proses pilihanraya demokratik, dan menggesa Suruhanjaya Pilihanraya mengambil tindakan tegas terhadap parti itu.

"Ini satu jenis kempen dan kalau berbalik kepada peraturan pilihanraya dia merupakan satu kesalahan peraturan pilihanraya. Jadi seharusnya pihak SPR memberikan amaran dan kemudian mungkin mengambil tindakan supaya mengeluarkan arahan supaya tidak ada berlaku apa-apa kempen sekarang sehinggalah apabila hari penamaan calon"

Belumpun bermula Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan para pengundi Hulu Selangor akan mendapat empat buah sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta ringgit.

Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.

Keesokannya, Perdana Menteri Najib Abdul RAzak mengumumkan projek perumahan baru untuk pendudk Felda di Gugusan Sungai Dusun. Projek bernilai RM32 juta ringgit ini melibatkan 2,50 unit, setiapp satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000 ringgit.

"Walaupun mungkin apa yang dinyatakan oleh pihak kerajaan khususnya mereka melakukan itu dalam rangka mereka menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat jawatan kerajaan. tetapi hakikatnya kalau kita lihat kepada kenyataan-kenyataan mereka ianya jelas berunsurkan kempen"
-tvselangor-

Dua beranak mati akibat H1N1

Seorang ibu dan anaknya yang sarat mengandung adalah dua mangsa terbaru yang meninggal dunia akibat jangkitan Influenza A (H1N1) di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.

Beliau berkata kedua-dua wanita yang disahkan positif H1N1 itu meninggal dunia masing-masing pada Rabu dan semalam di Hospital Melaka.

Bagaimanapun, Liow memberitahu pemberita bahawa keadaan jangkitan H1N1 di negara ini pada keseluruhannya semakin baik.

"Saya nak yakinkan orang ramai keadaan semakin pulih. Kementerian Kesihatan lebih tahu situasi dan faham keadaan lebih baik. Sekiranya ada gelombang kedua pihak kementerian akan umum," katanya di Melaka.

Mengulas mengenai kedua-dua kes tersebut, Liow berkata dalam kes pertama wanita berusia 54 tahun itu meninggal dunia akibat komplikasi diabetes selepas dimasukkan ke hospital pada Selasa lepas dengan simptom Penyakit Serupa Influenza (ILI).

Wanita itu telah diberikan rawatan Tamiflu bagaimanapun masalah kencing manis yang tidak terkawal menyebabkan komplikasi '
severe metabolic acidosis' akibat kegagalan buah pinggang, jangkitan kuman lain dan kencing manis, katanya.

Liow berkata anak wanita itu pula yang berusia 29 tahun dan sedang mengandung 36 minggu dimasukkan ke hospital dengan tanda kelemasan bayi dalam kandungan.

"Pada masa yang sama, wanita itu turut menunjukkan gejala ILI dan disahkan positif H1N1. Rawatan Tamiflu dimulakan bagi menyelamatkan bayi dan pembedahan dilakukan pada hari yang sama.

"Selepas pembedahan, wanita itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) tetapi mengalami komplikasi dan meninggal dunia semalam akibat '
Adult Respiratory Distress Syndrome'," katanya.

Beliau berkata ujian terhadap bayi wanita itu bagaimanapun negatif untuk H1N1 dan kini berada dalam keadaan stabil.

Mengulas mengenai jangkitan itu pada keseluruhannya, Liow berkata sehingga pukul 6 petang semalam seramai 26 orang telah disahkan positif H1N1, dan sebanyak 375 kes ILI sedang dirawat di hospital di seluruh negara.

Liow berkata orang ramai yang berisiko seperti wanita hamil, penghidap penyakit kronik boleh mendapatkan suntikan vaksin H1N1 di 104 fasiliti kesihatan.

Orang ramai boleh layari laman web www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my untuk maklumat lanjut.

-Bernama-

Najib usah kempen jika dakwa Pakatan hilang sokongan

Clara Chooi

HULU SELANGOR, 3 April:Tan Sri Khalid Ibrahim menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan berkata, beliau tidak harus berkempen di sini jika merasakan pengundi-pengundi kawasan Hulu Selangor sudah hilang keyakinan terhadap Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menteri Besar Selangor membuat teguran ini sebagai menjawab kenyataan Najib, Pengerusi Barisan Nasional (BN) pagi tadi bahawa masyarakat Hulu Selangor sudah hilang keyakinan ekoran perkembangan dalam PKR sejak kebelakangan ini.

Ketua PKR Selangor itu menambah, jika begitu keadaannya Najib tidak perlu datang ke sini untuk berkempen dan menghabiskan masanya sehari suntuk di Hulu Selangor.

Semalam timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menghabiskan masa kira-kira tiga jam di sini.

“Jika mereka (pengundi) sudah hilang keyakinan (ke atas kami), jadi mengapa mereka harus datang ke sini?

“Beliau boleh pergi ke mana-mana dan berehat. Beliau berkata mereka sudah hilang kepercayaan tetapi masih datang ke sini untuk menunjukkan muka, beliau harus ke Sabah atau Sarawak dan membantu penduduk miskin di sana atau ke Kelantan... ia adalah tempat di mana pendapatan per kapita adalah rendah,” kata beliau.

Tan Sri Khalid Ibrahim (kiri) berbual dengan Aminah Shafie (tengah) ketika majlis di SKC Bernam. - Gambar oleh Jack Ooi

Beliau berkata demikian selepas sesi bertemu rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bernam di sini petang ini.

Najib berkata beliau mahu rakyat membuat kesimpulan sendiri mengenai situasi politik pembangkang yang kini dilihat semakin sukar mendapat sokongan daripada anggota parti itu sendiri.

