"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Suami cekup isteri curang

Zuliaty Zulkiffli
ALOR SETAR: Geram kerana isterinya berlaku curang, seorang suami bukan saja nekad menghubungi Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal), tetapi turut menampar isterinya yang berusia 36 tahun bersama pasangannya berusia 50 tahun ketika mereka ditahan pihak berkuasa itu kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Kuah, Langkawi, awal pagi semalam.

Suami berusia 40-an itu dikatakan sudah hilang sabar dengan tindakan isterinya itu yang kerap membawa lelaki lain pulang ke rumah sejak beberapa bulan lalu. Difahamkan, dia dan isterinya kini dalam proses perceraian dan tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu dan ia berkemungkinan berpunca akibat sikap wanita itu yang berlaku curang di belakang suaminya.

Menurut sumber Padal, pihaknya yang menerima maklumat daripada lelaki terbabit kira-kira jam 4 pagi bergegas ke lokasi dan mendapati keadaan rumah itu gelap dan pintu berkunci dari dalam.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki berusia 50 tahun yang berseluar panjang dan tidak berbaju membukanya lalu membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Lelaki itu memberi alasan terpaksa membuka baju kerana basah kuyup akibat hujan ketika dalam perjalanan ke rumah wanita itu dengan menunggang motosikal.

“Hasil pemeriksaan menemui wanita terbabit yang memakai baju dan seluar ketat berada di dalam rumah itu dan dalam keadaan takut selepas mendapati suaminya turut berada bersama kami,” katanya.

Sumber itu berkata, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti hubungan mahram atau suami isteri menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Katanya, ketika serbuan, seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anak pasangan suami isteri itu yang berusia lapan tahun turut berada dalam rumah terbabit dan sedang nyenyak tidur.

“Suspek lelaki yang ditahan itu memberi alasan dia hanya menganggap wanita itu sebagai adik sendiri dan kerap menghantar makanan serta memberi wang kepadanya.

“Bagaimanapun, alasan itu tidak diterima kerana ketika serbuan dilakukan, pintu rumah itu berkunci dari dalam sehingga menimbul syak mereka melakukan maksiat,” katanya.

Difahamkan, lelaki itu sudah mempunyai isteri serta tiga anak tetapi kerap ke rumah ‘adik angkatnya’ itu untuk berkongsi kasih sayang antara abang dan adik.

Lebih malang lagi apabila suri rumah itu dan pasangannya terpaksa bermalam dalam lokap pada malam itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi selepas tiada penjamin untuk menjamin mereka di pejabat agama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.
-hmetro-

Pasangan kekasih dirotan selepas ditangkap bercium

KIKI HANAFILIA dirotan di pekarangan sebuah masjid di Jantho, Aceh semalam.
JANTHO, Indonesia: Sepasang kekasih, Anis Saputra, 24, dan Kiki Hanafilia, 17, dikenakan hukuman rotan lapan kali di sebuah masjid di bandar Jantho, Banda Aceh semalam selepas mereka ditangkap kerana bercium. 

"Mereka berdua sudah berkahwin. Ada orang menangkap mereka sedang bercium di kawasan hutan daerah Aceh Besar pada Oktober lalu. Mereka juga baru hendak melakukan hubungan seks ketika ditangkap," kata pendakwa raya, Deby Rinaldi. 

Menurutnya, isteri Anis yang hamil tujuh bulan berada di tempat lain ketika kejadian berlaku manakala Kiki sudah berkahwin selama dua tahun.

Aceh yang terletak di bahagian utara pulau Sumatera merupakan salah satu daerah di Indonesia yang mengamalkan hukum syariah Islam.

Pada Oktober lalu, dua orang wanita dirotan di Aceh kerana menjual makanan semasa bulan Ramadan. 
-AFP-

ISAkan KU LI:CUBAAN MENGHINA INSTITUSI DIRAJA KELANTAN

kiyaiharaki
UMNO dicabar supaya segera mengISAkan Ku Li oleh kerana Ahli Parlimen Gua Musang itu ternyata cuba menimbulkan kekeruhan terhadap istana Kelantan. Permintaan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang meminta Majlis Raja-Raja, Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap krisis istana di Kelantan yang berlanjutan bagi mengelakkan kegelisahan dan kekeliruan rakyat dengan situasi semasa di negeri itu ternyata menunjukkan betapa ahli parlimen berkenaan tidak menghormati Insitusi Diraja Kelantan.

UMNO yang sejak akhir-akhir ini suka berselindung di sebalik ketiak berbulukan nama Agung,Sultan dan Raja jangan sekadar pandai bercakap mengenai institusi beraja sedangkan sebenarnya pemimpin mereka sendiri gemar memperlekehkan hak ketuanan raja Melayu.Bermula di era pemerintahan Tun Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri, rakyat menjadi saksi kepada siapa yang menjadi petualang kepada bangsa dan Islam terutamanya. 

Kenyataan Ku Li sebenarnya boleh mengundang bahaya terhadap pihak yang cuba menangguk di air yang keruh untuk menjahanamkan isntitusi beraja di Malaysia.Bahkan kenyataan berkenaan juga menampakkan rendahnya mentaliti pemimpin itu terhadap realiti sejarah dan juga perundangan Negara. Kalau sebelum ini mereka suka memfitnah Datuk Seri Anwar berkaitan dengan sistem raja berperlembagaan dengan mendakwa kononnya Anwar cuba menukar Malaysia menjadi sebuah negara republik.Sebagaimana yang disiarkan Utusan Meloya pada 28 Mei 2010.
Sila klik: http://www.utusan.com.my/ 
 
Hari ini dengan kenyataan Ku Li ini mengesahkan wajah kemunafikan UMNO sebenarnya terhadap institusi beraja di Malaysia.Bahkan di Terengganu juga menyaksikan pertentangan UMNO dengan Istana bila ada di kalangan penyokong UMNO yang membawa sepanduk bertuliskan 'minatang' tatkalamana perlantikan Deris dibantah oleh istana.Maka adakah pemimpin UMNO sebenarnya terlalu gentar bila melihat adanya Sultan yang boleh berkopiah dan berjubah,makan bersama ulamak jauh dari segala protokol istana?

Sebab itulah untuk kembali berkuasa di Kelantan buat UMNO hanyalah sekadar angan-angan Mat Jenin buat Awang Adek,Ku Li mahupun Dato Pa.Begitu juga di Kedah,belum pernah terjadi dalam sejarah Sultan menzahirkan kedukacitaan baginda terhadap fitnah yang dimainkan media arus perdana. Sebenarnya Kelantan dan Kedah ada suatu persamaan dan perbezaan.Samanya Kedah dan Kelantan ialah
Satu:lupusnya pemimpin UMNO yang berkaliber untuk menjadi nahkoda pada bahtera yang hamper karam. 
Dua:Dekatnya Sultan di dua negeri berkenaan dengan ulamak dan Islam.Bezanya pun juga dua yaknilah: 
Satu:Kelantan sebuah negeri yang digelar Serambi Makkah di Malaysia berMBkan Tok Guru yang beserban berimejkan pondok,sementara Kedah layak digelar Serambi Madinah yang baru diperintah PR berMBkan seorang yang bersongkok berimejkan ulamak professional yang cukup pandai bersilat menangkis segala buah jahat musuh.
Dua:Kelantan ialah sebuah negeri yang merupakan kubu PAS setiap kali PRU berakyatkan kebanyakkannya Melayu Islam.Tetapi Kedah ialah sebuah negeri yang baru diperintah, berkomposisikan kaum yang lebih majmuk yang sudah pasti cabaran mempertahankannya amat perit.Namun bernaungkan Sultan di kedua-dua negeri berkenaan penganalisis menyebutkan ternyata ada harapan buat purnama terus menyinar di sana,Allahu Akbar3x.

