"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Zul Noordin buat NGO India berang selepas sidang media bersama Perkasa

Zul Noordin buat NGO India berang selepas sidang media bersama Perkasa Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam) berang dengan kenyataan Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin melibatkan isu makan di bilik persalinan, hingga menyebabkan berlaku salah faham kecil sebaik sidang media bersama hari ini.
Zulkifli dalam sidang media mengumumkan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (MIRAC) menyatakan secara terbuka menyokong guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Mohamed Nasir Mohd Nor.

"Perkasa mengecam tindakan pihak yang mempolitikkan isu makan di bilik persalinan Seri Pistana.

"Ya, Perkasa akan beri sokongan kepada guru besar tersebut," kata Zulkifli apabila ditanya tentang pendirian Perkasa tentang pertikaian tersebut.

Kenyataan tersebut menyebabkan pengikut Perinnbam dan presidennya, U Thamotharan tidak berpuas hati dan enggan menyertai majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Perkasa sempena pengumuman penubuhan MIRAC hari ini.

Ekoran perselisihan faham tersebut, presidennya, Datuk Ibrahim Ali memujuk Thamotharan untuk masuk semula dan makan bersama.

Kontroversi melibatkan SK Seri Pristana di Sungai Buloh bermula setelah seorang ibu menyiarkan gambar kes murid makan di bilik persalinan di dalam Facebook, ibu yang terdesak itu berkata, beliau mengambil langkah itu sebagai jalan terakhir kerana pentadbiran sekolah gagal bertindak terhadap pertanyaannya.

Susulan itu, guru besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh, Mohamad Nasir Mohd Noor diarahkan untuk bercuti selama seminggu oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan keputusan akan diambil selepas itu.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana membuka semula kantinnya.
-TMI-

Gadis 18 tahun dicabul diambilt gambar bogelnya oleh ah long

IZWAN ROZLIN & AHMAD ISMADI ISMAIL
Mangsa dibogel, dicabul ah long
Dila ketika ditemubual wartawan Sinar Harian.
KUALA LUMPUR: Bukan hanya dibogel dan dicabul, malah seorang gadis berusia 18 tahun turut diugut gambar bogelnya disebarkan jika abang ipar dan kakaknya gagal menjelaskan hutang ah long.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dila berkata, abang ipar dan kakaknya itu meminjam lebih RM3,000 daripada ah long sejak akhir tahun lalu, namun gagal membayar balik.

“Akibatnya saya yang terima padah apabila tiga lelaki dipercayai ah long mula datang mengganggu di tempat saya bekerja,” katanya sewaktu ditemu bual di sebuah rumah perlindungan di pinggir ibu kota, semalam.

Dila berkata, gangguan daripada tiga lelaki itu berlarutan hampir setiap hari sehingga awal tahun ini.

Menurutnya, pada suatu hari ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, tiga lelaki berkenaan memaksanya menaiki motosikal.

“Saya dibawa ke kawasan semak, sebelum mereka mengarahkan saya menanggalkan pakaian dan mengambil gambar saya sebelum dicabul bergilir-gilir," katanya.

Dila berkata, sehingga kini dia tidak tahu di mana abang ipar dan kakaknya berada dan berharap mereka dapat melangsaikan hutang tersebut secepat mungkin.

Anak ketujuh daripada sembilan adik beradik itu memberitahu, berikutan insiden itu emosinya terganggu dan dia kini trauma dan hanya mempunyai ibunya untuk membantu.

Penderitaan Dila tidak habis di situ apabila dia turut mengakui pernah didera oleh abang sulungnya yang mengalami sakit mental sejak lima tahun lalu, memaksa dia tinggal bersama keluarga kakaknya.

“Abang sulung pernah mencabul salah seorang daripada kakak saya, sebelum dia dipenjara kira-kira dua tahun atas kesalahan itu,” katanya.

Menurutnya, abang sulungnya itu juga sering bertindak ganas dengan memukul, menyepak, menghentak kepalanya didinding atas alasan tidak berpuas hati dengan masakannya.

Pro Sisi dijamu makan, pro Morsi dijamu peluru

Harakahdaily
(Serangan di Masjid Qaid Ibrahim, Iskandariah malam tadi yang menyaksikan 7 terkorban)
MESIR: Ikhwan Muslimin mengecam tindakan 'double standard' pihak tentera yang menyerang penyokong Morsi dibeberapa kawasan awal pagi tadi sehingga mengakibatkan puluhan lagi terkorban.

Sebaliknya, penyokong Al-Sisi yang diarah berkumpul di Dataran Tahrir diberi layanan lima bintang.

Pemimpin Ikhwan, Dr.Mohammed El-Beltaji dalam temubual secara langsung sebentar tadi dengan stesen Al-Jazeera berkata, pihaknya tidak akan berganjak biarpun berdepan pelbagai ancaman.

"Kami bangga menjadi antara mereka yang dipilih untuk berkata "Tidak" kepada perampas kuasa.

"Kami diperlakukan begini sedang penyokong As-Sisi dan tentera di Tahrir dijamu dengan makanan yang disediakan oleh pasukan tentera dengan biayai wang rakyat, dicetak poster dan diedar gambar Sisi dan dijaga keselamatan mereka oleh polis sedang kami 'dihujani' dengan peluru hidup menjelang sahur tadi," katanya ketika ditemubual di Hospital Raba'ah pagi tadi.

Dalam kejadian menjelang sahur pagi tadi, kumpulan penyokong Morsi di hadapan Universiti Azhar, Jalan Austorad, berhampiran Kubur Anwar Sadat diserang dengan peluru hidup.
(Samseng upahan mengepung Masjid Qaid Ibrahim, ratusan penyokong Morsi terperangkap)
Sekurang-kurangnya 10 telah dilaporkan terkorban termasuk lebih 300 lagi cedera. Angka korban dijangka terus meningkat ekoran ramai mengalami cedera parah.

