"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Datuk Husam Musa naib presiden parti baru Dr Mahathir?

Senarai pemimpin parti baru Dr M palsu

Satu senarai tersebar luas di media sosial yang didakwa merupakan barisan kepimpinan dalam parti politik baru yang bakal dibentuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun salah seorang orang kuat Mahathir, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memberitahu Malaysiakini bahawa senarai itu adalah palsu.

Nama Khairuddin sendiri disenaraikan sebagai 'setiausaha agung' parti baru berkenaan.

Senarai itu mendakwa parti yang dinamakan sebagai Parti Melayu Baru Bersatu itu akan menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai presiden, manakala Datuk Seri shafie Apdal memegang jawatan timbalan.

Selain itu ia juga menyenaraikan nama naib-naib presidennya yang terdiri daripada bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim, bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas ketua wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.

Ia juga menyenaraikan ahli majlis tertinggi parti itu terdiri daripada ahli-ahli politik, aktivis, dan teknokrat, termasuk bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan penari Bilqis Hijjaz.


Senarai palsu itu muncul dua hari selepas Mahathir mengesahkan spekulasi mengenai usaha pembentukan sebuah parti politik baru.

Parti itu dijangka menjadi gabungan besar pembangkang yang akan menampilkan PKR, DAP dan AMANAH bagi menghadapi BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Mahathir berkata ia belum diputuskan sama ada parti baru itu akan eksklusif kepada orang Melayu atau terbuka kepada semua kaum.

Alhamdulillah Rakyat Turki Berjaya Patahkan Rampasan Oleh Tentera (Gambar&video)


Alhamdulillah.... Dunia hari ini menyaksikan satu lagi perancangan politik kotor dalam cubaan rampasan kuasa terhadap kerajaan Turki pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan yang dipilih secara demokratik.

Cubaan ini dibuat ketika Erdogan dilaporkan sedang bercuti dipinggir bandar negara itu.

Bemula petang Jumaat waktu tempatan, sekumpulan kecil tentera cuba melakukan aksi kudeta dengan menguasai beberapa jalan perhubungan, lapangan terbang dan stesen televisyen.

Mereka menutup Jambatan Bosphorus dan Jambatan Fatih Sultan Mehmet dengan mengarahkan semua kenderaan berpatah balik.

Tembakan kedengaran di Ankara dengan jet dan helekopter tentera terbang rendah di ruang udara Istanbul menggambarkan negara dalam penguasaan mereka.

Perdana Menteri Turki Binali Yildirim dalam kenyataannya mendakwa segelintir tentera Turki cuba mengguling kerajaan. Beliau berkata pasukan keselamatan dalaman telah diarahkan untuk melakukan apa yang perlu.

Menjelang malam, kumpulan tentera rampasan kuasa mengeluarkan satu kenyataan disiarkan stesen TV Turki bahawa mereka telah berjaya melakukan rampasan kuasa. Mereka bahawa perlembagaan baru akan disediakan dan negara sedang dikendalikan oleh ‘majlis keamanan’, di mana undang-undang tentera dikenakan, perintah berkurung di seluruh negara.

Sumber Presiden bagaimanapun menafikannya dan mendakwa kenyataan tentera dikeluarkan secara paksa selepas mereka merampas stesen penyiar negeri TRT di Ankara dan tanpa kuasa dan perintah ketenteraan.

Perdana Menteri Turki berkata di Twitter pihaknya akan berusaha sedaya upaya menggagalkan usaha rampasan sekalipun terpaksa menggadai nyawa.

Erdogan dalam satu panggilan video kemudiannya menggesa orang ramai turun ke jalan raya bagi membantah rampasan kuasa. Beliau juga menggesa azan dilaungkan di seluruh masjid di negara itu. Beliau kemudian bergegas pulang ke Istanbul.

Saksi mendakwa melihat helikopter tentera melepaskan tembakan di Ankara. Pertempuran berlaku di ibu pejabat pasukan khas dengan 17 anggota polis khas terkorban. Kereta kebal juga mengelilingi bangunan parlimen Turki, melepaskan tembakan.

Pemimpin tertinggi tentera Umit Dundar menyatakan bahawa tentera tidak menyokong kudeta. Penafian serupa dinyatakan Angkatan Laut Turki bahawa mereka juga menolak kudeta itu.

Seruan Erdogan disambut majoriti rakyat dengan keluar beramai-ramai sekaligus mengusir tentera yang cuba melakukan kudeta. Foto-foto menyaksikan tentera rampasan kuasa dihalau keluar manakala aset tentera mereka dirampas oleh rakyat.

Beberapa orang tentera juga ditangkap oleh polis khas Istanbul dengan bantuan rakyat. Kereta-kereta kebal dikeluarkan daripada kawasan bergolak dengan senjata di tangan tentera dirampas.

Gelombang kebangkitan rakyat semakin membesar. Semua lokasi yang pada awalnya dikuasai pasukan tentera rampasan kuasa digempur oleh rakyat.

Menjelang pagi, pasukan tentera kudeta semakin lumpuh. Kebanyakan kawasan berjaya diamankan dengan bantuan penduduk.

Rakyat mengadakan himpunan di Taksim bagi merayakan kegagalan kudeta.

Kenyataan rasmi pejabat perdana menteri mengesahkan 41 orang terkorban dalam insiden cubaan mengguling kerajaan Turki hari ini sementara 130 tentera rampasan kuasa ditahan.