Kemalangan Ngeri: Kutip cebisan mayat



TUTUP...mayat Shahabudin di tempat kejadian, semalam.
TUTUP...mayat Shahabudin di tempat kejadian, semalam.
KLANG: Mengerikan apabila beberapa anggota polis terpaksa mengutip cebisan mayat penunggang motosikal yang terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 20.3 Lebuhraya Kesas di susur keluar Bandar Puteri, di sini, pagi semalam.

Lebih memilukan apabila pemandu treler terbabit memecut kenderaannya meninggalkan mangsa dan adiknya yang menggelupur kesakitan.

Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, Shahabudin Jaafar, 30, maut di tempat kejadian manakala adiknya, Shafarudin, 23, cedera ringan apabila melompat dari motosikal.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati motosikal dinaiki mangsa dari Pelabuhan Klang menghala Shah Alam dipercayai untuk ke tempat kerja.

Menurutnya, sejurus tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai dihimpit treler sebelum bergesel menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan dan digilis kenderaan berat terbabit.

“Mangsa parah hampir 70 peratus dan maut di tempat kejadian manakala adiknya cedera ringan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat. Adiknya turut dibawa ke HTAR,” katanya di sini, semalam.

Motosikal Yamaha Lagenda yang ditunggang adik-beradik itu tidak menggunakan laluan motosikal.

Berdasarkan kad pengenalan, mangsa beralamat di No 3, Lorong Kampung Panching, Perumahan Awam Kos Rendah, Kuantan.

Sementara itu, dalam satu kes berasingan, seorang lelaki warga India maut ketika cuba melintas jalan di Persiaran Sultan Ibrahim dari Klang menghala Shah Alam, di sini, semalam. 
-hmetro-

Bekas ratu cantik dipenjara dera bekas kekasih


GAMBAR fail menunjukkan Kumari Fulbright bergambar semasa menjadi model kalendar.


TUCSON, Arizona - Seorang bekas ratu cantik, Kumari Fulbright, 28, kelmarin dihukum dua tahun penjara dan enam tahun dalam pemerhatian selepas dia menculik dan mendera bekas kekasihnya.

Fulbright yang merupakan bekas Ratu Cantik Daerah Pima mengaku bersalah pada tahun lalu kerana berkonspirasi melakukan penculikan dan menyerang bekas kekasihnya.

Pengakuan itu dibuat dalam satu perjanjian pengakuan bagi menentapkan hukuman penjara.

Menurut akhbar The Arizona Daily Star, terpulang kepada hakim untuk memutuskan berapa lama Fulbright akan diletakkan dalam pemerhatian selepas dia dibebaskan.

Fulbright yang merupakan bekas seorang pelajar undang-undang Universiti of Arizona ditangkap bersama tiga lelaki lain pada Disember 2007.
Wanita itu ditangkap selepas bekas kekasihnya memberitahu dia diikat dan dijadikan tahanan di antara lapan hingga sepuluh jam, dirompak dan didera.
-Agensi-

Bolehkah ketuanan Melayu dan 1Malaysia bersama?

Kenyataan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada konvensyen BN baru-baru ini mungkin tidak menyenangkan pelbagai pihak dan tidak kurang pula yang menganggapnya sebagai keterlaluan.

NONEJusteru, tidak menghairankan beberapa pemimpin Umno segera dengan lantang membidas cadangan Chua itu supaya perkataan seperti 'pendatang' dan 'ketuanan Melayu' tidak lagi digunakan.

Tetapi bagi setiausaha agung BN dan Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, pertikaman lidah antara pemimpin MCA dan Umno itu sesuatu yang dijangkakan kerana setiap parti mewakili pandangan masyarakat masing-masing.

"Kebanyakan parti adalah berasakan perkauman dan setiap parti bebas memperkatakan apa yang mereka ingin luahkan. Apa yang diperkatakan oleh Chua adalah adalah pandangannya dan hujah yang sama untuk Umno. Tetapi kita boleh menggunakan proses yang ada bagi mencapai kesepakatan,” katanya.

Sehubungan itu, perselisihan fahaman tersebut dikatakan tidak akan menggugatkan gabungan berkenaan dan dianggap perkara kecil.

"Ia perkara kecil dan bukan seperti raksasa yang ingin digambarkan oleh pembangkang dan media (seperti Malaysiakini),” kata Tengku Adnan.

Namun keenganan beberapa pemimpin utama BN, termasuk ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan untuk tidak membuat sebarang ulasan membuktikan isu berkenaan bukan sekecil seperti yang didakwa.

NONEMalah, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang pada ucapannya pada tahun lalu mencadangkan 'ketuanan Melayu' digantikan dengan perkataan yang lebih boleh diterima seperti 'kepimpinan Melayu' - kali ini memilih untuk tidak lagi menjadi kontroversi.

"Salah satu fakta utama konsensus daripada Konvensyen BN adalah kita bersetuju mengurangkan perbalahan antara parti dan beri tumpuan untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Menurut Khairy, polemik itu yang juga mengheret sama naib presiden Umno dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Puad Zarkashi dan timbalan pengerusi biro publisiti MCA, Loh Seng Kong sebagai “contoh utama masa dan tenaga dibazirkan dengan berlawanan sesama sendiri”.
-malaysiakini-

Pengawal Keselamatan Didakwa Atas 5 Pertuduhan Jenayah Seksual

SALWA SHA’ARI
SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini Jumaat, atas lima pertuduhan melibatkan kesalahan jenayah seksual terhadap anak tirinya.

Lelaki berusia 44 tahun itu bagaimanapun, mengaku tidak bersalah untuk semua pertuduhan.

Tertuduh didakwa atas tiga pertuduhan melakukan seks di luar tabii iaitu dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa yang berusia sembilan tahun pada tiga kejadian yang berbeza.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Batu 7, Gombak, dekat sini pada antara 10 pagi dan 8 malam,5 Disember lalu.

Tertuduh juga didakwa melakukan seks oral terhadap mangsa di tempat dan masa yang sama.