"Jika anda melihat, lokasi himpunan kami di Raba'ah ini terletak tidak jauh dengan Pejabat Perisikan Perang Askar, bersebelahan ini bangunan Unit Kewangan Majlis Tentera, hanya beberapa meter terletaknya Bilik Operasi Majlis Tentera.

"Jika kami inginkan keganasan sudah lama kami kepung dan ceroboh bangunan-bangunan tentera tersebut dengan jumlah kami yang mencecah jutaan tapi kami tidak lakukannnya. Sudah hampir 30 hari kami berhimpun, jika kami inginkan keganasan maka hari pertama kami berhimpun sudah kami rempuh bangunan milik tentera ini," katanya lagi.

Sementara itu, seorang doktor perubatan yang bertugas di Hospital Raba'ah, Dr.Hisyam Ismail melalui Al-Jazeera sebentar tadi berkata, setiap detik akan tiba di hospital itu mangsa yang cedera dan sehingga kini sudah 700 orang.

7 terkorban di Iskandariah

Dalam perkembangan berkaitan, tujuh lagi penyokong Morsi terkorban dalam serangan di Masjid Qaid Ibrahim di Iskandariah malam tadi.

Difahamkan, polis mengepung peserta yang berada di dalam masjid sebelum melepaskan gas pemedih mata.

Menurut web Ahram, pasukan tentera menembakkan gas air mata di sekitar lokasi himpunan untuk menyuraikan para peserta himpunan.

Dalam kejadian itu,seorang kanak-kanak 14 tahun didakwa turut terkorban akibat ditusuk dengan senjata tajam di perutnya.

Ibrahim Ali tukar perkasa jadi Perkasa 1Malaysia sebab merajuk dengan Najib?

Shahbudin Husin
Ibrahim Ali hari ini mengumumkan penubuhan Majlis NGO Antara Kaum atau Mirac yang menandakan keterbukaan pertubuhan itu dalam perjuangannya yang selama ini memperjuangkan kepentingan Melayu, Bumiputera dan Islam. Melalui penggabungan dengan Perinban atau Persatuan Amal dan Kebajian India Baru dan Percisma atau Persatuan Cina Era Baru, Mirac kini menjadi landasan baru perjuangan Perkasa.

Dengan bergabung dengan pertubuhan Cina dan India, tidak dipastikan setebal mana perjuangan Melayu, Bumiputera dan Islam yang akan diperjuangkan oleh Perkasa.

Sikap dan keterbukaan yang secara tiba-tiba ditunjukkan oleh Perkasa ini menimbulkan persoalan ramai, apa sudah jadi dengan perjuangan Perkasa sekarang ini? Kenapa secara mengejut menukar hala tuju perjuangannya?

Walaupun beliau bertegas bahawa Perkasa akan terus memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam, tetapi ramai yang ragu-ragu dengan keupayaannya untuk terus bertahan sekiranya timbul isu-isu yang menggugat kepentingan Melayu selepas ini.

Lebih-lebih lagi kerapuhan benteng pertahanan Perkasa itu amat terserlah bilamana belum pun apa-apa lagi sudah tercetus perbalahan kecil di hari pertama penubuhan Mirac ini berikutan Perinban tidak setuju dengan kenyataan Zulkifli Nordin, Naib Presiden Perkasa mengenai sokongannya terhadap guru besar Sri Pristina berhubung isu murid-murid makan di bilik persalinan sekolah.

Ia berakhir dengan Zulkifli meninggalkan majlis manakala Ibrahim pula terpaksa memujuk Perinban supaya terus berada di majlis berbuka puasa itu. Zulkifli pula mungkin hanya berbuka puasa di dalam kereta atau di gerai tepi jalan berikutan tiada sesiapa yang memujuknya.

Hanya dalam isu kecil seperti isu kantin pun mereka sudah berbalah, bagaimana nanti jika timbul isu-isu yang lebih besar yang memerlukan suara Perkasa lebih lantang? Mungkin selepas ini suara Perkasa akan menjadi seperti kebanyakan pemimpin UMNO juga yang semakin hilang aura kemelayuannya berikutan Najib lebih cenderung kepada perjuangan bercorak 1Malaysia.

Selama ini ramai orang Melayu terpana dengan perjuangan Melayu dan Islam yang dibawa oleh Perkasa sehingga ramai ahli UMNO yang menjadi ahlinya walaupun Ibrahim Ali yang menjadi presidennya bukanlah ahli UMNO, malahan pernah menentang UMNO dengan bertanding atas tiket Bebas dan juga PAS.

Namun atas keyakinan terhadap perjuangan Melayunya, mereka menyertai Perkasa. Tambahan pula dengan menyertai Perkasa, mereka merasakan dapat meneruskan perjuangan untuk Melayu berikutan UMNO sejak dipimpin oleh Najib lebih gigih melaungkan semangat 1Malaysia berbanding untuk kepentingan Melayu, selain menunjukkan sikap tolak ansur dan lunak terhadap tuntutan kaum-kaum lain.

Walaupun tindakan Najib itu dilihat untuk kepentingan undi dan sokongan, namun dalam banyak hal sikap yang ditunjukkan beliau dilihat berlebih-lebihan dan di luar kewajarannya. Lantaran itulah Perkasa menjadi pilihan.

Perkasa sendiri, sebaik pilihanraya berakhir pernah meluahkan kekecewaannya terhadap Najib yang lebih memberi muka kepada kumpulan-kumpulan yang membuat tuntutuan secara mengugut seperti Dong Ziong dan Hindraf dengan sedia mengadakan pertemuan serta memenuhi permintaan mereka sedangkan pandangan Perkasa langsung tidak diberi perhatian.

Ibrahim yang pernah mencadangkan untuk membakar kitab Injil berbahasa Melayu sebagai protes terhadap penggunaan kalimah Allah, juga kecewa dengan Najib kerana menjemput paderi-paderi untuk berdialog di Seri Perdana sedangkan Perkasa tidak pernah dilayan sebegitu rupa.

