"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

Zahid Hamidi enggan hadir ke mahkamah Perancis

azlan
Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi tidak akan hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung kes bayaran komisen tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan kapal selam pada 2002.


Katanya, tiada sebab untuk beliau hadir kerana bukan menjadi saksi dan beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadiran ke sana, lapor Sin Chew.

"Mereka boleh buat perbicaraan, tetapi Kementerian Pertahanan tidak akan hantar wakil ke Perancis, tetapi saya percaya duta Malaysia di sana akan mengikuti kes ini," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Cina itu.

Ditanya tentang Najib yang disenaraikan sebagai saksi, Zahid berkata, terpulang kepada Suaram jika mereka ingin menjadikan perundangan di Perancis untuk tujuan peribadi mereka.

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima.

Anggota sekretariat Suaram Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan mereka, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Zahid.

NONE
Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, Zahid juga mendakwa Suaram tidak bertindak untuk tujuan undang-undang tetapi mempunyai agenda politik untuk memburukkan kerajaan Malaysia.

"Kementerian sentiasa telus dan mengikuti undang-undang, kita sudah beri jawapan, tetapi mereka masih mencipta isu. Jika kita hendak memuaskan hari semua orang, takkan ada penghujungnya," katanya.

Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia sepuluh tahun lalu.

'Saya masih hidup', kata Bob Kuman

IZWAN ROZLIN 
bob kuman
KOTA DAMANSARA: Pelakon dan pelawak, Husin Mohd Rawi atau lebih dikenali dengan panggilan Bob Kuman 'mengucapkan tahniah' kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya dia sudah meninggal dunia hari ini.

Katanya, tindakan tersebut telah 'berjaya' menyebabkan semua rakan termasuk saudara maranya sedih.

"Berita ini fitnah, saya terima panggilan daripada rakan tentang perkara ini ketika hendak solat Zuhur 1 petang tadi," katanya sewaktu ditemui di rumahnya kira-kira jam 2 petang tadi.

Mesej kononnya pelakon itu sudah meninggal dunia disebarkan menerusi laman mikro Twitter tengah hari tadi.

Justeru tegas Bob Kuman, dia kesal dengan penyebaran berita itu.

Tiga hari lalu, Sinar Harian Online membawa laporan bahawa Bob Kuman terharu dengan sumbangan yang diberikan peminatnya menerusi akaun banknya selepas kisahnya tersiar di dalam sebuah laman blog baru-baru ini.

Bob Kuman, 40, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para peminatnya yang sudi menyumbang bagi membantu meringankan beban yang dialaminya.

Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.

Kik.. kik.kik Cuba kau orang baca lawak Pengerusi (SPR)

NONE
Sekali pun mendapat banyak aduan berhubung daftar pemilih, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Malaysia mempunyai daftar pemilih paling bersih di dunia.


Dalam wawancara yang disiarkan Sin Chew semalam, Abdul Aziz berulang kali menegaskan bahawa daftar pemilih sekarang bersih dan tiada negara lain dalam dunia lebih bersih daripada Malaysia.

Sehubungan itu, katanya, SPR tidak perlu mengubah daftar pemilih sedia ada.

Abdul Aziz merujuk kepada cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu bahawa Selangor tidak patut mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Pusat sebelum daftar pemilih dibersihkan.

Mengulas perkata itu, Abdul Aziz berkata, sekali pun Selangor memilih tarikh berbeza untuk pilihan raya negerinya, daftar pemilih yang akan digunakan tetap sama.

Ada Unit Amal yang tersinggung dgn Layanan Mahasiswa

wan_jtk

Pemerhatian semalam agak tidak menyenangkan dimana suasana perhimpunan agak "happening" dan ini di antara faktor sesetengah Unit Amal sendiri yang berterabur akibat tidak dapat nak syncronise diantara cogankata mereka "BERAMAL KERANA ALLAH" dengan suasana agak sosial golongan mahasiswa tersebut. Biarlah aku yang menongkah arus demi untuk memberi mesej kesedaran dikalangan mahasiswa yang ralik dengan himpunan kemah mereka yang akhirnya aku melihat mereka sendiri tenggelam dengan Self- Centric.



Apa yang aku perhati, aku dapati ada sedikit rasa tersinggung di kalangan Unit Amal dimana mereka agak terasa bila Pimpinan Pemuda mereka di perlekeh begitu sahaja oleh Mahasiswa yang hanya tahu idealist tapi kurang mahir tentang protokol dan berkomunikasi.

Malahan Unit Amal seolah di ucap-ucap seolah kena jadi kuli depa dan ditunjuk-tunjuk untuk buat begitu dan begini..

Mungkin inilah sebab beberapa sahabat Unit Amal kecil hati dan pulang ke rumah menjelang tengah malam.

