"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Awak punca Pas berpecah, kata Hanipa kepada Hadi

MALAYSIA DATELINE
Ahli parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, “terimalah hakikat pahit andalah punca parti anda hancur berkecai dan dihina sebegitu rupa.”

Beliau berkata demikian ketika menjawab tulisan panjang Hadi yang dipercayai ditujukan kepada beliau dalam isu ‘parti suci’.

Menurut bekas AJK Pas Pusat yang selalu mengkritik Hadi dalam mesyuarat AJK Pas Pusat, ketika bersama Pas dahulu itu, “janganlah rasa hanya kerana anda tok guru dan quoted (petik) ayat-ayat suci kenyataan anda hebat dan kena diikuti.

“Maaflah mungkin untuk orang lain but not for me (tetapi bukan saya)….” tulis Hanipa dalam jawapan balasnya itu.

Menurut Hanipa, AMANAH tidak perlu ditubuhkan jika Pas pimpinan Hadi itu tidak mesra Umno.

“Saya kata tadi kami tak perlu susah payah keluar parti suci dan bina daripada awal parti baru jika parti yang kamu terajui tak dilihat mesra dan bagi banyak nyawa kepada BN khususnys dalam isu 1MDB,” katanya.

Hanipa menjawab tulisan Hadi itu walaupun pada awalnya beliau tidak mahu melayan tulisan itu.

Hanipa berkata, ada orang hantar kepadanya kenyataan akhbar presiden parti suci yang nampaknya memberi reaksi terhadap gelaran kumpulan suci yang dilabel kepada parti yang beliau terajui.

“Sebagai menghormati susah payah beliau memberi response itu, saya bacalah juga tapi dengan penuh struggle utk habiskan,” kata Hanipa yang asalnya tidak mahu mengambil kesah kenyataan itu.

Katanya, kenyataan Hadi itu, “dengan hormat, penuh dengan tuduhan tak betul dan kadangkala saya rasa orang gila pun tak percaya dengan tuduhan beliau.

“Contohnya dia kata “mereka juga gagal menolak PAS dari belakang supaya menyertai BN, di mana mereka juga sangat bernafsu menyertainya…”

Beliau juga, kata Hanipa, seolah olah meletakkan puak mereka setaraf Nabi Allah Lut a.s dan mereka yang menggelar mereka dengan golongan suci seolah olah setaraf kaum Nabi Lut a.s.

Hadi juga berkata, parti suci tak kisah atau menang pilihanraya.

“Maaflah kena jawab.

“Nak tanya sikit lah. Adakah hanya kerana anda berserban, berjubah, bertitle tok guru maka anda rasa anda ada monopoli berbicara isu agama…maknanya anda sorang sahaja betul,” katanya.

Katanya, “mengambil secara terpisah ayat al Quran tanpa melihat konteks yang sebenar dan ditempel dalam kenyataan anda dan cuba tonjolkan puak-puak anda seolah olah menerima nasib sepertt Nabi Lot a.s.

“Maaflah itu teknik lama dan teknik yang paling tak bertanggungjawab,” katanya.

Hanipa seterus berkata, “gelaran kepada parti kamu sebagai puak suci bukan suka suka. Ia berasaskan bayyinah dan qarinah.”

Menjawab kenyataan Hadi yang berkata tak kisah menang atau kalah pilihanraya, Hanipa berkata “Dengan siapa anda nak berlawak?”

“Tubuh parti politik, masuk pilihanraya, selalu kata Islam perlu kuasa untuk berdaulat, lepas tu kata tak pe menang atau kalah.

“Ada lagi ke perkara lucu selain perkara itu. Be honest lah!” kata Hanipa dalam tulisannya.

Zahid Hamidi mahu Khalid Ibrahim jadi MB Selangor?

Noh Omar bukan calon MB Selangor, kata Zahid
Radzi Razak
Noh Omar bukan calon MB Selangor, kata Zahid
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi berkata BN Selangor hanya akan menamakan calon menteri besar selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 2 Disember, 2017.

NOH Omar bukan calon Menteri Besar Selangor sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya mengalahkan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Malah BN Selangor tidak akan mengumumkan calon menteri besarnya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), sebaliknya hanya menamakan calon itu selepas menang pilihan raya, kata Timbalan Pengerusi BN itu.

"Kita tak pernah tampilkan siapa yang akan jadi menteri besar di Selangor.

"Tan Sri Noh Omar tidak akan berminat jadi menteri besar. Beliau hanya sediakan kepimpinan.

"Soal siapa menteri besar akan ditentukan selepas kita melepasi jambatan pilihan raya umum," katanya ringkas pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Umno Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Zahid, yang juga timbalan perdana menteri, berkata beliau sedar peluang untuk BN merampas kembali negeri terkaya di Malaysia itu tipis.

Namun Umno dan BN akan memberi fokus untuk membetulkan persepsi buruk yang disebarkan oleh Pakatan Harapan kepada pengundi di negeri itu, katanya.

Menurut Zahid, usaha itu akan digerakkan oleh Umno Selangor dengan bantuan empat mantan menteri besar Selangor.

Tugas mereka, jelas beliau, ialah membetulkan persepsi umum terhadap Umno dan BN yang selama ini dibentuk oleh Pakatan Harapan.

"Kita sedar ia uphill battle yang kita harus bekerja dengan bijaksana. Kesimpulan daripada ucapan saya tadi ialah kita (akan beri) fokus tingkat keserasian bersama pemerkasaan jentera parti yang disiap siaga sepenuhnya di samping memenangi hati dan minda pengundi selangor supaya isu yang menghambat Umno selama ini dapat diubah persepsinya.

"Sebelum ini beberapa isu yang berlaku dulu kita terperangkap dengan keputusan 'mahkamah' pendapat umum di Selangor. Inilah yang menghukum Umno di Selangor.