Selain itu, dia juga didakwa melakukan seks di luar tabii terhadap seorang lagi anak tirinya, yang berusia 12 tahun di tempat yang sama, pada pukul 4 petang, 25 November lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 10 Januari depan sebagai sebutan semula kes Pendakwaan dikendalikan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Wan Noora Nisa Ngadiri dan Salwa Asmary Abdul Rahim.
-mstar-

Tidak wajar Sin-Chan dijadikan ikon

Zahiruddin Zabidi
Jangan terkejut andai tiba-tiba anak anda berumur kurang tujuh tahun melondehkan seluar serta menunjukkan punggungnya sambil menggoyangkannya dan berkata, “Punggung....” Timbul persoalan, dari mana mereka belajar perkara sebegitu?

Ini secara jelas adalah pengaruh yang tidak sihat daripada rancangan kartun kegemaran kebanyakan kanak-kanak termasuk sesetengah ibu bapa sendiri iaitu Sin-Chan. Sedarkah kita bahawa, bukan semua kartun adalah selamat bagi ditontonkan kepada anak-anak mutakhir ini

Sebagai contoh rancangan Sin-Chan sendiri yang banyak dengan unsur lucah, siri Sponge Bob yang menjadikan 'Bikini Bottom' sebagai tempat tinggal mereka.

Tidak kurang juga kebanyakan kartun yang menjadikan tema pergaduhan, perbalahan dan membalas dendam sebagai tema dan jalan cerita. Tidak kurang juga kartun yang mempromosi adegan seksual dan cara berpakaian yang tidak senonoh serta tidak mengatup aurat.

Tanpa menafikan kartun mampu menjadi instrumen pendidikan yang terbaik untuk anak-anak namun dalam masa yang sama ianya juga amat berpengaruh dalam menanamkan budaya dan akhlak yang tidak baik kepada anak-anak.

Lantas, adalah menjadi kesalahan yang besar apabila ibu bapa sendiri yang mendorong anak-anak mereka bagi menonton siri-siri yang ternyata lebih besar kesan negatif berbanding kesan positif. Namun, dalam masa yang sama kita berterima kasih kepada pihak yang berjaya mencipta watak Upin dan Ipin, watak kartun animasi yang diciptakan oleh warga tempatan.

Kejayaan Upin dan Ipin sebagai produk animasi Malaysia yang berjaya menambat hati kanak-kanak tempatan dan luar negara wajar dipuji dan diangkat menjadi ikon kanak-kanak terkini dengan lebih penambahan unsur didaktik secara langsung mahupun tidak langsung.

Di Indonesia sebagai contoh, ikon Upin dan Ipin digunakan semaksimum mungkin dengan melekatkan dan mengaitkan watak tersebut termasuk pada buku-buku agama.Ini tidak lain adalah bertujuan bagi menarik dan mendapatkan perhatian anak-anak dan secara tidak langsung terhadap bahan-bahan bacaan agama.

Kesimpulannya adalah pemantauan dan penyaringan terhadap rancangan-rancangan kartun di televisyen perlu dilakukan oleh ibu bapa apabila anak-anak di rumah sementelah pada waktu cuti sekolah sekarang ini.

Dalam masa yang sama pihak televisyen bertanggungjawab menyiarkan hanya rancangan yang berfaedah dan mendidik kepada anak bangsa.

Lima termasuk tiga beradik lemas di Pantai Chendering

KUALA TERENGGANU: Keriangan enam bersaudara mandi mandadi Pantai Pandak, Chendering di sini, bertukar tragedi apabila dua daripadanya lemas, seorang kritikal manakala tiga lagi masih hilang. Mangsa yang mati lemas dikenali sebagai S.Kumuda, 28 dan adiknya Roshini, 16 tahun.

Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Bahagian Operasi dan Balai Kuala Terengganu, Zakaria Mohamed berkata, seorang lagi mangsa yang kritikal, G Mathevii, 19, ditemui berpaut pada batu di gigi air dalam keadaan separuh sedar dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Katanya anggota bomba dan penyelamat yang berkejar kepantai itu sebaiksahaja mendapat laporan, menemui mayat kedua-dua beradik itu kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian. Mayat mangsa turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Semua mangsa yang berasal dari Kampung Jawa, Klang, Selangor tiba di sini kira-kira 2 petang.

Zakaria berkata pihaknya kini menumpukan usaha mencari tiga lagi mangsa yang masih hilang yang hanya dikenali sebagai Ramond, 26 Mogan, 21 dan Vijay Kumar, 18 tahun.

Katanya usaha mencari mangsa yang turut dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia agak sukar memandangkan ombak besar dan angin kencang di kawasan itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Abdul Halim Ishak berkata kesemua mangsa sebelum itu melawat keluarga di Batu Rakit, dekat sini sebelum mengambil keputusan berkelah di pantai itu.

Sementara itu, seorang penduduk di situ, Mohd Yusof Mamat, 57, yang ditemui berkata kejadian berlaku ketika penduduk kampung ke masjid untuk solat Jumaat.

"Ombak kuat sejak beberapa hari lalu, memang dah lama kami tak bagi budak-budak di sini mandi di pantai ni. Saya kesal kerana mereka (mangsa) mandi ketika kami tak ada, kalau kami nampak mereka mandi memang kami larang,"katanya. 
-Bernama-

Bawa barang guna minyak, bukan air liur

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 10 Dis: PAS menganggap amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati sebagai usaha untuk mengalih isu kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana menaikkan petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember 2010.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata Ismail cuba hendak menyalahkan peniaga kerana menaikkan harga barang, dan hendak menjadi hero rakyat dan pembela rakyat, kononnya barang naik bukan salah kerajaan, tetapi peniaga.

“Perlu diingatkan bahawa semua barang niaga dibawa dengan kenderaan memakai minyak bukan dengan air liur,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Nampaknya, kata beliau kerajaan resah pada hari ini akibat tidak bijak urus khazanah negara yang melimpah ruah sehingga rakyat derita dengan kenaikan harga barang yang melambung.

Katanya, alangkah baiknya jika kerajaan Malaysia ini orang yang bijak dan telus.

Sepatutnya, tambah Idris pemimpin BN perlu belajar daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang bijak urus dan cuba untuk mengagihkan harta negeri kepada rakyat.

Katanya, kebijaksanaan pimpinan PAS di Kelantan yang mampu bertahan sampai 20 tahun walau pun dengan kekangan dan tekanan daripada pusat.

“Kelantan tidaklah banyak hasil, tetapi mampu mengurus dengan baik dan teratur. Ketika negeri yang di bawah pentadbiran BN menghadapi masalah kewangan, Alhamdulillah Kelantan selamat daripada malapetaka buruk ini,” ujarnya lagi.

Pihak kerajaan, ujarnya perlu mengambil ingatan daripada pemimpin Pakatan Rakyat, apabila minyak naik, maka semua perkara akan naik.

“Selepas ini tarif elektrik akan naik pula. Senang sungguh menjadi pemimpin BN yang mentadbir negara,” ujarnya sinis.

Tambahnya, jikalau wang tidak ada jalan keluarnya dengan membebankan rakyat dengan menaikkan tol, elektrik, minyak, saman ekor dan apa sahaja yang boleh menjadi wang untuk kambus gaung yang begitu dalam kerana boros dan tidak bijak mengurus.

