"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


10 Minit Hangus RM 60,000




Mungkin anda tertanya-tanya apa yang saya maksud untuk 10 minit hangus RM 60,000. Sebenarnya apa yang saya maksudkan dengan kata-kata itu ialah upacara pembakaran bunga api sempena menyambut tahun baru 2009. Lokasinya berhampiran Muzeum Negara, semua bunga api sudah diletakkan disana pada hari Jumaat atau hari Sabtu iaitu beberapa hari yang lepas. Sementara menunggu detik 12 tengah malam tahun baru bunga api tersebut ditutup dengan kanvas dan dikawal oleh 4 atau 5 orang dengan disertakan alat pemadam api. Ini baru satu lokasi, ianya bakal menghanguskan RM 60,000. Kita tidak tau berapa banyak wang rakyat akan hangus pada malam tahun baru ini.

Surat wasiat dan sebuah pusara di ladang

Ia bermula kira-kira setahun setengah yang lalu, seorang wanita tempatan datang ke EIHS berjumpa dengan salah seorang daripada tenaga pengajar di EIHS yang lebih dikenali dengan Abu Mus'ab. Wanita itu memberitahu bahawa anak lelakinya, Edward James yang berusia 13 tahun telah meninggal dunia dan meminta bantuan Abu Mus'ab untuk menguruskannya dengan tatacara pengurusan jenazah Islam. Tentulah terkejut mendengar permintaan itu. Bermula dari sini diketahui rupanya ada warga Islam lagi yang berada di ceruk pedalaman Wales ini.
Baca lagi..Harakahdaily

Alam Jin 2

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Sejak kebelakangan ini kotak email saya dihujani oleh email dari kumpulan Islamic-ebook. Saya sendiri tidak tahu dimana puncanya, bukan sedikit ratusan jumlahnya. Dibawah ini saya sertakan sebahagian isi salah satu email tersebut.

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin
Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.
Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.
Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"
Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. . " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian. Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Sekian


Apa pendapat anda? fikir-fikirkanlah.

Makan Duit Haram Dengan Menipu

Video Clip - Nicole Queen

INTERNATIONAL ORATORS







FORUM: MURTAD - Punca & Penyelesaian (Siri 1)

FOROM : MURTAD - Punca & Penyelesaian (siri 2)

Why do I wear a Scarf? - Nicole Queen

Read…

Jermaine Jackson

Read...

Sewajarnya Kita Bertenang Dalam Isu Muqabalah Ini.

Isu muzakarah masih belum reda walaupun perkataan muzakarah telah ditukarkan kepada muqabalah. Media-media yang dikawal sepenuhnya oleh UMNO masih terus digunakan untuk memutarbelitkan kenyataan pemimpin-pemimpin PAS. Tujuannya hanya satu iaitu untuk memecahbelahkan antara pemimpin dengan pemimpin dan ahli-ahli PAS.
Apa yang lebih malang umpan yang dihulur oleh media-media yang dikawal oleh UMNO ditelan dengan lahap oleh penyokong-penyokong pakatan rakyat dan ahli-ahli PAS sendiri. Lantas kita dijamu denga tulisan-tulisan yang menghentam pemimpin-pemimpin tertinggi PAS secara melampau tanpa mengira budi dan adab yang dibenarkan untuk menegur pemimpin. Seolah-olah pemimpin-pemimpin PAS telah melakukan kesalahan yang amat besar yang tidak boleh dimaafkan.
Sepatutnya kita berpada-pada dalam menyatakan ketidakpuasan hati kita kerana kita tidak tahu apa yang ada dalam fikiran dan pengatahuan mereka semasa membuat keputusan menerima jemputan UMNO untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan tersebut . Sebagaimana kita disarankan untuk berpada-pada memberi pujian kepada orang yang kita suka.
Saya sendiri sebenarnya tidak setuju dengan pertemuan dan perbincangan yang diadakan kerana kita sedia maklum keikhlasan UMNO dalam hal ini. Dahulu semasa UMNO kuat dan menang besar dalam pilihanraya, cadangan pemimpin PAS untuk bermuzakarah dan mengadakan perbincangan demi kepentingan agama Islam sedikit pun tidak dilayan oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Tetapi sekarang semasa mereka hampir lemas dengan tidak semena-mena mereka mengajak pemimpin-pemimpin PAS berbincang untuk berkerjasama demi kepentingan bangsa dan agama kononnya. Pengalaman lalu sepatutnya mengajar kita, tidak sewajarnya kita dipatuk dua kali oleh ular dari lubang yang sama. Saya sekali-kali tidak dapat melupakan kezaliman pemimpin-pemimpin UMNO.
Kepada semua ahli-ahli PAS dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sewajar kita bertenang dalam menghadapi isu muqabalah yang dimainkan oleh UMNO dan sekutunya. Selebihnya saya serahkan kepada Allah Taala untuk memberi petunjuk kepada pemimpin-pemimpin tertinggi PAS bagaimana caranya untuk menangani isu ini.