Zahid bagaimanapun tidak menjelaskan apakah isu yang "menghukum" itu.

Konvensyen Umno Selangor hari ini diadakan bagi merangka pelan, strategi dan kempen Umno dan BN untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 yang dijangka berlangsung awal tahun depan.

Bekas menteri besar, Muhammad Muhammad Taib dan Khalid Ibrahim yang sebelum ini pernah bersama parti PKR dan PAS turut hadir ke sesi hari ini.

Muhammad berkata kesemua mantan menteri besar Selangor yang masih hidup termasuk Abu Hassan Omar dan Khir Toyo mempunyai 'peranan masing-masing' dalam pelaksanaan strategi itu sebagai kesinambungan kempen Jelajah Selangor yang dilaksanakan BN Selangor bulan lalu.

"Penerimaan pengundi Selangor (untuk kempen Jelajah Selangor) sangat-sangat baik. Saya pergi ke pinggir Lembah Klang. Tan Sri Khalid ada peranan beliau. Abu Hasan juga ada peranannya. Khir Toyo juga ada peranan yang kita akan mainkan," katanya tanpa mengulas apakah peranan yang dimaksudkan itu.

------------------------------------------
Khalid Ibrahim muncul di konvensyen Umno S'ngor
Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini membuat penampilan mengejutkan di Konvensyen Umno Selangor yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pada kira-kira jam 3 petang, Khalid dilihat berjalan masuk ke Dewan Merdeka bersama-sama Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan menyampaikan ucapan perasmian pada sesi yang diadakan secara tertutup itu.

Khalid yang merupakan anggota Parlimen Bandar Tun Razak mengetuai kerajaan Selangor sebelum dipecat daripada PKR pada tahun 2014.

Sejak itu, Khalid dilihat hadir dalam banyak acara PAS termasuk dua muktamarnya, serta Perhimpunan Fastaqim 2.0 di Terengganu pada bulan September.

Pada masa itu, ADUN Pelabuhan Klang itu berkata beliau menyokong perjuangan PAS, namun tidak berhasrat menyertai mana-mana parti politik.

Khalid sebelum ini adalah ahli Umno selama hampir 30 tahun, sebelum menyertai PKR pada 2006.

Beliau menjadi menteri besar Selangor pertama daripada PKR selepas Pakatan Rakyat memenangi negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Turut hadir bersama Khalid dan Zahid adalah bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang meninggalkan PKR untuk menyertai Umno pada September lalu.

Muhammad, lebih dikenali sebagai Mat Taib, keluar dari Umno pada 2013 untuk menyertai PAS.

Beliau kemudian meninggalkan PAS dan menyertai PKR pada tahun 2015, sebelum memutuskan kembali semula ke pangkuan Umno.
-malaysiakini

Hadi jawab parti suci, gelaran selepas gagal pinda perlembagaan Pas

MALAYSIA DATELINE
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawab secara khusus gelaran ‘parti suci’ yang selalu diberikan oleh ahli parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin terhadap partinya hari ini.

Namun, Hanipa ketika dihubungi enggan mengulasnya kenyataan Hadi itu dengan berkata, “Saya tidak mahu ambil port (kesah) kenyataan dia.”

Dalam tulisan panjangnya hari ini, Abdul Hadi berkata, ini bahasa yang baru diistilahkan dan digunakan untuk memerli atau mengejek ketegasan sesiapa sahaja yang berpegang dengan ajaran Islam.

“Yang berdasarkan nas yang qati’e dan thabit di dalam Al-Quran dan Hadis seperti Pas, yang tidak mahu dihanyutkan atau menerima perubahan mengikut selera kumpulan yang dinamakan Islam Liberal dan yang bersekongkol dengannya atau totok bukan Islamnya,” tulis Hadi dalam Harakahdaily, lidah rasmi Pas.

Bagi beliau, mereka mahu menjadikan Islam seperti agama yang ada ortodoks atau ideologi konservatif dengan tujuan untuk memancing undi pilihan raya.

Hadi mendakwa, pihak berkenaan membuat dakwaan itu setelah gagal meminda undang-undang tubuh Pas.

“Setelah mereka gagal meminda Undang-undang Tubuh Pas (Perlembagaan) dengan mahu meletakkan Majlis Syura Ulamak sekadar menjadi penasihat yang tidak wajib dipatuhi, khususnya dalam perkara hukum yang thabit bercanggah dengan kemahuan akal fikiran manusia, demikian juga mereka termasuk yang menganggap dirinya sangat bijak,” katanya yang dipercayai ditujukan kepada Hanipa yang kebetulan seorang peguan utama dalam Pas sebelum parti itu berpecah.

Kata Hadi juga, setelah mereka gagal dalam usaha meminda asas tersebut dan juga gagal mempengaruhi Muktamar Pas dan mengubah kepimpinan mengikut kemahuannya, lalu bertindak keluar daripada Pas “dengan dukungan dan sokongan dalang-dalang di belakangnya.”

Dakwa Hadi, mereka juga gagal menolak Pas dari belakang supaya menyertai BN, di mana mereka juga sangat bernafsu menyertainya dengan cara menggunakan Pas menjadi tangganya kerana mencari jalan mudah setelah menemui kebuntuan.

“BN pula tidak ada nafsu selera untuk menerima mereka,”kata ahli parlimen Marang itu.

Bagi Hadi, sebenarnya Pas hendak dijadikan kambing hitam untuk dikorbankan bagi pemujaan kemahuan nafsu mereka dengan segala cara yang terdahulu dan diusahakan sehingga kini.

“Daripada gerakan BERSIH pada namanya dan Pas berundur kerana jenamanya yang diragukan, diikuti pula susulannya menggunakan berbagai pendekatan dan jenama,” dakwa beliau.

Namun, katanya, setelah mereka gagal dengan segala umpan, diuar-uarkan Pas yang pelahap mahu menyertai BN, bukannya mereka.