Sebelum pilihanraya, walaupun menyokong UMNO dan Najib, Ibrahim dan Perkasa tetap lantang memperjuangkan isu-isu Melayu dan Islam. Suara mereka jarang ketinggalan dalam kebanyakan isu yang berbangkit.

Selepas pilihanraya dan hampir diketepikan Najib sebagai calon dan kemudian kalah di Pasir Mas, Ibrahim tidak menyimpan lagi rasa kecewanya dengan Najib. Selain mengungkit bahawa Najib lebih memberi perhatian kepada tuntutan kaum lain dan mengabaikan padangan Perkasa, Ibrahim juga seperti mengugut mahu mengambil sesuatu langkah yang dianggapnya drastik terhadap kepimpinan Najib.

Tidak lama selepas itu pula, Perkasa mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir dan mengumumkan mereka kini mengambil sikap berkecuali dan tidak lagi terikat dengan UMNO, kerajaan atau Najib. Ternampak bahawa Perkasa benar-benar kecewa dengan Perdana Menteri.

Bagaimanapun tiga hari lalu, Ibrahim dan 10 pimpinan tertinggi Perkasa telah dijemput ke Seri Perdana oleh Najib untuk bersemuka dan meluahkan pandangannya. Sebaik selesai, Ibrahim dilaporkan berpuas hati dengan pertemuan itu serta melahirkan rasa gembiranya dapat bertemu dengan Najib.

Dan semalam tiba-tiba Ibrahim mengumumkan penubuhan Mirac yang menandakan arah baru perjuangannya selepas ini. Walau apa pun penafian Ibrahim mengenai kaitan penubuhan Mirac dengan pertemuannya dengan Najib, kesimpulan ramai ialah "takkan burung tempua tiba-tiba bersarang rendah". Dan di sebalik mee yang sedap selalunya ada udang galah atau ketam tersorok dibawahnya.

Itulah pandangan atau tanggapan ramai mengenai Perkasa dan Ibrahim Ali sekarang ini.

Luahan kata-kata kecewa, ugutan untuk melakukan sesuatu tindakan yang drastik kononnya dan mengumumkan sikap berkecuali kemudiannya, rupa-rupanya hanyalah "langkah silat pengantin" untuk lebih dekat dan rapat dengan Perdana Menteri.

Perkasa kini, melalui Mirac, bukan saja semakin mendekati halatuju perjuangan yang sedang diperjuangkan oleh Najib, bahkan Perkasa kini sudah boleh dikenali sebagai Perkasa 1Malaysia.
http://shahbudindotcom.blogspot.com/ 

(Gambar) Sepasang kekasih bergaduh sampai bogel di tengah jalan raya yang sibuk

Bergaduh sampai bogelSepasang kekasih muda China bergaduh dengan menanggalkan pakaian dan berbogel di tengah jalan raya yang sibuk, semalam.
Sambil berdiri di tengah jalan dan menjerit ke arah satu sama lain si lelaki bertindak menanggalkan pakaian terlebih dulu sebelum diikuti teman wanitanya.

Insiden memalukan itu berlaku di jalan raya di Dongguan, wilayah Guangdong. Yang peliknya, pengguna jalan raya dan orang yang lalu lalang di situ tidak mempedulikan kelakuan mereka walaupun wanita terbabit bertelanjang bulat di tengah jalan. Saksi, Jiang Dayu sempat merakam aksi pasangan berkenaan dengan menggunakan telefon bimbitnya. “Pasangan itu mula bergaduh di tepi jalan sebelum beralih ke tengah jalan.

“Mereka tidak mengendahkan kesesakan jalan raya walaupun pemandu membunyikan hon dan terpaksa mengelak daripada melanggar mereka,” katanya.

Walaupun pergaduhan agak sengit, tetapi pasangan terbabit akhirnya berdamai dan saling berpelukan sebelum beredar dari tempat itu.
Wanita terbabit dilihat masih tidak berpakaian ketika meninggalkan tempat berkenaan.
-Agensi-

[SEDIH] Status Facebook Terakhir Bakal Guru: Petanda Sebelum Ajal

hijabulcrewz
Sila klik pada gambar di atas untuk paparan yang lebih jelas. Berita kemalangan maut seorang bakal guru, Safwan Shaari yang menuntut di sebuah institusi perguruan di utara tanah air telah hangat menggemparkan alam maya.

Lebih menyentuh perasaan apabila, diberitahu bahawa status facebooknya yang terakhir seolah-olah beliau sudah mengetahui petanda ajalnya semakin dekat. Kemalangan maut yang berlaku di Jalan Raya Grik ini membabitkan kereta mangsa dan sebuah lori trelar. Arwah dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kelantan.

Buit-buit puitis yang beliau nukilkan di facebooknya sudah cukup untuk menginsafkan kita yang masih lagi diberi peluang pinjaman oleh Allah untuk beribadat serta bertaubat kepada-Nya. Kematiannya dalam bulan ramadhan, pada hari khamis, dalam keadaan berpuasa & dalam perjalanan pulang untuk menatap kedua ibu bapanya. InsyaAllah, syurga menanti beliau. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah dan doakan allahyarham ditempatkan bersama orang-orang soleh. Amien.

Lagi sambungan artikel di: http://hijabulcrewz.blogspot.com

GB SK Sri Pristana bengang, kutuk pemimpin Umno!!

laniismaa

“Mana perginya pemimpin UMNO, tidak ada seorang yang tampil membela saya,” luah Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor yang terlibat insiden bilik persalinan yang dijadikan tempat makan murid-murid bukan Islam.

Dia mengungkit kerana telah bertungkus lumus untuk Umno semasa PRU lalu sehingga tak dapat memberi perhatian kepada allahyarham isterinya ketika mengidap kanser. Setelah berkhidmat sepenuh jiwa untuk UMNO, wakil rakyat di kawasan pun tidak datang mempertahankan beliau yang telah dianiaya dengan tuduhan tidak berasas.
Bukti Pengetua dan Guru Besar seluruh negara menjadi ‘taik’ Umno sepanjang masa.
GB tersebut kini diarahkan bercuti oleh JPN Selangor selama seminggu dan keputusan akan dibuat selepas itu. Beliau juga membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama pada jam 11 pagi hari ini kerana kecewa dengan sikap ibu bapa pelajar dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya. Beliau mendapat panggilan panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut.