Insiden hari ini meyaksikan seluruh rakyat Turki termasuk kumpulan pembangkang bersatu menolak rampasan kuasa.

Pihak polis khas Turki turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang menjadi tulang belakang membatu mereka mematahkan cubaan rampasan kuasa hari ini.












Padah lakukan seks di landasan kereta api

Akibat terlalu asyik melakukan seks dengan kekasihnya di landasan kereta api, seorang wanita hilang kepala selepas dirempuh oleh sebuah kereta api Trans-Siberia.

Ketika itu dia dan pasangannya sedang bercengkerama hanya beberapa inci daripada landasan tersebut yang terletak di pedalaman Buryatia.

Kekasihnya pula terselamat. Ketika kejadian, wanita itu berada di atas badan lelaki terbabit dan apabila dia mendengar bunyi kereta api, wanita itu telah mengangkat badannya.

“Tidak lama kemudian kepalanya hilang dirempuh keretapi laju itu.

“Jika dia kekal pada kedudukan sebelum ini dan tidak mengangkat badan, dia pasti terselamat,” kata jurucakap Kereta Api Rusia.

Pasangan berkenaan merupakan gelandangan dan sedang mabuk ketika kemalangan itu berlaku. Identiti mereka tidak didedahkan.

Susulan kemalangan itu, Kereta Api Rusia meminta semua pihak menghormati peraturan yang ditetapkan dan mereka juga perlu bertanggungjawab menjaga diri sendiri. 
– Mynewshub

Perodua Bezza Ini (Gambar) Dibuka Untuk Tempahan Mulai 16 Julai

Tranungkite

KUALA LUMPUR: Model sedan kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Perodua, direka sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan sokongan daripada Daihatsu Motor Co dari Jepun, akan dibuka untuk tempahan mulai Sabtu ini.

Dalam kenyataan pada Khamis, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata sedan tersebut, Perodua Bezza, akan dilancarkan pada 21 Julai, 2016.

"Sedan tersebut adalah hasil daripada kerjasama dan pemindahan teknologi dengan rakan kongsi kami, Daihatsu Motor.

"Ia dengan bimbingan mereka yang kami kini dapat berdiri sendiri dengan model baharu ini dan ia merupakan sedan yang sesuai dengan keperluan setiap rakyat Malaysia," katanya.

Aminar berkata sedan tersebut merupakan model transformasi kedua Perodua (selepas Axia) dan kereta global pertama syarikat dengan varian 1.3L Advance yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini.

"Nama sedan tersebut mengambil inspirasi daripada perkataan Beza dalam Bahasa Malaysia, yang bermakna berbeza dan ia adalah sedan EEV pertama Perodua yang jelas berbeza," katanya.

Perodua Bezza dikeluarkan di kilang yang diperakui dari segi EEV, Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, mempunyai kemudahan yang amat moden dengan lebih 75 peratus kadar automasi.

Kilang yang sama turut mengeluarkan Perodua Axia.

Model terkini Perodua itu mempunyai lima varian iaitu 1.0L dengan transmisi manual dan automatik; 1.3L "Premium X" (transmisi manual dan automatik); dan, 1.3L "Advanced Version" transmisi automatik.

"Dengan ciri-ciri yang boleh didapati dalam kenderaan mewah yang digabungkan dalam Perodua Bezza, ditambah dengan rekaannya yang menarik, perjalanan yang lancar, berkualiti pada harga yang berpatutan, meningkatkan kedudukan eksport kami akan menjadi realiti," kata Aminar.

Model tersebut mempunyai enam warna, menggunakan cat berasaskan air yang mesra alam -- 'sugar brown', biru laut, 'lava red', 'ebony black', 'glittering silver' dan 'solid ivory white'.

Rakaman jemaah menari dalam masjid tersebar

Antarea aksi jemaah dalam masjid itu yang dirakam.
JEDDAH - ARAB SAUDI.  Imam dan muazin sebuah masjid di Jeddah dipanggil Kementerian Ehwal Islam Arab Saudi setelah rakaman video yang menunjukkan sekumpulan jemaah sedang berpesta dalam masjid tersebut sempena Aidilfitri tersebar luas, lapor Arab News.

Kedua-dua mereka dipanggil untuk disoal siasat tentang isu itu sebelum kementerian tersebut memutuskan hukuman yang perlu dikenakan terhadap mereka, lapor Saudi Gazette.

Pengarah cawangan kementerian itu di Makkah, Ali Salem Al-Abdali berkata, memainkan lagu dan menari di dalam masjid melanggar kesucian rumah ALLAH.

Kedua-duanya mungkin berdepan dengan hukuman dipecat dari jawatan masing-masing sekiranya terbukti mereka mengetahui mengenai insiden menari itu.

Melalui video yang tersebar di media sosial, sekumpulan jemaah menari mengikut rentak muzik dan nyanyian dalam bahasa Arab yang dimainkan dengan kuat di masjid tersebut.

Jemaah lain dilihat memerhatikan mereka dan ada yang merakam video atau gambar dengan telefon bimbit sementara yang lain menikmati jamuan yang disediakan.

Anggota Majlis Ulama Kanan, Sheikh Ali Al-Hakami mengutuk insiden tersebut dan berkata pihak yang menganjurkan dan menyertai sambutan itu harus dipertanggungjawabkan.