“Sebenarnya perniagaan politik mereka tidak laris, kerana ditolak BN, ditolak Pas dan ada tanda-tanda awal ditolak rakyat dalam PRU akan datang, Insya Allah,” katanya lagi.

Menurut Hadi lagi, apabila mereka merasakan Pas menjadi penghalang kepada mereka untuk ke Putrajaya melalui pintu belakang dan mahu memecahkan pintu hadapan dengan Pas menjadi kapak atau tukulnya.

“Maka Pas tetap menjadi sasaran serangannya melalui lisan dan tulisan, khususnya media sosial di langit terbuka tanpa sempadan yang mudah dipergunakan dan ramai tentera upahannya, walaupun Pas bukan parti kerajaan pusat dan kata mereka Pas sudah lemah, namun dihentam juga habis-habisan,” tambah beliau.

Hadi juga mendakwa, apabila peluru fitnah Pas mendapat duit Perdana Menteri sebanyak RM90 juta, yang mereka anggap boleh menembusi pengaruh Pas, namun katanya Pas terus mara, Insya Allah.

“Kini mereka menggunakan bahasa yang zahirnya pujian, tetapi hakikatnya perlian, tanpa mereka sedari betapa mereka buta Al-Quran yang lebih bahaya daripada buta huruf,” katanya.

Hadi juga menyerang pihak yang melanggar baiah dalam Pas yang dipercayai ditujukan kepada Datuk Amiruddin Hamzah yang meninggal Pas dan menyertai Bersatu baru-baru ini.

Katanya, sesiapa yang tidak menyempurnakan bai’ah (janji setianya), maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dibaiah (dijanjikannya) kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.

Katanya, amalan bai’ah dilakukan oleh para sahabat, tabi’en dan generasi yang menyambung perjuangan Islam yang bertali arus sehingga kini.

“Mereka yang berbaiah itu sangat takut di hadapan Allah, hanya dibatalkan baiah apabila ternyata pemimpinnya menentang hukum Allah yang nyata nasnya daripada Allah dan Rasul, bukan kerana berlainan pendapat dan pendekatannya sahaja kerana konsep ketaatan kepada berjamaah adalah wajib dengan syarat-syaratnya,” katanya.

Beliau juga berkata, Pas tidak peduli sama ada menang atau kalah pilihan raya, walaupun hatinya sangat mahukan melihat kemenangan di dunia sebelum kemenangan di akhirat.

“Namun keyakinannya tetap kepada kemenangan adalah kurniaan Allah apabila memenuhi syarat mencapai keredaan dan hidayah-Nya kepada manusia yang meredai perjuangan Islam ini.

“Maka Pas mencari sesiapa yang menerima Islam dan menganutnya atau yang menerima pemerintahan Islam tanpa menganutnya, dengan cara terbuka bukannya bersembunyi tanpa kenyataan yang didegar dan dilihat,”katanya.

Umno-BN Johor semakin resah, Kubu-kubu tradisi ditembusi

AMNI JAGAT
Selain Felda, kubu Umno-Barisan Nasional (BN) adalah di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR), dan kubu-kubu itu kini telah mulai pecah di negeri Johor.

Menurut Pengerusi Pusat Peduli Rakyat N41, Puteri Wangsa Suhaizan Kaiat, dalam program Jelajah Keadilan Peduli Rakyat yang diadakan di PPR Desa Mutiara, Tebrau baru-baru ini yang menampilkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali selaku undangan khas, sambutan yang diberikan adalah luar biasa. Ribuan penduduk pelbagai bangsa dan agama hadir mendengar ucapan bersemangat MB Selangor itu.
Pimpinan Pakatan Harapan dalam program Jelajah Keadilan Peduli Rakyat yang diadakan di PPR Desa Mutiara, Tebrau baru-baru ini.

Menurut Suhaizan yang merupakan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor itu lagi, kehadiran luar jangka itu telah membuatkan Umno bersama sekutunya menjadi resah.

“Kehadiran cukup memberangsangkan kerana selama ini kita ketahui PPR adalah tempat yang terkenal sebagai kubu Umno, dan kini ia sudah mulai pecah berdasarkan mereka yang hadir.

“Selain itu, tindakan yang dikenakan ke atas penganjur program Jelajah Keadilan Peduli Rakyat sehingga kehadiran MB Selangor dihalang daripada memasuki kawasan PPR Desa Mutiara oleh pihak Umno Cawangan di situ, menjelaskan sesuatu.

“Ia menandakan ketakutan mulai menjelma dalam Umno sehingga tindakan yang tidak bertamadun sebegitu diambil ke atas program yang meraikan masyarakat setempat di kawasan PPR Desa Mutiara, Tebrau,” kata Suhaizan Kaiat.
Program Jelajah Keadilan Peduli Rakyat yang diadakan di PPR Desa Mutiara, Tebrau yang dihadiri MB Selangor Azmin Ali mendapat sambutan luar biasa.

Dalam masa sama, Suhaizan menyatakan rasa kesal dengan tindakan menghalang program jelajah tersebut kerana mereka yang hadir terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira satu kilometer untuk sampai ke tapak program berkenaan.

“Tindakan Umno itu dilihat seperti tidak berperikemanusiaan apabila mereka sanggup membiarkan penduduk di PPR yang mahu ke ceramah itu terpaksa berjalan kaki keluar dari kawasan PPR Desa Mutiara sejauh kira-kira satu kilometer dari kediaman mereka.

“Ternyata ketakutan yang memuncak ini mulai dirasai oleh pihak Umno bukan setakat halangan menjalankan program di kawasan PPR itu sahaja, malah bendera parti Pakatan Harapan terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut diturunkan dan dirampas.

Program itu turut dihadiri oleh Presiden ANAK Peneroka, Mazlan Aliman dan pimpinan daripada parti-parti dalam Pakatan Harapan.

