"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Ibu tak kisah anak dinodai suami berulang kali


Foto kedua-dua suspek. - Foto sumber V1/Dailymail
VOLGOGRAD - RUSIA. Seorang wanita mengatakan dia tidak kisah anaknya dirogol suaminya berulang kali sejak mangsa berusia 12 tahun.

"Lebih baik kami yang rogol dari orang lain rogol dia," kata wanita terbabit dipetik laporan Dailymail.

Wanita dan pasangannya yang berusia 34 tahun yang telah ditahan polis juga mengaku melakukan serangan seksual terhadap mangsa menggunakan alat kemaluan palsu.

Mangsa mengatakan dia dirogol oleh ayahnya ketika ibunya menonton aksi tindakan tidak berperikemanusiaan berkenaan.

Mangsa yang kini berusia 13 tahun telah diletakkan dibawah jagaan jabatan kebajikan.

Fakta kes mengatakan kejadian rogol dan serangan seksual terhadap mangsa dilakukan diantara Disember 2016 hingga Mac 2017.

Kedua-dua suspek kini berhadapan dakwaan pedofilia, melacurkan anak dan menjadikan mangsa hamba seks dan berhadapan hukuman penjara 20 tahun jika disabitkan kesalahan.
-sinarharian

Lebai PAS kantoi lagi fitnah ust Haslin bollywood (video)


Pemain ragbi New Zealand gembira peluk Islam

Sonny Bill Williams
PEMAIN ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams meluahkan kegembiraan dan syukur semenjak memeluk agama Islam pada 2009.

Melalui akaun di laman Twitter dan Instagram, Williams mengatakan beliau dipandu seorang sheikh untuk melawat beberapa lokasi, antaranya Kaabah dan Masjid Al-Nabawi.

"Rasa sangat seronok dapat melawat Masjid Al-Nabawi di Madinah," kata Williams di Instagram.

Williams sebelum ini ditemuramah Mail Online dan menceritakan pengalamannya selepas memeluk Islam.

"Saya bangga menjadi orang Islam. Saya dapat rasa kegembiraan dan ketenangan yang telah lama saya cari.

"Sebelum saya memeluk Islam, saya tinggal di Toulon dan selalu risau dengan benda remeh-temeh. Kemudian saya berjumpa dengan satu keluarga yang berasal dari Tunisia dan mereka selalu belanja saya sarapan.

"Mereka tidak minta apa-apa dari saya dan cuma meminta panduan dari Allah S.W.T. dan itu membuatkan saya terfikir," akhiri Williams.

Berdasarkan kapsyen-kapsyen dalam foto dan video lain, Williams dijangka melakukan umrah tidak lama lagi.
-sinarharian

PAS duri dalam daging rundingan kerusi HARAPAN S'gor

Usaha Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk memikat wakil rakyat PAS berpaling tadah dikatakan telah menimbulkan masalah sejauh rundingan agihan kerusi di negeri berkenaan.

Beberapa pemimpin HARAPAN Selangor mendedahkan bahawa kerana ini, mereka tidak dapat memulakan rundingan agihan kerusi secara rasmi untuk pilihan raya akan datang walaupun negeri-negeri lain sudah mencapai kemajuan.

Selain faktor PAS, satu lagi halangan adalah mengenai tuntutan PKR Selangor untuk mendapat agihan kerusi paling besar di Selangor di kalangan empat parti dalam gabungan itu, kata pemimpin yang tidak mahu identitinya didedahkan.
Kepimpinan pusat HARAPAN telah mengarahkan semua negeri untuk memuktamadkan rundingan kerusi mereka pada 31 Januari selepas peruntukan kerusi di peringkat persekutuan selesai pada awal bulan ini.

Pemimpin itu memberitahu usaha PKR Selangor untuk membabitkan wakil PAS yang dikatakan bakal melompat dan bersedia bertanding di bawah tiket PKR merumitkan lagi masalah agihan kerusi.

Kedua-dua, Ketua BERSATU Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari dan Ketua AMANAH Selangor, Izham Hashim, ketika dihubungi, berkata mereka mungkin terpaksa merujuk perkara tersebut kepada kepimpinan pusat jika ia tidak dapat diselesaikan.

"Majlis Presiden HARAPAN telah memberikan semua negeri sehingga 31 Januari ini untuk menyelesaikan rundingan kerusi negeri. Beberapa mesyuarat telah diadakan di kalangan pihak HARAPAN di Selangor dan saya bersetuju bahawa sudah ada formula yang munasabah.
"Bagaimanapun, perbincangan di antara keempat-empat parti itu belum dijalankan, jika masih tiada penyelesaian pada akhir bulan ini, perbincangan akan dilakukan pada peringkat nasional dengan kehadiran ketua-ketua negeri,” kata Izham.

Mengulas lanjut, Abdul Rashid berkata usaha PKR Selangor untuk memikat wakil PAS itu telah disampaikan kepada sekutu HARAPAN pada Disember lalu dan awal bulan ini.

"Pada kedua-dua mesyuarat itu, wakil Pengerusi HARAPAN Selangor, Azmin Ali memberitahu kami bahawa PKR sedang berunding dengan PAS dan memaklumkan bahawa beberapa ADUN PAS akan bersama kita," katanya.

"Tetapi pendirian ketiga-tiga parti HARAPAN cukup jelas, kami menolak parti ketiga (PAS) dalam rundingan kerusi," katanya.

Sebelum ini, The Malaysian Insight yang memetik sumber melaporkan bahawa sekurang-kurangnya empat wakil rakyat PAS di Selangor mungkin menyertai HARAPAN.

Pada konvensyen kebangsaan pada 7 Januari lalu, HARAPAN mengumumkan bahawa BERSATU akan bertanding 52 daripada 165 kerusi parlimen di semenanjung.
PKR diperuntukkan 51 kerusi, manakala DAP, 35 dan AMANAH, 27.

