"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Tongkat Ali, Kacip Fatimah bukti orang melayu sudah terpengaruh dengan fahaman Syiah sejak dulu

PETALING JAYA: Fahaman Syiah sudah bertapak lama di rantau ini sejak dulu sehinggakan budaya masyarakat tempatan tanpa sedar turut dipengaruhi oleh ajaran itu.

“PAS sudah mengerti betapa jahilnya masyarakat rantau ini dengan ajaran Islam, sehingga pengaruh Syiah telah pun mempengaruhi masyakat serantau alam Melayu secara bebal dengan menamakan herba tempatan yang dipercayai paling berkhasiat dengan panggilan Tongkat Ali dan Kacip Fatimah,” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tongkat Ali, atau nama saintifiknya Eurycoma longifolia (turut dikenali pasak bumi) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila) merupakan sejenis herba tempatan digunakan secara tradisional bagi tujuan kesihatan dalaman.

Wujud dakwaan yang mengatakan tumbuhan terbabit dinamakan oleh pengikut Syiah sempena nama keluarga Nabi Muhammad SAW; Tongkat Ali (Saidina Ali bin Abi Thalib) Kacip Fatimah (Fatimah Az Zahra).

Hadi berkata, pihaknya bagaimanapun sedar fahaman itu tidak sesuai bagi masyarakat Islam di Malaysia dan bertegas menegah ahlinya daripada terpengaruh dengan perjuangan Syiah termasuk perkembangan Revolusi Iran.

“PAS tetap mendukung demokrasi dan bersedia menghadapi penipuannya dan ahlinya yang didapati terkeluar daripada landasannya.

“Sama ada terkeluar dengan sendirinya daripada PAS atau diambil tindakan setelah terbukti dengan adil tanpa menjejaskan dasar dan konsep perjuangan Islam mazhab Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) yang didukung oleh PAS secara istiqamah dan muhasabah,” katanya.

Tegasnya,PAS mempertahankan parti itu tetap teguh berpegang kepada ajaran ASWJ selaras dengan perlembagaan parti yang mewajibkan setiap ahlinya menganut fahaman tersebut.

Menurutnya, Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al Quran, Hadis, Ijma’ Ulama dan Qiyas; iaitu sumber hukum para ASWJ.

“Ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli PAS wajib menganut mazhab ASWJ dan tidak diizinkan mazhab yang lain.

“Perkara ini tidak ada dalam perlembagaan parti lain, termasuk UMNO sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, disebabkan prinsip itu PAS sendiri akan mengambil tindakan mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana ahlinya yang mengamalkan fahaman lain termasuk Syiah.

“Oleh kerana berprinsipkan ASWJ nilah maka Jawatankuasa Disiplin PAS boleh bertindak terhadap aliran mazhab yang lain dalam PAS, bukan sahaja dalam kes disiplin salah laku terhadap pentadbiran PAS,” katanya.

Namun beliau menegaskan pendirian itu tidak bermakna PAS dilarang mengadakan sebarang hubungan dengan pengikut mazhab lain dan semua pihak termasuk dikalangan bukan Islam.

“Begitulah PAS menyokong kerajaan Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Iran, Oman, termasuklah negara Barat dan Komunis,” katanya.

Beliau berkata umat Islam wajib kembali semula kepada budaya ilmu yang tinggi dengan menggunakan teknologi maklumat terkini bagi menolak mazhab yang lemah secara hujah, dalam masa yang sama menyedari adanya agenda penjajah baru yang mengulang tayang senario lama dengan solekan baru yang disesuaikan dengan situasi terkini.

Mengambil iktibar daripada krisis negara Islam di Timur Tengah, Hadi berkata PAS meletakkan langkah politik seperti yang ditetapkan dalam hukum agama dan tidak menjadikannya sebagai alat permainan untuk mendapat kuasa tanpa mengira dosa dan pahala.

“PAS pernah dituduh Syiah apabila menyokong Iran dalam perang teluk yang pertama, ketika Saddam Husain menyerang Iran dengan senjata barat, dan PAS pula menentang campur tangan Amerika menyerang Iraq, sikap yang berbeza dengan Iran.

“Bukan kerana menganut ideologi Parti Ba’ath, tetapi dapat membaca permainan politik serantau,” katanya.

4 Gambar gemerlapan sambutan hari jadi Rosmah Mansor 10 Disember 2013

laniismaa
Hari_Lahir_Rosmah_1
Gambar-gambar gemerlapan yang menunjukkan sambutan hari lahir untuk ‘self acclaimed’ ‘The First Lady’, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia yang tersohor itu.

Dilaporkan sambutan hari lahir tersebut diadakan pada 10 Disember 2013 lalu. Gilang-gemilang majlis tersebut, sedangkan rakyat berlapar kerana banjir di Johor, Kelantan, Terangganu dan Pahang. Germerlapan isteri PM menyambut hari lahir, sedangkan rakyat meminta khemah untuk lebih keselesaan ketika banjir, tak sesuailah kata mereka.
Hari_Lahir_Rosmah_2
Hari_Lahir_Rosmah_3
Hari_Lahir_Rosmah_4
Adakah Rosmah yang sendiri nakkan sambutan hari jadinya begitu atau wujud pembodek-pembodek yang sudah terlebih bodek nak buatkan Rosmah seronok!!

Empat generasi hidup bergelumang noda sumbang mahram melahirkan ramai anak cacat

Sydney: Sekumpulan kanak-kanak terbiar dengan sesetengahnya mengalami kecacatan ditemui di sebuah petempatan luar bandar di Australia dalam kes sumbang mahram yang menggemparkan negara itu.

Media semalam melaporkan, 12 kanak-kanak berusia antara lima hingga 15 tahun itu dipindahkan pekerja sosial yang bertindak ekoran aduan pada Julai tahun lalu yang menyatakan mereka gagal hadir ke sekolah.

Jika mereka datang sekalipun keadaan mereka terlalu kotor dan tubuh sangat kurus.

Ketika polis dan pekerja perlindungan kanak-kanak mengunjungi ladang tempat mereka tinggal itu, ia dihuni 30 lagi orang dewasa, beberapa generasi dari keluarga yang sama.

