"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Lihat kembali perbuatan mengarut ahli politik kita

Mariam Mokhtar
Ia adalah rantai kunci hotel...tidak, ia pen drive," kata Hee Yit Foong, wakil rakyat yang baru "bebas" semasa kekecohan di Dewan Undangan Negeri Perak, apabila dia menyembur lada kepada Yew Tian Hoe dari DAP. Dia tidak meminta maaf dan tidak mengakui kesalahan, sehingga dihadapkan dengan bukti, dan terpaksa membayar kos ganti rugi.

"Jika anda nampak ular dan orang India, yang mana akan anda bunuh dulu?" ini didakwa dikatakan ADUN Sungei Rapat, Perak, Hamidah Osman. Dia kemudiannya meminta maaf, kepada Dewan Undangan Negeri dan seluruh masyarakat India

"Jika Datuk kata benar (kami dah berkahwin), maka jawabnya benarlah kami dah berkahwin," kata Zizie Ezette, isteri baru Bung Mokhtar Radin, yang menafikan beliau berkahwin dengan bintang seksi itu. Ahli parlimen yang lantang dan kontroversi itu, yang kerap menghentam ahli-ahli parlimen wanita secara lisan, menunjukkan sisi lembut beliau apabila dia menangis, selepas terlepas dari hukuman penjara kerana berpoligami tanpa keizinan isteri pertama.

"Tinggalkan negara ini jika anda tidak suka dengan kerajaan Barisan Nasional," kata Ketua Wanita Umno Baru Kuantan, Zaiton Mat kepada mereka yang berpesta pada Malam Tahun Baru di Kuala Lumpur, yang beliau tuduh mahu menggulingkan kerajaan. Setahun kemudiannya, bekas PM, Mahathir Mohamad mengkritik Najib Razak dan kerajaannya kerana pelbagai macam skandal, tetapi Zaiton tidak ada memberikan kritikan.

“Saya boleh sahkan bahawa kedua-dua suami dan anak-anak saya tidak pernah meminta bantuan saya bagi projek ini. Mereka tahu mereka tidak boleh meminta bantuan saya. Saya tidak pernah mengambil bahagian dalam apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk membantu mereka dalam mendapatkan projek tersebut... Mengapakah saya perlu bertanggungjawab?” kata bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil, dalam tuntutan mahkamah yang dilakukannya terhadap pemimpin-pemimpin PKR, Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin.

Mereka menuduh beliau mempengaruhi kabinet untuk memberikan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada suaminya, dalam apa yang dikenali sebagai skandal National Feedlot Corporation.

Yang peliknya, Najib tidak melanjutkan jawatan senator beliau, pada bulan April 2012, dan beliau tidak lagi menjadi menteri. Kita teringat pepatah “tak ada angin, masakan pokok bergoyang.”

Kenyataan-kenyataan seksis tidak hanya dikeluarkan oleh pemerintah BN. Pemimpin pembangkang Pulau Pinang, Jahara Hamid digelar "nenek bersikap perkauman" oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan dalam sebuah saman fitnah terhadapnya, telah diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM500,000.

“Apabila Anwar Ibrahim menjawat jawatan Timbalan PM, pakaian Wan Azizah menelan kos sehingga RM8,000 sepasang dan 20 pasang telah dijahit setiap tahun,” dakwa Lokman Nor Adam dari Umno Baru, dalam satu ceramah pada tahun 2011.

Lokman, bekas setiausaha Pemuda PKR yang kemudiannya membelot, seharusnya lega kerana Wan Azizah tidak gilakan cincin, atau beg tangan berjenama.

“Seorang menteri besar wanita akan mendapat 'uzur sharie', dan akan ada banyak halangan untuk menemani sultan di majlis-majlis agama,” kata peguam Umno Baru, Mohd Hafarizam Harun apabila mencadangkan bahawa jawatan MB hanya sesuai untuk kaum lelaki.

Wan AzizahWan Azizah
Presiden PAS, Hadi Awang menentang pencalonan Wan Azizah sebagai MB Selangor kerana beliau "tidak layak", tetapi bekas MB Selangor, Muhammad Muhammad Taib, berkata Wan Azizah adalah "salah seorang calon terbaik yang pernah ada", dan "amat berkelayakkan".

Setahun sebelum itu, bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim berkata yang Wan Azizah boleh menjadi MB, sekiranya kad pengenalan beliau menunjukkan yang dia bermastautin di Selangor.

Sesetengah lelaki kerap berubah fikiran, dan membenci perempuan. Apabila seorang wanita merupakan calon terbaik bagi jawatan MB, mereka tidak nampak seorang calon yang berpotensi, tetapi mereka melihat kehidupan mereka berkelip di depan mata mereka. Mereka membayangkan kehidupan yang didominasi oleh isteri-isteri mereka, maka mereka enggan mematuhi bos wanita di tempat kerja.

Ketua Polis Negara menambahkan lagi kerosakan imej negara.

Dato'Mahfuz Omar
1.Adalah sangat dikesali kenyataan Ketua Polis Negara yang menyatakan PDRM akan menyiasat siapa dan bagaimana kebocoran maklumat yang besertakan dokumen yang di perolehi Wall street journal(WSJ). Kenyataan KPN tidak membantu memulihkan imej Malaysia.

2.Kenyataan tersebut menambahkan lagi rasa tidak percaya masyarakat antarabangsa kepada Malaysia apabila institiusi (PDRM) yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat dan negara dilihat cuba untuk melindungi jenayah yang dilakukan olih pembesar negara. Kenyataan KPN sebenarnya mempunyai unsur sabotaj ekonomi negara.

3.Sikap KPN telah menyebabkan timbul keraguan rakyat Malaysia terhadap ketelusan pasukan khas penyiasatan kes 1MDB dan laporan WSJ. Apakah kesudahan lakonan dan drama yang sedang di lakonkan mereka.

4.Bagi menjamin integriti Pasukan khas penyiasat serta nama baik negara saya mendesak dikeluarkan Tan Sri Khalid Abu Bakar (KPN) dari pasukan khas penyiasat dan dilucutkan jawatan beliau sebagai Ketua Polis Negara.

Dato'Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena

Majlis Syura Ulama Pas sah putus hubungan dengan DAP

Adam Abu Bakar
PETALING JAYA: Majlis Syura Ulamak PAS telah memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal.