Cerianya Khairy.. Maklumlah dah nak jadi Menteri..

AnakSgDerhaka
Ceria kelihatan wajah Ketua Pemuda UMNO ni.. ya lah dengar cerita dah nak dilantik menjadi Menteri.. gambar-gambar berikut telah dirakam ketika KJ dan isterinya buat catwalk untuk piala seri Endon 2010 pada 5 Disember lalu...


Ada yang mengatakannya sebagai Model Ekonomi Baru (Versi Seluar Ketat)

Cerita Khairy akan dilantik sebagai Menteri ini sebenarnya aku terbaca di sebuah blog penyokong UMNO, memandangkan pemilik Blog itu adalah penyokong UMNO, aku anggap dia lebih banyak mengetahui tentang UMNO sebagaimana aku tahu tentang PKR..

Jadi aku anggap apa yang ditulisnya itu adalah sesuatu yang beliau sendiri telah dengar dari ahli-ahli UMNO tak kiralah samada dari pemimpin atau ahli biasa..

Mungkin itu adalah cara Najib mengiktiraf dan menghargai kejayaan Khairy mendaftarkan ahli baru Pemuda UMNO melebihi 40 ribu orang dalam masa yang sangat singkat..

Ini ceritanya..

NAMPAKNYA HASRAT KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) untuk menjadi Menteri akan tercapai dalam rombakan Kabinet yang dijangka akan dilakukan pada hujung bulan ini. Lebih memeranjatkan, cadangan perlantikan KJ kali ini dikatakan disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI.

Tiga remaja perempuan tak serik ditangkap khalwat

ALOR SETAR: Tidak serik! Itu sikap tiga remaja perempuan berusia 14 hingga 16 tahun yang pernah dicekup berkhalwat dengan tiga lelaki di sebuah motel di Jalan Lencong Barat, di sini, bulan lalu apabila dicekup kali kedua di motel sama kelmarin.

Mereka ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) kira-kira jam 4.15 petang bersama dua remaja lelaki berusia 16 tahun dalam sebuah bilik.

Difahamkan, dua daripada mereka masih bersekolah manakala yang lain sudah berhenti dan sering berpeleseran di sekitar bandar raya ini dengan alasan mahu mencari kerja.

Malah, ketiga-tiga remaja perempuan itu sepatutnya menunggu proses perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Kota Setar, di sini, tetapi tidak serik dan menjalani dua proses perbicaraan kelak.

Ketika ditahan, seorang daripada mereka memberi alasan menemani rakan yang demam, tetapi pihak berkuasa mengesyaki mereka menyewa bilik itu sejak beberapa hari lalu berikutan beg pakaian dan baju yang berselerak.

Selain itu, ada anggota keluarga yang datang menjamin mereka berang sebaik dimaklumkan remaja terbabit dicekup lagi kurang sebulan selepas ditahan kali pertama.

Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali, berkata sebelum ini pihaknya pernah menahan tiga remaja perempuan itu bersama tiga remaja lelaki lain pada 1 November lalu sebelum mereka ditahan semula dengan dua lelaki lain kelmarin.

Beliau berkata, dua daripada mereka berasal dari bandar raya ini, satu dari Naka, Kuala Nerang, manakala dua lagi dari Kulim.

“Ketika pemeriksaan, seorang remaja lelaki berpakaian lengkap membuka pintu bilik dan apabila diperiksa, terdapat seorang lagi remaja lelaki dan tiga remaja perempuan berbaring atas katil bertingkat di bilik berkenaan.

“Semua mereka tidak mempunyai ikatan mahram atau suami isteri sah dan mengesyaki melakukan maksiat menyebabkan terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
-hmetro-

Surat Terbuka Ke-2 Mohd Zin: Berkenaan Mata Lebam Anwar

SURAT TERBUKA KEDUA
Kepada,
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar IGP,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur. Melalui:Email dan PosEmail:iho@rmp.gov.com

10hb.Disember 2010





YDH Tan Sri,

JAWAPAN KDN MENGENAI INSIDEN MATA-LEBAM.

Assalamualaikum wbt.,Semoga YDH Tan Sri dalam sihat walfiat.

2. Izinkan saya dengan segala hurmatnya merujuk kepada jawapan YB Menteri Dalam Negeri bertarikh 2.12.2010 kepada persoalan yang ditimbulkan di-Parlimen oleh YB Lim Kit Siang berkaitan isu diatas.

3. Saya menarik perhatian Tan Sri kepada petikan jawapan tersebut; “Pihak PDRM telah membuat semakan keatas penyiasatan yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim dalam kes serangan mata-lebam pada 1998.Tiada apa apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan tersebut”.Saya memohon maaf kerana terpaksa menyatakan pendapat saya, bahawa pendirian yang PDRM ambil dalam menyediakan jawapan tersebut adalah jauh berbeza,malahan bertentangan dengan pendirian PDRM, ketika menangani siasatan insiden ini pada 1998.Saya wajar menegaskan bahawa pendirian PDRM ketika itu, adalah untuk menjalankan siasatan “without fear or favour;leaving no stone unturned;and to get it over with as soon as possible” dan tidak ada sebarang “cover-up” untuk sesiapa pun.Namun begitu pendirian kali ini nampaknya cenderong kepada melindungi orang-orang tertentu.

4. Saya berharap pendirian sedemikian yang Tan Sri ambil dalam penyediaan jawapan diatas adalah terbatas yang disebabkan oleh kekurangan bahan rujukan yang sepatutnya berada dalam kertas siasatan kes mata-lebam tersebut. Pada ketika penyiasatan kes ini lagi, beberapa dokumen penting dalam kertas siasatan itu, pernah dihilangkan ketika ditangan Peguam Negara dan kami terpaksa menggantikannya dengan salinan pendua.Malah keseluruhan kertas siasatan berkenaan pernah “dihilangkan” sementara, selama lebih kurang 3 minggu diatara 30.10.1998 hingga 20.11.1998 sepertimana yang saya jelaskan dalam perenggan 16 Surat Terbuka saya kepada Tan Sri pada 22.11.2010. Tidak hairan jika berlaku kekurangan kandungan kertas siasatan itu, kerana ianya tersorok lama di-Jabatan Peguam Negara.

5. Sebelum saya pergi kepada isu pokok surat ini,izinkan saya menegaskan bahawa diari penyiasatan saya dalam kes ini adalah dibuat “as and when the events unfolded”, sama-ada yang saya rakamkan secara detail atau sekadar mencatitkan perkara mustahak setakat membolehkan saya menyegarkan ingatan saya kepada peristiwa berkenaan.Seperti apa yang kita pernah diajar di-Maktab KKB dahulu, “you see..you recognize;you read..you will know;if you write…you will remember for ever.”.Saya juga ada merakamkan perkara-perkara penting dalam perharian rasmi (official diary) khususnya bagi memelihara kerahsiaan identity individu dan maklumat penting yang saya terima berkaitan siasatan kes ini. Selain daripada diari penyiasatan tersebut saya telah menyediakan summary of evidence dalam minit-minit bertarikh 15.10.1998, 29.10.1998 dan 27.1.1999 yang saya jadikan sebahagian daripada diari penyiasatan, kesemuanya diedarkan mengikut prosidur edaran kertas siasatan,kepada Peguam Negara.Jika terdapat rakaman diari atau minit saya yang palsu atau tidak benar,sudah lama saya telah dikenakan tindakan Mahkamah.