Empat generasi - iaitu bapa saudara, ibu saudara, adik dan abang - semuanya melakukan seks sesama mereka, membesarkan generasi seterusnya yang turut mengulang perbuatan generasi sebelumnya.

Ujian genetik mendedahkan bahawa 11 daripada 12 kanak-kanak yang mempunyai hubungan persaudaraan itu - lima daripada “saudara dekat” dan mempunyai pelbagai kecacatan, termasuk pekak dan buta.

Mereka mempamerkan pelbagai darjah tingkah laku seksual sesama sendiri dan juga kepada orang asing serta menceritakan perbuatan seksual yang memualkan sesama sendiri, termasuk di depan kanak-kanak.

Kumpulan itu hidup dalam keadaan yang kotor dalam dua karavan, dua bangsal dan dua khemah tanpa bekalan air atau sistem pembetungan.

Mahkamah semalam berkata, pemerhatian terhadap keadaan kanak-kanak itu menjadi bukti kukuh bahawa berlaku sumbang mahram dan penderaan seksual selama beberapa generasi di situ.

Dokumen mahkamah menyatakan pertuturan kanak-kanak itu sukar difahami dan keadaan kebersihan dan kesihatan gigi mereka sangat teruk.

Mereka terpaksa masuk ke belukar untuk membuang air.
-AP/hmetro-

Mayat pelajar lelaki ditemui tergantung (Gambar)?

Sinarharian
KOTA BHARU - Misteri bau busuk dalam tandas asrama di sebuah sekolah di Kok Lanas pagi semalam, terbongkar apabila penyelia asrama terbabit, menemui mayat seorang pelajar dalam keadaan tergantung dengan kain pelekat dalam tandas yang terkunci.

Penyelia terbabit, Zul Atfi Mohamad, 37, berkata, sebagai rutin setiap pagi dia melakukan pemeriksaan bersama pengetua sekolah bagi meninjau setiap keadaan kawasan sekitar sebelum pelajar memulakan kelas al-Quran pada setiap pagi selepas bermulanya cuti sekolah awal Disember lalu.
Mahhad_Tahfiz_Gantung_2
Menurutnya, hanya apabila sampai di kawasan bilik air di tingkat bawah, dia tercium bau yang amat busuk dan mendapati pintu salah sebuah tandas dalam bilik air asrama terkunci dari dalam.

Mayat pelajar lelaki ditemui tergantung

“Curiga dengan keadaan itu, saya mengambil kerusi yang berada di luar dan cuba memanjatnya bagi meninjau keadaan dari dalam tandas yang terkunci itu.

“Ketika saya memanjat dinding bilik air berdekatan dengan siling tandas, saya mendapati mayat seorang lelaki separuh bogel dengan hanya memakai baju dan jaket manakala lehernya diikat dengan kain pelekat tergantung dalam tandas dan terdapat kesan darah dan najis di lantai bilik air itu," katanya.
Mahhad_Tahfiz_Gantung_4
Kata Zul Atfi lagi, sebelum ini sepanjang lima hari bertugas di situ, dia turut melakukan pemeriksaan di seluruh kawasan termasuk di bilik air ini hampir setiap hari bermula Selasa lalu, namun tidak pula tercium bau
busuk.

“Apa pun pihak sekolah menyerahkan kes ini kepada polis untuk tindakan lanjut bagi mengenal pasti identiti mangsa," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, sehingga ini pihaknya sudah mengenal pasti mayat mangsa dan hasil semakan yang dibuat melalui pengetua sekolah itu, mendapati salah seorang pelajar lelaki yang berusia 16 tahun tidak pulang ke rumah.

“Pihak sekolah telah menghubungi keluarga mangsa dan difahamkan pelajar itu tidak pulang ke kampungnya di Pasir Mas, selepas cuti bermula pada 7 Disember lalu,” katanya.

Berdasarkan pengecaman yang dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa mangsa, mereka sudah mengenal pasti dan mengecam pakaian serta cermin mata yang dijumpai di tempat kejadian.

“Dari hasil siasatan terhadap mayatnya, pelajar itu sudah tiga hari berada dalam keadaan demikian. Melalui pengamatan yang dijalankan, kejadian terbabit tiada kaitan dengan unsur jenayah dan kes diklafikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

Sepasang makhluk halus dikenali sebagai jenglot ditangkap (Gambar)

Badung: Orang ramai di kawasan Badung, Bali gempar semalam selepas sepasang makhluk halus dikenali sebagai jenglot ditemui dan ditangkap seorang penduduk Pantai Muaya, Jimbaran.

Menurut media ketika ini jenglot berkenaan disimpan di rumah Jero Mangku Karang.
Sejak berita itu tersebar, rumah Jero dikunjungi ramai orang - termasuk dari kawasan luar - untuk melihat sendiri makhluk berkenaan.

Saksi berkata, jenglot itu berupa seperti kelawar, bertaring dan berambut seperti manusia.
Foto
PASANGAN jenglot yang ditemui di Pantai Muaya
“Dimaklumkan jenglot itu ditemui dua penduduk tempatan, Ketut Tarin dan Akob, di kawasan pantai dan selepas ditangkap ia diserahkan kepada Jero,” katanya.

Penduduk setempat mengenali Jero sebagai seorang tokoh spiritual yang dihormati.

Sementara itu Ketut Tarin berkata, dia hairan apabila menemui objek ganjil ketika berjalan di kawasan pantai.

Melihat keadaan itu, katanya, dia mencampak objek itu ke laut tetapi ia kembali ke pantai dalam keadaan berpelukan.

“Seolah-olah mereka enggan dipisahkan,” katanya.

Disebabkan bimbang berdepan masalah, Ketut Tarin dan Akob berbincang dan bersetuju menyerahkan jenglot berkenaan kepada tokoh spiritual yang mereka kenali, Mangku Kayun.

Sementara itu Jero berkata, jenglot itu ditemui terbaring dalam jarak kira-kira satu meter antara satu sama lain di pantai ketika Ketut Tarin dan Akob berjoging.

Mereka kemudian membawa makhluk itu ke rumahnya.

“Pada awalnya ada kuasa memancar dari jenglot berkenaan tetapi saya neutralkan supaya ia tidak memudaratkan sesiapa,” katanya.