Perdana Menteri berkata pembangkang, khususnya PKR kini sering bertelagah sesama sendiri dan pelbagai pendedahan semakin banyak dibuat oleh bekas anggota parti itu, walaupun mereka dikatakan rapat dengan pemimpin parti pembangkang itu.

“Kalaulah orang rapat dengan kita satu demi satu dah hilang kepercayaan dan dah keluar parti, apa kesimpulannya? Kita bukan cakap pasal orang luar, ini orang rapat dengan kita. Apakah mesejnya, apa kesimpulannya?,” katanya ketika berucap melancarkan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) di Felda Sungai Tengi.

Najib berkata, antara anggota PKR yang keluar parti bukan calang-calang orang, bahkan merupakan golongan intelektual yang juga rapat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertahun-tahun lamanya.

Sambil menyifatkan kenyataan Najib sebagai sesuatu yang silap dan tidak logik, Khalid mencabar pentadbiran BN pimpinan Najib supaya terus-menerus menghulurkan bantuan kepada kawasan Hulu Selangor.

“Mengapa tidak? Teruskan. Kami tidak kisah. Jika mereka hendak membina sebuah universiti di sini, kami turut menggalakkan.

“Malah, kerajaan Selangor akan terus membantu menyediakan tanah kepada mereka melakukan ini, kami mahukan sebuah hospital universiti. Mereka boleh mengadakan sebuah hospital universiti ala BN di sini, panggil sebagai Universiti 1Malaysia jika mereka mahukan, selagi mereka berpegang pada janji,” kata Khalid lagi.

Khalid juga memberitahu, kerajaan Selangor bersedia untuk membantu kerajaan persekutuan merangka pelan bagi pembinaan universiti.

Menteri Besar juga menolak pendekatan ofensif yang hendak digunakan untuk memenangi pilihan raya sambil menegaskan PKR dan Pakatan akan menggunakan moto atau pendekatan mudah, “kami berkhidmat untuk rakyat.”

“Mereka juara retorik tetapi tidak boleh berkhidmat. Inilah hakikatnya,” kata beliau sambil menambah, “politik Selangor sudah berubah.”

“Kami menyediakan perkhidmatan terlebih dahulu, kemudian baru kita bercakap,” katanya.

-malaysianinsider-

Guna gambar Pakatan untuk ceramah Umno

Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 3 April:
Sekali pandang nampak macam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng yang akan memberikan ceramah tetapi sebenarnya Datuk Seri Zahrain Ibrahim dan Ezam Mohd Nor sebenar. Ia sangat mengelirukan.

Ekoran itu, Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pinang Tunggal dan Pakatan Rakyat Kepala Batas mendesak Polis membuat siasatan segera terhadap beberapa helai sepanduk yang mengelirukan rakyat itu.

Ia digantung untuk satu majlis ceramah di Kampung Paya Keladi pada 6 April ini.

Sebenarnya ia adalah program anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas yang didalangi oleh Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas.

Pemidato jemputan ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dan bekas Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Ezzam Mohd Noor.

Pengarah Dun Pinang Tunggal, Mohd Akhir Che Mat berkata, lapuran polis telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seberang Perai Utara pada pukul 9.00 pagi dan selesai pada pukul 11.00 pagi tadi.

Menurut beliau, pihak polis dikehendaki mencari dalang sebenar yang dikira sengaja menimbulkan perasaan benci membenci di kalangan masyarakat.

Bukan itu sahaja mereka juga harus menyiasat siapa Angkatan Belia Muda Kepala Batas yang menjadi penganjur program terbabit yang pastinya tanpa permit.

"Pihak polis dikehendaki membuat siasatan segera terhadap sepanduk yang terpampang di serata tempat yang memaparkan gambar Anwar dan Lim Guan Eng. Dari gambar itu seolah mereka yang akan berpidato, " tegasnya kesal.

"Keadaan itu membuktikan Umno ketandusan ideal untuk berhadapan dangan rakyat dengan mempergunakan dua tokoh besar tanah air sedangkan yang akan berceramah ialah Dato' Zahrain dan Ezzam, " jelas beliau yang juga Naib Pengerusi Pakatan Rakyat Kepala Batas.

Khalid Samad: PM 1Malaysia Tidak Wajar Sokong Perkasa

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, berkata sokongan yang ditunjukkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bercanggah dengan konsep 1Malaysia yang disuarakan.

Beliau menjelaskan pemerintah yang mewar-warkan kesatuan semua kaum dan agama tidak seharusnya merestui retorik perkauman melampau yang dibawa oleh Perkasa, atau mana-mana pihak sekalipun.

"Kerajaan kalau ingin menjaga hubungan yang baik dikalangan kaum mesti tidak membenarkan sikap-sikap keterlaluan yang sepertimana di bawa oleh Perkasa itu untuk terus diperjuangkan, kerana ianya merupakan satu corak hasutan kepada rakyat, terutamanya menghasut bangsa Melayu kita untuk membenci dan mencurigai kaum lain, walhal kita bicara soal 1Malaysia," tegas Khalid.

Khalid Samad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri semalam. Najib dalam temubualnya bersama agensi berita Al-Jazeera berkata Perkasa bukan pelampau ekstrem dan demikian itu kerajaan akan cuba memenuhi permintaan mereka.

Khalid berkata jelas sekali 1Malaysia yang dicanangkan hanyalah wayang kulit untuk melunakkan wajah perkauman Umno, sekaligus menutup imej yang telah sedia tercalar.

"Saya pun hairan mengapa datuk seri Najib berkata sebaliknya, lebih-lebih lagi kalau kita melihat tentang tuntutan yang dibawa oleh mereka jelas bercanggah dengan konsep 1Malaysia," katanya.