Beliau menegaskan bahawa masjid-masjid merupakan tempat beribadah, bukan untuk menari dan menyanyi.

Bagaimanapun, menurut laporan Al-Hayat imam masjid terbabit, Qashmir Al-Qarni, mendakwa beliau tidak mengetahui ada jemaah yang menari di dalam masjid.

Malah katanya, lagu-lagu yang dimainkan hanya berunsur Islami dan kenegaraan.
-sinarharian

Gambar ‘roh’ tinggalkan badan mayat jadi viral


Sekeping foto yang memaparkan seakan-akan roh seorang mangsa kemalangan jalan raya terbang keluar dari tubuhnya menjadi viral di Kentucky, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Gambar itu sempat diambil seorang pemandu trak, Saul Vazquez yang kebetulan sedang melalui jalan bertentangan dan sebaik memuat naik foto tersebut, banyak komen mendakwa itu adalah roh mangsa kemalangan tersebut.

Mereka mendakwa ia jelas dapat dilihat keluar daripada tubuhnya sebaik nyawa mangsa ditarik malaikat maut.

Sejak dimuat naik, gambar ‘misteri’ itu telah dikongsi sebanyak 10,000 pengguna Facebook.

Kebanyakan mereka percaya bayang-bayang itu adalah roh mangsa yang maut serta-merta di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangi hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan.
-kualalumpurpost-

TMJ dedah ‘pendrive’ rahsia rasuah 30 tahun FAM


Kuala Lumpur – Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim hari ini mendakwa berlaku amalan rasuah berpanjangan dalam FAM, sehingga 30 tahun.

Beliau mendakwa mempunyai butiran lanjut, termasuk ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, pengambilan duit kelab dan laporan audit yang didakwa “merepek”

“Apa yang pelik adalah anda semua boleh terima selama ini dan sanggup mempertegakkan 30 tahun korupsi dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya.

“Ini adalah ‘pendrive‘ diberikan kepada saya oleh sahabat-sahabat saya yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur berkenaan maklumat dan aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP ( Usahawan Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia ) dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek.”

Dalam kenyataan di Facebook rasmi JDT, Tunku Ismail menunjukkan satu ‘pendrive‘ sambil melontarkan senyuman.

Susulan persaraan empat pemain JDT daripada skuad kebangsaan, beliau berkata, reaksi balas terhadap perkara itu seolah-olah mereka tidak pernah berkhidmat dan mencapai kejayaan bersama Harimau Malaysia.

Sebelum ini Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Amirul Hadi Zainal dan S Kunanlan mengumumkan persaraan, yang menimbulkan pelbagai spekulasi mengenainya.

“Apa yang susah sangat untuk menghormati keputusan mereka? Satu perkataan sahaja yang anda (pengkritik) harus katakan tentang mereka atau kepada mereka iaitu ‘terima kasih’.

“Terima kasih atas pengorbanan mereka selama ini. Itu sahaja,” katanya.

TMJ juga seakan memberi amaran kepada pengkritiknya supaya berhati-hati dengan memetik pesanan seorang pegawai askar kepadanya.


“Saya mempunyai seorang komander di India yang pernah berkata, ‘jangan diajak penembak tepat pergi menembak’,” kata lulusan sebuah akademi tentera di India itu.

Mengulas kontroversi itu, TMJ mengingatkan bahawa “duit rakyat sepatutnya digunakan untuk rakyat sahaja”.

“(Duit rakyat) nukan untuk bola sepak dan kepentingan politik. Sila selesai isu gaji pemain yang sudah lama tidak diselesaikan,” kata Tunku Ismail.

Walaupun telah beberapa kali membuat dakwaan berkaitan, ini kali pertama TMJ mendakwa mempunyai bukti.

FAM akan hubungi TMJ

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan TMJ memiliki maklumat berkaitan aktiviti rasuah melibatkan badan induk bola sepak negara itu.

Katanya, sesiapa sahaja boleh melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai maklumat mengenai rasuah.

“Sesiapa sahaja ada hak (laporkan) kepada SPRM, awak tak perlu tanya saya, ” katanya ringkas ketika ditanya sama ada pihaknya melihat ada keperluan untuk TMJ melaporkan perkara itu kepada SPRM.

“Itu tak apalah nanti saya akan hubungi TMJ,” pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

FAM juga menegaskan pihaknya tidak membenarkan budaya rasuah dalam persatuan itu kerana Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) turut bertegas dalam menangani rasuah.

“Jawatankuasa Integriti juga ditubuhkan FAM untuk memantau bukan sahaja pasukan bola sepak, malah keseluruhan pentadbiran dan juga barisan kepimpinan,” jelas Hamidin.
-kualalumpurpost-

Sekat viral video, gambar aibkan orang

Nizha Periaswamy

Hari ini, ada satu lagi video viral yang dikongsi dalam laman sosial Facebook. Ia bukan satu-satunya tetapi salah satu daripada berpuluh dan beratus video yang dikongsi setiap hari.

Tapi yang ini sweet, video pasal si suami menyuap makanan kepada isteri yang sibuk tenangkan anak yang menangis sampai si isteri tak dapat makan. Maka, si suami pun bangun dan suap habis makanan isteri. Sweet kan?
Ia bukan dirakam dengan sengaja, tetapi tanpa pengetahuan si suami, demikian kata individu yang dipercayai merakam video itu. Jadi kalau benarlah perlakuan si suami itu ikhlas atas dasar sayang dan kasih, memang kena tabik spring.