Kenyataan itu disokong Mangku Kayun.

“Kuasanya sangat kuat tetapi untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini ia berjaya kami kunci,” katanya.

Menurut Mangku Kayun jenglot juga boleh digelar sebagai toyol kerana makhluk berkenaan boleh menyerupai apa saja.

Katanya, rambut jenglot yang terurai itu mungkin berasal daripada rambut manusia atau bulu kemaluan lelaki atau wanita.

“Makanannya ialah darah manusia.

“Walaupun ia kelihatan kaku, auranya hidup dan sangat kuat dan boleh disuruh melakukan apa saja, termasuk membunuh,” katanya, semalam.

Jero berkata jenglot itu dimiliki pihak tertentu sebagai alat pelaris yang ditempatkan di kotak simpanan wang. 
-Agensi/hmetro-

Kemalangan ngeri: Kepala mangsa putus dan tercampak keluar dari kereta

Mangsa putus kepala kemalangan di Rembau
Kelihatan anggota bomba dan penyelamat serta anggota polis mengangkat mayat seorang pemandu yang maut selepas kereta yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Km39.1 Jalan Seremban-Tampin berhampiran Kota kira-kira pukul 11 pagi dekat Rembau hari ini. - Foto Bernama
REMBAU: Seorang lelaki putus kepala apabila keretanya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Km39.1, Jalan Seremban-Tampin di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 11 pagi ketika R.Sivakumar, 39, dalam perjalanan dari arah Tampin menuju Seremban.

Jurucakap polis berkata mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dan cuba memotong beberapa kenderaan lain dihadapannya sebelum bertembung dengan treler berkenaan.

"Tubuh mangsa tersepit di tempat duduk sementara kepalanya putus dan tercampak keluar dari kereta," katanya.

Pemandu treler berkenaan yang berusia 23 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Mizan Md Dom memgesahkan kejadian itu. 
-Bernama-

Mohamad Sabu isytihar 'perang' terhadap Ketua Setiausaha KDN dan Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikutan dakwaan menuduhnya mengamalkan ajaran Syiah.

Tindakan serupa juga kata Mohammad akan diambil terhadap Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi yang didakwa mengemukakan 'bukti' yang memfitnahnya.

Menurut Mohamad, beliau melihat bukti yang didedahkan KDN hari ini sebagai fitnah terhadapnya dan merupakan lanjutan dari kenyataan Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

"Kenyataan Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi memang mempunyai rekod tidak bertanggungjawab.

"Pernah beliau mengeluarkan kenyataan di Melaka hal memerangi jenayah seperti 'tembak dulu, baru siasat'," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau lagi, kenyataan berulang kali Ahmad Zahid selaku Menteri Dalam Negeri itu juga memberi imej buruk kepada kerajaan dan negara Malaysia.

"Saya telah menghubungi peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap fitnah Naib Presiden Umno dan KSU Kementerian Dalam Negeri terhadap saya," katanya yang kini sedang berprogram di Langkawi.

Beliau berkata demikian sebagai respon awal terhadap pendedahan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim yang mengemukakan 10 bukti kononya Mohammad terlibat dengan ajaran Syiah.

Antara lain, Abdul Rahim mendakwa Mohamad pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini.

Dakwa beliau lagi, Mohamad juga secara terang-terangan turut memuji Pemimpin Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau serta isterinya bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.
-harakahdaily-

Semakin ramai pemimpin yang memperlekehkan bukti bodoh KDN termasuk bekas menteri2 umno


KUALA LUMPUR: Bukti yang didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung dakwaan bahawa timbalan presiden PAS Mohamad Sabu seorang pengikut Syiah tidak meyakinkan bekas anggota kabinet Datuk Saifuddin Abdullah, lapor Malaysiakini.

KDN hari ini atara lainnya membangkitkan bahawa Mohamad pernah menyatakan kekaguman ke atas kepemimpinan dan perjuangan revolusi Iran 1979 Imam Ruhollah Khomeini.

Saifuddin dalam tulisan di Twitter berkata, beliau juga mengagumi Khomeini, dan juga tokoh revolusi lain seperti ikon anti-apartheid Nelson Mandela, pemimpin gerila Bolivia Che Guevara, dan pejuang kebebasan India Mahatma Gandhi.

"Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, komunis, Hindu?

"Saya juga kagumi Khomeini. Adakah saya Syiah?," tulis bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu.

Seorang lagi bekas anggota Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim juga menyatakan rasa hairan dengan alasan KDN tersebut, yang disifatkannya sebagai "karut".

"Apa dah jadi? Apa salah kalau saya kagumi Khomeini? Atau (pejuang hak sivil golongan kulit hitam) Martin Luther (King Jr) atau (tokoh falsafah Cina) Confucius.

"Bukan berti saya tukar agama atau akidah. Karut," tulisnya.
Turut hairan dengan alasan KDN itu ialah Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh yang berpendapat sumber yang digunakan untuk siasatan tersebut sepatutnya digunakan untuk membanteras jenayah.
"Tentulah lebih baik jika sumber dan masa mereka digunakan untuk memerangji jenayah dan bukannya Mat Sabu," kata ADUN DAP itu di laman sosial tersebut.

KDN menyenarai bukti ke atas dakwaan berkenaan, dalam satu sidang media khas di Putrajaya petang ini.

Ketua setiausaha kementerian tersebut Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi antara lainnya menyatakan bekas tahanan ISA itu juga pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005.

Rahim berkata maklumat itu hasil dari temuramah antara pegawai KDN Zamihan Mat Zin bersama Ahli Majlis Fatwa Kedah, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi.

Menurutnya, Mohamad juga pernah memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan Hassan Nasrullah.

Rahim berkata Mohamad juga kerap kali berulang-alik ke Iran untuk beberapa urusan seperti program penghantaran pelajar di Qom, Iran dan sudah empat-lima kali bertemu Hassan.
-harakahdaily-

Ibrahim Ali adalah Penganut Syiah gambar dan video ini sebagai buktinya?

Ibrahim Ali juga adalah pengkagum perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeni. Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, antara yang terawal bertemu dengan Imam Khomeini di Paris sebelum berlakunya Revolusi Islam Iran.