"Tindak-tanduk mereka mengapi-apikan semangat kebangsaan akan menimbulkan ketegangan," tambah beliau.
-tvselangor-

Hulu Selangor: Akhbar milik Samy Vellu dakwa Subra sabotaj Palanivel

G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 3 April: Ketika MIC berhadapan dengan desakan Umno agar diserahkan kembali kerusi Hulu Selangor, akhbar milik keluarga Presiden MIC mendakwa bekas timbalan presidennya Datuk S. Subramaniam bekerja keras mensabotaj Datuk G. Palanivel daripada diturunkan semula oleh BN.

Subramaniam tewas dua kali berturut-turut di tangan Palanivel yang mendapat restu Datuk Seri S. Samy Vellu.

“Presiden parti (MIC) berhadapan dengan situasi yang amat sukar untuk mengemukakan nama (Palanivel) selaku timbalan presiden untuk bertanding semula.

“Ketika pucuk kepimpinan bekerja keras untuk menangani situasi ini, bekas timbalan presiden dan bekas timbalan menteri Datuk Subramaniam mengambil segala langkah secara terbuka dan bijak untuk memastikan Palanivel tidak diberikan peluang bertanding semula,” kata rencana hampir satu halaman akhbar Tamil Nesan terbitan hari ini.

Terdapat tiga akhbar harian berbahasa Tamil di negara ini termasuk Tamil Nesan.

Palanivel yang tewas pada pilihan raya umum dua tahun lalu bersama Samy Vellu, dinamakan sebagai wakil MIC untuk bertanding semula di Hulu Selangor.

Sementara MIC hanya mengesyorkan nama Palanivel setakat ini, Umno pula menuntut agar kerusi Parlimen Hulu Selangor diserahkan kepada mereka.

Rencana akhbar itu, yang disiarkan di muka akhir Tamil Nesan hari ini mendakwa Subramaniam berazam untuk mematahkan tulang belakang musuhnya meskipun beliau sanggup hidungnya patah.

“Beliau (Subramaniam) begitu berhasrat mahu membalas (dendam) selepas ‘tewas’ sebanyak dua kali dalam pemilihan jawatan timbalan presiden.

Malah Subramaniam kemungkinan beranggapan bahawa jika Palanivel tidak mendapat tiket bertanding ia akan membawa “kelebihan politik” bagi dirinya.

Kata akhbar itu, sekiranya Palanivel mendapat peluang bertanding di sebalik situasi sukar dialami sekarang, Subramaniam dikatakan sedang mengkaji kemungkinan meletakkan calon bebas di Hulu Selangor.

Ia juga menambah, Subramaniam menghimpunkan segala laporan dibawa Utusan Malaysia, Berita Harian dan portal The Malaysian Insider untuk menjayakan “usaha terbaiknya”.

Dengan terlibat dalam kegiatan ini, dakwa akhbar itu lagi Subramaniam terus meletakkan hasrat mahu menjadi presiden MIC.

Tamil Nesan juga mendakwa usaha Subramaniam itu akan berterusan dalam akhbar miliknya Makkal Osai dan media-media lain selepas ini.

Oleh kerana muslihat politik boleh datang dalam apa jua bentuk, kata Tamil Nesan, tindakan menggali kubur bagi calon MIC bukan sesuatu yang baru bagi Subramaniam, yang tewas dalam saingan tiga penjuru kepada Palanivel September lalu.

Akhbar itu juga menambah, Subramaniam telah meminta penyokong-penyokongnya supaya bekerja bertentangan dengan kepentingan calon BN apabila beliau tidak diturunkan sebagai calon pada 1990 dan 2008.

Malah Subramaniam didakwa cuba menjejaskan peluang Samy Vellu mengekalkan kerusi Sungai Siput dua tahun lalu dengan menghantar tokoh-tokoh perniagaan.

Subramaniam walaupun merupakan timbalan presiden sejak 1981 hingga 2006, tetapi melalui “permusuhan” berpanjangan sehingga sekarang.

-malaysianinsider-

Najib bermula dengan Altantuya, setahun dengan APCO

Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 3 Apr:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi strategi membisunya ketika isu APCO Worldwide menyelubungi genap setahun beliau menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Beliau memulakan pentadbirannya dengan strategi membisu terhadap dakwaaan beberapa akhbar luar negara seperti Liberation, The Nation, Sunday Times, Times of India, The Australian, New York Times, International Herald Tribune, Far Eastern Economic Review dan Kompas yang menyiarkan artikel-artikel yang membangkitkan persoalan yang mengaitkan dirinya dengan pembunuhan Altantuya dan komisen besar yang diberikan oleh syarikat Perancis, Armaris, kepada sebuah syarikat Malaysia.

"Setelah genap setahun beliau menerajui kerajaan BN, beliau menyambutnya dengan strategi yang sama terhadap pendedahan bahawa beliau memperalatkan wang rakyat untuk membahayakan negara ini dengan mengambil khidmat APCO yang didominasi Yahudi Zionis," katanya.

Dalam satu kenyataannya, APCO sendiri menyatakan antara tugasnya termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan Najib, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.

"Najib mendedahkan negara ini kepada ancaman besar apabila kita mengambilkira penglibatan APCO di dalam beberapa projek yang berkaitan perisikan dan keselamatan yang dilakukan melalui rakan strategik dan firma sekutunya, Asero Worldwide.

"Amat membimbangkan apabila diambilkira bahawa petualang-petualang Zionis secara serentak menjadi konsultan dan anggota pengurusan APCO dan Asero.

"Contohnya, pengasas dan presiden Asero Worldwide, Doron Bergerbest-Eilon juga berada dalam Majlis Penasihat Antarabangsa APCO. Beliau adalah bekas ketua bahagian perlindungan dan keselamatan dan pegawai kanan dalam Shin Bet atau Agensi Keselamatan Israel - ISA," kata Salahuddin.