Pakatan Rakyat yang ketika itu, termasuk PAS memenangi 44 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya 2013 - 15 setiap satu oleh DAP dan PAS dan 14 oleh PKR.

BN memenangi 12 kerusi manakala terdapat dua ADUN Bebas.

PAS sejak itu telah meninggalkan gabungan pembangkang dan kini dilihat sebagai mesra BN
-malaysiakini

Laluan sukar untuk BN, jumlah pengundi luar bandar berkurangan

Chan Kok Leong
BARISAN Nasional (BN) tidak boleh lagi menjangkakan akan menang mudah di kerusi luar bandar susulan jumlah pengundi di luar bandar semakin kecil akibat urbanisasi, kata ahli akademik.
Kerajaan pemerintah juga berdepan situasi di mana ada banyak pengundi leksikografi di kerusi bandar berbanding di luar bandar. Pengundi leksikografi sama seperti penyokong tegar yang tidak terjejas dengan apa juga sebab.

Penyelidik Majlis Profesor Negara Dr Muhammad Asri Mohd Ali yang membentangkan topik “Pengundi leksikografi (LV) di Malaysia (Pahang)”, berkata berbeza dengan terma ekonomi di mana sokongan ditentukan oleh permintaan dan bekalan, pengundi LV tidak rasional.

“Mereka terpengaruh dengan label parti, bukannya dasar,” kata Asri.

“Antara contoh pengundi LV ialah kerusi seperti Seputeh, Kepong dan Cheras.

“Di kerusi itu, MCA dan Gerakan hampir tidak relevan dan apa juga mereka lakukan, nampaknya tidak memberi kesan kepada minda pengundi.”

Penyelidikan Asri adalah untuk mengukur kumpulan pengundi mana akan menentukan undi dalam situasi di mana dua parti bertanding menawarkan dasar yang serupa tetapi pelbagai peringkat.

Sebaliknya, Asri berkata kerana tahap pengundi LV di kerusi luar bandar yang lebih rendah, dasar dan perkhidmatan membawa perbezaan.

“Di silah di mana BN paling kuat. Kajian kami mendapati sokongan BN terdiri daripada penerima BR1M, pengundi warga emas, kumpulan berpendapatan dan pendidikan rendah, serta mereka yang berpuas hati dengan pencapaian ahli Parlimen mereka,” katanya di Universiti Malaya semalam.
Penyelidik Majlis Profesor Negara Dr Muhammad Asri Mohd Ali berkata pengundi leksikografi sama seperti penyokong tegar yang tidak mudah terpengaruh dengan apa juga alasan diberikan kepada mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 19 Januari, 2018.
Penyelidik Majlis Profesor Negara Dr Muhammad Asri Mohd Ali berkata pengundi leksikografi sama seperti penyokong tegar yang tidak mudah terpengaruh dengan apa juga alasan diberikan kepada mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 19 Januari, 2018.

Selain Asri, Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia turut membentangkan kertas kerja bertajuk “Trend politik dan simulasi PRU14 (Terengganu)” sementara felow kanan ISEAS Yusof-Ishak Institute, Wan Saiful Wan Jan bercakap tentang “Adakah Umno bermasalah di Johor?”.

Program itu dianjurkan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya UM (UMCEDEL) dengan pengarahnya, Prof Dr Hamidin Abd Hamid bertindak sebagai moderator.

Asri, yang membuat kajian asas di Pahang tahun lalu, mendapati cukai barangan dan perkhidmatan masih menjadi masalah paling tinggi dalam senarai kebimbangan pengundi.

“Agenda Melayu tidak besar di Pahang dan walaupun kos sara hidup menjadi faktor kebimbangan, rasa tidak puas hati pengundi terhadap GST lebih tinggi. Mungkin masa ketika GST dilaksanakan tidak tepat kerana ringgit lebih rendah dan isu lain.”

Asri berkata strategi Pakatan Rakyat untuk fokus kepada isu GST juga dilihat berjaya.

“Oleh itu, BN tidak boleh bergantung hanya kepada perkhidmatan semata-mata kerana ia perlu menzahirkan dasarnya dengan lebih baik untuk menawan Melayu kelas pertengahan yang tinggal di kawasan bandar.

“Tetapi Umno bukan lagi platform untuk Melayu kelas pertengahan di kawasan bandar. Mereka mahu lebih ketelusan tetapi BN masih berfikiran lama dan berorientasikan perkhidmatan.”

Menggunakan rasa tidak gembira penjawat awam terhadap GST sebagai contoh, Asri berkata BN perlu menjelaskan bagaimana dasar itu membolehkan mereka masih mempunyai pekerjaan.

“GST membantu membayar gaji 1.6 juta kakitangan awam tetapi mereka masih merungut mengenainya. Jika pembangkang memansuhkan GST, bolehkah penjawat awam terus dikekalkan?”

Asri berkata bagi pihak PH, penyokongnya cenderung kepada pengguna media alternatif dan bimbang dengan isu 1Malaysia Development Bhd.

Katanya, cadangan PH menamakan Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri juga bukan isu di Pahang.

“Ketika kami jalankan kajian pada Oktober lalu dan bertanya kepada responden mengenainya, kebanyakan tidak kisah.

“Selepas beliau dinamakan sebagai calon perdana menteri untuk PH, kami membuat susulan dengan responden ini dan mereka kata tidak logik untuk Dr Mahathir jadi PM sekali lagi,” akta Asri.

Yusuf al-Qaradawi dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah tentera Mesir

MALAYSIADATELINE 
Mahkamah tentera Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada lapan tertuduh, termasuk empat orang tanpa hadir, atas dakwaan terlibat dengan keganasan pada 2015.

Sejumlah 17 individu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup termasuk ulama terkemuka dunia Sheikh Yusuf al-Qaradawi.