Biasanya guru-guru yang kena, sesekali kita dengar pula GB Umno yang kena!! - eresipi

Lompat parti: Hampir kesemua anggota parlimen Sabah dan Sarawak telah diberi habuan oleh Najib

Luke Rintod
KOTA KINABALU: Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sabah dan Sarawak hujung minggu ini, yang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke 13, lebih kepada merayakan “kemenangan” pimpinannya memastikan tiada Ahli Parlimen dari Borneo lari ke pihak pembangkang.

Seramai 48 dari 57 Ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan Labuan adalah dari Barisan Nasional (BN). Jumlah 48 ini sekali gus memastikan BN terus memerintah Kerajaan Pusat untuk lima tahun lagi.

Hampir kesemua anggota parlimen Sabah dan Sarawak pula dikatakan telahpun “diurus” dengan baik, masing-masing telah mendapat habuan sama ada telah dilantik menteri, timbalan menteri mahupun jawatan-jawatan lain sama ada dari kerajaan pusat atau kerajaan negeri.

Terbaru sekali, Ahli Parlimen Sipitang, Sabah, Sapawi Ahmad telah dilantik sebagai Pengarah Yayasan Sabah.

Satu ketika, Sapawi rapat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas penglibatan aktif dalam kegiatan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dulu di Semenanjung dan Sabah.

Menurut sumber-sumber parti kerajaan, para pemimpin Sabah yang dijadual menemui Najib Sabtu ini di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu, dijangka tidak memberi sebarang masalah kepada Najib.

“Tidak timbul lagi ada MP dari Sabah yang tidak puas hati. Kalau ada, hanya permohonan agar lebih banyak peruntukan pembangunan persekutuan diberikan kepada kawasan parlimen masing-masing. Itu saja,” kata seorang pemimpin Umno yang tahu mengenai perjalanan dalaman parti di sini.

Sebaliknya, katanya lagi, jika ada lagi suara sumbang kedengaran dari MP Sabah atau proksi mereka itu tidak lebih dari meminta lebih perhatian kepada “permohonan” mereka.

Begitulah suasana politik Sabah yang kini berada dalam genggaman kuat BN.
Suasana berbeza

Menurutnya suasana sedikit berbeza di Sarawak sebab sekurang-kurangnya ada dua komponen BN yang tidak puas hati kepada Najib kerana Najib tidak memberi jawatan menteri persekutuan kepada parti mereka dengan secukupnya.

Dua parti itu ialah Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Sarawak People Democratic Party (SPDP).

“Di Sarawak, atau kemudian di Kuala Lumpur, mungkin Najib akan mengumumkan pelantikan baru bagi beberapa ahli parlimen dari dua parti itu,” katanya yang mengakui faham keadaan politik negeri jiran tetapi enggan namanya disebut.

Najib yang juga presiden Umno dan pengerusi BN dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) jam 2.00 petang esok dan dijadual menemui barisan pimpinan BN Sabah sebelum majlis berbuka puasa dan majlis makan malam di hotel terkemuka tersebut.

Beliau dijangka bertolak ke Sarawak pada awal pagi Ahad untuk majlis yang serupa di Kuching.

GEMPAR!!! Gambar Penemuan Bangkai Buaya Gergasi Di Kuala Selangor

matuse68
Assalamualaikum dan salam Ramadhan.. IniKalilah PETANG tadi IniKalilah di gemparkan dengan penemuan seekor bangkai buaya di Kampung, Bukit Belimbing, Sungai Batang Berjuntai Kuala Selangor...

Awas kepada kaki-kaki pancing udang di kawasan tersebut...
Buaya gergasi di Bukit Belimbing, Kuala Selangor... sedang dinaikkan petang tadi.

Info terkini layari IniKalilah..."

BN hilang 521 undi dalam tempoh dua bulan

FreeMalaysia
KUALA BESUT: Kita semua tahu bahawa calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Rahman menang dengan majoriti 2,592 undi dalam pilihanraya kecil Kuala Besut semalam mengalahkan calon PAS, Azlan Yusof atau Che Long tetapi yang kita hairan kenapa undi BN tidak meningkat?

Pada 5 Mei lalu, calon BN, Dr Rahman Mokhtar mendapat 8,809 undi sedangkan pada 24 Julai pula, setelah dua bulan berlalu, Tengku Zaihan hanya mendapat 8,288 undi. Di sebalik jentera BN yang kuat menggempur semua peti undi, ke mana hilangnya 521 orang. Kenapa mereka tidak keluar mengundi? Kenapa BN tidak boleh meningkatkan undinya sedangkan jenteranya begitu kuat dan tersusun.

Apatah lagi BN menabur janji dengan pelbagai projek berjumlah RM470 juta tetapi mampu meningkatkan majoriti sebanyak 158 undi sahaja. Pada masa yang sama calon PAS pada 5 Mei lalu, Napsiah Ismail mendapat 6,375 undi tetapi calon semalam, Che Long hanya mendapat 5,696 undi kurang 679 undi. Ke mana pergi 679 orang ini? Kenapa mereka tidak keluar mengundi PAS? Adakah mereka suku sakat Napsiah yang tidak keluar mengundi?

Che Long diwar-warkan sebagai calon yang popular tetapi Napsiah yang lebih popular daripadanya. Adakah benar Napsiah sabotaj Che Long kerana kononnya jentera muslimat PAS Kawasan Besut enggan membantu Che Long? Jika Napsiah dan muslimat PAS kawasan bergerak, sudah tentu PAS dapat meningkatkan jumlah undinya.

Ini bermakna kedua-dua calon gagal menambah undi baru. BN kurang 521 undi manakala PAS kurang 679 undi. BN menang tetapi hanya tambah majoriti 158 undi sahaja.