Sekarang ini zaman sudah lain, kalau kita kena langgar, rompak, ragut, pukul, dibunuh pun, semuanya kena rakam. Orang sudah tidak datang menghalang atau menolong, mereka datang bertimbun-timbun untuk buat rakaman dan bersaing untuk mendapatkan sudut terbaik.

Kalau terjatuh ke, tersungkur ke, kena gigit anjing, tersembam dalam longkang, semua pun boleh jadi viral. Semuanya dirakam tanpa diketahui empunya badan. Jadi hati-hatilah (nasihat untuk diri sendiri jua) supaya anda tidak dirakam atas perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah diri.

Kalau dirakam atas perkara ‘sweet’, tak mengapa, kadang kala ia umpama rezeki tergoleklah namanya. Boleh jadi famous semalaman!

Okay, kembali kepada isunya, adakah adil atau dibenarkan untuk merakam aksi-aksi orang lain tanpa kebenaran mereka?

Sama ada sebagai kecaman, marah, ugutan, berniat memalukan ataupun sebaliknya seperti memberi kredit, menghargai jasa seseorang atau berniat murni. Adakah saya, anda atau seseorang itu mempunyai hak merakam perbuatan dan percakapan orang lain?

Letak ke tepi dulu aksi atau perbuatan ‘hero’ yang bawa kesan positif, mari kita lihat daripada segi aspek tidak baik, aspek yang selalu menjadi masalah dan mampu membawa kesan negatif yang berpanjangan.

Apabila seseorang itu diserang atau dikecam, aksi memalukan dirakam, kejadian yang boleh menjatuhkan aib diviralkan, bolehkah kita menyaman atau mengambil tindakan undang-undang? Ini kerana privasi kita selaku seorang warga negara yang bebas dimanipulasikan dan dipergunakan orang lain?

Contoh paling senang ialah gambar mangsa kemalangan berlumuran darah atau mangsa ditetak dalam keadaan tidak sepatutnya dikongsi, bagi saya mereka sepatutnya boleh kena saman!

Ya, bukankah gambar diviralkan tanpa sebab kukuh boleh menjatuhkan keaiban selain menyakitkan hati orang yang terkesan dan ahli keluarganya? Teringat juga baru-baru ini apabila gambar seorang wanita yang ditembak diviralkan.

Dalam satu lagi kejadian kes tetak, gambar seorang lelaki India berlumuran darah pula diviralkan. Apakah ia sejenis penyakit di mana mereka yang berkongsi gambar seumpama ini mendapat kepuasan?

Janganlah hanya jika perdana menteri ‘diserang’ dalam kumpulan Whatsapp saja boleh diambil tindakan kerana setiap orang tanpa mengira pangkat dan jawatan mempunyai hak untuk melindungi dan mempertahankan dirinya.

Mengambil contoh beberapa kes seumpamanya, kita pasti pernah terbaca kisah bagaimana seseorang terus dibelenggu apabila gambarnya diviralkan atas sebab yang salah. Seorang pak cik yang sekadar menjenguk rumah selepas mengetahui kereta tuan rumah dijual dicap sebagai penyamun.

Sehingga ke hari ini pak cik itu akui hidup dalam dilema kerana sering dipandang serong.

Kejadian seorang pelajar sekolah mencium teman lelakinya dirakam dan diviralkan, sehingga hari ini ibu bapa pelajar itu terpaksa menanggung malu. Kesan kepada anak, mungkin lebih besar.

Moga, pihak berkuasa dan sesiapa saja terbabit ambil langkah sewajarnya supaya perkongsian gambar atau video yang boleh memudaratkan moral masyarakat dihentikan.

Kerana, hanya dengan undang-undang dan penguatkuasaan saja perkara sebegini boleh dihindari daripada ‘tangan-tangan ghaib’ yang entah datangnya dari mana tetapi tiba-tiba saja memuat naik gambar atau video milik kita atau individu yang dikenali.

Tak salah jika kongsi perkara baik (bukan yang sengaja dibuat-buat atas alasan mencari publisiti), perkara yang benar-benar berlaku demi permuafakatan, sebagai pengajaran atau memberi impak positif.

Tidak salah, malah elok berkongsi perkara baik, namun jika ia mengaitkan perkara yang memalukan, saya fikir kita perlukan sekatan.

Mungkin kerana sivik masyarakat kita masih rendah, ‘cakap sekali masih tak mahu dengar’ dan ada kalanya kerana mentaliti masih ‘jahil’, suka kongsi perkara yang tidak sepatutnya. Maka usaha memberi nasihat, bercakap lembut, bagi amaran, beri tunjuk ajar, semuanya sudah tamat. Sekarang kalau nak jaga privasi dan hak kita, kena ada undang-undang!

Impian jadi jutawan: Cetak Duit Sendiri Di Rumah (Gambar)

KUALA LUMPUR: Sara hidup dengan mencetak wang palsu di rumah. Itu antara kegiatan jenayah seorang lelaki tempatan yang menyimpan impian bergelar jutawan segera.

Suspek berusia 35 tahun itu dikesan menjalankan kegiatan itu bersendirian sejak tiga bulan lalu dan mencetak wang palsu berkenaan untuk kegunaan sendiri.