Najib juga, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, membisu apabila dibangkitkan terlalu banyak persamaan yang sangat ketara antara One Israel dan 1Malaysia.

"Jika Najib merasa begitu selesa dengan strategi membisunya, kita pula akan terus menyedarkan rakyat tentang bahaya yang diangkut olehnya ke dalam negara ini melalui APCO," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pembangkag Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan beberapa persamaan antara One Israel dan 1Malaysia.

Menurut beliau, perkara itu tidak boleh dianggap kebetulan kerana kedua-dua konsep tersebut dicetuskan oleh pegawai perisikan tentera Israel yang sama yang bekerja dengan bekas Perdana Menteri negara Zionis, Ehud Barak, pada tahun 1999.

Pegawai tentera terbabit yang kini bekerja dengan APCO pernah bekerja di bawah Barak yang ketika itu menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera Israel, kata Anwar.

"Platform Satu Israel menjanjikan perkhidmatan yang lebih baik dalam pendidikan dan kemudahan kesihatan baik manakala di Malaysia pula ada klinik 1Malaysia,

"Tujuan Ehud untuk alih isu 'settlement' atau penempatan, iaitu alih pandangan lain dalam negara manakala 1Malaysia alih isu pertelingkahan antara kaum dan masalah rasuah dalam negara.

"Mesej Satu Israel ialah 'People first' manakala 1Malaysia pula 'Rakyat didahulukan', kemudian One Israel menubuhkan Tabung Satu Israel manakala Malaysia menubuhkan Yayasan 1Malaysia.

"Jadi persamaannya itu terlalu banyak di antara apa yang dibuat Barak dan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak," kata Anwar.

APCO juga didedahkan pernah mengikat perjanjian perkhidmatan dengan kerajaan Zionis Israel pada 1992.

Straits Times (ST) Singapura melaporkan, penyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat membuktikan perkara itu.

"Dalam jawapan berhubung laporan Jabatan Kehakiman tersebut, APCO menyatakan firma itu bekerjasama dengan sebuah syarikat bersekutu dalam sebuah projek untuk kerajaan Israel ketika itu," lapor ST.

Akhbar itu memetik Timbalan Pengarah Urusan APCO, B Jay Cooper berkata: "Perkhidmatan yang diberi adalah berkaitan media, melibatkan perolehan dana dari kerajaan Amerika Syarikat bagi perumahan pendatang dari Rusia".

Cooper bagaimanapun menyatakan bahawa APCO ketika itu "dimiliki oleh Grey Global Group"
.

Muhyiddin VS Najib?

Mohd Nazree Mohd Yunus

Mungkinkah Pagoh bakal menyerang Pekan? Mungkinkah Muhyiddin Yassin berani melanggar Najib? Jika dalam kemelut politik MCA agak menarik untuk kita teliti bahawa Chua Soi Lek (Bekas Timbalan Presiden MCA) telahpun secara berani mencalonkan diri bagi menentang Ong Tee Keat (Bekas presiden MCA) bagi jawatan Presiden dalam pemilihan yang berlaku semalam.

Dan ternyata Chua Soi Lek telahpun menang dan menerima mandat oleh perwakilan. Jadi tidak mustahil untuk kita juga melihat bahawa ada kemungkinan-kemungkinan Muhyiddin akan mencalonkan diri dalam pemilihan UMNO akan datang jika mendapat sokongan akar umbi seperti mana Chua Soi Lek yang mendapat sokongan akar umbi MCA.

Kita berbicara soal ini kerana terdapat ketidak konsistenan Muhyiddin dalam menyokong polisi atau pendekatan Najib melalui 1 Malaysia. Rakyat didahulukan untuk didungukan oleh Najib-Muhyiddin dengan polisi flip flop mereka. Mereka tidak konsisten antara menggagaskan polisi dan implimentasi tindakan. Seorang bercakap soal 1 Malaysia manakala seorang bercakap soal hak Melayu sahaja.

Pertama, tatkala Najib berbicara soal 1 Malaysia, Muhyiddin memfokuskan persoalan Melayu. Ini pertentangan umum yang jelas menunjukkan kontradiksi. Najib melancarkan website 1 Malaysia, Muhyiddin melancarkan My Malaysia. Namun sehingga kini laman My Malaysia (Muhyiddin Yassin untuk Malaysia) sudahpun ditutup kembali. Apakah sebabnya? Ini hanya beberapa nukilan permasalahan di antara mereka. Banyak lagi yang dimaklumi rakyat.

Apakah mungkin tidak ada cara lain bagi Muhyiddin menyelamatkan UMNO melainkan secara berani menawarkan diri bertanding bagi jawatan Presiden UMNO menentang Najib sepertimana Chua Soi Lek lakukan terhadap Ong Tee Keat?. Sekarang kononnya UMNO sudah subur demokrasi. Sistem kouta sudah tidak perlu lagi untuk bertanding jawatan termasuk bagi jawatan Presiden. Jadi Najib jangan bimbang dan terkejut jika Muhyiddin bangkit menentangnya dalam pemilihan akan datang.

Jika Muhyiddin merasakan politik Melayu itu boleh meneruskan survival UMNO, mungkin lebih baik Muhyiddin bertanding melawan Najib. Namun jika Najib mersakan strategi 1 Malaysia lebih ampuh, tidak perlu lagi Muhyiddin untuk membising bicara soal Melayu. Realitinya jika, jika dalam kalangan UMNO itu memilih 1 Malaysia, maka sebenarnya pilihan rakyat itu adalah bersama Pakatan rakyat yang lebih jujur menterjemahkan keadilan dan kesaksamaan ekonomi kepada rakyat berbanding UMNO/BN.