Tidak sehebat mana

Pelbagai projek ditaburkan di Kuala Besut tetapi BN hanya dapat tambah majoriti sebanyak 158 undi sahaja. Ini bermakna kemenangan BN tidak sehebat mana. Sepatutnya dengan projek hampir separuh bilion itu BN dapat memenuhi sasaran majoriti 4,000 undi.

Seperti kata Che Long, dia reda dengan kekalahannya kerana bukan dia kalah lawan Tengku Zaihan tetapi dia kalah melawan kerajaan Malaysia dengan semua menteri dan timbalan menteri turun berkempen di Kuala Besut.

PAS perlu buat post mortem kenapa ia kalah di Kuala Besut.Pada masa yang sama ia kena munasabah kenapa PAS gagal mengurangkan majoriti BN? Adakah kerana penduduk Kuala Besut buta IT seperti kata Presidennya, Datuk Seri Haji Hadi Awang? Atau adakah keranamereka gelap mata dengan janji-janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin?

Pilihanraya kecil Kuala Besut dikatakan pilihnaraya kecil termahal dengan anggaran seorang pengundi mendapat RM27,000.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said tersenyum lebar kerana beliau boleh tidur lena kerana BN masih mendahului 17-15 dalam Dewan Undangan Negeri.  Cakap-cakap orang Besut nak balas dendam kepadanya tidak benar, Orang Besut sudah terima Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

Timbalan Pengarah pilihanraya BN, Datuk Seri Idris Jusoh juga dapat elak besar kerana BN menang dengan majoriti besar, 2,592 undi. Kalau menang dengan majoriti kurang 500 undi, barulah muka Idris pucat.

Jadi peluangnya untuk menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden UMNO terbentang luas padapemilihan Disember ini. Sebagai Menteri Pelajaran II, beliau ada harapan untuk menang. Manakala dengan kemenangan Tengku Zaihan, beliau akan menggantikan ADUN Kota Putera, Mahadi Hassan sebagai Ketua Pemuda Umno Besut yang baru.

Dalam perhimpunan agung pemuda Umno nanti, kita mahu lihat Tengku Zaihan mewakili pemuda Umno Terengganu berucap. Walaupun beliau dikatakan sukar untuk senyum, tetapi beliau pandai berucap. Tidak seperti Che Long yang tidak pandai berucap. PAS silap pilih calon. Kita bukannya nak pilih ketua kampung, tetapi nak pilih wakil rakyat. Maka calon BN sebagai orang terpelajar merupakan pilihan yang tepat di Kuala Besut.

PAS bukan sahaja silap pilih calon, malah PAS silap melantik orang Kelantan, Datuk Husam Musa sebagai Pengarah pilihanraya. Adakah orang Terengganu tidak layak? Apa salahnya jawatan itu diberi kepada Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang mempunyai pengalaman menghadapi pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

Tahniah kepada Tengku Zaihan. Semoga beliau dapat berkhidmat dengan cemerlang kepada penduduk Kuala Besut.

Rakan Ajak Sara Amelia Tukar Agama Untuk Masuk Pertandingan Ratu Cantik

Rem Ramzi
saraamelia
Sesetengah orang melakukan kesilapan kerana sudah tahu tapi mahu menegakkan benang basah manakala sesetengahnya pula, disebabkan jahil atau kurang arif tentang sesuatu perkara.

Bagi kesilapan disebabkan alasan kedua, maka peluang untuk belajar dan disedarkan harus diberi bukannya terus mengutuk atau mencaci. Apatah lagi dalam Islam, kita dianjurkan untuk menyayangi saudara seugama. Seperti firman Allah Taala:

“Damaikanlah antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu diberi perasaan kasih sayang”. (Al Hujuraat: 10)

Terdapat juga hadis dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda:

“Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya”. [HR Bukhari dan Muslim]

Maka dalam kes Ratu Cantik Malaysia yang sedang hangat diperkatakan sekarang, pendekatan berhemah seharusnya digunakan oleh masyarakat Islam negara ini setiap kali memberikan komen apatah lagi di bulan Ramadan, di mana Allah Taala membuka seluas-luasnya peluang mendapat keampunan kepada hambaNya.

Apatah lagi dalam keadaan sekarang, keempat-empat gadis muslim yang digugurkan nama mereka daripada pertandingan Ratu Cantik Malaysia sudah tentu sedang gundah dan kecewa.

Hal ini kerana jika mereka benar-benar memahami Islam, sudah tentu dari awal mereka tidak akan memasuki pertandingan seperti ini. Malah ‘ketidaktahuan’ itu dibuktikan dengan kenyataan salah seorang mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, yang mendakwa fatwa melarang wanita muslim memasuki Ratu Cantik sudah ketinggalan zaman.

Maka sepatutnya, Sara dan 3 lagi peserta ini dipanggil oleh pihak yang sesuai, lalu diberikan penjelasan lanjut dari sudut agama mengapa wanita Islam dilarang memasuki pertandingan ratu cantik.

Maklumlah apabila isu agama diperkatakan secara umum dan berlandaskan logik semata-mata, ia sangatlah tidak kena. Bayangkan, individu yang bukan Islam (penganjur pertandingan – Datin Anna Lim) pun berani mengeluarkan kenyataan kepada orang Islam sendiri (Sara) bahawa dia akan berusaha bertemu Mufti Wilayah, Datuk Wan Zahidi bagi meminta penjelasan di bahagian mana dalam Al Quran menyatakan berdosa dan haram menyertai pertandingan ratu cantik.

Astaghfirullah, individu yang bukan Islam dan penganut Islam yang tidak dekat dengan agama pastilah akan bersandar pada logik semata-mata dalam mengulas isu agama sedangkan sesuatu yang halal dan haram di sisi agama tidak boleh dipertikaikan lagi!