Kegiatan suspek bagaimanapun dibongkar selepas kediamannya di Jalan Rusa, Kampung Genting Klang Baru, Selangor, diserbu polis malam kelmarin, selain wang palsu berjumlah lebih RM1,500 dirampas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, tindakan diambil pihaknya selepas mendapat maklumat daripada orang ramai berhubung aktiviti haram.

“Polis kemudiannya membuat risikan sebelum sepasukan polis dari Balai Wangsa Maju diketuai Ketua Balai Asisten Superintendan Cleda F Among pergi ke rumah suspek jam 7 malam.

“Setibanya di lokasi, kami bertindak menahan suspek dan membuat pemeriksaan di kediaman itu. Polis menemui pelbagai alatan untuk mencetak wang haram selain menemui wang palsu yang siap dicetak,” katanya, semalam.

Menurutnya, polis kemudiannya menahan suspek selepas menemui pelbagai bukti yang cukup untuk mengaitkan lelaki itu dengan aktiviti pemalsuan wang.

“Antara peralatan yang dirampas adalah mesin pencetak, gunting, sebotol gam kertas, pembaris besi, pisau pemotong kertas dan pensel.

“Wang palsu siap dicetak yang ditemui adalah enam keping bernilai RM100, sembilan keping RM50, tiga keping RM20 dan sekeping bernilai RM10,” katanya.

Mohamad Roy berkata, polis turut menemui dua helai kertas tertera not RM100, RM50 dan RM10 yang belum sempat dipotong.

Beliau berkata, lelaki ini dipercayai bergerak secara solo dan tidak membabitkan mana-mana kumpulan sindiket pemalsuan wang.

“Kami percayai suspek aktif sejak tiga bulan lalu dengan mencetak wang bagi kegunaan sendiri. Suspek tidak mengedarkan wang palsu itu kepada mana-mana kumpulan,” katanya.
-hmetro

Mahathir sahkan ada parti baru, tapi tak akan terajuinya

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan bahawa terdapat perbincangan bagi membentuk sebuah parti baru yang akan menjadi sebahagian daripada pergerakan ‘Selamatkan Malaysia’.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan mengetuai parti berkenaan.

"Saya akan menjadi yang pertama menyertai... tetapi tidak semestinya sebagai presiden," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau sebelum itu, mempengerusikan mesyuarat bersama Pakatan Harapan dan beberapa bekas pemimpin Umno di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Mesyurat yang bermula pada jam 4 petang hari ini, bagaimanapun tidak dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Antara yang hadir adalah bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dispekulasikan sebagai antara pemimpin bekas Umno yang bakal menyertai parti baru itu tidak hadir kerana masing-masing berada di luar negara.

Apa punya suami bogelkan isteri untuk tatapan jiran-jiran

Isteri berhadapan detik mengerikan dibogel suami baran
KOTA BHARU – Azab buat seorang wanita bersuamikan lelaki baran apabila terpaksa menanggung malu selepas dibogelkan di hadapan rumah hingga menjadi tatapan jiran tetangga dalam kejadian di Ketereh, di sini.

Terbaru, mangsa yang berusia 31 tahun itu turut mengalami lebam pada paha dan lengan serta bengkak di muka dan dahi kerana dipukul suami yang berusia 50 tahun itu pada jam 5.30 petang, 24 Jun lalu.

Ibu kepada seorang anak berusia tiga tahun itu berkata, kejadian dia dibogelkan itu berlaku pada awal Jun lalu.

Katanya, ketika itu, dia baru selesai mandi dan suaminya tiba-tiba berang bertindak mengoyakkan baju serta mengheretnya ke hadapan rumah dalam keadaan seluruh tubuh badan terdedah tanpa seurat benang.

“Ketika itu saya bergantung (memeluk) pada kakinya, menyembahnya, merayu, namun dia tetap membiarkan saya di luar rumah dalam keadaan memalukan begitu. Saya dibiarkan begitu kira-kira 15 minit,” katanya.

Menurutnya, ada jiran tetangga dan orang ramai yang lalu-lalang di hadapan rumah melihat diri serta maruahnya ‘dihina’ sedemikian. Terdapat juga jiran yang melihat kejadian itu dari dalam rumah, namun mereka takut untuk membantu.

Katanya, sebelum ini dia kerap kali dipukul suami sejak mereka mendirikan rumah tangga empat tahun lalu sehingga berasakan bingung serta trauma dengan penyeksaan itu.

“Terbaru, saya dipukul teruk sekali hanya kerana menukar namanya dalam telefon bimbit daripada suami kepada nama panggilan sahaja. Selepas kejadian itu, saya nekad membuat laporan polis bimbang perkara lebih buruk berlaku,” katanya.

Katanya, suaminya seorang yang bertanggungjawab dari segi perbelanjaan rumah serta menyayangi anaknya, cuma panas baran lelaki itu bertambah selepas berkahwin dengan seorang wanita lain, baru-baru ini.

“Saya sedar diri hanya seorang suri rumah, tidak berpelajaran, tidak berharta, orang susah selain hidup sebatang kara, namun, tidak wajar saya menjadi mangsa pukul.

“Jangan fikir apabila cukup memberi nafkah, kemudian suami boleh memperlakukan sesuka hati pada isteri. Hinggakan saat ini saya berasa trauma dengan kejadian yang menimpa diri,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Setapa Yusoff mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
-sinarharian

Akhirnya bau busuk tembelang pemimpin PAS tidak dapat lagi ditutup

Dato Haji Husam Musa

YDP RANTAU PANJANG SAMAN SYARIKAT PAS ? Pagi ini saya di Mahkamah Tinggi KB - untuk menyambung keterangan sebagai saksi dalam kes saman oleh kontraktor Lebuh Raya Rakyat KB-KK ke atas anak syarikat Kerajaan Kelantan.