Harus diingat wahai mahasiswa, pada awalnya kamu yang memberi amaran agar AMK dan Dewan Pemuda agar jangan masuk campur urusan himpunan kamu.
Unit Amal bergerak dengan asas Amal Kerana Allah dan Hormat pada pimpinan. Bagaimana kamu nak mereka bergerak bersama kamu apa bila dua asas itu kamu nafikan??

Fahamilah sejarah demonstrasi PROTES di Stadium Kelana Jaya tiga tahun lepas.

Mahasiswa SAMM cabar Waris Malaya berdebat

Wan Farel 
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap oleh samseng upahan di bawah kelolaan Waris Malaya, ke atas mahasiswa yang berkampung di Dataran Merdeka untuk menuntut pendidikan percuma.

Merujuk kepada sekumpulan samseng telah bertindak merosakkan khemah-khemah di kawasan tersebut dan mencederakan mahasiswa yang mempertahankan kedudukan mereka di kawasan terbabit. SAMM segmentasi mahasiswa kesal dengan tindakan tidak bertamadun dan memalukan tersebut. SAMM beranggapan bahawa sebarang bentuk keganasan dalam kejadian yang berlaku pada malam tersebut harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh regim UMNO/BN. Baru-baru ini Waris Malaya juga dilancarkan oleh Presiden Umno.
Seharusnya jika terdapat di kalangan pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan kumpulan mahasiswa tersebut, hendaklah bertindak dengan cara yang lebih melambangkan kekuatan ilmu dan hujah bukan dengan menggunakan kekerasan.

Seraya itu, SAMM memberi cabaran kepada pihak terbabit (Waris Malaya) supaya tampil kehadapan dan nyatakan dengan prinsip mengapa tindakan tersebut dilakukan. SAMM juga mencabar wakil kepada Waris Malaya untuk berdebat secara ilmiah di Dataran Merdeka dengan mahasiswa dihadapan umum supaya rakyat dapat menilai perjuangan pihak mana yang lebih benar.

Jika Dataran Merdeka menjadi soalnya, maka kita memilih Daratan Merdeka sebagai tempat yang paling sesuai untuk wacana debat diadakan. Pilihlah walau Ezam Md Noor sekalipun untuk berdebat, kami mahasiswa dari SAMM dan kumpulan mahasiswa lain yang bernaung di bawah Solidariti Mahasiswa Malaysia sedia untuk menghantar wakil. Sila nyatakan tarikh dan masa.

Akhir sekali SAMM beraharap pihak berkuasa khususnya Polis Di Raja Malaysia PDRM melakukan siasatan dengan segera ke atas kumpulan yang bertanggungjawab melakukan serangan tersebut dan jangan biarkan sistem polis diperalatkan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan politik.

Penulis ialah Penyelaras Segmentasi Mahasiswa Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Bayaran RM1.5 juta: Zahida Rafik ancam tindakan mahkamah

Pelakon wanita terkenal Zahida Rafik mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduhnya menerima wang RM1.5 juta daripada menteri Umno yang didakwa mempunyai "hubungan intim" dengannya.
NONE

Menjawab soalan peminat di Twitter, Zahida menafikan dakwaan itu dan berkata peguamnya sedang meneliti kes itu.

"Saya tidak lakukan apa-apa berkenaan perkara itu. Peguam saya sedang menyelesaikan perkara itu sekarang! Jadi biarkan mereka (lakukannya), OK!

"Tunggu saja berita baik, OK!" katanya dalam laman blog mikro itu.

PKR kelmarin mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

Scorpene: Kenapa Najib, Rosmah sembunyi lantik peguam?

Rusnizam Mahat
KUALA LUMPUR, 20 April: Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, tindakan boleh diambil terhadap peguam terkemuka Shafee Abdullah kerana didakwa melanggar etika peguam dan memberikan gambaran palsu kepada badan kehakiman.

Ia berhubung surat yang ditulis Shafee kepada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim besar Malaya untuk menangguhkan semua kesnya dari 1 April hingga 25 April, atas alasan dilantik kerajaan untuk melaksanakan ‘satu tugasan sulit’ di luar negara.

Namun pelantikan itu kemudian dinafikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

“Itu merupakan satu pembohongan sebab Nazri Aziz ketika ditanya di dewan rakyat mengesahkan bahawa memang tidak ada pelantikan dibuat terhadap Shafee oleh kerajaan Malaysia.

“Ia merupakan salah laku peguam dan tindakan boleh diambil. Kerajaan Malaysia patut membuat aduan termasuk Majlis Peguam,” ujar Sivarasa yang menyatakan laporan polis boleh dibuat terhadap Shafee.

Nazri sebelum ini berkata, kerajaan tidak boleh melantik peguam untuk mewakili isteri Perdana Menteri.