Murid dibunuh dengan cangkul ketika ke sekolah


Lokasi mayat ditemui. - Foto SCMP
SICHUAN - CHINA. Polis menjalankan operasi memburu besar-besaran selepas menerima laporan seorang remaja dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Menurut laporan SCMP, mayat mangsa yang berusia 14 tahun dan tidak didedahkan namanya ditemui di Shangluo, pagi semalam.

Ketika kejadian, dua orang murid lain yang berada tidak jauh di hadapan mangsa terdengar jeritan mangsa.

Saksi bagaimanapun tidak nampak suspek disebabkan kabus tebal.

Sebuah cangkul dipercayai senjata pembunuh ditemui berhampiran mayat mangsa.

Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
-sinarharian

10 sebab untuk cuak jika BN menang

Kita bukan sekadar bercakap mengenai kelangsungan hidup buat semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, tahap pendidikan atau berapa orang anak dalam mana-mana keluarga untuk tahun depan atau 2019 sahaja.

Kita bercakap mengenai semua itu untuk tempoh lima tahun akan datang kerana pilihan raya umum hanya akan diadakan dalam tempoh lima tahun sekali.

Dengan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan diadakan dalam masa 180 lagi, bak kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mungkin selepas tahun baru Cina akan datang, pengundi Malaysia sudah mula mencongak pakatan mana yang harus dipangkah.

Silap pilih, rakyat negara ini akan terbeban dengan akibat parti mana yang mereka pilih untuk tempoh lima tahun lagi, atau meraih manfaat sama ada dalam skala besar atau kecil kesan pemilihan tersebut.

Sama ada BN yang memerintah Malaysia berdekad-dekad lamanya dikekalkan atau Pakatan Harapan yang dianggotai oleh empat parti komponen dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai teraju utamanya menjadi kerajaan baru.

Parti-parti lain seperti PAS, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) yang tidak berada dalam pakatan utama juga akan bertanding pada PRU14 dan bakal memberi kesan kepada tahap kemenangan kedua-dua pakatan utama tersebut.

Merajuk, kecewa dengan BN

Dalam congakan tersebut, di kalangan mereka yang masih mahu memilih BN atau yang telah 'merajuk', kecewa dan bengang dengan beralih kepada HARAPAN, rakyat nampaknya sedang berkira-kira dengan kesan undi mereka nanti.

Yang pertama, rakyat 'cuak' atau takut jika BN terus kekal di Putrajaya, harga barangan terutama makanan dan minuman seperti ikan, minyak masak dan beras akan melonjak seperti yang dijangkakan Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan (IKDM)

Menurut IKDM, kegiatan monopoli, prestasi ringgit yang lemah dan cukai pengguna akan terus menyebabkan kenaikan harga makanan pada tahun mendatang, walaupun data ekonomi menunjukkan angka lebih baik.

Kedua, rakyat juga cuak untuk kekalkan parti pemerintah sedia ada dengan kadar inflasi yang semakin tinggi setelah BN berjanji lagi bertekad mengekalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) jika menang PRU14.

Ketiga, kenaikan harga minyak secara tidak terkawal turut menjadikan rakyat cuak untuk mengundi BN walaupun Malaysia adalah negara pengeksport bersih minyak yang menjana keuntungan berlipat kali ganda apabila harga minyak global mencanak naik.

Antara minyak dunia, tempatan

Dengan jangkaan harga minyak dunia akan melonjak naik di masa depan, ramai juga yang bingung kenapa mereka perlu membayar harga minyak tempatan yang lebih mahal tatkala negara mencatat untung lebih tinggi.

Sepatutnya untung penjualan minyak Malaysia itu dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk subsidi yang menjurus kepada harga petrol, diesel tempatan yang lebih rendah.

Keempat, rakyat juga cuak jika berlakunya kenaikan kadar tol apabila BN menang nanti setelah perjanjian pengendali tol dengan kerajaan ditangguh beberapa kali termasuk yang dikendalikan PLUS (M) Berhad dan Shah Alam Expressway (Kesas).

Buat masa sekarang, mungkin BN tak berani untuk umumkan kenaikan tol tetapi apabila sudah menang dalam PRU14, maka 'keberanian' akan terpacul jua kerana rakyat akan lupa mengenainya menjelang satu lagi pilihan raya umum yakni yang ke-15.

Rakyat Malaysia juga cuak, kelimanya, jika BN menang di Putrajaya dan terus gagal memulihkan nilai ringgit kerana ia akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan dalam masa beberapa tahun mendatang.

Itu belum termasuk dikhabarkan nilai dagangan antarabangsa yang lebih tinggi sedangkan jumlah barangan yang dijual menjadi semakin kurang.

Laporan Bank Dunia

Seperti yang dilaporkan Bank Dunia, ekonomi Malaysia adalah antara 15 negara Asia yang dijangka meruncing dengan ramalan berkembang pada kadar lima peratus sahaja pada 2018 dan menguncup menjadi 4.8 peratus pada tahun 2019.

Yang keenam, apabila pertumbuhan negara perlahan dan nilai ringgit menjunam, rakyat juga cuak untuk mengetahui bahawa hutang kerajaan Malaysia bertambah ke paras yang tidak diduga sama sekali.

Ketujuh, ini yang pasti berlaku jika BN menang pada PRU14 iaitu misteri skandal 1MDB akan semakin dilupakan, tak terungkai.

Siapa Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat akan terus menghantui rakyat negara ini walaupun berbilion ringgit telah lesap dibawa lari oleh dua, tiga penyangak profesional.

Kelapan, jika BN kekal berkuasa, nasib Sabah, Sarawak akan terus dipinggirkan walaupun BN mendabik dada dengan projek Lebuh Raya Pan Borneo yang belum tentu menjadi pemangkin pertumbuhan di kedua-dua negeri tersebut tanpa suntikan lain seperti royalti minyak.