Sheikh Yusuf yang hidup dalam buangan di Qatar bersama tujuh individu lain dibicarakan tanpa kehadiran mereka pada Rabu lalu.

Tuduhan melakukan keganasan itu termasuk membunuh pegawai polis di Kaherah, sumber mahkamah memberitahu agensi berita Anadolu.

Maklumat berhubung sumber dirahsiakan ekoran larangan pihak berkuasa untuk bercakap kepada media, lapor Aljazeera.

Sheikh Yusof al-Qaradawi, ulama kelahiran Mesir yang mengetuai Kesatuan Ulama Islam Sedunia berpusat di Dhoha, Qatar didakwa atas tuduhan ‘menghasut sehingga membawa pembunuhan, menyebarkan berita palsu dan memusnahkan harta awam’.

Sejumlah 26 tertuduh (defendan) dalam kes yang sama dilepaskan daripada hukuman termasuk empat pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin Mesir.

Bagaimanapun keputusan mahkamah itu masih boleh dirayu dan defendan yang dibicarakan tanpa hadir (tried in absentia) akan dibicarakan semula jika mereka ditangkap atau menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Mesir dilanda keganasan sejak pertengahan 2013 apabila Mohamed Morsi, pemimpin Ikhwanul Muslimin yang dipilih sebagai presiden dalam pilihan raya bebas pertama negara itu, digulingkan dan ditahan dalam rampasan kuasa tentera berdarah.

Pada Sept tahun lalu, Interpol mengeluarkan nama Sheikh Yusof al-Qaradawi, 91, dari senarai ‘orang yang dikehendaki’.

Tindakan polis antarabangsa itu dibuat setelah menilai dakwaan Mesir terhadap ulama yang hidup dalam buangan itu.

'Ezam nak lawan rasuah bukan di Shah Alam'

Datuk Ezam Mohd Noor dilihat seolah-olah tersalah tempat untuk bertanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dalam usahanya melawan rasuah.

Ahli Parlimen AMANAH Shah Alam Amanah, Khalid Abdul Samad berkata pengerusi Hisbah Malaysia itu tidak sepatutnya bertanding melawan Pakatan Harapan jika dia mahu menentang rasuah.

“Kalau dia nak lawan rasuah, nak lawan bapa kleptokrat mungkin berkesan. Dia tak patut bertemu dengan PKR, BERSATU atau bertemu di suatu tempat di mana tidak ada calon HARAPAN.

“Macam bagi saya di Shah Alam agak peliklah kalau dia kata (lawan rasuah) itu agenda dia. Bila dia buat begitu, akan ada ramai yang pertikai perkara itu, apa pun itu hak dia.

“Dia pun datang solo bukan nama mana-mana parti,” katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu Khalid ditanya mengenai tindakan Ezam (gambar, kiri) yang ingin bertanding di Shah Alam sebagai langkah bermatlamat menciptakan kesedaran melawan rasuah di kalangan orang Melayu dan umat Islam.

Ezam yang pernah dua kali keluar Umno, keluar PKR sekali dan Parti NewGen juga sekali itu akan bertanding sebagai calon bebas. Ezam mengetuai Hisbah Malaysia, sebuah NGO antirasuah.

Khalid turut berkata, jika Ezam benar-benar mahu melawan rasuah seharusnya membantu calon HARAPAN memandangkan dalam manifesto gabungan itu ingin melawan rasuah.

“Walaupun dia kata begitu (Ezam kata nak lawan rasuah), penglibatan dia hanya dilihat sebagai usaha pecahbelahkan undi pihak yang membangkang lawan BN,” katanya.

Khalid bagaimanapun berkata, beliau tetap akan bertanding di Shah Alam meskipun terdapat beberapa penjuru kerana mendapat mandat daripada parti.

Malah Khalid dalam nada berseloroh turut siap menerima jika Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu bertanding di kawasannya itu.

Khalid yang juga pengarah komunikasi AMANAH berkata beliau menyerahkan kepada pengundi Shah Alam untuk menilai prestasinya sepanjang dua penggal menjadi anggota parlimen di kawasan itu.

“Saya serah pada warga Shah Alam untuk menilai, sama ada saya telah memainkan peranan saya sebagai ahli parlimen, mewakili AMANAH dengan cara berkesan di dalam parlimen.

“Kalau warga Shah Alam ingat saya tak tunai tanggungjawab, mereka berhak pilih lain, bagi saya saya terus di situ sepertimana diarahkan parti untuk bertahan di Shah Alam.

“Saya tetap di situ walau Ezam, Azmin di situ. Kalau Azmin nak bertanding di situ, maka jadi lima penjurulah. Bagi saya, saya akan bertanding dalam tiket AMANAH dan anggota Majlis HARAPAN,” katanya.
-malaysiakini 

PAS jadi ‘kingmaker’: Antara dua kemungkinan

KURANG 100 hari menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PAS melalui ucapan presidennya, Abdul Hadi Awang mengulangi matlamat mereka untuk menjadi dalang politik atau "kingmaker" dalam PRU akan datang dengan mensasarkan untuk memenangi 40 kerusi.

Hal ini sekali gus sebenarnya membenarkan dakwaan yang PAS tidak mungkin akan menang jika bersendirian melainkan melalui strategi yang bersifat lebih murahan seperti ini.

PAS pada 2008 iaitu pada PRU12 pernah menyasarkan jumlah yang sama namun kekal gagal peroleh jumlah tersebut, tetapi tetap memperoleh jumlah kerusi yang agak besar berbanding sebelumnya.

Pada PRU13, dengan keyakinan terhadap kerjasama Pakatan Rakyat, PAS menyasarkan untuk memenangi 60 kerusi, pun gagal untuk mendapat jumlah tersebut.

Menariknya kali ini, PAS kembali menyasarkan 40 kerusi iaitu menurun jumlah daripada sasaran PRU13 walaupun mereka pernah mendakwa lebih kuat bersendirian.