Keadilan difahamkan, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor melantik Shafee atas kapasiti peribadi, bagi mewakili mereka dalam kes perbicaraan Scorpene di Perancis.

“Isu ini merupakan pengetahuan umum bahawa peguam Shafee Abdullah dilantik secara peribadi untuk menyelesaikan satu tugasan guaman di luar negara yang melibatkan perdana menteri dan isteri yang cuba dirahsiakan.

“Rakyat Malaysia perlu tahu dan kerajaan wajib menerangkan kepada rakyat. Ini kerana rakyat boleh buat kesimpulan ada sesuatu yang cuba diselindungi oleh PM dan isterinya,” kata Sivarasa yang juga pengamal undang-undang.

Tegasnya, pelantikan Shafee untuk persediaan perundangan sensitif melibatkan empat bandaraya termasuk di Paris, bagi mewakili kerajaan Malaysia dalam tugas sulit itu, adalah satu pembohongan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ia merupakan satu percubaan peguam itu untuk mempengaruhi hakim supaya semua kesnya ditangguhkan, bagi menyelesaikan ‘misi sulitnya’ di luar negara.

“Ungkapan yang penting ditulis dalam surat berkenaan ialah tugasan itu mesti disiapkan sebelum pilihan raya.

“Namun Nazri membuat penafian mengenai pelantikan itu. Ini bermakna peguam bagi gambaran palsu kepada tiga hakim apabila surat memberi gambaran tidak benar bahawa Shafee dilantik oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Skandal menteri: Shafie diberi tempoh seminggu beri penjelasan

Mohd Martin Kahar 
KUALA LUMPUR, 20 April: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal mempunyai masa kurang tujuh hari dari sekarang untuk memberi penjelasan mengenai skandal membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang pelakon wanita popular dalam tempoh empat bulan ‘hubungan intim’ mereka.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya tidak ada penjelasan daripada menteri terbabit, pihaknya akan membawa kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kami sudah bersedia dengan segala bukti untuk mengheret beliau ke SPRM. Pemberi maklumat juga bersedia tampil untuk menjadi saksi. Kami akan dedahkan perkara ini secara berperingkat-peringkat. Sekarang ini kami tunggu penjelasan daripada beliau (Shafie Apdal),” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily hari ini.

18 April lalu, Ahli Parlimen Ampang itu mendedahkan Shafie memberikan hampir RM1.5 juta kepada pelakon terkenal Zahida Rafik dalam tempoh empat bulan.

Transaksi itu berlaku pada bulan Oktober 2011 iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011 (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000)

Bukan itu sahaja, beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.

Dalam pada itu, Zuraida sekali lagi menegaskan tidak mahu masuk campur mengenai hubungan intim mereka tetapi mahu menteri berkenaan tampil memberi penjelasan daripada manakah sumber kewangan untuk ‘membiayai’ seorang artis terkenal.

“Sebagai menteri beliau harus bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.

Scorpene: Suaram saran Najib jadi saksi di mahkamah Perancis

PERANCIS, 20 April: NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima.

Pengarah Suaram Kua Kia Soong, anggota sekretariat Cynthia Gabriel dan peguam Fadiah Nadwa Fikri berhujah di hadapan hakim dalam sesi tiga jam di Perancis yang berakhir pada jam 6 petang (waktu Perancis).

Peguam Perancis William Bourdon and Joseph Breham bertindak bagi pihak Suaram.

Gabriel berkata, pasukan mereka berjaya membentangkan kepada hakim Le Loire – satu daripada dua hakim siasatan dalam kes itu – yang menerima kenyataan mereka berhubung kenapa inkuiri mesti dibuat terdapatdakwaan sogokan itu.

Katanya, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan Suaram, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Gabriel berkata, pendengaran itu bagi mengesahkan aduan dan menetapkan keperluan untuk membuat siasatan kehakiman terhadap bayaran RM7.3 bilion yang berlaku ketika Najib menjadi menteri pertahanan.

“Kami beritahu mereka, kami failkan kes ini kerana Parlimen Malaysia gagal memberikan jawatan yang kami mahu berhubung pembelian kapal selam,” kata Gabriel kepada Malaysiakini.

“Kami juga menyebut bahawa kami tidak dapat mencari jawapan berhubung pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibu dan kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) untuk menyiasat aduan kami,” tegasnya

Kurang Ajar : Samseng UMNO Tendang Muka Saya - Nur Ruqayyah


KUALALUMPUR: S ekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi. Berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video. Mahasiswa dan orang ramai berkumpul menceritakan detik-detik cemas, namun semangat mereka tidak luntur.


Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki terpaksa dihantar menaiki ambulans ke hospital manakala beberapa orang termasuk mahasiswa, ditendang, ditampar dan ditumbuk.