Setiausaha Majlis Syura Ulama, Dato’ Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh menyatakan, perkara itu diputuskan kerana tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat (PR).

Malah, DAP juga sering kali campur tangan dalam soal aqidah, dasar dan matlamat PAS.

Bagaimanapun, PAS tetap mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.

“Pas tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.

“Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa,” katanya dalam satu kenyataan.
-fmt-

Mufti Perlis mengislamkan dan menikahkan wanita Mexico yang datang ke Perlis (Gambar)

DrMAZA




Petang tadi seorang wanita Mexico telah datang dari negaranya ke Perlis hanya dengan tujuan untuk menganut Islam dan berkahwin dengan pasangannya. Mereka memilih Perlis kerana berita kebaikan yang mereka dengar mengenainya, alhamdulillah. Saya telah mengislamkan dan terus selepas itu melakukan akad nikah pasangan tersebut.

Turut berangkat menyaksikan majlis itu DYTM Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis. Syeikh Hussein Yee yang hadir memberikan khutbah nikah.

Pasangan ini terus dinikahkan selepas menganut Islam dan akan pulang ke negara mereka selepas ini.
Sumber facebook-

Seluruh dunia dapat teka individu yang dimaksudkan Siti Hasmah

zam-hasmahPETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, ramai yang dapat meneka individu yang berkenaan selepas membaca temubual Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali bersama Malaysiakini.
Katanya, seluruh dunia dapat meneka dengan pantas individu yang dimaksudkan itu walaupun isteri bekas Perdana Menteri itu tidak menyebutnya.

“Walaupun tidak dimaksudkan kepada sesiapa tetapi apabila Dr Siti Hasmah mendedahkan bahawa ‘resipi untuk menjadi isteri pemimpin negara ialah jangan bersaing dengan suami anda’ maka seluruh dunia dengan pantas dapat mengenali siapakah yang mempunyai sifat ini, memberikan jawapan yang sama dan menunjukan orang yang sama.

“Bila yang sudah tahu bertanya kepada rakannya, Siapakah dalam pikiran dan perhitungan engkau,jawapannya ialah- ” Sudah geharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula,” tulisnya diblog zamkata.blogspot.com.

Zainuddin atau Zam berkata, sebenarnya orang ramai bukan tak tahu tetapi takut untuk bertanya siapakah yang dimaksudkan itu.

Katanya, menerusi tembubual itu, beliaupun tahu Dr. Siti Hasmah tidak menujukan kepada sesiapa tetapi oleh kerana banyak cerita-cerita popular mengenai seorang isteri, maka Dr. Siti Hasmah tidak dapat menyekat kebebasan orang untuk membuat tafsiran.

“Pengenalan saya pastinya sama dengan pengenalan orang ramai tetapi saya tetap amanah menyimpannya sebagai rahsia peribadi,” katanya.
-freemalaysiatoday-

Lelaki bogel curi kereta polis (Gambar)

Rakaman video polis menunjukkan lelaki bogel berlari ke arah kereta sambil melambai-lambai seolah meminta pemandunya berhenti. - Foto AP
Albuquerque (New Mexico): Seorang lelaki ditahan kerana mencuri kereta polis ketika dia berlari di jalan raya dalam keadaan bogel.

Dalam kejadian 4 Julai lalu, polis di daerah Curry bertindak balas terhadap laporan seorang lelaki berlari di jalan raya dan apabila mereka ke tempat kejadian, menemui lelaki itu, Jesus Tarango, 37, yang berkelakuan pelik serta menjerit mendakwa dia diracun.

Mereka mengarahkan lelaki itu supaya duduk tetapi dia kemudian berlari dan melambai ke arah kereta yang lalu.

Rakaman video polis menunjukkan lelaki itu kemudian menghampiri kereta timbalan polis sebelum masuk dan memandu kereta berkenaan. Lekaki itu ditahan selepas dia meletakkan kereta polis berkenaan di tempat letak kereta hospital.

Lelaki itu kemudian dirawat kerana kecederaannya sebelum ditahan polis atas beberapa dakwaan termasuk mencuri kereta dan melarikan diri daripada ditahan, - AP
-hmetro-

PAS wajib dibubarkan kerana Umno/BN yang menjadi kerajaan sekarang memerintah berlandaskan Al-Quran

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak bersama-sama tetamu kenamaan menyaksikan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan anak perempuan beliau Nooryana Najwa bersama empat lagi rakan membaca surah pendek pada Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa di Seri Perdana hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa semua dasar dan tindak tanduk kerajaan akan tetap berpandu serta berlandaskan kepada Al-Quran kerana ia menjamin kesejahteraan hidup.

Beliau berkata, al-Quran merupakan pedoman kepada masyarakat untuk hidup berperaturan dan ia juga telah mengubah manusia hidup dalam era kegelapan serta kemunduran ke era kecemerlangan.

"Dengan berpaksikan kepada al-Quran manusia akan hidup dengan aman, tenteram dan terjamin keselamatan," katanya ketika berucap merasmikan tapak Kompleks Nasyrul Quran dan melancarkan Tabung Dana Wakaf Kertas di sini, hari ini.

Beliau berkata, pembinaan kompleks tersebut di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan amat jelas menunjukkan manifestasi kerajaan dalam memartabatkan dan meningkatkan syiar Islam.

"Amat tepat didirikan di Putrajaya yang merupakan pusat pemerintahan, maka di sisi pusat ini kelak akan wujud pusat percetakan al-Quran terbesar di dunia. Ini komitmen kerajaan untuk memartabatkan Islam," katanya.

Najib berkata, apabila kompleks itu beroperasi sepenuhnya kelak, ia akan menjadi simbol kemegahan dan kebangaan masyarakat Islam di Malaysia.

Kompleks Nasyrul Quran yang dibangunkan dengan kos RM60 juta merupakan sebuah pusat percetakan al-Quran Mushaf bersepadu utama di Asia Tenggara dan berkeupayaan menjadi pusat pengeluaran al-Quran kedua terbesar di dunia.

Rancangan membina kompleks berkenaan diumumkan oleh Najib, selaku Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2015 di parlimen, Oktober tahun lepas.

Keseluruhan projek dua fasa itu dijangka siap dalam masa 18 bulan. Kompleks berkenaan juga dijangka mencetak sebanyak sejuta naskah al-Quran setahun untuk memenuhi 70 peratus keperluan wakaf dalam negeri dan 30 peratus lagi bagi golongan minoriti Muslim di luar negara.