Mengikut dakwaan ini PAS sepatutnya menyasarkan lebih 80 kerusi iaitu meningkat dari 2013, namun PAS kantoikan pembohongan sendiri apabila hanya sasarkan 40 kerusi. Ternyata PAS tidak kuat bersendirian.

Dua pilihan raya lepas menyaksikan PAS gagal mendapat jumlah kerusi sasaran, namun "sembang" mereka kali ini begitu berkeyakinan untuk peroleh jumlah ini sehinggakan secara terang-terangan isytiharkan untuk menjadi "kingmaker", sesuatu yang tidak patut dikeluarkan oleh sebuah parti yang mendakwa dirinya kuat dan yakin menang.

Ideanya adalah, walaupun PAS akan gagal memperoleh jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan sendirian, dengan jumlah yang kecil PAS boleh bertindak sebagai "raja" untuk menentukan sama ada Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Harapan (PH) akan menguasai Putrajaya kelak jika kedua-duanya tidak berjaya peroleh undi yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Maka jadilah PAS sebagai "kingmaker".

Ada dua kemungkinan yang boleh berlaku, iaitu PAS berjaya atau PAS gagal untuk peroleh jumlah kerusi yang signifikan untuk menjadi "kingmaker".

Kita ambil dulu situasi ia bergerak sebagaimana PAS rancang. Katakanlah pada PRU14 PAS berjaya peroleh 40 kerusi dan berkuasa menjadi penentu pembentukan kerajaan, PAS akhirnya berjaya mengikut jejak parti Liberal Demokrat (LibDem) di United Kingdom (UK) yang menjadi kuasa ketiga atau "kingmaker" apabila dua parti besar iaitu Parti Buruh dan Konservatif tidak mampu membentuk kerajaan sendiri.

LibDem memilih untuk bersama Konservatif, dan LibDem diberikan kerusi timbalan perdana menteri serta jawatan dalam kabinet. Bertuah, bukan? Walaupun tidak mendapat majoriti namun berjaya menjadi sebahagian parti pemerintah.

Beginilah impian PAS, iaitu menjadi si kecil cili api yang berjaya ke puncak kuasa melalui strategi terdesak ini.

Tetapi apa yang PAS tidak ambil pengajaran ialah LibDem dihukum rakyat dengan kekalahan hampir total pada pilihan raya 2015 di UK.

LibDem yang telah berjaya mengharungi naik turun perjuangan akhirnya hampir pupus apabila "kerajaan perpaduan" LibDem dan Konservatif ditolak secara total oleh rakyat.

Strategi "kingmaker" PAS juga akan menjerumuskan PAS ke dalam satu risiko besar iaitu memilih sekutu selepas PRU14. Jika memilih BN maka PAS kehilangan sokongan ahlinya yang rata-rata membesar dengan membenci Umno.

Jika PAS memilih PH, maka PAS juga terpaksa menjilat kembali ludahnya terhadap Amanah dan DAP, kumpulan yang dakwa mereka "musuh Islam".

Bagaimana pula dengan kemungkinan kedua iaitu PAS gagal peroleh jumlah kerusi yang cukup untuk menjadi "kingmaker"?

Strategi bijaksana PAS kali ini sebenarnya bukan kali pertama di Malaysia. Pada PRU13 yang lalu satu gerakan dinamakan Arus Baru meletakkan pihak mereka sebagai kuasa penentu jika BN dan Pakatan Rakyat memperoleh jumlah kerusi yang hampir sama.

Menjaja keyakinan mereka di forum-forum sebagaimana PAS hari ini, bahkan ada yang mencadangkan individu yang bukan calon pun sebagai PM jika kumpulan mereka menang, dan ternyata strategi mereka berjaya menguburkan terus nama Arus Baru selepas PRU13 apabila mereka hilang wang pertaruhan di semua kerusi yang mereka tandingi.

Tahun ini mereka sudah ada jenama baru, namanya seperti aplikasi alat tunjuk jalan. Entah kenapa nama Arus Baru tidak diguna kembali.

Jadi, PAS boleh jadi tidak sempat merasai takhta kekuasaan sebagaimana LibDem jika pencapaian mereka hanyalah setaraf Arus Baru.

PAS sememangnya sudah tersepit dan kini sebuah parti tanpa harapan, penuh keangkuhan diri sendiri dan lebih tragis, PAS tidak mampu lagi undur ke belakang dan terpaksa menggunakan apa cara untuk mengekalkan survival politik mereka termasuk menyalahkan segalanya pada DAP dan Amanah. – 18 Januari, 2018.

* Muammar Qaddafi ialah pembaca The Malaysian Insight.

Jemaah berhenti solat Subuh untuk kejar pencuri

JEMAAH di sebuah masjid di Kota Bharu terkejut dengan tindakan berani seorang individu yang mengambil peluang untuk mencuri semasa mereka sedang menunaikan solat Subuh.

Suspek berkenaan dilaporkan berjaya melarikan beg tangan seorang jemaah yang berisi barang kemas dan wang tunai dan menyebabkan kerugian kira-kira RM20,000.

Kejadian pada kira-kira jam 6.30 pagi itu berlaku di ruang solat wanita, lapor Harian Metro, yang memetik kenyataan Imam Tua Masjid Kota, Muhamad Lokman Zakaria.

Menurut Mohamad Lokman, mangsa kejadian, seorang warga emas menjerit apabila menyedari begnya direntap oleh suspek tersebut.

"Warga emas itu uzur dan bersolat atas kerusi. Jadi begnya diletakkan di bawah kerusi sebelum suspek bertindak merentapnya dan disedari jemaah itu.

"Difahamkan, dia (mangsa) sempat memegang tangan pencuri itu sebelum menjerit: “Pencuri.... beg aku”.

“Jeritannya disedari kami dan ada beberapa jemaah lelaki berhenti solat dan cuba mengejar, tetapi tidak sempat," katanya seperti dipetik laporan itu.