Nasib rakyat Sabah, Sarawak

Jika hospital di Sabah, Sarawak tidak ditambah baik, penduduk yang sakit akan terus dinafikan hak untuk mendapat rawatan perubatan manakala anak-anak kelahiran Sabah, Sarawak akan terus ketinggalan jauh dari segi pendidikan.

Dan jika BN menang dengan majoriti lebih besar, sebab kesembilan, maknanya suara pembangkang akan semakin lemah, tidak mampu untuk menjalankan peranan semak dan imbang dengan berkesan.

Jika betul hanya undi masyarakat Cina bersama DAP, ada juga yang takut pembangkang terus didominasi oleh wakil-wakil rakyat Cina setelah wakil-wakil rakyat PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) kecundang di tengah jalan.

Kesepuluh, jika BN kekal berkuasa, rakyat tidak akan berani untuk berharap berlakunya reformasi institusi secara menyeluruh dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan parlimen terus diletakkan bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kesimpulan, kalau BN kekal berkuasa, maka Mahathir dan HARAPAN boleh dikatakan gagal untuk mengalahkan Datuk Seri Najib Razak dan BN sedangkan pada masa yang sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga semakin berumur dengan terus menggasak BN.

Mungkin betul telahan sesetengah pihak, jika BN terus berkuasa pasca PRU14, maka tak salah untuk menjangkakan 10 tahun lagi pemerintahan parti itu dalam menentukan hala tuju negara dan rakyatnya.

Hanya Allah Taala maha tahu, mengetahui segalanya.

AMRAN AHMAD NOR merangkul ijazah MBA dari universiti di United Kingdom selain bekas wartawan ekonomi akhbar arus perdana. Pernah menjadi pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) cawangan Utusan Melayu dan masih menjejaki perjuangan arwah Ahmad Nor, bekas presiden CUEPACS dan naib pengerusi DAP.
-malaysiakini

Bekas warden tahfiz dipenjara 20 tahun, sebat kerana jenayah seksual

Seorang bekas warden, yang juga ustaz, di sebuah pusat tahfiz dihukum penjara 20 tahun dan enam sebatan selepas didapati bersalah oleh dua mahkamah berasingan di Ampang, hari ini atas pertuduhan melakukan seks luar tabii dan kelucahan melampau terhadap empat pelajar lelaki di pusat tahfiz itu, dua tahun lalu.

Kedua-dua mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Di Mahkamah Sesyen, Hakim Syafeera Mohd Said menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan enam sebatan terhadap Muhammad Adib Sufyan Azman, 21, atas kesalahan melakukan seks luar tabii terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun.

Tertuduh, yang kini bekerja sebagai pengawal keselamatan, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pusat tahfiz di Ukay Perdana di Kuala Lumpur, yang kini telah pun ditutup, antara Januari 2014 dan Oktober 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

“Setelah mahkamah mendengar dengan teliti keterangan, mitigasi dan hujahan pemberatan pihak pendakwaan dan pembelaan, tertuduh didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun bermula dari tarikh jatuh hukum (hari ini) dan enam kali sebatan," kata hakim itu.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan sembilan saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan termasuk tertuduh pada perbicaraan kes itu yang bermula pada 2016.

Di Mahkamah Majistret, tertuduh dihukum penjara masing-masing 20 bulan bagi tiga pertuduhan melakukan kelucahan melampau iaitu dengan meraba kemaluan tiga pelajar lelaki berusia 14 tahun di tempat sama antara Januari 2015 dan April 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun.

Majistret Haslinda A. Raof memerintahkan tertuduh menjalani hukuman tersebut secara berasingan.

Kedua-dua mahkamah tersebut turut menolak permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Terdahulu ketika rayuan, peguam tertuduh, G.S. Mani memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadap anak guamnya kerana ia ada kesalahan pertama dan tiada kecederaan atau kesan trauma kekal yang berlaku terhadap mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya, M.S Arunjothy yang mengendalikan kes luar tabii, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran dengan mengambil kira tertuduh sebagai warden pusat tahfiz telah mengambil kesempatan melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abdul Razak, yang mengendalikan kes kelucahan melampau, berhujah hukuman berat perlu diberikan kepada tertuduh kerana perbuatan itu bukan sahaja menyebabkan masa depan kesemua mangsa musnah tetapi telah menjejaskan institusi tahfiz di negara ini.

“Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tertuduh merupakan tenaga pengajar yang mengajar al Quran di tahfiz berkenaan, mana-mana agama mengajar sesuatu yang baik bukan melanggar fitrah kemanusiaan.

Mangsa juga telah membayar yuran (untuk belajar tahfiz) namun balasannya anak-anak ini diperlakukan sebegitu,” katanya yang memberitahu semua mangsa mengalami trauma teruk dan terpaksa mendapatkan rawatan kaunseling secara berterusan untuk memulihkan emosi.
-Bernama

‘Kubu Umno mulai pecah’ di Tebrau (Gambar)

AMNI JAGAT
Datuk Seri Mohamad Azmin Ali ( kanan) mengatakan sesuatu berkenaan dengan gerak kerja mendekati masyarakat kepada pimpinan AMANAH.

Selain Felda, kubu Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang selama ini menjadi kubu Umno-BN telah mulai pecah di Negeri Johor.
Menurut Pengerusi Pusat Peduli Rakyat N41, Puteri Wangsa Suhaizan Kaiat berkata, dalam program Jelajah Keadilan Peduli Rakyat yang diadakan di PPR Desa Mutiara, Tebrau menampilkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Azmin Ali selaku undangan khas mendapat sambutan yang luar biasa.

Menurut Suhaizan yang merupakan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor itu lagi, kehadiran luar jangka itu telah membuatkan Umno bersama sekutunya menjadi resah.