Sementara itu, Tabung Wakaf Kertas bertujuan mengumpul dana untuk membeli kertas cetak yang dianggarkan berjumlah RM5 juta setahun bagi menampung pengeluaran al-Quran wakaf.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyaksikan penyerahan sumbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebanyak RM25 juta kepada 116 sekolah pondok yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri/Majlis Agama Islam Negeri. 
-Bernama-

PAS tidak dapat diselamatkan lagi, kata anak bekas presiden

ANISAH SHUKRY
Anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor, Faiz Fadzil mempersoalkan tindakan pengerusi muktamar tahunan PAS baru-baru ini yang menafikan hak perwakilan membahaskan topik begitu penting iaitu usul memutuskan hubungan dengan DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Julai, 2015.Anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor, Faiz Fadzil mempersoalkan tindakan pengerusi muktamar tahunan PAS baru-baru ini yang menafikan hak perwakilan membahaskan topik begitu penting iaitu usul memutuskan hubungan dengan DAP.
Apabila Muktamar Tahunan meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas, ketidakadilan keputusan itu menyebabkan anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor, Faiz Fadzil, 38, mula bersuara.

Faiz, seorang peguam, pada hari itu mempersoalkan pengerusi muktamar tentang alasan PAS - parti yang disebut-sebut memperjuangkan idea Islam - menafikan hak perwakilan membahaskan topik begitu penting.

"Saya marah pada hari itu. Sebagai peguam dan anak yang dibesarkan dengan berpegang kepada prinsip-prinsip Islam, saya tak dapat terima mereka menafikan hak asasi kami untuk bersuara.

"Jadi saya lawan mereka, mereka yang mendakwa berjuang melawan kerajaan yang menentang demokrasi, tetapi melakukan perkara yang sama," kata Faiz dalam wawancara bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.

Namun gesaannya tidak didengari, usul diluluskan dan selepas sebulan, seluruh negara menyaksikan parti terbesar Islam negara itu mula berantakan.

Bagi Faiz, muktamar baru-baru ini menandakan kematian visi PAS yang diilhamkan ayahandanya - daripada halangan bercakap terhadap perwakilan sehinggalah kepada kempen memburukkan sesama sendiri yang menyaksikan satu puak mengawal keseluruhan parti.

Ia membuka matanya kepada hakikat PAS sebagai sebuah parti inklusif yang berjaya memenangi sokongan dan penghormatan orang Islam dan bukan Islam - kini tidak dapat diselamatkan lagi.

Sebaliknya, PAS hanya merupakan bayang-bayang silam masa lampaunya yang gemilang, terkekang dalam retorik ucapan, dan jauh dari realiti politik dan keperluan rakyat, kata Faiz.

Dan ini dapat dirasai semua ahli PAS kerana barisan kepimpinan baharu pro konservatif mengambil alih parti menerusi cara yang tidak demokratik, katanya.

Ia termasuklah berkempen menerusi kuliah agama, memfitnah golongan progresif sebagai "liberal", "anti-hudud" dan "agen DAP"; mempunyai sokongan media milik Umno, dan mengedarkan 'cai' kepada perwakilan sebelum mengundi.

Namun semua kempen ini selama sebulan menyaksikan tiada satu perkara baru pun terbit dari barisan kepimpinan baru yang disanjung-sanjung selama ini, kata Faiz.

"Ia tiada hala tuju, idea segar dan kebanyakan cawangan tidak berfungsi - sama ada mereka memberontak atau hilang arah. Dan Pakatan Rakyat, PAS kini terumbang-ambing. Tiada siapa yang tahu situasi terkini parti."

Kecewa dengan wajah parti yang satu masa dahulu dipimpin ayahnya, Faiz kini menyangkutkan harapannya pada satu parti baru yang diusahakan kumpulan G18 - kumpulan pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan bulan lepas.

"PAS kini tidak dapat diselamatkan lagi. Kita perlukan parti baru bagi mengisi lompang yang ditinggalkan PAS dalam Pakatan Rakyat, dan menyelamatkan ahli-ahli PAS yang putus harap dengan parti.

"Ia akan menjadi parti buat pengundi yang menyokong prinsip-prinsip Islam, kerana kita sekarang tidak dapat berharap kepada pemimpin PAS melawan Umno.

"Ia akan menjadi berpaksikan prinsip-prinsip pentadbiran berasaskan Islam, tetapi tidak seperti PAS, ia berpijak di bumi nyata."

Beliau tidak merasakan meninggalkan PAS mengkhianati warisan ayahnya. Sebaliknya, PAS yang sebenarnya mengkhianati pemimpinnya yang terdahulu dan nama Islam, katanya.

Contohnya, ahli-ahli PAS kini menyebut-nyebut istilah Arab 'wala', yang bermaksud taat kepada pemimpin, bagi mengutuk pemimpin progresif yang kritikal terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Tapi masa ayah saya, anda tak akan dengar pun istilah “wala” digunakan bagi merujuk kepada pemimpin kami. Semua orang boleh mengkritiknya, dan beliau sebaliknya perlu menjelaskan tindakannya kepada ahli."

Menurut Faiz istilah itu tiba-tiba popular tahun lalu bagi meraih sokongan di kalangan ahli bagi menyokong Hadi yang membangkang keputusan PKR dan DAP mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Menurutnya, ketaksuban pemimpin PAS dengan hudud kini terpesong, memandangkan perbincangan tentang undang-undang jenayah Islam itu sia-sia kerana rintangan perundangan dan sosial yang begitu banyak.

Menurut Faiz, PAS masuk perangkap Umno dengan memperjuangkan hudud sekali gus menjauhkan sekutunya DAP dan PKR, yang kedua-duanya mempunyai hak mengkritik cita-cita parti Islam itu.

"Semua ini agenda Umno selepas mereka hilang majoriti dua pertiga buat pertama kali pada tahun 2008. Mereka dapati menyasarkan PAS adalah strategi paling ampuh bagi memecahkan PR," kata Faiz.

Parti Islam baru ini kata Faiz tidak akan terlalu idealistik mahupun naif seperti PAS.

"Kita tidak akan hanya bercakap tentang prinsip-prinsip Islam tetapi membuktikannya. Parti baru ini akan realistik, berdaya saing, dan memperjuangkan hak rakyat.