Tambahnya lagi, suspek berkenaan pada awalnya cuba mencuri beg seorang makmum di saf belakang tetapi tidak berjaya.

"Ketika sujud kedua dia melangkah dua saf untuk mengambil beg tangan warga emas terbabit di saf paling depan," kata Mohd Lokman lagi.

Tambahnya, tindakan suspek yang memakai baju panas hitam berhud itu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup yang dipasang di masjid berkenaan.

Menurutnya lagi, sistem pembesar masjid tersebut juga didapati hilang dalam satu kes pada tahun lalu.
-themalaysianinsight

Orang ramai dijemput ke program di Wisma Tok Guru selepas solat Jumaat

ZIKRI ABDULLAH 
Orang ramai dijemput untuk bersama-sama di majlis kesyukuran yang akan diadakan di Wisma Tok Guru, Salor esok.

Program anjuran Pakatan Rakyat (PH) Kelantan itu akan bermula dengan jamuan yang bermula selepas solat Jumaat.

Timbalan pengerusi PH Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata majlis yang akan berjalan hingga malam itu terbuka kepada semua.

“Selaras dengan PH yang meliputi parti pelbagai kaum dan agama pihak kita tidak mengehadkan sesiapa untuk menyertai program ini.

“Orang bukan Islam malah mereka yang bukan dari empat parti dalam PH juga kita alu-alukan,” katanya.

Majlis kesyukuran di Wisma Tok Guru.

Sementara itu pengarah undang-undang PH Kelantan, Hisham Fauzi mengingatkan semua pihak supaya tidak mempertikaikan keputusan mahkamah yang menerima permohonan injunksi Erinford oleh Datuk Husam Musa, 8 Januari lalu.

“Keputusan ini sangat jelas dan jangan ada mana-mana pihak cuba mengelirukan (mislead) keputusan itu,” katanya.

Dengan keputusan berkenaan katanya, Husam kembali mendapat hak status quo mengurus hartanah WTG sehingga mahkamah membuat keputusan baru.

“Segala bentuk aktiviti boleh dijalankan oleh beliau atau sesiapa yang mendapat kebenarannya di situ,” katanya.

Najib jadi ‘bintang’ dokumentari terbaru BBC

Bede Hong
Dokumentari House of Saud: A Family at War terbitan BBC mengupas sejarah dan pergelutan keluarga diraja berkuasa itu. Episod keduanya menampilkan Najib dan 1MDB sebagai 'tetamu undangan'. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Januari, 2018.

PERDANA Menteri Najib Razak menjadi subjek tumpuan episod kedua rancangan BBC terbaru, “House of Saud: A Family at War”, sebuah rancangan dokumentari yang membongkar kisah keluarga diraja yang bertelagah itu.

“Rakyat Malaysia marah. Mereka percaya mereka dirompak,” kata permulaan episod itu yang disiarkan setiap hari Selasa.

Episod kedua dokumentari itu mengesan jejak mula skandal 1MDB apabila putera ketujuh Raja Saudi, Putera Turki bin Abdullah memeterai perjanjian pada penghujung 2009 untuk menerima pelaburan bernilai AS$1 bilion menerusi PetroSaudi International.

Gambar Najib bersama-sama Putera Turki, ahli perniagaan dari Pulau Pinang Low Teck Jho atau lebih dikenali dengan nama Jho Low, isterinya Rosmah Mansor dan beberapa anak Najib berada di atas kapal layar mewah, Tatoosh.

Pertemuan itu didakwa menjadi pemula rancangan rompakan wang berbilion ringgit daripada dana pelaburan Malaysia.

Dalam wawancara bersama BBC, Ketua Pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown mengatakan sejumlah AS$700 juta lenyap daripada dana itu.

Dokumen yang bocor kemudiannya menunjukkan AS$681 juta (RM2.6 bilion) dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib pada Mac 2013, tidak lama sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 berlangsung, kata Rewscastle.

Putera Turki juga didakwa menerima AS$77 juta komisyen kerana peranannya menurut e-mail yang bocor, kata dokumentari itu lagi.
Episod kedua dokumentari House Of Saud: A Family at War terbitan BBC menampilkan Najib dan 1MDB sebagai tetamu undangan. – Gambar Facebook, 18 Januari, 2018.
Episod kedua dokumentari House Of Saud: A Family at War terbitan BBC menampilkan Najib dan 1MDB sebagai tetamu undangan. – Gambar Facebook, 18 Januari, 2018.
PetroSaudi mendakwa e-mail itu tidak tulen dan diubah.

Turut muncul dalam episod itu ialah Tony Pua dari DAP yang mengatakan beliau sudah mula mengesan jejak skandal itu sejak lapan tahun lepas.

“Kita bukan bercakap tentang sejuta dua. Kita bercakap tentang berbilion dollar dan kerajaan Malaysia masih berlagak seolah tiada apa berlaku. Tiada apa langsung yang berlaku,” kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu pada wawancara yang diadakan di sebuah kafe kopi itu.

“Kami dijanjikan semangkuk mee yang sedap penuh dengan daging dan sayuran serta ‘dumpling’ dan rakyat akan menikmati juadah hebat itu,” kata Pua menggunakan sepinggan mee wan-tan untuk menyatakan hujahnya.

“Saya rasa ragu. Kami tahu mereka akan curi daging dan ambil semuanya untuk mereka sendiri.

“Tetapi yang sebenarnya berlaku, yang betul-betul terjadi adalah bukan sahaja mereka ambil daging, mereka juga ambil ‘dumpling’, semua mee dan yang tinggal untuk kami rasa hanyalah kepedasan cili,” katanya.

Pua mengimbau kembali ketika Wall Street Journal membongkar kisah itu Julai 2015 mendakwa AS$681 juta dipindahkan ke akaun Najib.