Kerana memberi keterangan di mahkamah ini sebelum ini, saya dituduh memberikan keterangan secara bias, berniat serong dan mensabotaj Kerajaan Negeri - sampai membawa kepada pemecatan saya.


'Mahkamah' parti telah mencampuri Mahkmah keadilan?


Saya bercadang memaklumkan perkara ini kepada YA Hakim.


YA Hakim, atas sesuatu urusan, menangguhkan pendengaran kepada jam 3 petang ini.


Sementara kes ini didengar pagi ini, Mahkamah yang sama mendengar dua kes yang tidak kurang menarik.


Satu, kes YDP Pas Rantau Panjang, Abe Tah memfailkan injunksi ke atas syarikat Galeri Tani yang memilik sekeping tanah di Rantau Panjang.


Seingat saya, antara pemilik Galeri Tani ialah Dato Abdul Halim A Rahman, bekas TMB Kelantan dan Dato Mustafa Ali, bekas SUA Pas.


Saya tidak berapa arif bagaimana dua orang kuat Pas itu boleh memiliki tanah baki dari apa yang telah dijual yang keluasannya masih ratusan ekar.


Katanya, tanah itu milik peribadi dan bukan milik Pas.


Bagaimana orang Terengganu boleh mendapatkan tanah di Kelantan?


Dari mana mereka mendapat wang membeli tanah seluas itu?


Bagaimana sebahagian tanah menjadi milik parti dan sebahagian lagi tanah di tempat yang sama menjadi milik individu yang ada kaitan dengan parti?


Kalau Mokhtar Senik memeningkan diri dengan pejabat Adun Salor yang sememang dari asal lagi milik persendirian bekas Adun Semangat 46, mungkin elok ditanya kedudukan Galeri Tani yang nilainya lebih mahal.


Adakah Pas akan memecat Abe Tah kerana mendakwa orang kuat Pas?


Kedua, kes KPK menyaman kontraktornya sejumlah RM 3 juta. Kontraktor berkenaan menyaman balas KPK atas dakwaan gagal membayar kerja-kerja kontrak berjumlah RM 12 juta.


YA Hakim mengarahkan mediasi dibuat atas tawaran pihak kontraktor untuk menyelesaikan secara rundingan dengan membayar RM 5 juta kepada mereka.
Kes akan didengar pada tarikh yang lain sementara mediasi berjalan.


Andai tuntutan menyebelahi kontraktor, sekali lagi dana Kompleks Perkayuan Kelantan menjadi kempis atas isu-isu pentadbiran yang kurang cermat.
Sekian dulu.


Husam Musa
Mahkamah Tinggi KB
13 Julai 2016/8 Syawal 1437.

------------------

Walaunta hisap sirap merah sesumpit 3 peleting....Berkorban berbagai peringkat.....Fastaqim...Istiqamah.....Bertambang bas habis sekeleng...

Kelik dumah nengung...Hitung janji ke Syurga...serak tekak...Deman..anak gi sekolah ....kelik cicoh sekut tawar dengan teh o kes ayah deman berdemo tak bekerja dah banyak hari......

Hok atas...Bercopong lebih kurang...Kafirkan sana-sini....Keluar Islam kalau keluar parti....Istihar Derma...Bilang jumlah..dapat sampul ..Beralih ke ceramah lain pula.

Cukup masa, dakwa sebagai orang kuat parti.....Dapat balak...Tanah....Bui sikit picisan kononnya derma ..Dapat lagi tanah.......

WALAUNTA KEKAL NELAH PARUT DIDADA GANTUNG BENDERA ATAS PUNCAK NYIUR..YANG ATAS BERKEPUK DIPETI KESELAMATAN BANK DENGAN GERAN TANAH!

ITULAH PUTARAN DRAMA SABAN TAHUN...

fb Johari Nyamuk Mengigit‎

Dua Tokoh Politik Bakal Sertai AMANAH ?

Mohd Sayuti Omar

Dua orang ahli politik yang boleh dianggap tokoh dan dikaitkan dengan parti agama Pas akan mengumumkan penyertaan mereka ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah) dalam masa terdekat.

Ahli politik berkenaan katanya sudah pun membuat keputusan untuk menyertai Amanah dan meninggal Pas.

Penyertaan mereka ke dalam Amanah bakal memberi kekuatan tambahan kepada Amanah dan menyuntik semangat di kalangan anak-anak muda untuk menyertai parti berkenaan.

Setakat ini dahulu. Trims.

Petikan Dari FB MSO

Bagaimana rupa bentuk parti baru Mahathir?

Spekulasi bertiup kencang bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan kembali aktif dalam dunia politik dan berkemungkinan besar akan menerajui sebuah parti baru.

Bagaimanapun, butir-butir mengenai parti baru itu, buat masa ini adalah samar-samar kerana maklumat terperinci akan hanya dijadualkan untuk perbincangan esok.

Malaysiakini bagaimanapun menemui beberapa penyokong setia Mahathir untuk mengetahui apa yang mereka fikir parti baru itu akan menyerupai.