"Ia juga akan benar-benar fokus kepada mengambil alih Putrajaya. Kerana tiada hunanya menjadi parti berasaskan Islam jika tiada kuasa berbuat apa-apa. Lebih baik jadi satu NGO Islam sahaja," katanya.

Bagaimanapun, Faiz kurang berminat dengan kuasa dan mahu berada di belakang tabir pembentukan parti baru itu asalkan G18 terus memimpin berlandaskan prinsip-prinsip Islam.

Namun jika mereka tersasar, beliau juga tidak akan teragak-agak bersuara, seperti dilakukannya sebulan lalu.
-malaysianinsider-

PAS Dalam Perjalanan Balik Ke Kampung

Iqbal
Tentunya mat-mat kopiah marah sakan dengan tajuk berita ini. Sumapah dan maki akan ikut sama dalam mengiringi kemarahan mereka . La ni sudah menjadi lumrah , mamat-mamat kopiah PAS , sikit-sikit maki...sikit-sikit sumpah seranah.

Tapi itu bukanlah sesuatu yang pelik . Tidak lagi memeranjatkan. Kalau dulu bila sebut orang yang berpindidkan agama , terbayang akan ketinggian akhlak . Dapat kita saksikan akan bahasa yang mereka gunakan.

Sebab itu dulu mereka yang punya pendidikan agama sangat di hormati.

Apakah maksud PAS Dalam Perjalanan Balik Kekampung ? Sebenarnya di kampung bermula PAS belajar bermain politik. Cuba bayangkan masyarakat kampung waktu dulu . Mereka adalah golongan miskin + tidak berpelajaran. Maknanya buta huruf . Orang susah dan buta huruf sangat mudah di pengaruhi dan dikuasai minda mereka . Lihat saja apa yang berlaku di Afghanistan ? Mereka yang bergelar Taliban adalah kelompok orang susuah dan buta huruf. Mungkin sebahagian pengikut Taliban adalah mereka yang hanya tahu bab asas dalam agama. Oleh kerana tiada nya gabungan dan bancuhan antara pelajaran agama dan pelajaran moden , menyebabkan fikiran mereka sangat jumud . Tidak boleh berfikir ke kiri dan kekanan. kaku.Hasilnya jadilah mereka yang kononnya sanggup mati kerana Islam tetapi hakikatnya mereka adalah pembunuh. Banyangkan berapa ramai orang awam menjadi korban atas arahan mullah-mullah mereka.

Kampung (di Kelantan dan Trengganu) adalah tempat yang paling sesuai dengan PAS. PAS tak serasi tinggal dibandar . Ibarat orang red Indian , diberi kerusi untuk duduk tetapi mereka lebih suka bersimpuh atas lantai.

PAS lebih suka bergaul dengan satu wajah saja . Wajah -wajah yang pelbagai PAS menyampah memandangnya. Di kampung lah dapat kita ketemukan dengan satu wajah. Dibandar ada wajah saur matang , putih dan hitam. PAS loya bila lihat wajah yang berwarna-warni ini. Nak muntah.

Produk yang nak dijual oleh group PAS yang baru menang hanya satu saja. Sedangkan orang dibandar terdedah dengan pelbagai produk .

Apa yang group baru dalam PAS lakukan ,tak ubah pendakian gunung everest yang sekerat jalan . Lalu diajak para pendaki berpatah balik . Tidak dapat apa yang di impikan. Sia-sia saja.

So kepada PAS selamat balik kekampung. Semoga gembira dan bahgia dikampung.
-tranungkite-

Najib tersilap langkah lagi

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tersilap langkah lagi apabila beliau sendiri yang menerangkan skop siasatan Pasukan Petugas Khas yang sedang menyiasat dakwaan mengenai penyaluran dana kepada akaun bank yang didakwa dimiliki beliau.

“Siasatan sedang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa saya telah mengambil dana 1 MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak. Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut.” (Kenyataan PM, 8 Julai 2015).

Kenyataan di atas mengundang persepsi Pasukan Petugas Khas tidak bebas, sedang menerima arahan, atau melaporkan penyiasatan kepada Najib, selaku orang yang sedang dituduh di dalam kes ini.

Ini tidak betul dan tidak baik dalam usaha Najib membersihkan namanya.

Ia lebih buruk daripada hakikat 4 individu yang mengetuai pasukan siasatan ini iaitu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pengerusi SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekerja di bawah beliau.

Oleh itu, PAS menegaskan Najib perlu bercuti segera agar siasatan dilihat bersih.

Jika tidak, Najib akan kelihatan bermasalah meskipun pasukan siasatan mendapati dakwaan ke atas beliau tidak benar.

Najib berulang kali menegaskan beliau tidak mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri.

Ada 2 isu fokus yang masih belum dijawab dengan kenyataan di atas: apakah ada dana 1MDB yang disalurkan melalui akaun yang didakwa milik beliau? Jika ya, untuk kepentingan siapa, jika Najib bercakap benar bahawa ia bukan kepentingan diri sendiri?

Oleh itu, skop siasatan Pasukan Petugas Khas bukan sahaja perlu menentukan kebenaran dakwaan samada ada dana 1MDB yang dimasukkan ke akaun bank yang didakwa milik Najib, malah pasukan ini juga harus menentukan ke mana dana itu disalurkan seterusnya daripada akaun bank tersebut.

Apakah ada cek yang dikeluarkan daripada akaun tersebut, dan siapa penerimanya untuk kepentingan siapa?

Diharap siasatan dapat diselesaikan secepat mungkin untuk mengelakkan negara dan rakyat terus berada dalam keadaan gawat dan bimbang.

Atas ini, selain menyerbu pejabat 1MDB, PAS mencadangkan agar akaun 1MDB juga dapat dibekukan untuk membantu mempercepatkan siasatan. –

* Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meruialah timbalan presiden PAS

Tahniah Mat Sabu

Dinsman
Marilah kita ucap TAHNIAH kp Mohamad Sabu sempena kemenangannya dlm perbicaraan mahkamah kes Mat Indera. Seorang tokoh politik Pas (bekas?) yg prihatin dg kebenaran fakta sejarah.

Berhujah dg para profesor negara. Menghadapi fitnah membela komunis. Menghadapi risiko dipenjara. Demi memperbetulkan fakta sejarah yg telah dimanipulasi.

Mereka yg mempertikaikan keintelektualan Mat Sabu - tolong semak semula fIkiran anda. Kejayaan Mat Sabu memperbetulkan fakta sejarah ini bukannya satu perkara kecil. Ini satu sumbangannya yg besar kp kepribadian bangsa kita.