Jika ini yang berlaku, tidak ada satu haluan di antara pemimpin nombor satu dan nombor dua (tatkala kononnya Najib menjaja 1 Malaysia), kita selaku Generasi Muda dan Anak Muda tidak boleh menaruh keyakinan terhadap kepimpinan UMNO/BN lagi. Sudah tiba masanya kita rakyat Malaysia bersedia bangkit dan membina Harapan Baru buat rakyat Malaysia melalui kepimpinan yang lebih Berintegriti dan Berkebajikan.

http://minda-pemuda.blogspot.com/

Tempat Muktamar PAS Lenggong esok diubah

Mohd Syamil Azhar
LENGGONG, 3 April:
Mesyuarat Agung PAS kawasan Lenggong esok terpaksa dipindahkan ekoran Dewan Merdeka Lenggong tidak diluluskan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ianya akan berpindah ke Dewan Sekolah Agama Rakyat Hidayatul Quran, Kota Tampan Air.

Yang DiPertua PAS kawasan, Haji Razman Zakaria berkata, alasan PBT untuk tidak meluluskan permohonan mereka adalah tidak munasabah.

"PBT terbabit tidak meluluskan penggunaan Dewan Merdeka Lenggong dengan alasan hendak membaik pulih atap, seolah-olah kerja-kerja membaik pulihnya akan dilakukan segera.

"Saya difahamkan dewan itu baru saja dibaik pulih, tapi apa yang saya kesal apabila pihak berkenaan melewat-lewatkan keputusan sedangkan permohonan telah dibuat awal lagi," katanya kesal.

Berikutan perubahan di saat akhir itu, jawatankuasa terutama Setiausaha PAS kawasan terpaksa membuat makluman semula kepada semua cawangan memberitahu mengenai perubahan tempat mesyuarat.

Mesyuarat Agung PAS kawasan tersebut esok akan dirasmikan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki jam 9 pagi.

Anwar diugut akan dibunuh jika jadi PM

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 3 April:
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diugut 'mati' jika beliau terpilih menjadi Perdana Menteri Malaysia nanti.

Ugutan itu dibuat dalam laman komuniti Facebook Anwar Ibrahim dengan menggunakan nama 'Radon Rascesium'.

"Disini say berani berjanji, klu PR tawan Malaysia, dan Anuar nie jd PM. Saya akan pastikan anuar mati sebelum dia merobek perlembagaan Malaysia," tulisnya dalam Facebook itu.

Tidak cukup dengan tulisan pertama itu, pelawat yang sama juga telah membuat amaran yang kedua dalam laman facebook yang sama.

"Org luar memang nk anuar nk jd pm supaya senang nk robek Malaysia. Tp selagi aku hidup, langkah mayat aku dlu," tulis penulis yang fanatik itu.

Ia boleh dilawati dengan menggunakan link di bawah:

http://www.facebook.com/pages/Anwar-Ibrahim/16194831839?v=feed&story_fbid=380685266839

Sehingga kini, tidak ada lagi laporan polis yang dibuat berikutan ugutan sebegini.

Sebelum meninggalkan laman Facebook Anwar itu, Radon Rascesium pada 3 April sekali lagi menulis:

"Okla saudara saudari sekalian, sampai sini saja lawatan saya ke laman ini. saya datang sini nk menguji level intelek, emosi dan spiritual penyokong2 PR dan melihat keyakinan korang terhadap parti korang. Ternyata levelnya low dan korang begitu yakin terhadap PR."

Ekoran komen-komen dari penulis itu, para pelawat Facebook Anwar itu yakin, jika para penyokong Pakatan Rakyat yang membuat komen sebegitu, laporan polis telah dibuat terhadap mereka.

Ini antara komen yang dibuat terhadap tulisan Radon itu:

"Rosmainizan Roslan: kalau budak pr yg buat stetement cmni dh komfom ada buat laporan polis dan kuar utusan dan tb3......... kalu org dia UMNGOK depa wat xtau jer............"

MEB: Najib ketepikan Parlimen atas nasihat APCO?

Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 3 April:
Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Perdana Menteri yang mengenepikan Dewan Rakyat dalam membentangkan Model Ekonomi Baru (MEB), adalah sebahagian dari nasihat firma APCO Worldwide.

Menurutnya yang juga Ahli Parlimen Machang, APCO sepertimana dijelas kerajaan sewajarnya terlibat dalam sebarang nasihat komunikasi negara khususnya terhadap Datuk Seri Najib Razak bagi menjayakan 1Malaysia.

“Ini yang dicatatkan sebagai antara perkara yang termasuk dalam ruang lingkup Apco,” dakwanya ketika berceramah di Kg Petani, Sering dekat sini malam tadi.

Turut hadir pada ceramah tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri Pachor Dato' Haji Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Exco Kerajaan Negeri dan Adun Guchil Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria.

Menjelaskan kemungkinan itu lagi Saifudin berkata, pembentangan di Parlimen sememangnya mendedahkan MEB kepada kritikan dan pertikaian dan Najib cuba mengelak dari keadaan tersebut.

Sikap itu juga katanya menunjukkan pertentangan jelas dengan 'rakyat didahulukan' yang dilaungkan Najib.

“Apa makna ‘dibentang dalam Parlimen’? Dibentang dalam Parlimen maknanya dibuka kepada perbahasan, penilaian, kritikan dan syor serta nilai tambah.

“Tetapi apabila ianya tidak dibentangkan di dalam institusi Parlimen, institusi yang sebenarnya dipilih oleh rakyat, maka itu menunjukkan Perdana Menteri tidak menghayati langsung konsep ‘rakyat didahulukan’," tambahnya lagi.

Beliau juga menjelaskan MEB yang dibentang Najib adalah cedokan dari polisi ekonomi Pakatan Rakyat yang pernah dibentang pada 2008.

Jelasnya, banyak perkara yang dianggap diciplak dari Pakatan Rakyat.