Baca selanjutmya di  sini

Gagal kuasai, Umno mahu surau diroboh?

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Dis: PAS Lembah Pantai menentang usaha pihak berkuasa hendak merobohkan Surau Al-Falah di Kampung Pantai Dalam yang diimarahkan oleh penduduk dengan baik.

Yang Dipertua PAS Lembah Pantai, Ustaz Adlin Soleh berkata, usaha merobohkan surau itu dilihat adanya unsur-unsur politik kepartian yang dibawa oleh pihak lawan.

“Kita menyedari usaha Umno khususnya Datuk Raja Nong Chik menubuhkan 'Muafakat Masjid dan Surau Lembah Pantai'.

“Ada beberapa surau dan masjid yang tidak dikuasai mereka menyebabkan mungkin adanya dengki sesetengah pihak tertentu sehingga keluar cadangan untuk merobohkan Surau Al-Falah,” katanya.

Menurutnya, jika isu itu tidak ditangani segera, PAS memberi amaran BN akan menghadapi tindakan rakyat yang lebih tegas dalam pilihan raya akan datang.

Manakala Pemuda PAS Lembah Pantai mempersoalkan suara-suara 'orang politik' parti lawan yang mengatakan Surau Al-Falah sebagai surau PAS kerana ramai orang PAS bersolat di situ.

"Apakah salah orang PAS memenuhi mana-mana masjid atau surau di negara ini sehingga tergamak hendak merobohkannya.

“Pelik dalam sebuah negara yang pemimpinnya beragama Islam, adanya halangan kepada orang Islam yang berlainan parti politik mereka untuk mengimarahkan masjid," ujar ketuanya, Nasaie Ismail.

Pemuda Lembah Pantai juga mengenalpasti adanya pengaruh-pengaruh politik dalam arahan perobohan oleh DBKL.

Ini, katanya kerana apabila pihak surau menghantar memorandum dan ingin mengadakan perbincangan dengan Menteri Wilayah, wakilnya meminta pihak surau hadir ke pejabat Umno Lembah Pantai untuk menyelesaikan masalah itu.

“Umno akan memanggil DBKL, Jawi dan pihak pemaju bagi berunding di pejabat Umno. PAS mempersoalkan kenapa perlu campur tangan Umno dalam urusan DBKL dan Jawi ini. Jelas ada unsur politik dalam usaha mereka,” jelasnya.

Katanya, Pemuda PAS Lembah Pantai juga mempersoalkan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Raja Nong Chik yang kerap mengadakan majlis politik berlogokan Umno di beberapa masjid di Lembah Pantai.

"Lebih baik Umno melihat diri sendiri dahulu sebelum menghukum rakyat. Saya harap Menteri Wilayah tersebut kerap solat berjemaah di masjid dan surau di Lembah Pantai dan duduk mendengar kuliah-kuliah agama daripada sibuk berpolitik menggunakan masjid,” katanya.

Polis paling tinggi berasuah atasi parti politik, dedah TI

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Rakyat Malaysia melihat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai entiti paling tinggi terlibat dalam amalan rasuah — mengatasi parti-parti politik, kakitangan awam lain, sektor perniagaan dan kehakiman — demikian menurut laporan Global Corruption Barometer 2010 dikeluarkan hari ini.

Kajian dikendalikan oleh Transparency International (TI) Malaysia ini membabitkan 1,000 responden — berusia 16 tahun dan ke atas dengan 57 peratus daripada mereka adalah kalangan tinggal di kawasan bandar.

Kajian itu yang dijalankan Julai lalu merupakan laporan tahunan edisi yang ketujuh, kecuali bagi tahun 2008.

Datuk Paul Low, Presiden TI Malaysia berkata, penemuaan itu adalah sesuatu yang luar biaasa berbanding kajian-kajian yang dijalankan di banyak negara lain, di mana parti politik berada di atas sekali dan disusuli oleh perkhidmatan awam dan bidang kehakiman.

Bagaimanapun katanya, peratusan membabitkan kes-kes rasuah kecil-kecilan mengalami penurunan.

Katanya, persepsi mengenai amalan rasuah besar mengalami peningkatan.
-malaysianinsider-

Protes naik harga, 3 pemimpin siswa ditahan

Tiga pemimpin siswa ditahan selepas mereka mengadakan perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula minggu lalu.

students protest against price hike in putrajaya another arrestMereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli. 

Kedua-duanya adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di situ. Pada mulanya dihalang oleh anggota polis untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Kumpulan pelajar yang memakai baju berwarna hitam itu turut menerikkan slogan-slogan seperti "Kuasa Mahasiswa" ketika berkumpul di hadapan masjid tersebut.

students protest against price hike in putrajaya pm's departmentBagaimanapun, kira-kira lima anggota polis menemui mereka dan meminta mereka bersurai.

Seorang anggota polis memberitahu mereka tidak boleh berkumpul di situ atau mereka akan ditangkap.

Setelah berunding seketika, anggota polis membenarkan lima wakil pelajar tersebut menuju ke JPM yang terletak berhampiran masjid tersebut, untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Dalam memorandum tersebut, mereka menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap kenaikan harga barangan baru-baru ini.

students protest against price hike in putrajaya policeSelepas menyerahkan memorandum tersebut pada kira-kira jam 2.15 petang, polis mengarahkan mahasiswa berkenaan bersurai.

Ketika itu, Ridzuan kelihatan bercakap dengan anggota polis di situ, difaham dia meminta kebenaran untuk berucap, tetapi dia ditahan dan dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Ridzuan dan Shukri kini ditahan di ibupejabat polis (IPD) Putrajaya. Mohd Shahruldeen pula ditahan di hadapan IPD Putrajaya.
-malaysiakini-

Terkena peluru sesat, pemandu tuntut pampasan

Seorang pemandu teksi yang mendakwa terkena tembakan peluru sesat daripada seorang anggota polis menuntut pampasan berhubung keperitan yang dialaminya.

Yeow Leong Kang, 41, berkata kejadian berlaku pada 23 September lalu ketika beliau berehat di dalam teksinya di Jalan Pudu.

stray bullet victim 101210Beberapa saat sebelum terlena, katanya, beliau dikejutkan oleh bunyi letupan yang kuat seperti bunyi mercun. Tiba-tiba dakwanya beliau terasa sejuk dan kebas dan menyedari darah memancut dari kakinya.

Peluru dikatakan telah menembusi pintu kereta bahagian pemandu dan mengenai khaki kanannya manakala serpihan peluru mencederakan khaki kirinya.