Tahniah Mat Sabu. Juga tahniah Hanipa Maidin peguamnya dlm kes ini.

“Ikutkan hati saya mahu tampar saja wanita itu”

FMT Reporters
DR-Murizah_babe_600PETALING JAYA: “Ikutkan hati, saya mahu pergi wad dan tampar saja wanita itu. Tapi atas sikap profesional, saya batalkan niat itu,” kata Pakar Perunding Perubatan Reproduktif, Jabatan Obstetriks & Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Murizah Mohd Zain.
Dia merujuk kepada seorang wanita yang ditahan kerana mengerat lapan bayi yang baru dilahirnya sebelum membuang ke dalam tangki najis.

Suspek sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah kerana mengalami pendarahan pada rahim.

Bayi malang itu dikerat menggunakan objek tajam di bahagian kepala, dada hadapan, bahagian belakang, abdomen bawah, kaki kanan dan kiri serta tangan kanan dan kiri.

Kesemua lapan bahagian itu telah ditemui. Wanita itu dikatakan melahirkan bayi dengan cara berdiri.
Menurut polis, suspek adalah anak tunggal, tidak bekerja dan masih belum berkahwin

“Apa yang dilakukan wanita itu amat kejam, lebih teruk daripada binatang,” katanya yang juga Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Alor Star.

Dr Murizah berkata, dia tidak boleh membayangkan bagaimana seorang manusia dapat bertindak sekejam itu.

“Tindakan wanita tersebut sudah melampaui batas kebinatangan kerana binatang pun tidak akan melakukan perkara seperti itu ke atas insan yang lahir dari rahimnya.

“Jika betul dia waras ketika melakukannya, maka saya menyeru supaya dia dihukum dengan hukuman berat supaya menjadi pengajaran kepada yang lain,” katanya.

Dr Murizah berkata, keadaan masyarakat sudah terlalu teruk, apatah lagi apabila zina sudah berleluasa.

“Mungkin inilah implikasi daripada perbuatan zina. Dalam keadaan seperti ini saya amat yakin perkara yang boleh mengubati gejala ini adalah hukuman keras yang disaksikan umum.

“Ini supaya menimbulkan kegerunan dalam hati yang melihatnya. 100 kali sebatan dan rejam sampai mati di khalayak ramai adalah satu didikan yang paling baik untuk masyarakat yang semakin rosak,” katanya seperti dilaporkan ismaweb.net.
-freemalaysiatoday-

Ayahanda Mati Kerana Melaporkan Rasuah Dalam AmBank

Tranungkite

Selepas beberapa hari berspekulasi, anak lelaki pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi telah mengesahkan secara terbuka bahawa dia percaya bapanya telah mati dibunuh kerana keterbukaannya pada rasa risau pada kegiatan rasuah di bank yang pernah dia uruskan dahulu.

Hussain Najadi telah ditembak mati dengan kejam di kawan letak kereta di KL pada 29hb Julai 2013, sehari selepas dia membuat laporan polis berkenaan perkara itu.

Pascal najadi, anak mendiang Hussain, yang kini menetap di Moscow, yang telah bercakap dengan Sarawak Report pada petang ini dalam pengakuannya sendiri bahawa inilah motif pembunuhan mendiang bapanya.

Pascal mengatakan bahawa dia telah meninggalkan Malaysia buat kali terakhirnya pada 8hb Mac 2014, sama pada hari kehilangan pesawat MH370. Sejak itiu dia menganggap bahawa dia sekeluarga tidak lagi selamat (di Malaysia).

Dia memberitahu Sarawak Report bahawa kali terakhir dia melihat bapanya adalah empat hari sebelum bapanya mati dan bahawa sebelum itu bapanya telah bercakap mengenai isu yang mengganggunya.

Namun Pascal mengatakan bahawa dia tidak pernah diberitahu sama ada bapanya telah membuat laporan polis. Dia percaya bahawa dia mungkin telah melaporkan kerisauannya kepada pihak-pihak tertinggi.

Pascal juga mengatakan bahawa bapanya telah bercakap mengenai bagaimana dia telah menolak tawaran untuk terbabit dengan amalan rasuah yang ditawarkan oleh wakil-wakil dari UMNO.

Pascal Najadi berkata bahawa dia mengesyaki penutupan kes telah diperkuatkan kerana kegagalan pihak polis Malaysia mengesan dan menjejaki pelaku-pelaku serangan itu atau menjalankan siasatan yang sempurna.
Hussain najadi bersama Tun Dr Mahathir – seorang pengusaha bank yang telah bekerjasama dengan golongan pemerintah Malaysia selama beberapa abad
Hussain najadi bersama Tun Dr Mahathir – seorang pengusaha bank yang telah bekerjasama dengan golongan pemerintah Malaysia selama beberapa abad

Dan yang lebih mengecewakan adalah kegagalan pihak polis memaklumkan keluarganya atau menyoalsiasatnya mengenai sebarang bukti yang mungkin ada padanya mengenai kegiatan harian bapanya.

Dia hanya menerima sebuah panggilan telefon daripada seorang anggota polis yang masih muda, yang tidak dapat berbual dalam bahasa Inggeris dengan sempurna, berkenaan kematian bapanya.

Selepas itu keluarganya tidak lagi dihubungi oleh pihak-pihak berkuasa, katanya.
Akhirnya pembunuh telah berjaya diberkas dan menamakan seorang lelaki yang mengupahnya dengan nilai RM20,000 untuk menembak Hussain Najadi. Namun, menurut Pascal, tiada sebarang bukti bahawa pihak polis telah menangkap pengupah itu, yang telah dikesan sebagai berada di Australia dan dipercayai mempunyai hubungan dengan orang-orang di peringkat tertinggi dalam kerajaan.

Pascal najadi, yang merupakan seorang pakar kewangan antarabangsa, mengatakan bahawa dia percaya akhirnya nanti pasaran antarabangsa, yang akan hilang kepercayaan pada Malaysia, akibat gejala rasuah berleluasa dan pengurusan kewangan yang tidak sempurna dan melulu.

Pascal Najadi memberitahu Sarawak Report bahawa kenyataan itu akan menjadi amat merbahaya kepada sesebuah rejim yang sentiasa bergantung harapan pada peminjaman dan pasaran-pasaran kewangan.