“Saya sedang tidur dalam khemah sebelum terjaga apabila muka saya ditendang dari luar,” kata penuntut sarjana Universiti Putra Malaysia (UPM), Nur Ruqayyah Abdul Rahman yang berpurdah itu kepada Keadilan Daily, awal pagi ini.

Beliau yang turut kehilangan telefon bimbit akibat insiden itu berkata demikian ketika berkongsi detik cemas itu bersama mahasiswa dan orang ramai.

Kebanyakan mereka kesal kerana kumpulan samseng itu dibiar bermaharaja lela walaupun balai polis bergerak terletak hanya 10 meter dari lokasi perkhemahan.

Seorang saksi lain kesal kerana polis enggan memberi bantuan walaupun beliau merayu bantuan tetapi anggota pihak berkuasa itu memberi alasan ‘bimbang keselamatan mereka terancam’.


Khemah mahasiswa yang dirosakkan kumpulan samseng

Dalam kejadian itu, samseng turut melontar kata-kata kesat dan mencampakkan cermin mata aktivis sosial, Fahmi Reza manakala rakannya, Boon Kia Meng, seorang pensyarah institusi pengajian tinggi swasta, ditumbuk.

“Sebaik saja keluar khemah akibat kekecohan itu, saya hanya duduk tanpa membalas cercaan mereka. Sebaliknya, mereka ambil dan campak cermin mata saya. Kia Meng di sebelah pula ditumbuk,” katanya.

Kamera Nurul Haniza Mohamad, 24, pula rosak selepas ia dirampas ketika dikerumuni lima atau enam samseng.

“Mereka tarik baju dan beg saya. Ada seorang tunjal kepala saya sambil menghambur kata-kata kesat,” katanya yang berasal dari Batu Arang, Selangor.

Kebiadapan samseng tidak mematahkan semangat mahasiswa untuk terus berkhemah sehingga 28 April ini

Seorang ahli Unit Amal PAS Batu, Mohd Kassim Abdullah, 24, pula ditampar dua kali, malah disiram air oleh sekumpulan samseng berkenaan.

Sungguhpun berdepan kekasaran samseng itu, semua mahasiswa dan kumpulan penyokong tetap bersemangat, malah membuat ketetapan untuk terus kekal berada di situ.

'Bukti' paksa, pujuk siswa pindah undi didedah

DAP Melaka mendedahkan 'bukti' terdapat anak pemimpin Umno tempatan memaksa dan cuba 'membeli' pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) supaya menukar alamat tempat pengundian bagi memberikan kemenangan BN di kawasan tertentu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Adun DAP kawasan Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong mendakwa, video tiga sedutan yang setiap satunya kira-kira 5 minit dan dirakam secara tersembunyi itu diterimanya beberapa hari lalu.

Rakaman itu turut menunjukkan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat dalam aktiviti yang dijalankan sebelum Mac lalu di empat universiti awam dan swasta di Melaka.

"Kedua-dua agensi kerajaan ini telah mengumpulkan pelajar di IPT terbabit pada waktu kelas di dewan dan mereka telah dinasihat supaya menukar alamat dengan menumpukan pada Parlimen Bukit Katil bertujuan mendapatkan lebih banyak undi dalam PRU akan datang untuk BN.

"Dalam rakaman tersebut, salah seorang jurucakap dipercayai anak kepada seorang pemimpin Umno di Negeri Melaka telah menyatakan dengan jelas sekiranya pelajar IPT terbabit bersetuju, segala kos pertukaran alamat akan ditanggung kerajaan dan ia termasuk proses pertukaran semula alamat di kampung asal sebaik selepas PRU nanti.

"Malah saya turut mendapat maklumat, pelajar yang sanggup berbuat demikian, segala bayaran sewa bilik akan ditanggung pihak terbabit sehingga selepas PRU," katanya dalam satu sidang media di Pusat Perkhidmatan DAP DUN Ayer Keroh hari ini.

Serangan Khemah Pelajar Tajaan Senator Ezam?

laniismaa
Pelajar-pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur diserang kumpulan 'samseng' awal pagi tadi.

Amenoworld mendedahkan ia didalangi oleh NGO 'ngok' Waris Malaya yang berketuakan Senator Ezam. Tentunya juga NGO yang mendapat sokongan besar Najib Razak.

Dakwaan Amenoworld ada berdasarkan foto yang diperlihatkan, kerana pakaian yang dipakai samseng serangan ke atas khemah pelajar adalah sama dengan baju yang dipakai dalam serangan di Jalan Kebun sebelum ini.
Foto juga menunjukkan Senator Ezam mendengar sesuatu dari 'kader' upahannya. Bagaimana dengan demokrasi yang selalu dilaungkan UMNO selama ini.