“Tiada siapa percaya ia berlaku. Bagaimana seorang perdana menteri boleh jadi sebodoh itu memindahkan jumlah duit yang banyak ke dalam akaun peribadi banknya? Apabila saya jumpa rakyat di luar, mereka kata ‘semuanya berita palsu’. Tetapi kemudiannya, kami dapati ia benar,” kata Pua.

Dokumentari itu menyebut wang hasil rompakan itu kemudiannya digunakan untuk membeli antara lain, sebuah hotel di Beverly Hills, lukisan Monet dan pesawat peribadi berharga AS$33 juta.

“Malah duit itu turut dilaburkan dalam sebuah filem Hollywood. Sebuah filem yang kebetulan mengisahkan tentang korupsi dan penipuan maha hebat,” kata narator dokumentari itu merujuk kepada “Wolf of Wall Street” dibintangi Leonardo DiCaprio.

Putera Turki ditahan ketika operasi besar-besaran menghapuskan korupsi digerakkan oleh Putera Mahkhota Saudi, Mohammed bin Salman. Ratusan ditahan, termasuklah ahli keluarga diraja.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) melancarkan siasatan jenayah ke atas dana didakwa dirompak dari 1MDB dan berhasrat mahu merampas aset hartanah dan lain-lain mencecah AS$1 bilion (RM4.3 bilion).

Dalam kes sivil pula, DoJ mendakwa antara 2009 sehingga 2015 lebih daripada AS$4.5 bilion milik 1MDB dipindahkan kepada pegawai atasan dana pelaburan negara itu serta sekutu mereka.

DoJ mengatakan “Malaysian Official 1(MO1)” sebagai penerima faedah terbesar aset yang mereka mahu mereka rampas.

Identiti MO1 disahkan oleh Menteri Abdul Rahman Dahlan sebagai Najib.

Perdana menteri menafikan wujud sebarang salah laku, mengatakan wang dalam akaunya adalah derma seorang putera Saudi dan menegaskan dia sudah memulangkan kembali wang itu.

Peguam Negara Apandi Ali mengatakan Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan pada Januari 2016.

SKMM serbu rumah pengerusi DAP Perak

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini merampas telefon bimbit Ahli Parlimem Taiping Nga Kor Ming dan menyerbu rumahnya di Ipoh, kediaman ibu bapanya di Ayer Tawar, dan pusat khidmatnya di Taiping.

Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham berkata serbuan SKMM itu berkaitan hantaran beliau di media sosial yang antaranya didakwa memperlekehkan kerajaan BN.

"SKMM tidak menyisat sama ada hantaran itu ini benar-benar datang dari akaunnya. Terdapat banyak kejadian di mana orang menggunakan foto dan nama Nga membuat hantaran palsu," kata Ngeh kepada Malaysiakini.

Tidak jelas apa dakwaan memperlekehkan di media sosial itu.

Katanya, siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 233 (1) Akta SKMM iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Beliau menambah bahawa pengerusi DAP Perak itu akan memberikan kenyataannya kepada SKMM di balai polis Sungai Senam.

Ngeh berkata hantaran yang didakwa oleh Nga sepatutnya dilindungi melaui kebebasan bersuara, kerana adalah tugas ahli parlimen pembangkang untuk menyuarakan rasa tidak puas hati.

"Ia hanya pendapat... jika ada unsur memfitnah maka kamu boleh memfailkan tuntutan di mahkamah," katanya.

Beliau juga mendakwa serbuan itu adalah permulaan tindakan ke atas kebebasan berpolitik menjelang pilihan raya umum akan datang.

"SKMM akan menyebu lebih banyak rumahuntuk menakut-nakutkan orang ramai," katanya.

Ini bukan kali pertama Nga berdepan masalah berhubung hantarannya di media sosial.

Beliau sebelum ini juga mengundang masalah berhubung hantarannya yang didakwa meremehkan duit raya Aidilfitri sebagai rasuah.

Nga menafikan membuat hantaran itu.
-malaysiakini 

Pelajar perempuan tikam budak lelaki dalam tandas

Seorang budak lelaki berusia enam tahun berdepan dengan maut di dalam tandas sekolahnya apabila dia ditikam seorang pelajar perempuan yang lebih berumur daripadanya.

Dalam kejadian di sebuah sekolah swasta di Triveni Nagar , Lucknow itu mangsa - yang dikenali sebagai Ritik - mendakwa dia diajak ke tandas sekolah oleh suspek.

Di situ Ritik mendakwa dia ditolak sebelum ditikam dengan sebilah pisau. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan tidak berbahaya.

Ketika disoal siasat, Ritik mendakwa dia boleh mengenal pasti penyerangnya. Suspek kemudian dikenal pasti melalui gambar yang dibekalkan pihak sekolah.

Ritik juga memberitahu pelajar perempuan berusia 12 tahun itu sengaja menikamnya supaya sekolah mereka ditutup awal pada Selasa lalu.

Insiden dilaporkan Times of India itu mengingatkan penduduk India kepada kejadian pembunuhan Pradyuman Thakur, 7, yang ditemui dengan leher disembelih oleh remaja berusia 16 tahun pada Sept tahun lalu.

Kejadian itu berlaku di Sekolah Antarabangsa Ryan di Gurugram, India.

Siasatan awal mendapati suspek pernah bercadang untuk meracun bekalan air di sekolah persendirian berkenaan.

Perkelahian antara ibu dan bapanya didakwa menjadi punca remaja terbabit mengalami kemurungan dan bertindak di luar dugaan.

Punca Thakur dibunuh didapati mempunyai persamaan dengan serangan ke atas Ritik.