“Kehadiran cukup memberangsangkan di mana selama ini kita ketahui PPR adalah tempat yang menjadi kubu Umno sudah mulai pecah mengikut gambaran hadirin yang hadir.

“Selain itu, tindakan yang dikenakan ke atas penganjur program Jelajah Keadilan Peduli Rakyat memuncak sehingga kehadiran Menteri Besar Selangor dihalang dari memasuki kawasan PPR Desa Mutiara oleh pihak Umno Cawangan di situ.

“Ia menandakan ketakutan mulai menjelma dalam Umno sehingga tindakan yang tidak bertamadun sebegitu diambil ke atas program yang meraikan masyarakat setempat di kawasan PPR Desa Mutiara, Tebrau” ujar Suhaizan Kaiat.

Dalam pada masa yang sama, Suhaizan menyatakan rasa kesal dengan tindakan menghalang program jelajah tersebut kerana para hadirin yang hadir terpaksa berjalan kaki kira-kira sejauh satu kilometer untuk menghadirkan diri ke tapak program berkenaan.

“Tindakan Umno itu dilihat seperti tidak berperi kemanusiaan apabila mereka sanggup membiarkan penduduk di PPR yang mahu menghadirkan diri ke ceramah itu terpaksa berjalan kaki keluar dari kawasan PPR Desa Mutiara sejauh kira-kira satu kilometer dari kediaman mereka.

“Ternyata ketakutan yang memuncak ini mulai dirasai oleh pihak Umno bukan setakat halangan menjalankan program di kawasan PPR itu sahaja malah bendera parti Pakatan Harapan terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut diturunkan dan dirampas.

Program itu turut dihadiri oleh Presiden ANAK Peneroka, Mazlan Aliman dan pimpinan-pimpinan dari parti-parti dalam Pakatan Harapan.
Orang ramai yang hadir dan kebanyakkannya adalah penduduk PPR Bukit Mutiara

Populasi Islam Eropah berkembang pesat walaupun penghijrahan berakhir

Populasi Islam Eropah berkembang pesat walaupun penghijrahan berakhirMASYARAKAT Islam boleh mencecah 11% daripada populasi Eropah dalam dekad akan datang berbanding 5% pada masa ini. Ini jika paras penghijrahan sah dikekalkan, menurut laporan badan pemikir yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Dalam kajian bertajuk "Europe's Growing Muslim Population", The Pew Research Center mengeluarkan tiga unjuran berdasarkan senario penghijrahan yang berbeza - ketibaan sifar, "aliran "sederhana" dan penghijrahan "tinggi".

Kajian itu menunjukkan, walaupun kesemua penghijrahan ke Eropah terhenti serta-merta, populasi Islam dari 28 anggota Kesatuan Eropah (EU) termasuk Norway dan Switzerland akan bertambah dari 4.9% kepada 7.4% pada 2016.

Menurut angka diberi agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Eropah menerima lebih daripada sejuta pendatang dan pelarian pada 2015.

Kebanyakan mereka adalah dari negara-negara majoriti Islam dan beberapa parti politik kanan yang telah meningkatkan retorik anti-Islam.

Pew, yang ujurannya berdasarkan kepada data kerajaan dan kajian-kajian lain, berkata peningkatan kenaikan itu disebabkan kadar kesuburan yang tinggi di kalangan umat Islam, yang rata-rata 13 tahun lebih muda berbanding bukan Islam.

Senario "sederhana" adalah berdasarkan tahap penghijrahan yang dilihat sebelum kemasukan pelarian pada 2015/2016.

Di bawah senario itu, kadar orang yang dikenalpasti sebagai Islam diunjurkan lebih dari dua kali ganda kepada 11% populasi pada 2050.

Model ketiga adalah berdasarkan kepada pelarian yang kebanyakannya Islam, terus mencecah rekod bilangan yang dilihat pada 2015 an 2016.

Di bawah senario itu, masyarakat Islam akan menyumbang 14% daripada populasi Eropah pada 2050. Pew mengatakan ia "masih lebih kecil berbanding populasi Kristian dan mereka yang tidak beragama".

Penulis laporan itu juga mengatakan aliran pelarian telah pun mula merosot selari dengan usaha EU menghalang kedatangan pelarian.

Unjuran Pew juga menunjukkan penghijrahan tidak memberi kesan kepada Eropah.

Andainya ketibaan sama sekali dihentikan, Perancis - yang mempunyai kira-kira 5.7 juta masyarakat Islam (8.8%) pada 2016 mengikut laporan itu - akan terus mempunyai komuniti Islam terbesar di Eropah.

Di bawah senario "sederhana", Britain - yang menjadi destinasi utama penghijrahan Islam bukan pelarian - akan mengatasi Perancis manakala di bawah senario "tinggi", ia dipegang Jerman yang menerima lebih daripada 1.5 juta pelarian sepanjang dua tahun lepas.

Laporan itu juga menekankan peranan penghijrahan yang menjadi punca penurunan jumlah populasi di Eropah.

Populasi dijangka menurun dari 521 juta pada 2016 kepada 482 juta pada 2050 dengan ketiadaan pendatang seterusnya.

Di bawah senario "sederhana", populasi akan meningkat kepada 517 juta orang, manakala di bawah senario "tinggi", populasi akan mencecah kepada 539 juta orang. – AFP

GEMPAR!!! Penjenayah perang Bosnia minum racun di mahkamah (video)

 Penjenayah perang Bosnia minum racun di mahkamah
Petikan rakaman video menunjukkan penjenayah perang Bosnia, Slobodan Praljak minum racun selepas Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia mengekalkan hukumannya selama 20 tahun. – Gambar EPA, 30 November, 2017.