Walaupun MP Umno termasuk Khairy Jamaluddin dan MP Kota Belud Datuk Rahman Dahlan mengutuk serangan tersebut namun ia tidak boleh menutup pandangan masyarakat yang UMNO terlibat. Ish...takkan orang PR membuat kerja tersebut!!

Kini video insiden tersebut juga di'remove' dan tak dapat lagi ditonton di Youtube!!

EkELEH!!!  RM1.5 Juta Shafie Apdal Belanja Nak/Dah 'Makan' Zahida Rafik!!

Hadiah RM50 juta kepada sesiapa yang boleh tangkap Obama dan Bush

Halimislam


Anggota parlimen England dari Parti Buruh membuat tindakan yang berani. Nazir Ahmed, demikian namanya, mengutarakan kenyataanya yang sangat berani. Dalam Harian Pakistan Express Tribune, pertengahan April ini, muslim pertama yang menjadi ahli Dewan Britain itu menawarkan hadiah sebanyak 10 juta Pound Sterling atau sekitar RM50 juta. Angka sebesar itu akan diberikan kepada sesiapa saja yang boleh menangkap Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan bekas Presiden AS George W. Bush.

Kenyataan tersebut diungkapkan oleh Nazir Ahmed di Haripur, Pakistan, minggu lepas sebagai balasan atas tawaran kerajaan Amerika yang menawarkan memberikan hadiah sebanyak US10 juta atau kira-kira RM30 juta bagi yang berjaya menangkap Hafiz Muhammad Saeed, pimpinan Laskhar e Tayyiba. Warga Pakistan itu didakwa AS sebagai dalang serangan pengganas 2008 di Mumbai, India.

Aksi Nazir Ahmed mendapat tindakan tegas. Parti Buruh Britain mematikan keahlian ke atas warga Pakistan tersebut, kerana terlalu berani mencabar AS. "Kita telah mematikan sementara keahlian Ahmed hingga ia selesai disoal siasat. Jika kenyataan itu benar dan serius, kami akan melakukan tindakan tegas ke atasnya," kata jurucakap Parti Buruh, seperti dilaporkan oleh AFP, Isnin (16/4) yang lalu.
Selanjutnya SINI

'DBKL tak izin demo BERSIH di Dataran'

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mengizinkan BERSIH menggunakan Dataran Merdeka untuk perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil yang dianjurkan mereka pada 28 April ini.

Jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah berkata, perkara itu dimaklumkan melalui surat kira-kira jam 11 pagi ini.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, BERSIH turut membacakan kandungan surat itu kepada pemberita yang memberikan alasan Dataran Merdeka hanya boleh digunakan untuk acara "peringkat nasional" seperti sambutan hari kebangsaan dan hari Wilayah Persekutuan.

Menurut pengerusi bersama BERSIH Ambiga Sreenevasan, pihaknya mengutus surat kepada DBKL dan polis pada pagi Isnin.

DBKL sebelum ini menafikan menerima sebarang permohonan daripada gabungan NGO itu berhubung bantahan "duduk bantah" mereka.

Kenyataan bangang dari Ahmad Maslan, Ketua penerangan Umno

Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menepis dakwaan yang mengaitkan serangan ke atas siswa yang berkhemah di Dataran Merdeka dalam satu kejadian awal pagi ini.

Dengan sinis, beliau berkata orang akan menyalahkan Umno atas semua masalah yang dihadapi mereka.

"Kalau ada kereta bocor di tepi jalan itu salah Umno. Kalau ada motorsikal bocor itu salah Umno. Kalau ada basikal bocor di tepi jalan di dalam hutan yang tak ada orang lalu lalang, itu pun salah Umno.

"Mereka ini sudah bankrap idea, semua salahkan Umno. Ada orang liwat orang lain, Umno yang kena. Dia yang sedap, kita yang kena," katanya lagi ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.

Ditanya lanjut mengenai dakwaan siswa berkenaan yang mengaitkan tindakan samseng itu dengan parti Umno, Ahmad berkata: "Saya tak tahu, saya sedang tidur semalam. Orang tidur di rumah, bukan di padang."

Ahmad mengulas kes melibatkan sekumpulan individu tidak dikenali yang merosakkan khemah dan menyerang kumpulan pelajar yang berhimpun di Dataran Merdeka, awal pagi ini.

Seorang detektif polis turut cedera dalam kes yang disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Rusuhan) itu.

Kenyataannya Ahmad itu juga timbul susulan tuntutan oleh pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin kepada Umno supaya bertanggungjawab atas serangan berkenaan.

Badrul Hisham menyuarakan cabaran itu dalam satu kenyataan hari ini.

"Seperti dijangka Umno yang terdesak dengan sekumpulan pelajar yang membuat keputusan nekad untuk berkhemah di Dataran Merdeka dalam protes mereka terhadap PTPTN dan tuntutan pendidikan percuma bertindak di luar norma biasa," katanya lagi.