Penyerang Thakur mendakwa dia menyembelih budak itu supaya sekolah ditutup sekali gus dapat melengahkan program pertemuan antara guru dan ibu bapa, selain peperiksaan yang dijadualkan.
-malaysiakini

‘Ampun Tuanku patik mohon sembah kemaafan’

DATUK MAHFUZ OMAR 
Persoalan yang dibangkitkan oleh para pemimpin Umno menuduh saya menghina dan memperlekehkan Tuanku Sultan Pahang adalah satu persoalan politik yang cetek dalam mendifinasikan soal kepimpinan.

Komen saya adalah berdasarkan hasrat Pakatan Harapan yang mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri bagi menggantikan Najib selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Pada hemat saya cadangan yang di anjurkan oleh PH adalah satu cadangan yang logik dan munasabah kerana pada hemat saya ‘usia’ bukan penghalang bagi sesuatu kejayaan dan tindakan tetapi segala nilai tangga kejayaan terletak juga kepada daya pemikiran, mental dan idealisma serta pengalaman*.

Dalam usia 92 tahun,Tun Mahathir masih cergas dalam membuahkan idea dan fikiran disamping berkongsi pengalamannya selama 22 tahun dahulu sebagai PM.

Pada saya adalah ‘tidak wajar’ menjadikan usia sebagai penghalang dan isu dalam apa jua situasi apatah lagi dalam kepimpinan dan pemerintahan.

Sekiranya kita menjadikan usia sebagai faktor penyebab bagi segala tindakan dan gerakerja, maka negara akan mengundang krisis kemanusiaan.

Saya sedih apabila pihak tertentu mempersendakan persoalan usia sebagai halangan dalam kehidupan seolah kita menidakkan realiti dunia dan agama.

Ramai pemimpin-pemimpin utama negara menajdi pemimpin dan terus memimpin kerana kejayaan kepimpinannya, Maharaja Akhihito berusia 83 di Jepun, Sheiikh Sabah berusia 88 menjadi pemerintah Kuwait, Presiden Raul Castro berusia 86 sebagai Presiden Cuba, Ketua Negara United Kingdom Ratu Elezibeth 91, Presiden Beji Caid Essebsi 91 di Tunisia.

semua mereka ini sehingga kini adalah merupakan pemimpin pemimpin negara yang sah dan tidak terhalang oleh usia yang lanjut.Hatta Almarhum Tuanku Abdul Halim Muazam Shah Yang Di Pertuan Agong kita yang lalu juga telah mengakhiri pemerintahan Baginda menjadi Ketua Negara Malaysia dengan cemerlang tatkala diusia baginda 88 tahun.

Oleh itu sekiranya pihak tertentu menjadikan isu usia sebagai bahan politik kepentingan tertentu maka ianya juga seolah mempertikaikan sistem dan adat budaya tradisi kita yang tidak pernah menjadikan usia sebagai hujjah untuk menidakkan hak kepimpinan individu sama ada secara politik atau perlembagaan.

Namun keterlanjuran saya menyebut nama DYMM Tuanku Sultan Pahang sebagai hendak menunjukkan kebobrokkan dan kebodohan hujah dangkal pihak Umno dalam menghuraikankan erti kepimpinan.

Saya tidak berniat untuk menghina ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Pahang,malah menyanjung dan menjunjung Tuanku untuk terus kekal di puncak tahta Negeri Pahang.

Jika ungkapan saya telah menimbulkan kemurkaan Pemangku Tuanku Sultan Pahang Patik dengan penuh sembah takzim Patik memohon sembah kemaafan diatas keterlanjuran Bahasa patik dan mendoakan kesejahteraan Tuanku Sultan Pahang sebagai pemerintah dan pemimpin negeri Pahang Darul Makmur.

‘Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

Amaran bekas wartawan BN tentang tanah Felda terbukti benar

MALAYSIA DATELINE

Amaran awal bekas wartawan akhbar Berita Harian bahawa laporan akhbar itu tentang kehilangan tanah Felda mempunyai ‘udang di sebalik batu’ kini menjadi kenyataan.

Ia berlaku apabila syarikat yang dikatakan mendapat tanah itu, Synergy Prominade telah menyerahkan kembali kesemua geran tanah terlibat kepada Felda.

Bekas wartawan kanan akhbar itu, Hambali Abdul Latif sudah memberikan amaran, ia hanya sandiwara.

Malaysia Dateline sebelum ini melaporkan, semua pihak diberikan ingatan, bahawa Umno mempunyai ‘udang di sebalik batu’ apabila mendedahkan isu
kehilangan tanah Felda bernilai RM270 juta di Jalan Semarak.

Bekas pengarang Harian Metro, akhbar pro Umno yang kini menjadi Setiausaha Bersatu Terengganu, Hambali Abdul Latif berkata, apabila Berita Harian tiba-tiba mendedahkan isu ini, ia mesti ada ‘udang di sebalik batu’.

“Silap-silap Umno/BN akan menggunakan satu peluru untuk menjatuhkan beberapa ekor helang.

“Asalkan membawa keuntungan dalam PRU14 dan Najib dapat dikekalkan kedududukannya, mangsa politik atau ‘kambing hitam’ yang terpaksa dikorbankan bukan isu besar bagi mereka,” kata Hambali, bekas Pengarang Harian Metro dalam blognya.

Pada 15 Januari lalu, Shahrir mengumumkan, tanah di Jalan Semarak yang telah bertukar tangan kepada sebuah syarikat pemaju telah dikembalikan semula kepada Felda.

Pengerusi Felda itu berkata, pemaju projek berkenaan telah bersetuju memulangkan hak tanah tersebut, yang kesemuanya berjumlah 16 lot, kepada Felda tanpa sebarang kos.

Bercakap kepada media di Menara Felda, Shahrir berkata, semua dokumen berkaitan akan dipulangkan dan akan didaftarkan atas nama Felda.

Bagaimanapun kata beliau, agensi berkenaan tidak berniat untuk menarik balik laporan polis yang dibuat pada 12 Disember dan 17 Disember tahun lalu itu.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana menipu dan memalsukan.