Paling dibimbangi, pada saat-saat sekarang apabila sesama Islam lebih sibuk menyelar tindakan peserta ratu cantik yang seugama dengan kita ini, ada pihak luar mungkin mengambil kesempatan dari kerapuhan iman 4 wanita Islam ini. Lihatlah saja komen-komen yang dibuat rakan-rakan Sara di laman Facebooknya ini:
sara amelia 1
sara amelia 2
Jadi kepada pihak berkenaan, menjadi tugas anda untuk memberi kesedaran secara berhikmah kepada empat peserta wanita ratu cantik Islam ini mengapa ugama yang mereka anut tidak membenarkan perlakuan sebegini.

Manakala bagi masyarakat di luar sana pula, jagalah bahasa apabila mahu tumpang semangkuk memberi komen di mana-mana medium sosial. Janganlah mencemuh rakan seagama anda yang tersilap langkah mungkin kerana kejahilannya dalam agama. Kalau disebabkan bengang dan kecewa dengan komen anda mereka mendengar cakap pihak bukan Islam untuk menukar agama, bukankah bermakna ada ‘saham’ dosa anda juga di situ?

Pada masa sama, mungkin sudah tiba masanya undang-undang berkaitan penglibatan wanita Islam dalam mana-mana acara melibatkan aurat diselaraskan selepas ini. Di sebalik kejahilan tentang hukum agama, ada benarnya pertikaian dibawakan peserta ratu cantik ini – mengapa peserta renang atau gimrama wanita dibenarkan pula sedangkan mereka juga berpakaian lebih kurang serupa!

Fikir-fikirkan.

Sumber Link

Kenapa calon PAS kalah di Kuala Besut?

The MalaysiaInsider
Sebagaimana diramal, Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut dengan meningkatkan jumlah majoritinya dari 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kepada 2,952 undi di kerusi berhampiran dengan kubu kuat PAS di Kelantan.

Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menang bergaya kali ini dengan mengalahkan calon PAS, Endut @ Azlan bin Yusof atau lebih dikenali masyarakat setempat dengan nama Che Long, dengan majoriti yang lebih besar.

Benar Che Long popular di kalangan masyarakat setempat iaitu 71.6 peratus lebih dikenali berbanding calon BN 14.2 peratus (tidak kenal kedua-duanya, 14.2 peratus) berdasarkan kajian Ilham Centre, tetapi popular tidak semestinya disukai. Ini kerana, mengikut kajian Ilham Centre, sebuah badan pengkaji pilihan raya, 77.2 peratus dari pengundinya memilih faktor parti calon berbanding hanya 12.8 peratus faktor keperibadian calon.

Kajian juga menunjukkan 82.7 peratus pengundi Kuala Besut yakin dengan kelebihan BN yang mempunyai sumber kewangan yang besar.

Sebagaimana didedahkan oleh PAS, BN yang membelanjakan hampir setengah bilion ringgit atau RM19,000 bagi setiap pengundi untuk pilihan raya ini berjaya memenanginya.

Kenapa pengundi Kuala Besut tidak mengundi calon PAS?

Faktor terbesar adalah kedudukan Kuala Besut yang terpencil dari arus perdana politik tanah air yang mahukan perubahan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengakui penduduk Kuala Besut perlu memperkasa penggunaan IT mereka untuk membolehkan mereka terdedah kepada maklumat semasa tanpa dikawal BN.

Dalam PRU13, pengundi bandar yang terdedah kepada penggunaan internet dan media sosial menolak BN dan mengundi Pakatan Rakyat (PR) hampir di semua bandar utama di Malaysia kecuali Kangar melalui wakil mereka sama ada PAS, PKR atau DAP.

Di samping itu, kenangan lama perpecahan penduduk kawasan itu antara PAS dan Umno mengongkong mereka dari mendekati PAS walaupun PAS sudah berubah.

Isu kafir mengkafir dan sembahyang dua iman masih menjadi stigma yang tidak boleh mendekatkan penyokong Umno yang meninggalkan PAS sebelum ini.

Usaha PAS untuk menampilkan seorang ahli perniagaan dan bercakap tentang ekonomi berbanding dengan tradisi meletakkan calon 'ustaz' dan bercakap mengenai agama semata-mata, belum berjaya memecahkan tembok minda.

Isu-isu yang dimainkan PAS dalam menyerang Umno juga nampaknya berjaya dipatahkan dengan baik oleh BN dengan menggunakan kuasa wang mereka.

Misalnya, apabila PAS memainkan isu empangan yang rosak di bawah tangan calon BN, rakyat bertanya balik, siapa yang boleh memberi penyelesaian kepada masalah mereka, PAS atau Umno?

PAS berjaya mendedahkan isu tetapi BN melalui pengarah pilihan rayanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang datang dengan penyelesaian iaitu pengumuman peruntukan RM35 juta untuk membaiki balik empangan itu.

Begitu juga kemiskinan. PAS memang berjaya mendedahkan betapa miskinnya penduduk Kuala Besut tetapi siapa yang boleh menyelesaikannya, PAS atau BN?

Pengumuman PAS bahawa mereka tidak mahu jawatan menteri besar bahkan Datuk Seri Ahmad Said akan terus jadi memegang jawatan itu walaupun menang dalam PRK ini lebih memburukkan keadaan.

Ia menghantar signal salah kepada pengundi. Kalau PAS menangpun, parti itu bukan boleh menyelesaikan kemiskinan mereka, BN juga yang mampu, melalui Ahmad Said di Terengganu dan kerajaan Pusat yang dikuasai BN.

Jika begitu, buat apa undi PAS? Baik kekal bersama BN, duit dapat, penyelesaian kepada masalah jelas kelihatan dan masa depan lebih cerah.