Sumber Link

Bekas setiausaha agung PKR dedah Anwar dihina ketika krisis Selangor oleh pemimpin tertinggi parti Islam?

Bekas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari semasa berjumpa dengan presiden PAS untuk membincang krisis menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Julai, 2015.Bekas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari semasa berjumpa dengan presiden PAS untuk membincang krisis menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Julai, 2015.
Bekas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari individu dipercayai presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mahu membincangkan kemelut menteri besar Selangor tahun lalu.

Walaupun tidak menyatakan identiti Hadi secara langsung, Saifuddin mengimbas peristiwa ketika dirinya menemani ketua umum PKR berjumpa dengan individu terbabit untuk mengadakan perbincangan.

"Masih ingat saat aku menemani Datuk Seri Anwar berjumpa dengannya. Bagaimana Datuk Seri Anwar diaibkan dengan bahasa yang cukup kasar," katanya dalam status Facebook hari ini.‎

Perbincangan itu dipercayai merujuk kepada ‎pertemuan singkat Anwar dengan Hadi di Terengganu untuk menukar jawatan menteri besar Selangor yang ketika itu disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Saifuddin berkata, pertemuan itu bagaimanapun tidak membuahkan hasil kerana individu itu beredar kerana kurang sihat implikasi pengambilan ubat.

"Perbincangan terhenti. Dia kemudian beredar. Dua temannya yang juga turut hadir kemudian meminta maaf. Dia baru makan ubat kata mereka.

"Aku dan Datuk Seri Anwar kemudian meminta diri. Indahnya akhlak," katanya sinis.

Bekas ahli Parlimen Machang itu berkata, dirinya menyaksikan sendiri Anwar dihina dan menganggap individu itu "bukan malaikat" yang perlu dipertahankan.

Beliau turut menggambarkan individu tersebut semasa pertemuan itu‎ sebagai "amat kasar" dan Anwar pula bersikap "amat lemah lembut".

"Yang hadir di situ saya. Yang tengok dan dengar sendiri kata penghinaan itu saya.

"Yang dok cerita lebih-lebih kata dia lebih tahu pula sebenarnya tak ada di situ pun. Tapi pertahan gila-gila... 'dia bukan malaikat'," katanya.

Pada Ogos tahun lalu, media melaporkan Anwar dan Hadi mengadakan pertemuan sulit di sebuah hotel di Kuala Ibai, dekat Kuala Terengganu, namun beberapa sumber dalaman parti mendakwa perbincangan itu gagal mencapai kata penyelesaian.

Anwar dilaporkan enggan mengulas lanjut hasil pertemuannya dengan Hadi dan menganggap ia hanya pertemuan biasa.

"Perjumpaan biasa... kita baru dalam proses perbincangan... bincang banyak isu... hasilnya macam biasa," kata Anwar dipetik Astro Awani ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, 12 Ogos lalu.
-malaysianinsider-

4 samseng Amno ditahan bantu siasatan kekecohan program Lim Kit Siang

Kecoh-DAP
Johor Baharu: Polis menahan empat individu bagi membantu siasatan insiden kekecohan sewaktu program dihadiri beberapa pemimpin DAP di Taman Megah Ria, Masai, di sini, Ahad lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam DSP Norazam Shaari berkata kesemua individu yang berumur 29 hingga 54 tahun itu, ditahan antara 1 tengah hari dan 4.30 petang, semalam.

“Siasatan sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti individu lain yang turut terlibat dalam insiden tersebut bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Norazam turut menasihati orang ramai untuk tidak melakukan perbuatan yang boleh menggugat ketenteraman awam dengan bertindak membelakangkan undang-undang negara.

Norazam berkata polis tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang menggugat kententeraman awam dan tindakan tegas akan dikenakan ke atas mereka yang terlibat.

Dalam kejadian Ahad lepas, beberapa pemimpin DAP termasuk anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang yang menghadiri Program Forum Kedai Kopi DAP bersama masyarakat Sabah dan Sarawak di sebuah kedai makan di Taman Megah Ria, dihalau sekumpulan individu.

Dalam kejadian 1 tengah hari itu, kumpulan berkenaan yang didakwa penyokong sebuah parti politik menyerbu kedai tersebut ketika Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong membuat ucapan yang didakwa berbaur provokasi,
-Bernama-

Sejak bila Ridhuan Tee dan Presiden ISMA 'jaga pintu syurga'

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyindir ahli akademik, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abdul Rahman sebagai 'penjaga pintu syurga'.

Dalam laporan media Umno sebelum ini, Ridhuan dilaporkan mengkritik Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad, kerana tidak memilih PAS sebaliknya menyertai DAP.

Malah Ridhuan turut dilaporkan menasihati Pak Samad apabila berpolitik, pastikan memilih wadah yang membawa ke syurga.

Manakala Abdullah dalam laporan ISMAweb mengingatkan Pak Samad sepatutnya berfikir untuk mati dalam kebaikan bukan memilih menyertai DAP.

Abdullah juga dilaporkan berkata DAP bukan jalan hidayah dan hanyut dengan fahaman liberalisme sekular menyebabkan lahir umat Islam yang bertindak tanpa ambil kira halal haram.

Sehubungan itu, Pak Samad berkata beliau memilih DAP kerana percaya parti itu sememangnya berjuang untuk seluruh rakyat Malaysia dan beliau mempunyai cara yang tersendiri untuk masuk syurga.

“Saya memberi hormat kepada mereka (Abdullah dan Ridhuan) kerana menjadi 'penjaga pintu syurga'.

“Saya hormat mereka 'jaga pintu syurga' tapi saya juga punya jalan lain untuk masuk syurga,” katanya selepas majlis berbuka puasa anjuran BERSIH malam tadi.

Sementara itu, Pak Samad berkata beliau bersedia menyumbang sedaya upaya terhadap DAP kerana parti itu menyumbang kepada semua tanpa mengira batasan.

“Saya masuk DAP kerana saya mempercayai parti itu memang berjuang untuk seluruh orang Malaysia, sebabnya saya bersedia untuk menyumbang untuk beri apa yang boleh dibantu.

“Saya lebih fikirkan benda yang lebih besar (untuk DAP),” katanya
-malaysiakini-

Subhanallah!! Akhlak Satu Keluarga Miskin Membuat Dia Memeluk Islam Dan Jadi Pendakwah (Video)

Lelaki ini menerima padah kerana membaling cebisan daging khinzir di depan Masjid Jamek

SuspekButterworth: Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi kesalahan mencemarkan masjid dengan melempar cebisan daging khinzir, pada Februari lepas.