Kalau ini Mentaliti DS Zahid Hamidi dan pihak KDN maka ramai lagi akan disahkan penganut Syiah.

Selepas ini statistik penganut Syiah Malaysia sudah pasti akan meningkat secara mendadak.

Dr Maza dah jadi pemuja dan penjilat BN pulak? Sila Baca

http://omakkau.blogspot.com/
MANTAN MUFTI PERLIS DR MAZA SUDAH MENJADI PENGKAGUM DAN PEMUJA KUAT UMNO???? ... PUJI MELANGIT KERAJAAN UMNO/BN 1M'SIA PIMPINAN NAJIB RAZAK????
Pergh!!!!! sungguh tidak Omak Kau sangka sama sekali ... walaupun rakyat semakin semakin dihimpit tercekik sukar nak bernafas dengan telatah dan gelagat kerajaan UMNO/BN 1M'sia slogan Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan dibawah pimpinan negarawana terulung seantaro dunia abad ini, yang juga suami kepada Rosmah Mansor, Dato' Seri Mohd Najib b Tun Abd Razak, mendapat pujian sampai ke langit ketujuh dari mantan Mufti Perlis Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Tak caya? ... cuba baca apa yang dia tulis kat laman sosial Facebooknya ..

"TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN YANG TELAH MENZAHIRKAN KASIH, CINTA, MENJAGA SERTA MENDAHULUKAN KEPENTINGAN RAKYAT DENGAN KENAIKAN DI SANA SINI DEMI KESENANGAN KEHIDUPAN RAKYAT... RAKYAT BERTAMBAH BAHAGIA DAN SELESA HIDUP SEKARANG DAN AKAN DATANG DENGAN KENAIKAN TARIF ELEKTRIK, TAMBANG LRT, HARGA BARANG KEPERLUAN DAN LAIN-LAIN LAGI ... SEMUANYA UNTUK MENGELAK RAKYAT KENCING MANIS, KEMALANGAN JALANRAYA, TERKENA KEJUTAN ELEKTRIK, TERJATUH LRT DAN LAIN-LAIN TUJUAN KESELAMATAN RAKYAT... SEMENTARA MEREKA YANG TIDAK MENDAPAT KASIH SAYANG KERAJAAN HANYA BOLEH MENGGUNAKAN KEMUDAHAN NEGARA DENGAN BEGITU MEWAH SEPERTI PESAWAT NEGARA UNTUK HADIR KE FASHION SHOW DI LONDON DAN SEUMPAMANYA.. TERIMA KASIH KERAJAAN .. KAMI KASIH PADA MU DAN HARGAI PENGORBANAN MU"

Unit Amal: Pegawai polis terharu, kesal belasah semasa Bersih 3

http://www.wasukalu.com
PEGAWAI POLIS PEKAN TERHARU SUMBANGAN UNIT AMAL KESAL BELASAH MEREKA SEMASA BERSIH 3
Sampai masanya, kebaikan itu akan dihargai...

Saya mempunyai seorang teman, pegawai polis berasal dari Kelantan bertugas di satu IPD di negeri asal Perdana Menteri.

Sudah lama beliau dan keluarga adalah pengunjung tetap klinik saya setiap kali pulang ke kampungnya di Kelantan walaupun dia tahu tuan punya klinik yang merawatnya dan keluarganya adalah bekas calon PAS dalam pilihanraya umum.

Biasa kami berbual dalam banyak perkara termasuk isu-isu politik semasa negara. Kami berdua bersikap terbuka dalam perkara ini. Pandangan saya dihormati dan pandangannya juga saya hormati.

Sejurus sebelum Himpunan BERSIH 2.0 dulu, beliau bertandang ke klinik saya. Secara terbuka saya maklumkan kepadanya bahawa saya akan turut hadir ke himpunan tersebut. Sebagai seorang pegawai polis, beliau menunjukkan riak wajah tak bersetuju dengan tindakan saya sambil memaklumkan bahawa beliau juga turut diarahkan bertugas semasa himpunan tersebut. Sempat saya bergurau, "jangan katok saya deh..."

Melalui perbualan dan persahabatan untuk suatu jangka yang agak lama, saya tahu beliau seorang pegawai polis yang bukan pro pembangkang, juga bukan pro Umno.

Hari ini, kebetulan balik bercuti, beliau singgah di klinik. Kebetulan ketika lalu di hadapan Masjid Kubang Kerian, ada tergantung banner ceramah Dr Azam Tamimi. Soalan pertama yang beliau tanya selepas bersalaman, "Dr Azam Tamimi tu siapa?"

"Pemimpin HAMAS Palestin." Jelas saya ringkas.

"Saya nak cakap ko Dr satu perkara, masa banjir di Kuantan baru ni, saya cukup respect dengan sumbangan Unit Amal PAS! Sayu bila teringat balik, anggota saya belasah mereka masa Himpunan Bersih dulu..." ujarnya berbaur kesal dengan apa yang telah berlaku.

Saya hanya mendiamkan diri sambil hati kecil saya berkata, "sampai masanya kebaikan itu akan dihargai..." Dr Azman Ibrahim.

Sudah-sudahlah Erma Fatima!

Erma Fatima
Erma Fatima
KALI ini menggunakan wang berbentuk RM1 pula. Drama bayar saman ke atas pelakon Rabecca Nur Islam (Becca) oleh pengarah drama Dejavu Di Kinabalu nampaknya tak ada kesudahan.

Sebelum ini Erma membayar wang tuntutan Becca yang berjumlah RM11, 200 menggunakan wang syiling 5 sen dan senaskhah al-Quran.

Becca yang tidak berpuas hati dengan bayaran mengunakan syiling 5 sen telah memulangkan duit itu.

Namun Erma nampaknya tidak mahu mengalah dalam isu ini membayar kembali kepada Becca dengan menggunakan wang RM1 pula.

Becca menerusi Instagram miliknya bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Erma.

"... tidak mengapa jika cara itu dapat boleh memuaskan si hati insan bernama Fatimah Rahmad.

"Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Fatimah Rahmad, ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan mahupun keburukan," tulis Becca di laman sosial miliknya.