Dalam laporan polis, Yeow berkata seorang anggota polis kemudian menghampirinya dan mengarahkannya supaya tidak bergerak dan memaklum kepadanya bahawa ambulan dalam perjalanan.

Di hospital kemudian, seorang lagi anggota polis menghampiriya dan mengakui bahawa dia adalah penembak itu dan memohon maaf berulang-kali.

Anggota polis itu kemudian menjelaskan kepadanya bahawa mereka sedang mengejar kenderaan lain dan Yeow terkena peluru sesat.

Yeow dibenarkan keluar dari hospital dua hari selepas itu tetapi terpaksa terlantar di rumah pangsanya di Cheras. Sepanjang dua minggu berkenaan, anggota polis yang menembaknya menghantar makanan ke rumah pangsanya.

“Tetapi saya tak boleh kerja untuk dua bulan. Saya tak boleh berjalan. Saya terpaksa ambil 10 minit untuk bergerak dari bilik ke tandas di rumah saya,” kata Yeow kepada pemberita selepas membuat laporan polis hari ini.

Beliau diiringi tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini dan berkata dia hanya membuat laporan polis hari ini selepas kejadian dua bulan berlalu kerana hanya mampu berjalan semula dengan betul jumaat lalu, apabila dia kembali bekerja.
-malaysiakini-

Pakatan lancar slogan 'Ubah Sekarang' di konvensyen

Pakatan Rakyat akan memperkenalkan slogan terbarunya, 'Ubah Sekarang!' yang akan dilancarkan pada konvensyennya di Seberang Perai, Pulau Pinang, minggu hadapan.

Penyelaras pentadbiran konvensyen, Mujahid Yusof Rawa berkata slogan itu membawa lima mesej penting kepada rakyat.

Kg Jalan Pokok Asam penangIa termasuk matlamat Pakatan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan yang bebas dari rasuah, telus dan mempunyai integriti.

"Kita mahu mendemokrasi dan membebaskan rakyat Malaysia dan membina persaudaraan di kalangan kumpulan berbeza bangsa kerana masyarakat kita sekarang ini tidak bersatu kerana ketegangan kaum dan agama,” kata Mujahid (atas, berbaju merah) kepada wartawan malam semalam.

"Namun, ini tidak bermakna kebebasan mutlak, kebebasan bermakna solidariti bukan anarki.”

Mujahid, yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata apabila Pakatan mengambil-alih kerajaan persekutuan, usaha mereka adalah bagi menambahkan pendapatan rakyat kepada RM4,000 sebulan dan masyrakat Melayu pastinya mendapat manfaat.

Gabungan yang ditubuhkan selepas pilihan raya 2008 itu juga menjanjikan keadilan dan sama rata dalam undang-undang serta gaji minimum untuk pekerja.

"Kenapa slogan 'Ubah Sekarang?' Jika kita tidak ubah seklarang, kita hadapi risiko belia kita akan menganggur, gejala rasuah terus berleluasa dan retaknya perpaduan kaum di kalangan rakyat pelbagai bangsa dan agama yang akan menjejaskan keseluruhan sistem,” katanya.

Konvensyen yang dijadualkan pada 19 Disember ini dijadual akan dihadiri oleh pemimpin utama Pakatan Rakyat.
-malaysiakini-

Hampir 50% rakyat percaya gejala rasuah berleluasa

Hampir separuh daripada rakyat di negara ini yang dibanci dalam kajian mengenai rasuah antarabangsa berpendapat gejala rasuah semakin berleluasa di negara ini.
Mengikut Barometer Antarabangsa Rasuah 2010 oleh Transparency International, 46 peratus percaya amalan rasuah tahun ini adalah lebih tinggi daripada tahun lalu manakala 19 peratus berpendapat ia telah berkurangan dan 35 peratus lagi pula berkata keadaan tidak berubah.

Namun daripada 1000 orang yang dibanci oleh agensi pasaran TNS Malaysia dalam wawancara secara langsung daripada 28 Jun hingga 26 Julai tahun ini, hanya 9 peratus atau 90 orang mengakui telah memberikan rasuah sepanjang 12 bulan lalu.

Mereka mendakwa telah memberi rasuah kepada anggota polis atau mereka yang bekerja di tempat pemprosesan permit, tanah, perubatan, jabatan pendidikan negari, perundangan dan kastam.

Ini meletakkan Malaysia di tangga ketujuh daripada 22 negara Asia Pasifik yang dikaji dengan Korea Selatan mendahului senarai itu - hanya dua peratus rakyatnya yang diwawancara mengakui pernah memberi rasuah sepanjang setahun lalu.

Sebahagian besar rakyat Malaysia berkata pasukan polis paling terjejas dengan gejala rasuah dan diikuti dengan parti politik, badan perundangan dan parlimen.

Mereka mencatatkan mata 4.1, 4.0 dan 3.4 masing-masing pada skala 1 hingga 5, dengan 5 sebagai yang paling terjejas akibat rasuah.
-malaysiakini-

Barang naik: Siswa berbaju hitam di masjid Putrajaya

Tidak kurang 200 mahasiswa dari beberapa universiti sekitar Lembah Klang akan mengadakan perhimpunan aman di Masjid Putrajaya bagi membantah kenaikan harga bahan api dan gula selepas solat Jumaat hari ini.

Jurucakap kumpulan mahasiswa itu, Ahmad Syukri Kamarudin berkata semua mahasiswa diminta untuk berpakaian hitam sebagai tema bantahan mereka terhadap kenaikan 4 dalam 1, minggu lalu.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 raja laut crowdKatanya antara mahasiswa yang akan terbabit dengan bantahan hari ini adalah dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Menurut Ahmad Syukri, selain berhimpun, beberapa pemimpin pelajar akan menyampaikan ucapan sebelum mereka berarak untuk menyampaikan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kemudian empat orang pelajar akan bertemu dengan wakil perdana menteri untuk menyerahkan memorandum itu. Wakil perdana menteri sedia menerimanya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Mahasiswa berbaju hitam itu juga akan membawa beberapa kain rentang dan poster bantahan berhubung kenaikan bahan api dan makanan itu.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.
-malaysiakini-

Anwar Dedah Ahli Umno Dapat Projek RM2 Bilion Dari KEMENTAH

KUALA LUMPUR, 9 DIS: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) memberikan projek-projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion kepada seorang dua individu.
Beliau berkata tindakan itu membuktikan Umno hanya menggunakan slogan Ketuanan Melayu untuk memperkayakan kroni.


Anwar berkata sejak tahun 2008, seorang individu bernama Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal percayai dari Umno Bukit Gantang Perak telah diberikan pelbagai tender berjumlah RM2 bilion.

"Ada tender yang dikeluarkan, tender terhad sejak 2008 yang diberikan kepada dua orang. Sebanyak 16 syarikat bumiputera dipelawa tetapi kebanyakan syarikat itu, seperti dokumen yang terdapat di tangan saya. 'Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebenarnya dipunyai oleh satu orang. 