SPR merancang penipuan besar-besaran dalam PRU13?

Mohd Martin Kahar
KUALA LUMPUR, 19 April: Pakatan Rakyat tetap bertegas untuk mendirikan pondok panas dan melakukan semakan daftar pemilih pada hari mengundi walaupun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengeluarkan arahan melarang berbuat demikian.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerja-kerja semakan daftar pemilih pada hari pengundian tidak boleh diserahkan ‘bulat-bulat’ kepada SPR bagi mengelakkan suruhanjaya itu melakukan penipuan.

“Sekarang ini wakil parti tidak boleh lihat ketika semakan (daftar pemilih) dibuat oleh SPR. Ia diserahkan bulat-bulat kepada SPR. Tahun 2004 dan 2008 tak menjadi masalah, malah jawatan kuasa (PSC) tidak menyatakan cadangan ini. SPR mengambil alih, diluluskan di kabinet dan sekarang ini di Parlimen.

“Apa salahnya kalau ada dua orang wakil parti hadir untuk meyemak samada ada unsur penipuan atau tidak. Kalau tidak ada penipuan mengapa nak dibimbangkan? Saya menggesa supaya perkara ini diperbetulkan kerana kalau tidak ia hanya mengesahkan adanya cubaan untuk menipu dalam pilihanraya,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihanraya (Pindaan) 2012, pindaan Sub Seksyen 26.

Pindaan itu melarang ejen parti politik mendirikan pondok panas dalam lingkungan lebih 100 meter dan larangan wakil parti melakukan semakan daftar pemilih bersama wakil SPR. Selain melarang mana-mana pihak menentukan identiti seseorang untuk mengundi di pusat pembuangan undi.

Menurut beliau, isu utama yang dibangkitkan dalam sistem pilihan raya adalah masalah daftar pemilih yang meragukan dan bukan isu remeh seperti itu.

Ketua Umum KEADILAN itu turut mempertikaikan mengapa parti politik terutamanya Pakatan Rakyat tidak dibenarkan menyemak senarai daftar pemilih seperti yang dilakukan pada pilihanraya sebelum ini.

“Adakah tujuan mereka untuk menafikan hak kita memastikan status pengundi itu? Tuan Pengerusi (Dewan Rakyat) bolehkah hak kita untuk menyemak dengan jarak 100 meter itu dinafikan? Kalau undang-undang ini diluluskan, ia membuktikan memang ada cubaan menipu secara terang-terangan dalam pilihanraya akan datang,” hujahnya.

‘Kami pulangkan duit PTPTN, bila Menteri pulangkan duit rakyat’

Sidiqin Omar 
KUALA LUMPUR, 19 April: Kerajaan sepatutnya mendesak mana-mana Menteri yang menjadi punca ketirisan ratusan juta ringgit untuk memulangkan wang itu kepada rakyat semula, sebelum menasihatkan mahasiswa memulangkan pinjaman pendidikan.

“Boleh pulangkan. Tapi kerajaan mesti tuntut juga hutang dan pulangkan semula wang yang tiris dalam perbelanjaan kepada rakyat,” kata Presiden Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini.

Beliau mencabar kerajaan untuk mengembalikan semula perbelanjaan wang negara dalam projek lembu fidlot nasional (NFC), komisen pembelian kapal selam Scorpene dan lupus kira hutan bekas Pengerusi Mas, Tan Sri Tajuddin Ramli.

“Kuliah percuma oleh beberapa pensyarah yang hadir minggu ini membuktikan bahawa pendidikan percuma di Malaysia boleh dilakukan,” tegasnya.

Antara yang hadir ke perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka minggu ini dan mengadakan kuliah percuma termasuklah Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan kartunis Zunar.

Sehingga kini, perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka bagi menuntut pendidikan percuma telah masuk hari keenam.

“Respon orang ramai, NGO dan pertubuhan mahasiswa semakin kuat. Kami akan tetap bertahan,” tegas Syahid.

Inilah bukti pencacai Umno terlibat menyerang mahasiswa

edyesdotcom
Kenyataan Terbuka
19 April 2012

Umno dicabar bertanggungjawab terhadap serangan terhadap pelajar di Dataran Merdeka.

Seperti yang dijangka Umno yang terdesak dengan sekumpulan pelajar yang membuat keputusan nekad untuk berkhemah di Dataran Merdeka dalam protes mereka terhadap PTPTN dan tuntutan pendidikan percuma telah bertindak diluar norma biasa. Regim takut menggunakan polis kerana pilihanraya yang terlalu hampir, kerana imej kekasaran polis terhadap kumpulan pelajar ini pasti akan memberi kesan besar terhadap undi rakyat. hanya DBKL digunakan malangnya DBKL tidak mampu berdepan semangat kental kumpulan pelajar ini yang walaupun beberapa kali 'diserbu' DBKL tetapi terus bertahan.