CROATIA semalam melahirkan rasa terkejut dan memberi penghormatan kepada penjenayah perang Bosnia, Slobodan Praljak, yang meninggal dunia selepas minum racun di mahkamah di The Hague, Belanda ketika hakim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengekalkan hukumannya selama 20 tahun.

Kejadian itu berlaku sebaik saja membuat keputusan atas rayuan enam bekas pemimpin politik dan tentera Bosnia atas peranan mereka pada perang Bosnia pada 1990-an. Kesemua mereka dikenakan hukuman penjara.

Pemimpin-pemimpin Croatia di Balkan berkata tindakan Praljak yang membunuh diri itu kegagalan Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia (ICTY).

"Tindakannya, seperti yang kita saksikan hari ini, mewakili ketidakadilan moral yang mendalam terhadap enam orang Croatia dari Bosnia dan rakyat Croatia," kata Perdana Menteri Croatia, Andrej Plenkovic.


"Saya ucapkan takziah kepada keluarga Jeneral Slobodan Praljak," kata Plenkovic sambil menyuarakan rasa tidak puas hati dan penyesalannya terhadap keputusan mahkamah itu.

Hakim-hakim memutuskan Praljak, 72 tahun dan lima orang tertuduh adalah sebahagian daripada "pakatan jenayah" pembersihan etnik umat Islam Bosnia untuk menyatukan Croats di seluruh Croatia dan Bosnia.

Sebaik sahaja hakim mengesahkan hukuman Praljak, bekas komandan tentera itu menjerit bahawa dia menolak keputusan itu sebelum minum cecair dari sebiji botol coklat. Dia kemudiannya segera dibawa ke hospital dan meninggal dunia di sana. – AFP

Malang bertimpa buat Zailah lepas berkecuali pandu lori tanpa kunci pula (Gambar)

MALAYSIA DATELINE
Selepas teruk diserang dengan aksi berkecuali ketika Bajet KPDNKK, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof sekali lagi menjadi sasaran.

Kali ini dengan aksi memandu lori kononnya mahu menghantar barangan bantuan kepada mangsa banjir di kawasannya.

Ia terkantol apabila didapati beliau hanya berlakon sahaja kerana lori itu tidak mempunyai kunci pun pada tempatnya.

“Mana kunci lori tu. Kantoi,” kata netizen kepada gambar Zailah.


Gambar beliau yang mulanya ditularkan oleh para penyokong Pas kerana kehebatan beliau memandu lori kemudiannya disebarkan pula oleh pengkritik beliau kerana kehebatan berlakun dan kantoi.

Zailah sebelum ini diserang hebat kerana mengambil sikap berkecuali dalam pengundian bajet KPDNKK itu sehingga menyebabkan BN selamat dengan satu undi.

Dalam pengundian belah bahagi itu BN mendapat 52 undi, pembangkang 51 undi dan 2 berkecuali.

Turut berkecuali bersama Zailah adalah naib presiden Pas, Idris Ahmad (Bukit Gantang).

Keratan paparan komen netizen yang disiarkan Sinar Harian online Siti Zailah beraksi memandu lori.

Dalam laporan Sinar Harian online Zailah terpaksa berdalih.

“Saya bawa bantuan dengan menaiki lori, bukannya bawa bantuan dengan memandu lori,” kata Zailah selepas gambarnya memegang stereng lori tanpa kunci tular di laman sosial, semalam.

Zailah dipetik berkata, gambar berkenaan diambil oleh anaknya selepas mengetahui minatnya untuk mempelajari cara pemanduan lori.

Malah katanya, gambar berkenaan diambil sebagai kenangannya bersama keluarga meredah banjir dengan menaiki lori ke pusat-pusat pemindahan sementara sekitar Rantau Panjang.

Beliau berkata, lori yang dinaiki merupakan milik anaknya digunakan sebagai salah satu kemudahan menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di sini.

“Pihak berkenaan memutar belitkan kenyataan dengan hanya berpandukan gambar swafoto tanpa merujuk kepada saya terlebih dahulu,” katanya, selepas menyampaikan bekalan makanan kepada mangsa banjir di sembilan pusat pemindahan sementara dekat sini.

Semalam tular gambar Zailah menaiki lori tanpa kunci dan menganggap pemimpin Pas berkenaan sengaja menipu memandu lori untuk menghantar bekalan bantuan kepada mangsa banjir.

Ramai pemimpin PAS tak puas hati hala tuju parti, kata Amiruddin

Looi Sue-Chern
Mungkin ramai akan tinggalkan parti, masa akan buktikan, kata Amiruddin Hamzah yang keluar PAS dan menyertai Bersatu Ahad lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 November, 2017.

PEMIMPIN PAS termasuklah wakil rakyatnya di sekurang-kurangnya empat negeri tidak gembira dengan hala tuju diambil parti Islam itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Ketua Pembangkang Kedah Amiruddin Hamzah yang Ahad lepas keluar PAS dan masuk Bersatu.

Ketidakpuasan hati mereka sangat ketara dengan keputusan parti itu memecahkan pembangkang dengan membentuk blok politik ketiga, Gagasan Sejahtera.

“Mungkin ramai akan ikut dan tinggalkan parti,” kata Amiruddin, Adun Anak Bukit kepada The Malaysian Insight.

“Masa akan buktikan. Mungkin selepas Parlimen dibubarkan. Ada perwakilan PAS di Kedah, Selangor, Terengganu dan Kelantan yang tak berpuas hati.

“Kita akan lihat bila Parlimen dibubarkan. Riak arus akan jadi gelombang kecil dan kemudian akan jadi gelombang besar. Tetapi bila jadinya, saya tak tahu.”

Amiruddin adalah pemimpin terbaru meninggalkan PAS untuk menyertai parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang enggan disertai parti Islam itu kerana kemelut lamanya dengan DAP dan kehadiran parti serpihan PAS di dalamnya, Amanah.