"Jadi ada seolah satu pakatan di peringkat tertinggi kementerian pertahanan dengan satu dua orang tokoh Umno atas nama Melayu. Jadi Melayu ini, ketuanan Melayu ini hanya menguntungkan dua tiga orang dan lain itu pasukan sorak menyokong mereka. 

"Saya bagi contoh berdasarkan bukti mengapa kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka. Mengapa 16 syarikat ini sahaja dipelawa sedangkan banyak lagi syarikat bumiputera yang cukup kelayakan memenuhi kriteria yang harus diajak untuk bersama," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Datuk Seri Anwar menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan untuk membuktikan bahawa tender-tender Kementerian Pertahanan diberikan kepada kroni Umno itu berkenaan dengan sewenang-sewenang-wenangnya.

"Ada syarikat, Gahmata Sajian Sdn Bhd penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan nilai RM 800 juta dipunyai oleh seorang bernama Syed Abu Hussin tanpa tender runding terus dari Mindeft. 

"Kemudian diberi satu lagi syarikat. Nama lain. Namanya Komatra Sajian Sdn Bhd, penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera bagi zon Utara dan Timur Semenanjung. Nilai RM 600 Juta.

"GPB COrporation Sdn Bhd kontrak 1 Jan 2009 nilai RM 300 juta ringgit. Tuan Punya, dan alamat daftar pun sama No 10 level 2 Damai Kompleks Tuan Punya, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, tiada Melayu lain," katanya.

Datuk Seri anwar kesal kerana pemberian kontrak-kontrak lumayan kepada kroni Umno dari Perak  bukan sahaja membelakangkan kepentingan Kementerian Pertahanan sendiri tetapi meminggirkan keutamaan untuk membantu bumiputera umumnya.

"Apa hubungan Melayu ini dapat sampai RM2 bilion.

"Apakah ini bukan satu kompromi terhadap mutu dan kepentingan Kementerian Pertahanan? Apakah ia satu usaha mengetepikan kepentingan ramai pasukan tentera? Apakah ini tanda, kita betul-betul patriotik kepada negara dengan memunggah kekayaan, memperkaya satu, dua orang melalui perbelanjaan ketenteraan," terangnya.

Sebelum ini pada Mac tahun lalu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam satu kenyataan akhbar mendedahkan penyelewengan dalam Kementerian Pertahanan mengenai proses perolehan dan mempunyai unsur kronisme bagi pemimpin negara.

Orang yang bernama Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal tidak asing lagi bagi kakitangan dan kontraktor-kontraktor Kementerian Pertahanan. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan ahli Umno (No ahli: 00924477) dari Bahagian Bukit Gantang, Perak.

Beliau mempunyai lebih 30 syarikat di mana beliau merupakan ahli lembaga pengarah ataupun pemegang syer. Melalui syarikat-syarikat ini, beliau berjaya menguasai hampir 90 peratus projek-projek pembekalan bagi Kementerian Pertahanan yang mencecah ratusan juta ringgit.
-tvsnews-

APCO uruskan Najib, Rosmah dan Zahid ke AS

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Blogger kontroversi Raja Petra Kamaruddin mendedahkan bahawa syarikat perunding imej kerajaan, APCO Worldwide telah terlibat penuh dalam penyusunan jadual lawatan untuk Perdana Menteri, isterinya dan Menteri Pertahanan ke Amerika Syarikat (AS) awal tahun ini.
Dalam satu dokumen yang merupakan pendedahan wajib kepada Jabatan Kehakiman AS, Petra telah mendedahkan bahawa APCO telah dipertanggungjawabkan untuk mengatur program mereka.

APCO yang berpusat di Washington, Amerika Syarikat dilantik sebagai perunding citra kerajaan pada Julai tahun lepas, untuk memberikan nasihat tentang konsep 1Malaysia diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada tahun ini, APCO menerima tamparan hebat kerana diheret dalam pertarungan politik negara apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa lembaga pengarah syarikat tersebut dianggotai oleh beberapa kerat pemimpin Israel di Parlimen. Syarikat juga didakwa pernah melakukan kempen "One Israel" untuk Tel Aviv sebelum ini.

Ekoran pendedahan itu, Anwar dikatakan akan digantung selama enam bulan dari Dewan Rakyat. Para pemimpin PAS juga telah menghantar memorandum kepada Majlis Raja-raja bagi membantah penglibatan APCO ini.

Ogos lepas, ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail turut mendedahkan bahawa Malaysia menjadi pelanggan negara terbesar APCO, dengan bayaran RM 77 juta setahun.

Berdasarkan dokumen yang diledakkan oleh Petra, APCO mendakwa bahawa mereka terlibat dengan penggambaran dan rakaman video program Datin Seri Rosmah Mansor, yang disebut sebagai ‘Wanita Pertama’ di AS untuk kegunaan kerajaan Malaysia.

Syarikat tersebut juga mendakwa bahawa mereka terlibat penuh dalam membantu dalam merancang rundingan pakar-pakar pemikir dan majlis makan malam yang dipengerusikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Dalam dokumen itu juga turut didedahkan bahawa semasa lawatan Najib ke AS September lepas, APCO telah memainkan peranan penting dalam mengatur pertemuan Perdana Menteri dengan pelbagai wakil akhbar, lembaga-lembaga akademik, kerajaan AS dan organisasi dasar, serta pelbagai pertemuan dengan media.

“Selama kunjungan Perdana Menteri Najib ke Amerika Syarikat pada akhir September 2010, pendaftar (APCO) memberikan sokongan logistik untuk pertemuan dan wawancara antara Perdana Menteri bersama editorial New York Times, wakil-wakil dari CNN, Wall Street Journal dan Dewan Hubungan Luar Negeri.

"Pendaftar juga menghadiri ceramah Perdana Menteri di Dewan Hubungan Luar Negeri pada September 28, 2010,” tambah surat pendedahan itu.

Video seks Cut Tari akan ditayangkan di mahkamah




JAKARTA: Video seks yang melibatkan penyanyi band Peterpan, Ariel dan wanita mirip pengacara program hiburan, Cut Tari (gambar) akan disiarkan semasa perbicaraan, lapor akhbar Kompas semalam. 

Cut Tari merupakan salah seorang saksi kes Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham.

Ariel dituduh mengedarkan video seks terbabit. 

"Video itu akan ditayangkan di mahkamah. Justeru, mental Cut Tari harus kuat kerana dia akan ditanya siapa lelaki itu," kata peguamnya, Hotman Paris Hutapea. 

Apabila mengetahui video tersebut akan ditayangkan sekali lagi, Cut Tari mengaku dia berasa malu. 

"Tindakan ini tidak jauh bezanya dengan mengorek luka saya yang paling dalam. 

"Sudah enam bulan saya berusaha untuk melupakannya dan meneruskan hidup. 

"Banyak pengajaran yang telah saya ambil," kata Cut Tari yang sudah berkahwin. 