Contohi diet Rasulullah

Detik Islam
Kesempurnaan peribadi Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok bandingnya dan menjadi ikutan para muslim seluruh dunia. Antara amalan Rasulullah SAW termasuklah cara beribadah, menjaga kebersihan diri, hidup berkeluarga termasuk diet makanan cara baginda. Jika kita menitik beratkan diet yang seimbang dan mengamalkan pemakanan yang sihat, tubuh akan terpelihara daripada serangan penyakit. Hal ini penting kerana sebagai seorang muslim, badan yang sihat akan memudahkan kita beribadat kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW menjaga kesihatan rohani dan jasmani demi memudahkan baginda untuk menyampaikan seruan Allah kepada umatnya. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang.” Begitulah antara petua yang Rasulullah amalkan.

Namun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan amalan gaya hidup mewah manusia masa kini yang melebihkan pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang bersenam. Situasi ini menyebabkan peningkatan penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, diabetes serta kanser.

Cara Diet Rasulullah

Susu dan kurma antara makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW

Antara lain diet cara Rasulullah SAW adalah makan makanan yang seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana serta berkongsi makanan. Rasulullah SAW juga suka minum susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan badan.

Dalam amalan baginda, selepas subuh Rasulullah SAW akan memulakan sarapannya dengan segelas air yang dicampur sesenduk madu asli. Jika dilihat dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.

Setelah masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.

Selain itu, Rasulullah SAW tidak akan mengambil dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan serentak dengan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.

Ada hikmahnya tidak meniup air panas untuk diminum

Rasulullah SAW juga melarang meniup atau menghembus nafas ke dalam bekas air (makruh) kerana akan berlaku tindak balas yang merubah kadar kealkalian (pH) air itu.

Sayur-sayuran menjadi pilihan Rasulullah SAW kerana secara umumnya sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit serta mencegah penyakit berpunca daripada gula.

Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti. Ia bermanfaat mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.

Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Mengikut piramid makanan, kita disarankan mengambil 8 hingga 12 hidangan makanan berasaskan bijirin dan ubi dalam sehari.

Ini bermakna Rasulullah SAW meninggalkan tatacara makanan yang lengkap untuk diteladani seluruh umatnya. Namun begitu, umat Islam masih dibelenggu pelbagai penyakit yang menyebabkan perbelanjaan orang Islam dihabiskan untuk perubatan serta makanan tambahan. Oleh itu, untuk membentuk kesinambungan generasi Islam, maka tabiat dan cara makan harus mencontohi Rasulullah SAW.

Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.” (Hadis riwayat Huzaifah).

Dalam memastikan tubuh kita sihat, seharusnya kita mencontohi amalan pemakanan yang baik sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Jika tubuh sihat, ibadah yang dilakukan sehari-hari akan terasa mudah untuk dilaksanakan. Apalagi, mari kita mulakan amalan yang baik ini kesihatan diri.

Tertembak kemaluan ketika berburu rusa bersendirian

FIRDAUS HASSAN
SIMUNJAN: Seorang lelaki ternyata mempunyai kekuatan luar biasa apabila dia ditemui masih bernyawa walaupun kemaluan, perut dan tangan kirinya cedera parah selepas terkena tembakan daripada selaras senapang patah ketika keluar berburu rusa di dalam hutan Kampung Kepayang di sini kelmarin.

Kejadian pukul 3.30 petang itu berlaku ketika Narawi Uji, 40-an, pergi memburu rusa bersendirian di dalam hutan tersebut sejak Isnin lalu sebelum dia dikatakan tergelincir lalu terjatuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Zulkifli Hassan berkata, ekoran itu, senapang yang disandang mangsa terlepas dan terhentak ke tanah sebelum ia melepaskan satu das tembakan.

“Tembakan itu mengenai kelengkang mangsa hingga mengakibatkan saluran kencingnya hancur manakala perut dan tangan kirinya cedera.

“Mangsa kemudian sempat menghubungi rakannya menggunakan telefon bimbit yang dibawanya. Rakannya tiba sejam kemudian sebelum bergegas membawa mangsa ke Hospital Simunjan yang terletak kira-kira 40 kilometer dari hutan tersebut,” katanya ketika dihubungi.

6 Tanda Datangnya Malam Lailatul Qadar

FB Tahukah Kamu?

Ada beberapa tanda datangnya malam mulia dan penuh berkah itu, sebagaimana yang di kemukakan Rasulullah SAW, diantaranya.

1. Udara dan suasana pagi yang tenang. Ibnu Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : "Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang surya terbit dengan sinar lemah berwarna merah."

2. Esok harinya cahaya matahari agak meredup, bersinar cerah tapi tidak kuat. Ubay bin Ka'ab radliyallahu'anhu berkata bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda : "Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar seperti nampan."

3. Bulan nampak separuh bulatan. Abu Hurairoh ra pernah berkata bahwa mereka pernah berdiskusi tentang lailatul qadar disamping Rasulullah SAW lalu beliau bersabda; "Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan."

4. Sewaktu malam tampak terang, tidak dingin, tidak berawan, tidak hujan, tidak panas, tidak ada angin kencang, dan tidak ada aktivitas meteor yang jatuh digalaksi. Rasulullah SAW bersabda: "Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)" (HR. at-Thobroni dalam al-Mu'jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan), sebagaimana hadits dari Watsilah bin al-Asqo'.

5. Terbawa kedalam mimpi. Beberapa sahabat Rasulullah SAW mengalami mimpi berjumpa dengan malam lailatul qadar.

6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lezatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah, tidak seperti malam-malam lainnya.

Silakan Like dan bagikan

Seniwati Umi Kalthum meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Artis veteran Datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia di rumahnya di Taman Ukay Prima Saujana Melawati awal pagi ini  (24 Julai)
“Emak saya tiada sebarang penyakit dan masih aktif. Kami kejutkannya untuk bangun sahur pada jam 4.30 pagi tadi dan dapati beliau sudah meninggal dunia ketika tidur,” kata anaknya, Noorkumalasari, 57 kepada Bernama.

“Kali terakhir saya menemuinya dua hari lepas dan kami berbual seperti biasa,” katanya lagi.
Beliau berkata jenazah ibunya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Hulu Klang sebelum solat Zohor.