Untuk rekod, saman itu adalah kerana kegagalan pihak produksi melunaskan baki bayaran untuk drama Dejavu Di Kinabalu yang dibintangi Becca.

Kes itu yang dibawa ke mahkamah kemudiannya memihak kepada Becca dan Erma diarah untuk membayar baki berjumlah RM11, 200.

Ahli Umno kecewa pemimpin Umno sorok bantuan banjir

http://omakkau.blogspot.com
AHLI UMNO SENDIRI KECEWA BANTUAN BANJIR OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO DIBERI SECARA TERPILIH DAN ADA YANG SOROK BARANG REMBAT UNTUK KEPERLUAN KELUARGA SENDIRI!!!
"Saya ahli Umno. Tapi saya kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin yang beri bantuan kepada orang yang dikenali sahaja. Ada yang sorok barang untuk keperluan keluarga sendiri. Syukur kerana Pakatan beri bantuan. Saya lihat Unit Amal PAS dan PKR datang membantu kami" .... Norizan Abu Bakar, 48.

Nak tahu hebat dan baik sesebuah parti itu ketika kita berada dalam kesusahan ... siapa bantu cara ikhlas siapa yang sapu dan kebas hak rakyat.

Ketua Kampung Halau Pertugas Bantuan Banjir (Gambar)

Tranungkite
Bencana Alam suatu yang tidak diminta, yang sudah pasti akan menimpa semua orang tak kira apa fahaman politiknya. Oleh itu bantuan yang akan diberikan juga datang daripada semua golongan. Tapi malang kalau Ketua Kampung yang buat perangai bodoh menghalang atas dasar berbeza fahaman politik.

Ini yang terjadi di Rancangan Rumah Murah Semambu, Kuantan.

Sume telah maklum.. akan ada gelombang kedua banjir bila bila masa yg bakal melanda dinegeri Pahang, Trenggana, Kelantan dan Johor...jadi bersiap sedia.. yg jadi ketua kampung, jgn bodoh sombong..bantuan utk mangsa banjir jgn dihalang kerana berlainan fahaman politik... seperti yg berlaku di Rancangan Rumah Murah (RRM) Semambu Kuantan baru-baru ini, bila ketua kampung (UMNO) memaki hamun dan menolak bantuan untuk mangsa banjir.. otak xde ker..?? _ raja shahrim

Foto mayat anggota TLDM mati dibunuh?

laniismaa
TLDM_Dibunuh_1
Foto mayat anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yang tersebar di media sosial yang dikatakan mati dibunuh dan bukannya mati disebabkan lemas seperti didakwa.

Anggota keluarga tidak berpuas hati apabila dilaporkan anak mereka, Asruf dan berasal dari Tenom, Sabah mati lemas ketika menjalani latihan.
TLDM_Dibunuh_2
Namun begitu melihat kepada foto berkenaan, ramai yang mempertikaikan kesahihan “mati lemas” seperti didakwa kerana jelas kelihatan mangsa seperti didera dengan kesan lebam akibat dipukul dan dicucuh dengan rokok.
TLDM_Dibunuh_3
Oleh itu ihak TLDM perlu menyiasat kesahihan kes itu dan menafikannya andai benar tidak berlaku sebarang penderaan. Tindakan itu perlu memandangkan ramai yang memberikan komen bahawa berlaku main kasar dalam apa yang menimpa mangsa. Dan isu ini juga semakin mendapat perhatian pengguna media sosial.

Sekiranya memang berlaku tindakan berunsur jenayah, maka pegawai atau mereka yang terlibat dalam kejadian itu harus diambil tindakan.

Sesuatu perlu dilakukan untuk nama baik pihak TLDM sendiri atau demi keadilan kepada Asruf dan keluarganya.
-tranungkite-

Penguatkuasa JPJ yang angkuh dan tidak berhati perut saman lori bawa barangan mangsa banjir

Hamdan Othman
Saman JPJ kepada lori bantuan mangsa banjir
Mana perginya peri kemanusiaan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam membantu mangsa banjir di Kuantan? Saya sifatkan mereka sebagai tidak berhati perut dan kejam.”

Itu kata penyelaras bantuan mangsa banjir, Nordiana Abdul Rahman yang kesal apabila lori muatan barangan mangsa banjir ditahan selepas tol Gombak dan dikenakan saman atas alasan membawa lebih muatan.

Jelas Nordiana, sepatutnya penguat kuasa JPJ yang menahan lori tersebut lebih berhati perut kerana barangan yang dihantar adalah untuk membantu mangsa banjir, bukan untuk dijual di pasar lambak.

“Kalau lebih muatan dan tidak benarkan lori meneruskan perjalanan, apalah salahnya benarkan kami keluarkan barang tersebut sehingga cukup muatan yang dibenarkan?

“Ini tidak, JPJ terus denda pemandu sebanyak RM150 manakala syarikat lori yang membawa barangan tersebut disaman RM450 tanpa ada tolak ansur sedikit pun,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Lebih teruk, Nordiana memberitahu, penguat kuasa JPJ itu yang agak sombong dan kasar turut menggertak pemandu lori untuk membawa lori tersebut ke stesen penimbang yang bakal dikenakan hukuman lebih berat.

“Saya memang tak faham wujudnya anggota kerajaan yang tidak bertimbang rasa dalam membantu mangsa banjir. Kami pun bukannya boleh sampai ke Kuantan kerana laluan di tutup.

“Demi mangsa banjir, kami bayar denda tersebut dan saman syarikat akan diputuskan di mahkamah nanti seperti yang tercatat pada surat saman yang dikeluarkan,” ujarnya.

Menurut Nordiana, barangan tersebut dikumpul bersama sanak saudara dan sahabat handainya memang khusus untuk mangsa banjir. Antara barang yang dikumpul untuk dihantar ke pusat banjir adalah pakaian, selimut dan makanan seperti beras, gula, susu, tepung dan sebagainya.

“Kami berusaha mengumpul barangan ini selama lima hari kerana kasihankan mangsa banjir tetapi apabila bertemu JPJ di tengah jalan, sudahlah tiada perasaan kasihan malah kami pula disaman dan didenda.