Kumpulan yang mulanya kecil mula membesar, ramai teman muda lain mula sama mendirikan khemah berkampung bersolidariti bersama menemani pelajar ini. Ramai yang tampil menyumbang. SAMM dalam kemampuan terhad turut hadir memberikan bantuan seperti tikar dan makanan sekadar termampu.
Sumbangan dari SAMM Utara; Tiga Penyelaras SAMM Negeri iaitu sdr Habib (Kedah), Aidil (P.Pinang) dan Asrul (Perlis). Sedang memberi taklimat ialah Pengarah Seketariat SAMM Pusat sdr Zulkifli Ibrahim
Kumpulan pelajar ini yang mula meraih perhatian dalam dan luar negara terus cuba diburukkan imej mereka sebagai alat politik pihak tertentu oleh media dan pemimpin regim. Namun mereka terus mendapat perhatian. Bukan sekadar itu pelajar ini juga telah berjaya menjawab kekeliruan yang cuba dibuat termasuk oleh Menteri, malah mereka sedia mencabar Menteri dan pimpinan parti politik penguasa regim untuk berdebat terbuka. Ini semua meletakkan regim dalam keadaan serba salah.

Mati akal dengan perkembangan ini semalam awal pagi tadi gangster telah digunakan oleh pihak yang tertekan untuk menyerang tapak perkhemahan pelajar tersebut. Dalam serangan itu ada yang cedera, barang - barang mereka dirosakkan dan diberitakan ada pelajar yang hilang diculik. Penggunaan gangster ini menjadi taktik yang semakin biasa digunakan setelah kalah berhujah dan seperti biasa juga polis akan terus lambat bertindak. Dalam serangan di Dataran Merdeka, Polis yang berada di tempat kejadian dilaporkan olek saksi hanya memerhatikan sahaja kejadian.
Ini penjenayah jalan kebun
Penjenayah yang melakukan serangan di Jalan Kebun ini terus bebas dan melakukan jenayah ini semula di Dataran Merdeka semalam
Siapakah yang sebenarnya bersekongkol dengan penjenayah?
Penjenayah Jalan Kebun ini mengakui sebagai 'Panglima BN'

Mengganggu majlis dan menyerang adik-adik mahasiswa adalah 'Akidah' yang dibawa Hasan Ali?
Yakinlah seperti peristiwa lain termasuk serangan gangster secara fizikal dan bersifat perkauman masih belum ada tindakan walaupun ditampilkan bukti bergambar jelas. Malah lebih malang lagi kumpulan penyerang di Jalan Kebun dapat pula berada dalam majlis bersama PM baru - baru ini.

Ini semua juga taktik sama dengan beberapa regim di hujung usia. Perhatikanlah regim Mubarak ketika hujung usianya juga menggunakan gangster memukul dan menyerang demonstran dan kemudian bersembunyi disebalik hujah kononya serangan dibuat oleh rakyat yang marah. Percaya dan yakinlah begitu juga di sini pasti media akan memainkan hujah serupa kononya serangan oleh rakyat yang marah.

SAMM mencabar Umno supaya jangan bacul dan tampil bertanggungjawab terhadap kejadian serangan terhadap pelajar ini. Sepatutnya Umno tampil berhujah dengan kumpulan pelajar ini bukan menjawab dengan keganasan fizikal.

Dengan perkembangan ini SAMM menyeru seluruh anak muda supaya membuat pertimbangan terhadap kejadian ini dan menolak Umno dan Barisan Nasional yang semakin hilang rasional mereka.

SAMM juga menyeru rakyat untuk tampil sama memberikan bantuan kepada teman - teman pelajar yang berjuang ke arah pendidikan percuma dalam negara. SAMM juga tidak menolak kemungkinan dengan perkembangan ini akan menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk turun bersama dalam Himpunan BERSIH 28 April ini yang kebetulan akan diadakan dilokasi yangs sama, Dataran Merdeka. SAMM juga tidak menolak kemungkinan akan turut sama 'berkampung' bersama para pelajar ini kemudianya.

Sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Di bawah ini gambar istimewa untuk semua...

PAS arah semua ke Bersih 3.0

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: PAS mengarahkan semua unit dibawahnya agar menggerakkan semua ahli dan penyokong parti Islam itu agar menyertai Bersih 3.0 28 April ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, semua dewan, badan perhubungan negeri, kawasan dan cawangan diarahkan agar menggerakkan ahli masing-masing.

Arahan itu selaras dengan keputusan PAS untuk menyokong sepenuhnya perhimpunan 'Duduk dan Bantah' Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka.