she becomes a moslim by a song

Ayuh Demi Satu Perubahan Untuk Masa Depan

Malaysia perlu dipulihkan segera, kerajaan BN mesti diganti dengan secepat mungkin. Segala kerosakan yang dilakukan oleh pemimpin BN tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Apa sudah jadi dengan sistem kehakiman negara kita, apa sudah jadi dengan sistem pilihanraya negara kita begitu juga apa sudah jadi dengan ajensi penguatkuasa dinegara kita ini, semuanya dijadikan alat oleh pemimpin BN terutama pemimpin UMNO untuk mempertahankan kuasa secara tidak jujur dan melindungi kerja-kerja jahat mereka. Ayuh rakyat Malaysia kita bersatu bergerak bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan demi masa depan kita dan masa depan anak cucu kita.
Saya menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah mengambil keputusan untuk mengadakan satu perhimpunan di Parlimen pada Isnin 14 Julai 2008.

Keputusan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jelas iaitu untuk mengemukakan usul tidak percaya kepada kerajaan di bawah peruntukan 18(1) Peraturan Mesyuarat Parlimen.

Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah majistret yang diperolehi secara exparte oleh Ketua Polis Daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008. Majistret yang dikatakan membenarkan perintah tersebut adalah Tuan Nazran bin Mohd Sham. Perintah tersebut tidak diserah ke atas saya tetapi hanya ditampal di luar rumah pada hari ini.

Saya menganggap perintah mahkamah tersebut merupakan satu fitnah dan penyalahgunaan proses undang-undang. Saya akan mengarahkan peguam kami untuk memulakan proses undang-undang untuk mengenepikan perintah tersebut.

ANWAR IBRAHIM

http://anwaribrahimblog.com/

Himpunan Protes gagal.


Himpunan Protes boleh dianggap gagal kerana adanya pemimpin yang suka syok sendiri dan kurang memahami keperitan hidup golongan marhaen disebabkan oleh kenaikan harga minyak dan barang keperluan harian. Apa wajarnya mengadakan perhimpunan untuk memprotes kenaikan minyak sampai lebih 12 jam, cukup sekadar 3 jam sudah memadai untuk kita menyatakan perasan marah dan bantahan kita. Saya berbelanja hampir RM 20 (makan minum dan tambang LRT) untuk selama 5 jam kehadiran saya disana (12 tengah hari sampai 5 petang). Bayangkan berapa banyak wang yang terpaksa dibelanjakan untuk lebih 12 jam. Sedangkan pemimpin hanya datang untuk 1 atau 2 jam sahaja. Mungkin bagi pemimpin yang suka syok sendiri ini apa sangatlah duit RM 20 atau RM 30 kerana pendapatan mereka mungkin melebihi 3 atau 4 ribu RM sebulan tapi bagi yang berpendapatan kurang RM 1500 ia sangat bermakna. Wang sebanyak RM 20 atau RM 30 boleh dibuat perbelanjaan dapur untuk 2 hari. Jadi bagaimana penganjur hendak menghimpunkan kehadiran seramai sejuta orang kerana orang yang datang pagi terpaksa pulang tengah hari, yang datang tengah hari pulang petang dan yang datang petang sebahagiannya terpaksa pulang sebelum maghrib.