Adakah ia akan menjadi parti Melayu atau pelbagai kaum?

Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, semalam berkata, parti itu akan dianggotai oleh bekas ahli Umno.

Mengulas lanjut hari ini, Khairuddin berkata pada pendapat peribadinya, parti itu perlu menjadi sebuah parti Melayu seperti Umno.

"Ini penting kerana jika kita berjaya menghapuskan semua pemimpin rasuah dalam Umno, kita semua boleh kembali dan merombaknya.

"Hakikatnya, Umno masih boleh diselamatkan," kata Khairuddin kepada Malaysiakini.

Beliau juga berkata dengan menjadi sebuah parti Melayu, mereka tidak akan bersaing dengan sama ada AMANAH, PKR atau DAP untuk mendapatkan sokongan.

Bekas ahli Umno Langkawi Anina Saadudin juga bersependapat. Katanya, sebuah parti Melayu baru diperlukan untuk menggantikan Umno yang kini rosak.

"Kita mempunyai sebuah parti pelbagai kaum, parti agama, parti untuk kaum Cina dan India, tetapi kita tidak mempunyai parti untuk Bumiputera selepas Umno telah rosak," kata Anina.

Naib Presiden kumpulan pemberontak Umno, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed juga bersependapat bahawa masyarakat bukan Melayu sudah mempunyai pilihan politik untuk mereka.

Siapa bakal menyertainya?

Selain daripada Mahathir dan kumpulan pemberontak yang dinyatakan, Khairuddin yakin bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz adalah antara mereka yang bakal menyertai parti baru itu.

Bagi bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri , Khairuddin berkata, beliau juga telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat esok.

Bagaimanapun, katanya, adalah lebih baik bagi pemimpin Sabah itu mengikuti jalan yang berbeza.

"Pendapat peribadi saya adalah bahawa Shafie juga perlu menubuhkan parti baru yang akan bekerjasama dengan semua parti tempatan Sabah termasuk PKR dan DAP di sana.

"Ini akan memberi mereka peluang yang lebih baik untuk merampas Sabah."

Apa matlamat perjuangan mereka?

Buat masa ini, perjuangan parti baru itu mirip perjuangan gerakan Selamatkan Malaysia, iaitu untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menangani rasuah, dan melaksanakan pembaharuan institusi.

Anina berkata entiti yang baru perlu menjadi parti yang berjuang untuk rakyat.

Ia juga tidak seharusnya mengulangi kesilapan Umno, terutama dalam hal nepotisme.

"Tidak ada kedudukan yang seharusnya diwarisi, sama ada anak-anak presiden, sepupu, adik-beradik atau kawan-kawan melainkan jika mereka benar-benar layak dan cukup berwibawa untuk membawa perubahan politik.

"Parti perlu melangkah keluar dari falsafah feudal."

Mesyuarat untuk membincangkan pembentukan parti itu dijadual diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya pada jam 3 petang esok.
-malaysiakini

Pelajar mengaku lakukan seks sejak usia 12 tahun

Jempol: Seorang pelajar sekolah tingkatan dua di sini mengaku dia pernah melakukan hubungan seks dengan beberapa lelaki berbeza sejak berusia 12 tahun.

Gadis itu membuat pengakuan berkenaan berikutan satu laporan kes rogol membabitkan dirinya dibuat oleh ahli keluarganya di Balai Polis Rompin petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd. Noor berkata, ahli keluarga pelajar sekolah itu membuat laporan polis mengesyaki dia dirogol berikutan tindakan gadis berkenaan keluar rumah dengan seorang seorang lelaki awal pagi kelmarin.

“Dalam laporan itu, nenek mangsa yang berusia 61 tahun memberitahu dia menyedari cucunya tiada dalam bilik tidur kira-kira pukul 6 pagi semalam.

“Sekitar pukul 7 pagi, wanita itu menemui cucunya bersama seorang lelaki yang tidak dikenalinya di tepi jalan berhampiran rumah mereka.

“Cucunya mengaku keluar bersama lelaki tersebut. Wanita itu memaksa cucunya menceritakan kejadian sebenar lalu membuat laporan polis kerana mengesyaki cucunya telah dirogol,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. 
-Kosmo

Suami pukul isteri hingga mati

NILAI - Seorang isteri maut dipercayai dipukul suami dan tiga rakannya yang lain di rumah sewanya di Flat Taman Semarak, di sini, 4 Julai lalu.

‎Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam itu, isteri mangsa berusia 25 tahun itu ditemui terbaring tidak bernyawa di ruang tamu rumah yang baru disewa dua bulan bersama tiga yang lain.

‎Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat dipukul dengan objek tumpul berikutan terdapat kesan luka dan darah di belakang kepala mangsa.

‎"Kita telah menahan suami mangsa berusia 22 tahun dan rakannya berusia 25 tahun sejurus kejadian.

‎"Hasil siasatan awal kedua-dua mereka mengaku memukul mangsa bersama dua lagi lelaki dan seorang perempuan yang dikenali,"katanya.

‎Menurutnya, suspek bertindak memukul mangsa dengan menggunakan helmet, kayu mop, kayu bulat dan payung.

"Suspek telah membuang barang-barang tersebut ke dalam Sungai Mahang bagi menghapuskan bukti.

‎"Suspek kemudiannya membuat report di balai polis dengan mendakwa isterinya ditemui tidak bernyawa selepas tiga hari dia tidak pulang ke rumah,"katanya.