“Saya tahu apa tanggungjawab penguat kuasa JPJ. Cuma kesal kerana tidak ada pertimbangan budi bicara langsung dalam membantu mangsa banjir yang amat meme rlukan barangan tersebut,” katanya.

Bob Lokman Masuk Hospital?

Pihak kami dimaklumkan Bob Lokman telah dimasukkan ke hospital Taiping kerana menggalami sesak nafas dipercayai selepas makan durian lima hari lalu.

Pihak kami juga dimaklumkan bahawa Bob Lokman akan di pindah ke hospital Sungai Buluh.

Jika ada sesiapa boleh mengesahkan maklumat yang dihantar ini. Kami tidak dapat menghubungi pihak yang terdekat dengan Bob Lokman.

Jamilah Taib Murray Anak Taib Mahmud Wanita Terkaya Di Kanada

Jamilah Taib wanita terkaya di Kanada. Begitulah laporan frank magazine dalam laman webnya yang turut disiar kembali oleh sarawak report.

Menurut laporan itu Jamilah Taib atau Jamilah Taib Murray memiliki kekayaan sebanyak 1.2 bilion USD yang didakwa adalah hasil daripada kekayaan ayahnya Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.
Baca laporan lengkap oleh frankmag.ca di sarawak report.
............
Sumber : link

“Budak-budak baju merah” yang bantu kami, kata mangsa banjir

Tuan Ibrahim Tuan Man memikul bekalan untuk dihantar kepada mangsa banjir dengan ditemani anggota Unit Amal.
Tuan Ibrahim Tuan Man memikul bekalan untuk dihantar kepada mangsa banjir dengan ditemani anggota Unit Amal.
"I really salute ini budak-budak baju merah. Every time ada disaster you boleh nampak dia orang. They come in quietly, do their work, and then quietly they leave. No fanfare, no TV3," komen seorang bukan Melayu yang kini tersebar luas dalam media sosial.

(Saya sangat tabik budak-budak baju merah ini. Setiap kali ada musibah, awak boleh nampak mereka. Mereka datang senyap-senyap, buat kerja mereka, dan kemudiannya pergi senyap-senyap. Tanpa laporan media, tanpa TV3).

Budak-budak baju merah adalah anggota Unit Amal Dewan Pemuda PAS. Kini ribuan daripada mereka sedang membantu mangsa banjir khasnya di Kuantan dan Kemaman, kawasan yang paling teruk dilanda banjir.

Mereka bukan dari Pahang dan Terengganu sahaja bahkan datang dari seluruh negara. Bahkan untuk memudahkan urusan, mereka yang bukan anggota Unit Amal juga memakai baju merah Unit Amal ketika datang untuk menolong mangsa banjir. Dengan cara itu, semua orang tahu mereka sedia menjalankan apa saja tugas untuk membantu mangsa.

Selepas bertungkus lumus dengan kerja menyelamat dan membantu mangsa di pusat pemindahan kini mereka bertugas untuk membersih rumah mangsa banjir pula. Malah, mereka juga bersedia untuk menghadapi gelombang kedua banjir ini.

Dalam beberapa kali perhimpunan Bersih, budak-budak baju merah ini yang mengawal orang ramai. Dengan disiplin yang tinggi dan tanpa mengharapkan sebarang upah, mereka menjadi pasukan sukarela yang sangat berkesan.

Dengan moto "Beramal kerana Allah", Unit Amal menjadi barisan depan PAS dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

Ketika Squad Sayang Umno sibuk dengan Perhimpunan Agung mereka di Kuala Lumpur, Unit Amal PAS bertugas siang dan malam membantu mangsa banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin terpaksa memohon maaf kepada mangsa banjir berikutan kelewatan bantuan bekalan makanan tiba semasa banjir kali ini di seluruh negara.

Menurutnya,apa yang berlaku adalah perkara yang tidak diduga mengakibatkan penyaluran bekalan bantuan turut terjejas.

"Saya keluarkan arahan kepada pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara) supaya menyediakan stok bekalan makanan yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya tiga hari. Amaun yang boleh digunakan tidak menjadi isu. Soalnya bekalan yang boleh kita ambil, mesti disimpan di setiap pusat pemindahan dan saya minta supaya perkara ini diteliti, sehalus-halusnya berdasarkan keperluan,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan dan penempatan mangsa banjir di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol, Paya Berenjut, Kemaman Jumaat lalu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said juga mengamuk apabila menyedari kelemahan agensi kerajaan dalam melaksanakan bantuan banjir tambahan lagi apabila beliau mengetahui petugas PAS sangat aktif membantu mangsa.

Di Kemaman, Tuanku Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut turun untuk melihat sendiri kemusnahan dan mangsa banjir.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi pula turun bertemu mangsa banjir dengan menaiki bot.

Di Kuantan, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membantu mangsa dan dilihat mengharungi banjir dan memanjat rumah dengan membawa bantuan untuk membantu mangsa.

‘Tentera Merah’ dan musibah bak kembar seiras

DR RIDUAN MOHAMAD NOR

Dada langit masih suram dengan hujan merembes perlahan memukul atap rumah warga kemaman, Dungun serta daerah lain yang masih diserbu tengkujuh. Banjir yang melanda kali ini telah memunggah puluhan ribu rakyat ke pusat pemindahan banjir. Bak garuda melanggar jajahan, rumah kediaman seperti diterjah tsunami dengan kemusnahan tak terperi, suara tangisan anak-anak yang ketakutan dan kelaparan bertingkah-tingkah merebut ruang di tempat pemindahan banjir. Langit seperti menumpahkan murkanya pada manusia yang tak henti menuai dosa dan meracik kebejatan noda.

Banjir besar ini seperti ingin mengingatkan kita tentang keberadaan Tuhan yang sering sirna daripada ingatan manusia. Korupsi, mengabaikan solat, melecehkan syariat, penzinaan, penyelewengan seolah-olah sudah tidak mampu dielakkan insan. Banjir menampar manusia yang leka dan menunjal sisi terang akal kita juga bahawa Tuhan hanya menjentik ingatan kita supaya segera bermuhasabah.