Lee Tiaw Chong, 41, dijatuhi hukuman itu selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab.

Tertuduh didakwa membaling cebisan daging khinzir di depan Masjid Jamek, Jalan Telaga Air dengan niat mengaibkan agama pada 1.30 pagi, 6 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Lee merayu kepada majistret supaya menjatuhkan hukuman ringan kerana perlu menanggung dua orang anak dan isteri serta mempunyai hutang rumah yang perlu dilangsaikan.
-Bernama-

Dicampak ke dalam parit selepas dirogol (Gambar)

FMT Reporter
rogol,gilir,pukul
KOTA KINABALU: Polis sedang menyiasat kes seorang gadis yang dipercayai dirogol secara bergilir-gilir sebelum dibuang ke dalam parit.

The Star Online melaporkan, gadis berusia lingkungan 20an itu ditemui terbaring di dalam parit berhampiran sebuah restoran makanan laut di Jalan Bundusan, dekat Penampang.
wanita_bogel
Ketika ditemui, mangsa dikatakan tidak sedarkan diri dan seluruh anggota badannya mengalami lebam-lebam dipercayai akibat dipukul.

Timbalan Ketua Polis Penampang, DSP Rosley Honden berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Penampang bagi mendapatkan rawatan.
Wanita-bogel
“Gadis itu kini sedang mendapatkan rawatan sebelum kita boleh mengambil keterangan daripadanya,” katanya.

Setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat.

LAGI PANAS!!!! Sekarang Rosmah pula didakwa terima RM2 juta dalam akaun peribadi

Sarawak Report mendakwa Datin Seri Rosmah Mansor menerima RM2 juta dalam akaunnya di Affin Bank.

Blog pembocor rahsia Sarawak Report hari ini mendakwa isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menerima deposit dengan jumlah keseluruhan RM2 juta, di antara 10 Februari dan 23 April tahun ini.

Menurut Sarawak Report, jumlah itu didakwa didepositkan seorang “pembantu peribadi” Datin Seri Rosmah Mansor bernama Roslan Sohari menerusi 8 transaksi ke dalam akaun Affin Bank milik “Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)” di cawangan Bangunan Getah Asli Kuala Lumpur.

"Sarawak Report mempunyai salinan urus niaga ini dan dimaklumkan Roslan hadir di bank itu dengan wang tunai dalam sebuah beg.

"Menurut rekod, deposit-deposit ke dalam akaun itu dibuat 'pembantu peribadi' pemilik akaun," dipetik laporan Sarawak Report.
-malaysianinsider-

Jet Bawa Taib Mahmud Langgar Pesawat MASWings (Gambar)

KUCHING: Sebuah jet yang membawa Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud merempuh pesawat MASWings selepas mendarat di Lapangan Terbang Mukah pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Panyau berkata sayap kiri jet yang dinaiki Taib merempuh bahagian depan pesawat MASWings berkenaan.

"Jet itu baharu sahaja mendarat dan sedang menuju ke terminal sebelum merempuh pesawat MASWings yang sedang parkir," katanya ketika dihubungi.

Bahagian depan pesawat MASWings didapati kemik manakala lampu di bahagian sayap kiri jet mengalami kerosakan.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden yang berlaku pada pukul 4.42 petang itu.

Taib berada di Mukah untuk menghadiri majlis berbuka puasa.
-mstar-

Gempar!! Pencuri bogel berkeliaran di Gombak (Gambar)

pencuri-bogel
PETALING JAYA: Seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh dikesan giat menjalankan aktiviti mencuri dan menceroboh rumah di sekitar Gombak sejak beberapa bulan lalu.

Lebih memeranjatkan, suspek yang menjalankan jenayah itu sekitar jam 1 pagi hingga 5 pagi dalam keadaan bertelanjang.

Imej suspek yang cuba menceroboh rumah seorang penduduk di Taman Pelangi, Gombak berjaya dirakam litar rakaman tertutup (CCTV) pada Mac lalu.

Menurut maklumat, suspek memecah masuk antara dua hingga tiga rumah pada satu malam.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Murusamy ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan siasatan giat dijalankan untuk menangkap suspek.
-fmt-

PANASS!! Raja Petra: 6 Tan Sri terlibat usaha singkirkan Najib

Raja Petra Kamaruddin, who lives in self-exile in Manchester, says in his newsite that Malaysia's task force investigating the US$700 million allegedly transferred into the prime minister’s bank account is part of a wider plot involving six Tan Sris. – Facebook pic, July 8, 2015.Abu Kassim Mohamed
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed antara yang dinamakan Raja Petra Kamaruddin dalam kumpulan 6 orang bergelar ‘Tan Sri’ mahu menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak. – Gambar TMI

Seorang penulis blog yang sebelum ini pernah didakwa memfitnah Datuk Seri Najib Razak kini menyenaraikan nama pegawai kerajaan dalam usaha menyingkirkan perdana menteri menerusi satu siri “rampasan kuasa”.

Raja Petra Kamaruddin yang hidup dalam buangan di Manchester, United Kingdom, menulis malam tadi, pasukan petugas khas yang menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan sebahagian plot besar membabitkan 6 Tan Sri, antara pangkat tertinggi di peringkat persekutuan yang diberikan kepada pegawai kerajaan dan ahli perniagaan

“Jika gerakan anti perdana menteri berjaya menumbangkan Najib, ini akan menjadi rampasan kuasa pertama dalam sejarah Malaysia, 50 tahun selepas apa yang berlaku di Indonesia.

“Sejarah mungkin akan mengingatinya sebagai hari enam Tan Sri – empat dalam kenyataan media di atas dan dua lagi saya pasti anda tahu siapa mereka,” katanya menerusi entri di blognya, malaysia-today.net.

Kenyataan media yang dimaksudkan Raja Petra ialah yang dikeluarkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang mengumumkan pembekuan 6 akaun berkaitan siasatan 1MDB.

Tidak dapat dipastikan siapakah dua lagi Tan Sri yang dimaksudkan, namun berdasarkan gambar yang dilampirkan, salah seorang lagi ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.raja petra kamaruddin

Raja Petra (gambar, kiri) berkata, yang menarik dalam rampasan kuasa kali ini ialah ia tidak membabitkan ketenteraan seperti di Indonesia, sekadar menggunakan media untuk mencapai objektif.