“Itu adalah polisi ekonomi PR yang diulangi Najib dalam MEB, ini termasuk dalam ekonomi yang dibuka kepada amalan Tender Terbuka yang disebut Najib dalam MEB itu.

“Selain itu, polisi meningkatkan daya saing Malaysia, mengikut cara dan polisi PR ialah tidak campur tangan ‘pillar’ demokrasi dalam negara termasuk institusi kehakiman, institusi polis, institusi Peguam Negara, institusi media dan kebebasan media.

Bagaimana pun, kata Saifuddin, sekiranya MEB itu dibangunkan hasil daripada nasihat pakar ekonomi, maka ianya kelihatan ketinggalan oleh kerana idea itu telah pun dipersembahkan PR seawal 2008 lagi.

Selasa lalu, Najib membentangkan MEB di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Tindakan tersebut dikritik hebat pembangkang yang mendakawa ianya sebagai mengenepikan Parlimen.

Mat Taib terus jadi tumpuan lobi Umno ganti MIC

Adil Zalkapli dan G. Manimaran

HULU SELANGOR, April 3: Meskipun tarikh penamaan calon sudah diumumkan tetapi usaha Umno untuk mendapatkan balik kerusi Parlimen Hulu Selangor kelihatan berterusan dengan kain rentang digantung mendesak wakil parti itu diturunkan kali ini.

Wakil calon yang dimaksudkan ialah bekas menteri besar Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang lazimnya turut dikenali sebagai “Mike Tyson”.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapati kain rentang meminta Muhammad diturunkan sebagai wakil BN diletakkan di kawasan strategik di Batang Kali, berhampiran dengan bangunan parti itu.

Kain rentang yang berbunyi “Demi perpaduan kami mahu Tan Sri Dato' Hj Muhammad Bin Hj Muhd Taib sebagai calon MP Hulu Selangor” dipasang di persimpangan tiga jalan Batang Kali-Ulu Yam-Kuala Lumpur-Kuala Kubu Bharu.

Kawasan strategik itu turut dilalui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam — salah satu daripada dua persinggahan beliau beberapa jam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pilihan raya.

Semalam Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) singgah di Ulu Yam dan kemudian di Kampung Sentosa, Batang Kali — kawasan yang pernah diwakili Muhammad sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.

Satu lagi kain rentang, tetapi kecil saiznya, didapati digantung di kawasan Ulu Yam.

Ia antara lain berbunyi “1Malaysia, 1 Parlimen MIC + 2 DUN Umno + 1 DUN MCA” yang merujuk kepada kombinasi dan pengagihan kerusi dalam bahagian Parlimen Hulu Selangor yang bakal menyaksikan pilihan raya kecil, yang pertama selepas 8 Mac 2008.

Usaha itu kelihatan cuba mahu mengatasi usaha lobi Umno.

Seorang bekas wakil rakyat yang namanya tidak dipetik memberitahu The Malaysian Insider, soal Umno menuntut agar dikembalikan kerusi Parlimen Hulu Selangor bukan sesuatu yang baru.

“Dulu-dulu kita pernah minta tetapi ia kini menjadi satu desakan selepas pilihan raya umum yang lalu... ia dibangkitkan semula dalam mesyuarat bahagian yang lalu,” katanya ketika ditemui di Batang Kali semalam.

Naib Ketua Umno Hulu Selangor Datuk Adnan Buyong mengakui nama Muhammad masih popular di kalangan penduduk Hulu Selangor.

“Namanya sangat popular di sini. Hulu Selangor pernah dianggap sebagai kawasan mundur, tetapi bukan lagi apabila Tan Sri Mat Taib menjadi menteri besar,” kata Adnan.

Pun begitu katanya, Muhammad tiada kaitan langsung dengan kain rentang.

Usaha mendapatkan komen Muhammad gagal.

Muhammad telah berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor dari 1986 hingga 1997.

Kain rentang meminta Muhammad diturunkan sebagai calon didapati di kawasan Batang Kali. Mat Taib terus jadi tumpuan lobi Umno ganti MIC.

Malah beliau pernah berkhidmat sebagai wakil Batang Kali — salah satu daripada kerusi DUN dalam Hulu Selangor dari tahun 1982 hingga 1995.

Muhammad kini “mendiamkan diri” selepas tewas dalam pemilihan Umno awal tahun lalu. Beliau tewas kepada Muhyiddin dalam persaingan jawatan timbalan presiden Umno.

“Jika beliau kembali kita boleh melihat satu lagi gelombang pembangunan di Hulu Selangor,” kata Adnan kepada The Malaysian Insider.

Adnan berkata beliau yang turut menyelaraskan jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung bagi Hulu Selangor berkata, beliau sudah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal minggu ini meminta Umno diletakkan semula sebagai calon.

“Kami sangat serius sebab itu kami menghantar memorandum,” kata Adnan ketika ditemui di Kampung Sentosa, Batang Kali.

Memorandum itu ditandatangani oleh lebih 50 ketua kampung di Hulu Selangor, sebahagiannya merupakan pengerusi cawangan Umno.

“Ia bukan permintaan saya seorang sahaja... ia daripada akar umbi. Anda boleh pergi dan tanya mereka,” tambah Adnan.

Timbalan Ketua Umno Hulu Selangor Mohd Isa Abu Kassim menyifatkan permintaan agar Muhammad diletakkan sebagai calon bukan sesuatu yang luar biasa.

“Tidak salah. Kita ada 64,000 pengundi dengan berlainan harapan. Apa yang penting ialah mereka bersama kami, mereka masih merupakan penyokong BN,” kata Mohd Isa.

BN dijangka menurunkan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel yang telah tewas kepada Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dua tahun lalu.