‎Zaldino berkata, polis telah merampas barang-barang yang digunakan suspek yang ditemui ditepi dan dalam Sungai Mahang.

‎"Antara barang yang dirampas ialah dua batang cerut, satu kayu bulat, satu kayu mop, dua helmet, plastik hitam, payung, tuala putih dan tali pinggang.

‎"Semua barang ini dijadikan senjata memukul mangsa dan tuala digunakan untuk cuci dan lap darah mangsa ditempat kejadian,"katanya.

‎Menurutnya, dua lagi suspek iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berusia 20-an telah ditahan di Selangor semalam, bagi membantu siasatan.

‎"Motif kejadian dipercayai cemburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
-sinarharian-

Seks ganas 3P: 2 lelaki asing bakal didakwa membunuh

FMT Reporters

PETALING JAYA: Dua warga asing yang ditahan berhubung kematian seorang lelaki tempatan dipercayai akibat aktiviti seks ganas tiga individu (3P) pada Mei lalu akan dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan membunuh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Arifai Tarawe yang dipetik Sin Chew Daily semalam berkata, dua lelaki yang terdiri daripada seorang warga Pakistan dan India itu ditahan kira-kira jam 4 petang Sabtu lalu di Jalan Ipoh, ibu negara.

Menurutnya, lelaki Pakistan itu adalah buruh berusia 28 tahun manakala warga India itu pula adalah penganggur berumur 24 tahun.

Kedua-duanya memasuki negara ini dengan dokumen sah.

Jelasnya, dua suspek itu direman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau percaya kematian akibat seks ganas ini adalah kes pertama seumpamanya di negara ini kerana polis tidak pernah mengendalikan kes sedemikian.

Mangsa korban adalah seorang lelaki Cina berusia 47 tahun yang merupakan penolong pengurus besar sebuah syarikat televisyen dalam talian.

Mangsa ditemui dalam keadaan bogel dengan mulut dan kakinya berikat, manakala alat sulitnya ditutupi kain di sebuah kondominium di Sri Hartamas kira-kira jam 12.17 tengah hari 16 Mei lalu.

Sementara itu, Oriental Daily melaporkan hasil siasatan polis mendapati, mangsa dan suspek dipercayai berkenalan menerusi aplikasi WeChat.

Difahamkan, mereka berjumpa selepas mendapati masing-masing mempunyai “minat seks” yang sama.

Ketika kejadian, mangsa baru kali ketiga menemui suspek dari India itu manakala lelaki Pakistan terbabit julung kali bertemu mangsa.

Polis masih mencari bukti-bukti berkaitan, termasuk menerusi telefon bimbit mangsa.

Mahathir bakal pimpin parti baru?

Zikri Kamarulzaman
Selepas lebih sedekad mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin kembali aktif dalam politik dalam usaha untuk mengalahkan seterunya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Spekulasi bertiup kencang bahawa doktor perubatan berusia 91 tahun itu bakal menerajui sebuah parti politik baru, yang terdiri daripada bekas ahli Umno.

Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, kemungkinan itu sedang dipertimbangkan.

“Kita akan adakan mesyuarat pada Khamis ini, jam 3 petang dengan semua pemimpin Pakatan Harapan untuk perbincangan menghadapi pilihan raya umum ke-14.

“Kita tengah pertimbangkan penubuhan parti baru yang bakal diterajui Tun Dr Mahathir,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya, sambutan daripada pemimpin pembangkang adalah menggalakkan setakat ini.

“Kita dapat respon yang menggalakkan dari parti pembangkang Pakatan Harapan.

“Kita akan bersama dengan Pakatan Harapan, bergabung tenaga utk menentang salah laku rasuah dan perbetulkan kepimpinan,” katanya.

Cadangan penubuhan sebuah parti baru timbul beberapa minggu selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz dipecat daripada Umno kerana bekerjasama dengan pembangkang.

Muhyiddin ketika itu berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan satu platform politik baru.

Walau bagaimanapun, Khairuddin berkata kedua-dua Muhyiddin dan Mukhriz tidak akan hadir pada mesyuarat Khamis ini di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, kerana mereka berada di luar negara.

Bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, juga telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat, katanya.

Shafie meninggalkan Umno dua minggu lalu selepas beliau digantung oleh Majlis Tertinggi.

Mahathir dan pembangkang telah menjalinkan kerjasama di bawah gerakan Selamatkan Malaysia dalam usaha untuk menggulingkan perdana menteri.

Walau bagaimanapun, kempen itu ternyata tidak berkesan apabila pilihan raya kecil berkembar di parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar menyaksikan BN memperolehi kemenangan besar.

Malaysiakini difahamkan bahawa pembangkang berbelah-bahagi sama ada Dr Mahathir harus mengetuai usaha berkenaan.

Ada yang beranggapan adalah tidak sesuai untuk bekas perdana menteri yang juga pernah dilemparkan dengan pelbagai salah laku dan penyalahgunaan kuasa, untuk mengetuai pembangkang yang lantang dengan desakan untuk pembaharuan.

Walau bagaimanapun, ada yang berhujah bahawa pembangkang yang lesu dan begitu rapuh hari ini memerlukan kepimpinan dan hala tuju, yang boleh dibekalkan oleh Dr Mahathir.

Baru-baru ini, mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengutus surat pedas, memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin PKR terhadap bahaya bekerja dengan Mahathir