Perhimpunan ini diadakan ekoran kegagalan kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempersiapkan pilihan raya akan datang agar diadakan dengan bersih dan adil.

Jawatankusa Terpilih (PSC) Parlimen yang dibentuk juga didakwa gagal untuk menghasilkan yang terbaik untuk mempastikan pilihan raya akan datang bersih dan adil.

Semua usul yang dikemukakan PSC kepada Dewan Rakyat telah diluluskan tanpa dibahaskan.

Laporan minoriti yang cuba dikemukakan anggota Pakatan Rakyat dalam PSC juga ditolak.

Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula dalam kenyataannya mendedahkan pegawai kanan kerajaan dan SPR terlibat dalam satu 'task force' bagi mendaftar warga asing sebagai pengundi dengan cara memberikan kad pengenalan biru kepada mereka.

Ia disifatkan pelbagai pihak sebagai sangat bahaya kerana ia umpama menjual negara untuk kemenangan BN.

Ni Dia Artis Yg Dikatakan Ada Hubungan Intim Dengan Menteri..

siasahkini

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin (gambar) berkata, transaksi wang yang telah berlaku dalam tempoh empat bulan antara Oktober 2011 hingga Januari 2012, di mana pada Oktober sebanyak dua transaksi dibuat dengan jumlah RM36,000 dan RM22,000.

Bukan itu sahaja katanya, pada November 2011 pula sebanyak RM112,000, Disember sebanyak RM330,000 dan Januari tahun ini sebanyak RM510,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi artis terbabit. (Berita Disini)

"Jadi kalau saya jumlahkan lebih kurang RM1.5 juta di masukkan ke akaun artis berkenaan dalam tempoh empat bulan," dedahnya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini bersama-sama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahli Parlimen Subang dan artis Dayangku Intan yang baru menyertai PKR.

Jelas Zuraida, artis berkenaan juga dikatakan memiliki tiga kereta mewah seperti BMW, toyota Harrier, dan porsche juga sebuah rumah bernilai jutaan ringgit.

Zuraida tidak mahu mengambil tahu hubungan intim dan peribadi menteri terbabit dengan seorang artis itu, tetapi apa yang perlu ditekankan adalah dari mana menteri berkenaan memperoleh wang sebanyak itu berdasarkan transaksi kepada artis tersebut.

Zuraida mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi artis terbabit ekoran tindakan artis tersebut yang membuat laporan polis menuduh beliau melarikan duitnya RM200,000 pada 3 Mac lalu.

Di dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononya beliau melarikan wang itu.

Justeru, Zuraidah meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu.

"Daripada sumber mana beliau peroleh wang tunai berjuta ringgit, dan sebagai seorang menteri beliau bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan harus jelaskan dari mana sumber beliau," katanya.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta oleh seorang menteri kanan kebinet kepada seorang artis yang terkenal dengan imej seksi hanya dalam tempoh empat bulan.

Ni Dia Artisnya
Pemandu Peribadi Zahida Rafik Larikan M200,000

Pelakon dan ahli perniagaan Zahida Mohamed Rafik kata dia kerugian RM200,000 apabila wang tunai yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun banknya telah dilarikan oleh pemandu peribadinya. Wang tersebut diserahkan kepada pemandunya atas dasar percaya kira-kira pada jam 11 pagi Rabu lalu untuk dihantar ke bank. Tapi malangnya pemandunya itu 'menghilangkan' diri. Wang tersebut adalah wang perniagaan milik keluarganya yang diuruskannya.

Zahida Rafik kata dia percayakan pemandunya itu sebab dia sudah bekerja hampir lima tahun lamanya. Dia juga tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan sebelum ini. Tapi sekali dia buat salah, nilainya ialah RM200,000.

Zahida Rafik membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan itu dan disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan atas dakwaan pecah amanah.

Sibuk sangat, tak sempat pergi bank

Menurut Zahida selalunya dia sendiri yang akan pergi ke bank untuk memasukkan wang. Pemandunya akan menemankannya sahaja. Tapi pada hari kejadian, ibu Zahida sakit dan Zahida pula terlalu sibuk menguruskan beberapa perkara penting dan kelam-kabut di rumah. Oleh itu terpaksa mengamanahkan pemandunya untuk masukkan duit ke bank. Malangnya pada hari kejadian, pemandunya yang sebelum ini baik, sudah jadi tidak amanah.

Pemandu dah hilangkan diri

Selepas menyedari 'kehilangan' pemandunya dan wang yang besar jumlahnya itu, Zahida pergi ke rumah pemandunya untuk berbincang dan bertanyakan tentang wang itu. Malangnya, ibu pemandu itu beritahu Zahida yang anaknya sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Akhirnya Zahida Rafik membuat keputusan untuk membuat laporan polis.
siasahkini.blogspot.com