Palanivel yang turut ditemui di Kampung Sentosa semalam berkata, beliau berharap “tiada gangguan” dengan permintaan seperti itu memandangkan Hulu Selangor terdiri daripada pemilih campuran pelbagai kaum.

Malah katanya, kerusi itu secara tradisi diwakili oleh MIC sejak tahun 1986.

Zainal Abidin, bekas timbalan menteri besar Selangor telah meninggal dunia kerana barah otak minggu lalu.

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor akan diadakan pada 25 April manakala penamaan calon pada 17 April.

Daripada 64,000 pengundi, kaum Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16,964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus.

-malaysianinsider-

Umno mahukan sistem giliran calon Hulu Selangor

KUALA LUMPUR, 3 April: Barisan Nasional (BN) diminta mewujudkan sistem penggiliran calon kerusi Parlimen Hulu Selangor mengikut parti komponen bermula pilihan raya kecil kawasan itu yang dijadualkan 25 April ini.

Pandangan itu diberikan oleh bekas Ketua Umno Hulu Selangor, Datuk Ramli Abd. Rahman.

Ramli berpendapat pendekatan itu dapat memberi manfaat yang besar kepada kedudukan BN di kawasan tersebut selepas kalah pada pilihan raya umum lalu.

Menurut Ramli, pada masa ini pun banyak pihak memberi pandangan berdasarkan hasrat pengundi di kawasan itu yang mengharapkan BN memilih calon Umno.

“Tetapi dengan sistem penggiliran calon, ia dilihat lebih adil selain mampu mengelak wujudnya pertikaian antara parti komponen BN bagi menentukan siapakah yang lebih layak untuk bertanding di kawasan itu.

“Maka, adalah lebih baik dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini, kita letak calon dari Umno menerusi sistem penggiliran ini.

“Malah, meletakkan calon Umno bagi mewakili BN juga dilihat dapat memenuhi tuntutan serta hasrat pengundi di kawasan itu pada masa ini yang mahukan calon Melayu,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Ramli memberitahu, berdasarkan sejarah, pemilihan calon BN di Parlimen Hulu Selangor agak unik kerana ia pernah diwakili Umno, MCA dan kemudian MIC.

Katanya, pada pilihan raya umum pertama tahun 1955, sebelum negara merdeka, calon yang bertanding atas tiket Perikatan pada masa itu adalah daripada Umno iaitu Halimaton Saadiah.

“Selepas itu, calon kerusi Parlimen tersebut diserahkan kepada MCA pada 1959 sehingga 1982 yang diwakili bekas Menteri Telekom dan Pos, Tun Omar Ong Yoke Lin dan kemudiannya Timbalan Presiden MCA, Tan Sri Lee Kim Sai.

Pada 1986, kerusi itu diserahkan kepada bekas Naib Presiden MIC ketika itu Datuk S.S. Subramaniam.

Kemudian ia diambil alih oleh Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel pada 1990 sebelum tewas dua tahun lalu.

Tambah Ramli, cadangannya itu bukan untuk menidakkan kemampuan calon parti komponen BN lain, sebaliknya ia hanya usaha bagi memastikan BN menang di kerusi berkenaan yang merupakan kubu kuat BN.

Beliau menambah, kesemua Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Hulu Selangor iaitu Hulu Bernam, Kuala Kubu Baru dan Batang Kali ketika ini dikuasai BN.

Ramli yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor turut memohon supaya pucuk pimpinan BN mempertimbangkan pandangan majoriti pengundi semua kaum serta pemimpin BN di Hulu Selangor dalam membuat sebarang keputusan berhubung soal calon.

“Namun saya harap semua pihak akan menerima keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan BN nanti selain memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon dipilih bagi memastikan BN menang di Hulu Selangor,” ujarnya.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak pada 25 Mac lalu.

-malaysianinsider-

PM: 1Malaysia perlu kerana ada pelampau

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bukan kumpulan pelampau ekstrem, jika seseorang benar-benar memahami tuntutan mereka.

Justeru, katanya PERKASA boleh terus memperjuangkan hak Melayu selagi tuntutan dan pandangan mereka tidak melampau, - kerajaan akan cuba memenuhinya, sama seperti kerajaan memenuhi tuntutan kumpulan bukan Melayu.

Najib berkata demikian ketika diwawancara oleh
Al-Jazeera menerusi rancangan101 East, malam semalam oleh wartawan Fauziah Ibrahim sempena genap setahun beliau menerajui Malaysia.

Menurut Najib adalah tidak benar PERKASA tidak akan menyokong Umno kerana sebahagian besar ahlinya sedar bahawa hanya parti itu yang mampu mempertahankan kepentingan Melayu dan pada masa yang sama menyatukan negara.

“Umno adalah parti yang kukuh dan ditubuhkan dengan asas yang mantap. Umno mampu berdepan dengan PERKASA ataupun kumpulan lain," jelasnya.

Najib juga diminta ditanya mengenai konsep 1Malaysia yang diperkenalkannya.

“1 Malaysia adalah semangat kekitaan yang kita adalah satu masyarakat, satu negara. Ia dicapai melalui perubahaan minda.

"Dalam perkataan lain, kita bertolak-ansur sesama kita dan bertoleransi berhubung perbezaan bangsa dan agama. Tetapi itu peringkat permulaan.

“Seterusnya, ialah menerima perbezaan itu. Kita menerima perbezaan itu sebagai sesuatu yang baik untuk negara ini.

“Kemudian adalah berkaitan sistem nilai kita dari segi minda dan akhirnya jika kita menerima semua itu, maka kita akan meraikan perbezaan berkenaan. Ini bererti kita selesa dengan hakikat bahawa kita adalah masyarakat berbilang bangsa dan agama,” jelas Perdana Menteri dengan panjang lebar.