Saya menyemak kisah duka banjir kali ini di medan operasi dan juga fenomena media baru yang turut menambah perisa kepada tragedi banjir kemaman, Kuantan serta daerah lain. Nama Unit Amal atau pernah menggalang jolokan Tentera Merah kelihatan begitu hampir dengan relung hati mangsa banjir. Tentera Merah juga pernah mencuit hati mangsa banjir di Johor pada tahun 2007. Membuka ruang fikir masyarakat Johor bahawa gerakan Islam bukanlah jamaah takfir yang membina tembok kaca dengan masyarakat seperti yang cuba digambarkan oleh media perdana.

Rakyat Johor kelihatan kecewa dengan agensi kerajaan yang kelihatan agak lemah menjangkakan banjir besar yang akan menimpa Johor, bumi ditanam uri Umno pada tahun 1946. Sebab itu tidak mudah merombak keyakinan masyarakat Johor kepada parti pragmatis sekular itu sejak puluhan tahun. Tentera Merah yang datang dari seluruh negara mengucur keringat, membersihkan kediaman, memasak makanan, menyelamatkan mangsa banjir serta menenangkan mangsa.

Pasca banjir di Wilayah Johor pada tahun 2007 itu akhirnya membuka ruang untuk masyarakat Johor membuang stigma mereka kepada PAS. Rasa skeptikal terhadap bendera bulan berjaya dirobohkan malah dibuktikan negeri sarat adab Melayu itu menyaksikan lonjakan undi PAS sebanyak 200 peratus di antara 2004 sehingga PRU ke-12 pada tahun 2008.

Saya konsisten selama ini bahawa gerakan kebajikan adalah pakej lengkap kepada gerakan Islam sebagai mana lantunan pada cerminan dakwah di zaman Ar Rasul S.A.W dan juga generasi Al-Quran.

Tentera Merah atau Unit Amal wajar diberikan pujian kerana para amilin yang bergabung di dalamnya dicetak khusus untuk berhadapan dengan situasi cemas serta mempunyai tahap disiplin lima bintang. Tiada sebuah pun gerakan relawan yang mampu menyaingi reputasi Unit Amal kecuali di luar negara seperti Al-Khidmat di bawah naungan Jamiat Islami di sub kontinen.

Anggota Amal dengan pelbagai jalur latar belakang, ada antara mereka graduan kejuruteraan, perubatan, sains sosial, pengajian Islam sehinggalah mereka yang mempunyai tahap asas seperti lulusan SRP. Kepelbagaian inilah yang telah melahirkan kekuatan dan jati diri mereka yang tersendiri. Masyarakat yang awal benci kepada gerakan Islam akibat kurang maklumat, akhirnya terpanar melihat anak-anak muda berbaju merah mendirikan solat berjemaah walaupun guratan wajah mereka penat akibat kurang rehat.

Wira tak didendang ini bersilih ganti datang ke tempat lokasi bencana tanpa sebarang upah atau tanda jasa. Keikhlasan mereka inilah akhirnya membuahkan amal yang paling manis sehingga PAS tersimbah dengan pujian masyarakat kerana mempunyai anak-anak muda yang pandai menyantuni massa.

Tentera merah dengan berbaju lencun keringat itu juga tak pernah lelah membantu manusia tanpa mengira status sosial. Teringat saya, ungkapan Ustaz Idris Ahmad semasa beliau menggalang jawatan Timbalan Ketua DPPPM, "jika bahtera jamaah ini berbondong masuk ke syurga, maka anggota amal adalah kelompok pertama ke syurga. Mereka tak disibukkan dengan mencari nama, tak bercadang untuk menjadi calon pilihan raya, tak bercadang untuk menjadi AJK penting, disuruh bangun mereka bangun, disuruh duduk mereka duduk, tiada orang mampu seikhlas anggota amal".

Kuantan dan Kemaman akan menjadi saksi kehebatan khidmat Tentera Merah ini mengucur keringat. Saya di birai jendela rumah dengan hujan bak dentingan halpa yang mengasyikkan, tiba-tiba terbayang sosok Tuan Guru Abdul Hadi dan Datuk Tuan Ibrahim sedang melambai tangan pada rakyat yang menangis sesenggukan gembira. Tokoh ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu dan juga Pahang selepas PR menang besar di negeri Pantai Timur itu dalam PRU ke-14. Insya Allah, fajar kemenangan akan menyinsing dan saatnya begitu hampir.

Jutaan penghargaan buat tentera Merah Amal yang telah memecahkan tembok kaca gerakan Islam dan juga masyarakat negara ini. Beramal kerana Allah adalah pelaksanaan kata-kata yang tak sekadar tercetak di aksara kertas. Maju terus ke medan operasi wahai para amilin kerana kemenangan itu sangat hampir di tanah air kita ini.

Cerita tidak masuk akal

anaabdullah
Di Kemaman. Banjir sudah surut, tetapi bantuan bentuk barangan untuk mangsa banjir bertalu talu sampai.

Tidak semena semena muncul satu berita yang memang tidak masuk akal berlaku di pusat kihdmat masyarakat salah satu DUN di parlimen Kemaman.

Penulis tidak percaya dengan cerita itu. Anda juga tidak percaya, kerana ia tidak masuk akal dan sangat tidak munasabah.

Bayangkan satu pusat khidmat masyarakat milik umno parlimen Kemaman mempunyai kaki tangan seramai dua puluh tujuh orang.

Paling tidak masuk akal, salah seorang kaki tangan lulusan SPM gajinya RM 2,400 sebulan dan pengarahnya (ketua jabatan) gajinya RM 7,000.

Cuba anda bayangkan, munasabahkah gaji ketua pusat khidmat masyarakat milik umno gajinya sebanyak itu.Sangat tidak munasabah.

Gaji itu adalah gaji seorang pengarah atau ketua jabatan sepertimana pengarah Tanah dan Galian kerajaan negeri Terengganu SUK Wisma Darul Iman.

Lagi tidak munasabah, gaji semua kaki tangan pusat khidmat masyarakat itu dibayar oleh kerajaan negeri Terengganu.

Sangat sangat tidak munasabah cerita yang tersebar dan penulis mendengarnya. Pasti ia satu fitnah hendak memburuk buruk nama baik menteri besar Terengganu yang dikatakan sedang tunggu masa untuk jatuh dan diganti dengan nama lain.