Adakah Malaysia sudah tak selamat bagi DS Anwar Ibrahim


I am issuing this statement from within the embassy of the Republic of Turkey in Kuala Lumpur. I was transported to the embassy earlier this morning fearing that my personal safety was in danger. I thank all those who offered to assist me in this time of need and am grateful to the Turkish Ambassador for extending an invitation to seek refuge within the Embassy.
Since the March 8th elections, numerous credible sources from within the government and military intelligence have advised me that certain agents from within Barisan Nasional leadership have initiated plots to cause harm to me or my family or my supporters. I have been told that my assassination has not been ruled out as means to subvert the people’s will and bring an end to the transformational changes taking place in Malaysia.
Notwithstanding the threats which are intended to silence my voice, I intend make public new evidence implicating that the Inspector General of the Police Musa Hassan and the Attorney General Gani Patail engaged in criminal acts of fabricating evidence in cases launched against me in 1998.
The allegations that have been made against me on Saturday are nothing more than a replay of the events which transpired in 1998 when I was sacked from the office of the Deputy Prime Minister, jailed and beaten, and then charged and convicted by a kangaroo court for crimes which I never committed. This charade was orchestrated by a corrupt Barisan Nasional leadership which made use of the entire apparatus of the state power including its control of the judiciary, the police force, and its grip on the mainstream media. These actions are being repeated today to undermine the forces of reform and renewal which were unleashed in the March 2008 elections.
I would like to assure my family, friends and supporters in Malaysia that I am safe and remain committed as ever before to continuing the struggle for a free and just Malaysia.
ANWAR IBRAHIM

Peniaga Myanmar Tunjuk Belang

SELAYANG: Walaupun baru diserbu lima hari lalu, peniaga haram warga Myanmar yang menjajah Pasar Borong Selayang di sini, kembali ‘garang' apabila mengacukan pisau ke arah seorang pemandu kereta yang tidak sengaja melanggar barang jualan mereka.Dalam kejadian jam 8.30 pagi semalam, seorang peniaga Myanmar dikatakan menunjukkan pisau pemotong sayur kepada seorang kerani sebuah syarikat pencetakan yang ketika itu melalui kawasan tepi pasar borong untuk menuju tempat kerja.Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 25, berkata ketika itu dia memandu Perodua Kancil cuba melepasi kawasan pasar berkenaan yang sesak dengan peniaga terbabit di bahu jalan.Menurutnya, dia tidak sengaja terlanggar bakul jualan milik peniaga terbabit menyebabkan ia terbalik. Baca selanjutnya :-http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20080602095557/Article/index_html Saya rasa hairan kenapa masaalah ini masih belum dapat diatasi malah semakin teruk. Susah sangatkah untuk menangkap dan mengusir pendatang2 asing keluar dari negara ini. Apa kata minta bantuan pihak polis (FRU) pasti pendatang2 asing ini kecut perut ...

Awasi tektik jahat musuh Islam


Khat ini kelihatan sama seperti khat yang biasa kita letak didinding-dinding rumah tapi AWAS ianya bukan sebagaimana yang kita sangkakan. Ini adalah khat Injil (Bible), ianya adalah merupakan satu usaha musuh Islam mengelirukan dan merosakkan akidah umat islam.


Akhirnya keputusan sudah pun kita sama-sama ketahui, ianya tidak memeranjatkan. Keputusan kes Pulau Batu Putih yang memihak kepada Singapura sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memang sudah dijangkakan. Kenapa saya kata begitu, ia adalah kerana kempen yang dibuat secara berlebihan oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr. Rais Yatim supaya rakyat Malaysia menerima apa saja keputusan yang bakal diputuskan oleh mahkamah (ICJ) beberapa hari sebelum keputusan resmi diumumkan. Cara kempen berlebihan ini sebenarnya menimbulkan tandatanya dihati rakyat yang mengikuti perkembangan kes Pulau Batu Putih.

Penantian




Apakah BN akan tewas terlentang dan jatuh terkangkang tidak lama lagi seperti jentera pengorek ini.