Bagaimanapun apabila ditanya wartawan, mengapa selepas lebih 50 tahun negara mencapai kemerdekaannya, - kini rakyat perlu diajar bagaimana untuk hidup dengan harmoni, Najib menjadi tidak selesa.

Come on. Come on. Lihat apa yang berlaku di Eropah. Yugoslavia berpecah, Ada masalah di Ireland Utara. Kumpulan pelampau wujud di Amerika. Di sana ada Klu Klux Klan moden, okay. Pelampau wujud di mana-mana masyarakat termasuk di negara ini. Hakikat wujudnya pelampau dalam masyarakat bermakna kita perlukan 1Malaysia,” katanya.

Najid kemudiannya diasak dengan soalan bagaimana dia sebagai ketua parti yang memperjuangkan hak, kepentingan dan keperluan Melayu tetapi pada masa yang sama cuba mempelopori agenda untuk menyatukan Malaysia.

“ Ia bukan
zero-sum game,” jawabnya ringkas tetapi dtempelak Fauziah dengan dakwaan jawapan Perdana Menteri itu sesuatu yang ironi.

Najib mengulangi: “Ia bukan
zero-sum game. Ia adalah kenyataan kerana apabila kita perjuangkan kepentingan Melayu, ia bukan bererti bukan-Melayu dipinggirkan. Malaysia mempunyai sumber negara yang mencukupi untuk membantu semua bangsa di negara ini. Dan saya yakin berdasarkan semangat dan falsafah 1Malaysia, semua rakyat mempunyai hak mereka,” jelasnya lagi.

Al Jazera kemudiannya mengajukan kepada Najib sama ada dia adalah Melayu terlebih dahulu dan rakyat Malaysia selepas itu.

Bagaimanapun sekali lagi, Najib yang kurang selesa berputar-belit menjawap soalan berkenaan.

“Secara teknikal, jika bercakap mengenai perlembagaan, saya adalah Melayu tetapi saya selesa menjadi Melayu dalam masyarakat Malaysia. Dan saya mahu semua berusaha menjadi masyarkat 1Malaysia. Tetapi saya bangga menjadi Melayu. Saya juga bangga yang saya seorang Muslim. Bagaimanapun hakikat bahawa saya bangga sebagai Melayu dan Muslim tidak bermakna saya tidak boleh mendampingi yang lain.”

Najib juga menafikan bahawa dia akan meminda perlembagaan untuk menyesuaikannya dengan 1Malaysia kerana 1Malaysia didirikan atas perlembagaan sekarang yang melindungi hak orang Melayu.

-malaysiakini-

Sekolah baru: Kera di hutan disusukan...

Pengumuman projek politik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjanjikan empat sekolah baru bagi Hulu Selangor, RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di Kampung Sentosa di Batang Kali serta meluluskan permohonan RM100,000 bagi Masjid Al-Sajdin di kampung yang sama, semalam mendatangkan padah.

Beliau dibidas oleh pelbagai pihak termasuk rakyat yang beranggapan BN cuba menggula-gulakan masyarakat di Hulu Selangor.

PAS dalam satu kenyataan berkata sebagai timbalan perdana menteri dan bukannya menteri kewangan, Muhyiddin berkuasa dengan sewenang-wenangnya mencurahkan peruntukan itu tanpa merrujuk kepada kementerian bertanggungjawab.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad.

Menurut beliau, dalam kesibukan BN cuba menjadi juara memperjuangkan masalah rakyat di Hulu Selangor, Muhyiddin telah dimalukan dengan pendedahan laporan dari
Bernama.

Laporan itu memaparkan kisah empat guru di sekolah rendah Long Latin, Ulu Baram, Sarawak, termasuk sepasang guru suami isteri yang terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit yang daif sejak tiga tahun lalu.

Laporan Be
rnamaitu disiarkan oleh beberapa media arus perdana hari ini.

“Lebih menyedihkan lagi, bilik kediaman guru-guru yang cekal ini adalah di bawah bilik darjah tempat mereka mengajar. Tidak dapat dibayangkan penderitaan yang mereka alami lantaran layanan 'd
ouble standard' menteri pelajaran yang lebih ghairah mengumumkan projek-projek meganya di Hulu Selangor.

“Jika dibandingkan dengan rumah sebahagian guru-guru yang mengajar dan tinggal di Putrajaya, saiz 20 x 10 kaki itu, bersamaan dengan ruang tempat letak kereta di rumah mereka sahaja. Memang mewah guru di Putrajaya kerana kerajaan begitu menjaga imej sekolah di Putrajaya berbanding Ulu Baram,” katanya.

Menurut Idris, pendedahan itu amat memalukan kerana guru-guru berkenaan mengajar di kawasan parlimen BN, yang diwakili oleh Datuk Jacob Dungau Sagan (kiri) yang juga adalah timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

“Apakah Muhyiddin mahu tunggu sampai ahli parlimen Baram ini meninggal dunia baru hendak umumkan peruntukan bagi pembinaan rumah baru bagi guru-guru malang ini? Sewajar sebagai ahli parlimen bertaraf timbalan menteri, kawasan Jacob mendapat peruntukan yang lebih baik sekarang,” katanya.

Idris (kanan) berkata PAS melihat, pendedahanBernama ini hanyalah sebahagian kecil daripada kudis-kudis yang ada dalam pengurusan menteri pelajaran dan kerajaan BN.

Justeru, beliau berharap rakyat, khususnya di Hulu Selangor tidak tertipu dengan taktik projek politik itu kerana BN akan menabur sebanyak mana janji dan peruntukan yang mampu semata-mata untuk merampas semula kerusi Hulu Selangor.

Kerusi Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Suruhanjaya Pilihan Raya, semalam mengumumkan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ditetapkan pada Ahad, 25 April, manakala penamaan calon pula ialah pada 17 April.
-malaysiakini-