Katanya, gerakan anti Najib tidak mahu menunggu hasil siasatan petugas khas atau Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selesai kerana dibimbangi perdana menteri akan didapati tidak bersalah.

“Jadi sebelum bukti kukuh dibongkarkan yang mungkin melepaskan atau tidak melepaskan Najib, mereka mahu mengambil ‘langkah selamat’ menyingkirkannya sekarang.

“Ya, persoalannya ialah wang RM2.6 bilion yang mereka tidak mahu rakyat Malaysia tahu. Jadi mereka perlu melakukan rampasan kuasa supaya Najib boleh disingkirkan dari pejabatnya.

“Namun, jika rampasan kuasa itu gagal, Najib masih di pejabatnya dan siasatan membuktikan Najib tidak mencuri RM2.6 bilion itu, maka siasatan tidak harus terhenti malah perlu dilakukan lebih mendalam lagi,” katanya.

Najib hari ini memulakan proses tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya dalam skandal melibatkan berbilion ringgit ekoran pendedahan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) minggu lepas.

Peguam perdana menteri bagaimanapun berkata, sebelum memutuskan tindakan mereka seterusnya ke atas akhbar antarabangsa itu, mereka perlu mendapatkan semua fakta berkenaan laporan itu.

Ia termasuk mengenalpasti pihak yang disebut di dalam laporan itu, bidang kuasa perundangan dan penglibatan dalang konspirasi, kata peguam Wan Azmir Wan Majid bagi pihak firma Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, seperti dipetik The Star.

“Ini bukan kes undang-undang yang jelas dan mudah kerana ia membabitkan dakwaan pihak tempatan dan antarabangsa. Kami diarah mengenal pasti fakta dan membentangkan kesemuanya, sebelum anak guam kami memberikan arahan seterusnya,” kata Wan Azmir.

“Matlamat mendapatkan penjelasan terperinci adalah bagi mengelak sebarang bantahan daripada WSJ berkenaan tuduhan yang dibuat.

“Selepas anak guam kami mendapatkan kesemua fakta yang diperlukan dan kedudukan WSJ dipastikan, kami mendapat arahan jelas mengambil sebarang jalan dan penyelesaian undang-undang serta-merta.” 

-malaysianinsider-

Teknik 'Derhaka" Anak Hantar Ibubapa Ke Hospital Sebelum Raya

Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Saya baru tahu wujudnya teknik sebahagian anak-anak yang sengaja membiarkan ibubapa sakit sebelum perayaan, kemudian menghantar ibubapa ke hospital dan hanya mengambil mereka kembali selepas perayaan. Ia dijadikan teknik melepaskan 'beban' tanggungjawab kepada jagaan hospital sepanjang musim perayaan. Juga agar mereka lebih mudah berjalan ke sana kemari tanpa kesukaran.

Jika benar ia dilakukan dengan SENGAJA & TERANCANG, maka mereka ketahuilah itu adalah DOSA & tanda KEDERHAKAAN anak kepada ibubapa mereka. Kesukaran menjaga ibubapa sewaktu uzur mereka adalah kewajiban anak-anak, itu lebih penting dari boleh bersukaria dan bersenang lenang.

NAMUN, jika ada yang terpaksa menghantar kerana ibubapa memang telah sakit & sentiasa perlukan penjagaan rasmi dengan bantuan lengkap alatan perubatan di hospital, itu TIDAKLAH termasuk dalam bentuk kesalahan. Pun begitu, anak-anak
WAJIBLAH menziarahi ibubapanya sewaktu perayaan dan tidak ditinggalkan hanya bersama jururawat & doktor. Allah swt berfirman :

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)

Bekas anggota Dewan Ulama PAS Selangor, Wan Ji Wan Hussin, sertai PKR

Menyedari sokongan pengundi muda bawah 30 tahun amat penting pada pilihan raya umum akan datang, PKR hari ini mengumumkan penyertaan pemimpin muda dan mahasiswa untuk menarik sokongan kumpulan itu ke dalam parti itu.

Dalam kenyataannya, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengumumkan penyertaan pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin (kiri) dan tiga pemimpin mahasiswa - Ahmad Syukri Razab, Mohammad Zaki Abdul Shukor dan Muhammad Hasny Hasni - dan tugas kepada mereka.
Wan Ji yang juga bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor dilantik sebagai exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk menarik lebih ramai golongan berpendidikan Islam ke dalam parti itu.

Agamawan muda itu mendapat pendidikan Islam awal di Karachi, Pakistan sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Maqasid Syariah di Universiti Al-Azhar.

Sementara Ahmad Syukri (kanan), yang pernah mengetuai beberapa gerakan pelajar termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), pula ditugaskan sebagai setiausaha pengelola AMK.
Beliau yang juga aktivis hak asasi bertanggungjawab menambah keahlian dan memperkuat sayap PKR itu.

Manakala Presiden Majlis Keadilan Mahasiswa (MKM) Mohammad Zaki dan timbalannya Muhammad Affendy ditugaskan untuk menarik sokongan mahasiswa kepada PKR.

Mohammad Zaki dan Muhammad Affendy adalah mahasiswa jurusan undang-undang dan pendebat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta pernah menjuarai debat undang-undang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"PKR akan terus memberi ruang kepada gologan muda dari kalangan mahasiswa, aktivis dan profesional supaya roh parti ini yang digerakkan oleh golongan muda akan terus dikekalkan selaras dengan amanat Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa perubahan hanya berlaku dengan penyertaan orang muda," kata Rafizi.
Dalam kenyataannya juga, Rafizi turut mengumumkan bahawa Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Sheikh Ismail yang kini dilantik sebagai senator ditugaskan membawa isu wanita muda dan menambahkan penyertaan golongan itu dalam PKR.

Rafizi juga berkata Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor Dr Fahmi Ngah (kiri) diberi tanggungjawab untuk menarik lebih ramai penyertaan pimpinan profesional bersama parti itu.

Sebelum ini Fahmi pernah bertugas sebagai saintis kanan Agensi Penyelidikan Pertahanan United Kingdom, sebelum menyertai sektor korporat di negara itu dan di CIMB.

Beliau juga bertanggungjawab khusus kepada program 'Profesional in Politics (PIP) yang bakal dilancarkan PKR.
-malaysiakini-