Cerita ini datang dari mulut orang umno sendiri. Sama ada “Sah”atau “tidak” sama sama kita siasat, kerana Allah minta kita siasat apabila mendengar cerita dari seorang munafik.

Abby Abadi dengan mangsa banjir, biar video berbicara

HTTP://PAKAT-PAKATKALIH.BLOGSPOT.COM
Abby Abadi Kena Marah Dengan Mangsa Banjir.. Biar Video Berbicara..
Mangsa Dendam Politik Disekat Bantuan Banjir

Rumah separuh tenggelam. Ceritanya lagi. Ada jiran yang datang mintak baju selai untuk dipakai. Apa pun kami sampaikan sekadar yang mampu. Atas sumbangan kalian2 semua beliau diucapkan terima kasih.

Inilah antara bukti temubual kami apabila kami bertanya sudah dapat bang bantuan banjir?

Hanya sebab fahaman politik berbeza. Bantuan yang gunakan wang pembayar cukai tidak sampai kepada yang sepatutnya.

Ini videos bukti sedutan kisah sedih yang sempat kami rakamkan. Akan menyusul lagi video's yang lain lepas ni.


Yang pasti, tindak-tanduk ‘dia’ lebih Islam daripada Umno

Timmy Say
Dia dibenci kerana ceramahnya lantang menyerang Umno. Dalam mata dan mindanya hanya memikirkan bagaimana membebaskan Melayu dan Islam daripada cengrkaman Umno.

Bagi dia, Malaysia sepatutnya bersih daripada rasuah. Bagi dia, Malaysia sepatutnya sudah maju ke depan. Bagi dia, Melayu dan Islam sepatutnya sudah menjadi bangsa terulung. Bagi dia, Malaysia sepatutnya sudah menjadi model bagi negara Islam di dunia.

Tapi tidak. Semua yang diharapkan tidak berlaku. Malah yang sebaliknya berlaku walaupun perlembagaan Malaysia menyatakan agama rasminya ialah Islam.
Bagi dia, inilah yang mencemarkan nama Islam.

Pemerintahan dengan Islam sebagai agama rasmi, tapi negara gagal ungguli carta bebas rasuah malah dikenali kerana masalah rasuah – ini satu penghinaan pada Islam bagi dia.

Pemerintahan oleh majoriti pemimpin yang beragama Islam, tapi keborosan pentadbiran yang diwar-warkan sebagai wasatiyah cukup memualkan – ini juga adalah satu penghinaan pada Islam bagi dia.

Pemerintahan oleh mereka yang mengaku mereka pejuang Islam yang sepatutnya cintakan ilmu tapi prestasi pendidikan negara di peringkat antarabangsa langsung tidak menggambarkan keunggulan Islam dalam mencapai kegemilangan ilmu – itu satu tamparan pada Islam bagi dia.

Pemerintahan oleh majoriti Muslim yang menjadi kaya tapi rata-rata rakyat yang miskin adalah golongan mereka yang beragama Islam, bagi dia – ini bukan sahaja satu penghinaan pada Islam malah satu penipuan pada bangsa Islam oleh pimpinan Islam yang memegang kuasa.

Bagi dia, ini semua salah Umno - seperti kata bekas Menteri Besar Selangor Mat Taib, Umno yang tidak merujuk pada Al-Quran dan Hadis semasa membuat dasar dan keputusan.

Bagi dia, untuk menyelamatkan Malaysia, terutama orang Melayu dan Islam, Umno mesti ditumbangkan.

Oleh itu, di dalam ceramahnya, dia jarang menyentuh mengenai isu agama seperti menjaga solat dan puasa, tapi lebih kepada menyerang Umno dan juga tindak-tanduk seorang Islam dalam hal sosial dan memperjuangkan keadilan.

Contohnya, dia selalu mengetuai perkara yang melibatkan demonstrasi rakyat, kerana baginya, itulah sifat sebenar seorang Islam yang sanggup mati untuk memperjuangkan hak rakyat.

Dia juga selalu muncul di tempat rakyat dalam kesusahan kerana baginya, itulah sifat sebenar seorang Islam yang tidak boleh duduk diam melihat sesiapa sahaja dalam kesusahan.

Apabila melihat rakyat Islam di negara ini tidak bersifat sedemikian, dia merasakan ini semua adalah kesalahan Umno dalam mendidik rakyat dan membasuh minda rakyat, terutama orang Melayu.

Sebab itu, dia lantang menyerang Umno kerana dia percaya Melayu mesti diselamatkan daripada kerja pembodohan Umno supaya tidak lagi ketinggalan oleh kaum lain. Baginya, Melayu mesti dibawa kembali kepada Islam sebenar, dan PAS adalah wadahnya.

Kini ada pemimpin Umno yang berani menuduh di hari yang terang dia ialah seorang pengamal Syiah.

Baguslah. Perkara ini sudah lama terpalit pada dia. Walaupun dia pernah menjelaskannya, tapi dalam politik persepsi pada seseorang itu makan dalam.

Serangan terbaru ini adalah peluang terbaik untuk dia mematikan isu Syiah “once and for all” dengan saman malu terhadap pemimpin Umno yang menuduhnya. Ada hikmah di sebaliknya.

Sebagai seorang bukan Islam, saya kurang mengenali siapa Sunni dan siapa Syiah. Tapi saya mengenali dia sebagai seorang pejuang Islam tulen. Dan daripada pandangan saya, Islam yang dicerminkan melalui tingkah laku dia adalah lebih Islam daripada kebanyakan pemimpin Umno.

Ketika saya masih ada ruang untuk membantu, saya memberikan khidmat terbaik kepadanya kerana merasakan dia layak dibantu.

Menggunakan “dia” di dalam artikel ini adalah satu penghormatan kepada sifat marhaen yang ditunjukkannya.

Sampai di sini, sudah pasti kamu tahu siapa dia. Dia ialah orang nombor dua dalam PAS.

Memandangkan orang yang menuduhnya Syiah hanya menamakan dia sebagai itu, saya turut melakukan perkara yang sama dalam artikel ini. Senyum.