Umi Kalhum meninggakan lapan orang anak, empat lelaki dan empat perempuan, 22 orang cucu dan seorang cicit dari perkahwinanya dengan Allahyarham Roomai Noor.

Nama sebenar beliau ialah Patimah Bahudin dan dia telah berrlakon dalam 20 buah filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.

Haiwan pelik ditemui

MOHD AZLIM ZAINURY
Haiwan pelik ditemui
Ismail memegang haiwan pelik yang ditemuinya di atas daun nipah di kawasan hutan berdekatan Kampung Alor Tuman
MARANG: Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking.

Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan, kelmarin.

Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas daun pokok nipah lalu memberanikan diri memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa bentuknya yang unik.

“Saya terkejut melihat haiwan itu berkaki lapan. Bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang dan seakan-akan ekor kala jengking,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat memelihara haiwan tersebut.

Kini, ia disimpan dalam sebuah takungan berisi air.

“Saya belum lagi menghubungi mana-mana pihak berkaitan bagi memaklumkan mengenai penemuan spesies pelik itu termasuk pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies sebenar haiwan tersebut. Tapi saya akan menyimpannya terlebih dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, menurut maklumat yang diperoleh dari sebuah laman web, haiwan itu dinamakan sebagai ‘ngoang’ di Sarawak manakala dipanggil ‘jabot’ di Johor, namun ia amat jarang ditemui kerana berkemungkinan semakin pupus.

Tak rasmi: BN kekalkan DUN Kuala Besut


azlanKeputusan tidak rasmi untuk pilihan raya kecil DUN Kuala Besut mula diperolehi malam ini melalui sumber BN dan PAS.


azlanKeputusan awal menunjukkan BN mengekalkan kawasan DUN berkenaan.

Kem BN berkumpul di satu hotel empat bintang, Demong Resot dengan diketuai timbalan pengerusi parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kumpulan penyokong PAS pula berhimpun di Kampung Baharu.

LANGSUNG
8.25pm: Setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menulis ucapan tahniah kepada parti atas kemenangan di DUN Kuala Besut.

"Tahniah BN, kita menang dengan majoriti lebih baik walau jumlah keluar mengundi 79 peratus, kita menang kesemua pusat daerah mengundi.

"Terima kasih rakyat Kuala Besut (kerana) undi BN," katanya.

8pm: Sumber PAS menyebut, BN mendahului dengan hampir 2,600 undi.

PAS - 5,283 undi
BN - 7,882 undi
Majoriti - 2,599 undi
Rosak - 93 undi

(Gambar) Beratur ambil duit selepas mengundi?

Harakahdaily
(Pandangan dari jauh kelihatan orang ramai beratur di perkarangan sebuah rumah.)
KUALA BESUT: Peristiwa berpuluh-puluh orang beratur di sebuah rumah ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Kampung Tok Saboh dekat sini menimbulkan pelbagai andaian.

Ia berlaku kira-kira jam 10.30 tadi ketika kebanyakan pengundi di Kuala Besut sudah keluar mengundi.
(Orang ramai beratur di depan satu rumah yang menempatkan "Rumah DUN Kota Putera".)
Rumah itu bertulis di depan "Rumah DUN Kota Putera" untuk BN.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Aljundi berkata, salah seorang pengundi muda yang beliau temui berkata, mereka beratur untuk ambil duit.

"Ramai beratur ambil duit RM250," kata pengundi muda itu kepada beliau.

Astagfirullah : Adakah ini cara Kempen UMNO Di Bulan Ramadhan ?

abuluqman
Astagfirullah ..tengok mainan umno BN pda bulan pose..siap hina Ulama lagi..bodoh tak bole diajar! -
Tengok Tu ..Depa letkat Logo BN depan Mimbar Di salah sebuah Masjid Di Besut, Terengganu

Terima kasih Wafa dan Sara kerana kejutkan Mufti yang sedang tidur!

tokpepijat
Peranakan kacukan terutama Pan Asia memang cerdik tapi jahil!

Antara kejahilan mereka :

i) Mereka tahu ada peraturan melarang orang Islam masuk Pertandingan Ratu Cantik.
ii) Aurat bagi mereka hanyalah sekadar tutup tubuh badan sahaja tanpa tutup kepala.
iii) Mereka anggap fatwa mengenai haram masuk Ratu Cantik adalah lapuk zaman sekarang.

Bagaimanapun Sara dan Wafa juga cerdik. Mereka berdua persoal mengapa wanita Islam "dihalalkan" oleh sekalian mufti Malaysia (kerana tiada fatwa haram) untuk memasuki acara gimnastik dan renang.

Lihatlah nama-nama Islam seperti Hidayah Wahid dan Nurul Fatihah Hamid begitu "bebas dan riang" tanpa gangguan seluruh Mufti Malaysia untuk melakukan "aksi erotik" di atas gelangang dengan pakaian yang lebih seksi dari Ratu Cantik.

Mengapa berlaku "fatwa double standard" ? . Itulah maksud mereka berdua.

Sebenarnya hikmatnya isu ini di bulan Ramadhan memberi pencerahan tentang fungsi Fatwa dan fungsi Mufti.

Janganlah anggap apabila " dua budak mentah" yang jahil ini persoal tentang perkara ini, terus kita melenting dan tuding jari.

Bagi kita "budak mentah" ini tidak bersalah untuk persoalkan fatwa ini.Bukankah mereka berdua jahil?

Sekarang tugas Mufti Seluruh Malaysia untuk menjawab tentang "fatwa double standard" ini.

Jika kita anggap "budak mentah" ini kurang ajar kerana berani mengatakan fatwa ini lapuk, apakah Mufti juga boleh kita anggap sebagai "dayus" kerana tidak berani membuat fatwa tentang pembabitan anak gadis kita dalam acara sukan seperti gimnastik dan renang?

Sudah puluhan tahun acara ini berada di persada sukan samada MSSM,SUKMA dan Olimpik . Tiada fatwa diwartakan.

Antara dayus dan kurang ajar, dayus lebih teruk di sisi Allah Taala.