Isu Karpal Singh.

Tuduhan terhadap Karpal Singh telah dijaja oleh media arus perdana yang mendokong kerajaan Barisan Nasional selama hampir dua minggu. Maka ramailah pencacai Umno peringkat bawahan mengeluarkan pandangan masing2 dan disahut pula oleh pemimpin2 mereka termasuk timbalan perdana menteri dan juga perdana menteri sendiri. Beberapa laporan polis juga sudah dibuat oleh setiausaha agung Umno dan ngo2 yang pro Umno. Tapi yang peliknya tidak ada ulasan yang diberi oleh menteri di jabatan perdana menteri iaitu Zaid Ibrahim ,apakah pendirian beliau mengenai isu Karpal Singh ini.

Kos tanggung tiga penasihat Dolah Badawi.

Fri May 09, 08 9:35:42 am MYT

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Hrkh) - Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sekali lagi dibidas kerana membelanjakan jumlah peruntukan yang besar sebanyak RM1,134,401.40 setahun untuk menanggung tiga penasihat beliau.

Tiga penasihat ialah Penasihat Petronas Tun Dr. Mahathir Mohamad;Penasihat Agama Islam Tan Sri Abdul Hamid Othman dan Penasihat Khas Hal Ehwal Pembangunan Wanita & Sosial Dato� Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam jawapan bertulis Abdullah kepada soalan lisan Ahli Parlimen Zulkifli Noordin (KeADILan- Kulim Bandar Baharu) menyatakan bahawa peruntukan seperti gaji, emolumen, elaun dan kos untuk penasihat Petronas itu berjumlah RM15,000-00 sebulan.

Ini tidak termasuk kemudahan yang disediakan seperti kos kakitangan, pejabat, logistik dan lain-lain yang tidak diberikan jumlahnya.

Manakala peruntukan untuk Penasihat Agama Islam pula ialah RM27,163.00 sebulan dan RM18,643.25 untuk gaji serta elaun kakitangan.

Bagi Shahrizat selaku Penasihat Wanita, beliau dibayar RM33,727.20 sebulan dan tidak termasuk gaji dan elaun kakitangan yang masih dalam proses kelulusan JPA.

"Ini adalah satu jumlah yang besar untuk menanggung tiga orang Penasihat yang tiada sebarang fungsi ataupun fungsi yang bertindih (duplicate).

"Sedangkan Abdullah sudah punya Lembaga Pengarah Petronas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Agama Dato' Dr. Zahid Hamidi dan Menteri Pembangunan Wanita & Sosial Dato' Ng Yen Yen untuk menasihati beliau dalam hal-hal berkaitan," kata Zulkifli dalam blognya.

Katanya perkara ini merupakan satu penyalahgunaan dan pembaziran wang rakyat sedangkan pemimpin sentiasa mendengar rintihan rakyat miskin samada yang disuarakan dalam Parlimen atau diluar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Tambah Zulkifli lagi wang rakyat berjumlah RM1.2 juta itu boleh menanggung seorang anggota polis selama 12,371 bulan atau 1,030 tahun (pada kadar gaji RM900.00 sebulan) manakala dengan peruntukan penasihat itu boleh membina 36 biji rumah untuk rakyat miskin pada kadar RM25,000.00 sebuah rumah.

"Mengapakah perlu wang rakyat sebanyak ini dibazirkan kepada 'dinasour' Umno, pupusan Wanita Umno dan golongan pencen Umno?

"Kita berdoa semoga rakyat tidak kira apa bangsa dan agama akan celik mata melihat sandiwara keangkuhan dan kesombongan rejim Umno dan BN ini," katanya yang juga seorang peguam.

Lihatlah bagaimana mereka2 yg diberi amanah untuk memerintah, tanpa segan silu membaham harta rakyat untuk diri sendiri dan kroni mereka.Tidakkah mereka2 ini beriman dgn hari Akhirat.

Salam sejahtera dan salam hormat.

As'kum salam sejahtera dan salam hormat dari saya,semoga kehadiran saya sebagai blogger dapat memberi manafaat sedikit sebanyak kepada anda semua.