Beliau tewas pada pemilihan parti pada Muktamar PAS 2015 yang menyaksikan kelompok progresif dalam parti itu dilumpuhkan dan kepimpinan parti diambil alih oleh kelompok ulama konservatif.

Muktamar tahun itu juga menyebabkan keruntuhan Pakatan Rakyat apabila PAS memutuskan ikatan dengan DAP.

PAS yang lain, semua jadi sukar

Menyedari yang beliau tidak boleh mematuhi dasar dan hala tuju baru PAS, Amiruddin menolak semua tawaran memegang jawatan parti pada 2015 sebelum meletak jawatan selaku ketua bahagian PAS Kuala Kedah tahun lepas.

Walaupun tidak keluar parti, beliau masih berdepan kesukaran kerana pendiriannya yang berbeza dengan PAS.

“Selaku pembangkang negeri, saya tak ada masalah. Saya masih ada rakan PAS, DAP, PKR saya dan malah (timbalan presiden Bersatu dan Adun Ayer Hitam) Mukriz Mahathir untuk datang mesyuarat pembangkang sebelum persidangan DUN berlangsung atau hadir ke sidang media.

“Tetapi selain itu, semua benda susah. Sampai saya letak jawatan sebagai ketua Kuala Kedah,” kata Amiruddin.

Selepas meletak jawatan, beliau mula hadir program anjuran DAP, Amanah, PKR dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang menyokong perubahan kerajaan di Putrajaya.

Amiruddin Hamzah menyertai Bersatu Ahad lalu selepas harapannya melihat PAS menyertai kembali gabungan pembangkang lain berkecai. Beliau menyifatkan keserasiaanya dengan Mukhriz Mahathir juga salah satu faktor menyertai Bersatu. – Gambar ehsan Bersatu, 29 November, 2017.
Amiruddin Hamzah menyertai Bersatu Ahad lalu selepas harapannya melihat PAS menyertai kembali gabungan pembangkang lain berkecai. Beliau menyifatkan keserasiaanya dengan Mukhriz Mahathir juga salah satu faktor menyertai Bersatu. – Gambar ehsan Bersatu, 29 November, 2017.
“Saya sampai isytihar secara terbuka sokongan kepada PH sehingga mengejutkan PAS. Tetapi parti tak ambil tindakan terhadap saya. Mereka tak cukup sebab untuk buat begitu,” katanya.

Harapan berkecai

Amiruddin terus bersama PAS, masih memendam harap yang kepimpinan pusat parti itu akan berubah fikiran dan kembali kepada pakatan pembangkang.

Tetapi, situasi jadi lebih sukar selepas PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR awal tahun ini.

“Perpisahan dengan DAP memang dijangka kerana hubungan antara PAS dan DAP sentiasa dalam keadaan keruh. Tetapi keputusan PAS untuk putus hubungan dengan PKR tak pernah saya terfikir.

“Boleh kata yang itulah kemuncaknya yang buat saya terfikir…PAS tiada sesiapa lagi la,” katanya.

Amiruddin berkata perlu wujudnya usaha bersepadu dalam kalangan semua parti pembangkang jika mereka mahu menumbangkan Barisan Nasional.

“Kita ada Barisan Alternatif dan kemudiannya PR (Pakatan Rakyat). Itu adalah caranya untuk bergerak maju, bukannya memutuskan ikatan dengan rakan sekutu sendiri.

“Malah Dr Mahathir Mohamad yang memimpin kerajaan BN selama 22 tahun mengatakan bukanlah kerana BN itu kuat tetapi pembangkang yang berpecah belah menyebabkan BN terus berkuasa,” katanya.

Jumaat lalu, Amiruddin berusaha untuk kali terakhir, ketika bertemu Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi untuk menggesa parti Islam itu bekerjasama dengan PH dan memastikan wujudnya pertandingan satu lawan satu menentang BN dalam pilihan raya umum akan datang, sekurang-kurangnya di peringkat negeri.

Tetapi beliau dimaklumkan yang PAS bertegas mahu bertanding sebagai blok politik ketiga.

“Saya dah luangkan masa mencukupi dengan harapan ada perubahan berlaku tetapi sampai sudah ia tidak berlaku. Jadi saya memutuskan untuk sertai Bersatu pada Ahad.

“Ada komen kasar diberi kepada saya selepas itu, kebanyakannya di media sosial. Saya dah siap sediakan mental untuk itu,” katanya.

Keserasian bersama Mukhriz

Amiruddin mengatakan dalam membuat keputusan menyertai Bersatu, beliau memikirkan matlamat politik untuk menyingkirkan “kerajaan kleptokrasi” dan bagaimana boleh beliau melakukan sumbangan paling besar kepada matlamat itu.

Katanya, keserasiannya dengan Mukhriz juga mempengaruhi keputusan itu, walaupun kedua-dua adalah “musuh” dalam kerajaan negeri sehinggalah Mukhriz disingkirkan sebagai menteri besar awal tahun lepas.

“Saya serasi dengan Mukhriz. Kami ahli Anak Sains Mara (Ansara).

“Dia berbincang dengan saya sebelum dia disingkirkan sebagai MB. Saya rasa kami boleh bekerjasama,” kata jurutera lulusan UK berusia 55 tahun itu.

Sentimen Kedah

Amiruddin berkata PH di Kedah mempunyai peluang baik untuk menakluk negeri itu dengan gabungan pelbagai faktor seperti jenteranya, sokongan pengundi dan isu terhadap BN seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, sentimen akar umbi tidak berapa bagus untuk BN kerana ada ahli dan penyokong Umno sendiri yang mentertawakan pemimpin mereka.

“Pergi ke kenduri kahwin, gerai teh tarik dan awak akan dengar orang Umno buat lawak tentang pemimpin mereka sendiri. Itu tak pernah berlaku sebelum ini.

“Rakyat bercakap tentang GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), 1MDB dan kos sara hidup,” katanya.