Kertas siasatan berhubung pertukaran nama tanah Felda di Jalan Semarak dijangka akan diserahkan kepada Peguam Negara pada penghujung minggu ini.

Senarai calon MB Kelantan dari Umno bertambah panjang

Faiz Zainudin
PETALING JAYA: Sudah 5 pilihan raya umum berlalu sejak Umno hilang kuasa di Kelantan, namun pelbagai usaha termasuk menampilkan calon menteri besar masih belum berjaya menawan hati rakyat negeri itu.

Selain daripada Tan Sri Annuar Musa, orang lama yang ditugas merampas balik Kelantan sejak 1990an lagi, kini senarai calon MB sekiranya Umno menang di negeri itu semakin panjang.

Sekurang-kurangnya 6 nama kini sedang dipertimbangkan Umno, menurut Setiausaha Umno Kelantan, Datuk Hanafi Mamat.

“Kita sudah ada calon-calon menteri besar tetapi kita tidak boleh umum lagi siapa,” katanya.

“Calon tersebut tidak semestinya ada pengalaman lama dalam parti, tetapi jika ia dipersetujui pucuk pimpinan kita akan pilih.”

Bagaimanapun, sumber berkata selain Annuar, 5 calon lain ialah Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Datuk Md Alwi Che Ahmad dan Datuk Awang Adek Hussin.

Ditanya mengenai nama-nama itu, Hanafi enggan mengesahkannya.

Sebahagian mereka pernah diangkat menjadi calon MB sebelum ini, dalam usaha Umno selama 3 dekad menawan semula Kelantan.

Mereka termasuk Mustapa, Annuar dan Awang Adek sebagai menteri besar Kelantan.

Mustapa yang kini menteri perdagangan antarabangsa pernah dicalonkan MB pada pilihan raya 2004 dan 2013.

Awang Adek pula merupakan bekas timbalan menteri kewangan, dan pernah diangkat menjadi calon MB pada 2008, tetapi tumpas di kedua-dua kerusi Parlimen Bachok dan kerusi negeri Perupok yang ditandinginya.

Pada pilihan raya umum yang lepas, PAS memenangi 9 daripada 14 kerusi Parlimen, dan menguasai 33 kerusi berbanding 12 oleh Umno.

Walaupun kedua-dua parti dilihat mempunyai hubungan lebih rapat di peringkat nasional, ahli politik negeri masih berseteru.

Hanafi baru-baru ini mengumumkan mustahil Umno membentuk kerajaan campuran dengan PAS di Kelantan.

Ia di sebalik cabaran baru yang dihadapi PAS dalam bentuk Amanah, parti serpihan PAS, yang turut dipimpin bekas exco kanan Kelantan, Datuk Husam Musa.

Husam yang rapat dengan bekas MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang meninggal dunia pada 2015, hampir pasti diangkat menjadi menteri besar sekiranya Pakatan Harapan berjaya pada pilihan raya umum akan datang.

Polis, penguat kuasa dapat 'tajaan' 100% di rumah urut


Sejumlah pegawai polis disiasat selepas disyaki mendapat banyak kemudahan - termasuk "tajaan 100 peratus" - di pusat urut di Bangkok, Thailand.

Siasatan itu bermula ekoran serbuan pihak berkuasa di Pusat Urut Victoria's Secret pada 12 Jan lalu.

Hasil operasi berkenaan pihak berkuasa menemui sejumlah kakitangan awam yang mendapat keistimewaan di situ, termasuk pegawai polis.

Bangkok Post melaporkan siasatan dijalankan Suruhanjaya Antirasuah Sektor Awam (PACC) Thailand.

Antara kemudahan istimewa yang disediakan kepada pegawai polis itu ialah makanan serta minuman percuma - selain tentunya khidmat urutan pekerja pusat terbabit.

"Sesetengah pegawai disyaki ditaja 100 peratus apabila melawat Victoria's Secret," lapor akhbar berkenaan.
Berdasarkan dokumen yang dilihat media, data itu menunjukkan selain polis Victoria's Secret juga 'dilawati' pegawai jabatan hasil daerah, polis antipemerdagangan manusia serta imigresen.

Perkhidmatan percuma atau harga rendah diberikan kepada pegawai kerajaan itu dipercayai sebagai rasuah untuk mereka supaya tiada tindakan dikenakan terhadap pusat urut berkenaan.

Ekoran serbuan itu polis mengambil langkah jangka pendek dengan memindahkan pegawai yang disyaki ke jawatan tidak aktif bagi memastikan ketelusan siasatan.

Pemegang saham Victoria's Secret ditahan

Serbuan itu juga membawa kepada penahanan pemegang saham utama Victoria's Secret selepas dia menyerah diri kepada pihak berkuasa semalam.

Sasithorn Wirathepsuporn, 45, ditemani peguamnya ketika bertemu Timbalan Ketua Polis Negara Srivara Ransibrahmanakul.
Menurut Srivara wanita terbabit menafikan tuduhan yang dikenakan terhadapnya dan kini ditahan apabila polis enggan membenarkan dia diikat jamin.

Polis juga mendapatkan waran tangkap untuk lapan individu lain dan mereka berdepan 10 tuduhan, termasuk aktiviti perdagangan seks, menggaji pekerja bawah umur serta melanggar undang-undang imigresen.

Srivara juga mendedahkan Sasithorn memiliki saham dalam 10 syarikat yang mengendalikan rumah urut, termasuk Victoria's Secret.

Bercakap kepada Bangkok Post, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Khas Polis Thailand, Songsak Raksaksakul, berkata siasatan dimulakan selepas mereka diberitahu ada kanak-kanak berusia 12 tahun dilacurkan oleh sindiket pusat urut.

"Dianggarkan jumlah perolehan sesebuah pusat urut mencecah sehingga lebih sejuta baht sehari," katanya.
-malaysiakini