Walaupun sukar, Cut Tari terpaksa memberi keterangan. Ditanya adakah dia sudah bersedia untuk berjumpa dengan Ariel, Cut Tari menjawab: "Harus bersedia kerana ini bukannya kali pertama. Ini sudah kali kedua sejak disoal siasat dahulu." 
-Agens-

Pemilihan: PKR minta Chegubard sabar, jangan buat bukan-bukan

Syed Mu’a Syed Putra
Saifuddin memohon agar JPP diberi peluang menjalankan siasatan teliti. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail meminta semua pihak yang membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) termasuk Badrul Hisham Shaharin — bekas calon jawatan ketua sayap Pemuda PKR yang tewas supaya jangan bertindak tergopoh-gopoh. 
 
Sehubungan itu, Saifuddin meminta Badrul Hisham, yang kelmarin menegaskan tidak mengiktiraf keputusan pemilihan yang baru lalu, supaya bersabar menanti penemuan ke atas aduan-aduan aduan yang dibuat berhubung pemilihan pucuk kepimpinan pusat.

Tambah Saifuddin, JPP masih menjalankan siasatan terhadap setiap aduan yang dikemukakan.

Sepanjang pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dijalankan sebanyak 18 aduan telah dikemukakan kepada JPP manakala bagi pemilihan cabang pula sebanyak 289 aduan.

“Aduan sekarang di atas meja JPP, jadi kita serah kepada JPP untuk menyiasat setiap aduan yang dikemukakan sepanjang pemilihan berlangsung.

“Semua aduan yang dikemukakan masih belum selesai, JPP masih menyiasat setiap aduan.

“JPP tahu tanggungjawab terhadap aduan yang dikemukakan itu, kita biarkan proses siasatan ini berjalan,” kata Saifuddin ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau juga mahu semua pihak memberikan ruang kepada JPP untuk menyiasat dengan teliti setiap aduan yang dikemukakan.
Baca selanjutnya di sini

13 Mei: Siapa yang gatal mahu diabadi?

Subky Latif
SIAPA yang gatal mengesyorkan supaya peristiwa tragedi 13  Mei, 1969 diabadikan sebagai hari bersejarah, dijadikan cuti umum, diperingati dan tentunya diikuti dengan acara pensejaraanya?

Kononnya untuk meneladani Singapura yang memperingati hari kejadian rusuhan.Hingga disedarinya atau tidak, terlatah atau tidak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ikut terperangkap, menyatakan sedia menimbangkan untuk memuliakan hari 13 Mei itu kiranya ada cadangan

Kalaulah ketika idea itu ditimbulkan sang TPM sudah menjadi Perdana Menteri, ada kemungkinan ia akan ditimbangkan bagi dijadikan hari mulia tahunan jika ada cadangan.

Cadangan itu sudah ada. Ketika tidak sesiapapun memikirkannya telah ada akhbar yang gatal memuatkan syor itu. Akhbar yang dibaca oleh berjuta orang itu adalah pembuka dan mengetuk pintu hati masyarakat memikirkannya. Jika ia diikuti oleh beberapa sahutan yang menyukainya, nescaya boleh dibentangkan di kabinet.

Saya terbuka. Dibiar begitu saja tidak mengapa dan dimartabatkan pun tidak mengapa.

Apapun ia tetap satu sejarah, seperti kisah Jebat derhaka. Kejadian Hang Jebat bangkit itu memang berlaku dengan sebab-sebab yang diketahui. Bangsa Melayu umumnya tidak menjadikan pensejarahannya diperkatakan dari semasa ke semasa. Walau pun ada usaha menilainya semula, tetapi masyarakat menggalakkan kebebasan menyatakan pandangan mendiam saja kejadian itu.

Ketika kejadian 13 Mei itu dicadangkan untuk dinilai, saya menunggu saja apa reaksi Perdana Menteri Najib? Reaksi TPM Muhyiddin sudah ada. Tidak diketahui dia bersungguh atau dia pun tidak sedar apa yang dinyatakannya.

Najib yang baru pulih dari sakit yang melibatkan kulit menunjukkan kedewasaannya menolak cetusan idea itu. Padanya tiada apa yang perlu dijadikan sejarah rasmi.

Bukan tidak ada yang hendak diperkatakan tentangnya. Malah banyak yang boleh diperkatakan seperti memperkatakan kisah Jebat derhaka.

Cadangan supaya negara menilai kejadian itu adalah perangkap besar buat Perdana Menteri Najib. Jika Najib jadi seperti Muhyiddin, nescaya ia masuk perangkap. Muhyiddin tidak akan menanggung natijah sebesar Najib jika hari itu dijadi satu hari cuti nasional.

Jika kerajaan bersetuju dengan cetusan idea itu, maka ia tidak sekadar dijadikan hari cuti nasional, tetapi ia akan membuka ruang untuk memperkatakan isu itu secara bebas, akademik dan berterus terang.

Kampus-kampus bukan sekadar boleh mengadakan  forum dan seminar, bahkan mengadakan peruntukan untuk membuat kajian.

Watak besar dalam kejadian 13 Mei itu adalah Tun Razak, ayahanda Perdana Menteri  Najib. Walaupun kejadian itu berlaku semasa Tunku Abdul Rahman Putra masih menjadi Perdana Menteri, tetapi dia tidak menjadi pelakun utama dalam episod itu.

Maka peranan Tun Razak sebelum, ketika dan selepas kejadian itu akan dikaji. Memorial Tun Razak akan diserbu oleh sekalian sang pengkaji dan sang penyelidik bagi menyungkil apa yang terpendam dan apa yang terserlah.

Tun Rahah, balu Tun Razak sebagai orang paling rapat dengan suaminya tidak     akan dapat untuk ditanya apa yang diketahui tentang kejadian itu. Apabila ia dijadikan sejarah nasional, maka negara menggalakkan semua pihak  termasuk Tun Rahah untuk tampil menyatakan apa yang diketahui kepada umum.

Iparnya, Tan Sri Hamzah Abu Samah, menteri masa itu yang ada peranan semasa kejadian, yang masih ada sekarang, adalah saksi penting yang dapat menerangkan banyak perkara.

Ramai orang penting masa itu sudah mati. Tun Dr. Mahathir belum jadi menteri. Tetapi dia tidak serapat Tun Musa Hitam yang menjadi Setiausaha Kerja Umno menjelang kejadian itu. Begitu juga Tengku Razaleigh. Maka mereka kena bersedia menyatakan sejarah itu.

Apakah versi yang ahli sejarah  Khoo Kay Kim hendak kata tentang perkara yang diberi nilai baru itu?

Dalam menyatakan kebenaran atas perkara banyak hal yang tidak diketahui akan diketahui,  dan yang tidak patut tahu akan diketahui. Semua yang elok dan yang tidak elok akan keluar.

Najib terpaksa mendengarnya. Yang baik disukai oleh semua. Tetapi yang tidak baik itu terdayakah mendengarnya. Muhyiddin tidak banyak risiko yang hendak didengar. Tetapi risiko untuk Najib lebih besar.

Najib telah bertindak bijak menolak perangkap itu. Apa pun cadangan itu sudah pun menyusahkannya.